VIRUS kini sudah dibenarkan ‘discharge’ oleh doktor setelah dia berkeras mahu balik. Sehinggakan doktor yang merawatnya berasa serba-salah untuk meluluskan perihal ‘discharge’ tersebut. Namun kerana dipaksa dan kerana Virus begitu berkeras, doktor itu terpaksa meluluskan permohonan Virus.
Virus kini di rumahnya, pulang tanpa memberitahu sesiapa pun. Dia pulang dengan menaiki teksi. Dia malas mahu beritahu mamanya. Dia tahu, wanita tua itu tentu takkan sekali-kali membenarkan dia pulang ke rumah dalam keadaan kepalanya yang masih berbalut. Ah, luka kecil aje. Takkan ada apa-apalah! Virus berkata-kata sendirian sambil mengusap lembut bahagian kepalanya yang berbalut itu. Biarlah walaupun mamanya berleter kepadanya selepas ini, asalkan dia sudah boleh berada di rumah. Dia rimas dengan bau ubat-ubatan di hospital itu.
Virus menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Dia kini sebak lalu menangis teresak-esak sambil menumbuk-numbuk bantal. Dia geram dan sakit hati. Sampainya hati Shuji memperlakukannya seperti itu? Hati Virus diruntun pilu apabila mengenangkan betapa mereka berbahagia sebelum ini.
Dia menumbuk lagi bantal dengan airmata yang bercucuran. Tidak pernah lagi dia menangis seteruk ini. Itu pun kerana seorang lelaki? Virus merengus sambil mengesat airmata yang masih mengalir. Tidak mungkin aku menangis lagi untuk si Shuji itu! Virus nekad. Dia bangun dengan tiba-tiba..
SHUJI melangkah lemah ke pintu bilik. Dia baru mendengar cerita dari Datin Rosmah bahawa Virus sudah dibenarkan 'discharge'. Terus Shuji pulang ke rumah apabila di desak ibu mentuanya itu. Shuji masih tercegat di hadapan pintu bilik.
Dia berfikir dengan ligat. Patutkah dia masuk ke dalam? Mungkin Virus sedang menunggu dia di dalam. Shuji menelan liur sambil memicit kepalanya, tanda dia sedang mengalami tekanan perasaan yang sungguh hebat. Giginya diketap rapat-rapat, geram dan sakit hati dengan dirinya sendiri kerana sanggup buat Virus merana. Tetapi, andai sikap aku ini bakal membuatkan Virus jauh dari aku, aku sanggup terseksa begini. Biarlah Virus belajar melupakan aku dan cepat-cepat mencari pengganti aku..bisik hati kecil Shuji.
Shuji menarik nafas sedalam-dalamnya, ingin bertenang ketika berhadapan dengan Virus nanti. Dia mencapai tombol pintu lalu dipulasnya perlahan dan dengan teragak-agak. Pintu bilik sudah terkuak kini. Shuji menjengulkan kepalanya ke dalam perut bilik, ingin mencari kelibat Virus. Ternyata Virus ada. Dia sedang bergelak ketawa sambil bermain Playstation di suatu sudut. Dan..
Shuji membeliakkan matanya apabila terperasankan keadaan bilik tersebut.Dia terus meluru masuk sambil terus memerhatikan keadaan bilik yang telah di buat tanda dengan ‘marker pen’ dan menyerupai sempadan-sempadan tertentu. Di atas lantai pula, ‘marken pen’ berterabur di sana sini. Nampaknya Virus telah membahagikan bilik kepada dua bahagian. Satu bahagian untuknya, dan satu lagi bahagian untuk Shuji. Nampaknya usaha Shuji untuk menjauhkan Virus darinya sudah berhasil.
“What the?!” hanya itu sahaja perkataan yang terkeluar dari mulut Shuji.
Virus tidak mempedulikan Shuji yang sedang terkejut beruk. Padan muka. Sekarang baru dia kenal siapa Virus! Virus ketawa sinis sambil meneruskan bermain playstation.
“Apa yang kau dah buat dengan bilik ni, weh? Hodoh benar! Macamlah lukisan kau tu lawa. Dari dulu kau mana tahu melukis. Nak lukis garisan ni pun boleh jadi condong ke? Tak ada seni langsunglah..” kutuk Shuji apabila Virus buat tidak endah dengannya.
Virus menahan geram. Heeeee..ada juga nak kena karate! Virus menggenggam kuat remote control playstation yang berada di tangannya. Dia buat tidak endah lagi. Malas mahu bergaduh.
“Ya Tuhan. Tengoklah ni. Tulisan cakar ayam. Kau ni perempuan ke? Tulisan buruk nak mampus! Kalau betul kau ni perempuan, tentu tulisan kau lawa. Ini dah macam apa lagi dah. Ha, ni apa pula? Bilik berselerak dengan marker pen berterabur atas lantai..jadilah macam perempuan sikit. Kemaskan bilik ni..” kutus Shuji lagi dengan beraninya.
Muka Virus kini merah menahan amarah. Jaga kau, Shujing! Sampai hati kau cakap aku macam tu? Aku ni kan memang perempuan! Aku isteri kaulah, bahlul! Heeeee….tak boleh jadi ni! Bentak Virus didalam hatinya yang terbakar. Panas betul dia sekarang. Dia menghempuk remote control di tangannya lalu bangun mengejut. Wajahnya kini dihalakan ke arah muka Shuji.
Shuji sudah tercengang-cengang dengan muka cuak. Mak aii! Virus sudah mahu mengamuk. Oh my God! Mana aku mahu lari ni? Peluh dingin mula memercik di dahi Shuji.
“Kau ni kan! Kau ingat kau tu siapa? Ha? Nak komen-komen pasal karya seni aku. Suka hati akulah aku nak lukis macam mana pun. Aku nak tulis tulisan macam kambing menulis pun, apa kau peduli? Suka hati akulah! Kau ada hak ke nak halang aku? Dah aku suka buat macam tu. Kau nak peduli apa? Kau kan malas nak peduli pasal aku dah. So, kau buat tak tahu sudah! Yang mulut kau laser sangat ni apasal? Kau ada problem ke dengan karya seni aku ni? Suka hatilah, karya aku ke, karya kau?!” bentak Virus dengan wajah merah padam.
Memang dia tidak berpuas hati. Bukan sebab Shuji mengutuk pasal garisan yang dia lukis ataupun tulisannya, tetapi tentang kata-kata terakhir Shuji tadi yang memedihkan hatinya. Adakah patut Shuji cakap macam tu? Aku ni perempuanlah! Bodoh! Aku ni isteri kaulah bahlul! Virus memarahi Shuji di dalam hatinya yang sakit. Virus menarik nafas dalam-dalam. Sabar, Virus. Kau tak boleh cakap suami perkara-perkara tak baik. Berdosa! Hishhh! Virus cuba menenangkan hatinya.
“Wei, kau nak emo ni apasal? Rileks sudah. Nak emo terlebih. Aku bukan cakap benda yang salah pun!” bidas Shuji kembali, membuatkan sakit di hati Virus kian bernanah. Tidak salah? Apa yang dia cakap tak salah? Jadi, aku ni bukan perempuan di mata dialah?? Virus menggetap gigi menahan geram. Sakitnya hati Virus ketika itu, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
“Heeeeeeeeeeee!! Kau diamlah Shujing! Kau tu bukannya tahu nak hargai karya seni seseorang pun. Buta seni ke apa? Kau tengok tu garisan yang aku lukis. Condong sana sini. Itulah seni. Ini asyik lukisan yang lurus aje. Semua orang pun boleh buat pakai pembaris. Aku tak sangkalah kau ni memang betul-betul bahlul…” bentak Virus.
“Diamlah! Huh..kau mana boleh cakap macam tu pada suami kau. Berdosa, tau?!” balas Shuji, dengan menggunakan kuasa Vitonya.
Oh, kalau nak marah aku pandailah pula dia gunakan diri dia sebagai suami? Habis tu, siapa isteri dia? Perempuan ni juga, kan? Virus bertambah sakit hati.
“Hoi! Kau tu suami aku ke? Habis tu tadi kenapa cakap ayat macam tu? Yang tulisan aku cakar ayam macam bukan tulisan seorang perempuan. Bukankah aku ni perempuan yang bergelar isteri kau? Oh, bila kau dah tak ada idea nak berbalah dengan aku, pandai pula kau gunakan kuasa kau sebagai suami untuk gertak aku ya?” bidas Virus sehabis-habisnya. Mukanya merah kerana geram dan sakit hati. Shuji terus terdiam mendengar kata-kata Virus yang terasa ada kebenarannya itu.
“Kalau kau dah tak ada apa-apa lagi yang kau nak cakap, kau jangan cakap lagi. Buat aku sakit hati aje. Heeeee…aku rasa macam nak lenyek-lenyek aje muka kau. Tapi nasiblah aku masih anggap kau tu suami aku. Kalau tidak….” ujar Virus lagi, berleter panjang.
Shuji terharu mendengar kata-kata Virus. Rupa-rupanya Virus masih sudi menganggapnya sebagai suami setelah apa yang dia telah lakukan. Shuji menunduk. Dia tidak terkata apa-apa. Kelu lidahnya untuk berbahas lagi dengan Virus.
Patutkah aku terus jauhkan diri? Atau sebaliknya, aku harus berusaha melindungi wanita kesayangan aku ini supaya tidak berlaku lagi peristiwa pahit ke atasnya? Shuji terfikir sendirian. Hatinya berkecamuk.
“Heee…aku pun tak tahulah apa nak jadi dengan kau ni Shujing. Bukanlah aku nak marah ke apa. Kau tu suami aku, aku takkan dapat nak marah banyak-banyak. Kau tu cubalah fikir masak-masak bila nak buat sesuatu. Aku tengok kau macam ada masalah. Lepas tu, pendam. Tak nak share dengan aku. Last sekali, aku yang jadi mangsa..lepas tu…” kata-kata Virus terhenti apabila tiba-tiba sahaja lengannya ditarik oleh Shuji.
Shuji mengangkat jari telunjuknya kemudian diletakkan ke bibir Virus, isyarat menyuruh isterinya itu diam. Virus kelihatan terpinga-pinga apabila renungan mata Shuji terus-menerus menjamahnya. Redupnya renungan mata itu, membuatkan hati Virus berbunga-bunga bahagia. Syahdunya jiwa bila sahaja renungan sebegitu selalu dihadiahkan oleh Shuji kepadanya. Rindunya dia pada belaian lelaki itu! Virus memejamkan matanya apabila Shuji mengusap pipinya lembut. Dadanya bergelora, jantungnya hebat berdegup ketika ini. Hanya Allah sahaja yang tahu.
“Ah, muka kau ada dakwat marker pen. Itulah kau, main lukis-lukis lagi. Kan dah comot muka tu. Aku dah tolong kesatkan..” tiba-tiba suara Shuji menyentakkan Virus dari mimpi indah yang hanya sementara itu. Virus terus menepis tangan Shuji yang masih berada di pipinya. Tolong kesatkanlah konon! Sakit betul hati Virus ketika itu. Matanya sudah bergenang dengan air jernih yang entah bila muncul.
“Ahhh!! Sudahlah! Aku benci kau, Shujing! Kau ni memang dasar lelaki yang suka mainkan perasaan orang! Kau dah buat aku jatuh sayang pada kau, lepas tu kau nak buang aku dari hidup kau? Kau nak aku merayu pada kau supaya tak buang aku ke? Jangan haraplah aku nak merayu-rayu..”
“Bila aku cakap yang aku nak buang kau dari hidup aku ni?”
“Hah?! Tanya lagi. Dari gaya kau pun, aku dah tahu. Dari layanan dingin kau, aku dah dapat rasakan yang kau memang nak buang aku. Tak apalah kalau itu yang kau nak. Aku terpaksa turut aje. Kau ingat aku ni macam perempuan lain nak menangis merayu-rayu pada lelaki? Hey, ini Viruslah! Kau belum kenal lagi aku ni siapa!” bentak Virus dengan keras.
Dia perlu bertahan. Jangan ada airmata pun yang tumpah di hadapan Shuji. Dia mahu tampak kuat walaupun sebenarnya di dalam hati, dia begitu sedih sekali.
Virus mengatur langkah untuk keluar dari bilik berkenaan. Bahu Shuji di langgarnya kasar. Macam samseng kampung dusun sahaja lagaknya ketika itu. Tiba-tiba sahaja kaki Virus terpijak beberapa batang ‘marker pen’ yang bertaburan di atas lantai, menyebabkan Virus hilang pertimbangan. Tangannya terawang-awang, ingin mencapai apa sahaja yang boleh dicapai pada ketika ini untuk mengelakkan dirinya dari terjatuh. Tetapi semuanya sudah terlambat. Dia memejamkan matanya dengan pasrah. Shuji sempat menangkap tubuh kecil Virus sebelum mereka sama-sama terjatuh. Risaunya dia jika apa-apa yang buruk terjadi lagi dengan kepala Virus yang masih berbalut itu.
Virus celik mata perlahan-lahan apabila terdengar bunyi seseorang yang sedang mengerang kesakitan. Matanya terbuntang buat seketika apabila pandangannya mula tertumpu pada wajah Shuji yang sedang berkerut-kerut. Dia terjatuh di atas Shuji? Itupun tanpa dia sedar? Wajah Virus mulai kemerahan apabila Shuji tiba-tiba terdiam sambil merenung ke segenap wajah mulusnya. Jantung kedua mereka kini bagai dilanda ombak tsunami. Pantang betul Shuji jika bersentuhan sebegini dengan Virus. Begitu juga halnya dengan Virus.
Hati Virus yang begitu merindukan Shuji, kini berdebar lagi dengan begitu kencang. Jiwa perempuannya begitu berbunga-bunga apabila terpandangkan sepasang mata milik Shuji. Mata yang sungguh memukau sesiapa sahaja yang memandang. Kini hatinya menjadi selembut sutera. Terlupa sudah marahnya pada lelaki itu.
Cupp! Tidak disangka-sangka, Virus kini sedang mengucup pipi Shuji. Lelaki itu terkial-kial kerana tidak dapat bergerak. Shuji cuba menahan gelora perasaannya yang mulai berkocak hebat. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dilepaskan sekaligus, mengenai wajah Virus yang kini begitu dekat dengan wajahnya, membuatkan Virus mencium sebelah lagi pipi Shuji sehingga membuatkan jiwa lelaki itu semakin kacau bilau.
"Kau tahu tak, betapa aku sayangkan kau? Betapa aku cintakan kau?" bisik Virus tanpa disedarinya. Shuji terharu mendengar luahan tulus dari hati isterinya itu. Matanya kini bergenang dengan air jernih.
Mak aii!! Apa yang aku dah buat ni?? Virus kini tersedar. Dia terus terbangun lalu menampar-nampar pipinya sendiri dengan lembut. Hah? Aku dah gilakah? Aku ni betul-betul dah gila agaknya? Tak mungkinlah aku buat begitu pada Shuji? Virus berkata-kata sendirian, manakala Shuji di belakang kini sudah duduk bersila di atas lantai.
Shuji memegang dadanya yang kian bergelora. Ciuman Virus tadi membuatkan hati lelakinya cair semula. Kasih sayang dan cinta Virus begitu terasa sampai ke tangkai hatinya. Begitu tulus sekali dirasakan. Patutkah aku berlari memeluk Virus, meminta maaf dan menamatkan krisis ini? Serta terus membuat Virus bahagia dan gembira setiap masa..mata Shuji terus merenung dengan redup Virus yang sedang membelakanginya. Hatinya berdebar-debar.
“AUNTIE ROS! Ada masalah!” Ikmal bersuara separuh berbisik apabila Datin Rosmah mula menghampiri katilnya setelah lelaki itu menggamit wanita itu dari jauh seketika tadi. Ikmal kini sudah dibenarkan ‘discharge’.
“Hah? Apa halnya ni? Masalah apa?” soal wanita tua itu ingin tahu.
Ikmal mendekatkan mulutnya ke telinga Datin Rosmah lalu mula membisikkan sesuatu. Kepala wanita tua itu terangguk-angguk, manakala keningnya mula berkerut seribu. Ikmal memberitahunya tentang hubungan Virus dan Shuji yang tiba-tiba berubah suram selepas kejadian tempoh hari.
“Hisyy!! Habis tu, apa kita nak buat ni?” Datin Rosmah mula ligat berfikir apabila Ikmal hanya menjongket bahu tanda tidak tahu hendak buat apa.
“Saya ikut aje apa yang Auntie Ros plan. Saya sanggup tolong. Macam dulu-dulu, rancangan auntie memang superb laaa…” ujar Ikmal sambil membuat ‘thumbs up’. Datin Rosmah tersengih-sengih bangga.
“Tengoklah siapa yang buat plan. Ini Rosmah laa..” gaya Datin Rosmah kini tidak ubah seperti gaya Virus apabila dia mula perasan. Like mother, like daughter. Ikmal tergeleng-geleng kecil lalu tersenyum simpul.
“Apa kita nak buat ni?” Ikmal mula bertanya. Datin Rosmah masih terdiam. Ikmal tahu wanita tua itu mempunyai otak yang begitu geliga. Dia kini hanya bersabar menanti kata-kata dari Datin Rosmah.
“Sekejap, auntie fikir dulu. Kita kena buat rancangan yang tak ada mistake pun. Auntie kena fikir betul-betul ni..” balas Datin Rosmah sambil duduk di atas kerusi sebelum bangun semula dengan wajah berseri-seri.
“Idea!!” dia terjerit kecil lalu memetik jari sambil memandang wajah Ikmal dengan senyum penuh muslihat, membuatkan lelaki itu terkejut kerana tiba-tiba sahaja Datin Rosmah boleh menjerit begitu.
“Plan apa ni?” Ikmal mula bersuara.
“Macam ni…” Datin Rosmah pula yang kini berbisik-bisik ke telinga Ikmal. Lelaki itu hanya mendengar dengan tekun lalu turut mengukir senyum penuh muslihat. Mereka sama-sama tersenyum simpul sambil mengangguk-angguk serentak.
Sah! Memang Datin Rosmah mempunyai otak yang cukup bergeliga.
*p/s : Sorry sikit je..tapi ni yang termampu utk fikir..hehe enjoy~*

seriously,shuji pelisss realize laaaaaaaaaaaa..........jangan la wat virus gitu ye shuji yeee... :(
ReplyDeletebest3...nak lagikkk... =P
eeii shuji ni.
ReplyDeleteisk3.
apa lah plan datin n ikmal ni?
next2.
sedehnyee !~ sob3 ! nkk dorgg hepyy !
ReplyDelete