“LOVE..Love..abangg..” terdengar panggilan tersebut dari bibir Virus yang sedang lesu di atas katil. Tangan Virus terkapai-kapai ke arah Shuji ingin meminta tolong dan dalam masa yang sama tangannya bergerak-gerak ingin menolak tubuh Khairul yang masih menindih tubuhnya. Seketika kemudian, mata Virus terus terpejam dan tubuhnya longlai tidak bergerak lagi.
Mata Shuji terbeliak melihat keadaan isterinya itu. Sepantas kilat, pandangannya beralih pula ke arah Khairul yang telah bersedia untuk melarikan diri. Namun tidak semudah itu untuk Shuji melepaskan lelaki keparat itu! Shuji melangkah pantas lalu meragut kolar baju Khairul. Dia menolak lelaki itu ke dinding bilik dengan kasar.
“Kau cuba nak buat apa kat isteri aku, ha?!” teriak Shuji dengan penuh rasa amarah dan sakit hati. Khairul kelihatan sedang terdiam seribu bahasa sambil cuba melepaskan diri.
“Kau diamlah! Aku nak buat apa pun, ikut suka hati akulah!” bentak Khairul keras sambil meronta-ronta. Di luar sahaja dia tampak berani. Padahal didalam hatinya, dia begitu takut sekali jika Shuji menyumbatnya ke dalam penjara sepertimana Virus dahulu. Oleh kerana itulah, dia cuba untuk melarikan diri tadi. Namun Shuji pula terlebih dahulu menangkapnya.
“Kau jangan ingat nak lepaskan diri dengan begitu mudah!” Shuji menghayunkan sebuah penumbuk tepat mengenai muka Khairul. Lelaki itu terpelanting dan tertiarap di atas lantai.
Shuji menuju ke arah Khairul lalu menarik kasar tubuh lelaki itu dan sekali lagi menghadiahkan penumbuk ke muka Khairul membuatkan wajah Khairul pecah berdarah. Nafas Khairul tertahan-tahan kerana kesakitan serta kegeraman lalu dia pula yang mengepal penumbuk dan menumbuk wajah Shuji. Kedua-duanya saling bertumbuk dan berterajang, masing-masing tidak mahu mengalah.
“Kau bodoh!” tempik Khairul nyaring. Shuji terus menghadiahkan lagi penumbuk sebaik sahaja Khairul selesai berkata-kata. Tiba-tiba lelaki itu ketawa kuat. Bagai orang yang hilang akal.
“Kau diam! Apa tujuan kau datang lagi ke sini? Kau tak habis-habis nak kacau hidup Ida ke?” Shuji melampiaskan amarahnya yang menggunung. Khairul terdiam.
Shuji tidak sanggup memikirkan keadaan Virus jika dia tidak sempat sampai tadi. Mujurlah dia mengambil keputusan untuk berlari pulang dengan menggunakan jalan pintas memandangkan jarak dari rumahnya ketika itu hanya 3 kilometer sahaja. Jika dia menunggu sehingga kesesakan jalan raya tamat, alamatnya Virus sekarang sudah tentu telah dirogol oleh lelaki tak guna itu! Biarlah jika dia disaman kerana tinggalkan kereta di tengah-tengah kesibukan jalanraya, asalkan Virus selamat.
Shuji menarik nafas dalam-dalam lalu mencekak kolar baju Khairul. Matanya merenung tajam Khairul yang kelihatan sudah sedikit lemah. Lelaki itu sempat tersenyum sinis.
“Kau ingat kau tu lelaki pertama dalam hidup dia ke? Macam bagus sangat! Tahniahlah kau boleh sampai cepat. Nak selamatkan dia lah konon?!” Khairul ketawa kecil dengan sinis. Sebuah penumbuk lagi hinggap di muka lelaki itu. Shuji menarik nafas panjang lalu menumbuk lagi wajah Khairul bertalu-talu sehingga hatinya terasa puas. Lembik tubuh Khairul dibuatnya sekarang ini.
“Apa maksud kau cakap macam tu?! Aku bukan lelaki pertama?!” bentak Shuji keras. Dia memegang muka Khairul dengan pandangan penuh amarah. Khairul masih mampu mengukir senyuman sinis ketika sedang kesakitan begitu.
“Aku ni boyfriend dia masa sekolah dulu-dulu! Dia tak pernah beritahu kau, ke?” Khairul tergelak kecil apabila melihat mata Shuji yang terbuntang. Jelas sekali dia berbohong. Shuji menggetap gigi kegeraman. Boyfriend?
“Kami dah pernah buat yang ‘ringan-ringan’ dulu..takkanlah aku nak sentuh dia secara official pun tak boleh sekarang ni? Lagipun, dia tu bukan la perempuan baik pun..sebab dia bagi aje apa yang aku nak dulu-dulu!” bohong Khairul lagi, sengaja mahu memanaskan hati Shuji. Dia ingat Shuji masih belum mengetahui apa-apa tentang kisah silam Virus.
“Kau penipu! Kalaulah dia bagi aje apa yang kau nak, takkanlah dia nak sumbat kau dalam lokap dulu?! Ingat aku tak tahu yang kau pernah cuba rogol dia dulu-dulu?! Kau perogol! Sampai sekarang pun kau masih tak serik?!” mata Shuji merah menyala ketika mengucapkan kata-kata itu. Khairul kelihatan tersentak dan terdiam. Sesekali dia menelan liur.
“Kau tahu apa?! Kau tahu ke yang dia bohong atau cakap betul? Tepilah kau! Jangan ganggu urusan aku! Dia dah hancurkan hidup aku dahulu..kau ingat aku nak lepaskan dia begitu aje?” Khairul tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau yang terselit di pinggangnya. Dia teringatkan pisau yang dibawa sejak keluar dari rumahnya tadi. Dia mengacukan pisau tersebut pada Shuji.
Shuji mengundur ke belakang. Di dalam kepala otaknya, dia ligat memikirkan cara untuk menangani segala kemungkinan yang tidak baik. Bagaimana caranya untuk dia mengawal Khairul? Bukanlah dia takut atau apa, cuma dia tidak mahu jika dirinya diapa-apakan kerana bimbangkan Virus yang sedang pengsan.
“Apa lagi? Datanglah dekat aku! Tumbuk lagi muka aku ni..” Khairul ketawa besar apabila melihatkan Shuji yang mengundur ke belakang. Sambil itu, dia mengacu-acukan pisau yang dipegangnya.
“Kau nak apa? Kalau kau nak duit, aku boleh bagi..” kata Shuji, cuba bertenang.
“Aku tak nak duit! Aku cuma nakkan bini kau tu merana! Itu aje..” Khairul ketawa lagi. Dia seronok melihat ketakutan Shuji. Kalaulah dari tadi dia keluarkan pisau itu.
“Datanglah sini! Kau takut ke?!” cabar Khairul dengan wajah penuh girang. Bagai orang gila lagaknya dengan mata yang terjegil-jegil. Wajah Shuji mula dibasahi peluh dingin. Sesekali matanya mencuri pandang ke arah Virus yang masih tidak sedarkan diri. Risau benar dia sekiranya terjadi apa-apa pada isterinya itu.
“BANG! Mah risaulah..tak tau la kenapa hati Mah ni rasa tak sedap aje, bang! Dari tadi Adli belum call, buatkan Mah risau..agaknya Ida okey ke tak?” Datin Rosmah menyuarakan rasa hatinya pada Dato’ Sharif yang sedang memandu kereta. Tadi mereka berjumpa dan mengambil keputusan untuk menaiki kereta yang sama supaya memudahkan perjalanan.
“Awak ni Mah..fikir bukan-bukan pulak! Dahlah..jangan fikir sangat..kita kan dah dekat nak sampai ni..awak sabarlah sikit! Abang yakin tak ada apa-apalah pada dia orang tu!”
“Tapi bang..”
“Tak ada tapi-tapi! Abang yakin Adli mesti dah sampai rumah waktu ni..”
“Tapi kalau dia dah sampai, dia patutnya dah call!” Datin Rosmah masih mahu menyuarakan rasa tidak sedap hatinya yang masih berbaki. Dato’ Sharif mengeluh kecil mengenangkan keletah isterinya itu.
“Dah nak belok masuk ke rumah kita dah ni, Mah..awak tengoklah nanti, tentu Adli dan Ida tengah tunggu kita balik..” Dato’ Sharif bersuara lagi walaupun hatinya sendiri berasa risau yang teramat sangat.
“Saya call polislah, bang..” Datin Rosmah mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya. Dato’ Sharif tiba-tiba menghalang tindakan isterinya membuatkan wanita itu terkebil-kebil.
“Kenapa ni, bang?”
“Abang dah call kawan abang tadi..dia ketua inspektor kat kawasan berdekatan perumahan kita ni..jangan risaulah, Mah..Adli dan Ida tentu selamat!” Dato’ Sharif menerangkan pada Datin Rosmah membuatkan wanita itu menarik nafas lega. Namun, didalam hati mereka tetap dilanda kebimbangan.
“Abang..saya harap mereka selamat! Saya betul-betul risau jika apa-apa berlaku. Siapalah yang berani mempermain-mainkan kita tadi tu, ya? Ada siapa-siapa yang berdendam dengan keluarga kita ke, bang? Sampainya hati orang tu..” omel Datin Rosmah dengan wajah risaunya.
“Dahlah, Mah..kita doakan supaya tiada apa-apa yang berlaku pada dia orang..” Dato’ Sharif membelok memasuki laluan ke rumahnya yang sudah berada tidak jauh lagi dari tempat dia sedang memandu sekarang.
KHAIRUL mendekati Shuji dengan perlahan-lahan. Ketawanya masih berderai. Shuji sudah tersandar ke dinding kali ini. Dalam kepala otaknya, dia sudah berfikir yang bukan-bukan. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini..janganlah dia memperapa-apakan aku dan isteriku..
“Ambik kau! Rasakan perasaan bila terkena pisau aku ni!” Khairul berkata seraya meluru ke arah Shuji yang tubuhnya sudah melekap ke dinding bilik berkenaan. Shuji memegang tangan Khairul, cuba untuk menghalang pisau tersebut dari terhunus ke perutnya. Lama juga mereka bergelut dengan pisau tersebut. Lalu..
“Celaka kau! Persetan dengan jantan macam kau!” tempik suara seorang lelaki yang tiba-tiba datang dari arah belakang Khairul.
Ikmal menolak tubuh Khairul jauh dari Shuji. Pisau yang berada di genggaman Khairul terlepas jatuh ke atas lantai. Nafas Ikmal naik turun kerana cemas apabila ternampak Shuji yang hampir ditikam dengan pisau.
“Ikmal!” teriak Shuji beserta sebuah senyuman kecil. Dia amat berterima kasih pada Ikmal yang telah menyelamatkan nyawanya.
“Macam mana kau boleh sampai dulu dari aku ni?! Penat tau aku berlari berkejar ke sini!” ujar Ikmal separuh bergurau. Nafasnya masih naik turun mengikuti gelora kecemasan didalam hatinya sebentar tadi. Matanya memanah tepat tubuh Khairul yang terkulat-kulat diatas lantai. Memerhatikan lelaki gila itu jika dia ingin bertindak apa-apa.
“Aku tahu kau memang selalu lambat! Selalu ada appointment dengan kau pun, kau datang lambat!” Shuji tergelak kecil. Seronok pula dia mengenakan Ikmal walaupun dikala sedang dalam keadaan cemas seperti ini. Ikmal mencebik bibir. Kali ini pandangan matanya menyorot wajah Shuji yang sedang tersenyum kecil.
Khairul mencapai pisau yang berada tidak jauh darinya. Dia nampak peluang terdampar di depan mata apabila kedua sahabat itu kelihatan sedang leka bercakap-cakap kosong. Bodoh betul mereka tu! Ada ke pulak bersembang time-time macam ni? Kata Khairul dalam hatinya bersama senyum sinis. Dengan perlahan dia bangun..
“Bodohlah kau orang ni!! Nak bersembang pun, carilah time lain! Moron!” Khairul berteriak kuat sambil berlari ke arah Ikmal dan Shuji. Mereka berdua tersentak dan mengelak dari pisau yang terhunus, hampir-hampir mengenai perut Ikmal.
“Fuh!! Kus semangat! Sial la kau ni! Berani betul buat aku terkejut..bagilah salam dulu, bongok!” rungut Ikmal dengan kuat sambil menyepak kuat bahagian hadapan betis Khairul apabila mendapat peluang. Terjerit-jerit Khairul kerana sakit di kakinya. Hampir terlepas pisau ditangannya namun dia cepat-cepat menggenggam erat pisau itu.
“Kaulah sial! Bodohhhhh..damn you!” Khairul meluru lagi dengan pisau yang terhunus ke arah Ikmal. Sakit benar hatinya terhadap lelaki itu.
Ikmal mengelak lagi dengan ketawa kecil. Alamak, terer lah pulak aku ni rupanya! Sempat lagi Ikmal memuji dirinya tanpa menyedari yang Khairul sudah mengacukan semula pisau ke arahnya.
“Woi, Ikmal! Jaga-jaga!” teriak Shuji spontan apabila melihatkan yang Khairul sudah hampir menikam sahabatnya itu. Ikmal tersentak lalu cuba mengelak lagi. Namun malang tidak berbau, dia terlambat untuk mengelak tikaman itu.
Pisau itu tertusuk tepat-tepat ke bahagian bahu Ikmal. Ikmal jatuh terjelepok ke atas lantai sambil memegang bahunya. Darah merah kelihatan mengalir laju membuak-buak dari kesan tikaman tersebut.
“Jangan bergerak! Letakkan pisau itu ke bawah! Kamu ditahan atas tuduhan memecah masuk rumah dan juga cubaan membunuh..pihak kami akan menyiasat lagi tuduhan-tuduhan lain ke atas kamu..” seorang anggota polis tiba-tiba meluru masuk ke bilik itu bersama pistol yang sudah tersedia diacukan ke arah Khairul. Khairul yang tercengang-cengang serta gelisah, terus menjatuhkan pisau dan mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda ingin menyerah diri.
“Ikmal! Ya, Allah..Ikmal! Please call ambulance! Please! And I need some help here..” jerit Shuji sambil memangku tubuh Ikmal. Sahabatnya itu tersenyum pahit.
“Aku okeylah, bodoh! Kau pergi tengokkan si Virus tu. Aku ni setakat cedera sikit aje ni..aku akan okey punyalah!” Ikmal sempat tergelak kecil melihat kerisauan Shuji terhadap dirinya.
“Kau betul-betul okey, ke? Aku pergi tengokkan Virus ni..?” Shuji serba-salah mahu meninggalkan Ikmal disitu.
“Aku okey..tu kan ada lagi orang berlambak nak tolong aku. Bukan kau sorang aje la, bongok!” mulut Ikmal memuncung ke sekeliling tempat itu. Shuji tersengih lalu mengangguk-angguk. Dia bangun lantas meluru ke arah Virus yang sedang dipangku oleh seorang anggota polis wanita.
“Cinta..sayang..bangun..” Shuji mengusap pipi Virus lembut. Dia meminta supaya anggota polis tadi meletakkan tubuh Virus ke pangkuannya. Airmata bergenang di kelopak mata Shuji apabila melihatkan keadaan isterinya yang begitu lemah. Dengan kesan cedera di kepala dan terdapat juga kesan lebam di muka Virus.
Rasa kesal bertandang di hatinya kerana terlalu mudah memasuki perangkap Khairul. Kalaulah dia tidak mudah termakan dengan kata-kata Khairul melalui telefon tadi, sudah tentu semuanya tidak akan berakhir begini. Ikmal juga tidak akan tercedera. Semuanya kerana aku! Aku yang bersalah! Aku yang sebabkan orang-orang yang aku sayangi tercedera..! Bentak Shuji dalam hatinya yang lara.
Pantas Shuji mencempung tubuh Virus untuk dibawa ke hospital dengan segera. Jika ditunggu ambulan datang, tentu lambat lagi. Dia tidak mahu memudaratkan isterinya jika terlambat sampai ke hospital.Mata Shuji terbeliak melihat keadaan isterinya itu. Sepantas kilat, pandangannya beralih pula ke arah Khairul yang telah bersedia untuk melarikan diri. Namun tidak semudah itu untuk Shuji melepaskan lelaki keparat itu! Shuji melangkah pantas lalu meragut kolar baju Khairul. Dia menolak lelaki itu ke dinding bilik dengan kasar.

p/s : sorry sebab lambat post n3 baru..hihi bulan puase ni laa nak busy kat hotel..adoi geram tul huhu hope u all puas hati dengan n3 tak seberapa ni.. ^^ :)
ikmal ni dtg time cemas2 bolh pulak buat lawak..hahahaha nasiiib tadek pape..anyway..thumbs up utk sis sbb dlm busy leh buat n3 jugak..best mcm biasa..dh lma aku tuggu n3 vvs niii ('_')V
ReplyDeleteuuuuuuuuu..
ReplyDeleteikmal n shuji nieh mmg la..
time cemas2 cmnieh,ley lak bual2 smbl berlawak..
hahha...
padan mke ko khairul..
dush2..
amek nieh..geram aku..
hope ikmal tak pape..
heh dah lama tggu n3 VVS neh.....
ReplyDeletesya dah taktau nk komen apa dah...sbab best cam biasa...wink3~ :) lawak jer ikmal & shujing niehhh..hahahaha rindu la sis dgn panggilan shujing uhh...ahaha :P
baguh la sume dh slmt!!
ReplyDeleteeiii..mmg dh lma gram kt c khairul tuuu..
hahaha sis EBCB takder ker??
lama nyer tgu akak..
ReplyDeletehehehe...
tapi cerita nyer mmg berdebar2...
huuhuh..
nk lg...
FUH.....lastly dpt juga bace vvs ni..rindu gle nk bace vvs ni...
ReplyDeletebtw u still busy kew?
miss la nk ym ngan u =[
tp xpelah orng keje mcm u mmg bz...
btw sajew nk wish congrats kat u..sbb follower u dh makin ramai ^^
woot~~ zazz dh jd feymous nih...hehe..jgn lupe kat i lak t..
p/s - nk wish slmt b'pose ^^.V
best2
ReplyDeletesiyes bez!!
ReplyDeletebile nk smbg?xsbr nk tau ending (^^)v
syukur alhamdulillah Virus selamat
ReplyDeletetak guna punya Khairul
eeeiii...sib baik puasa
kalu tak....dot2 laa ko khairul
huh!
marah nih. hihi
nice!!!!
ReplyDeletetq tuk semua yg sudi komen...
ReplyDeletedan tuk semua silent reader yg sudi baca novel sis yg xseberapa ni..terime kaseh ek? ^^
sis harap korang puas hati..hmm n3 berikutnya maybe lepas raya..tgk dulu keadaan ^^ i love u all, my dear readers~ :)
woooottt!!! debaran btol time khairul nk tikam2 tue..
ReplyDeletewiuuuuu....lm btl tgu vvs nie..akhirnya ada gk..thnks sbb update...besh3 ;)
ReplyDeletepergh..mau leh gelak beguling2 kalo Jackie Chan bace org dok tgh belawan leh borak2 guraw2!
ReplyDeletehahaha..harap shuji tak termkn kata2 sampah khairul pasal yg dia tpu tu and virus and ikhmal selamat!!
very interesting story.....tahniah.....
ReplyDeletebest citer nih..
ReplyDeletetpi bla akhirnya ??