-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Tuesday, April 24, 2012

Kurelakan Kasihmu 9, 10



ALIDA dan Arissa berjalan-jalan di sebuah pusat membeli-belah berhampiran Sogo. Alidalah yang beria-ia mengajak Arissa keluar. Katanya mahu Arissa pilihkan baju untuk jamuan makan malam jabatannya yang bakal diadakan di kampusnya dua hari lagi. Namun sebenarnya, ada tujuan lain juga Alida mengajak Arissa keluar. Dia ingin tahu mengapa Irfan Naufal dan Arissa berpisah kerana abangnya tidak pernah mahu menceritakan apa-apa kepadanya. Jadi, jika dia bertanya Arissa sendiri dan mengenal pasti masalah antara mereka, Alida mungkin tahu bagaimana untuk menyatukan dua hati itu kembali.
“Kak Rissa, baju ni okey tak? Atau pun beli gaun warna maroon ni?” soal Alida penuh teruja. Arissa hanya tersenyum kecil memerhatikan gelagat Alida yang penuh keletah itu. Maklumlah orang muda-muda yang baru menginjak ke umur 21 tahun.
“Akak rasalah, baik lagi Lida pakai gaun tu.. Sebab dinner tu, kena pakai formal attire, kan? So, lebih sesuai gaun tu pakai dengan selendang yang kita beli tadi tu..” saran Arissa dengan penuh yakin. Alida terangguk-angguk dengan wajah gembira. Dengan tidak membuang masa lagi, dia membawa gaun itu ke kaunter untuk membuat bayaran. Arissa tersengih seraya membontoti langkah Alida yang agak laju itu. Maklumlah, dapat beli baju baru. Siapalah yang tidak teruja.
Selepas membayar, mereka mengambil keputusan untuk mengisi perut yang kosong pula. Lagipun, sekarang ini dah sampai waktu makan tengah hari. Alidalah sejak tadi merungut-rungut lapar. Tak sempat bersarapan pagi katanya, sebab itulah dia lapar sangat. Teruja sangat agaknya dia hendak keluar berjalan-jalan dengan Arissa. Maklumlah sudah lama mereka tidak berkesempatan melepak bersama-sama sejak Irfan Naufal dan Arissa berpisah. Dulu, Arissa selalu juga ke rumahnya menjenguk abah dan umminya. Hampir setiap minggu Arissa meluangkan masa untuk bersama-sama keluarga Alida.
Abangnya Irfan Naufal memang bodoh kerana memutuskan hubungan dengan gadis sebaik Arissa. Abangnya itu memang terlampau kuat ego. Kalau dah salah pun, tak mahu mengaku salah. Jadi, bila Arissa sendiri pula yang bersalah, lagilah ego abangnya itu menjulang-julang tinggi. Jangan haraplah abangnya hendak memaafkan Arissa dengan hanya kata-kata maaf gadis itu. Berkali-kali Arissa merayu, malah berhari-hari, barulah abangnya sudi maafkan.
Alida selalu menyaksikan keegoan abangnya dan juga ketabahan Arissa melayan kerenah ego abangnya. Walaupun Alida berbuih mulut berleter dan memarahi Irfan Naufal, abangnya itu tetap dengan ego menggunung itu. Kasihan Arissa, sentiasa menjadi mangsa ego abangnya. Alida pula yang selalu terasa geram dengan perangai abangnya itu. Kalaulah dia mempunyai kuasa karate atau silat, sudah lama Irfan Naufal ikut cakapnya supaya bersetuju kahwin dengan Arissa.
“Lida, nak ke mana pulak tu? Cakap lapar nak makan dekat Secret Recipe, kan?” Arissa menarik lengan Alida yang seperti mengelamun jauh itu dan gadis itu seperti tidak sedar yang dia sudah berjalan melepasi restoran yang mereka ingin singgah makan.
Angan-angan Alida tadi terbang entah ke mana selepas tersentak dengan sapaan Arissa. Dia tersengih macam kerang busuk memerhati ke wajah Arissa yang sedikit tertanya-tanya. “Kak Rissa belanja, kan? Kan?”
“Eh, bila masa pulak Kak Rissa cakap nak belanja Lida ni?” Arissa cuba berlagak seperti tidak tahu. Padahal sewaktu awal mereka bersetuju keluar tadi, Arissa sendiri yang berjanji mahu belanja Alida makan. Alida sudah berkerut dahi dan memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
“Kak Rissa dah janji kan tadi..” rungut Alida. Mukanya dah seperti kanak-kanak merajuk tidak dapat gula-gula. Arissa tertawa lucu sambil memaut bahu Alida mesra.
“Ala, akak gurau je pun. Lida sekarang ni sensitif sungguh ye?” usik Arissa dengan tawa yang masih berbaki.
“Nasib akak gurau.. Kalau tak, Lida nak merajuk setahun! Lida tau Kak Rissa Lida ni memang the best amongst the bestest in the whole world!” kata Alida, juga tertawa bersama. Mereka berjalan beriringan memasuki restoran Secret Recipe.
Selepas memesan dua pinggan Spaghetti Meatball Beef dan sepotong kek White Chocolate Macademia untuk berkongsi dua, mereka memesan minuman pula. Arissa hanya memesan secawan Cappucino manakala Alida memesan Ice Lemon Tea.
“Bertuahlah Lida hari ni, Kak Rissa belanja. Dapat jugak makan mewah macam ni. Kalau datang sendiri dengan kawan-kawan, Lida beli kek je sepotong. Kena jimat duit belanja yang abah bagi..” ujar Alida sambil menyedut minumannya dengan penuh teruja.
Jarang dia dapat makan begini di luar kerana duit belanja yang abahnya bagi memang cukup-cukup makan sahaja. Walaupun dia anak seorang Tan Sri, abahnya itu selalu mengajar dia malah abangnya supaya berbelanja dengan bijak dan berjimat. Dia faham, bukanlah niat abahnya itu mahu menyeksanya dengan memberikan duit belanja yang sedikit, tetapi abahnya itu hanya mahukan anak-anaknya tahu kesusahan untuk memperolehi duit.
“Sekali-sekala, Lida.. Bukan selalu pun Kak Rissa nak belanja Lida ni. Kita dah tak macam dulu lagi, selalu berjumpa.. Sekarang ni kan kita susah nak ada masa berjumpa macam ni. Jadi, apalah salahnya Kak Rissa belanja Lida..” getus Arissa lembut. Tidak sedar yang dia sedang membangkitkan perkara yang sudah berlalu.
Alida terdiam seketika. Perasaan sayu tiba-tiba bergayut di tangkai hatinya. Dia rasa bersimpati pula kepada Arissa. “Kak Rissa, boleh Lida tanya sesuatu?” soal Alida sambil mengacau-ngacau minumannya dengan straw berwarna hitam yang berada di dalam gelas Ice Lemon Tea itu. Pandangannya masih terhala ke gelas minumannya sebelum dia mengangkat kepalanya memandang Arissa yang sedikit terkebil-kebil.
“Hmm? Nak tanya apa? Tanyalah..” balas Arissa mesra. Air Cappucinonya dihirup sedikit sebelum dia meletakkan semula cawan itu ke atas alasnya di atas meja itu. Keningnya sedikit terangkat menantikan soalan seterusnya dari Alida.
“Kenapa Kak Rissa dengan Abang Ir dah tak boleh bersama lagi? Lida nak tahu dari mulut Kak Rissa pulak kali ni sebab Abang Ir memang tak nak sebut apa-apa lagi pasal Kak Rissa..” kata Alida dengan wajah ingin tahu.
Arissa mengeluh kecil. Hatinya kembali teringatkan Irfan Naufal. Lukanya masih bernanah. Ternyata cintanya kepada Irfan Naufal masih belum luput. Wajah lelaki itu juga selalu bermain-main di fikirannya setiap masa dan ketika walaupun dia telah mencuba sedaya-upayanya untuk melupakan Irfan Naufal. Ya, mana mungkin dia melupakan Irfan Naufal kerana lelaki itu terlalu dicintai olehnya.
Tetapi kerana perangai lelaki itu yang terlalu kuat ego dan cepat marah, Arissa menjadi tawar hati. Kerana Irfan Naufal sendiri yang hendak memutuskan perhubungan mereka, Arissa sudah tidak nampak lagi harapan untuk mereka terus bersama. Dia takkan menerima Irfan Naufal lagi dalam hidupnya. Lelaki ego seperti itu memang susah untuk dibawa berbincang. Bagaimana jika suatu hari nanti rumah tangganya berantakan hanya kerana sikap ego Irfan Naufal yang tidak boleh berubah itu? Anak-anak mereka juga yang bakal menjadi mangsa nanti. Arissa tidak mahu melibatkan anak-anak pula dalam masalah mereka berdua.
“Kak Rissa?” panggilan Alida mengejutkan Arissa dari terus mengelamun. Arissa berdeham kecil lalu segera menghirup lagi Cappucino. Tangannya sedikit menggigil, membuatkan Alida pelik.
“Lida, dah lama dah perkara ni berlalu.. Akak dah tak nak ungkit apa-apa lagi..” getus Arissa perlahan, dengan tenang. Cawan Cappucino diletakkan semula ke atas meja. Sebuah senyuman pahit terbit tanpa dipinta.
“Tapi, Kak Rissa.. Lida nak tahu je..”
“Takde tapi-tapi lagi.. Lida pun tahu macam mana perangai abang Lida tukan? Akak bukannya apa, Lida. Akak sebenarnya terseksa.. Dan alhamdulillah, sekarang akak rasa hidup akak dah lebih happy berbanding dulu walaupun akak masih tak dapat lupakan abang Lida tu.. Bukannya senang tau, nak melupakan orang yang kita sayang..” ucap Arissa dengan hati yang sedikit tersentuh. Ya, cintanya masih segar buat Irfan Naufal. Dan kerana itu, hatinya sedikit sensitif ketika nama lelaki itu disebut-sebut. Walaupun terasa sayu, senyuman dipaksa juga terbit dari bibir halusnya yang bergincu nipis itu.
Alida terdiam seketika. Wajah Arissa yang tersenyum itu dipandang penuh simpati. “Kalau Kak Rissa nak, Lida boleh cakap dengan Abang Ir.. Suruh dia ubah perangai dia tu..”
“Tak payah, Lida. Bukan senang seseorang tu nak berubah perangai.. It takes a lot of time, dear..” senyum Arissa lagi dengan mata yang digenangi air.
“Tapi, betul ke akak boleh bahagia hidup tanpa Abang Ir?” soalan cepu mas Alida itu benar-benar mencabar hati dan minda Arissa. Dia tidak tahu tentang masa depan yang menanti. Yang dia tahu, buat masa sekarang ini dia memang okey. Tiada masalah berjauhan dengan Irfan Naufal walaupun tanpa ada apa-apa lagi ikatan. Mungkinkah dia merana nanti di kemudian hari? Arissa menelan liur seraya merenung ke cawan Cappucinonya. Airnya sudah tinggal separuh.
Arissa kembali memandang ke wajah Alida dengan tenang. Apa lagi reaksi yang dia mampu buat? Hanya reaksi itulah yang paling sesuai ketika ini. “Insya-Allah.. Doa banyak-banyak pada Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..”
Alida terkesima mendengar. Arissa memang tabah. Dengan tidak semena-mena, ada air jernih yang terbit dari tubir mata Alida. Dia bagai dapat merasakan perasaan Arissa yang begitu terseksa. “Kak Rissa, sabarlah ya.. Sabar banyak-banyak..” ucap Alida sambil menggenggam tangan kanan Arissa. Sebelah lagi tangannya menyeka air jernih yang tadinya menitis ke pipi.
“Tengah sabarlah ni, Lida. Takpe, akak okey aje.. Dah biasa dah.. Payah memanglah payah akak nak lupakan Ir tu.. Tapi, akak terpaksa terima kenyataan ni. Dia pun nampak macam dah tak kisah kalau kami berpisah sekali pun. Mungkin dia lebih bahagia sekarang ni tanpa akak..” balas Arissa lirih.
“Eh, tapi kan kak. Lida nampak dia mcm ada problem je, Abang Ir tu. Selalu termenung sana, termenung sini. Kadang-kadang tu pegang kepala macam gaya nak hantuk-hantukkan ke dinding pulak.. Pelik Lida tengok.. Mungkin dia masih teringatkan akak, tapi ego dia tu yang menghalang dia dari contact akak semula kut?” terang Alida dengan kerutan di dahi.
Arissa juga kini berkerut dahi. Ir masih ingat pada aku ke? Tapi, sebab ego, dia tak nak hubungi aku lagi? Dia nak tunggu aku dulu yang pergi pujuk rayu dia? Hmm, Ir memang tak berubah langsung kalau macam tu. Aku tak nak bersuamikan lelaki ego macam tu. Tak mungkin! Sebelum kahwin pun aku merana, takkan selepas kahwin pun aku perlu merana kerana ego dia yang tinggi melangit tu? Ya, biarkan.. Aku takkan sesekali merayu pada dia lagi. Baik aku cuba melupakan dia perlahan-lahan. Fikir Arissa sendiri. Allah sentiasa ada untuk membantu, Arissa yakin itu.
“Kak Rissa dah tak kisah dah, Lida.. Yang penting, maruah akak yang masih ada ni, baik akak pertahankan. Tak guna juga akak terus nak layan ego dia tu.. So, I think I’m gonna forget him forever..” suara Arissa masih kedengaran lirih. Hatinya memang pedih, pedih sangat!
Alida termenung buat seketika memikirkan betapa bodohnya abangnya itu. Irfan Naufal memang lelaki yang terlalu kuat ego. Alida kenal abangnya itu. Mungkin ini adalah jalan terbaik untuk Arissa melarikan diri dari hidup bersama lelaki yang salah dalam kehidupan berumah tangganya. Bukannya senang untuk berkahwin dan hidup bahagia jika perangai lelaki itu sebijik macam perangai Irfan Naufal. Memanglah Arissa layak mendapat lelaki yang lebih baik kerana Arissa adalah gadis yang sangat baik hati.
Selepas seketika, pelayan datang menghantar makanan yang dipesan oleh mereka awal tadi.
“Jom, makan! Kan tadi Lida yang nombor satu merungut-rungut kelaparan. Kan?” ujar Arissa sambil memaksa bibirnya untuk tersenyum manis.
Alida merenung kosong pada pinggan lebar yang dipenuhi spaghetti yang nampak begitu lazat itu. Kemudian, matanya menyorot Arissa yang kelihatan berselera menyuap pasta itu ke dalam mulutnya. Namun Alida tahu, Arissa cuba menyembunyikan perasaan dengan tersenyum begitu. Senyuman pahit! Alida kemudiannya mengangguk perlahan dan turut menjamah makanannya.




“AWAK memang dah gila!” terjah Tinie dengan sedikit lantang. Wajah Adnin Najwa yang tergamam itu ditenungnya lagi dengan perasaan yang entah apa-apa. Dah gila agaknya Irfan Naufal tu? Kenapa tiba-tiba timbul soal Wawa kena kahwin dengan dia pula ni? Wawa kenal dia pun tak. Terlalu mendadak kut sampai ajak kahwin hanya kerana sebuah kemalangan yang berlaku. Bayarlah ganti rugi ke apa ke.. Ini tidak, ajak kahwin pula. Macamlah perkara kahwin ni perkara yang boleh dibuat main-main.
Irfan Naufal hanya terdiam dan dia sendiri pun sebenarnya tergamam. Bagaimanalah dia boleh terfikir untuk melamar Adnin Najwa. Itu pun secara spontan. Tentulah ini adalah kerja gila. Memang layaklah dia dipanggil gila oleh Tinie seketika tadi. Irfan Naufal mengeluh kecil. Biarlah walaupun orang nak panggil dia gila ke apa ke. Janji dia dapat meluahkan isi hatinya yang terpendam. Dan alang-alang sudah terlajak kata begini, bagus juga dia teruskan. Harapannya, jawapan Adnin Najwa tidak akan mengecewakannya.
“Maafkan saya, Encik Irfan.. Saya tak boleh kahwin dengan awak..” balas Adnin Najwa dengan wajah yang masih seperti tergamam. Memang dia tidak boleh berkahwin dengan lelaki itu.
Alasannya cukup jelas sekali. Dia kenal pun tidak Irfan Naufal itu. Tambahan pula, dia sekarang cacat penglihatan. Takkanlah dia sanggup menjadi beban buat Irfan Naufal? Dan yang paling utama, lelaki itu bernama Irfan Naufal! Nama yang cukup sama sebutannya dengan nama lelaki jahanam yang pernah merosakkannya. Dia tidak mahu terkenangkan kisah silamnya yang pahit itu nanti bila saja nama lelaki itu disebut-sebut. Jadi, sudah tentulah alasan-alasan ini terlalu konkrit dan akan sentiasa tersemat kemas di hati dan mindanya.
Irfan Naufal terkedu. Tidak tahu apa yang boleh dikatakan lagi. Ikut logiknya, tentulah gadis itu menolak. Takkanlah senang-senang Adnin Najwa mahu berikan jawapan ‘ya’ selepas orang yang baru sahaja dikenalinya mengajak dia berkahwin. Betul juga tu.. Irfan Naufal menggigit bibir bawahnya berkali-kali sambil mengusap rambutnya. “Maafkan saya, Cik Najwa.. Tapi saya memang serius nak bertanggungjawab.. Sebab sayalah Cik Najwa hilang penglihatan. So, saya harap sangat dapat menjaga Cik Najwa selalu untuk menebus kesalahan saya ni..”
“No!” getus Adnin Najwa lagi seraya tergeleng-geleng. “Saya tak harapkan sampai macam tu sekali untuk awak tebus kesalahan awak. And, for your info, kemalangan ni berlaku pun atas silap saya jugak. Lampu kereta saya terpadam waktu tu.. So, this is not 100% your fault. It’s mine too.. Dan saya harap Encik Irfan faham serta tak payah rasa bersalah sampai macam tu sekali.. Kahwin ni bukan boleh dibuat main-main. Lagipun, saya takkan berkahwin dengan orang yang tidak sayangkan saya sebaliknya hanya bersimpati atau rasa bersalah macam yang Encik Irfan cuba buat ni.. I need love to go on a marriage life..” sambung Adnin Najwa panjang lebar.
Irfan Naufal mengeluh lagi. Nampaknya bukan senang untuk memenangi hati Adnin Najwa. Alasan gadis itu memang bernas dan Irfan Naufal begitu kecewa apabila lamarannya ditolak. “Baiklah Cik Najwa. Kalau Cik Najwa nakkan cinta untuk berkahwin dengan saya, saya akan pastikan Cik Najwa jatuh cinta pada saya. Lambat atau cepat, saya tak kisah. Asalkan saya berjaya membuatkan Cik Najwa jatuh hati pada saya..” balas Irfan Naufal, nekad.
Tergamam lagi Adnin Najwa dan Tinie dibuat Irfan Naufal. Memang lelaki itu nampaknya serius, detik hati Tinie. Adnin Najwa juga dapat merasakan bahawa Irfan Naufal memang serius mahu memperisterikannya. Tetapi, bukan semudah itu untuk dia menerima Irfan Naufal. Tidak sekali-kali. “Sudahlah Encik Irfan.. Tolong jangan buang masa awak untuk saya. Tak perlu awak korbankan hidup awak untuk gadis buta macam saya ni..”
“Saya tak kisah awak buta. Lagipun, salah saya juga awak menjadi buta.. So, please let me protect you until the end of my life.. I am ready to love you. Only you!” jawab Irfan Naufal lagi.
Adnin Najwa menelan air liur. Cakap memanglah senang. Ingat mudah ke untuk rasa cinta hadir dalam hati seseorang? Tawa sinis Adnin Najwa kedengaran meletus. “Thanks, but no thanks.. Saya faham, niat awak memanglah baik. Tapi, saya rasa awak dah dipengaruhi oleh emosi yang entah apa-apa.. Tak perlu pun awak bercakap dengan yakin sampai macam tu. Saya ni buta, saya ni bakal menjadi beban untuk semua orang.. So, just leave me alone.. I am so sorry, I can’t marry you..”
“Tapi..” Irfan Naufal cuba bersuara lagi.
“No! And it’s a no! You got it? Saya minta maaf banyak-banyak ye Encik Irfan.. Jom, Tie.. Kita masuk..” tekan Adnin Najwa. Hatinya ditetapkan supaya berpegang teguh pada pendiriannya.
Tinie mengangguk dalam perasaan serba-salah melihat wajah Irfan Naufal yang memang kecewa habis itu. Rasanya lelaki itu dah pun frust menonggeng-nonggeng ketika ini. Lengan Adnin Najwa dipegang Tinie semula. Dia memimpin tangan Adnin Najwa memasuki bilik wad, meninggalkan Irfan Naufal sendirian di luar.
Irfan Naufal duduk di kerusi berdekatan. Keluhan besar dilepaskan lalu rambutnya diusap kasar. Susahlah kalau macam ni! Apa yang perlu aku lakukan ni? Irfan Naufal sudah buntu.




FIZUL tertawa besar ketika itu. Cerita Irfan Naufal menjadikan dia geli hati entah mengapa. Takkanlah lelaki ego seperti Irfan Naufal itu mahu mengahwini gadis buta seperti Adnin Najwa? Takkanlah kerana sebuah kemalangan sahaja, Irfan Naufal nekad sampai sanggup mahu mengahwini gadis itu? Irfan Naufal yang memang terkenal dengan sifat mementingkan diri sendiri itu kini bercerita bahawa dia rasa bersalah menyebabkan gadis itu buta dan ingin berkahwin dengan gadis itu? What a joke!
“Apahal kau ketawa pulak ni? Aku seriuslah, Zul..” marah Irfan Naufal.
“Cop, cop, cop! Kau serius nak bertanggungjawab? Dah dia tak nak, kau nak paksa buat apa? Kau ni tersilap makan ke apa ni? Bukan ke kau selalu tak kisah pasal orang sekeliling kau. Kau tu hanya tahu pentingkan diri kau je selama ni.. Kan?” kutuk Fizul sambil tertawa lagi. Memang dia sudah masak dengan perangai Irfan Naufal yang ego itu. Selalunya Irfan Naufal takkan peduli pasal orang lain kerana dia hanya pentingkan egonya sahaja.
“Kau ni memang tak sayang mulut. Sekali aku cepuk karang, berterabur gigi kau..” gertak Irfan Naufal geram. Fizul tidak langsung menunjukkan yang dia takut dengan kata-kata Irfan Naufal itu. Sebaliknya, dia ketawa semakin kuat pula.
“Kau janganlah buat serius, Ir.. Lawak pulak aku tengok kau..”
“Please, kau jangan ketawa kalau kau tak tahu kisah sebenar. Karang betul-betul kau kena cepuk dengan aku!” terjah Irfan Naufal lantang. Dia geram sungguh dengan Fizul.
Fizul terdiam sambil memandang tepat ke wajah Irfan Naufal yang muram. “You seems troubled.. Why? Tak nak cerita ke? Apa maksud kau, kisah sebenar tu?” soal Fizul, tiba-tiba serius pula.
Irfan Naufal membungkam seribu bahasa. Dia lebih suka mendiamkan diri di kala ini. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Takkanlah dia kena ceritakan semuanya pada Fizul kut? Apa pula nanti kata sahabatnya itu? Fizul tentu akan memberi tanggapan buruk terhadapnya. Tapi.. Memang patut kan aku cerita..
“So?” tanya Fizul lagi, inginkan kepastian.
“Kau sebenarnya tak tahu kisah di sebalik apa yang berlaku sekarang ni.. Takdir Allah memang jelas, Zul. Dan aku terperangkap dalam kisah hidup aku sendiri..” ujar Irfan Naufal seolah berkias. Fizul sudah berkerut dahi mendengarnya.
“Maksud kau? Hesy, main tarik tali pulak dengan aku. Cubalah kau cerita betul-betul.. Mungkin aku boleh tolong.. Beban dalam hati kau pun mesti kurang..” Fizul tersengih macam kerang busuk, ingin memancing Irfan Naufal bercerita. Mungkin dia ingat, masalah Irfan Naufal tidaklah seberat mana..
Irfan Naufal mengeluh lagi. Dia tunduk buat seketika sebelum memandang semula ke wajah Fizul. Sahabatnya itu memang sahabat yang paling memahaminya. Dan Fizul juga merupakan seorang yang pandai menyimpan rahsia orang. Rasanya jika dia menceritakan kisah perbuatan terkutuknya terhadap Adnin Najwa pun, Fizul tentu akan menyimpan rahsia itu. Cuma mungkin dirinya akan disalah anggap terlebih dahulu sebelum dia menerangkan bahawa dia telah insaf dan sebab itulah dia ingin bertanggungjawab terhadap Adnin Najwa.
“Hey, hey, hey.. Helo?” Fizul memetik jari betul-betul di depan muka Irfan Naufal menyebabkan lelaki itu tersedar dari lamunan.
“Kalau kau dengar cerita aku ni, mesti kau terkejut dan marah pada aku.. Tapi aku nak tegaskan kat sini yang aku memang betul-betul menyesal dan dah insaf sekarang ni. Rasa bersalah sentiasa menghantui hidup aku sebab aku memang tak pernah pun buat benda macam tu sebelum-sebelum ni pun.. Kau kena janji akan tolong aku lepas aku cerita pada kau. And please, do not tell somebody else about this.. This should be confidential even to you..” ujar Irfan Naufal memulakan kata.
Lagilah Fizul bertambah hairan dan pelik. Tumpuannya kini sudah seratus-peratus pada wajah sugul Irfan Naufal yang nampak serius itu. Nampaknya, masalah Irfan Naufal bukanlah masalah biasa-biasa saja. Dan masalah yang dihadapi oleh sahabatnya itu tentu masalah yang sungguh berat sehingga boleh membuatkan lelaki itu berubah terlalu mendadak begini. Daripada seorang yang ego serta tidak pentingkan perasaan orang lain, kini Irfan Naufal berubah menjadi seorang yang penuh rasa bersalah dan ingin bertanggungjawab pula. Apa agaknya yang berlaku pada Irfan Naufal? Fizul sudah tidak sabar-sabar lagi hendak mengetahui kisah selanjutnya dari Irfan Naufal.
“Hmmm.. Aku janji, Ir..” getus Fizul perlahan. Wajahnya berubah mimik muka ingin tahu yang membuak-buak.
“Kisah ni bermula hampir 3 bulan yang lalu.. Masa tu, aku masih bertunang dengan Rissa….” kata Irfan Naufal, memulakan cerita. Dia menceritakan segala-galanya kepada Fizul, sampailah ke kemalangan yang berlaku baru-baru ini. Takdir Allah SWT telah menemukan Irfan Naufal dan Adnin Najwa dalam situasi yang amat tidak dijangkakan sama sekali. Itulah yang membuatkan Irfan Naufal begitu buntu.
10 minit berlalu..
Fizul berkerut dahi mendengar kisah itu. Dia tidak menyangka yang Irfan Naufal sanggup sampai merogol Adnin Najwa hanya kerana egonya rasa tercabar. Bahaya benar rupanya jika ego terlalu menggunung tinggi. Walaupun dia tahu Irfan Naufal sudah insaf dan mahu bertanggungjawab, hatinya bagai memberontak marahkan sahabatnya itu. Namun dia cuba bersabar. Tiada guna juga dia bising-bising jika Irfan Naufal sendiri sudah sedar akan kesilapannya. Lagi pula, nasi dah pun menjadi bubur. Tiada jalan lagi untuk berpatah balik melainkan cuba memperbetulkan apa yang patut.
“Kau memang gila, Ir..” geleng Fizul berkali-kali. “Habis tu, apa kau nak buat ni? Dia kan tak mahu kahwin dengan kau..”
“Aku pun tak tahu, Zul.. Aku ingat nak pikat dia. Tapi, aku ni manalah tahu cara nak memikat.. Kau pun tahu aku ni kan jenis yang fikir pasal perasaan aku aje selama ni. Rissa tu, tak tahulah macam mana dia bertahan dengan perangai aku selama ni..” lirih bunyi suara Irfan Naufal. Dia mengeluh dalam kekesalan. Ya, dia menyesal kerana telah mempersia-siakan masanya bersama gadis tercintanya Arissa.
“Itulah kau. Sekarang ni baru nak sedar diri.. Dari dulu lagi aku dah cuba nasihatkan kau berkali-kali tapi kau tak nak dengar. Kesian aku tengok Rissa tu selalu aje makan hati dengan perangai ego kau tu. Nak ucap kata-kata sayang kat dia pun kau susah..” sempat Fizul membebel. Irfan Naufal hanya mampu menadah telinga dalam perasaan menyesal.
“Aku kena lupakan Rissa.. Aku dah tak layak untuk dia. Lelaki jahat macam aku ni, memang patut terima nasib yang macam ni. Kena bertanggungjawab sampailah aku mati nanti.. Sebabnya, dosa aku ni terlalu besar kerana telah merosakkan hidup seorang gadis tak bersalah!” ucap Irfan Naufal dengan sepenuh hati.
Fizul menggeleng-geleng lagi kepalanya. Dia tahu, Irfan Naufal memang benar-benar ikhlas mahu bertanggungjawab. Mungkinkah Allah SWT telah takdirkan Adnin Najwa sebagai teman sehidup semati Irfan Naufal? Fizul terfikir-fikir sendirian. Bagus juga jika dia membantu Irfan Naufal untuk memikat Adnin Najwa. “Aku akan tolong kau pikat Cik Najwa tu.. Hmm, aku tengok dia tu lawa sungguh. Sesuailah dengan kau.. Kau tak terpikat langsung ke bila tengok dia?” sempat lagi Fizul mengusik.
“Hesy! Kau ni.. Ke situ pulak.. Hmm, mungkin sekarang ni aku belum ada rasa cinta dekat dia sebab aku masih belum boleh lupakan Rissa. Tapi, insya-Allah bila dah kahwin nanti, aku akan berikan cinta dalam hati aku ni hanya untuk perempuan bergelar isteri aku aje.. Aku akan pastikan dia bahagia bukan atas dasar aku ingin bertanggungjawab terhadap dia atau bersimpati, tetapi dia akan bahagia kerana cinta aku terhadap dia yang terlalu mendalam..” jelas Irfan Naufal panjang lebar. Dia yakin yang dia boleh mencintai Adnin Najwa selepas mereka berkahwin nanti.
Kata-kata Irfan Naufal itu disambut dengan wajah tidak percaya Fizul. Memang jiwang pulak mamat ni. Tadi cakap tak reti nak mengayat atau memikat. Ni kalau dia rakam dan mainkan semula kepada Adnin Najwa, tentu gadis itu akan terus terpikat dan bersetuju untuk berkahwin dengan Irfan Naufal. Fizul tersengih-sengih, lucu pula dia apabila Irfan Naufal yang egois itu boleh mengeluarkan ayat-ayat pujangga seperti tadi. Tawa lucunya meletus dengan tiba-tiba.
“Yang kau ketawa tiba-tiba ni apasal? Kau dah tak betul ke?” soal Irfan Naufal pelik.
Fizul menekan perutnya sambil menudingkan jari telunjuknya ke muka Irfan Naufal. Tawanya masih bersisa banyak. Dia tidak tahan melihat muka dungu Irfan Naufal selepas habis berpujangga. “Hahaha!! Kelakar! Kau tak pernah jiwang macam tadi. Sebab tulah aku ketawa.. Hahahahaha!”
Darah terasa menyerbu naik ke wajah Irfan Naufal. Habis merona merah wajahnya ketika ini. Ya Allah! Malunyaaaa… Memang betul cakap Fizul tu, aku tak pernah pun guna ayat-ayat cinta macam tadi tu. Jauh sekali untuk berbicara begitu dengan seorang gadis, walaupun gadis itu adalah Arissa sendiri. Desis hati Irfan Naufal sendirian.
Arissa yang terlalu dia cintai itu tentu terseksa mendapat tunang sepertinya. Entah apalah yang membuatkan Arissa terpikat padanya selepas mereka diperkenalkan oleh Fizul. Sebulan selepas perkenalan mereka, Arissa dan dia tiba-tiba sahaja menjadi rapat lalu hubungan mereka menaiki ke fasa seterusnya iaitu bertunang. Irfan Naufal sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh jatuh cinta pada Arissa sehingga bersetuju untuk bertunang dengan gadis itu. Dan selama mereka bertunang, Irfan Naufal tidak pernah menuturkan isi hatinya terhadap gadis itu.
Tawa Fizul masih gamat. Lucu sangat ke? Irfan Naufal terasa mendongkol geram. Wajah Fizul yang masih ketawa lepas itu dijeling tajam. “Woii! Agak-agaklah! Kau dah melampau dah tuu…” terjah Irfan Naufal kegeraman.
“Okey, okey, okey.. Biar aku try untuk cool down a bit..” Fizul menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan. Berkali-kali juga dia buat begitu. Tapi hatinya masih terasa bagai digeletek lalu dia tertawa lagi dengan gamatnya. “Hahahaha!! Tak boleh tahanlah.. Adesss..”
“Dah, kau diam! Aku lesing baru tauuu.. Kau kena ingat janji kau nak tolong aku pikat Cik Najwa tu ye? Janji kena tepati, faham? Sekarang ni, aku nak kau hentikan ketawa kau tu sebelum gigi kau hilang..” ugut Irfan Naufal.
“Baik, tuannn…” jawab Fizul, namun masih dalam tawa yang berbaki. Irfan Naufal menepuk dahinya berkali-kali, tidak betah melihat perangai suka ketawa Si Fizul itu.




“WAWA..” panggil Tinie tiba-tiba. Adnin Najwa menoleh ke arah suara Tinie di sebelah kanannya. Senyuman terukir indah buat Tinie.
“Hmm?”
“Kalau aku cakap sesuatu, hang jangan marah atau salah faham pulak tau?” kata Tinie memulakan bicara. Adnin Najwa kelihatan berkerut dahi. Apa pula yang hendak dimarahkan?
“Apa dia, Tie?” soal Adnin Najwa ingin tahu lebih lanjut. Tangannya meraba-raba buah oren yang dikupas oleh Tinie tadi. Dia menyuap oren itu seulas demi seulas ke dalam mulutnya. Manis betul oren yang dibeli oleh Tinie ini, desis hati Adnin Najwa.
“Aku rasalah…” ujar Tinie teragak-agak. Dari tadi dia berfikir sebenarnya tentang perkara ini. Sekarang barulah dia mempunyai keberanian untuk berkata-kata.
“Hmm? Rasa apa pulak?” tanya Adnin Najwa lagi dengan muka pelik.
“Aku rasalah… Encik Irfan tu memang betul-betul ikhlas dan boleh jaga hang dengan baik la..” sempat Tinie menelan air liur melihat wajah Adnin Najwa yang terkedu. Kening gadis itu berkerut-kerut.
Adnin Najwa mengeluh kecil. “Aku tak boleh, Tie.. Ada banyak sangat sebab kenapa aku tak boleh kahwin dengan dia. Salah satunya sebab ialah aku tak nak dia kahwin dengan aku hanya kerana dia bersimpati dengan aku atau atas rasa dia nak bertanggungjawab aje. I need love from my husband, not sympathy.. Do you get it, Tie?”
Tinie terdiam seketika. Dia yakin yang Irfan Naufal itu adalah lelaki baik-baik yang boleh membahagiakan Adnin Najwa. Tinie dapat melihat keikhlasan yang ditunjukkan oleh Irfan Naufal, sebab itulah Tinie merasakan yang dia perlu memujuk hati Adnin Najwa untuk menerima lelaki itu. Lagipun, Adnin Najwa itu tinggal sebatang kara di dalam dunia ini dan kini cacat penglihatan.
Sampai bila Tinie boleh menjaga Adnin Najwa kerana dia pun tidak lama lagi akan berkahwin. Tinie cukup risau memikirkan Adnin Najwa selepas dia berkahwin nanti. Tetapi kini, dia sudah nampak sekelumit harapan. Jika Adnin Najwa bersetuju mengahwini Irfan Naufal, tentu lelaki itu akan sentiasa menjaga Adnin Najwa sepanjang waktu. Ya, hanya dengan mengahwinkan Adnin Najwa kepada Irfan Naufal, nasib temannya itu tentu akan terbela. Dia tentu akan dilindungi selalu oleh Irfan Naufal.
“Bagi akulah, cinta boleh dipupuk lepas kahwin nanti. Ramai jugak kut orang yang berkahwin tanpa cinta ni, berbahagia dengan pasangan masing-masing sebab depa tu bercinta lepas kahwin.. Bak kata orang, bercinta lepas kahwin la lagi sweet macam madu lebah gitu..” pujuk Tinie lagi.
“Kau cakap memanglah senang, Tie.. Bagi aku, aku tak boleh berkahwin tanpa cinta! Muktamad!” tekan Adnin Najwa dengan wajah sedikit serius.
Kalaulah Tinie tahu segala sebab yang dia ada untuk tidak mengahwini Irfan Naufal, tentu Tinie faham kenapa dia tak boleh menerima lamaran lelaki itu, malah walaupun lelaki lain yang melamarnya pun dia tidak mahu terima. Salah satu sebab yang paling utama ialah, dia sudah tiada apa-apa keistimewaan langsung untuk diberikan kepada bakal suaminya. Sudahlah buta, dara pun tiada. Nanti dah kahwin, tentu kehidupannya bersama suami bakal menjadi neraka jika suaminya mendapat tahu yang dia sudah tiada dara lagi. Ditambah lagi dengan keadaannya yang buta, tentu suaminya bertambah rasa beban. Dia tidak mahu menyesal di kemudian hari dan terus menderita dalam hidup. Adnin Najwa ingin mencari bahagia hanya dengan sisa-sisa hidupnya ini tanpa ada gangguan dari sesiapa.
“Atau hang dah pun ada suami? Sebab.. Hari tu.. Emm.. Doktor tu cakap..” Tinie tiba-tiba teringatkan kata-kata doktor tempoh hari mengenai Adnin Najwa yang hamil dan keguguran. Mungkinkah Adnin Najwa sudah berumah tangga atau sudah bercerai sebelum tahu bahawa dia sedang mengandungkan anak suaminya? Mungkinkah gadis itu sudah trauma untuk berkahwin lagi, sebab itulah dia menolak lamaran Irfan Naufal? Berbagai-bagai persoalan timbul dalam benak Tinie.
“Please, Tie. Jangan sebut pasal tu. Aku tak boleh jawab soalan kau tu.. Please?” pinta Adnin Najwa separuh merayu. Terasa matanya basah mengingatkan sejarah silamnya yang pahit dan juga kehilangan anaknya. Penderitaan hatinya masih terasa menyengat. Lukanya masih berdarah dan terlalu dalam untuk diubati. Semua ini memakan masa untuk dia melupakan segala kisah hitam hidupnya itu.
Tinie terkedu. Kenapalah aku boleh terlepas cakap macam tu? Setiap orang mempunyai masalah peribadi tersendiri yang tidak boleh diceritakan. Kenapalah aku ni menyibuk pula nak tahu itu-ini? Ya Allah! Adakah aku telah melukakan hati Wawa? Bisik hati Tinie. Dia ternampak badan gadis itu yang terhenjut-henjut menahan tangis. Rasa bersalah kini hadir bersarang di dalam hati Tinie. Air matanya juga terbit dek kerana terlalu sebak. Tubuh Adnin Najwa ditariknya ke dalam pelukan lalu dieratkan. “Maafkan aku, Wawa… Aku tak bermaksud..”
Adnin Najwa menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh Tinie. Rasa bersalah Tinie semakin menebal sehinggakan dia sendiri sudah tidak tahu apa yang patut dilakukan olehnya selain memujuk Adnin Najwa begini. Ya Allah, Engkau tenangkanlah hati Wawa. Berikan dia kekuatan.. Aku tak sengaja, ya Allah.. Aku tak sengaja.. Doa Tinie sendirian.


p/s : sorry...hanya ini yg termampu..sbb buat dlm keadaan ngantok2..just utk korang :) mungkin next n3 Wawa akan berikan good news pada Irfan..mana la taw kan..heheh harap semua faham dengan kedukaan hati dia yg menyebabkan dia xleh lagi nk terima Irfan dgn begitu mudah.. :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 4/24/2012 03:27:00 AM
Labels: Kurelakan Kasihmu

17 comments:

  1. UnknownTuesday, April 24, 2012 at 4:28:00 AM GMT+8

    irfan=adnin. =happy ever after. eheheh.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. ShadTuesday, April 24, 2012 at 4:45:00 AM GMT+8

    mekasih kak.. jatuh cinta pulak dgn irfan naufal nih.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. ShadTuesday, April 24, 2012 at 4:45:00 AM GMT+8

    mekasih kak.. jatuh cinta pulak dgn irfan naufal nih.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. NurAtiZaTuesday, April 24, 2012 at 5:26:00 AM GMT+8

    sedih dengan keadaan Adnin Najwa...
    Harap Adnin Najwa sentiasa tabah & akan membuka pintu hati untuk terima lamaran Irfan Naufal...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousTuesday, April 24, 2012 at 8:03:00 AM GMT+8

    Harap2 irfan dgn najwa hingga keakhirnya. Jgn pula irfan berpaling pd arissa pula.
    -jaja-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. AnonymousTuesday, April 24, 2012 at 8:25:00 AM GMT+8

    hope pintu hati wawa terbuka utk terima irfan..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. Eppy SafriTuesday, April 24, 2012 at 8:36:00 AM GMT+8

    sian ngan wawa...
    wawa terimalah Ir,
    hadapilh dengan persaan sentiasa cube utk mencintai...
    aduhhhh.... sgt terharu ni..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. QasehSuciTuesday, April 24, 2012 at 11:37:00 AM GMT+8

    wah...walaupun sikit, cukuplah kan...ubat rindu kat irfan nie...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. ezzaleyaTuesday, April 24, 2012 at 2:57:00 PM GMT+8

    kesian kat wawa...hope irfan boleh pujuk dia kawin ngn wawa..ehhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. Aida SherryTuesday, April 24, 2012 at 4:09:00 PM GMT+8

    moga irfan dan najwa bersatu......
    irfan dpt menjnkan tanggunjawabnya menjaga dan melindungi najwa dan najwa akan dpt memaafkan irfan serta menerima takdir hidupnya.....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousWednesday, April 25, 2012 at 2:19:00 PM GMT+8

    hope irfan xkan wat wawa kecewa..n hope..arissa bkn jd btu penghalang cinta depa..hoho

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. cahayakekuatanWednesday, April 25, 2012 at 11:23:00 PM GMT+8

    beri masa untuk irfan buktikan kesungguhan dia untuk dptkan wawa...terbaik

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. liey2310Friday, May 4, 2012 at 10:59:00 AM GMT+8

    XCITED DA NI........ MASUK KEJE KUL 8 SAMPAI SKANG TAK NGADAP KEJE LAGI... HAHHAHAHHA

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. liey2310Friday, May 4, 2012 at 11:01:00 AM GMT+8

    xcited sangat ni.....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. Ayu dzulkarnainSunday, May 6, 2012 at 9:02:00 PM GMT+8

    sedey lagi.. kesian sgt ngan nasib wawa. kalau dia kawen nanti mcm mana ngan penerimaa keluarga irfan esp Alida ngan mak irfan. arissa plak mcm mane? mesti dia gaduh ngan wawa kan. hurrmm..harap wawa tabah!?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. AnonymousFriday, November 16, 2012 at 3:34:00 AM GMT+8

    ceh, igtkan irfan ngan arisa...ala...adnin...kesian kat die....sememangnyer kesian kat dua-dua....nasib badan

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. AnonymousMonday, August 26, 2013 at 10:25:00 AM GMT+8

    dah keluar dlm btk cetakkan ke

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu