-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Thursday, June 2, 2011

Hanya Milikmu 13

TENGKU Harith kini berjalan-jalan tanpa arah tujuan di sebuah tempat yang sungguh suram dan terpencil. Tiada seorang pun manusia disekitar tempat berkenaan, hanya ada burung-burung Hering yang sedang kelaparan, sabar menunggu mangsa mereka rebah ke bumi untuk menjamah isinya. Tengku Harith sangat ketakutan ketika ini. Dia ingin berlari tetapi badannya terasa sungguh lemah sekali. Langkahnya longlai. Dia kelaparan dan juga kehausan yang teramat sangat. Berkali-kali dia menelan liur kerana terbayangkan arus sungai yang mengalir dihadapannya. Setiap kali dia mempercepatkan langkah, arus sungai berkenaan kelihatan semakin jauh dan jauh ke hadapannya. Tengku Harith sudah tidak bermaya ketika itu.

Sampai di suatu tanah yang kering kontang, Tengku Harith rebah. Dia terkapai-kapai seorang dirinya ketika itu. Wajah papa dan mamanya yang memeliharanya sejak kecil terbayang diruangan mata.

“Mama…papa…” panggil Tengku Harith bagaikan anak kecil yang dahagakan belaian ibubapanya. Tekaknya yang terasa begitu kering kini sudah semakin perit. Dia sangat mendambakan walaupun setitis air.

“Mama…papa….Rith dahaga….” Rengek Tengku Harith lagi dengan esakan yang semakin menjadi-jadi. Mama dan papanya hanya membungkam dalam senyuman.

“Mama..tolonglah Rith. Rith dahaga betul ni, ma..tolonglah!” Tengku Harith cuba bangun namun payah. Dia terlentang kembali ke atas tanah yang kering kontang itu. Burung-burung Hering sudah kelihatan berterbangan mengelilinginya ketika itu, mereka sudah tidak sabar-sabar lagi mahu menjamah isi tubuh Tengku Harith.

“Papaaaa….maafkan Rith. Ampunilah Rith, papa. Rith janji takkan buat papa marah lagi. Tolonglah bagi Rith walaupun setitis air. Rith tak nak mati, pa. Rith tak nak jadi makanan burung-burung tu…” rayu Tengku Harith lagi semahu-mahunya. Wajah mama dan papanya tenang sahaja ketika itu lalu pandangan mereka tertumpu pada sebelah kanan Tengku Harith, lalu ke sebelah kiri pula. Mereka tersenyum pada Tengku Harith sambil mengangguk-angguk kecil. Mereka kini terus lenyap dari pandangan Tengku Harith.

Tengku Harith menoleh ke kirinya dahulu. Entah mengapa dia terbau sesuatu yang biasa dihidu olehnya. Sebotol arak kelihatan begitu hampir dengan dirinya. Disebelah kanannya pula, sebuah sungai yang mengalir didalamnya air jernih yang nampaknya sungguh suci dan bersih. Terdapat seseorang yang sedang duduk berteleku di tebing sungai berkenaan. Susuk tubuh itu amat dikenali oleh Tengku Harith. Dia tahu, itu adalah isterinya Balqis.

“Rith! You jangan pandang sana. Ni, I ada arak yang baik untuk you. Ambillah, Rith. Teguklah sepuas-puas hati you. You dahaga, kan sayang?” suara Sherry kedengaran dari sebelah kiri Tengku Harith. Dia menoleh pantas ke kirinya. Sherry yang berpakaian seksi kelihatan sedang menuang arak ke dalam sebuah gelas lalu menyuakan kepada Tengku Harith.

“Ya Allah, betapa sedapnya air sungai ciptaan semulajadi dari-Mu ini. Sangat bersih sekali dan jernih. Sesungguhnya segala yang terbaik adalah dari-Mu, ya Allah..” suara Balqis pula kedengaran mendayu-dayu memuji kebesaran Allah SWT. Wanita itu menuang air ke dalam sebuah tempurung kelapa lalu dia menyuakan kepada Tengku Harith.

Tengku Harith kini sudah tidak tahu mana satu yang harus dipilihnya. Adakah arak yang selama ini menjadi penawar dukanya, atau air sungai yang selama ini langsung tidak pernah diminum olehnya walau sekalipun? Kalaupun dia meminum air kosong sekalipun, dia akan meminumnya dalam bentuk yang didalam botol iaitu air mineral. Apa kelas dia mahu meminum air sungai secara terus seperti itu? Dibuatnya ada kuman atau bakteria, habis berpenyakit dirinya nanti. Kalau dia memilih arak, dia sudah tahu tentang kelazatan dan kekhayalan minuman tersebut. Tiada yang setanding minuman berkenaan. Syaitan ternyata menguasai minda dan hati Tengku Harith. Dia ingin menyambut gelas berisi arak yang sedang dipegang oleh Sherry namun suara Balqis terlebih dahulu bergema.

“Abang, jangan sentuh minuman haram tu..tengok minuman yang Qis sediakan untuk abang ni. Nikmat dari Allah SWT yang paling unggul dalam dunia ni. Tanpa air ni, maka tiada langsung kehidupan. Semua yang hidup takkan terlepas dari bergantung dari air sungai ini, bang. Sejak berkurun dulu, manusia hidup bergantung pada air dari sungai-sungai yang mengalir..inilah nikmat terbesar dari Allah SWT yang patut kita syukuri selama ini, bang..” tegur Balqis lembut. Dia tersenyum sambil menyuakan tempurung berisi air sungai tadi. Tengku Harith menelan liur melihat air sungai berkenaan bagaikan dapat merasai kelazatan air berkenaan selepas dia meminumnya nanti.

“Rith! Jangan dengar kata betina tu!” bentak Sherry dari arah kiri namun kata-katanya langsung tidak bermakna buat Tengku Harith. Lelaki itu bagaikan sudah memekakkan telinganya pada kata-kata Sherry.

Dengan pantas Tengku Harith mencapai tempurung berisi air sungai berkenaan dari tangan isterinya lalu ingin meneguk minuman tersebut. Belumpun sempat Tengku Harith meneguknya, Balqis terlebih dahulu menahan. Tengku Harith pelik memandang wajah Balqis yang sedang tersenyum itu.

“Ucapkan Bismillah dulu, bang..bismillahirrahmanirrahimm..” getus Balqis sambil diikuti oleh Tengku Harith lalu lelaki itu pun meneguk air berkenaan dengan sesungguh hati. Dengan hanya seteguk dia meminum air sungai berkenaan, tekaknya terasa begitu segar. Dirinya bagai sudah bersemangat, pandangannya cerah sekali dan jiwanya terasa begitu tenang. Setenang air yang mengalir didalam sungai berhampiran Balqis. Tengku Harith memandang wajah Balqis yang sedang galak tersenyum memandangnya.

“Ucapkan Alhamdulillah selepas kita menikmati sesuatu pemberian Allah, bang..” getus Balqis lagi. Tengku Harith mengucapkan perkataan keramat yang sudah lama tidak diucapkan olehnya itu.

“Rith! I tak sangka you sanggup berpaling dari I?! You pilih betina tu? You tak nak arak ni? Arak ni lagi sedap dari air sungai yang entah bersih entahkan tidak tu! You pandang sini, Rith! Arak ni sedap!” jerit Sherry dari sebelah kiri Tengku Harith namun lelaki itu tidak langsung mengendahkannya. Tengku Harith kini bagaikan hanyut dengan keindahan yang Allah SWT hamparkan diruangan matanya. Hatinya juga tenteram ketika itu.

“Rith! You jangan terpedaya dengan helah betina bodoh tu! Dia tu sengaja nak goda you. Agar dia boleh kuasai hidup you nanti! You sedar tak apa yang you cuba lakukan ni, Rith?! Rith, please wake up!” pekik Sherry lagi apabila kata-katanya langsung tidak diendahkan oleh Tengku Harith. Ternyata kata-katanya kali ini juga tidak langsung terkesan dihati lelaki itu. Tengku Harith sudah hanyut dalam layanan Balqis.

“Setiap sesuatu pekerjaan atau perlakuan yang ingin kita lakukan, lebih baik mulakan dengan Bismillah. Akhirinya pula dengan ucapan Alhamdulillah. Insya-Allah mudah-mudahan hidup kita akan sentiasa diberkati oleh Allah SWT dan perjalanan hayat kita akan lebih lancar..” ujar Balqis lagi dengan wajah tenang. Tengku Harith mengukir senyum tanpa sedar. Sudah tidak dipedulikan lagi panggilan-panggilan dari Sherry dari sebelah kirinya. Malah dia langsung tidak memandang ke arah Sherry sehinggakan suara gadis itu sudah semakin hilang dan terus tenggelam kini. Hilang sudah segala ketakutan Tengku Harith awal tadi ketika dirinya terkapai-kapai sendirian dengan dikelilingi pemangsa yang kelaparan.

Kini hanya tinggal Tengku Harith dan Balqis yang sedang beristirahat di tebing sungai berkenaan. Balqis menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk dan juga buah-buahan. Mereka berkelah di tebing sungai berkenaan dengan suasana aman dan damai tanpa gangguan dari sesiapa. Pandangan Tengku Harith tidak lekang dari memandang ke wajah mulus dan tenang isterinya itu. Balqis hanya tersenyum dan terus tersenyum sambil melayani suaminya makan.



BALQIS membuka matanya. Tangan suaminya masih erat memeluknya sejak semalam, membuatkan Balqis tidak dapat bergerak walau untuk ke bilik air. Apabila dia cuba mengalihkan tangan lelaki itu, pelukan akan bertambah erat. Tengku Harith bagai tidak mahu melepaskannya untuk kemana-mana pun.

Balqis melihat jam di tepi katil. Sudah hampir masuk waktu subuh. Balqis kini kegelisahan sendirian dalam pelukan suaminya. Mahu dikejutkan Tengku Harith, kasihan pula dia pada lelaki itu. Akan tetapi, tanggungjawabnya pada agama dan suami sendiri juga perlu dilaksanakan. Tengku Harith harus segera diajak untuk menunaikan solat-solat wajib. Sudah tiba masanya suaminya itu berubah. Balqis akan mencuba sedaya-upayanya merubah Tengku Harith.

Balqis yang kini tidur melentang, terus mengiringkan badannya menghadap suaminya. Wajah lelaki itu yang disirami cahaya lampu tidur yang agak suram kelihatan begitu nyenyak sekali dibuai mimpi. Balqis memegang pipi suaminya lalu mengelus-elusnya lembut. Jemarinya meraba pula kening milik Tengku Harith, jatuh pada hidung mancung lelaki itu dan seterusnya bibir lelaki itu pula yang diusapnya lembut. Wajah Tengku Harith kelihatan berkerut-kerut sedikit, mungkin kerana terganggu dek sentuhan Balqis tadi. Balqis terus tersenyum suka melihat kerutan di wajah suaminya itu. Comel sungguh!

“Assalamualaikum, bang..” ucap Balqis seraya mencium dagu Tengku Harith yang berada tidak jauh dari bibirnya.

Terlalu hampir sekali dagu lelaki itu dengan bibirnya membuatkan Balqis terus menghadiahkan ciuman ke situ. Tengku Harith membuka matanya perlahan-lahan lalu matanya membesar seketika. Barulah dia teringat bahawa semalam dialah yang telah meminta Balqis menemaninya tidur. Dagunya yang dikucup isterinya tadi segera dilarikan. Dia melepaskan pelukan pada tubuh Balqis lalu membetulkan tubuhnya supaya melentang. Balqis tersengih lalu meletakkan tangannya pada dada Tengku Harith. Kepalanya juga kini melekap rapat ke dada lelaki itu yang mulai berombak. Manja sekali perlakuan Balqis menyebabkan hati Tengku Harith dilanda keresahan yang tidak berpenghujung. Bahagia betul Balqis apabila perlakuannya tidak ditolak oleh suaminya. Selalunya lelaki itu akan mudah melenting kalau dia cuba dekati suaminya itu. Namun kini, tubuh Tengku Harith terus kaku disitu. Balqis masih terasa syahdunya pelukan suaminya semalam. Bahagianya. Balqis tersenyum dalam diam.

“Waalaikumussalam..” jawab Tengku Harith perlahan namun dapat didengari oleh Balqis. Tersenyum Balqis yang mendengar. Nampaknya Tengku Harith sudah mulai berubah sedikit demi sedikit.

“Jom, bang. Solat subuh sama-sama?” ajak Balqis sambil menguatkan pelukan ke dada suaminya.

Tengku Harith mulai cair dengan sikap Balqis. Terlalu tenang, terlalu bersabar dengan kerenahnya selama ini. Dia pula begitu kejam kerana melayan wanita ini seperti tunggul kayu yang tak bernyawa sebelum ini. Tengku Harith masih terbayangkan kejadian ketika dia menampar wajah Balqis serta arwah papanya yang rebah selepas itu. Wajarkah tindakannya selama ini? Kerana sikap kejamnya, Balqis merana. Kerana hatinya yang sekeras batu itu, papanya mati. Tengku Harith melepaskan keluhan berat. Benarkah Balqis ikhlas bersabar dengannya selama ini? Baru hampir tiga bulan usia perkahwinan mereka kini. Patutkah dia percayakan wanita yang sedang memeluknya ini? Tengku Harith menarik nafas dalam-dalam. Dia teringatkan mimpi indahnya tadi. Apakah sebenarnya maksud mimpinya itu? Tengku Harith cuba menyelami perasaannya semasa bermimpi tadi. Sungguh tenang, sungguh bahagia dia rasakan. Dia membalas pelukan Balqis tanpa sedar. Dahi isterinya dicium berkali-kali. Balqis terasa kebahagiaan yang tak terhingga banyaknya ketika ini.

Tengku Harith terbayang kembali bagaimana kejamnya dia terhadap Balqis. Anak yatim piatu itu dilayan seperti objek tidak berperasaan! Sampaikan saat ibu Balqis menghembuskan nafas terakhir pun dia tidak mahu membenarkan isterinya itu pergi menjenguk. Perasaan bersalah menerjah ke tangkai hati Tengku Harith bagaikan menusuk-nusuk ke jantungnya. Sakitnya perasaan ini. Perasaan kecewa, menyesal dan merasakan diri begitu bodoh selama ini! Tanpa dipinta, air mata Tengku Harith mengalir deras ke pipinya namun tidak dapat diperasankan oleh Balqis yang masih erat dalam pelukannya. Mimpi semalam banyak mengajarnya erti kasih sayang seorang isteri. Dia tahu, Allah ingin menunjukkan keikhlasan hati Balqis dalam mimpinya. Dia amat yakin akan kebenaran mimpinya tadi. Balqis adalah penyelamatnya dunia dan akhirat. Ya, dia kini sudah insaf dan mahu kembali ke pangkal jalan.

“Eh, abang menangis? Kenapa menangis ni, bang?” soal Balqis yang tiba-tiba terkejut apabila setitis air jernih jatuh ke pipinya. Air mata suaminya! Balqis terus mendongak sambil memandang kelopak mata suaminya yang kini digenangi air. Ya Allah, adakah aku telah menyakiti hati suamiku?

“Abang, maafkan Qis kalau Qis ada buat abang sakit hati lagi. Abang maafkan Qis, ya?” Balqis terlebih dahulu memohon maaf membuatkan air mata semakin galak menuruni pipi Tengku Harith. Dia terharu dengan layanan Balqis terhadapnya. Tidak ada sesiapa pun pernah menyayanginya setulus hati begini.

“Tak, Qis. Qis tak ada salah apa-apapun pada abang. Abang yang patut mohon maaf dari Qis! Qis, maafkan abang. Maafkan abang sebab seksa hidup Qis selama ni. Abang tak tahu kenapa abang boleh bertindak kejam macam tu pada Qis. Maafkan abang, Qis. Maafkan abang walaupun abang tahu diri abang ni tak layak untuk dimaafkan langsung!” berderai air mata Tengku Harith tatkala itu. Balqis yang mendengar terus terkedu dalam perasaan berbaur. Terkebil-kebil Balqis mendengar Tengku Harith membahasakan dirinya sebagai ‘abang’ dan memanggilnya ‘Qis’.

“Abang, Qis tak pernah simpan dalam hati. Qis tak pernah salahkan abang. Qis tak pernah marahkan abang walau abang seksa Qis selama ni. Kalau ada perasaan kecewa Qis pun, Qis dah buang jauh-jauh. Qis maafkan abang walau apapun yang abang lakukan pada Qis. Sebab abang adalah suami Qis..yang hanya akan Qis tatap sepanjang hayat Qis. Tak ada lagi lelaki lain..” balas Balqis sepenuh hatinya sambil mengucup lembut kedua belah mata suaminya yang berair itu. Meleleh-leleh air mata Tengku Harith ketika bibir Balqis menyentuh kedua belah matanya.

“Maafkan abang, Qis!” sahut Tengku Harith lemah. Dia menguatkan pelukannya lalu ciuman bertalu-talu dihadiahkan ke dahi wanita dalam pelukannya itu.

“Abang tak ada kesalahan langsung untuk Qis maafkan..” ujar Balqis sambil tersenyum bahagia. Dia juga menguatkan pelukan.

Bersyukur benar dia ke hadrat Ilahi kerana telah memakbulkan doanya selama ini. Tengku Harith kini sudah berubah! Alhamdulillah, Balqis benar-benar bersyukur dan rasa bahagia. Malah, kebahagiaan ini memang tiada tara tandingannya didunia ini. Rupanya beginilah perasaan kasih sayang antara suami isteri yang berteraskan cinta kepada Ilahi. Ya Allah, syukur pada-Mu. Suamiku sudah berubah. Berikanlah dia hati yang tenang supaya dia dapat mempelajari ilmu-Mu dengan hati yang terbuka. Terangilah hatinya selalu, seperti Engkau menerangi hati-hati para hamba yang mendapat hidayah dari-Mu..aminn

“Jom, ajarkan abang solat. Abang dah lupa macam mana nak solat. Lepas tu, abang nak mengaji Quran..” getus Tengku Harith lembut. Air matanya sudah reda. Dia mengelap saki-baki air mata yang masih basah dipipinya. Jemari Balqis dicapainya lalu diramas lembut. Ada perasaan yang hadir. Perasaan halus yang selama ini dia kuncikan dalam hatinya rapat-rapat selepas balik dari berbulan madu tempoh hari. Perasaan halus yang buatkan dia tewas dengan godaan Balqis pada malam itu.

Balqis bahagia mendengar kata-kata Tengku Harith. Tambah membahagiakan hatinya, Tengku Harith sudah mula bahasakan dirinya sebagai ‘abang’. Melonjak-lonjak hati Balqis ketika ini sampaikan dia tidak sedar bahawa dia kini sedang mencium pipi Tengku Harith. Lelaki itu hanya membiarkan sahaja sambil mengeratkan pelukan. Dia membalas ciuman Balqis dengan sebuah kucupan hangat dibibir isterinya itu. Terkesima Balqis buat seketika menerima ciuman Tengku Harith yang secara tiba-tiba itu.

“Jomlah!” panggil Tengku Harith yang kini bingkas bangun. Wajah Balqis yang masih terkedu itu ditatapnya bersama senyuman kecil. Entah mengapa wajah itu kini membuai-buai hatinya yang semakin melonjak-lonjak. Kenapa agaknya dia berperasaan begini terhadap Balqis? Wanita yang pernah dibenci olehnya sesungguh hati. Wanita yang sama yang telah papanya kaitkan dalam wasiat. Wanita yang difikirkan langsung tiada kelas baginya untuk berdampingan dengannya. Tengku Harith segera menggeleng apabila terkenangkan sikapnya pada Balqis dahulu. Kini dia perlu melayan wanita itu dengan lebih baik, malah dengan sempurna!

Usai membersihkan diri masing-masing, mereka menunaikan solat subuh bersama-sama selepas Balqis mengajarkan sedikit demi sedikit pengetahuan solat kepada Tengku Harith. Mujurlah suaminya itu masih ingat juga, cuma terlupa sikit-sikit. Kiranya, dia kini ingat-ingat lupa tentang cara-cara bersolat. Surah-surah pendek diajarkan oleh Balqis kepada suaminya. Alhamdulillah, Tengku Harith dapat juga selesai menunaikan solat subuh pada pagi itu. Balqis melirik jam buat seketika. Sudah pukul 7 pagi. Dia segera meminta diri untuk ke dapur bagi menyediakan sarapan pagi. Tengku Harith masih terperap didalam bilik, cuba membaca dan mengingat kembali surah-surah pendek yang diajarkan oleh Balqis.

“Abang, jom kita makan? Sekejap lagi Qis dah nak ke pejabat..” panggil Balqis lembut selepas Tengku Harith menutup al-Quran dihadapannya. Lelaki itu tersenyum dengan wajah berseri-seri menyambut pandangan mesra isterinya.

“Jomlah, sayang..abang pun teringin rasa betul-betul air tangan isteri abang ni..” getus Tengku Harith penuh kelembutan. Bagai mahu luruh jantung Balqis mendengar perkataan ‘sayang’ yang diucapkan oleh Tengku Harith. Dia sudah kaku dimuka pintu ketika suaminya berjalan menghampiri.

Tengku Harith merangkul pinggang Balqis lalu tubuh Balqis ditarik merapati tubuhnya. Balqis masih terkejut. Benarkah ini Tengku Harith? Lelaki kejam sudah bertukar menjadi penyayang hanya dalam satu malam? Balqis ragu-ragu serta ingin bertanya sebab mengapa suaminya berubah secara mendadak begitu namun dia segera membatalkan niatnya. Balqis membuang jauh-jauh perasaan ragu-ragunya. Dia sudah cukup bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Lagipun, tidak baik menaruh prasangka buruk pada suami sendiri. Balqis tak mahu berdosa kerana buruk sangka pada suaminya.

“Kenapa ni, sayang? Dah mula takut dengan perubahan abang ni, ke?” soal Tengku Harith seolah-olah tahu apa yang sedang bermain diminda Balqis seketika tadi.

“Taklah, bang. Qis happy abang berubah ni..alhamdulillah!” balas Balqis ikhlas. Tengku Harith mencuit hidung isterinya lembut.

“Abang tahu, jauh disudut hati Qis tu, Qis mesti ada rasa ragu-ragu pada abang kan?” duga Tengku Harith sambil melirik wajah Balqis yang sentiasa tenang itu.

“Mana ada. Abang ni, Qis tak ada rasa ragu-ragu pun. Qis yakin, abang betul-betul dah berubah!” sahut Balqis beserta senyuman manis yang memikat jiwa Tengku Harith. Lelaki itu tersenyum membalas sambil mengucup dahi Balqis sepenuh hatinya.

“Hisy! Takkanlah sebagai manusia biasa, Qis tak ada rasa ragu-ragu bila abang berubah secara tiba-tiba macam ni?” duga Tengku Harith lagi.

“Jujurnya, tadi Qis ada juga terfikir. Tapi, Qis rasa memang tak patut Qis fikir macam tu dan buruk sangka pada suami Qis sendiri. Abang jangan risaulah, Qis yakin betul-betul ni. Abang memang dah berubah..” getus Balqis sambil memeluk mesra badan sasa suaminya itu. Tengku Harith membalas pelukan tersebut lalu tersenyum bahagia. Ya Allah, kalaulah dari dulu aku menyedari akan permata yang telah Engkau kurniakan dalam hidupku ini alangkah baiknya. Selama ini aku terus buta dengan arus dunia ini. Kaca ku sangkakan permata..aku bersyukur pada-Mu..



“KAU ni kenapa, Rith?” Faiz membuntangkan matanya apabila ternampak Tengku Harith yang sedang menarik sengih sampai ke telinga. Lelaki itu juga sedang memakai songkok dan baru sahaja mengajaknya pergi menunaikan solat zohor di masjid berdekatan.

“Kenapa kau tanya macam tu?” balas Tengku Harith sambil menyandar pada sebatang pokok berhampirannya.

“Kau rasa, kenapa aku tanya kau macam tu?”

“Kau tak beritahu, macam mana aku nak tahu?” Tengku Harith berloyar buruk dengan Faiz membuatkan lelaki itu merengus kecil.

“Kau ni, dah buang tabiat ke Rith? Kau nak aku tempahkan tapak dan batu nisan untuk kau?” balas Faiz separuh bergurau. Tengku Harith terus menjegilkan matanya pada Faiz. Perbuatannya itu mengundang tawa kecil sahabatnya itu.

“Kau ni kan. Kalau masin mulut kau tu, aku betul-betul kena masuk dalam tapak tu. Time tu kau menyesallah sebab cakap macam tu. Hilang pulak sahabat baik hati macam aku ni yang tak ada galang gantinya..” Tengku Harith pula yang berseloroh. Faiz mematikan tawanya. Janganlah terjadi betul-betul pula memandangkan Tengku Harith yang berubah secara mendadak itu.

“Dah aku tanya kau, tak nak jawab. Kau jawablah. Kenapa dengan kau ni? Macam buang tabiat aje. Tiba-tiba aje kau pakai songkok, lepas tu ajak aku pergi masjid. Weh, kau okey tak ni? Nak aku temankan kau pergi hospital?” getus Faiz sambil meletakkan belakang tangannya ke dahi Tengku Harith lalu ditepis kuat oleh lelaki itu. Faiz tergelak sakan saat itu juga membuatkan Tengku Harith mencebik bibir.

“Tak ada sebab yang spesifik. Aku nak berubah, ikut suka hati akulah. Kau sibuk ni apahal? Bagus apa kalau aku berubah ke arah kebaikan..” balas Tengku Harith.

“Aku tahu sebab apa..ni mesti sebab isteri kau, kan? Eleh, tak nak mengakulah konon!” Faiz terkekeh-kekeh ketawa apabila wajah Tengku Harith bertukar merah padam.

“Kalau sebab Balqis pun, kau ada masalah dengan tu?”

“Tak adalah, Rith. Cuma perubahan kau ni terlalu mendadak. Bagus betul si Balqis tu. Sekejap aje dia ubah kau. Bagi aku, kau nilah selama ni syaitan paling bermaharajalela kat KL. Tapi kau dah tewas pun sekarang lepas dah kahwin. Baguslah tu, Rith..” sahut Faiz dengan tawa yang masih bersisa. Kelakar dia melihat wajah Tengku Harith ketika dia menyebut perkataan syaitan tadi. Tengku Harith membungkam. Agaknya perangai dia memang betul-betul teruk dulu sampaikan Faiz pun menggelarnya sebagai syaitan.

“Weh, takkanlah emosi kot? Aku gurau ajelah! Baguslah, Rith. Aku tumpang gembira dengan perubahan kau ni..” ujar Faiz akhirnya apabila perasankan wajah Tengku Harith yang berubah suram.

“Mana ada aku emosi! Dahlah, jom solat..” ajak Tengku Harith sambil memasuki perut kereta. Senyuman Faiz meleret saat matanya menghantar Tengku Harith sehingga lelaki itu hilang ke dalam kereta. Dia turut memasuki perut kereta selepas itu.



NADIA sudah tidak sabar-sabar lagi menunggu kedatangan Faiz. Dia nampak Faiz sudah datang menghampirinya. Senyuman diukir buat lelaki itu yang tadinya menguntum senyum padanya.

“Assalamualaikum, Cik Nad!” Faiz memberi salam. Nadia tersenyum simpul.

“Waalaikumussalam! Amboi kau ni Faiz, sejak bilalah kau pandai panggil aku cik ni?” balas Nadia dengan tawa kecil. Dia sebenarnya sudah lama sukakan Faiz. Lelaki kacak berkulit hitam manis serta berkumis nipis itu. Tetapi sayangnya Faiz sudah punyai kekasih hati iaitu Sabrina. Nadia hanya mampu memuja Faiz dalam diam sahaja.

“Sajalah. Mood aku nak panggil kau macam tu..” sengih Faiz apabila Nadia menampar bahunya lembut.

“Apasal aku nak jumpa aku ni?” sambung Faiz apabila Nadia masih tidak berkata apa-apa lagi tentang tujuan pertemuan mereka itu.

“Tak ada apa-apalah. Aku rindukan kau..tu aje..” ujar Nadia separuh bergurau padahal memang betul pun dia rindukan lelaki itu. Dapat bersembang sekejap pun dia sudah rasa gembira.

“Takkanlah itu aje kot? Kau rindu aku? Kau jangan…nanti Sabrina tu cemburu pulak kalau dapat tau. Dia tu dahlah kuat jealous!” sahut Faiz pula, juga bergurau.

“Kalau kau tak beritahu, dia takkan tahulah! Kalau bercinta secara diam-diam dengan kau pun, bukannya dia tahu!” Nadia bergurau lagi, namun hatinya sendiri yang berdebar dengan gurauannya sendiri. Faiz tergelak-gelak kecil.

“Eh, kau dah tahu pasal si Harith tu? Sepupu kesayangan kau tu..” soal Faiz tiba-tiba apabila tawanya reda. Soalan itu ternyata mematikan tawa Nadia juga.

“Kenapa dengan dia?” soal Nadia kembali dengan debaran. Faiz terdiam seketika sambil mengerutkan dahinya.

“Takkanlah kau sepupu dia yang paling rapat pun tak tahu kot?” Faiz bertarik-tali pula dengan Nadia menyebabkan gadis itu kegeraman.

“Eh, apa kau ni. Cakaplah cepat. Kenapa dengan dia?” desak Nadia lagi dengan wajah ingin tahu yang begitu menebal. Faiz sudah meledakkan tawa kecil. Ada juga hal yang Tengku Harith tak beritahu Nadia rupanya!

“Dia dah berubah jadi baik! Kau percaya tak? Si syaitan dah jadi macam ustaz sekarang ni..kau takkan tak tahu?!” jawab Faiz dengan wajah tidak bersalahnya. Tawanya masih kedengaran jelas mengetuk gegendang telinga Nadia. Gadis itu ternyata begitu terkejut menerima berita itu.

“Maksud kau?!” suara Nadia separuh menjerit. Dia benar-benar terkejut. Matanya membesar kini.

“Dia pakai songkok, ajak aku pergi masjid..kau boleh percaya ke? Kenyataan yang aku sendiri rasa macam tak percaya..” beritahu Faiz dengan wajah bersungguh-sungguh. Nadia sudah berkerut dahi memikirkan kenyataan yang baru sahaja dia ketahui dari Faiz.

Mengapa agaknya Tengku Harith tiba-tiba berubah begitu? Nadia seperti tidak dapat mempercayai apa yang baru sahaja Faiz cakapkan padanya. Walaupun kena paksa sekalipun, Tengku Harith itu takkan mudah berubah pendirian dalam sekelip mata sahaja. Apakah yang membuatkan sepupunya itu berubah dalam masa begitu singkat? Adakah kerana pengaruh Balqis? Nadia menyabarkan hatinya. Sherry tidak boleh tahu tentang ni! Tentu sahabatnya itu akan terluka setelah mendapat tahu nanti.

“Aku rasa macam tengok Rith berlakon depan aku aje. Macam suatu lakonan. Tapi aku rasa, dia memang betul-betul berubah. Aku dapat tengok sinar dimata dia tu…” kata Faiz lagi dengan wajah lebih bersungguh.

Nadia tersentak mendengar perkataan ‘lakonan’ yang baru sahaja Faiz tuturkan. Mungkin juga Tengku Harith hanya berlakon baik untuk memperolehi kepercayaan Balqis 100% supaya perpindahan hak milik harta akan berjaya dilakukan kelak? Memang tidak syak lagi! Tentu sepupunya itu hanya berlakon! Dia tahu Tengku Harith takkan semudah itu merubah pendiriannya. Sudah lama dia mengenali sepupunya itu, sejak dari kecil lagi. Tengku Harith bukanlah bodoh untuk tewas pada perempuan kampun seperti Balqis itu! Nadia tersenyum akhirnya, mengundang rasa hairan Faiz. Faiz hanya menjongket bahu apabila Nadia masih tersenyum-senyum sendirian.




p/s : harap semua berpuas hati...jangan lupa komen2 anda pd n3 ni...komen2 anda amat bermakna..sbb apa yg menaikkan semangat saya adalah komen2 dari anda.. :)



Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 6/02/2011 07:23:00 PM
Labels: Hanya Milikmu

35 comments:

  1. AnonymousThursday, June 2, 2011 at 8:07:00 PM GMT+8

    serious the bestlah sis!
    nextttt..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. MisS_SyaThursday, June 2, 2011 at 8:31:00 PM GMT+8

    yeahh this is what i'm talking bouttt!bestttt..da boommm.. heheheh..
    akhirnya rith berubah gk...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. yAyAThursday, June 2, 2011 at 8:34:00 PM GMT+8

    besttttt....:))
    bgus la rith dh brubh..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. Hafia HanaThursday, June 2, 2011 at 8:34:00 PM GMT+8

    BIARLAH BTL2 BERUBAH

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. YongThursday, June 2, 2011 at 8:37:00 PM GMT+8

    alhamdulillah.. harith mmg betul2 berubah. syukur lah, semoga kedua2nya bahagia. mesti emak harith happy kan.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. ZassThursday, June 2, 2011 at 8:39:00 PM GMT+8

    masya-allah! subhanallah! semuanya serba perfect! hampir menangis aku dibuatnya.. terharu sgt2... im really like this novel... sangat2 membuatkan aku terharu.. sgt2.....

    harap2 muslihat jahat nadia dengan sherry tak kesampaian... mudah2an

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. Mahxiauwen Thursday, June 2, 2011 at 9:01:00 PM GMT+8

    Alhamdulillah., akhirnya Tengku Harith berubah jugak...

    Hoh benci betUl dgn pengaCau Sherry n Nadia.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. isThursday, June 2, 2011 at 9:02:00 PM GMT+8

    yes2 suke2....

    harap harith memang betul brubah...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. apa YANG ku rasaThursday, June 2, 2011 at 9:18:00 PM GMT+8

    karya yang sempurna..terpegun kala membaca,..tahniah writer:)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. ღAuni_AmauniღThursday, June 2, 2011 at 9:33:00 PM GMT+8

    salam,

    terima kasih semua atas komen2 positif yg diberikan.. :)

    cik writer akan teruskan perjuangan..teruskan menyokong ya? :P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousThursday, June 2, 2011 at 9:36:00 PM GMT+8

    best gilaaaa..next entry pliss!!
    bguih tg.hrith dh b'ubahh..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. syazriniThursday, June 2, 2011 at 10:20:00 PM GMT+8

    gaya penulisan yg amat memikat jiwa i....i likeee la tengku harith dh brubah jugak akhirnya,.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. normala mohd dinThursday, June 2, 2011 at 10:24:00 PM GMT+8

    best2....

    agak2 shery ngan nadia meroyan x...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. nursyaThursday, June 2, 2011 at 11:06:00 PM GMT+8

    hye...
    nk jd baik pn ssh kan...
    huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. ღAuni_AmauniღFriday, June 3, 2011 at 7:44:00 AM GMT+8

    err..thanks tuk smua yg komen..

    tp agak mengecewakan sbb drp beratus visitor satu hari, sikit je dpt komen n3 kali ni..

    hmmm..penatnye taip.. :(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. iniakuyangpunyahatiFriday, June 3, 2011 at 8:15:00 AM GMT+8

    jgn laa ad y mengacau!! rith,, qis,, kuatkan hati!! yeahh hehe i-p

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. AnonymousFriday, June 3, 2011 at 8:22:00 AM GMT+8

    Ya teruskan menulis. Mmg best baca kali ini tak lah sakit hati. Harap Harith berubah terus bkn lakonan.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. aizaFriday, June 3, 2011 at 9:23:00 AM GMT+8

    alolo akak jgn la majok,saya mmg peminat setia novel hanya milikmu ni.cuma saya ni silent reader selama ni..hehe overall novel ni sangat best la akak..mmg caya laa..thumbs up utk akak.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. ct safuraFriday, June 3, 2011 at 10:10:00 AM GMT+8

    best la k.onee nvel ni..cpt2 smbg tw...nk stdy tok intrview x lh coz nvel ni bes sgt..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. SyaFriday, June 3, 2011 at 10:34:00 AM GMT+8

    kakak!best sangat... alhamdulillah, rith dah berubah....hehe :D
    thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. minFriday, June 3, 2011 at 10:53:00 AM GMT+8

    Harap2 die betul2 berubah....
    jgn cite ni nak tambah konflik after this...abisla...
    kot2 la die berlakon ke kn....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. MisS_SyaFriday, June 3, 2011 at 11:23:00 AM GMT+8

    sis,this is what people called a MASTERPIECE!mmg sgt mind blowing..!kalau bukukan nie,mmg bakal ungguli carta popular.smua ckup dalam novel ni.nilai keagamaan jugak dikaitkan n sgt berkesan dihati sya yang membaca!mmg mind blowing and too perfect! THUMBS UP! :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. AnonymousFriday, June 3, 2011 at 1:42:00 PM GMT+8

    best,i want next~~~~~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. akmal fatinFriday, June 3, 2011 at 7:58:00 PM GMT+8

    this is what i want.. hahaha lain dr yang lain... tapi betul ker si harith dah betoi2 berubah.. emmmmmmmm x sbr~~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. AnonymousSaturday, June 4, 2011 at 8:14:00 AM GMT+8

    i wan more pelisss..best sesgt..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. AnonymousSaturday, June 4, 2011 at 11:40:00 AM GMT+8

    bez btl cite nie..

    i like..

    go on for the next n3..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. AnonymousSaturday, June 4, 2011 at 7:34:00 PM GMT+8

    best..nak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  28. ShadSaturday, June 4, 2011 at 10:39:00 PM GMT+8

    ~so sweet~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  29. syaniaSunday, June 5, 2011 at 12:12:00 AM GMT+8

    seriously sgt best.... alhamdulillah harith dah berubah, hhihihihihi...tpi betul ker? harap2 betullah kan?? bila nak sambung citer ni? anyway tahniah kat penulis coz jln citer ni amat menarik minat sy untk trus singgah kat blog ni... hope lepas ni penulis lebih success k? chaiyok2!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  30. farah_2002Monday, June 6, 2011 at 4:15:00 PM GMT+8

    bez!!!! nak smbgannyer....harap2 harith 2 mmg syg kat istri dier 2....hehe.....x sabar nak tau smbgnnyer....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  31. Nurul QisDhiraTuesday, June 7, 2011 at 3:19:00 PM GMT+8

    wow ! seriously this story are so great..congrats kak auni...
    sambung lg... x sabar nak baca sambungannya... ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  32. AnonymousFriday, June 10, 2011 at 12:58:00 AM GMT+8

    terbaekk!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  33. AnonymousTuesday, July 5, 2011 at 9:40:00 PM GMT+8

    terharunya baca..thniah cik writer..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  34. AnonymousThursday, October 13, 2011 at 11:04:00 PM GMT+8

    serious antara the best cite yang pernah baca,penuh suspen,tak stereotype
    sangat indah bila cinta itu benar2 dikaitkan dengan pemberi cinta itu sendiri iaitu Allah swt
    terasa ada ruh yang menghidupkan jiwa,bukan penolak nafsu semta
    tahniah penulis kerana menyelitkan hakikat cinta yang hakiki ini di antara nafsu yang membara
    moga Allah kurnia ikhlas sentiasa ^_^
    teruskan penulisan yang mampu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  35. AnonymousWednesday, December 21, 2011 at 4:29:00 PM GMT+8

    thank you

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu