Kepada yang selalu tanye pada sis macam mana sis anta sinopsis pada pihak karnaDya,
disini sis nak kongsi dengan semua k..huhu
sis masuk penulisan2u..ade iklan kat situ pasal terbitkan karya..tapi nevermind la sis copy paste balik kat sini, ok? :)
diharapkan kepada penulis yg berminat nak antar karya tu, ikut terms kat bawah ni..and sis harap juga korang berjaye ;)
sis pun bukan berjaya lagi..baru je lepas anta full manuskrip..doa2kan la k.. ;)
mekaseh..
KARNADYA
Anda Minat Menulis?
Anda Barbakat?
Anda Ada Cerita Yang Menarik?
Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Hantarkan karya anda!!
Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos:
1. Pengenalan Watak - perkenalkan setiap watak penting di dalam karya anda. Nama dan identiti yang membezakan antara mereka.
2. Rumusan keseluruhan cerita anda (dari awal hingga akhir). Bahagian ini merupakan bahagian paling penting dalam penilaian manuskrip anda. Pastikan anda menulisnya dengan jelas.
3. Contoh bab di dalam karya anda.
4. Tema-tema di dalam cerita anda (misteri/cinta/seram/fantasi dan sebagainya).
5. Nyatakan sama ada cerita anda untuk golongan dewasa , remaja ataupun awal remaja.
6. Jumlah mukasurat yang dicadangkan.
Tempoh maklumbalas ialah dari 1 - 90 hari, bergantung kepada keadaan. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, sila emel status@karnadya.com.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya untuk bertanyakan status manuskrip anda. Setelah mendapat maklumbalas, sila hantarkan manuskrip penuh anda kepada kami melalui emel ataupun pos.
Format Muka Hadapan Manuskrip:
1. Tajuk karya:
2. Nama Pena:
3. Nama Penuh:
4. Alamat:
5. No IC:
6. No Tel:
7. Alamat Emel:
Format Manuskrip:
Times New Roman, Font Saiz 12, Spacing 1.5
Hantarkan emel ke writer@karnadya.com.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau pos ke alamat berikut:
Writers Corner,
KarnaDya Solutions,
No. 4, Jalan 2/4H,
Bandar Baru Bangi,
43650, Selangor.

Wednesday, July 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam sis~
ReplyDeleteerm,thanx bebanyak sbb sis btau cemane nk bg karya kat penerbit,really helps..
saye bru jek bace sis nye cte n bknla peng'comment' tetap,but all the best,harap ley beli buku sis ^_^
caiy0k2!