“Wargghhhh!!!” pantas Virus menyepak perut Shuji yang sedang asyik merenung wajahnya. Aksi spontan yang memang tidak pernah terlintas di mindanya. Shuji mengaduh kesakitan sambil memegang perutnya. Nasib baiklah sepakan itu tidak kuat mana.
“Kenapa ni?! Main sepak-sepak pulak! Haduihhh..” Shuji menekan-nekan perutnya. Dia terduduk di birai katil.
“Kau..muka kau..muka kau terlalu dekat sangat dengan muka aku! Arghh..pergi main jauh-jauh!” Virus geleng-geleng kepala sambil memejamkan mata. Dia masih terkejut beruk. Wajahnya usah dikata lagi, merah menyala bagaikan mata naga.
Bukannya dia tidak pernah mengalami situasi begitu bersama Shuji, malah sudah berkali-kali terjadi adegan yang menyebabkan muka mereka hampir bertemu. Shuji pun sudah pernah melakukan perkara yang lebih dari merenungnya seperti tadi iaitu mengucup bibirnya.
Cuma tadi entah mengapa dia terasa malu yang amat dan berdebar pelik dalam hatinya. Perasaannya lebih kepada suka tetapi kenapa dia boleh tega menyepak Shuji tadi? Arghh..apa ni? Dia bukan nak cium aku pun, dia cuma renung aku aje!
Lagipun salah aku jugak dia boleh terjatuh atas aku..and more importantly, tak salah juga kalau dia nak kiss aku. Arrr? Kiss? Aku ke yang tengah fikir pasal kiss ni? Virus gelabah dengan perasaannya sendiri.
Shuji rasa hairan dan pelik. Tadi cakap jangan tinggalkan dia la apa la..sekarang suruh aku pergi pulak dah? Tak faham betul aku dengan minah ni! Gumam Shuji sendirian. Dia ingin bangun, sudah hilang mood untuk berbicara dengan Virus.
“Kau..kau nak pergi mana?” soal Virus laju. Dia cuba membelek wajah Shuji yang membelakanginya. Lelaki itu tidak jadi untuk bangun. Satu keluhan berat tiba-tiba dilepaskan oleh Shuji.
“Kau nak aku buat apa? Tadi kau juga cakap, jangan tinggalkan kau. Lepas tu, kau suruh aku pergi main jauh-jauh. Dah aku nak blah, kau tanya pulak aku nak pergi mana?” kata Shuji sambil menggeleng kepalanya lemah. Mukanya masih tidak menoleh ke arah Virus.
Betul jugak kata Shuji tu! Kenapalah aku ni jadi mengong ni? Mereng macam orang tak betul aje ni! Virus cuba bertenang.
“Sorry..aku tak sengaja tadi. Serius tak sengaja..spontan, dowh!” kata Virus bersungguh-sungguh. Berharap agar Shuji memahami tindakannya.
“Dahlah..kau pergi berehat dulu. Aku tahu kau dah letih. Aku pun letih jugak ni..good night..”
“Err..Shuji..”
“Hmm?”
“Nothing..”
“Just go to sleep..”
“Err..aku..” Virus gagap.
“Kenapa ni?” soal Shuji. Dia sudah menoleh ke arah Virus yang kelihatan sedang termanggu-manggu.
“Kau..nak tidur mana?” soal Virus perlahan. Cuba mengawal emosinya yang sudah tidak stabil.
“Tempat biasalah. Sofa..” balas Shuji acuh tak acuh. Sebenarnya dia cuba memancing Virus dengan ayatnya itu.
“Err..kan aku kata tadi. Tidur sini..atas katil ni, tapi hujung sana..” ujar Virus lagi dengan suara lebih perlahan. Malunya!
“Apa? Aku tak dengar kau cakap apa..” Shuji sengaja berkata begitu. Padahal dia dapat dengar dengan jelas percakapan Virus tadi.
“Tidur sini..lain kali jangan tidur kat sofa lagi..” ulang Virus dengan teragak-agak. Dia menelan liur dalam debaran. Mukanya merah padam kerana malu.
“Tak naklah! Aku nak pergi main jauh-jauh..kau jugak suruh aku pergi main jauh-jauh tadi..” Shuji memerli Virus dengan wajah selamba.
“Woi! Aku dah offer baik punya ni! Kau main tarik-tarik tali pulak dengan aku?!” Virus tiba-tiba naik berang. Terlupa yang dia sedang sakit pinggang. Dengan pantas, dia menarik lengan Shuji lalu tubuh Shuji terjatuh diatas tubuhnya. Dia sendiri pun tidak sedar yang dia boleh bertindak begitu.
“Aduh! Aduiii..sakitnya pinggang aku!” Virus mengaduh sakit. Shuji cepat-cepat bagun dan menolong mengurut pinggang Virus.
“Haa..kau ni gelojoh sangatlah! Kan dah sakit! Padan muka kau!” bebel Shuji sambil mencapai minyak angin dari dalam beg sandangnya yang dibawa khas dari Malaysia. Shuji memang selalu membawa ‘First Aid Kit’ dia tu kemana-mana sahaja dia pergi. In case kalau berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. Huhu
“Huh? Siapa benarkan kau urut-urut aku ni?” bebel Virus pula. Dia cuba menangkis segala sentuhan dari jemari Shuji dipinggangnya.
“Diam! Sakit-sakit begini pun kau nak degil jugak! Cuba duduk diam-diam..” leter Shuji sambil terus mengurut pinggang Virus. Baju Virus diangkat sehingga ke paras yang boleh dikatakan ‘selamat’ dari paras ‘bahaya’ iaitu hanya menampakkan perut gadis itu. Ketika itu pula Virus tidak memakai bengkungnya. Badan Virus dibalikkan supaya meniarap.
Virus sudah terdiam kini. Malas dia mahu berbalah lagi. Matanya tiba-tiba terpejam, menikmati keselesaan urutan dari jemari kasar Shuji. Seronok pula dia rasakan apabila ada orang yang sudi mengurutkan badan dia. Pandai juga rupanya si Shuji ni mengurut! Virus tiba-tiba kagum sendirian.
“Dah rasa okey sikit?” soal Shuji setelah agak lama mengurut pinggang Virus. Lama juga dia asyik memerhatikan dan membelai kulit halus dan putih melepak gadis itu.
Sesekali jiwanya bergelora namun keinginan lelakinya segera disekat. Sungguh dia tidak dapat menahan ‘godaan’ sekarang ini ketika berdua-duaan dengan Virus! Shuji mengeluh tiba-tiba membuatkan Virus tersentak.
“Hmm..aku dah okey. Thanks..” balas Virus seringkas mungkin. Dia tersenyum manis pada Shuji menyebabkan Shuji terus mengalami keadaan yang dipanggil ‘jiwa kacau’.
Tiba-tiba Shuji terbangun, membuatkan Virus kehairanan. Dadanya kelihatan bergelora. Arghhh..kenapa ni? Kenapa aku asyik fikir benda bukan-bukan ni? Aduh! Tak tahan betul aku tengok dia sekarang ni. Kalau hari-hari macam ni, bikin wa jadi gila beb! Tidak, aku takkan paksa kalau dia belum bersedia..Shuji bermonolog dalam hatinya.
“Kau apahal? Kena sampuk?!” pekik Virus tiba-tiba apabila panggilan biasa darinya tidak bersahut. Kalau ada microphone ni, tentu dia dah gunakan untuk menyedarkan Shuji.
Dari tadi dia cuba bertanya pada Shuji secara lembut, namun lelaki itu bagai sedang berangan dan kelihatan gelisah. Sebijik macam mama aku! Dahlah dia sempat belajar ilmu mama aku iaitu resistant kepada buli-bulian aku! Alih-alih sekarang ni, aku aje yang asyik terkena balik dengan mamat ni.. Sempat Virus berkata-kata dalam hatinya.
“Tak ada apa-apa..terfikirkan ayam aku kat kampung. Entah mak aku bagi makan atau belum..” tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulut Shuji yang sedang mengontrol macho. Dia tidak mahu Virus tahu yang dia sedang berfikir bukan-bukan. Malu woo..
“Ayam? Apa kebenda kau merepek ni? Sawan kau datang lagi, ya? Tak pernah kau sebut-sebut pasal ayam kau kat kampung? Setahu aku, kau mana ada kampung! Kau kan orang bandar! Orang KL gitu..” Virus terburai ketawa apabila melihatkan Shuji memuncungkan mulut. Sebijik macam muka kanak-kanak ribena yang merajuk sebab tak dapat gula-gula!
Memang Shuji sejak kecil lagi membesar di Kuala Lumpur. Tidak pernah dia sebut-sebut yang dia mempunyai kampung halaman. Setiap kali raya, orang lain semua balik ke kampung halaman, dia aje yang beraya kat KL. Agak sedih jugalah jika dikenangkan nasib si Shuji itu. Huhuu..
“Diamlah! Damn it, nak kenakan aku pulak. Dahlah..aku pergi tidur dulu!” Shuji mengubah tajuk perbualan. Dia segera mengangkat punggungnya. Malas lagi mahu berlama-lama. Nanti makin menjadi-jadi perangai si Virus. Bukannya dia tidak kenal dengan sikap gadis itu. Dah tiga tahun lebih mereka berkawan.
Lagipun, kes sekarang berbeza dari dulu-dulu. Parah kalau aku berlama-lama kat sini sekarang. Karang tak pasal-pasal aku kena pelempang sebab kiss dia lagi. Huh..geram betul. Semakin comel pula dia dimata aku sekarang ni! Shuji bermonolog dalam hatinya sambil mengeluh panjang.
“Okey..dah cukup empat puluh empat kali kau mengeluh. Maknanya, kau dalam state yang bahaya sebab apa yang kau risaukan itu akan terjadi..” Virus cuba mengusik Shuji dengan kata-katanya.
Sengaja dia ketawa jahat macam ahli sihir yang kejam. Dia tidak tahu bahawa apa yang Shuji fikirkan adalah suatu perkara yang mungkin dia sendiri tidak mahu tahu dan berlaku. Shuji terpana mendengar ucapan Virus.
Mungkinkah berlaku? Takkanlah aku nak main rempuh aje..lagipun, dia nampak macam belum bersedia. Aku takkan paksa isteri aku jika dia tidak lagi bersedia. Ya, aku akan bersabar.
“Belum empat puluh empat kali, laa..pandai aje kau ni!” Shuji menggeleng-geleng kepalanya sambil mengeluh lagi. Kalaulah sayang tahu apa yang abang rasa sekarang ni..detik hati Shuji.
“Haih? Tengok tu mengeluh lagi. Memanglah kau ni dah kena sampuk dengan hantu Korea ni..” getus Virus lagi seraya meledakkan tawa kecil. Suka hati dia membuli Shuji dengan kata-katanya. Huhu dah lama jugak tak kenakan si Shuji itu!
“Okeylah..aku pergi tidur dulu..” kata Shuji malas seraya ingin menapak pergi lalu tangannya terasa disentap oleh Virus lalu dia terduduk semula. Dia tidak faham dengan sikap Virus. Apa sebenarnya yang gadis ini mahukan?
“Apa yang kau nak sebenarnya?” soal Shuji keras. Wajah Virus dipandangnya kali ini dengan riak bosan yang jelas tergambar.
“Berapa kali aku nak cakap? Tidur aje lah atas katil ni! Hujung sana tu..degil!” gumam Virus sambil menjeling Shuji.
Aduh! Macam mana aku nak tahan kalau tidur sekatil dengan dia? Parahlah kalau macam ni! Rintih Shuji sendirian.
“Apa lagi yang kau fikirkan tu, sengal? Sini..sebelah aku..” sengih Virus dengan muka selamba badaknya. Padahal dalam hatinya sudah berdebar tak keruan sebenarnya. Tapi bila difikir balik, tidak perlu untuk dia berdebar.
Alah, bukannya dia tidak pernah tidur sekatil dengan Shuji sebelum ini. Dah pernah sekali tidur dengan lelaki itu dan tak ada apa-apa yang berlaku. Aku yakin dengan Shuji! Fikir Virus.
Dia tidak tahu dan tidak sedar tentang kes mereka tidur sekali pada malam ketika Ikmal dan Auntie Zaharah memasukkan ubat tidur dalam makanan mereka. Kes dimana dia telah mencium Shuji tanpa sedar, ketika sedang mengigau. Kalaulah dia tahu, tentu dia tidak akan mengajak Shuji tidur bersebelahan dengannya malam ini. Huhuhu..
Shuji hanya membungkam sambil ligat berfikir. Macam mana ni? Perlu atau tidak untuk aku menerima pelawaan Virus itu?
DATIN Rosmah dan Dato’ Sharif sedang berjalan-jalan di Kompleks Membeli-belah Mid Valley ketika itu. Datin Rosmah lah yang berkeras ingin membeli-belah dan Dato’ Sharif telah dipaksa olehnya agar menemani dirinya. Dato’ Sharif tidak dapat menolak kerana sekarang adalah hujung minggu. Lagi pula, bukan selalu dia dapat menemani isterinya itu kerana banyak masanya dihabiskan di pejabat.
“Abang! Mah nak tengok barang-barang kat kedai tu!” Datin Rosmah menarik lengan suaminya manja. Dato’ Sharif hanya tersenyum geli hati dengan gelagat isterinya yang keanak-anakan itu. Macam manalah si Virus itu tidak menjadi kebudak-budakan kalau mamanya juga begini. Like mother like daughter!
Lama juga mereka meneliti barang-barang di kedai tersebut. Tiba-tiba mata Datin Rosmah tertancap pada suatu sudut dalam kedai berkenaan yang begitu menarik perhatiannya. Pantas lengan suaminya dipaut ke sudut berkenaan.
“Abang..best kan kalau ada cucu sendiri?” Datin Rosmah tersenyum sambil mencapai satu set pakaian bayi yang sudah dibalut kemas di dalam kotak plastik.
“Memanglah seronok, Mah. Kenapa awak dah tak sabar nak menimang cucu ke?” tanya Dato’ Sharif dengan senyuman mesra. Dia faham benar perasaan isterinya ketika ini.
Sudah lama wanita itu mengidamkan anak perempuan mereka berubah menjadi perempuan normal semula. Sejak berumur 15 tahun, Virus berubah dari seorang perempuan yang lemah-lembut kepada seorang yang kasar dan berpakaian menyerupai lelaki. Namanya juga diubah dari Vanida kepada Virus.
Apabila ditanya kenapa dia berubah begitu, Virus tidak pernah mahu memberitahu sebabnya. Berbagai rancangan sudah dilakukan termasuk menyorokkan pakaian lelaki yang selalu dipakai oleh Virus namun segalanya tidak berjaya.
Kini isterinya itu hanya berharap pada Shuji sahaja untuk mengubah anak mereka. Dan semestinya perubahan itu adalah melalui cara perkahwinan paksa yang kebetulan muncul dan Datin Rosmah memikirkan, ini sahaja cara untuk dia mengajar anaknya cara menjadi perempuan sejati semula.
“Iyalah, bang. Siapa yang tidak teringin menimang cucu sendiri. Lagipun, dengan itu barulah si Virus itu akan kembali normal semula, bang..” kata-kata Datin Rosmah terus mematikan lamunan Dato’ Sharif sebentar tadi. Dia tersenyum lagi buat isterinya.
“Iyalah tu, Mah. Abang setuju dengan Mah..”
“Macam manalah agaknya perkembangan mereka sekarang ni, kan bang?” Datin Rosmah berkata seraya meletakkan kembali pakaian bayi yang dipegangnya tadi.
“Kalau tak silap abang, mereka balik pagi lusa kan?” Dato’ Sharif cuba memastikan. Muka isterinya ditenung tanpa kelip. Datin Rosmah hanya tersenyum kecil lalu angguk.
“Macam mana kalau..kita buat surprise pada mereka?” soal Dato’ Sharif apabila otaknya didatangi idea. Lagipun, dia tahu isterinya itu begitu ingin mengetahui perkembangan anak dan menantunya.
Kalau dengan cara ini dapat menggembirakan hati wanita tercintanya itu, dia sanggup membatalkan segala temujanji kerjanya pada hari berikutnya.
“Maksud abang? We fly to Korea?” muka Datin Rosmah sudah kelihatan berseri-seri. Memang dia terlalu ingin tahu perihal anak dan menantunya. Dato’ Sharif tersengih lalu mengangguk.
“Iye, Mah..nanti dah sampai, baru kita inform pada mereka. Kita buat dinner mengejut punya! Dan kita balik sekali dengan mereka aje nanti..”
“Macam seronok aje bunyinya, bang!” Datin Rosmah ketawa kecil.
“Abang tempahkan tiket flight esok, ya?” soal Dato’ Sharif dengan wajah puas hati melihat kegirangan isterinya. Datin Rosmah sekadar angguk-angguk kepala dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
SHUJI membalikkan tubuhnya membelakangi Virus yang sedang berbaring di hujung bertentangan dengannya diatas katil King Size berkenaan. Setelah berfikir tadi, dia terus menerima pelawaan Virus. Baginya, selagi dia tidur membelakangi Virus tentu tidak akan terjadi apa-apa.
Virus sudah lama melelapkan mata namun Shuji masih tidak dapat melelapkan mata. Berkelip-kelip matanya didalam keadaan gelap begitu. Dengan malas, dia ingin bangun dari katil itu untuk pergi menonton TV.
Belum sempat dia bangun, dia terasa badannya dihentam dari belakang oleh seseorang. Nasiblah tidak sakit kesan hentaman itu. Rupanya Virus tiba-tiba telah bergolek tanpa sedar ke arah Shuji. Gadis itu masih terlena apabila tubuhnya menyandar ke belakang Shuji.
Shuji tersentak lalu tersengih lucu dengan gelagat Virus itu. Tidur buaslah katakan. Tidak sedar langsung yang dia sudah mendekati Shuji. Kalau tidak, tak adalah mereka kena tangkap basah dulu-dulu. Semuanya gara-gara Virus lah yang tidur terlalu buas sehingga bajunya boleh terangkat dan menampakkan bengkungnya.
Perlahan-lahan Shuji cuba mengalihkan badannya dan kini tubuhnya menghadap tubuh Virus yang betul-betul sedang tertidur lena disampingnya. Lampu meja disebelahnya dibuka dan suasana malap menerangi separuh bilik yang diduduki mereka.
Lama Shuji merenung tajam muka Virus tanpa berkelip. Senyuman kecil tiba-tiba meniti dibibirnya apabila Virus kelihatan seperti sedang bercakap-cakap dalam tidur. Mengigau lagilah tu! Sebuah kucupan hangat singgah didahi Virus ketika itu.
Shuji bangun lalu duduk dibirai katil. Pantas dia menarik selimut agar membaluti kemas tubuh Virus. Walaupun penghawa dingin sudahpun dimatikan awal tadi, kedinginan malam di Korea memang sehingga ke tahap yang menggigit kuku.
Shuji tersenyum lagi melihat Virus yang tiba-tiba menghisap ibu jari. Kelihatan comel sekali seperti bayi kecil yang sedang terlena dibuai mimpi. Ahh, betapa dia menyayangi isterinya ketika ini! Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau telah takdirkan dia sebagai teman hidupku..
Perlahan-lahan Shuji bangun kerana tidak mahu mengejutkan Virus yang jelas sedang lena tidurnya. Setelah mencapai baju tebalnya, dia membuka ‘sliding door’ untuk ke balkoni.
Niatnya untuk menonton TV sebentar tadi terus dimatikan apabila dia terpandangkan keindahan pemandangan laut diwaktu malam begini. Lagi pula, dia dapat melihat kelibat rumah api yang berada agak jauh dari hotel mereka menginap. Sungguh indah sekali!
Lama juga Shuji duduk di kerusi yang tersedia di balkoni berkenaan. Dia menghayati keindahan pemandangan malam itu dengan begitu khusyuk dan aman. Tiba-tiba bunyi seperti sesuatu yang terjatuh mengganggu tumpuannya pada pemandangan malam yang sedang dinikmatinya. Pantas Shuji bergerak ke dalam bilik semula.
Virus membuka matanya apabila badannya terasa perit. Rupa-rupanya dia telah terjatuh dari katil apabila bergolek-golek tanpa sedar tadi. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit belakang apabila Shuji tiba dihadapannya.
“Aduhh..sakitnya..” rintih Virus. Badannya agak terketar-ketar menahan sakit. Sudahlah pinggangnya sakit, ditambah pula dengan sakit belakang. Shuji cuba membantu Virus duduk diatas lantai.
“Kau tak apa-apa? Macam mana boleh jatuh ni?” soal Shuji dengan wajah cemas setelah berjaya mendudukkan Virus.
“Aku pun tak tahulah, Shuji..” Virus membalas ringkas. Wajahnya masih blur. Rasa mamainya masih berbaki. Shuji tiba-tiba memegang pipi Virus lembut.
“Jom, aku angkatkan kau naik ke katil..” kata Shuji sambil terus mendukung tubuh Virus naik ke katil. Virus merasakan seperti segala kesakitannya hilang begitu sahaja apabila tubuhnya diangkat oleh Shuji.
Shuji berbaring disebelah Virus tanpa dipinta oleh gadis itu. Baginya, dia tidak boleh lagi membiarkan gadis itu tidur sendirian. Bimbang nanti Virus akan terjatuh lagi. Pelik juga dia rasakan kerana sebelum-sebelum ini, tidak pula Virus itu sampai boleh terjatuh katil ketika tidur.
Virus juga pelik kenapa dia boleh terjatuh dari katil tadi. Mungkin kerana dia sudah mengharapkan Shuji ada disebelah untuk menghalangnya dari terjatuh. Atau mungkin, dia ‘sengaja’ walaupun tanpa sedar lalu bergolek ke arah Shuji untuk merasai kehangatan tubuh lelaki itu? Ahhh, tak mungkinlah! Virus segera menyangkal fikiran bukan-bukan yang baru menerpa di benaknya.
“Kau tidur sini..dekat-dekat dengan aku. Kalau perlu, biar aku peluk kau sampai pagi. Barulah kau takkan jatuh lagi!” kata Shuji dengan nada tegas. Risau benar dia dengan Virus yang asyik mendapat sakit sejak kebelakangan ini.
“Pe..pe..peluk?!” Virus seakan terjerit kecil dengan pernyataan selamba badak dari mulut Shuji. Kali ini Virus merasakan tangan Shuji sudah memaut erat tubuhnya dan tangan kasar lelaki itu terus menarik Virus ke dalam pelukannya.
Entah mengapa, Virus tidak membantah seperti selalu. Dia bagaikan merelakan segala perlakuan Shuji terhadapnya. Shuji memeluk Virus kemas-kemas. Bahagia dia rasakan apabila Virus seakan tidak menolak perlakuannya. Cinta dan kasih sayangnya pada gadis itu mencurah-curah saat ini.
“Ida..Vanida binti Dato’ Sharif..abang cintakan Ida selama-lamanya..abang tidak akan biarkan Ida terjatuh dan tercedera lagi..abang akan lindungi sayang sampailah ke hujung nyawa abang..I love you, my love..” bisik Shuji ke telinga Virus dengan sepenuh hati.
Serentak dengan kata-kata romantisnya itu, ciuman demi ciuman singgah ke dahi dan kedua belah pipi Virus. Kemudian, bibir Shuji singgah pula ke hidung kecil Virus. Cuma bibir Virus sahaja yang tidak dikucupnya. Yang itu, dia mahu menunggu sehingga Virus sudi menerima dia dengan lafaz cinta yang nyata.
Ya, dia mahu mengucup bibir Virus dengan rasa cinta dan perasaan yang direlai oleh gadis itu sendiri. Bukan seperti dulu, ketika dia mengucup bibir gadis itu dalam rasa amarahnya kerana rasa tercabar dengan kata-kata Virus. Sehingga menyebabkan Virus patah hati ketika itu. Maafkan abang, sayang..
Virus tergamam. Hatinya begitu terharu dan berdebar-debar. Airmata bagai ingin mengalir keluar dari tubir matanya yang sudah berair. Ya, dia begitu terharu sekali dengan kata-kata romantis yang lahir dari hati tulus ikhlas Shuji.
Lagi pula, Shuji memanggil nama sebenarnya iaitu Vanida. Adakah ini tandanya yang aku perlu berubah? Virus menyoal hatinya berkali-kali dalam rasa bahagianya.
“I love you too, my love..” ucap Virus dengan penuh syahdu. Airmatanya mengalir setitis kerana begitu terharu. Hilang sudah bebanan perasaan yang ditanggungnya selama ini. Ucapan itu betul-betul melonjakkan hati Shuji. Ucapan yang membuatkan diri Shuji terasa bagaikan berada di awang-awangan.
Virus tersenyum lalu memaut leher Shuji lembut. Perlahan-lahan, dia mendekatkan mukanya ke wajah Shuji. Dia mengucup bibir Shuji ketika itu tanpa berfikir panjang lagi.
Ya, kali ini dia memang sedang sedarkan diri. Dia tidak mahu lagi berdalih dengan perasaan yang kian berputik dan berbunga-bunga ini. Biarlah semuanya tidak menjadi rahsia lagi antara mereka berdua.
Shuji mengeratkan pelukan, begitu juga Virus. Kini mereka menarik selimut sehingga menutupi muka mereka. Kedua-duanya hanyut didalam perasaan cinta dan sayang masing-masing yang baru berbunga. Memang tidak dapat dinafikan lagi, mereka memang telah diciptakan oleh Allah untuk satu sama lain..

BRAVO!hooreyyy virus dah ngaku..
ReplyDeletetahniah rancangan honeymoon datin ros bejayer hahahahah
sambung3! nak lagikk..
wow..akhirnye..virus ngaku gak ek..
ReplyDeletesmbung2..ni bkn ending kn?
hahaha..i like this n3...wahaha
ReplyDeletewah,tak tersangkan virus mengaku gak perasaan die ek?....
ReplyDeletenaty sambung agi ek..
haha..
ReplyDeleteske2..
datin ros dapt cucu a.s.a.p..
haha..
ske2..
at lastm,,virus admit gak..
huhu...
smbung2..
bgus2...
ReplyDeleteromanticnye...
sampai vsa pun dapat rasa perasaan indah 2..
teruskan usaha wahai tuan tanah..
(^^)
aha..
ReplyDeletefall in luv ya..
alaaaa..
ReplyDeletelagi2 jadik bukan orang first yg comment..hehe
tpi takpe la..janji komen kan?
bestnnyer virus da trime shujing tu!
rancangan datin ros is a success la ni?
hahaha keep it up!
like ur stori =)
hehe...best la sis..nnt bagi n3 baru cepat ckit ye...sy lak yg malu2 bace n3 kali ni..tahniah sis..
ReplyDeletesis!!!!!!!!!!
ReplyDeletenak lagiiiiiiiiiiiiiii..
tolonglah sambung cepat2 sikit erkk?
dah xsabar sangat da nk tau kisah selanjotnyeeee..
ini sangat mendera diriku!! uwaaaaa :((
akhirya cinta terluah...suka sgt2..
ReplyDeletecpt ar awk smbg...
hope lps ni xda men tarik tali..hehehe..
-adil-
sis..
ReplyDeleteade kompius sket nieh..
hehe..soklan cm segan la nk tnye..
errmm...
virus n shuji xwat agy kan yg 18sx tuh..?
haha..bkn pe..bkn virus peyed ke time nieh..???
kompius sket..
huhu xpeyed..
ReplyDeleteklo x cmne dia nk mndi jakuzzi..
wahahaha da lame edit part airport tu ar ^^
sowi sbb dua ari lps bru terpikir..
klo dia mndi jakuzzi tgh2 peyed..
abis la kan? haahaha :P
sowi ek x inform :P
syok nya hehheh truskan...usaha anda...
ReplyDeletege suspen lagik ek tp jgn la wat curang lak huhuh saya xleh terima.hhahah wat the best...
warghhhh.
ReplyDeletediorang dh bersama.virus milik shuji
ahakzzz
-na'dz
they did "it" ke? macam tak aje.. diorang setakat tarik selimut ke muka pastu tido kot? author please clarify.. hahahaha
ReplyDeleteLOVE IS IN THE AIR..!
ReplyDeletetwo will be one..
hahaha!
gempak n3 nih!
or shud i say every each n3 is great!
1 kemushkilan,die tejatoh pki towel kan,shuji in shock trus letak die on the bed,and of course she can't get dress herself.
bila dia sakit,shuji trus dukung dia gi spital.
the question,die gi spital pki towel peh??
orr..shuji help her get dress?
wow!but,virus wouldn't let that 'superb embarrassing' moment happens twice for sure!!!
sis edit sikit part 18-26..harap sume sabar..sowi atas kesilapan teknikal ni..memang perlu di edit :)
ReplyDeletenanti sis update balik k.. ^^
best .. best ...
ReplyDeleteaiyaaa~~ pengsan baca n3 nii~ sweet!!
ReplyDelete