“KAU jangan buat aku marah, boleh tak? Kalau sehari kau tak buat perangai, tak boleh ke?” masih kedengaran pekikan Zaril di telingaku. Sebaik sahaja kata-kata itu terlintas di benakku, air mata terus laju menuruni pipiku. Aku teresak menangis, mengenang nasib diri yang mempunyai teman lelaki seperti itu yang terlalu kuat panas barannya.
Dan aku di marahi hanya kerana aku menelefonnya di saat dia sedang memberikan tumpuan sepenuhnya pada game yang sedang dia main pada ketika itu. Aku menyebabkan tumpuannya terganggu dan dia kalah dalam game tersebut, membuatkan dia menyinga marah kepadaku.
Bila saja dia memarahiku, aku tersentak, tersentap dan ingin merajuk. Betapa pedihnya hatiku ini apabila dimarahi begitu hanya kerana game. Akukah yang lebih penting atau game tersebut yang segala-galanya buat dia? Dan bila aku terdiam kerana terasa hati dengannya, ayat itulah yang selalu keluar. Katanya, aku ini sengaja nak mencari pasal dengan dirinya.
Cari pasalkah itu? Hati perempuan manalah yang tidak sensitif? Lelaki sepatutnya menyayangi dan cuba menjaga hati gadis kesayangan mereka sebaiknya. Ini tidak, selalu sahaja aku di jerit pekik begitu hanya kerana panas barannya itu. Sehinggakan aku jadi takut untuk mengajukan apa-apa soalan ‘simple’ kepada Zaril, kerana takutkan panas barannya.
Dia tentu akan memarahi aku jika soalan bodoh yang terpacul dari mulutku. Salahkah jika aku bertanya? Tidak bolehkah dia menjawab dengan baik? Aku ini menjengkelkan pada dia ke? Menyampahkah dia padaku apabila aku bertanya soalan-soalan, lalu dia memarahiku tanpa berfikir panjang?
Dan selalu sangat ego serta ‘pride’ kelelakiannya menghalang dia dari meminta maaf dariku. Tanpa rasa bersalah dan ucapan maaf, dia boleh menegurku pada keesokan harinya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku antara kami berdua. Hati manalah yang tidak sakit, tidak merajuk dengan perangainya itu? Aku hanya mampu bersabar dengan kerenah Zaril yang semakin hari, semakin ego. Hanya kerana, aku terlalu sayangkan dia dan cintakan dia sepenuh jiwa ragaku.
*********************************
5 TAHUN berlalu…
Aku rasa sungguh tersisih apabila Zaril sanggup membelakangkan aku dan menganggap seperti aku ini adalah tunggul kayu yang sentiasa menunggunya. Aku selalu menghantar sms kepadanya, namun jarang sekali dia akan membalas sms tersebut. Jika aku menelefon dia sekalipun, hanya seketika sahaja perbualan antara kami. Tiada bibit-bibit seperti awal bercinta dahulu. Padahal aku hanya mengharapkan perkara ‘simple’ sahaja dari dia, perhatian dan kasih sayang yang senantiasa menemani hari-hariku.
Supaya aku tidak merasa hambarnya perhubungan kami seperti apa yang aku rasakan sekarang. Aku terasa sunyi apabila dia tidak terlalu mempedulikan aku. Selalu sangat kami bergaduh hanya kerana perkara kecil. Aku dah bosan begini. Lima tahun tidak cukupkah masa yang aku berikan untuk buatkan dia berubah? Dia tidak nampak apa yang aku harapkan. Perhatian, cinta dan kasih sayang, itulah yang selalu aku mahukan sejak dulu.
Namun ego Zaril lebih mengatasi segala-galanya. Biarlah. Aku sudah bosan begini. Menjadi seperti tunggul kayu dan juga orang bodoh kerana menunggunya tanpa rasa penat. Kali ini aku sudah benar-benar penat. Aku letih kerana dia. Mungkin aku patut buat tidak tahu sahaja, biarlah masa sahaja yang menentukan segalanya. Ada jodoh aku dengan dia, adalah. Kalau tiada, aku sudah tidak peduli lagi. Apa yang terbaik yang telah Allah SWT takdirkan untukku, akan aku terima dengan hati yang redha…
*******************************
AKU membuka laptop lalu menekan ikon Firefox. Laman Facebook ku buka dengan hati yang teruja. Aku terlalu bosan sehinggakan Facebook lah yang selalu menjadi tempat aku melepaskan rasa bosan. Berkomen dengan kawan-kawan dan mengikuti perkembangan kumpulan K-Pop yang aku mula minati sejak akhir-akhir ini, iaitu SHINee.
Mataku meliar membaca komen-komen dari kawanku. Berbalas-balas komen dengannya. Sekali, mataku menangkap tanda merah pada Friend Request. Ada seseorang yang menghantar request kepadaku untuk menjadi rakan Facebook ku. Aku menekan butang Confirm sahaja. Malas mahu menyiasat siapa gerangannya. Yang aku tahu, dia seorang lelaki. Ah, peduli apa aku! Aku berbisik sendirian lalu menyambung berkomen dengan kawanku.
Mataku menangkap lagi tanda merah pada Notification ku. Nama lelaki tadi naik, dia mengepos sesuatu di Wall ku. Aku buka Wallpost dia.
Salam. Thanks for confirmed me as your friend. Boleh berkenalan?
Aku tersenyum. Entah siapalah mamat ni. Ada hati nak berkenalan denganku. Aku membalas kepadanya.
Wslm. hmm..you’re welcome. Tak boleh kenal. Aku ni jual mahal, tahu? :P
Aku tergelak kecil selepas membalas. Aku gunakan bahasa kasar sahaja, hanya ber ‘aku-kau’ dengan lelaki itu. Dan dia juga membalas kepadaku.
Wah, jual mahal ye? Aku suka perempuan yang jual mahal ni..wahaha :P
E’eh dia ni. Guna skill aku pulak. Ber ‘aku-kau’. Aku tersenyum kecil. Aku membalas lagi.
Hee..kau siapa ni? Mana boleh kenal-kenal suka hati. Aku tembak baru tau..hahaha xD
Aku tergelak lagi. Suka dengan sikap lelaki itu yang pandai bermain kata denganku. Terasa hilang rasa bosanku melayan kerenah mamat ini.
Aku ni, manusia la. Takkanlah hantu kot? Kau nak tembak aku? Aku elaklah. Apa susah? Wahahaha :P
Wah, mamat ni happy-go-lucky. I like.. aku berkata-kata sendirian.
Ooo..kau nak main-main elak pulak ye? Apa aku nak buat kalau kau elak? Aku guna machine gun la. Baru kau tak sempat nak elak..wakakaka :P Happy-go-lucky aje kau ni. Suka aku berkawan dengan kau..hahaha..
Tanpa sedar, aku membalas begitu padanya.
Machine gun? Tak apa, aku pakai aje perisai besar. Tak dapat la kau nak tembak aku kasi kena. Hehe..itulah kau. Kan dah suka berkawan dengan aku. Tadi cakap tak nak berkenalan. Ni baru sikit kenal aku, dah suka. Kalau kenal banyak nanti, jatuh cinta pulak..hahaha joking. Jangan marah, ya? :P
Aku tersengih sahaja. Lawak juga mamat ni. Boleh hilangkan rasa bosanku. Setiap kali dia membalas komen, ada sahaja perkataan dan ayat-ayat yang menghiburkan hatiku yang kian sunyi ini. Aku pasti akan tertawa dengan lawak bodohnya.
Tak marahlah. Biasalah tu ayat lelaki. Hahaha..tapi aku ni dah tua la..dah masuk 25 tahun. Kau tu, aku rasalah, pangkat adik-adik aku aje. Baik kau hormatkan aku..hahaha..umur kau berapa? :P
Aku senyum lagi menanti. Mesti dia lari selepas dah tahu umurku. Aku memang sengaja memberitahu umurku supaya dia tidak berlebih-lebih denganku. Aku tahu dan sangat jelas, dia muda dariku berdasarkan ayat dan perkataan yang dituturkan.
Umur aku baru 17 tahun. Dua hari lepas aku baru aje habis jawab last paper SPM. Hahaha tak kisahlah kau umur 25 tahun pun. Berkawan tak salah, kan? :)
Aku tersenyum lagi dalam diam. Tanpa sedar, aku mengklik ke profilnya. Aku lihat pada info. Rupanya dia di Labuan sana. Jauh benar dariku yang berada di kawasan utara semenanjung ini. Aku menguntum senyum lagi lalu membalas semula komen darinya. Kami berkomen sampailah tengah malam, sehingga aku meminta diri untuk tidur kerana sudah tidak tahan rasa mengantuk. Kalau nak diikutkan rasa hati, mahu sahaja aku meneruskan berkomen dengannya sampai pagi. Seronok sangat berborak dengannya. Dan aku suka namanya, Muhd Ammar Izzul Islam. Ammar.
Yang anehnya, namanya mampu membuatkan jiwaku bergetar. Ya Allah! Aku tidak boleh jatuh cinta pada dia! Dia terlalu muda untukku. Lagi pula, dia tak mungkin akan pandang gadis yang dah berumur sepertiku ini. Tak mungkinlah. Dan aku juga tidak lupa pada status aku yang masih mempunyai kekasih hati. Tetapi, kekasih hati yang langsung tidak seperti kekasih yang selalu aku harapkan. Bingung hatiku apabila memikirkan tentang Zaril. Yang pastinya, aku tidak mahu perasaan terhadap Ammar ini bersemi menjadi perasaan yang tak sepatutnya.
*******************************
SEBULAN berlalu…
Aku dan Ammar menjadi rapat secara tiba-tiba. Ajaib sekali, perasaanku pada Zaril semakin pudar dan semakin hilang setelah aku mengenali Ammar. Aku tidak mampu lagi untuk menyangkal rasa hati aku. Ya, aku terlalu inginkan perhatian dari seorang lelaki sehinggakan aku sentiasa menagihnya dari Ammar yang selalu memberikanku sepenuh perhatian. Aku tidak dapat mengawal perasaanku setiap kali berchit-chat atau berkomen dengannya di Facebook. Tetapi, aku harus mengawal diri supaya tidak benar-benar jatuh cinta pada Ammar. Aku tahu dan aku sedar siapa diri aku. Terlalu tua untuknya. Dan dia juga tak mungkin menyukai diriku yang lebih berpangkat kakak baginya.
Tetapi, dari gaya dan percakapan Ammar, aku dapat rasakan bahawa dia juga menyukaiku. Cara dia melayanku dan bermain dengan kata-kata. Semuanya terlalu sempurna yang mampu membuatkan jantung aku bergetar setiap kali membaca komen-komennya.
Namun, kalaulah betul sekalipun dia menyukaiku, aku takkan sanggup biarkan masa hadapannya terjejas keranaku. Kerana umurku dan umurnya yang terlalu jauh berbeza, membuatkan aku terasa bagai mementingkan diri sendiri jika aku benar-benar sudah bercinta dengannya nanti.
Itu kerana, sudah tentulah aku ini sudah ditahap yang perlu ‘segera’ berkahwin memandangkan ibubapaku yang sudah lama bising-bising kerana aku belum mahu berkahwin. Dan secara tak langsung, aku mungkin bakal membuatkan masa hadapannya hancur kerana terpaksa berkahwin awal denganku. Kahwin muda pula tu. Karang terpaksa bekerja keras lagi untuk menyaraku. Bagaimana dengan pelajarannya nanti? Cita-citanya? Masa mudanya akan terbuang dengan sia-sia sahaja keranaku. Dan tentulah masyarakat sekeliling akan mengata nanti.
Setelah aku fikir-fikir, aku memang sepatutnya meninggalkan Ammar secara perlahan-lahan. Demi kebaikan dia dan juga kebaikan Zaril yang masih bergelar kekasihku. Aku tidak sanggup untuk melukakan hati Zaril walaupun dia sudah banyak kali melukakan hatiku. Aku masih punyai rasa sayang terhadap perhubungan kami yang sudah mencecah lima tahun. Tetapi untuk mencintai dia seperti dulu? Ah, tidak mungkin. Perasaan itu sudah semakin pudar dan hambar, sehinggakan tiada lagi yang tinggal untuk Zaril.
Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk tidak berbalas-balas komen dengan Ammar lagi. Perlahan-lahan aku hilang dari hidup dia. Aku sedar, dia juga perasan akan perubahan aku yang secara mendadak. Dia juga mengikut sahaja rentakku, perlahan-lahan dia pergi dari hidupku. Kerana dia sememangnya jenis yang sebegitu. Tidak kisah jika dirinya ditinggalkan kerana dia sudah biasa ditinggalkan oleh perempuan. Biarlah hatinya sakit, asalkan gadis tercintanya berbahagia. Biarlah pahit yang terpaksa ditelan, asalkan gadis tersayangnya gembira dengan kehidupan baru. Itulah yang pernah diceritakan oleh Ammar kepadaku, dan aku jelas dengan perasaannya kini.
Dia merelakan aku pergi andai itu dapat membahagiakanku. Ah, baik sungguh hatimu wahai Ammar. Aku minta maaf kerana terpaksa meninggalkan kau. Ini demi kebaikan kau juga. Aku sayangkan kau, Ammar. Tetapi untuk berikan cinta buat kau, aku rasa tidak mungkin. Kerana, aku tidak mahu cinta aku bakal buatkan kau merana. Sebabnya, jika aku mencinta, aku akan mencinta sepenuh hati dan tidak mungkin aku akan dapat melepaskan kau buat selama-lamanya.
****************************
SEBULAN berlalu…
Aku masih tabah menahan rasa yang sungguh menyeksakan jiwa. Hanya kepada Allah SWT aku berserah dan memanjatkan doa supaya Dia terus memberikanku hati yang sentiasa bersabar. Aku terlalu rindukan Ammar. Tersangat rindu. Disamping itu juga aku terpaksa melayan rasa sakit hati kerana selalu bergaduh dengan Zaril. Aku kini sudah pandai melawan kata Zaril sehinggakan egonya rasa tercabar apabila aku kerapkali melawan. Kami selalu bertelagah kerana perkara-perkara kecil.
Ya Allah, sabarkanlah hatiku ini. Berikan aku ketabahan. Aku perlu tenang menempuhi dugaan ini, ya Allah. Sungguh, hatiku saat ini perlukan ketenangan. Perasaan rindu yang meluap-luap terhadap Ammar dan juga perasaan sakit hati yang terpaksa di tanggung kerana sikap Zaril.
Aku mengambil wuduk, memakai telekung lalu duduk membaca al-Quran. Hanya itu sahaja yang mampu aku buat untuk menenangkan jiwaku yang selalu berperang dengan masalah hidup. Hanya kepada Allah SWT tempat untukku mengadu, mencurahkan masalah dan memohon pertolongan. Hanya Dia yang mampu buatkan jiwaku tenang sekiranya badai datang melanda dan gelora perasaan yang menjadi begitu menggila.
Sesudah membaca al-Quran, jiwaku terasa lebih tenang. Aku mengucup al-Quran sepenuh hati, lalu kusimpan semula di rak buku berdekatan. Telekung yang masih tersarung, ku rungkaikan dari tubuh. Perlahan-lahan aku bergerak ke arah laptop ku.
Tanpa sedar, aku membuka laman Facebook setelah lama aku tidak membukanya. Apa khabar Ammar agaknya? Aku berfikir-fikir sendirian. Bukanlah aku mahu mengganggu dia lagi, tetapi aku hanya ingin tahu khabarnya yang sudah lama aku tidak pernah risik. Kini, biarlah walaupun setakat membaca di Wall sahaja, aku sudah tentu dapat meneka hidup dia di sana.
Aku menekan pada profilnya. Wall nya penuh dengan status update. Semuanya status yang menunjukkan bahawa dia okey sahaja di sana, membuatkan hatiku berasa lega dan bersyukur. Alhamdulillah, semoga dia sihat dan ceria selalu di sana.
Tiba-tiba mataku tertancap pada Wallpost yang di pos oleh seorang perempuan yang aku tidak kenali. Begitu banyak sekali Wallpost dari perempuan itu serta komen-komen Ammar dan perempuan itu. Jiwa aku rasa terbakar, hatiku sakit membaca komen-komen tersebut. Aku tahu bahawa aku tidak layak dan tak berhak untuk berasa begitu setelah aku sendiri yang mengundur diri dari hidup Ammar. Aku terlalu cemburu pada ketika ini, sehinggakan air mataku mengalir deras ke pipi. Ternyata perasaanku terhadap Ammar tidak pernah hilang. Tetap sama seperti dulu. Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Janganlah sampai aku mengganggu dia lagi kerana hal ini. Aku sudah berjanji pada diriku bahawa aku takkan sekali-kali buatkan dia merana kerana aku.
Namun, tanpa aku sedari tanganku melarikan tetikus ke arah namanya di Facebook Chat. Aku klik pada namanya lalu aku menegurnya buat kali pertama setelah lama tidak memberikan dia khabar dariku. Ya, aku sungguh takut dengan penerimaannya.
Aku : Mar…
Ammar : Yups..?
Aku : ermm..apa khabar kau kat sana?
Ammar : okey aje..kenapa? hehe..
Aku : Mar…
Ammar : ??
Aku : Mar..aku… :(
Ammar : kenapa lagi ni? Kenapa sedih?
Aku : Mar..kau marah?
Ammar : taklah. Nak marah kenapa pula? Ades..
Aku : aku buat kau macam tu. Kau tak marah?
Ammar : buat apa? Kau takda buat apa-apa yang salah pun. Buat apa aku nak marah kau?
Aku : sebenarnya Mar…aku…
Ammar : kenapa ni? Janganlah buat aku tak senang hati. Kau tahu kan aku tak boleh tengok kau sedih?
Aku : Mar..aku minta maaf. Sebab dah lama sangat tak contact kau. Aku…tak nak kau salah faham dengan aku..
Ammar : salah faham apa lagi? Aku tak pernah salah faham pada kau.
Aku : sebenarnya Mar..aku nak tanya kau ni. Siapa perempuan yang post di wall kau tu? Nama dia Vell Lee. Siapa dia, Mar?
Aku menebalkan mukaku bertanya. Air mataku begitu murah sekarang. Mengalir tanpa henti. Aku terlalu sayangkan Ammar. Hati aku sakit kerana tidak mampu meluahkan perasaan yang terbuku ini.
Ammar : Vell Lee tu? Kawan satu sekolah dengan aku. Kenapa?
Aku : hmmm…sebenarnya, aku memang tak patut nak rasa macam ni. Aku tahu, aku tak layak rasa macam ni. Aku tak berhak halang kau nak komen dengan sesiapa pun. Tak apalah, Mar. Teruskanlah apa yang kau rasa kau bahagia..asalkan kau happy..
Air mataku mengalir lagi lalu aku tersedu-sedan menangis selepas mengungkapkan kata-kata tersebut. Ammar tidak membalas lagi. Namun, beberapa ketika selepas itu, dia membalas.
Ammar : kenapa ni? Kau cemburukan dia?
Aku : Mar..walaupun aku cemburu sekalipun. Aku tahu yang aku tak berhak nak cemburu. Itukan hidup kau. Aku mana layak nak rasa macam tu..
Tanpa sedar, aku berkata begitu pada Ammar. Aku mengesat air mata yang masih laju mengalir.
Ammar : kenapa pula rasa tak layak? Hmm..dia tu cuma kawan satu sekolah aku. Tak lebih dari tu. Cuma, dulu dia pernah sukakan aku. Tapi aku tak pernah layan pun. Kau janganlah risau. Jangan sedih lagi, ya?
Aku : Mar…tak ada ke walau sekelumit rasa marah kau pada aku? Kalau kau rasa nak marah aku, kau marahlah. Aku tahu, aku layak terima marah kau tu. Sebab aku buat kau macam tu..
Ammar : aku tak kisah pun. Macam aku pernah cakaplah. Aku dah biasa macam ni. Perempuan dah memang selalu tinggalkan aku ni. So, tak perlulah risaukan perasaan aku. Aku okey. Asalkan kau happy, aku turut happy menerima apa aje…
Aku : Mar….aku…aku sayangkan kau….sebenarnya, aku sayangkan kau….maafkan aku, aku tak pernah nak luahkan sebelum ini. Aku takut kau merana kerana aku…
Ya Allah! Apa yang aku dah cakapkan pada Ammar ni? Aku tergamam sendirian dengan tindakan di luar kawalan yang baru sahaja aku lakukan. Entah apalah Ammar akan cakap? Aku menanti penuh debaran.
Ammar : sebenarnya, aku pun sayangkan kau. Sejak dulu..aku sayangkan kau. Tersangat sayang…aku faham juga tindakan kau cuba tinggalkan aku tu..aku juga dah cuba untuk buat perkara yang sama supaya kau tak rasa bersalah..hmm tak apa kalau kau nak cemburu sekalipun. Aku rasa, kau memang berhak pun.. :)
Oh My God! Aku rasa bagai ingin melompat-lompat bila Ammar membalas begitu padaku. Betapa gembiranya hatiku ketika ini, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Aku tersenyum lebar sambil menyeka air mata yang masih berbaki di pipiku. Aku gembira dengan penerimaan Ammar.
Tetapi, akan bahagiakah perhubungan ini? Bakal bertahankah hubungan ini sehingga ke akhirnya? Bagaimana pula dengan Zaril? Sanggupkah aku mengungkapkan kata-kata perpisahan kepadanya? Bolehkah aku menjadi kejam terhadap lelaki itu?
Sungguh, kini aku sudah benar-benar jatuh cinta pada Ammar. Ya Allah, takdir-Mu begitu hebat menguji percintaanku dan Ammar. Perbezaan umur serta jarak yang jauh memisahkan kami, membuatkan aku terasa sayu. Namun, dalam sayuku itu terdapat rindu yang sentiasa menyala buat Ammar. Cinta yang sentiasa membara, walaupun kami terpisah jauh dek gunung-ganang dan lautan luas yang terbentang di antara kami.
erk....
ReplyDeleteammar 17 taun????
tgglkan je zaril 2. bia pdn muke, kasar sgt.
erk....
ReplyDeleteammar 17 taun????
tgglkan je zaril 2. bia pdn muke, kasar sgt.
wa...best2,sambung2....
ReplyDeletewah ada kelainan dr cter yg slalu bc. best sgt. cpt sambung ye. nak tau apa jadi? ammar smbung blaja kat semenanjung ke?mesti dorg jpa kan. kawin ke lastly?hehehe.cpt ye.
ReplyDeletehuhhh...xpatot btol si zaril uhh....baek tinggalkn je lelaki dayus mcm uhh...benci aahh..
ReplyDeleteammar la baguss..walaupn muda lagi,tp dia tau cara nak layan hati perempuan...
sambung2...THUMB UP! =)
wahhhhh.......cerita baru!!!
ReplyDeletesis ni memang laa...cerita2 sis smua msti jalan crita yg len dr yg len...mmg best smuanyaa...
si zaril tu pun satu.taktahu nk hargai org yg sayangkn dia....hishh..
ammar!!sambunglah belajar kat semenanjunggggggggggg........
sambung plisssss..... =P
BESTTT~~~
erkk~ erkk~~
ReplyDeletesabar je lah dgn zaril tuh. btw ammar mmang yg terbaiklah kalau nak pilih pun. sapalah mau jantan yg suka marah2 je tahu.hahah..
mmang cerita yg sgguh lain dari yg lain. keep up the good work,sis!
sambung cpat2 sikit yer.
gaya bahasa yg punyai mutu tersendiri.tahniah dik.akak doakan adik berjaya selalu.cerita yang amat menarik ni. keep it up, ok??? :)
ReplyDeletewah2.. best uh crita ni.. ahaha xD.. menarik minat aku ja nk bca pasrt kedua.. smbng2.. xD..
ReplyDeleteyeke ammar umur 17 tahun...mcm tipu je...ntah2 dia duk smenanjung je...hehe...pape pn, cite ni best...
ReplyDeleteomg....ni cita betul ka campur2 rekaan sekali?
ReplyDeletehahahah~ x sangka mok jadi hero diaa~cayalah mok!! XD
btw, sweet sgt cita nii...ahahahah! ♥ ♥ :)
~hime ♥
Wahh!! Best nya crita ni..
ReplyDeleteaq suka sgt crita ni..:DD
terus kan ye.. ;)
ahahha..amar 17 tahun? biar betik?
ReplyDelete