-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Tuesday, September 25, 2012

Kurelakan Kasihmu 28, 29





MATA Najwa membesar selepas mengucapkan ‘I love you’ pada Irfan. Benarkah perasaan di sebalik ungkapan yang baru terbit dari bibirnya? Air liurnya ditelan. Otaknya pula ligat berfikir tentang apa yang baru dia ucapkan. Eh, aku ni biar betul? Takkanlah aku sudah mula jatuh cinta pada dia? Ya Allah. Bantulah aku.. Janganlah sampai hatinya berduka keranaku. Aku tak sempurna untuk dia.
Namun dengan tidak semena-mena, jemari Irfan seakan bergerak-gerak. Najwa terus tersedar dari lamunan. “Lid! Abah! Ummi! Abang Ir dah sedar ke?” Najwa terjerit kecil. Dia menyangka yang Irfan sudah sedarkan diri.
Tan Sri Haji Zainal dan Puan Sri Hajjah Zairiah mengatur langkah dengan pantas menghampiri katil Irfan. Alida juga turut menyertai abah dan umminya. Keluhan kecil Alida kedengaran lemah. “Belum lagi, kak.. Dia masih belum sedar..” Alida terasa sebak.
Najwa berkerut dahi. “Tapi, dia baru aje gerakkan jari-jari dia tadi. Akak dapat rasa tangan dia bergerak sikit..” tingkah Najwa sedikit keliru.
“Betul ke Najwa? Sekejap abah panggil doktor!” Tan Sri Haji Zainal mengelap air mata yang terasa ingin terbit. Alhamdulillah. Mungkin ini petanda baik.
Puan Sri Hajjah Zairiah tunduk memandang wajah Irfan yang pucat lesi. Mata anak lelakinya itu masih terpejam rapat. “Ir sayang.. Bangunlah, sayang. Ummi sedih ni.. Takkan Ir sanggup buat ummi sedih macam ni sayang?” tangis Puan Sri Hajjah Zairiah.
“Sabarlah, ummi. Kan abah tengah panggil doktor tu? Mungkin petanda baik sebab Abang Ir dah boleh gerakkan tangan dia. Itu pun lepas Kak Najwa cakap I love you. Kalau cakap banyak-banyak perkataan tu, entah-entah dia terus terbangun tak?” sempat lagi Alida mengusik Najwa dan Irfan.
“Hesy! Lid ni.. Kan Abang Ir tengah sakit ni. Apalah yang Lid repekkan ni?” bebel Najwa sambil mengelap air matanya. Dia masih risau! Alida pula sempat lagi hendak menyakatnya.
“Betul cakap Kak Najwa kau tu, Lida. Apalah yang kau cakapkan waktu abang kau sakit macam ni?” giliran Puan Sri Hajjah Zairiah pula yang membebel.
“Lida cakap perkara yang betul aje, ummi. Lagipun, Lida rasa Abang Ir dah okey tu. He just need little more ‘push’ dari Kak Najwa. Sebutlah lagi perkataan keramat tu akak. Lid boleh bagi gerenti yang Abang Ir mesti terus bangun nanti!”  Alida tersengih penuh makna di hujung kata-katanya. Tidak lama senyuman itu, pipinya dicubit oleh Puan Sri Hajjah Zairiah.
Alida terjerit-jerit kecil kepedihan. Mulutnya dimuncungkan sedepa. Puan Sri Hajjah Zairiah mengangguk-angguk dengan wajah geram. Geram sangat! “Hah, buatlah lagi. Ummi cubit kat peha pulak. Nak mengusik tak kira tempat ni. Kesian abang dengan akak kau tu.” Omel Puan Sri Hajjah Zairiah.
“Ala, ummi ni. Betul apa Lida cakap. Lida suruh Kak Najwa test aje sebutkan lagi I love you tu. Manalah tahu, mujarab nanti!” rungut Alida dengan suara yang rendah. Bimbang dicubit lagi oleh umminya. Wah, garang juga ummi walaupun dah tua-tua ni ye!
Najwa sempat mengulum senyum kecil kerana lucu dengan tingkah Alida yang nakal serta ibu mertuanya yang comel apabila membebel. Bagaimana agaknya wajah mereka? Tiba-tiba Najwa berasa sayu. Kalaulah dia dapat melihat wajah-wajah itu.. Dan wajah yang paling dia teringin sangat nak tengok.. Adalah Irfan. Suaminya Irfan Naufal! Entah mengapa... Tiba-tiba sahaja perasaan ini muncul di dalam hatinya. Ya, dia sangat teringin hendak melihat wajah Irfan. Kacakkah? Atau sekadar sedap mata memandang? Kata Tinie, Irfan seorang lelaki yang sangat kacak dan bergaya. Tapi, boleh percaya ke? Tinie tu, semua lelaki pun handsome bergaya di mata dia!
Tidak lama kemudian, seorang doktor dan dua orang jururawat cantik kelihatan muncul di bilik itu bersama Tan Sri Haji Zainal. Doktor separuh usia itu berjalan ke arah Irfan. Dia mengarahkan jururawatnya mengambil alatan-alatan yang perlu. Selepas itu dia mulai memeriksa nadi Irfan. Mata Irfan juga diperiksa dengan sebuah lampu suluh khas yang kecil. Dengan senyum yang melebar, doktor itu menghadap semula wajah Tan Sri Haji Zainal serta ahli keluarga yang lain. Hanya Najwa sahaja yang masih menunggu di sebelah katil Irfan.
“Alhamdulillah.. Encik Irfan dah tunjukkan tanda-tanda positif. Dia akan sembuh sepenuhnya dalam 2 hingga 3 hari lagi. Dia dah sedar, cuma kesan ubat yang masih buatkan dia tidur. Insya-Allah dalam petang atau malam nanti, dia bangunlah!” terang doktor itu dengan wajah gembira. Selepas bercakap-cakap seketika dengan Tan Sri Haji Zainal, doktor itu terus keluar dari bilik wad tersebut.
“Alhamdulillah..” Puan Sri Hajjah Zairiah mengucup dahi Irfan dengan penuh kasih sayang. Dia bersyukur Irfan tidak apa-apa. Tan Sri Haji Zainal hanya tersenyum. Di dalam hatinya, dia juga bersyukur sangat.
“Alhamdulillah. Kan Lid dah cakap... Abang Ir dah okey..” ujar Alida pendek. Dia memegang bahu Najwa lalu diusap lembut.
“Yelah, Lid..” Najwa mengangguk dan mengelap air mata terakhir. Dia terharu dan juga sangat bersyukur.
“Tapi... Kalau akak nak cepatkan proses Abang Ir bangun, akak sebutlah banyak-banyak I love you kat dia!”
“Lid!” Suara Najwa keras. “Lida!” berturut-turut pula dengan Puan Sri Hajjah Zairiah. Sebutan aje yang lain-lain. Padahal nama orang yang sama saja. Alida.
“Oppsss..” Alida tersengih apabila ternampak umminya menjegilkan mata. “Kak Najwa, Lid nak balik rumah ni. Nak ikut? Nanti petang kita datanglah balik. Okey? Doktor yang rawat akak tengah hari tadi cakap, akak dah boleh discharge bila-bila masa saja hari ni jugak sebab akak takde cedera apa-apa pun,” ajak Alida.
“A’ah, btul tu. Pasal Ir jangan risau sangat, biar ummi yang tolong tengokkan Ir ni. Ikutlah Lida tu balik rumah. Najwa mesti dah penat, kan?” sokong Puan Sri Hajjah Zairiah. Wajah Najwa yang serba-salah dipandang lama.
“Tapi ummi.. Najwa rasa, Najwa kena duduk sini temankan Abang Ir. Lagipun, Najwa yang menyebabkan dia terlantar kat sini. So, Najwa rasa bersalah kalau tak jaga dia..” Najwa seakan tercari-cari kedudukan ibu mertuanya.
Puan Sri Hajjah Zairiah dan Alida saling berpandangan. Rasa tidak sedap hati pula hendak biarkan Najwa menjaga Irfan di sini. Kan Najwa buta. Dapat ke dia bergerak bebas kalau tiada sesiapa yang membantu nanti? Serba-salah sangat Alida dan Puan Sri Hajjah Zairiah ketika ini.
“Takpelah, Lida. Lida baliklah dulu. Ummi temankan Kak Najwa dengan Abang Ir kau kat sini. Nanti tolong ummi packing barang-barang ummi dan juga abang kau. Jangan lupa satu benda pun tau?” getus Puan Sri Hajjah Zairiah, berbisik pada Alida. Tidak mahu perbincangan mereka didengari Najwa. Nanti rasa bersalah pula gadis itu.
Alida mengangguk kecil. Namun kemudian Alida kembali memandang wajah umminya. Dia pula yang berbisik. “Ummi, apa kata kalau ummi yang balik dengan abah. Biar Lida yang duduk sini dengan Kak Najwa? Nanti ummi datang, Lida pula balik. Okey tak?”
Puan Sri Hajjah Zairiah mengangguk setuju. Dia kembali menghalakan pandangan ke wajah Najwa. “Najwa, kalau macam tu.. Najwa duduk sinilah. Lida tak jadi balik.. Dia nak teman jugak. Jadi, ummi balik dengan abah dulu. Nanti petang sikit, ummi datang semula bawak barang-barang Ir. Okey?”
Najwa tersenyum manis. “Okey, ummi. Terima kasih bagi Najwa stay sini. Lid, sure ke tak jadi balik ni?”
“Yes, positive! Lagipun, Lid tak puas lagi mengusik akak!” usik Alida, menyempat pula dia.
Najwa terkesima seketika. Bibirnya diketap, geram! “Lid ni.. Dah rasa tak lama lagi nak kena karate ni kan?”
“Alah, rileks la Kak Najwa..” Alida tergelak, begitu juga Najwa dan Puan Sri Hajjah Zairiah. Tan Sri Haji Zainal hanya menjongket bahu serta menggeleng.
Matanya melihat jam di pergelangan tangan. Jam tangan berjenama Rolex itu sudah lama dipakainya. Masih belum bertukar jam walaupun sudah hampir 10 tahun dia membeli jam itu. Kalau orang-orang berpangkat Tan Sri yang lain, tentu setiap hari sudah bertukar-tukar jam tangan berjenama mereka. “Jomlah, Yah. Dah nak masuk waktu Asar.. Nanti lepas maghrib kita datang.. Rasa macam tak sempat nak datang sebelum tu..”
“Yalah, bang. Mana-mana ajelah. Asalkan kita datang semula ke sini nanti..”
Tan Sri Haji Zainal tersenyum melihat wajah ceria Najwa setelah doktor memberitahu bahawa Irfan akan sedar nanti. Namun, ada rasa risau yang masih bersarang. Semoga Irfan dapat segera berterus-terang sebelum Najwa benar-benar cintakan dia sepenuh hati. Tadi pun Tan Sri Haji Zainal sudah risau sangat bila Najwa menyebut ‘I love you’ pada Irfan. Dia risau jika benarlah Najwa sudah jatuh cinta pada Irfan, lagilah susah nanti Irfan hendak berterus-terang.


WAKTU malam menjelma. Puan Sri Hajjah Zairiah dan Tan Sri Haji Zainal baru sahaja menelefon memberitahu bahawa mereka akan terlewat sedikit ke hospital. Alida dan Najwa berbual-bual di sofa yang disediakan di dalam wad itu. Sambil berborak, Alida turut memotong beberapa biji buah epal untuk santapan mereka berdua.
“Lid, doktor cakap tadi Abang Ir akan sedar petang atau malam ni. Tapi, dia belum lagi sedar..” Najwa mulai risau kerana Irfan belum lagi sedar.
Alida menarik nafas pendek. “Hmm, mungkin kejap lagi kut.. Itulah akak, orang suruh sebut ‘I love you’ banyak-banyak dari tadi lagi. Akak yang tak nak. Kalau akak buat, mesti dia terus bangun punya. Baru sebut sekali pun dah bergerak-gerak tangan dia tu!” di hujung ayat, Alida tertawa kecil.
“Lid ni.. Ke situ pulak. Akak betul-betul risaukan Abang Ir ni tau!”
“Lid pun risau jugak akak. Tapi dah nak buat macam mana, Allah masih belum takdirkan dia sedar sekarang atau malam ni. Mungkin besok la kut...” mata Alida membesar saat terlihat abangnya sudah sedar.
Kepala abangnya sudah bergerak-gerak serta terjengul. Hendak bangun rasanya. Tangan lelaki itu juga sudah mula menekan katil untuk menyokong tubuhnya supaya dapat bangun duduk. Matanya mulai mengenal pasti Alida, kemudiannya Najwa.
Belum sempat Irfan mahu membuka mulut, Alida menaikkan jari telunjuk ke bibirnya tanda menyuruh abangnya diam sekejap. Alida segera bangun dari duduknya. Ada agenda yang baru terlintas di benaknya. Alida tersenyum simpul. ‘Drama’ bakal berlaku.
“Lid... Akak betul-betul risau!” Najwa mulai tidak senang duduk. Bagaimana jika doktor tersilap check dan Irfan takkan sedar sampai bila-bila? Ya Allah, selamatkanlah suamiku.. Najwa tergeleng-geleng tidak mahu berfikir yang bukan-bukan lagi.
“Akak, Lid rasa.. Abang Ir memang perlukan akak! Ke sinilah akak, Lid bawa ke katil dia.. Dia macam sebut-sebut nama akak je tu,” Alida tersengih pada Irfan yang tengah blur.
Apa yang Lida merepek tu? Aku kan dah sedar.. Irfan mulai pelik dengan tingkah Alida. Dia membuat isyarat bertanya Alida tentang apa yang adiknya itu hendak lakukan. Alida hanya membuat isyarat menyuruh Irfan tunggu di situ dan diam. Lagilah Irfan pelik.
“Lid.. Macam mana kalau doktor salah check? Hesy, akak asyik fikir yang bukan-bukan aje ni, Lid. Akak risau sangat!” ucap Najwa lagi ketika dia dipimpin oleh Alida ke arah katil Irfan.
Irfan menelan air liur yang terasa pahit. Kata-kata Najwa membuatkan dia sedikit tersentuh. Najwa risaukan dia? Dan sewaktu dia belum bangun tadi, dia bagai terdengar Najwa mengucapkan ‘I love you’ pada dia. Tapi, tak mungkinlah. Itu mungkin cuma mimpi sahaja.
“Kalau akak risau, akak cubalah cara yang Lid cakapkan dari tadi tu. Ucapkan ‘I love you’ macam yang akak pernah ucapkan waktu awal-awal tadi tu..” cadang Alida dengan suara yang kedengaran serius. Sengaja Alida buat suara begitu untuk membuktikan bahawa dia konon-kononnya tengah serius.
Irfan tergamam. Maknanya betullah apa yang aku dengar sewaktu belum bangun tadi? Maknanya semua itu bukan mimpilah bila aku terdengar suara Najwa mengucapkan ‘I love you’ pada aku? Hati Irfan bergetar tidak percaya.
“Lid.. Tak naklah. Janganlah suruh lagi. Takkan sebab tu aje Abang Ir boleh bangun kut? Jangan bergurau waktu-waktu macam ni, Lid!”
“Kak Najwa, try je. Lid suruh try sahaja. Okey?” pujuk Alida lagi. Matanya sempat dikenyitkan pada Irfan yang sudah mula dapat menangkap makna di sebalik tingkah Alida itu. Irfan terangguk-angguk dan tersenyum lebar. Tidak sabar dia hendak mendengar lagi sekali dalam keadaan sedar sepenuhnya.
Najwa menelan liur. Lid ni, takkanlah kena cakap depan dia kut? Malu tau! Hmm, tapi perlu ke malu kalau perbuatan aku ni hanya demi Irfan? Untuk cuba memberikan semangat kepada suami aku tu? Kau kan tak pernah buat apa-apa pun untuk Irfan, Wawa. Inilah waktunya untuk kau jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri dia. Najwa menelan air liur sekali lagi. Berdebar, memang berdebar hati Najwa sekarang.
“Hmm.. I love.. Emm, love..” Najwa tergagap-gagap kerana malu dengan Alida.
Alida menepuk dahinya. “Akak malu ke? Lid keluar ya. Akak cakap-cakaplah dengan Abang Ir! Mudah-mudahan dia sedar nanti!” sempat lagi Alida tersenyum dan mengenyitkan mata kepada Irfan sebelum dia berlalu keluar.
Irfan hanya membuat muka selamba. Malas hendak melayan perangai budak Alida itu. Kalau dilayan nanti makin menjadi-jadi pula. Macamlah dia tidak kenal dengan adik dia tu. Pandangan Irfan jatuh semula ke wajah Najwa yang merah padam. Mungkin masih belum reda rasa malu.
“Awak.. Awak nak tahu tak?” Najwa memulakan kata apabila yakin Alida sudah keluar dari situ.
Irfan memasang telinga. Dia merenung wajah mulus Najwa yang cantik bertudung litup rona krim keputihan itu. Alis mata yang menawan, bibir merah delima yang merekah, hidung mancung yang kecil serta bulu mata yang lentik. Memang boleh menggoda mana-mana sahaja lelaki.
Lamunan Irfan terhenti apabila terasa tangannya diraba oleh Najwa lalu digenggam gadis itu. Najwa juga mengucup lembut jemarinya. Semerta jantung Irfan terasa bergetar tidak keruan. Ada perasaan sebu yang menggebu dan berbunga-bunga dalam tangkai hatinya. Adakah ini cinta? Irfan mulai berasa tidak sedap hati. Kalaulah ini cinta... Apa yang akan terjadi bila dia tahu akulah Irfan Naufal yang pernah merogol dia dulu? Irfan mulai berasa menyesal kerana tidak mengikut kata abahnya supaya berterus-terang waktu awal dulu.
“Awak, kalau awak nak tahu.. Dulu sewaktu awal-awal kahwin dengan awak.. Saya terlalu takut untuk hidup dengan awak kerana saya tak kenal awak dan saya tak nak menjadi beban untuk awak..” Najwa menjatuhkan kepalanya ke atas jemari Irfan yang masih digenggamnya. Ada air mata yang luruh.
Irfan berasa tersentuh mendengar. Air mata Najwa yang menitis terasa panas di tangannya. Jangan menangis, sayang... Irfan teringin ucapkan kata-kata itu namun dia ingin terus mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Najwa. Perasaan hatinya yang jauh terpendam.
“Tapi sekarang.. Bila dah lama hidup dengan awak.. Saya dah rasa lain macam. Saya tak nafikan yang saya dah mula rasa selamat berada di sisi awak. Saya selesa bila awak berborak dengan saya. Dah tak kekok macam dulu. Layanan awak yang first class buat saya berasa dimanjai dan disayangi. Awak terlalu baik buat saya. Saya tak mampu lukakan hati awak kalau awak tahu semua kebenaran pasal diri saya.. Kerana saya rasa, saya dah hampir-hampir jatuh hati pada awak.. Dan saya takut untuk mencintai serta dicintai oleh awak. Saya takut suatu hari nanti, hati awak akan luka berdarah disebabkan saya!”
Terbit air mata Irfan mendengar pengakuan Najwa. Aku yang bersalah dalam hal ini semua. Kenapa Najwa yang kena tanggung semua sekali? Ya Allah, kenapa aku ni payah sangat nak buka mulut pasal kejadian tu? Kenapa aku ni seorang pengecut yang langsung tidak boleh berubah menjadi lebih berani? Irfan mulai terasa sebak. Namun dia cuba bertahan, tidak mahu Najwa dengar yang dia sedang menangis.
“Ya, saya memang dah hampir jatuh cinta dengan awak. Hmm, mungkin juga dah pun jatuh cinta dengan awak.. So, apa yang patut saya buat sebelum saya betul-betul pasti dengan perasaan saya ni? Perlu ke saya berterus-terang semuanya pasal diri saya? Awak... Bangunlah. Please! Awak kena bangun demi saya. Please... Abang, bangunlah. I love you.. I love you.. I love you!!” Najwa tidak dapat mengawal perasaannya yang terlalu takut kehilangan Irfan. Berkali-kali ucapan I love you itu pun, dia tidak sedar langsung. Dia bagai sudah lupa diri. Menangis dan menangis tanpa henti.
Terasa tangannya digenggam balas, barulah Najwa berhenti menangis. Air mata dilap dengan laju. Dia bagai menanti tindak balas seterusnya dari Irfan. Tangan lelaki itu sesekali akan dikucup penuh perasaan.
“Sayang... Don’t cry,” ucap Irfan perlahan. Suaranya kedengaran sayu. Dia betul-betul terkejut dengan pengakuan cinta Najwa. Begitu juga dengan panggilan Najwa kepadanya. ‘Abang’. Itulah yang disebut Najwa tadi. Walaupun hanya sepatah sahaja, ianya sudah cukup bermakna buat Irfan.
“Awak dah bangun?! Alhamdulillah, syukur! Saya panggil Lid ya? Li....” tidak sempat Najwa hendak melantangkan suaranya, terasa bibirnya dikucup lembut oleh Irfan. Mata Najwa membesar, wajahnya bertukar merah menyala.
Irfan tersenyum selepas menjauhkan kembali wajahnya dari Najwa. Tubuh gadis itu kemudiannya ditarik rapat naik ke atas katil. Dengan sepenuh perasaan, dia memeluk Najwa. Air mata Najwa masih menitis. Irfan menyeka air mata itu. Bibirnya singgah lagi, kali ini di dahi Najwa pula. Dia sudah tidak boleh menafikan lagi yang dia sudah terlalu sayangkan gadis itu.
Najwa masih tergamam. Namun tidak lama selepas itu, dia melentokkan kepalanya dengan manja ke dada Irfan. Selesanya.. Bibir Najwa mengukir senyuman. Dia bahagia. Sangat bahagia apabila dipeluk oleh Irfan. Air mata mengalir lagi kerana dia terlalu bersyukur dan terharu.
Syaitan yang menyaksikan sepasang suami isteri yang sudah dilamun cinta itu terus menjadi tidak menentu. Syaitan menghampiri telinga Najwa dan Irfan lalu berbisik. “Eloklah dah jatuh cinta kan.. Tapi, apa yang akan jadi bila kebenaran terbongkar? Lebih baik jangan teruskan perasaan cinta tu kalau takut nanti patah hati!”
Serentak Irfan dan Najwa berasa tidak sedap hati kerana terpedaya dengan bisikan syaitan. Jantung Najwa mulai mengepam darah dengan kelajuan yang lebih dari biasa. Begitu juga Irfan. Irfan dah dengar semua yang aku cakap tadi ke? Najwa mulai tertanya-tanya.
“Emm, awak baru sedar? Awak ada dengar apa yang saya cakapkan tak tadi?” soalan Najwa melantun dengan tiba-tiba. Irfan tergamam sekejap.
Irfan menggaru kepala yang tidak gatal. Dia sendiri berasa resah tentang hal yang dia rahsiakan dari Najwa. Sama juga seperti Najwa yang gelisah kerana hal itu. Kedua-dua mereka mempunyai rahsia besar yang sama tetapi hanya Najwa sahaja yang tidak tahu bahawa mereka berkongsi rahsia yang sama. Irfan yang merogol dan Najwa yang dirogol. Bagaimana agaknya kesudahan kisah mereka jika segala-galanya terbongkar nanti? Irfan menelan liur kerana gugup.
“Saya dengar semuanya..” akui Irfan.
Najwa menggenggam cadar katil itu dengan spontan kerana tergamam. “Semua?” wajahnya mulai terasa panas. Gelisah dan malu memikirkan yang dia sampai lupa diri masa bercakap tadi.
Najwa menarik nafas panjang. Dia kena juga beritahu Irfan tentang itu. Sementara perasaan mereka masih belum kuat. Supaya masing-masing takkan terlalu terluka. Jika Irfan benar-benar ikhlas terhadapnya, tentu lelaki itu boleh menerima diri Najwa seadanya. Najwa menguatkan semangat. “Apa yang awak dengar tadi? Saya cakap apa?”
“Awak panggil saya, ‘abang’!” Irfan tersenyum melihat wajah Najwa berubah terkejut beruk. Memang jelas wajah gadis itu menjadi bertambah merah.
Najwa mengeluh kecil. Dia sudah tidak peduli tentang itu. Yang penting sekarang, perkara yang benar-benar penting itu! Tentang kisah hidup Najwa. “Lagi?”
“Lagi... Hmm.. Apa ya? Saya paling ingat yang ‘abang’ tu je..”
“Awak! Cepatlah..” Najwa mendesak. Irfan ni, boleh pula bermain-main.
“Nothing else.. Why?” Irfan tahu apa yang Najwa maksudkan. Bukan sekarang masanya untuk mereka berbincang mengenai hal itu. Irfan sendiri masih takut dan belum bersedia!
“Serius ke ni, nothing else?” Najwa ingin memastikan.
Irfan mengeratkan semula pelukan. “Betul la sayang. Nak abang buktikan macam mana lagi?” Irfan menggunakan perkataan ‘abang’ dengan sengaja.
Berderau darah Najwa. Dia menyembunyikan wajah. Malulah kalau Irfan tengok reaksi wajahnya ketika lelaki itu sudah mula bahasakan diri sebagai ‘abang’. “I have something to confess.. Boleh dengar kan?”
Irfan sudah berasa tidak senang duduk. Wajahnya mempamerkan kerisauan sedangkan hatinya pula sungguh resah dan gelisah. Kenapalah Najwa hendak membangkitkan lagi hal itu? Ya, Irfan sudah berasa aura yang dia bakal kehilangan Najwa jika rahsia itu terbongkar. Dan dia tidak mahu semua itu berlaku! Tetapi dia tahu yang dia masih perlu berterus-terang. Hidup mereka perlulah berlandaskan kejujuran. Itulah yang dimahukan Najwa agaknya. Gadis itu tidak mahu terus menipu Irfan dan hidup dalam penipuan buat selama-lamanya.
“Ermm... Go on..” suara Irfan kedengaran sungguh lemah sekali.
Najwa menelan liur. “Sebenarnya.. Saya..”
Irfan mengeratkan pelukannya. Dia bimbang Najwa akan benar-benar menyebut tentang perkara itu. Apa reaksi yang patut dia berikan nanti? Dicium lembut dahi Najwa yang berada tidak jauh dari bibirnya.
“Sebenarnya.. Saya ni.. Saya.. Emm, saya..”
“Kalau sayang rasa keberatan, takpelah. Tak payah pun takpe. Abang okey je,” ujar Irfan cepat-cepat. Dia perlu segera bertindak sebelum kisah itu dibuka.
“Tak! Saya kena juga cerita pada awak.. Tentang siapa diri saya yang sebenar. Kisah di sebalik hidup saya yang awak nampak normal ni..”
“Sayang, kalau kisah tu bakal buatkan sayang atau abang bersedih, baik tak payahlah. Kita teruskan hidup sebagai suami isteri macam ni sampai ke hujung nyawa kita, ya?” entah dari mana idea itu datang, Irfan pun tidak pasti. Entah mengapa dia tidak tega kisah itu disebut-sebut lagi dan dia juga seperti mahu merahsiakan semua itu buat selama-lamanya dari pengetahuan Najwa agar gadis itu akan sentiasa berada di sisinya sehingga ke akhir hayat mereka berdua.
Kata abahnya memang betul. Bila hati sudah jatuh sayang, pasti dah susah hendak berterus-terang. Kalaulah dia mengikut cakap abahnya waktu itu, tentu semua ini takkan terjadi! Kau bodoh, Ir! Kau memang bodoh, bangang! Kau pentingkan diri sendiri. Kerana terlalu pengecut, kau sanggup rahsiakan segala-galanya. Ya, kau memang dasar pengecut! Mata Irfan terasa digenangi air.
“Tak mungkin hati saya akan tenang sampai bila-bila pun kalau tak ceritakan pada awak... Emm, please dengar dengan teliti dan jelas okey?” tekan Najwa. Dia berkeras ingin ceritakan juga.
Irfan ternganga. Dia mengusap lembut pipi Najwa, mencium lagi dahi gadis itu semahu-mahunya. Seolah-olah dia sudah tidak lama lagi bakal kehilangan gadis itu. Yalah, kalaulah Najwa sudah bencikan dia nanti, tentu sukar lagi untuk dia menyentuh tubuh Najwa seperti ini.
Najwa juga seolah-olah menghayati semua perlakuan Irfan. Dia bimbang mungkin lelaki itu takkan menyentuhnya begitu lagi selepas mengetahui perkara yang sebenarnya. Malah, mungkin dirinya akan dibuang terus dari hidup Irfan kerana perasaan jijik lelaki itu terhadapnya. Ya Allah, tabahkanlah hatiku.. Najwa menyeka air mata yang ingin tumpah.
“Sebenarnya, saya bukan dara lagi.. Saya pernah dirogol oleh seorang lelaki..” Najwa menghabiskan ayat senafas sahaja. Dia tidak mahu gagap lagi. Reaksi Irfan dinantikan dengan penuh debaran yang menggila. Adakah lelaki itu akan tulus menerima diri dia seadanya? Atau adakah dia akan dibuang terus dari hidup lelaki bernama Irfan Naufal itu? Lelaki yang sudah mula disayangi olehnya....


Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 9/25/2012 04:20:00 PM
Labels: Kurelakan Kasihmu

33 comments:

  1. Tie TinieTuesday, September 25, 2012 at 4:46:00 PM GMT+8

    oh no... Ir..
    please do something
    jgn diam je.. auni.. awat la stop takat tu..
    adooiii laaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღFriday, October 5, 2012 at 7:07:00 AM GMT+8

      huhuhu....sabo kak :P

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  2. Dont know Tuesday, September 25, 2012 at 5:03:00 PM GMT+8

    wah...x sabar nak tau sambungannyaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousTuesday, September 25, 2012 at 5:12:00 PM GMT+8

    Jeng jeng jeng.. suka betul lah writer buat reader ternganga mulut.. hehehehe
    -my name is CT-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. almuzniTuesday, September 25, 2012 at 5:33:00 PM GMT+8

    sakit jantung kejap..adoi lah cepat sambung auni..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. Eppy SafriTuesday, September 25, 2012 at 5:37:00 PM GMT+8

    dah confesss si wawa, giliran si ir lak...
    tp x yah lah kottt, nnti sedeyyy lakkk
    wawa musti lari biler tau ir yg rogol dia lu..
    x moo x moo..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. UnknownTuesday, September 25, 2012 at 6:36:00 PM GMT+8

    alahai, mcm mna reaksi Najwa agaknya ya leps thu semuanya? minta cerai ke? jangan! sweet jea dua org ni, memng sesuai

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. UnknownTuesday, September 25, 2012 at 6:44:00 PM GMT+8

    CEPATLAH SAMBUNG .....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnonymousTuesday, September 25, 2012 at 9:04:00 PM GMT+8

    oh my god akakkkkk.....naper stop gini sihhh!!bikin tidur mlm sye xsempurna jer mlm nihh! cpt2 smbung k!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. iezzluckyTuesday, September 25, 2012 at 10:43:00 PM GMT+8

    taraaa...bagus najwa luahkan apa yg terbuku, selagi disimpan akan jd racun... hope ir pn luahkan jg demi kebahgianan masing2... hope jg jgn la dowg ni bercerai....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AnonymousTuesday, September 25, 2012 at 11:00:00 PM GMT+8

    waduh.. waduh.. gawat ni... cik writer wat saspen la plak.. huhuhu... harap2 la Ir dpt pkir reply yg logik n bernas tuk pengakuan wawa tu..

    x sabar nk tggu next entry...

    aja aja fighting, cik writer!

    ~Miss Peace~

    ReplyDelete
    Replies
    1. AnonymousWednesday, September 26, 2012 at 10:07:00 AM GMT+8

      mmg suspen hbs cte ni..good jod n all the best

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  11. ayu salinaWednesday, September 26, 2012 at 8:07:00 AM GMT+8

    Bila nk sambung ni????

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. UnknownWednesday, September 26, 2012 at 8:15:00 AM GMT+8

    cik writer...ohhh cpt skit updte next n3...
    sudah x sbar nih..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. NurAtiZaWednesday, September 26, 2012 at 8:38:00 AM GMT+8

    Najwa dah berterus-terang hal sebenar....
    Apa reaksi Irfan lepas ni?????
    Irfan akan buat pengakuan atau akan terus merahsiakan semuanya?????

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. AnonymousWednesday, September 26, 2012 at 12:52:00 PM GMT+8

    ir, jgn nk main aci soroklar..
    please.. bg tahu najwa.. jgn seksa diri sndiri.. hope najwa bleh terima pjelasan ir..
    cepat update ea kak...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. 0nion_ringWednesday, September 26, 2012 at 2:48:00 PM GMT+8

    apa jdi lak kalo irfan bgtaw hal sbnr???
    tkut la nk mnnti..huhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. MisS_SyaWednesday, September 26, 2012 at 4:25:00 PM GMT+8

    sisssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss.......................naper gantungkan kt sini???aduihhhh..dag dig dug di dalam kalbu nie sissss.......cpt smbung k sis..debor2 i kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. AnonymousWednesday, September 26, 2012 at 4:26:00 PM GMT+8

    so suwit!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. AnonymousWednesday, September 26, 2012 at 7:40:00 PM GMT+8

    thanks auni. tak sabar rasanya nak tau apa yang berlaku.
    -jaja-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. shizueka96Thursday, September 27, 2012 at 1:02:00 AM GMT+8

    ir...bgthu jer r..adui..sspen btul..
    mnx2 wawa tmer ir smula..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. ღAuni_AmauniღThursday, September 27, 2012 at 11:39:00 AM GMT+8

    terima kasih ye kepada yg sudi komen dan tekan LIKE button... hehehe sayangggggggggg sgt2 dengan korang... ^^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. AnonymousThursday, September 27, 2012 at 2:14:00 PM GMT+8

    arghhh..sedey2..irfan n najwa hope bhagia selamanya..sob2..sis auni..namo bg depa pisah naa..huhu

    *cik intan erma norsafira

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. HUDAPISThursday, September 27, 2012 at 9:53:00 PM GMT+8

    mmg terbaik la..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. haniFriday, September 28, 2012 at 1:40:00 PM GMT+8

    nxt n3 lg.....adui bdebar2 pulak nie...jgnlah lama2 marah najwa ye...anggaplah semua itu dugaan drp Allah kerana cinta dah ada dhati

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. AnonymousFriday, September 28, 2012 at 8:39:00 PM GMT+8

    omggggggggggg..............

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. AnonymousSaturday, September 29, 2012 at 7:14:00 AM GMT+8

    sis,,smbg cptttttttttttttttt!!suspen nie!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. kak idaSaturday, September 29, 2012 at 11:02:00 AM GMT+8

    salam Auni..E3 yg sungguh terangat teruja hendak mengetahui kesinambungan apa yg akan terjadi bila wawa dengan berani matinya menceritakan kisah silamnya yg telah dirogol dan masih mengharap agar suaminya tidak menolaknya jauh kerana dia amat mencintai suaminya yg tidak pernah dilihatnya..tanpa dia mengetahui yg perlakunya adalah suaminya sendiri..kan..

    Akak harap wawa dapat menerima irfan sepenuh hatinya setelah irfan menyatakan bahawa mamat sengal yg merogolnya dahulu adalah dirinya dan dia meminta agar wawa memaafkan dosa dosanya dan mengharap agar wawa dapat menerimanya dan memulakan hidup baru bersamanya..diberi puang yg terakhir untuk dirinya kerana dia betui betui sudah insaf akan kelanjuran yg telah dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. kieraThursday, October 4, 2012 at 4:14:00 PM GMT+8

    best sgt...cpt ar update!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  28. kieraThursday, October 4, 2012 at 4:16:00 PM GMT+8

    best sgt...cpat2 lar update k!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  29. ღAuni_AmauniღFriday, October 5, 2012 at 8:07:00 PM GMT+8

    ya Allah, xsangka bila buka bahagian komen..sudah 100+ org yg tekan Like bawah post saya....thanks so much sygs smuaaaa.... i lebiuuuuuuuuuuuu~~~ muaahhhhhhh! :')

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  30. AnonymousSunday, October 21, 2012 at 6:54:00 PM GMT+8

    best sgt kak :) tahniahhh!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  31. AnonymousTuesday, May 21, 2013 at 7:20:00 PM GMT+8

    Apsal lagu sedih plak lps en3 ni....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu