ADNIN
Najwa melihat ke sekeliling tempat yang terasa asing baginya itu. Inilah kali pertama kakinya menjejaki negeri
Perlis ini setelah 8 tahun. Dulu, di negeri inilah dia bersekolah bersama-sama Arissa. Adnin Najwa mengusung beg
pakaiannya, satu digalas di bahunya manakala satu lagi dipegangnya erat-erat.
Kereta sewa yang dinaikinya tadi diparkir berhampiran kawasan perumahan itu.
Rumah teres dua tingkat menjadi rumah sewa sementaranya kini.
Tanpa
melengahkan masa lagi, Adnin Najwa melangkah ke arah pintu pagar rumah
bernombor 33 itu. Dia diberitahu, dia bakal menyewa bersama seorang lagi
penyewa lain yang sudah lama menyewa di situ. Adnin Najwa menelan air liur, dia
agak gemuruh mahu berjumpa dengan bakal teman serumahnya itu. Entah
bagaimanalah orangnya.
Berkali-kali
juga Adnin Najwa memberikan salam, barulah salamnya dijawab dari dalam rumah.
Kuat juga suara gadis itu. Rasanya suara gadis itu memang mampu membuatkan
seluruh perumahan ini bergegar. Rasa lucu pula lalu Adnin Najwa tersenyum
sendiri. Adnin Najwa memandang wajah seorang gadis comel yang berjalan
menghampirinya beserta sebuah senyuman manis.
“Saya
Adnin Najwa, penyewa baru kat rumah ni. Awak ni mesti Tinie kan? Mak cik Eton
ada beritahu pasal awak kat saya..” suara serak-serak basah Adnin Najwa itu
membuatkan gadis comel tadi tersenyum lebih lebar. Mungkin gembira menyambut
kedatangan Adnin Najwa sebagai teman serumahnya.
“Ya,
saya.. Nice to meet you.. Jomlah
masuk rumah dulu. Kita kena berkenalan lebih rapat ni.. Hee.. Bestnya dapat teman serumah. Dah lama
dah saya dok tunggu-tunggu nak ada teman serumah.. Biasalah bila duduk rumah
sorang-sorang ni, bosan. Macam nak gila pun ada kadang-kadang tu..” seloroh
Tinie di dalam loghat utara sambil tertawa kecil. Adnin Najwa juga tertawa. Sporting jugak rupanya housemate aku ni. Rasanya okey kut dia
ni..
“Okey,
jomlah..” balas Adnin Najwa perlahan, masih dalam saki-baki ketawanya tadi. Mereka
berjalan beriringan menuju ke dalam rumah selepas berjabat salam sesama mereka.
HAMPIR
sepetang dia dan Tinie berborak, Adnin Najwa meminta diri untuk naik ke bilik.
Kebanyakannya, mereka bersembang tentang perihal diri Tinie. Ternyata kehidupan
Tinie jauh lebih bahagia darinya. Ada ahli keluarga yang ramai, seorang tunang
yang menyayanginya sepenuh hati dan juga kerjaya Tinie yang agak bagus iaitu ketua
kerani.
Manakala
Adnin Najwa pula hanya menyebut tentang ahli keluarganya yang sudah tiada
sahaja, tidak lebih dari itu. Dia tidak mahu kisah silamnya dan juga kisah
mengenai Irfan Naufal diketahui oleh sesiapa. Kisah hatinya yang masih luka
berdarah, dipendamkan begitu sahaja demi meneruskan sisa-sisa hidup yang ada.
Dia perlu cekal dan tabah menghadapi dugaan yang Allah SWT berikan buatnya.
Adnin
Najwa melabuhkan punggungnya ke atas katil empuk di dalam bilik yang sederhana
besar itu. Badannya dibaringkan dan pandangannya dihalakan ke siling bilik
tersebut yang kosong. Angin dari kipas dinding yang tergantung di sebelah
kirinya dibiarkan membelai-belai kulit pipinya yang halus. Tanpa dipinta, air
matanya bergenang lalu jatuh berderai ke pipi. Dia terlalu menderita. Dia tidak
boleh duduk berseorangan begini, tentu kisah silamnya akan kembali
berputar-putar di dalam benaknya. Beban deritanya, hanya dia dan Allah SWT
sahaja yang mengetahuinya. Beban yang selama ini ditanggungnya seorang diri.
Sudah
dua minggu haidnya lewat. Adnin Najwa bimbang jika dia hamil akibat dari
perbuatan lelaki durjana itu. Irfan Naufal. Nama yang tidak akan sesekali dia
lupakan. Lelaki itulah yang telah memusnahkan segala sisa-sisa impiannya untuk
hidup tanpa gangguan sesiapa selepas dia kehilangan ahli keluarganya. Ya Allah,
kuatkanlah hati aku untuk menempuh dugaan yang Engkau berikan ini.. Hanya satu
yang aku pinta, lindungilah aku dari mengandungkan benih lelaki dayus itu..
Lindungilah aku.. Aminn..
Dan
air mata Adnin Najwa terus mengalir deras meratapi nasibnya dalam perasaan yang
penuh kehibaan..
HAMPIR
dua bulan berlalu..
BUTIK
baru Adnin Najwa yang baru beroperasi sebulan yang lepas kelihatan penuh dengan
pelanggan-pelanggan muda dan juga pertengahan umur. Kebanyakan mereka adalah
perempuan. Alhamdulillah.. Di mana sahaja dia membuka butik, perniagaan Adnin
Najwa sentiasa memberangsangkan. Rekaannya memang selalu menjadi kegemaran penggemar-penggemar
fesyen feminin dan juga muslimah.
“Syiha,
boleh tak tunjukkan rekaan terbaru saya dekat cik ni?” laung Adnin Najwa kepada
salah seorang pekerjanya yang baru sahaja diambil bekerja seminggu yang lepas.
Termasuk
Adnin Najwa sendiri dan juga Syiha, terdapat 4 orang yang bekerja di butik itu.
Saleha dan Taharah kelihatan tersenyum ke arah Adnin Najwa yang sedang
memerhatikan mereka bekerja. Biasalah mata majikan ni memang tajam sikit.
Tetapi tidak dinafikan, Adnin Najwa adalah seorang majikan yang baik. Mereka
bertiga memang selesa bekerja di butik tersebut.
“Assalamualaikum!”
tegur seseorang dari arah belakang Adnin Najwa. Hampir tercabut nyawanya kerana
terlalu terkejut. Mana tidaknya, kan dia sedang khusyuk memerhatikan
pekerja-pekerjanya melayani para pelanggan. Tiba-tiba pula ada orang yang
menyergah dari belakang, mestilah terkejut beruk!
“Waalaikumussalam,
Tie! Kenapa suka sangat buat aku terkejut ni, hah? Nak kenalah kau ni!” rungut
Adnin Najwa apabila ternampak sengihan Tinie yang agaknya sudah sampai ke
telinga itu.
“Ehh,
sorrylah. Aku bukan berniat pun nak
terkejutkan hang!” balas Tinie dengan wajah bersalah. Loghat utaranya
kedengaran lagi. Dia duduk di sebelah Adnin Najwa yang sedang memegang sehelai
baju kebaya labuh berwarna merah hati.
“Yelah,
aku maafkan. Lain kali, kalau kau buat aku terkejut lagi, siaplah kau aku
kerjakan!” ugut Adnin Najwa separuh bergurau. Dia tertawa kecil melihat wajah
Tinie yang berpura-pura cuak. Gadis itu juga tertawa kecil kemudiannya.
“Ehh,
lawalah baju kebaya yang hang pegang tu. Rekaan baru hang, eh? Serius memang
cantiklah! Tapi, aku macam pernah nampak..” puji Tinie lalu segera mencapai
baju kebaya yang dipegang Adnin Najwa.
Adnin
Najwa tersenyum kecil. Dia mengangguk-angguk. “A’ah.. Rekaan baru aku. Kan aku
ada tunjukkan kat kau masa aku lukis rekaan baju ni kat atas kertas hari tu!”
“Oh,
betullah! Patutlah macam pernah nampak..” kata Tinie sambil menepuk dahi. Dia
tersengih-sengih, malu sendiri. Adnin Najwa hanya menggeleng-geleng.
“Cik,
dekat butik ni ada tak rekaan untuk ibu mengandung? Saya nak belikan baju untuk
isteri saya..” tanya seorang pelanggan lelaki yang baru sahaja memasuki butik
Adnin Najwa.
Terus
hati dan fikiran Adnin Najwa menjadi berkecamuk selepas mendengar perkataan
‘ibu mengandung’. Mana tidaknya, sudah hampir dua bulan haidnya tidak datang.
Bagaimana jika dia mengandungkan benih dari lelaki yang telah merosakkannya
kira-kira dua bulan yang lalu? Kening Adnin Najwa berkerut-kerut, dahinya sudah
dibasahi peluh dingin.
“Wawa,
orang tu tanya tu. Jawablah!” panggil Tinie yang agak pelik melihat wajah Adnin
Najwa yang tiba-tiba berubah.
Adnin
Najwa tersentak dari lamunannya. Dia tersenyum pahit membalas senyuman lelaki
tadi. “Maaf, encik. Kami tak jual pakaian.. Emm.. Pakaian.. Pakaian perempuan
hamil..” balas Adnin Najwa lambat-lambat. Wajahnya terus dibasahi peluh dingin.
“Oh,
kalau macam tu, tak apalah. Saya cari kat butik lain. Terima kasih, eh..” sahut
lelaki itu sambil berlalu.
Tinie
memandang pelik ke wajah Adnin Najwa yang sudah berpeluh agak banyak padahal
penghawa dingin di dalam kedai itu begitu kuat. Cukup untuk membuatkan tubuh
Tinie terketar-ketar kesejukan. Tinie menggerakkan bahu Adnin Najwa yang sedang
mengelamun lagi. “Hang okey ke tak? Awat ni, Wawa oi?”
“A..
Aa.. Aku okey..” getus Adnin Najwa perlahan. Matanya dilarikan dari
bertentangan dengan mata Tinie yang sedikit membesar itu. Bimbang gadis itu
tahu bahawa dia berbohong.
“Kalau
okey, tak apalah. Haa, sebenarnya aku datang sini nak bawakan makanan kegemaran
hang. Aku masak lebih sikit tadi, teringat kat hang bila tengok gulai ikan yu
ni.. Lagipun, aku cuti hari ni. Tu yang ada masa datang jenguk hang ni!” kata
Tinie sambil mengeluarkan satu bekas makanan dari dalam beg kertas yang berada
di atas ribaannya.
“Ye
ke? Baiknya housemate aku ni! Bertuah
aku dapat housemate macam kau. How thoughtful of you!” tersenyum lebar
Adnin Najwa, terkelip-kelip matanya memandang Tinie.
“Biasalah!
Tengoklah siapa housemate hang! Aku
memang pun baik!” puji Tinie pada dirinya sendiri.
“Aisehh,
perasan pulak dia!” Adnin Najwa tertawa sambil memerhatikan tingkah laku Tinie
yang sedang membuka tudung bekas makanan tersebut. Gadis itu mengajukan bekas
makanan itu ke arah Adnin Najwa. Bau aroma gulai ikan yu itu begitu kuat
menyucuk hidung Adnin Najwa. Dengan tidak semena-mena, Adnin Najwa terus
memicit hidungnya dengan kuat. Entah mengapa gulai kegemarannya itu membuatkan
tekaknya terasa meloya pula pada hari ini. Hilang seleranya terhadap gulai
tersebut. “Err.. Kau letak je kat sana.. Sana..”
“Eh,
awat pulak ni? Bukan ke hang suka gulai ikan yu ni? Hari ni macam tak suka
pulak!” balas Tinie, sedikit berjauh hati. Yalah, penat-penat dia masakkan
untuk Adnin Najwa. Tengok-tengok pula, gadis itu seperti tidak mahu memakan
gulai masakannya tersebut.
“Bukan!
Bukan macam tu, Tie.. Aku macam tak ada selera sikit nak makan hari ni. Tekak
aku ni macam meloya semacam aje, Tie..” ujar Adnin Najwa dengan jujur.
“Eh,
sebelum ni hang suka sangat dengan gulai ni. Pantang nampak atau bau, mesti
hang serbu! Hari ni hang boleh meloya pulak bila bau gulai ni sampai kat hidung
hang? Biar betui? Hang mengandung ke apa ni, Wawa! Selalunya orang perempuan
mengandung saja yang suka loya tak tentu pasal ni. Tambah-tambah, loya kat
makanan favorite sendiri!” kata Tinie
separuh bergurau. Memang niatnya hanya mahu mengusik Adnin Najwa. Biasalah usik-mengusik
di antara kawan-kawan.
Berderau
darah Adnin Najwa selepas mendengar kata-kata usikan Tinie itu. Jantungnya kini
sudah berdebar tidak keruan. Dia takut dan bimbang. Kegelisahan kini terpancar jelas
dari sinar wajahnya yang sedia resah sejak kedatangan lelaki tadi. Bagaimana
jika betul telahan Tinie itu? Adakah aku sedang hamil? Ya Allah! Adnin Najwa
memegang kepalanya sendirian.
“Wawa?
Hang okey?” tanya Tinie prihatin. Dia bimbang tersilap cakap atau bergurau yang
bukan-bukan dengan Adnin Najwa yang menyebabkan gadis itu tiba-tiba hilang
mood. Tapi, rasanya aku tak ada pula bergurau yang bukan-bukan. Lagipun, aku
bergurau saja.. Tinie cuba menyedapkan hatinya sendiri.
Tiba-tiba
sahaja Adnin Najwa terbangun dari duduk. Dia memandang wajah Tinie yang sedang
dilanda tanda tanya. Gadis itu kelihatan bingung dengan apa yang sedang
difikirkan oleh Adnin Najwa. “Aku nak keluar sekejap. Kau tengok-tengokkan
butik aku kejap, eh? Kejap aje.. Dalam setengah jam macam tu, aku baliklah..”
getus Adnin Najwa dalam resah yang cuba dikawal.
“Err..
Okey. Tapi hang okey atau tak tu? Macam tak okey aja.. Aku ada tersalah cakap
ka?” soal Tinie dengan kerutan di dahi. Masih ingin memastikan.
“Aku
okey, Tie.. Aku nak keluar kejap je. Teringat pasal satu hal yang aku belum settlekan.. Kau tolong tengok-tengokkan
budak-budak aku tu bekerja, ya?”
“Okey,
okey..” balas Tinie dalam perasaan lega.
“Okey,
aku keluar kejap. Assalamualaikum!” laung Adnin Najwa seraya melangkah keluar
dari butik tersebut.
Tinie
hanya memandang langkah Adnin Najwa dengan pandangan penuh tanda tanya. Gulai
ikan yu yang terbuka, ditudungnya semula dengan penutup bekas makanan. Dia
memandang seketika ke arah bekas makanan itu sambil menggaru-garu sedikit
kepalanya yang tidak gatal. Dia sungguh bingung kini. Apa agaknya yang berada
di hati dan fikiran Adnin Najwa? Gadis itu sungguh perahsia dan suka memendam
perasaan. Tinie perasan itu.
TAN
Sri Haji Zainal menghempaskan beberapa fail yang tebal di atas meja kerjanya.
Dia sungguh tertekan dengan masalah demi masalah yang melanda. Semuanya kerana
Irfan Naufal tidak boleh menumpukan perhatian di dalam setiap tugasan yang
diberikan. Dan semua itu gara-gara kerana dosa anak lelakinya itu yang telah
meragut kesucian gadis tidak berdosa. Sudah hampir dua bulan anaknya itu cuba
menjejaki gadis itu, namun masih hampa. Hasilnya, segala kerja Irfan Naufal
banyak yang terbengkalai.
“Saya
rasalah, Tan Sri.. Baik Tan Sri gugurkan aje kedudukan Encik Irfan tu buat
sementara waktu. Saya tengok dia macam tak dapat nak tumpukan perhatian aje?
Saya rasa dia tu ada masalah peribadi kut? Tapi, mana boleh campurkan masalah
peribadi dengan soal kerja, kan? Macam nilah hasilnya, Tan Sri..” Encik Borhan tersenyum
sinis memandang wajah Tan Sri Haji Zainal yang sedang tertekan. Inilah peluang
untuk dia masuk campur menghasut dan meracuni fikiran Tan Sri Haji Zainal supaya
Irfan Naufal berjaya disingkirkan dari syarikat itu.
“Shut up. I know my son well.. Kamu tak
perlu beri saya nasihat atau apa-apa. Saya panggil kamu ni, nak suruh kamu
tolong settlekan perkara-perkara di
dalam fail itu! Bukan suruh kamu buruk-burukkan anak saya!” bentak Tan Sri Haji
Zainal. Berubah terus air muka Encik Borhan yang tadinya begitu galak tersenyum
sinis.
“Tapi,
Tan Sri.. Cubalah tengok. Ni semua kerja-kerja Encik Irfan.. At last, saya jugak yang nak kena settlekan. Kalau terus macam ni,
lingkuplah syarikat.. Ini nasiblah Tan Sri sanggup check satu persatu. Lepas ni kalau ada yang Tan Sri terlepas
pandang, macam mana? Mesti jadi masalah punya! Saya sebagai penolong Encik
Irfan memang nampak sangat kelakuan dia yang dah banyak berubah. Dulu dia
komited dengan kerja. Tapi sekarang ni..” hasut Encik Borhan lagi dengan
perasaan tidak berpuas hati.
“Kamu
tak ada hak nak cakap begitu pasal ketua kamu yang juga merupakan anak lelaki
saya! Ambil fail-fail itu dan keluar. Siapkan sebelum habis minggu ini!
Pastikan kerja-kerja kamu teliti, faham?!” bertambah berang pula Tan Sri Haji
Zainal ketika ini mendengar kata-kata Encik Borhan yang banyak benarnya itu.
“Emm..
Maafkan saya, Tan Sri. Saya keluar sekarang juga. Jangan risau, saya akan
pastikan kerja-kerja yang Tan Sri bagi ni, saya siapkan sebelum habis minggu ni
dengan seteliti-telitinya.. Saya minta diri dulu, ya Tan Sri..” ujar Encik
Borhan sebelum berlalu. Dia tertawa di dalam hati melihat wajah Tan Sri Haji
Zainal yang tertekan itu.
Dia
yakin, tidak lama lagi tentu pangkat Pengarah Urusan akan menjadi miliknya.
Inilah peluangnya dia merebut pangkat tersebut walaupun dari anak pemilik
syarikat ini sendiri. Lagipun, memang dia layak. Irfan Naufal itu lama-lama
nanti akan jadi pemilik syarikat ini juga. Jadi, buat apa dia hendak tunggu
lama-lama untuk pangkat Pengarah Urusan? Ini adalah jalan pintas untuk dia
memiliki pangkat tersebut. Kalau tidak, dia terpaksalah menunggu masa Tan Sri
Haji Zainal bersara. Dan tentunya lambat lagi masa yang ditunggu-tunggu itu
akan tiba.
“Mimi,
minta Irfan ke bilik saya sekarang jugak!” suara keras Tan Sri Haji Zainal
hampir-hampir membuatkan jantung Mimi luruh. Apa pula yang dibarankan oleh Tan
Sri Haji Zainal agaknya? Sejak dua menjak ini, orang tua itu asyik hendak
melenting saja. Dan selalu sangat Irfan Naufal dipanggil masuk ke biliknya. Apa
agaknya dua beranak itu selalu bicarakan di waktu kerja begini?
Tanpa
membuang masa lagi, Mimi bergegas ke bilik Irfan Naufal. Selepas memaklumkan
ketuanya itu, dia terus duduk menyambung kerjanya yang masih berlambak.
Bayangan Irfan Naufal yang berjalan di hadapan mejanya hanya dihantar dengan
ekor matanya sahaja. Dia malas mahu masuk campur.
Irfan
Naufal berhenti di hadapan meja kerja abahnya selepas orang tua itu menyuruhnya
masuk. Dia tahu apa yang bakal diperkatakan oleh abahnya itu. Tentu orang tua
itu mahu menekannya lagi. Sejak mengetahui mengenai perbuatannya terhadap Adnin
Najwa, Tan Sri Haji Zainal kerap kali naik baran. Setiap kali Irfan Naufal
memberitahu bahawa dia gagal menjejaki Adnin Najwa, dia akan dimarahi oleh Tan
Sri Haji Zainal berkali-kali.
Irfan
Naufal menelan air liur melihat wajah baran abahnya. Jantungnya berdebar
kencang bagai memberitahu bahawa sesuatu yang tidak dijangkakan akan berlaku.
“Ya, abah panggil Ir? Kalau pasal Najwa lagi, Ir mintak ampun dan maaf. Ir
masih belum dapat jumpa dia..”
Tan
Sri Haji Zainal menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan sekaligus. Dia cuba
bertenang. Ya, kali ini dia mahu bercakap baik-baik dengan Irfan Naufal. Tiada
gunanya juga dia asyik mahu marah-marah pada anaknya itu. Selepas yakin yang
dia sudah bertenang, Tan Sri Haji Zainal berpaling menghadap wajah suram Irfan
Naufal.
“Ini
terakhir abah mintak. Please go on a
vacation.. Tenangkan fikiran dan fikirkan balik kat mana yang kau belum
cari lagi. Ajaklah Afiq atau Zakwan atau sesiapa pun kawan kau untuk temankan
kau.. I think this is the best way for
you to figure it out.. Abah bagi kau masa selama sebulan untuk cari budak
Najwa tu.. Kalau tak jumpa jugak, biar abah pulak yang cari guna cara abah
sendiri!” ujar Tan Sri Haji Zainal dengan wajah yang agak tenang.
“Tapi,
abah? Nanti syarikat ni macam mana pulak? Lama tu kalau Ir cuti sampai sebulan!”
Irfan Naufal bertanya kerisauan. Takkanlah semudah itu abahnya ingin melepaskan
dia dari segala tanggungjawab di syarikat itu?
“Kalau
kau ada kat sini pun, hati kau tu tak ada bersama, buat apa? Sama aje.. Kau
bukannya tahu buat kerja dalam keadaan minda kau yang macam tu! Abah dah tengok
banyak kerja-kerja kau. Semuanya buat kepala abah ni haru biru! So, abah rasa baik kau ambil cuti.
Fikirkan balik segala-galanya.. Jangan risau, kerja-kerja kau nanti abah suruh
Encik Borhan yang tolong ambil-alih buat sementara waktu ni..” Tan Sri Haji
Zainal berkata lembut, masih cuba bertenang.
“Maafkan
Ir, abah.. Sebab buatkan abah rasa macam ni. Ir tahu, abah malu dengan perbuatan
Ir.. Ir memang berdosa dengan semua orang. Ir malu dengan abah, dengan Najwa,
lebih-lebih lagi Ir malu dengan Allah.. Semua ni memang salah Ir sebab terlalu
ego dan ikutkan sangat godaan nafsu dan syaitan..” rintih Irfan Naufal dalam
sebak. Dia berjalan ke arah abahnya lalu melutut memegang kaki orang tua itu.
Kepalanya dilabuhkan ke atas ribaan Tan Sri Haji Zainal. Air matanya mengalir
membasahi seluar lelaki tua itu.
Tan
Sri Haji Zainal yang mendengar, terus melepaskan sebuah keluhan kecil. Hatinya sedikit
tersentuh. “Sudahlah, Ir. Nasi dah pun jadi bubur.. Kau dah tak boleh nak patah
balik. Yang kau boleh buat sekarang ni, perbetulkan apa yang patut.. Selagi
dosa kau terhadap gadis tu belum terampun, selagi itulah hidup kau tak tenang.
Abah ni sayangkan kau, sebab tulah abah marah-marah kau suruh kau cari gadis tu
sampai dapat. Orang tua-tua ni kalau marah tu, tandanya dia sayangkan orang
yang dia marah tu. Abah tak sanggup tengok anak abah hidup dalam keadaan tidak
tenang macam ni.. Jangan sampai ummi kau dapat tahu, nanti penyakit darah
tinggi dia menyerang pulak..” luah Tan Sri Haji Zainal sambil mengurut dahinya.
Perasaan
risau dan bimbang masih tidak berkesudahan. Keningnya yang lebat dan agak
beruban kini sudah bercantum apabila kerutan di dahinya bertambah. Betapa
kasihnya dia terhadap anak-anaknya sehinggakan dia tidak mahu menyaksikan hidup
anak-anaknya tidak bahagia..
JATUH
terduduk Adnin Najwa ketika itu di atas katil di dalam biliknya. Entah mengapa
air matanya kini bagai tidak mahu berhenti mengalir. Dia bingung serta tidak
tahu apa yang patut dia lakukan. Baru tadi dia membuat ujian kehamilan di dalam
bilik air walaupun hatinya tidak tega mahu melihat keputusannya. Dua tiga kali
juga dalam masa selang 3 jam dia melakukan ujian kehamilan menggunakan pregnancy test yang dibeli di farmasi
siang tadi.
Hasilnya
semua positif dan kini Adnin Najwa bagaikan sudah hilang pertimbangan. Dia
tidak dapat membayangkan hidupnya mengandungkan bayi luar nikah hasil perbuatan
durjana seorang lelaki berjiwa iblis! Perasaan bencinya terhadap Irfan Naufal
semakin menjadi-jadi. Mulutnya tidak berhenti menyumpah seranah lelaki itu dan
memukul perutnya yang masih kempis itu. Dia benci mengandungkan benih lelaki tidak
berguna itu. Dia benci anak itu hidup dalam kandungannya sehinggakan dia sampai
terfikir mahu membunuh anak itu dengan menggugurkan kandungan itu.
Adnin
Najwa memegang rambutnya yang masih pendek itu lalu ditarik-tarik kasar. Gelora
perasaannya kian menjadi-jadi. Dadanya berombak kencang, jiwanya kacau. Dia
sedang menghadapi tekanan perasaan yang maha hebat ketika ini. Air mata sudah
banyak mengalir sehingga matanya menjadi sembab. Dia meraung dan meracau-racau
sendirian di dalam bilik itu.
Mujurlah
Tinie tiada di rumah ketika itu. Gadis itu pulang bercuti selama seminggu ke
kampungnya di Kedah. Jika tidak, tentu temannya itu takkan biarkan dia
keseorangan meracau begini. Dan kalaulah Tinie ada, Adnin Najwa takkan berani
meracau begini kerana bimbang rahsianya diketahui oleh kawannya itu.
“Kenapa
aku perlu mengandungkan anak lelaki dayus tu? Kenapa?!!” tangis Adnin Najwa
sendirian. Dia memukul lagi perutnya. Dia tidak mahu bayi itu terus hidup di
dalam rahimnya. Dia bencikan bayi itu sama seperti dia membenci Irfan Naufal!
Adnin
Najwa menarik nafas panjang lalu dilepaskan. Air mata kembali deras ke pipinya
yang sudah sebal. Sebak semakin memenuhi ruang dadanya semula. Dia tidak mampu
menghadapi masa hadapan yang sudah semakin gelap. Sudahlah dia kena
mengandungkan anak luar nikah itu, nanti bila perutnya sudah membesar, sudah
tentu dirinya akan dipandang hina dan dia pasti akan dicemuh oleh masyarakat
sekeliling! Tentu Tinie pun akan membuang aku lepas dah tahu yang aku
mengandung tanpa bernikah. Siapa nak percaya yang aku ni adalah mangsa rogol?
Tentu mereka fikir aku sengaja mereka-reka cerita untuk membela diri. Esak
tangis Adnin Najwa semakin berlagu sendu. Dia sungguh menderita.
“Padan
muka kau!!” suatu suara bergema di dalam minda Adnin Najwa. Kuat dan semakin
kuat.
Tiba-tiba
dia terdengar bunyi ketawa berdekah-dekah. Semakin kuat dan semakin
membingitkan telinganya. Bayangan Irfan Naufal yang sedang mentertawakannya
hadir di segenap ruang di dalam bilik itu membuatkan Adnin Najwa menjadi
semakin tertekan.
“Diam!
Kau diam!! Lelaki tak guna! Lelaki sial! Pembawa sial!!!” maki Adnin Najwa
seraya menutup kedua belah telinganya. Kepalanya tergeleng-geleng. Matanya
dipejam rapat-rapat, tidak mahu memandang wajah lelaki itu yang masih galak
merenung sinis ke arahnya.
Adnin
Najwa membuka matanya selepas yakin yang bayangan Irfan Naufal sudah tiada di
situ. Dia menangis semahu-mahunya meratapi nasibnya yang selalu ditimpa malang.
“Kenapa semua ni harus terjadi kat aku?! Kenapa aku?!! Kenapa?? Kenapaaaa?”
rintih Adnin Najwa sambil menggetap giginya menahan sebak. Hatinya tiba-tiba
ingin menyalahkan takdir Allah SWT di atas semua yang berlaku ini. Syaitan
begitu ligat menghasut dan berusaha bersungguh-sungguh ingin menyesatkan hati
Adnin Najwa yang sudah dikuasai tekanan perasaan. Namun..
“Allah
kan ada, sayang.. Ingat pada Allah! Ada hikmahnya sesuatu ujian yang Dia
berikan..” suatu bisikan halus kedengaran. Kata-kata yang pernah arwah ibunya
ucapkan kepadanya sewaktu arwah ibunya itu masih ada.
Barulah
Adnin Najwa sedar bahawa dia tidak keseorangan. Matanya membesar dan terbuka
luas. Memang benar kata arwah ibunya itu. Allah itu wujud dan sentiasa
bersama-sama hamba-hambaNya. Air mata dibiarkan meniti di pipi ketika hatinya
semakin mengingati Allah SWT. Ya Allah, adakah Engkau sengaja mahu mengujiku? Tetapi
dugaan-dugaanMu ini terlalu maha hebat untukku seorang diri menanggungnya.
Ampunkanlah aku kerana berfikiran yang bukan-bukan seketika tadi. Hanya satu
yang ku pinta, Engkau ringankanlah beban di dalam hatiku ini. Agar aku dapat
memikul segala beban perasaan yang tidak tertanggung rasanya ini.. Aminn ya
Rabbal ‘Alaminn..
SEMINGGU
berlalu..
SUASANA
malam di Kuala Perlis amat mendamaikan perasaan Adnin Najwa. Ketika
memerhatikan laut, pemandangan sekeliling yang dipenuhi batu-batu besar, bulan,
bintang dan juga pepasir di pantai yang tampak putih, Adnin Najwa dapat merasai
suatu perasaan kagum yang begitu kuat terhadap ciptaan Allah SWT yang amat
menenangkan jiwa ini.
Di
beberapa buah kedai makan yang berderetan di tepian pantai Kuala Perlis itu, terdapat
beberapa buah keluarga yang sedang bergembira menikmati Laksa Kuala Perlis dan
juga ikan bakar yang memang terkenal di kawasan ini. Bertuahnya anak-anak itu
kerana masih mempunyai ibu bapa serta adik-beradik. Adnin Najwa tersenyum pahit
dalam genangan air mata apabila teringatkan arwah ahli keluarganya.
“Nah,
air untuk hang.. Mineral water as you
requested earlier, ma’am!” seloroh Tinie yang sudah melabuhkan punggung di
atas sebuah batu bersebelahan dengan Adnin Najwa.
“Thanks, Tie. You’re the best!” gelak Adnin
Najwa sambil menyambut botol air mineral yang dihulurkan oleh Tinie.
Buat
seketika, suasana hening di antara mereka. Masing-masing asyik dengan melayan
perasaan dan khusyuk menikmati keindahan pemandangan malam di tepi pantai Kuala
Perlis itu. Tinie tiba-tiba menoleh ke arah Adnin Najwa yang sedang leka
mengira bintang di dada langit yang kelam. “Aku tengok hang sejak dua menjak ni
macam lain sikit. Hang sakit ka? Selalu saja pucat.. Sekarang ni pun muka kau
pucat sangat!”
Soalan
itu membuatkan Adnin Najwa tersentak, tertunduk dan terpaku pada kakinya. Air
liur yang ditelan terasa perit hendak melepasi kerongkongnya. Kelu lidahnya
untuk menjawab pertanyaan Tinie yang terlalu sensitif itu. Akhirnya Adnin Najwa
hanya mendiamkan diri, tidak mampu untuk menjawab apa-apa. Dia sedikit resah
apabila renungan Tinie masih tidak berganjak daripadanya.
“Dah
dua bulan kita duduk serumah. Hampir setiap kali dinner, kita dinner
sama-sama. Banyak masa yang kita spend
bersama.. Aku kenal hang memang jenis yang suka pendam rasa dan perahsia. Tapi,
Wawa.. Aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena tentang hang.. Aku tau hang
memang ada pendamkan satu masalah berat yang hang tanggung sendiri sorang-sorang.
Kalau hang rasa hang boleh percayakan aku, hang ceritalah. At least, ringan sikit beban hati hang tu..” pujuk Tinie. Dia tahu,
Adnin Najwa tentu ada suatu masalah berat yang tidak mahu diceritakan kepada
sesiapa pun.
Adnin
Najwa mengeluh kecil. Perasaan resah semakin membelenggu jiwanya. Patutkah dia
menceritakan segala-galanya kepada Tinie? Apa agaknya tindak balas Tinie
selepas mengetahui cerita tentang dia yang dirogol dan kini sedang
mengandungkan benih lelaki durjana itu. Mungkinkah Tinie faham dengan keadaan
dirinya? Mungkinkah Tinie mempercayai setiap kata-katanya? Atau mungkinkah
temannya itu akan terus membuangnya selepas mengetahui tentang semua itu? Tinie
mungkin beranggapan yang dia hanya mereka-reka cerita untuk membela diri
sendiri yang sudah terlanjur dengan seorang lelaki.
Ya,
aku tidak boleh membiarkan Tinie berfikiran yang bukan-bukan begitu. Aku masih
mempunyai secebis maruah sahaja yang tinggal. Sekurang-kurangnya, aku ingin
mempertahankan sisa-sisa maruah aku yang masih ada ini. Jika perut ini
membesar, aku tidak akan teragak-agak untuk berpindah lagi. Maruahku, maruah
bayiku yang tidak berbapa ini akanku pertahankan sehingga ke akhirnya. Ya
Allah, aku masih tidak mampu untuk menceritakan kisah dukaku ini kepada sesiapa
pun walaupun pada Tinie atau Arissa sendiri.
“Aku..
Aku tak ada apa-apa! Serius! Aku okey je..” ujar Adnin Najwa tiba-tiba dalam
senyuman pahit. Sebak yang terasa mencengkam hatinya seketika tadi, cuba
dikawal sebolehnya supaya air jernih tidak gugur ke pipinya. Dia tidak mahu
Tinie tahu yang dia sedang berduka.
“Hang
ni memang degil.. Kalau jadi apa-apa dekat hang nanti, aku jugak yang sedih.
Hang tak sedih ke kalau aku sedih di kemudian hari nanti?” pujuk Tinie lagi,
cuba memancing.
“Tie,
terima kasih sebab ambil berat pasal aku. Kalau kau risau sangat, nanti aku
pergi check kat kliniklah. Dah,
jangan risau lagi ya?” getus Adnin Najwa, masih mekar dengan senyuman. Senyuman
yang dipaksa-paksa dalam sebak. Namun dia cuba mengawal sebaknya supaya tidak
terhambur keluar.
“Tengok
tu, degil lagi. Tak mau cerita pun tak apalah! Nak merajuk..” ugut Tinie dengan
mulut memuncung sakan.
Adnin
Najwa tertawa lucu seraya memeluk bahu Tinie. “Alaa, janganlah merajuk!
Alalala!”
“Tak
mau dengaq!” Tinie menutup kedua
belah telinganya. Tingkah lakunya kini sudah macam budak-budak yang merajuk sebab
tak dapat gula-gula.
Dan
Adnin Najwa terus mencuba memujuk Tinie dengan membuat lawak bodoh lalu
akhirnya mereka tertawa bersama. Tidak tahan Tinie dengan lawak spontan yang
baru sahaja dibuat oleh Adnin Najwa. Mereka tertawa riang bersama-sama lalu
kembali menikmati keindahan pantai pada waktu malam yang terbentang di hadapan
mereka.
“Eh,
nanti aku nak pergi jumpa keluarga bakal mertua aku sat. Hang tolong hantaq kat rumah depa sat, boleh kan?
Dekat sini ja..” pinta Tinie separuh mengharap. Loghat utaranya agak pekat pula
kali ini.
“Okay! No problem!” balas Adnin Najwa
tersenyum ikhlas.
KERETA
Irfan Naufal dipandu agak laju ketika itu. Selesai menjamu selera bersama kawan
baiknya Fizul dan beberapa orang lagi kawannya di sebuah restoran berhampiran
Kuala Perlis, dia terus bergegas ingin kembali ke hotel penginapannya iaitu
Putra Palace Kangar. Malam sudah hampir larut dan dia juga agak penat
berjalan-jalan di sekitar negeri itu sejak pagi lagi.
Sudah
tiga hari dia datang bercuti di Perlis. Baginya, negeri Perlis agak sesuai
untuk dia menenangkan jiwanya kerana di sinilah dia dapat melarikan diri dari
hiruk-pikuk kotaraya Kuala Lumpur yang sibuk dan sesak. Suasana kampung dan
juga sawah padi yang terbentang luas serta udara yang lebih nyaman di negeri
ini amat mendamaikan jiwa Irfan Naufal yang sememangnya memerlukan ketenangan.
Irfan
Naufal memandu dengan penuh tumpuan ketika itu. Tiba-tiba dia terdengar seperti
sesuatu terjatuh di sebelah tempat duduk penumpang bersebelahannya. Rupa-rupanya
air pepsi di dalam gelas kertasnya yang dibelinya tadi telah terjatuh dan
tertumpah. Selepas memastikan yang tiada kenderaan di hadapannya, Irfan Naufal
tunduk untuk mengambil gelas kertas yang telah tertiarap itu..
ADNIN
Najwa menepuk-nepuk dashboard
keretanya. Tiba-tiba sahaja lampu keretanya terpadam. Baru tadi lampu keretanya
okey-okey saja. Selepas menghantar Tinie tadi, dia terus memandu hala ke
rumahnya di Kangar. Adnin Najwa masih pelik dengan keadaan yang baru terjadi. Apa
hal pulak ni? Habis bateri ke apa? Dahlah aku ni tak tahu menahu tentang nak
baiki kereta ni. Apa masalah pulak ni? Dahlah jalan ni gelap, tiada lampu
jalan.. Rasa tidak sedap hati tiba-tiba menerjah ke dalam hati Adnin Najwa.
Adnin
Najwa mengaduh kecil apabila terasa perutnya seperti ditendang. Eh, tapi
kandungan aku ni baru dua bulan. Takkanlah baby
seusia dua bulan ni tendang, aku dapat rasa kut? Adnin Najwa berkerut dahi
dalam perasaan pelik dan tidak sedap hati. Dalam pada dia berniat untuk
memberhentikan keretanya di bahu jalan, Adnin Najwa tidak sedar di hadapannya
ada sebuah kereta yang tiba-tiba datang dari arah bertentangan. Sebaik sahaja
Adnin Najwa menyedari lampu kereta itu yang menyuluh wajahnya, semuanya sudah
terlambat..
Banggg!!!
Bunyi perlanggaran itu kedengaran begitu kuat sekali. Dalam sekelip mata Adnin
Najwa terasa tubuhnya seperti terhentak ke stereng kereta. Mujurlah dia memakai
tali pinggang keledar, jika tidak sudah tentu tubuhnya terpelanting keluar dari
kereta itu. Keretanya terbabas agak jauh dari kereta tadi.
Adnin
Najwa mengerang kesakitan. Sakitnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Dahinya
yang perit sudah dibanjiri cecair berwarna merah dan pekat. Perutnya terasa
memulas sakit, darah kelihatan begitu banyak sekali keluar dari celah pahanya.
Adnin Najwa menangis teresak-esak sambil memegang perutnya yang terasa sungguh
perit bagai sedang ditores dengan pisau cukur. Ari-arinya terasa bagai mahu
pecah berderai.
“Tolong!
Ya Allah, ada perempuan tersepit kat dalam kereta tu!!” suara tempikan
seseorang kedengaran sayup-sayup di cuping telinga Adnin Najwa.
Pandangan
Adnin Najwa sudah mulai berpinar-pinar, bagaikan dia sedang mengalami mimpi
buruk. Suasana kelihatan kabur pada pandangan matanya. Dia umpama sedang
berhalusinasi dan separuh sedarkan diri. Dalam samar-samar, dia dapat melihat beberapa
orang manusia yang berlari-lari anak menuju ke arahnya. Entahkan mimpi, entahkan
realiti. Adnin Najwa masih separuh sedar.
Dummmm!
Bunyi letupan kereta di hadapannya juga kedengaran bagai sayup-sayup sahaja
pada pendengaran Adnin Najwa. Terasa matanya dimasuki sesuatu. Pedihnya hanya
Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Adnin Najwa memejamkan matanya yang terasa
bagai tertusuk dengan cebisan-cebisan tajam. Sakitnya, ya Allah… Rintih hati
Adnin Najwa. Dan kini Adnin Najwa terus pengsan akibat terlalu terkejut dan
trauma.
IRFAN
Naufal memegang kepalanya yang sudah berserabut ketika ini. Tangannya menggeletar,
tubuhnya menggigil dan hatinya menjadi tidak tenteram sejak tadi lagi. Sejak
dia terlibat di dalam sebuah kemalangan yang mengakibatkan seorang gadis
tercedera. Akibat kecuaiannya memandu, gadis itu yang menjadi mangsa. Dia tidak
nampak kereta gadis itu yang tidak berlampu. Tambahan pula, tiada lampu jalan
di sepanjang jalan tersebut. Tapi, salah diakah semua ini? Irfan Naufal
terpaksa menyalahkan dirinya kerana dialah tadi yang sibuk sangat mahu mengangkat
gelas kertas berisi pepsi yang tiba-tiba terjatuh ketika itu.
Fizul
datang menghampiri Irfan Naufal. Bahu sahabatnya itu ditepuk-tepuk lembut. Dia tahu
Irfan Naufal sedang tertekan dan gelisah. “Kau sabarlah, Ir. Jangan fikirkan sangat.
Aku rasa, perempuan tu okey aje kut.. InsyaAllah..”
“Mana
mungkin dia okey. Aku sendiri nampak dia cedera teruk di kepala dan muka dia. Banyak
sangat darah! Banyak sangat! Pijol, aku betul-betul takut kalau apa-apa terjadi
pada perempuan tu!” luah Irfan Naufal sambil meraup wajahnya berkali-kali. Tangannya
terus menggeletar dan hatinya tidak keruan sejak tadi.
“Kau
banyakkan berdoa dan bersabar.. Aku yakin, Allah itu Maha Mendengar. Tentu perempuan
tu tak ada apa-apa.. Kau kena doakan keselamatan dia..” nasihat Fizul lagi.
Irfan
Naufal hanya mengangguk-angguk dalam keadaan yang masih kebingungan. Bukanlah senang
untuk dia mengatasi perasaan takut, resah, bimbang dan bersalah macam ni dengan
begitu mudah. Sesiapa pun tentu buntu dengan keadaan begini.
“Kau
rasa, perempuan tu selamat tak? Aku.. Aku..”
“Insya-Allah,
Ir.. Kau tu kenalah banyak berdoa. Jangan pulak nasihat aku ni, masuk telinga kanan
keluar pula di telinga kiri.. Dalam keadaan macam ni, kau kena ingat pada Allah..
Jangan menggelabah. Fikir positif!” balas Fizul lagi, meyakinkan Irfan Naufal yang
nampaknya semakin tertekan pula.
“Aku
tak mahu masuk jail kalau sesuatu yang
buruk terjadi.. pada.. Perempuan tu..”
“Hisy!
Mulut kau ni memang..” belum sempat Fizul habis berkata-kata, seorang gadis comel
tiba-tiba sahaja melintas laju di hadapannya. Gadis itu merapati seorang jururawat
yang berada di kaunter berhampiran.
“Assalamualaikum,
nurse! Saya kawan pesakit bernama Adnin
Najwa ni. Saya baru dengaq berita yang
dia kemalangan.. Admitted kat sini..”
ujar Tinie dengan sebuah esakan kecil. Tadi dia menerima panggilan dari seorang
pegawai polis yang memaklumkan dia mengenai kemalangan yang menimpa Adnin Najwa.
Dia sungguh risau lalu segera bergegas ke hospital yang dinyatakan.
Mata
Irfan Naufal terbuntang selepas mendengar nama Adnin Najwa disebut. Berderau darah
Irfan Naufal dengan tiba-tiba apabila dia membayangkan semula wajah Adnin Najwa
yang penuh kebencian terhadapnya. Dia memasang telinga, ingin mendengar perbualan
seterusnya di antara Tinie dan juga jururawat tersebut.
“Sekejap
saya check dekat list ni.. Emm, dia masih kat dalam bilik pembedahan. Dah sejam lebih
kat dalam tu. Cik boleh tunggu dulu kat kerusi tepi sana tu..” balas jururawat bertugas
tersebut penuh hormat beserta sebuah senyuman manis.
Terkejut
Irfan Naufal tatkala mendengar. Selepas Tinie berlalu ke kerusi menunggu, Irfan
Naufal pula yang meluru ke arah jururawat tadi. “Cik, boleh saya tahu nama pesakit
yang berada di dalam bilik pembedahan tu?”
“Ya,
berdasarkan IC yang kami jumpa dalam dompet
duit mangsa, nama mangsa ialah Adnin Najwa binti Tajudin.. Encik ni orang yang terlibat
sama dalam kemalangan tukan?”
“Ya,
saya.. Saya tengah tunggu pembedahan tamat. Emm.. Boleh saya tengok IC dia?” Irfan Naufal separuh mengharap.
“Maaf,
encik. Keluarga dan sahabat terdekat saja yang kami benarkan atas segala urusan
mengenai hal peribadi mangsa..” jawab jururawat muda tersebut penuh komited. Dia
yakin dengan apa yang diberitahu kepada Irfan Naufal.
Irfan
Naufal mengeluh kecewa. Jika benarlah Adnin Najwa itu adalah Adnin Najwa yang sama
yang dia kenali, tentu gadis itu takkan memaafkan dia lagi. Betapa terkejutnya Irfan
Naufal selepas mengetahui bahawa perempuan yang baru sahaja menjadi mangsa kemalangan
tadi kemungkinan besar adalah Adnin Najwa. Gadis yang sama yang pernah kehidupannya
dimusnahkan oleh Irfan Naufal. Dan hari ini, dia juga yang menyebabkan gadis itu
kemalangan. Agaknya jika Adnin Najwa tahu tentang ini, pasti gadis itu takkan sudi
lagi menerima dia buat selama-lamanya.
Ya
Allah, apa yang patut aku lakukan sekarang? Irfan Naufal merintih dalam diam. Dia
terduduk di kerusi menunggu bersebelahan dengan Fizul yang sejak tadi tidak lekang-lekang
memujuk serta menasihatinya. “Kau apahal? Kau okey? Sempat pulak kau mengurat nurse cantik tu!” usik Fizul, cuba menceriakan
suasana.
“Eh,
kau ni. Ke situ pulak.. Kepala otak kau berjambul! Mana ada aku mengurat dia.. Aku
pergi tanya je.. Pasal perempuan tu..”
Fizul
hanya menjungkitkan bahunya sambil bersandar di kerusi menunggu itu. Dia tidak betah
lagi melayan perasaan Irfan Naufal yang semakin pelik itu. Agaknya, mungkin Irfan
Naufal sudah berkenan dengan mangsa kemalangan tu? Fizul tersengih sendiri pula
dengan imaginasinya yang entah apa-apa.
p/s : sorry dah lama x post..busy dengan restoran..and bab ni adalah PERUBAHAN dari bab 5 & 6 yang lepas..kali ni lebih teliti & berubah sangat dari dulu tu..anda dinasihatkan baca balik bab2 sebelum ni utk memahamkan entry ini..TQ~ :)
nak lagi nak lagi nak lagi nak lagi !
ReplyDeletesikit sangat. hahaha.
kandungan wawa gugur ke?
cpt cpt kasi dorang jumpa.
tak sabar nak baca prt sneak peek yg sis post kat fb aritu.
heeee~
Kak,keguguran ke Adnin Najwa ? Ya Allah,sedih kot baca entry ni.Harap harap tak ada apa apa yang tak baik berlaku :(
ReplyDelete~A~
assalam,
ReplyDeletebest...cuma kenapalah c Irfan Naufal tu yang terlanggar ngan Adnin tuh.... nanti Adnin marah lagi kat Irfan... dan kesian kalau Adnin keguguran....hehehehe
Nyway... teruskan lah.... sambung jer cepat2...nak tau jugak kesinambungan yang seterusnya..... chaiyok2...u can do it...
best!!
ReplyDeletetp, rsnya yg lps lainkan?? Najwa tu dah buta klu x silap sy..
Semakin menarik jln ceritanya
ReplyDeletemekasih kak,, even bz dengan restoran, sanggup penuhi permintaan kitorang ni yg rindu tahap ape dah dgn adnin najwa nih.. hehe.
ReplyDeletesis!!!!lame dah tau tunggu sambungan cite nie,ingatkan dah x de sambungan dah...
ReplyDeletex sangka betul Irfan Naufal yang menyebabkan Adnin Najwa buta...sian dekat Adnin Najwa...
ooo..a'ah lagi detail lagi faham...hehe
ReplyDeleteapa2 pun tetap best.. ;) wlupun busy tapi akak still update.. thanks tau. :)
Best, tp mmg lain sikit dr citer lama..
ReplyDeleteNak next
saya rasakan...Najwa keguguran, pastu hilang ingatan...pastu Irfan pon ngurat dia. hehe
ReplyDeletesambung lagi please.... :)
jangan wawa gugur.6t x best ar cite nya hehehe.blh kenakan irfancukup2..hhehe...kesian.............
ReplyDeleteFinally, terubat jugak rindu dengan novel ni. Best sangat2! kesian dengan Adnin Najwa.Huhu...Hope diaorang akan kawen lepas ni
ReplyDeleteSangat best ! Kesian betol dekat Adnin Najwa . Harap Irfan Naufal betol2 bertanggungjwab la lepas ni . Dah la dia dah hancurkan hidup Najwa .
ReplyDelete