SHUJI terduduk lesu di kerusi menunggu. Suasana di dalam hospital yang agak riuh dengan bunyi orang bercakap serta-merta bertukar hening dalam fikiran Shuji. Tiada apa yang difikirkan, hanyalah Virus.
Wajah lesu Virus dan kata-kata doktor tadi amat mengganggu ketenangan jiwanya. Rasa kesal yang sedia wujud didalam hatinya bertambah menebal sehingga menimbulkan rasa sayu dalam jiwanya.
“Isteri encik tak apa-apa..cuma berkemungkinan dia akan mengalami sedikit trauma kerana kejadian tersebut. Kepalanya terhantuk menyebabkan gegaran pada otaknya. Mungkin dia akan mengalami pening-pening kepala selepas ini, tetapi jangan risau kerana semua ini hanya sementara sahaja. Lepas ni, bawa dia untuk rawatan susulan..insyaAllah, isteri encik akan sembuh sepenuhnya..saya harap, encik bersikap lebih prihatin pada dia lepas ni..” terang Doktor Rohimi iaitu doktor yang merawat Virus.
Shuji mendengarnya dengan perasaan berbaur. Antara kesal dan rasa bersalah. Ya, rasa bersalah kerana menyebabkan isterinya jadi begitu. Sudahlah dahulu Virus pernah sekali hampir-hampir dirogol, kali ini pula dia boleh membiarkan lelaki tak guna itu menipunya dan hampir-hampir juga merogol Virus buat kali kedua.
Shuji tunduk memandang lantai. Pantas kotak fikirannya menerjah perihal Ikmal pula. Bagaimana agaknya keadaan sahabat baiknya itu? Rasa bersalah kembali bersarang dijiwa Shuji tatkala mengenangkan kejadian Ikmal ditikam oleh Khairul.
Kalaulah aku tidak mudah percaya pada panggilan telefon itu, sudah tentu semua ini takkan terjadi! Aku yang bersalah kerana menyebabkan Virus dan Ikmal jadi begini..ya Allah, aku bersalah! Engkau sembuhkanlah isteriku dan juga sahabat baikku Ikmal andai kesihatan atau nyawaku yang menjadi galang gantinya..aminn..
“Doktor! Bagaimana pula dengan keadaan kawan saya? Mohd Ikmal Zuhairi?” Shuji tergerak hati mahu bertanya pada Doktor Rohimi. Doktor muda itu kelihatan mengeluh kecil lalu memandang wajah Shuji dengan pandangan yang sukar untuk dimengertikan.
“Dia kehilangan banyak darah kerana kesan tikaman yang agak dalam dan lambat diambil tindakan untuk menghentikan pendarahannya pada waktu itu..dia masih ditahan di wad kerana tiba-tiba tidak sedarkan diri tadi..kami sudah mencari darah yang sesuai untuk dia namun masih lagi tak ada..” jelas Doktor Rohimi lemah. Shuji terpana mendengar kata-kata lelaki yang berjubah putih tersebut. Matanya terbuka luas kerana terkejut.
“Darah jenis apa, doktor?!” laju Shuji bertanya.
“Jenis A..”
“Doktor! Saya darah jenis O! Saya boleh derma pada dia, kan?!” Shuji bertanya penuh semangat waja dengan harapan Doktor Rohimi akan berkata ‘ya’. Dia tahu, orang yang berdarah jenis ‘O’ boleh dermakan darahnya pada sesiapa sahaja.
“Alhamdulillah..kalau betul darah awak boleh didermakan pada kawan awak, saya dah tak perlu cari lagi. Kami akan buat analisis dahulu ke atas sampel darah awak sebagai prosedur untuk menjalankan pemindahan darah bagi memastikan kesesuaian darah awak dan darah kawan awak..” Doktor Rohimi tersenyum ke arah Shuji seraya menepuk lembut belakang Shuji.
“IDA..syukurlah kamu selamat, nak!” Datin Rosmah mencium dahi anaknya yang baru sahaja membuka mata setelah sekian lama tidak sedarkan diri. Dato’ Sharif pula kelihatan terangguk-angguk dan menyapu kedua tangannya ke wajah tanda kesyukuran.
“Mama..Virus kat mana ni?” soal Virus dalam nada perlahan. Pandangannya masih kabur. Dia cuba menjelaskan penglihatannya. Matanya tercari-cari seraut wajah orang kesayangannya. Muka Shuji tidak kelihatan disitu.
“Sayang..Ida ada kat hospital sekarang ni..”
“Haa? Hospital?! Maksudnya itu semua bukan mimpi?! Mana Khairul, ma? Biar Virus ajar dia cukup-cukup! Mana dia, ma? Lelaki tak guna! Bodoh, bahlul! Taik ayam punya Khairul!! Puihh!” Virus meronta dan membuat muka bengis. Penumbuknya dikepal kemas-kemas. Gaya macam kuat sangatlah tu!
Rupa-rupanya semua yang terjadi bukanlah suatu mimpi seperti yang disangka olehnya. Serta-merta semangat untuk melawan lelaki tak guna itu muncul dalam jiwanya. Wajahnya merah padam kerana menahan kemarahan. Virus ingin bangun namun dihalang oleh Datin Rosmah dan Dato’ Sharif.
“Dia dah kena tangkap dengan polislah semalam..” pendek jawapan Datin Rosmah diiringi senyuman manis. Tangannya mengusap ubun-ubun kepala Virus sepenuh kasih. Anaknya itu mempamerkan raut terkejut.
“Dia dah kena tangkap? Tapi macam mana? Virus tak sedar pun yang..” tiba-tiba Virus terdiam apabila teringatkan sesuatu. Ya, Shuji datang ketika dia tidak berdaya lagi untuk melawan Khairul.
Virus amat pasti sekali ketika itu memang Shuji yang muncul sebelum pandangannya kelam. Tiba-tiba hati Virus menjadi risau. Bagaimana jika terjadi sesuatu pada suaminya? Pandangan Virus dihalakan ke sekeliling bilik berkenaan. Tiada kelibat Shuji disitu. Perasaan bimbang semakin menebal dalam hati kecil Virus. Virus mengerutkan dahi.
“Ma..mana Shuji?” tanya Virus dengan penuh perasaan ingin tahu. Dia berharap supaya mamanya memberikan jawapan positif.
“Oh, Shuji? Dia ada tadi..dia yang selamatkan Ida dan bawa Ida ke sini..kejap lagi dia datang balik la kat sini kot!” jawab Datin Rosmah dengan wajah bersungguh-sungguh.
Virus menarik nafas lega. Mujurlah semuanya selamat. Virus mula menggerakkan tubuhnya, ingin bangun dari pembaringan. Kepalanya terasa perit lalu dia terjerit kecil. Tangannya meraba-raba kepalanya yang berbalut.
“Hati-hati..jaga diri tu elok-elok..rehat la dulu..tak payah bergerak sangat. Nak mama panggilkan Shuji? Mesti kamu rindu kat dia kan, kan?” Datin Rosmah membantu mendudukkan Virus dan menyandarkan tubuh anaknya ke katil. Wanita tua itu mengangkat-angkat kening seperti sengaja ingin menyindir Virus.
Virus tercengang-cengang. Nak angguk atau tak? Nak angguk atau tak?! Hati Virus tertanya sendirian. Malu pulak kalau angguk. Kalau tak angguk, kempunan pulak aku nak tengok muka si Shujing tuh..serba-salah hati Virus dibuat Datin Rosmah.
“Tak naklah..hmm..err..hmm..boleh jugak..” perlahan sahaja nada suara Virus ketika itu. Kepalanya menunduk. Datin Rosmah tarik sengih memanjang. Lucu dengan kerenah malu-malu kucing anaknya.
“Apa? Mama tak dengar?! Ulang..” sengaja pula Datin Rosmah ingin bermain dengan hati Virus. Berdebar-debar jantung Virus dibuat orang tua itu.
“Tak naklah!” dengan malas Virus bersuara. Datin Rosmah tersenyum kecil. Virus memuncungkan mulut tanda tidak berpuas hati. Egonya mula menebal apabila melihat mimik wajah mamanya yang seakan mengusiknya. Tak mahu mengakui yang dia sebenarnya rindukan Shuji.
“Betul tak nak? Mama keluar dulu ni? Nak pergi beli barang sikit..” Datin Rosmah berpura-pura ingin bangun dan beredar dari situ.
“Ma! Panggil dia!” Virus masih menunduk. Segan kerana terpaksa mengalah dengan mamanya. Memang dia terlalu rindukan Shuji. Datin Rosmah tersenyum melebar.
SHUJI sedang membungkam ketika itu. Dia sedang asyik memikirkan kejadian yang berlaku terhadap Virus dan Ikmal. Tidak habis-habis dia menyalahkan dirinya diatas apa yang berlaku. Ya, dia memang tidak berguna kerana tidak mampu untuk mencegah perkara-perkara buruk dari berlaku ke atas isteri dan kawan baiknya.
Aku tidak layak untuk menjadi suami yang baik pada Virus. Aku memang tak berguna langsung. Kerana satu panggilan telefon sahaja, aku dah hampir-hampir menyebabkan kematian kedua orang yang penting dalam kehidupanku..aku memang tak berguna! Desis Shuji dalam hatinya sambil menumbuk kuat dinding hospital berkenaan. Berkali-kali juga dia menumbuk dinding tersebut sehingga tangannya menjadi kemerahan dan akhirnya lebam. Hampir berdarah. Biarlah!
“Adli..” satu suara wanita menegur Shuji dengan teragak-agak kerana terlihat lelaki itu yang seperti sedang tertekan memikirkan sesuatu. “Ya Allah! Kenapa ni, nak? Tangan dah luka-luka ni kenapa?” suara itu kedengaran bimbang.
Shuji menoleh. Datin Rosmah kelihatan terkebil-kebil memandang Shuji yang turut terkebil-kebil. Kedua-duanya seperti kehilangan kata. Shuji cuba mengukir senyuman kecil buat ibu mentuanya itu. Wajah tua itu kelihatan dalam kerisauan.
“Tak ada apa-apalah, mama..tadi saya hampir-hampir terjatuh and try nak berpaut kat dinding ni. Sedar-sedar tengok dah berdarah. Tak tau la kenapa, ma..ada apa cari saya ni, mama?” getus Shuji lembut, cuba berselindung. Senyuman diukir lagi buat orang tua itu. Datin Rosmah turut mengukir senyuman manis setelah terlihat senyuman Shuji.
“Ida nak jumpa kamu..” ujar Datin Rosmah dengan wajah bersahaja. Shuji mengerutkan dahi. Rasa bersalah yang bersarang dihati mula merobek-robek jiwa apabila terdengar nama isterinya.
Entah mengapa, dia menjadi malu untuk berdepan dengan wanita kesayangannya itu. Dia terasa yang dia tidak berguna dan tidak layak untuk menjadi suami Virus lagi. Serba-salah merajai hati Shuji. Wajahnya memancarkan rasa hatinya ketika ini. Datin Rosmah pelik melihat kelakuan Shuji yang bagaikan sedang ligat memikirkan sesuatu. Kelihatan begitu merunsingkan sekali.
“Kenapa ni, Adli? Something wrong?” Datin Rosmah bertanya lembut. Shuji menggeleng pantas.
“Nothing, mama..nanti saya pergi jumpa dia, okey?” ujar Shuji seraya mengukir senyuman kelat. Selepas itu dia terus berlalu pergi meninggalkan Datin Rosmah yang terkebil-kebil keseorangan.
SHUJI menghampiri katil yang sedang ditiduri oleh isterinya. Virus kelihatan sedang terlena dibuai mimpi. Sesekali wajah mulus itu diusap semahu-mahunya oleh Shuji. Betapa dia menyayangi Virus, betapa dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya itu.
Tetapi, kerana dirinya yang tidak berguna, isterinya itu terpaksa menghadapi situasi yang buruk dan dia tidak mahu semua itu berulang lagi. Shuji tahu, jika Virus bersama dia lebih lama tentu isterinya itu akan menghadapi perkara yang buruk lagi.
Entah mengapa dia tidak boleh berhenti menyalahkan dirinya. Mungkin kerana dia terlalu mencintai Virus. Dia takut jika dia membuat kesilapan lagi pada masa akan datang dan menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya seperti yang baru sahaja berlaku.
“Love..?” suara Virus yang serak-serak basah kedengaran mengetuk gegendang telinga Shuji membuatkan lamunannya terbang entah kemana. Isterinya itu kelihatan tersenyum manis sambil menggosok-gosok mata yang masih mengantuk.
Panggilan itu sekaligus terasa amat menyentuh perasaan Shuji. Sebak dirasakan olehnya ketika itu, entah mengapa. Mungkin bersyukur kerana dia masih berpeluang mendengar suara yang amat dirindui olehnya.
Dahi Shuji berkerut-kerut. Rasa bersalah bertandang dihatinya, sama ada ingin menyahut panggilan isterinya atau tidak. Shuji terdiam seribu bahasa. Virus cuba memegang tangan Shuji namun suaminya itu segera melarikan tangan. Virus menjadi pelik dengan tiba-tiba.
“Kenapa ni?” soal Virus dengan suara yang lembut. Shuji menelan liur. Patutkah dia membalas pertanyaan Virus itu? Shuji masih membungkam. Tidak tahu apa yang patut diperkatakan. Virus menjadi hairan melihat perlakuan Shuji.
“Love..kenapa ni??” Virus memegang kedua belah pipi Shuji lalu dia mengusap lembut pipi lelaki kesayangannya itu.
Bertambah terharu rasa hati Shuji ketika itu. Ingin sahaja dia memeluk Virus sambil mengucapkan kata-kata sayang dan maaf kerana telah menyebabkan isterinya itu dalam keadaan seperti ini. Shuji sebak sendirian namun airmata yang ingin mengalir ditahan olehnya sekuat hati.
“Woi! Apa ni sentuh-sentuh? Bayar la kalau nak sentuh..” tiba-tiba Shuji bersuara dengan kasar sambil menepis tangan Virus yang sedang galak mengusap pipinya. Virus tersentak dengan kata-kata Shuji. Ooo..nak cari gaduh, ya? Nanti kau! Bentak Virus sendirian. Mulutnya mencebik.
“Suka hati akulah! Aku nak sentuh ke, aku nak cium ke, dah kau laki aku! Nak buat lebih dari tu pun boleh, tau?!” gumam Virus dengan suara yang kuat. Wajah tidak puas hatinya tergambar.
Pantas Virus menarik tubuh Shuji ke atas katil lalu memeluk lelaki itu erat-erat bagai tidak mahu dilepaskan lagi. Shuji meronta-ronta sambil cuba menolak pelukan itu. Virus tersengih lucu.
“Ni la cara aku bayar pada kau sebab sentuh kau tadi..kau puas hati tak?” bisik Virus ke telinga Shuji sambil tangannya menguatkan pelukan. Sebuah ciuman pula singgah dipipi suaminya ketika itu membuatkan Shuji terkejut. Bagaikan halilintar yang meragut sanubarinya ketika bibir Virus menyentuh pipinya. Naluri lelakinya berkocak hebat. Lalu..
“Assalamualaikum..!” satu suara lelaki tiba-tiba sahaja kedengaran. Shuji membeliakkan matanya apabila ternampak Doktor Rohimi yang baru sahaja memasuki bilik berkenaan. Doktor muda itu kelihatan terkejut. “Oppss…sorry..I’ll come back later..” Doktor Rohimi tersengih penuh makna lalu meminta diri ingin segera berlalu pergi.
“Apa ni?!” marah Shuji dengan wajah merah padam setelah Doktor Rohimi melangkah keluar. Virus tersengih sahaja. Wajah nakalnya tergambar. Shuji naik bengang apabila terlihat senyuman nakal isterinya.
“Aik? Tak suka ke? Bukan kau yang paling suka hati ke kalau bab-bab macam ni? Selalu kau aje yang buli aku..biar aku pulak yang buli kau..” kening Virus terangkat-angkat. Bibirnya tidak habis-habis mengukir senyuman halus.
“Dahlah! Aku tak suka kau buat macam tu lagi!” marah Shuji lagi. Virus terdiam dengan wajah tertanya-tanya. Kenapa Shuji sampai hati memarahi dia begini?
Shuji merasa bersalah setelah memarahi Virus. Dia nampak wajah Virus yang berubah muram. Dia tahu, dia tidak patut marah isterinya sampai begitu sekali. Tetapi, entah mengapa dia merasakan yang dia perlu berbuat sesuatu supaya dirinya tidak terlalu dekat lagi dengan Virus.
Dia sudah merasa tidak yakin lagi pada dirinya sendiri untuk melindungi Virus. Dia tidak mahu kerana dia, Virus mendapat kecelakaan lagi. Perlahan-lahan Shuji bangun menuju ke pintu bilik. Dia ingin berlalu dari situ.
“Love..I love you?” getus Virus lembut, sengaja ingin menguji sama ada Shuji akan membalas atau tidak. Suara Virus itu kedengaran sayup-sayup mengetuk ke gegendang telinga Shuji membuatkan hati lelakinya terasa ingin cair.
Tidak! Bagaimana jika selepas ini kau sebabkan dia terluka dan tercedera lagi? Hati Shuji menjadi sekeras batu semula. Tanpa berkata apa-apa, Shuji terus memulas tombol pintu lalu segera melangkah pergi. Virus terasa sebak. Airmatanya mula bergenang di kelopak mata. Mungkin Shuji letih kot..Virus cuba menyedapkan hatinya yang terasa sebak.
p/s : yang ni sis taip cepat-cepat n in rush..memang tak sempat nak edit..sowi all..kalo ade pape yg xkena, leh komen..nanti sis edit balik..sowi ek..tak sempat..thanks sebab sudi bace..~ ^^

xde pape salah pown..
ReplyDeleteape la shuji tu,x taw ke yg dy myktkn aty virus?
virus x pke camtu pown..
hmm,tak sabar nk tggu smbgn nie..
cpt2 smbg ye sis...
ala...
ReplyDeletekesian kt virus...
jgn la cm tu shuji...
bukan slh shuji pn....
hehehe...
nk lg....
best.. cume sedih skit lah.. nape shuji jd cam 2.. cian virus.. dah lah trauma.. huhuhuhu..
ReplyDeletebest2 nk lagi!!!
ReplyDeletehaiyaa sis..
ReplyDeleteawat lagu nieh..
npe shuji mesti salahkan diri dye....
ngeeeee..
xmo laa..
sian kat virus..
jgn nnty shuji suh ikmal take over virus suda...
xmolaaa...
smbung2..
salam sis....xnk ar dpa gaduh time2 cmni....
ReplyDeletekesian kt virus...
best gila... sambung lah lagi ok
ReplyDeletesis! manede salah ape pun..
ReplyDeleten3 sis is the best for me.. :)
setakat ni n3 sis xpenah lagi mengecewakan sya!
alah nape shuji ni camnih..jgn la camni :(
xmo dorg gado2..nak dorg hepi je.. :(
kecian..kecian..
great n3 as usual~~ :) tahniah
ReplyDeletexde kesalahan pon sis,although u typed in rushed..
ReplyDeletealhai,nape jadi camni pulak ni,huhu..
shuji,stop blaming urself la..
jgn la anything bad happen to their marriage!
ala...
ReplyDeletexnak la shuji cmnie..
xfikir ke yg si virus tu perlukan seorg suami selepas mengalamai trauma mcm tu..
ishh...
berubah la shuji...
sambung3.. best3! :D
ReplyDeletebesh2 :D!
ReplyDelete