-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Wednesday, May 4, 2011

Hanya Milikmu 1


SEBUAH ‘Porche’ kelihatan meluncur laju memasuki perkarangan banglo besar tiga tingkat Tengku Ismail. Seorang lelaki muda kelihatan turun dari kereta mewah tersebut sambil menolak naik kacamata hitam yang dipakainya. Segak, kacak dan bergaya lagaknya, itulah Tengku Harith. Anak lelaki tunggal Tengku Ismail dan juga Tengku Salmah.

Tengku Harith berjalan memasuki rumahnya. Cuaca tengah hari itu agak panas, membuatkan langkahnya semakin laju. Tidak sabar untuk memasuki rumahnya yang berpenghawa dingin.

Sebaik sahaja tiba di dalam rumah, kelihatan Tengku Ismail sudah tercegat berdiri di tepi tangga. Dia tahu, anak lelakinya tentu akan melalui tangga tersebut untuk naik ke bilik dan dia memang sengaja menunggu Tengku Harith disitu. Tengku Harith nampak papanya itu sedang melirik tajam ke arahnya.

“Kamu kemana?! Semalam tak balik, tengah hari baru tahu balik ke rumah? Kamu ingat rumah ni hotel ke apa?” Tengku Ismail melepaskan rasa amarahnya.

Memang dia marah. Anak lelakinya itu sudah tidak terkawal. Selalu buat hal. Paling memanaskan halwa telinganya, dia terdengar khabar-khabar angin bahawa anaknya bercampur dengan kawan-kawan yang tidak senonoh. Selalu pergi ke kelab malam dan bertukar perempuan. Malah, dia sendiri pernah terbau alkohol pada pakaian anak lelakinya itu sebelum ini. Itu yang menguatkan lagi kepercayaannya bahawa segala khabar angin tentang anaknya itu adalah benar.

“Ala, Rith pergi rumah kawanlah papa..takkanlah itu pun Rith nak kena cerita? Rith dah besar la papa..Rith tahulah jaga diri..” balas Tengku Harith dengan kerutan di dahi. Dia tidak berani memandang muka bengis papanya ketika itu.

“Rumah kawan yang mana?! Apa-apa pun kamu nak buat, kamu pergi mana atau dengan siapa kamu berkawan, mesti kena bagitau papa! Kamu ni dah melampau, tahu?!” tengking Tengku Ismail, amarahnya sudah meledak.

“Rith! Kamu kemana semalam?! Kenapa sekarang baru balik? Buat mama dan papa risau aje..” Tengku Salmah kelihatan menuruni anak tangga menuju ke bawah. Seketika tadi, dia terdengar tengkingan suaminya. Tahulah dia bahawa anak lelakinya sudah balik, sebab itulah dia turun ke bawah.

“Ala, mama pun sama macam papa! Nak mengongkong aje yang tahu! Rith dah besar, dah dewasa. Kenapa Rith nak kena dikongkong macam ni lagi?” bidas Tengku Harith dengan suara yang agak meninggi.

“Mah tengok tu! Anak kita dah pandai melawan cakap! Nak jadi apa? Anak derhaka? Macam tu?!” tengking Tengku Ismail lagi, sambil memegang dadanya yang terasa sedikit perit. Dia hampir longlai namun sempat dipaut isterinya.

Jantungnya bermasalah sejak kebelakangan ini, ditambah lagi dengan perangai anak lelaki tunggalnya itu membuatkan dia selalu terasa perit didalam dadanya. Sakit jantungnya seringkali menyerang ketika ini, kerana terlalu risaukan Tengku Harith.

“Abang! Abang okey, ke? Harith! Kamu ni memang dah melampau! Baik kamu pergi masuk ke dalam bilik kamu..sekarang! Jangan keluar selagi mama dan papa tak benarkan..” marah Tengku Salmah sambil mengusap-usap dada suaminya. Dia memimpin suaminya ke arah ruang tamu lalu mendudukkan suaminya disitu.

“Mama ni..ingat Rith ni budak-budak lagi ke? Maaflah, tapi Rith malam ni dah janji dengan kawan-kawan nak keluar minum! Mama jangan bising boleh tak? Rith tahulah balik rumah lepas dah minum dengan kawan-kawan nanti!” rungut Tengku Harith tanpa menghiraukan papanya yang tengah kesakitan.

“Mama cakap, pergi masuk ke dalam bilik kamu! Jangan sampai mama naik marah, mama ambil kunci kereta dan sekat duit poket kamu!” jerkah Tengku Salmah dengan wajah menyinga. Harith menarik muka masam sambil merenung tajam muka mamanya.

“Apa yang kamu pandang? Mama tak sangka anak yang mama tatang macam minyak yang penuh boleh berkelakuan macam ni dengan mama dan papa. Mungkin salah kami berdua sebab terlalu manjakan kamu sebelum ni. Atau mungkin salah kami hantar kamu belajar ke luar negara. Kalau mama tahulah kamu balik dari luar negara nak jadi macam ni, mama dah tak hantar kamu pergi belajar ke sana dulu!”

“Memang salah mama dan papa! Terlalu mengongkong hidup Rith! Okeylah, malas Rith nak dengar celoteh mama lagi. Rith keluar dulu!” ujar Tengku Harith sambil meluru keluar dari rumah, tidak langsung mendengar kata mamanya yang menyuruhnya naik ke bilik.

“Rith! Kamu jangan membantah! Atau mama sekat duit poket kamu!” jerit Tengku Salmah. Langkah Tengku Harith terhenti di hadapan pintu rumah. Dia menoleh.

“Rith tak kisah pun. Mama nak sekat? Sekatlah! Macamlah Rith tak ada duit simpanan sendiri yang mama pernah bagi kat Rith dulu. Rith lagi bijak, Rith dah transfer duit-duit tu dalam akaun lain. Rith tahu, benda macam ni mesti akan terjadi..!” balas Tengku Harith dengan wajah tidak berperasaan.

“Harith! Kenapa kamu jadi sampai macam ni sekali? Kenapa nak seksa mama dan papa macam ni? Apa silap kami besarkan kamu selama ni?” Tengku Salmah mula terasa sayu. Airmatanya mulai bergenang lalu mengalir deras ke pipinya.

Tengku Harith mendiamkan diri. Dia tidak mahu menghiraukan kata-kata mamanya. Hatinya sudah nekad kini, ibubapanya takkan boleh kawal hidup dia lagi! Dia ingin melangkah, namun dia terdengar suara papanya berkata sesuatu.

“Kalau kamu berani melangkah pergi walau selangkah lagi, papa takkan wasiatkan harta papa ke atas nama kamu walau sesen pun. Hiduplah kamu dengan wang simpanan kamu dan pandai-pandailah kamu nak hidup kalau duit tu dah habis..papa akan wasiatkan harta-harta papa ke pusat pemulihan akhlak atau rumah anak-anak yatim. Beri kepada mereka yang lebih memerlukan..” ucap Tengku Ismail dengan suara yang lemah. Tengku Salmah memandang wajah suaminya dengan wajah tidak percaya. Begitu sekali suaminya marahkan Tengku Harith. Airmatanya yang mengalir sesekali diseka dengan jemari.

Tengku Harith terkesima setelah mendengar kata-kata papanya. Takkanlah papanya bencikan dia sampai macam tu sekali? Sampaikan harta-harta tidak diwasiatkan ke nama anak sendiri? Itupun aku ni adalah anak tunggal dia! Kenapa? Tengku Harith tidak terkata apa-apa lagi. Lidahnya terkelu lalu langkahnya laju berpatah balik naik ke bilik. Hatinya sakit! Jiwanya memberontak kini.



“BALQIS! Woi, kau buat apa tercegat lagi kat situ? Aku panggil kau dari tadi lagi! Ambilkan aku rokok kat atas almari tu!” jerkah Pak Samad dengan wajah bengisnya.

Balqis berlari-lari anak dengan wajah tenang mendapatkan rokok yang terletak di atas almari berdekatannya lalu memberikan kepada bapa tirinya itu. Dia sudah terbiasa dengan jerit pekik orang tua itu sejak beberapa tahun yang lepas. Bapa kandungnya sudah lama meninggal dunia, sejak dia masih berada didalam perut ibunya lagi. Sejak kecil dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa. Sebab itulah dia selalu mendambakannya dari Pak Samad. Ibunya berkahwin dengan Pak Samad kerana terhutang budi pada lelaki itu.

Namun selepas berkahwin, lelaki itu menjadikan mereka anak-beranak bagaikan hamba abdi kerana terlalu taksub dengan judi. Dan Pak Samad tidak pernah menyayanginya sebagai anak sendiri walau sekalipun. Balqis terpaksa bekerja keras sebagai pembantu rumah demi menampung kehidupan ibunya dan juga keperluan kewangan Pak Samad. Selama ini, dia hanya bersabar dengan kerenah Pak Samad. Tidak pernah walau sekalipun dia menyimpan dendam pada orang tua itu.

“Kau tercegat apa lagi? Kau nak kena pelempang aku lagi ke? Pergi main jauh-jauhlah. Aku nak tumpukan perhatian ni!” tengking Pak Samad sambil memegang sebuah kad yang mengandungi nombor ramalan. Di sebelah lagi tangannya, dia memegang telefon bimbit yang ‘peti masuk’ nya penuh terisi dengan nombor ramalan dari rakan-rakan yang turut berjudi dengannya.

“Pak cik nak makan apa malam ni? Balqis nak masakkan ni..” getus Balqis lembut. Dia tersenyum pada Pak Samad. Orang tua itu buat tidak endah.

“Pak cik..?” panggil Balqis lagi, membuatkan Pak Samad menoleh dengan wajah penuh amarah.

“Kau ni tak faham bahasa melayu ke? Kau ni bodoh? Umur dah 20 tahun pun masih nak kena ajar? Aku nak tumpukan perhatian ni! Kau masaklah apa-apa pun..ada aku peduli ke selama ni?” marah Pak Samad sambil bangun menghampiri Balqis. Pipi gadis itu ditampar dengan kuat. Hampir jatuh terduduk Balqis akibat dari penangan tamparan Pak Samad itu.

Balqis menarik nafas dalam-dalam, cuba menahan rasa hati yang sedikit terguris dan juga kesakitan menyengat-nyengat dipipinya. Astaghfirullahal’azim..Balqis beristighfar banyak-banyak didalam hatinya. Hanya itulah yang selalu dilakukan Balqis setiap kali dia berasa sedih atau terguris hati. Balqis percaya, jika seseorang hamba Allah S.W.T itu sentiasa bersabar, Allah S.W.T tentu akan memberikan kebahagiaan padanya suatu hari nanti. Kalau tidak di dunia, di akhirat pasti terdapat kebahagiaan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T itu.

Balqis berlalu dari situ. Dia ingin ke dapur tetapi tiba-tiba langkahnya terhenti apabila terasa bahunya seperti disentuh lembut oleh seseorang. Dia menoleh ke sebelah kirinya. Ibunya, Kalsom kelihatan merenung wajahnya dengan penuh rasa simpati dan rasa bersalah.

“Maafkan mak, nak..sebab tak dapat berbuat apa-apa untuk melindungi kau. Kalau mak tak sakit macam ni, tentu mak boleh lindungi kau. Maafkan mak..sebab selalu menyusahkan kau dan tak dapat nak bantu kau..maafkan mak, ye Balqis? Sabarkanlah hati kau..mak tahu, suatu hari nanti pasti kebahagiaan akan menjadi milik kau jugak, nak..” Kalsom menangis teresak-esak setelah selesai berkata-kata.

Hatinya pedih melihat keadaan satu-satunya anak perempuan yang dia ada itu. Hari-hari dijerkah, ditengking, disepak dan diterajang oleh suami dayusnya itu. Dia tidak dapat berbuat apa-apa dalam keadaan dirinya yang sebegitu. Dah masuk dua bulan sejak dia disahkan mengidap barah paru-paru tahap yang sangat kritikal, menyebabkan keadaannya sentiasa lemah. Inipun, dia mencuba sedaya-upayanya untuk bangun menenangkan Balqis setelah mendengar pekikan suaminya tadi. Dia tahu, Balqis tentu diseksa oleh suaminya lagi. Namun dia kesal kerana hanya dapat menyaksikan seksaan demi seksaan ke atas anaknya tanpa berdaya membuat apa-apa.

“Mak..kenapa mak bangun ni? Pergilah berehat. Balqis okeylah. Jangan risau, ye?” Balqis mulai risau apabila ternampak ibunya tercegat di hadapan pintu bilik. Orang tua itu masih mengalirkan airmata. Balqis menyeka airmata ibunya dengan sebuah senyuman manis.

“Maafkan mak, Balqis..”

“Tak apa, mak. Balqis dah biasa, dah kebal dengan kerenah pak cik tu. Jadi mak jangan risau tau? Balqis boleh jaga diri Balqis..mak pergilah rehat, ye? Nanti Balqis bawakan makanan mak..mak ada nak minum apa-apa tak ni? Balqis buatkan..” Balqis cuba tersenyum lagi buat ibunya. Ibu yang kerapkali membelanya ketika dia diseksa dahulu. Namun kini ibunya itu sudah tidak berdaya lagi sejak menghidap penyakit kronik. Dan dia tidak mahu membebankan ibunya untuk memaksa diri bangun begini semata-mata kerana ingin menyedapkan hatinya.

“Mak tak mahu kau bersedih. Sabar, ye nak? Mak risaukan kau..kalaulah mak dah tiada nanti, apalah yang bakal berlaku? Mak tak sanggup bila setiap kali memikirkannya..” getus Kalsom dengan linangan airmata yang mengalir kembali. Sungguh, dia risaukan Balqis jika dia sudah mati nanti.

“Mak..janganlah cakap macam tu. Syhh..jangan..nanti Balqis sedih. Mak nak tengok Balqis tambah sedih ke? Mak tahu kan Balqis sayangkan mak sesangat?” Balqis memeluk ibunya seraya selesai berkata-kata. Dia sebak, memang benar ibunya itu sudah tidak mempunyai banyak waktu lagi memandangkan penyakitnya itu yang sudah melarat. Dan di saat-saat seperti inilah dia ingin berbakti dan memberikan kasih sayang sepenuh jiwa raganya pada ibu kesayangannya itu.

“Maafkan mak..mak tak dapat nak lindungi Balqis walaupun semasa waktu-waktu terakhir hayat mak..”

“Mak..tolong jangan cakap perkara yang belum berlaku. Masa inilah Balqis hargai sebaik-baiknya. Jangan buatkan Balqis bersedih. Balqis sayangkan mak. Balqis tengah mencari kekuatan untuk melepaskan mak pergi dari hidup Balqis. Mak, Balqis sayangkan mak. Balqis nak jaga mak dengan sebaik-baiknya sekarang..Balqis berdoa setiap malam, supaya Allah kuatkan hati Balqis ketika sampai masanya Dia mengambil mak dari Balqis..Balqis terlalu sayangkan mak..dan Balqis redha sekiranya itulah yang telah Allah takdirkan..” kini Balqis menangis teresak-esak dalam pelukan ibunya. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa ibu tersayang.

“Maafkan mak, nak..mak takkan cakap pasal perkara ini lagi..” ujar Kalsom sambil melonggarkan pelukan dan menyeka airmata Balqis. Dia mengucup dahi dan kedua belah pipi Balqis selepas itu. Sayang benar dia pada satu-satunya anak perempuannya itu. Dia selalu berdoa pada Allah S.W.T supaya melindungi anaknya itu ketika dia sudah tiada nanti.



Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 5/04/2011 08:35:00 AM
Labels: Hanya Milikmu

14 comments:

  1. AnonymousWednesday, May 4, 2011 at 12:56:00 PM GMT+8

    smbg2x..bes2x

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. akmal fatinWednesday, May 4, 2011 at 2:27:00 PM GMT+8

    nanak lagi~~~ please

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. akmal fatinWednesday, May 4, 2011 at 2:28:00 PM GMT+8

    nanak lagi~~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousWednesday, May 4, 2011 at 4:15:00 PM GMT+8

    best,,,nk lagi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. azwin fitriahWednesday, May 4, 2011 at 6:00:00 PM GMT+8

    BEST SANGAT! woooo sangat2 best. nak lagi2. hehe tengku harith tu kjam sangat! woot woot sian balqis!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. Wild CherryWednesday, May 4, 2011 at 10:58:00 PM GMT+8

    Jahat betol la bapak tiri balqis ni...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. ShadSaturday, May 7, 2011 at 10:32:00 PM GMT+8

    ~sedih~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. ShadSaturday, May 7, 2011 at 10:32:00 PM GMT+8

    ~sedih~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. apa YANG ku rasaWednesday, May 25, 2011 at 5:32:00 PM GMT+8

    balqis-derita sebelum bahagia:)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AnonymousSaturday, June 18, 2011 at 12:14:00 PM GMT+8

    starting menarik...jual leh laku ni..hehe...

    * adil *

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. nieyFriday, August 12, 2011 at 3:51:00 PM GMT+8

    best..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. yun_2708Monday, August 29, 2011 at 3:29:00 AM GMT+8

    sis,,awal2 citer cm dapat rase yg citer ni sama cm citer2 lain yg pernah ada kat novel2 n blog,why not,anther novel, sis wat beginning yg mmg lain dari yg lain,if begining gni, org myb dh dApat predict ending dia cmne n xnk bce lgi 4 da nxt en3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. Hanim69Friday, September 9, 2011 at 5:55:00 AM GMT+8

    permulaan cerita yg mnarik utk kita terus ingin ikuti kesah balqis seterusnya.....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. AnonymousSaturday, September 24, 2011 at 8:15:00 PM GMT+8

    it's a good beginning..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    12 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    15 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu