SEMINGGU berlalu…
Aku begitu berbahagia kini bersama Ammar. Dia melayaniku bagaikan seorang puteri. Tiada langsung cacat cela pada layanannya terhadapku. Semuanya membuatkan aku menjadi bertambah sayang kepadanya. Kisahku dengan Zaril tidak menjadi rahsia lagi antara aku dengannya. Segala-galanya kuceritakan kepada Ammar. Dialah yang banyak memberikan nasihat kepadaku supaya bersabar dengan dugaan sebegini.
Aku mulai bersikap dingin terhadap Zaril tanpa memberitahunya tentang kisah aku dan Ammar. Aku beritahunya bahawa aku sudah mulai tawar hati terhadapnya. Zaril terdiam dan tersentak tanpa sebarang kata. Aku tahu, batinnya tersentap dengan kata-kataku yang terlalu drastik itu. Bukanlah mudah juga untukku berkata begitu kepada Zaril, namun ini adalah demi kebaikan dia juga. Untuk Zaril belajar menerima bahawa aku sudah tiada lagi rasa sayang untuknya. Belajar untuk melepaskan aku secara perlahan-lahan. Supaya hatinya tidak terguris.
Tidak sanggup untukku berterus-terang mengenai Ammar kepadanya, bimbang dengan penerimaan dirinya. Mungkin dia akan menuduh aku ini seorang yang kejam kerana sanggup berbuat begitu. Tetapi, apa dayaku seorang insan yang lemah? Apa daya aku untuk menolak? Apabila perasaan cinta itu datang dengan sendirinya, bersalahkah seseorang manusia itu apabila dia tidak mampu menepis perasaan tersebut? Cinta datang tanpa di undang, tetapi pergi pula ibarat angin dingin yang bertiup di malam hari apabila tiada lagi bibit-bibit cinta dirasakan antara dua hati.
Zaril mulai berubah sejak itu. Dia berubah menjadi seorang yang penyabar, begitu menjaga hatiku serta berlemah-lembut. Zaril sekarang begitu berlainan dari Zaril yang dahulu. Dia sudah meninggalkan hobinya bermain game. Dia kini serius dalam mencapai satu matlamat dalam hidupnya, iaitu berkahwin denganku. Dia komited di dalam apa jua yang dilakukan, demi untuk meraih cintaku semula. Supaya dia dapat memujuk hatiku yang telah lama luka kerana sikap egonya dahulu. Ya, aku nampak kesungguhan dan penyesalan dia di saat dia sudah terasa bahawa aku ingin meninggalkannya. Saat dia terasa bakal kehilanganku.
Setiap hari dia akan menghubungiku supaya aku tidak terputus hubungan dengannya. Dia di selatan tanah air, manakala aku pula di utara. Jarak yang memisahkan kami berdua, amat merunsingkan Zaril. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa aku sudah mulai tawar hati terhadapnya. Setiap hari dia akan mengingatkan aku supaya cuba untuk tidak melupakan kenangan-kenangan yang pernah kami lalui bersama.
Lima tahun bukanlah suatu jangkamasa yang pendek. Aku akui, aku memang masih sayangkan perhubungan kami itu. Tetapi, hati aku kini sudah tidak mampu untuk mencintai dia lagi seperti dulu. Jadi, lebih baik sekiranya dia melepaskanku secara perlahan-lahan. Tetapi dia bagai tidak mahu mengerti. Saban hari dia menangis apabila menelefonku dan dia juga kerapkali menghantar sms, supaya tidak terputus hubungan denganku. Aku jadi penasaran sendirian.
Rasa bersalahku pada Zaril menjadi begitu menebal kini. Kejamkah aku? Ya, memang kejam. Tetapi, apakan dayaku? Aku ini hanyalah seorang insan yang lemah. Aku boleh berlakon, berpura-pura bahawa aku ini seorang yang kuat dan tabah dalam harungi dugaan hidup. Tetapi pada hakikatnya, aku hanyalah seorang perempuan biasa yang hanya mendambakan kasih sayang dari lelaki. Dan lelaki itulah yang bakal hidup bersamaku sehingga ke hujung nyawaku.
Aku ceritakan kepada Ammar mengenai Zaril yang telah berubah. Aku menangis kepadanya. Ammar hanya terdiam tanpa sebarang kata pada permulaannya. Aku tahu, hatinya berbelah bahagi. Jiwanya rasa tidak keruan. Walaupun Ammar masih lagi muda dalam mengenal erti kehidupan berbanding aku dan Zaril, kematangannya berfikir sudah cukup membuktikan bahawa fikirannya telah pun dewasa.
“Aku rasalah, kau patut kembali pada Zaril. Aku rela andai kau tinggalkan aku, tapi jangan minta aku yang tinggalkan kau. Kau tahu kan, aku takkan boleh tinggalkan kau. Kerana aku tak mahu lukakan hati kau dan buat kau menangis lagi. Dan aku tak mahu berasa bersalah kerana meninggalkan kau. Rasa bersalah yang akanku tanggung seumur hidupku. Lagipun, aku dah biasa ditinggalkan perempuan berkali-kali. Tapi perempuan tu tinggalkan aku sebab ikut lelaki lain. Kalau kau tinggalkan aku pun, aku faham sebab apa..sebab kau terpaksa. Aku rela, andai itu boleh buatkan kau tidak menangis lagi begini. Lagipun, dia dah berubah. Aku yakin, dia boleh berikan kebahagiaan yang lebih banyak dari yang aku berikan pada kau. Jangan risau, aku takkan sekali-kali melupakan kau. Aku takkan lupa bahawa aku pernah mencintai kau dan cinta aku akan kekal selama-lamanya. Allah sahaja yang boleh merubah perasaan aku ni jika memang dari awal kita ni tiada jodoh…” ujar Ammar memberikan pendapatnya. Aku dapat mendengar helaan nafasnya yang berat dari corong telefon. Aku tahu, batinnya tentu terseksa kerana terpaksa berkata begitu padaku, kerana terpaksa melepaskanku pergi. Ammar tentu menahan rasa di dalam hati, seboleh-bolehnya.
Aku menangis teresak-esak sebaik sahaja dia berkata begitu. Hatiku begitu tercalar dengan kata-katanya. Dia menyuruh aku meninggalkan dia? Mungkinkah? Aku terlalu sayangkan dia. Hati ini sudah menjadi miliknya. Aku sudah cakap, jika aku mencinta, aku akan mencinta sepenuh hati. Dan aku tidak akan boleh melepaskan cinta aku itu pergi selagi dia juga masih mencintaiku. Memang mulia hatinya berfikir begitu demi kebaikan semua orang, tetapi bagaimana dengan perasaannya sendiri? Sanggup dia seksa dirinya keranaku?
“Sayang…jangan begini. Tolong jangan menangis lagi. Kau tahu kan yang aku ni tak boleh dengar suara kau menangis begini. Aku minta maaf, sayang. Kerana aku, kau banyak terseksa. Aku banyak berikan kau perasaan sedih. Dan sebab itulah, aku suruh kau kembali pada Zaril. Aku tahu, dia tentu akan buatkan hidup kau lebih bahagia dan tanpa air mata lagi. Jika kita terus begini, Zaril akan terus terseksa dan kau akan terus menangis kerana rasa bersalah pada dia. Buatkan hati aku rasa pedih sebab tak dapat nak kesat air mata kau, tenangkan kau. Aku terlalu sayangkan kau. Aku tak mahu kau bersedih sebab aku. Aku tak sanggup kau menangis kerana aku. Tinggalkanlah aku, aku redha. Andai kau boleh tersenyum semula…sebab, aku paling sukakan senyuman kau. Buat aku rasa tenang dan ingin tersenyum juga..” getus Ammar lagi, tanpa menyedari bahawa kata-katanya itu sebenarnya terus merobek-robek sanubariku.
“Kau suruh aku tinggalkan kau?? Kau sanggup suruh aku buat begitu? Kau suka aku menangis kerana berpisah dengan kau? Macam tu?” soalku bertubi-tubi, membuatkan Ammar terdiam tanpa kata. Aku dengar keluhan kecil Ammar dari dalam telefon. Aku tahu, dia rasa bersalah kerana buatkan aku menangis lebih teruk lagi.
Itulah kelemahan Ammar dan juga boleh dikatakan kelebihan dia yang buatkan aku terus menyayangi dirinya. Dia tidak akan sanggup berkata sesuatu yang boleh buatkan aku menangis dan sedih. Walaupun aku bersalah sekalipun, dia tidak akan salahkan aku. Sebaliknya dia yang akan memohon maaf terlebih dahulu, untuk menjaga hatiku. Katanya, dia tidak kisahkan perasaannya. Biarlah aku nak buat apapun, janji aku bahagia bersamanya. Dia hanya pentingkan perasaanku. Hatinya begitu lembut, membuatkan aku terasa sedih dengan sikapku yang selalu sensitif dan cepat merajuk walaupun kerana perkara kecil yang dia lakukan.
“Syhh..sayang. Tolong jangan menangis lagi. Aku janji, aku takkan bercakap lagi macam tadi. Aku janji tak buat lagi. Please, stop crying. I can’t bear hearing your crying like this. I love you..” kata-kata pujukan Ammar kedengaran lembut sekali.
Hanya dengan ayat sebegitu, hatiku sudah terpujuk. Jiwaku rasa terbelai dengan sikap nya yang begitu sabar melayan kerenahku yang selalu ingin mengada-ngada. Kadang-kadang aku selalu akan merajuk kerana perkara remeh-temeh. Tetapi dia tidak pernah salahkan aku, malah dia yang akan memohon maaf seboleh-bolehnya dan berjanji bahawa dia takkan buat lagi perkara tersebut.
************************************
“SAYANG! Kenapa buat abang macam ni? Kenapa perlu ada orang ketiga dalam hubungan kita ni? Sayang..please answer me?” suara Zaril yang teresak menangis kedengaran menyentuh gegendang telingaku, sekaligus meruntun pilu di hatiku. Telefon bimbit di tangan, ku genggam erat.
Inilah sebabnya aku tidak mahu Zaril tahu mengenai Ammar. Aku tidak mahu menyeksa dia begini. Biarlah kami melepaskan sesama sendiri secara perlahan-lahan, supaya dia boleh menerima apa sahaja yang mungkin berlaku di masa hadapan. Namun takdir terlalu cepat memberitahu Zaril mengenai Ammar. Sekaligus, menguji hati kami bertiga. Zaril memberitahuku bahawa dia terlalu cintakan aku, menyayangi diriku dan dia menyesal dengan sikapnya dahulu.
“Kenapa? Tolonglah jawab. Abang bukan nak paksa sayang. Tapi, at least, tell me something. Cakaplah yang sayang just main-main dengan dia..hanya nak ubati kesunyian sayang?” soal Zaril lagi dengan suara yang tertahan-tahan. Dia mengharapkan aku memberi jawapan yang bakal meredakan kesedihan yang teramat dia rasai sekarang ini.
Aku hanya terdiam dalam pilu. Hendak ditelan, mati emak. Hendak diluah pula, mati bapa. Akhirnya aku terus sahaja mendiamkan diri walaupun telingaku kini sedang sarat dengan suara tangisan Zaril. Serba-salah aku rasakan. Aku begitu sedih dan rasa bersalah kerana buat Zaril begini. Jiwaku berasa tidak tenteram.
“Please, jangan diam macam ni. Tolong jawab..jangan seksa abang macam ni..” suara Zaril merayu-rayu lagi. Aku terkelu lagi. Bagaimana untukku memulakan kata? Bimbang pula tersalah kata nanti, buruk padahnya. Aku berfikir-fikir tentang kata yang sesuai.
“Abang, sayang mintak maaf. Abang pun tahu sebab apa sayang jadi macam ni. Abang jelas sendiri dengan sebabnya. Dulu, masa sayang terlalu cintakan abang. Kenapa abang tak nak sedar? Hargai sayang..kini, abang nak sayang buat apa lagi? Hati sayang ni, dah susah nak terima. Bukanlah sayang nak lupakan terus hubungan lima tahun kita tu. Cuma, lima tahun itu dah cukup sarat dengan air mata sayang. Memang, ada saat dan ketikanya sayang happy dengan abang. Tapi, selalu sangat bila kita berjauhan, abang akan marah-marah sayang. Cakap sayang ni cari gaduh, cari pasal. Sayang bosan, sayang sunyi. Bukan sayang pinta jadi macam ni. Perasaan tu hadir dengan sendirinya, sayang pun tak tahu macam mana semua ni boleh jadi..” jelasku dengan linangan air mata. Rasa bersalahku datang meluap-luap. Maafkan aku, aku terpaksa beritahu segala-galanya yang terbuku dalam jiwaku.
“Sampai hati sayang buat abang macam ni? Abang dah bagitau. Abang dah berubah. Abang boleh bahagiakan sayang, abang yakin sangat-sangat. Diri abang ni, lain dari si panas baran dulu tu. Abang menyesal dengan sikap abang dulu-dulu. Please, maafkan abang? Kita mulakan hidup baru? Sayang lupakanlah mamat tu, boleh? Kalau sayang takut nak bercakap dengan dia, bagi nombor telefon dia. Biar abang aje yang tolong cakapkan. Abang berjanji, abang takkan marah-marah dia atau cari gaduh. Abang akan cakap elok-elok dengan dia. Demi hubungan lima tahun kita ni, sayang. Please pertimbangkan keputusan sayang?” rayu Zaril lagi.
Aku terdiam lagi dalam perasaan pilu. Mana mungkin aku memberikan nombor telefon Ammar kepada Zaril. Tidak. Aku pun tidak tahu mengapa aku perlu pertahankan Ammar seboleh-bolehnya. Mengapa takdir begitu hebat mengujiku? Aku kini tersepit di tengah-tengah, akibat dari perbuatanku sendiri. Salah aku kerana jatuh cinta pada Ammar di saat aku masih punyai kekasih hati. Salah aku kerana terlalu melayan perasaanku apabila bersama Ammar. Walaupun aku tidak pernah bersua muka dengan Ammar, hati aku begitu degil ingin terus bersamanya walau apapun yang terjadi. Hanya Facebook dan telefon bimbit yang menjadi bukti cinta kami berdua. Aku tahu, perasaan itu benar. Aku yakin, aku benar-benar sayangkan dia. Aku kini dalam dilemma. Bagaimana harus aku selesaikan masalah ini?
“No! Please don’t. Sayang tak nak. Tolong jangan ganggu dia. Please, tolong jangan ganggu dia. Bagi sayang masa untuk berfikir. Please..” rayuku sesungguh hati.
Zaril tergamam dengan kata-kataku. Mungkin dia tidak menyangka bahawa aku sanggup mempertahankan Ammar sampai begitu sekali. Aku tahu, Zaril terseksa. Tetapi dia juga perlu tahu bahawa aku juga kini terseksa. Bukanlah dia seorang sahaja di dunia ini yang merasa seksaan sebegini, aku juga merasainya. Malah, mungkin ada lagi insan lain dalam dunia ini yang merasai kepedihan yang lebih berlipat kali ganda dari ini? Tidakkah dia faham? Dia ingat aku gembira dengan hidupku sekarang? Aku perlu memikirkan dia, sekaligus memikirkan mengenai Ammar.
Ammar juga terseksa, aku tahu itu. Walaupun dia selalu cakap bahawa dia okey-okey sahaja, namun aku faham Ammar tentu sedang menyembunyikan perasaan sedihnya itu seboleh mungkin. Kerana dia tidak mahu aku bersedih atas kesedihannya. Itulah Ammar, seorang yang lebih mementingkan perasaan orang lain lebih dari perasaannya sendiri. Kalau tidak, takkanlah dia sanggup menyuruhku supaya meninggalkan dia. Dia tahu, hanya dengan cara itu sahajalah yang boleh buatkan hati gadis tercintanya berbahagia dan tidak terseksa lagi.
*****************************
AKU mengusap pipiku yang terasa sebal. Aku tidak tahu berapa banyak lagikah air mata yang bakal menuruni pipiku ini. Mataku usah dikata lagi, bagaikan mata naga. Senantiasa merah menyala kerana terlalu banyak menangis. Bengkak mataku kini sehinggakan ibuku kerapkali bertanya tentang masalah yang aku hadapi.
Akhirnya aku menceritakan juga kepada ibuku kerana aku sudah tak tertahan lagi nak menanggung rasa beban di dalam hati ini seorang diri. Ibuku hanya menggeleng-geleng apabila mendengar kisah mengenai Zaril yang saban hari berendam air mata keranaku serta kisah hatiku yang begitu mendambakan Ammar di dalam hidupku.
“Along, sabarlah. Itulah dinamakan dugaan yang Allah SWT turunkan buat hamba-hamba-Nya, untuk melihat sama ada kita mampu bersabar atau tak. Mak hanya boleh bagi nasihat berdasarkan apa yang terbaik buat kau. Mak rasa, baik kalau kau pilih Zaril aje. Sebabnya, Zaril dah lama kenal kau. Kau pun kenal perangai dia macam mana. Lagipun, dia dah bekerja. Boleh nak sara kau nanti. Kalaulah budak Sabah tu, mak tak berapa nak setuju sebabnya dia tu masih terlalu muda untuk kau. Tak bekerja lagi, pelajaran pun masih entah kemana. Entahlah, tu cuma pendapat mak. Terbaiknya, kau buatlah solat Istikharah aje. Hanya Allah aje yang lebih mengetahui, siapa yang terbaik untuk kau, nak..” begitulah nasihat yang diberikan oleh ibuku.
Aku terkelu sendirian. Solat Istikharah? Betul jugak tu. Memang aku perlu buat solat sunat tersebut memandangkan keadaan aku yang begitu dambakan petunjuk dari Allah SWT. Dalam keadaan aku yang begitu tertekan dan keliru ini. Aku perlu mengetahui siapa yang terbaik untukku antara kedua mereka. Tetapi, dalam perasaan ingin mengetahui itu, aku juga takut untuk mengetahui. Bagaimana jika kedua-dua mereka bukanlah ditakdirkan untukku?
***********************************
“JADI, macam mana? Dah buat solat Istikharah?” soal ibuku sambil meletakkan dulang berisi dua gelas minuman sejuk ke atas meja di hadapanku. Ruang tamu yang tadinya riuh dengan bunyi iklan di TV, kini senyap sunyi selepas aku menutup TV. Suasana sunyi seketika lalu aku mengeluh perlahan.
“Dah, mak..” jawabku lembut. Ibuku menumpukan perhatian ke wajahku yang mulai berkerut-kerut menahan rasa yang terbuku di hati.
“Siapa yang kau nampak?” soal ibuku lagi.
“Tak ada nampak siapa-siapa pun, mak. Tak ada sebarang petunjuk pun. Sekarang ni Along lagi terasa hilang arah. Mungkin semalam jiwa Along tak tenang, kut..mungkin kena cari masa yang sesuai. Time jiwa ni betul-betul boleh bertenang..” getusku dalam seribu rasa yang sedang bergayut di tangkai hati. Ibuku kedengaran melepaskan keluhan kecil sambil menunduk. Namun selepas itu dia kembali memandang wajahku sambil menggenggam erat jemariku.
“Sabarlah, nak. Ada jodoh, tak kemana juga. Walau macam mana kau lari pun, kemana pun kau pergi..kalau dah nama jodoh yang dah ditakdirkan untuk kau, dia akan datang balik kepada kau. Kalau kau orang terpisah beribu batu pun, bila dah berjodoh mesti Allah akan ketemukan kau orang juga suatu hari nanti. Takdir Allah ni, nak. Kita tak boleh nak menjangka. Hanya Dia yang lebih mengetahui segala-galanya..” nasihat ibuku sesungguh hati.
Aku hanya terdiam dalam perasaan berbaur. Aku pun tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Yang aku tahu, aku kini perlu tenangkan hati serta fikiranku. Patutkah aku pergi bercuti untuk melupakan segala kegusaran ini buat sementara waktu? Akan tenangkah hati aku selepas pulang dari bercuti nanti? Aku hanya mampu berserah kepada Allah SWT, bagaimana juga dia mahu menggerakkan hatiku ini. Dapatkah aku memilih siapa di antara mereka? Atau mungkinkah aku terpaksa melepaskan kedua-dua lelaki itu untuk berlaku adil ke atas kedua mereka?
errk.
ReplyDeletetatau kenapa.
tp macam zarif lagi okay kot?
entah.
haha.
smbung2 sis.
erm2..adoi la...susah betol jadi si AKU dalam cite ni!
ReplyDeletekalau aku la,aku pilih amar. hahah..
sbab dia baik sgt,caring gitu...
walaupon dia muda,apa salahnya kan?
age is just a number ler..
cheer up! ^^
sambung lagik sis.!
itulah..........skrg ni aku plak yg runsing ngan masalah si 'aku' tuh...huhuhuhu sambung2...nak tau apa jadik....thumb up! =)
ReplyDeleteprefer pada ammar...mmmm pandangan masing2 kan..zaril pon ok klu betui2 nk berubah..
ReplyDeleteprefer ammar lah, sebab dia dr awal mmg baik. cz gan zaril tu lom tentu lagi berubah kekal ke tak.
ReplyDeletetapikan,dia ni bru ja knal dgn ammar.
ReplyDeletemana la knal hati budi lagi.
so,aku prefer zaril jer.sbb da knal dia lama dah..
entahlah.
ammar pun ok. tp tuh la,dia muda lagi.msti dia nk kejar cita2 dia dlukan.
nanti duk tggu pnya tggu,tgk2 xda jodoh. naya kot..time tu si pmpuan pun da jadi andartu..
OPPSS..terbuat crita sndiri pulak.macam la crita ni crita aku yg buat..wahahahahaha :P
entahlah.mungkin betul jugak,age is just a number.. :P
sambung2..nk tau apa bakal terjadikkk...jeng3!!
salam ziarah
ReplyDeletejom baca dan komen Hantu Mak limah dan Ucop Wilcha mengamuk | ! !shahjiehan [dot] com ! !
Great.. you're the best writer. congrats :) love the story. Keep up the good work ..
ReplyDeleteGreat.. you're the best writer. congrats :) love the story. Keep up the good work ..
ReplyDeleteHi ;) you're the best writer,keep up the good work. I love the story so muchh.
ReplyDelete