-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Monday, June 15, 2009

Virus Vs Shuji 4

VIRUS segera keluar dari bilik selepas menendang Shuji tadi tanpa sedikitpun perasaan bersalah yang bersarang dihati. Senang hati lagi adalah kerana sudah berjaya mengalahkan Shuji. Dengan bernyanyi-nyanyi kecil, Virus turun ke ruang tamu dengan baju kurungnya. Dia memasang TV dan playstation lalu meniarap di situ bermain game.

Buat masa sekarang, mereka menetap dirumah Virus dahulu memandangkan Datin Rosmah yang berkeras. Selepas ini Virus akan cuba memujuk mamanya supaya mereka dapat pindah keluar. Bukan senang mahu memujuk orang tua itu sekiranya rancangan yang teliti tidak dibuat. Bukannya boleh pakai sangat mamanya itu. Orang tua itu lebih banyak muslihat dan lebih teliti dari Virus sendiri. Payah, payah! Keluh Virus dalam hatinya.

“Ida! Apa Ida buat kat bawah ni?” teriak Datin Rosmah apabila dilihatnya anak perempuannya itu sedang leka bermain playstation. Datin Rosmah yang baru sahaja masuk ke rumah itu terus duduk di sofa berdekatan. Sangkanya Virus sudah beradu didalam bilik pengantin.

“Ala, habis tu Virus nak duduk mana lagi mama? Nak main game kejap aje!” cebik Virus sambil matanya terus-menerus memanah ke kaca TV. Khusyuk betul dia bermain playstation.

“Hish, budak ni! Mana lagi kalau bukan bilik Ida dengan suami Ida!” Datin Rosmah sudah menggeleng-geleng kepala melihat Virus yang seakan tidak mempedulikan kata-katanya.

Mulut Virus seakan terbuka ketika mendengar kata-kata mamanya. Tidak mahulah dia tidur sebilik dengan Shuji. Memang mamanya sudah gila agaknya menyuruhnya tidur sebilik dengan Shuji. Takkan dia kena tidur sekatil dengan Shuji juga kot? Sebilik pun dia tidak ingin, inikan pula sekatil! Virus cuba untuk tidak ambil pusing kata-kata Datin Rosmah tadi.

“Apa lagi ni, Mah?” soal Dato’ Sharif yang baru masuk. Dia duduk disebelah isterinya yang sedang menggeleng-geleng kepala. Keluhan demi keluhan juga kedengaran dari mulut isterinya itu.

“Ni, anak abang ni la..tengok sikit budak ni, malam pertama dia boleh duduk main game kat sini? Tak sedar diri tu dah kahwin, nak jadi mak orang dah pun!” bebel Datin Rosmah.

Dato’ Sharif menggeleng-geleng pula selepas itu. Isterinya dengan anak perempuannya ini kalau tidak bertekak satu hari memang tidak sah!

“Habis tu kenapa mama kahwinkan Virus awal sangat? Virus ada banyak lagi benda nak buat la, ma..masa enjoy belum cukup..” suara Virus seakan merajuk namun matanya masih tepat ke kaca TV. Tangannya sibuk mengawal permainan yang sedang dimainkan olehnya.

“Ida, cuba pandang muka mama dengan papa ni bila kami bercakap!” Dato’ Sharif bersuara tegas membuatkan Virus tersentak.

Virus akur. Dia memang takutkan papanya itu sekiranya orang tua itu sedang serius. Jaranglah Dato’ Sharif mahu serius begini. Dia terus menoleh lalu duduk menghadap mama dan papanya yang sedang duduk di sofa. Mulutnya memuncung sahaja sepanjang masa semasa mendengar ceramah dari kedua orang tuanya.

“Kenapa muncung-muncung mulut? Cuba dengar sikit kata-kata mama dengan papa ni..” ujar Datin Rosmah. Dia mengharapkan Virus akan berubah selepas berkahwin.

Memang dia sengaja menyuruh Virus berkahwin dengan Shuji memandangkan terdapat peluang begini. Jika dia nak, dia boleh sahaja membayar denda yang dikenakan kerana tangkapan itu. Tetapi, tindakan sebaliknya pula diambil selepas dia berfikir panjang. Bukan senang untuk anaknya itu berubah kalau bukan dengan cara berkahwin.

Datin Rosmah amat yakin bahawa Shuji sahaja yang dapat mengubah Virus menjadi perempuan normal semula. Daripada pengamatannya juga, Shuji itu bukanlah seorang yang jahat walaupun berasal dari keluarga yang sederhana. Lelaki itu amat menghormati orang tua dan mudah mesra dengan orang.

Shuji memang seorang yang baik hati hasil dari keseluruhan pemerhatiannya ke atas lelaki itu. Pekerjaannya juga boleh tahan iaitu sebagai seorang Jurutera Komputer. Datin Rosmah merasakan, Shuji adalah calon yang paling sesuai buat Virus.

“Alah, bagilah Virus tidur dengan mama malam ni!” rengek Virus sambil menghampiri Datin Rosmah. Lengan mamanya itu dipaut manja.

“Habis tu papa kamu nak tidur mana?” bidas Datin Rosmah.

“Papa pergilah tidur dengan Shuji dalam bilik Virus tu!” ujar Virus selamba. Mata Datin Rosmah sudah terbeliak ketika itu. Dato’ Sharif pula menahan ketawa melihat perangai kebudak-budakan anak perempuannya itu.

“Kamu ni dah gila agaknya? Takkan papa kamu yang kena tidur dengan Shuji?” Datin Rosmah sudah mengomel marah.

“Alah, satu malam aje..mama ni berkiralah!” rengek Virus lagi.

“Dah, tak payah nak mengada-ngada! Mama cakap, Ida tidur dalam bilik Ida. Papa tidur dengan mama! Titik!” Datin Rosmah bersuara tegas.

“Ala mama ni, satu malam pun tak boleh berpisah dengan papa ke? Peluk la Virus pulak malam ni, ma..asyik peluk papa aje!” kata Virus seakan mengusik Datin Rosmah. Senyuman nakal meniti di bibir gadis itu.

Wajah Datin Rosmah tiba-tiba bertukar merah padam ketika itu. Dato’ Sharif pula sudah ketawa mendengar kata-kata usikan selamba dari mulut Virus itu tadi. Virus juga ketawa kecil saat itu.

“Abang diamlah! Ketawa pulak dia?” gerutu Datin Rosmah dalam nada marah. Lengan suaminya dicubit lembut.

“Sakitlah, sayang! Opss..” Dato’ Sharif menutup mulutnya apabila terlihat jelingan tajam isterinya.

“Kantoi! Depan Virus tak pernah nak bersayang-sayang pun, ya? Rupanya mama tak mahu papa tidur luar sebab nak beromantik dalam bilik, eh?” Virus menekan perutnya. Senyuman nakal terus terukir dibibir mungilnya.

“Diamlah, kamu ni jangan nak masuk campur hal orang-orang tua. Memang betul pun cakap kamu tu, memang papa tak boleh tidur dengan orang lain. Dengan mama aje. So, pergilah tidur bilik kamu, ya?” ujar Datin Rosmah sambil tersengih.

“Alamak!” perlahan kata-kata itu terkeluar dari mulut Virus. Sekali lagi dia terkena dengan mamanya. Dengan orang lain, bolehlah dia buli. Tapi kalau dengan mamanya, asyik dia sahaja yang terkena balik. Mama..mama! Keluh Virus.

“Jom, bang! Kita beromantik dalam bilik kita..biar Ida beromantik dengan suami dia dalam bilik dia..” Datin Rosmah berkata seraya bangun. Lengan Dato’ Sharif dipautnya erat. Mereka lalu berjalan beriringan naik ke bilik tidur mereka meninggalkan Virus yang terkebil-kebil.

“Haa..mama lupa pesan! Kalaulah mama nampak Ida tidur kat mana-mana yang selain dari bilik Ida, tahulah mama nak ajar Ida!” gertak Datin Rosmah dari jauh lalu terdengar pintu bilik ditutup.

Virus sudah gelisah. Ini yang dia malas mahu bertekak dengan mamanya. Memang selalunya dialah yang akan kalah. Hebat betul mamanya. Kadang-kadang sahaja orang tua itu akan beralah dan bertimbang rasa dengannya. Tetapi, dalam kes ini tidak mahu pula mamanya bertolak-ansur dengan dia. Mama..mama..! Keluh Virus lagi dalam hatinya.


“YO, fish!” ucap Virus apabila ternampak Shuji yang sedang duduk di sofa dalam biliknya. Shuji buat tidak tahu sahaja apabila mendengar ucapan Virus itu. Baginya, buang karan sahaja jika dia melayan si Virus itu. Dengan muka bosannya, dia mengeluh. Peristiwa yang berlaku tadi terngiang-ngiang semula dibenak Shuji. Sakit di celah pahanya masih terasa menggigit-gigit. Serta-merta hatinya menjadi panas. Virus itu perlu diajar.

“Tak dengar aku ucap apa kat kau tadi? Yo, fish!” kata Virus lagi sambil berdiri berhadapan dengan Shuji yang sedang bersantai diatas sofa. Tangannya diletak ke bahu Shuji lalu dengan pantas tangannya ditepis oleh lelaki itu.

“Shujing, kambeng..lepas tu, fish pulak? Dah la, weh..insaf la..” ujar Shuji acuh tak acuh. Riak muka seperti malas melayan sudah tergambar. Kalaulah Virus ini bukan perempuan, sudah lama dibelasahnya.

“Rilex la..”

“Apa rilex? Kau dah belasah aku tadi, kau suruh aku rilex?” Shuji sudah naik berang. Kata-kata Virus sekarang baginya ibarat suatu beban yang asyik menghempap dirinya.

“Hmm..ok..ok..I am really sorry, okay? Puas?” ujar Virus sambil melepaskan nafas yang berat. Mukanya muram tiba-tiba.

“Hah?! Senangnya kau mintak maaf? Hidup aku yang jadi pertaruhan, tau tak?” Shuji memeluk tubuh sambil menjeling Virus yang sudah duduk di sofa berhadapan dengannya. Mengapa pulak tu muram semacam aje? Nak meraih simpati aku? Sorrylah! Desis hati Shuji.

“Aku ikhlas ni..dahlah weh..jom kita berdamai..” getus Virus. Malas dia mahu membuli Shuji lagi. Hatinya lebih pedih kerana mamanya.

“Damai kepala otak kau! Hati aku sakit, kau tau tak?” bentak Shuji penuh perasaan. Dia sudah bangun menuju ke tingkap bilik. Matanya terarah keluar tingkap, cuba mengamati keindahan malam. Namun, suasana malam itu langsung tidak dapat menampung gelodak hatinya ketika ini.

“Hmm..ikut suka kau la..tapi, aku betul-betul mintak maaf dengan kau..zettai ne(benar-benar)! Memang aku bersalah dari awal lagi tak berterus terang pada kau. Memang aku pembawa masalah dalam hidup kau. Aku mintak maaf..” Virus bersuara dengan jujur. Airmatanya bergenang ketika ini.

Memang sudah lama dia ingin meminta maaf dari Shuji kerana hal ini. Cuma dia sahaja ego sebelum ini. Kalaulah dia mengaku bahawa dia adalah perempuan sejak mula lagi, tentu perkara ini tidak akan berlaku.

Tentu dia, Shuji dan Ikmal masih bergelar kawan baik. Ya, kawan baik buat selama-lamanya. Tetapi sekarang, semuanya bukanlah seperti yang diharap-harapkan olehnya. Entah apalah kata Ikmal apabila mendapat tahu tentang ini. Tidak nampak pun batang hidung Ikmal ketika majlis akad nikah tadi. Marahkah dia setelah mendapat tahu?

Shuji kaget melihat airmata Virus yang menitis satu-satu dari mata gadis itu. Inilah kali pertama dia melihat Virus mengalirkan airmata. Rasa simpatinya tiba-tiba hadir untuk gadis itu. Ya, bukan salah Virus seorang sahaja dalam hal ini. Hatinya bagai menjadi selembut kapas apabila mendengar ucapan ikhlas Virus itu. Nampak sekali kejujuran gadis itu meminta maaf. Tiba-tiba rasa bersalahnya kerana membuatkan Virus menangis datang menerpa dihatinya.

“So, kau tidur di sofa, aku tidur atas katil!” tiba-tiba Virus bersuara dengan selamba. Airmatanya sudah lama diseka. Kini dia tersengih panjang melihat Shuji yang melopong.
Haih?! Tadi bukan main feeling habis. Siap nangis-nangis! Sekarang datang balik mood dia nak membuli aku? Gumam Shuji dalam hatinya.

“Kenapa pulak? Tak nak!” bantah Shuji dengan keras.

“Tak ada sebab! Ni katil aku..aku dah tidur sejak dari kecik lagi atas katil ni! Mana boleh orang lain kongsi-kongsi!” kata Virus dengan muka bersahaja. Dia sudah berjalan lalu duduk di birai katil. Dengan muka senang hatinya, dia terus menghempaskan tubuh kecilnya diatas katil itu. Virus bergolek-golek pula kali ini sambil diperhatikan oleh Shuji.

Dengan pantas, Shuji melangkah lalu menghempaskan juga dirinya di atas katil tersebut. Virus sudah terbangun apabila menyedari Shuji juga turut berbaring dikatil itu.

“Woi! Tidur kat sofa, la!” Virus menolak tubuh Shuji kuat sehingga lelaki itu terjatuh dari katil.
“Sakitlah, bodoh!” marah Shuji lalu bangun.

“Tak mahu sakit, kau pergi tidur kat sofa tu! Nah ambik bantal ni!” Virus melemparkan bantal pada Shuji.

“Kalau aku tak nak?” duga Shuji sambil merenung nakal wajah Virus yang comel sekali pada pandangannya ketika ini. Ah! Apa yang aku fikir ni? Comel? Beruk lagi comel kot! Detik hati Shuji keseorangan.

“Kalau kau tak nak, aku cepuk muka kau yang tak handsome tu!” gertak Virus sambil menunjukkan penumbuknya.

“Macam aku takut? Setakat penumbuk kau, aku tak hairanlah! Macam semut gigit aje!” kata Shuji dengan penuh yakin. Bangga dia sebagai lelaki manakala Virus hanyalah seorang perempuan yang lemah sahaja baginya.

Dengan pantas, Shuji duduk dikatil itu tanpa mempedulikan Virus yang mula mencebik bibir. Oh, kau ingat kau kuat sangat, ye Shuji? Gumam Virus sendirian.

“Adoii!” Shuji mengerang apabila terasa Virus sudah mengepit kepalanya. Virus menyekeh kepala lelaki itu sekuat-kuat hatinya. Kau ingat, perempuan tak kuat? Rasakanlah!

Dengan sedikit kudrat lelakinya, dia melawan. Sekejap sahaja tangan Virus sudah dikuncinya kemas-kemas lalu tubuh Virus ditarik ke dalam pelukannya. Mereka berdua terbaring diatas katil kali ini dengan keadaan Virus dipeluk kuat oleh Shuji. Virus meronta-ronta dengan kuat. Mereka bagaikan sedang bergusti ketika ini. Masing-masing tidak mahu mengalah.

“Woi, sakitlah! Lepaskan aku! Dahlah ketiak kau ni bau busuk!” marah Virus.

“Diamlah..kalau suami nak bermanja, isteri kena layan!” Shuji ketawa nakal. Wajah Virus sudah merah padam. Inilah kali pertama dia dipeluk begini oleh seorang lelaki selain dari papanya. Bagai ada suatu perasaan halus yang sedang bersemi dalam hatinya tetapi dia tidak pasti apakah perasaan itu.

“Banyaklah kau punya isteri! Lepas la, sial!” maki Virus.

“Copp, copp! Kau tak boleh kutuk suami, neraka jawabnya nanti!” Shuji ketawa lagi sambil menguatkan pelukannya kerana Virus yang meronta kuat.

“Ahh! Suami apa yang mengasari isteri macam ni? Bodoh!” marah Virus. Sakit hatinya diperlakukan begitu oleh Shuji.

“Diamlah..syhh..diam..” ujar Shuji separuh berbisik. Hatinya bagai diragut oleh sesuatu. Perasaannya sekarang berdebar-debar. Baru dia sedar yang dia sedang memeluk seorang perempuan. Inilah kali pertama juga bagi Shuji memeluk perempuan sebegini rupa.

“Lepas!!!” Virus menyiku kuat perut Shuji lalu pelukan dilepaskan oleh lelaki itu. Shuji kelihatan sedang berguling-guling. Senak dirasakan perutnya akibat disiku kuat begitu oleh Virus.

“Sakitnyaaa..” gerutu Shuji sambil terus berguling.

“Padan muka kau! Dahlah, aku aje yang pergi tidur kat sofa..kau tidur sini!” ujar Virus lalu pergi berbaring di sofa. Malas dia mahu berebut lagi. Matanya juga sudah mengantuk sangat. Shuji hanya terdiam sambil memeluk perutnya yang perit. Virus..Virus..keluhnya.
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 6/15/2009 11:52:00 PM
Labels: Virus Vs Shuji

10 comments:

  1. keSENGALan teserlah..Tuesday, June 16, 2009 at 12:44:00 AM GMT+8

    hahaa..
    gile ganas si virus nieh..
    bru nk mnje2,,da kene smack..
    cian kat shuji..
    virus n shuji cam da ader rse je,,haha..ske2.
    smbng3..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. JijieTuesday, June 16, 2009 at 2:15:00 AM GMT+8

    dear..
    why i cannot open chapter 3??

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. ♥corcraze♥Tuesday, June 16, 2009 at 10:09:00 AM GMT+8

    hahaha..spesis virus ape la si virus nih..
    mak die jek leh tundukkan die..
    sian shuji,lembik btol lah..tuka nama lah!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. ღAuni_AmauniღTuesday, June 16, 2009 at 4:44:00 PM GMT+8

    huhu..shuji tu malas je nk melawan..sbb dia tau virus pompuan..
    tgk, sikit je tenaga dia da boley kuncikan tangan si virus..huhu
    dun wori..they'll be fine :P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousTuesday, June 16, 2009 at 6:06:00 PM GMT+8

    wah..best2!
    sambonggggg plz! =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. zackWednesday, August 5, 2009 at 6:16:00 PM GMT+8

    1 ja aku nk kta...BRUTAL...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. maryamThursday, September 3, 2009 at 10:43:00 AM GMT+8

    sweetla...ske ...=]

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. RinsyaRycFriday, May 4, 2012 at 9:09:00 PM GMT+8

    mampus je si shunji sbb virus terlalu kujam . keh3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. Cik HMonday, May 24, 2021 at 3:21:00 PM GMT+8

    Hahaha sama mcm kisah i dgn my wife yg part last tu.. sbb perempuan je kita tk melawan, mengalah je, kalau lelaki tu dh kene tumbuk dah haha. Lelaki lindingi perempuan bukan sakiti kan

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. Cik HMonday, May 24, 2021 at 3:22:00 PM GMT+8

    Hahaha sama mcm kisah i dgn my wife yg part last tu.. sbb perempuan je kita tk melawan, mengalah je, kalau lelaki tu dh kene tumbuk dah haha. Lelaki lindingi perempuan bukan sakiti kan

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu