-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Monday, August 17, 2009

Entah Bila Cinta Bersemi 12

“MAMA, perkenalkan ini Faris..” Nazifa tunduk apabila selesai berkata-kata. Tiada langsung riak keceriaan di wajahnya ketika mengucapkan kata-kata tadi. Faris merenung Nazifa dengan rasa tidak puas hati. Sepatutnya gadis itu sudah bersetuju untuk berlakon sebagai pasangan kekasih di hadapan keluarga Nazifa.

Datin Hazwani terkebil-kebil. Dia memandang Nazifa dengan rasa tidak percaya. Pelik kerana tiba-tiba sahaja Nazifa memperkenalkan Faris seolah-olah Faris itu adalah bakal suaminya.

“Mama dah kenal dia..kawan Ifa yang datang hari tu kan?” tanya Datin Hazwani lembut. Wanita tua itu cuba tersenyum pada Faris.

“Saya bakal suami Ifa..” jawab Faris dengan senyuman melebar. Nazifa agak tersentak lalu menjeling tajam Faris disebelahnya. Faris hanya tersenyum meleret ke arah gadis pujaannya itu.

“Betul ke, Ifa?” soal Datin Hazwani dengan wajah tidak percaya. Dia merenung dalam ke muka Nazifa yang jelas memancarkan sendu. Tentu ada sesuatu yang tidak kena ni!

“Iya, mama..dia bakal suami Ifa..” kata Nazifa sambil mengangguk lemah. Datin Hazwani tergamam. Dia memandang wajah Nazifa, silih berganti dengan wajah Faris. Dahinya berkerut-kerut kerana terkejut dengan kenyataan kedua insan di hadapannya itu.

“Sekejap, ya. Mak cik nak bercakap dengan Ifa berduaan sebentar..” Datin Hazwani menarik lengan Nazifa lalu dibawanya agak jauh dari Faris. Faris kelihatan selamba sahaja. Lelaki itu tampak begitu ceria dan senang hati sekali.

“Ifa..apa dah jadi? Betul dia tu bakal suami Ifa?” Datin Hazwani bertanya laju. Nazifa mengeluh kecil lalu mengangguk lagi. Tiada jawapan yang lahir dari bibir mungil gadis itu.

“Tapi kenapa? Saiful pulak macam mana?”

“Mama, kan Ifa dah mention yang Ifa dah tak ada apa-apa lagi dengan Saiful? Mama jangan risaulah..Faris tu okey aje..” Nazifa senyum kelat. Dia menggenggam jemari ibunya sepenuh kasih.

Maafkan Ifa, mama. Ifa terpaksa kahwin dengan dia..kalau tidak, tentu nama keluarga kita akan busuk. Reputasi papa akan terjejas..Ifa tak mahu sebab Ifa, keluarga kita jadi porak-peranda. Biarlah Ifa sahaja yang menanggung semuanya ini seorang diri..desis hati Nazifa dengan rasa sayu yang menggunung.

“Ifa serius? Tapi kenapa bukan Saiful, nak? Mama berkenan sangat pada si Saiful tu..baik budaknya. Sopan, hormat orang tua-tua dan baik hati..” Datin Hazwani cuba memujuk lagi.

Dia teringatkan panggilan telefon dari Saiful dua hari yang lepas. Lelaki itu kedengaran begitu kecewa sekali dengan perpisahan dia dan Nazifa. Sayu hati Datin Hazwani apabila mendengar segala luahan perasaan Saiful. Memang Datin Hazwani sudah menganggap Saiful sebagai anak kandungnya sendiri memandangkan dia tidak mempunyai anak lelaki.

“Mama..kita orang dah tak ada jodoh. Ifa minta maaf sebab bukan Saiful yang jadi pilihan Ifa. Ifa tahu mama kecewa sebab mama mengharapkan Saiful yang menjadi menantu mama..tapi, mama percayakan Ifa, kan? Percayalah, Ifa akan bahagia bersama Faris..” Nazifa mencium jemari ibunya selepas habis berkata-kata.

Hatinya terasa sebak lalu setitis air jernih mulai gugur membasahi pipi mulusnya. Akan bahagiakah aku bersama lelaki itu? Ah, andai itu yang telah Engkau takdirkan, aku redha ya Allah..tabahkanlah hati hamba-Mu ini..

“Satu aje mama nak tanya..Ifa cintakan Faris?” soalan itu terpacul dari bibir Datin Hazwani. Nazifa terkedu. Kelu lidahnya untuk membalas pertanyaan ibunya itu. Nazifa telan air liur. Ibunya menyeka airmata Nazifa yang baru menitis tadi.

“Mama..memang betul Ifa cintakan dia..Ifa cintakan Faris..” balas Nazifa perlahan. Jelas sekali yang hatinya menidakkan pernyataan itu walaupun bibirnya baru sahaja mengungkapkannya. Ya, dia terpaksa berbohong! Andai seribu pembohongan terpaksa dilakukan demi kebaikan keluarganya, dia sanggup!

“Kalau Ifa dah cakap macam tu, mama tak boleh kata apa-apa lagilah..mama izinkan Ifa kahwin dengan dia..tapi, Ifa kena bawa dia berjumpa papa sekali, ya sayang?” Datin Hazwani tersenyum mesra sambil mengusap rambut ikal Nazifa yang panjang melepasi bahu.



“PAPA tak setuju!” Dato’ Adham berkata lantang. Dia naik berang apabila Nazifa menyatakan hasratnya untuk mengahwini Faris. Datin Hazwani yang berada di sebelah Dato’ Adham mengusap-usap lengan suaminya dengan harapan lelaki itu akan bertenang.

“Tapi kenapa, papa?” Nazifa bertanya dengan laju. Dia bimbang sekiranya perkahwinannya dengan Faris tidak direstui oleh bapanya itu. Dia risau Faris akan berbuat sesuatu yang tidak terduga yang bakal mengundang kacau-bilau di dalam keluarganya.

“Ifa masih muda! Bagaimana dengan cita-cita Ifa? Ifa dah fikir habis-habisan ke pasal apa yang Ifa baru katakan pada papa tadi?” soal Dato’ Adham sambil memegang dadanya yang terasa berombak kencang. Dia ingin cuba bertenang.

Dari tadi Nazifa seakan melawan apa jua yang dikatakan olehnya. Itulah yang membuatkan Dato’ Adham naik berang. Apa yang membuatkan dia bertambah marah ialah lelaki pilihan Nazifa itu bukanlah Saiful. Memang dia dan isterinya sudah mengharapkan Saiful yang menjadi menantu keluarga itu.

“Papa, Ifa betul-betul dah berfikir semasak-masaknya. Ifa sanggup lupakan cita-cita Ifa tu. Ifa nak kahwin. Lagipun, perkahwinan kan mulia dalam Islam? Salahkah jika Ifa dan Faris mahu kahwin?” desak Nazifa lagi. Kali ini airmatanya bercucuran.

Bukan kerana bapanya menentang perkahwinannya, tetapi adalah kerana terfikirkan kehidupannya selepas berkahwin dengan Faris nanti dan juga merasa sakit hati kerana terpaksa melawan kata kedua ibubapanya. Ah, biarlah. Biarkan aku yang menanggung semua ini. Baik dari keluargaku mendapat malu sekiranya Faris mendedahkan segala-galanya.

“Ifa sekarang ini sudah pandai melawan cakap papa, ya?!” bentak Dato’ Adham dengan nafas tertahan-tahan. Hatinya kecewa apabila Nazifa melawan cakapnya sampai begitu sekali. Pertama kali anak gadisnya itu berani melawan kata-katanya. Itupun kerana seorang lelaki! Entah apalah hebatnya lelaki itu agaknya sehinggakan Nazifa menjadi begini? Ah, jangan harap aku merestui perkahwinan ini!

“Papa..Ifa bukan melawan cakap papa. Tapi Ifa betul-betul nak kahwin. Papa, izinkan Ifa berkahwin dengan Faris, papa. Ifa merayu pada papa..” Nazifa menangis teresak-esak. Dia duduk di atas permaidani berhampiran bapanya lalu memaut kaki lelaki tua itu. Seluar Dato’ Adham dibasahi airmata Nazifa.

“Papa tak akan benarkan Ifa kahwin dengan lelaki tu! Muktamad! Ifa kena capai cita-cita Ifa..suatu hari nanti Ifa bakal ambil-alih syarikat papa..papa nakkan Ifa ada pengalaman bekerja! Kalau Ifa nak kahwin suatu hari nanti pun, papa nak kahwinkan Ifa dengan Saiful!” tegas Dato’ Adham. Dia tidak mahu memandang Nazifa yang sedang menangis. Risau hatinya akan menjadi lembut.

“Papa! Tolong jangan kaitkan Saiful dalam perkara ni! Ifa dah tak ada apa-apa lagi dengan dia. Papa, please..Ifa kena kahwin dengan Faris..” tangis Nazifa.

“Ifa tinggalkan Saiful sebab lelaki tu ke? Apa yang hebatnya dia? Apa kurangnya Saiful tu? Dulu Ifa juga kata yang Ifa terlalu sayang dan cinta pada Saiful. Tapi kenapa tiba-tiba sahaja Ifa sebut nak kahwin dengan lelaki lain pula? Ifa dah hilang akal?!”

“Papa! Jodoh kami dah tiada. Tolong jangan paksa Ifa. Ifa tak sanggup lagi nak menanggung semua bebanan ni..just bagi Ifa kahwin dengan Faris!” rayu Nazifa sepenuh hati. Sesekali dia menyandarkan kepalanya ke kaki Dato’ Adham. Dia menangis di situ semahu-mahunya.

“Kalau Ifa nak sangat kahwin dengan dia, papa haramkan Ifa jejak kaki lagi kat rumah ni!! Ifa boleh berambus dengan lelaki tu! Jangan balik ke sini lagi!” bentak Dato’ Adham. Nazifa tergamam, begitu juga Datin Hazwani yang turut tergamam mendengar bait perkataan suaminya. Nasib baiklah Nazira tiada di rumah ketika itu.

“Astaghfirullahal’azimm, bang! Mengucap, bang..kenapa cakap begitu pada anak kita?” Datin Hazwani mula mencelah. Dia mengusap-usap belakang suaminya sambil beristighfar panjang. Matanya mula digenangi air.

“Wani diam! Abang tengah bercakap dengan Ifa!” muka Dato’ Adham merah menyala. Gerun juga Datin Hazwani melihatnya. Dato’ Adham bukannya apa, dia cuma ingin mengugut Nazifa supaya anak gadisnya itu membatalkan niat untuk mengahwini Faris. Dia tahu, Nazifa tentu mendengar katanya kali ini. Bukanlah terlintas langsung dihatinya ketika menyebut perkataan seperti tadi pada Nazifa.

“Papa, jika itu yang papa nak. Ifa turuti..Ifa akan pergi selepas Ifa sudah selamat diijab kabulkan..papa, Ifa minta maaf jika selama ni Ifa banyak buat kesalahan pada papa. Ampunkan Ifa dan halalkan makan minum Ifa selama ni..mama..Ifa mintak ampun dan maaf..” ujar Nazifa lemah. Airmatanya masih menitis satu-persatu. Wajahnya kuyup dengan airmata.

Dato’ Adham terkedu dengan pernyataan Nazifa itu. Kelu lidahnya untuk berbicara. Tidak terduga olehnya yang Nazifa sanggup berkata begitu.

“Astaghfirullahal’azimm..bang! Tarik balik kata-kata abang tadi! Ifa, mama tak mahu Ifa pergi..mama sayangkan Ifa! Nanti mama nak borak dengan siapa? Ifa anak mama yang baik..mama tak nak Ifa jauh dari mama..dah cukuplah mama terseksa sebab Ifa duduk di hostel dulu..sekarang Ifa dah balik. Lepas tu, Ifa nak tinggalkan mama lagi? Mama tak boleh hidup tanpa anak-anak mama..” kali ini giliran Datin Hazwani pula yang mengalirkan airmata. Dia terus memeluk Nazifa kemas-kemas. Kedua beranak itu menangis teresak-esak.

“Mama, halalkan makan minum Ifa. Halalkan air susu yang mama berikan pada Ifa semasa Ifa kecil. Ifa pun sayangkan mama dan papa. Terlalu sayang. Tapi Ifa terpaksa ikut Faris, mama..andai itu yang papa mahukan, Ifa akan pergi dari sini..ampunkan dosa-dosa Ifa pada mama dan papa..” Nazifa terus menangis.

Dia mencium tangan mamanya apabila wanita itu melonggarkan pelukan. Nazifa memandang pula bapanya dengan wajah yang sembab. Dato’ Adham masih terdiam tanpa apa-apa reaksi. Kaku sahaja di hadapan anak dan isterinya.

“Papa..Ifa minta ampun dan maaf..” Nazifa bangun. Dia ingin mencapai tangan bapanya namun Dato’ Adham segera melarikan tangannya dengan spontan. Entah apalah yang membuatkan dia jadi begitu. Sanggup dia berbuat begitu pada anak gadisnya sendiri. Egonya begitu kuat. Tidak mahu goyah walau selaut airmata yang Nazifa sedang tangisi sekarang.

“Ifa tidak mahu menjadi anak yang derhaka. Ifa tidak mintak semuanya berakhir begini. Ifa harap papa maafkan Ifa..Ifa minta restu papa..doakan Ifa bahagia..” kata Nazifa dengan suara yang bergetar. Badannya terhenjut-henjut kerana menangis.

“Ifa! Mama tak sanggup lepaskan Ifa pergi..Ifa, sayang mama..anak mama yang tersayang..mama tak nak Ifa jauh dari mama. Tolonglah jangan dengar kata papa Ifa tu..dia tak bermaksud pun nak kata macam tu, nak! Mama sayangkan Ifa!” begitu juga pujuk rayu yang diucapkan oleh Datin Hazwani berkali-kali supaya hati Nazifa cair.

“Mama, papa..Ifa naik atas dulu. Bila Ifa dah selamat bergelar isteri Faris nanti, Ifa akan pergi dari rumah ini..maafkan Ifa dari hujung rambut ke hujung kaki..” getus Nazifa dalam tangisan yang berlagu. Dia berlalu naik ke biliknya selepas itu dengan perasaan yang berbaur. Kecewa dan patah hati bergabung menjadi satu.

Sayu mencengkam jiwa Dato' Adham ketika melihat tubuh anak gadisnya yang kian hilang dari pandangan. Tidak disangkanya, anaknya itu mengambil serius kata-katanya. Dan yang paling tidak terduga oleh benaknya, Nazifa sanggup mengutamakan lelaki itu lebih dari keluarganya sendiri. Sudahnya, Dato' Adham merasa kecewa dan pilu sendirian..
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 8/17/2009 01:45:00 PM

16 comments:

  1. AnonymousMonday, August 17, 2009 at 2:26:00 PM GMT+8

    ish ish..hampir aku nangis lar..
    kecian ifa kan

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. keSENGALan teserlah..Monday, August 17, 2009 at 5:48:00 PM GMT+8

    alahai...
    sedihnye sis..
    huhu..faris,,ko xsian ke kat ifa..
    ngeeeee..snggop tgglkn fmly sbb ugutan ko tuh..
    hope ble ifa da kawen ngn faris,,faris berubah n sedar ttg kesakitan ifa n try to make things right again..
    huhuh..

    cite nieh hero dye amat berlainan..gile ego,,gile obses,,gile keras pale..
    huhu..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. salMonday, August 17, 2009 at 6:34:00 PM GMT+8

    kcianya...Mst ssh faris utuk menakluk hati ifa setelah kjdian ni...
    Kdng2 cinta itu boleh membutakan mata mnusia...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. Hafia HanaTuesday, August 18, 2009 at 10:59:00 AM GMT+8

    adoi...

    parah ni!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. yunixx77Tuesday, August 18, 2009 at 12:02:00 PM GMT+8

    sadisnyaaaa
    waaaaaaaaaaaaaaaaaa
    n3 kali ni memang membuatkan daku teresak2

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. ummi_adeeleaTuesday, August 18, 2009 at 12:40:00 PM GMT+8

    uwa uwa uwa....nape jd cmnie???
    uwa xnak...sian kt ifa...apsal la faris ni kejam sgt...
    nnti lps kawen jgn lak dye sia2kan idup ifa..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. MisS_SyaWednesday, August 19, 2009 at 5:36:00 PM GMT+8

    kejam kejam kejammmmmmm..
    huwaaaa dah nangis sya bace n3 kali ni..
    kesian giler kat nazifa uhh..
    eiii faris ni kalau la lepas kawen buat ifa bukan2 lagi..taktau laaa..aku nak sekeh kepala si faris uh kalo dia ada kat depan aku niii..
    tahniah sis, sebab bejaya buat sya nangis,senyum & gelak sorang2 bila baca novel2 sis..rasa kat hati uhhh.....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. saitoThursday, August 20, 2009 at 9:54:00 PM GMT+8

    bapak kesian kt ifa tu..
    giler la c faris sengal tu..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. AnonymousSunday, August 23, 2009 at 10:38:00 AM GMT+8

    suke sgt cite ni...
    antara 3 e-novel kat blog ni paling suke cite ni...menyentuh hati ,..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. AnonymousTuesday, August 25, 2009 at 8:32:00 AM GMT+8

    ala mana n3 baru ni hehehe...
    suke sgt baca cite ni...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. ZakiahAyopSunday, August 30, 2009 at 11:59:00 PM GMT+8

    kira faris ni hero citer nih yek? psiko beb.. tapi best la jalan citer nih

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. AnonymousSaturday, September 5, 2009 at 3:27:00 PM GMT+8

    sian ye kat ifa...menderita hidup di buat si faris.bestlah cita nie sambunglah n3 lg.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. AnonymousSaturday, September 5, 2009 at 4:01:00 PM GMT+8

    akak bl nk smbng citer nie...xsbr nk bc smbngannya....heheeh

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. salmahWednesday, September 9, 2009 at 1:35:00 PM GMT+8

    bila nk smbung?xsbar nk tau smbungannya..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. AnonymousThursday, September 17, 2009 at 2:46:00 PM GMT+8

    best2...
    kesian ifa...tah pape tul si faris tu...hati konkrit habis...

    nak lagi...nak lagi......

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. mizz_BZbodyThursday, April 21, 2011 at 11:45:00 PM GMT+8

    sedey nyer N3 nie .... nak nangis rasa huhuhu menyentuh perasaan betulllll saya harap kalau faris kawen ngan ifa dia jagalah ifa erk baik baik :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu