SEKEMBALINYA aku dari bercuti, ternyata fikiranku lebih tenang dari sebelum ini. Zaril tidak menggangguku lagi di atas permintaanku. Ammar juga menyepi apabila aku berkata padanya bahawa aku ingin pergi bercuti dan menenangkan fikiranku yang saban hari semakin kusut dengan pelbagai masalah.
Sekali lagi aku melakukan solat Istikharah. Allah itu maha Kaya. Dia maha Mengetahui segala-galanya. Aku nampak wajah Ammar yang sedang tersenyum padaku pada malam itu. Bila sahaja aku terbangun dari tidur, senyuman tidak lekang menghiasi wajahku. Sampaikan ibuku juga perasan dengan perubahan mood aku yang tiba-tiba itu.
“Kenapa dengan kau ni, nak? Angin tak ada, ribut pun tak ada. Senyum memanjang ni, kenapa? Dah kena sampuk ke apa ni?” ibuku tergeleng-geleng dengan senyum kecil. Dia faham benar dengan sikapku yang keanak-anakan walaupun umurku sudahpun mencecah 25 tahun pada tahun ini.
“Mak, semalam Along dah buat solat Istikharah tu. Heeeee…” aku tersengih penuh makna. Ibuku mengerutkan dahinya tanda ingin tahu.
“Ha, kau nampak siapa?” soal ibuku dengan penuh berminat. Iyalah, siapa yang tidak berminat untuk tahu mengenai siapakah jodoh pilihan anak gadis sendiri? Itupun, jodoh yang telah ditunjukkan melalui solat Istikharah.
“Mak tekalah!” aku menduga ibuku. Aku nampak ibuku yang sedang mula ligat berfikir. Kemudian wajah tua itu berukir senyum manis.
“Daripada air muka kau tu. Mak dah tahu siapa orangnya. Budak Sabah tu, kan?” ibuku meneka dengan tepat sekali, membuatkan tawa kecilku meledak perlahan-lahan. Tersipu-sipu malu aku apabila ibuku juga turut tersengih sambil mengusap rambut ikal separas dadaku dengan sepenuh kasih.
“Mak ni, pandai betullah meneka!” aku tertawa riang, diikuti ibuku yang juga turut gembira dengan kegembiraanku.
“Mak dah cakap, Allah itu maha adil. Kan Dia dah tunjukkan..lagipun, mak teka ni berdasarkan air muka kau tu aje. Sengih semacam aje, macam orang yang dah gila bayang..mestilah budak Sabah tu yang kau nampak dalam mimpi. Heee..” ibuku tergeleng-geleng lagi apabila ternampak senyumanku yang semakin melebar.
“Pandailah mak ni..”
“Mestilah kena pandai. Erm..tapi Along..” suara ibuku tiba-tiba tenggelam timbul, sehinggakan aku tidak dapat menangkap butir bicaranya.
“Tapi apa, mak?” soalku laju.
“Budak Sabah tu, apa dia cakap dengan kau? Dia juga serius? Macam mana pula dia nak sara kau nanti? Kau tak penat kalau nak tunggu dia habis belajar nanti?” soalan ibuku yang cukup bernas itu membuatkan hatiku tiba-tiba tersentak dan akhirnya aku terpaku.
Memang benar kata ibuku itu. Sanggupkah aku menunggu sehingga Ammar menamatkan pelajarannya dan bekerja? Entah-entah, masa itu aku sudahpun bergelar Andartu. Masih mahukah Ammar berkahwin denganku pada waktu dan ketika itu?
“Mak, Ammar memang serius dengan Along. Erm..nantilah Along try contact dia. Along pergi bercuti hari tu, Along tak benarkan dia hubungi Along pun. Sampai sekarang ni, tak ada khabar berita dari dia, mak. Nantilah Along tanya dia. Kejap lagi Along call dia, okey? Tapi yang pastinya, sebelum ni pun Along dah serious talk dengan dia dah pasal kami. Dia pun cakap, dia serius. Along harap, dia tak berubah fikiranlah..” balasku dengan suara yang agak yakin. Rinduku pada Ammar begitu meluap-luap apabila ibuku menyebut tentangnya.
“Perancangan kau orang pula bagaimana? Mak dah tak sabar nak tengok kau bersanding ni..” usik ibuku. Aku sudah tersipu-sipu malu sendirian.
“Nanti Along bincang lagi dengan dia, okey?” jawabku jujur.
“Yang penting, walau macam mana pun Along janganlah risau. Allah dah tunjukkan pada kau, siapa jodoh kau. Walau kau orang dipisahkan jarak atau waktu pun, lambat-laun kau orang akan bersatu juga dengan takdir-Nya. Ingat tu je. Kalau dah berjodoh, nanti kau orang akan bersatu jugak, nak..” ibuku menasihatiku lagi, membuatkan jiwaku semakin tenang.
************************************
AKU mencuba berkali-kali menelefon Ammar, namun tidak berjawab. Sekali lagi aku mencuba, namun tetap hampa. Dadaku terasa pedih, jiwaku kini mulai resah. Gelora perasaanku kian menggila. Akhirnya aku duduk terjelepuk ke atas lantai, memikirkan tentang Ammar. Kemanakah dia menghilang? Air mataku mula tumpah apabila dadaku terasa semakin sebak tidak tertanggung lagi rasanya. Aku rindukan Ammar. Aku tersangat rindukan suaranya, gelak tawanya serta kelembutan layanannya terhadapku yang kerapkali membuat jiwaku setenang air di muara.
Adakah Ammar sudah tinggalkan aku? Itupun kerana aku memintanya supaya tidak menghubungiku sewaktu aku dalam percutian? Aku tidak percaya yang Ammar sanggup buat aku begini. Tidak mungkin dia sanggup melukakan hati aku yang selama ini dia jaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Air mataku kian banyak mengalir. Batinku terasa terseksa kerana memikirkan tentang Ammar yang kini bagaikan terus hilang dari hidupku. Tanpa sempat aku gapai dirinya, dia sudahpun hilang serta lenyap dari hidupku. Baru episod bahagia ingin bermula, episod kesedihan pula yang kini muncul dengan tiba-tiba.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi nyaring. Nada deringan mesej. Aku segera mencapai telefon bimbitku yang tadinya kucampak ke atas katil. Ada suatu nombor yang tidak dikenali. Aku buka mesej tersebut dengan hati yang berdebar-debar.
Salam, tolong jangan ganggu Ammar lagi. Aku merayu sangat-sangat. Dia masih budak remaja yang belum matang, dia tidak sesuai untuk kau. Dia baru nak mula sambung pelajaran dia. Takkanlah kau nak hancurkan masa depan dia hanya kerana inginkan dia berkahwin dengan kau? Kau tak malu, ke? Bila kau cakap kau sayangkan dia, kau kena lepaskan dia untuk kebaikan dia juga. Biar dia bina hidup dia yang baru nak bermula. Aku mohon sangat-sangat. Tolong jangan ganggu Ammar lagi. Biar dia senang hati belajar. Kalau kau betul-betul sayangkan dia, tolonglah jangan kacau dia lagi!
Aku tergamam selepas membaca mesej tersebut yang entah siapalah pengirimnya itu. Serta-merta kotak fikiranku berfikir ligat mengenai ayat-ayat di dalam mesej tersebut. Benar juga tu. Aku perlu lepaskan Ammar demi untuk kebaikan dia juga. Entah apalah yang merasuk fikiranku, kepalaku terangguk-angguk secara automatiknya. Aku terus membalas mesej tersebut tanpa menyedari perbuatanku sendiri.
Wassalam. Maafkan saya. Saya takkan ganggu dia lagi..
Air mataku mula tumpah lagi selepas tersedar bahawa aku sudahpun menghantar mesej tersebut kepada si pengirim tadi. Kini kepalaku mula tergeleng-geleng pula. Sanggupkah aku berpisah dengan Ammar? Tegakah aku melepaskan dia pergi walaupun perginya hanya untuk mengejar cita-cita yang masih jauh di hadapannya? Hatiku begitu pedih, jiwaku diruntun pilu yang teramat. Aku terdiam tanpa kata. Air mata sahaja yang terus deras mengalir apabila wajah Ammar kerapkali muncul dalam mindaku. Wajah Ammar yang sedang tersenyum di dalam mimpi indahku semalam, selepas melakukan solat Istikharah.
Lalu telefon bimbit terlepas dari genggamanku..
***************************************
“KOPI atau milo?” soalan Ammar yang kerapkali ditanya oleh lelaki itu pada setiap pagi apabila menelefonku terus terngiang-ngiang di mindaku walaupun aku mencuba sedaya-upayaku untuk tidak mengingati Ammar lagi.
“Milo..” jawapan yang sudah pastinya dijawab Ammar setiap kali aku pula yang bertanya soalan sama kepadanya. Aku tahu, Ammar tentu suka sangat minum milo. Ingatan kepada Ammar terus menghantui hidupku, satu persatunya begitu mengguris perasaanku.
Gelas berisi air milo yang kini berada di tangan, ku tenung dengan air mata kian bergenang. Kopi atau milo? Kopi atau milo? Kopi atau milo? Suara Ammar yang menyoalku itu terus sahaja bermain-main di fikiranku, membuatkan aku jadi semakin sebak.
Aku tidak dapat menahan perasaan apabila terpandangkan gelas milo berkenaan. Terus aku letakkan gelas tersebut lalu pergi menyambung kerjaku mencuci pinggan mangkuk di dalam sinki. Seketika kemudian, aku pandang semula gelas milo berkenaan. Terdapat beberapa ekor semut yang sudah bersedia untuk memasuki air miloku.
Terus aku ambil gelas berkenaan lalu ku sapu supaya semut-semut tersebut semua tidak dapat hinggap lagi di gelasku. Aku menggumam sendirian di dalam hati, marahkan semut-semut berkenaan. Tetapi selepas itu, aku terus terkenangkan sesuatu lagi tentang Ammar.
“Hobi aku, bunuh semut. Aku paling bencilah dengan semut. Diaorang tu memang takde kerja lain, asyik nak jadikan air milo aku tu kolam renang diaorang. Hee..ada aje semut yang nak kacau air milo aku..” suara Ammar jelas terngiang-ngiang dalam benakku, membuatkan air mataku kini tidak segan mengalir keluar.
Semuanya Ammar. Segala-galanya Ammar. Walaupun kami tidak pernah berjumpa, kenangan apabila bercakap dengannya, hobinya, kesukaannya dan perangainya kerapkali membuatkan aku teringat kepadanya. Yang paling mengingatkan aku kepadanya ialah kesabarannya dalam melayani kerenah mengada-ngadaku. Sikit-sikit nak merajuk, begitulah kerenahku yang kerapkali dia hadapi. Walaupun perkara kecil, aku tetap akan merajuk.
Mungkin dengan Zaril dahulu, aku tidak berpeluang untuk selalu berasa dipujuk apabila merajuk. Kalau aku merajuk dengan Zaril dahulu, dia akan cakap yang aku ni memang sengaja nak cari pasal, cari gaduh dengannya. Aku pun tidak faham kenapa dia tidak mahu memahami hati perempuan sepertiku yang sememangnya begitu lembut dan sensitif ini? Aku akui yang aku memang cepat sensitif dengan patah bicara orang terhadapku, lebih-lebih lagi orang yang aku sayangi.
Ammar adalah penyejuk hatiku. Bila dia ledakkan tawa kecilnya, jantungku mampu berdebar hebat. Bila dia ketawa nakal selepas mengusikku, aku pasti akan tersipu-sipu malu. Bila dia tersenyum, aku juga akan turut tersenyum dalam debaran. Bila dia berlembut denganku, memujukku, jiwaku akan terasa tenteram dan tenang sekali. That ‘warm’ feelings, of course.
Akhirnya aku mengesat air mata apabila perasankan adik lelakiku yang sedang melangkah ke dapur. Sudahnya, aku pun kembali menyambung memcuci pinggan dalam hati dan perasaan berbaur.
******************************************
“ALONG! Mak nak cakap sikit..” tegur ibuku, membuatkan angan-anganku terus kabur. Wajah ibuku yang sedang cuba untuk tersenyum padaku, kutatap dengan pandangan kosong. Hatiku masih belum pulih sepenuhnya dari derita yang baru melanda hidupku sejak beberapa bulan yang lepas, kesan dari perpisahanku dengan Ammar.
“Kenapa, mak? Nak cakap tentang apa?” soalku lembut. Aku tersenyum pahit, membalas senyuman ibuku yang penuh simpati itu. Ibuku tahu tentang aku yang sudah terpisah jauh dari Ammar.
“Pasal hidup kaulah, nak. Mak dah fikirkan..” jawab ibuku dengan keluhan kecil.
“Kenapa? Apa yang mak maksudkan ni?”
“Zaril…” balas ibuku pendek. Aku terkesima mendengar nama itu. Seketika, jiwaku terasa resah. Mungkinkah Zaril telah kembali semula?
“Kenapa dengan dia?” soalku lagi, acuh tak acuh. Aku cuba bertenang.
“Sebenarnya, ada suatu perkara yang mak tak beritahu kau. Selama Zaril tu tak hubungi kau langsung, dia kerap sms mak..” akui ibuku sambil mengeluh lagi. Berderau darahku apabila mendengar cerita dari ibuku itu. Zaril? Kenapa dia buat begitu pulak?
“Apa yang dia sms pada mak?” soalku ingin tahu. Aku kini tidak faham dengan Zaril. Apa yang dia cuba lakukan agaknya?
“Malaslah mak nak cerita pasal tu. Tapi yang pastinya, mak tahu dia betul-betul dah berubah dan ikhlas terhadap kau. Mak kesian jugak dengan dia tu. Hari-hari bagai mengharapkan bulan jatuh ke riba..bagai pungguk yang merindukan bulan..” getus ibuku, siap dengan kiasan-kiasan lagi tu. Aku mengerutkan dahi, cuba memproses kata-kata ibuku itu. Maksudnya?
“Maksud mak?” tanyaku dengan soalan yang aku sendiri sudah dapat mengagak jawapannya.
“Mak cuma fikirkan demi kebaikan kau, nak. Mak rasa, baik kau terima aje si Zaril tu. Ini hanya pendapat mak aje tentang dia. Dia dah banyak berubah tu, nak. Lagipun, dia komited dan ikhlas nak ambil kau sebagai isteri dia. Antara Zaril dengan budak Sabah tu, kelebihan tu lebih memihak pada Zaril. Mak tahu, si Zaril tu serius dengan kau. Mak yakin, dia boleh bahagiakan kau. Mak tak nak tengok kau menangis-nangis dan bermuram-muram macam ni hari-hari..” panjang lebar penjelasan dari ibuku, membuatkan aku terus berada dalam dilemma.
Aku menarik nafas lalu ku lepaskan perlahan-lahan. Nafas yang terasa begitu berat. Fikiranku melayang mengingatkan Zaril. Lelaki yang pernah aku cintai sepenuh hati pada masa lalu. Kata-kata ibuku tadi, aku cuba proses dengan meletakkan imej Zaril dalam mindaku.
“Mak, Along rasalah, Along masih tak mampu nak fikir apa-apa lagi buat masa sekarang ni. Fikiran Along buntulah, mak. Nanti Along fikirkan, ya? Along tahu, dia dah banyak berubah. Along pun boleh nampak semua tu. Along dapat rasakan sendiri kelainan tu..mak jangan risaulah. Ada jodoh, tak kemana juga..” ujarku dengan senyum pahit. Susah untukku telan perasaan pedih di dalam hatiku ini, namun aku terpaksa menelannya jua.
****************************************
“SAYANG, nak makan apa ni?” soal Zaril apabila kali pertama soalannya itu tidak aku jawab. Lamunanku terus terhenti tatkala soalan tersebut ditanya oleh Zaril dengan nada suara yang lebih kuat.
“Ermm..apa-apa aje. Tak kisahlah..” balasku jujur. Aku sebenarnya malas nak fikir. Aku sekarang ni, makan apa sahaja yang diberikan. Malas mahu memilih makanan lagi walaupun dahulunya aku ini agak memilih juga apabila tiba bab-bab pemakanan.
“Kita makan…ermm..laksa. Nak?” tanya Zaril lagi, cuba mengambil hatiku dengan suara yang dilembutkan. Ingin memujuk hatiku. Dia tentu tahu bahawa hatiku masih lagi bukan untuknya dan dia sedang bersabar dengan kerenah dan mood ku ini. Aku menerima Zaril semula atas nasihat, kehendak dan pandangan ibuku. Aku tahu, ibuku tentu telah fikirkan yang terbaik buatku.
“Ermm..ikutlah. Saya dah cakap, saya tak kisah pun..” jawabku lagi. Aku membuat muka malasku sambil menongkat dagu dengan tanganku. Aku pandang ke arah lain apabila Zaril kerapkali mengeluh kecil kerana tidak dilayan olehku. Aku rasa bersalah sebenarnya. Bukannya aku tidak mahu melayan Zaril, tetapi hati aku ini bagaikan terus terkunci rapat walaupun dia mencuba sedaya yang mungkin untuk mengambil hatiku. Aku telah kuncikan Ammar di dalamnya.
“Weh, kopi atau milo ni?” lantang suara seseorang dari arah bertentanganku. Automatik kepalaku terus dihalakan ke arah dua orang lelaki yang sedang berfikir-fikir nak membeli minuman apa. Bulat mataku apabila dapat mengenal pasti salah seorang dari mereka. Ammar?!!! Jeritku di dalam hati.
Perasaanku sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Pedih dalam dadaku kian terasa menyengat. Aku begitu rindukan lelaki itu. Benarkah itu Ammar? Aku bermimpikah ini? Ammar yang real? Yang dapat aku gapai dan tengok secara realitinya? Kini dia betul-betul berada di depan mataku? Dan, dia di semenanjung?! Aku menggosok-gosok mataku tanda tidak percaya. Zaril yang berada di hadapanku, terus menoleh ke belakang, ke arah yang sedang ku pandang tanpa kelip itu. Dia hairan dengan tingkah lakuku yang begitu lain macam.
“Kopi atau milo?” soal Ammar lagi kepada kawannya.
“Kopilah!”
“Tak nak. Milolah sedap!” balas Ammar.
“Kau tanya aku kan tadi. Huh, dah kau suka sangat dengan milo tu, kau aje yang minum. Aku nak minum kopi!” kawan Ammar mendengus tidak puas hati, lalu Ammar ketawa kecil.
Ya Allah! Gelak tawa itu! Ya Tuhan..benarlah itu adalah Ammar. Aku cuba menundukkan wajah apabila Ammar terperasankan renunganku. Aku bimbang Ammar ternampakku. Nanti susah pula jadinya. Sudahlah Zaril juga berada di situ.
Apa aku perlu buat ni?? Aku penasaran sendirian di dalam resah hatiku dan juga perasaan rinduku pada Ammar. Dan juga, perasaan ingin berjumpanya berdepan denganku. Apa perlu aku buat??..
p/s : tinggal lagi satu part nak abes...komen plis... :)
nak lagi! nak lagi!
ReplyDeletezaril n ammar.. mana yg ok ye?
huhu
huahahahah!!!!
ReplyDeleteammar suda berada di semenanjungggggggggggg.......
bestnyaaa....jumpa la dgn ammarrr!!
adoi2...xsbar nk baca part last nii...
sambunggg2!! =)
waaaaaaaaaaaaaaa ammar di semenanjung? apa jadi pasnieehh????
ReplyDeletesambung3..hehehehe
Wah sweet sangat. tak sabar-sabar nak tau ending dia. bila agaknya ending akhir ni? sapa tegur sapa dulu?
ReplyDeleteby the way, nak tau sangat sapa nama 'aku'/sayang/along ni? hehehe nama best sangat eh?xnak gtau? apakata letak kat part time ammar akad nikah tu?eh diorang kawin ke tak?
ReplyDeletezaril lg ok.
ReplyDeleteammar tu masa depan dia pnjg lg.
bila2 masa dia leh cari gadis lain.
saya sokong 'aku' & ammar!!!!!!!!
ReplyDeletesambung3....
ya,ya,ya~
ReplyDeleteammar,ammar,ammar~
Allah da tunjukkan tu...
skrang ni beserah jeww~~
ammar,ammar,ammar~
aku sokong ammar juga~~
:P :P :P
sokong ammar.
ReplyDeletehehehehhehehe..
sweet..hehehe
ReplyDeletesedih pon ade menyayat hati pon ade....sy suke sgt2 ngan citew ni....ermm sis bleh x sy nak tahu bila part yg seterus yew akan kuar....
ReplyDeleteEMMM SUKE2... SUKE AMMAR~~
ReplyDeletesuspen betul
ReplyDelete