-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Monday, October 15, 2012

Cerpen : Anis, Mariam, Aisyah dan Hidayah..



AKU membetulkan tudung labuh yang kupakai. Angin yang bertiup agak kencang itu membuatkanku beristighfar berulang kali. Cuaca kelihatan agak mendung, tentu sekejap lagi hujan ni. Fikirku sendirian. Beg pakaian yang agak berat ku usung cepat-cepat ke depan pintu apartmen baruku di kediaman perempuan Kolej Kejuruteraan Berjaya, sebuah kolej swasta yang agak terkenal di Selangor ini.
“Assalamualaikum,” ucapku ketika melangkah masuk setelah pintu dibuka.
Sebaik memasuki apartmen tersebut, aku dapati sudah ada barang-barang yang diletakkan berhampiranku. Tentu teman serumahku sudah sampai, baik aku pergi tegur dulu.
Aku menjengukkan mukaku ke dalam sebuah bilik yang pintunya tidak tertutup rapat. Mataku terbuntang ketika menyaksikan sepasang manusia yang sedang berpelukan di atas katil. Yang perempuannya sudah berada di atas lelaki dengan gaya menggoda. Jantungku berdebar lalu aku mengucap dan beristighfar banyak-banyak. Apa ni? Takkan suami isteri kut? Aku mengerutkan dahi. Ini tidak boleh jadi.
“Emm!!” aku berdeham. “Assalamualaikum!” aku memberi salam sekali lagi.
Seorang gadis seksi dan juga lelaki tadi menjengulkan kepala dari dalam bilik memandangku. Cara pandangan mereka sungguh sinis. Aku mengentalkan hati. “Nama saya Anis Safiyyah. Panggil aje Anis.. Emm, awak ke housemate baru saya?” soalanku tertuju pada si gadis yang sedang menjongket sebelah keningnya. Mungkin jelik memandang penampilanku yang bertudung labuh. Biasalah, dia kan seksi.
“I am.. Mariam. But, my friends selalu panggil Mary je. So, call me Mary. Okay?” Mary tersenyum kecil. Tangannya dihulur ke arahku. Aku tersenyum juga membalas lalu berjabat tangan dengannya. Selepas bersalam seketika, mataku berkalih pada lelaki di sebelah Mary yang sedang menghadiahkan pandangan nakal kepadaku. Gila ke apa jantan ni?  Aku ni bukan mahram dia, yang duk jeling-jeling ushar aku bagai tu kenapa? Aku menggerutu di dalam hati, langsung tidak sukakan pandangan lelaki itu. Pantas mukaku ku tundukkan.
“Yang itu suami awak ye Mary?” soalku tanpa sebarang prasangka. Suamilah tu sampai berpeluk macam tadi dalam bilik. Zaman sekarang ni pelajar pun ada yang dah berkahwin.
Tiba-tiba Mary dan lelaki itu tertawa setelah mendengar pertanyaanku tadi. Entah mengapalah mereka tertawa begitu kuat. “Eh, saya buat lawak ke?” bendul giler soalan aku tika ini. Mereka melanjutkan tawa. Aku jadi bingung menghadap kedua makhluk Allah di hadapanku yang ketawa tanpa sebab ini.
“Kenalkan ini Haizar. And hello, dear. He is not my husband. Kami hanya couple je. Kenapa you tanya?” Mary menjawab setelah tawanya reda. Hairan dan pelik dengan pertanyaanku barangkali. Atau dia ingat aku nak rampas lelaki tu dari dia? Eh, mana ada. Aku ni bukan perampaslah.
Hairan tak hairan, mataku menjadi besar dan bulat selepas otakku mula mencerna penjelasannya tadi. Bukan suami dia? Sampai berpeluk-peluk begitu, bukan suami dia? Aku mula terasa sesak nafas. Rasa nak lempang-lempang si lelaki itu pun ada. Berani kacau anak dara orang. Tapi, kalau bertepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi kan? Mestilah Mary pun salah dalam hal tadi tu. Na’uzubillah.
“Takdelah, saya tanya je sebab dia ni boleh ada dalam rumah kita ni dan kat dalam bilik awak.. Sepatutnya, dia bukan mahram awak atau saya. Jadi, tak elok biar lelaki asing macam ni masuk rumah perempuan bujang macam kita ni..” jelasku beserta teguran yang membina. Membina ke? Lantaklah, asalkan aku dah tegur. Kalau tak tegur nanti, kena soal pula oleh Allah SWT di hari akhirat nanti.
Wajah Mary dan Haizar berubah tegang. Aku tahu mereka terasa dengan teguranku. Biarlah, asalkan aku tegur kerana Allah dan demi menjaga kesucian agama Islam. Hatiku dikuatkan supaya aku mampu menentang pandangan mereka yang jelas tidak sukakanku.
“Mary, you sanggup ke nak tinggal dengan minah kolot macam ni? I datang tolong you angkat beg pakaian you je tadi kan. Banyak tu barang-barang you. Sebagai boyfriend, takkan I nak biarkan you angkat sorang-sorang semua ni kut?” Haizar mula memberi alasan. Konon-kononnya niat sebenar dia hanyalah nak membantu Mary. Padahal... Nak ambil kesempatan jugak sebenarnya!
“Betul tu. Dia datang tolong I je. You jangan nak bersangka yang bukan-bukan pula..” marah Mary.
“Hmm, ikut sukalah. Allah lebih tahu apa yang saya tak tahu. Jadi, lebih baik awak suruh lelaki ni keluar. Tak elok dia berlama-lama kat dalam ni. Nanti timbul fitnah..” tegurku lagi. Menggesa Mary supaya meminta lelaki itu keluar dari situ.
Haizar tergelak sinis dengan kata-kataku. Dia memandang mukaku dengan tidak percaya. Ya, mungkin aku dianggap kolot oleh mereka. Tetapi siapalah mereka sampai nak judge aku macam tu? Biar aku nampak kolot di mata mereka, bukan kolot di mata Allah! Aku sedang mempertahankan agama Islam. Allah je yang boleh judge tindakan aku ni kolot atau tak!
“Dahlah, Zar. You balik la dulu. Nanti ustazah ni bising-bising tak sudah sampai besok pagi. Nanti I call you, okay?” pujuk Mary dengan tawa kecil. Jelingan sinis sempat dihadiahkan kepadaku.
Mary memegang tangan dan memeluk Haizar di hadapanku ketika menghantar lelaki itu sampai ke muka pintu. Aku memalingkan wajahku ke arah lain, tidak mahu melihat kemungkaran yang sedang berlaku.
“Assalamualaikum!” tiba-tiba ada suara perempuan yang memberi salam dari muka pintu. Aku menoleh semula. Haizar masih belum keluar. Tubuhnya masih memeluk tubuh Mary. Aku rasa macam nak bakar aje mamat Haizar tu. Suka-suka hati dia je nak buat maksiat depan mata semua orang.
Tetapi kini pandanganku lebih tertumpu pada seraut wajah gadis hitam manis bertudung melilit-lilit bagai yang berada di muka pintu bersama beg pakaiannya. Ternyata gadis itu juga terkejut menyaksikan ‘drama telenovela’ antara Mary dan Haizar. Mesti dia pun housemate aku juga ni. Aku mulai tersenyum kepadanya tanpa menghiraukan lagi Haizar dan Mary.
“Waalaikumussalam! Dapat apartmen ni jugak ke?” aku bertanya sambil menganggap Haizar dan Mary sebagai tunggul tidak bernyawa di tengah-tengah antara aku dengan gadis hitam manis tadi.
“Okeylah, sayang. I gerak dulu. Call me later!” Haizar mencium pipi Mary sebaik melepaskan pelukan. Selepas Mary mengangguk, dia terus berlalu dari situ.
Blah la kau jantan. Aku cukup tak sukakan lelaki dayus begitu. Yang hanya tahu mengambil kesempatan pada perempuan. Hmm, Ya Allah, jauhkanlah aku dari lelaki seperti itu. Berikanlah aku jodoh baik-baik yang boleh membimbingku. Aku sempat berdoa di dalam hati.
“Yes, apartmen ni jugak. Hai, saya Aisyah. Korang housemate baru saya ye?” gadis hitam manis itu memperkenalkan diri. Wah, gaya berfesyen sakan. Dengan tudung melilit-lilit, lepas tu pakai baju sendat dan berseluar jeans ketat. Dah macam sarung nangka.
Bukan nak cakap aku ni baik sangat berpakaian proper muslimah begini, tetapi aku kesian tengok mereka berdua. Aku hanya tersenyum hambar dan kesedihan melihat wanita-wanita akhir zaman yang pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya bahawa di akhir zaman ini wanita kebanyakannya berpakaian tetapi pada hakikatnya bertelanjang.
-----------------------------------------------------------------------------
MARY berdandan sakan pada malam itu. Katanya hendak keluar dinner dengan Haizar. Aku risaukan Mary tu. Anak dara keluar malam-malam macam ni, mestilah bahaya. Aku dah berikan dia nasihat supaya menjaga diri dan maruah baik-baik. Kita wanita ni mudah ditindas oleh lelaki-lelaki jahat. Kena selalu waspada, terutamanya bila hidup di kawasan bandar ini.
Aisyah juga menasihati perkara yang sama kepada Mary. Alhamdulillah, setakat aku mengenali mereka selama 2 bulan ini, tiada lagi perkara tidak menyenangkan yang berlaku antara kami. Malah boleh dikatakan yang kami bertiga mempunyai otak gila-gila yang sama. Orang cakap, ada chemistry la.. Tetapi aku cukup kasihankan cara pemakaian mereka. Ada juga aku menegur tetapi mereka hanya sekadar mengangguk sahaja. Esok-esok tengok pakai pakaian jenis yang sama je.
“Mary, kau balik awal tau. Kau tu anak dara, jangan lambat sangat..” pesanku kali terakhir sebelum Mary melangkah keluar dari apartmen kami.
“Hmm, tengoklah dulu. Aku ingat nak makan malam dengan Haizar lepas clubbing nanti. Nanti aku cubalah balik awal..” Mary berkata perlahan. Mungkin segan denganku kerana setiap kali dia hendak keluar saja, tentu aku akan berpesan begitu kepadanya.
Aku tersenyum hambar. Kecewa kerana Mary masih mengekalkan budaya ‘clubbing’nya. Aku sudah berkali-kali menegur tetapi dia masih tidak berubah.
Aisyah memandang Mary dengan pandangan lain macam. Aku perasan sejak sebulan yang lepas, Aisyah sering memandang Mary begitu. Seakan-akan menyampah dengan Mary. Kenapa agaknya? Ahh, malaslah aku nak fikir. Asalkan tiada apa-apa masalah dalam rumah ni, kira dah okey.
“Pergilah kau clubbing. Aku baca Quran lagi bagus, dapat pahala. Kau clubbing tu dapat dosa je. Kan baik kau stay je kat rumah ni, belajar-belajar mengaji al-Quran dan mendekatkan diri dengan Allah macam yang aku selalu buat..” tegur Aisyah dengan perasaan bangga diri. Namun aku tidak perasan langsung yang dia sedang show off amal ibadat dia. Aku fikir, dia sekadar menegur Mary supaya menjadi lebih baik.
Tapi, sedar atau tak, aku mulai perasan yang Aisyah memang selalu begitu. Bila buat sesuatu yang baik atau beribadat, selalu saja dia nak cerita pada orang apa yang dia buat. Bukankah itu riak namanya? Aku menggeleng-geleng seketika.
Mary mendengus tidak berpuas hati. “Yelah, kau orang je yang baik. Aku ni jahat!” Mary baran. Dia terus memakai kasut tumit tinggi miliknya seraya berlalu dari situ.
Tidak sempat aku hendak menenangkan keadaan yang tegang tadi, Mary dah hilang ke ruangan menunggu lif. Kali pertama berlaku ketidaksefahaman antara kami. Aku jadi tidak sedap duduk. Yelah, dah elok-elok tinggal bersama selama 2 bulan ni. Ada lagi 2 bulan untuk kami bertiga jalani hidup bersama. Tak bestlah kalau tak serasi.
“Syah, kau tak boleh macam tu..” tegurku pendek.
Aisyah menjongket bahu. “Habis tu, kalau tak tegur nanti semakin menjadi-jadi. Kau nak biarkan je dia macam tu? Baik kita nasihatkan dia tu supaya dia tahu hukum agama ni.. Mak bapak dia tak ajar agaknya, kan? Nasiblah mak bapak aku ajar semuanya..”
“Syah! Kenapa kau sampai cakap bukan-bukan macam tu pasal Mary? Mana kau tahu yang mak bapak dia tak ajar dia? Kita tak boleh paksa dia berubah. Dia sendiri kena sedar. Islam bukan agama yang memaksa..” tegurku lagi.
Aisyah bulat mata menjelingku. “Tapi, mana boleh kita biarkan kemungkaran berlaku depan mata. Kenalah halang!”
“Aku dah tegur, kan? Kau pun dah pernah tegur.. Biarlah Allah je yang berikan dia hidayah, bukakan hati dia untuk berubah. Mungkin bukan sekarang masanya, tapi di kemudian hari nanti tentu dia boleh berubah..” balasku keras. Aku tidak sukakan cara Aisyah.
“Ahh, aku tak suka tau. Aku kalau boleh, nak rumah ni bersih dari orang-orang yang suka buat maksiat!” kata Aisyah seperti orang yang berlagak baik giler.
“Kita bukan Tuhan untuk merubah semuanya. Jadi, biarlah Allah je yang tentukan. Kita dah berusaha, kan..” ujarku lembut.
“Anis, kau ni memang pelik! Alim tapi tak reti nak ajar orang supaya jadi baik. Baik aku yang kau suka tegur pakai baju ketat-ketat ni lagi dari kau yang pakai baju longgar-longgar bagai. Kau ingat orang yang pakai tudung labuh dan baju longgar-longgar je yang baik dan menutup aurat? Aku pun tutup aurat dan baik jugak..” kata Aisyah lagi dengan muka bangga.
“Syah, jauhi diri kau dari riak dan takbur..” hanya itu pesanku sebelum aku menggeleng dan berjalan memasuki bilikku.
“Kau memang ustazah yang pelik! Siapa yang riak ni? Kau atau aku?!” jerit Aisyah sebelum aku menutup pintu bilik.
-----------------------------------------------------------------
MARY pulang awal pada petang itu. Mungkin tiada kelas agaknya. Aku tersenyum memandang Mary yang sudah memasuki apartmen kami. Tetapi aku hairan memandang kotak sederhana besar yang dipegang Mary.
“Assalamualaikum,” Mary memberi salam. Sudah beberapa minggu Mary masuk rumah dengan memberi salam. Aku bersyukur dengan perubahan Mary walaupun tidak banyak. Sekurang-kurangnya dia sudah pandai memberi salam ketika memasuki rumah. Dulu, haram la dia nak beri salam. Sekarang ni, alhamdulillah.
“Waalaikumussalam.. Eh, Mary.. Apa tu dalam kotak tu?” tanyaku setelah salamnya ku jawab. Senyumanku masih mekar.
Mary juga tersenyum dan mulai duduk di sebelahku di sofa. “Ni, ada kitten yang aku jumpa dekat tepi longkang tadi. Kesian sangat aku tengok dia.. So, aku ambillah. Dia kurus sangat tapi sangat comel bila datang bermanja-manja dekat aku. Mungkin dia kelaparan kut..” terang Mary seraya membuka kotak itu.
Seekor anak kucing comel yang berwarna oren keputihan kelihatan melompat-lompat ingin keluar dari kotak berkenaan. Aku tersenyum. Indah sungguh ciptaan Allah ini. Memang comel sangat. Inilah dia haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Aku ambil anak kucing itu dan letakkan ke ribaan aku. Aku pandang wajah Mary yang sungguh teruja melihat anak kucing tersebut.
Kata ustazahku dulu, kalau manusia yang hatinya tak pernah sesekali sukakan kucing, malah membenci kucing serta menzalimi haiwan comel tersebut, memanglah akidah dia ada problem dan manusia tersebut perlu segera check apa yang tidak kena pada amal ibadat mereka. Sebab hati yang menyayangi kucing ini adalah seperti hati nabi SAW dan juga para sahabat baginda terutamanya Abu Hurairah R.A.
Ada juga kisah di mana seorang pelacur dijanjikan syurga oleh Allah SWT kerana hatinya begitu menyayangi haiwan. Pelacur itu hanya memberi minum kepada seekor anjing yang dahaga lalu diampunkan dosanya berzina dan dimasukkan oleh Allah ke syurga-Nya. Betapa Pengasih dan Pengampun Allah yang Maha Berkuasa.
“Mary.. Kau nak bela ke kitten ni?” soalku selepas beberapa ketika melihat keterujaan Mary.
“Mestilah! Kau tahu tak, mama aku pernah cakap dekat aku yang Allah akan datangkan kucing kepada kita kerana Allah nak uji kita sama ada kita sanggup atau tak berkongsi rezeki kita dengan makhluk-Nya yang lain.. Lagipun, comel ni.. Who dare to say no?” ujar Mary tersenyum gembira.
Aku terkejut mendengar ucapan Mary. Alhamdulillah. Tahu juga Mary menghargai haiwan kesayangan Nabi SAW ini. Memang Allah telah datangkan anak kucing ini untuk menguji Mary. Alhamdulillah, tentu ada hikmahnya Allah mendatangkan kitten ni dalam hidup Mary..
Aisyah datang dengan tiba-tiba. “Hey, nanti kalau dia berak merata-rata, macam mana? Busuk satu rumah ni tau. Tak silap nanti, kita yang dapat penyakit! Dahlah, Mary. Kau pergilah buang kitten ni. Boleh kan?”
Aku mengerutkan dahi. Rupanya Aisyah mendengar perbualan antara Mary denganku. Dan aku terkejut yang dia langsung tak sukakan kucing? Binatang secomel ni dia boleh tak suka? Aku dah naik hairan. “Hesy, mana boleh. Kau tak kesian ke tengok dia. Lagipun, comel apa?” marahku.
Aisyah menarik muka masam. “Tapi, aku tak sukalah kucing. Benci tau bau busuk tahi dia. Nanti dia cakar-cakar sofa ni macam mana?”
“Aku jamin, dia takkan buat semua tu. Ni, aku nak pergi petshop. Nak belikan dia makanan, shampu, litter box, cat litter dan segala yang diperlukan bagi menjaga kebajikan kitten kesayanganku ini. Eh, nak namakan dia apa ek?” Mary memandangku tanpa mempedulikan Aisyah yang mulai tergopoh-gapah memasuki biliknya. Mungkin malas melayan kita orang yang juga malas melayan kerenahnya.
Aku tersengih. “Kita namakan dia.... Oyen! Okey tak?”
Mary tersenyum dan mengangguk. “Oyen sebab kaler dia oren kan.. Okeylah tu. Jomlah temankan aku pergi petshop. Kurungkan kejap kitten ni dalam bilik aku.. Tak jauh pun petshop tu, so tak lama punyalah..”
“Okey!” jawabku teruja.
-------------------------------------------------------------
MARY semakin menyayangi Oyen. Sudah hampir 3 minggu Oyen tinggal di apartmen kami menjadi indoor cat. Gemuk dah Oyen asyik makan tidur je. Mary tak bagi Oyen keluar sebab risaukan Oyen takut hilang pulak nanti. Biasalah tinggal di apartmen. Dah tak lama lagi nak habis semester akhir ni. Jadi, bolehlah Mary bawa Oyen balik rumah parents dia nanti.
Dan alhamdulillah sejak kehadiran Oyen dalam hidup Mary, gadis itu sudah jarang sangat keluar malam pergi clubbing. Memang boleh dikiralah. Macam Haizar tu langsung dah tak penting dalam hidup dia. Oyen je yang paling penting. Banyak masa dihabiskan di rumah sahaja bermain dengan Oyen dan menguruskan makanan serta berak kencing kitten kesayangannya itu. Yelah, kalau tak buat semua tu nanti si Aisyah pula akan bising-bising cakap busuk tahi kucing la, busuk kencing kucing la... macam-macam hal. Mary dah masak sangat dah dengan perangai Aisyah yang terlalu anti dengan Oyen.
Jadi, inilah hikmahnya Allah menghadirkan Oyen dalam hidup Mary. Supaya Mary melupakan masa bersosialnya kerana sibuk menguruskan Oyen di rumah. Dah macam bela anak sendirilah kalau bela kucing ni. Nabi SAW pun suruh kita bela kucing macam jaga ahli keluarga sendiri. Makanan mesti kena cukup! Bahaya tau kalau tak beri makan kucing dengan secukupnya. Allah SWT melemparkan seorang perempuan ke dalam neraka kerana membela kucing tetapi tidak diberi makan sehingga mati kebuluran. Na’uzubillah..
Suatu malam ketika hendak tidur, aku lalu di depan bilik Mary. Pintu bilik dia pulak tidak ditutup rapat. Aku nampak dia sedang mengucup pipi Oyen ketika anak kucing kesayangannya itu tidur di sebelahnya. Mary kelihatan sungguh penyayang ketika itu dan aku sungguh terharu menyaksikan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan haiwan. Aku sendiri pun berazam ingin memiliki kucing sendiri juga selepas tamat belajar nanti.
“Oyen jangan hilang tau. Jangan pergi dulu dari Mama. Mama sayang Oyen,” Mary tersenyum dan mulai terlena sambil memeluk Oyen.
Aku pulak yang terharu kat sini. Air mataku yang mahu menitis, kuusap cepat-cepat. Langkah kakiku laju menuju ke bilik.
------------------------------------------------------------------
“ANIS! Anis! Kau ada nampak Oyen tak? Aniss.. Oyen takde dalam rumah ni, Nis. Aku risaulah.. Aku dah cari setiap tingkat kat apartmen ni. Aku cari kat kawasan bawah-bawah tu pun takde. Macam mana ni, Anis? Aku tak bolehlah hidup tanpa Oyen, Nis..” tangis Mary semahu-mahunya. Dia menyingkap rambutnya yang berserabut ditiup angin sehingga menutupi mukanya.
Aku memandang sekeliling tempat meletak kenderaan itu. Tudung labuhku dibetul-betulkan juga kerana angin bertiup agak kuat. Nak hujan ke ni? Aku pandang ke langit yang mulai mendung walaupun waktu baru menunjukkan pukul 2 petang. Eh, nasiblah aku dah solat tadi sewaktu di kampus. Aku bergegas balik ke apartmen selepas dihubungi Mary. Buku-buku yang mahu ku pinjam, habis ku tinggalkan di library gara-gara risaukan Mary punya pasal. Yelah, menangis macam baru kematian suami.
“Kau dah cari kat belakang-belakang semak tu? Manalah tahu dia tidur kat situ sebab penat cari rumah ke..” soalanku hanya dijawab dengan anggukan Mary. Dia lebih suka mengalirkan air mata sahaja ketika ini daripada bercakap-cakap. Sayang betul Mary dengan Oyen. Aku pun sayangkan Oyen, tetapi aku tetap bukan yang terapat dengan kitten comel tu. Yelah, tiap-tiap hari asyik Mary je yang konker main dengan dia. Malam-malam pula Oyen tidur dengan Mary. Mestilah Mary meroyan kalau bayangkan yang malam ni Oyen takde dalam dakapan dia.
“Mary, rilekslah. Kau banyakkan istighfar dan ingatkan Allah selalu. Kalau kita ingat pada Allah, Allah pun akan ingat pada kita tau. Allah je yang tahu kat mana Oyen sekarang ni. Kalau kau betul-betul sayangkan dia, kau kenalah doakan supaya Allah pelihara dia kat mana saja dia berada. Dan kalaulah benar dia masih milik kau, kau mohonlah supaya Allah kembalikan dia ke pangkuan kau.. InsyaAllah, Mary. Kau perbanyakkan membaca ayat Kursi dan menyebut ‘Ya Haqq’ masa lepas solat... InsyaAllah, Allah akan kembalikan apa yang kau hilang tu..” pesanku panjang berjela-jela. Tetapi aku tahu Mary masih tidak mampu menerima sebarang input ketika ini. Maklumlah tengah sedih giler. Aku hanya mampu mengusap belakang dia menenangkan dia.
--------------------------------------------------------------
MARY semakin murung sejak kehilangan Oyen. Sudah 3 hari Oyen hilang. Mary jadi tidak lalu makan dan stress. Hari-hari bertemankan air mata. Puas aku memujuk dan menenangkan hati Mary namun dia tetap juga begitu. Melayan perasaan sehingga lupa dunia. Sampaikan kelas pun dia ponteng.
“Kau ni Mary... Sudah-sudahlah tu. Aku tak boleh la tengok kau macam ni lagi. Kau ingatlah, Mary. Allah kan ada. Waktu semua orang tak boleh nak bantu kau, Allah je yang boleh bantu kau. Allah je yang tahu kat mana Oyen berada dan Dia jugalah yang tahu keadaan Oyen sama ada Oyen masih hidup atau dah mati. Kau doalah pada Allah, okey? Buat solat hajat.. Banyakkan bersabar dan berdoa. Allah nak uji kau..” aku cuba menasihati Mary sekali lagi. Mary bungkam sahaja, macam mayat hidup dah rupanya.
Aisyah tergelak-gelak dari jauh. Aku dah pelik dah kenapalah si Aisyah tu nak ketawa macam tu waktu housemate tengah bersedih. “Wei, Mary. Kau tak payah sedih-sedih. Kau pergi clubbing lagi bagus. Dapat jugak enjoy-enjoy macam dulu kan. Duduk rumah pun bukannya kau nak baca Quran atau beribadat pun. Solat pun aku tak pernah nampak.. Macam nilah jadi kalau dah mak bapak tak reti ajar anak-anak hukum agama..” perli Aisyah. Dia buat muka bangga kerana dia solat selama ini.
“Syah!” protesku cepat-cepat.
Mary terbangun dan menjeling tajam Aisyah. Air mata diseka pantas. “Kau jangan ingat aku ni pergi clubbing dan suka enjoy ni, aku tak reti solat! Aku tahu solat cuma dah lama aku tak solat je! Kau jangan ingat yang mak bapak aku tak ajar semua tu, okey? Aku yang pilih jalan macam ni, so kau jangan nak tuduh-tuduh mak bapak aku yang tak ajar. Kau faham?!”
Aisyah terkejut. Wajahnya berubah merah padam. “Kau tahu solat? Hmm, kalau dah lama tak solat, mesti dah lupa macam mana kan? Kalau lupa, kau datang sini belajar dengan aku. Semua jenis solat aku tau!”
“Aku tak pernah lupa dan takkan lupa! Aku dah lama nak berubah. Tapi belum sampai lagi rasa nak berubah sepenuhnya. Aku sentiasa ada rasa nak berubah lepas aku fikir-fikir balik apa dosa yang pernah aku buat. Tambahan lagi, lepas aku ada Oyen ni aku banyak fikir pasal hidup aku yang penuh dosa!” tegas Mary sesungguh hati.
Aku dah tak sedap hati melihat pertengkaran yang berlaku. Selalu aje Aisyah ni nak menyakitkan hati Mary. Kenapa ek? Aku cukup pelik dengan perangai si Aisyah ni. Depan aku punyalah baik, pandai agama. Depan Mary pula, suka rendahkan Mary hanya kerana Mary suka free hair dan bersosial. Dia tak tahu ke dalam agama Islam ni, kita tak boleh merendah-rendahkan orang lain dan menganggap diri sendiri terlalu sempurna.
Inilah jadinya bila ilmu agama yang ada, tidak ditambah menjadi lebih banyak. Hanya berbekalkan ilmu yang sedikit saja yang pernah dipelajari sewaktu di sekolah-sekolah dulu walhal ilmu agama Islam ini sebenarnya begitu meluas jika dikaji isi al-Quran itu. Jadinya, manusia begini hanyalah seorang yang jahil je banyak dari tahu serba-serbi.
“Sudahlah tu, Syah. Kau pergilah masuk bilik. Banyakkan istighfar. Tak elok kau rendah-rendahkan orang lain dan membangga-banggakan diri kau tu. Allah tak suka hamba-hambaNya yang riak dan takbur..” nasihatku kepada Aisyah.
Aisyah menjelingku lalu mengalihkan jelingannya ke arah Mary pula. Dia menarik muka masam dan terus memasuki bilik. Aku tahu dia tidak berpuas hati dengan kami. Tak apalah jika ketegangan yang berlaku dapat dileraikan. Aku hanya mengharapkan Aisyah akan berubah. Mary pun dah cuba nak berubah. Aku tahulah, sebab aku sendiri yang menyaksikan perubahan Mary walaupun sedikit demi sedikit. Kehadiran Oyen memang membawa banyak hikmah di dalam hidup Mary. Allah sedang memanggil Mary supaya pulang ke pangkal jalan. Aku tahu itu.
----------------------------------------------------------------
AKU berjalan ke dapur kerana dahaga. Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Tekakku dahaga sangat dan aku pun menelan segelas air masak. Alhamdulillah, dah lega rasanya tekakku ini. Rasa macam segar pulak. Baik aku buat solat tahajud dah alang-alang terjaga ni. Segar mata pulak tu. Ini tentu Allah yang panggilku supaya melakukan amal ibadah kepada-Nya ketika tengah malam begini. Alhamdulillah kuucapkan lagi. Syukur ke hadrat Allah kerana telah memberikanku peluang untuk melakukan tahajud pada malam ini juga setelah 3 malam berturut-turut dalam minggu ini aku bertahajud. Itu pun kerana aku terjaga dan tiba-tiba menjadi segar pada waktu-waktu semua manusia sedang nyenyak tidur.
Tiba-tiba aku terdengar suara esak tangis seseorang. Datang dari bilik Mary. Biasalah, nak dijadikan cerita, si Mary ni bukan reti tutup pintu bilik dia rapat-rapat. Sebab tulah aku selalu saja terrrrrrintai macam ni. Terrr, okey. Bukan sengaja. Huhuhu.. So, aku pun macam biasalah. Cuba nak tahu apa yang berlaku. Aku dekatkan muka dan mata aku di pintu bilik Mary yang tidak tertutup rapat.
Aku nampak dia lengkap bertelekung. Sedang sujud di atas sejadah sambil menangis teresak-esak. Solat hajat kut.. Sebab sujud lama sangat. Lama sujud, Mary bangun duduk di antara dua sujud. Kemudian memberi salam tidak lama selepas itu. Aku dapat menangkap beberapa butir ayat daripada doa Mary selepas solat.
“Ya Allah, hanya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar rintihan hatiku. Temukanlah Oyen denganku semula jika benarlah dia milikku sehingga ke hujung nyawa kami. Jika dia bukan milikku lagi selepas ini, Engkau temukanlah dia dengan orang yang boleh menjaga dia lebih baik dari aku menjaga dia. Sesungguhnya aku teramat sayangkan Oyen. Aku sayangkan dia kerana-Mu, ya Allah. Hanya Engkau yang tahu betapa sayangnya aku kepada Oyen. Tetapi ya Allah, jika dia telah mati, Engkau tabahkanlah hatiku agar aku tidak ternanti-nanti lagi kepulangannya ke sisiku. Buatkanlah hatiku berasa tenang, setenang dia di sana... aminn..” esakan Mary bergema.
Aku menahan air mataku. Aku sungguh terharu dapat melihat Mary bertelekung dan menunaikan solat di tengah-tengah malam, di waktu insan-insan lain sedang sedap-sedap tidur. Alhamdulillah, detikku di dalam hati. Jadi benarlah apa yang Mary cakapkan petang tadi bahawa dia tahu bersolat dan takkan pernah lupakannya. Cuma Mary tersesat seketika, itu yang membuatkan dia sudah lama tidak menunaikan solat. Ya Allah... Hidayah-Mu ada di mana-mana dan ada pada setiap insan yang Engkau pilih. Beruntunglah Mary.. Alhamdulillah. Ya Allah, Engkau tunaikanlah permintaan Mary kerana hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui bahawa dia memang benar-benar berharap dan berserah kepada-Mu. Amin..
-----------------------------------------------------------
SUDAH 5 hari Oyen hilang. Dan aku tahu setiap malam Mary mengerjakan solat sunat hajat serta bertawakal kepada Allah. Aku dapat lihat ketabahan yang mulai terbentuk pada raut wajah Mary. Ada cahaya yang nampak berbeza dari sebelum ini pada wajah gadis cantik itu. Walaupun dia masih tidak bertudung, aku yakin yang tidak lama lagi Mary akan menutup rambutnya itu. Allah kan ada. Aku tahu Mary juga sudah mulai sedar bahawa Allah itu sentiasa ada. Mary pun dah mula pergi ke kelas balik sejak kelmarin.
Aku ke rumah kawan aku di apartmen lain yang berdekatan juga dengan kampus. Selepas berbincang tentang projek akhir, aku mulai turun ke parking lot. Di sebelah parking lot itu, aku nampak ada warung kedai mamak. Aku rasa sedikit dahaga, jadi aku ke situ untuk membeli milo ais. Best ni tengah-tengah hari dapat pekena milo ais! Aku tersengih.
“Satu ringgit tujuh puluh sen saja, adik manis..” kata mamak itu selepas menyuakanku air milo ais yang sudah dibungkusnya.
“Wah, takde diskaun ke mamak?” saja aku bergurau dengan mamak tu.
“Itu sudah kasi diskaun sama you, adik manis. Sebab you manislah I kasi diskaun!” seloroh mamak itu pula.
Aku hanya tersengih macam kerang busuk. “Okeylah mamak, saya gerak dululah..”
“Eh, sekejap adik manis. Ini I mau tanya sama you. You mau bela kucing tak? Ini anak kucing siapalah sesat mari sini.. Eh, bukan sesat. Tapi ada orang buang sini.. Aiyoyo.. Banyak susah mau buat kerja oo.. Dia asyik kacau daun saja laa.. You kan adik manis yang baik punya orang. Mesti you sayang kucing kan?” mamak itu berkata panjang lebar.
Aku mulai rasa lain macam. Aku toleh ke muka mamak itu yang dah tersenyum-senyum. Gigi dia, mak aiii... Putih macam baru lepas kena clorox. Cantik tersusun gitu. Rasa-rasanya kalah gigi aku yang comel ni. Ehhh.. Apa pulak cerita pasal gigi mamak ni. Cerita balik pasal kucing tadi. Aku toleh ke arah mamak tu dengan kening yang terangkat. “Anak kucing kaler apa mamak?”
“Hmm.. Itu kaler.. Oren la.. Banyak cantik punya. Kucing orang bela tu sebab ada pakai rantai loceng..” terang mamak itu lagi.
Aku telan air liur. Eh, macam Oyen plak description yang mamak ni bagi. “Collar la mamak. Hehe..”
“Haa.. itu orang panggil collar ya? Alaa, lantaklah. Tapi, kucing tu banyak manis macam adik manis jugalah. Ambillah dia, bawa pergi bela..” pujuk mamak itu lagi tanpa putus asa.
Aku pun dah mulai syak wasangka. Oyen la ni kut. Aku pandang tepat ke muka mamak tu. “Mana dia, mamak? Kawan saya ada hilang kucing jugak. Kaler Oren..”
“Ohh, kalau macam tu.. Itu la kucing kawan adik manis tu!”
“Hesy, saya kena pastikan dulu. Kalau betul, saya nak call kawan saya sekarang ni jugak,” ujarku tanpa berlengah. Aku mulai menjengulkan kepala ke kiri kanan depan belakang. Mencari-cari kucing yang dimaksudkan.
“Oyennn... Meh sini meh.. Auntie Anis ni.. Oyennnnn..” aku panggil Oyen. Manalah tau, betul yang tu Oyen.
Tengok-tengok, memang betul pun yang tu Oyen. Berlari-lari Oyen datang mendapatkan aku. Terus melompat nak naik atas ribaan aku bila aku mula duduk melutut. Memanglah dia kenal lagi aku yang selalu jugak main dengan dia. Mesti dia kenal bau aku. Subhanallah! Kuasa Allah semua ni. Doa Mary dah termakbul. Alhamdulillah. Kalau nak kata kebetulan ni, payah. Sebab Oyen ditemui beberapa kilometer jauh jugak dari apartmen kita orang. Allah Maha Besar dan Maha Mendengar. Aku terus telefon Mary.
Sebelum balik, aku ada tanya mamak tu mengenai kehadiran Oyen dekat situ. Mamak tu cakap, dia nampak orang buang kat situ. Seorang perempuan melayu yang pakai tudung melilit-lilit. Hitam manis. Lepas tu, pakai baju sendat-sendat. Ada tahi lalat hidup kat tepi hidung. Sahlah.. Aisyah. Apalah kena dengan si Aisyah ni agaknya? Aku sangat pelik dengan sikap Aisyah ni.
Mary menangis-nangis sebaik sahaja berjumpa Oyen. Dipeluk, dicium kucing kesayangannya itu sepuas hati. Terus dia berikan Oyen makanan. Mary tanya aku apa yang berlaku. Aku cakap je yang aku kebetulan jumpa Oyen kat situ. Sengaja aku tak cerita pasal kemungkinan Aisyah yang buang Oyen kat situ. Aduh, gawat ni. Aisyah ni pun satu. Kenapa nak buang kucing yang bukan milik dia pun. Lagipun, apalah salah Oyen tu? Nak kata berak kencing kat bilik dia, tak pulak. Semuanya kat dalam bilik Mary. Cuma makanan Oyen saja yang Mary letakkan kat dapur.
Aku rasa, Mary pun tahu bahawa doanya telah didengar oleh Allah kerana aku dapat dengar dengan jelas dia mengucapkan ‘alhamdulillah’. Aku juga turut bersyukur dan gembira kerana Allah telah menemukan semula Mary dengan Oyen.
-------------------------------------------------------------------
AKU terjaga lagi pada pukul 3 pagi. Dan aku juga terrrrr lagi dengar Mary berdoa di dalam bilik dia pada malam ini. Aku yakin Mary dah mula menjadikan tabiat bangun malam ini sebagai rutinnya.
“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mendengar rintihan hati hamba-Mu yang lemah dan hina ini. Ya Tuhan, aku bertaubat daripada melakukan segala kemungkaran yang telah aku lakukan. Terlalu banyak dosa-dosaku, ya Allah. Ampunilah aku, wahai Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat. Aku bertaubat! Ya Allah, aku sedari hikmah Engkau mendatangkan Oyen dalam kehidupanku. Engkau ingin mengujiku lantas menarikku semula ke jalan-Mu. Aku sedar semua itu sekarang ni. Betapa Engkau menyayangiku sedangkan aku selama ini lalai dan selalu melupakan-Mu. Aku bersyukur kerana masih diberikan kesempatan ini untuk bertaubat dan beramal di jalan-Mu. Janganlah Engkau biarkan aku tersesat lagi dari jalan-Mu kerana aku adalah hamba-Mu yang sangat-sangat lemah dan hina di sisi-Mu. Aku mudah alpa dengan tipu daya duniawi ini. Aku mudah termakan dengan tipu daya syaitan yang direjam. Lindungilah aku dari tipu daya syaitan serta godaan nafsu yang selalu membawaku ke arah kemaksiatan. Jauhilah aku dari sifat-sifat mazmumah yang boleh menghalangku dari mencintai-Mu, ya Allah. Lindungilah aku dari azab kubur dan juga azab api neraka-Mu. Terimalah taubatku, ya Tuhan yang Maha Pengasih. Aku bertaubat!” Mary menangis semahu-mahunya.
Aku yang menyaksikan semua itu turut mengalirkan air mata. Apa yang terjadi membuatkan aku lebih menghayati keindahan iman yang dikurniakan oleh Allah SWT. Hidayah Allah hanya untuk insan-insan terpilih. Allah sentiasa memberikan hidayah dengan menggerakkan hati sebahagian besar manusia supaya terdetik rasa ingin bertaubat tetapi manusia-manusia itu selalu tidak menyedarinya dan terus mengabaikan signal hidayah dari Allah itu.
Hanya insan-insan terpilih itu sahaja yang berjaya mengharungi semua dugaan dengan tabah dan akhirnya menggapai puncak keimanan yang tiada tara tandingannya di dunia ini. Diri terasa dekat dengan Allah SWT, bukankah itu perasaan terindah yang mahu dirasai oleh semua mukmin yang sejati?
Ya Allah, Engkau kekalkanlah diriku di dalam hidayah-Mu. Janganlah Engkau biarkan aku alpa walau sesaat pun. Engkau sahaja yang ada denganku saat orang lain tidak ada. Engkau lebih menyayangi ibu bapaku dan mengambil mereka dariku, tetapi Engkau tidak pernah meninggalkanku. Engkaulah pemeliharaku selama ini. Cukuplah Engkau ada untukku, ya Allah. Air mataku terus mengalir kerana perasaan cintaku semakin bercambah buat Allah SWT, Tuhan semesta alam.
-------------------------------------------------------------
AKU nampak ada perubahan pada bentuk tubuh Aisyah. Dia semakin berisi. Selain itu, wajahnya jelas murung. Dia selalu saja baran dan naik angin. Terutamanya pada Mary. Dia bencikan Mary yang sudah mulai bertudung dan belajar memakai pakaian yang longgar. Mary sudah tidak seperti dulu. Mary nampak tenang dan lebih yakin untuk berubah. Dia sudah lama tidak clubbing, sejak masih tidak bertudung lagi. Itu yang membuatkan Aisyah cukup bencikan Mary. Lain yang diharap, lain pula yang jadi.
Dia harapkan untuk nampak baik di mataku dan orang lain. Dan dia harapkan Mary nampak jahat dan jalang di mataku dan mata orang lain. Sekarang, segalanya sudah terbalik. Mary sudah berubah. Dia juga berubah, tetapi berubah menjadi seseorang yang dia sendiri tidak mahu.
Aisyah berasa loya lalu berlari-lari ke sinki. Aku dan Mary berpandangan sesama kami. Hairan dengan Aisyah yang nampak sakit. Wajah Aisyah pucat lesi. Aku bangun menghampiri Aisyah dan mengusap tengah belakangnya. Biasanya itulah yang orang selalu lakukan untuk orang yang sedang muntah-muntah. Aku berasa risau kerana Aisyah tidak pernah sakit selama kami tinggal bersama.
“Kau okey ke, Syah?” soalku risau.
Aisyah mendengus. “Aku okeylah!” dia menepis tanganku yang sedang mengusap lembut belakangnya.
Aku tergamam dengan kelakuan Aisyah. “Jom kita ke klinik. Muka kau pucatlah, Syah..” pujukku.
Mary datang ke arah kami dan turut menyentuh bahu Aisyah. “Jomlah, Syah. Kita ke klinik ya?”
Aisyah terjerit kecil. Dia menepis tangan Mary juga. Dadanya kelihatan berombak kencang. Dia muntah sekali lagi, rasa mual sungguh kuat ketika ini. Aku dan Mary berpandangan lagi. Kami mulai pelik tetapi tidak mahu berfikir yang bukan-bukan. Takkanlah Aisyah mengandung tanpa bernikah. Tak mungkin! Aku segera menolak sangkaan buruk itu jauh-jauh seraya beristighfar berkali-kali.
“Hey! Kalau kau dah berubah sekalipun, hati kau tetap hitam, busuk! Kau tak payah nak tunjuk baik hati kat sinilah, Mary!” jerit Aisyah kuat. Dia kelihatan sungguh tertekan.
“Syah! Kenapa dengan kau ni? Please stop it!” potongku cepat-cepat.
“Kau pun samalah, Anis! Kau pura-pura je baik selama ni kan? Kau tu yang riak, bukan aku!” tempik Aisyah lagi dengan lebih kuat.
Aku dan Mary beristighfar berulang kali. Apa dah kena dengan Aisyah pada malam ini? Aku berasa tidak sedap hati. Sangat tidak sedap hati. Bagai ada sesuatu yang akan berlaku pada malam ini. Sesuatu yang buruk. Na’uzubillah. “Bawak mengucap, Syah. Kau dah melampau..” kataku lagi.
“Ahhh! Kau tak payah lagi nak pura-pura! Kau orang yang berpura-pura tu... bukan aku! Aku yang terbaik antara kita. Sebab tulah Haizar pilih aku!” Aisyah memecahkan tembelangnya sendiri.
Mary dan aku kembali berpandangan. Haizar? Apa kena dengan Haizar pulak ni? Aku membayangkan semula wajah mamat gila itu. Na’uzubillah. Mintak Allah simpangkan daripada berjodoh dengan lelaki seperti itu.
Mary membesarkan matanya. Di dalam hati, Mary juga sedar yang Haizar sekadar inginkan tubuhnya sahaja. Nasiblah Mary tidak sampai terlanjur dengan Haizar tempoh hari. Nasiblah Allah telah menghantar gadis bernama Anis Safiyyah sebagai penyelamatnya pada waktu itu. Terima kasih, ya Allah.. Bisik Mary di dalam hati.
Aku memandang Aisyah. “Haizar? Kau ada apa-apa dengan dia ke? Kau jangan dekati dia..”
Aisyah ketawa. “Apa kau tau? Dia bagi aku segalanya yang aku nak.. Dan aku dah bagi dia segala-galanya yang dia nak..”
Mary berasa tidak sedap hati. “Maksud kau, Syah?”
“Ya, aku dah bagi semuanya. Dan sekarang ni, aku akan beri dia tanda cinta kami. Sebagai hadiah kesetiaan dia... Sepatutnya tadi dia cakap ‘ya’. Tapi.. tadi.. Dia... suruh aku gugurkan pulak..” Aisyah tertawa kecil, dah macam orang yang sasau.
Aku rasa tidak percaya mendengar pengakuan Aisyah. Ya Tuhan! Aku pula dah rasa nak pengsan. “Astaghfirullahal’azimm, Syah! Apa kau dah buat, Syah?!” aku menepuk bahu Aisyah yang berada tidak jauh dariku. Aku sangat kecewa dengan Aisyah. Tentu ibu bapa Aisyah lagilah kecewa jika mengetahui tentang hal ini.
“Aku sukakan Haizar sejak pertama kali aku nampak dia lagi kat dalam apartmen ni dengan Mary.. Aku cuba semuanya yang termampu nak miliki dia.. Tak sangka, sebab dah bosan dengan Mary yang dah tak mahu layan dia, akhirnya dia nampak jugak aku ni. Barulah dia tau aku ni yang paling terbaik. Baik dari Mary...” Aisyah tertawa lagi. Dia memegang kepalanya yang tiba-tiba berdenyut.
Mary menggeleng-geleng tidak percaya. Dia cuba bertenang. Keselamatan Aisyah dan kandungannya lebih utama ketika ini. “Syah, kau duduk dulu kat sofa. Bahaya kau bergerak-gerak macam ni..”
“Jangan sentuh aku!” Aisyah cuba mengelak apabila Mary cuba memegang bahunya.
Aku memandang Aisyah dengan perasaan sedih dan kecewa. “Syah, kenapalah kau buat macam ni? Apa perasaan mak bapak kau kalau dapat tahu pasal ni? Malu dia orang nanti. Kau pun takkan tak malu dengan orang? Kau tak malu pada Allah ke, Syah?” aku mulai sebak.
Aisyah menarik muka tidak puas hati. Dia berlari ke arah pintu rumah. Hendak keluar dari rumah dan apartmen itu. Malas lagi dia hendak mendengar celoteh kedua insan yang bernama Siti Mariam dan Anis Safiyyah itu. Dia berlari tidak tentu arah ke arah tangga kerana menunggu lif yang lambat sampai. Mary dan aku segera mengejar dia dengan seberapa daya yang mungkin. Bimbang sesuatu yang buruk terjadi pada dia.
Akhirnya, apa yang aku bimbangkan dan perasaan tidak sedap hati yang aku rasai tadi berlaku juga. Aisyah tergelincir dan jatuh tergolek di atas tangga. Dari anak tangga teratas sampailah ke bawah. Adalah dalam 20 anak tangga untuk ke tingkat bawah dari tingkat ini. Ya Allah! Selamatkanlah Aisyah! Aku menangis teresak-esak seraya berlari mendapatkan dia. Mary turut membontotiku.
Darah merah yang pekat mengalir dari celah paha dan juga berlumuran di seluruh wajah Aisyah membuatkan aku dan Mary berasa panik. Tidak tertanggung rasanya kepayahan di dalam hatiku untuk mempercayai apa yang baru sahaja berlaku kerana semuanya berlaku hanya dalam sekelip mata.
Bibir Aisyah terketar-ketar, kepalanya dibanjiri darah merah. Nampak macam Aisyah sudah nyawa-nyawa ikan. Ya Allah... Jika inilah pengakhirannya, Engkau ampunkanlah segala dosa-dosa kawanku ini.. Aku memandang Mary yang turut menangis di sebelahku. Kami sangat sedih! Mary segera mengeluarkan telefon bimbit dari dalam kocek seluar slacknya. Dia menghubungi ambulan.
“Ma.. Mar.. Mary...” panggil Aisyah terketar-ketar.
Mary memandang Aisyah dan mengangguk. Air matanya dibiarkan mengalir sepi ke pipi. “Ya, Syah? Shh.. Sabar, okey. Aku dah panggil ambulan. Kau tahan kejap je ni. Kejap je lagi ambulan sampai..” ucap Mary, cuba memberikan kekuatan buat Aisyah. Mary mengigit bibir, cuba tabahkan hati.
Aisyah menggeleng dua kali dengan cukup lemah. Kemudian dia cuba mengukir senyum namun hambar. “Aku.. minta.. ampun.. yaaa..?” Aisyah menggenggam jemari Mary.
Aku tidak dapat menahan perasaan sayu. Air mataku semakin galak mengalir ke pipi. Aku tidak dapat membayangkan kesakitan yang dialami Aisyah ketika ini. Ketika nyawa sudah hampir bercerai dari badan. Ketika malaikat Izrail sedang mula menjalankan tugasnya mencabut nyawa Aisyah.. Tidak sanggup aku melihat penderitaan Aisyah ketika ini. Ya Allah, ringankanlah penderitaan kawanku ini..
Mary mengangguk-angguk. “Aku maafkan kau, Syah.. Kau jangan risau lagi. Kau pergilah dengan aman.. Aku tak pernah pun tak maafkan kau. Setiap malam sebelum tidur, aku dah maafkan semua kesalahan orang dekat aku..” ujar Mary lemah. Air mata Mary terbit lagi.
Aisyah menarik nafas dalam-dalam. Dia memandangku pula. Aku memegang pipinya dan mengangguk. “A.. Anis.. Sorry..”
Aku pula yang mengangguk lemah. “I forgive you, my friend. Kau jangan risau. Aku sentiasa akan mendoakan kau.. Mengucap, Syah...” ujarku sayu.
Selepas beberapa ketika aku mengajarkan Aisyah mengucap, dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ. Tidak sempat pun ambulan sampai. Ya Allah, Engkau cucurilah rahmat ke atas roh Aisyah. Ampunilah segala dosa-dosanya. Ringankanlah azab-Mu ke atas dia. Tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang Engkau redhai. Aminn..
Mary dan aku mengelap air mata. Tidak mahu menyeksa roh Aisyah yang sudah tiada lagi di dalam jasadnya yang kaku. Semoga rohnya aman di sana.
-------------------------------------------------------
Akhir kata dariku, setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Sebagai manusia yang diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini, tujuan hidup kita hanyalah satu. Beribadah dan beramal di jalan Allah SWT. Itulah tujuannya kita hidup di dunia yang sementara ini. Dunia yang sebenar-benarnya bagi sekalian manusia hanyalah akhirat. Di sanalah kita akan kekal hidup buat selama-lamanya.
Dan sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Tetapi kesilapan bukanlah bermakna yang kita sudah tersilap buat selama-lamanya. Daripada kesilapan itulah kita boleh mencari balik jalan kembali supaya kita terus berjaya. Berjaya memperolehi hidayah yang dicari-cari. Hidayah Allah SWT ini, hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang dikehendaki-Nya.
Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Maha Pengampun. Jika kita tersilap langkah, mohonlah keampunan dengan bertaubat. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang dipilih oleh Allah SWT untuk kekal berada di dalam hidayah-Nya. Insya-Allah.


p/s : apa yg baik semuanya dari Allah... yg buruk adalah dari diri saya sendiri sebagai manusia yg lemah... apa yang tak betul, silalah tegur ek.. saya ni bukan tau sangat pun. hanya berharap garapan cerpen ini mampu menggerakkan hati pembaca... Lillahi.. :')
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 10/15/2012 12:49:00 AM
Labels: Cerpen

10 comments:

  1. AnonymousMonday, October 15, 2012 at 10:23:00 AM GMT+8

    speechless.. :')

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Zananis AliMonday, October 15, 2012 at 1:55:00 PM GMT+8

    manusia boleh berubah sekelip mata sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. GarapanKuMonday, October 15, 2012 at 2:05:00 PM GMT+8

    subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. aman bisikankuMonday, October 15, 2012 at 5:11:00 PM GMT+8

    (",)...best....n tahniah penulis...citer ni pnh dgn pengajaran...(@_@)..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousMonday, October 15, 2012 at 6:36:00 PM GMT+8

    padat dgn pengajaran....tahniah cik writer~~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. ZatulleyMonday, October 15, 2012 at 9:32:00 PM GMT+8

    Penuh dengan pengajaran..Alhamdulillah..tidak sia2 saya baca:)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. ღAuni_AmauniღTuesday, October 16, 2012 at 3:13:00 PM GMT+8

    thanks kpd yg sudi komen... :')

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. MisS_SyaWednesday, October 17, 2012 at 5:07:00 PM GMT+8

    thanks sis..best & pnuh pngajarannye! tahniah sis..truskn berdakwah melalui pnulisan! =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. UnknownFriday, November 9, 2012 at 1:13:00 PM GMT+8

    gud job dek...banyak hikmah nye andai readers leh wat iktibar di dalam ceritu u dek...ape yg baik pasti dari nye yg maha Esa.segala keburukan dari kite sendiri.so baik berpada pada n berjahat hati tu cuba lah jauhi.yg baik kite titip wat panduan....suka dek pendekatan u bagai satu pengajaran.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. UnknownTuesday, October 22, 2013 at 9:00:00 PM GMT+8

    Mksod "Tiada pksaan dlam agma islam" itu adlah hnye ntok org bkan Islam .. ^^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu