NAZIFA sedang leka membaca buku di perpustakaan. Jiwanya terasa tenang sungguh apabila sesekali dapat menelaah di perpustakaan. Dia lebih fokus, malah lebih memahami butir-butir pembelajarannya. Sasha juga bersamanya ketika itu. Sesekali, Shasha bersuara meminta pandangan atau tunjuk ajar dari Nazifa.
Nazifa memang terkenal sebagai salah seorang pelajar pintar yang selalu mendapat “Dean List”. Selain itu, gadis itu juga terkenal dikalangan pelajar-pelajar lelaki kerana kejelitaan dan kecantikan wajahnya yang seperti kacukan korea dan jepun.
Kulitnya yang menggebu bak kulit aktres drama korea dan alis matanya yang agak sepet seperti jepun, bibirnya yang halus dan bewarna merah merekah tanpa secalit gincu serta rambut ikal melepasi bahunya memang memukau sesiapa saja yang memandangnya. Sememangnya Nazifa memiliki kecantikan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah untuknya.
Walaupun dia selalu dikatakan begitu sempurna sekali oleh ramai orang, namun Nazifa tidak pernah membangga diri. Jauh sekali untuk merasa riak dan takbur dengan kurniaan Allah terhadap dirinya.
Dia tetap merasakan yang dia masih adalah seorang manusia yang tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Namun dia tetap bersyukur dengan segala-galanya yang dikurniakan oleh Allah kepada dirinya termasuklah sebuah keluarga yang bahagia.
Tanpa disedari Nazifa, terdapat seorang pelajar lelaki yang sedang asyik memerhati gelagatnya. Pelajar lelaki itu berada di meja berhadapan dengan Nazifa. Matanya tajam menyapu ke halaman wajah Nazifa sedari tadi.
Secara tiba-tiba, pandangan Nazifa juga beralih ke hadapan lalu bertaut dengan renungan mata lelaki tadi. Dengan tidak semena-mena degupan jantung Nazifa terasa seperti terhenti sebentar melihatkan renungan tajam itu.
Nazifa jadi kekok diperhatikan begitu oleh seseorang yang tidak dikenalinya lalu dia menundukkan wajahnya semula. Dia tidak mahu melayan walaupun lelaki di hadapannya itu adalah seorang lelaki yang segak dan kacak.
“Hai, Ifa..dah lama awak tunggu?” seorang lelaki tiba-tiba menyapa Nazifa yang sedang membaca buku. Nazifa mendongakkan kepalanya melihat lelaki itu. Wajah Saiful terpampang di matanya.
Dia tersenyum kepada lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya itu. Sudah hampir 5 bulan dia menjalinkan hubungan dengan Saiful. Dia amat bahagia dalam tempoh itu. Sememangnya dia tidak meragui yang dia sangat menyayangi lelaki itu.
“Hai..tak adalah lama sangat pun. Kan, Sha?” Nazifa tersenyum lalu pandangannya dilontarkan ke arah Sasha disebelahnya. Tanpa disuruh, Saiful terus duduk di kerusi berhadapan Nazifa.
“Awak tengah study subjek apa?” ringan mulut Saiful bertanya dengan senyuman. Dia turut tersenyum kepada Sasha disebelah Nazifa.
“Apa lagi, php coding dengan javascript ni la. Nak buat FYP ni susah la..” Nazifa sudah mengeluh sedikit namun tersenyum selepas itu.
“Kau pulak, Sha? Study benda apa?”
“Aihh..sama la aku dengan Ifa! Aku kan satu kelas dengan dia!” gerutu Sasha sambil membeliakkan matanya kepada Saiful.
“Eh, iya ke? Lupa pulak aku ni!” Saiful bersuara sambil menepuk dahinya. Dia tersengih selepas itu. Sasha sudah tergelak melihat gelagat Saiful yang terkulat-kulat. Sememangnya lelaki itu agak lurus, tetapi hatinya sangat baik. Rupanya juga agak kacak walaupun tidak sekacak Brad Pitt.
Saiful merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan juga berasal dari sebuah keluarga yang sederhana. Walaupun keluarganya tidak kaya, boleh dikatakan keluarganya amat bahagia dan kaya dengan limpahan kasih sayang dari kedua orang tua.
Ibubapanya telah mengajar mereka adik-beradik dengan ilmu yang secukupnya, ilmu agama serta ilmu duniawi. Segala-galanya lengkap buat bekalan anak-anak di masa hadapan. Hanya itu sahaja harta yang boleh diberikan selain harta kekayaan.
Mungkin itu yang membuatkan Saiful menjadi seorang yang gigih berusaha, jujur serta baik hati. ‘Memang sepadan betul dia dengan Ifa! Semoga mereka berbahagia selama-lamanya!’ desis hati Sasha dalam hatinya.
“Sha, kau boleh tak pergi ambik buku rujukan math untuk aku? Tepi tu aje..” sengih Saiful sambil bibirnya terjuih sedikit menunjukkan arah kedudukan buku yang dimaksudkannya.
Sebenarnya tujuannya adalah untuk ‘menghalau’ Sasha sebentar untuk mendapatkan sedikit ‘privacy’ bersama Nazifa. Sasha yang memahami niat sebenar Saiful terus membulatkan matanya kepada Saiful lalu terus bangun menuju ke rak buku di sebelah.
“Ifa lepas ni free kan?” soal Saiful lembut. Matanya memandang wajah Nazifa penuh kasih.
“Ermm.. iye Ifa memang free lepas ni. Kenapa, bi?” panggilan manjanya kepada Saiful sudah terkeluar. Saiful tersenyum bahagia apabila mendengar Nazifa memanggilnya begitu.
“Tak adalah, bi nak ajak sayang makan la kejap lagi. Lagipun dah lama tak makan sama-sama, kan?” ujar Saiful lembut.
“Ok, nanti kita makan sama-sama lepas ni. Ajak Sha sekali, eh..dia cakap dia lapar tadi!” Nazifa sudah tersenyum mengusik, bukannya dia tidak tahu Saiful yang hanya suka berdua-duaan dengannya.
“Ikut sayanglah. Bi tak kisah…” wajah Saiful berubah muram. Dia menyangkakan yang Nazifa betul-betul mahu mengajak Sasha bersama.
“Bi! Mana adalah..Ifa tak ajak Sha la! Ifa gurau aje la, bi. Saja je Ifa nak nyakat bi, tak boleh ke?” Nazifa meledakkan tawa kecilnya mengenangkan sikap lurus Saiful itu. Terlalu cepat mempercayai kata-kata orang!
“Oo..Ifa kenakan bi, ya? Nanti jagalah Ifa lepas keluar dari library ni!” Saiful bersuara kegeraman. Dahinya sengaja dikerutkan mahu membuat wajah serius. Dengan tiba-tiba satu cubitan hinggap di pipi gebu Nazifa. Dia terjerit kecil.
“Aduh! Sakitlah, bi..” Nazifa sudah memuncungkan mulutnya.
“Haa..lainkali kenakan bi lagi!”
“Siapa suruh bi percaya?” muncung mulut Nazifa kian memanjang.
“Huh, tu yang buat muncung mulut tu kenapa? Nak kena cubit kat mulut pulak, ya?” usik Saiful sambil membuat gaya seperti mahu mencubit Nazifa. Senang hatinya melihat sikap manja Nazifa. ‘I love her so much!’ jerit hati Saiful.
“Taknak, taknak..ok Ifa tak buat lagi!” ucap Nazifa sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya seperti orang yang sedang diacukan pistol.
Nazifa tersenyum manja akhirnya. Saiful lalu mencuit pipi buah hatinya itu dengan perasaan sayang yang membuak-buak. Dia turut tersenyum membalas.
Tanpa disedari, kemesraan dua hati itu rupa-rupanya telah disaksikan oleh sepasang mata di meja berhadapan mereka. Lelaki yang pada mulanya sedang asyik memerhati gelagat Nazifa dengan perasaan yang berbunga-bunga, bertukar kepada perasaan cemburu yang teramat sangat saat kedatangan Saiful. Ditambah lagi dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Nazifa dan Saiful, lagi membakar jiwa lelakinya.
Faris mendengus marah lalu bangun menuju ke pintu keluar perpustakaan itu. Dia masih terbayangkan wajah gadis idamannya itu bermesra dengan lelaki lain. ‘Aku ni tak cukup handsome lagi ke? Kenapa dia langsung tak pandang aku?’ jiwa lelakinya bergelora.
Dia rasa tercabar dengan sikap Nazifa. Bukannya dia tidak nampak yang gadis itu perasan akan renungannya sedari tadi. Cuma dia hairan mengapa gadis itu tidak terpikat padanya seperti gadis-gadis lain yang terlalu gilakan dirinya? Dia juga tidak pasti kenapa.
Nazifa memang menjadi pujaannya secara diam-diam. Sejak bertemu Nazifa buat pertama kali di dalam bilik Prof. Hamdan seminggu yang lepas, dia sudah terpikat dengan kejelitaan gadis itu. Dia tahu, dia telah jatuh cinta pandang pertama tapi mengapa bibirnya begitu payah mahu berbicara dengan gadis itu?
Mungkin kerana ego di dalam dirinya yang menghalang dia dari bercakap dengan Nazifa. Dia mahu Nazifa sendiri yang datang kepadanya untuk menuntut cinta. Tetapi mengapa sebaliknya pula yang berlaku. Siapakah lelaki yang bersama Nazifa tadi? Itu yang menjadi tanda tanya buat dirinya.
“Weh, kau kenal tak minah tu?” soal Faris pada teman baiknya, Nazri pada suatu hari ketika mereka sedang makan di kafeteria kampus.
Faris teringat lagi bagaimana wajah Nazri berubah ceria tatkala melihat ke arah gadis yang sedang ditunjukkan oleh Faris. Kelihatan gadis itu sedang enak menjamu selera pada waktu itu bersama dengan kawannya.
“Oh, dia tu..nama dia Nazifa. Dia memang queen kat Kolej IT. Aku kenal dia pun dari member aku jugak. Tapi dia aje yang tak kenal aku!” sengih Nazri lalu menyedut minuman ditangan yang sedang dipegangnya.
“Aik? Boleh pulak macam tu?” seloroh Faris dengan bersahaja.
“Iye la..kan kita budak Kolej Kejuruteraan. Manalah aku kenal dia. Tiba-tiba hari tu aku kena temankan room mate aku pergi Kolej IT. Tiba-tiba minah tu lalu. Aku ni dah terpegun gila, kau tau tak? Lepas tu barulah member aku tu bagitau aku nama dia!” terang Nazri lagi panjang lebar. Dia tiba-tiba memandang pelik ke wajah Faris yang terangguk-angguk seperti sedang mengkaji sesuatu di dalam mindanya.
“Eh, aku peliklah Ris. Kenapa kau ni sibuk-sibuk tanya pasal awek tu? Kau ada hati kat dia, ye?” Nazri sudah tersenyum mahu mengusik temannya itu. Dia menyiku-nyiku Faris disebelahnya.
“Oi! Tolonglah..ini Syed Faris Farizal la! Pleaselah, Zri! That girl will fall for me just in no time if I appear infront of her!” ujar Faris dengan bangga.
Ketika itu, dia sangat yakin bahawa Nazifa akan jatuh hati kepadanya sebaik terpandang dirinya. Apatah lagi apabila senyumannya itu menyapa pandangan gadis itu. Sudah tentu gadis itu akan cair sepertimana gadis-gadis lain yang menggilai senyumannya.
“Iyelah tu, Ris! Kau tak kenal lagi Nazifa tu. I bet, she will never fall for you!” Nazri sudah tergelak ketika mengeluarkan kata-kata cabarannya terhadap Faris. Hati Faris tiba-tiba terbakar saat mendengar kata-kata Nazri.
“Kau tunggu dan lihatlah, Zri! She’ll be mine!” ucap Faris serius sambil matanya tidak lepas memandang ke wajah Nazifa yang sedang leka menjamu selera. Nazri hanya menjungkit bahu lalu menggeleng-geleng kepala.
Namun kini, kenapa gadis itu seakan-akan tidak nampak kewujudannya? Walaupun sudah berkali-kali dia cuba menarik perhatian gadis itu dengan merenung wajah itu dan mencari sinar cinta dimatanya, namun segalanya hampa belaka.
Dia tidak menjangkakan yang Nazifa langsung tidak berminat terhadapnya. ‘Ini tak boleh jadi ni! Malu aku nanti dengan Nazri!’ bentak Faris di dalam hati. Dia perlu mencari jalan agar Nazifa menjadi miliknya.

best...
ReplyDeletesmbung lagi yekk
jgn le jd pe2 yg cdih...
ReplyDelete