-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Wednesday, July 8, 2009

Entah Bila Cinta Bersemi 7

“ALHAMDULILLAH..habis jugak final exam aku ni!” senyum Nazifa seorang diri apabila tiba dirumahnya. Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan akhirnya.

Nazifa berasa amat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. Tidak sia-sialah usahanya selama ini bersengkang mata belajar sehingga ke larut malam. Sememangnya dia yakin semasa menjawab semua soalan didalam kertas soalan yang dikemukakan.

“Tuuutttt..! Tuuuttt!” bunyi deringan telefon rumahnya. Nazifa terus menuju ke telefon yang berdering itu. Dengan pantas dia mengangkat gagang telefon.

“Hello, assalamualaikum!” Nazifa memulakan bicara dengan salam.

“Kalau kau nak kawan kau Sasha selamat, kau datang kat Hotel Residence sekarang! Kau jangan pandai-pandai nak report kat polis! Kalau tak….” ujar suara lelaki di corong telefon itu. Seketika kemudian talian terus dimatikan. Wajah Nazifa yang pada mulanya ceria, bertukar cemas.

Dada Nazifa terasa berdebar-debar. Dia rasa tidak sedap hati. Dengan pantas dia mencapai beg tangannya lalu menuju keluar. Dia memandu keretanya ke Hotel Residence yang berada tidak jauh dari kawasan apartmentnya. Hotel Residence juga merupakan hotel yang memang berada didalam kawasan UNITEN itu.

Sesampainya dia di kawasan parkir hotel tersebut, dia terus mematikan enjin keretanya lalu segera memasuki perut hotel. Kepala Nazifa terjengah-jengah mencari kelibat Sasha di lobi hotel tersebut namun hampa.

Telefon bimbit Nazifa tiba-tiba pula berbunyi. Nazifa melihat di skrin telefon bimbitnya. ‘Private Number..’ desis hati Nazifa sendirian. Riak wajah kerisauan jelas terpampang diwajah gadis itu. Nazifa terus menekan punat hijau.

“Assalamualaikum..” suara Nazifa bergetar. Dia jadi suspen.

“Sekarang ni, kau naik tingkat atas sekali! Kalau kau nak kawan kau selamat la..” ujar suara lelaki yang sama menelefonnya diapartmentnya tadi. Dari mana lelaki itu mendapatkan nombor telefon bimbitnya, dia pun tidak tahu.

Nazifa hanya menurut kata-kata lelaki itu dengan hati yang sangat risau. Dia risau sekiranya Sasha diperapa-apakan. Tanpa berfikir panjang, dia terus naik lif ke tingkat paling atas hotel tersebut. Tiba di tingkat atas, Nazifa sekali lagi mencari-cari kelibat Sasha namun tetap hampa.

Nazifa mengeluh sendirian. Wajahnya masih menunjukkan riak kerisauan yang teramat sangat.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi. Tanpa melihat di skrin, Nazifa terus menekan punat hijau.

“Apa lagi yang kau nak? Mana kawan aku?!” teriak Nazifa dengan lantang. Dia sudah hilang sabar. Dadanya berombak kencang dengan nafas yang turun naik.

“Ifa! Kau kenapa ni?” suara Sasha kedengaran di talian. Suaranya normal sahaja, tidak cemas. Selalunya orang yang diculik sudah tentu akan berasa cemas.

Nazifa terkedu mendengar suara Sasha yang seperti tidak ada apa-apa itu. Dia berfikir sejenak.

“Kau okey, Sha?” soal Nazifa.

“Ok aje..kenapa ni, Ifa? Suara kau macam orang kena sampuk aje tadi!” Sasha bersuara dengan nada kehairanan.

“Tak ada apa-apalah..thanks God..” suara Nazifa kedengaran lega lalu dia menamatkan talian setelah yakin yang Sasha selamat. Didalam hatinya, dia menyumpah-nyumpah gerangan yang mempermainkan dirinya.

Dia juga menyalahkan dirinya kerana bertindak terburu-buru tanpa cuba menelefon Sasha terlebih dahulu sebelum pergi ke hotel berkenaan. ‘Terlalu cepat percaya betul la aku ni!’ gumamnya didalam hati sambil tangannya menepuk dahi. Nazifa berpaling lalu mahu menuju ke lif untuk turun.

Dumm!!! Nazifa merasakan seperti kepalanya diketuk dari belakang. Kepalanya terasa sakit dan pandangannya berpusing-pusing lalu kabur. Semakin lama sakit dikepalanya terasa kian menyengat.

Kakinya sudah dirasakan lemah, sejurus kemudian tubuhnya jatuh terjelepuk ke atas lantai lalu pandangannya gelap. ‘Ya Allah..selamatkanlah hamba-Mu ini……’ Nazifa sempat berdoa didalam hatinya sebelum dia tidak sedar lagi dengan apa yang berlaku dan yang bakal berlaku.



NAZIFA membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Pandangannya masih kabur lalu dia mengosok-gosok matanya lembut. ‘Dimana aku sekarang?’ soal Nazifa didalam hatinya. Tangan Nazifa meraba-raba tempat pembaringannya.

Katil! Mata Nazifa tiba-tiba bulat lalu dia segera bangun melihat sekeliling tempat itu. Sebuah bilik dengan hiasan yang mewah dan moden terpampang diruang mata Nazifa. Seperti bilik hotel.

Bilik siapakah ini? Hati Nazifa tertanya-tanya. Dia melihat selimut yang membaluti tubuhnya, diselaknya sedikit lalu pandangannya jatuh pula pada tubuhnya yang tidak langsung mempunyai seurat benang. Hati Nazifa sudah menjerit-jerit sendirian. Dia kaget.

Selimut ditarik semula menyelimuti tubuhnya yang terasa dingin. Dia sudah menggeletar sendirian memikirkan segala kemungkinan yang ada. ‘Ya Allah..adakah aku bermimpi?’ rintih Nazifa dalam hati. Sebak sudah bermaharajalela dihatinya.

Pandangannya tertoleh pula ke sebelah kirinya. Alangkah terkejutnya Nazifa apabila mendapati sekujur tubuh lelaki yang kelihatan sedang berbaring membelakanginya. ‘

Ya Allah…dugaan apakah ini? Tolonglah hamba-Mu ini..jadikanlah semua ini hanya mimpi semata-mata..’ rintih hati Nazifa lagi. Airmata sudah mahu menitis dari kolam matanya yang berair.

Dia mencubit-cubit lengannya. Sakit! Ini bukan mimpi tetapi adalah kenyataan. Kali ini dia sudah teresak-esak menangis. Dia tidak menyangka semua ini akan berlaku. Dalam hatinya, dia menyalahkan dirinya kerana terlalu cepat tertipu dan memasuki perangkap yang dia sendiri tidak jangkakan.

“Hai, sayang..dah bangun ke?” kedengaran suara lelaki disebelahnya yang baru sahaja bangun. Suaranya selamba sahaja. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Nazifa menoleh ke arah lelaki itu dengan wajah penuh kebencian. Sekali lagi dia terkejut apabila mendapati bahawa lelaki itu adalah lelaki yang sama yang mengasarinya sebelum ini. Faris sudah tersenyum sinis memandang wajah Nazifa yang sedang menangis teresak-esak.

“Kenapa menangis ni, sayang? You tak happy ke?” sengaja suaranya dilembutkan untuk menyakitkan hati Nazifa.

“Jantan tak guna! Apa salah aku pada kau sampai kau sanggup buat aku macam ni?!!” bentak Nazifa dalam esak tangisnya. Matanya penuh dengan kebencian dan rasa meluat memandang Faris yang sudah tergelak kecil disebelahnya. Nazifa menggenggam kuat selimut yang membaluti tubuhnya.

“Apa salah aku?!!!!” pekik Nazifa apabila mendengarkan ketawa sinis Faris yang masih bersisa. Wajah lelaki itu direnung tajam sambil tubuhnya terhenjut-henjut menahan esakan.

“Memang salah you sebab tak mahu ikut I pergi minum hari tu!” kali ini suara Faris serius. Dia membalas renungan tajam Nazifa.

“Takkan sebab itu pun kau sampai tergamak lakukan perkara macam ni kat aku?” Nazifa sudah terjerit-jerit seperti orang yang kena histeria. Dia benar-benar rasa kecewa, marah dan benci dengan perbuatan Faris itu.

“Bukan itu aje! You dah malukan I depan kawan I..sebab you tak layan I, kawan I ketawakan I! Hati I ni sakit, you tau tak? Sekarang ni, you rasalah perasaan yang sama yang I rasa! Malu! You tau apa itu malu?!” ujar Faris lalu dia ketawa kecil. Dia puas hati melihat gadis itu yang sedang merana dan terseksa.

“Kau memang lelaki yang dayus! Yang hanya tahu guna taktik kotor untuk mendapatkan perempuan! Kau jantan tak guna, kau tau tak??!!” pekik Nazifa lagi dengan sekuat hatinya.

“Tak apa, sayang..sekarang you dah jadi milik I! Apa lagi yang you boleh buat?” ketawa Faris lagi. Hati Nazifa bagai dirobek-robek ketika mendengar ketawa sinis lelaki itu. Sungguh dia sakit hati! Airmata tidak henti-henti mengalir dari tubir mata Nazifa.

“Kau tak akan dapat miliki aku!”

“Kan you baru aje jadi milik I tadi? Apa lagi yang you ada untuk you banggakan? I dah bagi peluang untuk you, untuk jatuh cinta pada I tapi you tak nampak..” ketawa Faris sudah kedengaran kuat.

“Kau tak akan dapat miliki hati aku ini! Sekali-kali aku tidak akan membukakan pintu hati aku untuk lelaki dayus macam kau!” jerit Nazifa sambil teresak-esak. Matanya sudah membengkak kerana terlalu banyak menangis.

“Peduli apa I? Janji I dah dapat apa yang I nak! I dah dapat apa yang paling berharga dalam diri you..”

“Kau jantan binatang!! Kau keluar dari sini! Don’t you dare to appear infront of my eyes ever again! I’ll hate you forever! Keluar!!!” bentak Nazifa sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah pintu bilik.

Tangisannya kedengaran agak kuat kali ini. Badannya sudah terasa lemah, matanya sudah sembab dek airmata yang sedia mengalir dari kelopak matanya.

“Whatever you want, my dear..as long as you’re mine!” senyum Faris dengan rasa puas hati. Dia bangun menampakkan seluar jeans yang sedia tersarung lalu mencapai bajunya yang tersangkut di kerusi berdekatan.

“So, we’ll meet again, sayang..” senyum Faris sebelum berlalu. Pandangan mata Nazifa menyorot ke arah hayunan langkah lelaki itu yang sedang menuju ke pintu bilik.

Pintu bilik dibuka oleh Faris lalu dia menoleh lagi memandang wajah Nazifa yang sedang terketar-ketar menahan esakan. Nazifa merenung Faris dengan pandangan penuh kebencian dan rasa dendam yang membara. Matanya seakan terbelalak. Faris hanya tersenyum lagi lalu sengaja menghadiahkan ‘flying kiss’ kepada Nazifa.

“Tak guna!!!!!!!!” kali ini Nazifa sudah membalingkan bantal yang dicapainya diatas katil itu kepada Faris yang seraya menutup pintu. Sayup-sayup kedengaran ketawa kuat Faris dari luar bilik. Nazifa bertambah sakit hati. Selebihnya dia sedih.

Bagaimana dia mahu berdepan dengan keluarganya? Dan yang lebih penting, bagaimana dia mahu berhadapan dengan lelaki yang amat dicintainya? Nazifa meraung sekuat-kuatnya di dalam bilik itu.

“Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati hamba-Mu yang lemah ini. Jika inilah dugaan yang Kau telah takdirkan untukku menempuhinya, aku redha ya Allah..

Engkau berikanlah aku hati yang bersabar dalam menempuhi dugaan-Mu ini, ya Allah ya Rahman ya Rahimm..Amin..” Nazifa berdoa didalam esakan yang masih berbaki.
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 7/08/2009 02:55:00 PM

7 comments:

  1. AnonymousWednesday, July 8, 2009 at 4:33:00 PM GMT+8

    uihhhh....jhtnyeeee....hopefully si faris tuh x wat btol2...sje nk acah2 ifa...spye ifa tau yg die dh x suci n faris kene brtggjwb...smbg2...cpt sikit!!!!pleaseeee

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. IDA MANSOR / IENA MANSORWednesday, July 8, 2009 at 4:36:00 PM GMT+8

    teruk gle si faris tu!!
    eeee..lau faris tu ade dpn mate i dh lame i bg flying kick kat die! kurang ajr gle..
    eee....geram tul la..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousWednesday, July 8, 2009 at 4:44:00 PM GMT+8

    xsangka citer ni awk pn 2lis...
    hbtla awk...jln citer awk mcm len ckit..dh lama citer ni xsmbg..huhu...dh lama ikot cter ni tut2 da kat blog awk...mmg mnarik..
    -adil-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. Cik Nurul...Wednesday, July 8, 2009 at 4:49:00 PM GMT+8

    sambung ye lagi...best la cite ni..gud luck sis..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. TerubukWednesday, July 8, 2009 at 5:58:00 PM GMT+8

    Nape jahat sgt faris tuhhh????

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. AnonymousFriday, July 10, 2009 at 1:55:00 AM GMT+8

    salam...
    alah bila nak smbg crita ni lg..
    suka lah sgt crita awk ni..
    cepat lah bg feedback ekkk...


    by shikshik

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. faiicieFriday, August 14, 2009 at 3:56:00 PM GMT+8

    damn btul faris 2...
    jahat btol...
    lelaki dayus!!!
    nak bc lg nie...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu