-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Saturday, November 14, 2015

Mr. Selfish, Mrs. Selfie [ 13, 14 ]







FIRDAUS memfokuskan pandangan ke dalam pinggan yang sudah terisi bihun goreng yang dimasak Hana. Keningnya terangkat seketika sebelum matanya menjeling Hana di depan yang sudah mula menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya. Encik Syafie sudah ke kebun pagi-pagi lagi tadi. Hamdan pula entah ke mana menghilang. Tinggallah Hana berdua-duaan dengan Firdaus.
Firdaus masih was-was mahu memakan bihun goreng yang dimasak Hana. Warnanya dahlah hitam legam, tak ada lauk dan sayur. Bihun goreng ke bihun hangus ni? Firdaus meletakkan kembali garpu yang dipegang sejak tadi.
Hana berkerut dahi melihat tingkah Firdaus. "Apasal tak makan pulak? Tadi beria-ia suruh saya masak?"
Firdaus tertawa. Hana semakin hairan. Bertambah kerutan di dahi Hana.
"Apa nama masakan kau ni?"
"Kenapa?" Hana pelik. Haih, takkan chef terkenal dan terkemuka tak kenal bihun goreng? Hana menggaru kepala yang tidak gatal.
"Hitam legam. Lauk takde, sayur pun takde. And food presentation? Zero marks! You failed!" komen Firdaus.
Hana mengeluh. Apa, dia ingat ini pertandingan masakan ke? Atau masakan hotel yang nak kena mekap lawa-lawa? "Awak tak kenal ni? Ini kan bihun goreng 'pekak'! Kita orang panggil bihun 'pekak'. Faham?"
“Bihun what? Pekak? Rosak nama masakan kau ni sama rosak dengan rupanya yang langsung tak menarik! Nama pun failed!”
“Ohh, sorrylah chef. Saya ingatkan tadi takde masuk pertandingan masakan. Rupanya ada pertandingan masakan. Siap ada food critic lagi,” sindir Hana seraya meneruskan bersarapan. Lantaklah kalau dia tak nak makan. Biar kebulur! Nak makan sedap-sedap, masaklah sendiri!
“Kau bercakap macam menyindir aku. Kau perli aku ke?” soal Firdaus.
Hana memusingkan bebola matanya tanda menyampah. Tubuh disandar ke kerusi kayu yang didudukinya. Tangan disilangkan kedua-dua belah dan memeluk tubuh. Matanya mula melontarkan fokus ke wajah Firdaus di hadapannya.
“Awak.. tadi awak suruh saya masak kan? So, saya dah masak. Kalau awak tak suka, awak boleh masak sendiri masakan yang awak suka. Lagipun, awak chef. You know about food, better than me,” selesai berkata-kata, Hana menghabiskan saki-baki bihun goreng di dalam pinggannya lalu bangun meninggalkan Firdaus menuju ke sinki. Selesai mencuci pinggannya, dia segera berlalu ke ruang tamu.
Firdaus memanjangkan leher mengikuti kelibat Hana sehingga menghilang ke ruang tamu. Matanya melorot semula ke dalam pinggan yang terisi bihun goreng ‘pekak’ itu. Dicapai garpu, kemudian dia mencuba bihun goreng itu. Sebaik masuk ke mulut, mata Firdaus terbuka luas secara tiba-tiba. Rasa sedap pula bihun goreng itu walaupun rupanya pelik begitu.
“Sedap, kan? So, moral of the story... don’t judge book by its cover!” tempik Hana yang tiba-tiba muncul.
Firdaus terkesima seketika sebelum mencapai gelas berisi air kosong. Air diteguk pantas.
Hana tergelak-gelak sebelum berlalu. Baru dia tau siapa Hana!


ENCIK Syafie baru balik dari berkebun. Jam sudah menunjukkan pukul 1 petang. Sudah tidak lama lagi dah nak masuk waktu zohor. Encik Syafie segera masuk ke dalam rumah. Hana sedang ralik menonton televisyen berseorangan ketika itu. Anak mata Encik Syafie meliar ke sekeliling ruang tamu itu mencari Firdaus.
Haih budak bertuah ni. Sorang-sorang dia pulak kat sini. Sepatutnya lepaklah dengan suami. Encik Syafie menggeleng kepala. “Assalamualaikum!!”
Hana tersentak mendengar abahnya memberi salam. Tidak sedar pula dia bila masa abahnya itu balik. Siap dah bercekak pinggang di muka pintu. Hana segera bangun menghampiri abahnya dan mencapai beg plastik berisi bekas makanan yang sudah kosong. Encik Syafie memang akan membawa bekal ketika pergi berkebun. Di tangan sebelah kirinya pula terdapat satu lagi beg plastik berisi sayur-sayuran segar dari kebun.
“Waalaikumussalam abah.” Hana mengucup tangan abahnya.
Encik Syafie masih pelik dengan penampilan Hana. Selalunya budak ni sangat pentingkan penampilan diri apatah lagi paras rupa. Dari hari tu lagi Encik Syafie bertanya tetapi Hana tidak pula mahu menjawabnya. Akhirnya Encik Syafie malas hendak bertanya lagi.
“Kau buat apa kat sini tengok tv sorang-sorang? Laki kau mana? Tak ajak dia sekali?” soal Encik Syafie keras.
Hana berubah wajah. Daripada ceria kepada riak malas hendak menjawab. Dia membiarkan soalan itu tidak berjawab. Hana berlalu ke dapur untuk meletakkan bekas makanan abahnya tadi kemudian kembali ke ruang tamu. Encik Syafie sudah duduk di sofa melepaskan lelah. Kipas angin nombor satu ditukar ke nombor tiga kelajuannya. Peluh yang masih merenik dilap menggunakan tuala kecil yang tersangkut di leher.
“Haii...tadi abah tanya apa? Kau belum jawab kan?” Encik Syafie bertanya lagi sekali.
Hana duduk di sofa berhadapan abahnya. Mata dilarikan ke kaca televisyen, berpura-pura meneliti drama yang sedang ditayangkan.
“Kau ni pekak ke tuli?” Encik Syafie mula meninggikan sedikit suaranya.
“Dia adalah kat dalam bilik tu, abah..”
“Dia buat apa?”
“Entahlah. Lantak dialahhh..” balas Hana acuh tidak acuh.
“Dah, kau pergi panggil dia. Cakap abah nak borak,” arah Encik Syafie tegas.
Hana bangun dengan rasa malas. Dipandang wajah abahnya sekilas sahaja sebelum berlalu ke bilik untuk memanggil Firdaus.


“HOIII!! Hooiiii...” panggil Hana geram. Firdaus sedang sedap tidur ketika Hana masuk tadi. Mahunya Hana tidak geram melihatnya.
Firdaus masih belum membuka mata. Hana bertambah geram. “Hoiii! Bangun!”
Hana menguis Firdaus menggunakan pembaris panjang yang entah dari mana muncul di atas lantai bilik itu. Apabila Firdaus masih liat hendak bangun, Hana melibas pembaris panjang itu ke pipi Firdaus.
“Woiii!!! Wooiiii woiii woiiiii!!” Firdaus bangun secara spontan. Terkejut yang teramat sangat dan pedih yang teramat sangat di pipinya. Diusap-usap pipinya yang sudah kemerahan kesan libasan pembaris itu.
“Haaa.. padan muka awak! Orang kejut suruh bangun awak tak mahu bangun!” gumam Hana dengan wajah puas hati.
“Kau ni apahal? Dah macam hantu pocong muka kau pakai macam tu? Bedak sejuk tebal-tebal? Aku lebih terkejut tengok muka kau dari kena libas dengan pembaris tu lah! Kus semangat aku!” Firdaus sempat mengutuk wajah Hana yang memakai bedak sejuk.
“Hello, suka hati sayalah nak pakai tebal mana pun bedak sejuk. Ni muka saya bukan muka awak, okey? Dah, tak payah nak merepek lagi. Abah panggil awak. Saya pergi dulu. Bye!”
Firdaus bangun dan berjalan ke almari cermin. Disikat-sikat sedikit rambutnya sebelum keluar dari bilik. Rasa sakit hati dengan perbuatan Hana tadi masih bersarang. Kau tunggulah. Kau tahulah nanti apa aku nak buat dekat kau!
Encik Syafie tersenyum sebaik sahaja Firdaus masuk ke ruang tamu. “Duduk sebelah abah ni. Abah nak berborak sikit dengan kau..”
Firdaus tersenyum membalas. “Nak borak apa, abah?”
“Ala..borak-borak antara bapa mertua dengan menantu lelakinya. Lelaki dengan lelaki. Kau nak tips rumah tangga pun boleh. Nak tips melayan isteri ke, atau tips yang ‘itu’ pun boleh,” Encik Syafie sempat menyakat Firdaus.
Firdaus terlopong seketika. Amboi..bapa mertua aku ni advance! Firdaus menelan liur dan sedikit tersipu-sipu. Dahlah dia tidak biasa kalau berborak pasal hal-hal ‘orang dewasa’ ni. Walaupun dah berkahwin, dia tetap segan hendak berborak hal-hal yang dianggap sebagai terlalu memalukan untuk dibincangkan itu.
Hana tergelak-gelak dari jauh melihat wajah malu-malu Firdaus. Tidak cukup dengan hanya ketawa, dia menekan perut pula tanda lucu. “Macam manalah dia ambil kursus pra-perkahwinan dulu kan abah... Baru sikit je dah macam tu gayanya.”
Firdaus menjeling Hana tajam. Hana menjungkit bahu sebelum berlalu.
Encik Syafie turut tertawa. Bahu Firdaus disentuhnya lembut. “Kau suka kat Hana dengan muka dia yang macam tu?”
“Suka! Saya memang sejak pertama kali tengok dia, saya dah suka kat dia walaupun dia tak cantik.” sengih Firdaus. Yakin betul dia dengan jawapan itu.
Encik Syafie tersenyum simpul. Maknanya dia belum kenal wajah sebenar anak perempuan aku. Kata Encik Syafie di dalam hati.
“Hana tu cantik. Cuba tengok betul-betul.. kalau boleh tengoklah dengan mata hati. Kau bimbinglah dia elok-elok. Kau dah jadi suami dia... tanggungjawab kau besar dah sekarang. Dosa-dosa dia kau yang tanggung. Abah menyesal sebab tak didik dia pakai tudung macam arwah ibu dia dulu. Abah terlalu sibuk dengan kerja.. alangkah baiknya jika kau boleh didik dia jadi seorang isteri solehah yang menutup aurat dengan sempurna..”
Firdaus termenung selepas mendengar kata-kata Encik Syafie yang penuh penyesalan itu. Betul ke apa aku dah buat ni? Daripada berkahwin dengan tujuan buat Hana sedar diri, kini dia pula dalam dilema apabila sudah disedarkan oleh Encik Syafie bahawa dia adalah seorang yang bernama suami. Hmm..

HANA bersalam dengan Encik Syafie dan Hamdan setelah Firdaus selesai bersalam dengan mereka. Mereka akan pulang semula ke Kuala Lumpur pada hari ini. Beg pakaian miliknya ditolak menghampiri kereta BMW milik Firdaus, menunggu suaminya selesai berbicara dengan abahnya. Entah apa yang abahnya itu ingin berpesan kepada Firdaus. Jangan dipesan yang pelik-pelik sudahlah macam semalam tu. Tips itulah, tips inilah. Dibuatnya datang gila si Firdaus itu, mahu gila Hana nanti.
“Kau jaga anak abah elok-elok kat sana nanti. Kau ingat apa yang abah pesan semalam. Tanggungjawab menjaga dia sekarang abah serah dekat kau..” pesan Encik Syafie.
Firdaus mengangguk-angguk tanda faham. “Baiklah, abah. Kami balik dulu..”
Encik Syafie menghampiri Hana pula. Dipandang anak gadisnya yang sudah bergelar isteri orang itu. Diusap kepala Hana, rambut Hana dielus-elus lembut. “Besar dah anak abah. Dah jadi isteri orang sekarang. Kau jaga diri baik-baik.. jangan derhaka pada suami. Taat pada dia, ye..”
“Insya-Allah, abah..” jawab Hana ringkas sahaja.
“Kau dah balik sana tu, janganlah pakai macam ni lagi. Ingat, isteri kena berhias cantik-cantik untuk suami. Dapat pahala, tau? Dan wajib kau berhias untuk dia..” pesan Encik Syafie lagi.
“Alaa, abah ni. Mulalah tu..”
Encik Syafie tersenyum.
“Hana macam ni ada sebab...berkaitan kerja jugak. Hana kena ada feel tu untuk projek kat London nantilah. Hana kan dah cakap hari tu?”
“Okey.. janji Hana kena jadi isteri yang baik, ya? Abah sentiasa mendoakan kebahagiaan Hana,” Encik Syafie mencium dahi Hana sepenuh kasih sayang.
“Baik, abah...” ucap Hana lemah. Dia tahu dia mungkin tidak dapat menjadi isteri yang baik untuk Firdaus. Maafkan Hana, abah.


HANA dan Firdaus mendiamkan diri di dalam kereta. Lama menunggu lampu isyarat bertukar hijau, masing-masing menyepikan diri melayan perasaan bertemankan suara lagu-lagu yang berkumandang di radio. Hana memandang ke luar tingkap apabila perasan Firdaus sedang memerhatikan dia ketika ini. Apa pasal pulak mamat ni dok pandang-pandang ni? Takkanlah dah terpikat kat aku? Hana menelan air liur.
“Hana,” panggil Firdaus perlahan.
Hana segera menoleh. Berdebar juga hatinya kerana tiba-tiba Firdaus memanggilnya setelah agak lama memerhatikan dirinya. “Apa?”
“Kau takde rasa nak pakai tudung ke?” Firdaus menyoal secara tiba-tiba. Soalan yang langsung tidak dijangka oleh Hana. Selama ini tak ada sesiapa pun kisah atau hendak menegur soal dia tidak bertudung selain abahnya yang ada menegur berkali-kali juga tetapi dia hanya mendiamkan diri sahaja.
“Kenapa awak tanya? Tiba-tiba aje..”
Firdaus terdiam. Takkan nak mengaku yang aku cakap sebagai seorang suami mithali kut? Malu pulak nak mengaku diri sebagai suami orang ni.
“Mungkin kalau kau pakai tudung, boleh nampak lawa sikit dari penampilan kau sekarang. Mungkin hodoh-hodoh kau pun boleh jadi cantik dengan pakai tudung? Who knows kan?”
“Amboi... Sedap hati awak mengutuk saya kan?” gumam Hana geram. Terasa besar kecik, besar kecik mata Hana ketika memandang Firdaus ketika ini.
Firdaus ketawa kecil. Lampu isyarat sudah bertukar hijau. Firdaus meneruskan pemanduan sambil menjeling Hana di sebelah yang masih masam mencuka.
“Aku cakap ni bukan sebab apa. Sebab kau tu seorang perempuan Islam. Kan lebih elok kau bertudung, kan? Aku rasa jawapan ni tepat kut untuk soalan kau tadi?”
Hana mula tidak senang hati dengan kata-kata Firdaus. Bukannya tidak benar semua kata-kata lelaki itu. Cuma Hana merasakan yang masanya belum tiba untuk dia bertudung. Bak kata kawan-kawannya yang lain, belum sampai seru untuk bertudung. Hana memeluk tubuh. Wajahnya dihadapkan ke hadapan, merenung kenderaan-kenderaan lain.
“Belum sampai serulah,” jawab Hana perlahan.
Firdaus tertawa. “What? Belum sampai seru? What are you talking about, Hana? Semua dah ada dalam al-Quran. Seruan Allah sendiri tentang kewajipan menutup aurat. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri pun dalam hadis-hadis baginda menyeru perempuan Islam menutup aurat dengan sempurna. So? Why are you being like this?”
Hana menelan air liur yang terasa seperti kelat. “You don’t know anything about me. Don’t simply judge me, okay? Dahlah, fokus pada pemanduan tu. Nanti pukul berapa baru nak sampai KL?”
“Eh, suka hati akulah nak cakap apa pun kan? Aku cakap berdasarkan apa yang aku nampak dan rasa betul,” balas Firdaus.
“Tunggu sampai rumah. Boleh? Now, please focus.”
“Suka hati kaulah...”
Firdaus diam setelah menghabiskan kata. Kemudian masing-masing kembali menyepi. Setelah lama memandu, Firdaus membelok memasuki kawasan rehat. Setelah memarkir kereta, Firdaus mulai menggeliat untuk meregangkan otot dan menghilangkan lenguh-lenguh semasa memandu tadi. Hana yang tertidur di kerusi penumpang sebelahnya, dipandang seketika. Wajah Hana menghala ke sebelah cermin tingkap sebelah sana. Jadi, Firdaus hanya dapat melihat wajah gadis itu dari sisi. Cermin mata besar Hana hampir tertanggal kerana melorot ke bawah. Firdaus mengambil cermin mata Hana perlahan-lahan dan diletak ke dalam laci dashboard.
Buat seketika, Firdaus tergamam melihat wajah Hana yang tidak bercermin mata itu dari sisi. Walaupun pakaian gadis itu sangat nerdy dan kolot, wajah licin dan bersih tanpa sebutir pun jerawat itu nampak agak menarik perhatian Firdaus. Dari bulu mata yang semula jadi lentik, jatuh pula pada hidung yang kecil dan kemudian jatuh pada bibir yang merah merekah walaupun tanpa secalit gincu. Tidak sedar tiba-tiba Firdaus tertelan air liur.
Tiba-tiba Hana menggosok mata. Bau minyak wangi Firdaus terasa terlalu menyengat ketika itu sehingga dia terjaga dari tidur. Matanya terbeliak melihat Firdaus berada agak hampir dengannya. Cermin matanya dicari selepas perasan dia tidak memakai cermin mata ketika itu. Firdaus pula segera menjauhkan diri. Berpura-pura tenang.
“Mana cermin mata saya?” Hana mengalihkan wajahnya dari pandangan Firdaus. Lelaki itu tersengih.
“Tu.. dalam laci dashboard,” jawab Firdaus ringkas.
“Heee.. kenapa awak tanggalkan cermin mata saya??” marah Hana. Dipakai semula cermin matanya selepas menutup laci dashboard.
Firdaus tersengih lagi. “Suka hati akulah.”
“Tak ada privacy langsung macam ni!” marah Hana lagi. Membebel seorang diri.
“Kau nak tau tak?” kata Firdaus tiba-tiba mencelah ketika Hana sedang sibuk membebel.
Hana terdiam mendengar Firdaus bersuara. Dipandang wajah lelaki itu yang masih tersengih. Hana pelik apabila Firdaus tersenyum penuh makna pula setelah habis tersengih. “Tau apa pulak ni? Jangan bikin suspen boleh tak?”
“Kenapa? Kau takut kat aku ke?” soal Firdaus dengan kening terangkat. Senyuman penuh makna masih terukir.
Hana terdiam lagi.
“Kau takut? Seriously?” Firdaus tergelak-gelak.
“Apa awak merepek ni?”
“Kau rasa aku tengah merepek ke?” soal Firdaus lagi tergelak-gelak. Lucu pula melihat wajah Hana yang suspen dan takut-takut itu.
“Cuba awak cakap apa yang awak nak cakap tu secara jelas. Cakap elok-elok. Tak perlu nak ketawa-ketawa bagai,” gumam Hana.
“Okey, okey.. aku cuma nak cakap yang kau memang hodoh sangat tadi tak pakai cermin mata,” jawab Firdaus selamba. Menahan ketawa lagi apabila wajah Hana berubah merah menyala.
“What ever! What ever, okay?! Puas? Gelaklah lagi. Gelak puas-puas!” geramnya Hana. Geram sangat! Fuhh... dada Hana mulai berombak kencang.
“Dahlah, penat nak gelak lagi. Sekarang ni kau ambik duit ni.” Firdaus menghulurkan sekeping not seratus ringgit ke atas tapak tangan Hana. “Kau pergi belikan aku makanan. Belikan aku pizza. Thanks. Oh, minuman pulak, fresh orange please. Thanks again.”
Hana meletakkan kembali not seratus ringgit itu ke atas dashboard. “Tak perlu duit banyak-banyak, ye Chef Firdaus. Saya pun ada duit nak kalau setakat nak beli pizza dengan fresh orange.”
Firdaus menarik nafas panjang dan dilepaskan selepas Hana keluar dari kereta dan berlalu pergi. Wajah putih bersih Hana dari sisi tadi kembali terpapar. Eh, apasal ni? Diurut-urut dada yang terasa sebu entah mengapa. Firdaus sendiri pulak rasa takut dengan diri sendiri.


Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 11/14/2015 04:22:00 PM
Labels: msms

7 comments:

  1. ayu salinaSaturday, November 14, 2015 at 4:37:00 PM GMT+8

    Lamer sggh menyepi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღSaturday, November 14, 2015 at 4:43:00 PM GMT+8

      Bz dengan anak kecik..huhuhu lpas ni akan slalu update, insyaAllah..sbb dh ada mak saudara tlg mngasuh.. :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  2. AnonymousSaturday, November 14, 2015 at 8:16:00 PM GMT+8

    Best kak siti auni...sambung cecepat ehh. Jgn lambat2 lagi...seksa jiwaku ini..he3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. MisS_SyaSaturday, November 14, 2015 at 8:21:00 PM GMT+8

    amboi kak auni! fefeling nyer laguuu dlm web! hahaha..lama akak mnyepi. rinduuuu karya2 akak. cpt2 smbung yek! *wink wink*

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousSunday, November 15, 2015 at 9:00:00 AM GMT+8

    best plsss update cpt okeh! =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. UnknownSunday, November 15, 2015 at 9:30:00 AM GMT+8

    terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. UnknownMonday, November 16, 2015 at 2:14:00 PM GMT+8

    best sangat2.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu