-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Monday, February 15, 2010

Entah Bila Cinta Bersemi 19

DATIN Sharifah Rosmah termenung seorang diri di bangku taman mini rumahnya. Banyak perkara yang difikirkan olehnya. Terutama sekali perkara berkenaan suaminya. Rasanya, sudah cukuplah penderitaan yang ditanggung olehnya selama ini.

Faris pernah menyuruhnya menuntut Fasakh di mahkamah, namun dia berdegil. Ingin memberi peluang untuk Dato’ Syed Faizal berubah. Tetapi, sehingga sekarang suaminya itu tetap tidak berubah.

Yang paling menyedihkan, baru-baru ini dia mendapat tahu bahawa suaminya sudah lama berkahwin lain. Patutlah sudah lama Dato’ Syed Faizal tidak pulang ke rumah.

Menurut kata-kata pengakuan yang keluar dari mulut Dato’ Syed Faizal sendiri, dia telah berkahwin selama hampir 18 tahun dengan isteri keduanya itu. Suaminya itu juga sudah mempunyai 2 orang anak bersama isteri kedua.

Datin Sharifah Rosmah berasa amat terkilan dengan suaminya yang tidak pernah memberitahu tentang perkara itu. Malah, Dato’ Syed Faizal tidak pernah menunjukkan perasaan bersalah terhadapnya kerana telah memperlakukan dia seperti tunggul kayu selama ini.

“Aku tak pernah cintakan kau, Rosmah. Kerana kaulah aku tak bahagia, sehinggalah aku bertemu dengan Latifah..aku hanya cintakan Latifah. Dia adalah segala-galanya buat aku, bukan kau..” kata-kata Dato’ Syed Faizal masih bergema dalam minda Datin Sharifah Rosmah.

“Kalau begitu, ceraikan saya..saya tak akan ganggu hidup awak lagi. Ceraikan saya..” getus Datin Sharifah Rosmah dengan suara yang bergetar. Sedih, pilu dan patah hati. Semuanya bercampur-aduk.

“I’m sorry. Aku tak boleh ceraikan kau sebab aku dah janji pada arwah ibu aku yang aku akan ambil kau sebagai isteri buat selama-lamanya..semuanya salah aku sebab janji macam tu ketika ibu aku tengah nazak..” kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Dato’ Syed Faizal itu berulang-ulang kali bergema dalam minda Datin Sharifah Rosmah. Bagaikan terkena panahan petir, hatinya seperti dikoyak-rabakkan.

Datin Sharifah Rosmah tersedar dari lamunannya apabila terasa pipinya basah. Airmata yang menitis dipipi segera diseka. Rupa-rupanya, Dato’ Syed Faizal terpaksa mengahwininya kerana permintaan ibu mentuanya yang sedang nazak ketika itu.



Barulah dia sedar mengapa selama ini Dato’ Syed Faizal bersikap dingin padanya. Sia-sialah penantiannya selama ini. Sia-sialah kesetiaan serta kepercayaannya terhadap suami tersayang. Kesabarannya selama ini sudah sampai ke penghujung.

Tambah memilukan hati Datin Sharifah Rosmah ialah hidup anak lelakinya, Faris yang menjadi pertaruhan. Dia rasa bersalah kerana telah menyebabkan Faris tidak mendapat kasih sayang seorang bapa sejak anak lelakinya itu masih kecil lagi.

Tetapi, jika dia tidak berkahwin dengan Dato’ Syed Faizal, tentu Faris sekarang tiada dalam hidupnya. Dan itu juga bukan perkara yang diharapkan oleh Datin Sharifah Rosmah. Dia bersyukur dikurniakan seorang anak yang prihatin dan penyayang seperti Faris.

Datin Sharifah Rosmah sudah nekad. Dia mahu menuntut Fasakh di mahkamah. Andai itu pilihan yang bakal memberi ruang untuk dia memulakan hidup baru, dia sanggup. Cukuplah dengan kebodohannya selama ini. Menunggu seseorang yang bukanlah milik dia sejak awal.



FARIS termenung. Wajahnya muram. Sesekali kegusaran terpampang jelas di mukanya. Pemandangan pantai dihadapannya dipandang dengan jiwa yang kosong. Dia kerap memikirkan tentang Nazifa. Bagaimana harus dia menerima kenyataan bahawa isterinya itu mencintai orang lain?

Bagaimana untuk dia memujuk diri supaya bersabar dengan kenyataan itu? Adakah dia sesenang ini mahu melepaskan Nazifa setelah apa yang telah dia lakukan untuk mendapatkan gadis itu?

Faris buntu. Serasa ingin sahaja dia menjerit sekuat hatinya bagi melepaskan tekanan yang berbuku didada. Tetapi untuk apa? Masalah tidak akan selesai juga walau sekuat mana dia berteriak dan bertempik.

“Kau okey?” Nazri memegang bahu Faris. Serta-merta Faris menoleh. Khayalannya tadi terus hilang. Baru tersedar yang dia sebenarnya sedang melepak bersama Nazri, iaitu teman baiknya sewaktu di UNITEN.

“Aku okey..” Faris berbohong. Wajahnya tidak langsung menggambarkan yang dia tengah okey.

“Kau tak nampak macam kau okey..” Nazri cuba mengorek rahsia hati Faris.

“Aku okeylah. Kau aje yang fikir aku tak okey..” ujar Faris dengan wajah selamba.

Nazri mengerutkan dahi. Lahh..dari tadi aku aje yang jadi tunggul kat sebelah dia, bercakap sorang-sorang macam orang bodoh, pelawa dia makan kacang yang aku beli ni pun dia macam buat tak tahu aje? Dia cakap dia okey ke macam tu? Gerutu Nazri seorang diri.

“Aku nampak kau tak okey. Kalau nak tipu aku pun, pandai la sikit berlakon. Ini tak, muka macam orang tua nak mampus. Lepas tu pulak, macam orang gila pun ada aku tengok..garu-garu kepala aje? Kau ada masalah kan? Tak mahu kasitau kawan kau yang baik ni, ke?” gumam Nazri dengan wajah geram. Siapa yang tak geram kalau tengok sikap Faris sekarang ni.

“Diamlah kau. Aku nak tengok pantai..” getus Faris dengan wajah malas.

“Habis tu apa fungsinya aku kat sini? Jadi tukang tengok kau melayan perasaan? Piiraaahhh..” leter Nazri dengan wajah bosan. Memang dia bosan melihat Faris.

“Okey aku mintak maaf. Kau bosan ke?”

“Mana tidaknya! Bosan tahap dewa-dewi dah. Macam nak balik pun ada ni..” perli Nazri dengan wajah masam. Sengaja dia membuat ayat ugutan bahawa dia sudah bosan dan hampir nak balik. Harapannya supaya Faris membuka cerita.

“Okey, baliklah. Sorry buat kau bosan..” getus Faris dengan wajah tiada perasaan. Nazri terkejut lalu menoleh ke arah Faris. What the????

“What the hell, man?” ayat itu terkeluar dari mulut Nazri.

“Dah kau bosan? Takkan aku nak paksa kau jadik suka pulak?” selamba badak Faris berkata. Dia memicit kepalanya yang terasa berat.

“Kalau ye pun, alang-alang aku dah ada kat sini. Ceritalah masalah kau. At least, ringan sikit kepala kau tu..” kata-kata Nazri cukup bernas pula dirasakan oleh Faris. Macam tahu-tahu aje yang aku tengah berat kepala? Faris membungkam seketika.

“Aku ada masalah dengan bini aku. Takkan aku nak cerita kat kau, kot?” Faris mengeluh dan meraup wajahnya. Kemudian, dia memandang wajah Nazri. Ingin mencari reaksi.

“Oh..begitu.Kalau ada yang boleh diceritakan, aku sedia dengar. Kalau kau tak kisahlah..tapi kalau ‘rahsia kerajaan’ kau, tak payahlah..” Nazri tarik sengih. Mulalah tu fikir bukan-bukan!

“Hisy..kau ni. Ke situ pulak! Sekali aku pelempang kau, baru tau..” Faris memuncungkan mulutnya. Tangannya dihayun seperti ingin memukul Nazri. Temannya itu hanya tertawa kecil.

“So, ada apa-apa yang aku boleh tolong?” Nazri menyoal lagi. Namun, belumpun sempat Faris bersuara, “Kau macam tak nak cerita aje..it’s okay, I understand. Jomlah balik!”

Faris terkebil-kebil memandang langkah Nazri. Tadi bukan main lagi nak dengar masalah aku. Tapi sekarang, dia pula yang ajak balik. Aduh! Kawan aku ni memanglah. Nak kata bodoh, tak pula. Agaknya terlebih bijak kot. Iyalah, boleh main teka-meneka pulak dengan orang. Faris pula yang geram dibuat Nazri.



FARIS menghenyakkan punggungnya ke kerusi di bilik bacaannya. Dia memegang pen sambil memikirkan sesuatu. Diari sudah tersedia dihadapannya ketika itu. Sepenuh hati dan perasaannya, dia mengolah ayat didalam kepala.

Entahlah mengapa dia boleh menjadi serunsing ini. Sampaikan dia sendiri tidak tahu bagaimana lagi mahu melepaskan tekanannya. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk menulis didalam diarinya. Dia suka diari kerana diari boleh membuatkan dia rasa tenang selepas dia menulis segala-galanya yang terbuku dihati ke dalam diari itu.

Didalam diarilah dia meluahkan segala-galanya. Sejak kecil, dia seorang yang memendam perasaan. Segala rasa sedih, pilu dan sakit hati telah diluahkan didalam diarinya. Sebab utama dia mempunyai diari adalah untuk dia meluahkan perasaan mengenai bapanya, Dato’ Syed Faizal. Sudah banyak diari yang ditulis olehnya, bermula dari diarinya ketika masih kecil sehinggalah dia meningkat dewasa.

Kali ini, segala-galanya adalah mengenai Nazifa. Kekecewaannya terhadap Nazifa begitu terasa, sehinggakan dia teringatkan satu lirik lagu untuk ditulis ke dalam diarinya. Lirik tersebut amat sesuai dengan keadaan dirinya sekarang.


When I look toward you,
a thought suddenly appears.

Some day, I'll wait until the sky is clear,
Just as it was on the day you left.

You will quietly return to my side.
The you in my heart.

Can you really never see me again?
I'm really such an idiot,
you're the only one in my heart.

You, who have eyes for someone else,
You probably don't know how I feel.

Your day probably will not include me.
Not even your memories.

It's only me, the one watching you,
Who is silently crying.

Watching the shape of your
back is a kind of happiness to me.

Even though, to the very end,
you do not understand my heart.

When I want to see you,
At times when I really can't bear it,

The words "I love you"
are always lingering on my lips,

I am alone, crying for you.
I am alone, missing for you.

Bye bye, never say goodbye,
Although I cannot grab hold of you.

I need you. I cannot say anything.
I want you.
Even if it's just wishing and wishing.

In the days when I really miss you,
The days when my heart aches,

The words "I miss you"
always linger at my lips.

I am alone, crying for you.
I am alone, missing for you.

Baby I love you.
I'm waiting for you.


Tanpa sedar, airmata Faris tumpah setitis ke pipinya. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu menyeka airmata itu sepenuh hati. Wajah Nazifa terbayang diruangan matanya. Faris masih berfikir. Sanggupkah dia lepaskan Nazifa begitu sahaja? Jawapannya, dia tidak sanggup. Tetapi, dapatkah dia bertahan dengan sikap Nazifa? Dapatkah dia selalu memujuk diri apabila terkilan dengan isterinya itu yang mencintai lelaki lain?

“Arghh! Damn it!” Faris mencampakkan pen yang sedang dipegangnya ke atas meja. Tekanan dalam dirinya masih berbaki walaupun dia sudah menulis ke dalam diari. Mengapa? Mengapa pengaruh Nazifa begitu besar dalam hidupku?



NAZIFA nampak Faris sedang menulis sesuatu ke dalam sebuah buku. Dia terhendap-hendap dicelah bukaan pintu bilik bacaan Faris yang tidak ditutup rapat. Lelaki itu nampaknya amat tertekan sekali. Nazifa serba-salah. Dia masih teringatkan peristiwa yang baru-baru ini berlaku.

Kerana peristiwa itulah, Faris berubah sikap. Nazifa bagai merindukan pujuk rayu serta kata-kata usikan Faris yang kadang-kadang romantis. Tipulah jika dikatakan yang hati kecilnya tidak pernah tersentuh dengan ayat dan kata-kata Faris. Nazifa keliru. Mengapa dia boleh menjadi lembut hati dengan lelaki yang telah memusnahkan hidup dia? Sungguh tidak masuk akal!

Sudahnya, Nazifa tergeleng-geleng sendirian, ingin mematikan lamunan yang menyelubungi dirinya. Kuatkan hati, cekalkan jiwa kau, Ifa. Kenapa kau terlalu berlembut dan baik hati pada lelaki itu? Hati kecil Nazifa berkata-kata lalu tanpa sedar, Nazifa menidakkan kata bisikan hatinya. Sebenarnya, dia kasihankan Faris. Tetapi mengapa dalam perasaan kasihan itu terdapat sesuatu perasaan lain yang dia sendiri keliru.

Nazifa mengeluh. Malas dia mahu melayan rasa hatinya. Jika terlalu dilayan nanti, dia juga yang akan makan hati. Akhirnya, Nazifa mengatur langkah ke bilik tidur. Dia mengunci pintu bilik berkenaan kerana dia ingin mandi. Dia tidak mahu Faris masuk sesuka hati apabila dia sedang mandi atau memakai pakaian.

Perlahan-lahan Nazifa masuk ke bilik mandi dengan perasaan berbaur. Tadi tak mahu fikir pasal Faris, tetapi sekarang dia terfikir juga. Sekarang dia seperti tidak dapat menolak bayangan lelaki itu dari fikirannya. Nazifa menjadi tertekan dengan situasi yang dia sendiri tidak pasti.

Sesudah mandi, Nazifa keluar berkemban dengan memakai tuala mandi separas lutut. Dia memandang bilik yang kelihatan agak berselerak. Ini mesti kerja Faris. Bukan tahu nak mengemas bilik, selerakkan lagi adalah. Yang selalu menjadi mangsa, Nazifa lah. Mengemas sana, mengemas sini. Nazifa mengeluh kecil.

Almari pakaian Faris yang terbuka sedikit menarik perhatian Nazifa. Setahu dia, Faris tidak pernah meninggalkan almari pakaiannya terbuka. Bagai ada rahsia yang disembunyikan didalam almari berkenaan. Serta-merta hati Nazifa ingin tahu apa yang berada di dalam almari tersebut.

Nazifa menghampiri almari pakaian Faris. Dia membuka pintu almari berkenaan. Berselerak! Nazifa menggeleng kecil. Dia mula mengeluarkan semula pakaian Faris yang berselerak sana sini. Niatnya adalah ingin mengemas semula almari pakaian Faris, terlupa sudah niatnya pada awal tadi.

Sambil mengemas, Nazifa tersenyum-senyum seorang diri. Ada pula baju zaman kanak-kanak Faris dalam ni? Ada permainan juga didalam sebuah kotak yang kelihatan usang. Ada lagi kotak lain yang berada disitu yang belum dibukanya. Hati Nazifa tertanya-tanya, apakah yang berada didalam kotak berkenaan.

Belumpun sempat tangan Nazifa mencapai kotak itu, sesuatu tiba-tiba keluar dari dalam almari tersebut. Lipas! Makhluk yang paling tidak disukai oleh Nazifa! Geli-geleman tengkuknya melihat makhluk kecil yang berwarna hitam keperangan itu.

“Ya Allah!! Makkk..” Nazifa terjerit-jerit sendirian. Dengan tuala yang masih tersarung dibadan. Dia langsung tidak sedar yang dia belum lagi memakai pakaian. Nazifa panik.

“Ifa!! What’s wrong??” kedengaran suara Faris dari luar bilik. Bertalu-talu juga ketukan dipintu bilik. Memang Faris risaukan Nazifa. Dia takut sekiranya terjadi apa-apa pada isterinya itu.

“Hmm..nothing!” Nazifa menjawab dengan serba-salah. Nada suaranya jelas sekali terketar-ketar ketakutan.

Hendak dipanggil Faris masuk, dia pula masih tidak berpakaian. Kalau tidak dipanggil lelaki itu, tentu hidupnya tidak akan tenteram kerana lipas itu masih hidup dan sedang ligat bergerak ke sana sini.

“Suara you macam ketakutan aje? Are you okay?” Faris bertanya lagi. Nazifa diam. Dia menggigil ketakutan. Dalam masa yang sama, dia tidak mahu Faris masuk ke bilik itu. Gilalah kalau lelaki itu nampak keseksiannya sekarang ini. Malu!

Faris tidak mendengar suara Nazifa lagi lalu dia merasa bimbang. Bagaimana jika sesuatu menimpa Nazifa? Hati Faris gundah-gulana. Dia mengundur ke belakang, mengambil tanjak untuk berlari. Dia ingin memecah masuk ke dalam bilik itu.

Gedeganngg!! Sekali Faris menolak pintu dengan tubuhnya. Masih tidak terbuka. Nazifa tersentak dan terus bertambah panik. Mana tidaknya, dua kerja dia terpaksa buat. Tengok lipas dihadapannya dan juga tengok ke arah pintu bilik yang sedang ingin dipecah masuk oleh suaminya.

“I’m okay!!” serentak dengan laungan Nazifa itu, Faris telahpun berjaya memecah masuk ke dalam bilik tersebut. Nazifa telan air liur, begitu juga Faris. Sejak berkahwin, pertama kali dia melihat Nazifa berkemban begitu. Seksi betul! Kulit isterinya yang putih kemerahan itu terserlah. Riak wajah Faris macamlah pertama kali dia melihat tubuh Nazifa begitu. Serta-merta naluri lelakinya berkocak hebat.

Wajah Nazifa merona merah. Dia malu. Dia menarik-narik tualanya supaya menutupi lututnya sementara sebelah tangannya lagi cuba mencapai selimut yang berada agak jauh dari tempat dia sedang berdiri. Dari tadi lagi dia statik disitu kerana takutkan lipas. Dia tahu, jika dia bergerak walau sedikit lipas itu akan mengejarnya.

“Don’t look at me like that..” Nazifa separuh merayu. Dia malu direnung lama oleh Faris dengan keadaan dia yang tidak berpakaian itu. Faris bagaikan kembali ke dunia nyata apabila terdengar kata-kata Nazifa. Dia menoleh ke arah lain, tidak mahu lagi merenung Nazifa.

“Kenapa dengan you? Kenapa berdiri situ?” Faris hairan melihat Nazifa seperti tidak boleh meninggalkan tempat dia berdiri itu. Pantas tangan Faris mencapai selimut lalu dicampak ke arah Nazifa. Isterinya itu kelihatan membalut tubuh serta-merta.

“Li..li..lipass..I hate that creature..” ujar Nazifa lambat-lambat. Tiba-tiba Faris terasa geli hati dengan pernyataan Nazifa itu, entah mengapa. Lipas?

“Lipas? Serangga kecil tu pun you takut?” Faris tertawa kecil. Nazifa gigit bibir. Dia geram dengan Faris. Boleh pula menyakat dia saat-saat cemas begini?

“What if I am?” Nazifa mencemik.

“Mana lipas tu?” Faris bertanya. Ketawanya masih berbaki.

“Kat sana tu..bawah almari cermin..” jari telunjuk Nazifa menunjuk ke kanan Faris.

Faris menghampiri tempat berkenaan lalu lipas itu bagai tahu-tahu sahaja, terus merayap naik ke dinding bilik. Setelah itu, Faris mengejar lagi. Lipas itu tiba-tiba terbang, membuatkan Nazifa menjadi kelam-kabut.

“Arghhhhhh..aku benci lipassss!! Aku tak suka lipass..tolongg..” Nazifa tidak sedar yang dia sudah berlari ke arah Faris dan merangkul tubuh lelaki itu tanpa sedar. Kuat benar rangkulannya membuatkan Faris terasa sesak nafas sebentar.

“Ifa..” getus Faris lembut. Nazifa masih ketakutan, dia tidak sedar apa yang dia sedang lakukan sekarang. Mulutnya berkumat-kamit, wajah geli-geleman terpampang.

“Ifa..” panggil Faris sekali lagi. Dia cuba memandang wajah Nazifa yang sedang disembunyikan ke dada sasanya. Isterinya itu kelihatan mendongak.

“Ni..lipas dah mati..” Faris menunjukkan lipas tadi kepada Nazifa. Entah bilalah Faris membunuh lipas itu, Nazifa juga tidak pasti.

Yang dia pasti sekarang, “What am I doing?!” bisik Nazifa sendirian dengan wajah merah padam. Dia melepaskan pelukan ditubuh Faris lalu menjarakkan dirinya dari lelaki itu. Faris tersenyum kecil, dia bahagia dipeluk oleh Nazifa tadi. Ya, dia tidak mahu berputus asa lagi. She'll be mine someday!

“Okeylah. I nak keluar ke bilik bacaan semula..” getus Faris dengan senyuman yang tidak sudah. Dia berjalan keluar membuatkan Nazifa menarik nafas lega.

“Malunya..” ujar Nazifa sambil mengetuk kepalanya perlahan, berkali-kali ke dinding. Mata Nazifa kembali tertancap pada almari pakaian suaminya yang terbuka. Tentu Faris tidak sedar almari pakaiannya terbuka ketika sedang sibuk mengejar lipas tadi.

Nazifa menghampiri semula almari pakaian itu. Dia mengambil kotak tadi yang belum sempat dibukanya. Entahlah, dia terlalu ingin tahu apakah yang terdapat didalam kotak berkenaan. Apalah agaknya berada didalam kotak ini?

p/s : sorry..n3 kli ni xberapa best..idea kering kontang..hmm hope u all puas hati k :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 2/15/2010 03:39:00 AM

16 comments:

  1. AnonymousMonday, February 15, 2010 at 7:55:00 AM GMT+8

    x laa n3 kali nie laaa yg plg best giler....
    heeee geramnye rase cam nak menjerit jee tapi de ramai owg kat bawah 2...
    huhuhu sambong cepat nak tau jugak ape yg ade kat dlm kotak 2 tapikan kalo ifa 2 terbace jee diari faris 2 kan sure die tersentuh nye lah...pleaseeeee sambong cepat cket...kite sllu ternanti nantikan n3 ketike cinta bersemi nie...pokoknye besh deh...hehehe
    opp terlebih plak...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. faridahmuslimahMonday, February 15, 2010 at 10:51:00 AM GMT+8

    yup n3 kali ni paling best...
    nak sgt ifa terbaca diari faris dan terjumpa pakej honeymoon yg faris sembunyikan ...
    x sabar nak tahu cite selanjutnya...nak lagi nak lg hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. YongMonday, February 15, 2010 at 10:53:00 AM GMT+8

    puas2.best apa cter ni. cepat ye post next entry.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousMonday, February 15, 2010 at 11:13:00 AM GMT+8

    n3 ni memang best...
    writer rajin2 ler post n3 baru erk.,.
    suke cite ni..penulis yg berbakat..
    teruskan usaha,..=)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. syazriniMonday, February 15, 2010 at 7:30:00 PM GMT+8

    best3..nak lagi sis

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. AnonymousMonday, February 15, 2010 at 8:35:00 PM GMT+8

    best sgt!!!,,,writer please continue cpt skit ye,,u mmg talented,respect lah,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousMonday, February 15, 2010 at 8:50:00 PM GMT+8

    puas hati sgt dan nak n3 baru lg hehehe..
    nak faris dgn ifa jugak,...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. MisS_SyaTuesday, February 16, 2010 at 8:38:00 AM GMT+8

    sis..
    tq sbab upload lgikk..hihihihi
    xtaw nak komen ape lgik dh..best la n3 ni..
    harap sgt ifa jumpa pakej honeymoon+diari faris tu..
    terawang-awang sya bca n3 ni...hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. AnonymousTuesday, February 16, 2010 at 5:37:00 PM GMT+8

    thx 4d nice n3.
    rasanya Ifa akan tertawan dgn. Faris;
    setelah terjumpa tiket & diari Faris,
    baru dia tahu kenapa Faris bersikap begitu,
    sebenarnya Faris mengharapkan kasih sayang Ifa,
    kerana dia dipinggirkan oleh bapanya...

    moga cik penulis akan terus menulis & diberikan idea yang melimpah ruah...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. KiaraWednesday, February 17, 2010 at 3:03:00 AM GMT+8

    best sgt!!! =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. widadWednesday, February 17, 2010 at 6:33:00 AM GMT+8

    salam,aaa best new n3 kali ni.saya pun mcm nak jerit gitu,aduh puas hati.....apa le rahsia si faris tu ye...moga lps ni akan berputiklah rasa cinta ifa buat faris..sbb faris tu bukannya jahat pun......sambung lagi..klu boleh jgn le biarkan kita org tunggunlama2 ye......thanks very much

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. keSENGALan teserlah..Wednesday, February 17, 2010 at 2:59:00 PM GMT+8

    haha..
    hope ifa jmpe pakej honeymoon n rsa tersentuh..
    actuallykan..faris tak rogol ifa kan??
    faris wat helah je kan??
    nmpk sngt kott time faris nmpk ifa berkemban je..
    ngaaaaa..smbung2..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. Hayisa NeerzaWednesday, February 17, 2010 at 11:13:00 PM GMT+8

    best..best....nk lagi...faris tu x lah jht mana swet gak hehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. litte squareThursday, February 18, 2010 at 5:45:00 PM GMT+8

    huhu
    nak lagi
    nak lagi
    cian sis..
    good luck k sis

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. AnonymousSaturday, February 20, 2010 at 2:38:00 PM GMT+8

    sy rase n3 ni la pling best....... ante n3 yg laen.. sweet giler.. hrp sgt ifa pat bc diary n pakej honeymoon 2.. coan faris, die ade kisah silam yg sedih abb 2 jd cetu... die pon menderita sgt..huhuhu..

    sis, ley x sis buang yg hope komen 2... kalo bkk je blg ni.. msti menda 2 mncul.. mnggangu skit la... kkdg2 sy nk ulang bc n3 yg len pon rase mls, sbb menda 2 sik muncul..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. faiicieSunday, February 21, 2010 at 6:35:00 PM GMT+8

    ermm...lamanya bru kuar N3 bru...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu