ADNIN Najwa membuka mata walaupun dia tahu jika dia
membuka mata sekalipun, semua di sekelilingnya tetap gelap. Pelukan suaminya
masih terasa walaupun tidak seerat semalam. Kali ini lelaki itu memeluknya dari
belakang. Hembusan nafas lelaki itu yang perlahan dan tenang terasa menampar
tengkuk Adnin Najwa. Meremang rasanya bulu tengkuknya.
Adnin Najwa meraba tangan suaminya yang terlingkar
kemas di pinggangnya. Dia mahu bangun untuk membersihkan diri. Sebaik sahaja
jemarinya berjaya menggenggam lengan Irfan Naufal, pelukan bertambah erat pula.
“Sayang… Good
morning,” ucap Irfan Naufal perlahan. Suaranya serak-serak basah. Oh my, seksi kut!
Jantung Adnin Najwa kembali bergetar tidak sekata.
Bila masa pula suaminya itu terjaga? Seboleh-bolehnya tadi dia cuba untuk tidak
mengejutkan Irfan Naufal. Atau.. Lelaki itu dah terjaga awal-awal lagi sebelum
dia terjaga? Adnin Najwa berteka-teki sendiri di dalam hati.
“Sayang? Saya kan baru je ucap selamat pagi? Tak nak
balas ke?” Irfan Naufal bersuara lembut sambil membelai rambut Adnin Najwa yang
sudah panjang sedikit sampai ke paras tengkuk itu.
“Hmm.. Good
morning, awak..” balas Adnin Najwa perlahan. Terasa bibirnya sedikit
bergetar kerana rasa gemuruh semalam yang masih bersisa. “Bila awak bangun?”
“Baru je. Masa awak pegang tangan saya. So, saya terjaga la..” terang Irfan
Naufal ringkas.
Adnin Najwa menelan liur. Macam mana kalau dia salah
faham masa aku pegang tangan dia tadi tu? Aduhai.. Nafasnya yang mulai tidak
sekata ditarik supaya menjadi lebih tenang. “Awak jangan salah faham. Saya
pegang tangan awak sebab saya nak ke bilik air,” cepat-cepat Adnin Najwa
menjelaskan.
“Actually,
saya takde fikir bukan-bukan pun.
Saya pun tahu awak nak ke bilik air.. Kan dah pagi ni? Kejap lagi masuk waktu
subuh dah kan..” kata Irfan Naufal selamba. Dia tersenyum nakal melihat Adnin
Najwa mulai beriak lain macam. Malulah tu.
“Okay, then. Saya nak ke bilik air dulu..” balas
Adnin Najwa dengan muka yang terasa panas. Apahal aku ni suka sangat fikir
bukan-bukan? Dia steady je, aku yang
terlebih fikir. Eee! Serta-merta dia
terbangun dari perbaringan.
Irfan Naufal ikut bangun. Segera dia turun dari
katil apabila ternampak isterinya sudah melabuhkan kaki ke atas lantai
berkarpet di sisi katil. “Saya tolong awak ye?” pelawanya lembut.
“Eh, tak payahlah wak. Saya boleh jalan sendiri..”
Adnin Najwa tersenyum manis. Dia semakin menyukai sikap prihatin lelaki itu.
Namun dia tidak boleh terlalu hanyut melayani perasaannya. Takut nanti dia
terbabas pula. Sebolehnya dia tidak mahu melibatkan Irfan Naufal di dalam kisah
hitam hidupnya.
“Ala, biarlah saya tolong. Bukannya apa pun ni..”
desak Irfan Naufal.
Adnin Najwa terdiam seketika. Perlahan-lahan dia
mengangguk kepala setelah berfikir sejenak. Tangannya dihulurkan dan Irfan
Naufal menyambutnya lembut. Namun, tiba-tiba sahaja dia terasa tubuhnya
melayang dan terangkat. Erkk! Dia angkat aku ke? Tapi, tapi!! Tapiii..
Menggelabah Adnin Najwa dibuat Irfan Naufal.
Irfan Naufal tersenyum dan mengukuhkan tangannya. Tawa
kecilnya meletus. “Macam nilah caranya saya tolong awak ke bilik air mulai hari
ni. Awak kena biasakan diri ye!
Semalam, dah kena biasakan diri tidur dalam pelukan saya. Kalau nak ke toilet, kenalah biasakan diri macam ni
pulak!”
Oh, my!
Mahu pengsan dah Adnin Najwa mendengar bait-bait perkataan dari si suami.
“Tapi.. Tapiii.. Tapi, saya boleh jalan sendiri. Awak cuma perlu papah saya je
ke bilik air..” pinta Adnin Najwa segan. Tidak tahu lagi ke mana harus dia
sembunyikan wajah merah menyalanya.
“No. Saya
akan biasakan awak dengan cara saya. Kita kan akan hidup lama sebagai suami
isteri?”
“Tapi..”
“Jom,” potong Irfan Naufal ceria. Dia memandang
wajah yang semakin membuka hatinya itu. Wajah itu sentiasa membuatkan dia ceria
sejak kebelakangan ini.
Bayangan wajah Arissa yang pernah dicintainya pula bagaikan
luput sedikit demi sedikit. Yang semakin menghiasi hatinya kini adalah wajah
ayu Adnin Najwa. Adakah aku sudah rela dan bersedia untuk memberikan cinta
serta kasihku untuk dia? Cinta yang selama ini hanya milik Arissa. Dapatkah
cinta itu beralih arah? Bolehkah aku berikan cinta untuk dia lebih banyak dari yang
aku pernah berikan buat Arissa dulu? Irfan Naufal bermonolog sendirian.
Kakinya melangkah ke bilik air lantas membiarkan
Adnin Najwa memasukinya. Daun pintu yang hampir tertutup, kelihatan terbuka
semula. Kepala Adnin Najwa terjengul dan terhala ke kiri kanan. Mungkin ingin
mengesan di mana kedudukan Irfan Naufal kala ini. Irfan Naufal menanti
kata-kata isterinya dengan penuh debaran. Eh, dia nak ajak aku masuk ke? Teruja
pula Irfan Naufal berfikir yang bukan-bukan.
“Awak kat dalam bilik lagi ke?” panggil Adnin Najwa
perlahan.
“Yes. Kat
sebelah awak ni..” jawab Irfan Naufal. Wajah Adnin Najwa terhala ke arahnya.
“Mintak tolong, boleh? Ambilkan baju blaus labuh
saya yang warna purple kat dalam
almari pakaian saya. Please?” pinta
Adnin Najwa penuh mengharap. Dia masih ingat warna baju itu. Baju yang
dihadiahkan oleh Arissa beberapa bulan yang lepas sebelum dia hilang
penglihatan.
Kebisuan Irfan Naufal membuatkan Adnin Najwa resah. Janganlah
suaminya itu cakap yang dia kena biasakan diri memakai baju di hadapan lelaki
itu pula. Oh, tidak!
Irfan Naufal mengeluh hampa. Ingatkan isterinya nak
ajak dia mandi bersama-sama. Baru je rasa teruja tadi, tapi sekarang lain pula
yang jadinya. Nafasnya ditarik perlahan dan dilepaskan tenang. Dia kena
bersabar untuk melembutkan hati Adnin Najwa supaya menerimanya. “Okey, kejap
ya..” kakinya dihayun ke arah almari pakaian.
Setelah mengambil baju yang dimaksudkan, Irfan
Naufal bergerak semula menghampiri Adnin Najwa. “Nah, baju awak.. Dan..”
katanya sambil menghulurkan baju ke tangan isterinya.
Adnin Najwa berkerut dahi menunggu suaminya
menyambung kata. “Dan?”
“Ni, hadiah untuk awak..” ujar Irfan Naufal seraya
mencium pipi Adnin Najwa. Dia tersenyum puas hati.
“Awak!” gerutu Adnin Najwa dengan wajah yang kembali
merona merah. Jantungnya kembali berlari pecut. “Jangan buat lagi, okey?”
“Mana boleh. Saya nak pahala hari-hari. Awak tak nak
ke?” usik Irfan Naufal.
“Tapi.. Tapii..”
“Ada lagi tapinya tu. Hesy, awak ni memang comel
tau..” pantas sahaja telapak tangan Irfan Naufal melekap di pipi Adnin Najwa
yang semakin merah.
Terpaku Adnin Najwa mendengar pujian itu yang
disertakan usapan mesra di pipinya. Ini baru hari pertama mereka hidup bersama
sebagai suami isteri. Hari pertama pun Adnin Najwa sudah rasa nak pengsan.
Kalau hari-hari macam ni? Alamatnya dah tak lama lagi dia kena masuk wad di
hospital bahagia. Gugup sudah rasanya dia.
“Saya mandi dulu. Tunggu kejap ek..” lama baru Adnin
Najwa bersuara. Itu pun lambat-lambat. Rasa gugupnya masih terkesan.
“As you wish..”
Irfan Naufal mengusap rambut isterinya sebelum gadis itu menutup pintu bilik
air.
Adnin Najwa menyandar pada dinding bilik air buat
seketika. Fuhh, Wawa. Kau kena kuatkan hati kau. Jangan mudah cair! Adnin Najwa
mengeluh berkali-kali kerana hatinya seakan tidak mahu mengerti.
“APA plan
kau lepas ni, Ir?” Tan Sri Haji Zainal berkalih pandang ke wajah Irfan Naufal
di sebelahnya di dalam Mercedes itu. Mereka dalam perjalanan untuk ke syarikat
ketika ini. Tan Sri Haji Zainal yang menyuruh Irfan Naufal naik kereta
bersamanya kerana dia mahu berbincang mengenai Adnin Najwa.
“Plan apa,
abah?” tanya Irfan Naufal dungu.
“Pasal Najwa tu.. Apa plan kau? Bila kau nak terus-terang dekat dia pasal perkara tu?
Abah tak nak nanti dia tahu sendiri, habislah kau..” tegas kata-kata Tan Sri
Haji Zainal. Dia mengerutkan dahi memandang wajah Irfan Naufal yang sudah
bertukar.
“Abah, Ir rasa Ir takkan berterus-terang kut..”
jelas Irfan Naufal lemah. Ya, dia begitu takut untuk berterus-terang. Bukan
senang hendak berterus-terang tentang perkara itu. Tambahan lagi, dia telah
menipu Adnin Najwa konon-kononnya dia adalah orang yang tidak pernah dikenali supaya
gadis itu sudi berkahwin dengannya. Tentu gadis itu takkan memaafkannya lagi buat
selama-lamanya.
Tan Sri Haji Zainal mengeluh besar. Kepalanya
tergeleng-geleng. “Kau tak boleh buat macam ni. Nanti benda ni sendiri boleh
memakan diri kau! Cuba kau bayangkan kalau dia tahu nanti. Kau jangan nak buat
mudah perkara macam ni!”
“Tapi, abah.. Ir takut,” getus Irfan Naufal
perlahan. Dia menunduk.
“Kau berterus-terang sekarang lebih baik, Ir.
Daripada kau simpan lama-lama nanti bila hati kau dah boleh terima dia dan
sayang dekat dia, lagilah susah kau nak terus-terang. Sebab waktu tu kau dah
sayang sangat dekat dia. Ingat, kau tu lama lagi nak hidup berumah tangga
dengan Najwa. Abah tak nak hidup kau kosong je.. Hiduplah dengan kejujuran.
Mesti kau bahagia sampai ke tua,” nasihat Tan Sri Haji Zainal dengan cukup
bernas.
Irfan Naufal terus menundukkan wajah. Tidak mampu
memandang ke wajah abahnya di sebelah. Hatinya kalut berperang dengan perasaan
sayu. “Bukan senang, abah. Ir takut sangat reaksi dia nanti.. Mungkin
selama-lamanya dia takkan maafkan Ir lagi, abah.”
“Abah faham, bukan senang kau nak berterus-terang.
Tapi, dah semua tu salah kau. Macam mana pun, kau kena tanggung sendiri. Kau
tahu tak, dosa yang kau buat dekat dia tu, dosa yang takkan terampun selagi kau
tak mintak maaf dengan dia dan dia jelas-jelas ampunkan kau? Kau sedar tak yang
diri dia teraniaya oleh kau? Hmm, abah betul-betul tak sangka kau boleh buat
perkara terkutuk macam tu. Jadi, abah nak kau bertanggung jawab. Faham?” suara
Tan Sri Haji Zainal semakin tegas kedengarannya.
Irfan Naufal menelan air liur yang terasa begitu
pahit untuk ditelan. Buntu dia memikirkan kata-kata abahnya tadi. Bagaimana dia
hendak berterus-terang? Serius, bukan senang nak berterus-terang perkara macam
ni. Kalau orang lain pun di tempat dia, tentu susah juga untuk berterus-terang.
“Abah, beri Ir masa dulu untuk Ir fikirkan cara yang terbaik. Buat masa
sekarang ni, biar Ir layan dia sebaik yang mungkin. Supaya dia boleh terima
keikhlasan Ir terhadap dia. Please,
abah? I am begging you,” rayu Irfan
Naufal penuh berharap.
Tan Sri Haji Zainal terdiam dan berfikir sejenak.
Selepas berfikir, dia mengangguk perlahan. Irfan Naufal menarik nafas lega
melihat reaksi abahnya itu. “Tapi, jangan ambil masa yang lama. Abah bimbang
nanti dia dapat tahu sendiri..”
“Abah jangan risau. Rahsia ni, selain Najwa, kita
berdua aje yang tau.. Ir janji akan berterus-terang juga suatu hari nanti. Tapi
bukan dalam waktu terdekat ni. Ir kena yakinkan dia dulu dengan keikhlasan Ir
jadikan dia isteri Ir..” sahut Irfan Naufal dengan agak yakin.
Tan Sri Haji Zainal terangguk-angguk. Dia dapat
melihat kesungguhan dan kejujuran dari kata-kata anaknya itu. Dia tahu Irfan
Naufal seorang yang bertanggung jawab dan takkan meninggalkan Adnin Najwa
selagi nyawa dikandung badan. “Baiklah. Abah percayakan Ir.. Kau buatlah apa
yang patut. Tapi kau tak boleh sembunyikan perkara ni sampai bila-bila. Faham?”
“Okey, abah. Ir janji akan berterus-terang. Terima
kasih sebab memahami..” getus Irfan Naufal di dalam nafas lega.
ENCIK Borhan memandang sinis kedatangan Irfan Naufal
ke pejabatnya. Wajah anak muda itu dijelingnya sekilas sahaja. Senyuman Irfan
Naufal juga tidak dibalasnya. Meluat! Menyampah. Disebabkan Irfan Naufal, dia
masih tidak boleh naik pangkat. Apalah gunanya Tan Sri Haji Zainal menyimpan
lelaki muda itu lagi? Dahlah kerja pun selalu ponteng sekarang ni. Sampai
berminggu dekat sebulan baru nampak batang hidung semula di syarikat.
Mentang-mentanglah syarikat ni bapak dia yang punya! Suka hati dia je bila nak
datang kerja. Bebel Encik Borhan di dalam hati.
“Morning,
Encik Borhan. Saya nak discuss sikit pasal projek hari tu. Sorry, saya ada urgent matter
hari tu. Terpaksa biar Encik Borhan uruskan bagi pihak saya..” Irfan Naufal
melabuhkan punggung ke kerusi empuk di hadapan meja Encik Borhan. Wajah lelaki
berumur lewat 30-an itu dipandang bersama senyuman.
Encik Borhan memandang Irfan Naufal hanya dengan
sebelah matanya. Urgent matter kebenda?
Mesti pergi enjoy menjoli entah ke
mana tu. Nak cover batang hidung
sendirilah tu cakap perkara penting. Ingat aku tak tahu macam mana life anak orang kaya? Entah-entah pergi
berseronok kat mana-mana! “Pasal projek tu, takpe biar saya je uruskan semuanya. Lagipun, dah nak complete pun. Projek kecik je, tak lama pun
prosesnya.” Encik Borhan pura-pura tersenyum.
“Oh, but my
dad asked me to discuss the project with you. Macam mana?” terang Irfan
Naufal jujur. Semalam dia dengan abahnya sudah berbincang sedikit sebanyak
mengenai projek itu. Dan projek itu bukanlah projek kecil seperti yang didakwa
Encik Borhan.
Hesy! Si bapak pun tak reti-reti nak menilai susah
payah aku nak dapat uruskan projek ni? Setelah anak dia lepas tangan hari tu,
aku yang bersusah payah seorang diri nak handle
projek ni. Sekarang ni, dia nak bagi anak dia uruskan semula? Semua ni tak
masuk akal langsung! Hampir-hampir dah aku mendapat kepercayaan penuh Tan Sri
Haji Zainal, dah ada yang nak kacau daun. Encik Borhan tertekan dan mengeluh
tidak berpuas hati.
“Saya boleh uruskan sendiri. Sejak hari tu, saya
yang uruskan sorang-sorang. So,
rasanya I don’t need any help..” ujar
Encik Borhan perlahan. Dia tidak mahu tersalah cakap.
“But, abah
saya suruh tau. Encik Borhan pun tahu macam mana perangai abah saya tu. Bab-bab
kerja ni, dia memang serius. Kalau dia kata A, so kena la A jugak..”
Encik Borhan merengus kecil. Dia sungguh tidak
berpuas hati. Dia ingatkan Irfan Naufal sudah tak nak kerja di situ lagi
memandangkan semua kerja lelaki itu diserahkan kepada Encik Borhan. Dengan
wajah mencuka, dia mengangguk kecil. Terpaksa juga dia bersetuju kerana dia
kenal benar perangai Tan Sri Haji Zainal yang sungguh komited pada kerja itu.
Encik Borhan terpaksa bersabar untuk masa sekarang. Dia kena memikirkan cara
lain untuk menyingkirkan Irfan Naufal terus dari syarikat itu supaya dia boleh
memegang jawatan Pengarah Urusan.
“LID takde
kelas ke hari ni?” soal Adnin Najwa ramah.
Alida tersenyum sambil meneruskan perbuatannya
memberikan makanan kepada kucing kesayangannya, Comel. Wajah kakak iparnya
sesekali dipandang senang hati. “Lid takde
kelas minggu ni. Dah masuk study week..
Next week dah final exam, kak!”
jawab Alida.
“Oh, ye ke? Good
luck tau. Jangan main je banyak!” seloroh Adnin Najwa. Dia meraba-raba
Comel yang berada tidak jauh darinya. Bulu kucing berusia 5 bulan itu sungguh
lembut, panjang dan kembang. Menurut Alida, kucing itu berwarna putih krim.
Baka kucing parsi yang hidung penyek itu.
“Eh, mana ada Lid main banyak-banyak. Kalau akak nak
tahu, Lid ni baik tau. Study je
memanjang kat dalam bilik tu..” balas Alida dengan tawa kecil. Matanya kembali
dihalakan ke arah Comel yang sedang rakus memakan bijian Frieskies.
“Ye ke? Bukan Lid ni nakal sangat ke? Selalu
mengusik akak.. Banyak main-main la tu, Lid..” usik Adnin Najwa lagi.
“Wah, akak pula yang nak mengusik Lid? Jangan sampai
Lid jelmakan mood Lid nak usik akak sudah. Nanti merah muka tu lagi macam
kelmarin!” ugut Alida tergelak kecil. Adnin Najwa cuak sudah. Bukan boleh
percaya sangat adik iparnya itu.
“Janganlah, dik. Nanti akak merajuk..”
“Ek eleh, merajuk laa.. Lid suruh Abang Ir yang
pujuk!” ucap Alida dalam tawa lepas. Suka melihat muka terkejut kaka iparnya
yang comel itu.
“Hesy! Lid ni. Mana boleh macam tu. Tak acilah..”
“Aci dekat India la akak!” sempat lagi Alida
mengenakan Adnin Najwa.
“Eee! Geram betul akak dengan Lid ni..” suara Adnin
Najwa mengendur apabila dia terasa bahunya bagai disentuh seseorang. “Lid nak
buat apa pulak ni, main pegang-pegang bahu akak pula..” Adnin Najwa tersenyum
senang hati. Adik iparnya memang peramah dan ringan mulut berborak dengannya.
“Akak, Lid takde
buat apa-apa pun?” suara nakal Alida membuatkan Adnin Najwa sedar siapa yang
memegang bahunya itu. Bau minyak wangi yang semerbak itu juga meyakinkan Adnin
Najwa akan gerangan orang itu.
“Hi,
sweetheart..” ucap Irfan Naufal lembut. Dia mengambil Comel lalu dibawakan
ke dalam dakapannya. “Suka kucing juga ek? Patutlah boleh masuk kepala dengan
si Lida ni..” soal Irfan Naufal.
“Eh, masuk kepala? Macam mana tu, bang?” Alida
berpura-pura dungu. Ayat abangnya tadi dijadikan bahan gelak tawa dia pula.
“Lida jangan nak mengada-ngada kat sini. Pergi main
jauh-jauh, kami nak bermanja..” gelak Irfan Naufal lembut. Sejak dua menjak
ini, hubungannya dengan Alida kembali mesra. Dulu, Alida agak dingin dengannya
kerana memutuskan pertunangan dengan Arissa.
“Dah, bawa je Kak Najwa ke bilik. Tinggalkan Lida
dengan Comel kat sini. Yelah, dengan siapa Lida nak bermanja kalau bukan dengan
Comel. Lain la macam abang.. Ada pasangan untuk bermanja!” usik Alida lagi.
“Lid! Apa yang Lid merepek ni? Jangan cakap macam tu
lagi..” gerutu Adnin Najwa. Dia malu giler
dah sebenarnya. Tak segan betul Alida cakap macam tu. Tapi kalau nak larang
pun, umur dia dah cukup 21 tahun. Cukup umur dah kalau nak diikutkan.. Adnin
Najwa tak tahu dah kat mana nak sorok muka dia.
Irfan Naufal tersenyum. “Jom, sayang. Kita ke
bilik..”
Amboi! Selamba sungguh nada suara Irfan Naufal.
Terkedu Adnin Najwa dibuatnya. “Err.. Abang tak nak minum petang ke? Mak cik
Timah dah siapkan tadi. Jom..” dia mengubah topik.
“Kejap lagilah. Abang balik nak jumpa isteri abang
yang comel ni. Rindu bila seharian tak tengok muka sayang!” automatik suaranya
menjadi romantis.
Oh, my!
Tak tahan dah nak pengsan ni. Dahlah depan Alida dia cakap macam tu. Adnin
Najwa menelan liur. “Awak.. Lida ada tu. Tak malu ke?” bisik Adnin Najwa
perlahan.
“Mana ada. Dia dah blah tadi senyap-senyap, bawa Comel pergi jauh-jauh.. Dia tak nak
mengganggu mood kita kut?” jelas Irfan Naufal.
“Serius?” nafas lega ditarik Adnin Najwa. “Fuh,
nasib baik!”
“Kalau dia ada tadi, mesti dah jadi bahan usikan la
bila saya sebut ayat-ayat romantik tadi tau..” tukas Irfan Naufal lembut. Dia
tersenyum melihat Adnin Najwa.
Ye,
memang romantik. Tak tahu pulak bila dah kahwin, Encik Irfan jadi seromantik
ni. Nak menggoda aku je hari-hari. Keluh Adnin Najwa. “Dahlah, jom kita minum
petang..”
Tangan Adnin Najwa yang terawang-awang itu lantas
dicapai oleh Irfan Naufal. Hampir tersembul keluar jantung Adnin Najwa. Dirinya
ibarat terkena kejutan elektrik setiap kali Irfan Naufal menyentuhnya dengan
spontan. “Jom, saya tolong pimpin awak ke meja makan.”
“Hmm, saya boleh je jalan sendiri. Tongkat saya ada
tersandar kat tepi dinding tu..” entah ke manalah jari telunjuknya diluruskan, Adnin
Najwa sudah tidak peduli. Manalah dia nampak kat mana tongkatnya berada. Yang dia
tahu, Alida yang tolong sandarkan tepi dinding tadi.
“Degil betul awak ni. Kan saya dah cakap, awak kena ikut
cara saya mulai sekarang. Saya nikan suami sah awak? Trust me..” kata-kata itu disertakan dengan pegangan erat pada bahu
Adnin Najwa. Dia sudah bersedia untuk memimpin gadis itu.
Adnin Najwa mengeluh kecil. Dah mula dah dengan kuasa
veto dia tu. Aduhai.. Adnin Najwa mengangguk kecil dan mengikut pimpinan si suami.
Irfan Naufal di sebelah tersenyum senang hati.
IRFAN Naufal memandang jauh ke dalam anak mata Adnin
Najwa. Peluangnya untuk merenung wajah itu sentiasa terbuka luas memandangkan gadis
itu buta. Bibirnya tersenyum selepas lama betul dia merenung. Tidak puas rasanya
dia menatap wajah comel milik isterinya. Ada perasaan indah yang hadir. Perasaan
yang tulus dari lubuk hatinya.
“Awak?” panggil Adnin Najwa lembut. Dia mulai tidak selesa
sebenarnya dengan kebisuan Irfan Naufal. Entah apalah yang dibuat lelaki itu.
“Yes, my dear!”
sahut Irfan Naufal ceria. Karipap yang masih belum dijamahnya tadi, segera dibawakan
ke mulut. Ralit sangat dia meneliti wajah Adnin Najwa tadi sampaikan terlupa hendak
memasukkan karipap ke dalam mulut.
“Awak buat apa? Diam je?” soal Adnin Najwa cuba menduga
suaminya.
“Saya tengah makanlah. Awak jugak yang ajak saya minum
petang sama-sama tadi, kan?” jawab Irfan Naufal selamba badak. Padahal sebenarnya
tadi, dia terlalu asyik dibuai perasaan indah.
“Oh, senyap je. Tak dengar suara awak mengunyah pun..”
“Saya ni makan jenis sopan tau. Bertuah kan dapat suami
sopan macam saya ni..” puji Irfan Naufal kepada dirinya sendiri.
Adnin Najwa tergelak mendengar. Buat lawak pula suaminya
itu. “Awak ni pandai jugak buat kelakar, ek?”
Irfan Naufal terpegun melihat gigi Adnin Najwa yang putih
dan tersusun elok itu. Suara ketawa yang manja itu terasa sungguh membelai perasaan
Irfan Naufal. “Kelakar ke? Atau awak gelak sebab saya cakap yang saya ni sopan?”
soal Irfan Naufal tidak berlengah.
“Entah!”
“Entah? Apa yang entah tu? Awak ni..” mata Irfan Naufal
jatuh pada tepi bibir Adnin Najwa yang sedikit comot. “Awak ni, makan tak sopan
la ni sampai comot macam ni..” sambung Irfan Naufal. Jemarinya didekatkan ke bibir
Adnin Najwa. Kesan comot tadi dilap dengan cermat.
Pipi Adninn Najwa terasa membahang. Mulut oh mulut, kenapa
kau nak comot masa sekarang ni? Adnin Najwa membebel pada dirinya. Lidahnya kelu
untuk terus berbicara. Hanya menanti perbuatan suaminya terhenti. Jantungnya mengepam
darah dengan laju.
“Haiii.. Boleh umi tumpang makan karipap ke?” sampuk
Puan Sri Hajjah Zairiah entah bila masanya orang tua itu sampai. Terkejut Irfan
Naufal dibuat uminya. Dahlah dia tengah asyik merenung bibir merah delima Adnin
Najwa tadi.
Adnin Najwa tersipu-sipu dan menjadi lebih kelu. Irfan
Naufal tersengih segan. “Duduklah, umi. Join
sekaki..”
Puan Sri Hajjah Zairiah duduk di sebelah Adnin Najwa.
Dia memegang bahu menantunya yang manis itu. Tudung ringkas Adnin Najwa yang menyenget
dibetul-betulkan sedikit. “Menantu umi ni.. Suka hati umi tengok Najwa senyum macam
ni. Comel!”
Bertambah merah muka Adnin Najwa. “Mana ada, umi. Umi,
jemputlah minum dengan makan karipap..”
“Nak makanlah ni.. Bukan macam orang tu.. Biar je karipap
kat depan, yang mata tu asyik je nak pandang-pandang si manis yang duduk depan dia..
Terlupa dah karipap yang sedap ni. Ir ni sejak kecik suka sangat makan karipap..
Pelik tadi umi tengok dia pegang je karipap tu tapi tak makan. Mata lurus je ke
depan..” gurau Puan Sri Hajjah Zairiah.
Irfan Naufal pula yang tersipu-sipu. Dia membuat isyarat
menyuruh uminya diam. Aduhh, kantoi sudahh!! Malunyaa.. Maluuu.. Irfan Naufal gigit
bibir.
Adnin Najwa terdiam. Segan betul dia selepas mendengar
kata-kata ibu mertuanya tadi. Rupa-rupanya Irfan Naufal asyik merenung dia. Patutlah
senyap je tadi! Adess.. Malu.. Maluuuu.. Bahang di wajah Adnin Najwa terasa lebih
menjadi-jadi.
p/s : bersambunggg... sorry kalau agak kelam kabut sbb saya nk ke JB dah ni..orang2 JB, jumpa besok ye! :)
so sweet.. :)
ReplyDeletealahaiiii sweet nye....teruskan....
ReplyDeleteAlahai Irfan Naufal ni romantiknya...#^_^
ReplyDeleteOk je auni. Takde kelam kabut pun.
ReplyDeleteThanks auni. Moga2 najwa dapat memaafkan irfan.
Romantik giler irfan ni. Tak sabar nak tunggu next n3 plak.
-jaja-
best.. nk lagi..ehhe
ReplyDelete:-D aww.. Romantik nyer irfan.
ReplyDeletesangat sweet kak...best x terhingga...masa baca tue asyik enyum je saya niee...
ReplyDeletebesst sangat lah kak..saya suka sangat...sweet ja irfann sayaa pun nak laki cam irfan lah..:D
ReplyDeleteAuni,
ReplyDeleteSuke sgt cite ni..
haha kantoi dh Irfan duk tenung bini dia keke
ReplyDeleteIrfan bukan menggoda je tu, dia mengayat sekaligus.. hihihi
ReplyDeletelembutnyeerrr adnin ni...
ReplyDeletebesttt,..
ReplyDeleteayu n lembut jer si Adnin ni..
hikkk...comey >__<
ReplyDeleteso sweet....hopefully adnin najwa memaafkan irfan....
ReplyDeleteromantiknya Irfan...hopefully Irfan berani b'trs terang dgn adnin najwa....
ReplyDeletewallauweh giler sweet maah.terbaik wok. hahahaha. makasih. nice job cik penulis. cecepat smbg ek.
ReplyDeletesweetnya...nak lagi..:)
ReplyDeletesweeeetttnyeee.... harap cinta antara irfan n najwa tu kian mekar setiap hari.. ;-)
ReplyDeletex sabar plak nk baca entry bila segala-galanya terbongkar.. takut pun ade.. risau nakwa ngan irfan "break" plak kn.. mahukah najwa memaafkan irfan nnt ek? hehehe..
aja aja fighting, cik writer!
~Miss Peace~
best..smbg lg ye. ;)
ReplyDeletesweet jer suami najwa...best2... jgn lupa smbg ye?
ReplyDeleteir jgn tunggu lama2 nk bgi tw huuhuhu
ReplyDeletealahhh.lmbat lagi bca n3 sis!!bz sesangat lately..
ReplyDeletecomel giler ar ir.. =)
sis,bile ir nk trus trang nie?berdevar2 sya.. =P
tak sabar nk bc sambungannya..
ReplyDeleteBest! Jalan cerita dah okay, tapi harapnya konflik dalam novel ni tak merapu-rapu. Keep it up ;)
ReplyDeleteKak auni..veron sgt2 rnduuu akak..akak hilang g mne?? Huhu..lame xnmpk post2 akak..
ReplyDeleteKak auni..veron rndu sgt2 ngan akak..akak hilang g mne?? Lama xnmpk post2 akak kat fb..huhu..
ReplyDeletebile lg nk sambung...?
ReplyDeletebestnyerr.. makin sweet la irfan. cerita ni hanya diteruskan dkt blog ataupun akan dibukukan??
ReplyDeletebila nk sambung ni?
ReplyDeleteCEpat sambung ya tak sabar nak tahu kesudahannya Wonder wheather Irfn will Tell her soon or Delay either tak nak Mereka berpisah
ReplyDeleteOk
ReplyDeleteAlmamak tak sabar Bila agaknya Irfan akan Beritahu Isterinya either Way tak nak Mereka berpisah please Continue writing
ReplyDeletelama nya kak auni nak smbung n3 nie..sy da x sabar2 nk tahu episod seterusnya..:))))))
ReplyDeletealaaaa..suweetttttnyerr sis auni..nak lagi..nak lagi..hope jodoh dia org kekal..:)
ReplyDelete*cik intan erma norsafira a.k.a adeq emma comei..heeee*