“WEI, Love..sinilah!” panggil Virus sambil tersengih panjang. Shuji membontoti Virus yang sedang berjalan di persisiran pantai berkenaan yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan mereka. Sesungguhnya mereka teramat bahagia sekarang.
“Sekejaplah, sayang!” Shuji melaung pada Virus yang sedang berlari-lari bebas di gigi air laut yang menampar-nampar kakinya. Shuji tersenyum melihat kegembiraan Virus. Senang hatinya jika Virus gembira.
“Sayang?! Tak naklah! Dah lapuklah panggilan tu, dowh..fikirlah panggilan lain pulak! Aku panggil kau Love..kau fikirlah nak panggil aku apa..sampailah aku setuju!” Virus membuat muka selamba badak sambil menyepak-nyepak ombak kecil yang datang padanya.
“Habis tu? Kau suka panggilan apa? Beritahulah pada aku, dowh! Malas aku nak fikir..” Shuji terkerut-kerut berfikir. Wajah Virus dipandang sekilas lalu mukanya didongak tanda sedang mencari ilham.
“Hah?! Buat apa pulak aku yang kena beritahu? Lu fikirlah sendiri, beb! Bak kata Nabil dalam rancangan Raja Lawak tu..” balas Virus sambil tersenyum kecil. Dia meletakkan tangannya ke bahu Shuji sambil mengangkat-angkat kening.
“Kau tak suka panggilan ‘abang dengan sayang’? Common lah tu dalam hidup berumah tangga. Kenapa kau tak nak pula?” bidas Shuji.
“Alah, nenek dengan atuk aku..kalau kau nak tahulah, kan..kau tau dia orang bahasakan diri dia orang apa?” ujar Virus bersahaja.
“Apa? Jangan kau mereka cipta cerita sudah!”
“Aku tak pernah nak reka-reka ciptalah. Ini kenyataan! Ini betul-betul, bukan cobaan..eh, macam cerita P.Ramlee pulak!” Virus ketawa kecil lalu menutup mulutnya.
“Apa dia?” soal Shuji menumpukan perhatian pada Virus.
“Honey dengan Bee..” kata Virus sambil tersengih lucu. Mata Shuji terbeliak. Sebiji macam kena sampuk hantu Korea. Huhu..
“Biar betul?!” soal Shuji. Virus angguk-angguk, geleng-geleng. “Mana satu betul? Yang angguk atau yang geleng tu?” tanya Shuji lagi dengan muka geram.
“Dua-dua..” balas Virus selamba.
“Dua-dua? Tak faham..”
“Dua-dualah, mongok..kadang-kadang dia orang bahasakan diri ‘aku dan kau’. Bila time nak beromantik, dia orang bahasakanlah diri dengan ‘honey dan bee’..” terang Virus sambil mengangguk-angguk kepala.
Shuji tiba-tiba ketawa membuatkan Virus hairan dan pelik. Kenapa agaknya?
“Apasal kau ketawa ni? Kau ingat aku tipu, ke?” tanya Virus pantas. Mukanya bertukar bengis.
“Tak adalah..aku just terfikir..kita ni sebijik dah macam atuk dengan nenek kaulah! Time biasa-biasa macam ni, cakap ‘kau dan aku’. Kalau macam semalam…time romantik, memang romantik habislah kan?!” Shuji masih ketawa.
Muka Virus tiba-tiba berubah merah padam apabila teringat kembali peristiwa semalam. Memang memalukan kalau nak diingat semula! Arghh..kenapa dia nak ungkit-ungkit? Biarlah jadi rahsia, tak boleh ke? Gumam Virus dengan hati yang geram. Dia menggigit bibir.
“Kenapa? Kau malu, ke?” soal Shuji sambil memandang tepat ke wajah Virus yang jelas sedang kemerah-merahan. Pantas dia memeluk tubuh wanita itu dari belakang. Virus tergamam lalu meronta-ronta.
“Woi! Lepaskan akulah! Kau tak malu ke orang tengah tengok kita tu? Karang dia orang ingat kita gay pulak!” marah Virus dengan muka merah padam. Dia memandang orang ramai yang berada disekeliling mereka sambil mengukir senyuman ‘cover malu’.
“Malu apanya? Kau perempuanlah! Lagipun, kau isteri aku yang sah!” ketawa Shuji kuat akhirnya.
“Kau tengok pakaian aku..rupa aku macam lelaki, kan?”
“Tak adalah..kau tengok diri kau..macam lelaki ke? Kan kau tak pakai bengkung kau sejak semalam!” Shuji ketawa lagi. Kali ini ketawa nakal.
“Wei, lepaslah. Aku malu!” getus Virus sambil menundukkan wajah. Shuji tersenyum kali ini. Tawanya sudah terhenti. Dengan pantas, dia mengangkat pula tubuh Virus. Lagilah Virus terasa malu.
“She’s MY WIFE! This is a girl, okay?! And I love her so much!!” laung Shuji sekuat hatinya. Virus tersenyum akhirnya lalu melentokkan kepala ke dada Shuji.
“Love, I love you too, tau? Listen everyone! This is my HUSBAND! And I love him too, so much!” jerit Virus pula membuatkan Shuji tersentak.
Kuat gila suara si Virus itu sehinggakan semua orang terkejut beruk. Walaupun tahu semua orang terkejut beruk dengan jeritannya tadi, Virus hanya buat tidak endah. Janji dia bahagia.
Kali ini Shuji pula yang mengukir senyuman ‘cover malu’. Tetapi didalam hatinya, cintanya bertambah-tambah untuk Virus.
“ASSALAMUALAIKUM!” Datin Rosmah memberikan salam sebaik sahaja panggilannya dijawab.
“Waalaikumussalam, ya mak cik Ros? Ada apa call saya ni?” Ikmal menjawab dengan penuh sopan-santun. Pelik juga dia apabila tiba-tiba sahaja Datin Rosmah menelefonnya pagi itu.
“Tak ada apalah, Ikmal..mak cik nak pergi Korea jenguk si Ida dengan Adli. Kamu nak ikut, ke? Atau kamu busy?” Datin Rosmah bersuara lembut.
Hah? Apahal pula orang tua ini pelawa aku ikut dia ni? Ikmal hairan dan pelik dengan sikap Datin Rosmah yang tiba-tiba mempelawanya mengikut bersama ke Korea.
“Tak adalah busy, mak cik..kenapa mak cik nak ajak saya pula? Mak cik ada masalah lagi, ke?” soal Ikmal.
“Aik? Macam tak sudi aje?” Datin Rosmah mengayat.
“Eh, mana ada, mak cik. Saya pelik aje..sebab tiba-tiba mak cik ajak saya..” Ikmal ketawa kecil, cuba menenangkan perasaan Datin Rosmah yang mungkin terasa dengan ayatnya awal tadi.
“Bukannya apa, Mal..mak cik cuma nak balas budi kamu aje..mak cik dengan pak cik Sharif kamu nak pergi Korea petang nanti. Nak dinner kat sana bersama Ida dan Adli nanti. Mak cik cuma nak belanja makan aje, sebagai tanda terima kasih untuk budi Ikmal hari tu..esoknya kita baliklah..” jelas Datin Rosmah dengan suara bersahaja.
Hah?! Nak belanja makan? Itupun sampai kat Korea? Nak pergi Korea semata-mata sebab nak dinner aje?! Ikmal terkebil-kebil tidak percaya. Ikmal terdiam sejenak, otaknya berfikir dengan ligat.
Kalaulah dia pergi sana, tentu Virus dan Shuji takkan lepaskan dia pasal peristiwa hari tu..Ikmal cuak membayangkan dia yang disekeh oleh Virus dan Shuji. Tanpa sedar, dia menelan liur.
“Mak cik! Kalau saya tak pergi, tak boleh ke?” Ikmal menggaru-garu kepala. Mulutnya senget sebelah kini, tanda sedang serba-salah.
“Apa alasan kamu tak mahu pergi?” tanya Datin Rosmah. Kedengaran serius aje suaranya.
“Err..saya kena kerjalah, mak cik!” Ikmal semakin menggila garu kepalanya. Kusut masai sudah rambutnya kini.
“Hari Ahad kamu kerja?!” soal Datin Rosmah pelik. Nadanya seakan memaksa Ikmal untuk berkata ‘ya’.
“Over time, mak cik!” bohong Ikmal.
“Iya ke? Tak baik tipu, Mal. Tipu orang tua pulak tu..berdosa, tau!” Datin Rosmah cuba memancing Ikmal dengan ayat ugutannya. Sinis. Memang pandai Datin Rosmah ini meng ‘psycho’ orang.
Sebab itulah Virus selalu kalah dengan mamanya. Datin Rosmah memang pandai membaca sikap orang, lalu pandai-pandailah dia meng ‘psycho’ orang itu. Huhuu..
Ikmal terkulat-kulat kini. Dirinya bagai cacing kepanasan. Pandai betul orang tua ini buat aku jadi tak menentu macam ni. Perangai Virus turun dari mak cik Ros agaknya! Desis hati Ikmal.
“Iyalah, mak cik! Saya ikut..” Ikmal bersuara akhirnya. Datin Rosmah tersenyum. Berjaya dia cairkan hati Ikmal.
Ikmal malas mahu berdolak-dalik. Baginya, tidak perlulah untuk dia takuti insan lemah sepertinya. Shuji dan Virus juga manusia, kan? Huhu..
VIRUS duduk disofa dengan satu keluhan berat. Penat agaknya berlari berkejaran bersama Shuji di tepian pantai tadi. Shuji juga melabuhkan punggungnya disebelah Virus sambil memaut bahu isterinya itu.
Virus memandang Shuji, begitu juga Shuji yang turut menumpahkan pandangan ke muka Virus. Suasana hening tiba-tiba menjadi romantik. Bagai ada bunga-bungaan yang sedang mekar disekeliling mereka. Perlahan-lahan Shuji mendekatkan wajahnya ke muka Virus yang kelihatan memukau. Semakin dekat dan semakin dekat. Lalu..
Prruuutt..!! Kedengaran suatu bunyi yang datangnya dari arah Shuji. Virus tersentak lalu segera menutup hidung. Dia tahu benar akan bunyi yang terlalu common itu. Dia memandang tajam Shuji yang sudah terkulat-kulat.
Shuji sudah tersengih macam kerang busuk sambil menggaru-garu kepalanya. Hilang sudah segala suasana romantik sebentar tadi. Melepas!
“Woi! Nak kentut tu, pergilah jauh-jauh. Tak kuasa aku nak bau..boleh pengsan tau?! Spoil betullah!” Virus berkata dengan suara yang sengau disebabkan hidungnya yang dipicit kuat.
“Apa pulak? Eleh! Dulu kau datang-datang terus kentut depan muka aku dengan Ikmal, boleh pulak ya?!” gumam Shuji dengan muka tidak puas hati.
“Mana ada! Itu angin aje, bukannya kentut busuk macam kentut kau ni..angin yang keluar dari aku semuanya wangi-wangi belaka la..” ujar Virus, masih lagi dalam suara yang sengau kerana hidungnya yang masih dipicit.
“Apa-apa aje lah! Mari sini, sayang..abang nakkan sayang..abang takkan spoilkan lagi..” Shuji bersuara nakal sambil cuba memaut badan Virus namun segera ditepis oleh isterinya itu. Dia malas mahu berbalah dengan Virus kerana dia tahu sekarang ini tentu dia tidak akan menang.
“Tak naklah! Dah tak ada mood. Kau belum fikir ke? Nak panggil aku apa?! Kan aku cakap tadi, fikir..apalah, kau ni..” Virus berkata sambil memuncungkan mulutnya tanda memprotes.
“Macam ni lah..kau panggil aku Love, aku pun akan panggil kau Love..okey tak?” Shuji memberi cadangan. Virus menjeling Shuji sepintas lalu.
“Mana boleh! Itu idea aku! Lu fikirlah sendiri, beb! Sementara wa pergi mandi, lu fikir-fikirlah, ya?” Virus berkata seraya ingin berlalu ke bilik air. Tangannya segera dicapai oleh Shuji sebelum sempat dia melangkah.
“Okey, okey..Cinta, mari sini..boleh abang peluk? Abang akan bahasakan diri abang sebagai ‘abang’ okey? Abang panggil Ida selain dari nama betul Ida tu, Cinta..okey?” Shuji memandang Virus dengan senyuman indah yang amat memikat jiwa Virus.
“I love you, Love..” getus Virus sambil tersenyum membalas.
“Abang cintakan kamu, Cinta..” sebuah ciuman sayang hinggap dipipi Shuji ketika selesai Shuji mengucapkan kata-kata tadi.
“Hadiah untuk abang sebab cepat-cepat fikir! Ida pergi mandi dulu, ya Love?!” Virus pantas menarik tangannya lalu berlari laju ke bilik air untuk membersihkan diri. Shuji tersenyum bahagia mendengar panggilan ‘abang’ yang terucap juga dibibir isterinya.
DATIN ROSMAH mencapai telefon bimbit yang tersimpan didalam tas tangannya. Dia mendail nombor telefon Virus. Ketika itu dia bersama Dato’ Sharif serta Ikmal sudah sampai ke hotel penginapan Shuji dan Virus. Ikmal duduk di sofa yang terletak di lobi hotel berkenaan. Dato’ Sharif juga duduk melepaskan penat menaiki kapal terbang tadi.
“Hello, assalamualaikum Ida!” ucap Datin Rosmah sebaik sahaja panggilannya berjawab.
“Waalaikumussalam! Hah? Mama ke? Apa khabar, mama dengan papa? Err..sihat? Baru call ke? Kenapa lama tak call Virus, ma?” Virus teragak-agak menjawab.
“Mama dengan papa sihat aje..kamu tanya kenapa mama tak call kamu? Bertuah punya budak! Sepatutnya mama yang tanya kamu soalan tu, tau?!” bebel Datin Rosmah. Virus menjauhkan sedikit telefon bimbitnya dari telinga sambil membuat muka yang berkerut-kerut. Kuat sungguh suara mamanya berleter. Huhu..
“Ala, ma..Virus bukannya apa, ma..sakit tekak sebab perubahan cuaca, ma! Tak boleh cakap banyak-banyak sangat, doktor kata. Nanti pecah peti suara. Ni pun tengah sakit lagi ni, ma! Uhukk!!” sengaja Virus membuat suara seperti sedang terbatuk-batuk.
Padahal, selama ini dia memang sengaja tidak mahu menelefon mamanya. Dia sudah kenal perangai orang tua itu. Tentu akan tanya soalan bukan-bukan. Daripada aku jadi mengong, lebih baik aku diamkan diri dulu.
“Tak payahlah nak tipu mama, Ida..mama tahu kamu tu banyak muslihat! Mama nak cakap dengan Adli! Dia ada tak?” kata Datin Rosmah dengan nada bersahaja.
Virus terkedu. Mama ni memang hebatlah! Tahu pula aku tipu dia..huhu manalah mama belajar ilmu boleh baca sikap orang ni, ya? Bravo! Sempat Virus bermonolog dalam hatinya.
“Shuji, ke? Dia baru aje keluar tadi, ma! Eh, mama..okeylah Virus sakit perutlah, ma..nanti Virus call mama balik, okey?” Virus segera menekan butang merah pada telefon bimbitnya sebelum sempat mamanya berkata apa-apa.
Bukannya apa, dia bimbang mamanya akan bertanya yang bukan-bukan pula pada Shuji. Fuh! Nasib baik Shuji tengah mandi. Kalau tidak, mesti dia kecoh nak cakap dengan mama aku. Kan mereka Sifu dengan Protege. Belajar pula ilmu khas iaitu ‘Resistant kepada Virus’. Tak boleh jadi ni..Virus mengeluh kecil.
Shuji sudah selesai mandi ketika Virus selesai bercakap telefon dengan mamanya tadi. Shuji menghampiri Virus yang masih sedang berfikir sesuatu. Kelihatan seperti sedang mengelamun.
“Hoi!” Shuji menyergah Virus.
“Oi, bodoh! Bahlul, kepala otak berjambol!” Virus melatah. Memang pantang betul kalau dia terkejut beruk sampai macam ni. Hampir tercabut nyawanya. Wajah Shuji dipandang dengan muka geram.
“Kau niiii..kau tak sayang aku, ke? Sekarang ni, aku dah ragu-ragu sama ada kau sayang aku atau tak. Macam nak bagi aku ‘jalan’ awal aje ni?” Virus mengomel-ngomel sambil menumbuk bahu Shuji yang sedang terkekeh-kekeh ketawa.
“Aik? Bahasakan diri ‘aku dan kau’ pula? Mana panggilan yang kita bincangkan tadi?” soal Shuji dalam ketawa yang masih bersisa.
“Ahh..suka hati akulah!” mulut Virus muncung.
“Nak jadi macam atuk dengan nenek Ida, ya? Bila bergaduh bahasakan diri ‘kau dan aku’. Bila romantik, adalah ayat power yang keluar kan?” Shuji ketawa nakal.
Virus mencemik. Macam dapat hidu aura mama aku yang baru lepas call aku aje. Bersemangat dia kenakan aku! Tahniah, mama..anda ada pewaris tunggal..gumam Virus dalam hati.
Tukk! Tukk! Tuukk! Kedengaran seperti pintu bilik diketuk dari luar. Dengan malas, Virus bergerak ke pintu. “Malaslah aku layan laki yang tak mahu faham perasaan isteri dia!” Virus membuat muka bosan. Shuji hanya tersengih lucu dengan wajah yang sedang dibuat oleh Virus.
Pantas pintu bilik dibukanya tanpa memeriksa siapa yang berada di hadapan pintu.
“Surprise!!!” Datin Rosmah dan Dato’ Sharif bersuara serentak sebaik sahaja pintu bilik tersebut dibuka. Hampir pengsan dan tercabut nyawa Virus ketika terpandangkan wajah Datin Rosmah dan Dato’ Sharif. Ikmal pun ada?!
Oh, tak apa..ada hutang aku dengan Ikmal yang belum berbayar..hehe..tapi, apasal tiba-tiba aje mama dan papa datang ni? Arghh..dahlah tadi Shuji terkejutkan aku. Kali ini mama pulak!
Uwaa..aku tidak sanggup menerima kejutan demi kejutan lagi. Sekali lagi ada kejutan, for sure aku akan terus pitam! Bebel Virus dalam hatinya.
“Malam ni dinner dengan mama dan papa. Nah, mama dah beli dress dan kasut untuk Ida!” pantas Datin Rosmah menyerahkan dua beg plastik pada Virus sebelum sempat Virus bertanya apa-apa.
“Dress? Apa ni, mama! Tak naklah! Mama kenapa boleh ada kat sini? And apasal si Ikmal mangkok ayun ni boleh menyibuk pulak datang sekali? Virus tak nak pakai dress tu, ma..uwaa!” rintih Virus, masih dalam rasa tidak percaya dengan kemunculan tiba-tiba mama dan papanya serta Ikmal.
“Kamu jangan nak bantah! Mama kata pakai..cubalah tak pakai kalau kamu tak takut kena slap dengan mama! Besar panjang dah tapi perangai macam budak-budak aje kamu ni!” leter Datin Rosmah sambil mencubit lengan Virus lembut. Virus terjerit kecil.
“Siapa tu, Ida?! Service, ya Cinta?” laung Shuji dari dalam bilik. Dia melangkah keluar dan terkejut beruk melihat Datin Rosmah, Dato’ Sharif serta Ikmal yang sudah terpacak di ruang tamu bilik itu. Cepat-cepat Shuji memisat matanya. Mulutnya terbuka tanda tidak percaya.
“Ida?! Cinta?” serentak suara Dato’ Sharif, Datin Rosmah dan Ikmal. Mereka berpandangan lalu tersenyum penuh makna. Yang terlebih senyumnya, Datin Rosmah lah! Nampak gayanya macam menjadi aje rancangan aku ni..sengih Datin Rosmah.
Virus segera menghampiri Shuji lalu dia menyepak kaki Shuji dengan kuat. Shuji yang masih terkejut terus menyeringai kesakitan. Terangkat-angkat kakinya kerana sakit.
“Haa..pandai lagi kau nak panggil aku bukan-bukan, ya?! Padan muka kau!” marah Virus dengan wajah merah padam. Sebenarnya dia malu dipanggil begitu dihadapan mama dan papanya. Lebih-lebih lagi, si Ikmal ada sekali. Malunya! Malu gila babeng, wa cakap lu!
“Hah? Kau jugak yang..” belum sempat Shuji habis berkata-kata, Virus mencubit pula Shuji dilengannya. Fahamlah Shuji bahawa Virus tidak mahu panggilan rahsia mereka diketahui orang.
Atau lebih tepat lagi, Virus tidak mahu orang tahu pasal hubungan mereka yang sudah baik ketika ini. Mungkin isterinya itu belum bersedia lagi agaknya!
“Dahlah! Pergi bersiap. Dah pukul 5 petang dah ni. Mama nak balik ke bilik mama sekejap. Sebelah ni aje..ingat, tau kalau mama tengok Ida pakai pakaian lelaki juga, mama siat-siat kulit Ida lepas ni!” ugut Datin Rosmah membuatkan Virus menelan liur.
Uhh! Ganasnya mama! Ilmu apa pulak ni? Maknanya aku terpaksa jugalah pakai dress ni?! Biar betul?! Apasal malang nasib aku sejak kebelakangan ni? Uwaaa..rintih Virus.

oho..
ReplyDeletemau main nyorok2 yea..
malu latu
wahahahahaha...yeay i was d first comment!!!
ReplyDeletehehe....tqvm sbb upload n3 ni..
weee...beznya part niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
sengeh je bace bab ni..hehe...
love?cinta?
alamak sweet gle!!!!
haha time romantik pnggl sweet2...time gado pnggl kau n aku lak...aduyai...sweet2..
smbung lg eyh..ni buat i x sbr nk n3 ni...
p/s - i ade design award 4 u...t i post kat blog i..jgn lupe grab lak naty...^.~V
hehe...
ReplyDeletekelakar tol la diorang nie...
sis..
ReplyDeleteseyes best, sis!
thanks coz upload n3 ni walaupun bz ngn manuskrip..
sis is da best 4eva!
huhuhuhuu
memang sweet gilerrrr n3 kali ni sis!
kelakaa sangat sampai saya sengih sorang2..
hahahahhahahaa =P
macam manalah sis leh dpt ilham yg briliant cam gini a?
hahahahahaa ok2 best of luck, ok sis? =)
ngeeeeeeeeeeeeeeeee...(alamak over react pulok)
ReplyDeletehehehehe tahniah sbb best cam biasa..
semoga berjaya dalam bidang penulisan!
wink3! (ngorat bleyy?)
haha tak ada la..lawak2 ja..
sis..
ReplyDeleteske2..
mekaseh2..
sweet bangat virus n shuji..
haha..
love..cinta...
muahaha..
satu permulaan nieh..
sat g..ble virus da pakai dress uh...sure shuji leleh air liur..
muahaahha...
smbung cpat2 ek sis..
waaaahhhhhhhhhhhhhh....Love n Cinta...sweetnye....nk lg pleaseee....suke ngan couple nie...malu tp mau....
ReplyDeletebest2...
ReplyDeletenk lg....
sweet sgt...
haha...
syaangaattt syuuweeettt..
ReplyDeletesambung2..
hehe
hahaha..Love and Cinta!
ReplyDeletei love to use those words also!
and i hate 'abang'..
kuno beb!
best and sweetest couple!