-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Friday, May 4, 2012

Kurelakan Kasihmu 15, 16 & 17



“APA? Betul ke apa yang saya dengar ni, Cik Najwa?” soal Irfan Naufal seakan tidak percaya. Baru sahaja Adnin Najwa memberitahu bahawa dia bersetuju kahwin dengan Irfan Naufal.
Tinie di sebelah Adnin Najwa sudah tersengih-sengih lebar sambil mengangkat-angkat kening. Gaya ‘thumbs up’ juga dibuat. Irfan Naufal pula yang tersengih lucu. Hebat betul Tinie kerana berjaya memujuk Adnin Najwa. Fizul di sebelah Tinie juga kelihatan teruja. Rancangan mereka berjaya 200%!
“Betul Encik Irfan. Saya sudi kahwin dengan awak..” balas Adnin Najwa mengesahkan pernyataannya awal tadi. “Tie.. dan.. emm, Encik Fizul kan? Boleh tak saya bercakap berdua-duaan dengan Encik Irfan je untuk waktu sekarang ni je?” pinta Adnin Najwa penuh mengharap.
“Boleh, bolehh..” jawab Fizul diikuti oleh Tinie. “Jangan lama-lama tau. Nanti kena tangkap basah! Hahaha.. Gurau ja.. Janganlah buat muka seposen macam tu..” seloroh Tinie dengan sengihan lebar apabila wajah Adnin Najwa berubah wajah tekanan.
“Dia orang dah keluar..” ujar Irfan Naufal apabila pintu bilik sudah terkatup rapat dan kini tinggallah dia berdua-duaan bersama Adnin Najwa.
Adnin Najwa berdehem seketika. Entah mengapa, lidahnya kini terasa kelu pula. Tadi, bukan main dia mengarang ayat di dalam kepala otak. Tapi sekarang? Apa pun susah nak keluar. Adnin Najwa mengeluh pula buat seketika. Dia perlu nekad. “Okey, Encik Irfan..”
“Ya, saya..?” sahut Irfan Naufal lembut.
Suara lembut Irfan Naufal itu ternyata mampu meremangkan bulu tengkuk Adnin Najwa. Jantungnya tiba-tiba berlari laju. Dia sungguh resah entah mengapa setiap kali mendengar suara lunak lelaki itu. Wawa! Kau kena kawal diri. Control yourself! Kata hati Adnin Najwa mengingatkan dirinya sendiri. “Firstly, I am so sorry. Because of me, awak demam sampai masuk hospital macam ni. Hmm.. Sebenarnya ni, saya nak bincang sesuatu dengan awak sebelum kita kahwin ni..”
“It’s okay pasal demam saya ni. Biasalah manusia memang takkan terlepas dari terkena penyakit. Emm.. Bincang tentang apa?”
Adnin Najwa diam seketika. Sedikit terharu kerana lelaki itu tidak menyalahkannya. “Tentang syarat saya.. Awak perlu bersetuju dengan syarat saya ni. Okey?” beritahu Adnin Najwa lancar.
Irfan Naufal menelan liur. Entah mengapa dia terasa tidak sedap hati. Syarat apa pulak ni? Adesss.. Nak kahwin pun dah banyak syarat. Cik Najwa nak tambah pulak syarat? Huhuu.. Terpaksa jugak la aku setuju nampak gayanya kalau syarat tu tak berat.. “Syarat? Hmm.. Syarat apa pulak ni, Cik Najwa?”
“Hmm.. Maafkan saya sebab terpaksa buat syarat macam ni. Saya nak awak tahu yang saya kahwin dengan awak ni sebab Tinie, okey? Bukan sebab saya dah mula nak sayangkan awak. Macam saya cakap sebelum ni pun, saya perlukan cinta untuk hidup berumah tangga dengan suami saya. Means, dia sayangkan saya dan saya juga sayangkan dia..” Adnin Najwa memulakan bicara.
Irfan Naufal terdiam. Dia mengerutkan dahinya memerhati ke wajah Adnin Najwa yang cantik itu. Mata yang sangat menawan walaupun gadis itu kini buta. Hidungnya mancung terletak, bibirnya merah menyala tanpa perlu memakai gincu. Kulit mukanya yang halus dan licin itu menyerlahkan lagi kejelitaan Adnin Najwa. Amboi kau ni Ir.. Sempat pulak kau mengelamun? Nak mengelamun pun, lepas kahwin la.. Dia kan bakal jadi yang halal untuk kau.. Lepas kahwin nanti, kau tenung la dia puas-puas, okey? Kata hatinya dengan tiba-tiba.
Irfan Naufal tersentak. Entah mengapa, sejak Adnin Najwa buta dan dia mempunyai banyak peluang untuk meneliti wajah itu tanpa diketahui tuan tubuh, hatinya selalu sahaja bergetar tidak keruan. Mampukah dia melupakan Arissa dan menjadikan Adnin Najwa sebagai suri hatinya? Irfan Naufal mengeluh kecil. Sudah tentulah dia kena lupakan Arissa walaupun gadis itulah paling teristimewa di dalam hatinya ketika ini.
“Awak masih ada kat situ ke, Encik Irfan?” panggilan Adnin Najwa menyedarkan Irfan Naufal dari anganannya. Semerta tumpuannya jatuh semula pada wajah Adnin Najwa. Pipi gadis itu kelihatan sedikit kemerahan secara semulajadinya. Irfan Naufal tertelan air liur menyaksikan keindahan yang dimiliki Adnin Najwa.
“Ya, saya masih kat sini. Teruskan..” getus Irfan Naufal sambil berdehem kecil. Dia hampir hanyut ke dalam wajah mulus yang sungguh jelita itu.
“Okey. Saya teruskan dengan syarat saya.. Lepas kahwin nanti, please keep your distance from me. Hmm.. Maksud saya, awak kena faham yang saya perlukan masa untuk menerima awak..” kata Adnin Najwa serius.
Irfan Naufal terperanjat. Hesy! Syarat ni memang syarat yang berat! Irfan Naufal cuba bertenang. “Hah? I am supposed to be your husband at that time. Why should I keep my distance from you, my wife? Peraaan cinta dan kasih sayang ni boleh dipupuk. Saya yakin boleh cintakan awak sepenuh hati saya.. So, awak pun kena yakin!” Irfan Naufal mengeluh kecil. Entah mengapa dia terasa kecewa mendengar syarat yang satu itu.
“Sebabnya, saya tak boleh lagi nak terima awak untuk waktu sekarang dan tak tahu sampai bila..” tekan Adnin Najwa. Namun perkataan ‘my wife’ itu pun sudah mampu mengocak perasaan Adnin Najwa. Sebutan yang penuh dengan makna tersirat dan kelembutan yang sungguh mendamaikan jiwa Adnin Najwa.
“Sorry, saya tak boleh penuhi syarat awak tu.. Mustahil kalau dah kahwin, suami kena jauhkan diri dari isteri. Lagipun, kita kan tinggal kat rumah family saya. Nanti apa pula abah dan ummi saya cakap..” tukas Irfan Naufal, memberikan alasan kukuh. Bagaimana dia hendak menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami jika dia tidak boleh mendekati si isteri? Itu pun selepas dia berjanji untuk membahagiakan gadis itu.
“Awak.. Please understand. It is not like forever we’ll be like this..” rayu Adnin Najwa lagi. Dia cukup bimbang jika Irfan Naufal menyentuhnya nanti, lelaki itu akan mengetahui bahawa dia sudah tiada dara. Dia tidak mampu untuk menghadapi segala kemungkinan. Dia takut lelaki itu akan membuangnya serta mengeji dirinya sebagai perempuan yang tidak bermaruah dan juga murahan. Kalaulah dia menceritakan tentang kisah hitamnya pun, dia takut Irfan Naufal tidak percaya dan menuduhnya hanya mereka-reka cerita.
“Not even for a minute.. Saya akan menyayangi awak sebagai suami awak. Izinkan saya menyayangi awak sebagaimana sepatutnya suami menyayangi isterinya.. Emm, kawan awak Tinie akan berkahwin minggu depan. So, our wedding should be on the next day after her wedding day..” tegas Irfan Naufal dengan penuh mengharap. Dia sebolehnya tidak mahu menurut syarat Adnin Najwa tadi.
Adnin Najwa terdiam serta tergamam. Suara lembut lelaki itu begitu membelai jiwa wanitanya. Suara itu seperti tidak mahu memaksanya tetapi kedengaran begitu tegas. Tegas kerana ikhlas mahu memiliki serta menyayangi dirinya. Tidak pernah dia rasai perasaan sebegini dengan mana-mana lelaki pun sebelum ini. Hanya Irfan Naufal seorang sahaja yang berjaya memporak-perandakan hatinya begini walaupun dia tidak pernah tahu bagaimana rupa Irfan Naufal. Menurut Tinie, lelaki itu sungguh kacak bergaya. Ah, Tinie tu, semua lelaki pun dia cakap smart, kacak, bergaya.. Macam-macamlah..
“Saya..” tidak sempat Adnin Najwa habis bercakap, pintu bilik wad itu diketuk seseorang. Seorang jururawat manis kelihatan masuk dan tersenyum kepada Irfan Naufal yang kacak itu. Adnin Najwa terdiam dalam perasaan berbaur. Masa ni pulak ada orang yang masuk. Tie atau Encik Fizul agaknya tu?
“Nurse yang masuk.. Dia nak check suhu badan saya..” kata Irfan Naufal seakan memahami apa yang sedang Adnin Najwa fikirkan.
Adnin Najwa terangguk kecil. Hilang peluangnya untuk berbincang lebih lanjut dan memujuk lelaki itu supaya bersetuju dengan syaratnya yang satu itu. Sempat ke nak berbincang lagi lepas ni? Kata Irfan Naufal tadi, dia hendak melangsungkan perkahwinan mereka selepas hari Tinie berkahwin. Betul-betul pada keesokan harinya selepas hari perkahwinan Tinie. Adnin Najwa sudah dilanda keresahan.
“Haii.. Dah habis cakap dengan bakal suami?” suara Tinie kedengaran berdesing di telinga Adnin Najwa. Bila masa pulak minah ni masuk? Aduh, lagilah hilang peluang aku nak bincang ni. Belum habis bincang pun lagi..
“Dah habis cakap dah. Takde problem apa-apa.. Kita orang dah decide nak nikah sehari selepas kenduri rumah Cik Tinie, dah alang-alang kenduri Cik Tinie pun nanti buat sebelah KL jugak.. Nanti kita orang nikah dulu, dalam waktu terdekat lepas tu baru buat kenduri.. Saya kena kenalkan dia dengan abah dan ummi saya dulu..” Irfan Naufal yang tolong menjawab bagi pihak Adnin Najwa. Semerta wajah Adnin Najwa yang jelas bertambah tergamam itu dipandang oleh Irfan Naufal. Dia tiada jalan lain lagi untuk buatkan gadis itu bersetuju kahwin dengannya tanpa syarat yang bukan-bukan macam tadi.
Tinie sudah berwajah teruja dan sedikit terkejut. “What? I mean, what a pleasant surprise! Cepatnya.. Baguslah tu.. Syukur.. Kalau lepas saya kahwin nanti, ada dah orang tolong tengok-tengokkan Cik Najwa yang comel ni.. So, tak perlu lagi saya rasa risau yang bukan-bukan..”
“Baguslah tu, Ir.. Aku tumpang gembira bagi pihak kau..” Fizul pula yang terlebih gembira sehingga tersengih-sengih macam kerang busuk. “Berjaya kan plan aku..” bisik Fizul pada Irfan Naufal. Perutnya disiku lembut oleh Irfan Naufal. Mukanya sengaja dibuat-buat seperti sakit. Padahal bukan sakit pun.
“Hmm.. Err..” Adnin Najwa cuba hendak menafikan pernyataan Irfan Naufal tadi namun lelaki itu terlebih dahulu bersuara.
“Okey, Cik Tinie.. boleh datang kan sehari lepas kenduri rumah awak? Manalah tahu, busy menyimpan barang-barang kenduri..” pantas sahaja Irfan Naufal berkata.
“Mestilah boleh.. Kawan baik sendiri yang kahwin.. Lepas datang tengok akad nikah kau orang nanti, saya baliklah lepas ucapkan tahniah. Bergantunglah pada suami saya..” sokongan Tinie meresahkan lagi jiwa Adnin Najwa.
“Okey, kalau macam tu, setttt la ni? Nanti apa-apa, inform saya.. Lusa saya akan bawak Cik Najwa balik KL.. Nak kenalkan pada abah dan ummi saya..” potong Irfan Naufal lagi ketika ternampak mulut Adnin Najwa seperti berkumat-kamit ingin menyatakan sesuatu. Aku takkan lepaskan sebarang peluang yang ada. Akhirnya Irfan Naufal tersenyum lebar apabila Adnin Najwa sudah terdiam dan wajah gadis itu kemerahan.
Segannya Adnin Najwa ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu. Mana tidaknya, suara teruja Tinie dan Fizul kedengaran begitu jelas di pendengarannya. Pipinya terasa semakin membahang apabila bisikan Irfan Naufal tiba-tiba menyinggah di telinganya dan kedengaran begitu romantis. “Be ready to fall in love with me, sayang..” bisik Irfan Naufal diikuti tawa nakal yang kedengaran perlahan.
Dup! Dup! Dup! Adnin Najwa memegang dadanya. Dia sudah tidak mampu menahan perasaan berdebar maha hebat begini. Bisikan Irfan Naufal itu bukan sahaja telah membuatkan jiwanya haru-biru, malah bulu romanya turut meremang habis. Adnin Najwa sendiri tidak tahu apakah yang melanda dirinya ketika ini. Adakah ini cinta? Entahlah.. Adnin Najwa sendiri pun belum pernah bercinta dan merasai perasaan cinta itu. Tak mungkinlah ini cinta!




IRFAN Naufal mengetuk stereng keretanya. Lagu yang dimainkan di radio langsung tidak dihiraukan. Kebisuan yang melanda antara dia dan Adnin Najwa kini lebih menjadi perkara utama yang difikirkan oleh Irfan Naufal. Sejak bertolak dari Kangar tadi sehinggalah mereka sudah sampai ke Ipoh ni, Adnin Najwa hanya mendiamkan diri. Ada juga Irfan Naufal bertanya-tanya tadi, namun jawapan yang diberikan oleh gadis itu hanyalah dengan anggukan dan juga gelengan. Irfan Naufal mengeluh kecil sambil membuang pandang ke arah Adnin Najwa yang sedang menghalakan wajahnya ke depan sejak tadi.
“Cik Najwa.. Kenapa awak diam aje dari tadi? Fikir pasal apa?” soal Irfan Naufal memberanikan dirinya.
Adnin Najwa masih mendiamkan diri. Hanya kepalanya sahaja digeleng-geleng tanda tiada apa-apa yang dia fikirkan. Bertambah berat pula keluhan yang dilepaskan oleh Irfan Naufal kali ini. Ahh, ini tak boleh jadi!
“Cik Najwa sayang… Kenapa ni?” soal Irfan Naufal lembut. Perkataan sayang sengaja digunakannya. Dia hendak biasakan dirinya memanggil Adnin Najwa dengan panggilan itu. Malah, dia teringin melihat respon Adnin Najwa selepas dia memanggil gadis itu ‘sayang’. Sebelum ini, wajah Adnin Najwa selalu bertukar merah padam selepas dia memanggil gadis itu sayang.
“Awak!” protes Adnin Najwa dengan muka yang sudah terasa panas. Mendengar tawa nakal lelaki itu, lagilah dia berasa malu. Kelam-kabut dia cuba menyembunyikan wajah namun tidak tahu bagaimana cara yang berkesan. Yalah, ke mana pun dipandangnya, semua gelap belaka. Tapi, tingkap kereta kat sebelah kiri ni kan? Terus kepala Adnin Najwa dipusing ke arah kiri.
“Apa? Saya cuma tanya awak je.. Kenapa dengan awak ni, sayang?” soal Irfan Naufal lagi mengusik Adnin Najwa yang sudah merah menyala mukanya.
“Please, do not call me sayang!” protes Adnin Najwa lagi sambil memeluk tubuh. Wajahnya ditundukkan pula agar Irfan Naufal tidak dapat meneka apa yang sedang tertera pada wajahnya ketika ini. Hatinya berdegup kencang apabila terdengar suara lelaki itu berkata lagi sesuatu yang sangat sensitif baginya ketika ini.
“Cik Najwa sayanggg.. You’re my wife-to-be. Jadi, tak salah saya panggil awak macam tu. Sportinglah sikit, sayang..” usik Irfan Naufal lagi.
Ya, perkataan sayang itulah yang sensitif buatnya sekarang. Ditambah pula dengan perkataan wife-to-be. Aiseh, mahu gila Adnin Najwa ketika ini. Adnin Najwa semakin tidak menentu. Kat mana agaknya pandangan Encik Ir sekarang? Kat jalan raya? Atau kat muka aku ni? Apa aku nak buat ni? Walaupun dia kini sedang tundukkan wajah, dia masih tidak yakin selagi dia tidak benar-benar menyembunyikan wajahnya dari Irfan Naufal.
Dalam berfikir-fikir apa hendak dibuat, tangan Adnin Najwa terpegang beg tangannya yang agak besar itu. Dengan cepat, dia mengangkat beg tersebut lalu melindungi mukanya. Harap-harap, Irfan Naufal takkan dapat tengok lagi mukanya yang semakin terasa membahang ini.
“Sayang oii..” panggil Irfan Naufal.
Terkedu lagi Adnin Najwa mendengar perkataan sayang itu. Jantungnya berlari laju seakan-akan baru lepas membuat larian pecut 100 meter. Apa yang dah jadi ni? Kenapa jantung aku rasa macam nak pecah aje bila dengar suara dia dan dengar dia panggil aku sayang? Adnin Najwa menelan air liur seraya terus menutup wajahnya dengan beg tangannya tadi.
“Errr.. Tu.. Barang awak dah hampir terjuntai keluar. Nak terjatuh.. Awak pegang beg tu terbalik..” sambung Irfan Naufal lagi. Sengaja suaranya dikawal supaya kedengaran serius.
“Serius?!” kelam-kabut Adnin Najwa meraba beg tangannya. Ish, betullah cakap mamat ni. Ehh, kejap! Macam.. Macam.. Macam tuala wanita aku je? Arghhh!! Dia perasan tak? Dia perasan tak tadi? Harap dia tak tahu benda apakah itu.. Pantas Adnin Najwa menyimpan tuala wanitanya yang terkeluar tadi kembali ke dalam beg tangannya. Lagilah bertambah malu bergantang-gantang rasanya Adnin Najwa ketika ini.
Irfan Naufal hanya tersenyum memerhati ke wajah comel Adnin Najwa yang sedang menahan malu itu. Tiba-tiba sahaja degup jantungnya bergetar laju. Wajah itu sudah mampu membuatkan hatinya menjadi tidak menentu. Giliran Irfan Naufal pula yang menelan liur.




“WELCOME home, Ir..” ucap Tan Sri Haji Zainal dengan wajah teruja melihat Adnin Najwa turut bersama-sama Irfan Naufal pulang ke rumah mereka. Senyuman diukir buat Irfan Naufal yang kelihatan ceria. “Yah, inilah bakal menantu kita yang abang cakapkan tu. Abang berkenan sungguh dengan dia..” ujar Tan Sri Haji Zainal memperkenalkan Adnin Najwa kepada isterinya Puan Sri Hajjah Zairiah.
Puan Sri Hajjah Zairiah merenung ke wajah Adnin Najwa. Cantik sungguh. Pandai betul Irfan Naufal memilih bakal isterinya. Memang tidak dinafikan, Puan Sri Hajjah Zairiah juga suka dengan pilihan hati Irfan Naufal dan juga suaminya. Namun dia hairan melihat mata Adnin Najwa yang dihalakan ke hadapan sejak tadi. Langsung wajahnya tidak dipandang gadis itu. “Najwa, kan?” panggil Puan Sri Hajjah Zairiah dengan lembut.
“Ya, saya..” sahut Adnin Najwa. Namun pandangannya masih statik sejak tadi iaitu ke hadapan. Itu yang membuatkan Puan Sri Hajjah Zairiah terasa pelik sekali lagi. Macam orang buta pula gadis ni.. Dia ternampak tangan Adnin Najwa dihulurkan kepadanya untuk bersalam. Tetapi, matanya masih ke depan. Dengan sedikit pelik, Puan Sri Hajjah Zairiah terus menyambut sahaja tangan Adnin Najwa yang lembut itu. Adnin Najwa mencium tangan Puan Sri Hajjah Zairiah penuh hormat.
“Bang, kenapa saya tengok budak perempuan ni macam pelik je?” bisik Puan Sri Hajjah Zairiah kepada Tan Sri Haji Zainal di sebelahnya selepas dia menarik suaminya agak jauh dari situ.
“Hmm.. Dia buta sebenarnya..” balas Tan Sri Haji Zainal dengan wajah serba-salah. “Tapi abang kenal dia.. Dah siasat semua pasal dia. Dia memang budak baik.. Yatim piatu dan sebatang kara.. Dia ada buka butik di Perlis.. Dia baru buta je, eksiden dengan Ir baru-baru ni.. Tu yang Ir rasa bersalah sangat sampai nak peristerikan dia..” terang Tan Sri Haji Zainal berbohong sunat tentang fakta kenapa Irfan Naufal ingin mengahwini Adnin Najwa. Dia tahu isterinya tentu boleh menerima Adnin Najwa kerana isterinya seorang wanita yang sungguh penyayang.
“Ye ke, bang? Patutlah.. Ya Allah, kesian dia, bang..” getus Puan Sri Hajjah Zairiah dengan wajah simpati. Dia masih teringat suaminya bercerita tentang Irfan Naufal yang kemalangan. Tak sangka, kemalangan itu telah meragut segala-galanya yang tinggal dalam hidup gadis itu.
Dengan tidak semena-mena, Puan Sri Hajjah Zairiah terus menghampiri Adnin Najwa lalu tubuh kecil gadis itu dipeluknya erat. Dia ingin menyayangi gadis malang itu. Tentu Adnin Najwa merindui kasih seorang ibu dan ayah.
“Nak.. Lepas ni, anggap ummi ni macam ummi Najwa tau..” getus Puan Sri Hajjah Zairiah ikhlas. Adnin Najwa tergamam dan terdiam dalam pelukan Puan Sri Hajjah Zairiah. Betapa dia merindui pelukan sebegitu dari insan bergelar ibu. Biar pun Puan Sri Hajjah Zairiah bukan ibu kandungnya, kasih sayang wanita itu cukup terasa sehingga ke sanubarinya. Semerta air jernih bertakung dalam kelopak mata bundar Adnin Najwa. Sungguh dia rindukan arwah emaknya.
“Najwa, ummi harap lepas kahwin nanti Najwa buatlah rumah ni macam rumah Najwa sendiri ya? Nanti ummi kenalkan Najwa pada adik perempuan Ir.. Satu-satunya anak gadis ummi. Tapi sekarang, ummi dah ada dua orang anak perempuan..” ujar Puan Sri Hajjah Zairiah lagi dengan penuh ikhlas. Pelukan dilonggarkan sebaik sahaja dia selesai berkata-kata.
Dilihatnya, air mata Adnin Najwa hampir menitis ke pipi. Pantas jemari Puan Sri Hajjah Zairiah menyeka air mata itu. “Terima kasih, mak cik..” ucap Adnin Najwa penuh sebak.
“Hesy! Jangan panggil mak cik. Panggil ummi.. Najwa kan dah tak lama nak jadi sebahagian family kita orang ni..” senyum Puan Sri Hajjah Zairiah sambil memeluk bahu Adnin Najwa dengan mesra.
Tan Sri Haji Zainal dan juga Irfan Naufal yang melihat kasih sayang Puan Sri Hajjah Zairiah terhadap Adnin Najwa itu, sudah berasa terharu. Walaupun pertama kali Puan Sri Hajjah Zairiah berjumpa Adnin Najwa, kasih sayangnya sudah tertumpah buat gadis itu. Alhamdulillah.. Ucap Irfan Naufal di dalam hati.
Adnin Najwa bersyukur kerana ahli keluarga Irfan Naufal begitu penyayang dan menerimanya dengan hati terbuka walaupun dia seorang gadis buta. Irfan Naufal juga seorang yang baik dan ikhlas. Lelaki sebaik itu bakal menjadi suaminya. Memang dia tidak keberatan hendak menerima Irfan Naufal jika dia tidak dibayangi peristiwa hitam itu. Harapannya agar Irfan Naufal takkan menyentuhnya selepas mereka berkahwin nanti. Dia tidak mahu membiarkan maruahnya yang hanya tinggal saki-baki ini, jatuh merudum ke tanah sehingga dia sudah tiada apa-apa lagi untuk dipertahankan.
“Cik Najwa.. Jom, masuk ke dalam rumah..” pelawa Irfan Naufal dengan suara begitu lembut.
“Najwa sayang, jom kita masuk. Adik si Irfan mesti ada kat dalam tu. Dia tak tahu yang Abang Ir dia bawak balik bakal isteri yang cantik macam ni..” kata Puan Sri Hajjah Zairiah pula sambil memimpin Adnin Najwa memasuki rumah mereka.
Tan Sri Haji Zainal dan Irfan Naufal tersenyum sesama mereka lalu berjalan masuk mengikuti langkah Puan Sri Hajjah Zairiah dan Adnin Najwa.




ALIDA membuka mesej yang dihantar oleh Arissa. Semerta matanya terbeliak memerhatikan ayat-ayat yang ditaip oleh Arissa. Kata gadis itu, dia ingin menyambung lagi pelajarannya ke taraf Master di luar negara dan sudah bertolak pergi pun dengan penerbangan pagi tadi. Alida tidak menduga semua ini lalu dia mengeluh kecil. Tentu Arissa ingin melupakan Irfan Naufal sehingga nekad membuat keputusan seperti ini. Memanglah kalau Arissa tetap berada di Malaysia ini, dia takkan dapat melupakan Irfan Naufal. Hidup di dalam suasana dan tempat baru memang selalu dinyatakan berkesan oleh kebanyakan orang yang mahu melupakan sesuatu yang sukar dilupakan.
“Lida! Ooo, Lida!” suara Puan Sri Hajjah Zairiah yang memanggilnya ternyata membantutkan lamunan Alida tadi tentang Arissa.
“Ya, ummi!” sahut Alida.
“Keluar cepat, ummi nak kenalkan Lida dengan seseorang!” arah Puan Sri Hajjah Zairiah bersama beberapa kali ketukan di pintu bilik Alida.
Terjengul wajah Alida dari sebalik pintu biliknya. Puan Sri Hajjah Zairiah dipandangnya bersama sebuah senyuman. “Kenapa, ummi? Siapa yang datang? Takkan ummi dah carikan bakal suami lagi untuk berkenalan dengan Lida? Tak mahulah, ummi..” risau pula Alida apabila teringatkan pasal abah dan umminya yang pernah mahu kenalkan dia kepada seorang bakal calon suami.
“Eh, taklah.. Ni, Abang Ir kau.. Dia bawak balik bakal isteri dia.. Cantik orangnya..” beritahu Puan Sri Hajjah Zairiah dengan wajah tersenyum kambing. Sukalah tu, nak dapat menantu.
Alida sudah membeliakkan matanya. Hesy! Abang Ir ni, takkanlah sebab perempuan lain sanggup tinggalkan Kak Rissa kut? Dasar lelaki memang semua sama saja. Pantang nampak perempuan cantik, mulalah goyah imannya. Sempat Alida membebel di dalam hati.
“Siapa, ummi? Kat mana dia orang?” soal Alida penuh tanda tanya. Dia tidak nampak kelibat sesiapa di ruang tamu rumah mereka.
“Ada kat dapur tu. Kebetulan dia orang sampai waktu minum petang macam ni. Abah kau pelawa la minum petang dulu.. Lagipun Mak cik Timah kau dah siapkan minum petang tadi..” jelas Puan Sri Hajjah Zairiah, masih tersenyum.
Alida turut membalas senyuman umminya. Umminya itu memang tidak lokek dengan senyuman. Kerana umminya itu terlalu baik hati dan penyayang orangnya. Bertuah Alida dan Irfan Naufal punyai ummi seperti Puan Sri Hajjah Zairiah. “Oh, ye ke? Jomlah..” ajak Alida.
Mereka berjalan beriringan menuju ke ruang makan. Kelibat Adnin Najwa yang begitu cantik bertudung litup serta memakai baju kurung kini menyapa pandangan Alida. Memang cantik! Akui Alida di dalam hati. Namun, ada sesuatu yang nampaknya tidak kena pada gadis pilihan abangnya itu.
Belum sempat mereka sampai ke meja makan, Puan Sri Hajjah Zairiah segera menghalang perjalanan Alida. Dia bimbang Alida terlepas cakap yang bukan-bukan pula kerana belum tahu bahawa Adnin Najwa itu buta. “Kenapa ni, ummi? Cakap nak kenalkan Lida dengan akak tu..” soal Alida pelik.
“Ummi nak bagitau sesuatu.. Hmm.. Gadis tu, dia buta.. So, jangan cakap sembarangan tau..” pesan Puan Sri Hajjah Zairiah dengan muka serius.
Alida sudah terkejut selepas mengetahui mengenai Adnin Najwa yang buta. Takkanlah Abang Ir pilih perempuan buta menjadi isteri dia? Abah dan ummi pun setuju? Alida pelik dan tidak faham. “Tapi, ummi.. Kenapa Abang Ir pilih perempuan buta sebagai isteri dia? Dah takde perempuan lain lagi ke yang mahukan Abang Ir yang ego melampau tu?”
“Abang Ir kau tu, dia rasa bersalah sebabkan perempuan tu buta dalam kemalangan yang baru berlaku hari tu..” jawab Puan Sri Hajjah Zairiah dengan muka kesal.
Alida kembali teringatkan berita mengenai abangnya yang kemalangan hampir dua minggu yang lepas. Rupa-rupanya, Irfan Naufal terlibat dalam kemalangan dengan gadis itu.. Alida terdiam dan terkelu. Abangnya itu sanggup merendahkan egonya kerana rasa bersalah? Itu memang masuk akal juga sebab dulu sewaktu mereka masih kecil, abangnya ketika itu berumur 12 tahun manakala dia pula baru berumur 10 tahun, abangnya itu memang ego dan tak pernah mahu mengaku kalah.
Sehingga pada suatu hari, abangnya itu pernah membaling batu ke arahnya tanpa niat sehingga kepalanya berdarah dengan banyak. Sejak itu, abangnyalah yang menjaganya setiap hari, siang dan malam sehinggalah dia pulih seperti sedia kala. Memang Alida nampak sikap prihatin abangnya selepas rasa bersalah menyebabkan dia tercedera. Jadi, tidak mustahil juga abangnya ingin mengahwini Adnin Najwa kerana rasa bersalahnya terhadap gadis itu.
“Oh.. I see..” balas Alida turut berasa simpati dengan nasib Adnin Najwa. “Lagi, ummi? Apa lagi yang ummi tahu tentang akak tu? Keluarga dia setuju ke dia kahwin dengan Abang Ir?” tanya Alida tanpa sebarang syak wasangka. Dia sudah diasuh dengan baik oleh abah dan umminya supaya tidak menaruh syak wasangka buruk terhadap orang lain.
“Dia yatim piatu, lepas tu sebatang kara dalam dunia ni..” beritahu Puan Sri Hajjah Zairiah. Wajah Adnin Najwa yang kelihatan sedikit kekok hendak bersuara ditenungnya dengan perasaan kasih. Entah mengapa, wajah itu mampu membuatkan jiwanya ingin menyayangi.
“Ya Allah, ummi.. Banyaknya dugaan akak tu. Siapa nama dia?” kata Alida dengan kerutan di dahi. Wajah Adnin Najwa ditenung seketika lalu pandangannya berkalih semula ke wajah umminya.
“Nama dia Adnin Najwa.. Hmm, syukurlah kau masih ada abah dengan ummi dan abang kau tu..” jawab Puan Sri Hajjah Zairiah tenang. Dia memegang bahu Alida dan melemparkan sebuah senyuman kepada anak gadisnya yang manis itu.
“Alhamdulillah, ummi.. Lida sayangkan ummi dengan abah.. Sayang sangat, ummi!” getus Alida dengan penuh terharu. Sungguh, dia seribu kali lebih bertuah jika hendak dibandingkan dengan nasib Adnin Najwa.
“Ummi lagi sayangkan anak-anak ummi..” kata Puan Sri Hajjah Zairiah seraya mengeratkan pautan di bahu Alida. Rambut anak gadisnya itu diusap penuh kasih sayang.
“Haa, Yah.. Lida.. Apa lagi yang kau berdua duk tercegat kat sana tu? Datanglah sini.. Kita minum-minum sambil berbual dengan bakal menantu abah ni..” seloroh Tan Sri Haji Zainal. Bukannya dia tidak tahu bahawa isterinya itu sedang bercerita tentang Adnin Najwa kepada Alida.




MAJLIS akad nikah yang berlangsung hanya dibuat secara sederhana sahaja. Kenduri yang bakal diadakan sebulan dari sekarang juga tidaklah sebesar mana. Memang sudah menjadi kebiasaan keluarga Tan Sri Haji Zainal membuat kenduri ala kadar sahaja kerana sifat Tan Sri Haji Zainal sendiri sebagai seorang yang begitu merendah diri dan sangat tidak sukakan pembaziran. Biarlah kenduri yang dibuat nanti, mereka sekadar menjemput kenalan-kenalan terdekat sahaja dan juga saudara mara mereka.
“Alhamdulillah.. Selamat sudah kau orang bergelar suami isteri. Lepas ni, Najwa tinggal sini ya sayang..” Puan Sri Hajjah Zairiah mengusap pipi Adnin Najwa yang halus. Kulit wajah gadis itu memang semulajadi putih gebu dan licin. Tidak perlu mekap yang tebal pun, sudah nampak semulajadi anggun dan jelita.
Adnin Najwa hanya terdiam namun senyuman pahit cuba diukir. Mana mungkin dia menolak ajakan ibu mertuanya itu kerana Puan Sri Hajjah Zairiah sungguh baik hati sekali. Tapi, kalau dia tinggal dia Kuala Lumpur ini, sudah tentu dia akan terserempak dengan Arissa atau Irfan Naufal yang jahat itu! Adnin Najwa tidak mahu bersemuka dengan Arissa lagi buat masa sekarang kerana dia tidak tahu apa alasan yang perlu diberikan olehnya kerana berpindah lagi secara curi-curi tempoh hari. Dan bertemu lelaki durjana itu lagi? Itulah yang paling dia takuti dan tidak mahu ianya terjadi!
“Alhamdulillah, ummi..” ucap Irfan Naufal pula. Pinggang Adnin Najwa diraihnya dengan segera. Sejak tadi, gadis itu asyik mengelak dari disentuh.
Terasa darah menyerbu naik ke wajah Adnin Najwa. Habis terbang lamunannya tadi. Dan, sekarang ni Irfan Naufal menyentuhnya lagi! Kali ini dengan curi-curi pula macam ni! Tadi masa lepas akad nikah takpelah sebab kena salam dan sarung cincin. Sekarang ni? Untuk apa? Aduh! Jantung Adnin Najwa sudah menjadi tidak menentu. Rasa macam dah tak lama lagi dia bakal diserang penyakit jantung kronik.
“Amboi, ummi tak tahu pulak yang anak ummi ni pandai nak beromantik dengan isteri?” usik Puan Sri Hajjah Zairiah dengan tawa kecil. Wajah Adnin Najwa yang kemerahan dipandang lama. Tentulah malu diperlakukan begitu di depan orang.
“Ummi, anak ummi nikan dah jadi suami orang. Tentulah kena romantik dengan isteri.. Kena sayangkan isteri.. Kan, sayang?” getus Irfan Naufal lembut. Pinggang Adnin Najwa dipautnya lebih erat.
Adnin Najwa terkelu. Wajahnya masih membahang kepanasan. Dia tidak mampu menahan perasaan begini lebih lama. Suara lembut lelaki itu sahaja pun sebelum ini sudah mampu menggoyahkan iman Adnin Najwa, kini pula sentuhan mesra dari lelaki itu yang kini sudah bergelar suaminya yang sah! Aduh, Wawa.. Macam mana ni? Adnin Najwa mendiamkan diri namun anggukan kepalanya sahaja sudah menjawab soalan Irfan Naufal seketika tadi.
“Tengok, dia dah malu-malu..” usik Puan Sri Hajjah Zairiah lagi.
“Errr.. Ummi, Ir pergi tolong angkat barang kejap. Nampak macam Mak cik Timah tu perlukan bantuan je..” Irfan Naufal meminta diri. Dia segera berlalu dari situ setelah melepaskan pinggang isterinya.
Adnin Najwa menarik nafas lega. Dia mengurut dadanya secara tidak sedar. Puan Sri Hajjah Zairiah tersenyum simpul melihat menantunya yang rasa lega selepas Irfan Naufal melepaskannya.
“Najwa duduk kejap kat sini.. Nanti ummi datang balik ya?” Puan Sri Hajjah Zairiah pula yang meminta diri. Dia menolong mendudukkan Adnin Najwa ke atas kerusi berdekatan.
Adnin Najwa duduk dengan selesa menunggu sesiapa bawakan dia ke bilik. Tubuhnya terasa letih dan melekit. Dia perlu mandi. Dia hendak meminta tolong ibu mertuanya tadi untuk bawakan dia ke bilik namun dia masih segan.




IRFAN Naufal mengelap peluh di dahinya yang terasa memercik. Dia terus memasuki rumah semula. Kakinya pantas dihayun untuk memasuki biliknya yang sudah berpindah di tingkat bawah. Yalah, ingin menyenangkan Adnin Najwa bergerak. Irfan Naufal duduk di atas sofa di dalam biliknya sementara menghilangkan rasa penat. Selepas yakin yang peluhnya sudah kering, dia segera menanggalkan baju lalu memakai tuala mandi.
Kakinya melangkah memasuki bilik air yang agak luas itu. Terdapat tub mandi dan juga tandas duduk. Irfan Naufal masih belum menutup pintu bilik air ketika itu kerana dia mahu melihat-lihat wajahnya di cermin dulu.
Tiba-tiba, Irfan Naufal terdengar bunyi tapak kaki seseorang di dalam bilik. Kepalanya dijengulkan dengan segera untuk melihat gerangan yang memasuki bilik itu. Kelibat Adnin Najwa yang menanggalkan selendang putih kelihatan begitu menarik perhatian Irfan Naufal ketika ini. Dia menelan liur melihat tengkuk gadis itu yang sungguh putih melepak. Rambut Adnin Najwa sudah sedikit panjang dari dulu.
Adnin Najwa masuk ke dalam bilik selepas yakin yang Irfan Naufal tiada di dalam bilik itu. Tadi, sudah beberapa orang ditanyanya mengenai Irfan Naufal. Semuanya menjawab bahawa suaminya itu masih di luar, tengah membantu orang mengemas. Perasaan lega terbit apabila ibu mertuanya juga memberikan maklumat yang sama dan turut membawakan dia ke bilik. Dapatlah dia mandi membersihkan diri! Adnin Najwa sempat mengunci pintu tadi. Jadi, tak dapatlah Irfan Naufal masuk! Senyuman Adnin Najwa melebar.
Dia mulai menanggalkan bajunya. Tidak langsung menyedari bahawa suaminya sudah berada di dalam bilik itu sejak dari awal lagi. Selepas memakai tuala mandi dan berkemban, dia segera berjalan ke arah bilik air yang langkahnya sudah dihafal sejak awal dia tinggal di dalam bilik itu lagi. Sepuluh langkah dari katil ni.. Detik hati Adnin Najwa. Tangannya tergawang-gawang ke hadapan, masih tidak yakin dengan kiraannya. Selepas sepuluh langkah, kakinya berjaya menjejaki lantai bilik air.
Terbeliak mata Irfan Naufal semasa menyaksikan Adnin Najwa membuka baju tadi. Sehingga sekarang, matanya masih membesar. Jantungnya sudah berlari laju bagai tidak mahu berhenti lagi apabila tubuh Adnin Najwa yang segar itu berjalan perlahan-lahan melaluinya. Air liur terasa bagai tersekat di kerongkong Irfan Naufal ketika ini. Dia mencuba sedaya-upaya memberi laluan kepada Adnin Najwa. Dan mengelak sedaya-upayanya supaya tangan Adnin Najwa yang tergawang-gawang itu tidak mengenainya. Nak blah atau stay kat sini? Ir, think!
Ir, hoi Ir! Apa yang kau takutkan? Rezeki kaulah ni.. Baik kau tengok aje dia mandi.. Hati Irfan Naufal berkata-kata. Kepala Irfan Naufal terangguk-angguk setuju. Betul tu. Aku kan dah jadi suami Cik Najwa.. Dia tu adalah hak aku. Tak salah rasanya aku nak saksikan hak aku, kan? Senyuman nakalnya tiba-tiba terbit.
Nafsu lelakinya terasa berkocak maha hebat apabila melihat Adnin Najwa membuka tuala dan menyangkutnya di cangkuk berdekatan. Pandai juga Adnin Najwa mengira langkah untuk ke sana dan ke sini. Kagum juga Irfan Naufal yang melihat. Adnin Najwa mandi tanpa risaukan apa-apa pun. Irfan Naufal sudah tidak boleh melihat lebih jauh lagi. Dia bimbang nanti perasaannya akan menjadi tidak terkawal. Terbabas pula dia nanti mandi bersama-sama Adnin Najwa.
Perlahan-lahan Irfan Naufal melangkah keluar dari bilik air. Kebetulan pintu bilik air itu dibiarkan terbuka sahaja oleh Adnin Najwa tadi. Mungkin sengaja ditinggalkan begitu untuk menyenangkannya keluar nanti.
Irfan Naufal cuba mengawal perasaannya. Dia duduk di sofa tadi dengan perasaan yang tidak menentu. Bentuk tubuh Adnin Najwa tadi begitu padat di ruangan matanya. Dia tidak mampu untuk membuang bayangan itu dari menghiasi ruang matanya.
Tidak lama kemudian, terdengar bunyi pancuran air hilang. Tentu gadis itu sudah selesai mandi. Irfan Naufal bangun. Dia memandang ke arah pintu bilik air. Kelibat Adnin Najwa yang bertuala kelihatan sedang berjalan keluar dari situ. Irfan Naufal tidak sedar yang langkah kakinya juga sedang mara menghampiri batang tubuh Adnin Najwa. Perasaannya bergolak hebat ketika ini. Bau haruman shampu dari rambut Adnin Najwa yang basah itu juga begitu menarik minatnya untuk terus menghampiri.
Tiba-tiba, Adnin Najwa tergelincir.. Dan sempat pula tangan Irfan Naufal menyambut tubuh itu lalu dibawa ke dalam pelukannya. Hampir luruh jantung Adnin Najwa ketika ini apabila terasa dirinya dipeluk kuat oleh seseorang. Adnin Najwa mulai meronta. Kuat juga dia meronta-ronta ketika ini. “Siapa?!”
“Abang ni..” jawab Irfan Naufal lembut. Pelukan dieratkan.
“Encik Irfan? Awak, tolonglah lepaskan saya! Bila masa awak masuk? Tadi, bukan ke awak ada kat luar sedang tolong dia orang mengemas? Please, get your hands off me..” rayu Adnin Najwa sayu. Peristiwa hitam dia dirogol kembali berputar. Dia sungguh takut, benar-benar takut jika dia diapa-apakan lagi. Rontaan semakin galak.
Irfan Naufal mengeluh lalu melepaskan tubuh Adnin Najwa. Dia dapat melihat ketakutan yang melanda gadis itu. Tentu Adnin Najwa masih tidak dapat melupakan perbuatan khianatnya terhadap gadis itu. Trauma Adnin Najwa masih terlalu segar. “Awak nak terjatuh tadi.. Sebab tulah saya tolong..” balas Irfan Naufal perlahan.
“Saya kan ada kunci bilik.. Tadi, saya masuk bilik guna kunci nilah.. Ummi cakap, awak ada kat dalam.. Saya masuk je lah..” sambung Irfan Naufal lagi.
Adnin Najwa menelan liur. Takkanlah Encik Irfan dah saksikan semuanya tadi? Dahlah aku tak kunci pintu bilik air! Adnin Najwa sudah terasa malu yang amat. Tolonglah ya Allah, janganlah dia saksikan aku mandi tadi! “Awak.. Awak takde nampak apa-apa, kan?” soal Adnin Najwa memberanikan diri.
Irfan Naufal menelan liur. Hesy! Tanya la pasal lain. Kenapa tanya pasal ni pulak? Adesss… Irfan Naufal menelan lagi air liurnya lalu berdehem-dehem kecil, cuba mengawal suaranya. “Takde apa-apa pun yang saya nampak. Saya baru je masuk..Tengok-tengok awak dah nak terjatuh. So, saya cepat-cepatlah pegang. Lagipun, takpe saya pegang awak tau.. Sebab kita kan dah jadi suami isteri yang sah..” terang Irfan Naufal berbohong. Yalah, takkan nak beritahu betul-betul kut yang dia dah saksikan free show tadi? Aduhai, Ir.. Bertuahnya kau..
“Betul?” tanya Adnin Najwa ingin memastikan.
“Betul.. Saya ni pernah ke tipu awak sebelum ni? Hmm.. Saya ikhlas dengan awak je selama ni tau..” pancing Irfan Naufal dengan sepenuh perasaan. Dia bimbang sebenarnya. Bimbang jika Adnin Najwa menyuruh dia bersumpah.
“Okey, saya percayakan awak.. Tapi, please lain kali jangan masuk mengejut macam tu lagi..” pesan Adnin Najwa sebelum dia tersedar yang dia masih belum berpakaian. Ya Allah! Malunya.. Barulah pipinya kembali terasa panas yang melampau-lampau. “Dan.. Erm.. Boleh tolong keluar tak? Saya nak pakai baju..”
“Buat apa keluar? Kalau awak pakai baju depan saya, dapat pahala tau… Tak nak pahala free?” usik Irfan Naufal. Sempat pula dia.
Wajah Adnin Najwa bertambah merah menyala. Dia terlalu malu. Tualanya ditarik-tarik sedikit untuk menutupi pehanya yang diyakini terserlah. “Please, I am begging you..” rayu Adnin Najwa lagi.
Irfan Naufal tertawa kecil. “Okey.. Saya gurau aje.. Janganlah ambil hati ye.. Sayangku, Cik Najwa..” ujar Irfan Naufal separuh berbisik sebelum mencapai baju t-shirtnya yang berada berdekatan dan berlalu keluar. “Betul ni, saya keluar!” laung Irfan Naufal sebelum menutup pintu bilik rapat-rapat serta menguncinya.
Adnin Najwa menarik nafas lega walaupun hatinya kini berdegup-degup tidak sekata kerana Irfan Naufal baru sahaja memanggilnya sayang lagi. Nasiblah Irfan Naufal itu begitu memahami. Ya Allah, Engkau berkatilah hidup mereka sekeluarga yang terlalu baik terhadapku.. Aminn..


p/s : hehehehehe.....esok dah nak gi PBAKL..jom jumpa pada 5 & 6 Mei (Sabtu & Ahad).. harap2 bila bukak blogger ni bila balik nnti, ramai la yg tinggalkan komen ye..utk special n3 ni (special sbb berusaha siapkn sblm pegi PBAKL)..hehehe terimalah, khas buat korang~ :D






Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 5/04/2012 01:04:00 AM
Labels: Kurelakan Kasihmu

57 comments:

  1. keSENGALan teserlah..Friday, May 4, 2012 at 1:21:00 AM GMT+8

    huaaaaaa..
    kite yang malu.
    sis ni.
    hahaahaaa.

    dapat tak agak-agak irfan ni tahan gelora jiwa yang melanda?
    berapa lamalah agaknya yee.
    notty tau irfan ni.

    btw sis, bukan ke irfan tgh pakai towel je time tu? boleh pulak dia keluar bilik macam tu? mahu bikin orang dalam rumah pengsan tgk.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. ღAuni_AmauniღFriday, May 4, 2012 at 1:22:00 AM GMT+8

    biasalah..tu kan rumah dia..haha :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. BellaFriday, May 4, 2012 at 1:22:00 AM GMT+8

    akhirnye... 10q sis...
    wooaaarhh... dh kawin... nex2... conflict ap plak lepas nie

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousFriday, May 4, 2012 at 2:20:00 AM GMT+8

    Sweet sesgt. Caya lah auni. Awak mmg sgt2 berbakat dlm penulisan. Cara auni menyampaikan, mmg sgt2 sampai hingga kelubuk hati.
    -jaja-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღFriday, May 4, 2012 at 7:12:00 AM GMT+8

      thanks dear... :)

      lebiu2..

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  5. Zananis AliFriday, May 4, 2012 at 3:29:00 AM GMT+8

    oh my...tutup muka dalam selimut...haha... best3. ;) cant wait 4 nest n3.

    tapikan sis...x dpt tdk, rasa kesian lak kat wawa.. :'( rasa mcm irfan tu nk permainkan wawa yg innocent tu... tb2 rsa benci dgn irfan! meluat...huh..x suka meh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღFriday, May 4, 2012 at 7:09:00 AM GMT+8

      erk..haha rilex2..irfan cuma nk buatkn wawa jatuh hati kt dia..

      dan peristiwa kt bilik air tu, memang dia sndiri pn xjangka..hehe

      lelaki pulak tu yg nmpak,msti la naluri dia lebih kuat kn.. ^^

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  6. AnonymousFriday, May 4, 2012 at 7:39:00 AM GMT+8

    best sangat!!??

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. liedaFriday, May 4, 2012 at 8:09:00 AM GMT+8

    bestnyeeeeeee..Irfan dh jatuh cinta ngan Wawa tanpa sedar..huhuhu..puji sgt ngan family Irfan..wasau gak td kot2 adik Irfan tu marah coz tinggalkan arissa..tp..smpai bile mata Wawa nk bute?kesian ngan die..tp..b4 die bleh melihat smula,Irfan bleh ar pujuk2 wawa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RinsyaRycFriday, May 4, 2012 at 7:03:00 PM GMT+8

      Huk2 .. suka33333!!!
      Irfan gatai ah... siap nak tengok org mandi . kalau rin jdi adnin , ada je org yg kena ketuk dahi . hewwheww..

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  8. M.TFriday, May 4, 2012 at 8:32:00 AM GMT+8

    very the suka sangat2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. M.TFriday, May 4, 2012 at 8:35:00 AM GMT+8

    best sesangat!! tak sgka scpt itu diorang marriy!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. Eppy SafriFriday, May 4, 2012 at 9:09:00 AM GMT+8

    Akhirnya kawen gak si Irfan ngan Najwa...
    semoga rintangan dan konflik meke xlah byk smpai melelehkan air mata ku ni...

    sungguh amat bersimpati ngan keadaan najwa, terase diri ni amat beruntung kerna dapat melihat...

    sungguh besar kuasa Allah s.w.t

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu dzulkarnainSunday, May 6, 2012 at 9:53:00 PM GMT+8

      sokong tu.. awal2 chapter dah meleleh2 ayer mata ni. hope happy ending.
      nak tau penerimaan arissa plak.

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  11. RinsyaRycFriday, May 4, 2012 at 9:11:00 AM GMT+8

    Ngeee.. irfan nakal gila . segan lak masa baca .. tpi suka . <---sindrom org gatal . keh3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. AnonymousFriday, May 4, 2012 at 9:49:00 AM GMT+8

    best...nnt mestoi mcm2 cara irfan buat kan...mntang2 la najwa tu buta kan...pandai btl amik kesempatan...hahaahaha...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. AnonymousFriday, May 4, 2012 at 9:57:00 AM GMT+8

    pandai ye irfan...alahai sweetnyer...agaknyer alida bgithu kat arissa x irfan dah kahwin?? AW, besttt sangat..TY :))

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. miezaFriday, May 4, 2012 at 10:18:00 AM GMT+8

    erm.. tgh sweet moment ni. seronok je baca (mode tersenyum)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. almuzniFriday, May 4, 2012 at 11:08:00 AM GMT+8

    syok lah...cepatlah sambung

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. almuzniFriday, May 4, 2012 at 11:10:00 AM GMT+8

    Irfan ni nakal lah..cepatlah sambung seronok baca..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. Akulah.zatyFriday, May 4, 2012 at 11:20:00 AM GMT+8

    NAK LAGI..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. Akulah.zatyFriday, May 4, 2012 at 11:23:00 AM GMT+8

    nak lagi AA...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. Ina AniaFriday, May 4, 2012 at 12:48:00 PM GMT+8

    best, best! Irfan ni nakal ya? hahaha sambung lg tau ;D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. AnonymousFriday, May 4, 2012 at 2:28:00 PM GMT+8

    Gd work. keep it up

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. UnknownFriday, May 4, 2012 at 2:32:00 PM GMT+8

    Best! Akhir kahwin jgak mereka b2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. ShadFriday, May 4, 2012 at 3:11:00 PM GMT+8

    aaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... sukanya entry ni.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. Uwais Al-QarniFriday, May 4, 2012 at 3:34:00 PM GMT+8

    ya Allah best nye family irfan naufal..baik sngt dgn adnin najwa.nasib baik lida ok yg pling pnting sikap penyayng mereka sekelurga tu..
    lagi satu,fmily irfan bersederhana shja xnk membazir..
    serious,thumbs up writer..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. kak idaFriday, May 4, 2012 at 3:35:00 PM GMT+8

    akhirnya..irfan dapat mengahwini wawa..dan akak telah melihat keikhlasan Ir ..akak mengharap agar wawa akan terbuka hatinya untuk menerima Ir seadanya..dan akak mengharap agar wawa tidak mengecewakan Ir .kalo mlm tu Ir nak kan haknya sebagai seorg suami..dan akak harap ir tak akan mengecewakan wawa bila malam pertama mereka berlalu..dan akak rasa tak perlulah wawa menafikan hak ir sebagai seorg suami walaupun dia tahu dirinya tak suci lagi..tapi bila difikirkan dari segi hukum mmg wajib dia melayani suaminya...just teruja nak tahu malam pertama mereka apabila berdua dan ir meminta haknya..apa ek akan terjadi..akak rasa inilah kemuncak citer ini..adakah bayangan hitam tu akan menghantui wawa dan adakah ngan layanan ir yg menuntut haknya pada dirinya akan mampu melenyapkan rasa takut tu...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. Dont know Friday, May 4, 2012 at 3:37:00 PM GMT+8

    bessssssssssssssttttttttt....suka sangat

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. AnonymousFriday, May 4, 2012 at 3:38:00 PM GMT+8

    best.....suka kat irfan ngan najwa...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. AnonymousFriday, May 4, 2012 at 4:02:00 PM GMT+8

    best gilalah cita nie....awesome!!!-mira

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  28. Aida SherryFriday, May 4, 2012 at 4:39:00 PM GMT+8

    o...malunya....
    begini nasibnya bila menjadi org buta.... yg tergambar dimata hanyalah kegelapan..... tak tahu apa yg ada di sekeliling diri.... rasa insaf dlm diri..... ku syukuri nikmatmu Ya ALLAH.....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  29. AnonymousFriday, May 4, 2012 at 4:54:00 PM GMT+8

    bla nak wat citer wawa leh mlihat blek ke???? x sbar nak tau pa yg jd bla wawa tau siapa sbnrnya irfan tue????

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  30. AnonymousFriday, May 4, 2012 at 5:57:00 PM GMT+8

    Best2. Sweet la plak Irfan Naufal ni. Hihi. Jangan dia lukakan hati Najwa sudah. Memang nak kena belasah. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  31. QasehSuciFriday, May 4, 2012 at 7:28:00 PM GMT+8

    aduh rasa nk tutup je muka dgn fail2 depan meja nie...rasa muka Qaseh plak yg merah tahan malu...heheh...dah agak dah najwa buat syarat sbb malu dia dah pernah kena sentuh...

    gud job auni...mmg 1st time jumpa blog nie dah melekat dah..kiki...insyallah kita jumpa esok k...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  32. AnonymousFriday, May 4, 2012 at 9:01:00 PM GMT+8

    Sambunglahh cepatttttt.. Sabar sabar~

    -from Brunei-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  33. ellyFriday, May 4, 2012 at 9:21:00 PM GMT+8

    Hope biarlah wawa dh sygkan irfan gila2 then br buat pembedahan mata (if). Wpn lps tu mgkn ads konflik sbb dh tahu siapa irfan tu tp cpt bdamai....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  34. AnonymousFriday, May 4, 2012 at 10:09:00 PM GMT+8

    wah giler aah. rase segan lak nk bace.hahhahahaah. ape ek jadi pas ni? camneh la diaorg nk survive as a couple? cecepat smbg ek. makasih

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  35. Tie TinieFriday, May 4, 2012 at 10:26:00 PM GMT+8

    love u Auni..
    superbbb...
    gud job IR... taniah.. kahirnya kawen jugak ngan wawa...
    hope wawa boleh terima IR selepas dia tau sapa IR...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  36. Tie TinieFriday, May 4, 2012 at 10:27:00 PM GMT+8

    sayang auni ketat2...

    tahniah... Ir... akhirnya kawen jugak ngan wawa.. hahahhahaha....
    hope wawa boleh terima Ir bila dah tau sapa Ir...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  37. AnonymousFriday, May 4, 2012 at 11:16:00 PM GMT+8

    ahahaha..klakar r irfan ni.
    Bile nk move step strusnya.

    Zue

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  38. NurAtiZaSaturday, May 5, 2012 at 1:35:00 AM GMT+8

    Akhirnya kahwin juga...=D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  39. blinkallthedaySaturday, May 5, 2012 at 9:04:00 AM GMT+8

    best...hope dibukakan pintu hati wawa utk irfan...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  40. AnonymousSaturday, May 5, 2012 at 10:46:00 PM GMT+8

    Best la

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  41. AnonymousSunday, May 6, 2012 at 1:02:00 AM GMT+8

    nak lagi....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  42. aNAiTekUReRUSunday, May 6, 2012 at 1:24:00 PM GMT+8

    best...harap2 wawa jatuh cinta ngan irfan b4 dia boleh melihat semula...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  43. AnonymousSunday, May 6, 2012 at 4:02:00 PM GMT+8

    tahniah..mmg best!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  44. AnonymousSunday, May 6, 2012 at 9:04:00 PM GMT+8

    best nye citer nie! yet another wonderful story from the talented cik auni.. suke.. suke.. suke..
    x sabar nk tggu entry seterusnye.. keep on writing yeah! aja aja fighting, cik writer!
    ~Miss Peace~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  45. Ayu dzulkarnainSunday, May 6, 2012 at 9:56:00 PM GMT+8

    superb..suka ngan karekter ir skarang dah pandai jiwang2..yg penting dag pandai notty2 . auuuwww..
    harap Ir jatuh cinta tergolek2 dgn wawa. n wawa dpt maafkan Ir n terima dia. wahhh!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  46. adilahMonday, May 7, 2012 at 4:02:00 AM GMT+8

    wahh..sudah angau ni..writer cpat smbung.. cte ni mmg lain dri yg lain..thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  47. adilahMonday, May 7, 2012 at 4:03:00 AM GMT+8

    hii..angau2

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  48. MisS_SyaMonday, May 7, 2012 at 9:27:00 AM GMT+8

    SERIOUSLY MEMANG TAK NYESAL IKUT CRITE2 yg SIS AUNI TULIS!!! =D

    crite ni mmg lain dari yg lain...sya sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sgt2 dgn irfan...

    tapi a bit sympathy for wawa...harap nnti dia dpat melihat semula.. :)

    thanks a lot sis for another long entry from u...

    I LOVE AUNI AMAUNI.. =D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  49. khadijahMonday, May 7, 2012 at 9:32:00 AM GMT+8

    assalam Auni..akak suka dgn karya2 auni.selama ni akak silent reader jak.jan marah eh.akak cuma nak cakap,you're the best! tapi sayang sekali mngkin stok MM payah nak sampai awal di sabah sama mcam novel2 lain juga.. :(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  50. AnonymousTuesday, May 8, 2012 at 4:43:00 PM GMT+8

    dasat..t smbung ag yer sis auni..:)

    _cik wan tujus wan tusom_

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  51. AnonymousWednesday, May 23, 2012 at 1:47:00 PM GMT+8

    best citer nie..keep up the good work..:-)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  52. Eyla SulaimanSaturday, June 16, 2012 at 9:58:00 PM GMT+8

    Yeay.... finally.. kawen jugak kn.. mcm mn la penerimaan najwa nnt bila dpt tawu hubby dia tue irfan yg dia benci tue... cpt2 update ya sis.. x pun buku kn terus je la.. hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  53. AnonymousMonday, June 18, 2012 at 10:12:00 AM GMT+8

    best ah.cpt ler smbung =(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu