VIRUS masih memikirkan tentang permintaan Ikmal tadi. Perlukah aku menerima atau menolak mentah-mentah? Kalau aku tolak, tentu Ikmal kecewa kerana dia kan sahabat baik aku! Kalau aku terima pula, maknanya aku membuang terus prinsip hidup yang aku tanamkan semasa aku di tingkatan tiga dahulu.
Prinsip yang ditanamkan atas dasar ingin melindungi diri. Masih terngiang-ngiang di kepalanya peristiwa buruk yang berlaku padanya ketika itu. Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu, namun semuanya masih tetap segar dalam ingatan.
Virus baru pulang dari sekolah ketika itu. Apabila tiba di suatu selekoh yang agak sunyi, dia dikepung oleh seseorang yang amat dibencinya.
“Hai, sayangku Ida! Baru balik dari sekolah, ya?” sergah seseorang yang tiba-tiba datang dari balik semak berhampiran. Virus memandang wajah itu.
“Apa awak nak?” soal Virus dalam nada ketakutan. Maklumlah waktu itu dia masih normal dengan semua sifat keperempuanannya. Virus cuba berlalu dari situ namun tangannya pantas dipegang oleh lelaki itu.
Tiba-tiba lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Muka Virus pantas dipegangnya lalu tubuh kecil itu ditarik mendekatinya. Terketar-ketar badan Virus ketika mulutnya ditekup oleh lelaki keparat itu. Tidak sempat untuknya menjerit meminta tolong. Ketakutannya usah dikata lagi, sehingga menggigit-gigit jiwanya.
“Sayang tak ingat nama abang, ya? Ingat ni baik-baik, nama abang Khairul! Abang nakkan Ida! Dah lama abang cuba dapatkan Ida, tapi Ida tak pernah layan. Buatkan abang geram aje! Sekarang Ida dah ada kat sini..” lelaki itu cuba menarik Virus ke dalam semak berhampiran.
Virus meronta kuat mahu melepaskan dirinya. Namun apalah daya dia seorang perempuan yang lemah ketika itu. Airmata sudah banyak mengalir dipipinya. Berbagai kemungkinan yang tidak baik sudah terbayang di ruang mata Virus saat itu.
“Kenapa meronta-ronta ni? Kenapa sayang menangis? Please jangan nangis, takkan sakitlah sayang. Abang buat slow-slow aje!” ketawa kecil Khairul terlepas ketika itu. Tangannya masih menekup mulut Virus sekemas-kemasnya.
Tubuh Virus sudah dibaringkan ke tanah tanpa kerelaan gadis itu. Tudung sekolah berwarna putih yang melitupi kepala Virus direntap sehingga tertanggal. Rambut ikal separas bahu Virus kelihatan terburai keluar. Haruman dirambut gadis itu membangkitkan lagi nafsu lelaki Khairul ketika itu.
Dengan cepat, Khairul mengikat mulut Virus dengan tudung tadi lalu kedua belah tangan Virus dikuncinya kemas. Dengan mengukir senyuman penuh nafsu, dia menatap wajah Virus yang sedang meronta sakan. Airmata begitu banyak sekali mengalir sehinggakan mata gadis itu kelihatan sembab.
Sudah lama dia mengidamkan tubuh Virus. Sudah lama dia cuba memikat gadis cantik itu namun tidak pernah dilayan. Hendak dikatakan mukanya tidak kacak, rasanya dialah lelaki paling kacak dan popular disekolah itu. Tambahan pula, dia adalah senior kepada Virus. Pantang benar dia dengan junior yang tidak mahu mendengar kata!
“Duduk diam-diam!” kata Khairul sambil menampar kuat pipi Virus sehinggakan tubuh kecil gadis itu yang sedang ditindih oleh tubuh sasanya menjadi lemah dan longlai.
Senang sikit kerja aku kalau macam ni! Khairul tertawa didalam hatinya sambil mencumbui leher putih melepak Virus itu dengan penuh nafsu. Tiada lagi rontaan dari Virus, hanya airmatanya sahaja yang sentiasa mengalir deras.
“Hoi! Kau buat apa, hah? Jantan tak guna!!” jerkah seseorang secara tiba-tiba. Kelihatan seorang lelaki separuh umur sedang bercekak pinggang ketika itu.
Khairul tersentak lalu berpaling melihat gerangan yang menegurnya. Dengan wajah yang cuak, dia cuba melarikan diri. Tidak mahulah dia mencari pasal dengan Pak cik Adnan itu! Orang tua itu adalah tok guru silat terkenal di kampung berdekatan. Siapa yang tidak kenal dengan lelaki tua itu.
“Kau ingat kau boleh lepaskan diri?!” bentak Pak cik Adnan sambil pantas membuka langkah silatnya. Sekelip mata, tubuh Khairul berjaya dikunci dengan teknik silatnya.
“Pak cik! Lepaskan saya, pak cik! Saya janji tak buat lagi!” rayu Khairul sambil menahan kesakitan akibat tangannya yang sudah dikilas ke belakang.
“Kau ni perosak di tempat kita! Selagi orang macam kau bebas, selagi tu la negara ni takkan aman selamanya. Perbuatan kau ni perbuatan terkutuk tahu?! Pantang datuk nenek aku dengan lelaki dayus seperti kau ni yang tau menindas kaum wanita yang lemah! Aku akan serahkan kau pada pihak polis!” ujar Pak cik Adnan sambil menggeleng-geleng kepalanya.
Seketika kemudian, datang seorang lelaki lalu membawa Khairul pergi. Mungkin lelaki itu adalah pengikut Pak cik Adnan.
Pakcik Adnan menghampiri tubuh Virus yang masih terbaring di tanah. Mujurlah lelaki jahanam itu belum mengapa-apakan baju kurung sekolah gadis itu. Virus masih menangis ketika itu. Mungkin trauma. Seluruh badannya terasa lemah longlai. Tidak larat lagi untuk dia cuba bangun.
“Sudahlah, nak! Bangunlah..pak cik ada!” senyum Pak cik Adnan sambil membantu mendudukkan Virus. Seketika kemudian, dia memapah Virus meninggalkan kawasan tersebut sebelum menghantar Virus pulang ke rumahnya dengan selamat.
Sejak peristiwa itulah, Virus nekad mahu mengubah penampilannya supaya lelaki tidak akan tertarik padanya lagi. Bencinya pada kaum lelaki yang suka mengambil kesempatan amat mendalam sekali! Mujurlah dia sempat belajar sedikit ilmu persilatan dari Pak cik Adnan. Selepas ini, dia tidak akan sekali-kali memberi muka jika terjumpa lagi lelaki seperti Khairul itu.
“WOI! Cepatlah, sengal! Aku kesuntukan masa ni!” panggil Ikmal menyebabkan lamunan Virus tadi terbang entah kemana. Virus memandang Ikmal yang gelagatnya seperti cacing kepanasan ketika itu. Shuji pula tersengih macam kerang busuk melihat kekalutan Ikmal.
“Hmm..tengoklah dulu!” balas Virus sambil membuat muka tak endah. Ikmal sudah terkedu dan matanya terbuntang apabila mendengar ayat Virus tadi. Sudah berkali-kali dia memujuk si Virus itu namun jawapannya tetap tidak mahu juga ke?
“Tak apalah, malas nak paksa kalau orang tak sudi..” Ikmal menarik muka masam. Mulutnya terjuih seperti mulut itik angsa. Sengaja ingin pura-pura merajuk. Dia tahu, Virus tentu akan menolongnya.
“Hoi, Virus! Kau tak payahlah nak keras kepala. Buktikan pada aku yang kau ni bukan gay!” cabar Shuji sambil menepuk bahu Virus. Mulutnya hanya tersengih panjang. Dia tahu, Virus pantang dipanggil gay sejak dulu lagi
“Woi! Ini Virus lah! Lai lai..bring it on!” Virus bangun dengan panas hati lalu menarik lengan Ikmal. Mereka bergerak di celah-celah orang ramai untuk ke belakang pentas. Dari jauh, Ikmal membuat gaya ‘thumbs up’ pada Shuji dengan senyuman penuh makna.
Sesampainya Virus dibelakang pentas itu, matanya terbeliak melihat semua baju-baju perempuan yang terbelah sana, terbelah sini. Takkanlah aku kena pakai baju-baju macam itu jugak kot?! Jerit hati Virus dengan rasa tidak percaya.
“Apa yang kau tengok tu? Sampai terbeliak biji mata?!” soal Ikmal sambil tersenyum-senyum kecil. Dia tahu, Virus tidak mahu memakai baju-baju begitu. Sebab itulah muka sahabatnya itu sudah bertukar seperti kera terkena kejutan elektrik sahaja.
“Aku kena pakai baju-baju macam ni?”
“Iyelah! And kasut macam tu..” jawab Ikmal sambil jari telunjuknya menunjuk ke suatu arah. Mata Virus terbuka luas lagi kali ini apabila melihat kasut-kasut bertumit tinggi yang berderetan tersusun ditepinya.
“What??! Kau gila? Atau kau nak kasi aku jadi gila??!” Virus memegang kepalanya. Sesekali mukanya berubah menjadi muka orang tua nak mampus. Memang mampuslah dia nak pakai baju-baju dan kasut tinggi-tinggi begitu!
“Pleaseeeee..jangan kau tarik diri di saat akhir macam ni pulak! Aku takkan maafkan kau, tau tak?”
“Hah?! Kau kan tahu aku tak tahu nak cat walk, apatah lagi nak bergaya dengan pakai baju-baju semua tu! Aku ni bukan pernah jadi model pun!” rungut Virus sambil membuat muka blur.
“Aku yakin kau boleh, Virus!” kata Ikmal dengan semangat wajanya. “Chaiyok-chaiyok! Fighting!” sambung Ikmal sambil tangannya membuat gaya ‘chaiyok-chaiyok’ seperti pelakon drama Korea.
“Hmm..okeylah, okeylah! Mana baju aku yang sebetulnya?” soal Virus dengan muka yang teramat malas. Dahinya sengaja digaru-garu. Jantungnya berdebar kencang.
“Sofie! Oo..Sofie!” panggil Ikmal pada seseorang yang sedang sibuk memilih baju untuk model-model disitu.
“Ya, coming sayang!” jawab orang itu lalu berjalan menghampiri mereka. Lain macam sahaja bunyi suara orang itu. Nama perempuan tetapi suara lelaki? Arghh..takkanlah itu kategori ‘aww’ kot?
Geng-geng ‘aww’ ini yang aku lemah ni! Jangan rapat! Arghh ni nak makan budok ni! Rintih Virus dalam hatinya apabila teringat kembali bagaimana dia diserbu oleh ‘mak nyah’ ketika melepak bersama seorang sahabatnya.
“Jangan panggil aku macam tu lah!” gumam Ikmal kepada Sofie yang sudah pun berdiri disisinya. Sofie ketika itu yang berpakaian seperti perempuan ditenung oleh Virus dengan penuh rasa geli geleman. Lentik tubuhnya mengalahkan perempuan!
“Wow! Who is this handsome guy? Nak berkenalan boleh?” Sofie melirikkan matanya pada Virus lalu tersenyum manis. Bagai ingin menggoda Virus. Mual yang dirasakan ditekak Virus ketika ini usah dikata lagi, sudah ke tahap hampir terburai keluar muntah-muntahnya.
“Guy? Kau ingat dia ni lelaki ke? Ini perempuanlah!” kata Ikmal separuh ketawa. Muka Sofie sudah berubah. Dia mengamati wajah Virus lama.
“Kau nak tipu akulah tu! Kau jealous, ya?” Sofie tersengih menampakkan lesung pipitnya. Ahh! Kalaulah Sofie ini menjadi lelaki sejati, tentu akan menjadi rebutan gadis kerana lesung pipit yang dimilikinya membangkitkan seri wajahnya yang ‘tampan’ itu.
“Ahh..tolonglah, Ikmal..” ucap Virus berbisik ke telinga Ikmal sambil membuat mimik kegelian yang teramat sangat.
“Betullah. Dia ni model utama kita. Yang gantikan Cik Salina!” terang Ikmal seraya tersenyum. Sofie mengerutkan dahinya lagi.
“Buktikan dia ni perempuan!”
“Haih? Takkanlah dia nak tunjukkan pada kau segala-galanya baru kau nak percaya?” seloroh Ikmal pula. Virus mencemik. Buang masa dan karan aje si Ikmal layan ‘mak nyah’ itu.
“Nah, kad pengenalan! Puas? Okey, boleh tak mulakan sekarang?” Virus menyuakan kad pengenalannya pada Sofie membuatkan Sofie tergamam melihat identiti Virus. Memang perempuan! Alah, melepas!
Malas dia mahu melihat pertengkaran Ikmal dan Sofie pasal dirinya. Satu lagi, dia memang tidak mahu berkepit dengan si Sofie itu as a guy! Tolonglah! Buatnya Sofie itu merepek nanti macam ‘mak nyah’ kat KL dulu, mampus aku! desis hati Virus sendirian.
Ikmal sudah ketawa bagai nak gila ketika itu apabila muka Sofie seakan frust menonggeng. Tak boleh blah betul! Boleh Sofie minat pada Virus?! Memang lepas ni, jadi bahan ketawa dia dengan Shuji aje lah si Virus itu!
“Jom, sayang..I tunjukkan your baju dan kasut!” senyum Sofie sambil menarik lengan Virus. Virus juga berpura-pura senyum kembali sambil mengikuti langkah Sofie ke suatu sudut. Perasaan gelinya sedikit terbendung kerana dia tahu, Sofie sudah maklum mengenai jantinanya.
Ikmal yang sedang ketawa tadi sudah meredakan tawanya lalu berjalan keluar dari belakang pentas tersebut. Dia mengorak langkah ke arah Shuji yang masih berada di meja tadi. Mereka berbual-bual dengan begitu khusyuk sekali. Tentulah kisah tentang Sofie dan Virus tadi yang diceritakan pada Shuji membuatkan lelaki itu ketawa tidak ingat dunia.
Di belakang pentas, Sofie sedang mundar-mandir di luar bilik persalinan menantikan Virus selesai berpakaian. Tidak lama kemudian, kedengaran daun pintu dikuak.
“Yo! Kak Sofie!” Virus menyergah Sofie membuatkan dia terkejut.
“Oo..mak aku, mak kau, mak dia!” Sofie melatah dengan gaya selembut mungkin sehingga melentik-lentik badannya membuatkan Virus terkekeh-kekeh ketawa disebelah Sofie. Pantas Sofie berpaling melihat Virus yang sedang ketawa. Niatnya ingin memarahi gadis itu. Tetapi..
Bibir Sofie terbuka ketika terpandangkan penampilan Virus ketika itu. Tiada kata-kata yang keluar saat terpandang penampilan Virus yang berubah dengan amat ketara sekali. Sungguh dia terkejut melihat Virus yang sedang terkial-kial macam Robocop dengan ‘dress’ labuh yang dipakai gadis itu. Virus tidak sedar yang dia diperhatikan oleh Sofie dengan begitu tajam sekali.
“Let’s now cheer for the most beautiful lady. She’s presenting the most beautiful dress from our designer here..please welcome, Miss Vanida binti Dato’ Sharif!” kedengaran suara pengerusi majlis memperkenalkan model seterusnya iaitu Virus.
Miss? Ahh..bila masa pulak dia bertukar status ni? Mentang-mentang nak naik pentas! Cis! Shuji bermonolog dalam hatinya.
Shuji dan Ikmal sudah memanjangkan lehernya saat itu. Para wartawan begitu galak sekali bergerak ke hadapan dan bersedia untuk mengambil gambar dengan kamera mereka. Ikmal juga sudah bergerak ke hadapan untuk mengambil gambar penting untuk tugasannya itu.
Seorang gadis yang amat cantik sekali kelihatan sedang keluar dari belakang pentas dengan penuh bergaya. Virus kelihatan sangat selesa diatas pentas walaupun baru pertama kali dia berbuat sesuatu seperti itu.
Tiada langsung cacat cela dimata semua orang. Virus tidak mahu berbuat silap dihadapan Shuji dan Ikmal. Baru dia orang kenal siapa aku lepas ni! Siapa berani panggil aku gay lagi?! Lai! Virus ketawa dalam hati.
Cahaya flash dari kamera-kamera wartawan begitu galak berkerlipan di sana sini. Semua orang yang berada disitu sungguh terpegun dengan kejelitaan model yang kini berada diatas pentas peragaan.
Shuji memisat matanya tanda tidak percaya bahawa gadis yang sedang berjalan diatas pentas itu adalah Virus. Ikmal juga ternganga mulutnya ketika terpandangkan Virus yang sedang tersenyum diatas pentas. Seperti seorang model professional lagak si Virus. Dimana pergi kekerasan gadis itu selama ini? Virus sekarang ini sungguh lemah gemalai diatas pentas!
Virus yang sedang berada dihadapan mereka sekarang kelihatan begitu lain dimata mereka. Nampak penuh sifat kewanitaan, kelembutan, keanggunan dan kecantikan asli yang sungguh terserlah. Wajah Virus hanya disolek nipis sahaja ketika itu.
Dress yang tersarung ditubuh Virus yang berwarna ‘Maroon’ keemasan itu sungguh sesuai dengan warna kulit gadis itu yang putih melepak dan kemerahan. Rambut palsu yang dipakai oleh Virus saat itu kena sekali dengan dirinya. Mata Shuji tidak berkelip lagi ketika terpandangkan gadis cantik itu. Betulkah itu isteriku? Detik hati Shuji dalam diam.
Ikmal dan Shuji sudah terdorong ke depan. Kali ini mereka berdiri betul-betul ditepi pentas. Virus lalu dihadapan mereka lalu tersenyum manja. Arghh..cairnya hati Shuji ketika ini usah dikata lagi! Ahh, jatuh cintakah aku pada Virus? Rintih hati Shuji dalam diam. Dadanya berdebar kencang melihat Virus diatas pentas itu. Cantik sekali! Tiba-tiba..
“Argghh..!!” kaki Virus tergelincir lalu dia hampir terjatuh. Memang dari mula dia cuba mengawal dirinya ketika memakai kasut bertumit tinggi yang jarang dipakai olehnya itu. Badannya sudah tidak dapat diimbangkan lagi lantas dia terjatuh ke arah tepi pentas, betul-betul dihadapan Shuji dan Ikmal.
Mata Virus dipejamkan rapat-rapat ketika terjatuh. Suasana agak slow motion lalu..
Virus membuka matanya. Mukanya merah padam apabila mendapati bahawa dirinya sedang dicempung oleh Shuji. Tadi Shuji sempat menyambut Virus sebelum tubuh gadis itu terjatuh ke atas lantai. Mata mereka bertentangan. Debaran dalam dada masing-masing, hanya Allah sahaja yang tahu!
Kilauan kamera tidak habis-habis ketika itu. Bagaikan Cinderella yang bertemu dengan putera rajanya. Pasangan itu kelihatan sangat secocok sekali dimata semua yang memandang.
VIRUS melantak mengalahkan orang Bosnia yang tidak makan sebulan. Perasaan malunya tadi hanya Allah sahaja yang tahu. Lazimnya, apabila dia mahu melupakan masalah, dia akan makan dengan begitu banyak sekali.
Ketika ini, mereka sedang berada di bilik Ikmal di hotel berkenaan. Auntie Zaharah sudah menghantarkan masakan-masakan Melayu yang dipinta Virus dan Shuji tadi.
Shuji dan Ikmal yang melihat kelakuan Virus itu menjungkit bahu kehairanan. Kini, Virus yang asal sudah kembali. Tiada lagi dress, tiada lagi mekap dan tiada lagi kelembutan. Hanya Virus, Virus yang sebenar!
“Slow-slowlah, bongok! Karang kalau tercekik? Aku jugak yang susah!” kata Shuji sambil membuat muka risau. Dia memandang wajah Virus lalu menelan liur.
Jika dia pandang wajah itu, mesti akan terbayang-bayang kejelitaan gadis itu diatas pentas tadi. Cun giler bini aku! Ahh! Apa ni? Aku dah jatuh cinta?! Arghhh! Detik hati Shuji sambil menggeleng-gelengkan kepalanya sedikit.
“Amboi! Sejak bilalah kau risau dengan si Virus ni? Setahu aku, dulu-dulu kalau dia nak makan sampai segelojoh mana pun kau tarak hal punya! Kali ni, dah risau pulak ye? Iyelah kan..siapa tak sayang bini kan? Cinta sudah mula berputik nampaknya!” usik Ikmal sambil ketawa terbahak-bahak.
Serentak itu, terus tersembur nasi yang sedang dikunyah oleh Virus dan Shuji. Habis melekat dimuka Ikmal ketika itu. Keadaan menjadi hening sebentar apabila tiada reaksi dari ketiga mereka. Lalu..
“Woi! Agak-agaklah! Habis muka aku yang handsome ni kau orang ukir dengan ukiran tak best kau orang tu! Dahlah air liur basi!” marah Ikmal sambil menyapu-nyapu wajahnya yang dipenuhi nasi.
“Siapa suruh kau mulut celupar? Kan dah kena balas!” sengih Shuji sambil terus makan. Virus hanya diam sambil meneruskan juga aktivitinya iaitu makan banyak-banyak. Ini belum cukup banyak ni untuk tampung rasa malunya tadi!
“Ada pulak celupar? Betullah kau orang ni dah mula sayang menyayangi! Tak betul?” kata Ikmal bersahaja. Ikmal memang. Suka berterus-terang tidak kira waktu.
Muka Virus dan Shuji merona merah tiba-tiba. Kedua mereka resah dan gelisah. Haishh..Ikmal ni mulut memang tak ada insurans betullah! Gumam Shuji dalam hatinya.
“Damn! Kau diam boleh tak, Ikmal? Aku nak makan dengan tenanglah!” gerutu Virus sambil menampar meja. Mulutnya penuh dengan nasi. Ya Allah! Gelojohnya perempuan ni! Desis hati Ikmal sendirian.
Shuji dan Ikmal terus terdiam ketika mendengar radangan Virus. Cepat melatah pula perempuan ini! Shuji pula berkata dalam hatinya.
“Woi, Ikmal! Kau tak makan ke?” soal Shuji yang pelik melihat Ikmal sekadar memerhatikan dia dan Virus melantak.
“Eh, tak apalah. Aku dah kenyang! Tadi dah makan!” Ikmal tersengih panjang. Bagai ada muslihat daripada muka yang sedang dibuat oleh Ikmal ketika itu.
“Hmm..mengantuklah!” Virus tiba-tiba menguap lalu memicit kepalanya. Entah mengapa dia tiba-tiba terasa mengantuk. Shuji juga turut menguap ketika itu.
“Aku pun mengantuk jugak tiba-tiba! Tidur dululah!” kata Shuji pula sambil menahan nguap. Perlahan-lahan Shuji melangkah ke sofa berdekatan lalu merebahkan dirinya ke situ.
“Hello, Mak cik Ros! Dah settle!” Ikmal menelefon Datin Rosmah setelah Virus dan Shuji sudah tertidur lena. Rupa-rupanya Ikmal telah berpakat dengan orang tua itu. Datin Rosmah tersengih seronok. Bagai mahu melompat-lompat pun ada juga.

wah..best2..klakr pn ade..smbg lg ye...hehe
ReplyDeleteapa dah terjadi??huahuahua...
ReplyDeletemcam biasa beshhh
ReplyDeletehahahahh
tapi macam mana lak ikmal leh bersubahat ngn datin ros tu yerkk??
jeng3!!
next plzz!
hahha..
ReplyDeletekan da agak..
rncgn mamaa..
[e jd pasnieh??
jeng4..
nk lgi..
as expected from u!!~
ReplyDeletesasuga Zazz ne! =)
as usual, very2 nice n3 =)
HAHAHA!!!amik korg sume rasakanlah penangan si vanida aka virus tuh!
ReplyDeletegile romantik..
hahaha..
wow,agak dah,something is going to happen!
something that is 'unforgettable'
nak lagi..cepat2..hehe
bestnye....tak sabar tunggu ni...bile dorang nak jatuh chenta ni..
ReplyDeleteisyh...
ReplyDeletemak dia nie..
ape lah yang di rancangkan tuw...
wawawa..
ReplyDeletecinta sudah berputik ya..
pandainye ikmal nie..
join mastermind mama ros yea..