ALIDA dan Arissa berjalan-jalan di sebuah pusat
membeli-belah berhampiran Sogo. Alidalah yang beria-ia mengajak Arissa keluar.
Katanya mahu Arissa pilihkan baju untuk jamuan makan malam jabatannya yang
bakal diadakan di kampusnya dua hari lagi. Namun sebenarnya, ada tujuan lain
juga Alida mengajak Arissa keluar. Dia ingin tahu mengapa Irfan Naufal dan
Arissa berpisah kerana abangnya tidak pernah mahu menceritakan apa-apa
kepadanya. Jadi, jika dia bertanya Arissa sendiri dan mengenal pasti masalah
antara mereka, Alida mungkin tahu bagaimana untuk menyatukan dua hati itu
kembali.
“Kak Rissa, baju ni okey tak? Atau pun beli gaun
warna maroon ni?” soal Alida penuh teruja. Arissa hanya tersenyum kecil
memerhatikan gelagat Alida yang penuh keletah itu. Maklumlah orang muda-muda
yang baru menginjak ke umur 21 tahun.
“Akak rasalah, baik lagi Lida pakai gaun tu.. Sebab dinner tu, kena pakai formal attire, kan? So, lebih sesuai gaun tu pakai dengan selendang yang kita beli tadi
tu..” saran Arissa dengan penuh yakin. Alida terangguk-angguk dengan wajah gembira.
Dengan tidak membuang masa lagi, dia membawa gaun itu ke kaunter untuk membuat
bayaran. Arissa tersengih seraya membontoti langkah Alida yang agak laju itu.
Maklumlah, dapat beli baju baru. Siapalah yang tidak teruja.
Selepas membayar, mereka mengambil keputusan untuk
mengisi perut yang kosong pula. Lagipun, sekarang ini dah sampai waktu makan
tengah hari. Alidalah sejak tadi merungut-rungut lapar. Tak sempat bersarapan
pagi katanya, sebab itulah dia lapar sangat. Teruja sangat agaknya dia hendak keluar
berjalan-jalan dengan Arissa. Maklumlah sudah lama mereka tidak berkesempatan
melepak bersama-sama sejak Irfan Naufal dan Arissa berpisah. Dulu, Arissa
selalu juga ke rumahnya menjenguk abah dan umminya. Hampir setiap minggu Arissa
meluangkan masa untuk bersama-sama keluarga Alida.
Abangnya Irfan Naufal memang bodoh kerana memutuskan
hubungan dengan gadis sebaik Arissa. Abangnya itu memang terlampau kuat ego.
Kalau dah salah pun, tak mahu mengaku salah. Jadi, bila Arissa sendiri pula
yang bersalah, lagilah ego abangnya itu menjulang-julang tinggi. Jangan
haraplah abangnya hendak memaafkan Arissa dengan hanya kata-kata maaf gadis
itu. Berkali-kali Arissa merayu, malah berhari-hari, barulah abangnya sudi
maafkan.
Alida selalu menyaksikan keegoan abangnya dan juga
ketabahan Arissa melayan kerenah ego abangnya. Walaupun Alida berbuih mulut
berleter dan memarahi Irfan Naufal, abangnya itu tetap dengan ego menggunung
itu. Kasihan Arissa, sentiasa menjadi mangsa ego abangnya. Alida pula yang selalu
terasa geram dengan perangai abangnya itu. Kalaulah dia mempunyai kuasa karate
atau silat, sudah lama Irfan Naufal ikut cakapnya supaya bersetuju kahwin
dengan Arissa.
“Lida, nak ke mana pulak tu? Cakap lapar nak makan
dekat Secret Recipe, kan?” Arissa
menarik lengan Alida yang seperti mengelamun jauh itu dan gadis itu seperti
tidak sedar yang dia sudah berjalan melepasi restoran yang mereka ingin singgah
makan.
Angan-angan Alida tadi terbang entah ke mana selepas
tersentak dengan sapaan Arissa. Dia tersengih macam kerang busuk memerhati ke
wajah Arissa yang sedikit tertanya-tanya. “Kak Rissa belanja, kan? Kan?”
“Eh, bila masa pulak Kak Rissa cakap nak belanja
Lida ni?” Arissa cuba berlagak seperti tidak tahu. Padahal sewaktu awal mereka
bersetuju keluar tadi, Arissa sendiri yang berjanji mahu belanja Alida makan.
Alida sudah berkerut dahi dan memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
“Kak Rissa dah janji kan tadi..” rungut Alida.
Mukanya dah seperti kanak-kanak merajuk tidak dapat gula-gula. Arissa tertawa
lucu sambil memaut bahu Alida mesra.
“Ala, akak gurau je pun. Lida sekarang ni sensitif
sungguh ye?” usik Arissa dengan tawa yang masih berbaki.
“Nasib akak gurau.. Kalau tak, Lida nak merajuk
setahun! Lida tau Kak Rissa Lida ni memang the
best amongst the bestest in the whole world!” kata Alida, juga tertawa
bersama. Mereka berjalan beriringan memasuki restoran Secret Recipe.
Selepas memesan dua pinggan Spaghetti Meatball Beef dan sepotong kek White Chocolate Macademia untuk berkongsi dua, mereka memesan
minuman pula. Arissa hanya memesan secawan Cappucino manakala Alida memesan Ice Lemon Tea.
“Bertuahlah Lida hari ni, Kak Rissa belanja. Dapat
jugak makan mewah macam ni. Kalau datang sendiri dengan kawan-kawan, Lida beli
kek je sepotong. Kena jimat duit belanja yang abah bagi..” ujar Alida sambil
menyedut minumannya dengan penuh teruja.
Jarang dia dapat makan begini di luar kerana duit
belanja yang abahnya bagi memang cukup-cukup makan sahaja. Walaupun dia anak
seorang Tan Sri, abahnya itu selalu mengajar dia malah abangnya supaya
berbelanja dengan bijak dan berjimat. Dia faham, bukanlah niat abahnya itu mahu
menyeksanya dengan memberikan duit belanja yang sedikit, tetapi abahnya itu hanya
mahukan anak-anaknya tahu kesusahan untuk memperolehi duit.
“Sekali-sekala, Lida.. Bukan selalu pun Kak Rissa
nak belanja Lida ni. Kita dah tak macam dulu lagi, selalu berjumpa.. Sekarang
ni kan kita susah nak ada masa berjumpa macam ni. Jadi, apalah salahnya Kak
Rissa belanja Lida..” getus Arissa lembut. Tidak sedar yang dia sedang membangkitkan
perkara yang sudah berlalu.
Alida terdiam seketika. Perasaan sayu tiba-tiba
bergayut di tangkai hatinya. Dia rasa bersimpati pula kepada Arissa. “Kak
Rissa, boleh Lida tanya sesuatu?” soal Alida sambil mengacau-ngacau minumannya
dengan straw berwarna hitam yang berada di dalam gelas Ice Lemon Tea itu. Pandangannya masih terhala ke gelas minumannya
sebelum dia mengangkat kepalanya memandang Arissa yang sedikit terkebil-kebil.
“Hmm? Nak tanya apa? Tanyalah..” balas Arissa mesra.
Air Cappucinonya dihirup sedikit sebelum dia meletakkan semula cawan itu ke
atas alasnya di atas meja itu. Keningnya sedikit terangkat menantikan soalan
seterusnya dari Alida.
“Kenapa Kak Rissa dengan Abang Ir dah tak boleh
bersama lagi? Lida nak tahu dari mulut Kak Rissa pulak kali ni sebab Abang Ir
memang tak nak sebut apa-apa lagi pasal Kak Rissa..” kata Alida dengan wajah
ingin tahu.
Arissa mengeluh kecil. Hatinya kembali teringatkan
Irfan Naufal. Lukanya masih bernanah. Ternyata cintanya kepada Irfan Naufal
masih belum luput. Wajah lelaki itu juga selalu bermain-main di fikirannya
setiap masa dan ketika walaupun dia telah mencuba sedaya-upayanya untuk
melupakan Irfan Naufal. Ya, mana mungkin dia melupakan Irfan Naufal kerana
lelaki itu terlalu dicintai olehnya.
Tetapi kerana perangai lelaki itu yang terlalu kuat
ego dan cepat marah, Arissa menjadi tawar hati. Kerana Irfan Naufal sendiri
yang hendak memutuskan perhubungan mereka, Arissa sudah tidak nampak lagi
harapan untuk mereka terus bersama. Dia takkan menerima Irfan Naufal lagi dalam
hidupnya. Lelaki ego seperti itu memang susah untuk dibawa berbincang.
Bagaimana jika suatu hari nanti rumah tangganya berantakan hanya kerana sikap
ego Irfan Naufal yang tidak boleh berubah itu? Anak-anak mereka juga yang bakal
menjadi mangsa nanti. Arissa tidak mahu melibatkan anak-anak pula dalam masalah
mereka berdua.
“Kak Rissa?” panggilan Alida mengejutkan Arissa dari
terus mengelamun. Arissa berdeham kecil lalu segera menghirup lagi Cappucino.
Tangannya sedikit menggigil, membuatkan Alida pelik.
“Lida, dah lama dah perkara ni berlalu.. Akak dah
tak nak ungkit apa-apa lagi..” getus Arissa perlahan, dengan tenang. Cawan
Cappucino diletakkan semula ke atas meja. Sebuah senyuman pahit terbit tanpa
dipinta.
“Tapi, Kak Rissa.. Lida nak tahu je..”
“Takde
tapi-tapi lagi.. Lida pun tahu macam mana perangai abang Lida tukan? Akak
bukannya apa, Lida. Akak sebenarnya terseksa.. Dan alhamdulillah, sekarang akak
rasa hidup akak dah lebih happy berbanding
dulu walaupun akak masih tak dapat lupakan abang Lida tu.. Bukannya senang tau,
nak melupakan orang yang kita sayang..” ucap Arissa dengan hati yang sedikit
tersentuh. Ya, cintanya masih segar buat Irfan Naufal. Dan kerana itu, hatinya
sedikit sensitif ketika nama lelaki itu disebut-sebut. Walaupun terasa sayu,
senyuman dipaksa juga terbit dari bibir halusnya yang bergincu nipis itu.
Alida terdiam seketika. Wajah Arissa yang tersenyum
itu dipandang penuh simpati. “Kalau Kak Rissa nak, Lida boleh cakap dengan
Abang Ir.. Suruh dia ubah perangai dia tu..”
“Tak payah, Lida. Bukan senang seseorang tu nak
berubah perangai.. It takes a lot of time,
dear..” senyum Arissa lagi dengan mata yang digenangi air.
“Tapi, betul ke akak boleh bahagia hidup tanpa Abang
Ir?” soalan cepu mas Alida itu benar-benar mencabar hati dan minda Arissa. Dia
tidak tahu tentang masa depan yang menanti. Yang dia tahu, buat masa sekarang
ini dia memang okey. Tiada masalah berjauhan dengan Irfan Naufal walaupun tanpa
ada apa-apa lagi ikatan. Mungkinkah dia merana nanti di kemudian hari? Arissa
menelan liur seraya merenung ke cawan Cappucinonya. Airnya sudah tinggal
separuh.
Arissa kembali memandang ke wajah Alida dengan
tenang. Apa lagi reaksi yang dia mampu buat? Hanya reaksi itulah yang paling
sesuai ketika ini. “Insya-Allah.. Doa banyak-banyak pada Allah. Dia lebih tahu
apa yang terbaik untuk kita..”
Alida terkesima mendengar. Arissa memang tabah.
Dengan tidak semena-mena, ada air jernih yang terbit dari tubir mata Alida. Dia
bagai dapat merasakan perasaan Arissa yang begitu terseksa. “Kak Rissa,
sabarlah ya.. Sabar banyak-banyak..” ucap Alida sambil menggenggam tangan kanan
Arissa. Sebelah lagi tangannya menyeka air jernih yang tadinya menitis ke pipi.
“Tengah sabarlah ni, Lida. Takpe, akak okey aje.. Dah biasa dah.. Payah memanglah payah akak
nak lupakan Ir tu.. Tapi, akak terpaksa terima kenyataan ni. Dia pun nampak
macam dah tak kisah kalau kami berpisah sekali pun. Mungkin dia lebih bahagia
sekarang ni tanpa akak..” balas Arissa lirih.
“Eh, tapi kan kak. Lida nampak dia mcm ada problem je, Abang Ir tu. Selalu
termenung sana, termenung sini. Kadang-kadang tu pegang kepala macam gaya nak
hantuk-hantukkan ke dinding pulak.. Pelik Lida tengok.. Mungkin dia masih
teringatkan akak, tapi ego dia tu yang menghalang dia dari contact akak semula kut?” terang Alida dengan kerutan di dahi.
Arissa juga kini berkerut dahi. Ir masih ingat pada
aku ke? Tapi, sebab ego, dia tak nak hubungi aku lagi? Dia nak tunggu aku dulu
yang pergi pujuk rayu dia? Hmm, Ir memang tak berubah langsung kalau macam tu.
Aku tak nak bersuamikan lelaki ego macam tu. Tak mungkin! Sebelum kahwin pun
aku merana, takkan selepas kahwin pun aku perlu merana kerana ego dia yang
tinggi melangit tu? Ya, biarkan.. Aku takkan sesekali merayu pada dia lagi.
Baik aku cuba melupakan dia perlahan-lahan. Fikir Arissa sendiri. Allah
sentiasa ada untuk membantu, Arissa yakin itu.
“Kak Rissa dah tak kisah dah, Lida.. Yang penting,
maruah akak yang masih ada ni, baik akak pertahankan. Tak guna juga akak terus
nak layan ego dia tu.. So, I think I’m
gonna forget him forever..” suara Arissa masih kedengaran lirih. Hatinya
memang pedih, pedih sangat!
Alida termenung buat seketika memikirkan betapa
bodohnya abangnya itu. Irfan Naufal memang lelaki yang terlalu kuat ego. Alida
kenal abangnya itu. Mungkin ini adalah jalan terbaik untuk Arissa melarikan
diri dari hidup bersama lelaki yang salah dalam kehidupan berumah tangganya.
Bukannya senang untuk berkahwin dan hidup bahagia jika perangai lelaki itu
sebijik macam perangai Irfan Naufal. Memanglah Arissa layak mendapat lelaki
yang lebih baik kerana Arissa adalah gadis yang sangat baik hati.
Selepas seketika, pelayan datang menghantar makanan
yang dipesan oleh mereka awal tadi.
“Jom, makan! Kan tadi Lida yang nombor satu
merungut-rungut kelaparan. Kan?” ujar Arissa sambil memaksa bibirnya untuk
tersenyum manis.
Alida merenung kosong pada pinggan lebar yang
dipenuhi spaghetti yang nampak begitu lazat itu. Kemudian, matanya menyorot
Arissa yang kelihatan berselera menyuap pasta itu ke dalam mulutnya. Namun Alida
tahu, Arissa cuba menyembunyikan perasaan dengan tersenyum begitu. Senyuman
pahit! Alida kemudiannya mengangguk perlahan dan turut menjamah makanannya.
“AWAK memang dah gila!” terjah Tinie dengan sedikit
lantang. Wajah Adnin Najwa yang tergamam itu ditenungnya lagi dengan perasaan
yang entah apa-apa. Dah gila agaknya Irfan Naufal tu? Kenapa tiba-tiba timbul
soal Wawa kena kahwin dengan dia pula ni? Wawa kenal dia pun tak. Terlalu
mendadak kut sampai ajak kahwin hanya kerana sebuah kemalangan yang berlaku. Bayarlah
ganti rugi ke apa ke.. Ini tidak, ajak kahwin pula. Macamlah perkara kahwin ni
perkara yang boleh dibuat main-main.
Irfan Naufal hanya terdiam dan dia sendiri pun
sebenarnya tergamam. Bagaimanalah dia boleh terfikir untuk melamar Adnin Najwa.
Itu pun secara spontan. Tentulah ini adalah kerja gila. Memang layaklah dia
dipanggil gila oleh Tinie seketika tadi. Irfan Naufal mengeluh kecil. Biarlah
walaupun orang nak panggil dia gila ke apa ke. Janji dia dapat meluahkan isi
hatinya yang terpendam. Dan alang-alang sudah terlajak kata begini, bagus juga
dia teruskan. Harapannya, jawapan Adnin Najwa tidak akan mengecewakannya.
“Maafkan saya, Encik Irfan.. Saya tak boleh kahwin
dengan awak..” balas Adnin Najwa dengan wajah yang masih seperti tergamam.
Memang dia tidak boleh berkahwin dengan lelaki itu.
Alasannya cukup jelas sekali. Dia kenal pun tidak
Irfan Naufal itu. Tambahan pula, dia sekarang cacat penglihatan. Takkanlah dia
sanggup menjadi beban buat Irfan Naufal? Dan yang paling utama, lelaki itu
bernama Irfan Naufal! Nama yang cukup sama sebutannya dengan nama lelaki
jahanam yang pernah merosakkannya. Dia tidak mahu terkenangkan kisah silamnya
yang pahit itu nanti bila saja nama lelaki itu disebut-sebut. Jadi, sudah
tentulah alasan-alasan ini terlalu konkrit dan akan sentiasa tersemat kemas di
hati dan mindanya.
Irfan Naufal terkedu. Tidak tahu apa yang boleh
dikatakan lagi. Ikut logiknya, tentulah gadis itu menolak. Takkanlah
senang-senang Adnin Najwa mahu berikan jawapan ‘ya’ selepas orang yang baru
sahaja dikenalinya mengajak dia berkahwin. Betul juga tu.. Irfan Naufal
menggigit bibir bawahnya berkali-kali sambil mengusap rambutnya. “Maafkan saya,
Cik Najwa.. Tapi saya memang serius nak bertanggungjawab.. Sebab sayalah Cik
Najwa hilang penglihatan. So, saya
harap sangat dapat menjaga Cik Najwa selalu untuk menebus kesalahan saya ni..”
“No!”
getus Adnin Najwa lagi seraya tergeleng-geleng. “Saya tak harapkan sampai macam
tu sekali untuk awak tebus kesalahan awak. And,
for your info, kemalangan ni berlaku pun atas silap saya jugak. Lampu
kereta saya terpadam waktu tu.. So, this
is not 100% your fault. It’s mine too.. Dan saya harap Encik Irfan faham
serta tak payah rasa bersalah sampai macam tu sekali.. Kahwin ni bukan boleh
dibuat main-main. Lagipun, saya takkan berkahwin dengan orang yang tidak
sayangkan saya sebaliknya hanya bersimpati atau rasa bersalah macam yang Encik
Irfan cuba buat ni.. I need love to go on
a marriage life..” sambung Adnin Najwa panjang lebar.
Irfan Naufal mengeluh lagi. Nampaknya bukan senang
untuk memenangi hati Adnin Najwa. Alasan gadis itu memang bernas dan Irfan
Naufal begitu kecewa apabila lamarannya ditolak. “Baiklah Cik Najwa. Kalau Cik
Najwa nakkan cinta untuk berkahwin dengan saya, saya akan pastikan Cik Najwa
jatuh cinta pada saya. Lambat atau cepat, saya tak kisah. Asalkan saya berjaya
membuatkan Cik Najwa jatuh hati pada saya..” balas Irfan Naufal, nekad.
Tergamam lagi Adnin Najwa dan Tinie dibuat Irfan
Naufal. Memang lelaki itu nampaknya serius, detik hati Tinie. Adnin Najwa juga
dapat merasakan bahawa Irfan Naufal memang serius mahu memperisterikannya.
Tetapi, bukan semudah itu untuk dia menerima Irfan Naufal. Tidak sekali-kali.
“Sudahlah Encik Irfan.. Tolong jangan buang masa awak untuk saya. Tak perlu
awak korbankan hidup awak untuk gadis buta macam saya ni..”
“Saya tak kisah awak buta. Lagipun, salah saya juga
awak menjadi buta.. So, please let me
protect you until the end of my life.. I am ready to love you. Only you!”
jawab Irfan Naufal lagi.
Adnin Najwa menelan air liur. Cakap memanglah
senang. Ingat mudah ke untuk rasa cinta hadir dalam hati seseorang? Tawa sinis
Adnin Najwa kedengaran meletus. “Thanks,
but no thanks.. Saya faham, niat awak memanglah baik. Tapi, saya rasa awak
dah dipengaruhi oleh emosi yang entah apa-apa.. Tak perlu pun awak bercakap dengan
yakin sampai macam tu. Saya ni buta, saya ni bakal menjadi beban untuk semua
orang.. So, just leave me alone.. I am so
sorry, I can’t marry you..”
“Tapi..” Irfan Naufal cuba bersuara lagi.
“No! And it’s
a no! You got it? Saya minta maaf banyak-banyak ye Encik Irfan.. Jom, Tie..
Kita masuk..” tekan Adnin Najwa. Hatinya ditetapkan supaya berpegang teguh pada
pendiriannya.
Tinie mengangguk dalam perasaan serba-salah melihat
wajah Irfan Naufal yang memang kecewa habis itu. Rasanya lelaki itu dah pun frust menonggeng-nonggeng ketika ini.
Lengan Adnin Najwa dipegang Tinie semula. Dia memimpin tangan Adnin Najwa
memasuki bilik wad, meninggalkan Irfan Naufal sendirian di luar.
Irfan Naufal duduk di kerusi berdekatan. Keluhan
besar dilepaskan lalu rambutnya diusap kasar. Susahlah kalau macam ni! Apa yang
perlu aku lakukan ni? Irfan Naufal sudah buntu.
FIZUL tertawa besar ketika itu. Cerita Irfan Naufal
menjadikan dia geli hati entah mengapa. Takkanlah lelaki ego seperti Irfan
Naufal itu mahu mengahwini gadis buta seperti Adnin Najwa? Takkanlah kerana
sebuah kemalangan sahaja, Irfan Naufal nekad sampai sanggup mahu mengahwini
gadis itu? Irfan Naufal yang memang terkenal dengan sifat mementingkan diri
sendiri itu kini bercerita bahawa dia rasa bersalah menyebabkan gadis itu buta
dan ingin berkahwin dengan gadis itu? What
a joke!
“Apahal kau ketawa pulak ni? Aku seriuslah, Zul..”
marah Irfan Naufal.
“Cop, cop,
cop! Kau serius nak bertanggungjawab? Dah dia tak nak, kau nak paksa buat
apa? Kau ni tersilap makan ke apa ni? Bukan ke kau selalu tak kisah pasal orang
sekeliling kau. Kau tu hanya tahu pentingkan diri kau je selama ni.. Kan?”
kutuk Fizul sambil tertawa lagi. Memang dia sudah masak dengan perangai Irfan
Naufal yang ego itu. Selalunya Irfan Naufal takkan peduli pasal orang lain
kerana dia hanya pentingkan egonya sahaja.
“Kau ni memang tak sayang mulut. Sekali aku cepuk
karang, berterabur gigi kau..” gertak Irfan Naufal geram. Fizul tidak langsung
menunjukkan yang dia takut dengan kata-kata Irfan Naufal itu. Sebaliknya, dia
ketawa semakin kuat pula.
“Kau janganlah buat serius, Ir.. Lawak pulak aku
tengok kau..”
“Please,
kau jangan ketawa kalau kau tak tahu kisah sebenar. Karang betul-betul kau kena
cepuk dengan aku!” terjah Irfan Naufal lantang. Dia geram sungguh dengan Fizul.
Fizul terdiam sambil memandang tepat ke wajah Irfan
Naufal yang muram. “You seems troubled..
Why? Tak nak cerita ke? Apa maksud kau, kisah sebenar tu?” soal Fizul,
tiba-tiba serius pula.
Irfan Naufal membungkam seribu bahasa. Dia lebih
suka mendiamkan diri di kala ini. Tidak tahu apa yang patut dilakukan.
Takkanlah dia kena ceritakan semuanya pada Fizul kut? Apa pula nanti kata
sahabatnya itu? Fizul tentu akan memberi tanggapan buruk terhadapnya. Tapi.. Memang
patut kan aku cerita..
“So?” tanya
Fizul lagi, inginkan kepastian.
“Kau sebenarnya tak tahu kisah di sebalik apa yang
berlaku sekarang ni.. Takdir Allah memang jelas, Zul. Dan aku terperangkap
dalam kisah hidup aku sendiri..” ujar Irfan Naufal seolah berkias. Fizul sudah
berkerut dahi mendengarnya.
“Maksud kau? Hesy, main tarik tali pulak dengan aku.
Cubalah kau cerita betul-betul.. Mungkin aku boleh tolong.. Beban dalam hati
kau pun mesti kurang..” Fizul tersengih macam kerang busuk, ingin memancing
Irfan Naufal bercerita. Mungkin dia ingat, masalah Irfan Naufal tidaklah
seberat mana..
Irfan Naufal mengeluh lagi. Dia tunduk buat seketika
sebelum memandang semula ke wajah Fizul. Sahabatnya itu memang sahabat yang
paling memahaminya. Dan Fizul juga merupakan seorang yang pandai menyimpan
rahsia orang. Rasanya jika dia menceritakan kisah perbuatan terkutuknya
terhadap Adnin Najwa pun, Fizul tentu akan menyimpan rahsia itu. Cuma mungkin
dirinya akan disalah anggap terlebih dahulu sebelum dia menerangkan bahawa dia
telah insaf dan sebab itulah dia ingin bertanggungjawab terhadap Adnin Najwa.
“Hey, hey, hey.. Helo?” Fizul memetik jari
betul-betul di depan muka Irfan Naufal menyebabkan lelaki itu tersedar dari
lamunan.
“Kalau kau dengar cerita aku ni, mesti kau terkejut
dan marah pada aku.. Tapi aku nak tegaskan kat sini yang aku memang betul-betul
menyesal dan dah insaf sekarang ni. Rasa bersalah sentiasa menghantui hidup aku
sebab aku memang tak pernah pun buat benda macam tu sebelum-sebelum ni pun..
Kau kena janji akan tolong aku lepas aku cerita pada kau. And please, do not tell somebody else about this.. This should be
confidential even to you..” ujar Irfan Naufal memulakan kata.
Lagilah Fizul bertambah hairan dan pelik. Tumpuannya
kini sudah seratus-peratus pada wajah sugul Irfan Naufal yang nampak serius
itu. Nampaknya, masalah Irfan Naufal bukanlah masalah biasa-biasa saja. Dan
masalah yang dihadapi oleh sahabatnya itu tentu masalah yang sungguh berat
sehingga boleh membuatkan lelaki itu berubah terlalu mendadak begini. Daripada seorang
yang ego serta tidak pentingkan perasaan orang lain, kini Irfan Naufal berubah menjadi
seorang yang penuh rasa bersalah dan ingin bertanggungjawab pula. Apa agaknya yang
berlaku pada Irfan Naufal? Fizul sudah tidak sabar-sabar lagi hendak mengetahui
kisah selanjutnya dari Irfan Naufal.
“Hmmm.. Aku janji, Ir..” getus Fizul perlahan. Wajahnya
berubah mimik muka ingin tahu yang membuak-buak.
“Kisah ni bermula hampir 3 bulan yang lalu.. Masa tu,
aku masih bertunang dengan Rissa….” kata Irfan Naufal, memulakan cerita. Dia menceritakan
segala-galanya kepada Fizul, sampailah ke kemalangan yang berlaku baru-baru ini.
Takdir Allah SWT telah menemukan Irfan Naufal dan Adnin Najwa dalam situasi yang
amat tidak dijangkakan sama sekali. Itulah yang membuatkan Irfan Naufal begitu buntu.
10 minit berlalu..
Fizul berkerut dahi mendengar kisah itu. Dia tidak menyangka
yang Irfan Naufal sanggup sampai merogol Adnin Najwa hanya kerana egonya rasa tercabar.
Bahaya benar rupanya jika ego terlalu menggunung tinggi. Walaupun dia tahu Irfan
Naufal sudah insaf dan mahu bertanggungjawab, hatinya bagai memberontak marahkan
sahabatnya itu. Namun dia cuba bersabar. Tiada guna juga dia bising-bising jika
Irfan Naufal sendiri sudah sedar akan kesilapannya. Lagi pula, nasi dah pun menjadi
bubur. Tiada jalan lagi untuk berpatah balik melainkan cuba memperbetulkan apa yang
patut.
“Kau memang gila, Ir..” geleng Fizul berkali-kali. “Habis
tu, apa kau nak buat ni? Dia kan tak mahu kahwin dengan kau..”
“Aku pun tak tahu, Zul.. Aku ingat nak pikat dia. Tapi,
aku ni manalah tahu cara nak memikat.. Kau pun tahu aku ni kan jenis yang fikir
pasal perasaan aku aje selama ni. Rissa tu, tak tahulah macam mana dia bertahan
dengan perangai aku selama ni..” lirih bunyi suara Irfan Naufal. Dia mengeluh dalam
kekesalan. Ya, dia menyesal kerana telah mempersia-siakan masanya bersama gadis
tercintanya Arissa.
“Itulah kau. Sekarang ni baru nak sedar diri.. Dari dulu
lagi aku dah cuba nasihatkan kau berkali-kali tapi kau tak nak dengar. Kesian aku
tengok Rissa tu selalu aje makan hati dengan perangai ego kau tu. Nak ucap kata-kata
sayang kat dia pun kau susah..” sempat Fizul membebel. Irfan Naufal hanya mampu
menadah telinga dalam perasaan menyesal.
“Aku kena lupakan Rissa.. Aku dah tak layak untuk dia.
Lelaki jahat macam aku ni, memang patut terima nasib yang macam ni. Kena bertanggungjawab
sampailah aku mati nanti.. Sebabnya, dosa aku ni terlalu besar kerana telah merosakkan
hidup seorang gadis tak bersalah!” ucap Irfan Naufal dengan sepenuh hati.
Fizul menggeleng-geleng lagi kepalanya. Dia tahu, Irfan
Naufal memang benar-benar ikhlas mahu bertanggungjawab. Mungkinkah Allah SWT telah
takdirkan Adnin Najwa sebagai teman sehidup semati Irfan Naufal? Fizul terfikir-fikir
sendirian. Bagus juga jika dia membantu Irfan Naufal untuk memikat Adnin Najwa.
“Aku akan tolong kau pikat Cik Najwa tu.. Hmm, aku tengok dia tu lawa sungguh. Sesuailah
dengan kau.. Kau tak terpikat langsung ke bila tengok dia?” sempat lagi Fizul mengusik.
“Hesy! Kau ni.. Ke situ pulak.. Hmm, mungkin sekarang
ni aku belum ada rasa cinta dekat dia sebab aku masih belum boleh lupakan Rissa.
Tapi, insya-Allah bila dah kahwin nanti, aku akan berikan cinta dalam hati aku ni
hanya untuk perempuan bergelar isteri aku aje.. Aku akan pastikan dia bahagia bukan
atas dasar aku ingin bertanggungjawab terhadap dia atau bersimpati, tetapi dia akan
bahagia kerana cinta aku terhadap dia yang terlalu mendalam..” jelas Irfan Naufal
panjang lebar. Dia yakin yang dia boleh mencintai Adnin Najwa selepas mereka berkahwin
nanti.
Kata-kata Irfan Naufal itu disambut dengan wajah tidak
percaya Fizul. Memang jiwang pulak mamat ni. Tadi cakap tak reti nak mengayat atau
memikat. Ni kalau dia rakam dan mainkan semula kepada Adnin Najwa, tentu gadis itu
akan terus terpikat dan bersetuju untuk berkahwin dengan Irfan Naufal. Fizul tersengih-sengih,
lucu pula dia apabila Irfan Naufal yang egois itu boleh mengeluarkan ayat-ayat pujangga
seperti tadi. Tawa lucunya meletus dengan tiba-tiba.
“Yang kau ketawa tiba-tiba ni apasal? Kau dah tak betul
ke?” soal Irfan Naufal pelik.
Fizul menekan perutnya sambil menudingkan jari telunjuknya
ke muka Irfan Naufal. Tawanya masih bersisa banyak. Dia tidak tahan melihat muka
dungu Irfan Naufal selepas habis berpujangga. “Hahaha!! Kelakar! Kau tak pernah jiwang macam tadi. Sebab tulah aku
ketawa.. Hahahahaha!”
Darah terasa menyerbu naik ke wajah Irfan Naufal. Habis
merona merah wajahnya ketika ini. Ya Allah! Malunyaaaa… Memang betul cakap Fizul
tu, aku tak pernah pun guna ayat-ayat cinta macam tadi tu. Jauh sekali untuk berbicara
begitu dengan seorang gadis, walaupun gadis itu adalah Arissa sendiri. Desis hati
Irfan Naufal sendirian.
Arissa yang terlalu dia cintai itu tentu terseksa mendapat
tunang sepertinya. Entah apalah yang membuatkan Arissa terpikat padanya selepas
mereka diperkenalkan oleh Fizul. Sebulan selepas perkenalan mereka, Arissa dan dia
tiba-tiba sahaja menjadi rapat lalu hubungan mereka menaiki ke fasa seterusnya iaitu
bertunang. Irfan Naufal sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh jatuh cinta pada
Arissa sehingga bersetuju untuk bertunang dengan gadis itu. Dan selama mereka bertunang,
Irfan Naufal tidak pernah menuturkan isi hatinya terhadap gadis itu.
Tawa Fizul masih gamat. Lucu sangat ke? Irfan Naufal
terasa mendongkol geram. Wajah Fizul yang masih ketawa lepas itu dijeling tajam.
“Woii! Agak-agaklah! Kau dah melampau dah tuu…” terjah Irfan Naufal kegeraman.
“Okey, okey, okey.. Biar aku try untuk cool down a bit..”
Fizul menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan. Berkali-kali juga dia buat begitu.
Tapi hatinya masih terasa bagai digeletek lalu dia tertawa lagi dengan gamatnya.
“Hahahaha!! Tak boleh tahanlah.. Adesss..”
“Dah, kau diam! Aku lesing baru tauuu.. Kau kena ingat
janji kau nak tolong aku pikat Cik Najwa tu ye? Janji kena tepati, faham? Sekarang
ni, aku nak kau hentikan ketawa kau tu sebelum gigi kau hilang..” ugut Irfan Naufal.
“Baik, tuannn…” jawab Fizul, namun masih dalam tawa yang
berbaki. Irfan Naufal menepuk dahinya berkali-kali, tidak betah melihat perangai
suka ketawa Si Fizul itu.
“WAWA..” panggil Tinie tiba-tiba. Adnin Najwa menoleh
ke arah suara Tinie di sebelah kanannya. Senyuman terukir indah buat Tinie.
“Hmm?”
“Kalau aku cakap sesuatu, hang jangan marah atau salah
faham pulak tau?” kata Tinie memulakan bicara. Adnin Najwa kelihatan berkerut dahi.
Apa pula yang hendak dimarahkan?
“Apa dia, Tie?” soal Adnin Najwa ingin tahu lebih lanjut.
Tangannya meraba-raba buah oren yang dikupas oleh Tinie tadi. Dia menyuap oren itu
seulas demi seulas ke dalam mulutnya. Manis betul oren yang dibeli oleh Tinie ini,
desis hati Adnin Najwa.
“Aku rasalah…” ujar Tinie teragak-agak. Dari tadi dia
berfikir sebenarnya tentang perkara ini. Sekarang barulah dia mempunyai keberanian
untuk berkata-kata.
“Hmm? Rasa apa pulak?” tanya Adnin Najwa lagi dengan
muka pelik.
“Aku rasalah… Encik Irfan tu memang betul-betul ikhlas
dan boleh jaga hang dengan baik la..” sempat Tinie menelan air liur melihat wajah
Adnin Najwa yang terkedu. Kening gadis itu berkerut-kerut.
Adnin Najwa mengeluh kecil. “Aku tak boleh, Tie.. Ada
banyak sangat sebab kenapa aku tak boleh kahwin dengan dia. Salah satunya sebab
ialah aku tak nak dia kahwin dengan aku hanya kerana dia bersimpati dengan aku atau
atas rasa dia nak bertanggungjawab aje. I
need love from my husband, not sympathy.. Do you get it, Tie?”
Tinie terdiam seketika. Dia yakin yang Irfan Naufal itu
adalah lelaki baik-baik yang boleh membahagiakan Adnin Najwa. Tinie dapat melihat
keikhlasan yang ditunjukkan oleh Irfan Naufal, sebab itulah Tinie merasakan yang
dia perlu memujuk hati Adnin Najwa untuk menerima lelaki itu. Lagipun, Adnin Najwa
itu tinggal sebatang kara di dalam dunia ini dan kini cacat penglihatan.
Sampai bila Tinie boleh menjaga Adnin Najwa kerana dia
pun tidak lama lagi akan berkahwin. Tinie cukup risau memikirkan Adnin Najwa selepas
dia berkahwin nanti. Tetapi kini, dia sudah nampak sekelumit harapan. Jika Adnin
Najwa bersetuju mengahwini Irfan Naufal, tentu lelaki itu akan sentiasa menjaga
Adnin Najwa sepanjang waktu. Ya, hanya dengan mengahwinkan Adnin Najwa kepada Irfan
Naufal, nasib temannya itu tentu akan terbela. Dia tentu akan dilindungi selalu
oleh Irfan Naufal.
“Bagi akulah, cinta boleh dipupuk lepas kahwin nanti.
Ramai jugak kut orang yang berkahwin tanpa cinta ni, berbahagia dengan pasangan
masing-masing sebab depa tu bercinta lepas kahwin.. Bak kata orang, bercinta lepas
kahwin la lagi sweet macam madu lebah
gitu..” pujuk Tinie lagi.
“Kau cakap memanglah senang, Tie.. Bagi aku, aku tak
boleh berkahwin tanpa cinta! Muktamad!” tekan Adnin Najwa dengan wajah sedikit serius.
Kalaulah Tinie tahu segala sebab yang dia ada untuk tidak
mengahwini Irfan Naufal, tentu Tinie faham kenapa dia tak boleh menerima lamaran
lelaki itu, malah walaupun lelaki lain yang melamarnya pun dia tidak mahu terima.
Salah satu sebab yang paling utama ialah, dia sudah tiada apa-apa keistimewaan langsung
untuk diberikan kepada bakal suaminya. Sudahlah buta, dara pun tiada. Nanti dah
kahwin, tentu kehidupannya bersama suami bakal menjadi neraka jika suaminya mendapat
tahu yang dia sudah tiada dara lagi. Ditambah lagi dengan keadaannya yang buta,
tentu suaminya bertambah rasa beban. Dia tidak mahu menyesal di kemudian hari dan
terus menderita dalam hidup. Adnin Najwa ingin mencari bahagia hanya dengan sisa-sisa
hidupnya ini tanpa ada gangguan dari sesiapa.
“Atau hang dah pun ada suami? Sebab.. Hari tu.. Emm..
Doktor tu cakap..” Tinie tiba-tiba teringatkan kata-kata doktor tempoh hari mengenai
Adnin Najwa yang hamil dan keguguran. Mungkinkah Adnin Najwa sudah berumah tangga
atau sudah bercerai sebelum tahu bahawa dia sedang mengandungkan anak suaminya?
Mungkinkah gadis itu sudah trauma untuk berkahwin lagi, sebab itulah dia menolak
lamaran Irfan Naufal? Berbagai-bagai persoalan timbul dalam benak Tinie.
“Please, Tie.
Jangan sebut pasal tu. Aku tak boleh jawab soalan kau tu.. Please?” pinta Adnin Najwa separuh merayu. Terasa matanya basah mengingatkan
sejarah silamnya yang pahit dan juga kehilangan anaknya. Penderitaan hatinya masih
terasa menyengat. Lukanya masih berdarah dan terlalu dalam untuk diubati. Semua
ini memakan masa untuk dia melupakan segala kisah hitam hidupnya itu.
Tinie terkedu. Kenapalah aku boleh terlepas cakap macam
tu? Setiap orang mempunyai masalah peribadi tersendiri yang tidak boleh diceritakan.
Kenapalah aku ni menyibuk pula nak tahu itu-ini? Ya Allah! Adakah aku telah melukakan
hati Wawa? Bisik hati Tinie. Dia ternampak badan gadis itu yang terhenjut-henjut
menahan tangis. Rasa bersalah kini hadir bersarang di dalam hati Tinie. Air matanya
juga terbit dek kerana terlalu sebak. Tubuh Adnin Najwa ditariknya ke dalam pelukan
lalu dieratkan. “Maafkan aku, Wawa… Aku tak bermaksud..”
Adnin Najwa menangis teresak-esak sambil ditenangkan
oleh Tinie. Rasa bersalah Tinie semakin menebal sehinggakan dia sendiri sudah tidak
tahu apa yang patut dilakukan olehnya selain memujuk Adnin Najwa begini. Ya Allah,
Engkau tenangkanlah hati Wawa. Berikan dia kekuatan.. Aku tak sengaja, ya Allah..
Aku tak sengaja.. Doa Tinie sendirian.
p/s : sorry...hanya ini yg termampu..sbb buat dlm keadaan ngantok2..just utk korang :) mungkin next n3 Wawa akan berikan good news pada Irfan..mana la taw kan..heheh harap semua faham dengan kedukaan hati dia yg menyebabkan dia xleh lagi nk terima Irfan dgn begitu mudah.. :)
irfan=adnin. =happy ever after. eheheh.
ReplyDeletemekasih kak.. jatuh cinta pulak dgn irfan naufal nih.. huhu
ReplyDeletemekasih kak.. jatuh cinta pulak dgn irfan naufal nih.. huhu
ReplyDeletesedih dengan keadaan Adnin Najwa...
ReplyDeleteHarap Adnin Najwa sentiasa tabah & akan membuka pintu hati untuk terima lamaran Irfan Naufal...
Harap2 irfan dgn najwa hingga keakhirnya. Jgn pula irfan berpaling pd arissa pula.
ReplyDelete-jaja-
hope pintu hati wawa terbuka utk terima irfan..
ReplyDeletesian ngan wawa...
ReplyDeletewawa terimalah Ir,
hadapilh dengan persaan sentiasa cube utk mencintai...
aduhhhh.... sgt terharu ni..
wah...walaupun sikit, cukuplah kan...ubat rindu kat irfan nie...
ReplyDeletekesian kat wawa...hope irfan boleh pujuk dia kawin ngn wawa..ehhehehehe
ReplyDeletemoga irfan dan najwa bersatu......
ReplyDeleteirfan dpt menjnkan tanggunjawabnya menjaga dan melindungi najwa dan najwa akan dpt memaafkan irfan serta menerima takdir hidupnya.....
hope irfan xkan wat wawa kecewa..n hope..arissa bkn jd btu penghalang cinta depa..hoho
ReplyDeleteberi masa untuk irfan buktikan kesungguhan dia untuk dptkan wawa...terbaik
ReplyDeleteXCITED DA NI........ MASUK KEJE KUL 8 SAMPAI SKANG TAK NGADAP KEJE LAGI... HAHHAHAHHA
ReplyDeletexcited sangat ni.....
ReplyDeletesedey lagi.. kesian sgt ngan nasib wawa. kalau dia kawen nanti mcm mana ngan penerimaa keluarga irfan esp Alida ngan mak irfan. arissa plak mcm mane? mesti dia gaduh ngan wawa kan. hurrmm..harap wawa tabah!?
ReplyDeleteceh, igtkan irfan ngan arisa...ala...adnin...kesian kat die....sememangnyer kesian kat dua-dua....nasib badan
ReplyDeletedah keluar dlm btk cetakkan ke
ReplyDelete