-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Monday, October 8, 2012

Kurelakan Kasihmu 30, 31



TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup mendedahkan segala keaiban diri sedangkan Irfan sendiri langsung tidak sanggup berterus-terang begitu kerana teralu pengecut! Bahkan dialah penjahat paling besar di sini. Penjahat yang sama yang dimaksudkan oleh Najwa.
Najwa teresak kecil apabila terasa pelukan di tubuhnya terlerai. Hatinya begitu sayu ketika mendapat reaksi sebegitu dari Irfan. Dia yakin, Irfan sudah tentu terkejut besar dan mulai jijik hendak menyentuhnya lagi. Sedikit sebanyak perasaan menyesal hadir berselang-seli dengan rasa sebak.
“Saya tahu, awak tentu dah jijik dengan saya kan?” Najwa mula bersuara dengan penuh kepayahan. Dadanya sesak dengan perasaan sedih. Air mata menitis. Terasa tiada daya lagi untuk Najwa menghalang air mata dari luruh ke pipi. Perlahan-lahan dia menyuakan kakinya penuh berhati-hati untuk turun dari katil itu. Reaksi Irfan yang masih membungkam membuatkan dia terus yakin yang lelaki itu telah membencinya.
Irfan tergeleng-geleng dan menahan tangisannya dari bergema. Hanya air mata yang dibiarkan mengalir. Entah perasaan apalah yang sedang meresap ke dalam jiwanya ketika ini. Dia tahu Najwa tidak dapat melihat dia menangis dan menggeleng kepala ketika ini. Tidak, sayang... Sayang yang patut jijik dengan abang! Abang langsung tidak jijik dengan sayang.. Percayalah, sayang.. Kata-kata itu bagaikan membeku di dalam hati Irfan. Tidak sepatah pun yang mampu terkeluar.
Hanya matanya sahaja menyoroti Najwa yang sudah turun dari katil. Tangannya terawang-awang ingin mencapai tongkat yang berada di tepi katil itu. Najwa terus menangis menahan kepedihan di dalam hati. Irfan teringin hendak menyeka air mata Najwa tetapi tubuhnya seperti membatu di situ tanpa apa-apa tindakan. Dia sungguh keliru. Nak buat apa pun dia tidak tahu. Takut nanti jadi macam lain pula.
“Saya pergi dulu.. Halalkan makan minum saya. Saya dah pernah tolak untuk berkahwin dengan awak disebabkan rahsia saya itu la.. Sorry saya tak berterus-terang awal pada awak semasa mula-mula kita kahwin lagi. Maafkanlah saya.. Saya harap, awak berbahagia lepas ni bersama perempuan pilihan awak yang baik-baik. Bukan perempuan yang sudah rosak macam saya ni!” Najwa berkata-kata dengan suara bergetar. Perasaannya ketika ini memang sukar untuk digambarkan. Malu ada, takut pun ada malah rasa sedih lagilah terasa membengkak dalam jiwanya.
Irfan terus menangis tidak berlagu. Tidak henti-henti pipinya dibanjiri air jernih. Sesekali kepalanya digeleng-geleng lemah. Dia tidak mampu melihat kesengsaraan gadis itu. Ini tak boleh jadi! Aku mesti berani juga berterus-terang! Najwa pun boleh terus-terang kat aku, takkan aku tak boleh? Tawakal, Ir. Allah itu sentiasa ada untuk kita jika kita benar-benar jujur dan ikhlas. Irfan sudah nekad hendak berterus-terang. Hatinya dikentalkan, air matanya diseka cepat-cepat. Wajah Najwa yang masih teresak tidak jauh dari katilnya direnung bagai mencari kekuatan.
“Assalamualaikum!” tidak sempat Irfan hendak membuka mulut, suara Puan Sri Hajjah Zairiah dahulu yang bergema dari sebalik pintu wad. Mata Irfan terbuntang. Tersentap rasanya hati Irfan ketika ini. Najwa pula kelihatan cuba mempamerkan riak selamba selepas mengelap air mata di pipinya.
Puan Sri Hajjah Zairiah masuk bersama Tan Sri Haji Zainal dan juga Alida. Ketiga-tiga mereka mempamerkan senyuman manis. Puan Sri Hajjah Zairiah segera mendapatkan Irfan. Itulah kasih seorang ibu terhadap anaknya. Sebaik mendengar berita tentang Irfan yang sudah sedarkan diri dari Alida, terus langkah kakinya dihayun laju memasuki wad yang menempatkan Irfan. Hatinya dipenuhi perasaan bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi.
“Anak umi dah sedar! Alhamdulillah..” Puan Sri Hajjah Zairiah segera mencium dahi Irfan berkali-kali. Tidak dihiraukan riak Irfan yang masih terkejut dan kemerahan menahan rasa yang terbuku di hati. Rasa bersalah dan keresahan kerana masih tidak kesampaian untuk berterus-terang kepada Najwa.
Hilang lagi peluangnya pada kali ini juga. Entah bilalah pula peluang seperti tadi akan tiba lagi. Bukannya senang Irfan hendak mengumpulkan kekuatan untuk berterus-terang. Sesiapa pun tentu susah hendak membuka mulut jika berada di tempatnya. Tidak semua manusia yang berani berterus-terang tentang kesalahan diri sendiri. Itu pun kesalahan yang teramat besar!
“Ya, umi.. Alhamdulillah..” getus Irfan pendek. Dia serba-salah hendak bersuara. Hatinya lebih risaukan perasaan Najwa ketika ini. Agaknya Najwa sudah menganggap yang hubungan mereka dah hampir ke penghujungnya selepas berterus-terang tadi? Bebola matanya masih tidak berganjak dari meratah wajah Najwa yang jelas sedang menahan rasa di hati.
“Umi, Najwa nak ke tandas sekejap. Lid, boleh tolong bawakan akak tak?” Najwa berusaha untuk berlagak selamba. Reaksi Irfan yang bagaikan tiada apa-apa berlaku itu membuatkan dia membayangkan yang bukan-bukan! Bagaimana agaknya riak wajah Irfan ketika ini? Najwa sangat buntu! Ditahan air mata agar tidak gugur.
Irfan menggenggam selimut. Hatinya pedih melihat Najwa yang sedang merana. Tetapi dia tidak boleh berkata apa-apa kerana uminya dan Alida masih berada di situ. Mereka berdua sahaja yang tidak tahu hujung pangkalnya masalah mereka ini. Tan Sri Haji Zainal perasan sesuatu yang tidak kena pada Irfan dan Najwa. Dia mula mengesyaki sesuatu. Ir dah beritahu Najwa ke? Peluh dingin tiba-tiba terasa merenik di dahi Tan Sri Haji Zainal.
“Nak pergi tandas? Yelah, kak. Jomlah Lid bawakan. Lagipun, akak mesti malu la tu.. Tadi ucap ‘I love you’ lagi kan? Lid dah cakap, gerenti Abang Ir bangun punyalah! Kan?” mulut Alida mengalahkan orang bermulut murai. Asyik nak bercakap tak mengira waktu! Cakapnya pula, banyak yang mengusik dari bersembang yang serius.
Najwa hanya bungkam. Ditahan lagi air mata supaya tidak mudah jatuh ke pipi. Lid tak tahu apa yang dah berlaku.. Kita mungkin dah tak dapat jumpa lagi lepas ni, Lid. Abang Ir mesti dah bencikan akak. Dia juga tentu dah berasa jijik hendak memandang muka akak ni.. Kata hati Najwa sayu. Sejuring senyuman pahit dan hambar terukir buat Alida. Tangan gadis itu yang mulai menyentuh mesra bahunya diusap-usap lembut.
Dia sudah sayangkan Alida seperti adiknya sendiri. Begitu juga ibu bapa mertuanya. Semuanya dia sudah anggap seperti ahli keluarga sendiri. Terubat kerinduannya pada arwah ahli keluarganya selepas berjumpa keluarga yang terlalu baik ini. Dan... Najwa sedar yang dia sudah mulai jatuh cinta terhadap Irfan, suaminya. Tiba-tiba dia terasa sebak, rasa hendak menangis sepuas-puas hatinya.
Tak boleh! Kau kena tabah, Wawa! Don’t cry! Kau mesti kuat... Walaupun kau dah tiada sesiapa lagi lepas ni, kau boleh teruskan hidup! Kau ada Allah, kan? Dia yang sentiasa ada sewaktu kau memerlukan perlindungan. Allah, Wawa. Dialah Tuhan yang Maha Mendengar setiap rintihan hati kau... Najwa mengentalkan hatinya.
“Jomlah, Lid..” lama baru Najwa menjawab. Dia tiada mood mahu melayan usikan Alida seketika tadi. Hatinya yang luka berdarah ini perlu dirawat dahulu.
Alida mengerutkan dahi. Entah mengapa dia terasa sikap Najwa agak pelik pada malam itu. Kak Najwa gaduh dengan Abang Ir ke tadi? Kenapa Kak Najwa muram macam tu? Alida jenuh berfikir.
“Lid? Kenapa diam?”
“Jom, jomm.. Sorry termengelamun kejap tadi!” kata Alida sebaik tersentak mendengar pertanyaan Najwa. Dia tersengih pada Tan Sri Haji Zainal yang sudah menggeleng kepala. Irfan pula sedang sibuk melayan Puan Sri Hajjah Zairiah bercakap-cakap. Langsung tidak pedulikan Najwa. Tetapi dari riak wajah Irfan, Alida tahu abangnya itu sedang menyembunyikan sesuatu.
Alida terus memapah Najwa keluar dari wad. Mereka berborak-borak seperti biasa sepanjang perjalanan ke tandas. Tetapi Alida tahu, Najwa juga sedang menyembunyikan rasa di hati. Apa ye? Alida bingung.


SABRINA mengikut Encik Borhan datang melawat Irfan yang sedang terlantar di wad. Dialah yang tergedik-gedik hendak mengikut tadi walaupun tidak diajak oleh Encik Borhan. Encik Borhan sekadar memberitahu yang dia akan ke hospital melawat Irfan. Tiba-tiba sahaja Sabrina menjadi teruja hendak ikut sama. Encik Borhan tahu, Sabrina sudah gila bayang dengan Irfan kerana ketampanan lelaki muda itu. Satu lagi, sebab Irfan itu berpangkat besar. Tentulah menjadi kegilaan mana-mana aje gadis.
“Uncle, betul ke wad ni?” Sabrina agak tidak percaya. Ini wad biasa aje, bukan wad VIP atau VVIP pun. Kata orang kaya, kan? Mestilah kena duduk wad khas.
“Betul la. Tan Sri cakap, memang wad nilah Rina..” tekan Encik Borhan dengan muka serius.
“Hesy! Takkanlah kut? Dia orang tu orang berpangkatlah, uncle. There is no way yang dia orang akan duduk wad biasa dan kecik macam ni walaupun wad ni ada privacy untuk sorang pesakit je!”
Encik Borhan memandang Sabrina dengan pandangan lain macam. Oh, betullah. Sabrina tak kenal lagi dengan sikap Tan Sri Haji Zainal yang ‘kedekut’! “Betul, Rina. Tan Sri tu jenis kedekut duit ringgit sikit. Kenduri kahwin anak lelaki dia hari tu pun, buat kecil-kecilan aje..”
“Eh, ye ke? Emm.. Anak dia tu? Takkan kedekut jugak? Irfan tu..” Sabrina mulai bimbang. Kalaulah Irfan pun jenis kedekut, macam manalah dia nak hidup kalau dah berjaya memiliki lelaki itu nanti? Sia-sialah usaha dia memikat Irfan nanti! Sabrina seperti yakin yang dia akan berjaya menggoda Irfan.
Encik Borhan tersengih. Inilah masanya hendak mengenakan Irfan! Walhal Encik Borhan tahu yang Irfan tidak kedekut tetapi berjimat sama seperti abahnya. “Samalah, Rina. Like father, like son! You can try him. Tengok sama ada dia kedekut atau gentleman,”
“You’re serious??”
Encik Borhan mengangguk-angguk kecil. “Serious..”
Terhentak-hentak kaki Sabrina. Bibirnya terjuih-juih sendiri. Dah macam kera terkena kejutan elektrik pun ada. “But I’ll try. Try untuk ‘jinakkan’ dia!”
“Eh, you’re serious?” giliran Encik Borhan pula yang tanya macam tu.
Sabrina hanya tersenyum kecil. Wajah Encik Borhan hanya dijeling sekilas. Blaus kecil tanpa lengan yang dipakainya dibetul-betulkan. Skirt pendek paras sejengkal dari lutut juga di tarik-tarik supaya nampak lebih seksi sebelum memasuki wad Irfan. Dia bangga mempunyai bentuk tubuh yang menarik dan menggiurkan. Sudah ramai lelaki kaya yang sudah digodanya. Duit mereka dikikis sehingga papa kedana.
“Apa?! Kenapa kau tak terus cakap je? Kenapa kau tergagap-gagap nak beritahu pasal tu?” suara lantang seseorang tiba-tiba sahaja kedengaran dari dalam bilik wad.
Sabrina dan Encik Borhan berpandangan. Telinga mereka cuba difokuskan untuk mendengar butir-butir bicara penghuni bilik wad berkenaan. Macam rahsia penting aje tu!
“Abah ingat senang ke..” suara seorang lagi pula kedengaran. Encik Borhan yakin itu perbualan antara Tan Sri Haji Zainal dan Irfan.
“Dah tu, kau berani buat pulak hari tu? Berani buat, beranilah kau tanggung! Abah tak suka anak-anak abah yang tak tahu tanggungjawab! Kau jangan tangguh-tangguh lagi.. Abah tak nak Najwa terluka! Dia tu, perlukan kasih sayang. Abah yakin, dia dah mula sayangkan kau tu.. Kau pun kenalah beri dia kasih sayang dengan jujur!”
“Abah, Ir memang selama ni jujur dekat dia pun. Mana ada Ir tak jujur. Cuma yang menjadi masalahnya sekarang, tak senang untuk Ir buka mulut. Bila Ir ada peluang pula, asyik melepas je bah. Bukannya Ir tak cuba langsung..” tukas Irfan mulai berasa tidak senang dengan cara abahnya yang tiba-tiba seakan memaksa.
“Habis tu? Kau nak biar sampai bila ni? Sampai dia dah tahu sendiri yang kaulah lelaki tu? Lelaki yang pernah rogol dia dulu? Macam tu?!” tiba-tiba sahaja Tan Sri Haji Zainal bagai tidak dapat mengawal perasaan dan kelantangan suaranya.
Mata Sabrina dan Encik Borhan terbeliak. Mereka berpandangan. Memang mereka terkejut mendengar cerita sensasi lagi hot itu. Dan sekarang wajah mereka cukup teruja hendak mengetahui lebih lanjut. Irfan rogol Najwa? Rasa tidak percaya pula Encik Borhan bila mendengar semua itu. Tapi, Irfan tukan anak orang kaya. Tak mustahil itu kerja dia. Merosakkan anak-anak dara orang!
“Abah, perlahankan suara tu. Kalau ada orang dekat luar tu macam mana?” Irfan mengingatkan abahnya.
Sabrina dan Encik Borhan tersentak dan lari bersembunyi di sebalik pokok bunga besar yang berada tidak jauh dari wad Irfan. Mereka berpandangan dengan penuh debaran. Jari telunjuk diletakkan pada bibir masing-masing.
Dari jauh mereka sudah boleh nampak kepala Tan Sri Haji Zainal yang terjengul keluar bagi memastikan tiada sesiapa di luar bilik wad itu. Nafas mereka ditarik laju-laju. Mujurlah mereka tidak terkantoi tadi. Kalau tidak, tak tahulah apa yang akan jadi.
Oh... Jadi, Irfan ada rahsia sebesar tu? Hmm, macam-macam aku boleh lakukan ni. Rina, kau kena fikir baik-baik. Buat plan bagus-bagus! Ajak uncle kau sekali join, baru ada umphh! Kan uncle kau tu cukup tak sukakan Irfan tu? Sabrina tersenyum. Dia seperti sudah dapat meneka apa yang bakal dibuatnya...


SUDAH tiga hari Irfan di hospital. Hari ini Irfan sudah dibenarkan keluar wad. Proses discharge memakan masa separuh hari kerana kebetulan pada hari itu ramai pula orang yang keluar wad. Malam barulah mereka boleh pulang ke rumah. Dia pulang bersama Alida dan uminya kerana Tan Sri Haji Zainal sibuk di pejabat. Selama tiga hari Najwa tidak ke hospital untuk menjenguk Irfan. Itu yang membuatkan Irfan berasa gelisah selebihnya rindu. Jangankan kata melawat, telefon pun tidak. Irfan sendiri tidak berani menelefon gadis itu kerana takut tersilap cakap. Irfan nekad hendak bercakap berdepan dengan Najwa sewaktu di rumah nanti ketika berdua-duaan dengan gadis itu di bilik mereka.
Biar Najwa tahu yang dia tidak kisah semua tentang dara itu dan seterusnya dia pula yang akan berterus-terang. Jika Najwa marah sehingga meminta cerai, Irfan takkan ceraikan Najwa. Biar Najwa jatuh cinta lagi dengan dirinya, dirinya yang sebenar. Walau bagaimanapun hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Najwa, Irfan sedar yang dia kena terima semua itu seadanya.
Tiba di rumah, Irfan mencari Najwa merata-rata di dalam rumah itu selepas mendapati Najwa tiada di bilik. Dia sungguh rindukan Najwa walaupun baru 3 hari mereka tidak berjumpa. Hatinya resah tatkala terpandang kelibat gadis itu di taman mini di belakang rumah. Entah apalah yang difikirkan isterinya itu. Irfan memperlahankan langkah yang tadi begitu laju. Perlahan-lahan dia menghampiri Najwa yang cantik bertudung ringkas rona merah jambu. Dipadankan pula dengan baju kurung kapas berbunga kecil. Memang manis.
Najwa mengelap air mata yang mulai terbit di tubir mata. Tidak menyedari kehadiran Irfan di situ. Hatinya lebih parah memikirkan bagaimana dia mahu bersemuka dengan Irfan apabila lelaki itu sudah sampai ke rumah nanti? Dahlah dia sudah berterus-terang hari tu. Irfan mesti akan berikan kata putus pada malam ini. Tentu dia akan dibuang dari hidup lelaki itu. Najwa sangat yakin. Dia bangun mencapai tongkatnya, hendak beredar dari situ.
Irfan memegang tangan Najwa. Gadis itu jelas tersentak dan terkejut apabila terasa tangannya tiba-tiba digenggam. Hatinya berdebar. Kalau jemari kasar macam ni takkanlah Alida kut. Tak mungkin juga bapa mertuanya. Takkan... Irfan? Najwa menelan liur.
“Najwa..” Irfan memanggil Najwa lembut. Dia ternampak mata gadis itu yang sudah berkaca. Hampir berderai air mata.
Najwa kenal suara itu. Suara lelaki yang sudah dicintainya sepenuh hati. Suara suami yang teramat dia kasihi. Air liurnya ditelan lagi, menanti kata-kata Irfan seterusnya. Namun kebisuan Irfan membuatkan Najwa berusaha menarik tangannya dari pegangan Irfan. Tetapi genggaman lelaki itu terlalu kemas dan kuat. Dia tidak mampu membebaskan tangannya dari tangan Irfan.
“Saya tahu... Awak mesti dah..” tidak sempat habis Najwa berkata-kata, terasa tubuhnya melayang dan terlekat kemas di tubuh Irfan. Irfan memeluknya erat-erat. Mata Najwa yang tadinya berair kini sudah mula menjatuhkan manik-manik kecil. Matanya membesar kerana terkejut dengan reaksi spontan Irfan. Apa makna pelukan ini agaknya? Mulakan hidup baru atau.. Perpisahan? Meleleh lagi air mata Najwa.
“Jom, kita ke bilik dulu baru sambung bercakap..” ajak Irfan. Dia segera melonggarkan pelukan setelah lama dipeluknya tubuh Najwa. Kepala gadis itu diusap lembut. Betapa kasih sayangnya sudah tidak boleh dinafikan lagi. Dia terlalu sayangkan gadis bernama Adnin Najwa itu.
Najwa hanya menurut tanpa sebarang kata. Hanya air mata yang dibiarkan mengalir sepi di pipi. Dia berdebar memikirkan apakah yang bakal dikatakan oleh Irfan nanti. Dia sungguh bimbang jika lelaki itu benar-benar akan mengakhiri perhubungan mereka. Ya Allah, kuatkan hati hamba-Mu yang lemah dan hina ini..
Sampai di bilik, Najwa didudukkan di birai katil. Irfan melabuhkan punggung di sebelah Najwa. Jemari halus isterinya itu dicapai dan dicium lembut. Najwa tersentak apabila terasa jemarinya dikucup Irfan. Apakah maknanya semua ni? Najwa semakin berdebar.
“Awak tak jijik ke dengan saya? Lepas dah tahu semuanya..” soalan cepu mas itu melantun tiba-tiba dari bibir Najwa yang kebingungan dengan kelakuan Irfan. Ditahan hatinya supaya tidak terlalu berdebar. Sesekali air matanya yang mengalir, diseka lembut oleh Irfan. Lagilah Najwa berasa tidak logik.
Irfan menarik nafas panjang. Dia memandang wajah isterinya yang cantik menawan itu. Dia mengumpulkan kekuatan sedaya-upayanya. “Tak langsung, sayang. Sayang isteri abang dunia akhirat! Abang tak pernah jijik..”
“Tapi, kenapa abang tak cakap apa-apa pun masa di hospital hari tu? Lama abang diam.. Sampai umi masuk.. Lepas tu abang buat-buat macam Najwa takde kat situ je..” Najwa sudah tersasul jauh membahasakan diri sebagai ‘Najwa’ dan memanggil Irfan, ‘abang’. Suara Najwa kedengaran merendah, dia berasa tidak logik yang Irfan boleh terima dia dengan bulat hati.
Irfan terharu mendengar panggilan Najwa terhadapnya. Senyuman bahagia terukir indah. Perlahan-lahan tubuh Najwa ditarik semula ke dalam pelukan. “Abang bukan tak nak cakap. Tapi abang perlu berfikir betul-betul. Bila abang fikir-fikir, sebenarnya abang..”
Najwa menjongket kening. Dia tidak dapat meneka apa yang ingin disampaikan oleh Irfan. Dia tidak mampu untuk mendengar sesuatu yang buruk dari mulut Irfan.
Irfan memandang wajah Najwa. Perasaannya menggebu dan dia tersenyum. Dia tahu Najwa teringin tahu apa yang hendak dia cakapkan. “Abang fikirkan balik pasal kata-kata sayang dulu.. Yang sayang dah mula jatuh cinta pada abang. And, me too. Baru abang sedar yang... I love you too... Deeply! Abang tak boleh hidup tanpa sayang. So, apa aje keburukan sayang abang akan terima seadanya. Abang ikhlas cintakan sayang. Dah, tak payah nangis lagi...”
Dupp! Terus jantung Najwa berdegup kencang. Jemari Irfan merayap naik ke pipinya. Diseka air mata yang semakin galak menuruni pipi Najwa. Najwa terharu kerana Irfan masih mahu bersamanya. Dan dia tidak menyangka yang cintanya berbalas! Ya Tuhan. Aku bersyukur.. Najwa bagai tidak percaya apa yang baru sahaja Irfan sebutkan. Kucupan hangat singgah di dahinya dan tubuhnya kembali dipeluk erat. Bahangnya pipi Najwa apabila memikirkan semula tentang kata-katanya di hospital tempoh hari. Tak sangka Irfan dengar kesemuanya.
“Najwa... Najwa rasa..” suara Najwa kedengaran gugup. Dia cuba menyembunyikan wajahnya dari dipandang Irfan. Dia segan membiarkan lelaki itu terus merenung wajahnya. Dia tahu, Irfan tentu masih merenung. Entah-entah, muka aku ni comot tak? Kan aku menangis je dari tadi.. Malulah.. Najwa sudah kelam-kabut.
“You always look beautiful. Tak kira waktu mana pun. Sayang tetap di hati. Walaupun beribu perempuan cantik lalu kat depan mata abang ni, sayang jugak yang abang nak ushar. Sebab abang suka sangat tengok muka sayang tu... Dan sebab, sayanglah perempuan paling cantik sekali dalam dunia ni..” amboi, ayat Irfan memang berjiwang sakan.
Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dia baru ucapkan. Semuanya datang sendiri dari dalam hatinya. Ir, kau ni sibuk mengayat dia. Yang kau tu belum lagi berterus-terang pada dia, tau tak! Nanti bila nasi dah jadi bubur, apa kau akan buat? Kau dah sayangkan dia, jadi kau kena bertindak dari sekarang. Irfan bermonolog di dalam hati. Dikuatkan hati dan pendiriannya pada kali ini. Dia mahu jujur dengan Najwa. Dia tidak mahu berselindung lagi. Biarlah apa yang akan terjadi selepas dia memberitahu Najwa nanti. Biarlah apa pun hukuman yang bakal Najwa berikan, dia akan terima kecuali bercerai.
“Hmm, Najwa jatuh cinta dengan keikhlasan dan kebaikan sifat abang.. Abang terlalu baik. Bila dengan abang, Najwa rasa selamat. Abang dah ubah kehidupan Najwa menjadi lebih baik. Daripada takde family, sekarang family abang dah jadi family Najwa. Najwa amat berterima kasih, bang. Terima kasih! Abang memang lelaki yang sangat baik. Terlalu baik sampaikan Najwa pula yang rasa tak layak berada di sisi abang..” luah Najwa dengan jujur.
Irfan berasa tersentap. Dia bukanlah lelaki yang baik seperti yang Najwa sangkakan. Tiba-tiba hatinya risau. Patut ke ni aku beritahu? Dia takkan marah giler ke nanti? Aduh, dah yakin tadi. Tiba-tiba pula timbul keraguan. Hmm, syaitan aje ni. Ir, kau kena bezakan yang mana hati kau yang sebenar dan yang mana satu adalah bisikan syaitan. Kau tak boleh kecundang lagi di dalam permainan yang dimulakan oleh syaitan ini. Na’uzubillah. Irfan menarik nafas, bersedia untuk memberitahu Najwa.
“Abang...” tidak sempat juga dia hendak berkata apa-apa, Najwa dulu yang memotong. Pelukan dilonggarkan oleh Najwa.
Irfan cuba bertenang. “Hmm?”
“Najwa rasa, Najwa dah ready..” balas Najwa malu-malu. Dia pun tidak tahu kenapa dia boleh keluarkan ayat pernyataan sebegitu kepada Irfan!
“Ready? Untuk?” Irfan pula yang tidak faham kerana terlalu berserabut memikirkan bagaimana hendak memulakan kata tanpa dipotong oleh Najwa lagi selepas ini.
Darah terasa menyerbu naik ke wajah Najwa. Dia terkulat-kulat. Jemarinya mulai terasa dingin dan semakin membeku. Kalau tidak sebelum ni, Irfan yang nombor satu bila sampai bab-bab menggatal ni. Kali ni, tak pula. Atau.. Dia sengaja buat-buat tak faham sebab nak mengusik aku? Najwa mulai curiga.
“Readylah. Emm.. You know..” putus-putus ayat Najwa. Suara pun bergetar.
Irfan bertambah hairan. Apa maksud Najwa ni? Dahlah aku tengah bergelumang dengan ayat-ayat nak confess ni. Dia pula buat muka manja-manja gitu. Dia memandang wajah manis itu dalam-dalam. Tidak lama selepas itu, dia mulai faham dengan maksud Najwa. Tetapi dia tetap hendak berpura-pura tidak tahu. “No, I don’t know.. Now, tell me. What is it?”
Najwa menggigit bibir. Dia menahan darjah kepanasan di wajahnya. Semerta kedua belah tangannya dinaikkan ke muka. Segera dia menutup wajah menggunakan jari jemarinya. Dia tidak sanggup untuk bercakap lagi. Malu! Najwa terus menggigit bibir.
Irfan mulai tergoda dengan semua sikap manja yang ditunjukkan Najwa. Pertama kali Najwa bermanja-manja begitu dengannya. Takkanlah dia nak lepaskan peluang pulak kut? Perlahan-lahan dia mencapai kedua belah tangan Najwa lalu diletakkan ke dadanya yang bidang. Lama juga tangan gadis itu di dadanya. Lepas itu, bibirnya pula yang mencuri cium bibir Najwa. “Abang faham...” matanya meratah segenap sudut wajah bujur sirih milik Najwa.
Najwa tergamam. Bertambah-tambah merah mukanya. Dia cuba untuk memproses apa yang baru sahaja berlaku. Bibirnya bergetar lagi hebat dari tadi. Dia sudah mulai resah dengan permainannya sendiri. Siapa suruh kau goda laki kau tu? Kan dah kena cium! Najwa berkerut dahi dan menutup mulutnya yang baru dikucup Irfan. Entah mengapa dia berasa cuak dengan tiba-tiba. Tapi, buat apa nak cuak? Itu kan suami kau jugak, Wawa!
“Kenapa?” Irfan tanya sepatah.
Najwa menggeleng-geleng. Automatik tubuhnya berbaring ke atas katil. Aku kena tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri. Dah lama suami aku bersabar.. Aku kena berikan Irfan hak dia sebagai suami aku. Ya Allah, berkatilah hubungan kami suami isteri sehingga ke akhirnya.. Dan tangannya segera mencapai tangan Irfan. Ditarik tubuh lelaki itu di dalam pelukannya.
Irfan pula sekarang ini yang tergamam dan berdebar tidak keruan. Hmm.. Kalau terus macam ni, boleh ‘terbabas dan berlaku kemalangan’ ni! Aku sepatutnya kena berterus-teranglah, bukannya menggatal! Irfan mengentalkan hati. Dia kena berterus-terang dulu sebelum apa-apa berlaku di antara mereka.
“Sayang..” panggil Irfan dengan penuh nekad dalam diri.
“Shh..” Najwa bersuara sambil merapatkan kepalanya ke dada Irfan. Bukannya senang untuk dia kumpulkan kekuatan untuk bermanja begitu dengan suaminya dan dia kenalah biasakan diri. Dia ingin menjadi isteri Irfan yang sebenarnya mulai malam ini dan sampai bila-bila pun. Jemarinya meraba-raba wajah Irfan dengan lembut. Mata yang kecil.. Hidung yang agak tinggi dan bibir yang halus. Dan.. Cupp! Spontan Najwa mengucup bibir Irfan ketika lelaki itu sedang asyik menikmati usapan tangannya di wajah.
Naluri kelelakian Irfan terus berkocak ketika itu juga. Siapalah yang boleh bertahan jika isteri sendiri yang menggoda dan menyerah diri? Kali pertama pulak tu Najwa berkelakuan seperti seorang isteri kepadanya. Betul ke tindakan aku ni? Irfan terus hanyut dibelai Najwa.. Dia terlalu bahagia. Begitu juga Najwa.. Mereka berdua sudah berjaya mengecapi kebahagiaan ketika ini. Tetapi, akan kekalkan kebahagiaan yang terbina jika kebenaran itu masih tersembunyi jauh di antara mereka berdua?

p/s : kesian Irfan asyik xdapat nk confess je. Tapi bab lepas ni.... konflik akan menjelma bila segalanya terbongkar~ huhuhu emm xsuka plak nk buat konflik...hehehe atau korang nak bagi depa bahagia kejap baru mai konflik eh? komen la apa lagi... :D 

Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 10/08/2012 04:49:00 PM
Labels: Kurelakan Kasihmu

61 comments:

  1. Ria NatsumiMonday, October 8, 2012 at 5:08:00 PM GMT+8

    sambung lagi...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Eppy SafriMonday, October 8, 2012 at 5:16:00 PM GMT+8

    alahhhh... ader 2 malaun lak tau rahsia Najwa ngan Irfan...
    aduiiiii maksalahhh dh mariiii lagiii

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. Hafia HanaMonday, October 8, 2012 at 5:19:00 PM GMT+8

    terapkan konsep redha..
    xyah la nk merajuk sakan plak si najwa ni.
    kn jd sinetron plak.
    biarlah,najwa ni terima takdir seadanya..
    terima qada'dan qdar..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousMonday, October 8, 2012 at 5:21:00 PM GMT+8

    betul2.. bg najwa redha je la.. jgn la wat konflik berat2 sgt... bg depa bahagia je... sambung2...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousMonday, October 8, 2012 at 5:24:00 PM GMT+8

    tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk............................

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. vclMonday, October 8, 2012 at 5:39:00 PM GMT+8

    Thnk u untk n3 baru ni kak..wah makin menarik..entah mcm mne la irfan nak berterus terang kn? Rsenye mmg konfem2 la najwa akn mengamuk sakan..alahai..veron pulak yg terlebih..hehe..dah tukar lagu OST adam dan hawa ..best2..lebih feeling waktu baca n3 baru..hehe..
    p/s..kak ade typo sket..baru jadi bari..dialog antara irfan dan najwa kat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღMonday, October 8, 2012 at 5:42:00 PM GMT+8

      thanks my dear... muahhhs~ :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. vclMonday, October 8, 2012 at 5:48:00 PM GMT+8

      No thank u kak..hehe..dup dap jantung ni fkir psl konflik dorng..msti sedih kn nanti..sobs3~

      Delete
      Replies
        Reply
    3. Reply
  7. haniMonday, October 8, 2012 at 5:52:00 PM GMT+8

    tak mau encik borhan & sabrina yg gtau kat najwa....dah biasa citer mcm tu....biarlah irfan mbuat pgakuan berani mati dia....tak mau ada org ktiga yg intrfrm...hehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnonymousMonday, October 8, 2012 at 6:16:00 PM GMT+8

    Cik Penulis..bagi la depa bahgia dulu..rasa penat la nak baca part konflik ni...dan satu lagi jangan la bagi konflik yg berat2 sangat...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. ayu salinaMonday, October 8, 2012 at 6:29:00 PM GMT+8

    Akhirnya dpt gok n3 baru.
    Cepat2lh irfan berterus trg b4 sabrina membuka rahsia itu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. arzalifMonday, October 8, 2012 at 6:30:00 PM GMT+8

    Mesti sabrina tu buat hal nnti,dahla irfan lum confess lg.mamat ni nk terus terang pun lembab hahaha.jgn nnti najwa x bole terima udahla. Konflik lg besar gamaknya hihihi

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousMonday, October 8, 2012 at 6:37:00 PM GMT+8

    ish..xsuke r nan sabrina gedik tu..sis auni..sian kat adnin..xsuke lau depa gaduh ag..sob2..

    *cik intan erma norsafira

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. AnonymousMonday, October 8, 2012 at 7:01:00 PM GMT+8

    Cik writer xmau laa konflik yg berat2.....ringan2 udah ler....plz..nk tgk diorg epy jew......

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. AnonymousMonday, October 8, 2012 at 7:02:00 PM GMT+8

    Cik writer xmau laa konflik yg berat2.....ringan2 udah ler....plz..nk tgk diorg epy jew......

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. 0nion_ringMonday, October 8, 2012 at 7:12:00 PM GMT+8

    wah..cam geram lak ngan sabrina gedik n pkck dia..
    hmm konflik tkutnya???

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. Che LailaMonday, October 8, 2012 at 7:28:00 PM GMT+8

    bila najwa dapat melihat semula????

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. AnonymousMonday, October 8, 2012 at 7:40:00 PM GMT+8

    hailaaaa meroyan la pasnieh kami...........

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. EeytaMonday, October 8, 2012 at 7:46:00 PM GMT+8

    Tak payah buat konflik berat2 ye cik writer...Best nak n3 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. UnknownMonday, October 8, 2012 at 8:12:00 PM GMT+8

    konflik dulu.tapi jangan buat konflik yang terlampau berat.nnt jadi boring nak baca.nak konflik dulu baru bahagia.kalau bahagia pastu konflik pastu bahagia balik dah selalu la.buatla yang lain dari lain pulak.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. UnknownMonday, October 8, 2012 at 8:15:00 PM GMT+8

    buatla konflik dulu.tapi jangan konflik terlampau berat.nnt boring lak nak baca.biarla Najwa tu merajuk dalam 2 hari je.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. AnonymousMonday, October 8, 2012 at 8:42:00 PM GMT+8

    urmm bg konflik trus la tp mcm x sngup nk baca plak tp klau bahagia lpas tu konflik pun cedih jgk...peningnya tp cpt cpt smbung yer kak auni..x sabar nk entry baru..<3<3<3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. AnonymousMonday, October 8, 2012 at 8:49:00 PM GMT+8

    x best la kalo kisah tu Najwa tahu drpda org lain..asyik sama je flownya dengan crita2 lain..n bab irfan asyik kena halang nak confess pun da mcm biasa buat..try benda lain..

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. IchHeißeAishahMonday, October 8, 2012 at 9:43:00 PM GMT+8

    bg bahagia sementara dulu lah sis baru konflik..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. blinkallthedayMonday, October 8, 2012 at 9:50:00 PM GMT+8

    wat la bahagia dulu sat..konflik jgn berat sgt, tkt nti bosan lak sb mcm dapat teka je nti..pastu x mo la sabrina n uncle die yg taw, mcm klise sgt la plk nti..biar irfan je yg bgtaw dr mulut die sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. missQMonday, October 8, 2012 at 9:58:00 PM GMT+8

    alahai ipan..
    cepatlah bgtau.. kesian wawa..
    dahlah minah senget tu dah nak masuk jarum.. adeih..
    apapun, tahniah & thanks ye cik penulis.. moga dapatlah keluar pulak buahtangan ini ye.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. HUDAPISMonday, October 8, 2012 at 10:23:00 PM GMT+8

    biar la bhagia dulu..pastu br de konflik..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. AnonymousMonday, October 8, 2012 at 11:12:00 PM GMT+8

    konflik, br bahgia

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. aR_aD (nAbA)Monday, October 8, 2012 at 11:25:00 PM GMT+8

    bg bhgia dlu bru konflik..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  28. putri nia adeliaMonday, October 8, 2012 at 11:25:00 PM GMT+8

    bahagiaaaaaaaaaaaaaaa..tp lps tu xm0 la k0nflik berat2 sgt,kesian kt najwa n irfan...huhuhu sibuk je makhluk dua 0rg tu,xabes2 nk susahkn hdup org len

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  29. putri nia adeliaMonday, October 8, 2012 at 11:31:00 PM GMT+8

    bahagiaaaaaaaa............tp lps tu xm0 la k0nfik berat2 sgt...sian kt irfan n najwa...huhuhuu sibuk je makhluk 2 org tu,asyk nk menyusahkn org je..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  30. princesszintMonday, October 8, 2012 at 11:46:00 PM GMT+8

    sambung sambung///////

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  31. kak idaTuesday, October 9, 2012 at 1:01:00 AM GMT+8

    salam dik.. sabrina dan Borhan nampaknya merupakan antagonis dalam citer ni.. akak rasa macam dah biasa saja dalam novel novel yg lain yg mana watak ni akan menganggu gugat keharmonian rumahtangga orang dan kebiasaan dalam novel mcm klise sajakan... Sabrina dan bapa saudaranya maupun Borhan akan ugut Irfan ..mungkin menyuruh Irfan berkawen dengan Sabrina untuk menutup aib dan dosa semalamnya..dari diketahui oleh pihak media ..ma'af ya dik kalo apa yg akak tuliskan disini akan membuat adik terasa hati ini hanya dari pandangan akak saja ..

    Bagi akak setakat ini..citer ni mmg best dari segi plot dan penyampaiannya ..akak dapat merasakan apa yg wawa rasakan dalam menjalani kehidupan hariannya yg serba kekurangan dan bagaimana Irfan telah melakukukan apa saja utk meraih cinta wawa..dan cuba mencorakkan perhubungan mereka kepada yg lebih bermakna sebagai suami isteri setalah ijab dan qabul dilafazkan..

    Bagi akak ..perlukah diberitahu pada wawa yg dia lah lelaki yg telah merampas mahkotanya tanpa kerelaannya..andai itu akan membawa sengketa dan kebencian isterinya..bagi akak biarlah sejarah hitam yg dipalitkan keatas wawa itu disimpan kemas dalam lipatan kamus hidupnya jika itu dapat membahagiakan isterinya dan sekiranya mereka dikurniakan zuriat dan pada masa yg sama penglihatan wawa kembali semula..biarlah wawa yg memutuskan ..sejauh mana perjalanan perkawenan mereka..sudah pasti wawa akan memaafkan Irfan kerana Irfan sanggup bertanggungjawab keatas dirinya dengan mengembalikan maruahnya setelah ijab dan qabul dilafazkan..oleh Irfan dan meletakkan dirinya ketempat yg sepatutnya tanpa membiarkan dirinya hanyut dan menyalahi takdirnya..kan..

    Teruja nak tahu kesinambungan kisah yg menarik ini.. setelah wawa dimilikki oleh Irfan..apalagi dugaan hidup yg terbentang buat mereka berdua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღTuesday, October 9, 2012 at 7:01:00 AM GMT+8

      hehe thanks akak..pjg komen ni.. :) dun worry kak, saya akn cuba wat kelainannya..hehe actually sabrina & encik borhan ni hanyalah watak xberapa nk jahat pon... chill k.. hehehe :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  32. AnonymousTuesday, October 9, 2012 at 6:41:00 AM GMT+8

    Jgn plak rahsia irfan tu akan dibocorkn oleh sabrina n borhan tu dah klise sgtlah plak.cuba buat sesuatu yg lain sikit.jgn mengamuk lari dr rumah yg dah biasa2 tu.boringlah.pndapat saya jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღTuesday, October 9, 2012 at 7:04:00 AM GMT+8

      xla..dun wori..huhuhu thanks k komen... :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  33. tie tinieTuesday, October 9, 2012 at 6:54:00 AM GMT+8

    Nak depa bahagia selamanya...
    X mo ada konflik2... X suka...
    Ala... Kesiannya ir...
    Pasal la bapak di ckp kuat2... Adooiiii....
    Nk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღTuesday, October 9, 2012 at 7:11:00 AM GMT+8

      hihihi... emm xpe kak, auni cuba wat yg terbaik pasni ye.. :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  34. AnonymousTuesday, October 9, 2012 at 12:19:00 PM GMT+8

    jgn buat wawa lari dr umah sudahler..
    sruh jer wawa tu mogok dgn ir... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  35. AnonymousTuesday, October 9, 2012 at 1:34:00 PM GMT+8

    Bagi la dia orang bahagia dulu ye,,pastu baru la konflik menyusul..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  36. Aida SherryTuesday, October 9, 2012 at 4:31:00 PM GMT+8

    macamanapun irfan kena confess pada najwa..... kena berani.... jgn berani buat... tak berani nak mengaku....
    rahsia tak selamanya menjadi rahsia... suatu masa nanti pasti akan terbongkar semula...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  37. syazriniTuesday, October 9, 2012 at 5:31:00 PM GMT+8

    nooooo!!plissss noooo!!ir kau kena confessssssss!!bukan menggatai skrg nieeee!!aduh, gawat nie bila pikir2 psai konflik...eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  38. AnonymousWednesday, October 10, 2012 at 2:16:00 AM GMT+8

    nak diorang bahagia lu, br konflik... hihihi...

    psl bab sabrina & uncle borhan tu, i think i hv to agree with iDA.. maybe its a bit cliche if rina & uncle nye tu plak jadi org jahat yg runtuhkan marriage irfan & wawa..

    tapi, apa2 pown, cik auni seorg yg berbakat.. pasti ade cara nye nk olah citer nie jadi lg best n vavavooomm kn? :-)

    aja aja fighting, cik writer!

    ~Miss Peace~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  39. MisS_SyaWednesday, October 10, 2012 at 10:42:00 AM GMT+8

    wah..konflik =(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  40. AnonymousWednesday, October 10, 2012 at 10:43:00 AM GMT+8

    bgi la dowg bhagia dlu kak..hehehe pndai juge najwa mnggoda kan!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  41. AnonymousWednesday, October 10, 2012 at 2:25:00 PM GMT+8

    xyah nk konflik sgt kot...merajuk2 manje cukup lerrr..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  42. Dont know Wednesday, October 10, 2012 at 4:27:00 PM GMT+8

    best cerita ni..pandai aka buad pembaca tertanya tanya.tahniah yer !

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  43. AnonymousWednesday, October 10, 2012 at 5:58:00 PM GMT+8

    bestlah..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  44. aneesanuraimWednesday, October 10, 2012 at 9:06:00 PM GMT+8

    cerita ni memang ada kelainanny tp sy tertungggu-tunggu apa tindakan irfan...plz nk dia confess pada najwa..x nak la cmpur tgn pihak lain..nnti cuba la cik writer olah kasi kelainan skit sbb kami para readers kdg2 dh bleh agak jlln ceritanya...huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღSaturday, October 13, 2012 at 10:25:00 AM GMT+8

      insyaAllah saya akn cuba buat kelainannya... :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  45. UnknownThursday, October 11, 2012 at 9:45:00 PM GMT+8

    mna2 pun boleh. apa yg akak tulis semua sy suka. hihi nak lgi. ><

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  46. lavenderFriday, October 12, 2012 at 12:27:00 AM GMT+8

    Assalam...Auni
    dlm hidup ada je liku2nya...setiap org laluiny...jd ok la kot lau da konflik...p jgn la berpanjangan, t jd bosan mcm cerita indon...hehehe...
    lebih sukakan gembira dr sedih...
    just opinion^_^
    terima kasih miss writer

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  47. AnonymousFriday, October 12, 2012 at 12:28:00 PM GMT+8

    ala bagi diorang bahagia dulu kesiaan kat diorang

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  48. ღAuni_AmauniღSaturday, October 13, 2012 at 10:26:00 AM GMT+8

    terima kasih kepada smua yg komen... insyaAllah saya akn cuba sebaik mungkin dlm pembikinan jalan cerita seterusnya... :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  49. AnonymousSunday, October 14, 2012 at 3:07:00 PM GMT+8

    jgn la bg konflik berat2...biar adnin redha jer..n biar plan jahat sabrina n en borhan tu gagal krn irfan lebih awal confess dgn adnin...part arissa pulak, biar dia simpati n redha dgn nasib n jodoh adnin tu n jumpa partnernya d oversea tu...hehehe...x sbr tgu n3 seterusnya...;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  50. AnonymousSunday, October 14, 2012 at 4:16:00 PM GMT+8

    biar bhagia lerr..n biar najwa redha jerr lh..klau bleh jgn lh konflik tuu berpnjgan sngt..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  51. iezzluckyTuesday, October 16, 2012 at 10:30:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  52. iezzluckyTuesday, October 16, 2012 at 10:38:00 PM GMT+8

    best & terbaek la..... nak masuk bab2 konflik ni sedihla pulak rasanye.... hope auni buat la jalan citer ni jd unik ckit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღWednesday, October 17, 2012 at 9:27:00 AM GMT+8

      insyaAllah, dear...thx for ur support :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  53. MisS_SyaWednesday, October 17, 2012 at 5:08:00 PM GMT+8

    sis,best sgt2 sis!smbung cpt2 k...i'll be waiting! =))

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  54. AnonymousFriday, November 2, 2012 at 10:55:00 AM GMT+8

    sis, best sgt..suma cter sis best2 & terbaikk...bg can la ir & wawa hdup bgia dlu...cpt2 la cont..tq

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu