-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Thursday, April 12, 2012

Kurelakan Kasihmu 5, 6


ADNIN Najwa melihat ke sekeliling tempat yang terasa asing baginya itu. Inilah kali pertama kakinya menjejaki negeri Perlis ini setelah 8 tahun. Dulu, di negeri inilah dia bersekolah bersama-sama Arissa. Adnin Najwa mengusung beg pakaiannya, satu digalas di bahunya manakala satu lagi dipegangnya erat-erat. Kereta sewa yang dinaikinya tadi diparkir berhampiran kawasan perumahan itu. Rumah teres dua tingkat menjadi rumah sewa sementaranya kini.
Tanpa melengahkan masa lagi, Adnin Najwa melangkah ke arah pintu pagar rumah bernombor 33 itu. Dia diberitahu, dia bakal menyewa bersama seorang lagi penyewa lain yang sudah lama menyewa di situ. Adnin Najwa menelan air liur, dia agak gemuruh mahu berjumpa dengan bakal teman serumahnya itu. Entah bagaimanalah orangnya.
Berkali-kali juga Adnin Najwa memberikan salam, barulah salamnya dijawab dari dalam rumah. Kuat juga suara gadis itu. Rasanya suara gadis itu memang mampu membuatkan seluruh perumahan ini bergegar. Rasa lucu pula lalu Adnin Najwa tersenyum sendiri. Adnin Najwa memandang wajah seorang gadis comel yang berjalan menghampirinya beserta sebuah senyuman manis.
“Saya Adnin Najwa, penyewa baru kat rumah ni. Awak ni mesti Tinie kan? Mak cik Eton ada beritahu pasal awak kat saya..” suara serak-serak basah Adnin Najwa itu membuatkan gadis comel tadi tersenyum lebih lebar. Mungkin gembira menyambut kedatangan Adnin Najwa sebagai teman serumahnya.
“Ya, saya.. Nice to meet you.. Jomlah masuk rumah dulu. Kita kena berkenalan lebih rapat ni.. Hee.. Bestnya dapat teman serumah. Dah lama dah saya dok tunggu-tunggu nak ada teman serumah.. Biasalah bila duduk rumah sorang-sorang ni, bosan. Macam nak gila pun ada kadang-kadang tu..” seloroh Tinie di dalam loghat utara sambil tertawa kecil. Adnin Najwa juga tertawa. Sporting jugak rupanya housemate aku ni. Rasanya okey kut dia ni..
“Okey, jomlah..” balas Adnin Najwa perlahan, masih dalam saki-baki ketawanya tadi. Mereka berjalan beriringan menuju ke dalam rumah selepas berjabat salam sesama mereka.




HAMPIR sepetang dia dan Tinie berborak, Adnin Najwa meminta diri untuk naik ke bilik. Kebanyakannya, mereka bersembang tentang perihal diri Tinie. Ternyata kehidupan Tinie jauh lebih bahagia darinya. Ada ahli keluarga yang ramai, seorang tunang yang menyayanginya sepenuh hati dan juga kerjaya Tinie yang agak bagus iaitu ketua kerani.
Manakala Adnin Najwa pula hanya menyebut tentang ahli keluarganya yang sudah tiada sahaja, tidak lebih dari itu. Dia tidak mahu kisah silamnya dan juga kisah mengenai Irfan Naufal diketahui oleh sesiapa. Kisah hatinya yang masih luka berdarah, dipendamkan begitu sahaja demi meneruskan sisa-sisa hidup yang ada. Dia perlu cekal dan tabah menghadapi dugaan yang Allah SWT berikan buatnya.
Adnin Najwa melabuhkan punggungnya ke atas katil empuk di dalam bilik yang sederhana besar itu. Badannya dibaringkan dan pandangannya dihalakan ke siling bilik tersebut yang kosong. Angin dari kipas dinding yang tergantung di sebelah kirinya dibiarkan membelai-belai kulit pipinya yang halus. Tanpa dipinta, air matanya bergenang lalu jatuh berderai ke pipi. Dia terlalu menderita. Dia tidak boleh duduk berseorangan begini, tentu kisah silamnya akan kembali berputar-putar di dalam benaknya. Beban deritanya, hanya dia dan Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Beban yang selama ini ditanggungnya seorang diri.
Sudah dua minggu haidnya lewat. Adnin Najwa bimbang jika dia hamil akibat dari perbuatan lelaki durjana itu. Irfan Naufal. Nama yang tidak akan sesekali dia lupakan. Lelaki itulah yang telah memusnahkan segala sisa-sisa impiannya untuk hidup tanpa gangguan sesiapa selepas dia kehilangan ahli keluarganya. Ya Allah, kuatkanlah hati aku untuk menempuh dugaan yang Engkau berikan ini.. Hanya satu yang aku pinta, lindungilah aku dari mengandungkan benih lelaki dayus itu.. Lindungilah aku.. Aminn..
Dan air mata Adnin Najwa terus mengalir deras meratapi nasibnya dalam perasaan yang penuh kehibaan..




HAMPIR dua bulan berlalu..
BUTIK baru Adnin Najwa yang baru beroperasi sebulan yang lepas kelihatan penuh dengan pelanggan-pelanggan muda dan juga pertengahan umur. Kebanyakan mereka adalah perempuan. Alhamdulillah.. Di mana sahaja dia membuka butik, perniagaan Adnin Najwa sentiasa memberangsangkan. Rekaannya memang selalu menjadi kegemaran penggemar-penggemar fesyen feminin dan juga muslimah.
“Syiha, boleh tak tunjukkan rekaan terbaru saya dekat cik ni?” laung Adnin Najwa kepada salah seorang pekerjanya yang baru sahaja diambil bekerja seminggu yang lepas.
Termasuk Adnin Najwa sendiri dan juga Syiha, terdapat 4 orang yang bekerja di butik itu. Saleha dan Taharah kelihatan tersenyum ke arah Adnin Najwa yang sedang memerhatikan mereka bekerja. Biasalah mata majikan ni memang tajam sikit. Tetapi tidak dinafikan, Adnin Najwa adalah seorang majikan yang baik. Mereka bertiga memang selesa bekerja di butik tersebut.
“Assalamualaikum!” tegur seseorang dari arah belakang Adnin Najwa. Hampir tercabut nyawanya kerana terlalu terkejut. Mana tidaknya, kan dia sedang khusyuk memerhatikan pekerja-pekerjanya melayani para pelanggan. Tiba-tiba pula ada orang yang menyergah dari belakang, mestilah terkejut beruk!
“Waalaikumussalam, Tie! Kenapa suka sangat buat aku terkejut ni, hah? Nak kenalah kau ni!” rungut Adnin Najwa apabila ternampak sengihan Tinie yang agaknya sudah sampai ke telinga itu.
“Ehh, sorrylah. Aku bukan berniat pun nak terkejutkan hang!” balas Tinie dengan wajah bersalah. Loghat utaranya kedengaran lagi. Dia duduk di sebelah Adnin Najwa yang sedang memegang sehelai baju kebaya labuh berwarna merah hati.
“Yelah, aku maafkan. Lain kali, kalau kau buat aku terkejut lagi, siaplah kau aku kerjakan!” ugut Adnin Najwa separuh bergurau. Dia tertawa kecil melihat wajah Tinie yang berpura-pura cuak. Gadis itu juga tertawa kecil kemudiannya.
“Ehh, lawalah baju kebaya yang hang pegang tu. Rekaan baru hang, eh? Serius memang cantiklah! Tapi, aku macam pernah nampak..” puji Tinie lalu segera mencapai baju kebaya yang dipegang Adnin Najwa.
Adnin Najwa tersenyum kecil. Dia mengangguk-angguk. “A’ah.. Rekaan baru aku. Kan aku ada tunjukkan kat kau masa aku lukis rekaan baju ni kat atas kertas hari tu!”
“Oh, betullah! Patutlah macam pernah nampak..” kata Tinie sambil menepuk dahi. Dia tersengih-sengih, malu sendiri. Adnin Najwa hanya menggeleng-geleng.
“Cik, dekat butik ni ada tak rekaan untuk ibu mengandung? Saya nak belikan baju untuk isteri saya..” tanya seorang pelanggan lelaki yang baru sahaja memasuki butik Adnin Najwa.
Terus hati dan fikiran Adnin Najwa menjadi berkecamuk selepas mendengar perkataan ‘ibu mengandung’. Mana tidaknya, sudah hampir dua bulan haidnya tidak datang. Bagaimana jika dia mengandungkan benih dari lelaki yang telah merosakkannya kira-kira dua bulan yang lalu? Kening Adnin Najwa berkerut-kerut, dahinya sudah dibasahi peluh dingin.
“Wawa, orang tu tanya tu. Jawablah!” panggil Tinie yang agak pelik melihat wajah Adnin Najwa yang tiba-tiba berubah.
Adnin Najwa tersentak dari lamunannya. Dia tersenyum pahit membalas senyuman lelaki tadi. “Maaf, encik. Kami tak jual pakaian.. Emm.. Pakaian.. Pakaian perempuan hamil..” balas Adnin Najwa lambat-lambat. Wajahnya terus dibasahi peluh dingin.
“Oh, kalau macam tu, tak apalah. Saya cari kat butik lain. Terima kasih, eh..” sahut lelaki itu sambil berlalu.
Tinie memandang pelik ke wajah Adnin Najwa yang sudah berpeluh agak banyak padahal penghawa dingin di dalam kedai itu begitu kuat. Cukup untuk membuatkan tubuh Tinie terketar-ketar kesejukan. Tinie menggerakkan bahu Adnin Najwa yang sedang mengelamun lagi. “Hang okey ke tak? Awat ni, Wawa oi?”
“A.. Aa.. Aku okey..” getus Adnin Najwa perlahan. Matanya dilarikan dari bertentangan dengan mata Tinie yang sedikit membesar itu. Bimbang gadis itu tahu bahawa dia berbohong.
“Kalau okey, tak apalah. Haa, sebenarnya aku datang sini nak bawakan makanan kegemaran hang. Aku masak lebih sikit tadi, teringat kat hang bila tengok gulai ikan yu ni.. Lagipun, aku cuti hari ni. Tu yang ada masa datang jenguk hang ni!” kata Tinie sambil mengeluarkan satu bekas makanan dari dalam beg kertas yang berada di atas ribaannya.
“Ye ke? Baiknya housemate aku ni! Bertuah aku dapat housemate macam kau. How thoughtful of you!” tersenyum lebar Adnin Najwa, terkelip-kelip matanya memandang Tinie.
“Biasalah! Tengoklah siapa housemate hang! Aku memang pun baik!” puji Tinie pada dirinya sendiri.
“Aisehh, perasan pulak dia!” Adnin Najwa tertawa sambil memerhatikan tingkah laku Tinie yang sedang membuka tudung bekas makanan tersebut. Gadis itu mengajukan bekas makanan itu ke arah Adnin Najwa. Bau aroma gulai ikan yu itu begitu kuat menyucuk hidung Adnin Najwa. Dengan tidak semena-mena, Adnin Najwa terus memicit hidungnya dengan kuat. Entah mengapa gulai kegemarannya itu membuatkan tekaknya terasa meloya pula pada hari ini. Hilang seleranya terhadap gulai tersebut. “Err.. Kau letak je kat sana.. Sana..”
“Eh, awat pulak ni? Bukan ke hang suka gulai ikan yu ni? Hari ni macam tak suka pulak!” balas Tinie, sedikit berjauh hati. Yalah, penat-penat dia masakkan untuk Adnin Najwa. Tengok-tengok pula, gadis itu seperti tidak mahu memakan gulai masakannya tersebut.
“Bukan! Bukan macam tu, Tie.. Aku macam tak ada selera sikit nak makan hari ni. Tekak aku ni macam meloya semacam aje, Tie..” ujar Adnin Najwa dengan jujur.
“Eh, sebelum ni hang suka sangat dengan gulai ni. Pantang nampak atau bau, mesti hang serbu! Hari ni hang boleh meloya pulak bila bau gulai ni sampai kat hidung hang? Biar betui? Hang mengandung ke apa ni, Wawa! Selalunya orang perempuan mengandung saja yang suka loya tak tentu pasal ni. Tambah-tambah, loya kat makanan favorite sendiri!” kata Tinie separuh bergurau. Memang niatnya hanya mahu mengusik Adnin Najwa. Biasalah usik-mengusik di antara kawan-kawan.
Berderau darah Adnin Najwa selepas mendengar kata-kata usikan Tinie itu. Jantungnya kini sudah berdebar tidak keruan. Dia takut dan bimbang. Kegelisahan kini terpancar jelas dari sinar wajahnya yang sedia resah sejak kedatangan lelaki tadi. Bagaimana jika betul telahan Tinie itu? Adakah aku sedang hamil? Ya Allah! Adnin Najwa memegang kepalanya sendirian.
“Wawa? Hang okey?” tanya Tinie prihatin. Dia bimbang tersilap cakap atau bergurau yang bukan-bukan dengan Adnin Najwa yang menyebabkan gadis itu tiba-tiba hilang mood. Tapi, rasanya aku tak ada pula bergurau yang bukan-bukan. Lagipun, aku bergurau saja.. Tinie cuba menyedapkan hatinya sendiri.
Tiba-tiba sahaja Adnin Najwa terbangun dari duduk. Dia memandang wajah Tinie yang sedang dilanda tanda tanya. Gadis itu kelihatan bingung dengan apa yang sedang difikirkan oleh Adnin Najwa. “Aku nak keluar sekejap. Kau tengok-tengokkan butik aku kejap, eh? Kejap aje.. Dalam setengah jam macam tu, aku baliklah..” getus Adnin Najwa dalam resah yang cuba dikawal.
“Err.. Okey. Tapi hang okey atau tak tu? Macam tak okey aja.. Aku ada tersalah cakap ka?” soal Tinie dengan kerutan di dahi. Masih ingin memastikan.
“Aku okey, Tie.. Aku nak keluar kejap je. Teringat pasal satu hal yang aku belum settlekan.. Kau tolong tengok-tengokkan budak-budak aku tu bekerja, ya?”
“Okey, okey..” balas Tinie dalam perasaan lega.
“Okey, aku keluar kejap. Assalamualaikum!” laung Adnin Najwa seraya melangkah keluar dari butik tersebut.
Tinie hanya memandang langkah Adnin Najwa dengan pandangan penuh tanda tanya. Gulai ikan yu yang terbuka, ditudungnya semula dengan penutup bekas makanan. Dia memandang seketika ke arah bekas makanan itu sambil menggaru-garu sedikit kepalanya yang tidak gatal. Dia sungguh bingung kini. Apa agaknya yang berada di hati dan fikiran Adnin Najwa? Gadis itu sungguh perahsia dan suka memendam perasaan. Tinie perasan itu.




TAN Sri Haji Zainal menghempaskan beberapa fail yang tebal di atas meja kerjanya. Dia sungguh tertekan dengan masalah demi masalah yang melanda. Semuanya kerana Irfan Naufal tidak boleh menumpukan perhatian di dalam setiap tugasan yang diberikan. Dan semua itu gara-gara kerana dosa anak lelakinya itu yang telah meragut kesucian gadis tidak berdosa. Sudah hampir dua bulan anaknya itu cuba menjejaki gadis itu, namun masih hampa. Hasilnya, segala kerja Irfan Naufal banyak yang terbengkalai.
“Saya rasalah, Tan Sri.. Baik Tan Sri gugurkan aje kedudukan Encik Irfan tu buat sementara waktu. Saya tengok dia macam tak dapat nak tumpukan perhatian aje? Saya rasa dia tu ada masalah peribadi kut? Tapi, mana boleh campurkan masalah peribadi dengan soal kerja, kan? Macam nilah hasilnya, Tan Sri..” Encik Borhan tersenyum sinis memandang wajah Tan Sri Haji Zainal yang sedang tertekan. Inilah peluang untuk dia masuk campur menghasut dan meracuni fikiran Tan Sri Haji Zainal supaya Irfan Naufal berjaya disingkirkan dari syarikat itu.
“Shut up. I know my son well.. Kamu tak perlu beri saya nasihat atau apa-apa. Saya panggil kamu ni, nak suruh kamu tolong settlekan perkara-perkara di dalam fail itu! Bukan suruh kamu buruk-burukkan anak saya!” bentak Tan Sri Haji Zainal. Berubah terus air muka Encik Borhan yang tadinya begitu galak tersenyum sinis.
“Tapi, Tan Sri.. Cubalah tengok. Ni semua kerja-kerja Encik Irfan.. At last, saya jugak yang nak kena settlekan. Kalau terus macam ni, lingkuplah syarikat.. Ini nasiblah Tan Sri sanggup check satu persatu. Lepas ni kalau ada yang Tan Sri terlepas pandang, macam mana? Mesti jadi masalah punya! Saya sebagai penolong Encik Irfan memang nampak sangat kelakuan dia yang dah banyak berubah. Dulu dia komited dengan kerja. Tapi sekarang ni..” hasut Encik Borhan lagi dengan perasaan tidak berpuas hati.
“Kamu tak ada hak nak cakap begitu pasal ketua kamu yang juga merupakan anak lelaki saya! Ambil fail-fail itu dan keluar. Siapkan sebelum habis minggu ini! Pastikan kerja-kerja kamu teliti, faham?!” bertambah berang pula Tan Sri Haji Zainal ketika ini mendengar kata-kata Encik Borhan yang banyak benarnya itu.
“Emm.. Maafkan saya, Tan Sri. Saya keluar sekarang juga. Jangan risau, saya akan pastikan kerja-kerja yang Tan Sri bagi ni, saya siapkan sebelum habis minggu ni dengan seteliti-telitinya.. Saya minta diri dulu, ya Tan Sri..” ujar Encik Borhan sebelum berlalu. Dia tertawa di dalam hati melihat wajah Tan Sri Haji Zainal yang tertekan itu.
Dia yakin, tidak lama lagi tentu pangkat Pengarah Urusan akan menjadi miliknya. Inilah peluangnya dia merebut pangkat tersebut walaupun dari anak pemilik syarikat ini sendiri. Lagipun, memang dia layak. Irfan Naufal itu lama-lama nanti akan jadi pemilik syarikat ini juga. Jadi, buat apa dia hendak tunggu lama-lama untuk pangkat Pengarah Urusan? Ini adalah jalan pintas untuk dia memiliki pangkat tersebut. Kalau tidak, dia terpaksalah menunggu masa Tan Sri Haji Zainal bersara. Dan tentunya lambat lagi masa yang ditunggu-tunggu itu akan tiba.
“Mimi, minta Irfan ke bilik saya sekarang jugak!” suara keras Tan Sri Haji Zainal hampir-hampir membuatkan jantung Mimi luruh. Apa pula yang dibarankan oleh Tan Sri Haji Zainal agaknya? Sejak dua menjak ini, orang tua itu asyik hendak melenting saja. Dan selalu sangat Irfan Naufal dipanggil masuk ke biliknya. Apa agaknya dua beranak itu selalu bicarakan di waktu kerja begini?
Tanpa membuang masa lagi, Mimi bergegas ke bilik Irfan Naufal. Selepas memaklumkan ketuanya itu, dia terus duduk menyambung kerjanya yang masih berlambak. Bayangan Irfan Naufal yang berjalan di hadapan mejanya hanya dihantar dengan ekor matanya sahaja. Dia malas mahu masuk campur.
Irfan Naufal berhenti di hadapan meja kerja abahnya selepas orang tua itu menyuruhnya masuk. Dia tahu apa yang bakal diperkatakan oleh abahnya itu. Tentu orang tua itu mahu menekannya lagi. Sejak mengetahui mengenai perbuatannya terhadap Adnin Najwa, Tan Sri Haji Zainal kerap kali naik baran. Setiap kali Irfan Naufal memberitahu bahawa dia gagal menjejaki Adnin Najwa, dia akan dimarahi oleh Tan Sri Haji Zainal berkali-kali.
Irfan Naufal menelan air liur melihat wajah baran abahnya. Jantungnya berdebar kencang bagai memberitahu bahawa sesuatu yang tidak dijangkakan akan berlaku. “Ya, abah panggil Ir? Kalau pasal Najwa lagi, Ir mintak ampun dan maaf. Ir masih belum dapat jumpa dia..”
Tan Sri Haji Zainal menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan sekaligus. Dia cuba bertenang. Ya, kali ini dia mahu bercakap baik-baik dengan Irfan Naufal. Tiada gunanya juga dia asyik mahu marah-marah pada anaknya itu. Selepas yakin yang dia sudah bertenang, Tan Sri Haji Zainal berpaling menghadap wajah suram Irfan Naufal.
“Ini terakhir abah mintak. Please go on a vacation.. Tenangkan fikiran dan fikirkan balik kat mana yang kau belum cari lagi. Ajaklah Afiq atau Zakwan atau sesiapa pun kawan kau untuk temankan kau.. I think this is the best way for you to figure it out.. Abah bagi kau masa selama sebulan untuk cari budak Najwa tu.. Kalau tak jumpa jugak, biar abah pulak yang cari guna cara abah sendiri!” ujar Tan Sri Haji Zainal dengan wajah yang agak tenang.
“Tapi, abah? Nanti syarikat ni macam mana pulak? Lama tu kalau Ir cuti sampai sebulan!” Irfan Naufal bertanya kerisauan. Takkanlah semudah itu abahnya ingin melepaskan dia dari segala tanggungjawab di syarikat itu?
“Kalau kau ada kat sini pun, hati kau tu tak ada bersama, buat apa? Sama aje.. Kau bukannya tahu buat kerja dalam keadaan minda kau yang macam tu! Abah dah tengok banyak kerja-kerja kau. Semuanya buat kepala abah ni haru biru! So, abah rasa baik kau ambil cuti. Fikirkan balik segala-galanya.. Jangan risau, kerja-kerja kau nanti abah suruh Encik Borhan yang tolong ambil-alih buat sementara waktu ni..” Tan Sri Haji Zainal berkata lembut, masih cuba bertenang.
“Maafkan Ir, abah.. Sebab buatkan abah rasa macam ni. Ir tahu, abah malu dengan perbuatan Ir.. Ir memang berdosa dengan semua orang. Ir malu dengan abah, dengan Najwa, lebih-lebih lagi Ir malu dengan Allah.. Semua ni memang salah Ir sebab terlalu ego dan ikutkan sangat godaan nafsu dan syaitan..” rintih Irfan Naufal dalam sebak. Dia berjalan ke arah abahnya lalu melutut memegang kaki orang tua itu. Kepalanya dilabuhkan ke atas ribaan Tan Sri Haji Zainal. Air matanya mengalir membasahi seluar lelaki tua itu.
Tan Sri Haji Zainal yang mendengar, terus melepaskan sebuah keluhan kecil. Hatinya sedikit tersentuh. “Sudahlah, Ir. Nasi dah pun jadi bubur.. Kau dah tak boleh nak patah balik. Yang kau boleh buat sekarang ni, perbetulkan apa yang patut.. Selagi dosa kau terhadap gadis tu belum terampun, selagi itulah hidup kau tak tenang. Abah ni sayangkan kau, sebab tulah abah marah-marah kau suruh kau cari gadis tu sampai dapat. Orang tua-tua ni kalau marah tu, tandanya dia sayangkan orang yang dia marah tu. Abah tak sanggup tengok anak abah hidup dalam keadaan tidak tenang macam ni.. Jangan sampai ummi kau dapat tahu, nanti penyakit darah tinggi dia menyerang pulak..” luah Tan Sri Haji Zainal sambil mengurut dahinya.
Perasaan risau dan bimbang masih tidak berkesudahan. Keningnya yang lebat dan agak beruban kini sudah bercantum apabila kerutan di dahinya bertambah. Betapa kasihnya dia terhadap anak-anaknya sehinggakan dia tidak mahu menyaksikan hidup anak-anaknya tidak bahagia..




JATUH terduduk Adnin Najwa ketika itu di atas katil di dalam biliknya. Entah mengapa air matanya kini bagai tidak mahu berhenti mengalir. Dia bingung serta tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Baru tadi dia membuat ujian kehamilan di dalam bilik air walaupun hatinya tidak tega mahu melihat keputusannya. Dua tiga kali juga dalam masa selang 3 jam dia melakukan ujian kehamilan menggunakan pregnancy test yang dibeli di farmasi siang tadi.
Hasilnya semua positif dan kini Adnin Najwa bagaikan sudah hilang pertimbangan. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya mengandungkan bayi luar nikah hasil perbuatan durjana seorang lelaki berjiwa iblis! Perasaan bencinya terhadap Irfan Naufal semakin menjadi-jadi. Mulutnya tidak berhenti menyumpah seranah lelaki itu dan memukul perutnya yang masih kempis itu. Dia benci mengandungkan benih lelaki tidak berguna itu. Dia benci anak itu hidup dalam kandungannya sehinggakan dia sampai terfikir mahu membunuh anak itu dengan menggugurkan kandungan itu.
Adnin Najwa memegang rambutnya yang masih pendek itu lalu ditarik-tarik kasar. Gelora perasaannya kian menjadi-jadi. Dadanya berombak kencang, jiwanya kacau. Dia sedang menghadapi tekanan perasaan yang maha hebat ketika ini. Air mata sudah banyak mengalir sehingga matanya menjadi sembab. Dia meraung dan meracau-racau sendirian di dalam bilik itu.
Mujurlah Tinie tiada di rumah ketika itu. Gadis itu pulang bercuti selama seminggu ke kampungnya di Kedah. Jika tidak, tentu temannya itu takkan biarkan dia keseorangan meracau begini. Dan kalaulah Tinie ada, Adnin Najwa takkan berani meracau begini kerana bimbang rahsianya diketahui oleh kawannya itu.
“Kenapa aku perlu mengandungkan anak lelaki dayus tu? Kenapa?!!” tangis Adnin Najwa sendirian. Dia memukul lagi perutnya. Dia tidak mahu bayi itu terus hidup di dalam rahimnya. Dia bencikan bayi itu sama seperti dia membenci Irfan Naufal!
Adnin Najwa menarik nafas panjang lalu dilepaskan. Air mata kembali deras ke pipinya yang sudah sebal. Sebak semakin memenuhi ruang dadanya semula. Dia tidak mampu menghadapi masa hadapan yang sudah semakin gelap. Sudahlah dia kena mengandungkan anak luar nikah itu, nanti bila perutnya sudah membesar, sudah tentu dirinya akan dipandang hina dan dia pasti akan dicemuh oleh masyarakat sekeliling! Tentu Tinie pun akan membuang aku lepas dah tahu yang aku mengandung tanpa bernikah. Siapa nak percaya yang aku ni adalah mangsa rogol? Tentu mereka fikir aku sengaja mereka-reka cerita untuk membela diri. Esak tangis Adnin Najwa semakin berlagu sendu. Dia sungguh menderita.
“Padan muka kau!!” suatu suara bergema di dalam minda Adnin Najwa. Kuat dan semakin kuat.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi ketawa berdekah-dekah. Semakin kuat dan semakin membingitkan telinganya. Bayangan Irfan Naufal yang sedang mentertawakannya hadir di segenap ruang di dalam bilik itu membuatkan Adnin Najwa menjadi semakin tertekan.
“Diam! Kau diam!! Lelaki tak guna! Lelaki sial! Pembawa sial!!!” maki Adnin Najwa seraya menutup kedua belah telinganya. Kepalanya tergeleng-geleng. Matanya dipejam rapat-rapat, tidak mahu memandang wajah lelaki itu yang masih galak merenung sinis ke arahnya.
Adnin Najwa membuka matanya selepas yakin yang bayangan Irfan Naufal sudah tiada di situ. Dia menangis semahu-mahunya meratapi nasibnya yang selalu ditimpa malang. “Kenapa semua ni harus terjadi kat aku?! Kenapa aku?!! Kenapa?? Kenapaaaa?” rintih Adnin Najwa sambil menggetap giginya menahan sebak. Hatinya tiba-tiba ingin menyalahkan takdir Allah SWT di atas semua yang berlaku ini. Syaitan begitu ligat menghasut dan berusaha bersungguh-sungguh ingin menyesatkan hati Adnin Najwa yang sudah dikuasai tekanan perasaan. Namun..
“Allah kan ada, sayang.. Ingat pada Allah! Ada hikmahnya sesuatu ujian yang Dia berikan..” suatu bisikan halus kedengaran. Kata-kata yang pernah arwah ibunya ucapkan kepadanya sewaktu arwah ibunya itu masih ada.
Barulah Adnin Najwa sedar bahawa dia tidak keseorangan. Matanya membesar dan terbuka luas. Memang benar kata arwah ibunya itu. Allah itu wujud dan sentiasa bersama-sama hamba-hambaNya. Air mata dibiarkan meniti di pipi ketika hatinya semakin mengingati Allah SWT. Ya Allah, adakah Engkau sengaja mahu mengujiku? Tetapi dugaan-dugaanMu ini terlalu maha hebat untukku seorang diri menanggungnya. Ampunkanlah aku kerana berfikiran yang bukan-bukan seketika tadi. Hanya satu yang ku pinta, Engkau ringankanlah beban di dalam hatiku ini. Agar aku dapat memikul segala beban perasaan yang tidak tertanggung rasanya ini.. Aminn ya Rabbal ‘Alaminn..




SEMINGGU berlalu..
SUASANA malam di Kuala Perlis amat mendamaikan perasaan Adnin Najwa. Ketika memerhatikan laut, pemandangan sekeliling yang dipenuhi batu-batu besar, bulan, bintang dan juga pepasir di pantai yang tampak putih, Adnin Najwa dapat merasai suatu perasaan kagum yang begitu kuat terhadap ciptaan Allah SWT yang amat menenangkan jiwa ini.
Di beberapa buah kedai makan yang berderetan di tepian pantai Kuala Perlis itu, terdapat beberapa buah keluarga yang sedang bergembira menikmati Laksa Kuala Perlis dan juga ikan bakar yang memang terkenal di kawasan ini. Bertuahnya anak-anak itu kerana masih mempunyai ibu bapa serta adik-beradik. Adnin Najwa tersenyum pahit dalam genangan air mata apabila teringatkan arwah ahli keluarganya.
“Nah, air untuk hang.. Mineral water as you requested earlier, ma’am!” seloroh Tinie yang sudah melabuhkan punggung di atas sebuah batu bersebelahan dengan Adnin Najwa.
“Thanks, Tie. You’re the best!” gelak Adnin Najwa sambil menyambut botol air mineral yang dihulurkan oleh Tinie.
Buat seketika, suasana hening di antara mereka. Masing-masing asyik dengan melayan perasaan dan khusyuk menikmati keindahan pemandangan malam di tepi pantai Kuala Perlis itu. Tinie tiba-tiba menoleh ke arah Adnin Najwa yang sedang leka mengira bintang di dada langit yang kelam. “Aku tengok hang sejak dua menjak ni macam lain sikit. Hang sakit ka? Selalu saja pucat.. Sekarang ni pun muka kau pucat sangat!”
Soalan itu membuatkan Adnin Najwa tersentak, tertunduk dan terpaku pada kakinya. Air liur yang ditelan terasa perit hendak melepasi kerongkongnya. Kelu lidahnya untuk menjawab pertanyaan Tinie yang terlalu sensitif itu. Akhirnya Adnin Najwa hanya mendiamkan diri, tidak mampu untuk menjawab apa-apa. Dia sedikit resah apabila renungan Tinie masih tidak berganjak daripadanya.
“Dah dua bulan kita duduk serumah. Hampir setiap kali dinner, kita dinner sama-sama. Banyak masa yang kita spend bersama.. Aku kenal hang memang jenis yang suka pendam rasa dan perahsia. Tapi, Wawa.. Aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena tentang hang.. Aku tau hang memang ada pendamkan satu masalah berat yang hang tanggung sendiri sorang-sorang. Kalau hang rasa hang boleh percayakan aku, hang ceritalah. At least, ringan sikit beban hati hang tu..” pujuk Tinie. Dia tahu, Adnin Najwa tentu ada suatu masalah berat yang tidak mahu diceritakan kepada sesiapa pun.
Adnin Najwa mengeluh kecil. Perasaan resah semakin membelenggu jiwanya. Patutkah dia menceritakan segala-galanya kepada Tinie? Apa agaknya tindak balas Tinie selepas mengetahui cerita tentang dia yang dirogol dan kini sedang mengandungkan benih lelaki durjana itu. Mungkinkah Tinie faham dengan keadaan dirinya? Mungkinkah Tinie mempercayai setiap kata-katanya? Atau mungkinkah temannya itu akan terus membuangnya selepas mengetahui tentang semua itu? Tinie mungkin beranggapan yang dia hanya mereka-reka cerita untuk membela diri sendiri yang sudah terlanjur dengan seorang lelaki.
Ya, aku tidak boleh membiarkan Tinie berfikiran yang bukan-bukan begitu. Aku masih mempunyai secebis maruah sahaja yang tinggal. Sekurang-kurangnya, aku ingin mempertahankan sisa-sisa maruah aku yang masih ada ini. Jika perut ini membesar, aku tidak akan teragak-agak untuk berpindah lagi. Maruahku, maruah bayiku yang tidak berbapa ini akanku pertahankan sehingga ke akhirnya. Ya Allah, aku masih tidak mampu untuk menceritakan kisah dukaku ini kepada sesiapa pun walaupun pada Tinie atau Arissa sendiri.
“Aku.. Aku tak ada apa-apa! Serius! Aku okey je..” ujar Adnin Najwa tiba-tiba dalam senyuman pahit. Sebak yang terasa mencengkam hatinya seketika tadi, cuba dikawal sebolehnya supaya air jernih tidak gugur ke pipinya. Dia tidak mahu Tinie tahu yang dia sedang berduka.
“Hang ni memang degil.. Kalau jadi apa-apa dekat hang nanti, aku jugak yang sedih. Hang tak sedih ke kalau aku sedih di kemudian hari nanti?” pujuk Tinie lagi, cuba memancing.
“Tie, terima kasih sebab ambil berat pasal aku. Kalau kau risau sangat, nanti aku pergi check kat kliniklah. Dah, jangan risau lagi ya?” getus Adnin Najwa, masih mekar dengan senyuman. Senyuman yang dipaksa-paksa dalam sebak. Namun dia cuba mengawal sebaknya supaya tidak terhambur keluar.
“Tengok tu, degil lagi. Tak mau cerita pun tak apalah! Nak merajuk..” ugut Tinie dengan mulut memuncung sakan.
Adnin Najwa tertawa lucu seraya memeluk bahu Tinie. “Alaa, janganlah merajuk! Alalala!”
“Tak mau dengaq!” Tinie menutup kedua belah telinganya. Tingkah lakunya kini sudah macam budak-budak yang merajuk sebab tak dapat gula-gula.
Dan Adnin Najwa terus mencuba memujuk Tinie dengan membuat lawak bodoh lalu akhirnya mereka tertawa bersama. Tidak tahan Tinie dengan lawak spontan yang baru sahaja dibuat oleh Adnin Najwa. Mereka tertawa riang bersama-sama lalu kembali menikmati keindahan pantai pada waktu malam yang terbentang di hadapan mereka.
“Eh, nanti aku nak pergi jumpa keluarga bakal mertua aku sat. Hang tolong hantaq kat rumah depa sat, boleh kan? Dekat sini ja..” pinta Tinie separuh mengharap. Loghat utaranya agak pekat pula kali ini.
“Okay! No problem!” balas Adnin Najwa tersenyum ikhlas.




KERETA Irfan Naufal dipandu agak laju ketika itu. Selesai menjamu selera bersama kawan baiknya Fizul dan beberapa orang lagi kawannya di sebuah restoran berhampiran Kuala Perlis, dia terus bergegas ingin kembali ke hotel penginapannya iaitu Putra Palace Kangar. Malam sudah hampir larut dan dia juga agak penat berjalan-jalan di sekitar negeri itu sejak pagi lagi.
Sudah tiga hari dia datang bercuti di Perlis. Baginya, negeri Perlis agak sesuai untuk dia menenangkan jiwanya kerana di sinilah dia dapat melarikan diri dari hiruk-pikuk kotaraya Kuala Lumpur yang sibuk dan sesak. Suasana kampung dan juga sawah padi yang terbentang luas serta udara yang lebih nyaman di negeri ini amat mendamaikan jiwa Irfan Naufal yang sememangnya memerlukan ketenangan.
Irfan Naufal memandu dengan penuh tumpuan ketika itu. Tiba-tiba dia terdengar seperti sesuatu terjatuh di sebelah tempat duduk penumpang bersebelahannya. Rupa-rupanya air pepsi di dalam gelas kertasnya yang dibelinya tadi telah terjatuh dan tertumpah. Selepas memastikan yang tiada kenderaan di hadapannya, Irfan Naufal tunduk untuk mengambil gelas kertas yang telah tertiarap itu..




ADNIN Najwa menepuk-nepuk dashboard keretanya. Tiba-tiba sahaja lampu keretanya terpadam. Baru tadi lampu keretanya okey-okey saja. Selepas menghantar Tinie tadi, dia terus memandu hala ke rumahnya di Kangar. Adnin Najwa masih pelik dengan keadaan yang baru terjadi. Apa hal pulak ni? Habis bateri ke apa? Dahlah aku ni tak tahu menahu tentang nak baiki kereta ni. Apa masalah pulak ni? Dahlah jalan ni gelap, tiada lampu jalan.. Rasa tidak sedap hati tiba-tiba menerjah ke dalam hati Adnin Najwa.
Adnin Najwa mengaduh kecil apabila terasa perutnya seperti ditendang. Eh, tapi kandungan aku ni baru dua bulan. Takkanlah baby seusia dua bulan ni tendang, aku dapat rasa kut? Adnin Najwa berkerut dahi dalam perasaan pelik dan tidak sedap hati. Dalam pada dia berniat untuk memberhentikan keretanya di bahu jalan, Adnin Najwa tidak sedar di hadapannya ada sebuah kereta yang tiba-tiba datang dari arah bertentangan. Sebaik sahaja Adnin Najwa menyedari lampu kereta itu yang menyuluh wajahnya, semuanya sudah terlambat..
Banggg!!! Bunyi perlanggaran itu kedengaran begitu kuat sekali. Dalam sekelip mata Adnin Najwa terasa tubuhnya seperti terhentak ke stereng kereta. Mujurlah dia memakai tali pinggang keledar, jika tidak sudah tentu tubuhnya terpelanting keluar dari kereta itu. Keretanya terbabas agak jauh dari kereta tadi.
Adnin Najwa mengerang kesakitan. Sakitnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Dahinya yang perit sudah dibanjiri cecair berwarna merah dan pekat. Perutnya terasa memulas sakit, darah kelihatan begitu banyak sekali keluar dari celah pahanya. Adnin Najwa menangis teresak-esak sambil memegang perutnya yang terasa sungguh perit bagai sedang ditores dengan pisau cukur. Ari-arinya terasa bagai mahu pecah berderai.
“Tolong! Ya Allah, ada perempuan tersepit kat dalam kereta tu!!” suara tempikan seseorang kedengaran sayup-sayup di cuping telinga Adnin Najwa.
Pandangan Adnin Najwa sudah mulai berpinar-pinar, bagaikan dia sedang mengalami mimpi buruk. Suasana kelihatan kabur pada pandangan matanya. Dia umpama sedang berhalusinasi dan separuh sedarkan diri. Dalam samar-samar, dia dapat melihat beberapa orang manusia yang berlari-lari anak menuju ke arahnya. Entahkan mimpi, entahkan realiti. Adnin Najwa masih separuh sedar.
Dummmm! Bunyi letupan kereta di hadapannya juga kedengaran bagai sayup-sayup sahaja pada pendengaran Adnin Najwa. Terasa matanya dimasuki sesuatu. Pedihnya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Adnin Najwa memejamkan matanya yang terasa bagai tertusuk dengan cebisan-cebisan tajam. Sakitnya, ya Allah… Rintih hati Adnin Najwa. Dan kini Adnin Najwa terus pengsan akibat terlalu terkejut dan trauma.




IRFAN Naufal memegang kepalanya yang sudah berserabut ketika ini. Tangannya menggeletar, tubuhnya menggigil dan hatinya menjadi tidak tenteram sejak tadi lagi. Sejak dia terlibat di dalam sebuah kemalangan yang mengakibatkan seorang gadis tercedera. Akibat kecuaiannya memandu, gadis itu yang menjadi mangsa. Dia tidak nampak kereta gadis itu yang tidak berlampu. Tambahan pula, tiada lampu jalan di sepanjang jalan tersebut. Tapi, salah diakah semua ini? Irfan Naufal terpaksa menyalahkan dirinya kerana dialah tadi yang sibuk sangat mahu mengangkat gelas kertas berisi pepsi yang tiba-tiba terjatuh ketika itu.
Fizul datang menghampiri Irfan Naufal. Bahu sahabatnya itu ditepuk-tepuk lembut. Dia tahu Irfan Naufal sedang tertekan dan gelisah. “Kau sabarlah, Ir. Jangan fikirkan sangat. Aku rasa, perempuan tu okey aje kut.. InsyaAllah..”
“Mana mungkin dia okey. Aku sendiri nampak dia cedera teruk di kepala dan muka dia. Banyak sangat darah! Banyak sangat! Pijol, aku betul-betul takut kalau apa-apa terjadi pada perempuan tu!” luah Irfan Naufal sambil meraup wajahnya berkali-kali. Tangannya terus menggeletar dan hatinya tidak keruan sejak tadi.
“Kau banyakkan berdoa dan bersabar.. Aku yakin, Allah itu Maha Mendengar. Tentu perempuan tu tak ada apa-apa.. Kau kena doakan keselamatan dia..” nasihat Fizul lagi.
Irfan Naufal hanya mengangguk-angguk dalam keadaan yang masih kebingungan. Bukanlah senang untuk dia mengatasi perasaan takut, resah, bimbang dan bersalah macam ni dengan begitu mudah. Sesiapa pun tentu buntu dengan keadaan begini.
“Kau rasa, perempuan tu selamat tak? Aku.. Aku..”
“Insya-Allah, Ir.. Kau tu kenalah banyak berdoa. Jangan pulak nasihat aku ni, masuk telinga kanan keluar pula di telinga kiri.. Dalam keadaan macam ni, kau kena ingat pada Allah.. Jangan menggelabah. Fikir positif!” balas Fizul lagi, meyakinkan Irfan Naufal yang nampaknya semakin tertekan pula.
“Aku tak mahu masuk jail kalau sesuatu yang buruk terjadi.. pada.. Perempuan tu..”
“Hisy! Mulut kau ni memang..” belum sempat Fizul habis berkata-kata, seorang gadis comel tiba-tiba sahaja melintas laju di hadapannya. Gadis itu merapati seorang jururawat yang berada di kaunter berhampiran.
“Assalamualaikum, nurse! Saya kawan pesakit bernama Adnin Najwa ni. Saya baru dengaq berita yang dia kemalangan.. Admitted kat sini..” ujar Tinie dengan sebuah esakan kecil. Tadi dia menerima panggilan dari seorang pegawai polis yang memaklumkan dia mengenai kemalangan yang menimpa Adnin Najwa. Dia sungguh risau lalu segera bergegas ke hospital yang dinyatakan.
Mata Irfan Naufal terbuntang selepas mendengar nama Adnin Najwa disebut. Berderau darah Irfan Naufal dengan tiba-tiba apabila dia membayangkan semula wajah Adnin Najwa yang penuh kebencian terhadapnya. Dia memasang telinga, ingin mendengar perbualan seterusnya di antara Tinie dan juga jururawat tersebut.
“Sekejap saya check dekat list ni.. Emm, dia masih kat dalam bilik pembedahan. Dah sejam lebih kat dalam tu. Cik boleh tunggu dulu kat kerusi tepi sana tu..” balas jururawat bertugas tersebut penuh hormat beserta sebuah senyuman manis.
Terkejut Irfan Naufal tatkala mendengar. Selepas Tinie berlalu ke kerusi menunggu, Irfan Naufal pula yang meluru ke arah jururawat tadi. “Cik, boleh saya tahu nama pesakit yang berada di dalam bilik pembedahan tu?”
“Ya, berdasarkan IC yang kami jumpa dalam dompet duit mangsa, nama mangsa ialah Adnin Najwa binti Tajudin.. Encik ni orang yang terlibat sama dalam kemalangan tukan?”
“Ya, saya.. Saya tengah tunggu pembedahan tamat. Emm.. Boleh saya tengok IC dia?” Irfan Naufal separuh mengharap.
“Maaf, encik. Keluarga dan sahabat terdekat saja yang kami benarkan atas segala urusan mengenai hal peribadi mangsa..” jawab jururawat muda tersebut penuh komited. Dia yakin dengan apa yang diberitahu kepada Irfan Naufal.
Irfan Naufal mengeluh kecewa. Jika benarlah Adnin Najwa itu adalah Adnin Najwa yang sama yang dia kenali, tentu gadis itu takkan memaafkan dia lagi. Betapa terkejutnya Irfan Naufal selepas mengetahui bahawa perempuan yang baru sahaja menjadi mangsa kemalangan tadi kemungkinan besar adalah Adnin Najwa. Gadis yang sama yang pernah kehidupannya dimusnahkan oleh Irfan Naufal. Dan hari ini, dia juga yang menyebabkan gadis itu kemalangan. Agaknya jika Adnin Najwa tahu tentang ini, pasti gadis itu takkan sudi lagi menerima dia buat selama-lamanya.
Ya Allah, apa yang patut aku lakukan sekarang? Irfan Naufal merintih dalam diam. Dia terduduk di kerusi menunggu bersebelahan dengan Fizul yang sejak tadi tidak lekang-lekang memujuk serta menasihatinya. “Kau apahal? Kau okey? Sempat pulak kau mengurat nurse cantik tu!” usik Fizul, cuba menceriakan suasana.
“Eh, kau ni. Ke situ pulak.. Kepala otak kau berjambul! Mana ada aku mengurat dia.. Aku pergi tanya je.. Pasal perempuan tu..”
Fizul hanya menjungkitkan bahunya sambil bersandar di kerusi menunggu itu. Dia tidak betah lagi melayan perasaan Irfan Naufal yang semakin pelik itu. Agaknya, mungkin Irfan Naufal sudah berkenan dengan mangsa kemalangan tu? Fizul tersengih sendiri pula dengan imaginasinya yang entah apa-apa.

p/s : sorry dah lama x post..busy dengan restoran..and bab ni adalah PERUBAHAN dari bab 5 & 6 yang lepas..kali ni lebih teliti & berubah sangat dari dulu tu..anda dinasihatkan baca balik bab2 sebelum ni utk memahamkan entry ini..TQ~ :)


Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 4/12/2012 09:35:00 PM
Labels: Kurelakan Kasihmu

13 comments:

  1. keSENGALan teserlah..Thursday, April 12, 2012 at 9:48:00 PM GMT+8

    nak lagi nak lagi nak lagi nak lagi !
    sikit sangat. hahaha.

    kandungan wawa gugur ke?
    cpt cpt kasi dorang jumpa.
    tak sabar nak baca prt sneak peek yg sis post kat fb aritu.
    heeee~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. AnonymousThursday, April 12, 2012 at 9:51:00 PM GMT+8

    Kak,keguguran ke Adnin Najwa ? Ya Allah,sedih kot baca entry ni.Harap harap tak ada apa apa yang tak baik berlaku :(

    ~A~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Mummy HananThursday, April 12, 2012 at 9:51:00 PM GMT+8

    assalam,

    best...cuma kenapalah c Irfan Naufal tu yang terlanggar ngan Adnin tuh.... nanti Adnin marah lagi kat Irfan... dan kesian kalau Adnin keguguran....hehehehe

    Nyway... teruskan lah.... sambung jer cepat2...nak tau jugak kesinambungan yang seterusnya..... chaiyok2...u can do it...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousThursday, April 12, 2012 at 9:53:00 PM GMT+8

    best!!
    tp, rsnya yg lps lainkan?? Najwa tu dah buta klu x silap sy..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. SALThursday, April 12, 2012 at 9:55:00 PM GMT+8

    Semakin menarik jln ceritanya

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. ShadThursday, April 12, 2012 at 9:56:00 PM GMT+8

    mekasih kak,, even bz dengan restoran, sanggup penuhi permintaan kitorang ni yg rindu tahap ape dah dgn adnin najwa nih.. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. NurAtiZaThursday, April 12, 2012 at 11:12:00 PM GMT+8

    sis!!!!lame dah tau tunggu sambungan cite nie,ingatkan dah x de sambungan dah...
    x sangka betul Irfan Naufal yang menyebabkan Adnin Najwa buta...sian dekat Adnin Najwa...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. Zananis AliFriday, April 13, 2012 at 1:05:00 AM GMT+8

    ooo..a'ah lagi detail lagi faham...hehe

    apa2 pun tetap best.. ;) wlupun busy tapi akak still update.. thanks tau. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. Eppy SafriFriday, April 13, 2012 at 7:56:00 PM GMT+8

    Best, tp mmg lain sikit dr citer lama..
    Nak next

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AnonymousFriday, April 13, 2012 at 9:12:00 PM GMT+8

    saya rasakan...Najwa keguguran, pastu hilang ingatan...pastu Irfan pon ngurat dia. hehe
    sambung lagi please.... :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. fifiSaturday, April 14, 2012 at 12:24:00 AM GMT+8

    jangan wawa gugur.6t x best ar cite nya hehehe.blh kenakan irfancukup2..hhehe...kesian.............

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. Fahimah MahayuddinSaturday, April 14, 2012 at 12:51:00 AM GMT+8

    Finally, terubat jugak rindu dengan novel ni. Best sangat2! kesian dengan Adnin Najwa.Huhu...Hope diaorang akan kawen lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. AnonymousSaturday, April 14, 2012 at 3:31:00 PM GMT+8

    Sangat best ! Kesian betol dekat Adnin Najwa . Harap Irfan Naufal betol2 bertanggungjwab la lepas ni . Dah la dia dah hancurkan hidup Najwa .

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu