ARISSA
terpempan seketika. Dia memandang skrin telefon bimbitnya berkali-kali. Biar
betul mamat ni?? Arissa terasa sebak. Dengan tiba-tiba air matanya mengalir
deras ke pipi. Sampai hati Irfan Naufal cakap begini kepadanya..
‘I warn you. Don’t stick to my business..
Just stick to yours..’
Mesej
itu berupa duri yang sungguh berbisa. Aku ni siapa pada dia sampaikan aku tak
boleh mengambil tahu tentang kehidupan sosialnya? Arissa ingat lagi, dia hanya
bertanya di mana Irfan Naufal berada. Tetapi pertanyaannya itu dibalas dengan
mesej kejam tersebut. Bukan sekali itu Irfan Naufal melayaninya begitu, sudah
berkali-kali malah beratus kali.
Arissa
meneruskan langkah untuk ke keretanya yang berada tidak jauh dari situ. Arissa
baru keluar dari sebuah pusat membeli-belah di kawasan Bangi itu sebelum
mendapat mesej dari Irfan Naufal. Mujurlah lelaki itu lambat membalas mesejnya.
Jika tidak, dah tentu dia malu jika air matanya tumpah di depan khalayak ramai
di dalam pusat membeli-belah berkenaan.
Dalam
kekalutannya untuk memasuki kereta kerana tidak mahu air matanya disaksikan
oleh orang, dirinya terlanggar seseorang yang melalui lorong tempatnya berdiri.
Habis terjatuh kunci keretanya dari pegangan. Arissa cuba bersikap tenang
sambil mengelap air matanya cepat-cepat.
“Sorry, maafkan saya cik! Saya tak
sengaja..” ujar orang yang dilanggar oleh Arissa itu dengan nada penuh rasa
bersalah.
Arissa
tunduk untuk mengambil kunci keretanya di atas tanah. Tangannya tersentuh
dengan tangan orang itu yang juga turut duduk untuk mengambil kunci keretanya.
Arissa segera melarikan tangannya tanpa sempat mencapai kunci kereta. Dia
berdiri tegak semula. Matanya menangkap wajah seorang lelaki yang sungguh segak
dan bergaya. Lelaki itu memberikan kunci kereta Arissa sambil tersenyum mesra.
Tiba-tiba dahi lelaki itu berkerut-kerut bagai sedang memikirkan sesuatu.
Arissa yang tergamam melihat kekacakan lelaki itu terus menelan liur. Agaknya
hati Arissa sudah cair?
“It’s okay.. Bukan salah awak. Saya yang
langgar awak tadi..” balas Arissa lambat-lambat. Air liur ditelan lagi apabila
lelaki itu tertawa kecil. Amat memikat sekali!
“No, no.. Salah kita berdua..
Masing-masing nak cepat kut? Emm.. Saya macam pernah nampak awaklah. Kat mana
ek? Let me think..” lelaki itu
kembali mengerutkan dahi. Lembut sungguh dan serak-serak basah suara lelaki
itu, sikit-sikit macam perempuan.
Ah!
Lelaki semuanya sama kalau nak mengayat perempuan. Mesti akan cakap macam
pernah nampak perempuan tu. “Emm.. Awak salah orang kut? By the way, I’m so sorry, I have to go..”
“Wait, wait, wait! I remember now! Arissa
Maisarah, right? From Sekolah Menengah Teknik Kangar. Form 4 and 5 in PKEA
classes. Right? If I’m not mistaken..” potong lelaki itu cepat-cepat
sebelum Arissa sempat membuka pintu keretanya.
Mata
Arissa terbuka luas. Siapa pulak mamat ni? Tak pernah pulak aku nampak dia kat
sekolah tu? Macam mana dia kenal aku ni? Arissa sudah pelik. Pelik yang
teramat-amat. “Betul tu. Hmm.. Maaflah, saya tak berapa cam awaklah. Boleh
kenalkan diri?”
“Err..
Kita kan satu kelas. Takkanlah kau tak kenal aku?” sahut lelaki itu.
Giliran
Arissa pula yang berkerut dahi, cuba mengingati semula zaman sekolah yang sudah
hampir 8 tahun ditinggalkan. Mustahil aku tak kenal kawan-kawan sekelas aku!
Mungkin nama dah banyak yang lupa, tapi kalau tengok muka ni mana mungkin aku failed! Arissa sudah naik pening kepala
memikirkan tentang lelaki itu. “Sorry,
tak ingatlah. Serius. Boleh awak cakap aje siapa awak?”
“Ni
akulah. Kau takkan tak kenal kawan baik kau sendiri? Aku ni, Wawa. Adnin Najwa..”
balas lelaki yang baru sahaja memberitahu bahawa namanya adalah Adnin Najwa.
Najwa
itu nama perempuan. Takkanlah lelaki ni nak jadi perempuan kut? Muka dah kacak
yang amat, tapi sayang nak jadi perempuan. Eh, tapi.. Najwa? Najwa memanglah
kawan baik aku. Tapi, takkanlah dia ni Najwa kut? Najwa tu perempuan! Arissa
sudah terbeliak biji mata. Dipandang wajah ‘Najwa’ yang segak bergaya dengan
baju kemeja biru lembut dipadankan dengan seluar slack hitam. Rambutnya yang
pendek itu dipakaikan gel rambut dan digayakan mengikut trend masa kini. Kaca mata hitam kelihatan terselit kemas di
rambutnya. Kasut kulit hitam yang dipakai ‘Najwa’ kelihatan berkilat-kilat,
mungkin baru lepas digilap.
“Wa..
Wawa? But..”
“It’s really me. Cuba kau perhatikan
betul-betul muka aku ni!”
Arissa
cuba mengamati wajah ‘lelaki’ itu dengan teliti. Dari alis mata yang cukup
menawan kepada hidung yang mancung terletak serta bibir yang memang semulajadi
merah menyala. Arissa sudah yakin kini setelah lama betul dia meneliti wajah
Adnin Najwa. “Laa.. Wawa?!” Arissa betul-betul teruja apabila berkali-kali
Adnin Najwa mengangguk kepala. Tubuh sahabatnya itu dipeluk erat. Bau minyak
wangi lelaki yang dipakai Adnin Najwa sedikit-sebanyak membuatkan Arissa resah
entah mengapa. Bau itu sungguh memikat.
“Tapi
sekarang, nama manja aku, Ad. From now
on, please call me Ad instead of Wawa, that girly name..” ujar Adnin Najwa
sambil tergelak kecil.
“Ad?
Oh.. Manja betul tu. Tapi, kan.. Macam mana kau boleh berubah macam ni? Emm.. Sorry kalau kau tersinggung dengan
pertanyaan aku tapi aku memang ingat kau tu lelaki tadi, tau..” soal Arissa
tiba-tiba.
Adnin
Najwa berdehem kecil. Wajahnya bertukar serba-salah sama ada ingin menceritakan
kisah transformasinya ini atau tidak. Baik tidak kerana Arissa takkan faham.
“Hmm.. Boleh tak kita cakap pasal perkara lain? Apa kata kita cakap pasal diri
kau. Kau apa khabar sekarang? Dah makin lawa aku tengok.. Dah kahwin atau belum
ni? Agak-agak, dah 7 tahun kita lost
contact, rindu aku dekat kau tau tak?” Adnin Najwa menyentuh bahu Arissa
seraya berkata-kata. Pipi sahabatnya itu dielus lembut. Memang dia rindukan
Arissa kawan baiknya itu. Mereka terlalu rapat sewaktu di sekolah dulu. Macam
adik-beradik kembar yang memang serasi dan tidak boleh dipisahkan.
Rindu?
Berderau darah Arissa, jantungnya sudah berdegup tidak normal apabila Adnin
Najwa mengusap bahu dan pipinya. Haiii.. Adnin Najwa memang kacak. Dulu,
sahabatnya itu memang perempuan yang asli seaslinya. Tetapi sekarang, Adnin
Najwa terlalu berbeza, sangat berbeza. Penampilannya seperti lelaki itu memang
boleh mencairkan hati mana-mana perempuan pun yang melihatnya. Arissa pun tidak
tahu mengapa hatinya berasa lain macam melihat senyuman menawan Adnin Najwa
itu.
“Kau
okey ke?” soalan Adnin Najwa mengembalikan Arissa dari lamunannya yang entah
apa-apa. Arissa cuba tersenyum dengan wajah merona merah.
“Okey
aje.. Aku pun rindukan kau jugak.. Tapi nak buat macam mana, dah lepas seluruh
keluarga kau meninggal dunia lepas kemalangan tu, kau pindah tanpa pengetahuan
semua orang kampung. Sedih aku bila dapat tahu kau dah tak ada kat kampung kita
tu tau..” lirih bunyi nada suara Arissa. Memang dia sedih ketika Adnin Najwa
berpindah dulu.
Adnin
Najwa kelihatan sedang menahan rasa. Wajahnya berubah suram. Peristiwa
kemalangan yang meragut nyawa emak, ayah dan adik-beradiknya yang lain kembali
bergentayangan. Dalam suatu nahas jalan raya, nyawa seluruh ahli keluarganya
melayang dan dalam sekelip mata sahaja dia sudah menjadi sebatang kara. Wajah
emak, ayah, kakak dan dua adik lelakinya kini bermain-main di ruangan mata.
Tanpa sedar, air matanya bergenang. Hatinya sungguh sayu mengenangkan kembali
perkara itu.
“Ya
Allah, sorry Wawa.. Aku tak sengaja
bangkitkan soal tu.. Aku minta maaf buat kau sedih..” Arissa pantas meminta
maaf dan dia berasa sungguh bersalah kerana baru sahaja menyedihkan hati Adnin
Najwa dengan menyebut tentang kemalangan ngeri yang meragut nyawa ahli keluarga
Adnin Najwa 7 tahun lepas.
“Tak
apa, it’s okay.. Aku okey aje..
Lagipun peristiwa tu dah lama sangat berlalu. Aku redha dengan ketentuan
Allah.. And it’s Ad, not Wawa anymore,
okay?” balas Adnin Najwa lirih bersama sebuah senyuman pahit. “Kau pulak,
macam mana dengan life kau sekarang?
Okey tak? Kau dah ada buah hati ke?” Adnin Najwa cuba menukar suasana dengan
usikan itu. Keningnya terangkat-angkat.
Wajah
Arissa terus berubah sugul apabila terkenangkan Irfan Naufal yang melayaninya
dengan buruk. Tunangnya itu memang selalu sangat menyakitkan hatinya. Arissa
tiba-tiba sebak. Dia mengalirkan air mata dengan esakan kecil. Adnin Najwa
sudah kalut melihat sahabatnya itu yang tiba-tiba sahaja menangis. Aku dah
tersalah cakap ke? Ya Allah.. Adnin Najwa terus mengusap bahu Arissa. “Kau
kenapa ni, Rissa? Aku ada tersalah cakap? Sorrylah..
Sorry..”
“Hmm..
Aku.. Emm, tak ada apa-apalah Wawa, eh Ad.. Aku okey..” Arissa cuba berdalih
sambil mengelap air matanya yang tumpah tanpa henti-henti itu.
“Hisy,
kalau kau okey, kau takkan menangis sampai macam ni. Aku baru tanya sikit aje..
Kau ada masalah dengan boyfriend ke?
Baik kau beritahu aku..” Adnin Najwa mendesak. Sekurang-kurangnya jika Arissa
menceritakan masalahnya, beban hati gadis itu akan sedikit ringan. Walaupun
Adnin Najwa tidak dapat membantu sekalipun, dia berharap dapat meringankan
beban sahabatnya itu.
“Betul,
aku okey. Kau janganlah risau..”
“Kau
cakaplah, Rissa. At least, hati kau
rasa lega sikit lepas dah luahkan. Aku kan kawan baik kau?” pujuk Adnin Najwa
lagi.
Arissa
menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba melepaskan rasa sayu yang terbuku di
hatinya selama ini. Betul tu, Adnin Najwa memang sahabat baiknya yang selalu
dia percayai. Agaknya, pertemuan semulaku dengan dia mempunyai hikmah? Supaya
aku dapat meringankan beban hatiku yang sudah terlalu sarat dan berat ini?
Arissa memandang wajah Adnin Najwa.
Sahabatnya
itu tersenyum pahit, penuh simpati sambil mengelap air mata di pipinya. Kalau
ada orang ternampak perlakuan mereka ni, tentu orang itu akan menganggap Adnin
Najwa itu sebagai teman lelaki atau suaminya? Arissa berasa berdebar dengan
tiba-tiba apabila tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Adnin Najwa. Dia berasa
sungguh resah selepas dipeluk gadis itu yang berpenampilan seperti lelaki.
Ah,
sudah! Takkan aku tertarik dekat Wawa ni kut? Oh, please, I am normal.. Tapi, gadis mana-mana pun mesti akan cair
dengan ‘kekacakan’ Wawa sekarang ni. Kenapa agaknya Wawa berubah? Arissa ingin
bertanya namun lidahnya kelu. Dia tidak mahu Adnin Najwa berasa tidak selesa
jika dia bertanya soalan begitu. Sudahnya Arissa mematikan niatnya untuk
bertanya. Pelukan Adnin Najwa dibalasnya dengan lebih erat, entah mengapa.
DUA
MINGGU berlalu..
IRFAN
Naufal mendengus kasar. Dari jauh dia ternampak Arissa berpelukan dengan
seorang lelaki. Irfan Naufal berasa sakit hati dan tercabar kerana lelaki itu
sangat kacak dan bergaya. Patutlah sudah berhari-hari Arissa berkelakuan pelik
terhadapnya, rupa-rupanya Arissa ada lelaki lain? Arissa seolah-olah tidak mahu
peduli lagi tentangnya, malah sudah jarang sangat menelefonnya. Kalau telefon
pun, gadis itu akan banyak mendiamkan diri. Arissa ada lelaki lain rupanya?
Irfan Naufal bertambah berang apabila lelaki itu mengusap pipi Arissa pula. Dengan
sepenuh perasaan geram, dia berjalan menghampiri Arissa dan juga lelaki
terbabit.
“Woi,
betina! Ini kerja kau, ya? Ini kerja kau selama ni? Di depan aku bukan main
baik, setia.. Tapi kat belakang aku? Kau curang? Kau memang betina jalang!”
bentak Irfan Naufal dengan wajah merah menyala.
Tersentak
Arissa mendengar caci maki tunangnya yang tiba-tiba muncul entah dari mana itu.
Berdetuk-detak rasanya jantung Arissa ketika ini, hampir meletup dan terburai
keluar dari tubuhnya. Wajah merah menyinga Irfan Naufal itu ditatapnya dengan
penuh risau dan takut. “Awak, jangan salah faham. Dia ni kawan baik saya waktu
sekolah dulu!”
“Kawan
baik? Kawan baik dengan lelaki sampai berpeluk-peluk macam ni? Kau ingat aku ni
apa? Ingat aku lelaki bodoh? Macam tu?!” bentak Irfan Naufal lagi. Memang
hatinya terbakar melihat gadis kesayangannya di dalam pelukan lelaki lain.
Bukannya
dia tidak sayangkan Arissa selama ini, dia cuma tak mahu terlalu menunjukkan
sayangnya itu. Lagipun, dia yakin yang hati Arissa hanyalah miliknya. Tidak
mungkin gadis itu akan curang. Tetapi kini? Di depan mata kepalanya sendiri
Arissa curang! Dan kepercayaannya kini hancur punah. Arissa telah mengkhianatinya
dalam diam.
“Awak,
tolong dengar penjelasan saya.. Please,
don’t just jump into conclusion before you listen to me..” rayu Arissa
sayu.
“Encik,
tolong dengar penjelasan kami.. Kami tak ada apa-apa hubungan.. Jangan salah
faham..” Adnin Najwa pula yang bersuara.
“What? Listen to both of you? Siapa yang
dah buang air kat tengah-tengah jalan pun takkan mengaku dia yang buang air tu,
tau? Kau orang ni ibarat orang yang macam tulah. Dah buat perkara tak senonoh
macam tadi kat depan mata aku, malah depan khalayak ramai, kau nak cakap yang
semua tu nothing?”
Arissa
tergamam dan terus diam. Hatinya tersayat pedih mendengar kata-kata tunangnya.
Sampai begini sekali layanan lelaki itu terhadapnya? Arissa sungguh kecewa
apabila Irfan Naufal tidak mahu mempercayai kata-katanya.
“Kau
ni apahal? Kau nak buat dia menangis tiap-tiap hari macam tu? Kau sedar tak
yang kau dah banyak abaikan perasaan dia? Kau sedar tak yang dia dah banyak
terseksa kerana kau? Kalau ada lagi ramai lelaki macam kau ni, alamatnya ramai
perempuan akan hidup merana. Ini baru tunang, kalau dah kahwin nanti agaknya
hari-hari kau maki hamun dia? Mungkin kau pukul dia pulak..” Adnin Najwa sudah
naik angin.
Dia
memang geram dengan Irfan Naufal. Hampir setiap hari dia berjumpa dengan
Arissa, sahabatnya itu menangis. Selalu sahaja kisah caci maki Irfan Naufal
yang dia dengar dari mulut Arissa. Kini, dia menyaksikan pula secara live. Adnin Najwa merengus sambil
mengurut dahinya. Wajahnya yang putih melepak itu beransur kemerahan.
Arissa
yang mendengar kata-kata pembelaan Adnin Najwa itu terus berhenti menangis.
Tidak pernah lagi ada lelaki yang mengambil berat tentang perasaannya
sepertimana ‘lelaki’ seperti Adnin Najwa. Agaknya, sebab inilah tomboy selalu
disenangi oleh kebanyakan perempuan kerana mereka juga perempuan, yang memang
memahami perasaan seorang perempuan. Malah, ada perempuan yang berpasangan
dengan tomboy semata-mata kerana inginkan pasangan yang memahami diri mereka. Eh,
takkan aku sukakan Wawa kut? Ah, tak mungkinlah..
Irfan
Naufal yang mendengar kata-kata Adnin Najwa tadi, terus tertawa sinis. Dengan
wajah menyinga marah, dia memandang tepat ke halaman wajah Adnin Najwa. “Hebat!
Kau memang hebat.. Tak hairanlah si Rissa ni tergila-gilakan kau. Cakap
memanglah senang.. Kau tu berlakon bagus aje kan? Untuk tarik perhatian Rissa?
Macam tu? Nak rampas dia dari aku? Kau cubalah kalau kau nak rasa penumbuk
sulung aku kat muka kau tu!” cabar Irfan Naufal dengan perasaan geram yang
teramat sangat.
“Lantak
kaulah nak cakap apa pun. Aku tak kisahlah.. Aku bukan berlakon, tapi aku nak
kau tu sedar diri sikit. Sedar apa salah kau pada Rissa. Kau dah selalu sangat
buatkan dia menangis.. Kau langsung tak fikir dan selami perasaan dia ke?”
bidas Adnin Najwa dengan sesungguh hati.
Irfan
Naufal tergelak sinis lagi. Egonya rasa tercabar. “Okay, fine! Kalau kau nak sangat si Rissa ni, kau ambiklah. Aku pun
tak ingin perempuan macam ni untuk dibuat bini. Masa belum kahwin pun dia
berani curang. Entah-entah lepas kahwin nanti, dia buat hal yang lebih besar
pulak. Buat malu family aku aje..”
cemuh Irfan Naufal lagi dengan selamba. Memang dia langsung tidak terfikir akan
berkata begitu namun dia dah terlepas cakap. Dan kerana ego, dia tidak mahu
menarik balik kata-katanya tadi.
Arissa
terus terpempan mendengar bait ayat yang baru sahaja Irfan Naufal tuturkan. Dia
hampir terduduk ke atas tanah namun tubuhnya sempat dipaut oleh Adnin Najwa
yang berada di sebelahnya. “Sampai hati awak buat saya macam ni..” hanya itu
perkataan yang terkeluar dari bibir Arissa yang terketar-ketar.
“Woi!
Sampai bila baru hati kau tu puas, hah? Sampai bila kau nak sakitkan hati
Rissa?” marah Adnin Najwa dengan lantang.
Beberapa
orang awam yang melalui kawasan taman permainan berkenaan terus berkalih
pandang ke arah mereka bertiga. Mereka sudah berbisik-bisik sesama mereka,
tentu tertanya-tanya tentang apa yang sedang terjadi.
“What ever! You can take her as you may..
Mulai hari ni, aku dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan Arissa Maisarah..”
ujar Irfan Naufal lagi dengan penuh ego. Namun jauh di sudut hatinya, dia
berharap Arissa akan merayu-rayu supaya dia menarik semula kata-kata perpisahan
tadi. Dia tahu gadis itu takkan mampu hidup tanpanya.
“Okey,
kalau itu yang awak mahukan. Saya redha dengan keputusan awak.. Saya pun dah
penat sangat nak menangis. Dah banyak betul air mata saya tumpah disebabkan
oleh awak.. Terima kasih kerana meletakkan noktah pada hubungan kita yang dah
memang tak pasti ni..” balas Arissa lemah. Air matanya mengalir deras ke pipi.
Dalam tidak relanya, dia terpaksa juga melepaskan Irfan Naufal. Lelaki yang
teramat dia cintai.
Irfan
Naufal terasa jantungnya seperti ingin luruh selepas mendengar kata-kata pasrah
Arissa itu. Nampaknya benarlah dia bukan lagi lelaki yang Arissa cintai. Arissa
memang betul-betul curang terhadapnya. Arissa sudah berubah hati. Kalaulah
benar Arissa adalah Arissa yang dulu, tentu gadis itu akan merayu dan takkan
pasrah menerima perpisahan yang dia ungkapkan.
“Okey!
Aku balik dulu..” sahut Irfan Naufal perlahan, cuba beriak selamba walaupun
hatinya berasa sungguh kecewa.
Dia
terlalu sayangkan Arissa. Tidak tahukah gadis itu bahawa cintanya memang tulus?
Ah, biarlah! Aku takkan tarik balik kata-kata aku. Bukan salah aku! Irfan
Naufal terus berlalu. Dari ekor matanya, dia ternampak tubuh Arissa dipeluk
lagi oleh lelaki keparat itu. Memang dasar lelaki yang mengambil kesempatan!
Aku takkan lepaskan lelaki itu. Tunggulah..
IRFAN
Naufal duduk berteleku sendirian. Hidupnya sunyi tanpa Arissa. Tiada lagi sms
atau panggilan telefon dari gadis itu. Walaupun dia anak seorang Tan Sri dan
mempunyai banyak perempuan yang gilakannya, Arissa tetap gadis teristimewa
dalam hidupnya. Kehadiran gadis itu banyak mengajarnya erti perasaan dicintai
dengan sepenuh hati. Cinta sebenar yang memang miliknya seorang. Tapi akhirnya,
gadis itu tega menghancurkan segalanya itu? Irfan Naufal menghentakkan
penumbuknya ke dinding batu biliknya. Dadanya bergelora hebat.
Telefon
bimbitnya berbunyi nada deringan mesej. Sudah lama dia menunggu mesej tersebut masuk.
Selepas membaca mesej itu, dia terus ke komputer ribanya, membaca isi kandungan
email yang dihantar oleh orang yang menghantar mesej ke telefonnya tadi. Lama
dia memerhatikan gambar-gambar yang dihantar bersama dengan beberapa butiran
mengenai lelaki yang bersama Arissa tempoh hari.
Betapa
terkejutnya Irfan Naufal selepas mengetahui bahawa ‘lelaki’ itu sebenarnya
adalah seorang perempuan. Maknanya, tomboy? Atau pengkid? Berani dia goda
Arissa? Rampas Arissa dari aku? Irfan Naufal terduduk di birai katil. Dia
menatap wajah Arissa yang sedang tersenyum di dalam potret gambar di atas meja
berhampirannya. Rissa sayang, Rissa tinggalkan Ir kerana si tomboy tu? Irfan
Naufal terasa sayu.
Irfan
Naufal meraup wajahnya berkali-kali sebelum bangun merapati dinding. Dia
bersandar di situ seketika sebelum mengerutkan dahi berfikir mengenai Arissa
dan juga tomboy tak guna itu. “Aku mesti ajar pengkid tak guna tu! Ya, aku
mesti ajar dia! Aku paling benci dengan lelaki atau perempuan yang teringin
mengubah jantina, macam tak sedar diri. Pengkid tu mesti tahu yang dia hanyalah
seorang perempuan yang lemah. Takkan dapat melawan kudrat lelaki macam aku!”
kepala Irfan Naufal terangguk-angguk. Hatinya sudah dikuasai nafsu serta
syaitan.
Irfan
Naufal berbaring di atas katilnya, berfikir lagi. Sebuah rancangan perlu diatur
untuk mengajar pengkid atau tomboy yang bernama Adnin Najwa itu. Irfan Naufal
berkalih kedudukan, dia mengiring pula ke sebelah kiri. Dahinya berkerut seribu
tanda sedang berfikir dengan ligat. Lama juga dia berfikir, akhirnya dia
mendapat suatu idea untuk mengajar Adnin Najwa. Bibirnya terus mengukir
senyuman penuh muslihat.
IRFAN
Naufal merenung jauh ke wajah Arissa yang baru sahaja datang ke meja yang
didudukinya. Suasana restoran makanan segera itu agak sibuk dengan orang ramai
serta bising dengan suara kanak-kanak. Arissa duduk di hadapan Irfan Naufal
dengan wajah mencuka. Apa lagi yang lelaki ini mahukan darinya? Arissa
menundukkan wajah apabila Irfan Naufal masih merenungnya bagai ada makna
tersirat itu. Dia tidak mahu datang tadi selepas menerima panggilan dari lelaki
itu. Dalam tidak mahunya, dia datang juga kerana jauh di sudut hatinya, dia
terlalu rindukan Irfan Naufal. Dan dia berharap, Irfan Naufal akan merayu-rayu
ingin kembali bersamanya.
“Cantik
Rissa hari ni? Berseri-seri lagi tu.. Mesti sebab dah berbahagia dengan ‘boyfriend’ baru Rissa tu, kan?” getus
Irfan Naufal separuh mengejek.
Arissa
mengangkat mukanya dengan pantas. Dia tidak percaya Irfan Naufal masih
meraguinya dan masih suka menyakiti hatinya yang sedia luka ini. Matanya terasa
panas kerana ada air jernih yang bergenang. Hatinya sakit mendengar ejekan
Irfan Naufal tadi.
“Nak
jumpa saya buat apa ni, Ir? Saya sibuk.. Tolong cepat sikit..” bidas Arissa
dengan berani. Dia cuba menahan perasaan sayunya.
“Sibuk?
Walaupun sibuk, Rissa sanggup jugak datang jumpa Ir ni.. Thanks a lot!” ujar Irfan Naufal bangga. Dia tahu, Arissa
merinduinya dari riak wajah gadis itu. Sebab itulah gadis itu sudi datang
berjumpanya.
“Cepatlah
cakap, Ir.. Awak nak apa ni? Kalau tak ada apa-apa, baik saya balik aje..” gesa
Arissa lagi separuh mengharap. Dia amat berharap Irfan Naufal akan memintanya
kembali dalam hidup lelaki itu.
Irfan
Naufal tersenyum sinis. Dia mengeluarkan sebuah kotak baldu kecil dari dalam
kocek seluarnya. Kotak yang berupa kotak cincin. “Nah, Rissa ambik balik. Ir
pulangkan cincin tunang kita..” ucap Irfan Naufal dalam hati yang sangat berat.
Namun kerana ego, dia paksakan juga dirinya.
Hampir
terjatuh air mata Arissa melihat kotak cincin itu yang telah disorongkan ke
arahnya oleh Irfan Naufal. Air muka lelaki itu selamba sahaja, bagai tiada
apa-apa pun perasaan ketika memutuskan tali pertunangan mereka secara rasmi
hari ini. Mungkin benar, Irfan Naufal sudah tidak sayangkan dia lagi.
Arissa
gagahi dirinya mengambil kotak kecil berwarna merah hati serta berbaldu itu.
“Okey.. Kalau macam tu, saya pun nak pulangkan jugak cincin saya..” ujar Arissa
sambil menanggalkan cincin yang masih tersemat kemas di jari manisnya lalu
disorongkan ke arah Irfan Naufal. Dan kini lelaki itu beriak sedikit terkejut.
Irfan
Naufal tidak menyangka, Arissa sanggup menerima segalanya apabila dia
memutuskan tali pertunangan mereka. Dia cuba membuat wajah selamba sambil mengambil
cincin yang Arissa berikan padanya. “My
parents will talk to your parents shortly.. Mungkin dalam sehari dua ni..”
balas Irfan Naufal.
“Now, let’s eat. Ir dah pesankan makanan
kegemaran Rissa ni. Untuk kali terakhir kita jumpa ni, jom makan sama-sama..
Ni, air milo ais.. Your most favorite..”
kata Irfan Naufal, dengan sengaja melayangkan tangannya ke arah milo ais
tersebut sehingga tertumpah airnya ke atas ribaan Arissa. “Opss! Sorry!”
“It’s okay.. Saya ke tandas kejap..”
balas Arissa lirih. Dia bangun menuju ke tandas berhampiran. Memang dia
berhajat untuk ke tandas dan menangis sepuas-puas hatinya untuk masa sekarang.
Air matanya sudah tidak dapat ditahan lebih lama. Dadanya terasa sungguh sebak
melihat Irfan Naufal begitu bersahaja bagai tiada apa-apa perasaan lagi
terhadapnya.
Irfan
Naufal tersenyum sinis selepas Arissa berlalu. Dengan pantas, dia mencapai beg
tangan Arissa. Telefon bimbit gadis itu diambilnya cepat-cepat lalu dimatikan
dan disimpan ke dalam kocek seluarnya. Ini adalah sebahagian dari rancangannya
untuk mengajar Adnin Najwa nanti. Selepas meletakkan semula beg tangan Arissa
di tempat asal, Irfan Naufal terus selamba mengunyah makanan yang terhidang.
Dia
yakin, selepas ini Arissa takkan pulang ke rumah dan akan ke suatu tempat yang
biasa gadis itu pergi jika menghadapi tekanan perasaan. Dan rancangannya akan pasti
berjaya jika gadis itu tidak pulang ke rumah. Irfan Naufal tahu, Arissa sedih.
Irfan Naufal cuma hendakkan Arissa merayu-rayu kepadanya ingin kembali. Dia
akan tunggu sehingga gadis itu merayu kepadanya barulah dia akan menerima
Arissa semula. Egonya sebagai lelaki terlalu menggunung tinggi. Dia tidak akan
kalah!
ADNIN
Najwa berlari-lari anak merentasi koridor hotel bertaraf lima bintang itu.
Hatinya begitu risaukan Arissa. Sudah banyak kali dia menelefon serta
menghantar sms kepada gadis itu, satu pun langsung tidak dibalas atau dijawab.
Adnin Najwa juga telah ke rumah Arissa namun gadis itu tiada di rumah. Dia
sungguh risau selepas menerima suatu panggilan telefon yang menyuruhnya datang
ke bilik 1520 di hotel berkenaan seorang diri tanpa memberitahu sesiapa atau
pun pihak polis. Kalau tidak, nyawa Arissa yang akan melayang. Adnin Najwa
percaya, Arissa telah diculik lelaki berkenaan dan dengan berbekalkan pengetahuan
silatnya, Adnin Najwa memberanikan diri menjejakkan kakinya ke hotel itu.
Pintu
bilik suite 1520 itu pantas diketuk
berkali-kali. Setelah agak lama mengetuk pintu berkenaan, akhirnya pintu bilik
itu terbuka sedikit demi sedikit. Wajah Irfan Naufal menjelma di ruangan mata
Adnin Najwa. Terkejutnya Adnin Najwa bukan kepalang. Pantas sahaja lelaki itu
mengunci pergelangan tangannya lalu dirinya ditarik dengan cepat memasuki bilik
itu.
“Woi!
Kau ni apahal? Kau dah gila ke culik tunang sendiri??” bentak Adnin Najwa
dengan lantang.
Irfan
Naufal tertawa besar. Dia mengilas tangan Adnin Najwa dan menguncinya kemas-kemas.
Tubuh gadis tomboy itu dipeluknya dari belakang, ingin memastikan Adnin Najwa
tidak dapat berbuat apa-apa. “Apa maksud kau ni? Aku culik Rissa? Mana ada..?”
“Kau
yang culik dia, suruh aku datang sini kan? Kau memang dah gila!” tempik Adnin
Najwa sambil cuba untuk menyiku perut Irfan Naufal namun tidak sampai. Lelaki
itu tertawa lagi.
“Aku
tak ada culik sesiapa pun. Apa yang kau merepek ni?” beritahu Irfan Naufal
dengan sinis.
“Habis
tu, apa kau nak dari aku? Kau jangan pandai-pandai, aku tahu silat. Kau jangan
merendahkan kebolehan silat aku!” ugut Adnin Najwa seboleh-bolehnya.
Irfan
Naufal tertawa besar sekali lagi. “Hei! Kau ingat setakat bersilat tu, kudrat
kau boleh lawan kudrat aku ke? Sedarlah diri sikit yang kau tu hanya seorang
perempuan yang lemah! Okey, kita cuba lawan.. Cuba kau buka langkah silat kau?”
Irfan Naufal melepaskan tubuh Adnin Najwa.
Adnin
Najwa pelik bagaimana lelaki itu boleh tahu bahawa dia adalah seorang
perempuan. Hmm.. Mungkin Arissa yang beritahu agaknya? Adnin Najwa sudah
bersedia dengan langkah silatnya. Dia berasa sungguh tercabar. Irfan Naufal
hanya tertawa melihat. Setakat silat gayung tu, apalah sangat? Aku ada tali
pinggang hitam dalam taekwondolah. Tak takut langsung.. “Wei, sudah-sudahlah
tu.. Bosan aku tengok.. Lemah sangat!” kutuk Irfan Naufal.
“Kau
cakap aku lemah? Ambik ni!” Adnin Najwa mula menyerang namun pantas sahaja
tubuhnya dikunci lagi oleh Irfan Naufal. Memang kudrat dan skill lelaki itu
lebih hebat.
Irfan
Naufal memeluk pula tubuh Adnin Najwa dengan erat. “Kau tak payah cuba. Aku ada
black belt dalam taekwondo..
Sekarang, biar aku ajar kau cara-cara nak jadi perempuan! Sebab kau tu bukan
lelaki, ada hati nak jadi lelaki? Kau nak bukti yang kau tu perempuan?” bisik
Irfan Naufal ke telinga Adnin Najwa.
“Diam!!
Kalau kau tak tahu pasal diri aku, kau diam!!” teriak Adnin Najwa dengan suara
yang agak kuat. Kisah hidupnya yang penuh penderitaan kembali terlayar di
ruangan matanya. Tanpa sedar, air mata mengalir deras ke pipinya yang sudah
kemerahan menahan geram.
“Aku
tahu pasal diri kau. Kau tu perempuan yang nak jadi lelaki, kan? Biar aku
buktikan yang kau tu adalah perempuan! Ni buktinya!” Irfan Naufal bertindak
rakus. Dia mengoyak baju t-shirt hitam yang dipakai Adnin Najwa. Habis
ternampak bengkung yang dipakai gadis itu. Bahu dan dada putih melepak gadis
itu terserlah.
Adnin
Najwa mulai kalut. Dia terbayang semula kisah silam yang menyebabkan dia
terpaksa merubah penampilan diri sampai macam ini. Selepas ahli keluarganya
meninggal dunia dalam kemalangan itu, dia kerapkali berjumpa dengan orang yang
ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana pada masa itu dia memang
seorang gadis yang digilai ramai. Paras rupanya yang jelita serta kulitnya yang
putih menggebu sentiasa membuatkan ramai lelaki ingin mendekatinya, malah ada
yang ingin merogolnya.
Sebab
itulah dia bertekad untuk mengubah penampilan diri dan berpindah dari
kampungnya ke tempat yang tiada sesiapa pun mengenalinya. Apa yang dia
harapkan, hidupnya akan lebih selamat jika dia begini kerana hidupnya sebatang
kara. Dengan usahanya dan modal daripada harta peninggalan arwah emak dan
ayahnya, dia berjaya membentuk sebuah perniagaan butik sendiri di Kuala Lumpur
ini. Tidak terduga, dia berjumpa semula dengan kawan baik sewaktu
persekolahannya iaitu Arissa. Dia tidak boleh berpura-pura tidak mengenali
gadis itu kerana Arissa memang seperti adiknya sendiri. Bersama Arissa
membuatkan dia terasa seperti bersama dengan ahli keluarganya sendiri.
“Kau
tu perempuan! Kau nak aku buktikan lagi ke?” pekikan Irfan Naufal mengejutkan
Adnin Najwa dari lamunannya tentang masa lalu.
“Tolonglah
jangan.. Aku merayu kat kau..” rayu Adnin Najwa dengan linangan air mata.
“Oh,
pandai pulak kau merayu? Kau takut ke? Kau kan ada semangat lelaki dalam diri
kau. Buat apa kau nak takut? Kita kan sama-sama ‘lelaki’. Apa kau nak
takutkan?” kata Irfan Naufal sambil memegang bengkung di badan Adnin Najwa.
Berkali-kali
pipi gadis itu ditamparnya apabila gadis itu ingin melawan serta melarikan
diri. Dengan pantas, dia merungkai ikatan serta balutan bengkung itu dari tubuh
Adnin Najwa. Naluri lelaki Irfan Naufal berkocak hebat melihat tubuh Adnin
Najwa yang segar itu. Kulit gadis itu yang halus dan putih melepak, menambahkan
keinginannya. Irfan Naufal sudah dikuasai nafsu serta iblis yang menghasut.
Air
mata Adnin Najwa terus mengalir laju apabila Irfan Naufal bertindak mencumbui
lehernya serta mengangkatnya ke atas katil. “Tolonglah! Tolong jangan buat aku
macam ni! Tolonglah..”
Namun
Irfan Naufal bagai tidak mahu peduli lagi. Entah apalah yang merasuk lelaki itu
sehinggakan rayuan Adnin Najwa langsung tidak didengarinya. Adnin Najwa ingin
menjerit tetapi tangan Irfan Naufal menutup mulutnya, sehinggalah dia lemah dan
tidak berdaya untuk menjerit lagi. Ya Allah… Adakah ini balasan-Mu untukku
kerana murka dengan diriku yang mengubah penampilanku menjadi lelaki dan tidak
menjaga auratku sebagai perempuan? Ya Allah, ampunilah aku.. Dan air mata Adnin
Najwa terus mengalir tanpa jemu..
haish... psiko ! huuuu,, =.="
ReplyDeletebest-2 .. smbung lagi kak ^___^
ReplyDeletewow! best sangat-sangat cerita ni... lain dari lain.. Irfan memang lelaki yang ego... kesian Adnin... kesian Arissa... sambung lagi kak... ^^
ReplyDeleteGood job auni...Qaseh percaya cerita ni pun sehebat cerita novel auni yg lain...
ReplyDeletePendapat Qaseh...permulaan cerita ni mmg hebat..lain dari yg lain...
tak suka!!! kenapa asyik macam ni??? lelaki mesti hilang diri gara-gara nafsu!!! tak suka!!!
ReplyDeletejangan diapa-apakan adnin najwa!! ctolonglag!! adnin ni takkan tak reti cakap allah!! biar irfan tu sedar sikit!!!
best.kesian rissa.. XD
ReplyDeletesmbung lagi..
ReplyDeletecpt smbung lg......
ReplyDeletekenapa eK, setiap kali baca atarting novel kak auni, jiwa mesti berkecamuk? tak faham! hebat sangat kut penangan kak auni ni!!
ReplyDeletetak faham dengan irfan ni!!! benci benci benci!!! tak suka lelkai yang suka buat maksiat!!! tak suka!!! hentikan irfan!! hentikan!!!!
sambung ag kak auni..harap2..kesucian adnin x diragut oleh mamaat yg bajet good tu..geram tol..
ReplyDeletehuhu...next n3 akan disambungkan lagi nnti..
ReplyDeletetq smua kerana sudi singgah baca & komen :)
lelaki ni memang ego melampau, org yg tak berkaitan pun nak dendam.
ReplyDeletei likeeee :) nak n3 baru plzzzz....hehehehe
ReplyDeleterasa macam nak fire2 je Irfan Naufal tu! Hish2, sambung lagi ye kak auni! :D
ReplyDeleteYA ALLAH best citer..:))
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesy nangis dgn nasib adnin..dh la yatim piatu..pastu kene buat camtu dgn irfan.. :'(
ReplyDeletecpt2 sambung citer ni ye
Salam kak auni
ReplyDeleteyeaaayyy ade cte baru ^^
gempak je bab awal2 ni suspen pun ade hehehe
cam mne nasib Najwa tu kena tangkap khalwat ke dorg tu or saje je irfan buat cam tu untuk hajar Najwa cam terlebih je irfan buat..haihh kesian la Najwa tu cpat2 sambung kak auni x sabar nak tau seterusnya....
heroin sebenar ni sape erkk Arissa or Najwa??? saya nak Najwa boleh ke?? nak tau masa lampau dia tu yg leh ubah dia cenggitu
kak yang mana satu heroin ni ? Najwa ke Arissa ? btw best sangt2 >.<
ReplyDeleteadakah arissa dengan najwa akan bergaduh??? irfan nanti pilih siapa? banyak persoalan yang berada di minda~
ReplyDeletekejam betul irfan..... rasanya mesti najwa heroin erk.....
ReplyDeletegiler... jahatnya irfan!!!! i'll wait fir the next ep. ^^v
ReplyDeletesapa heroinnye?sy pilih najwa, boleh...nak taw kisah najwa...sian najwa...knp la si irfan nih wat cam tu kt najwa...clap2 boler terkahwin plk diorg ni nti...ape jadi kat arissa ye..
ReplyDeletebgla sinopsis cite ni leh x auni..he3
ReplyDeleteawesome... tgu next entrY! chaiyokk.. hehe
ReplyDeletepergh..marahnya akak ngan sikap biadap mamat irfan tu..mentang mentang dia anak Tan Sri..dia ingat ..dia boleh buat apa saja pada org yg selemah Ad..
ReplyDeleteMengharap agar Ad dapat melepaskan diri daripada mahluk perosak tu..tanpa dirinya dirosak oleh lelaki yg biadab itu..
wahhh..new story..congratz auni..
ReplyDeletecerita ni nampak best even baru bab 1-2...
siapakah watak utama? kisah apakah?
hope adnin heroinnya dan irfan bertanggungjwb... agak sadis part last...ya Allah, kesian dia...
apa-pun x kisahlah cerita pasal siapa, itu hak penulis :)
harap cik writer dapat mengembangkan cerita dgn lebih baik dan jadikan karya ini yang terbaik :)
salam,
ReplyDeletekepada yg tertanya2 sape heroin citer ni, Adnin Najwa heroinnye.. :)
sinopsis blom jumpa ayat yg sesuai utk ditulis..
sebabnye, setiap citer yg saya buat, jalan citernya spontan yg bnyak..
saya buat citer yg xder plot, men tulis je..huhu bila plot, msti akan berubah gak jalan citer dr plot asal nnti :P
so, sinopsis later ek.. :)
thanks utk yg sudi membaca dan meninggalkan komen.. ^^V
besh sngt2... lain dr yg lain... keep it up writer..
ReplyDeletebest2..dhira suka.. hehe.. cepat sambung..huhu
ReplyDeleteoh my goshh..citer bru sis ker?????lambat sya bukakkkkkkk.. :( btw beshh sgt2 cam biasa.citer2 sis mmang xpernah mengecewakan sya!!next n3 plishh.. =3
ReplyDeletebest sgt sgt sgt sgt...
ReplyDeletetiada kata/ayat yg mampu menggambarkan perasaan ni...
ReplyDeletesungguh dirikuu ?????
Best..best...nk smbg baca lg...sgt best..tq
ReplyDeleteperghh tinggi melangit ego si ifran ni. kesian wawa jadi mangsa ega dia!!
ReplyDeleteTakutlah saye nak bace. Tapi kan, wawa tu mesti lawa gila-gila.
ReplyDeletehahaha...nmpk gaya si tomboy heroin nya ya...tp biar bkn irfan hero nya..hahaha....wujud kn org ya ke-4...hahaha..surprise...
ReplyDeletesuka sgt nk bc sume cerita dlm nie. ..... sbrlah hatiku... nt kita smbung yer. anak nangis plak... huhuhu
ReplyDelete