-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Friday, July 10, 2009

Entah Bila Cinta Bersemi 8

“KITA kahwin, ya sayang?” lamar Saiful sebaik sahaja nampak muka Nazifa yang sedang termenung jauh. Ada sendu di wajah itu. Bagai tidak dapat untuk ditafsirkan. Nazifa hanya diam. Seperti tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Saiful.

“Sayang? Kenapa ni?” tanya Saiful entah untuk kali yang ke berapa. Tadi sudah ditanyanya pada gadis itu, namun Nazifa hanya membungkam. Sedikit pun gadis itu tidak bersuara.

Itu yang membuatkan dia mengeluarkan lamaran itu supaya Nazifa tergerak hati juga untuk bercakap dengannya. Lagipun, memang sudah lama dia mahu melamar gadis itu menjadi suri hidupnya.

Saiful mencapai jemari Nazifa lalu diramasnya lembut. Mata gadis itu yang membengkak ditenung penuh simpati. Tentu Nazifa mempunyai masalah berat. Dan dia tidak mahu memaksa gadis itu untuk menceritakan masalah itu jika gadis itu tidak bersedia untuk menceritakannya.

Saiful melepaskan keluhan panjang apabila langsung tidak mendapat reaksi dari Nazifa. Dirinya bagaikan sedang berinteraksi dengan mayat hidup. Tangan Nazifa yang digenggamnya tadi dilepaskan perlahan-lahan. Kecewa dengan sikap Nazifa yang tidak langsung mahu melayannya.

“Bi..” panggil Nazifa lembut dengan tiba-tiba. Keningnya berkerut-kerut. Bagai sedang memikirkan sesuatu.

“Ya, sayang..” jawab Saiful sambil mengukir senyum indah.

“Bi..” panggil Nazifa lagi lalu dia tiba-tiba sebak sendirian. Tidak tahu bagaimana mahu memberitahu lelaki yang amat dicintainya itu yang dia mahu memutuskan hubungan mereka.

“Syhh..kenapa ni, Ifa? Ha, sayang?” soal Saiful lembut, ingin menenangkan Nazifa yang sedang menangis teresak-esak. Tangan Nazifa dicapainya semula lalu digenggam erat. Bagai ingin menyuntik semangat pada gadis itu untuk terus kuatkan hati. Airmata Nazifa yang mengalir diseka lembut olehnya.

“Bi..Ifa..” kata Nazifa lagi dengan linangan airmata yang tiada penghujung. Wajah Saiful kini dipandangnya penuh kasih. Mata mereka bertaut.

“Ifa tak mahu kahwin lagi, ya? Sorry kalau bi melamar terlalu awal..” kata Saiful dengan rasa bersalah. Sangkanya Nazifa menangis kerana lamarannya tadi.

“Tak, bi. Ifa minta maaf, bi. Ifa tak dapat teruskan lagi hubungan kita..” getus Nazifa sambil menangis teresak-esak. Perit sekali hatinya ketika mengucapkan kata-kata itu. Bagai ditusuk-tusuk oleh sembilu.

Dia terpaksa memutuskan hubungannya dengan lelaki itu kerana sedar yang dirinya sudah tidak layak lagi untuk berdampingan dengan Saiful. Dia sudah tidak suci lagi!

Saiful terkedu apabila mendengar kata-kata Nazifa. Bagaikan tidak percaya yang gadis itu baru sahaja meminta untuk berpisah dengannya. Wajahnya diraup berkali-kali lalu tangan Nazifa digenggamnya dengan semakin erat.

“Ifa main-main aje kan? Cakap yang Ifa main-main dengan bi! Ifa kan selalu kenakan bi? Kali ini bi takkan terkena lagi dengan sayang..” Saiful begitu mengharapkan yang Nazifa benar-benar bergurau dengannya. Tetapi, tegakah gadis itu bermain dengan hatinya? Saiful berdebar-debar menunggu jawapan Nazifa.

“Tak, bi..Ifa serius. Ifa minta maaf. I’m so sorry..”

“Ifa, kenapa Ifa cakap macam ni, sayang? Kenapa tiba-tiba ni? You know that I love you so much?” soal Saiful dengan wajah yang serius. Ingin gadis itu berterus-terang padanya tentang sebab sebenar disebalik keputusan yang mengejutkannya itu.

Adakah Nazifa sudah tidak cintakan dia lagi? Atau dia ada buat salah? Atau..gadis itu sudah mempunyai lelaki lain? Berbagai-bagai soalan menerjah di fikiran Saiful ketika itu.

“Ifa tahu, bi. Ifa tahu bi sayangkan Ifa, bi cintakan Ifa. But, I can’t love you anymore..really, bi. Ifa minta maaf!” ujar Nazifa dalam esakan yang masih berbaki. Airmatanya seakan tidak mahu berhenti lagi. Tubuhnya bagai ingin melayang kerana terlalu lemah dirasakan dirinya ketika kata-kata perpisahan tadi keluar dari bibirnya.

Ingin diceritakan peristiwa hitam itu pada Saiful namun lidahnya kelu. Lebih-lebih lagi, dia tidak mahu lelaki itu tahu yang dia sudah tidak suci. Dia tidak mahu Saiful salah faham pada dirinya.

“Ifa! Sampai hati Ifa cakap macam ni pada bi?! Tergamaknya Ifa kecewakan hati bi?” Saiful sebak. Airmata bergenang di kelopak matanya. Dia cuba menahan airmatanya dari tumpah. Bahu Nazifa digenggam erat lalu dia membalikkan tubuh gadis itu supaya menentangnya.

Nazifa terdiam seribu bahasa. Ingin ditatap wajah Saiful juga dia tidak mahu. Dia hanya menundukkan wajah menyembunyikan rasa sendu dihati. Biarlah perit perasaan ini asalkan masa hadapan Saiful tidak akan terjejas kerana dia.

“Ifa ada lelaki lain? Kenapa Ifa buat bi macam ni?! Apa salah bi?!!” jerit Saiful dengan airmata yang kian tumpah. Badannya bergetar. Sungguh dia kecewa. Dia tidak sangka kasih sayang yang dibina selama ini runtuh begitu sahaja. Punah harapan untuk dia bersama gadis kesayangannya itu.

“Bi!! Ifa tak macam tu! Ifa bukan macam tu, bi! Hanya bi seorang yang Ifa sayang..tapi, takdir dah menentukan jodoh kita hanya setakat ini, bi..Ifa minta maaf. Tolong jangan cari Ifa lagi lepas Majlis Graduation nanti..lepaskan Ifa!” Ifa mula bangun. Dia ingin melangkah pergi namun tangannya segera dipaut lagi oleh Saiful.

Nazifa menoleh. Lelaki itu sedang teresak kecil kerana menangis. Maafkan Ifa, bi..Ifa terpaksa buat begini. Ifa sudah tidak layak lagi untuk bi..hati Nazifa berdesis sayu.

“Bi terlalu sayangkan Ifa..tolong jangan tinggalkan bi, sayang. Bi merayu! Ifa aje yang bi cinta. Bi tak sanggup berpisah dengan sayang..bi terlalu cintakan sayang..” ucap Saiful dengan linangan airmata. Nazifa juga sebak dan mengalirkan airmata. Wajah kedua-duanya sudah kuyup.

“Ifa minta maaf..ini aje yang terbaik buat kita, bi..Ifa pergi dulu. Tolong jangan cari Ifa lagi lepas ni..” ujar Nazifa sambil menarik tangannya dari pegangan Saiful. Dia terus berlari pergi meninggalkan Saiful yang sedang tertahan-tahan kerana teresak menangis.



FARIS meledakkan tawa besar. Puas hatinya menyaksikan drama yang baru sahaja berlangsung di depan matanya. Dalam sembunyi-sembunyi dia mengekori Nazifa tadi. Dia tahu, tentu Nazifa ingin berjumpa dengan Saiful untuk meminta perpisahan. Dia gembira melihat betapa terseksanya hati Nazifa dan Saiful sebentar tadi.

“Lepas ini, Nazifa milik aku sepenuhnya! Ini Syed Faris Farizal lah! Tak ada perempuan yang akan menolak aku! Walaupun Nazifa sendiri. Dia dah menjadi milik aku mulai sekarang! Aku yakin, dia tentu akan meminta supaya aku bertanggungjawab..no way!” gelak Faris sehinggakan terhoyong-hayang badannya ke kiri dan ke kanan.

Faris menuju ke kereta Caldina GT4 nya. Perlahan-lahan dia memandu keretanya keluar dari kawasan kampus Kolej IT berkenaan dengan perasaan puas hati dan bangga. Tidak sabar lagi untuk dia mendengar dari mulut Nazifa bahawa gadis itu ingin bersama dengannya.

Tidak lama kemudian, kereta Faris tiba dihadapan kawasan letak kenderaan apartment Murni, tempat Nazifa menginap didalam kampus Universiti Tenaga Nasional itu. Dengan sabar, Faris menunggu dengan senyuman.

Seketika kemudian, Nazifa kelihatan tiba dengan hanya berjalan kaki. Hari ini merupakan hari terakhir dia di kampus. Barang-barangnya sudah dikemas seminggu lepas lagi. Nazifa terlalu gembira untuk pulang ke rumahnya, tetapi panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Tidak tersangka olehnya, peristiwa hitam itu tiba-tiba berlaku dalam hidupnya yang sedia bahagia. Semuanya terlalu sempurna sebelum ini.

Keluarga yang bahagia, teman lelaki yang cintakannya sepenuh hati dan kegembiraan kerana berjaya membawa balik segulung ijazah tidak lama lagi. Kini kebahagiaannya telah diragut oleh jantan keparat itu! Jantan dayus yang tak guna!

Nazifa teramat sedih dan pilu. Wajah gadis itu cukup menunjukkan bahawa dia sedang tertekan dan dalam kesedihan yang teramat sangat.

Nazifa melalui kereta Faris tanpa disedari olehnya. Faris terus turun dari keretanya dengan pantas. Lengan Nazifa yang sedang mengelamun lantas ditarik olehnya. Nazifa tersentak dan tergamam melihat lelaki dihadapannya. Apa lagi yang jantan ini mahu agaknya?!!

“Apa ni? Lepaskan akulah! Jantan keparat! Aku dah kata jangan muncul depan mata aku lagi, kan?! Lepaskan aku!!” jerkah Nazifa dengan lantang. Faris terus melepaskan tangan Nazifa. Dia bimbang orang disekelilingnya akan mendengar jerit pekik gadis itu. Dia juga yang susah nanti.

“I peduli apa dengan ugutan you? You ingat I takut sangat pada you?!” senyum Faris sinis. Nazifa sudah malas mahu bertekak. Sakit benar hatinya melihat muka Faris yang seperti mengejeknya.

“Kau pleaselah nyah dari hidup aku! Aku tak suka tengok kau kat depan mata aku! Kalau kau tak pergi, aku jerit!!” bentak Nazifa keras sambil mengugut Faris.

“You berani, jeritlah! Ingat, Ifa..I ada gambar kita bersama semalam. You ingat I bodoh, ya? You berani buat pandai, I sebarkan gambar-gambar ni. Mahu tak?” ugut Faris kembali.

“Hei, jantan! Apa yang kau nak sebenarnya? Kau nak tubuh aku? Kan kau dah dapat semalam! Tanpa kerelaan aku, kau rogol aku! Kau nak apa lagi? Just leave me alone, can you? Biarkan aku teruskan hidup aku!!” bentak Nazifa lagi. Airmatanya mengalir laju kerana terkenangkan peristiwa semalam. Hatinya bagai dirobek-robek. Sebak sudah dirasakan olehnya sekarang.

“Rogol? Tapi dalam gambar ni, you macam rela aje bersama dengan I, sayang..you tak percaya? You nak tengok, ke?” kata Faris sinis. Dia menyuakan telefon bimbitnya pada Nazifa lalu ditepis kuat oleh gadis itu.

“Baik kau pergi sekarang jugak!!” jerit Nazifa. Faris tersentak.

“You tentu nakkan I bertanggungjawab tetapi you malu nak cakap kan? Jangan harap I nakkan you!” Faris meneka sendiri lalu ketawa. Dia hairan kenapa Nazifa tidak menyebut ayat yang ditunggu-tunggu olehnya iaitu menyuruhnya bertanggungjawab.

“Hah? Tanggungjawab? Jantan macam kau tahu ke apa itu tanggunjawab?! Lagipun, kalau jantan macam kau ni memang sampai aku mati pun aku takkan minta supaya kau bertanggunjawab ke atas aku! Biar aku mati lagi bagus dari aku merayu-rayu pada kau supaya bertanggunjawab!” Nazifa meluahkan kata-kata pedih itu dengan wajah penuh kebencian. Airmatanya yang sedia mengalir, diseka pantas.

Pannggg!! Sebuah penampar hinggap dipipi Nazifa sehingga gadis itu jatuh terduduk. Terketar-ketar badan Nazifa kerana menahan kesakitan dipipinya yang terasa menyengat. Airmatanya berlinangan lagi kerana menahan keperitan tamparan tangan lelaki itu.

“You dengar sini baik-baik, Ifa! I takkan lepaskan you..you larilah mana pun you nak lari..I tetap ikut you. Ingat! Kalau you cuba buat benda bukan-bukan, I sebarkan gambar-gambar ni..you faham? You milik I selama-lamanya! Berani you tolak I? You malukan I..I takkan lepaskan you!” gertak Faris sambil menuding jari ke wajah Nazifa tanda dia sedang memberi amaran.

Dengan langkah yang laju, Faris menaiki keretanya dengan perasaan sakit hati. Begitu keras hati gadis itu. Kenapa dia tidak mahu tunduk pada aku? Kenapa?! Arghhh..!! bentak Faris sendirian.

Nazifa hanya menangis dan terus menangis. Ya, Allah..andai ini dugaan yang perlu ku tempuhi, Engkau berikanlah aku ketabahan..doa Nazifa dalam hatinya sambil cuba bangun. Perit masih terasa dipipinya yang berbekas merah kesan tamparan dari Faris tadi.
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 7/10/2009 10:44:00 AM

12 comments:

  1. AnonymousFriday, July 10, 2009 at 12:25:00 PM GMT+8

    apahai ngn faris tu arrrrrrrrrrrrr?????
    geramnya akuuuu..
    sambung cpt ya sis huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. keSENGALan teserlah..Friday, July 10, 2009 at 2:12:00 PM GMT+8

    whooaaaaa..
    cite nieh hero jenis kpale angin lorrhh..
    isk2..
    smbung2..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousFriday, July 10, 2009 at 4:09:00 PM GMT+8

    wahhh gle zlim mmt 2...
    mmg ptt pn nazifa reject wat lki

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. IDA MANSOR / IENA MANSORFriday, July 10, 2009 at 5:10:00 PM GMT+8

    jahatnye faris tuuuuuuuuuu...
    kn bgs lau laki mcm tu leh bunuh je..
    senang cte...haha..tp lau mcm tu dh x jd cte la kn? keke..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. Hafia HanaFriday, July 10, 2009 at 6:20:00 PM GMT+8

    ho..hoo.

    cepat smbung cik wwriter...

    x kisah la,by hook or by crook faris mesti dpt ifa kn!

    si faris hero dlh citer ni kn?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. AnonymousSaturday, July 11, 2009 at 7:20:00 AM GMT+8

    eeeeiiiiiiiiii....jhtnya faris......apa la yg dia nk sebenarnya tue???

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. ienaSaturday, July 11, 2009 at 6:07:00 PM GMT+8

    bodoh punya jantann!!
    tak gunaaaa

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnonymousSaturday, July 11, 2009 at 10:13:00 PM GMT+8

    salam...
    wow mmg ganas lah laki tu..sesuka suki dia jak tampar org..nak je kita lempang blk..hehe
    well anyway plezz awk reply blk sambungan crita ni ekkk.
    kita suka sgt..
    chayo chayo tau..


    by shikshik

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. ⓛⓘⓣⓣⓛⓔ ⓢⓠⓤⓐⓡⓔTuesday, July 14, 2009 at 10:11:00 AM GMT+8

    salam..huhu..
    baru seminggu tak jenguk blog akak nie...
    byk lah yg ketinggalan..
    huhu...
    ni ngah sbuk nak catch-up blik..
    hehehe~!
    kak, virus vs shuji tu dh abes ke lom?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. Che SueTuesday, July 14, 2009 at 5:18:00 PM GMT+8

    memang teruk tul si faris tu...
    sanggup lak menganiaya ifa cam tu sekali...

    ini mesti sebab dia rasa tercabar kot ngan penolakan nazifa terhadap dirinya tu kan..!

    pape pun sis citer nie memang best! sambung lagi tau!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. UnknownThursday, July 16, 2009 at 10:55:00 PM GMT+8

    hoho...
    teruk tol faris tu...
    ade ke patut die tmpr ifa...
    ish..ish..ish...

    smbg nti eh...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. MisS_SyaSunday, July 19, 2009 at 2:24:00 AM GMT+8

    best sis..
    criter yg sis buat semua best2 belakeee..
    cpt la sambung...
    terseksa ni sis..
    hahahahaaha..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu