-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Wednesday, June 1, 2011

Hanya Milikmu 12

TANGAN Tengku Harith kini menggeletar. Dia masih terbayang-bayang bagaimana peguam papanya membacakan wasiat yang diamanahkan oleh arwah papanya supaya membacakannya sehari selepas kematian papanya itu. Tengku Ismail sudah selamat dikebumikan pada petang semalam.

“Dengan ini semua harta-harta peninggalan arwah Tengku Ismail akan diserahkan kepada isterinya Tengku Salmah sebanyak 30% daripada keseluruhannya. 70% lagi akan jatuh pada anak lelaki tunggalnya, tetapi dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi anak lelakinya. Antara syarat-syarat berkenaan ialah pertama sekali Tengku Harith perlu mahirkan diri dalam ilmu-ilmu agama Islam sehinggalah disahkan serta diyakini oleh kawan rapat arwah Tengku Ismail yang paling dipercayai oleh arwah iaitu Imam Hj. Abdul Hanafiah bin Hj. Ahmad bahawa Tengku Harith memang benar-benar sudah pandai dalam mendalami agama Islam. Kedua, Tengku Harith haruslah berdikari dalam tempoh itu dengan bekerja di mana-mana sahaja syarikat selain dari syarikat keluarganya, yang mana pada tempoh tersebut segala wang perbelanjaan beliau tidak akan ditanggung oleh keluarganya walaupun ibunya Tengku Salmah sendiri. Dalam tempoh tersebut juga, Tengku Ismail telah memberi kepercayaannya kepada Nur Balqis Maisara untuk menguruskan syarikatnya. Ketiga, Tengku Harith tidak boleh menceraikan Nur Balqis Maisara bt Abdul Hamid dalam tempoh selagi mana kedua-dua syarat tadi berkuatkuasa. Sekiranya Tengku Harith gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, segala harta peninggalan arwah sebanyak 70% tersebut akan jatuh ke tangan Nur Balqis Maisara bt Abdul Hamid dengan sepenuh kuasa mutlak ke atas semua harta-harta tersebut..” masih terngiang-ngiang suara peguam Tengku Ismail yang sedang membacakan wasiat.

Berulang-ulang kali suara itu bergema dalam minda Tengku Harith ketika ini. Gelas berisi minuman keras ditangannya segera diangkat lalu dia meneguk laju minuman keras tersebut. Kepalanya pusing, dia runsing memikirkan perihal wasiat yang telah papanya tetapkan. Sehingga ke akhir hayat papanya itu, papanya masih ingin menyeksa hidupnya begini. Bukankah mudah jika papanya menyerahkan sahaja kesemua harta itu kepadanya? Ini tidak, dia kena pula buat macam-macam perkara untuk dapatkan harta-harta tersebut. Dan yang paling tidak dapat diterima akalnya, papanya itu ingin serahkan harta-harta tersebut kepada Balqis sekiranya dia gagal menyempurnakan syarat-syarat yang diberikan papanya? Nonsense!! Tengku Harith merengus kasar sambil meneguk lagi minuman ditangannya. Dia masih tidak dapat menerima hakikat yang perlu dia tempuhi sekarang.

“Rith, kau okey tak ni?” tegur Nadia apabila ternampak wajah runsing Tengku Harith. Lelaki itu juga mencerukkan dirinya ke suatu sudut terpencil pub tersebut, membuatkan Nadia semakin tertanya-tanya. Sangka Nadia, Tengku Harith mungkin masih bersedih dengan pemergian Tengku Ismail yang secara mendadak itu.

“Ahh, kau jangan nak menyibuk hal akulah Nad!” bentak Tengku Harith kasar. Dia sudah mabuk. Nadia tergeleng-geleng melihat gelagat Tengku Harith itu. Mata lelaki itu sudah kuyu, rambutnya berserabai tidak terurus. Butang baju kemejanya juga terbuka sehingga menampakkan dada sasanya.

“Kau ni Rith. Bawakkan bersabar. Pak Lang Mail tu bukan boleh kembali pun kalau kau berkelakuan macam ni. Kau sabarlah, Rith!” pujuk Nadia dengan wajah penuh kerisauan. Tengku Harith merengus kuat sambil meletakkan gelas ditangannya dengan kasar ke atas meja.

“Aku jadi macam ni bukan sebab papa akulah, Nad!” bentak Tengku Harith lagi, membuatkan Nadia membesarkan matanya tidak percaya. Habis tu? Apa yang Tengku Harith runsingkan agaknya? Nadia sudah berminat hendak mengetahui cerita selanjutnya.

“Apa kau merepek ni, Rith? Dah tu, kenapa kau jadi macam ni? Kau risau pasal apa pulak ni sampai mabuk-mabuk macam ni?” soal Nadia. Sekaranglah masanya untuk memancing sepupunya itu supaya menceritakan segala-galanya kepadanya. Disaat Tengku Harith tidak berapa waras kerana kesan alkohol yang sudah mempengaruhinya.

“Ahh! Kau buat apa nak tahu? Kau tak payah tahulah!” jerit Tengku Harith. Dia menuang lagi arak ke dalam gelasnya lalu diteguk rakus. Nadia cuba bertenang. Dia menarik nafas panjang lalu dilepaskan perlahan-lahan.

“Aku kan sepupu kau. Kau boleh percayakan akulah, Rith. Kau cakap aje, apa yang runsingkan hati kau. Manalah tahu, aku boleh tolong kau nanti..” pujuk Nadia lagi. Tengku Harith terdiam seketika seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Kau dapat tolong aku ke? Betul?” suara Tengku Harith dah macam kanak-kanak ribena yang sudah termakan pujukan ketika ini. Senyumannya melebar saat Nadia mengangguk-angguk laju.

“Jangan risaulah, Rith. Aku mesti tolong kau. Aku ni kan sepupu paling rapat dengan kau. Dari kecil lagi kita dah kenal, Rith. Takkanlah aku tak tolong kau..” balas Nadia dengan suara memujuk lagi.

“Okeylah kalau macam tu. Aku akan beritahu kau kenapa aku jadi macam ni..” getus Tengku Harith sambil memejamkan matanya seketika kerana kepalanya yang terasa berpusing-pusing. Wajah Nadia pun macam dah semakin kabur kini. Ternyata kesan alkohol sudah begitu mempengaruhi Tengku Harith. Dia sudah tersedu-sedu kecil ketika ini. Banyak betul dia minum kali ini.

“Okey, aku dengar ni. Kau cakaplah..” ujar Nadia dengan wajah tidak sabar-sabar lagi. Tengku Harith tersengih seketika sambil mendekatkan wajahnya ke telinga Nadia.

“Papa aku..dia wasiatkan harta dia tu atas nama betina kampung tu! Dia…” belumpun sempat kata-katanya habis, mata Tengku Harith terus terpejam. Kepalanya jatuh ke atas meja. Dia sudah pengsan kini.

Nadia sudah terkejut beruk. Matanya terbuntang ketika ini. Harta-harta Tengku Ismail kini dah jadi milik perempuan tak guna itu? Mana mungkin?! Biar betul? Nadia menggumam sendirian dengan wajah tidak berpuas hati. Nadia pula yang menuang arak lalu meneguknya laju. Mana mungkin bapa saudaranya itu tega buatkan anak tunggal sendiri macam ni? Bapa jenis apakah itu? Serahkan harta pada perempuan yang baru aje dia kenal beberapa bulan? Agaknya si Balqis itu pakai ilmu apa, ya? Tengku Ismail ada hubungan istimewa dengan Balqis agaknya? Dalam diam mereka ada hubungan sulit? Tak dapat goda anak, bapa pun jadilah ya? Ini tidak boleh jadi! Aku mesti buat sesuatu! Nadia meneguk lagi minuman yang berada ditangannya.



BALQIS duduk di kerusi pejabat bapa mertuanya sambil matanya memerhati ke sekeliling suasana pejabat berkenaan. Bilik pejabat itu begitu besar dan mewah sehinggakan Balqis terasa begitu rendah diri. Balqis amat kagum dengan kewibawaan arwah Tengku Ismail sehingga boleh berjaya begini. Balqis masih kekok walaupun sudah diterangkan tentang selok-belok perniagaan syarikat itu oleh setiausaha Tengku Ismail tadi. Balqis sebenarnya masih bingung. Dia sendiri terkejut apabila mendengar bacaan wasiat oleh peguam arwah Tengku Ismail. Pada mulanya dia tertanya-tanya kenapa arwah Tengku Ismail berbuat begitu, namun setelah diterangkan oleh Tengku Salmah akan sebab-musababnya, Balqis redha.

Kata Tengku Salmah, arwah menginginkan Tengku Harith berubah dan arwah meletakkan kepercayaan kepada Balqis dalam usaha merubah Tengku Harith. Arwah sangat meyakini keperibadian Balqis dapat merubah hidup anak lelakinya. Bapa mertuanya itu begitu mempercayainya sehinggakan memberikannya kuasa untuk menguruskan syarikat sebesar ini. Balqis sendiri tidak tahu dimana harus dia mulakan kerana dia bukanlah pernah belajar pun tentang selok-belok perniagaan ini. Adalah juga dia belajar di sekolah dulu dalam subjek perdagangan tetapi semua itu bukanlah menyeluruh. Mujurlah dia menumpukan perhatian dalam kelas dan dapat juga faham mengenai konsep-konsep perniagaan seperti yang diajar oleh gurunya dulu.

Terdengar ketukan bertalu-talu di pintu bilik pejabatnya. Balqis membetulkan kedudukannya. Dia memandang ke pintu sambil menyuruh gerangan yang mengetuk pintu tadi masuk. Rupa-rupanya Salina, setiausaha Tengku Ismail yang kini sudah merangkap setiausahanya yang mengetuk pintu bilik berkenaan. Balqis tersenyum menyambut senyuman Salina. Gadis itu membawakannya secawan kopi lalu meletakkan beberapa fail dihadapannya. Salina menerangkan tentang isi fail-fail tersebut dan apa yang perlu dibuat oleh Balqis. Balqis juga diberitahu mengenai mesyuarat-mesyuarat penting yang perlu dihadiri olehnya pada hari ini dan esok. Salina banyak membantu Balqis dengan menerangkan apa yang perlu kepada Balqis supaya Balqis cepat mempelajari mengenai selok-belok syarikat berkenaan. Balqis memang terlalu berterima kasih kepada Salina kerana tunjuk ajar gadis itu yang tidak pernah kenal erti putus asa.

“Terima kasih, Salina. Terima kasih banyak-banyak. Kalaulah awak tak ada, tak tahulah saya bagaimana nak uruskan syarikat sebesar ini..” Balqis mengukir senyum pada gadis tinggi lampai dihadapannya itu. Rambut gadis itu panjang sehingga ke paras bahu dan diklip kemas.

Salina tersenyum membalas. Dia kini sudah boleh menyesuaikan dirinya dengan Balqis. Pada mulanya, dia juga agak terperanjat apabila mendapat tahu bahawa Balqis yang akan menerajui syarikat berkenaan selepas kematian Tengku Ismail. Sangkanya Tengku Harith yang mengambil-alih, namun sebaliknya pula yang berlaku. Salina juga tidak setuju jika Tengku Harith yang mengambil-alih kerana sikap lelaki itu yang sungguh teruk. Pelik benar Salina apabila mendapat tahu mengenai Balqis yang bakal mengambil-alih. Tetapi kini dia sudah tahu kenapa Tengku Ismail memberikan mandat berat berkenaan kepada Balqis. Salina memang kenal benar dengan majikannya Tengku Ismail serta yakin dengan keputusan orang tua itu. Balqis memang pilihan yang tepat. Wanita itu memang bijak. Buktinya, sekejap sahaja Balqis sudah dapat belajar tentang apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan. Balqis juga sudah banyak tahu mengenai selok-belok syarikat itu. Kagum benar Salina pada Balqis. Walaupun masih baru, Balqis kelihatan yakin serta bersemangat.

“No worries, Puan Balqis. Saya sentiasa ada kalau puan perlukan saya. Puan tekan aje interkom tu yang sebelah kanan puan. Nanti saya datanglah..” balas Salina mesra sambil mengangguk-angguk kecil.

Balqis tersenyum lagi, dia senang dengan sikap Salina. Sangkanya Salina akan turut memandang serong terhadapnya seperti staf-staf lain di syarikat berkenaan yang bercakap-cakap buruk tentangnya dan Tengku Ismail. Dia masih teringat bagaimana kata-kata beberapa staf wanita sewaktu dia didalam tandas seketika tadi. Mereka yang tidak tahu Balqis berada didalam tandas ketika itu terus mengumpat-umpat tentangnya. Mereka mengatakan bahawa Balqis mempunyai hubungan sulit dengan Tengku Ismail sehinggakan dapat memegang jawatan tertinggi dalam syarikat berkenaan. Pedih hati Balqis mendengarnya namun dia hanya mampu tabahkan hatinya.

“Okeylah, Puan Balqis. Saya keluar dulu. Kalau ada apa-apa, panggil aje saya..” kata-kata Salina membantutkan lamunan Balqis. Dia terus menguntumkan senyum buat Salina yang sudah pun bergerak meninggalkannya. Setelah gadis itu keluar dari bilik berkenaan, Balqis terus mencapai fail-fail diatas meja yang tadinya disusun oleh Salina. Satu persatu fail-fail berkenaan dibelek olehnya dengan penuh khusyuk dan bersemangat.



TENGKU Harith dibaringkan oleh Nadia ke atas sofa ruang tamu. Penat betul dia memapah sepupunya itu dari kereta sampailah ke ruang tamu rumah sepupunya itu. Mujurlah dia minum sedikit sahaja tadi mengenangkan Tengku Harith yang sudah pengsan kerana terlalu mabuk. Jam didinding dikerling pantas. Sudah pukul 6 petang. Tengah hari buta tadi Tengku Harith memulas stereng masuk ke sebuah pub membuatkan Nadia terkejut. Siang-siang ni dah ke pub. Mesti sepupunya itu runsingkan sesuatu. Nadia hanya mengikut sahaja Tengku Harith sejak pagi tadi apabila sepupunya itu mengajaknya keluar bersama. Manalah tahu Tengku Harith ke pub pula tadi.

“Rith, Rith!! Bangunlah..” panggil Nadia. Dia mengerling lagi jam. Bimbang Balqis balik dari kerja dan ternampak sepupunya itu yang tengah mabuk. Nanti apa pula Balqis akan fikirkan.

Dahlah harta-harta Tengku Ismail kini si Balqis tu yang punya! Rumah ini pun ibarat hak milik mutlak Balqis agaknya? Gumam Nadia dalam hatinya. Dia tidak tahu hal sebenar mengenai wasiat Tengku Ismail. Dia sangkakan Balqis memang sudah memiliki segala-galanya. Dia kini tidak berpuas hati pada Balqis atas apa yang dah berlaku. Sungguh senang sekali Balqis dapat merasai segala kemewahan ini? Betina itu perlu diajar. Tunggulah aku aturkan rancangan nanti. Biar kau merana seumur hidup kau! Nadia menggetap giginya kegeraman.

Sekarang, apa yang penting ialah mereka perlu berlakon baik dihadapan Balqis supaya perempuan itu percayakan mereka sehingga perpindahan hak milik harta-harta akan dilakukan semula selepas ini. Nadia terus menggoncang-goncangkan bahu Tengku Harith, memujuk lelaki itu supaya bangun segera membersihkan diri. Namun Tengku Harith tidak mahu juga bangun membuatkan Nadia kegelisahan. Beberapa kali juga Nadia mengerling jam didinding lalu mengeluh berat.

“Assalamualaikum..” tegur satu suara membuatkan Nadia terperanjat besar. Dia menoleh pantas. Balqis kelihatan mengukir senyum sambil berjalan menghampiri Nadia. Beg bimbit ditangannya diletakkan ke tepi sofa.

“Waalaikumussalam! Qis! Baru balik, ya?” balas Nadia dalam suara tenggelam timbul. Dia cuba menyelindungi Tengku Harith di belakangnya yang sedang mabuk di sofa. Habislah kalau macam ni!

“Ya, baru balik ni. Kenapa dengan suami saya tu?” Balqis cuba membelek keadaan Tengku Harith namun lengannya segera ditarik oleh Nadia menjauhi lelaki itu. Balqis pelik namun dia sudah dapat mengagak apa yang berlaku berdasarkan bau alkohol yang kuat menyerbu ke hidungnya.

“Awak pergilah bersihkan diri dulu. Saya ada hal nak cakap dengan Rith..” dalih Nadia seboleh-bolehnya. Dia mencuba sedaya-upaya untuk membela Tengku Harith.

“Tak apalah. Kejap lagi kot. Saya nak salam suami dulu..” ucap Balqis sambil tersenyum. Dia bergerak terus ke arah Tengku Harith yang masih terbaring mabuk atas sofa. Nadia kegelisahan melihat langkah Balqis yang sudah mendekati Tengku Harith. Lengan Balqis ditarik lagi.

“Saya ada hal ni, Qis. Awak tolonglah biarkan kami bercakap sekejap, ya?” rayu Nadia lagi. Dalam hatinya, dia sungguh geram dengan wanita dihadapannya itu. Kalau diikutkan hatinya, nak aje dia tarik-tarik tudung Balqis itu sehingga tercabut lalu menarik rambutnya pula!

“Saya nak salam suami saya dulu. Lagipun, awak tak boleh bincang dengan dia dalam keadaan dia macam tu. Saya tahu dia mabuk..” balas Balqis tenang. Dia cuba bercakap selembut mungkin dengan Nadia. Wajah gadis genit itu tiba-tiba berubah ketika itu juga. Nadia terkial-kial sendirian dalam kegelisahan. Balqis tahu? Ahh, apa yang perlu aku buat lagi ni?!

“Saya..erm..” Nadia tergagap.

“Saya faham..tak payah awak jelaskan. Saya faham suami saya macam mana. Jangan risaulah, nanti saya beritahu dia yang awak nak berbincang sesuatu dengan dia..” kata Balqis beserta senyuman manis.

Nadia berlalu setelah Balqis seperti berkeras ingin bersama Tengku Harith bersendirian. Nadia berasa begitu sakit hati dengan Balqis entah mengapa. Kalau bukan kerana wanita itu kini sudah memiliki harta-harta Tengku Harith, dah tentu Nadia akan kerjakan Balqis cukup-cukup!

Balqis memapah Tengku Harith sedaya-upayanya naik ke bilik lelaki itu ditingkat atas. Berat juga badan suaminya itu namun Balqis gagahi dirinya juga. Badan lelaki itu dihempaskan perlahan ke atas katil. Dia menarik stoking di kedua belah kaki suaminya itu lalu membuka baju kemeja yang sudah berbau alkohol. Tertumpah barangkali.

Dengan tidak semena-mena, Tengku Harith terbangun lalu berlari ke dalam bilik air. Dia memuntahkan segala isi perutnya. Lama juga lelaki itu terperap dalam bilik air. Balqis menyediakan tuala panas dan juga segelas air suam untuk suaminya. Tengku Harith keluar dari bilik air sambil berjalan terhoyong-hayang. Longlai tubuhnya selepas penat muntah. Balqis segera memberikan tuala panas tersebut serta air suam kepada suaminya. Tengku Harith mencapainya dengan wajah teragak-agak. Pipi Balqis yang putih bersih itu direnung lama. Dia masih terbayangkan imej dia menampar pipi isterinya itu. Telapak tangannya segera dipandang. Ada perasaan sayu yang hadir.

“Abang dah okey sikit?” soal Balqis sambil meletakkan tangannya ke pipi suaminya. Dia mengusap pipi lelaki itu dengan lembut dan penuh kasih sayang. Betapa dia sayangkan Tengku Harith. Dia tersenyum apabila lelaki itu terkedu dengan perbuatannya.

“Abang rehatlah dulu. Dah pukul 7 malam ni, bang. Dah nak masuk maghrib pun. Qis nak mandi ni. Baru aje balik kerja tadi..” kata Balqis lagi apabila kata-kata awalnya tadi tidak bersahut. Tengku Harith hanya membungkam sahaja sambil merenung wajahnya.

Balqis terus berjalan turun ke biliknya. Dia mandi dan berwuduk lalu menunaikan solat maghrib. Usai bersolat, dia memasak beberapa jenis lauk-pauk untuk dijamah suaminya. Selesai memasak, dia kembali berwuduk lalu menunaikan solat isyak memandangkan sudahpun masuk waktu. Kemudian dia kembali naik ke bilik Tengku Harith untuk menjemput suaminya turun makan. Hasratnya terbantut apabila terlihat Tengku Harith yang terbaring di katil. Lelaki itu kelihatan sedang nyenyak tidur dengan keadaan tidak berselimut namun Balqis tahu suaminya itu sudahpun membersihkan diri tadi. Ini kerana, baju lelaki itu sudahpun bertukar. Wangian shampu dari rambut Tengku Harith juga begitu kuat menerjah ke hidung Balqis.

Balqis berjalan perlahan-lahan ke arah katil suaminya. Dia menarik selimut naik lalu membaluti tubuh suaminya. Tersenyum Balqis melihat wajah kacak lelaki itu yang sedang terlena dibuai mimpi. Ya Allah, bukakanlah hati suamiku untuk menerimaku. Tabahkanlah hati dia dengan apa yang berlaku ini. Aku akan membantunya kembali ke jalan-Mu, ya Allah. Bukakanlah hatinya untuk menerima segala yang bakal berlaku selepas ini..aminn..Balqis sempat berdoa didalam hati.

Dalam kasih sayangnya pada Tengku Harith, dia juga kasihankan lelaki itu sebenarnya. Wasiat Tengku Ismail banyak memberikan suaminya itu tekanan. Balqis tahu suaminya masih tidak dapat menerima kenyataan tentang wasiat berkenaan. Namun dia yakin suaminya pasti mendapat kembali hak-haknya ke atas harta-harta tersebut selepas ini. Balqis akan membantu Tengku Harith sekiranya suaminya itu memerlukan tunjuk ajarnya dalam hal-hal agama. Balqis begitu harapkan Tengku Harith akan cuba memahami niat suci Tengku Ismail juga pada suatu hari nanti.

Balqis ingin beredar namun dia terasa tangannya ditarik lembut. Dia menoleh pantas. Tengku Harith merenungnya dengan mata yang redup. Perlahan-lahan Balqis duduk diatas katil tersebut, bersebelahan suaminya. Manalah tahu suaminya perlukan apa-apa.

“Kenapa, bang? Ada apa-apa yang boleh Qis buat untuk abang?” soal Balqis lembut. Dia tersenyum mesra. Suaminya masih membungkam.

“Temankan aku tidur malam ni..” balas Tengku Harith lembut.

Mata Balqis membesar ketika itu juga. Dia memandang redup mata suaminya yang penuh harapan itu. Kenapa agaknya Tengku Harith tiba-tiba menyebut perkataan begitu terhadapnya? Tidak pernah walau sekalipun Balqis melihat Tengku Harith dalam keadaan sebegini. Adakah suaminya sudah membukakan hati untuk menerimanya? Balqis berdebar-debar apabila jemari kasar Tengku Harith menjalari pinggangnya lalu tubuhnya dibaringkan disebelah lelaki itu. Balqis mengiringkan badannya membelakangi Tengku Harith. Dia masih terkejut. Namun kini, terasa pula tangan suaminya memeluk erat tubuhnya dari belakang. Balqis berdebar-debar, jantungnya bagai ingin meletup. Dia menahan perasaannya yang mulai bergelora hebat. Betapa bahagianya Balqis rasakan sekarang apabila terasa kucupan hangat lelaki itu dipipinya. Balqis memejamkan matanya, begitu juga Tengku Harith. Tengku Harith terus mengeratkan pelukan. Entah mengapa hatinya terasa tenang kini. Mereka lalu terlena dibuai mimpi indah..



p/s : sorry baru je balik dari bercuti mencari kerja di penang aritu..ekeke harap xmarah ye lepas dapat n3 panjang ni...hihihi kalo xbest sorry la..terus redah je ni... :P


Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 6/01/2011 03:23:00 PM
Labels: Hanya Milikmu

24 comments:

  1. ღAuni_AmauniღWednesday, June 1, 2011 at 3:40:00 PM GMT+8

    sorry kalo ada mistake kat mana2..

    sbb taip kat notebook ni..

    xpuas la kecik skrin ni..hehe

    komen ye jgn xkomen..

    da penat2 taip as soon arrived kat rumah ni ekeke :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. KiaraWednesday, June 1, 2011 at 3:52:00 PM GMT+8

    best sgt!! smbung lagi ya sis :)
    keep up the good work (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Hafia HanaWednesday, June 1, 2011 at 4:16:00 PM GMT+8

    bila la harith ni nk btl2 brubah

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. kak idaWednesday, June 1, 2011 at 4:33:00 PM GMT+8

    Tak sangka pulak bapak mertua bole meninggal dunia..kesian Qis..hidupnya adalah percaturan..bagi seorg lelaki yg bergelar suami..
    Kebaikan Harith..mesti ada sebabnya..Qis kena berhati hati..
    Mudah mudahan ini menjadi iktibar bagi Harith bertukar 360% perangai yg tak eloknya..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. Mahxiauwen Wednesday, June 1, 2011 at 4:54:00 PM GMT+8

    Cepatlah harith sadar..
    Cian Qis..
    Cept pnya bAby yea, hehe
    ema mau lagik kak:-)
    next

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. Wan RuzanaWednesday, June 1, 2011 at 5:09:00 PM GMT+8

    bes2 cpt2 sambung,.^.^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. MisS_SyaWednesday, June 1, 2011 at 5:40:00 PM GMT+8

    best..nak lagi sis! =)
    harap2 harith betoi2 berubah!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnonymousWednesday, June 1, 2011 at 5:40:00 PM GMT+8

    best3..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. AnonymousWednesday, June 1, 2011 at 6:00:00 PM GMT+8

    bestnyew mao lagi akak... heheh

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AnonymousWednesday, June 1, 2011 at 6:13:00 PM GMT+8

    Harap-harap Tg Harit akn berubah ya,. . Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. ZassWednesday, June 1, 2011 at 8:46:00 PM GMT+8

    Ya Allah! terharu sangat-sangat! saya nak part2 yang selalu macam ni... benar-benar menenangkan hati dan perasaan. hati yang dingin pun boleh jadi teruja. janganlah panjangkan snegketa diantara mereka. jadikan mereka pasangan yang paling bahagia. Ya Allah! tak sabar nak tengok saat-saat tu. tak naklah bahagia masa ending ajer... itu dah tipikal novel dari dulu sampai sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. yAyAWednesday, June 1, 2011 at 8:55:00 PM GMT+8

    best je cta ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. YongWednesday, June 1, 2011 at 9:24:00 PM GMT+8

    jgn la lelaki tu just berpura2. huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. nursyaWednesday, June 1, 2011 at 10:53:00 PM GMT+8

    adeh...
    xsempat nk mkn mlm lg si balqis tuh..
    cian gak kat dia...
    harap2 la si harith tu cepat berubah...
    huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. roshayatieThursday, June 2, 2011 at 3:40:00 AM GMT+8

    lambat ag ke Tg.Harith nk b'ubah nie?
    xsabar tgu bab2 romantik gle antara Balqis & Tg.Harith hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. mamabolehbacaThursday, June 2, 2011 at 9:29:00 AM GMT+8

    bestnyaaaaa...nak lagik cik writerr..hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. nea_124Thursday, June 2, 2011 at 12:00:00 PM GMT+8

    cepat yer sambung !! jln citer dh semakin menarik :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. nea_124Thursday, June 2, 2011 at 12:00:00 PM GMT+8

    cepat yer sambung !! jln citer dh semakin menarik :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. nea_124Thursday, June 2, 2011 at 12:00:00 PM GMT+8

    cepat yer sambung !! jln citer dh semakin menarik :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. AnonymousThursday, June 2, 2011 at 12:50:00 PM GMT+8

    bapak segale bestlah citer ni.
    gogoggogogo balqishhhh!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. AnonymousThursday, June 2, 2011 at 1:04:00 PM GMT+8

    best gileww..!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. sitiThursday, June 2, 2011 at 3:09:00 PM GMT+8

    chaiyok33!!! best sgt. auni bg n3 byk2 dlam 1 hari buleh... hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. Nurul QisDhiraTuesday, June 7, 2011 at 3:04:00 PM GMT+8

    best3 ! ! semoga hati harith terbuka utk baqis...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. AnonymousWednesday, December 21, 2011 at 4:47:00 PM GMT+8

    thank you

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu