-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Thursday, July 7, 2011

Hanya Milikmu 18 [TEASER]


“Okey, sayang tunggu sini sekejap. Abang ada sesuatu yang abang nak buat. Jangan pergi kemana-mana tau? Tunggu sini..” getus Tengku Harith dengan suara cukup bersahaja. Berlari-lari Tengku Harith menuju ke tepi pentas utama tadi. Balqis sudah pelik melihat gelagat suaminya dari kejauhan.

Tanpa diduga oleh Balqis, Tengku Harith kini mendaki anak tangga pentas berkenaan lalu memegang mikrofon. Setelah bercakap-cakap dengan semua pemuzik di belakang tabir, Tengku Harith mula berdehem sambil memegang mikrofon dengan erat.

“Assalamualaikum semua. Salam sejahtera saya ucapkan. Sorrylah saya menganggu sikit ni. Tapi tak tahulah kenapa idea gila ni tiba-tiba hadir dalam minda saya tadi. Saya sebenarnya tak rancang pun semua ni. Tapi demi untuk isteri saya, saya sanggup dah merayu-rayu kat abang-abang organizer kat belakang sana tu..thanks a lot, you guys! Sorry saya curi sikit masa ni untuk tujukan sebuah lagu istimewa kepada isteri saya yang amat saya cintai, Nur Balqis Maisara. Abang cintakan Qis teramat cinta. Abang sayangkan anak kita yang sedang Qis kandungkan tu teramat sayang! Terimalah lagu ni, sayang..” ucap Tengku Harith sambil tersenyum mesra kepada Balqis yang masih memerhati dari kejauhan. Serentak itu, semua penonton terus bersorak. Balqis sudah terharu mendengar. Dia menahan air mata dari jatuh. Betapa dia berbahagia.

Lagu pun bermula. Tengku Harith menyanyikan sebuah lagu dendangan kumpulan Vagetoz yang terbaru iaitu ‘Betapa Aku Mencintaimu’ sambil menuruni pentas, berjalan perlahan-lahan ke arah Balqis. Habis bersorak sakan orang-orang yang berada di sekeliling. Bagaikan sedang menyaksikan sebuah konsert memandangkan suara Tengku Harith yang boleh tahan juga kemerduannya. Semua hadirin sudah berasa kagum dengan Tengku Harith ketika itu. Yang perempuan pula sudah cair melihat rupa paras kacak Tengku Harith serta suaranya yang gemersik mengalunkan lagu cinta tersebut.

( Rujuk lagu latar )

Betapa aku mencintaimu

Dengan sepenuh hatiku

Betapa aku menyayangimu

Lebih dari yang kau tahu

Inginku bahagiakan dirimu

Setiap saat bersamaku

Seperti janjiku kepadamu

Takkan pernah ku ingkari

Aku kan slalu ada di dekatmu

Aku kan slalu menemani harimu

Kau harus tau betapa aku

Mencintaimu…

Betapa aku mencintaimu

With everything inside of me…

Akhir lagu tersebut, langkah Tengku Harith berhenti betul-betul di hadapan Balqis. Dia terus memegang tangan isterinya yang sudah mulai teresak kerana begitu terharu. Air mata sudah mulai mengalir ke pipi mulus wanita itu. Tengku Harith mengalihkan mikrofon lalu menyeka air mata isterinya yang tidak henti-henti mengalir laju.

“Abang cintakan Qis. Abang janji, abang akan bahagiakan Qis selama-lamanya. Di syurga pun abang harapkan Qis yang temani abang. Biarlah kita berbahagia juga di sana, sayang..” begitu syahdu sekali kata-kata Tengku Harith berbisik di telinga isterinya, membuatkan Balqis terus mengalirkan air mata. Dia begitu terharu.

Tengku Harith kembali merapatkan mikrofon ke bibirnya. Dia berdehem-dehem seketika sambil menyeka lagi air mata Balqis. Dia tersengih suka serta berpuas hati. Hatinya senang melihat kebahagiaan yang terpancar dari wajah isteri kesayangannya itu. Betapa dia menyayangi wanita itu sekarang sampailah bila-bila pun dia akan menyayangi serta mencintai Balqis. Di syurga pun dia mahukan Balqis yang menemaninya. Tiada wanita lain lagi yang boleh gantikan Balqis, nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan dalam kehidupannya. Isteri solehah.

“Ehem! Buat semua hadirin kat sini, inilah dia isteri saya. Nur Balqis Maisara, nama yang seindah tuan tubuhnya. Saya sangat sayangkan dia, cintakan dia sepenuh hati saya! Dan tak lupa jugak ucapan ‘abi sayangkan anak abi ni sangat-sangat’ untuk anak pertama kami yang bakal lahir sebulan lagi. Doktor cakap due date dalam bulan depan. Doakan kami ya? So, terima kasih sekali lagi untuk semua yang berada di sini. Abang-abang organizer semua, thanks a lot! Assalamualaikum..” Tengku Harith terus memaut bahu Balqis sambil memandang tepat ke wajah wanita itu yang mulai kemerahan kerana segan diperhatikan oleh ramai orang.

“Thanks, abang. Qis bahagia..” ucap Balqis separuh berbisik sambil mengukir senyum indah yang memuaskan lagi hati Tengku Harith.

Namun tanpa mereka berdua sedari, ada seorang gadis yang begitu sakit hati menyaksikan semua itu. Hatinya bagai ditusuk-tusuk oleh sembilu mendengarkan bait-bait ayat serta lagu yang ditujukan khas oleh Tengku Harith kepada Balqis. Kebetulan tadi, dia datang membeli-belah di situ. Manalah dia jangkakan akan ternampak dan terdengar Tengku Harith yang sedang menyanyikan sebuah lagu. Rupa-rupanya lagu itu adalah untuk Balqis!

Sherry mendengus kasar sambil menyumpah-nyumpah Balqis seorang dirinya. Dadanya sudah kelihatan bergelora menahan rasa tidak puas hati yang kini semakin sesak dan menghimpit jiwanya. Aku takkan lepaskan kau lagi kali ni, betina! Anak kau pun jangan harap dapat tengok dunia ni..dasar muka tak tahu malu! Gumam Sherry kegeraman lalu mengangkat kaki dari situ.



p/s : konflik bakal bermula lagi~~ :'(
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 7/07/2011 01:43:00 PM
Labels: Hanya Milikmu

35 comments:

  1. siti izaidahThursday, July 7, 2011 at 2:04:00 PM GMT+8

    waaaaaa...swet gle..bes n3 kali ni..like hbs..hehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. AnonymousThursday, July 7, 2011 at 2:07:00 PM GMT+8

    ya Tuhan! jgn la anak Qis & Harith diapa2kan.. huhu.. tAkuT!!.. ;(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Noor AffiqahThursday, July 7, 2011 at 2:37:00 PM GMT+8

    sweet glerrrr!!!!!hahahaha...
    suspen je coz konflik bru nk mule...
    cpt la update next n3...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousThursday, July 7, 2011 at 4:15:00 PM GMT+8

    mmg sweet la...romantik tul...cpt2 smbg...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousThursday, July 7, 2011 at 4:50:00 PM GMT+8

    smoga kebhgiaan kekal milik mrka...=)
    -ana-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. AnonymousThursday, July 7, 2011 at 5:20:00 PM GMT+8

    jgn la konflik byk2...sian dieorg baru nak bahagia...:(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. MisS_SyaThursday, July 7, 2011 at 6:04:00 PM GMT+8

    best la..sweet sgt2 harith..bestnyee..jgn bg konflik byk2 tau.. :(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnonymousThursday, July 7, 2011 at 6:05:00 PM GMT+8

    mmg bezz!tahniah utk penulis!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. AnonymousThursday, July 7, 2011 at 6:40:00 PM GMT+8

    owh tidaaaakk....... dont do that sherry! kembalilah pada allah. hanya dia maha pengampun. bertaubatlah anda sebelum terlambat. bantu lah dirimu utk mengawal ketidakpuashati itu. helpp

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. Nurul QisDhiraThursday, July 7, 2011 at 8:41:00 PM GMT+8

    tengku harith so sweet.. ;)
    hhmm.. mst sherry tu ad rancangan jahat lpas ni... tiiiddaaakkk !!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousThursday, July 7, 2011 at 9:08:00 PM GMT+8

    wah....best la tengku harith ni...:)
    tp x suka la dgn sherry ni.kacau sj le...
    jgn la dia apa2 kan Balqis...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. nour ^___^Thursday, July 7, 2011 at 10:35:00 PM GMT+8

    menyibuk je sherry tu .. ishhh !

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. YongThursday, July 7, 2011 at 11:18:00 PM GMT+8

    sweet lah..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. nursyaFriday, July 8, 2011 at 12:13:00 AM GMT+8

    ala...
    xmo la nti sedey2 lak...
    huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. nadiah_abdllahFriday, July 8, 2011 at 12:24:00 AM GMT+8

    mau lagi.. mau lagi...
    >.<
    jangan buat Qia gugur ye.. or anak dia mati ke.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. dila dynaFriday, July 8, 2011 at 10:46:00 AM GMT+8

    takotttt....x nak la ape2 jd kat jorang

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. haniFriday, July 8, 2011 at 12:32:00 PM GMT+8

    Tuhan lindungi lah qia dan baby...harith lindungi lah isteri & anak dari bahaya ye.. tak mau banyak sedih2...hati tak tahan lah....nak lagi....makin best...!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. Noor AffiqahFriday, July 8, 2011 at 8:46:00 PM GMT+8

    Sis,kalo x silap,u ade post part 18 kn...I mean bkn part 18 yg nie,part 18 aftr this part...mne nye???Y I can't read that part???

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. SyaFriday, July 8, 2011 at 9:34:00 PM GMT+8

    sweetnye..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. ღAuni_AmauniღSaturday, July 9, 2011 at 2:51:00 AM GMT+8

    thanks utk semua yg komen.. :)

    affifah : sorry terpaksa delete sbb ada org ckp xlogik plak jln cite..tgh olah semula dgn teliti-setelitinya.. :)

    to all : xtau bila dpt post bab 18 ni..erm sorry ya..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. syazriniSaturday, July 9, 2011 at 10:38:00 AM GMT+8

    wouwww best sweet giler!!!!sis jgn bagi konflik trok2 yer..hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. AnonymousMonday, July 11, 2011 at 1:03:00 PM GMT+8

    best nye lau bley nk nk auni update hari2..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. shakirahSaturday, July 16, 2011 at 10:46:00 AM GMT+8

    wahaha....silonok lah..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. Husna MohamadSaturday, July 16, 2011 at 12:33:00 PM GMT+8

    so romantic!
    bes...
    tapy,
    takut dng ape yg Sherry katekan tuh!
    harap2 rancangan nye gagal!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. syifashahrulSaturday, August 27, 2011 at 8:30:00 AM GMT+8

    takutnyer ngan sherry uh...seram!!~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. AnonymousTuesday, August 30, 2011 at 11:29:00 AM GMT+8

    wah cepatla sambung best cite nie he....he....he... x sbar tggu n3 baru
    dah lm la tnggu nak tau selanjutnye.......

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. yun_2708Thursday, September 1, 2011 at 1:23:00 AM GMT+8

    jgn la shery wat mcm2...writer,papepun,selamatkn bby ea???

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  28. 0nion_ringWednesday, September 14, 2011 at 12:10:00 AM GMT+8

    best sgt...harap mereka bahagia..
    like..like...like...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  29. Hanim69Friday, September 16, 2011 at 10:34:00 AM GMT+8

    sweeeeeeeetnyee...
    alahai bertuahnya Balqis dpt suami yg mampu mnyanyikan uk dia... hihi....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  30. ღAuni_AmauniღFriday, September 16, 2011 at 11:15:00 AM GMT+8

    terima kasih semua yg sudi komen dan terus menyokong saya!

    terima kasih sesgt! *terharu* :'(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  31. AnonymousSunday, September 18, 2011 at 3:14:00 PM GMT+8

    bestt! keep up da gud work! ^^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  32. EddySophieaMonday, September 19, 2011 at 10:33:00 AM GMT+8

    auni.. bile nak sambung yg 18 nie.. xsaba sgt nak bace... pls make the bby save.. sian sgt kt balqis if she have to loss the bby too... n wat la nadia ngan sherry insaf jgn jhat sgt... geram gile ngan dorg dua extreme sgt...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  33. nynaSaturday, October 29, 2011 at 1:07:00 AM GMT+8

    aduhh,romantik abis lhh . hmm,nt watlek .

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  34. 6janamThursday, April 19, 2012 at 10:58:00 AM GMT+8

    salam..1st nk ucp trma ksih utk auni sbb sudi mghsilkan karya yg sggh mnrik...dan maaf nie komen yg 1 dr sy dan mgkn agk pnjg...:D
    tahniah utk karya2 yg boleh mmbuatkan sy brmnt mmbaca kesemua skali novel dlm blog nie(x smua blog sy mnt utk baca semua karya yg ad dlm 2)...mmg karya auni mmpnyai kelainan da tarikan utk pmbaca trs mmbaca...sy kagum auni boleh mnctuskan idea utk genre yg berbeza utk stiap novel..boleh sy katakan auni akan setanding dgn pnlis NB,SAS or yg lain pd masa akn datg...trskan brkarya..n gud luck..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AnonymousSunday, April 22, 2012 at 3:22:00 AM GMT+8

      Saya sgt2 lah setuju dgn pendpt 6janam ni.
      -jaja-

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu