-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Thursday, March 19, 2015

Mr. Selfish, Mrs. Selfie [ 10, 11, 12 ]






FIRDAUS menongkat dagu. Bibir memuncung. Fikiran pula melayang-layang memikirkan sesuatu. Kenapa Hana tidak menghubunginya?! Sudah seminggu Hana mendiamkan diri sejak mereka berjumpa kali terakhir tempoh hari! Ini tak boleh jadi! Aku kena buat sesuatu supaya dia bagi jawapan yang aku tunggu-tunggu.
Telefon yang tersimpan di dalam kocek seluar lantas diambil. Nombor Hana ditekan dan terus telefon itu ditekap ke telinga. Sekali telefon, tidak diangkat. Dua kali, pun tak angkat. Kali ketiga pula, talian dimatikan selepas diangkat. Rasa geram Firdaus kian menjadi-jadi. Main-main pulak dengan aku perempuan ni! Firdaus menelefon lagi sekali. Lama menunggu akhirnya panggilannya berjawab.
“Hello!” ucap Firdaus lantang.
Sunyi. Sepi. Tiada kata yang terkeluar dari speaker Iphone miliknya. Firdaus mendengus.
“Woii!!” jerit Firdaus. Sakit hati pula dia dengan perangai mengada-ngada Hana.
“Assalamualaikum,” ucap Hana akhirnya. Ada tawa kecil yang sinis meletus di hujung katanya. Gembira dapat menyindir Firdaus.
Firdaus mencebik. “Waalaikumussalam.”
“Yes? Boleh saya bantu?”
“Woi, woi! Takkan kau dah lupa apa yang kau dah janji dengan aku?” bentak Firdaus.
“Janji? Janji apa pulak ni?” Hana berpura-pura tidak mengerti. Hatinya mulai gelisah kerana dia sememangnya tidak dapat memikirkan jalan keluar lain selain dari mengahwini Firdaus.
Firdaus mengepal penumbuknya. Geram sangat dia dengan Hana. “Kau jangan buat-buat tak tahu pulak!”
“Apa yang awak cakap ni? Tahu apa? Hmm.. okeylah awak, saya busy ni! Banyak kerja!”
“Kau jangan sampai aku pergi sana macam hari tu. Kalau kali ni kau tak nak ikut atau buat-buat tak kenal aku, aku heret kau keluar!” ugut Firdaus.
Hana menelan liur dan tercengang-cengang. “Jangan! No! Jangan datang!”
Gila kalau Firdaus datang macam tempoh hari. Dahlah hari ini Hana pakai lawa-lawa macam biasa. Hana bukan si hodoh yang dikenali Firdaus sekarang. Kalaulah mamat itu datang, tentu mamat itu takkan percaya apa yang dia nampak. Yelah, dia kan otak tak berapa nak betul sangat!
“Haa, tahu pun kau takut ye?!” Firdaus tarik sengih. Hatinya sedikit riang kerana berjaya menakut-nakutkan Hana.
“Okey, nanti kita jumpa. I can’t talk now, I’m busy. Nanti saya contact awak semula. Okey?” balas Hana bersahaja. Segera dia mematikan talian. Tidak mahu mendengar celoteh Firdaus lebih lanjut. Boleh sakit jiwa Hana kalau terlalu bergaul dengan mamat sewel itu.
Firdaus memandang skrin Iphonenya. Gigi diketap rapat. Nafas ditarik sedalamnya. Dada makin berombak. Hana!! Berani dia matikan talian macam tu aje? Lepas tu off telefon?! Perempuan ni memang nak kena!


HANA semakin gelisah. Dipandang skrin televisyen tanpa menghayati siaran Astro Fox Movies yang menayangkan filem menarik bertajuk ‘The Devil Wears Prada’ itu. Fikirannya lebih memfokuskan masalah yang sedang dihadapi. Kalau dia berkeras macam mana pun, dia tahu yang tiada jalan lain dah selain berkahwin dengan Firdaus. Sebuah keluhan berat terhasil.
“Haiii.. mengeluh teruk nampak. Eh, kau dah kenapa ni? Dah dua tiga hari aku perasan, cuma malas nak tanya aje. Macam ada masalah aje aku tengok?” Syazana melabuhkan punggung di sebelah Hana. Berkerut dahi dia memerhatikan wajah Hana yang jelas runsing itu. Dicuit bahu Hana dengan sedikit kasar.
“Memang aku ada masalah! Masalah besar yang melibatkan hidup mati abah aku dan hidup mati aku sendiri!” hambur Hana dengan muka berkerut. Runsing! Gawat! Rasanya dah tiba masanya dia membuka rahsia ini kepada Syazana. Mungkin temannya itu punyai idea bernas atau pendapat yang bagus mengenai penyelesaian kepada masalahnya ini.
Syazana melopong. Mulut yang terbuka luas ditutup dengan kedua tangan. Kedua belah keningnya pula terangkat serentak. “Hidup dan mati? Macam serius aje ni!”
“Ha’ah, memang serius. Kalau kau tahu, mesti kau terkejut beruk punyalah!” Hana bersuara sambil cuba mengawal perasaannya supaya tidak terlalu menonjol. Dia perlu bertenang agar jiwanya juga bertenang sebelum membuat Syazana terkejut dengan ceritanya nanti. Sebab si Syazana itu memang mudah teruja pasal benda-benda seperti ini.
“Kau ni memang sengaja nak buat aku tertanya-tanya. Cepatlah cerita..” gerutu Syazana dengan perasaan tidak sabar.
“Kau janji... kau takkan cerita pasal perkara ni kat sesiapa pun. Janji?”
“Okey, okey..” balas Syazana seraya mengangguk-angguk tidak sabar.
Hana memulakan cerita dari awal sehinggalah ke masa kini. Asbab mengapa dia berada di dalam kerunsingan tahap melampau sekarang. Syazana tidak habis-habis melopong dan menutup mulut ketika mendengar cerita Hana. Separuh hati dia tidak percaya dan separuh lagi terpaksa percaya kerana memang perkara itu benar-benar terjadi pun ke atas Hana.
“Kau rasa... patut ke aku kahwin dengan si kerek tu?” soal Hana di akhir ceritanya.
Syazana menggaru dagu dan berkerut dahi. Memikirkan sesuatu di dalam kepalanya sebelum mengangguk-angguk perlahan. Cuba memproses kembali jalan cerita yang diceritakan Hana dan membuat kesimpulan dari cerita yang dianggapnya sebagai cerita ‘block buster’ itu.
“Yang kau terangguk-angguk tu apahal? Aku tanya kaulah! Kau dengar ke tak? Macam berkhayal aje..” marah Hana.
“Aku dengarlah. Kau sabarlah.. aku tengah fikirlah ni. Kau jangan buat kesimpulan aku bersimpul-simpul, boleh tak?”
Hana mencebik. Kesimpulan apa pulak. Dari air muka si Syazana ni, takkanlah dia menyokong aku kahwin dengan Firdaus? Hati Hana mulai berdetak kembali. Dijeling Syazana yang sudah bersedia untuk membuka mulut untuk memberikan kesimpulan dari cerita Hana.
“Okey. Setelah difikir-fikir, direnung-renung, dikopek-kopek, dikupas-kupas cerita kau, aku menyokong 100% kau kahwin dengan dia. Tak cukup 100%, aku up lagi tambah 500%!” Syazana terangguk-angguk yakin dengan jawapannya.
Hana terjegil. Hampir terkeluar biji mata Hana. “Amboiii kau! Penat-penat aku cerita, aku harapkan dapat idea bernas sikit untuk elakkan aku kahwin dengan dia!”
Syazana tersenyum simpul. “Kalau akulah... aku terima aje. Dahlah handsome.. lagipun, sepadanlah dengan kau yang cantik lawa ni.”
“Tapi aku buat dia nampak aku hodoh. Kau tahu tak penampilan modeling aku yang macam ala-ala betty la fea tu?”
“Alah, kira okeylah tu. Dia nak kahwin dengan kau walaupun tahu kau hodoh. Tu namanya dia memang ikhlas. Mak aku cakap, kalau lelaki tu ajak kahwin terus, tak nak couple, itu tandanya lelaki yang baik. Yang ikhlas suka kat kita dan nak bina hubungan yang diredhai oleh Allah. Okeylah tu pada pandangan aku. Kau cuba fikir.. dia yang handsome tu, boleh pilih perempuan lain yang cantik dari pilih kau yang hodoh. Tapi, mungkin dia dah betul-betul jatuh hati dengan kau kut. Tu yang dia tak kisah kau cantik atau hodoh. Kau tak fikir macam aku fikir ke? Nanti dah kahwin, kau tunjukkan la kau ni sebenarnya seorang yang cantik!”
Hana menepuk dahi. Sia-sialah dia cerita semua itu kepada Syazana. Bukan nak beri pendapat untuk mengelakkan dia kahwin dengan Firdaus. Ini menyokong lagi tu! Sebuah keluhan teramat berat dimuntahkan oleh Hana. Kepala otaknya kembali runsing dan berserabut. Hatinya menjadi kacau-bilau.
“Kau ni! Malaslah aku nak cakap dengan kau lagi. Baik aku pergi tidur!” bentak Hana. Geramnya dia pada Syazana. Gadis itu kelihatan terkebil-kebil memandang Hana yang mulai bangun.
“Kau jugak yang tanya apa yang kau patut buat. Aku bagitau la. Lagipun, kau pun takde idea lain kan. Maknanya memang dah sampai dead end. Kalau kepala otak kau dah sampai jalan buntu, kepala otak aku sampai jalan mati dah la nak terus fikir sedangkan kau pun tak dapat nak fikir lagi dah,” getus Syazana seraya mengerutkan dahi. Dia pun geram dengan Hana. Minta pendapat, tapi dia dimarahi pula bila memberi pendapat. Cekik kang si Hana ni!
Hana mengurut dahinya. Bertambah buntu pula dia rasa ketika ini. Dahlah besok dia sudah berjanji untuk pergi berjumpa Firdaus. Esok sahaja dia cuti pun, hari Ahad. Hana terduduk semula ke sofa di sebelah Syazana. Kawannya itu menjeling dari sebelah.
“So? Apa kau nak buat?” soal Syazana pendek. Soalan yang membuatkan Hana mengeluh sekali lagi.
“Tengoklah. I’ll think about it. At least, sampai malam ni. Mungkin ada idea nanti yang keluar,” ujar Hana lemah. Terasa lututnya juga turut lemah untuk berdiri.
Hana bangun dengan lemah, berjalan perlahan menuju ke biliknya berhampiran dapur. Syazana mengikuti langkah Hana hanya dengan ekor matanya. Merenung susuk tubuh Hana sehingga temannya itu menghilang ke dalam bilik dan pintu bilik tertutup. Syazana tergeleng-geleng. Sebaik menjungkit bahu, Syazana mulai menumpukan perhatian ke skrin televisyen. Filem ‘The Devil Wears Prada’ memang menjadi kegemaran Syazana. Ini sudah kali kedua dia menonton filem itu di siaran Astro. Pertama kali, semasa siaran Premiere. Kali ini siaran ulangan pula. Syazana tersenyum melihat watak yang dibawakan oleh heroin kegemarannya itu. Anne Hathaway memang selalu menjadi kegemaran Syazana. Selain filem ini, terdapat filem lain lakonannya juga yang menjadi kesukaan Syazana iaitu filem ‘Bride Wars’ dan ‘Valentine’s Day’.


PUAN Zakiah meneliti satu-persatu gambar Hana. Semuanya menarik dan penampilan gadis itu memang selalu menjadi kegemarannya. Hana menggayakan gaun-gaun pengantin dari beberapa orang pereka fesyen terkenal tanah air untuk dimuatkan di dalam majalah terbitan syarikat mereka.
Wajah Hana yang dimekap nipis itu tidak langsung menampakkan sebarang kekurangan kerana wajah Hana memang semulajadi cantik. Bak kata orang sekarang, gebu dan flawless gitu. Memang tidak sia-sia Puan Zakiah menaruh kepercayaan terhadap Hana dengan mengambil Hana bekerja sebagai model di syarikat mereka walaupun bukan sebagai model tetap. Dan walaupun Hana bukanlah seorang yang berpengalaman di dalam bidang ini.
Puan Zakiah berharap, Hana dapat membawakan watak sebagai seorang perempuan hodoh dengan baik nanti. Kali ini Puan Zakiah dengan yakin dan beraninya ingin memperkenalkan Hana di mata dunia dengan memberikan peluang kepada Hana untuk menjadi model utama bagi pementasan peragaan fesyen yang bakal diadakan tidak lama lagi di London.
Heliza datang menghantar kopi untuk Puan Zakiah sebelum duduk di hadapan wanita anggun itu. Sebuah senyuman dihadiahkan buat Puan Zakiah yang juga sedang tersenyum manis. Selepas berbalas senyuman, Puan Zakiah terus mencapai cawan kopi yang dihulurkan oleh Heliza.
“Terima kasih, Liza.” ucap Puan Zakiah ikhlas.
“Sama-sama. Puan buat apa tu?” Heliza meringankan mulut bertanya. Lagipun, dia perlu tahu juga kerana dia adalah pembantu Puan Zakiah. Manalah tahu, ada yang berkaitan kerja. Sebab Puan Zakiah tengah menilik gambar-gambar berkaitan modeling.
“Saya tengah tengok gambar-gambar Hana ni. Berbakat betul dia..”
Heliza memanjangkan leher, turut meneliti gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Puan Zakiah. Hana memang pandai bermain dengan kamera. Gayanya yang fotogenik sudah seperti model professional walaupun tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang ini.
“Betul tu, puan. Tak sia-sia kan puan ambil dia jadi model puan..” puji Heliza.
Puan Zakiah mengangguk setuju. “Oh ya. Macam mana dengan persiapan kita untuk projek usaha sama modeling di London nanti? Awak dah siapkan proposal pihak kita? Jangan miss apa-apa pun details tau. Dan jangan lupa update setiap perkembangan terkini kepada saya.”
“Ya, puan. Saya tengah usahakan proposal tu supaya siap on time. Saya pun dah contact dengan para pereka fesyen yang akan collaborate dengan kita nanti untuk baju-baju rekaan dia orang. Puan jangan risau, ye. Leave it to me. Apa-apa nanti saya update, okey?”
Puan Zakiah tersenyum seraya menghirup kopi yang dibawa oleh Heliza tadi. Pembantunya itu memang seorang yang cekap dan komited dalam menyiapkan sesuatu kerja yang diberikan. Puan Zakiah memang senang bekerja dengan Heliza. Gadis comel yang tidak banyak songeh dan menerima arahan tanpa merungut apa-apa. Setakat ini, prestasi kerja Heliza memang sangat memuaskan hati Puan Zakiah.
“Okey, apa-apa jangan lupa berikan update terkini. Saya harap projek kita akan berjaya nanti!”
Heliza mengangguk pada Puan Zakiah. “Insya-Allah, puan. Atas kerja keras kita, projek ini tentu akan berjaya.”
Puan Zakiah terangguk-angguk lagi sambil tersenyum manis. Diteliti semula gambar-gambar Hana sambil menghirup kopi. Puan Zakiah yakin yang Hana mampu buat yang terbaik nanti. Memang takkan salah tindakannya meletakkan Hana sebagai model utama dalam peragaan fesyen di London itu nanti!


HAIRIE berlari-lari anak untuk ke kafe berhadapan jalan utama itu. Sebaik sahaja lampu isyarat membenarkan pelintas jalan melintas, Hairie terus meluru ke arah kafe tersebut. Laparnya. Itu sahaja yang dia rasakan ketika ini. Tambahan lagi, malam ini hujan turun renyai-renyai. Lagilah terasa lapar.
Syazana sedang berdiri di tepi kafe yang ingin dikunjungi oleh Hairie. Payung comel berwarna merah dan bercorak polka dot putih dipegangnya erat. Dia sedang menanti Hana datang. Manalah pergi budak Hana ni agaknya? Malaslah nak tunggu dia. Lama betul pergi tandas. Baik aku tunggu dalam kereta dululah. Fikir Syazana sendiri. Tanpa melihat ke hadapan, Syazana tergopoh-gapah membuka langkah sebelum sedar yang dia terpijak kaki seseorang.
“Aduh!” Hairie mengaduh kesakitan. Terasa berdenyut-denyut kakinya akibat dipijak oleh gadis di hadapannya yang sudah kelihatan terkesima.
“Maafkan saya. Saya tak sengaja!” Syazana membeliakkan mata.
Hairie? Gulp! Syazana menelan air liur yang dirasakan tersekat-sekat. Lelaki yang dia minati ada di depan mata! Terus kelu lidah Syazana untuk meneruskan kata-kata. Selama ini, dia hanya memerhati Hairie dari jauh. Tidak berani untuk menegur kerana dia bukanlah jenis perempuan yang reti dan petah berbicara dengan lelaki. Atau lebih tepat lagi, Syazana seorang yang pemalu apabila berhadapan dengan lelaki. Apatah lagi lelaki yang diminatinya.
“Tak apa. Awak okey?” soalan Hairie membuatkan Syazana terkebil-kebil seketika.
Wajah lelaki itu yang tampan dengan rambut yang disisir kemas ke belakang, membuatkan jantung Syazana berdetuk-detak sendiri. Penampilan ringkas Hairie yang memakai sweater berlogo kelab bola sepak Liverpool dan memakai jeans berwarna biru lusuh itu sudah cukup menyerlahkan sifat kesederhanaan lelaki itu. Bau minyak wangi lelaki yang dipakai Hairie menusuk ke hidung Syazana, membuatkan jiwa wanitanya kian resah dan berdenyut laju.
“Cik..! Awak okey ke?” Hairie mengulangi pertanyaan apabila Syazana seperti sedang berkhayal memikirkan sesuatu.
Syazana tersentak. Semerta sebuah senyuman kekok terukir. Memang dia terasa kekok apabila berhadapan begini dengan Hairie. Syazana kemudiannya mengangguk perlahan sebelum bersuara lembut. “Saya okey...”
Pipi Syazana terasa membahang apabila Hairie tersenyum manis ke arahnya. Ya Allah, kacaknya. Kenapalah Hana boleh tak sukakan lelaki yang kacak seperti Hairie ni? Kalaulah Hairie ni sukakan aku, bahagianya.. bolehlah aku sukakan dia balik. Tapi muka macam aku ni, ada ke lelaki yang nak minat kat aku? Boleh mimpi aje laaa...
“Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dululah..” ujar Hairie lagi meminta diri.
Syazana mengangguk lemah. Sebenarnya dia ingin berlama-lama lagi menatap wajah Hairie dan mendengar suara lelaki itu. Syazana pasrah apabila Hairie mula ingin membuka langkah.
“Hoii! Hairie!” kedengaran suara Hana memekik dari belakang Syazana.
Syazana menepuk dahi. Dah lama dia menunggu. Tadi tak nak datang cepat. Waktu-waktu macam ni pula dia datang. Kantoilah nanti aku dengan Hairie! Mulut Hana ni suka cakap lepas jugak kadang-kadang. Syazana terasa kecut perut dengan kedatangan Hana.
“Hana! Kau buat apa kat sini?” soal Hairie teruja. Gadis idaman sudah muncul, perut yang lapar sejak tadi terus dilupakan. Tidak jadi dia hendak melangkah ke kafe tadi.
“Aku dengan kawan aku ni, Zana. Kenalkan.. ni kawan aku Syazana. Panggil dia Zana!” ujar Hana selamba. Ditarik Syazana ke hadapan sedikit.
“Oh, nama awak Syazana ye. Saya Hairie..” getus Hairie seraya tersengih.
“Tak payah kenalkan diri kau pun takpe. Si Zana ni memang dah kenal kau!” Hana dah mula mengkantoikan Syazana. Kalau dibiarkan, Hana mesti akan terlepas cakap yang Syazana sukakan Hairie nanti! Syazana mesti menghentikan kata-kata Hana yang seterusnya!
“Oh, dah kenal? Kat mana kenal saya? Sebab saya tak pernah jumpa awak pun sebelum ni?” soal Hairie, mula terfikir-fikir kelogikan kata-kata Hana tadi.
“Hana ni suka bercerita! Dia.. dia selalu cerita pasal awak! Ohh, Hana.. ini rupanya Hairie yang kau selalu cerita tu ye?” Syazana segera memotong cakap Hana sebelum gadis itu bersuara lebih lanjut. Disiku-siku Hana supaya mengiyakan apa yang dikatakan olehnya.
Hana menjeling Syazana dengan wajah hendak mengusik. Dia tahu Syazana sudah mula menggelabah apabila berhadapan dengan Hairie. Dan Hana tahu Syazana meminati Hairie kerana dia selalu memuji lelaki itu di hadapannya.
Terasa berbunga-bunga di dalam hati Hairie apabila mendapat tahu yang Hana selalu bercerita tentangnya kepada Syazana. Ini bermakna, dia adalah seseorang yang agak penting dalam hidup Hana. Kalau tidak, takkanlah Hana nak selalu bercerita tentangnya kan? Hairie tersenyum-senyum. Terasa bahagia mendengar cerita Syazana mengenai Hana.
“Yelah tuuu...” Hana tergelak-gelak.
“Betul la! Kau kan selalu bercakap pasal Hairie. Sampai aku pun tertanya-tanya siapa Hairie. Rupanya yang inilah ye..” Syazana berpura-pura baru mengenali Hairie.
“Oh, begitu...” Hairie menggaru belakang kepalanya. Senyumannya meleret seiring dengan hatinya yang kian berbunga riang.
“Okeylah, Hairie. Aku nak balik dah ni. Zana dah lama tunggu aku pergi tandas tadi..” ujar Hana akhirnya meminta diri.
“Itulah kau.. lama betul. Kau buat apa, ha?” rungut Syazana geram. Kalaulah Hana datang cepat tadi, tak adalah dia terjumpa Hairie di sini dan segala yang berlaku tadi tentu takkan berlaku. Nasib baik tak kantoi betul-betul!
Hana tersengih macam kerang busuk. “Macam biasalah.. selfie.. Instagram, Twitter..”
“Huh! Aku dah agak dah kau ni! Lain kali aku kena sita handphone kau dulu sebelum kau ke mana-mana dan suruh aku tunggu kau. Memang tak ah aku nak terkena lagi!” Syazana bersungut lagi. Geram betul dengan Hana!
Hairie tertawa lucu. Hana... Hana! Lawak betul bakal isteri aku ni! Hairie melopong selepas berkata-kata di dalam hati. Eh, nasib baik tak tercakap begitu tadi. Kalau tak, kantoilah perasaan aku dekat Hana. Hairie menumpukan perhatian pada wajah Hana. Sebu terasa hatinya setiap kali memandang wajah itu. Dan rasa sejuk mata memandang.


HANA merenung ke luar tingkap. Suasana di dalam salah sebuah bilik di banglo mewah milik Firdaus itu langsung tidak membuatkan Hana teruja. Kerana Hana bukanlah jenis perempuan mata duitan yang mudah teruja dengan kemewahan sebegini. Kata pembantu rumah Firdaus yang dikenali sebagai Mak Tam, itu adalah bilik bacaan Firdaus.
Mak Tam adalah seorang pembantu rumah yang baru diambil bekerja di rumah itu. Mak Tam merupakan isteri kepada salah seorang kawan Pak Usu Firdaus yang sudah meninggal dunia. Kerana permintaan dari Pak Usunya supaya membantu keluarga Mak Tam, maka Firdaus pun mengambil Mak Tam bekerja di situ.
“Cik Hana.. ini kopi. Sekejap lagi Tuan Firdaus datang ye..” ujar Mak Tam seraya menghulurkan secawan kopi kepada Hana. Manakala secawan lagi kopi untuk Firdaus diletakkan di atas meja berhadapan Hana.
Hana menaikkan dan membetul-betulkan cermin mata besarnya yang hampir melorot ke bawah. Baju kemeja putih digayakan bersama pencil skirt berwarna hitam dan bercorak bunga-bunga putih yang besar. Kasut boothitam yang bertumit agak tebal turut dipadankan bersama penampilannya. Wajahnya seperti biasa, dimekap hodoh dan ringkas sahaja seperti betty la fea. Kali ini rambutnya bertocang satu diikat kemas ke atas dan dilepaskan mengurai ke bawah.
Firdaus memasuki bilik berkenaan dengan langkah bersahaja. Dia sudah tahu jawapan Hana nanti. Oleh itu, senyuman lebar sentiasa terhias di bibirnya. Dengan perasaan gembira, dia segera melabuhkan punggung ke kerusi kayu di hadapan Hana.
Hana menjeling dengan ekor mata. Walaupun geram, Hana mengambil sikap untuk sentiasa bertenang dan nampak bersahaja.
Firdaus memerhatikan Hana dari atas ke bawah. Hana nampak sedikit berbeza dari kebiasaan. Nampak lebih... kemas. Firdaus terangguk-angguk kecil. Sedikit kagum melihat perubahan Hana yang baginya tidaklah banyak sangat ketara itu. Cuma.. lebih kemas sahaja. Mungkin nak nampak menarik sikit di depan aku. Tapi tak pandai! Firdaus tersenyum sinis.
“Kau dah ada jawapan? Kau ke sini sebab nak beri jawapan kan..”
Hana menahan perasaan geram dan sakit hatinya. Dia mesti bertenang di hadapan Firdaus! Selepas menghirup kopi, Hana meletakkan cawan berisi kopi itu ke atas meja. Dijeling wajah Firdaus yang nampak gembira itu. Hana pun tidak faham mengapa Firdaus nampak gembira sangat. Takkanlah dia happy sangat nak kahwin dengan perempuan hodoh seperti aku ni? Agak-agaklahhh! Tak logik langsung! Hana berfikir sendiri. Memang dia berasa tidak logik.
“Okey, sebelum saya bersetuju.. awak kena jawab dulu soalan cepu mas saya ni. Barulah saya berpuas hati dan boleh setuju kahwin dengan awak!” Hana mula bersuara.
Firdaus tergelak kecil. “Soalan? Bagilah soalan apa pun. Aku cuba jawab dengan baik dan memuaskan hati kau..”
“Okey...” Hana tersenyum sinis sebelum menyambung kata. “Kenapa awak nak sangat kahwin dengan saya? Yelah, saya ni kan hodoh. Saya rasa, memang tak logik awak nak kahwin dengan saya!”
Firdaus terpinga-pinga seketika dengan soalan itu. Memang betul-betul cepu mas soalan itu. Dia melarikan anak matanya dari memandang Hana. Berfikir-fikir jawapan yang sesuai untuk dijawab pada Hana.
“Berapa kali aku nak cakap dekat kau ni? Sebab aku kesian kat kaulah. Kan salah aku.. sebab aku yang beria-ia setuju nak kahwin dengan kau depan bapak kau hari tu? Kau ni hilang ingatan ke atau memang pelupa? Kau banyak makan semut hitam ke?” Firdaus berpura-pura serius padahal dia pun baru saja dapat idea begitu.
“Tak logik! Awak ni seorang yang pentingkan diri. Ego. Tak suka mengaku salah awak! Takkanlah awak sanggup kahwin dengan saya hanya disebabkan abah saya? Nonsense!” sembur Hana.
Setahu dia, Firdaus memang seperti yang digambarkannya tadi. Kalau tidak, takkanlah pasal kunci kereta dia hari itu pun dia boleh ungkit-ungkit dan tidak mahu mengaku salah bahawa dia yang jatuhkan kunci itu merata-rata. Dah cukup baik ada orang jumpa kunci itu. Bukan nak berterima kasih, tetapi Hana dituduh pula denganbermacam-macam tuduhan tidak berasas.
“Eh.. Hello, hello!” Firdaus memetik jari di hadapan muka Hana yang merah padam kerana menahan geram itu.
Hana tersentak dan kembali memberi tumpuan pada Firdaus yang ingin mengatakan sesuatu. “Apa? Tak betul apa yang saya cakap?!”
“Memang tak betul langsung!”
“Apa yang tak betulnya?”
“Hei, kau dah berapa lama kenal aku ni? Suka hati kau aje nak buat kesimpulan macam tu? Kau ingat kau tu dah lama kenal aku? Kau berani cakap perangai aku macam tu?!” Firdaus terasa bengang tiba-tiba.
“Oh, tahu pulak marah ye bila orang tuduh-tuduh awak! Awak tu selalu tuduh saya macam-macam, awak ingat saya tak sakit hati? Tak marah?” Hana memulangkan paku buah keras. Ambik kau!
Firdaus cuba bertenang. Dia tidak boleh tersalah cakap. Kalau tidak, hancur segala rancangannya! Firdaus menarik nafas panjang dan dilepaskan sekaligus. Mata dipejam seketika sebelum kelopak mata diurut-urut dengan jemarinya. Cuba mencari ruang untuk berfikir sejenak.
“Okey. Itu saja jawapan aku. Yang awal tadi. Kau tanya kenapa aku nak sangat kahwin dengan kau kan? Ye, sebab aku kesiankan kau. Karang apa-apa jadi pada bapak kau, aku tak nak kau salahkan aku pulak! Terpulanglah kau nak percaya atau tak!” hambur Firdaus keras.
Hilang segala keceriaannya awal tadi. Sakit pula hatinya memikirkan semula kata-kata Hana yang sesuka hati mahu membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadap personaliti dirinya. Wajah gadis berkaca mata besar itu dipandang tajam. Kalaulah boleh, Firdaus rasa nak tarik-tarik rambut si Hana tu. Hisyyy.. tapi dah macam perempuan bergaduh pula bertarik rambut, kan. Dah tu, takkan nak bergusti pulak? Walaupun aku macam ni, aku bukan lelaki dayus yang suka-suka nak pukul perempuan!
Hana tergelak sinis. “Sekarang ni pun saya dah memang salahkan awak pun! Kalaulah awak tak memandai hari tu, semua ni takkan jadi tau! Mesti waktu ni awak buat hal awak, saya pula buat hal saya. Tentu kita takkan berjumpa lagi dan kita tentu takde apa-apa kaitan lagi!”
“So, just straight to the point. Aku kan dah jawab soalan cepu mas kau. Kau nak apa lagi? Tak payah nak panjangkan cerita dan celoteh kau tu. Aku malas nak dengar. Aku ada banyak kerja lagi nak buat. Disebabkan nak jumpa kau ni, aku dah cancel sesi fotografi dengan majalah Maskulin tadi!”
Hana terasa hendak ketawa. Maskulin? Maskulin sangat ke? Rasa nak muntah aje aku tengok mamat ni! Pui.. Hana hanya mampu ketawakan Firdaus di dalam hati. Malas hendak memanjangkan lagi pertelagahan antara mereka.
“Okey.. setuju. Tapi dengan dua syarat...” balas Hana ringkas.
“Syarat? Syarat apa pulak?”
“Lepas kahwin, awak kena tidur di bilik yang lain. Saya tak nak berkongsi bilik dengan awak. Boleh?”
Firdaus tergelak besar kali ini. Wajah Hana yang terpinga-pinga dipandang sinis. “Aku pun baru nak letak syarat macam tu kat kau! Kau ingat aku teringin nak tidur sebelah kau? Mimpi bolehlah!”
Hana menggumam-gumam mulutnya. Rasa macam nak cili-cilikan aje mulut si Firdaus kurang ajar ni! “Kalau sebilik pun, ada saya sebut saya nak tidur sekatil dengan awak ke? Tidur sekatil pun saya tak nak! Sebab tulah saya ajak duduk bilik asing-asing!”
Tawa Firdaus kian rancak. Amboi, suka pulak dia? Tanpa sedar, Hana merenyuk-renyuk tisu di tangan yang baru dicapai tadi. Sakitnya hati tengok Firdaus ketawa macam tu...
“Don’t worry.. rumah aku ni banyak bilik. Kau pilih aje nak bilik yang mana...” ujar Firdaus berbangga.
Hana tersengih lebar. “Eh, sebelum bercakap pasal bilik... ada satu lagi syarat, awak belum dengar.”
“Apa lagi??” rasa geram pula Firdaus. Macam-macam pula demand minah ni!
“Siapa cakap kena duduk rumah banglo awak? Saya nak kita pindah lepas kahwin nanti. Saya nak duduk rumah biasa aje. Tak nak rumah banglo mewah-mewah macam ni. Tak biasalah. Seram pun ada rumah besar-besar macam ni. Sunyi!”
“What?!” terkejut beruk Firdaus dengan syarat kedua itu.
“Kenapa? Awak tak boleh tepati ke?”
Firdaus memejamkan mata. Okey, untuk kali ini sahaja aku setuju dengan syarat perempuan ni. Dah lama jadi suami dia nanti, tahulah macam mana aku nak mengajar dia jadi isteri yang ‘solehah’. Tahulah aku nak bawak dia pindah sini balik. Aku kan suami. Mesti dia kena turut kata aku nanti. Sekarang kena mengalah dululah sebab belum ada kuasa veto ke atas Hana..
“Okay..No problem. Kau ingat aku ni tak boleh hidup kat rumah yang biasa?”
Hana tergelak sinis. “Okay then. Tak sangka awak menurut pula kali ni. Selalu kan asyik nak menang aje...”
Firdaus mengunci mulutnya. Tidak mahu berkata apa-apa untuk membalas. Tunggu lepask kahwin. Habislah kau aku kerjakan, Hana!


FIRDAUS tergelak-gelak seorang dirinya. Shakir menarik muka hairan. Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pelik dengan ketawa Firdaus yang semacam orang sudah hilang akal itu. Stress sangat ke dengan hidup? Ingatkan lepas main badminton tadi, hilanglah stress sikit. Ini tidak, boleh tergelak seorang diri di atas tangga bangunan court badminton itu.
Sambil mengesat peluh yang deras menuruni dahinya dengan tuala kecil di leher, Shakir mula duduk di sebelah Firdaus. Lelaki itu sah-sah nampak Shakir dah datang dan duduk di sebelah, tetapi masih belum berhenti ketawa. Dah macam suara jin dalam cerita Ahmad Albab bunyi ketawa Firdaus tika ini. Bukan makin perlahan, tetapi makin kuat pula.
“Hoi! Kau jangan bikin aku seram sejuk boleh tak? Dahlah malam ni malam Jumaat! Kau kena sampuk ke?” Shakir mengerutkan dahi serta segera menjauhkan sikit dirinya dari Firdaus apabila lelaki itu memandangnya.
Semerta tawa Firdaus yang rancak tadi terhenti. Dijeling tajam wajah Shakir yang kehairanan dan nampak ketakutan. “Mulut kau tu jangan cabul sangat. Aku penumbuk karang!”
“Haih.. dah kau ketawa macam hantu mengilai tu.. kau ingat aku tak seram? Pelik pun ada kau tiba-tiba ketawa macam tu! Dah la duduk sorang-sorang pulak tu masa tengah ketawa,” ujar Shakir seraya memeluk tubuh. Digosok-gosok kedua lengannya untuk meredakan bulu romanya yang mula tegak tadi. Tengkuknya juga disapu-sapu kasar. Memang agak seram dia melihat ketawa Firdaus tadi.
“Merepeklah kau ni! Sehari kau tak merepek memang tak sah!” gerutu Firdaus. Tangannya segera membuka penutup botol air mineral. Dia meneguk air mineral dengan agak rakus. Terasa dahaga pula selepas ketawa kuat macam tadi.
“Betul apa aku cakap. Kau dah kenapa ketawa macam tadi? Kau ada masalah mental ke kalau kau tak kena sampuk hantu?”
Firdaus mencerunkan pandangan ke wajah Shakir yang mula kecut. Sahabatnya itu tergelak-gelak kecil. Takut kena marahlah tu.
“Merepek lagi! Karang aku cepuk kau, kau yang jadi mental sekejap tau..” getus Firdaus, cuba memeras ugut Shakir. Firdaus hanya bergurau, tetapi Shakir pula yang melebih-lebih memberikan reaksi.
“Tolonglah.. tolonglah jangan apa-apakan saya, bang..” suara gurauan Shakir itu membuatkan Firdaus tertawa geli hati. Dan kemudiannya, Shakir turut serta ketawa.
“Kau kenapa? Happy semacam aje aku tengok?” Shakir menyambung bicara selepas tawa mereka berdua reda.
Firdaus hanya menjungkit bahu. Tidak mahu mengulas lebih lanjut. Biar Shakir terasa suspen sikit. Hanya bibirnya sahaja yang mengukir senyuman. Dan kemudian, tawa besarnya tadi kembali riuh. Wajah Hana terbayang. Itu yang membuatkan Firdaus geli hati dan gembira tahap maksimum.
Firdaus sendiri pun tidak faham mengapa dia terlalu seronok hendak berkahwin dengan Hana. Ada sesuatu tentang Hana.Mungkin disebabkan gadis itu tidak sedar yang diri itu hodoh, ada hati pula hendak menolak lelaki kacak sepertinya? Terasa tidak sabar pula Firdaus hendak memperisterikan Hana. Tak sabar-sabar rasanya dia hendak mengenakan gadis itu nanti! Seronok juga ada tempat untuk membuli.
Shakir tekanan melihat ketawa Firdaus itu. Diambil shuttlecock satu lalu dipukul dengan perlahan menggunakan raket badmintonnya, dan shuttlecock itu tepat mengenai kepala Firdaus. Tawa Firdaus terhenti lagi serta-merta. Shakir tersengih puas hati.
“Dah aku tanya tak nak jawab. Kau boleh tak jangan ketawa macam tu? Risau aku tau. Aku test aje tadi tu kat kepala kau. Kut-kut betul kau dah mental. Hahaha! Jangan marah der..”
“Kau nak aku test kat kepala kau?” Firdaus mengugut geram.
“Ala, sorrylah. Lagipun aku pukul perlahan aje..” Shakir tersengih-sengih. Belakang kepalanya digosok. “Alaaa.. sorrylah!”
“Haa.. tahu pun takut!” balas Firdaus. Nasib baiklah tak sakit. Kalau sakit, tentu Firdaus dah balas dendam balik kepada Shakir.
“Kau ceritalah... kenapa kau happy sangat?”
“Kau jangan cerita kat sesiapa, ye.. ini rahsia kita..”
“Okey.. janji..” ujar Shakir tidak sabar-sabar lagi.
“Seminggu lagi.. aku nak kahwin!” kata Firdaus sambil tersengih.
Shakir menerkup mulut. Nasib baik dia tidak terjerit di situ. Yelah, dia memang terkejut sangat dengan berita itu. Awek pun dia tak ada. Dah nak kahwin? Shakir pelik dengan Firdaus.
“Seriously? Dengan siapa? Kau tu awek pun takde walaupun ramai perempuan yang nakkan kau!”
“Haaa.. Itulah rahsia tu. Kau kenalah datang majlis perkahwinan aku nanti. Baru kau tahu siapa,” ujar Firdaus lagi. Suka dia melihat Shakir yang sudah tertanya-tanya.
“Aku sepak jugak mamat ni karang. Cepatlah cakap! Dengan siapa?” Shakir membuat gaya mahu melesing Firdaus.
Firdaus tergelak-gelak. “Kau ingat kan aku pernah kena tangkap basah hari tu? Dengan perempuan tu laa..”
Shakir terlopong. “Eh, kau biar betik? Eh, bukan dah settle ke hari tu? Kan kau dah bayar semua denda.. Lagi pun, that girl is.. Ugly! Kau memang taste perempuan hodoh ke?”
Dengan perasaan selamba serta muka tidak bersalah, Shakir bertanya Firdaus membuatkan riak wajah Firdaus berubah. “Eh, eh dia ni! Kau mulut tu jangan nak biadap sangat. Aku ada rancangan aku sendiri nak kahwin dengan dia.. Kau ingat aku hadap sangat nak kahwin dengan perempuan hodoh macam tu?”
“Kau jangan cakap besar, bro. Nanti kau jatuh hati pulak lepas kahwin. Hahaha!” Shakir tergelak besar melihat Firdaus merah muka menahan marah. Seronok Shakir mengusik Firdaus.
“Sorry, I won’t! Aku takkan jatuh cinta la dengan perempuan muka macam tu,” balas Firdaus bersahaja setelah menenangkan dirinya.
“Kau cakaplah besar. Kau belum tahu apa nak jadi di masa depan, kan? Manalah tahu, Allah dah rancang semua ni untuk kau hidup dengan dia sampai mati.. Manalah tahu, Allah akan buatkan kau jatuh hati kat dia nanti. We don’t know the future. Dan kita tak tahu apa takdir kita nanti, kan?”
“No, I won’t and I’m sure about it..”
“Well, we will see..” sengih Shakir sebelum menyambung ayat. “Dahlah, daripada kau duk membebel tu, baik kau belanja aku minum kat kedai mamak sebelah ni!”
Firdaus menarik muka ketat. “Boleh.. Boleh blah!”


“AKU terima nikahnya Syarifah Nur Hanani binti Ahmad Syafie dengan mas kahwin dua ratus ringgit tunai..”
Hana resah. Sudah berapa kali lafaz akad nikah itu berulang-ulang dimainkan di dalam mindanya, bagai sudah dirakam dengan recorder. Ulang tayang sewaktu dia dicium dahi dan terpaksa mencium tangan Firdaus juga jelas terpapar di ruang mata. Sudah beratus kali rasanya ulang tayang itu terlayar sejak tadi. Wajah-wajah saudara-mara terdekat yang datang turut terbayang.
Mereka semua pelik melihat penampilan wajah Hana dan pilihan baju pengantin yang dipilih. Semuanya bukan menggambarkan diri Hana sendiri yang selama ini amat mementingkan penampilan diri supaya nampak sentiasa cantik. Mujurlah sedikit sahaja saudara-mara yang dapat hadir, manakala selebihnya tidak dapat hadir. Hanya berkirim salam sahaja. Dan mujurlah masing-masing tidak banyak bunyi. Semuanya pulang selepas mengeyangkan perut dan bersalam-salam.
Pintu bilik diketuk dan ditolak dari luar. Kenduri yang diadakan di rumah keluarga Hana telah lama tamat. Sejak tadi Hana mengurung diri di dalam bilik dengan alasan pening kepala. Ya, memang dia pening kepala sangat! Rasa menyesal pun ada sebab buat keputusan berkahwin dengan mamat kerek itu. Tapi, apakan daya. Hana sudah pun bergelar isteri kepada Firdaus.
“Kau takut ke?” Firdaus menyergah Hana yang jelas sedang mengelamun sendiri.
Hana tersentak. Ditoleh wajahnya ke kiri, di mana suara Firdaus kedengaran tadi. Matanya terbelalak kerana wajahnya hampir sangat dengan wajah Firdaus. Hampir tercium pipi lelaki itu tadi. Deruan nafas Firdaus dan bau minyak wangi lelaki yang sangat harum telah menggoncang sanubari Hana. Terasa berdebar di dalam hatinya.
Hana menjarakkan diri. “Saya tak takut pun la..!” balas Hana, cuba menenangkan dirinya yang menggelabah tadi.
Firdaus agak terkejut melihat wajah Hana sebenarnya tetapi dia tidak mahu tunjukkan. Wajah hodoh yang berbedak sejuk tebal dan berbaju kelawar itu memang mampu menakutkan sesiapa saja termasuklah hantu. Ya, hantu pun takut nak kacau Hana kut kalau nampak Hana macam ni!
Firdaus tertawa melihat wajah Hana yang mula menggelabah. Mesti dia terpikat tadi! Penat-penat aku sembur minyak wangi sebelum masuk bilik tadi! Hahaha! Tidak cukup dengan ketawa di mulutnya, di dalam hati pun Firdaus sedang mentertawakan Hana. Aku akan buatkan kau melutut di kaki aku. Berani kau cakap kau tak minat nak kahwin dengan aku hari tu? Kan sekarang kau dah kena kahwin dengan aku! Firdaus senyum lebar.
“Ye ke? Tak takut? Betul?” Firdaus merapatkan dirinya kepada Hana.
Hana menjauhkan pula dirinya. Firdaus rapat lagi, Hana terus menjarakkan diri sampai ke dinding bilik. Hah, sudah! Dah tak dapat jarakkan diri lagi!
“Awak ni dah kenapa? Kan kita dah setuju yang kita takkan tidur sekali sebilik?!” tempelak Hana. Bergemuruh hatinya tatkala itu.
Firdaus gelak. “Kau dah takutlah tuuuu.. Lagi pun, ini rumah bapak kau. Takkan nak tidur bilik lain? Nanti apa pulak dia cakap, kan?”
Hana menelan air liur yang terasa kesat. Dijeling sepintas lalu wajah Firdaus yang sedang tersengih-sengih di sebelah. Hana memeluk tubuh dengan spontan. Reaksi yang sangat spontan kerana melihat senyuman miang-miang keladi Firdaus. Takkanlah dia tak mual tengok aku yang hodoh ni? Penat-penat aku menghodohkan lagi penampilan tadi dengan pakai bedak sejuk gini.. pakai baju kelawar pulak tu. Adoii.. mamat ni..
“Awak jangan buat pasal! Walaupun kita tak boleh tidur asing-asing sekarang, awak tak boleh tidur atas katil saya ni. Faham? Awak tidur bawah..”
“Sorrylah, aku pun tak hingin tidur sekatil dengan kau. And, correction. Kau tidur bawah. Okey? Katil ni milik aku sekarang..” getus Firdaus lalu dengan selamba melayangkan tubuhnya ke atas katil Hana yang empuk lagi nyaman itu. Dipeluk bantal panjang di atas katil itu dengan selesa.
“Tak boleh! Itu kan katil saya!” marah Hana. Geramnya!
“Aku takkan tidur kat lantai bawah tu. Kalau kau nak tidur atas katil, meh la.. Tidur sebelah aku..” tegas Firdaus dengan wajah mengusik.
“Tak nak!”
“Haa, kalau tak nak.. tidur bawah ye..”
“Tak nak! Saya nak katil saya!”
“Kalau kau nak aku tidur bilik lain, okey.. nanti aku tanya bilik lain kat bapak kau. Setuju?”
Hana diam. Mulutnya berkumat-kamit geram. “Awak ni...”
“Good night, then. Sweet dreams, darling. Muah, muah, muahh..” Firdaus mula berbaring dan memejamkan mata dengan selesa.
Hana geram yang amat. Dihentak-hentak kakinya geram. “Eeeee! Ishhhhhh!”
Firdaus memekakkan telinga.
“Okay, fine. Aku nak tengok mamat ni boleh tidur tak malam ni? Dia tak tahu lagi macam mana tidur kat rumah kampung. Biarkan dia..” Hana pula yang ketawa jahat di dalam hati.


FIRDAUS terjaga apabila terasa gatal-gatal. Matanya dibuka kecil, memerhatikan lengannya yang gatal. Gelaplah. Firdaus mencapai telefon pintarnya. Aplikasi lampu suluh dibuka lalu tempat gatal itu disuluh dengan cahaya lampu telefonnya. Kesan merah akibat digaru tadi kelihatan. Macam.. gigitan nyamuk aje nampaknya. Tiba-tiba dia terasa miang di tengah belakangnya pula ketika mengiring begini. Lepas itu, betisnya pula miang. Hmm.. confirm.. mesti aku kena gigit nyamuklah ni... Firdaus mengeluh dan merungut sendiri.
Hisy... yang perempuan tu tidur kat bawah, takde bunyi pulak? Nyamuk tak kacau dia ke? Firdaus tertanya-tanya. Disuluh ke arah lantai bilik untuk memastikan Hana ada di situ atau tidak. Semerta bibir Firdaus menggumam geram. Patutlah pun! Dia pasang kelambu rupanya! Huh!
Firdaus segera bangun sambil menggaru-garu badannya yang gatal-gatal. Ditambah pula dengan nyamuk yang kerap datang menggigit. Ditampar-tampar nyamuk yang menggigit tetapi ada lagi yang datang. Banyaknya nyamuk kat sini! Firdaus semakin geramkan Hana.
"Hoii! Bangun! Bangunnn!" Firdaus segera mengejutkan Hana yang tengah sedap tidur di dalam kelambu.
Firdaus bertambah geram apabila Hana tidak terjaga. Dia mengetap gigi. Sakit pula hati ini! Firdaus menarik nafas panjang dan dilepaskan. "Woii! Bangunnn!"
Hana terdengar panggilan Firdaus. Sesekali kedengaran lelaki itu merungut-rungut pasal nyamuk yang banyak. Hana menahan tawa dari terburai. Haa, baru dia tahu! Kau nak sangat tidur atas katil tu kan tadi. Tidur laaaa.. tidur.. biar kau rasa penangan nyamuk-nyamuk di kampung aku ni! Hana tersengih-sengih lucu.
Firdaus menggumam seorang diri apabila Hana masih tidur. Dia ni tidur atau buat-buat tidur ni? Nak kena agaknya perempuan ni! Dengan perasaan geram, Firdaus menghampiri suis lampu dan menekan suis itu supaya lampu terpasang. "Hoi! Bangunlahhh.. kau ambillah katil kau ni balik! Biar aku tidur kat bawah!"
Hana tergelak-gelak perlahan. Dengan pantas dia bangun dan memisat matanya, berpura-pura baru bangun dari tidur dan masih mengantuk.
"Apa? Awak ni kacau betul orang tengah sedap tidur atas lantai ni," getus Hana berpura-pura menahan kuap. Tidak cukup dengan lakonan itu, dia mengeliat pula.
"Dah, dah! Tepi sikit. Aku nak tidur situ. Kau pergi tidur atas katil!" Firdaus segera masuk ke dalam kelambu walaupun Hana masih belum keluar.
Hana terpanar melihat tindakan Firdaus. Dengan pantas, Hana menjauhkan diri. "Awak ni tak reti nak tunggu saya keluar dulu ke? Kata nak sangat tidur atas katil tu kan? Ni tak sampai dua jam tidur, dah melalak tengah-tengah malam buta. Kenapa? Tak best tidur situ ke?"
"Oh, yang kau sedap tidur sini pakai kelambu.. kau biar aku tidur dengan nyamuk! Kau fikir aku rasa best kena gigit nyamuk?" herdik Firdaus geram.
Hana tertawa sinis. Rasa lucu pun ada melihat riak wajah Firdaus ketika ini. "Well, okeylah.. Saya pergi tidur dengan nyamuk pula ye.. Awak tidurlah sini dalam kelambu.."
Firdaus hanya memandang pergerakan Hana keluar dari kelambu itu. Hmm, selamba aje perempuan ni. Tak risau kena gigit nyamuk ke? Nampak macam tak terkesan langsung pun bila kena tidur bertemankan nyamuk? Ahh, mungkin dia dah biasa kut tidur kena gigit nyamuk. Ahh, aku peduli apa? Baik tidur lagi bagus. Mengantuk betul ni!
Hana tersenyum-senyum melihat Firdaus mula berbaring di atas lantai dengan hanya berlapikkan sebiji bantal. Hana tersenyum penuh muslihat. Setelah memastikan Firdaus mula nyenyak tidur, Hana ke almarinya untuk mengambil sesuatu. Tidak lama kemudian, Hana ke suis lampu untuk memadamkan lampu sebelum mula naik ke katil. Suasana mulai gelap dan sunyi sepi...


KEESOKAN harinya...
Bunyi ayam berkokok mengejutkan Firdaus dari tidur. Iphone 5s nya dicapai perlahan. Jam digital di skrin memaparkan sekarang sudah pukul 6.00 pagi. Ya Allah! Solat subuh! Firdaus segera terbangun dari berbaring. Terasa sengal-sengal badannya kerana tidur di atas lantai yang keras itu. Ditoleh kepalanya ke arah katil Hana. Dibuka lagi aplikasi lampu suluh di telefon pintarnya itu. Setelah menyuluh ke arah katil, dia ternampak susuk tubuh gadis itu yang sedang sedap tidur berdakap dengan bantal di atas katil dan berada di dalam KELAMBU! Diulang sekali lagi. KELAMBU!
Besar kecik mata Firdaus ketika ini. Gelora di dada terasa menyesakkan nafasnya. Sakitnya hati kerana dipermain-mainkan oleh gadis itu! Firdaus segera bangun menghampiri katil setelah menekan suis lampu. Suasana terang-benderang kini. Memang sah-sah Hana tidur dalam kelambu di atas katil!
"Woii! Bangunn!" jerit Firdaus. Marahnya!
Hana terkejut mendengar suara Firdaus yang kasar itu. Bukan tak pernah dengar suara kasar lelaki itu, cuma kali ini lebih kasar! Hana bangun dari pembaringannya. Sambil memisat mata, Hana cuba memfokuskan mata ke wajah Firdaus. Rasa mamai masih menguasai diri.
"Apa lagi ni?" marah Hana.
"Kau tanya apa lagi?? Apa lagi? Kau dah permain-mainkan aku semalam, kau tanya apa lagi?"
Hana terlopong. Laa, dah kantoi awal rupanya. Hana kemudiannya tersengih-sengih. "Ala, awak ni. Itu pun nak berkira dengan perempuan!"
"Berkira atau tak, aku nak kau bangun sekarang! Off from the bed!" arah Firdaus.
"Eh, kenapa pulak saya kena ikut cakap awak ni?" gerutu Hana, cuba mengingkari arahan itu.
"Because I'm telling you to. And because I'm your husband! Aku ada kuasa veto ke atas kau. Kau faham dan sedar tak yang kau tu seorang isteri? Isteri kepada aku!"
Hana tertawa. Suami? Kuasa veto? Amboi, pandailah pulak ye dia sekarang? "Awak jangan nak kerek sangatlah.."
"Kau bangun sekarang! Sebelum kau kena cium dengan aku!" ugut Firdaus.
Hana tersentak. Matanya sedikit membesar mendengar perkataan yang amat menggelikan itu. Cium? Huh! Meremang rasanya tengkuk Hana. Seramnya! Hana menjeling Firdaus. Segera Hana menegakkan diri dan terus turun dari katil. Cermin mata dicapai dan dipakai kemas terletak di batang hidungnya.
"Haa, tahu pun takut. Sekarang ni, kau ke sini!" panggil Firdaus.
Hana menelan air liur yang tersekat-sekat. Bukan main agresif pula mamat ni pagi-pagi macam ini. Hana berjalan perlahan-lahan menghampiri Firdaus sambil mengikat rambutnya yang mengerbang selepas bangun tidur. Tubuh Hana berhenti terpacak di hadapan Firdaus, agak jauh.
"Dekat lagi!" Firdaus mengarahkan Hana supaya lebih hampir kepadanya.
Hana menggeleng-geleng tidak mahu. Kecut perut Hana melihat Firdaus yang serius.
"Atau kau nak kena cium?" ugut Firdaus lagi, lebih keras. Dalam hatinya, rasa hendak ketawa begitu menggeletek hati.
Hana berjalan hampir sedikit sahaja dengan Firdaus. Mukanya dialihkan ke arah lain, tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu. Firdaus tertawa sinis. Baru kau kenal siapa aku. Suami kau! Kau tahu tak?
"Awak nak apa ni?"
"Aku nak bagitau kau..."
"Bagitau apa pulak? Aduhh.."
"Aku nak.." Firdaus sengaja tidak menghabiskan ayat.
Hana menelan liur. Cermin mata dibetul-betulkan. Suspen betul. Hati mulai berdebar memikirkan yang bukan-bukan. Janganlah Firdaus minta yang bukan-bukan darinya..
"Nak apa lagi???"
"Aku nak kau pergi solat, lepas tu buatkan aku sarapan. Aku tak nak orang lain buat, aku nak kau yang masak sendiri. Faham?"
Selepas berkata-kata, Firdaus ketawa besar dan terus keluar dari bilik selepas mencapai tuala mandi. Hana terkebil-kebil. Huh!!! Berani betul dia kenakan aku? Hana menggerutu sendirian. Geramnya! Sakit hatinya! Ingat aku ni apa? Pui! Hana menghentakkan kaki geram. Benci!!


p/s : sorry selalu lambat. dah ada anak kecik baby lagi so x brapa ada masa nak update..hihihi...apa2 kekeliruan boleh bgtau yer..thanks for reading :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 3/19/2015 10:23:00 AM
Labels: msms

10 comments:

  1. AnonymousFriday, March 20, 2015 at 7:49:00 AM GMT+8

    Best. Nk lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. syihaFriday, March 20, 2015 at 8:34:00 AM GMT+8

    best ^_^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousFriday, March 20, 2015 at 1:28:00 PM GMT+8

    Yes dha lama tggu. Kluar jgak. Ngeeeeee thanks kak Auni! =) BEST!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousFriday, March 20, 2015 at 7:16:00 PM GMT+8

    Lame betul kak auni menyepi..citer baru ni best kak..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. adaWednesday, March 25, 2015 at 4:04:00 AM GMT+8

    Best. .

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. AnonymousSaturday, June 13, 2015 at 12:45:00 AM GMT+8

    Salam kak.. Best la citer ni! Update pleaseeee... Btw camne sy na beli printed novel akak Kasihmu Kurelakan? Na tau ending irfan and najwa huhuhuhu~ terkejut itew nama watak dlm novel tu sama dgn nama itew hew hew hew... - Risa

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. SurayaMonday, July 27, 2015 at 6:15:00 PM GMT+8

    alaa bile nk smbung

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. SurayaThursday, July 30, 2015 at 3:40:00 PM GMT+8

    update plesssss

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. Miss FatinMonday, August 3, 2015 at 6:16:00 PM GMT+8

    salam akak... MasyaAllah.. I love your writings very much.. you got talent akak.. keke... wish to know bout you sooner... pape pon.. thumbs up for your magnificent story.. can't wait for the next update...hihi
    #kipidap

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AnonymousFriday, November 6, 2015 at 4:58:00 PM GMT+8

    lamenye menyepi....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu