FIRDAUS
memfokuskan pandangan ke dalam pinggan yang sudah terisi bihun goreng yang
dimasak Hana. Keningnya terangkat seketika sebelum matanya menjeling Hana di
depan yang sudah mula menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya. Encik Syafie
sudah ke kebun pagi-pagi lagi tadi. Hamdan pula entah ke mana menghilang.
Tinggallah Hana berdua-duaan dengan Firdaus.
Firdaus
masih was-was mahu memakan bihun goreng yang dimasak Hana. Warnanya dahlah
hitam legam, tak ada lauk dan sayur. Bihun goreng ke bihun hangus ni? Firdaus
meletakkan kembali garpu yang dipegang sejak tadi.
Hana
berkerut dahi melihat tingkah Firdaus. "Apasal tak makan pulak? Tadi
beria-ia suruh saya masak?"
Firdaus
tertawa. Hana semakin hairan. Bertambah kerutan di dahi Hana.
"Apa
nama masakan kau ni?"
"Kenapa?"
Hana pelik. Haih, takkan chef terkenal dan terkemuka tak kenal bihun goreng?
Hana menggaru kepala yang tidak gatal.
"Hitam
legam. Lauk takde, sayur pun takde. And
food presentation? Zero marks! You failed!" komen Firdaus.
Hana
mengeluh. Apa, dia ingat ini pertandingan masakan ke? Atau masakan hotel yang
nak kena mekap lawa-lawa? "Awak tak kenal ni? Ini kan bihun goreng
'pekak'! Kita orang panggil bihun 'pekak'. Faham?"
“Bihun
what? Pekak? Rosak nama masakan kau
ni sama rosak dengan rupanya yang langsung tak menarik! Nama pun failed!”
“Ohh,
sorrylah chef. Saya ingatkan tadi takde masuk pertandingan masakan. Rupanya
ada pertandingan masakan. Siap ada food
critic lagi,” sindir Hana seraya meneruskan bersarapan. Lantaklah kalau dia
tak nak makan. Biar kebulur! Nak makan sedap-sedap, masaklah sendiri!
“Kau
bercakap macam menyindir aku. Kau perli aku ke?” soal Firdaus.
Hana
memusingkan bebola matanya tanda menyampah. Tubuh disandar ke kerusi kayu yang
didudukinya. Tangan disilangkan kedua-dua belah dan memeluk tubuh. Matanya mula
melontarkan fokus ke wajah Firdaus di hadapannya.
“Awak..
tadi awak suruh saya masak kan? So,
saya dah masak. Kalau awak tak suka, awak boleh masak sendiri masakan yang awak
suka. Lagipun, awak chef. You know about food,
better than me,” selesai berkata-kata, Hana menghabiskan saki-baki bihun
goreng di dalam pinggannya lalu bangun meninggalkan Firdaus menuju ke sinki.
Selesai mencuci pinggannya, dia segera berlalu ke ruang tamu.
Firdaus
memanjangkan leher mengikuti kelibat Hana sehingga menghilang ke ruang tamu.
Matanya melorot semula ke dalam pinggan yang terisi bihun goreng ‘pekak’ itu.
Dicapai garpu, kemudian dia mencuba bihun goreng itu. Sebaik masuk ke mulut,
mata Firdaus terbuka luas secara tiba-tiba. Rasa sedap pula bihun goreng itu
walaupun rupanya pelik begitu.
“Sedap,
kan? So, moral of the story... don’t
judge book by its cover!” tempik Hana yang tiba-tiba muncul.
Firdaus
terkesima seketika sebelum mencapai gelas berisi air kosong. Air diteguk
pantas.
Hana
tergelak-gelak sebelum berlalu. Baru dia tau siapa Hana!
ENCIK
Syafie baru balik dari berkebun. Jam sudah menunjukkan pukul 1 petang. Sudah
tidak lama lagi dah nak masuk waktu zohor. Encik Syafie segera masuk ke dalam
rumah. Hana sedang ralik menonton televisyen berseorangan ketika itu. Anak mata
Encik Syafie meliar ke sekeliling ruang tamu itu mencari Firdaus.
Haih
budak bertuah ni. Sorang-sorang dia pulak kat sini. Sepatutnya lepaklah dengan
suami. Encik Syafie menggeleng kepala. “Assalamualaikum!!”
Hana
tersentak mendengar abahnya memberi salam. Tidak sedar pula dia bila masa
abahnya itu balik. Siap dah bercekak pinggang di muka pintu. Hana segera bangun
menghampiri abahnya dan mencapai beg plastik berisi bekas makanan yang sudah
kosong. Encik Syafie memang akan membawa bekal ketika pergi berkebun. Di tangan
sebelah kirinya pula terdapat satu lagi beg plastik berisi sayur-sayuran segar
dari kebun.
“Waalaikumussalam
abah.” Hana mengucup tangan abahnya.
Encik
Syafie masih pelik dengan penampilan Hana. Selalunya budak ni sangat pentingkan
penampilan diri apatah lagi paras rupa. Dari hari tu lagi Encik Syafie bertanya
tetapi Hana tidak pula mahu menjawabnya. Akhirnya Encik Syafie malas hendak
bertanya lagi.
“Kau
buat apa kat sini tengok tv sorang-sorang? Laki kau mana? Tak ajak dia sekali?”
soal Encik Syafie keras.
Hana
berubah wajah. Daripada ceria kepada riak malas hendak menjawab. Dia membiarkan
soalan itu tidak berjawab. Hana berlalu ke dapur untuk meletakkan bekas makanan
abahnya tadi kemudian kembali ke ruang tamu. Encik Syafie sudah duduk di sofa
melepaskan lelah. Kipas angin nombor satu ditukar ke nombor tiga kelajuannya.
Peluh yang masih merenik dilap menggunakan tuala kecil yang tersangkut di
leher.
“Haii...tadi
abah tanya apa? Kau belum jawab kan?” Encik Syafie bertanya lagi sekali.
Hana
duduk di sofa berhadapan abahnya. Mata dilarikan ke kaca televisyen,
berpura-pura meneliti drama yang sedang ditayangkan.
“Kau
ni pekak ke tuli?” Encik Syafie mula meninggikan sedikit suaranya.
“Dia
adalah kat dalam bilik tu, abah..”
“Dia
buat apa?”
“Entahlah.
Lantak dialahhh..” balas Hana acuh tidak acuh.
“Dah,
kau pergi panggil dia. Cakap abah nak borak,” arah Encik Syafie tegas.
Hana
bangun dengan rasa malas. Dipandang wajah abahnya sekilas sahaja sebelum
berlalu ke bilik untuk memanggil Firdaus.
“HOIII!!
Hooiiii...” panggil Hana geram. Firdaus sedang sedap tidur ketika Hana masuk
tadi. Mahunya Hana tidak geram melihatnya.
Firdaus
masih belum membuka mata. Hana bertambah geram. “Hoiii! Bangun!”
Hana
menguis Firdaus menggunakan pembaris panjang yang entah dari mana muncul di
atas lantai bilik itu. Apabila Firdaus masih liat hendak bangun, Hana melibas
pembaris panjang itu ke pipi Firdaus.
“Woiii!!!
Wooiiii woiii woiiiii!!” Firdaus bangun secara spontan. Terkejut yang teramat
sangat dan pedih yang teramat sangat di pipinya. Diusap-usap pipinya yang sudah
kemerahan kesan libasan pembaris itu.
“Haaa..
padan muka awak! Orang kejut suruh bangun awak tak mahu bangun!” gumam Hana
dengan wajah puas hati.
“Kau
ni apahal? Dah macam hantu pocong muka kau pakai macam tu? Bedak sejuk
tebal-tebal? Aku lebih terkejut tengok muka kau dari kena libas dengan pembaris
tu lah! Kus semangat aku!” Firdaus sempat mengutuk wajah Hana yang memakai
bedak sejuk.
“Hello,
suka hati sayalah nak pakai tebal mana pun bedak sejuk. Ni muka saya bukan muka
awak, okey? Dah, tak payah nak merepek lagi. Abah panggil awak. Saya pergi
dulu. Bye!”
Firdaus
bangun dan berjalan ke almari cermin. Disikat-sikat sedikit rambutnya sebelum
keluar dari bilik. Rasa sakit hati dengan perbuatan Hana tadi masih bersarang.
Kau tunggulah. Kau tahulah nanti apa aku nak buat dekat kau!
Encik
Syafie tersenyum sebaik sahaja Firdaus masuk ke ruang tamu. “Duduk sebelah abah
ni. Abah nak berborak sikit dengan kau..”
Firdaus
tersenyum membalas. “Nak borak apa, abah?”
“Ala..borak-borak
antara bapa mertua dengan menantu lelakinya. Lelaki dengan lelaki. Kau nak tips
rumah tangga pun boleh. Nak tips melayan isteri ke, atau tips yang ‘itu’ pun
boleh,” Encik Syafie sempat menyakat Firdaus.
Firdaus
terlopong seketika. Amboi..bapa mertua aku ni advance! Firdaus menelan liur dan sedikit tersipu-sipu. Dahlah dia
tidak biasa kalau berborak pasal hal-hal ‘orang dewasa’ ni. Walaupun dah
berkahwin, dia tetap segan hendak berborak hal-hal yang dianggap sebagai
terlalu memalukan untuk dibincangkan itu.
Hana
tergelak-gelak dari jauh melihat wajah malu-malu Firdaus. Tidak cukup dengan
hanya ketawa, dia menekan perut pula tanda lucu. “Macam manalah dia ambil
kursus pra-perkahwinan dulu kan abah... Baru sikit je dah macam tu gayanya.”
Firdaus
menjeling Hana tajam. Hana menjungkit bahu sebelum berlalu.
Encik
Syafie turut tertawa. Bahu Firdaus disentuhnya lembut. “Kau suka kat Hana
dengan muka dia yang macam tu?”
“Suka!
Saya memang sejak pertama kali tengok dia, saya dah suka kat dia walaupun dia
tak cantik.” sengih Firdaus. Yakin betul dia dengan jawapan itu.
Encik
Syafie tersenyum simpul. Maknanya dia belum kenal wajah sebenar anak perempuan
aku. Kata Encik Syafie di dalam hati.
“Hana
tu cantik. Cuba tengok betul-betul.. kalau boleh tengoklah dengan mata hati.
Kau bimbinglah dia elok-elok. Kau dah jadi suami dia... tanggungjawab kau besar
dah sekarang. Dosa-dosa dia kau yang tanggung. Abah menyesal sebab tak didik
dia pakai tudung macam arwah ibu dia dulu. Abah terlalu sibuk dengan kerja..
alangkah baiknya jika kau boleh didik dia jadi seorang isteri solehah yang
menutup aurat dengan sempurna..”
Firdaus
termenung selepas mendengar kata-kata Encik Syafie yang penuh penyesalan itu. Betul
ke apa aku dah buat ni? Daripada berkahwin dengan tujuan buat Hana sedar diri,
kini dia pula dalam dilema apabila sudah disedarkan oleh Encik Syafie bahawa
dia adalah seorang yang bernama suami. Hmm..
HANA
bersalam dengan Encik Syafie dan Hamdan setelah Firdaus selesai bersalam dengan
mereka. Mereka akan pulang semula ke Kuala Lumpur pada hari ini. Beg pakaian
miliknya ditolak menghampiri kereta BMW milik Firdaus, menunggu suaminya
selesai berbicara dengan abahnya. Entah apa yang abahnya itu ingin berpesan
kepada Firdaus. Jangan dipesan yang pelik-pelik sudahlah macam semalam tu. Tips
itulah, tips inilah. Dibuatnya datang gila si Firdaus itu, mahu gila Hana nanti.
“Kau
jaga anak abah elok-elok kat sana nanti. Kau ingat apa yang abah pesan semalam.
Tanggungjawab menjaga dia sekarang abah serah dekat kau..” pesan Encik Syafie.
Firdaus
mengangguk-angguk tanda faham. “Baiklah, abah. Kami balik dulu..”
Encik
Syafie menghampiri Hana pula. Dipandang anak gadisnya yang sudah bergelar
isteri orang itu. Diusap kepala Hana, rambut Hana dielus-elus lembut. “Besar
dah anak abah. Dah jadi isteri orang sekarang. Kau jaga diri baik-baik.. jangan
derhaka pada suami. Taat pada dia, ye..”
“Insya-Allah,
abah..” jawab Hana ringkas sahaja.
“Kau
dah balik sana tu, janganlah pakai macam ni lagi. Ingat, isteri kena berhias
cantik-cantik untuk suami. Dapat pahala, tau? Dan wajib kau berhias untuk dia..”
pesan Encik Syafie lagi.
“Alaa,
abah ni. Mulalah tu..”
Encik
Syafie tersenyum.
“Hana
macam ni ada sebab...berkaitan kerja jugak. Hana kena ada feel tu untuk projek kat London nantilah. Hana kan dah cakap hari
tu?”
“Okey..
janji Hana kena jadi isteri yang baik, ya? Abah sentiasa mendoakan kebahagiaan
Hana,” Encik Syafie mencium dahi Hana sepenuh kasih sayang.
“Baik,
abah...” ucap Hana lemah. Dia tahu dia mungkin tidak dapat menjadi isteri yang
baik untuk Firdaus. Maafkan Hana, abah.
HANA
dan Firdaus mendiamkan diri di dalam kereta. Lama menunggu lampu isyarat bertukar
hijau, masing-masing menyepikan diri melayan perasaan bertemankan suara
lagu-lagu yang berkumandang di radio. Hana memandang ke luar tingkap apabila
perasan Firdaus sedang memerhatikan dia ketika ini. Apa pasal pulak mamat ni
dok pandang-pandang ni? Takkanlah dah terpikat kat aku? Hana menelan air liur.
“Hana,”
panggil Firdaus perlahan.
Hana
segera menoleh. Berdebar juga hatinya kerana tiba-tiba Firdaus memanggilnya
setelah agak lama memerhatikan dirinya. “Apa?”
“Kau
takde rasa nak pakai tudung ke?”
Firdaus menyoal secara tiba-tiba. Soalan yang langsung tidak dijangka oleh
Hana. Selama ini tak ada sesiapa pun kisah atau hendak menegur soal dia tidak
bertudung selain abahnya yang ada menegur berkali-kali juga tetapi dia hanya
mendiamkan diri sahaja.
“Kenapa
awak tanya? Tiba-tiba aje..”
Firdaus
terdiam. Takkan nak mengaku yang aku cakap sebagai seorang suami mithali kut?
Malu pulak nak mengaku diri sebagai suami orang ni.
“Mungkin
kalau kau pakai tudung, boleh nampak lawa sikit dari penampilan kau sekarang.
Mungkin hodoh-hodoh kau pun boleh jadi cantik dengan pakai tudung? Who knows kan?”
“Amboi...
Sedap hati awak mengutuk saya kan?” gumam Hana geram. Terasa besar kecik, besar
kecik mata Hana ketika memandang Firdaus ketika ini.
Firdaus
ketawa kecil. Lampu isyarat sudah bertukar hijau. Firdaus meneruskan pemanduan
sambil menjeling Hana di sebelah yang masih masam mencuka.
“Aku
cakap ni bukan sebab apa. Sebab kau tu seorang perempuan Islam. Kan lebih elok
kau bertudung, kan? Aku rasa jawapan ni tepat kut untuk soalan kau tadi?”
Hana
mula tidak senang hati dengan kata-kata Firdaus. Bukannya tidak benar semua
kata-kata lelaki itu. Cuma Hana merasakan yang masanya belum tiba untuk dia
bertudung. Bak kata kawan-kawannya yang lain, belum sampai seru untuk
bertudung. Hana memeluk tubuh. Wajahnya dihadapkan ke hadapan, merenung
kenderaan-kenderaan lain.
“Belum
sampai serulah,” jawab Hana perlahan.
Firdaus
tertawa. “What? Belum sampai seru? What are you talking about, Hana? Semua
dah ada dalam al-Quran. Seruan Allah sendiri tentang kewajipan menutup aurat.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri pun dalam hadis-hadis baginda
menyeru perempuan Islam menutup aurat dengan sempurna. So? Why are you being like
this?”
Hana
menelan air liur yang terasa seperti kelat. “You don’t know anything about me. Don’t simply judge me, okay?
Dahlah, fokus pada pemanduan tu. Nanti pukul berapa baru nak sampai KL?”
“Eh,
suka hati akulah nak cakap apa pun kan? Aku cakap berdasarkan apa yang aku
nampak dan rasa betul,” balas Firdaus.
“Tunggu
sampai rumah. Boleh? Now, please focus.”
“Suka
hati kaulah...”
Firdaus
diam setelah menghabiskan kata. Kemudian masing-masing kembali menyepi. Setelah
lama memandu, Firdaus membelok memasuki kawasan rehat. Setelah memarkir kereta,
Firdaus mulai menggeliat untuk meregangkan otot dan menghilangkan lenguh-lenguh
semasa memandu tadi. Hana yang tertidur di kerusi penumpang sebelahnya,
dipandang seketika. Wajah Hana menghala ke sebelah cermin tingkap sebelah sana.
Jadi, Firdaus hanya dapat melihat wajah gadis itu dari sisi. Cermin mata besar
Hana hampir tertanggal kerana melorot ke bawah. Firdaus mengambil cermin mata
Hana perlahan-lahan dan diletak ke dalam laci dashboard.
Buat
seketika, Firdaus tergamam melihat wajah Hana yang tidak bercermin mata itu
dari sisi. Walaupun pakaian gadis itu sangat nerdy dan kolot, wajah licin dan bersih tanpa sebutir pun jerawat
itu nampak agak menarik perhatian Firdaus. Dari bulu mata yang semula jadi
lentik, jatuh pula pada hidung yang kecil dan kemudian jatuh pada bibir yang
merah merekah walaupun tanpa secalit gincu. Tidak sedar tiba-tiba Firdaus
tertelan air liur.
Tiba-tiba
Hana menggosok mata. Bau minyak wangi Firdaus terasa terlalu menyengat ketika
itu sehingga dia terjaga dari tidur. Matanya terbeliak melihat Firdaus berada
agak hampir dengannya. Cermin matanya dicari selepas perasan dia tidak memakai
cermin mata ketika itu. Firdaus pula segera menjauhkan diri. Berpura-pura
tenang.
“Mana
cermin mata saya?” Hana mengalihkan wajahnya dari pandangan Firdaus. Lelaki itu
tersengih.
“Tu..
dalam laci dashboard,” jawab Firdaus ringkas.
“Heee..
kenapa awak tanggalkan cermin mata saya??” marah Hana. Dipakai semula cermin
matanya selepas menutup laci dashboard.
Firdaus
tersengih lagi. “Suka hati akulah.”
“Tak
ada privacy langsung macam ni!” marah
Hana lagi. Membebel seorang diri.
“Kau
nak tau tak?” kata Firdaus tiba-tiba mencelah ketika Hana sedang sibuk
membebel.
Hana
terdiam mendengar Firdaus bersuara. Dipandang wajah lelaki itu yang masih
tersengih. Hana pelik apabila Firdaus tersenyum penuh makna pula setelah habis
tersengih. “Tau apa pulak ni? Jangan bikin suspen boleh tak?”
“Kenapa?
Kau takut kat aku ke?” soal Firdaus dengan kening terangkat. Senyuman penuh
makna masih terukir.
Hana
terdiam lagi.
“Kau
takut? Seriously?” Firdaus
tergelak-gelak.
“Apa
awak merepek ni?”
“Kau
rasa aku tengah merepek ke?” soal Firdaus lagi tergelak-gelak. Lucu pula
melihat wajah Hana yang suspen dan takut-takut itu.
“Cuba
awak cakap apa yang awak nak cakap tu secara jelas. Cakap elok-elok. Tak perlu
nak ketawa-ketawa bagai,” gumam Hana.
“Okey,
okey.. aku cuma nak cakap yang kau memang hodoh sangat tadi tak pakai cermin
mata,” jawab Firdaus selamba. Menahan ketawa lagi apabila wajah Hana berubah
merah menyala.
“What ever! What ever, okay?! Puas? Gelaklah lagi. Gelak puas-puas!” geramnya
Hana. Geram sangat! Fuhh... dada Hana mulai berombak kencang.
“Dahlah,
penat nak gelak lagi. Sekarang ni kau ambik duit ni.” Firdaus menghulurkan
sekeping not seratus ringgit ke atas tapak tangan Hana. “Kau pergi belikan aku
makanan. Belikan aku pizza. Thanks.
Oh, minuman pulak, fresh orange please.
Thanks again.”
Hana
meletakkan kembali not seratus ringgit itu ke atas dashboard. “Tak perlu duit
banyak-banyak, ye Chef Firdaus. Saya pun ada duit nak kalau setakat nak beli
pizza dengan fresh orange.”
Firdaus
menarik nafas panjang dan dilepaskan selepas Hana keluar dari kereta dan
berlalu pergi. Wajah putih bersih Hana dari sisi tadi kembali terpapar. Eh,
apasal ni? Diurut-urut dada yang terasa sebu entah mengapa. Firdaus sendiri
pulak rasa takut dengan diri sendiri.
Lamer sggh menyepi.....
ReplyDeleteBz dengan anak kecik..huhuhu lpas ni akan slalu update, insyaAllah..sbb dh ada mak saudara tlg mngasuh.. :)
DeleteBest kak siti auni...sambung cecepat ehh. Jgn lambat2 lagi...seksa jiwaku ini..he3
ReplyDeleteamboi kak auni! fefeling nyer laguuu dlm web! hahaha..lama akak mnyepi. rinduuuu karya2 akak. cpt2 smbung yek! *wink wink*
ReplyDeletebest plsss update cpt okeh! =)
ReplyDeleteterbaik...
ReplyDeletebest sangat2.
ReplyDelete