-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Friday, March 18, 2011

Entah Bila Cinta Bersemi 21 [Last N3]

“ARE you okay?” Faris bersuara setelah melihat Nazifa sedang termenung di kerusi batu luar rumah.

Nazifa menoleh lalu mengukir senyum manis buat Faris. “Okey aje… Kenapa?” soal Nazifa kembali membuatkan Faris tersenyum.

Faris menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Buat seketika, dia terdiam sambil memikirkan sesuatu. Punggungnya dilabuhkan ke kerusi batu berhadapan Nazifa.

“Betul ke yang Ifa dah tak benci pada abang?”

Soalan cepumas yang tiba-tiba keluar dari bibir Faris membuatkan Nazifa tergamam sebentar. Matanya membesar sejenak. Perlahan-lahan dia mengangguk kepala.

Faris tersenyum panjang. Dia merenung wajah mulus Nazifa yang sedang melarikan pandangan ke arah lain. Malu agaknya..

“Jadi? Tak nak confess?” Faris bersuara selamba.

Terpinga-pinga Nazifa dibuatnya.

Faris elok bersantai sambil bersandar pada kerusi batu di luar rumah. Mereka kini sedang berehat di luar rumah. Angin dingin malam yang bertiup sesekali membuai perasaan Nazifa. Jantung Nazifa tiba-tiba berdebar hebat, apakah yang berlaku?

“Err… Confess apa?” Nazifa bertanya dengan wajah dungu. Dia menelan liur.

“Sayang dah cintakan abang, kan? Sebab tu sayang dah tak benci abang…” Faris meneka sendiri dengan senyuman.

Wajah Nazifa memerah, menahan rasa yang berbuku di hati. Gelisahnya dia mendengar kata-kata Faris. Tetapi kenapa? Nazifa kaget. Bibirnya digigit perlahan.

“Cinta? Tak! Siapa yang kata? Tak benci bukan maknanya saya dah sayangkan awak.” Lama baru jawapan ini terkeluar dari mulut Nazifa.

Senyuman Faris tiba-tiba mati. Mata Nazifa direnungnya tajam.

Nazifa pantas melarikan pandangannya ke arah lain.

”Mengaku aje… Abang tahu sayang dah mula sayangkan abang, kan?” Faris tarik sengih kembali. Dia mahu mengusik. Wajah nakalnya terukir.

Nazifa terpinga-pinga lagi. Aku cintakan dia? Hah! What nonsense! Nazifa cuba menafikan apa yang dirasainya. Memang dia sendiri masih keliru. Cinta?

“No! I don’t!” bidas Nazifa. Dia menarik muka masam walaupun jelas wajahnya itu sedang memerah sekarang. Kenapa panas aje muka aku sekarang? Ah, bencinya! Kenapa aku berdebar sampai macam ni? Nazifa berkata dalam hati. Matanya tiba-tiba bertentang dengan mata Faris yang masih galak merenungnya. Dup! Jantungnya terus berdegup pantas. Laju Nazifa melarikan pandangannya. Tidak mahu menatap renungan maut suaminya itu.

“Eleh, tak nak mengaku, konon… Abang akan buatkan sayang mengaku jugak. Kalau tak dapat buat sayang mengaku hari ni, esok ada. Lusa pun ada. Hari-hari kita jumpa, jadinya, ni suatu situasi yang agak mnguntungkan abang.” Faris tersenyum nakal.

Nazifa mengerutkan dahi dengan seribu rasa yang bertamu di hati. Mamat ni apa hal? Gila? rungut Nazifa dalam hati.

“Awak ni dah gila agaknya. Tak betul, sewel…” bebel Nazifa.

“Abang gilakan sayang… Tak betul sebab inginkan cinta sayang dan sewel sebab terlalu nakkan sayang menemani hidup abang buat selama-lamanya,” jawab Faris sambil tersenyum menggoda.

Nazifa yang terpandangkan renungan menggoda Faris terasa berdebar lagi. Jauh dalam hatinya, dia tersentuh dengan kata-kata Faris. Cuma hatinya masih buntu. Keliru. Benarkah dia sudah cintakan Faris? Itu pun lelaki yang telah memusnahkan hidupnya tidak lama dahulu? Gila! Nazifa tunduk. Dia tidak dapat menangkis kata-kata Faris yang begitu bersemangat itu.

“Okeylah… Saya ada kerja kat dalam. Saya minta diri dulu.” Nazifa mula rasa tidak senang hati. Selebihnya dia ingin melarikan diri daripada kenyataan yang dia sendiri tidak dapat menerimanya. Aku cintakan Faris? Ah, merepek! nafi Nazifa berkali-kali. Ego berdiri teguh di hati Nazifa. Dia mula mengangkat punggung dari kerusi batu lalu berjalan menuju ke dalam rumah.

“Sampai bila sayang nak larikan diri daripada abang? Larilah mana pun, abang kejar jugak… Sembunyi bawah katil pun abang boleh cari. Dan, pasal sayang nak kerja atau nak sambung belajar tu, okey aje kalau sayang nak teruskan…” usik Faris lagi. Suaranya separuh menjerit.

Tiba-tiba langkah Nazifa terhenti apabila mendengar kata-kata Faris. Dia masih membelakangi Faris ketika ini. Betulkah aku boleh kerja? Hati Nazifa menjerit kegirangan. Namun, dia tidak mahu menunjukkan perasaan gembiranya itu. Dan, Faris nampaknya sudah membahasakan diri dengan panggilan abang sayang seperti dahulu. Tentu lelaki itu sudah tidak marahkannya. Dia tersenyum sendirian lalu menyambung langkahnya masuk ke dalam rumah.

Mata Faris menyorot tubuh Nazifa yang sedang menghilang ke dalam perut rumah. Senyuman sentiasa terukir, lalu kepalanya digeleng perlahan. Faris menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan sekali gus. Dia bahagia.




NAZIFA terhenti di hadapan pintu bilik bacaan Faris. Entah mengapa gelisah dan resah membelenggu jiwanya. Padahal, dia hanya mahu bertanya sama ada Faris nak kopi atau tak kerana dia sedang dalam perjalanan turun ke dapur untuk membancuh minuman panas. Dia ingin menolak daun pintu berkenaan yang sedikit terbuka, tetapi perbuatannya itu tiba-tiba terhenti. Dia berfikir seketika. Nak cakap macam mana, ya?

“Faris, saya nak tanya ni. Awak nak kopi? Hmm?” Nazifa berbisik pada dirinya, berlatih bagaimana mahu berbicara dengan Faris nanti. Dia tidak mahu lelaki itu salah faham. Terkial-kial tangannya, menunjukkan yang dia begitu bersungguh berlatih.

“You want coffee?” bisik Nazifa lagi sendirian sambil mencemik, menyampah pada dirinya sendiri. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya pula selepas itu. Isy! Bodohnya aku. Kenapa aku risau sangat ni? Nak tanya, tanya ajelah… Kenapa aku gelisah ni? Hati Nazifa berkata-kata. Nazifa nekad, dia memberanikan diri menolak pintu bilik bacaan Faris.

Kepala Nazifa kini sudah terjengah ke dalam bilik berkenaan. Matanya meliar mencari Faris. Seketika, pandangannya tumpah pada susuk tubuh Faris yang sedang terbaring di atas sofa. Lelaki itu kelihatan sedang terlena dibuai mimpi.

Dalam diam Nazifa tersenyum kecil. Nampak comel pula Faris di matanya. Lengan lelaki itu terletak di dahi, jelas menunjukkan bahawa suaminya itu terganggu dek cahaya lampu yang masih menerangi bilik berkenaan. Tentu Faris tertidur tadi.

Nazifa keluar, berpatah balik ke bilik tidurnya. Dia mengambil selimut lalu bergerak ke bilik bacaan Faris semula. Perlahan-lahan dia menghampiri tubuh Faris lalu menyelimuti suaminya dengan penuh hati-hati. Tidak mahu mengejutkan lelaki itu. Nazifa tersenyum sendirian lalu berjalan ke dinding untuk menekan suis lampu supaya lampu dimatikan.

Belum sempat dia menekan suis lampu, matanya menangkap sesuatu yang berada di atas meja bacaan Faris. Sebuah buku. Buku yang agak tebal itu mengganggu fikirannya sedikit sebanyak. Dia menggigit bibir. Berfikir sejenak dengan kening yang berkerut. Buku tersebut memang amat menarik perhatiannya. Nazifa menelan liur. Rasanya bukan ada apa-apa kut. Sebab dia letak atas meja aje. Kalau aku baca sikit, okey kut…

Nazifa menghampiri meja. Sambil melabuhkan punggung ke kerusi, dia menatap penuh minat buku tersebut.

”Diari.” Dengan nada perlahan, Nazifa membaca tulisan di kulit buku berkenaan. Diari? Faris tulis diari? Nazifa bagai terlopong sebentar. Tidak percaya lelaki seperti Faris menulis diari. Lagilah menambahkan minatnya untuk mengetahui isi kandungan diari berkenaan.

Tanpa memikirkan apa-apa lagi, Nazifa nekad. Dia terus sahaja membuka diari berkenaan. Dia ingin tahu tentang Faris. Dia ingin mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. Tetapi, untuk apa? Nazifa sendiri keliru mengapa dia perlu sibuk-sibuk dengan hal Faris. Helaian demi helaian dibukanya, sehinggalah dia terhenti pada satu muka surat.


12 Mac 2009
My love, Nazifa…
I love you and yes I will always do forever. Hmm… Hari ni aku cuba pujuk dia lagi. Aku cuba nak ambil hati dia sebab aku nak dia tahu tentang perasaan aku… Macam biasa, dia tengking aku dan dia marah aku. I know that I deserved it.
Aku akan terus sabar. Sebab aku tahu, akulah yang menjadikan dia macam ni. Membenci aku kerana kesalahan aku kat dia. Aku tahu aku bersalah. Aku cuba betulkan kesalahan aku, aku nak bahagiakan dia. Semoga dia faham tujuan sebenar aku. Aku cintakan dia. Aku betu-betul mengharapkan kasih sayang dia.


Nazifa sebak. Matanya bergenang dengan air jernih. Benarkah Faris sebegini tulus menyayangi diriku? Nazifa mula rasa tersentuh. Diselaknya lagi helaian berikutnya..


15 Mac 2009
This is the worst part ever happened in my life!
Hmm… Ifa keluar membeli-belah. Aku ikut dia ke mana-mana aje dia pergi. Aku nak tau apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Aku nak tau semua pasal dia. God, I love her so much! Aku beli tiket flight dan pakej honeymoon untuk buat surprise. Tapi, Ifa kecewakan aku. Dia jumpa kekasih lama dia. Aku nampak dia orang bercakap-cakap. Daripada cara dia orang, aku tau dia orang masih mencintai satu sama lain…
Aku pasrah. Aku rasa kecewa dan patah hati. Aku kalah. Tiket honeymoon dan pakej tu terus aku campak aje dalam almari aku. Aku sakit hati! Aku geram! Aku tahu, Ifa takkan cintakan aku selama-lamanya.
A jerk like me, perempuan mana pun takkan nak. Aku akan cuba jauhkan diri aku, aku tak nak paksa Ifa lagi. Biar masa aje yang menentukan segala-galanya. Kalau ada jodoh, adalah… Kalau tak ada, I’ll have to let her go.


Air mata Nazifa mula merembes keluar dan membasahi pipi gebunya. Nafasnya tertahan-tahan. Sampai begitu sekali Faris terasa hati dengannya ketika itu? Dan, pasal honeymoon tu, rupanya memang betul.

Nazifa rasa terharu. Begitu tulus sekali cinta Faris terhadapnya. Barulah dia sedar. Dia memegang dadanya, perit benar apabila memikirkan kembali semua itu. Tapi, mengapa hatiku bagai tidak terbuka untuk menerima Faris? Kenapa? Setelah aku mengetahui kebenaran tentang lelaki itu, jiwaku masih tertutup rapat. Bukan hanya pada Faris, tetapi pada semua lelaki.

Nazifa menyelak lagi helaian berikutnya.


20 Mac 2009
Dah berapa hari dah aku cuba jauhkan diri daripada Ifa. Aku betul-betul patah hati. Dia pun macam tak peduli. Aku anggap aje yang dia memang betul-betul tak ada perasaan kat aku. Hmm…

You, who have eyes for someone else,
You probably don't know how I feel.
It's only me, the one watching you,
Who is silently crying.
I am alone, crying for you.
I am alone, missing for you.
Baby I love you.
I'm waiting for you.



21 Mac 2009
Okey. Hari ni hari paling best. Hehehe… Aku kena terima kasih kat lipas yang dah buat aku rasa bahagia. Kalau tak kerana lipas tu, Ifa takkan peluk aku. Hahaha. No, no… Thanks to Allah. Sekarang, aku akan terus buatkan dia cintakan aku. Aku tahu, aku akan menangi hati dia jugak suatu hari nanti.

I’ll be waiting for you..
I no longer want you to see my painful tears.
I won't give it up.
Because it's you.
Can you become the only women in my heart?
Because you are already in my heart.
I love you, Nazifa.


Nazifa mengigit bibir. Lipas? Ah! Pasal tu pun dia nak tulis dalam diari, ke? Malunya… bisik Nazifa dalam hati. Wajahnya membahang tiba-tiba apabila teringatkan peristiwa bersama lipas itu. Ada senyuman terukir dengan tiba-tiba.

Air mata Nazifa terus mengalir. Dia sangat terharu. Kini barulah dia mengenali hati lelaki bergelar Faris itu. Rupa-rupanya, Faris memang benar-benar mencintainya dengan seikhlas hati. Dan, tiada langsung tercatat tujuan jahat lelaki itu memerangkapnya. Namun, hati Nazifa masih keliru. Bukan senang dia mahu menerima Faris setelah apa yang terjadi.

Dia sendiri tidak sedar yang dia dah mula cintakan Faris. Egolah sebenarnya yang menghalang dirinya daripada menyedari hakikat itu. Dia mengelap air mata di pipi yang masih berbaki. Pantas dia menutup diari tersebut, cukuplah setakat itu. Dia sudah faham.

Perlahan-lahan Nazifa menapak keluar dari bilik bacaan itu setelah memadamkan lampu.


“KENAPA awak tak beritahu?” soal Nazifa laju sebaik sahaja Faris selesai mandi.

Tercengang-cengang Faris dengan tuala basah yang tergantung di bahunya. Pelik dengan soalan Nazifa yang terlalu mendadak itu. Dia membetul-betulkan kain pelekat yang dipakainya sebelum memakai sehelai baju-T berwarna hitam.

“Tentang apa ni, sayang?” soal Faris kembali. Dia mencapai sikat rambut di atas meja solek lalu menyisir kemas rambutnya.

“Hmm… Tentang pakej honeymoon yang awak beli tu. And the plane tickets…”

“Hah?” Faris terperanjat. Bagaimana Nazifa boleh tahu pulak ni? Faris termanggu-manggu. ”Err…” Faris gugup.

“Why?” soal Nazifa dengan wajah yang serius.

“Macam mana sayang boleh tahu pasal semua tu?” balas Faris. Dia mula menghenyakkan punggungnya ke sofa ketika itu.

Riak wajah Nazifa berubah. Dia terkulat-kulat. Ambik kau! Nak jawab apa pulak ni? Nazifa gigit bibir. Dahinya mula berkedut seribu. “Tadi, saya kemas almari pakaian awak. Saya jumpalah tadi…” jelas Nazifa berbohong. Padahal, dia memang tahu kedudukan pakej dan tiket berkenaan setelah membaca diari Faris semalam.

“Sayang… Emm, sayang ada sentuh barang-barang dalam almari abang?” ujar Faris dengan wajah cuak. Dahlah dalam almari dia tu terdapat banyak rahsia. Faris berdeham seketika, tekaknya terasa tersekat. Jiwanya kacau.

“Tak, bukan. Saya… Saya hanya kemas. Saya tak ada buat apa-apa pun. Kemas aje. Ternampak tiket kapal terbang tu. Sorry…” balas Nazifa dengan hati gemuruh. Bimbang Faris marah lagi.

Faris yang mendengarkan kata-kata Nazifa, terus menarik nafas lega. “Hmm… Abang tak nak sembunyikan apa-apa daripada sayang lagi. Abang beli tu dah lama. Sebelum sayang jumpa Saiful kat shopping mall hari tu lagi. Bila abang nampak sayang dengan dia, abang kecewa. Abang terus simpan aje. I’m sorry for not telling you about this,” jelas Faris dengan jujur.

Nazifa rasa tersentuh. Faris memang benar-benar jujur terhadapnya. “Jadi, nak buang macam tu aje tiket dan pakej tu?” Nazifa menyoal dengan wajah berkerut-kerut.

“Dah tu? Takkan nak simpan dalam frame dan gantung kat dinding kut… Lagipun, dah expired,” kata Faris selamba. Dia memandang wajah Nazifa yang kelihatan teragak-agak.

“Kenapa? Sayang nak pergi honeymoon, eh?”

Soalan yang tiba-tiba terpacul dari mulut Faris itu membuatkan Nazifa seakan ingin terlompat. Dia benar-benar terkejut beruk dengan soalan itu. “Malas cakap dengan awak!”

“Tak payahlah cakap kalau dah malas.”

“Awak ni kan…” Nazifa geram. Dia melarikan matanya apabila perasan Faris sedang menghadiahkannya pandangan maut. Kacaknya! Hampir-hampir dia cair dengan pandangan tersebut.

“Sayang ni suka sangatlah membantah cakap suami. Cuba duduk diam-diam, dengar kata suami…” getus Faris sambil menghampiri Nazifa. Faris mengangkat tangannya lalu dilekapkan ke pipi Nazifa.

Nazifa terkejut dengan kelakuan Faris. Dia memandang wajah lelaki itu yang kini berhadapan dengannya.

Faris tersenyum sambil mengusap-usap pipi mulus isterinya itu sebelum mengangkat kaki keluar dari bilik.

Nazifa tercengang-cengang selepas Faris keluar. Dia memegang kembali pipinya yang terasa membahang kesan daripada belaian Faris tadi. Jiwanya sudah mula terasa bagai ditumbuhi bunga-bungaan, dirinya terasa bagai terawang-awang di udara. Akhirnya Nazifa tersenyum keseorangan.



NAZIFA tercengang-cengang apabila mata Faris menyapu wajahnya. Ketika itu dia sedang asyik memerhatikan lelaki itu yang sedang membaca akhbar. Mereka kini sedang melepak di sofa.

Pada mulanya seorang membaca akhbar, seorang lagi membaca novel. Namun entah mengapa, tumpuan Nazifa boleh dihalakan ke arah Faris tanpa sedar. Boleh pula Faris perasan akan renungannya. Serta-merta darah menyerbu naik ke muka. Malu betul dia kerana tertangkap.

Faris tersenyum memerhatikan gelagat Nazifa. Dia tahu Nazifa sedang asyik merenungnya sedari tadi. Dia hanya membiarkan sahaja gadis itu terus merenung. Namun, apabila pandangan mereka bertemu, Nazifa terus melarikan pandangan ke arah lain. Itu adalah tanda-tanda positif yang mula ditunjukkan oleh Nazifa terhadapnya.

“Kenapa?” soal Faris. Berpura-pura dungu. Surat khabar diletakkan ke atas meja. Tumpuannya beralih kepada siaran yang ditayangkan di peti televisyen.

“Apa yang kenapa?” soal Nazifa pendek. Dia membuat wajah selamba.

“Dari tadi asyik tengok muka abang. Ada something ke kat muka abang? Or, am I too handsome that you can’t take your eyes off me?”

“Hah? Perasanlah dia ni…” bebel Nazifa dengan muka menyampah. Dia mengambil novel yang dibacanya tadi, lalu berpura-pura membaca.

Faris tersenyum lucu.

Dua jam berlalu. Faris menutup televisyen yang ditontonnya sedari tadi. Nazifa kelihatan sudah tertidur di atas sofa panjang. Faris tersengih melihat mulut Nazifa yang memuncung. Dah nyenyak tidur, buat apa pun sudah tidak sedar. Faris berjalan menghampiri tubuh kecil Nazifa yang sedang terlentang di atas sofa berkenaan.

Faris pandang Nazifa sejenak. Dari mata turun ke hidung, bibir, alis mata, rambut ikal dan tubuh langsing Nazifa, semuanya diperhatikan dengan begitu teliti. Bukan senang untuk dia melihat Nazifa sedekat ini. Dan ini merupakan peluang terbaik untuk dia meneliti segenap wajah isteri tersayang. Kejelitaan gadis itu cukup terserlah walaupun ketika sedang tidur.

Tangan Faris merayap, menyapu wajah isterinya penuh kasih. Sungguh dia cinta, sungguh dia sayangkan Nazifa. Tidak tergambar betapa menggunung sayangnya pada Nazifa.

Faris tersenyum lagi lalu mengambil gebar. Dia menutup tubuh Nazifa sekemas-kemasnya. Pada mulanya, niatnya ingin mengangkat Nazifa ke atas katil. Tapi, memandangkan isterinya itu sudah nyenyak tidur, dia tidak sampai hati untuk mengganggu. Akhirnya dia naik tidur di atas katil kerana Nazifa sudah mengambil tempat tidurnya.

Keesokan harinya, Nazifa terjaga pada waktu yang memang sudah biasa dia bangun. Dengan muka mamainya, dia memandang sekeliling. Kat mana ni? Hah! Sofa? Aku tertidur kat sini rupanya. Pandangan Nazifa jatuh pada sofa yang sedang didudukinya.

Selepas itu pandangan Nazifa beralih pada suatu sudut. Sesusuk tubuh sedang duduk di situ sambil mengangkat kedua-dua belah tangan. Faris sedang berdoa setelah selesai solat. Hati Nazifa tersentuh melihat Faris. Dia bangun dan kemudian duduk bersila di atas sofa sambil mengikat rambutnya yang mengurai.

“Morning. Dah bangun? Abang baru aje nak kejutkan sayang solat subuh. Abang solat dulu tadi sebab tengok masih awal nak kejutkan saying. Sekarang dah lewat. Pergilah mandi dulu…” Lembut nada suara Faris. Dia menanggalkan songkok yang tersarung di kepalanya lalu meletakkan ke atas meja berdekatan. Sebuah senyuman dihadiahkan buat Nazifa.

“Kenapa awak tak kejutkan saya awal tadi? Kalau tak, boleh jemaah sama-sama,” rungut Nazifa sambil melipat gebar. Dia memuncungkan mulutnya.

Faris tersenyum lagi sambil mengusap-usap rambutnya yang masih basah. “Sayang kan tak pernah nak jemaah dengan abang walaupun abang ajak dulu-dulu? Tak ingat?” duga Faris.

Nazifa terkial-kial apabila mendengar butir bicara Faris. Memang benar dia tidak pernah melayan ajakan suaminya itu sebelum ini kerana dia menganggap yang Faris hanya berpura-pura baik dan alim di depannya. Dan itu semua cuma muslihat lelaki itu untuk mendekatinya. Dia menggigit bibir perlahan-lahan, tidak tahu apa yang patut dibalas. Rasa bersalah terasa menebal.

“Tak apalah. Esok abang kejutkan sayang awal. Waktu maghrib karang, kita jemaah sekali, okey? Sekarang ni, pergi mandi dulu. Dah lewat ni… Abang pun kena pergi kerja,” ujar Faris sambil tersenyum. Dia bangun lalu berjalan keluar dari bilik meninggalkan Nazifa yang masih tercengang-cengang.




DATIN HAZWANI sedang berjalan-jalan di kompleks membeli-belah seorang diri ketika itu. Dahulu, Nazifa selalu juga menemaninya membeli-belah. Kadang-kadang, Nazira juga menemaninya. Kini, hanya dia berseorangan. Nazifa sudah pergi jauh dan Nazira pula membawa diri sehingga tidak lekat di rumah sejak kehilangan kakaknya.

Datin Hazwani datang ke kompleks membeli-belah ini hanyalah untuk memperingati waktu-waktu indah semasa anak-anaknya berada di sisinya. Suaminya pula, walaupun tidak berapa sihat, terpaksa juga ke syarikat untuk menguruskan hal-hal penting yang banyak tergendala. Betapa dia susah hati dengan situasi keluarganya.

“Mama…” panggil seseorang dari arah belakang.

Datin Hazwani terkedu lalu menoleh. Kelu lidahnya apabila yang berdiri di hadapannya kini adalah menantunya Faris. Datin Hazwani terdiam seribu bahasa apabila lelaki itu cuba mengukir senyum buatnya. Perasaannya bercampur baur, antara marah dan sakit hati. Dia cuba bersabar.
“Kamu nak apa?” soal Datin Hazwani acuh tak acuh. Kini mereka berada di sebuah kafe untuk berbicara berdua.

“Mama sihat?”

“Sihat. Aku tanya, kamu nak apa?” ulang Datin Hazwani.

“Ifa sihat, ma. Dia rindukan mama dan papa,” ujar Faris penuh hormat walaupun kini Datin Hazwani bersikap lebih kurang padanya. Faris tahu orang tua itu tentu tertanya-tanya tentang Nazifa. Dan, tentunya dia rindukan anak perempuannya.

Datin Hazwani kelihatan gelisah dalam diam. Dia ingin bertanya lebih banyak tentang Nazifa, namun lidahnya kelu. Faris di hadapannya dibiarkan berdiri kaku. Lelaki itu seperti memberi ruang untuknya berfikir. Dia mencapai gelas yang berisi air kosong lalu diteguknya perlahan, ingin meredakan gelodak perasaannya.

“Kenapa dia langsung tak hubungi kita orang? Kamu yang tak bagi ke?” tanya Datin Hazwani dengan muka serius sambil meletakkan semula gelas ke atas meja. Kini dia sudah tidak teragak-agak.

Faris menelan liur. Dia memikirkan ayat yang sesuai untuk dituturkan.

“Itu saya tak tahulah kenapa, mama. Saya tak berani tanya dia. Hubungan kami pun tak berapa baik sejak kahwin. Kalau mama benarkan saya bercakap dengan papa, saya janji akan bawak balik Ifa semula. Semuanya salah saya kerana menyebabkan mama, papa dan adik Ifa berjauhan daripada Ifa. Saya minta maaf.”

“Apa maksud kamu, hubungan kau orang tak berapa baik?” tanya Datin Hazwani dengan wajah ingin tahu.

Bukankah Nazifa mengahwini Faris kerana Nazifa begitu cintakan lelaki itu sebagaimana yang didakwanya dahulu? Kenapa pula hubungan mereka tidak berapa baik selepas berkahwin? Datin Hazwani sudah mula tidak sedap hati.

Faris melepaskan keluhan berat sambil menentang pandangan mata ibu mertuanya. Dah sampai masanya dia berterus terang. Begitulah kata hati Faris.




* p/s : selamat membaca..dan doakan sis, semoga novel sulung sis EBCB ni akan mendapat sambutan ramai..insya-Allah~ thanks kepada smua readers yg selama ini menyokong dan memberi komen ke atas karya2 sis dan daripada korang semua juga sis dapat improvekan apa yang patut... :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 3/18/2011 02:46:00 AM
Labels: http://www.blogger.com/img/blank.gif

7 comments:

  1. Kiki ZarimeFriday, March 18, 2011 at 10:45:00 AM GMT+8

    knp last en3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. ღAuni_AmauniღFriday, March 18, 2011 at 12:26:00 PM GMT+8

    Insya-Allah EBCB akan keluar dalam bentuk buku. Doakan sis berjaya~ :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. saitoFriday, March 18, 2011 at 12:49:00 PM GMT+8

    wah, sis!!! lamanya xdengar kabar!!!!
    rindunya dengan karya2 sis...
    betullah ebcb nak kluar dlm bentuk buku yea?
    NAK BELI!!haha tahniah sis....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. YongFriday, March 18, 2011 at 2:16:00 PM GMT+8

    er bkn ke yg ni dah ada ari tu?penah baca stakat nazifa dpt tau yg faris upah org bunuh bf dia n dorg gaduh.time tu nazifa pregnant.
    tp takpe last entry pun last entry lah. asal nanti buku cepat kuar. tak sabar2 nak baca ni. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. ღAuni_AmauniღFriday, March 18, 2011 at 3:16:00 PM GMT+8

    Yong Jiao Xiu :

    jalan cerita da berubah. Mmg xde pasal saiful mati tu..adess..ada sbb kenape sis ubah jalan cite ^^
    so, saiful ok2 je..tenggelam timbul dlm ebcb ni.. :)
    maaf lah terpaksa tukarkan jalan cite..!
    thx sbb slalu sokong sis~ :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. YongFriday, March 18, 2011 at 4:27:00 PM GMT+8

    hehehe yg tu tau,ha stakat tu la bc, bf dia dsembunyikan oleh tukang bunuh tu(cam cter hang tuah jap)hehehe.nazifa mengamuk gan faris bila tahu.faris lak dok cari si pembunuh sebab nak tau betul ke dia dah bunuh bf ifa. hehehe.siap hafal dlm kepala dah cter ni(fanatik). tp memang masa baca entry 2 ebcb tu.mmg rasa byk gak perubahan. membuatkan lagi tak sabar nak baca ni.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. YongFriday, March 18, 2011 at 4:27:00 PM GMT+8

    klo la buku pelajaran aku blh baca and hayati dan hafal cm ni kan bagus. kenapa buku pelajaran tak best eh?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu