-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Tuesday, September 18, 2012

Kurelakan Kasihmu 26, 27



SUASANA di dalam bilik honeymoon suite itu cukup romantik ketika ini. Irfan menyalakan lilin khas aromaterapi yang berbau Lavender. Muzik yang bercampur irama saksofon oleh Kenny G dimainkan, bertajuk ‘I Believe I Can Fly’. Volume diperlahankan untuk menimbulkan kesan romantik. Kemudian Irfan memulas suis kawalan lampu tidur di dalam bilik itu supaya lampu bertukar kepada cahaya yang lebih malap.
Kau buat apa ni, Ir? Nak buat suasana romantik pun, bukannya Najwa tu boleh tengok suasana ni pun! Tapi, tak apalah. Untuk diri sendiri pun jadilah. Ir geleng-geleng kepalanya. Namun kemudian bibirnya mempamerkan senyuman kecil setelah Najwa keluar dari bilik air. Gadis itu sudah lengkap berpakaian. Itu sedikit sebanyak membuatkan Irfan berasa agak kecewa. Sejak mereka datang ke sini berbulan madu, Irfan tiada peluang langsung nak tengok Najwa memakai sesuatu yang seksi.
“Hello, my dear..” tegur Irfan.
Najwa senyum sendiri. Dia bagai tercari-cari Irfan berada entah di sudut mana. “Hai.. Eh, awak duduk kat mana ni?”
“Sini, honey..” tangan Irfan menggenggam tangan Najwa. Tangan gadis itu kemudiannya dibawakan ke dadanya. “Dan awak.. Berada di sini.. Dalam hati saya..”
Najwa menggigit bibir bawahnya. Pipinya terasa hangat. “Awak ni.. Suka sangat merapu sejak kebelakangan ni!”
“Bila masa saya merapu tu?” soal Irfan lembut, berbisik.
Bulu tengkuk Najwa sedikit meremang mendengar bisikan hangat itu. Nafas Irfan terasa menampar cuping telinganya. “Hmm, banyak masa yang awak merapu tu. Tak tau saya nak pilih masa yang mana satu!” balas Najwa dengan jawapan yang entah apa-apa. Ah, hentam sajalah labu!
“I am not. Saya tak merapu atau bergurau. Not at all. I am so serious and I’m doing all this just for our marriage.. Saya dah cakap yang saya akan pikat awak dan buatkan awak cintakan saya,” bisikan Irfan kali ini hampir membuat Najwa melompat. Berdegup jantungnya.
“Err.. Emmm.. Tapi,” kening Najwa berkerut. Apa perasaan ni, ya?
Irfan tertawa kecil. “Okey, dah. Jom kita cerita pasal benda lain pulak. Saya tahu awak dah mula naik rimas tukan?” duga Irfan.
Najwa sengih dan sedikit terangguk. “Tahu pun awak. Lain kali janganlah cakap merapu lagi, ya?”
“Tak bolehlah, sayang. Awak tu bini saya. Jadi, memang saya bertanggungjawab merapu macam tu dengan awak. Barulah terasa mesra sikit. Dapat pahala lebih tau kalau suami isteri bermesraan. Saya nak ajar awak dapatkan pahala mudah dan free.. Esok kan dah nak balik KL. Nanti bila lagi nak berdua-duaan macam ni?”
Najwa tersenyum lagi. Ada-ada saja Irfan ni. “Awak ni, ada-ada saja tau. Saya tahulah..”
“So, kalau tahu.. ke sinilah..” Irfan menarik Najwa. Tubuh kecil molek itu dipeluknya. Entah apa perasaan berbunga yang hadir ini agaknya? Irfan menarik nafas panjang. “Shall we dance?” ajak Irfan.
“But, how? Saya kan buu..” tidak sempat Najwa menghabiskan ayat, Irfan sudah memulakan langkah. Diangkatnya sebelah dan sebelah lagi kaki Najwa lalu diletakkan ke atas kakinya. Tubuh gadis itu dipeluk lagi dengan lebih kemas.
“Macam ni.. Just follow my lead!” bisik Irfan. Senyumannya terbit saat itu. Najwa melentokkan kepalanya ke bahu Irfan yang terasa  agak sasa itu. Badan lelaki itu tidaklah besar mana pun atau berotot tetapi tetap terasa tegap. Begitulah apa yang difikirkan Najwa di dalam hatinya.
Irfan membawa Najwa menari di dalam pelukannya dan berlapikkan kakinya mengikuti irama muzik yang dimainkan sejak tadi. Kini muzik saksofon Kenny G bertajuk Forever In Love pula yang berkumandang. Hati Najwa tiba-tiba ditumbuhi bungaan yang indah-indah. Dia berasa semakin selesa dan selamat berada di dalam pelukan suaminya.
“Sayang..” langkah tarian mereka terhenti saat Irfan bersuara.
Najwa keresahan setiap kali Irfan memanggilnya ‘sayang’ namun dia telah mencuba sebolehnya selama ini untuk membiasakan diri. Dan kini dia sudah agak terbiasa walaupun keresahan itu tetap akan terwujud jauh di sudut hatinya. Najwa mendiamkan diri kerana terlalu berdebar.
“Awak kena biasakan diri untuk kebiasaan seterusnya bagi suami isteri. A kiss.. May I?” pinta Irfan penuh mengharap. Wajahnya didekatkan ke wajah Najwa.
Najwa masih tidak beriak apa-apa. Mungkin tidak percaya dengan apa yang baru disebutkan oleh Irfan. Cium? Sah, kalau aku kena cium dengan dia nanti mesti aku akan terus pergi jadi pesakit di hospital bahagia. Najwa! Dia kan suami kau? Kenapa kau ni liat sangat nak berikan hak dia? Bibir Najwa bergetar saat terasa nafas Irfan terkena wajahnya. Dan itu bermakna, wajah lelaki itu sudah begitu dekat dengan wajahnya! Najwa sudah rasa nak pitam.
Cuppp! Akhirnya bersatu juga bibir Irfan dengan bibir Najwa. Lama. Kucupan pertama mereka sebagai suami isteri. Najwa terus kaku tidak bergerak-gerak. Matanya terasa membesar dan makin membesar. Dia masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Namun dengan pantas dia menjauhkan wajahnya dari Irfan. Entah mengapa ciuman itu terasa cukup tragis. Najwa teringatkan cumbuan kasar lelaki yang pernah meragut kesuciannya dulu. Dan ciuman Irfan mengingatkan dia pada lelaki tak berguna itu. Najwa panik dan terduduk di atas lantai.
“Maafkan saya... Maafkanlah saya.. Saya masih tak mampu. Maafkan saya,” getus Najwa. Air matanya berderai ke pipi.
“No, it’s okay. Saya yang salah. Maafkan saya..” Irfan mengusap bahu Najwa dengan lembut. Perasaan bersalah kembali bersarang. Mesti peristiwa buruk itu masih diingat lagi oleh Najwa. Ya, Najwa. Saya yang salah sebab buat awak jadi macam ni. Maafkanlah saya.. Maafkan saya! Hati Irfan terus merintih sayu.


SEORANG gadis turun dari sebuah Toyota Vios lalu berjalan pantas menghampiri pintu kaca syarikat milik Tan Sri Haji Zainal. Sesiapa lelaki yang melihat, semuanya terliur dengan keseksian gadis itu. Yang perempuan pula, pasti rasa nak muntah hijau dan rasa nak mengutuk saja melihat cara pemakaian gadis genit itu.
“Hey, my baby girl, Rina! How are you? Bila sampai? Kata nak balik naik flight besok?” Encik Borhan memeluk Sabrina yang merupakan anak kepada abangnya. Gadis itu baru pertama kali datang ke Malaysia. Selama ini, Sabrina dan keluarganya menetap di Amerika Syarikat kerana abang Encik Borhan mempunyai bisnes di sana. Sabrina datang ke Malaysia untuk melancong sambil melawat pak ciknya iaitu Encik Borhan.
“Hi, uncle. Sihat aje ni. Emm, tak jadilah balik besok.. Lagipun Rina memang saja nak buat surprise dekat uncle!” jawab Sabrina ringkas. Dia tersenyum bangga apabila ada dua tiga orang lelaki yang lalu lalang di situ memandangnya sampai berlanggar dengan dinding.
“Rina, Rina.. Masih tak berubah perangai suka buat surprise tu ya? Dulu uncle ke sana pun, Rina suka buat surprise yang uncle sendiri tak jangka..”
“Biasalah, uncle. Macam tak kenal pulak anak buah uncle yang comel ni!” Sabrina memuji diri sendiri.
Encik Borhan hanya tersengih memerhatikan gelagat anak buahnya yang seorang itu. Tidak lama dia tersengih, wajahnya berubah masam apabila ternampak Tan Sri Haji Zainal dan Irfan sedang berjalan memasuki ruang pejabat mereka yang luas. Terdapat beberapa buah bilik di ofis mereka. Semuanya bilik pejabat orang-orang atasan dan terpenting syarikat iaitu bilik CEO, Pengarah Urusan dan juga Naib Pengarah Urusan. Lebih ringkas lagi, bilik CEO adalah bilik Tan Sri Haji Zainal. Bilik Pengarah Urusan merupakan bilik Irfan dan seterusnya bilik Encik Borhan sendiri sebagai Naib Pengarah Urusan.
Sabrina memandang ke arah yang dipandang oleh pak ciknya. Matanya sedikit membesar melihat kelibat dua orang lelaki kacak. Seorang sudah agak berumur tetapi masih nampak menarik dan berkarisma. Seorang lagi, lelaki muda yang memang sungguh kacak. Tidak pernah lagi Sabrina melihat lelaki sekacak itu walaupun ketika di Amerika Syarikat.
“Morning, Borhan. Siapa gadis manis ni?” Tan Sri Haji Zainal menyapa Encik Borhan dengan ceria. Matanya sesekali dihalakan ke arah Sabrina yang sudah tersenyum penuh makna.
Encik Borhan tersenyum buat-buat. “Emm, ini Sabrina. Anak saudara saya yang tinggal di US. Baru aje sampai Malaysia.. Saja datang sini jumpa saya kejap!”
“Oh, begitu. Sabrina ya? Welcome to Malaysia. Have a nice day. Nanti suruh pak cik kamu ni bawa jalan-jalan keliling KL..” seloroh Tan Sri Haji Zainal cuba beramah mesra.
“Ya, I will..” Sabrina tersenyum pada Tan Sri Haji Zainal. Kemudian pada Irfan pula namun lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya. Sabrina berasa sedikit geram.
“Emm, abah. Ir masuk ofis dulu okey? Banyak kerja terbengkalai..” pamit Irfan cepat-cepat. Dia rimas melihat Sabrina yang berpakaian seksi begitu. Satu lagi, sebab mata gadis itu tidak lepas dari memandangnya. Geli geleman Irfan dibuat Sabrina.
“Oh okey. Abah pun nak masuk ofis jugak. Okeylah, Borhan.. Sabrina. Saya masuk ke bilik saya dulu. Have a nice trip in Malaysia, okay?” Tan Sri Haji Zainal tersenyum sebelum melangkah.
Selepas Tan Sri Haji Zainal dan Irfan berlalu, Sabrina terus mendapatkan Encik Borhan semula. “Who is them, uncle? So charming. Yang berumur sikit tu pun sangat charming, uncle!”
“Rina tak nampak ke pelekat warna keemasan di pintu bilik dia orang tu? Tan Sri Haji Zainal as the CEO and Irfan Naufal as the Managing Director.. Bapak dengan anak,” beritahu Encik Borhan dengan muka bosan yang jelas terpamer.
“Wah, si bapak tu berapa umurnya uncle?” Sabrina teruja.
“Dah 59 tahun. Tak lama lagi dah nak masuk 60 tahun..” terang Encik Borhan.
“Huh? Tak macam umur tu pun? Nampak macam uncle lagi tua dari dia!” Sabrina berseloroh dan tertawa geli hati melihat pak ciknya bermuka cemberut.
“Rina ni.. Uncle tak nak teman jalan-jalan nanti baru tahu..” ugut Encik Borhan.
“Alah, Pija ada kan?” Sabrina menyebut nama anak gadis Encik Borhan yang muda dua tahun dari dia. Sepupunya itu memang satu kepala dengan dia.
Encik Borhan menarik muka masam. Dia mencubit pipi Sabrina dengan geram. Terjerit kecil Sabrina.
“I see, uncle. Kalau Rina nak seduce si anak tu.. Boleh?” Sabrina yakin dia boleh cairkan Irfan dengan penampilan seksinya.
“Jangan cuba pun,” ujar Encik Borhan dengan sengih panjang.
Sabrina mengangkat kening. “Kenapa pulak?”
“Sebab, budak Irfan tu dah kahwin pun..”
“What? Who is his wife? Cantik tertarik bergaya the bomb macam Rina ni ke, uncle?” Sabrina memusing-musingkan badannya persis seorang model bergaya.
“Hmm.. I think, isteri dia tu memang cantik..” jelas Encik Borhan dengan wajah selamba. “Tapi..”
“Tapi?” Sabrina sudah tidak sabar hendak tahu cerita seterusnya.
“Buta..” bisik Encik Borhan dengan nada suara serendah yang mungkin.
Mata Sabrina terbuntang. Dia bagai tidak percaya yang lelaki bergaya dan kacak seperti Irfan itu berkahwin dengan perempuan buta. Entah-entah, sebab perempuan tu kaya tak? Mulutnya didekatkan ke telinga Encik Borhan pula untuk berbisik. “What a waste. Buta? Irfan tu kut yang buta sebab pilih isteri buta macam tu? Perempuan tu kaya kut, uncle?”
“Taklah. Perempuan tu anak yatim piatu. Sampai situ saja yang uncle tau..”
Sabrina semakin pelik. Dahlah buta. Lepas itu, yatim piatu pula. Apalah yang membuatkan Irfan yang cukup sempurna itu memilih seorang perempuan buta menjadi isterinya? Takkanlah sebab cinta? Tak mungkinlah lelaki zaman sekarang ini berfikiran kolot begitu. Dan lelaki sempurna macam Irfan itu sepatutnya memilih perempuan yang sempurna juga untuk dibuat isteri. Barulah tak memalukan dia jika hendak membawa isteri ke majlis-majlis keramaian. Perempuan macam aku ni.. Barulah sesuai, kan? Sabrina berangan.
“Uncle, Rina rasa.. Something is not right about their marriage. Takkanlah lelaki sesempurna Irfan itu mahukan perempuan buta seperti tu? Tak masuk akal. Langsung tak logik,” getus Sabrina dengan muka mengalahkan detektif profesional.
Encik Borhan hanya menjongket bahu tanda tidak tahu. Muka Sabrina dipandang kosong. Fikirannya cuma dipenuhi dengan hal berkaitan kerja sahaja ketika ini. Tan Sri Haji Zainal jenis yang tidak suka pekerja-pekerjanya melengahkan kerja. Nanti buruk pula prestasinya di mata orang tua itu.


CUTI hujung minggu telah tiba. Tan Sri Haji Zainal membawa keluarganya pergi berkelah di sebuah kawasan air terjun. Memang menjadi kebiasaan keluarga Tan Sri Haji Zainal berkelah begitu pada setiap 2 atau 3 bulan sekali. Bergantung pada kelapangan dia dan Irfan. Kawasan air terjun itu merupakan hak milik keluarga Tan Sri Haji Zainal. Tiada sesiapa yang dibenarkan masuk ke situ melainkan ahli keluarga sahaja.
Kawasan air terjun itu agak luas. Terdapat dua buah pondok indah berhawa dingin yang dibina sebagai tempat beristirahat mereka. Di dalam pondok-pondok itu segalanya sudah lengkap. Ada bilik tidur, ruang tamu dan bilik air.
Air terjun di situ memang sangat dingin dan jernih. Najwa tetap teruja walaupun tidak dapat melihat keindahan tempat itu. Baginya, dapat merasai semua itu pun sudah cukup. Dia sudah sangat bersyukur.
“Lid! Sejuklah, Lid. Tak naklah..” Najwa tergelak riang. Mulutnya sahaja yang berkata tak nak. Padahal, dia gembira sangat berada di dalam air itu.
“Takde, takde! Akak kena jugak mandi dengan Lid. Nanti Lid merajuk!” ujar Alida seraya menyemburkan air ke badan Najwa. Habis kuyup baju t-shirt yang dipakai Najwa.
Tan Sri Haji Zainal tidak mandi. Dia hanya duduk di tepi tebing memasak daging panggang, sosej, ayam panggang serta banyak lagi makanan barbeku yang lain. Sesekali dia tersenyum riang melihat kegembiraan ahli-ahli keluarganya. Irfan turut menolong abahnya memanggang. Namun matanya tidak pernah berkalih lama dari merenung Najwa yang basah kuyup di dalam air terjun. Nampak comel dan menarik sungguh. Geram pula Irfan tengok. Puan Sri Hajjah Zairiah pula berada di dalam pondok, hendak tidur sekejap katanya.
“Ir, abah rasa kau patut beritahu Najwa cepat. Abah risau tengok kau tu. Dah macam jatuh sayang aje?” Tan Sri Haji Zainal mula bersuara. Nada seakan mengusik Irfan.
Irfan tersenyum. Sebuah keluhan kecil dilepaskan. “Apa maksud abah ni?” tangannya digerak-gerakkan untuk mengalihkan ayam dan daging panggang.
“Abah ni adalah abah kau. Abah bela kau dari kecil lagi.. Cara kau tengok Najwa sekarang ni, dah tak macam awal-awal kahwin dulu..” jelas Tan Sri Haji Zainal. Wajahnya agak serius.
Irfan tersenyum pahit. “Ir.. Memang dah mula nak dapat terima dia, bah.. You know, terima sebagai isteri Ir yang sebenar-benarnya. Jiwa dan raga Ir..”
“Kau dah rancangkan pelan untuk berterus-terang?” soalan Tan Sri Haji Zainal kali ini benar-benar mencabar jiwa Irfan.
“Dah, abah. Tapi masih belum berani lagi..”
“Apa? Kau ni memang dah gila agaknya? Risiko besar ni tau!”
Irfan mengeluh. “I know when is the right time. So, don’t you worry about it.”
“Abah harap, waktu tu dah tak terlambat untuk kau..” ujar Tan Sri Haji Zainal dengan kerutan di dahi.
“Doakan untuk Ir. Doakan Ir ada kekuatan untuk berterus-terang sebelum waktu terlambat tu tiba..” ucap Irfan lirih. Wajah Najwa kembali dipandangnya. Senyuman manis di bibir Najwa itu.. Adakah senyuman itu akan kekal jika dia berterus-terang? Apa agaknya reaksi Najwa jika dia memberitahu perkara itu? Irfan menelan air liur. Tidak dapat meneka apa yang bakal berlaku. Dia terlalu takut jika dirinya dibenci Najwa.
“Ir, I think.. You’ve fall for her.. Daripada cara kau.. Abah yakin kau..”
“I know abah! Ir tahu. Dan dah tak lama lagi dah semua ni akan berubah menjadi cinta dan kasih sayang untuk dia, bah..” Irfan memandang lagi Najwa yang sedang bermandi-manda dengan Alida.
Tan Sri Haji Zainal cuma mampu menggeleng kepala. Dia juga turut membuang pandang ke wajah ceria Najwa. Bagaimana jika suatu hari nanti keceriaan itu hilang dari wajah gadis malang itu? Tan Sri Haji Zainal ingin membuka mulut lagi tetapi terhenti apabila Irfan tiba-tiba merengus kecil.
“Abah, Ir minta diri kejap. Nak join dia orang mandi. Macam best aje tu!” Irfan meminta diri untuk ikut serta bermandi-manda. Tan Sri Haji Zainal tersenyum kelat. Tentu Irfan mahu melarikan diri lagi dari terus dileteri. Dia kenal sangat dengan perangai Irfan itu.
Alida menjirus lagi badan Najwa dengan air bukit yang sejuk giler itu. Terjerit-jerit kecil Najwa dibuat Alida. Alida hanya tertawa melihat telatah comel kakak iparnya. “Akak ni macam budak-budak kecik tau. Takut air!” ujar Alida geli hati.
Irfan tiba-tiba datang membuatkan Alida terkaku sekejap. Irfan meletakkan jari telunjuknya ke bibir, tanda menyuruh adik perempuannya merahsiakan kehadiran dia di situ. Selepas itu, dia membuat isyarat menyuruh Alida beredar dari situ pula. Alida tersengih faham lalu mengangguk-angguk. Alida bangun perlahan-lahan dan penuh hati-hati lalu terus beredar.
“Lid! Akak sejuklah. Bukan takut air..” terang Najwa tersenyum riang. Namun Alida tidak menjawab. Najwa terasa pelik pula. Tadi, bukan main lagi banyak mulut si Alida itu.
Irfan tersenyum lebar. Pipi Najwa yang sedikit kemerahan dan basah itu direnung tanpa jemu. Bibir yang sedikit kebiruan kerana kesejukan ditenung juga dengan nafas yang semakin  berat. Geram! Irfan berpeluk tubuh seketika.
“Lid? Lid dekat situ lagi ke? Kenapa tiba-tiba diam ni?” Najwa sudah berasa panik dan curiga. Bukan boleh percaya sangat dengan Alida tu. Jangan-jangan.. Dia berpakat dengan Irfan lagi? Aduh! Pakatan apa pula kali ni, ya? Najwa berfikir-fikir sendiri, bagai sudah dapat meneka apa yang berlaku.
“Lida pergi ke tebing,” getus Irfan tiba-tba. Hampir terloncat keluar Najwa dari dalam air itu. Bibirnya bergetar. Antara kesejukan dan kegugupan kerana terkejut. Tak sangka pula telahannya tadi betul.
“Oh..” kening Najwa terangkat sedikit. Memang sebijik betul apa yang diramalnya seketika tadi. Dua beradik itu berpakat lagi. Jagalah nanti Lid, akak karate! Gumam Najwa di dalam hati.
“Boleh kan suami awak ni datang join?” tanya Irfan lembut. Bagai ingin menduga.
Najwa tersenyum kecil. “Boleh aje. Kenapa pulak tak boleh kan? Kita ni suami isteri!” giliran Najwa pula yang menggunakan ayat seperti menduga.
“Eh, terima kasihlah awak..” balas Irfan. Tangannya menjalar naik ke bahu Najwa.
Najwa sedikit panik. Bimbang gelagat mereka disaksikan oleh ahli keluarga yang lain. Malulah dia kalau kena peluk kat sini! “Kenapa sentuh-sentuh saya ni, awak?” suara Najwa sedikit merendah. Gugup.
“Kita kan suami isteri. Lagipun, saya pegang bahu awak aje ni..” getus Irfan dengan nada yang nakal. Matanya meliar ke tubuh Najwa yang agak seksi ketika basah begitu. Dari jauh tadi taklah nampak ketara sangat. Bila duduk dekat macam ni, ketara pula bentuk tubuh Najwa. Aduh, tahan Ir! Irfan menelan air liur.
“Okey.. Peganglah.. Tak kisah,” ujar Najwa, buat-buat berani. Padahal di dalam hatinya, dia sudah hampir pitam. Kenapa nak pitam? Sebab suara mengancam Irfanlah, apa lagi. Suara itu memang mampu meruntuhkan segala dinding yang ada di dalam hati Najwa.
Irfan tertawa kecil lalu tersenyum nakal. “Boleh?”
Najwa hanya mengangguk. Air liur ditelan entah untuk kali ke berapa.
Irfan merapatkan tubuhnya pada tubuh Najwa. Debaran Najwa kian menggila. Dia menjarakkan pula tubuhnya ketika terasa bahu Irfan sudah bersentuhan dengan bahunya. Irfan mendekatkan tubuhnya sekali lagi, dan seperti tadi, Najwa menjauhkan semula tubuh mereka.
“Kenapa menjauhkan diri ni?” soal Irfan.
“Kenapa awak dekat sangat? Abah awak nampak nanti, tak malu ke? Lid tu ada dekat situ, kan?” gerutu Najwa.
“So? Kita ni suami isteri. Kenalah nampak mesra dan lovey-dovey. Tak gitu?” duga Irfan, masih bernada nakal.
Najwa menarik nafas panjang. Dia cuba menguatkan sisa-sisa semangat yang ada di dalam hatinya. “Mana boleh. Saya malu!” Najwa menundukkan wajahnya yang mulai terasa membahang walaupun berada di dalam air yang sejuk itu.
“Oh, kalau dah nak dekatkan diri aje pun dengan awak tak boleh.. Saya peluklah, boleh?” terpacul juga perkataan-perkataan keramat yang ditakuti Najwa sejak tadi.
Najwa sungguh terkejut dan tiba-tiba sahaja kakinya terasa kekejangan. Kerana panik, dia tergelincir ketika mengundur ke belakang. Tubuhnya terasa tenggelam di dalam air. “To.. Tolong!”
“Najwa!” jerit Irfan apabila ternampak Najwa tenggelam timbul di dalam air. Tubuh gadis itu dibawa arus yang agak deras. Irfan cuba mengejar sepantas yang boleh. Dah sampai kawasan air yang dalam.
Najwa terus panik kerana dia tidak boleh melihat walau satu benda pun yang berada di hadapannya. Sudah banyak air yang ditelannya. Dia terkapai-kapai sendirian, mengharapkan ada orang yang dapat menyelamatkannya. Doanya tidak putus-putus di dalam hati.
“Kak Najwa!” jerit Alida pula. Alida turut menyertai Irfan dalam misi menyelamatkan Najwa. Begitu juga Tan Sri Haji Zainal.
Sedang Najwa hampir tidak sedarkan diri, tubuhnya berjaya dipaut oleh seseorang. Dia dapat merasai tangan seseorang yang memegang lengannya. Dan selepas itu.. Dia terus tidak sedarkan diri.


NAJWA memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Dia masih menunggu sesiapa datang menemuinya. Tidak lama menunggu, dia terdengar bunyi seperti pintu dikuak. Daripada berbaring, Najwa bangun duduk. Siapa agaknya gerangan yang memasuki bilik itu? Apa yang berlaku tadi? Aku kat mana? Sudah berada di rumah ke? Najwa tertanya-tanya.
“Kak Najwa.. Dah okey ke?” suara Alida kedengaran bimbang.
Najwa tersenyum pahit. “Okey saja ni. Thanks sebab selamatkan akak, ye Lid. Akak..”
“Bukan Lid yang selamatkan akak..” balas Alida sedikit sebak.
Najwa mengerutkan dahi. “Habis tu? Siapa?”
“Abang Ir!” jawab Alida ringkas. Dia kembali sebak.
“Kenapa suara Lid macam sedih aje? Kita kat mana ni, Lid?” soalan demi soalan Najwa membuatkan dirinya sendiri berasa rimas dengan soalannya. Dia tidak betah dihantui tanda tanya begini. Kenapa Alida seperti sedang bersedih?
“Kita dekat hospital ni. Abang Ir masih tak sedarkan diri.. Tadi masa nak selamatkan akak, kepala dia terhantuk batu besar. Walaupun berdarah-darah macam tu, dia tak berhenti cari akak dalam air tu. So, dia kehilangan banyak darah..” terang Alida dalam tangis.
Najwa terkejut menerima berita itu. Barulah dia sedar di tangannya terdapat tiub. Tentu tiub untuk tambah darah atau air. Katil itu juga terasa lain benar dari katil di rumah. Dan air mata Najwa mulai mengalir. Dia terlalu bimbangkan Irfan. “Dia dekat mana, Lid? Tolonglah bawa akak pergi jumpa dia..” tangisan Najwa berlagu sendu.
“Dia di wad sebelah ni aje. Doktor cakap, dia akan sedarkan diri juga nanti. Tapi ambil masa juga kerana dia mungkin masih trauma.. Sekarang ni doktor tengah tambah darah untuk dia..”
“Lid, bawa akak jumpa dia sekarang ni. Now, Lid!” tangis Najwa.
Alida menolong mendudukkan Najwa di atas kerusi roda. Mereka ke bilik Irfan. Sesampainya Najwa di sebelah Irfan, dia meraba-raba mencari tangan suaminya itu. Jemari kasar itu digenggam erat lalu dikucup sepenuh perasaan. “Abang, please bangun.. Wawa ni, bang..” air mata Najwa menitis ke atas jemari Irfan. Dia sudah tidak pasti lagi sama ada panggilan ‘abang’ itu suatu lakonan di hadapan keluarga Irfan atau memang lahir tulus dari hatinya.
“Kak Najwa.. Sabar..” Alida cuba menenangkan Najwa yang kelihatan sungguh sedih dan risau.
“Abang.. Bangunlah. Maafkan Wawa.. Disebabkan Wawa, abang jadi macam ni. Maafkan Wawa, bang..” getus Najwa sambil menangis teresak-esak.
“Nak, sabarlah.. Nanti bangun juga si Ir tu..” nasihat Tan Sri Haji Zainal pula. Sedangkan Puan Sri Hajjah Zairiah juga sedang menangis kerana tidak tahan melihat kesakitan yang ditanggung oleh anak lelakinya itu.
“Abang.. Maafkanlah Wawa.. Kan Wawa dah jadi beban untuk abang? Wawa dah cakap dulu, Wawa tak nak jadi beban. Inilah yang Wawa takutkan, bang. Wawa dah membebankan abang, malah menyakitkan abang..” tangis Najwa berulang kali.
Najwa terus menangis apabila Irfan tidak menunjukkan sebarang reaksi pun. Dia tunduk dan mencium-cium lagi jemari Irfan. Entah apakah perasaan yang lahir ketika ini, dia masih tidak dapat mengenal pastinya. Yang pasti, dia terlalu risaukan Irfan dan berasa bersalah kerana menyebabkan Irfan jadi begitu.
“Abang, please wake up. I love you...” Najwa terkedu selepas mengucapkan perkataan-perkataan keramat itu. Dia sendiri terkejut dengan apa yang baru terucap. Adakah benar dia sudah jatuh cinta terhadap Irfan?


p/s : betul ke Najwa dah jatuh cinta? errkkkk~ hehe part Irfan berterus-terang akan menyusul xlama lagi... stay tuned..huhuhu :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 9/18/2012 08:15:00 AM
Labels: Kurelakan Kasihmu

28 comments:

  1. princesszintTuesday, September 18, 2012 at 8:39:00 AM GMT+8

    terbaeiklaa najwa..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Aida SherryTuesday, September 18, 2012 at 8:58:00 AM GMT+8

    perasaan sebenar akan muncul bila kita mula merasai kehilangan.... so najwa... awak dah jatuh cinta dgn encik hubby..... jgnlah menidakkan perasaan itu lagi.... moga irfan sedar akan ucapan cinta yg terlafaz itu....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. tie tinieTuesday, September 18, 2012 at 9:09:00 AM GMT+8

    X sabar nak tunggu waktu tu..
    Suspen la pulak...
    Hehehhehe....
    Gud luck Ir...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousTuesday, September 18, 2012 at 10:17:00 AM GMT+8

    wah....xsbr nk tgu ir trus terang...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. blinkallthedayTuesday, September 18, 2012 at 10:42:00 AM GMT+8

    hope sgt najwa dapat terima Ir nti..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. AnonymousTuesday, September 18, 2012 at 12:41:00 PM GMT+8

    thanks auni. semoga ir dan wawa bersama hingga akhirnya.
    -jaja-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. vclTuesday, September 18, 2012 at 1:01:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. vclTuesday, September 18, 2012 at 1:06:00 PM GMT+8

    Alahai..romantic tahap sakit gusi irfan ni! Suka part dorng dancing tue..huuuu..haha..jgn la ade ape2 terjadi ngan irfan..n hopefully irfant terdgr najwa ckp i love u kat irfan..hihi..msti najwa blushing klau dia tau irfan dgr dia ckp i love u..haha..imaginasi lebih la pula! Kiki..thnk u untk n3 ni ya kak..debar2 nk tggu irfan berterus terang..msti perang dunia tue..huhu..chayo2 menulis kak.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღThursday, September 20, 2012 at 8:34:00 AM GMT+8

      muahh3.. tq veron syg.. :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  9. AnonymousTuesday, September 18, 2012 at 2:34:00 PM GMT+8

    dik pengarah urusan tu managing director ya bukan general manager
    hairiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღTuesday, September 18, 2012 at 4:27:00 PM GMT+8

      thx tegur.. ^^

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  10. aR_aD (nAbA)Tuesday, September 18, 2012 at 3:05:00 PM GMT+8

    Hope btoi2 jtuh cnta..hehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. Dont know Tuesday, September 18, 2012 at 5:02:00 PM GMT+8

    best gila kak...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. AnonymousTuesday, September 18, 2012 at 5:03:00 PM GMT+8

    cerita ini menarik..saya suka dan tertanya tanya apa akan jadi...good job writer-Anis

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. AnonymousTuesday, September 18, 2012 at 5:04:00 PM GMT+8

    romanatiknya irfan...saya pun nak suami macam irfan lah..hehehehehhe-Alia

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. UnknownWednesday, September 19, 2012 at 2:03:00 AM GMT+8

    hehe.
    dah lama akak xupdate...
    neway,.best mcm slalu. haha

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. HUDAPISWednesday, September 19, 2012 at 11:24:00 PM GMT+8

    Hoho.. Xsbr nk tau next n3<3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. mahanum abu bakarThursday, September 20, 2012 at 8:19:00 AM GMT+8

    best...suka dgn irfan,,,he3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. UnknownThursday, September 20, 2012 at 6:34:00 PM GMT+8

    yes, ad entry. hihi cept2 update next entry

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. iezzluckyFriday, September 21, 2012 at 12:12:00 PM GMT+8

    ooohh tidak... dan akhirnye terluah jgk kata2 cinta 2 buat ifran.... best2... xsabar nk tunggu n3 br...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. iezzluckyFriday, September 21, 2012 at 12:13:00 PM GMT+8

    oohh tidak... dan akhirnye terluah jg kata2 cinta buat irfan.... cayookk najwa....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. AnonymousFriday, September 21, 2012 at 2:28:00 PM GMT+8

    best laaaa....
    buat e novel jela hahahaah
    xyah nak terbit2...kang mkn mse nak tahu ending ! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. MisS_SyaSaturday, September 22, 2012 at 9:12:00 PM GMT+8

    best sesgt sis..sya suke irfan sesgttttt!
    thumbs up sis.. =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. AnonymousSaturday, September 22, 2012 at 9:14:00 PM GMT+8

    mmg best pom!

    -fatin aurely-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. AnonymousSunday, September 23, 2012 at 10:33:00 AM GMT+8

    best ar akak... :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. ayu salinaMonday, September 24, 2012 at 4:54:00 PM GMT+8

    Best sgt2

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. AnonymousTuesday, September 25, 2012 at 9:04:00 AM GMT+8

    best gilerk

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. kak idaSaturday, September 29, 2012 at 10:16:00 AM GMT+8

    salam..Auni..alahai tragisnya..bila Irfan masih pengsan..adakah dengan kedatangan wawa Irfan baru sahaja sedar dan mendengar kata kata keramat yg lama dia tunggu dari gadis yg telah mencuri hatinya..

    Apakah perasaan wawa setelah Irfan menceritakan yg dia lah yg bertanggung jawab memperkosa wawa walaupun itu bukan niatnya sebenar kerana dia pada mulanya hanya mahu mengertak wawa sahaja..dan akak berharap agar wawa befikiran positif akan niat baik Irfan dan bukan nya membelakangi irfan kerana Irfan sanggup menebus kesalahan dan dosanya dengan mengambilnya sebagai seorg isteri walaupun dirinya kekurangan.. Alahai dik rasa tak sabarnya nak tunggu E3 untuk kesinambungan citer ni..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu