-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Sunday, January 29, 2012

Kurelakan Kasihmu 1, 2




ARISSA terpempan seketika. Dia memandang skrin telefon bimbitnya berkali-kali. Biar betul mamat ni?? Arissa terasa sebak. Dengan tiba-tiba air matanya mengalir deras ke pipi. Sampai hati Irfan Naufal cakap begini kepadanya..
‘I warn you. Don’t stick to my business.. Just stick to yours..’
Mesej itu berupa duri yang sungguh berbisa. Aku ni siapa pada dia sampaikan aku tak boleh mengambil tahu tentang kehidupan sosialnya? Arissa ingat lagi, dia hanya bertanya di mana Irfan Naufal berada. Tetapi pertanyaannya itu dibalas dengan mesej kejam tersebut. Bukan sekali itu Irfan Naufal melayaninya begitu, sudah berkali-kali malah beratus kali.
Arissa meneruskan langkah untuk ke keretanya yang berada tidak jauh dari situ. Arissa baru keluar dari sebuah pusat membeli-belah di kawasan Bangi itu sebelum mendapat mesej dari Irfan Naufal. Mujurlah lelaki itu lambat membalas mesejnya. Jika tidak, dah tentu dia malu jika air matanya tumpah di depan khalayak ramai di dalam pusat membeli-belah berkenaan.
Dalam kekalutannya untuk memasuki kereta kerana tidak mahu air matanya disaksikan oleh orang, dirinya terlanggar seseorang yang melalui lorong tempatnya berdiri. Habis terjatuh kunci keretanya dari pegangan. Arissa cuba bersikap tenang sambil mengelap air matanya cepat-cepat.
“Sorry, maafkan saya cik! Saya tak sengaja..” ujar orang yang dilanggar oleh Arissa itu dengan nada penuh rasa bersalah.
Arissa tunduk untuk mengambil kunci keretanya di atas tanah. Tangannya tersentuh dengan tangan orang itu yang juga turut duduk untuk mengambil kunci keretanya. Arissa segera melarikan tangannya tanpa sempat mencapai kunci kereta. Dia berdiri tegak semula. Matanya menangkap wajah seorang lelaki yang sungguh segak dan bergaya. Lelaki itu memberikan kunci kereta Arissa sambil tersenyum mesra. Tiba-tiba dahi lelaki itu berkerut-kerut bagai sedang memikirkan sesuatu. Arissa yang tergamam melihat kekacakan lelaki itu terus menelan liur. Agaknya hati Arissa sudah cair?
“It’s okay.. Bukan salah awak. Saya yang langgar awak tadi..” balas Arissa lambat-lambat. Air liur ditelan lagi apabila lelaki itu tertawa kecil. Amat memikat sekali!
“No, no.. Salah kita berdua.. Masing-masing nak cepat kut? Emm.. Saya macam pernah nampak awaklah. Kat mana ek? Let me think..” lelaki itu kembali mengerutkan dahi. Lembut sungguh dan serak-serak basah suara lelaki itu, sikit-sikit macam perempuan.
Ah! Lelaki semuanya sama kalau nak mengayat perempuan. Mesti akan cakap macam pernah nampak perempuan tu. “Emm.. Awak salah orang kut? By the way, I’m so sorry, I have to go..”
“Wait, wait, wait! I remember now! Arissa Maisarah, right? From Sekolah Menengah Teknik Kangar. Form 4 and 5 in PKEA classes. Right? If I’m not mistaken..” potong lelaki itu cepat-cepat sebelum Arissa sempat membuka pintu keretanya.
Mata Arissa terbuka luas. Siapa pulak mamat ni? Tak pernah pulak aku nampak dia kat sekolah tu? Macam mana dia kenal aku ni? Arissa sudah pelik. Pelik yang teramat-amat. “Betul tu. Hmm.. Maaflah, saya tak berapa cam awaklah. Boleh kenalkan diri?”
“Err.. Kita kan satu kelas. Takkanlah kau tak kenal aku?” sahut lelaki itu.
Giliran Arissa pula yang berkerut dahi, cuba mengingati semula zaman sekolah yang sudah hampir 8 tahun ditinggalkan. Mustahil aku tak kenal kawan-kawan sekelas aku! Mungkin nama dah banyak yang lupa, tapi kalau tengok muka ni mana mungkin aku failed! Arissa sudah naik pening kepala memikirkan tentang lelaki itu. “Sorry, tak ingatlah. Serius. Boleh awak cakap aje siapa awak?”
“Ni akulah. Kau takkan tak kenal kawan baik kau sendiri? Aku ni, Wawa. Adnin Najwa..” balas lelaki yang baru sahaja memberitahu bahawa namanya adalah Adnin Najwa.
Najwa itu nama perempuan. Takkanlah lelaki ni nak jadi perempuan kut? Muka dah kacak yang amat, tapi sayang nak jadi perempuan. Eh, tapi.. Najwa? Najwa memanglah kawan baik aku. Tapi, takkanlah dia ni Najwa kut? Najwa tu perempuan! Arissa sudah terbeliak biji mata. Dipandang wajah ‘Najwa’ yang segak bergaya dengan baju kemeja biru lembut dipadankan dengan seluar slack hitam. Rambutnya yang pendek itu dipakaikan gel rambut dan digayakan mengikut trend masa kini. Kaca mata hitam kelihatan terselit kemas di rambutnya. Kasut kulit hitam yang dipakai ‘Najwa’ kelihatan berkilat-kilat, mungkin baru lepas digilap.
“Wa.. Wawa? But..”
“It’s really me. Cuba kau perhatikan betul-betul muka aku ni!”
Arissa cuba mengamati wajah ‘lelaki’ itu dengan teliti. Dari alis mata yang cukup menawan kepada hidung yang mancung terletak serta bibir yang memang semulajadi merah menyala. Arissa sudah yakin kini setelah lama betul dia meneliti wajah Adnin Najwa. “Laa.. Wawa?!” Arissa betul-betul teruja apabila berkali-kali Adnin Najwa mengangguk kepala. Tubuh sahabatnya itu dipeluk erat. Bau minyak wangi lelaki yang dipakai Adnin Najwa sedikit-sebanyak membuatkan Arissa resah entah mengapa. Bau itu sungguh memikat.
“Tapi sekarang, nama manja aku, Ad. From now on, please call me Ad instead of Wawa, that girly name..” ujar Adnin Najwa sambil tergelak kecil.
“Ad? Oh.. Manja betul tu. Tapi, kan.. Macam mana kau boleh berubah macam ni? Emm.. Sorry kalau kau tersinggung dengan pertanyaan aku tapi aku memang ingat kau tu lelaki tadi, tau..” soal Arissa tiba-tiba.
Adnin Najwa berdehem kecil. Wajahnya bertukar serba-salah sama ada ingin menceritakan kisah transformasinya ini atau tidak. Baik tidak kerana Arissa takkan faham. “Hmm.. Boleh tak kita cakap pasal perkara lain? Apa kata kita cakap pasal diri kau. Kau apa khabar sekarang? Dah makin lawa aku tengok.. Dah kahwin atau belum ni? Agak-agak, dah 7 tahun kita lost contact, rindu aku dekat kau tau tak?” Adnin Najwa menyentuh bahu Arissa seraya berkata-kata. Pipi sahabatnya itu dielus lembut. Memang dia rindukan Arissa kawan baiknya itu. Mereka terlalu rapat sewaktu di sekolah dulu. Macam adik-beradik kembar yang memang serasi dan tidak boleh dipisahkan.
Rindu? Berderau darah Arissa, jantungnya sudah berdegup tidak normal apabila Adnin Najwa mengusap bahu dan pipinya. Haiii.. Adnin Najwa memang kacak. Dulu, sahabatnya itu memang perempuan yang asli seaslinya. Tetapi sekarang, Adnin Najwa terlalu berbeza, sangat berbeza. Penampilannya seperti lelaki itu memang boleh mencairkan hati mana-mana perempuan pun yang melihatnya. Arissa pun tidak tahu mengapa hatinya berasa lain macam melihat senyuman menawan Adnin Najwa itu.
“Kau okey ke?” soalan Adnin Najwa mengembalikan Arissa dari lamunannya yang entah apa-apa. Arissa cuba tersenyum dengan wajah merona merah.
“Okey aje.. Aku pun rindukan kau jugak.. Tapi nak buat macam mana, dah lepas seluruh keluarga kau meninggal dunia lepas kemalangan tu, kau pindah tanpa pengetahuan semua orang kampung. Sedih aku bila dapat tahu kau dah tak ada kat kampung kita tu tau..” lirih bunyi nada suara Arissa. Memang dia sedih ketika Adnin Najwa berpindah dulu.
Adnin Najwa kelihatan sedang menahan rasa. Wajahnya berubah suram. Peristiwa kemalangan yang meragut nyawa emak, ayah dan adik-beradiknya yang lain kembali bergentayangan. Dalam suatu nahas jalan raya, nyawa seluruh ahli keluarganya melayang dan dalam sekelip mata sahaja dia sudah menjadi sebatang kara. Wajah emak, ayah, kakak dan dua adik lelakinya kini bermain-main di ruangan mata. Tanpa sedar, air matanya bergenang. Hatinya sungguh sayu mengenangkan kembali perkara itu.
“Ya Allah, sorry Wawa.. Aku tak sengaja bangkitkan soal tu.. Aku minta maaf buat kau sedih..” Arissa pantas meminta maaf dan dia berasa sungguh bersalah kerana baru sahaja menyedihkan hati Adnin Najwa dengan menyebut tentang kemalangan ngeri yang meragut nyawa ahli keluarga Adnin Najwa 7 tahun lepas.
“Tak apa, it’s okay.. Aku okey aje.. Lagipun peristiwa tu dah lama sangat berlalu. Aku redha dengan ketentuan Allah.. And it’s Ad, not Wawa anymore, okay?” balas Adnin Najwa lirih bersama sebuah senyuman pahit. “Kau pulak, macam mana dengan life kau sekarang? Okey tak? Kau dah ada buah hati ke?” Adnin Najwa cuba menukar suasana dengan usikan itu. Keningnya terangkat-angkat.
Wajah Arissa terus berubah sugul apabila terkenangkan Irfan Naufal yang melayaninya dengan buruk. Tunangnya itu memang selalu sangat menyakitkan hatinya. Arissa tiba-tiba sebak. Dia mengalirkan air mata dengan esakan kecil. Adnin Najwa sudah kalut melihat sahabatnya itu yang tiba-tiba sahaja menangis. Aku dah tersalah cakap ke? Ya Allah.. Adnin Najwa terus mengusap bahu Arissa. “Kau kenapa ni, Rissa? Aku ada tersalah cakap? Sorrylah.. Sorry..”
“Hmm.. Aku.. Emm, tak ada apa-apalah Wawa, eh Ad.. Aku okey..” Arissa cuba berdalih sambil mengelap air matanya yang tumpah tanpa henti-henti itu.
“Hisy, kalau kau okey, kau takkan menangis sampai macam ni. Aku baru tanya sikit aje.. Kau ada masalah dengan boyfriend ke? Baik kau beritahu aku..” Adnin Najwa mendesak. Sekurang-kurangnya jika Arissa menceritakan masalahnya, beban hati gadis itu akan sedikit ringan. Walaupun Adnin Najwa tidak dapat membantu sekalipun, dia berharap dapat meringankan beban sahabatnya itu.
“Betul, aku okey. Kau janganlah risau..”
“Kau cakaplah, Rissa. At least, hati kau rasa lega sikit lepas dah luahkan. Aku kan kawan baik kau?” pujuk Adnin Najwa lagi.
Arissa menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba melepaskan rasa sayu yang terbuku di hatinya selama ini. Betul tu, Adnin Najwa memang sahabat baiknya yang selalu dia percayai. Agaknya, pertemuan semulaku dengan dia mempunyai hikmah? Supaya aku dapat meringankan beban hatiku yang sudah terlalu sarat dan berat ini? Arissa memandang wajah Adnin Najwa.
Sahabatnya itu tersenyum pahit, penuh simpati sambil mengelap air mata di pipinya. Kalau ada orang ternampak perlakuan mereka ni, tentu orang itu akan menganggap Adnin Najwa itu sebagai teman lelaki atau suaminya? Arissa berasa berdebar dengan tiba-tiba apabila tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Adnin Najwa. Dia berasa sungguh resah selepas dipeluk gadis itu yang berpenampilan seperti lelaki.
Ah, sudah! Takkan aku tertarik dekat Wawa ni kut? Oh, please, I am normal.. Tapi, gadis mana-mana pun mesti akan cair dengan ‘kekacakan’ Wawa sekarang ni. Kenapa agaknya Wawa berubah? Arissa ingin bertanya namun lidahnya kelu. Dia tidak mahu Adnin Najwa berasa tidak selesa jika dia bertanya soalan begitu. Sudahnya Arissa mematikan niatnya untuk bertanya. Pelukan Adnin Najwa dibalasnya dengan lebih erat, entah mengapa.




DUA MINGGU berlalu..
IRFAN Naufal mendengus kasar. Dari jauh dia ternampak Arissa berpelukan dengan seorang lelaki. Irfan Naufal berasa sakit hati dan tercabar kerana lelaki itu sangat kacak dan bergaya. Patutlah sudah berhari-hari Arissa berkelakuan pelik terhadapnya, rupa-rupanya Arissa ada lelaki lain? Arissa seolah-olah tidak mahu peduli lagi tentangnya, malah sudah jarang sangat menelefonnya. Kalau telefon pun, gadis itu akan banyak mendiamkan diri. Arissa ada lelaki lain rupanya? Irfan Naufal bertambah berang apabila lelaki itu mengusap pipi Arissa pula. Dengan sepenuh perasaan geram, dia berjalan menghampiri Arissa dan juga lelaki terbabit.
“Woi, betina! Ini kerja kau, ya? Ini kerja kau selama ni? Di depan aku bukan main baik, setia.. Tapi kat belakang aku? Kau curang? Kau memang betina jalang!” bentak Irfan Naufal dengan wajah merah menyala.
Tersentak Arissa mendengar caci maki tunangnya yang tiba-tiba muncul entah dari mana itu. Berdetuk-detak rasanya jantung Arissa ketika ini, hampir meletup dan terburai keluar dari tubuhnya. Wajah merah menyinga Irfan Naufal itu ditatapnya dengan penuh risau dan takut. “Awak, jangan salah faham. Dia ni kawan baik saya waktu sekolah dulu!”
“Kawan baik? Kawan baik dengan lelaki sampai berpeluk-peluk macam ni? Kau ingat aku ni apa? Ingat aku lelaki bodoh? Macam tu?!” bentak Irfan Naufal lagi. Memang hatinya terbakar melihat gadis kesayangannya di dalam pelukan lelaki lain.
Bukannya dia tidak sayangkan Arissa selama ini, dia cuma tak mahu terlalu menunjukkan sayangnya itu. Lagipun, dia yakin yang hati Arissa hanyalah miliknya. Tidak mungkin gadis itu akan curang. Tetapi kini? Di depan mata kepalanya sendiri Arissa curang! Dan kepercayaannya kini hancur punah. Arissa telah mengkhianatinya dalam diam.
“Awak, tolong dengar penjelasan saya.. Please, don’t just jump into conclusion before you listen to me..” rayu Arissa sayu.
“Encik, tolong dengar penjelasan kami.. Kami tak ada apa-apa hubungan.. Jangan salah faham..” Adnin Najwa pula yang bersuara.
“What? Listen to both of you? Siapa yang dah buang air kat tengah-tengah jalan pun takkan mengaku dia yang buang air tu, tau? Kau orang ni ibarat orang yang macam tulah. Dah buat perkara tak senonoh macam tadi kat depan mata aku, malah depan khalayak ramai, kau nak cakap yang semua tu nothing?”
Arissa tergamam dan terus diam. Hatinya tersayat pedih mendengar kata-kata tunangnya. Sampai begini sekali layanan lelaki itu terhadapnya? Arissa sungguh kecewa apabila Irfan Naufal tidak mahu mempercayai kata-katanya.
“Kau ni apahal? Kau nak buat dia menangis tiap-tiap hari macam tu? Kau sedar tak yang kau dah banyak abaikan perasaan dia? Kau sedar tak yang dia dah banyak terseksa kerana kau? Kalau ada lagi ramai lelaki macam kau ni, alamatnya ramai perempuan akan hidup merana. Ini baru tunang, kalau dah kahwin nanti agaknya hari-hari kau maki hamun dia? Mungkin kau pukul dia pulak..” Adnin Najwa sudah naik angin.
Dia memang geram dengan Irfan Naufal. Hampir setiap hari dia berjumpa dengan Arissa, sahabatnya itu menangis. Selalu sahaja kisah caci maki Irfan Naufal yang dia dengar dari mulut Arissa. Kini, dia menyaksikan pula secara live. Adnin Najwa merengus sambil mengurut dahinya. Wajahnya yang putih melepak itu beransur kemerahan.
Arissa yang mendengar kata-kata pembelaan Adnin Najwa itu terus berhenti menangis. Tidak pernah lagi ada lelaki yang mengambil berat tentang perasaannya sepertimana ‘lelaki’ seperti Adnin Najwa. Agaknya, sebab inilah tomboy selalu disenangi oleh kebanyakan perempuan kerana mereka juga perempuan, yang memang memahami perasaan seorang perempuan. Malah, ada perempuan yang berpasangan dengan tomboy semata-mata kerana inginkan pasangan yang memahami diri mereka. Eh, takkan aku sukakan Wawa kut? Ah, tak mungkinlah..
Irfan Naufal yang mendengar kata-kata Adnin Najwa tadi, terus tertawa sinis. Dengan wajah menyinga marah, dia memandang tepat ke halaman wajah Adnin Najwa. “Hebat! Kau memang hebat.. Tak hairanlah si Rissa ni tergila-gilakan kau. Cakap memanglah senang.. Kau tu berlakon bagus aje kan? Untuk tarik perhatian Rissa? Macam tu? Nak rampas dia dari aku? Kau cubalah kalau kau nak rasa penumbuk sulung aku kat muka kau tu!” cabar Irfan Naufal dengan perasaan geram yang teramat sangat.
“Lantak kaulah nak cakap apa pun. Aku tak kisahlah.. Aku bukan berlakon, tapi aku nak kau tu sedar diri sikit. Sedar apa salah kau pada Rissa. Kau dah selalu sangat buatkan dia menangis.. Kau langsung tak fikir dan selami perasaan dia ke?” bidas Adnin Najwa dengan sesungguh hati.
Irfan Naufal tergelak sinis lagi. Egonya rasa tercabar. “Okay, fine! Kalau kau nak sangat si Rissa ni, kau ambiklah. Aku pun tak ingin perempuan macam ni untuk dibuat bini. Masa belum kahwin pun dia berani curang. Entah-entah lepas kahwin nanti, dia buat hal yang lebih besar pulak. Buat malu family aku aje..” cemuh Irfan Naufal lagi dengan selamba. Memang dia langsung tidak terfikir akan berkata begitu namun dia dah terlepas cakap. Dan kerana ego, dia tidak mahu menarik balik kata-katanya tadi.
Arissa terus terpempan mendengar bait ayat yang baru sahaja Irfan Naufal tuturkan. Dia hampir terduduk ke atas tanah namun tubuhnya sempat dipaut oleh Adnin Najwa yang berada di sebelahnya. “Sampai hati awak buat saya macam ni..” hanya itu perkataan yang terkeluar dari bibir Arissa yang terketar-ketar.
“Woi! Sampai bila baru hati kau tu puas, hah? Sampai bila kau nak sakitkan hati Rissa?” marah Adnin Najwa dengan lantang.
Beberapa orang awam yang melalui kawasan taman permainan berkenaan terus berkalih pandang ke arah mereka bertiga. Mereka sudah berbisik-bisik sesama mereka, tentu tertanya-tanya tentang apa yang sedang terjadi.
“What ever! You can take her as you may.. Mulai hari ni, aku dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan Arissa Maisarah..” ujar Irfan Naufal lagi dengan penuh ego. Namun jauh di sudut hatinya, dia berharap Arissa akan merayu-rayu supaya dia menarik semula kata-kata perpisahan tadi. Dia tahu gadis itu takkan mampu hidup tanpanya.
“Okey, kalau itu yang awak mahukan. Saya redha dengan keputusan awak.. Saya pun dah penat sangat nak menangis. Dah banyak betul air mata saya tumpah disebabkan oleh awak.. Terima kasih kerana meletakkan noktah pada hubungan kita yang dah memang tak pasti ni..” balas Arissa lemah. Air matanya mengalir deras ke pipi. Dalam tidak relanya, dia terpaksa juga melepaskan Irfan Naufal. Lelaki yang teramat dia cintai.
Irfan Naufal terasa jantungnya seperti ingin luruh selepas mendengar kata-kata pasrah Arissa itu. Nampaknya benarlah dia bukan lagi lelaki yang Arissa cintai. Arissa memang betul-betul curang terhadapnya. Arissa sudah berubah hati. Kalaulah benar Arissa adalah Arissa yang dulu, tentu gadis itu akan merayu dan takkan pasrah menerima perpisahan yang dia ungkapkan.
“Okey! Aku balik dulu..” sahut Irfan Naufal perlahan, cuba beriak selamba walaupun hatinya berasa sungguh kecewa.
Dia terlalu sayangkan Arissa. Tidak tahukah gadis itu bahawa cintanya memang tulus? Ah, biarlah! Aku takkan tarik balik kata-kata aku. Bukan salah aku! Irfan Naufal terus berlalu. Dari ekor matanya, dia ternampak tubuh Arissa dipeluk lagi oleh lelaki keparat itu. Memang dasar lelaki yang mengambil kesempatan! Aku takkan lepaskan lelaki itu. Tunggulah..




IRFAN Naufal duduk berteleku sendirian. Hidupnya sunyi tanpa Arissa. Tiada lagi sms atau panggilan telefon dari gadis itu. Walaupun dia anak seorang Tan Sri dan mempunyai banyak perempuan yang gilakannya, Arissa tetap gadis teristimewa dalam hidupnya. Kehadiran gadis itu banyak mengajarnya erti perasaan dicintai dengan sepenuh hati. Cinta sebenar yang memang miliknya seorang. Tapi akhirnya, gadis itu tega menghancurkan segalanya itu? Irfan Naufal menghentakkan penumbuknya ke dinding batu biliknya. Dadanya bergelora hebat.
Telefon bimbitnya berbunyi nada deringan mesej. Sudah lama dia menunggu mesej tersebut masuk. Selepas membaca mesej itu, dia terus ke komputer ribanya, membaca isi kandungan email yang dihantar oleh orang yang menghantar mesej ke telefonnya tadi. Lama dia memerhatikan gambar-gambar yang dihantar bersama dengan beberapa butiran mengenai lelaki yang bersama Arissa tempoh hari.
Betapa terkejutnya Irfan Naufal selepas mengetahui bahawa ‘lelaki’ itu sebenarnya adalah seorang perempuan. Maknanya, tomboy? Atau pengkid? Berani dia goda Arissa? Rampas Arissa dari aku? Irfan Naufal terduduk di birai katil. Dia menatap wajah Arissa yang sedang tersenyum di dalam potret gambar di atas meja berhampirannya. Rissa sayang, Rissa tinggalkan Ir kerana si tomboy tu? Irfan Naufal terasa sayu.
Irfan Naufal meraup wajahnya berkali-kali sebelum bangun merapati dinding. Dia bersandar di situ seketika sebelum mengerutkan dahi berfikir mengenai Arissa dan juga tomboy tak guna itu. “Aku mesti ajar pengkid tak guna tu! Ya, aku mesti ajar dia! Aku paling benci dengan lelaki atau perempuan yang teringin mengubah jantina, macam tak sedar diri. Pengkid tu mesti tahu yang dia hanyalah seorang perempuan yang lemah. Takkan dapat melawan kudrat lelaki macam aku!” kepala Irfan Naufal terangguk-angguk. Hatinya sudah dikuasai nafsu serta syaitan.
Irfan Naufal berbaring di atas katilnya, berfikir lagi. Sebuah rancangan perlu diatur untuk mengajar pengkid atau tomboy yang bernama Adnin Najwa itu. Irfan Naufal berkalih kedudukan, dia mengiring pula ke sebelah kiri. Dahinya berkerut seribu tanda sedang berfikir dengan ligat. Lama juga dia berfikir, akhirnya dia mendapat suatu idea untuk mengajar Adnin Najwa. Bibirnya terus mengukir senyuman penuh muslihat.




IRFAN Naufal merenung jauh ke wajah Arissa yang baru sahaja datang ke meja yang didudukinya. Suasana restoran makanan segera itu agak sibuk dengan orang ramai serta bising dengan suara kanak-kanak. Arissa duduk di hadapan Irfan Naufal dengan wajah mencuka. Apa lagi yang lelaki ini mahukan darinya? Arissa menundukkan wajah apabila Irfan Naufal masih merenungnya bagai ada makna tersirat itu. Dia tidak mahu datang tadi selepas menerima panggilan dari lelaki itu. Dalam tidak mahunya, dia datang juga kerana jauh di sudut hatinya, dia terlalu rindukan Irfan Naufal. Dan dia berharap, Irfan Naufal akan merayu-rayu ingin kembali bersamanya.
“Cantik Rissa hari ni? Berseri-seri lagi tu.. Mesti sebab dah berbahagia dengan ‘boyfriend’ baru Rissa tu, kan?” getus Irfan Naufal separuh mengejek.
Arissa mengangkat mukanya dengan pantas. Dia tidak percaya Irfan Naufal masih meraguinya dan masih suka menyakiti hatinya yang sedia luka ini. Matanya terasa panas kerana ada air jernih yang bergenang. Hatinya sakit mendengar ejekan Irfan Naufal tadi.
“Nak jumpa saya buat apa ni, Ir? Saya sibuk.. Tolong cepat sikit..” bidas Arissa dengan berani. Dia cuba menahan perasaan sayunya.
“Sibuk? Walaupun sibuk, Rissa sanggup jugak datang jumpa Ir ni.. Thanks a lot!” ujar Irfan Naufal bangga. Dia tahu, Arissa merinduinya dari riak wajah gadis itu. Sebab itulah gadis itu sudi datang berjumpanya.
“Cepatlah cakap, Ir.. Awak nak apa ni? Kalau tak ada apa-apa, baik saya balik aje..” gesa Arissa lagi separuh mengharap. Dia amat berharap Irfan Naufal akan memintanya kembali dalam hidup lelaki itu.
Irfan Naufal tersenyum sinis. Dia mengeluarkan sebuah kotak baldu kecil dari dalam kocek seluarnya. Kotak yang berupa kotak cincin. “Nah, Rissa ambik balik. Ir pulangkan cincin tunang kita..” ucap Irfan Naufal dalam hati yang sangat berat. Namun kerana ego, dia paksakan juga dirinya.
Hampir terjatuh air mata Arissa melihat kotak cincin itu yang telah disorongkan ke arahnya oleh Irfan Naufal. Air muka lelaki itu selamba sahaja, bagai tiada apa-apa pun perasaan ketika memutuskan tali pertunangan mereka secara rasmi hari ini. Mungkin benar, Irfan Naufal sudah tidak sayangkan dia lagi.
Arissa gagahi dirinya mengambil kotak kecil berwarna merah hati serta berbaldu itu. “Okey.. Kalau macam tu, saya pun nak pulangkan jugak cincin saya..” ujar Arissa sambil menanggalkan cincin yang masih tersemat kemas di jari manisnya lalu disorongkan ke arah Irfan Naufal. Dan kini lelaki itu beriak sedikit terkejut.
Irfan Naufal tidak menyangka, Arissa sanggup menerima segalanya apabila dia memutuskan tali pertunangan mereka. Dia cuba membuat wajah selamba sambil mengambil cincin yang Arissa berikan padanya. “My parents will talk to your parents shortly.. Mungkin dalam sehari dua ni..” balas Irfan Naufal.
“Now, let’s eat. Ir dah pesankan makanan kegemaran Rissa ni. Untuk kali terakhir kita jumpa ni, jom makan sama-sama.. Ni, air milo ais.. Your most favorite..” kata Irfan Naufal, dengan sengaja melayangkan tangannya ke arah milo ais tersebut sehingga tertumpah airnya ke atas ribaan Arissa. “Opss! Sorry!”
“It’s okay.. Saya ke tandas kejap..” balas Arissa lirih. Dia bangun menuju ke tandas berhampiran. Memang dia berhajat untuk ke tandas dan menangis sepuas-puas hatinya untuk masa sekarang. Air matanya sudah tidak dapat ditahan lebih lama. Dadanya terasa sungguh sebak melihat Irfan Naufal begitu bersahaja bagai tiada apa-apa perasaan lagi terhadapnya.
Irfan Naufal tersenyum sinis selepas Arissa berlalu. Dengan pantas, dia mencapai beg tangan Arissa. Telefon bimbit gadis itu diambilnya cepat-cepat lalu dimatikan dan disimpan ke dalam kocek seluarnya. Ini adalah sebahagian dari rancangannya untuk mengajar Adnin Najwa nanti. Selepas meletakkan semula beg tangan Arissa di tempat asal, Irfan Naufal terus selamba mengunyah makanan yang terhidang.
Dia yakin, selepas ini Arissa takkan pulang ke rumah dan akan ke suatu tempat yang biasa gadis itu pergi jika menghadapi tekanan perasaan. Dan rancangannya akan pasti berjaya jika gadis itu tidak pulang ke rumah. Irfan Naufal tahu, Arissa sedih. Irfan Naufal cuma hendakkan Arissa merayu-rayu kepadanya ingin kembali. Dia akan tunggu sehingga gadis itu merayu kepadanya barulah dia akan menerima Arissa semula. Egonya sebagai lelaki terlalu menggunung tinggi. Dia tidak akan kalah!




ADNIN Najwa berlari-lari anak merentasi koridor hotel bertaraf lima bintang itu. Hatinya begitu risaukan Arissa. Sudah banyak kali dia menelefon serta menghantar sms kepada gadis itu, satu pun langsung tidak dibalas atau dijawab. Adnin Najwa juga telah ke rumah Arissa namun gadis itu tiada di rumah. Dia sungguh risau selepas menerima suatu panggilan telefon yang menyuruhnya datang ke bilik 1520 di hotel berkenaan seorang diri tanpa memberitahu sesiapa atau pun pihak polis. Kalau tidak, nyawa Arissa yang akan melayang. Adnin Najwa percaya, Arissa telah diculik lelaki berkenaan dan dengan berbekalkan pengetahuan silatnya, Adnin Najwa memberanikan diri menjejakkan kakinya ke hotel itu.
Pintu bilik suite 1520 itu pantas diketuk berkali-kali. Setelah agak lama mengetuk pintu berkenaan, akhirnya pintu bilik itu terbuka sedikit demi sedikit. Wajah Irfan Naufal menjelma di ruangan mata Adnin Najwa. Terkejutnya Adnin Najwa bukan kepalang. Pantas sahaja lelaki itu mengunci pergelangan tangannya lalu dirinya ditarik dengan cepat memasuki bilik itu.
“Woi! Kau ni apahal? Kau dah gila ke culik tunang sendiri??” bentak Adnin Najwa dengan lantang.
Irfan Naufal tertawa besar. Dia mengilas tangan Adnin Najwa dan menguncinya kemas-kemas. Tubuh gadis tomboy itu dipeluknya dari belakang, ingin memastikan Adnin Najwa tidak dapat berbuat apa-apa. “Apa maksud kau ni? Aku culik Rissa? Mana ada..?”
“Kau yang culik dia, suruh aku datang sini kan? Kau memang dah gila!” tempik Adnin Najwa sambil cuba untuk menyiku perut Irfan Naufal namun tidak sampai. Lelaki itu tertawa lagi.
“Aku tak ada culik sesiapa pun. Apa yang kau merepek ni?” beritahu Irfan Naufal dengan sinis.
“Habis tu, apa kau nak dari aku? Kau jangan pandai-pandai, aku tahu silat. Kau jangan merendahkan kebolehan silat aku!” ugut Adnin Najwa seboleh-bolehnya.
Irfan Naufal tertawa besar sekali lagi. “Hei! Kau ingat setakat bersilat tu, kudrat kau boleh lawan kudrat aku ke? Sedarlah diri sikit yang kau tu hanya seorang perempuan yang lemah! Okey, kita cuba lawan.. Cuba kau buka langkah silat kau?” Irfan Naufal melepaskan tubuh Adnin Najwa.
Adnin Najwa pelik bagaimana lelaki itu boleh tahu bahawa dia adalah seorang perempuan. Hmm.. Mungkin Arissa yang beritahu agaknya? Adnin Najwa sudah bersedia dengan langkah silatnya. Dia berasa sungguh tercabar. Irfan Naufal hanya tertawa melihat. Setakat silat gayung tu, apalah sangat? Aku ada tali pinggang hitam dalam taekwondolah. Tak takut langsung.. “Wei, sudah-sudahlah tu.. Bosan aku tengok.. Lemah sangat!” kutuk Irfan Naufal.
“Kau cakap aku lemah? Ambik ni!” Adnin Najwa mula menyerang namun pantas sahaja tubuhnya dikunci lagi oleh Irfan Naufal. Memang kudrat dan skill lelaki itu lebih hebat.
Irfan Naufal memeluk pula tubuh Adnin Najwa dengan erat. “Kau tak payah cuba. Aku ada black belt dalam taekwondo.. Sekarang, biar aku ajar kau cara-cara nak jadi perempuan! Sebab kau tu bukan lelaki, ada hati nak jadi lelaki? Kau nak bukti yang kau tu perempuan?” bisik Irfan Naufal ke telinga Adnin Najwa.
“Diam!! Kalau kau tak tahu pasal diri aku, kau diam!!” teriak Adnin Najwa dengan suara yang agak kuat. Kisah hidupnya yang penuh penderitaan kembali terlayar di ruangan matanya. Tanpa sedar, air mata mengalir deras ke pipinya yang sudah kemerahan menahan geram.
“Aku tahu pasal diri kau. Kau tu perempuan yang nak jadi lelaki, kan? Biar aku buktikan yang kau tu adalah perempuan! Ni buktinya!” Irfan Naufal bertindak rakus. Dia mengoyak baju t-shirt hitam yang dipakai Adnin Najwa. Habis ternampak bengkung yang dipakai gadis itu. Bahu dan dada putih melepak gadis itu terserlah.
Adnin Najwa mulai kalut. Dia terbayang semula kisah silam yang menyebabkan dia terpaksa merubah penampilan diri sampai macam ini. Selepas ahli keluarganya meninggal dunia dalam kemalangan itu, dia kerapkali berjumpa dengan orang yang ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana pada masa itu dia memang seorang gadis yang digilai ramai. Paras rupanya yang jelita serta kulitnya yang putih menggebu sentiasa membuatkan ramai lelaki ingin mendekatinya, malah ada yang ingin merogolnya.
Sebab itulah dia bertekad untuk mengubah penampilan diri dan berpindah dari kampungnya ke tempat yang tiada sesiapa pun mengenalinya. Apa yang dia harapkan, hidupnya akan lebih selamat jika dia begini kerana hidupnya sebatang kara. Dengan usahanya dan modal daripada harta peninggalan arwah emak dan ayahnya, dia berjaya membentuk sebuah perniagaan butik sendiri di Kuala Lumpur ini. Tidak terduga, dia berjumpa semula dengan kawan baik sewaktu persekolahannya iaitu Arissa. Dia tidak boleh berpura-pura tidak mengenali gadis itu kerana Arissa memang seperti adiknya sendiri. Bersama Arissa membuatkan dia terasa seperti bersama dengan ahli keluarganya sendiri.
“Kau tu perempuan! Kau nak aku buktikan lagi ke?” pekikan Irfan Naufal mengejutkan Adnin Najwa dari lamunannya tentang masa lalu.
“Tolonglah jangan.. Aku merayu kat kau..” rayu Adnin Najwa dengan linangan air mata.
“Oh, pandai pulak kau merayu? Kau takut ke? Kau kan ada semangat lelaki dalam diri kau. Buat apa kau nak takut? Kita kan sama-sama ‘lelaki’. Apa kau nak takutkan?” kata Irfan Naufal sambil memegang bengkung di badan Adnin Najwa.
Berkali-kali pipi gadis itu ditamparnya apabila gadis itu ingin melawan serta melarikan diri. Dengan pantas, dia merungkai ikatan serta balutan bengkung itu dari tubuh Adnin Najwa. Naluri lelaki Irfan Naufal berkocak hebat melihat tubuh Adnin Najwa yang segar itu. Kulit gadis itu yang halus dan putih melepak, menambahkan keinginannya. Irfan Naufal sudah dikuasai nafsu serta iblis yang menghasut.
Air mata Adnin Najwa terus mengalir laju apabila Irfan Naufal bertindak mencumbui lehernya serta mengangkatnya ke atas katil. “Tolonglah! Tolong jangan buat aku macam ni! Tolonglah..”
Namun Irfan Naufal bagai tidak mahu peduli lagi. Entah apalah yang merasuk lelaki itu sehinggakan rayuan Adnin Najwa langsung tidak didengarinya. Adnin Najwa ingin menjerit tetapi tangan Irfan Naufal menutup mulutnya, sehinggalah dia lemah dan tidak berdaya untuk menjerit lagi. Ya Allah… Adakah ini balasan-Mu untukku kerana murka dengan diriku yang mengubah penampilanku menjadi lelaki dan tidak menjaga auratku sebagai perempuan? Ya Allah, ampunilah aku.. Dan air mata Adnin Najwa terus mengalir tanpa jemu..


Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 1/29/2012 09:11:00 AM
Labels: Kurelakan Kasihmu

38 comments:

  1. RinsyaRycSunday, January 29, 2012 at 9:24:00 AM GMT+8

    haish... psiko ! huuuu,, =.="

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. RinsyaRycSunday, January 29, 2012 at 9:24:00 AM GMT+8

    best-2 .. smbung lagi kak ^___^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Afifah YusofSunday, January 29, 2012 at 9:41:00 AM GMT+8

    wow! best sangat-sangat cerita ni... lain dari lain.. Irfan memang lelaki yang ego... kesian Adnin... kesian Arissa... sambung lagi kak... ^^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. QasehSuciSunday, January 29, 2012 at 9:45:00 AM GMT+8

    Good job auni...Qaseh percaya cerita ni pun sehebat cerita novel auni yg lain...

    Pendapat Qaseh...permulaan cerita ni mmg hebat..lain dari yg lain...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousSunday, January 29, 2012 at 9:52:00 AM GMT+8

    tak suka!!! kenapa asyik macam ni??? lelaki mesti hilang diri gara-gara nafsu!!! tak suka!!!

    jangan diapa-apakan adnin najwa!! ctolonglag!! adnin ni takkan tak reti cakap allah!! biar irfan tu sedar sikit!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. lyn_intanazlleynaSunday, January 29, 2012 at 9:59:00 AM GMT+8

    best.kesian rissa.. XD

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousSunday, January 29, 2012 at 9:59:00 AM GMT+8

    smbung lagi..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnonymousSunday, January 29, 2012 at 10:05:00 AM GMT+8

    cpt smbung lg......

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. AnonymousSunday, January 29, 2012 at 10:09:00 AM GMT+8

    kenapa eK, setiap kali baca atarting novel kak auni, jiwa mesti berkecamuk? tak faham! hebat sangat kut penangan kak auni ni!!

    tak faham dengan irfan ni!!! benci benci benci!!! tak suka lelkai yang suka buat maksiat!!! tak suka!!! hentikan irfan!! hentikan!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AnonymousSunday, January 29, 2012 at 10:17:00 AM GMT+8

    sambung ag kak auni..harap2..kesucian adnin x diragut oleh mamaat yg bajet good tu..geram tol..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. ღAuni_AmauniღSunday, January 29, 2012 at 10:21:00 AM GMT+8

    huhu...next n3 akan disambungkan lagi nnti..

    tq smua kerana sudi singgah baca & komen :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. UnknownSunday, January 29, 2012 at 11:10:00 AM GMT+8

    lelaki ni memang ego melampau, org yg tak berkaitan pun nak dendam.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. AzamaizuraSunday, January 29, 2012 at 11:44:00 AM GMT+8

    i likeeee :) nak n3 baru plzzzz....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. fallenmoon ( Liya Zafrina )Sunday, January 29, 2012 at 12:45:00 PM GMT+8

    rasa macam nak fire2 je Irfan Naufal tu! Hish2, sambung lagi ye kak auni! :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. AnonymousSunday, January 29, 2012 at 12:53:00 PM GMT+8

    YA ALLAH best citer..:))

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. AnonymousSunday, January 29, 2012 at 2:10:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. AnonymousSunday, January 29, 2012 at 2:13:00 PM GMT+8

    sy nangis dgn nasib adnin..dh la yatim piatu..pastu kene buat camtu dgn irfan.. :'(
    cpt2 sambung citer ni ye

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. AnonymousSunday, January 29, 2012 at 3:08:00 PM GMT+8

    Salam kak auni
    yeaaayyy ade cte baru ^^
    gempak je bab awal2 ni suspen pun ade hehehe
    cam mne nasib Najwa tu kena tangkap khalwat ke dorg tu or saje je irfan buat cam tu untuk hajar Najwa cam terlebih je irfan buat..haihh kesian la Najwa tu cpat2 sambung kak auni x sabar nak tau seterusnya....
    heroin sebenar ni sape erkk Arissa or Najwa??? saya nak Najwa boleh ke?? nak tau masa lampau dia tu yg leh ubah dia cenggitu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. Nik AinaaSunday, January 29, 2012 at 4:57:00 PM GMT+8

    kak yang mana satu heroin ni ? Najwa ke Arissa ? btw best sangt2 >.<

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. Hayisa NeerzaSunday, January 29, 2012 at 5:35:00 PM GMT+8

    adakah arissa dengan najwa akan bergaduh??? irfan nanti pilih siapa? banyak persoalan yang berada di minda~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. AnonymousSunday, January 29, 2012 at 9:44:00 PM GMT+8

    kejam betul irfan..... rasanya mesti najwa heroin erk.....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. akubersamaCahyaMonday, January 30, 2012 at 10:00:00 AM GMT+8

    giler... jahatnya irfan!!!! i'll wait fir the next ep. ^^v

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. blinkallthedayMonday, January 30, 2012 at 12:56:00 PM GMT+8

    sapa heroinnye?sy pilih najwa, boleh...nak taw kisah najwa...sian najwa...knp la si irfan nih wat cam tu kt najwa...clap2 boler terkahwin plk diorg ni nti...ape jadi kat arissa ye..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. AnonymousMonday, January 30, 2012 at 1:56:00 PM GMT+8

    bgla sinopsis cite ni leh x auni..he3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. zanaMonday, January 30, 2012 at 2:48:00 PM GMT+8

    awesome... tgu next entrY! chaiyokk.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. kak idaMonday, January 30, 2012 at 4:09:00 PM GMT+8

    pergh..marahnya akak ngan sikap biadap mamat irfan tu..mentang mentang dia anak Tan Sri..dia ingat ..dia boleh buat apa saja pada org yg selemah Ad..
    Mengharap agar Ad dapat melepaskan diri daripada mahluk perosak tu..tanpa dirinya dirosak oleh lelaki yg biadab itu..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. myaMonday, January 30, 2012 at 4:17:00 PM GMT+8

    wahhh..new story..congratz auni..
    cerita ni nampak best even baru bab 1-2...

    siapakah watak utama? kisah apakah?
    hope adnin heroinnya dan irfan bertanggungjwb... agak sadis part last...ya Allah, kesian dia...
    apa-pun x kisahlah cerita pasal siapa, itu hak penulis :)

    harap cik writer dapat mengembangkan cerita dgn lebih baik dan jadikan karya ini yang terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  28. ღAuni_AmauniღMonday, January 30, 2012 at 4:34:00 PM GMT+8

    salam,

    kepada yg tertanya2 sape heroin citer ni, Adnin Najwa heroinnye.. :)

    sinopsis blom jumpa ayat yg sesuai utk ditulis..

    sebabnye, setiap citer yg saya buat, jalan citernya spontan yg bnyak..

    saya buat citer yg xder plot, men tulis je..huhu bila plot, msti akan berubah gak jalan citer dr plot asal nnti :P

    so, sinopsis later ek.. :)

    thanks utk yg sudi membaca dan meninggalkan komen.. ^^V

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  29. missfie_za&Lynn_areMonday, January 30, 2012 at 7:48:00 PM GMT+8

    besh sngt2... lain dr yg lain... keep it up writer..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  30. ShadWednesday, February 1, 2012 at 1:15:00 AM GMT+8

    best2..dhira suka.. hehe.. cepat sambung..huhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  31. MisS_SyaWednesday, February 1, 2012 at 9:42:00 AM GMT+8

    oh my goshh..citer bru sis ker?????lambat sya bukakkkkkkk.. :( btw beshh sgt2 cam biasa.citer2 sis mmang xpernah mengecewakan sya!!next n3 plishh.. =3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  32. AnonymousWednesday, February 1, 2012 at 9:42:00 AM GMT+8

    best sgt sgt sgt sgt...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  33. UnknownWednesday, February 1, 2012 at 12:27:00 PM GMT+8

    tiada kata/ayat yg mampu menggambarkan perasaan ni...
    sungguh dirikuu ?????

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  34. AnonymousSunday, April 29, 2012 at 7:27:00 AM GMT+8

    Best..best...nk smbg baca lg...sgt best..tq

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  35. Ayu dzulkarnainSunday, May 6, 2012 at 7:35:00 PM GMT+8

    perghh tinggi melangit ego si ifran ni. kesian wawa jadi mangsa ega dia!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  36. AnonymousSunday, July 22, 2012 at 12:21:00 AM GMT+8

    Takutlah saye nak bace. Tapi kan, wawa tu mesti lawa gila-gila.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  37. AnonymousSaturday, October 13, 2012 at 1:58:00 PM GMT+8

    hahaha...nmpk gaya si tomboy heroin nya ya...tp biar bkn irfan hero nya..hahaha....wujud kn org ya ke-4...hahaha..surprise...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  38. AnonymousWednesday, November 28, 2012 at 1:28:00 PM GMT+8

    suka sgt nk bc sume cerita dlm nie. ..... sbrlah hatiku... nt kita smbung yer. anak nangis plak... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    7 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    7 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    10 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    10 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    12 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    15 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu