-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Sunday, September 25, 2011

Mampu Mencintaimu 2


SARAH Humaira masih tersedu-sedu ketika itu. Dia sudah penat menangis. Perutnya juga sudah sangat lapar kerana sepanjang hari tidak menjamah apa-apa pun makanan akibat berkurung. Dia ingin mogok lapar walaupun dia tahu dia takkan tahan berlapar. Makan adalah hobinya selama ini. Dia takkan tahan jika berlapar begini namun dia perlu nekad! Ayah dan ibu mesti benarkan dia sambung belajar dan takkan memaksanya berkahwin dengan entah siapa-siapa! Kepala Sarah Humaira terangguk-angguk kini. Air mata yang baru jatuh diseka perlahan dalam sedu-sedan yang masih bersisa.

Berjam-jam telah berlalu. Jam dikerling sepintas lalu. Sudah pukul 11 malam dan dia tidak menyentuh apa-apa pun makanan sejak pagi tadi. Ayah dan ibunya ada juga memanggilnya keluar makan, tapi tidak merayu-rayu pun menyuruh dia keluar makan. Itu yang membuatkan Sarah Humaira terus berkurung. Perutnya sudah berlagu pilu, merayu-rayu minta diisi. Sarah Humaira mengusap perutnya sambil menelan liur membayangkan dirinya yang sedang makan. Ah, sedapnya masakan ibu! Air liurnya ditelan lagi sekaligus.

Dia keluar dengan berhati-hati. Kepalanya tertoleh-toleh kiri dan kanan tanda ingin memastikan bahawa kawasan dapur itu selamat serta tiada orang. Sarah Humaira faham benar dengan rutin ayah dan ibunya yang selalu tidur awal menjelang pukul 11 malam. Dan kini Sarah Humaira sangat yakin bahawa ayah dan ibunya tentu sudah pun masuk tidur berdasarkan keadaan rumah yang sudah gelap.

“Okay! Everything is under control! Clear!” tersengih-sengih Sarah Humaira ketika itu sambil langkahnya dihayun perlahan penuh berhati-hati. Tudung saji pantas diselak. Wow! Masak Lemak Cili Padi Tempoyak dengan Ayam Pedas Melaka! All are my favorite food! Oh, my God! Aku nak! Sarah Humaira sempat memuja-muja masakan kegemarannya yang dimasak oleh Mak Esah.

Sedang Sarah Humaira sibuk menyendukkan nasi dan lauk ke dalam pinggan, bahunya terasa disentuh lembut oleh seseorang. Alangkah terkejutnya Sarah Humaira ketika itu. Siapa agaknya? Hantu? Ayah dan ibu kan sudah tidur! Siapa lagi yang ada tengah-tengah malam macam ni? Dia menoleh dengan peluh yang sudah memercik ke dahinya. Badannya menggigil kerana ketakutan.

“Kak Sarah! Syima ni..” tegur Syima yang kini sudah melabuhkan punggung di sebelah Sarah Humaira. Sejak bila pulak budak ni ada di rumah aku ni?! Soal Sarah Humaira di dalam hati.

Wajah adik sepupunya dipandang dengan pandangan pelik. Memang pelik sungguh. Apa yang anak gadis bapa saudaranya pak cik Ismail itu buat di sini agaknya? Dan pada waktu ini? Memanglah si Syima ni selalu juga datang. Tapi dia tak pernah tidur di rumah ini. Itu yang membuatkan Sarah Humaira berasa pelik serta terkejut. Takkanlah… Hantu yang menyerupai Syima? Ah! Tak, tak, takkkk!! Sarah Humaira sudah berfikiran yang bukan-bukan pula. Memang dia penakut dengan hantu.

“Eh, Syima! Macam mana boleh ada kat sini ni?” soal Sarah Humaira pelik. Wajahnya sudah pucat. Bimbang telahannya adalah benar. Suaranya diperlahankan kerana bimbang mengejutkan ibu dan ayahnya.

“Manalah Kak Sarah tu nak perasan! Sejak tadi lagi berkurung dalam bilik tu sampai tak nak keluar.. Syima baru datang masa petang tadi dah nak malam. Pak long Deris dengan mak long Esah cakap, jangan ganggu akak buat masa tu. Tu yang Syima tak ada ketuk bilik akak tadi..” terang Syima. Sarah Humaira menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan. Dia berasa sungguh lega mendengar penjelasan Syima itu.

“Tapi, Syima tidur sini ke malam ni?” soal Sarah Humaira meminta kepastian. Dia masih kurang percaya gadis itu kini berada di sini pada tengah-tengah malam dan mungkin bermalam di rumahnya.

“Kenapa? Tak boleh ke Syima tidur sini? Lagipun tadi Syima datang kejap aje.. Elok dah nak balik pun tadi tapi mak long Esah tak benarkan. Dia suruh Syima pujuk akak! Merayu-rayu mak long Esah tadi. Suruh Syima pujuk akak supaya setuju kahwin!” balas Syima dengan wajah selamba.

Sarah Humaira yang mendengar penjelasan tersebut terus kematian kata-kata. Dia bagaikan tidak percaya yang ibu dan ayahnya memang benar-benar serius mahu mengahwinkan dia. Itu pun dengan lelaki yang dia langsung tidak kenali? Bagaimana kalau nanti lelaki itu bukanlah pasangan terbaik seperti yang didakwa oleh kedua ibu dan ayahnya? Sarah Humaira masih teringat bagaimana lancarnya Mak Esah dan Pak Deris bercerita tentang pilihan mereka yang semestinya terbaik untuk Sarah Humaira.

“Tak payah cuba pun, Syima. Jawapan akak tetap sama jugak. Tak nak! Tak mahu.. Faham?” sahut Sarah Humaira sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya. Kemudian dia menambah pula kuah masak lemak ke dalam pinggannya.

Selamba benar dia, padahal di dalam hatinya sudah tidak menentu. Serasa ingin sahaja dia mengalirkan semula air mata sekarang ini juga. Hatinya kepedihan, jiwanya memberontak kesakitan. Dia masih ingin mengejar cita-citanya sebagai seorang Arkitek. Masih banyak yang dia perlu pelajari untuk itu. Mengapa agaknya ayah dan ibunya tidak mahu memahami semua ini?

“Akak ni.. Pak long dan mak long kan fikirkan demi kebaikan akak jugak.. Lagipun, akak kan anak bongsu dia orang. Sebab tulah dia orang beria-ia nikahkan akak..” pujuk Syima lagi.

“Tapi akak masih muda! Dan dia orang nak kahwinkan akak dengan seseorang yang langsung akak tak kenal!” bidas Sarah Humaira. Dia menyuap lagi makanan lalu mengunyahnya dengan rakus. Dia geram dan sakit hati. Dan kini dia sedang melepaskan geramnya dengan mengunyah nasi begitu.

“Muda apa lagi dah 24 tahun pun umur akak. Sepatutnya dah boleh kahwin kan? Ramai dah kawan-kawan akak yang sebaya dengan akak dah kahwin.. Hmm.. Kalau akak sendiri yang menolak untuk berkenalan dengan bakal suami akak tu, macam mana nak kenal?” bernas sungguh kata-kata Syima. Sarah Humaira semakin tekanan mendengar.

“Takkanlah dekat nak kahwin baru nak berkenalan? Semua ni kerja gila! Akak masih nak belajarlah. Akak tak minat nak jadi seorang isteri lagi.. Cita-cita akak masih jauh.. Kenalah kejar!” Sarah Humaira memberikan alasan lagi.

“Cukuplah sekadar kenal siapa nama dia dan sedikit latar belakang dia.. Kalau nak lebih tahu, kahwinlah. Berkenalan dan bercinta lepas kahwin lebih elok, kak!” usik Syima sambil tertawa kecil. Sarah Humaira mendongkol geram. Boleh pulak adik sepupunya ini buat lawak di tengah-tengah malam buta macam ni?! Bercinta lepas kahwin? Ahh, dan dengan lelaki yang langsung aku tak kenal? It’s a NO! Sempat Sarah Humaira berkata-kata di dalam hatinya.

“No! Never!”

“Jangan tak mahu sangat, kak! Nanti susah pulak hati mak long dan pak long tu. Fikirlah baik-baik, akak.. Takkan akak sanggup hancurkan hati dia orang demi kerana pelajaran akak tu? Ibu dan ayah kita ni cuma seorang aje dalam dunia ni. Hanya satu dan tak ada pengganti. Kalau akak nak sangat belajar dan kejar cita-cita tu, akak boleh teruskan jugak lepas kahwin nanti.. Akak boleh belajar berkali-kali.. Banyak peluang! Tapi, ibu ayah ni.. Dia orang hanya satu dalam dunia ni, kak.. Dan kita tak tahu bila masanya Allah nak ambil dia orang dari kita. Fikirlah masak-masak!” kata-kata terakhir Syima itu bagaikan sebuah beban yang terus menghempap jiwa Sarah Humaira. Ternyata gadis itu berjaya membuatkan hatinya serba-salah. Dia penasaran. Antara ibu bapa dan juga cita-citanya. Adik sepupunya itu kelihatan menghilang ke dalam bilik yang telah disediakan untuknya bermalam di situ.

Pandai ibu dan ayahnya memilih orang untuk memujuknya. Syima memang lebih muda darinya dua tahun namun cara pemikirannya sangat matang dan buah fikirannya boleh diguna pakai. Syima memang handal dalam berkata-kata dan memujuk. Agaknya sebab itulah ibu dan ayahnya menyuruh gadis itu bermalam di rumah mereka pada malam ini?



“BAIKLAH, ibu.. Ayah.. Sarah setuju..” Sarah Humaira berkata perlahan dalam perasaan sayu. Kata-kata itu ibarat duri berbisa yang menggores hatinya. Kerana terpaksa, dia bersetuju. Kerana kasih sayangnya pada kedua ibu dan ayahnya, dia akur. Dan dia mengharapkan calon pilihan ayah dan ibunya memang benar yang terbaik buat dirinya.

“Betul ke ni? Alhamdulillah.. Baguslah tu, nak.. Terima kasih!” sahut Pak Deris dengan wajah ceria. Mak Esah juga tersengih sambil mengenyitkan matanya pada Syima yang berada di sebelah Sarah Humaira. Gadis itu hanya tersenyum ceria kerana berjaya membantu pak long dan mak longnya.

“Jom, Syima. Mak long belanja makan. Tapi kat dapur tu aje laa.. Syima nak makan apa? Mak long masakkan! Lepas tu, bagi idea mak long nak masak apa untuk makan tengah hari ni..” Mak Esah terus memaut lengan Syima lalu mereka menghilang ke ceruk dapur meninggalkan Sarah Humaira berduaan dengan Pak Deris. Mak Esah dan Syima berbisik-bisik sesama mereka lalu tertawa kecil. Entah apalah yang mereka bualkan.

“Sarah nak tahu siapa bakal suami Sarah nanti?” soal Pak Deris dalam senyuman yang masih memekar. Sarah Humaira kelihatan tergeleng-geleng lemah.

“Tak apalah, ayah.. Kalau Sarah tahu pun siapa dia tu, Sarah tetap tak kenal dia.. Maksud Sarah, Sarah tetap kena kenali hati budi dia lepas dah kahwin nanti kan? Lagipun, tarikh majlis kan dah dekat. Dan terima kasih sebab tak bincang awal dengan Sarah pasal semua ni..” suara Sarah Humaira kedengaran kecewa, seolah-olah merajuk. Pak Deris mengerutkan dahinya dengan rasa bersalah. Memang salah mereka tidak berbincang dahulu dengan Sarah Humaira.

“Kami bukan apa, Sarah. Kalau kami bincang dengan Sarah awal-awal, mesti Sarah bantah. Nanti susah pulak kami nak uruskan semua ni.. Emm.. Sebab itulah kami dah uruskan awal-awal semuanya pasal perkahwinan Sarah ni tanpa pengetahuan Sarah. Lagipun, Sarah juga maklum pasal kahwin ni ayah dan ibu takkan benarkan Sarah kahwin dengan pilihan Sarah, kan? Ayah harap Sarah faham niat kami.. Kami hanya nak tengok anak-anak kami semua berbahagia. Sebab tulah ayah dan ibu pilih sendiri calon terbaik untuk anak-anak.. Ayah tahu Sarah masih nak belajar.. Tapi umur Sarah dah nak masuk 25 tahun pun. Dah wajib kahwin kalau diikutkan..” jawab Pak Deris dengan berat hati. Kasihan sungguh dia melihat raut murung anak daranya itu.

“Tak apalah, ayah. Nanti cakap aje apa yang Sarah perlu buat. Sarah akan buat semua yang ayah dan ibu nak.. Demi ayah dan ibu Sarah, Sarah sanggup buat apa aje..” balas Sarah Humaira dengan suara yang semakin merendah. Hatinya pedih semasa berkata-kata. Dia ingin lagi merayu namun apabila difikirkan semula kata-kata Syima, dia tidak jadi untuk meneruskan niat serta peluang terakhirnya. Kakinya laju menuju ke bilik lalu pintu terus dikatup rapat.

Pak Deris tergeleng-geleng melihat gelagat anak gadisnya itu. Rasa bersalah kian menebal lalu dia terduduk di kerusi. Dia ingin sangat membantu Sarah Humaira dengan tidak mengahwinkannya, tetapi dia tidak mampu untuk melanggar sebuah janji yang pernah dibuatnya dulu. Sudahnya, dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan satu-satunya anak daranya itu. Dan dia yakin, calon pilihan dia dan isterinya sememangnya yang terbaik buat Sarah Humaira. Anaknya itu pasti bahagia!



SEBULAN berlalu. Kenduri-kendara bersempena perkahwinan Sarah Humaira yang berlangsung di rumah Pak Deris dan Mak Esah kelihatan sungguh meriah sekali. Dan sekejap lagi, majlis akad nikah akan berlangsung di hadapan semua hadirin di rumah itu. Sarah Humaira berdebar-debar menunggu masa dirinya bergelar isteri orang. Isteri kepada seorang lelaki yang langsung dia tidak kenali dan maklum akan namanya.

Walaupun berkali-kali ayahnya cuba memberitahu, dia tidak mahu tahu. Katanya dia malas nak tahu. Di dalam borang kebenaran perkahwinan sebelum ini pun, Sarah Humaira tidak benarkan ayahnya menulis nama bakal suaminya. Bagi Sarah Humaira, biarlah dia berkenalan dengan lelaki itu selepas berkahwin sahaja memandangkan yang dia berkahwin pun bukanlah atas dasar saling mengenali dengan lelaki itu. Jika ayah dan ibunya yang memilih, tentu mereka memilih yang terbaik seperti yang mereka dakwa. Dan dia hanya perlu yakin dengan ibu dan ayahnya itu.

Majlis akad nikah berlangsung dengan lancar. Sarah Humaira tunduk, dia tidak mahu melihat wajah lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Dia tidak sanggup memandang kerana jiwanya kini sudah hancur remuk. Sedih sungguh dia kerana sudah bergelar seorang isteri walaupun sepatutnya dia perlu bergembira kerana melakukan perkara baik. Ada dia mendengar nama lelaki itu namun dia malas ingin mendengar dengan teliti. Ah! Biarlah mengenali lelaki itu selepas berkahwin sahaja! Aku sudah tak ada mood mahu tahu walaupun di saat-saat kemuncak seperti ini. Sarah Humaira menggetap bibirnya yang sudah bergetar. Sehingga lelaki itu datang menghampirinya dan duduk di hadapannya pun, Sarah Humaira masih menundukkan wajah. Air matanya ditahan sejak tadi lagi supaya tidak mengalir keluar. Kolam matanya dijaga supaya tidak pecah berderai.

“Assalamualaikum, sayang.. Abang janji akan jaga sayang seumur hidup abang.. Sampai ke akhirnya.. Berikan cinta dan sayang Sarah untuk abang.. Percaya pada abang yang abang akan jaga Sarah sampai akhir waktu menjemput kita..” ucap suami Sarah Humaira dengan penuh yakin.

Sarah Humaira nampak tangannya yang cuba untuk mendongakkan kepalanya supaya bertentangan mata dengan lelaki itu. Tetapi Sarah Humaira pantas mengeraskan otot-otot di tengkuknya, dia masih tidak mahu menatap seraut wajah itu. Dia takut akan melakukan sesuatu yang tidak terduga pula di hadapan semua hadirin yang masih berada di situ. Sudahnya, suaminya hanya mengucup dahinya lalu menyarungkan sebentuk cincin bertatahkan berlian ke jari manis Sarah Humaira. Selepas itu, lelaki itu terus berlalu.

“Akak! Kenapa buat suami akak macam tu? Sekurang-kurangnya, pandanglah muka dia..” rungut Syima sambil berkerut dahi.

“Malaslah.. Nanti aje.. Lepas majlis dah selesai. Akak tak nak nanti diri tak terkawal..” jawapan Sarah Humaira lebih membuatkan Syima berkerut dahi. Kepalanya sudah tergeleng-geleng. Kerasnya hati kakak sepupunya ini! Sempat Syima membebel di dalam hati.

Sarah Humaira berlalu ke dalam bilik pengantin lalu menguncinya dari dalam. Hatinya berasa sebak sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Mujurlah atas permintaannya, ayah dan ibunya tidak membuat sesi bersanding serta makan bersama suaminya di khemah utama. Alasan yang diberikan tadi ialah dia tiada mood dan sudah berasa sakit kepala. Air matanya menitis satu-persatu namun esakan tetap ditahan, bimbang didengari oleh semua hadirin yang masih berada di rumah itu.

Tiba-tiba kedengaran pintu bilik itu diketuk berkali-kali. Sarah Humaira terbangun dari perbaringannya. Pantas jam dikerling. Sudah pukul 10 malam? Entah sejak bila dia tertidur. Dia duduk di birai katil sambil mengambil seberapa banyak tisu yang boleh. Dia mengelap pantas wajahnya yang sudah comot itu. Jantungnya berdegup seirama dengan ketukan bertalu-talu di pintu biliknya itu.

“Sayang, buka pintu bilik ni.. Abang nak masuk..” kedengaran suara suaminya bergema dari luar bilik. Sarah Humaira bertambah kecut perut. Dia bangun menghampiri pintu lalu bersandar seketika. Ketukan kedengaran gamat lagi. Ayahnya pula yang sedang memanggil. Sarah Humaira terpaksa membuka pintu apabila ibunya pula yang mengetuk pintu tersebut. Tanpa menunggu di pintu berkenaan, Sarah Humaira mencapai tuala mandi lalu disangkut ke bahunya. Dia ingin ke bilik air untuk membersihkan diri.

“Hah! Buka pun. Pergilah masuk.. Sarah dah buka pintu pun tu..” suara Mak Esah kedengaran menjemput suami Sarah Humaira masuk.

Belum pun sempat Sarah Humaira keluar, lengannya segera ditarik oleh suaminya ketika dia berjalan melepasi lelaki itu. Pintu bilik pantas ditutup rapat lalu tubuh Sarah Humaira dibalikkan menentang dirinya. Sarah Humaira masih tidak bersedia untuk melihat wajah suaminya. Dia memandang kakinya sejak tadi lagi. Tidak berminat untuk tahu mengenai lelaki di hadapannya ini. Yang dia tahu, hatinya yang sudah berdebar berdua-duaan begini di dalam bilik itu.

“Maaf, saya nak mandi dulu..” Sarah Humaira berkata lemah. Dia cuba melonggarkan pegangan suaminya di bahunya itu. Namun lelaki itu menguatkan pautan.

“Pandang muka abang.. Dari tadi Sarah tak nak pun pandang muka abang. Kenapa, Sarah? Abang ni kan dah jadi suami Sarah.. Sarah kan setuju jugak jadi isteri abang..” pujuk lelaki itu sambil cuba menarik Sarah Humaira ke dalam pelukannya. Tetapi pantas sahaja Sarah Humaira mengelak. Dia menjarakkan diri dari suaminya ketika itu. Dan kepalanya juga masih menunduk.

“Maaf, untuk pengetahuan awak.. Saya tak kenal pun awak dan saya sebenarnya terpaksa kahwin dengan awak.. Hmm.. So, we have nothing between us!”

“No! We have something! Kita ada ikatan.. Ikatan yang dinamakan perkahwinan..” jelas lelaki itu lagi.

“Tak! Saya rasa awak dah salah faham! Apa yang saya rancangkan adalah, saya nak bercerai lepas dah kahwin beberapa bulan! Awak tahu kan saya masih nak pergi sambung belajar! Tapi, sebab kena kahwin dengan awaklah saya kena lupakan pelajaran saya..” Sarah Humaira terus merintih. Air matanya tumpah lagi lalu tubuhnya segera diraih ke dalam pelukan suaminya itu. Dia meronta-ronta namun tidak berhasil melepaskan diri kerana pelukan itu terlalu erat.

“Shh.. Pandang muka abang sekarang.. I’m sorry..” wajah Sarah Humaira didongakkan. Mata mereka kini bertentangan dan Sarah Humaira kini sudah membuntangkan matanya melihat lelaki yang sedang memeluknya itu.

“Kau?! Apa kau buat dalam bilik aku ni?!” jerit Sarah Humaira tiba-tiba lalu mulutnya segera ditekup. Bimbang didengari oleh ibu dan ayahnya.

“Abang kan suami Sarah..”

“Tapi?!” Sarah Humaira tidak berpuas hati melihat lelaki bergigi jongang tersebut. Lelaki itulah yang paling dibencinya. Lelaki itulah yang selalu mengganggunya setiap hari. Lelaki itukah yang ibu dan ayahnya pilih terbaik untuknya? Tak mungkin! Dia nampak selekeh, macam tidak terurus! Diri sendiri pun tak terurus, inikan pula nak jadi suami orang?! Hati Sarah Humaira mulai memberontak.

“Abang dah pun jadi suami sayang..” panggil lelaki itu lagi.

“Siapa sayang kau?! Jangan panggil aku macam tulah! Aku geli kau tau tak?! Aku geli!”

“Sayang, janganlah macam ni. Mulai sekarang, abang akan jaga Sarah sampailah kita tua.. Sampai ke hujung nyawa kita, sayang..” pujuk lelaki itu lagi. Sarah Humaira sudah berasa sesak nafas. Dadanya kelihatan berombak kencang, jiwanya sudah tidak menentu. Serasa ingin sahaja dia berlari pecut dari situ. Hidup bersama lelaki paling dibencinya ini? Tidak!

“Ceraikan aku! Ceraikan aku sekarang jugak!” pinta Sarah Humaira. Dia sudah berasa cemas. Mana mungkin dia telah selamat bergelar isteri lelaki ini? Rasa tidak percaya masih menebal. Dia ingin berlari keluar dari biliknya dan memberitahu ibunya bahawa lelaki itulah yang selalu mengganggunya selama ini. Namun lengannya segera dikunci kemas oleh suaminya.

“Abang takkan ceraikan Sarah! Walau apa pun yang terjadi!”

“Tapi, kau tu mana layak jadi suami aku! Kau tu dahlah jongang, muka pun macam tak terurus! Aku tak ingin bersuamikan lelaki macam kau ni! Aku benci!”

“Tapi, abang boleh jaga Sarah. Abang yakin!”

“No! Never! You will divorce me! Now!” pinta Sarah Humaira dengan nafas yang tertahan-tahan. Dia benci sungguh melihat wajah itu.

“Abang takkan ceraikan Sarah! Muktamad! Sarah boleh mintak perkara lain, abang boleh buat! Tapi, jangan cerai aje!” balas suaminya pantas. Sarah Humaira sudah tekanan mendengarnya. Namun tiba-tiba sahaja sesuatu terlintas dalam mindanya.

“Okey, kalau tak nak ceraikan aku, tak apa! Tapi, kau kena benarkan aku sambung pelajaran aku.. Di luar negara.. Dan, kau tak boleh ikut aku sampai ke sana! Kalau aku tahu kau ikut aku, aku akan lari lagi jauh dari kau! Lepas tu, hari-hari aku akan minta cerai dari kau!” cadang Sarah Humaira dengan penuh perasaan. Dia mengharapkan lelaki itu akan bersetuju.

Suaminya kelihatan berkerut dahi, berfikir dengan sangat ligat sekali. Sekejap lelaki itu akan duduk di birai katil, sekejap pula berdiri. Dia runsing memikirkan permintaan isterinya itu. Mana mungkin suami isteri hidup berasingan selama bertahun-tahun? Namun dia terpaksa akur. Hati Sarah Humaira bukanlah senang untuk dimenangi. Dia tahu hati gadis itu sungguh keras. Tiada lagi lelaki yang berjaya mencuri hati Sarah Humaira selama dia mengenali gadis itu. Ramai lelaki yang cuba memikat namun semuanya lari berterabur apabila gadis itu membuka langkah silatnya. Hanya dia seorang yang bertahan selepas kerap dipukul oleh gadis itu.

Dan dia sungguh gembira apabila pinangannya diterima baik oleh keluarga Sarah Humaira dan paling menggembirakan ialah gadis itu pun sudi bernikah dengannya. Sangkanya, dia boleh mencuri hati gadis itu selepas kahwin. Tetapi rupanya susah juga kerana dia terpaksa melepaskan isterinya itu pergi belajar jauh di perantauan sana.

Sarah Humaira terjerit keriangan apabila suaminya mengangguk tanda bersetuju.

“Tapi, boleh tak abang pergi melawat Sarah sekali-sekala?” soal suaminya tiba-tiba. Sarah Humaira terdiam seketika.

“Kalau kau berani datang melawat, aku paksa kau ceraikan aku on the spot. Dan aku akan pukul kau lagi macam selalu! Kau suka macam tu ke?” ugutan Sarah Humaira membuatkan hati lelaki bergelar suaminya itu bersedih. Apa gunanya berkahwin kalau terpaksa berpisah begini?

“Bila Sarah kena daftar?” soal lelaki itu lagi.

“Minggu depan sepatutnya. Tapi, dua tiga hari ni aku dah kena bertolak. Banyak persiapan lagi. Terima kasih kerana benarkan aku pergi belajar..” jawab Sarah Humaira dalam perasaan berbaur. Rasa bersalah juga kerana buat suami sendiri begitu namun dia tidak boleh bertolak ansur lagi dengan lelaki itu. Lelaki yang selama ini dibencinya!

Lelaki itu kelihatan terangguk-angguk kecil. Wajah kecewanya terpampang lalu tubuhnya segera dibaringkan ke atas katil, cuba untuk melelapkan matanya.

“Weh, kau agak-agaklah. Takkan nak bagi aku tidur kat bawah kot?” kata Sarah Humaira tiba-tiba. Lelaki itu terbangun buat seketika sambil menggosok kepalanya. Fahamlah dia bahawa gadis itu tidak ingin tidur sekatil dengannya. Ibarat jatuh ditimpa tangga, hatinya sudah remuk. Dengan perasaan kecewa yang teramat sangat, dia terus turun dari katil tersebut. Dia mengambil bantal dua biji lalu tubuhnya dibaringkan ke atas permaidani berdekatan katil.

“Bagus.. Aku pergi mandi dulu..” kata Sarah Humaira terus berlalu keluar ke bilik air.

Lelaki itu cuba melelapkan matanya namun cukup payah. Dirinya belum lagi terpisah dari isterinya itu tetapi kesakitannya sudah terasa menyucuk-nyucuk tangkai hatinya. Sebak sudah mencengkam jiwanya namun dia cuba bertahan. Mungkin semua ini ada hikmah yang tersembunyi. Ya Allah, kekalkanlah jodoh kami berdua sehingga ke akhirnya..




p/s : harap memuaskan hati...sebarang kekeliruan, boleh komen kat bawah.. sbb saya rasa mcm xpuas hati je dgn n3 ni...hehe :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 9/25/2011 08:08:00 AM
Labels: Mampu Mencintaimu

18 comments:

  1. aima mandaSunday, September 25, 2011 at 10:51:00 AM GMT+8

    sedihhnya...napa la sarah wat suami dia mcm tu...harap dia jtuh cinta jga ngan suami dia tu...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. ღAuni_AmauniღSunday, September 25, 2011 at 11:04:00 AM GMT+8

    sbb dia benci lelaki tu..tu yg terbawa2..da lama tu dia benci lelaki tu sbb suka sangat ganggu dia.. huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. cikpahSunday, September 25, 2011 at 1:42:00 PM GMT+8

    best2... next pliisss... hahahah... sara tu kejam gila..kesian kat suami dia..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. syazriniSunday, September 25, 2011 at 2:48:00 PM GMT+8

    best sis!nak lagi.. =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. blinkallthedaySunday, September 25, 2011 at 3:01:00 PM GMT+8

    hope bile sarah p studi nti lama die x jmp laki die,jongang laki die dah xde..mane la taw kut2 laki die dah x jongang time tu sb ubah penampilan diri ke..sarah ni,xbaik wat hubby die mcm tu..even jongang,x encem sekalipun jgn la layan macam tu..sarah sarah..jgn nyesal sudah nti..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. Fahimah MahayuddinSunday, September 25, 2011 at 3:35:00 PM GMT+8

    Sarah ni! kesian husband dia tau. Jongangpun tapi hati dia baik. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. MisS_SyaSunday, September 25, 2011 at 4:21:00 PM GMT+8

    whoaahhhh! novel baru sis? congratz! cepat btoi sis dapat idea utk novel baru! gudluck sis! semua karya sis best sgt2.. :)
    i am your no 1 reader all the times.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnonymousSunday, September 25, 2011 at 6:16:00 PM GMT+8

    seriously the best. wat lagi bnyak2 en3.

    he he heee!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. evySunday, September 25, 2011 at 7:01:00 PM GMT+8

    x sbr nak bc n3 seterusnya.....kesian suami sarah..knp sarah keras hati sgt...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AnonymousSunday, September 25, 2011 at 10:21:00 PM GMT+8

    bestt..smbg lagi ye :-)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousSunday, September 25, 2011 at 10:33:00 PM GMT+8

    wah bez r =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. asmahMonday, September 26, 2011 at 12:33:00 AM GMT+8

    nice start....tak sabar nak baca lagi

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. Nurul QisDhiraMonday, September 26, 2011 at 10:14:00 PM GMT+8

    bagus btol husband sarah tu..
    seorang yg penyabar...
    saya yakin mst setelah bbrapa thn, penampilan lelaki tu akn berubah... hope so !
    biar sarah tu ternganga.. hehehehe..
    suka citer ni.. keep it up kak !
    waiting for the next entry...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. Tie TinieWednesday, October 12, 2011 at 12:15:00 PM GMT+8

    sungguh durhaka sarah... hope husband dia dapat bersabar.. eh sapa nama husband dia???

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. N A T A S Y A ツWednesday, November 2, 2011 at 12:22:00 AM GMT+8

    ala, lelaki jonggang ? :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. QasehSuciSaturday, November 5, 2011 at 1:06:00 PM GMT+8

    allah maha besar...apa yg dirancang olehnya mmg terbaik utk kita...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. AnonymousSunday, November 20, 2011 at 6:51:00 AM GMT+8

    sedihnye.....harap husband die mampu bersabar...a

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. AnonymousFriday, December 9, 2011 at 11:16:00 AM GMT+8

    ala , hero gigi jongang ke ?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu