“APA??! Betul ke? Ya Allah! Tahniahlah, Ifa..” teriak Sasha apabila Nazifa memberitahu yang dia bakal berkahwin. Sasha memeluk erat Nazifa sebagai mengucapkan tahniah dan kesyukuran. Nazifa hanya membungkam seribu bahasa.
“Kenapa ni, Ifa? Macam tak ada mood aje ni? Saiful buat kau marah, ya?” soal Sasha dengan pandangan nakal. Nazifa mengeluh kecil. Hatinya sebak apabila mendengar nama Saiful. Tentu Sasha fikir yang Saiful adalah pilihan hatinya kerana gadis itu nampak begitu gembira mendengar berita perkahwinannya.
“Nantilah aku ajar si Saiful tu..berani betul dia buat kawan aku macam ni!” Sasha cuba berseloroh dengan berlagak gaya ingin menyerang musuh. Nazifa masih diam. Kaku tidak bergerak-gerak.
“Bila fikir-fikir balik, awalnya kau orang buat keputusan nak kahwin? Si Saiful tu betul-betul serius nampaknya. Ye laa..kau kan cantik. Ramai lelaki yang sukakan kau. Mesti dia nak kahwin dengan kau cepat-cepat punya!” getus Sasha lagi membuatkan Nazifa semakin gelisah.
“Boleh tak jangan sebut pasal Saiful lagi?” Nazifa tiba-tiba mencelah. Dia tunduk memandang lantai rumah sahabat baiknya itu. Kakinya menguis-nguis permukaan permaidani yang terbentang luas, hampir meliputi keseluruhan ruang tamu tersebut.
“Merajuk sakan la tu! Tak lama punya..mesti si Saiful tu pujuk kau nanti. Aku gerenti punyalah!” Sasha cuba memujuk hati Nazifa. Dia menganggap yang Nazifa dan Saiful hanya bergaduh. Seperti kali-kali yang lepas juga, tentu Saiful akan memujuk Nazifa nanti.
“Aku dah putus dengan Saiful..so, jangan sebut lagi pasal dia..” ujar Nazifa dengan begitu payah sekali. Untuk menutup bicara tentang lelaki itu. Lelaki yang amat dicintai olehnya.
Mendengar nama Saiful sahaja sudah cukup untuk mendera batinnya. Betapa dia menyayangi lelaki bernama Saiful itu! Namun, sudah tertulis yang nasibku berubah begini. Ya Allah, aku memohon dari-Mu kekuatan untukku teruskan kehidupanku selepas ini bersama Faris.
“What?! Serius ke ni?” Sasha ternganga seketika. Nazifa angguk perlahan membuatkan mata Sasha terbuka luas.
“Kau betul-betul dah putus dengan Saiful? Tapi kenapa, Ifa?” soal Sasha dengan seribu tanda tanya. Nazifa diam, memikirkan ayat yang sesuai untuk menjelaskan pada sahabatnya itu. Jelas sekali Sasha begitu terkejut dengan berita itu.
“And..dengan siapa pula kau nak kahwin kalau betul kau dah putus dengan Saiful?! Aku betul-betul tak faham! Kenapa dengan kau ni, Ifa? Saiful tu lelaki yang baik. Aku sendiri rasa dia sesuai dengan kau..kenapa kau buat macam ni?” Sasha memegang bahu Nazifa.
Dia memandang wajah sahabatnya itu yang jelas sekali menampakkan suram. Nazifa telan air liur, tidak tahu sama ada patut atau tidak dia menyebut nama Faris. Entah apalah lagi reaksi Sasha apabila mendengar nama lelaki itu.
“Aku..” ujar Nazifa lemah. Dia tidak mampu untuk menghabiskan ayat.
“Kenapa kau ni, Ifa? Haa?” Sasha menggoncangkan bahu Nazifa lembut, ingin sekali dia mengetahui sebab mengapa Nazifa bertindak memutuskan hubungan dengan Saiful walhal dia tahu, Nazifa memang betul-betul cintakan lelaki itu.
Dia sudah lama kenal Nazifa. Gadis itu bukanlah seorang yang suka main-mainkan perasaan orang. Nazifa terlalu baik pada semua orang, mana mungkin gadis itu tega mematahkan hati lelaki tercintanya?
“Jodoh aku dengan Saiful dah tak ada..aku akan kahwin dengan Faris..” jelas Nazifa lemah. Airmatanya bergenang, namun ditahan supaya tidak mengalir ke pipi.
Sasha terdiam sebaik sahaja mendengar kata-kata Nazifa. Faris? Bukankah Nazifa membenci lelaki itu? Tetapi mengapa tiba-tiba sahaja Nazifa beritahu yang dia bakal kahwini lelaki dayus itu? Tentu ada sesuatu yang tidak kena! Nazifa tidak akan buat begini jika tiada sebab! Desis hati Sasha dengan dahi yang berkerut-kerut. Dia masih tidak percaya dengan pernyataan sahabat baiknya itu.
“Aku betul-betul tak faham..kenapa kau..”
“Aku akan kahwin dengan Faris juga walau apapun yang kau cakap..aku serius..aku cintakan dia..” Nazifa mencelah sebelum sempat Sasha menghabiskan kata.
Dia tahu, Sasha akan cuba membangkang seboleh yang mungkin. Dan dia tidak mahu hubungannya dengan Sasha menjadi renggang atas sebab ini, sebagaimana hubungannya dengan keluarga yang mungkin akan terus terputus sebaik sahaja dia mengikat tali pernikahan dengan Faris.
“Ifa, kau..” Sasha ingin mencuba lagi tetapi kata-katanya terhenti sebaik sahaja ternampak Nazifa yang tiba-tiba bangun. Kepalanya didongakkan dan pandangan matanya dibiarkan terdampar ke seraut wajah Nazifa yang murung.
“Aku ada sebab aku tersendiri kenapa aku nak kahwin dengan Faris. Aku rasa aku cintakan dia, aku nak hidup dalam kemewahan sampai bila-bila..” laju Nazifa berkata-kata membuatkan Sasha terdiam seketika.
“Tapi, family kau kan dah kaya? Buat apa lagi kau nak kejar harta jantan tu? Aku betul-betul tak faham dengan kau ni Ifa!”
“Cuba kau fikir..kalau aku kahwin dengan Saiful, mesti aku terpaksa ikut dia..aku tak mahu hidup susah..aku dah biasa hidup dalam kemewahan! Aku tak sanggup hidup dalam kesusahan bersama Saiful..” payah sekali perkataan itu mahu terkeluar dari bibir Nazifa.
Mulutnya sahaja yang berkata begitu, namun hatinya begitu hebat sekali menidakkan. Mana mungkin dia sanggup berkata begitu terhadap Saiful? Dia pun tidak tahu mengapa dia sanggup mengeluarkan juga kata-kata tersebut. Mungkin untuk menghentikan gasakan terus-menerus dari Sasha.
“Ifa! Kau sampai hati kata begitu pada Saiful? Aku tahu, kau tentu ada sebab tersendiri kenapa kau buat macam ni..tapi kau tak boleh kata Saiful sampai macam tu sekali! Ya, memang dia dari keluarga orang susah, tapi kau tak boleh cakap macam dia tu terlalu low class untuk kau! Walaupun dia hidup susah, dia tak pernah mengemis harta siapa-siapa pun, kan?
Dia lelaki yang baik walaupun dia tak kaya! Hati dia kaya dengan kasih-sayang. Lagipun, buat apa ada harta pun kalau hati tu busuk?!” Sasha cuba mempertahankan Saiful.
Nazifa menunduk. Hatinya begitu tergores dengan kata-kata Sasha dan juga kata-katanya sendiri tadi. Ya, dia tidak patut dan tidak perlu untuk berkata begitu pada Saiful walaupun niatnya hanya untuk menutup bicara dengan Sasha.
“Aku minta maaf, Sha..walau apapun yang berlaku, aku tetap akan kahwini Faris..aku harap kau dapat hadir ke majlis perkahwinan aku lusa..ni kad undangannya..” Nazifa meletakkan sekeping kad di atas meja kopi berhadapannya.
Kakinya dihayun laju ke pintu keluar rumah Sasha. Hatinya begitu sebak berbaur sayu. Nazifa pasrah. Esok dia akan bergelar isteri kepada Faris setelah majlis akad nikah dijalankan di masjid berdekatan. Maka bermulalah neraka dalam kehidupannya…
*************************************************************************************
FARIS masih bersandar di sofa dalam bilik ketika Nazifa berjalan melepasinya. Gadis itu seperti sengaja berpura-pura tidak nampak dia disitu. Wajah Nazifa juga pucat dan murung, jelas sekali bahawa gadis itu tidak gembira. Faris masih merenung tajam kelakuan Nazifa yang langsung tidak melayannya.
Kini Nazifa sudah sah menjadi isterinya. Gadis itu telah berjaya dimiliki olehnya. Biarlah walaupun cara dia mendapatkan Nazifa adalah melalui cara yang kotor, asalkan hatinya berasa puas.
Majlis perkahwinan yang berlangsung sebentar tadi begitu menyeksa jiwa Faris. Nazifa bagaikan mayat hidup yang sedang bergerak. Langsung tiada riak keceriaan pada raut suram gadis itu sehinggakan menimbulkan tanda tanya pada setiap hadirin yang hadir. Namun Faris hanya mampu bersabar.
Kini, hanya mereka berdua yang tinggal di banglo mewah milik keluarga Faris. Ibu Faris sudah keluar entah kemana bersama saudara-mara mereka. Mungkin juga ibunya itu sengaja ingin memberi peluang untuk Faris dan Nazifa berdua-duaan.
“What’s wrong, sayang? Are you okay?” soal Faris lembut walaupun dia tahu yang punca Nazifa jadi begitu adalah kerana dia juga. Nazifa menoleh pantas lalu mengukir senyum sinis. Matanya penuh dendam dan sakit hati.
“Kau tanya aku okey atau tak?Betul-betul ke ni, kau tanya aku macam tu? Maklumlah kau tu hanya tau cara nak puaskan hati kau aje dan bukan sifat kau kalau kau tu nak pedulikan perasaan orang lain..” sindir Nazifa, masih lagi bersama senyum sinis. Nazifa berdiri jauh dari Faris, betul-betul berhadapan dengan tingkap bilik berkenaan.
Tiba-tiba Faris mendengus kuat. Dia berasa tidak puas hati dengan kata-kata pedih Nazifa itu. Memang gadis itu tidak langsung ingin memahami perasaannya yang hanya ingin hidup bersama orang dicintainya. Walaupun dia tahu Nazifa tidak mencintainya, dia yakin akan dapat memiliki hati gadis itu juga suatu hari nanti.
“Kenapa? Kau sakit hati? Kau nak pukul aku? Haa, pukul laa! Aku kan dah jadi milik kau? Tapi kau ingat betul-betul apa aku nak cakap ni..kau hanya boleh miliki tubuh aku, jasad aku ni. Tapi, hati serta jiwa raga aku takkan sekali-kali aku serahkan pada kau!” bentak Nazifa bersama ledakan tawa sinis. Begitu merobek-robek sanubari Faris ketika itu.
“Janganlah macam ni, sayang..mari sini..duduk sebelah abang..” Faris cuba mengukir senyuman manis. Berharap supaya hati Nazifa menjadi lembut. Tangannya menepuk-nepuk tempat duduk bersebelahan dengannya.
“Kau jangan nak berpura-pura baik! Dasar lelaki tak guna! Aku takkan tunduk pada kata-kata kau!” ujar Nazifa kasar. Dia pantas berjalan memasuki bilik air apabila terlihat mimik muka Faris yang mula berubah. Jelas sekali lelaki itu sedang menahan marah dan sakit hati. Nazifa tidak mahu Faris bertindak kasar pula terhadapnya.
Faris menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba bertenang. Berkali-kali dia mengurut dadanya menahan sabar. Dia tahu, Nazifa masih marahkan dia. Gadis itu memang perlukan masa untuk menerimanya. Tentu sehari dua lagi aku akan dapat lembutkan hati dia..fikir Faris didalam hati.
Sudah hampir 30 minit Nazifa berkurung didalam bilik air. Dari tadi dia hanya duduk termenung disebelah jakuzzi. Malas dia mahu keluar dari bilik air berkenaan kerana tidak suka melihat wajah suaminya. Faris tentu masih menunggunya diluar.
Nazifa hanya diam, kaku dan masih tidak berganjak dari tempat duduknya sejak tadi. Cuma telinganya sahaja yang cuba menangkap sebarang bunyi dari luar. Tiada sebarang bunyi yang kedengaran membuatkan Nazifa merasa tertanya-tanya sama ada Faris masih berada diluar atau tidak.
Perlahan-lahan Nazifa bangun menuju ke pintu bilik air. Dia melekapkan telinganya ke pintu bagi meneliti sebarang bunyi dari luar bilik air berkenaan. Masih sunyi. Sepi. Nazifa menarik nafas panjang. Tangannya meraba tombol pintu dengan perasaan teragak-agak. Bimbang sekiranya Faris masih menunggunya diluar.
Kini pintu bilik air berkenaan sudah terbuka sedikit. Nazifa terhendap-hendap dicelah bukaan pintu, meneliti keadaan di dalam bilik. Pandangannya dihalakan ke seluruh bilik tersebut. Ternyata yang Faris tiada disitu. Nazifa menarik nafas lega.
“Sayang? You buat apa tu?” satu suara lelaki menegur Nazifa dengan tiba-tiba. Hampir tercabut nyawa Nazifa kerana terkejut. Ketika itu Nazifa sudah keluar dari bilik air dengan perasaan senang hati. Tidak perasan pula yang bilik itu masih berpenghuni!
“Tolong jangan buat aku terkejut boleh tak?!” bebel Nazifa sambil mengurut dadanya yang berombak. Faris kelihatan tersenyum manis. Dia geli hati melihat gelagat Nazifa yang terkulat-kulat seperti cacing kepanasan.
“Sayang..abang tunggu sayang lama sangat tadi. Abang rasa sejuk, so abang pergi ambil baju sejuk abang dalam almari tadi..ingat nak sambung tunggu sayang, tengok-tengok sayang dah keluar pulak..” ujar Faris dengan selembut mungkin. Dia tersenyum lagi pada Nazifa walaupun gadis itu masih berwajah tidak puas hati padanya. Patutlah Nazifa tidak perasan, rupanya Faris berada disebalik almari pakaian!
“Aku tak suruh pun kau tunggu aku! Lagipun, kalau kau tunggu pun apa gunanya? Bukan aku nak sangat duduk dengan kau! Aku nak bilik berasingan..please, okay?!” Nazifa masih bersuara dengan kasar.
“Sayang..kenapa nak bilik asing-asing? Kita kan suami isteri?”
“Siapa isteri kau? Siapa sayang? Aku ke? Tolonglah jangan perasan and tolonglah jangan buat aku muntah, okey? Atas kertas aje aku ni isteri kau..jangan harap aku nak terima kau dalam hati aku, okey?! Clear?” tengking Nazifa sekuat hatinya. Entah sejak bilalah dia boleh menjadi seberani ini, dia pun tidak tahu. Wajah Faris dilihatnya berubah suram.
“Ifa..I tau you marahkan I..pleaselah jangan marah lagi..okey I mintak maaf..tolong maafkan I..I terlalu sayangkan you..sebab tu I terpaksa ugut you kahwin dengan I..I tak boleh hidup tanpa you, sayang..I love you..percayalah..” pujuk Faris dengan sepenuh hati.
“Kalau kau tu sayangkan aku, kau takkan buat aku macam ni! Kau pun tahu yang aku ni tak pernah cintakan kau!” naik turun dada Nazifa kerana terlalu geram pada Faris. Giginya diketap rapat-rapat.
“Sayang..maafkan abang..please..abang akan cuba jadi suami yang baik..” Faris menghampiri Nazifa, ingin memaut bahu isterinya. Namun dengan sepantas kilat Nazifa menepis tangan Faris yang hampir merayap ke bahunya.
“Jangan sentuh aku! Jantan gila! Kau takkan jadi suami yang baik sebab kau tu memang lelaki yang tak berguna! Sampah!” bentak Nazifa dengan sekuat hati. Faris tersentak dengan tindakan refleks Nazifa. Hatinya rasa tercabar dengan sikap dan kata-kata Nazifa. Benci sangatkah gadis itu padaku? Ini tidak boleh jadi! Aku kena buktikan yang aku tetap akan miliki hati dia walau sedikit demi sedikit.
“You jangan cabar I, Ifa!” wajah Faris sudah merah menyala ketika ini. Nazifa menelan liur sebaik sahaja melihat perubahan pada diri Faris. Lelaki itu kelihatan marah dengan nafas yang tertahan-tahan. Nazifa mengundur ke belakang perlahan-lahan.
“Kau nak buat apa? Kau nak pukul aku lagi? Atau kau nak rogol aku lagi?! Kau tu memang dasar lelaki yang pengecut!” kata Nazifa lagi. Kali ini airmatanya sudah mengalir.
“Ifa!! Jangan lupa yang I ni suami you! Apa hukumnya seorang isteri yang berani melawan cakap suaminya? Isteri yang bercakap kasar dengan suami? You tahu yang semua tu berdosa, kan?!” tempelak Faris. Serta-merta Nazifa tergelak kecil.
“Oh..kalau bercakap pasal dosa dan pahala, sekarang ni baru kau tahu pasal semua tu, ya? Itupun bila kau dah buntu dengan kerenah aku? So sekarang kau nak guna kuasa kau sebagai suami untuk ikat aku? Macam tu?! In your dreams!!” Nazifa menjegilkan biji matanya pada Faris. Lelaki itu kelihatan merenung tajam ke arahnya.
“Ifa!! Mind your words!” bentak Faris.
“Coward! Dayus!” jerit Nazifa sekuat hatinya.
Pangg!!! Sebuah penampar singgah di pipi Nazifa. Faris telah memukul Nazifa tanpa disedari. Mungkin kerana terlalu sakit hati. Sudah kali kedua dia sanggup menampar gadis itu. Pantas Faris melihat telapak tangannya yang baru sahaja menyinggah di pipi mulus isterinya. Gadis itu kelihatan terduduk dan terdiam. Seketika, tubuhnya kaku tidak bergerak.
“Ini aje yang kau boleh bagi pada aku, Faris..percayalah. Kau dah buktikannya pada kali ni jugak..kau tu hanya mampu buat begini pada aku..hmm..dan sebagai perempuan yang lemah, maybe I deserves it..thanks a lot..” suara Nazifa kedengaran tersekat-sekat. Mungkin menahan sebak yang bersarang didadanya. Nazifa cuba berlalu dari bilik berkenaan namun bahunya terasa disentuh kasar. Faris sudah kelihatan seperti orang yang hilang akal.
“You jangan ingat you sorang aje yang ada hati dan perasaan!” Faris merentap pula rambut Nazifa. Tangannya turun ke bahu gadis itu lalu dia menyentap pakaian Nazifa sehingga terkoyak menampakkan separuh tubuh gadis itu.
Nazifa cuba melawan namun apalah daya dia seorang perempuan yang lemah. Faris berkelakuan rakus, bagaikan harimau yang ingin memakan mangsanya. Nazifa memejamkan matanya setelah yakin yang dia tidak mampu untuk melawan lagi. Airmatanya sudah banyak keluar dari tubir mata.
“Rogollah aku! Rogol!! Memang kau dasar perogol!!” teriak Nazifa tanpa melawan lagi. Biarlah apapun yang lelaki itu ingin buat padanya, dia sudah tidak peduli lagi. Hatinya membengkak keseorangan.
Faris tiba-tiba tersentak dengan teriakan isterinya itu. Kenapa aku perlu memaksa Ifa sampai macam ni? Bukankah aku dah berjanji pada diri aku yang aku takkan mengasari dia lagi setelah dia sah bergelar isteriku? Bukankah aku dah bersumpah yang aku akan cuba menangi hati dia sedikit demi sedikit? Mengapa aku sanggup buat Ifa macam ni setelah apa yang aku ikrarkan dalam hatiku? Argghh! Rasa bersalah bertandang dihati Faris.
“Sayang..please maafkan abang..abang tak sengaja, sayang..” getus Faris dengan perasaan teramat bersalah. Tulus dari hatinya yang ikhlas. Sungguh dia sayangkan isterinya itu namun entah mengapa juga dia tega mengasari gadis tercintanya.
Tangannya mencapai tuala yang tersidai di kerusi berdekatan lalu dililitkan ke tubuh Nazifa. Gadis itu tunduk dan menangis sahaja tanpa sebarang kata. Jelas sekali Nazifa ketakutan. Tindakan Faris tadi hanya mengundang rasa benci yang bertambah-tambah lagi dalam diri Nazifa terhadap Faris.
“Let me go..” Nazifa terus berlalu tanpa dihalang lagi oleh Faris. Gadis itu tersedu-sedan menahan sebak.
Faris meraup wajahnya berkali-kali. Dia melihat Nazifa berjalan naik ke atas katil. Gadis itu menangis tersedu-sedu di situ. Tubuh kecil Nazifa membelakangi Faris yang sedang duduk di sofa. Rasa kesal bertandang di hati Faris.
Argghh!! Mengapa begini jadinya?! Itupun di malam pertama perkahwinanku? Tapi, tidakkah dia faham yang aku terlalu cintakan dia? Then why?!! Bentak hati Faris dengan sekuat hati. Sedih hatinya melihat Nazifa yang sedang menangis bagai tidak mahu berhenti lagi..

sowi all..lambat posting..
ReplyDeleteharap sume puas hati ngn n3 kali ni..~ ^^
faris xgune..huhu..
ReplyDeletesmpi ati de wut ifa cm2..
smbg2..
ayokkkkk..
ReplyDeletebencinya bila jd cm ni...
cian nazifa...
cian gak kt faris
ermmmm...lama gak tgu cite nie...
ReplyDeletetp msih statik aa...
nak tau cpat pkmbangan hub dorg...
lama sungguh menunggu n3 ni. huhuhuh.. faris ni sng la nk ckp cinta. tp dia x kan tahu maruah perempuan terletak kt ne?? da rogol, ingt sng2 ke nazifa nk trime?? huh!
ReplyDeletekesiannya ifa.. faris tu patut kena lempang sedas oleh ifa juge.. tapi in the end saya nak tengok diorang berbaik2 hehe.. BEST entry kali ni.. good job sis! am waiting for your next entry patiently :)..
ReplyDeletexpe...asl u upload kn? btw vvs lak ble nk upload? dh lame tunggu =[
ReplyDeleteok lah ni dah ada n3 baru, puas tunggu, sambung lah lg tak sabar nak tunggu sambungan
ReplyDeleteisk2..
ReplyDeletefaris,,slow la...
sekeh kang...
bia lmbat asl selmat..
haha..
nieh x..tau men paksa2 je..
tau men tgn je..
saba2 la sket..
kte da jnji kat dri sendiri..
isk2..
smbung2 agy kak..
waaaaaaaaaaaaaaaaaa...dh kuar n3 bru ebcb!!!!
ReplyDeletesuke3..suke bangattt..
jahat tul faris tu..tapi sis, nanak tgk hubungan diorg berkembang dgn baik gk..huhu
tapi mmg btul la takkan senang2 ifa tu nk trima faris ann..sbb faris tu la ganaz sgt..huhu luku karang baru tauu..huh
nice n3 sis! nak lagi pliz :)
ReplyDeletemmg xpatot tol faris tuuu..isk2~~
ala...hari tu dah komen apesal tak masuk plak?
ReplyDeleteaduishhh
sis....gud job bebeh
n3 sis tak pernah mengecewakan
sambung tau :')
ReplyDeleteganas punya suami si faris ni.
ReplyDeleteeeeee geram gila tp suka pulak :) haha
bestla cite ni.grm dkt faris..xde perikemnusian lgsg.cian ifa.
ReplyDelete