-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Wednesday, February 1, 2012

Kurelakan Kasihmu 3, 4



IRFAN Naufal menggeletar. Badannya menggigil melihat Adnin Najwa yang sudah pengsan. Wajah gadis itu kelihatan sungguh pucat, tubuhnya nampak lemah. Kini Irfan Naufal sudah sedarkan diri. Apa yang aku dah buat ni? Aku rogol dia? Irfan Naufal meraup wajahnya berkali-kali lalu memakai semula baju kemeja dan seluar panjangnya. Dia tidak menyangka yang dia tewas kepada hasutan nafsu dan juga syaitan.
Inilah kali pertama dia bersama perempuan dan dengan cara merogol begini? Niatku hanya untuk menggertak dia dan menyedarkan dia bahawa dia tu adalah perempuan! Tapi, macam mana aku boleh lupa diri sampai sanggup merogol tomboy ni? Irfan Naufal terduduk di birai katil.
“Jantan tak guna.. Kau.. Kau rogol aku..” suara Adnin Najwa kedengaran terketar-ketar. Gadis itu baru terjaga dari pengsan. Dia menatap tubuhnya yang terdedah itu. Tangannya terkapai-kapai ingin mencapai selimut bagi menutup tubuhnya itu yang sudah tiada harga lagi.
Irfan Naufal cuba bertenang. Dia tidak boleh biarkan Adnin Najwa membuat laporan polis atau memberitahu sesiapa pasal perkara ini, termasuklah Arissa. Irfan Naufal segera bangun mencapai telefon bimbitnya. Dengan pantas dia mengambil gambar Adnin Najwa yang masih tidak memakai apa-apa itu.
“Kau buat apa lagi tu?! Jangan ambil gambar aku.. Tolonglah, aku merayu.. Jangan.. Cukuplah kau rogol aku..” rayu Adnin Najwa dengan lemah. Dia gagahi diri mencapai selimut lalu tubuhnya segera dibalut dengan selimut itu.
“Ini sebagai jaminan yang kau takkan buat laporan polis atau beritahu sesiapa termasuk Rissa. Kalaulah kau bukak mulut, aku takkan teragak-agak sebarkan gambar-gambar bogel kau ni di internet..” ugut Irfan Naufal dengan wajah serba-salah. Dia tidak mahu mengugut Adnin Najwa begini selepas meragut kesucian gadis itu, tetapi demi menyelamatkan diri serta maruah keluarganya, dia sanggup berbuat apa sahaja.
“Sial! Jantan keparat! Dayus! Tak guna! Sampah masyarakat!!” caci Adnin Najwa dengan tangisan yang bergema. Dia terasa api kebenciannya begitu meluap-luap terhadap Irfan Naufal ketika ini. Sakitnya hati dia sudah tidak dapat dibendung lagi.
“Nah, duit ganti rugi.. Sorry, aku kena pergi dulu. Ingat, kau jangan pandai-pandai nak beritahu sesiapa. Kalau aku dapat tahu kau beritahu orang, aku akan cemarkan maruah kau yang dah memang tercemar tu.. Dan ambil kot aku tu sebab t-shirt kau dah terkoyak semalam tukan.. Ingat ye, jangan bertindak yang bukan-bukan lepas ni?” gertak Irfan Naufal lagi. Dia mencampakkan beberapa not seratus ringgit ke arah Adnin Najwa yang kini meraung-raung bagai orang yang sudah kehilangan akal.
“Sial! Aku tak inginkan duit kau! Aku tak ingin!!!!” bentak Adnin Najwa sambil menangis teresak-esak. Dia merasakan dirinya seperti seorang pelacur apabila diperlakukan begini. Sesudah tubuhnya dijamah, lelaki itu menabur wang pula. Ibarat dia sedang menjual diri dalam terpaksa.
“Habis tu, kau nak apa? Kau nak kahwin dengan aku? Hei, Rissa aje yang layak jadi isteri aku. Kau tak layak langsung! Ikut suka kaulah nak ambil atau buang duit tu. Bukannya berapa sangat tu, lima ratus ringgit aje pun.. Aku pergi dulu..” pamit Irfan Naufal dengan lirikan sinis. Entah kenapalah dia perlu bercakap begitu dengan Adnin Najwa, dia pun tidak tahu. Egonya lebih menguasai ketika ini.
Adnin Najwa hanya tahu menangis. Dia terbayang kembali wajah-wajah lelaki yang ingin merogolnya 7 tahun lepas. Dia telah diculik dan dibawa masuk jauh ke ladang sawit.ketika dalam perjalanan hendak pulang ke rumahnya. Kerana tiada sesiapa yang boleh melindunginya lagi, dirinya kerap diganggu oleh lelaki-lelaki tak berguna itu.
Dulu, ayah dan juga adik-adik lelakinya selalu menjadi pelindung. Tetapi, selepas dirinya sebatang kara, lelaki-lelaki itu semakin berani sehingga sanggup menculik dan ingin merogolnya bergilir-gilir. Mujurlah ketika itu ada pihak polis yang membuat rondaan di sekitar kawasan ladang sawit berkenaan bagi mengesan serta memberkas penagih-penagih dadah yang berleluasa. Pihak polis terdengar jeritan Adnin Najwa dan terus bergegas menyelamatkannya. Kesemua lelaki yang menculiknya berjaya diberkas pihak berkuasa.
Adnin Najwa sangat bersyukur, namun dia terlalu trauma. Dia bertekad mengubah penampilan dirinya menjadi seperti lelaki dan berpindah ke tempat yang sesiapa pun takkan mengenalinya. Suatu tempat di mana orang-orang di situ menganggapnya sebagai lelaki. Bersusah-payah dia hidup berdikari dengan penampilan diri begini tanpa ada gangguan lagi dari lelaki jahat, dia berjumpa juga dengan lelaki seperti Irfan Naufal yang kuat ego dan juga jahat ini.
“Hoi! Kau mengelamun apa lagi tu? Aku pergi dulu! Bye.. Ambil duit tu,  rugi jugak kalau kau buang..” Irfan Naufal terus berlalu dari situ.
Adnin Najwa terjerit-jerit sendirian melihat kelibat Irfan Naufal yang sudah menghilang dari sebalik pintu bilik itu. Ya Allah, ampunilah aku.. Kerana telah melanggar hukum-Mu. Aku pasti, inilah balasan untuk dosaku tidak bertudung dan berpakaian seperti lelaki. Apa yang Engkau telah nyatakan haram, aku telah menghalalkannya. Agaknya inilah pengajaran yang aku dapat. Walau bagaimanapun aku mengubah penampilan diri, aku tetap adalah seorang perempuan.
Adnin Najwa membiarkan air matanya deras ke pipi. Wajah Irfan Naufal datang berselang-seli dengan wajah-wajah lelaki yang pernah cuba merogolnya suatu masa dahulu. Adnin Najwa menggigit bibirnya, dia meraung lagi dengan suara esakan yang menjadi-jadi. Rambutnya yang kusut masai dipegang dan ditarik-tarik dengan sepenuh perasaan tertekan. Dia menjatuhkan pandangan ke tubuhnya yang kemerah-merahan akibat dikasari oleh Irfan Naufal. Air matanya meleleh lagi.
“Jantan sial!!” jerit Adnin Najwa lagi berkali-kali. Hanya itu sahaja yang dia boleh lakukan. Memaki hamun Irfan Naufal dan menangis semahu-mahunya mengenangkan nasib dirinya yang malang ini.
Tangan Adnin Najwa menggenggam selimut dengan erat lalu ditarik-tarik membaluti tubuhnya. Berlapis-lapis sudah rasanya dia membalut tubuhnya itu.




IRFAN Naufal keresahan. Dia baru sahaja sampai ke rumah. Sepanjang perjalanannya tadi, dia langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada pemanduan. Mujurlah tidak kemalangan. Dengan cepat, dia mengatur langkah untuk ke biliknya. Dia tidak mahu terserempak dengan abahnya. Bimbang orang tua itu akan banyak soal. Dan dia pasti takkan dapat menipu abahnya itu walau sekecil-kecil penipuan. Sejak kecil dia memang diasuh dengan baik oleh umminya supaya tidak menipu. Dan memang sejak kecil dia tidak biasa menipu kedua-dua orang tuanya itu.
“Assalamualaikum, Ir.. Dah pukul berapa ni baru balik rumah?” kedengaran suara Tan Sri Haji Zainal menegur Irfan Naufal sebelum sempat dia naik ke tingkat atas.
Habis berderau darah Irfan Naufal mendengar suara garau abahnya itu. Jantungnya sudah berdenyut-denyut tidak normal. Wajahnya dipalingkan menghadap abahnya yang sudah berada di sebelahnya. Orang tua itu masih berkopiah, barangkali baru selesai membaca al-Quran. Itulah rutin abahnya hampir setiap malam. “Waalaikumussalam, bah. Hari ni Ir ada hal sikit. Ala, tak lewat pun ni, baru pukul 11 malam, abah..”
“Lewatlah tu. Selalu kau tu balik awal.. Pukul 8 dah ada kat rumah, makan malam dengan abah dan ummi. Tapi hari ni, tak ada pulak. Dah makan ke ni?” Tan Sri Haji Zainal sudah memulakan soalannya.
“Dah makan tadi, abah. Ir masuk bilik dulu, nak mandi. Badan rasa melekit-lekit dah ni. Jumpa abah esok masa sarapan pagi, okey?” ujar Irfan Naufal, ingin segera meminta diri.
“Haii.. Lain macam aje kau hari ni, Ir? Ada apa-apa ke? Selalu, kau berborak dengan abah dulu sebelum masuk tidur.. Hari ni, adik kau si Alida tu aje yang temankan abah dengan ummi kau berborak. Dahlah dia tu sibuk tahun akhir kat kolej dia tu, kena pulak layan abah dengan ummi bercerita..” rungut Tan Sri Haji Zainal sambil tergeleng-geleng kepala.
“Hisy, abah ni. Sekali-sekala Alida yang temankan abah dengan ummi, okey apa tu. Sorrylah, esok Ir berborak dengan abah dan ummi. Ir janji! Goodnight, abah.. Ucapkan pada ummi jugak, mesti dia dah tidur kan?” teka Irfan Naufal. Dia tahu, Puan Sri Hajjah Zairiah itu memang suka tidur awal. Kadang-kadang, pukul 9 malam sudah terlena dibuai mimpi selepas menunaikan solat Isyak berjemaah bersama abahnya.
“Betul tu. Ummi kau dah lama dah tidur.. Lepas kami solat Isyak lagi tadi.. Hmm, okey.. Jumpa esok..” balas Tan Sri Haji Zainal perlahan. Dia pelik melihat sikap anak lelakinya itu yang tampak kelam kabut serta sedikit resah. Mungkin Irfan Naufal masih memikirkan tentang Arissa? “Pasal hal Rissa tu, betul kau nak putuskan pertunangan kau orang? Cadangan ummi kau, esok atau lusa kami akan ke rumah keluarga Rissa pulangkan cincin pertunangan tu. Tapi, ummi kau berharap sangat yang kau takkan putus tunang dengan Rissa. Kami malu jugak nak berdepan dengan keluarga Rissa tu nanti..”
Irfan Naufal menelan liur. Mana mungkin dia mampu berhadapan dengan Arissa lagi selepas apa yang berlaku tadi. Irfan Naufal menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan dengan berat. Dia sungguh sayangkan Arissa, tetapi rasanya sekarang dia sudah tidak layak lagi untuk gadis itu kerana dia sudah mengotorkan dirinya selepas bersama gadis lain. “Ir serius, abah.. Ir rasa, inilah jalan terbaik untuk kami. Kami dah bincang petang tadi.. Ir dah bagi balik cincin tu, dia pun sama.. Jadi, abah dengan ummi cuma pergi bercakap aje dengan keluarga Rissa pasal kami nak putus ni.. Maafkan Ir, memang Ir dah tak boleh lagi dengan Rissa..”
“Apa masalah kau orang ni? Cuba beritahu abah, mungkin abah boleh tolong bagi pendapat dan pandangan?”
“Tak payahlah, abah. Rissa tak ada salah apa-apa pun. Cuma Ir ni aje yang dah tak boleh bersama dia..” kias Irfan Naufal dengan wajah sugul. Hatinya sungguh berat untuk melepaskan Arissa pergi dari hidupnya namun dia terpaksa juga demi rasa malu dan bersalahnya terhadap Adnin Najwa. Irfan Naufal sungguh keliru tentang apa yang perlu dibuat olehnya ketika ini. Dia buntu, sangat buntu.
Tan Sri Haji Zainal berkerut dahi. Salah Irfan Naufal ke sampaikan hubungan Irfan Naufal dan Arissa terputus di tengah jalan? Dia cuba mencari sinar dari wajah anak lelakinya yang nampak semakin gelisah itu. “Salah Ir ke hubungan Ir dengan Rissa putus tu? Apa yang Ir dah buat pada Rissa?” korek Tan Sri Haji Zainal.
“Nothing, abah. Janganlah risau. Mungkin kami tak ada jodoh. Ir naik dulu bersihkan diri. Nak solat Isyak lagi.. Ir belum solat, abah..” pamit Irfan Naufal dengan wajah serba-salah. Janganlah abahnya itu terlalu memaksa sehinggakan dia terpaksa menceritakan perkara yang baru terjadi tadi.
“Belum solat? Oh, okey.. Cepat-cepat solat, dah lewat pun ni.. Orang solat awal waktu, kau solat dah dekat tengah-tengah waktu..” leter Tan Sri Haji Zainal sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Irfan Naufal menarik nafas lega lalu segera berlari naik ke biliknya. Namun jauh di sudut hatinya, perasaan bersalah begitu menebal mengenangkan Adnin Najwa yang ditinggalkan begitu saja selepas dia puas meragut kesucian gadis itu. Ya Allah, kenapalah aku boleh lupa diri tadi? Kenapa aku boleh termakan dengan hasutan iblis dan nafsu? Why do I lose myself? Tak cukup merogol dia, aku ambil gambar dia dan ugut dia lagi? Ya Allah, ampunilah aku..
Benarlah, jangan berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram. Dah tentu syaitan akan mengambil kesempatan menghasut serta menggoda dengan penuh bersungguh-sungguh kerana itu adalah peluang untuk menyesatkan anak-anak Adam. Irfan Naufal bangun berdiri selepas duduk. Dia mundar-mandir pula di sekeliling biliknya yang luas itu.
Kerana ego yang menggunung dan rasa tercabar si tomboy memorak perandakan hubungannya dengan Arissa, dia sanggup butakan hati memerangkap Adnin Najwa ke bilik hotel itu berdua-duaan dengannya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh lupa diri selepas ternampak bahu dan dada putih gebu Adnin Najwa tadi padahal niatnya hanya ingin menggertak dan menyedarkan Adnin Najwa tentang fitrah gadis itu diciptakan sebagai perempuan.
Dia langsung tidak terfikirkan caranya yang memang nyata salah itu. Akibat terlalu mengikut kata hati yang ego dan tercabar, disertakan pula nafsu yang mengiringi, syaitan yang bersorak-sorak gembira kerana berjaya menghasutnya habis-habisan, dia sanggup memilih jalan yang tidak elok begini.
Sejahat-jahat dia, dia tidak pernah berzina dengan perempuan sebelum ini. Sejahat-jahat dia, hanya mulutnya sahaja yang jahat. Dia akui dia memang ego serta tidak suka mengalah kecuali mengalah dengan kedua orang tuanya. Arissa sahaja yang memahami dia selama ini. Tetapi kerana Adnin Najwa, Arissa berubah. Itulah yang membuatkan Irfan Naufal rasa tercabar. Seorang tomboy sahaja sudah berjaya merubah Arissa? Namun Irfal Naufal menyesal kini dengan perbuatannya ke atas Adnin Najwa. Dia tidak tahu apa yang patut dibuat olehnya. Dia buntu walaupun berasa sungguh bersalah selepas menyedari dirinya telah merogol seorang gadis.
Irfan Naufal mencapai tuala mandi. Dia ke bilik air membersihkan diri walaupun dia yakin yang dirinya takkan bersih lagi kini selepas apa yang telah dia lakukan. Ya Allah, patutkah aku menikahi Adnin Najwa? Irfan Naufal menggigit bibirnya. Tanpa sedar, dinding bilik air itu ditumbuknya berkali-kali. Dan air matanya mengalir seiring dengan pancuran air yang sedang membasahi seluruh tubuhnya.
“Kau tak payahlah kahwin dengan budak tomboy tu.. Kau tak bersalah pun, kau dah ajar dia jadi perempuan. Kira okeylah tu.. Membimbing dia balik ke fitrah dia sendiri..” bisikan suara halus kedengaran di cuping telinga Irfan Naufal. Syaitanlah yang berbisik dengan tujuan untuk menghasut Irfan Naufal dari membuat perkara kebaikan. Sekali Irfan Naufal berjaya disesatkan, berkali-kali lagi syaitan ingin terus menyesatkan Irfan Naufal.
Tapi, aku dah rogol dia! Aku berdosa! Teriak hati Irfan Naufal.
Kau bukan rogol dia.. Tapi kau ajar dia.. Bisik syaitan lagi, cuba menghasut seboleh-bolehnya.
Tak! Takkk.. Aku rogol dia! Aku dah rogol tomboy tu! Irfan Naufal menutup kedua belah telinganya. Dia terus menangis dan terduduk di atas lantai. Pancuran air dibiarkan terus membasahi badannya..




ADNIN Najwa berjalan lemah menuju ke keretanya. Sakit masih terasa di bawah ari-arinya. Semua mata yang memandang ke arahnya seolah tertanya-tanya apakah yang sedang dia alami ketika ini kerana tangisan masih setia menemaninya. Kesakitan masih terasa menggigit-gigit setiap inci tubuhnya yang dikasari selama berjam-jam tadi. Dia hanya dapat melihat kerakusan lelaki itu sambil mengalirkan air mata tanpa dapat berbuat apa-apa kerana dia terlalu lemah.
Rambutnya dibetul-betulkan sebaik sahaja dia memasuki kereta. Namun selepas itu, dia menggosok-gosok pula kepalanya sehingga rambutnya kembali menjadi tidak terurus. Dengan sepenuh perasaan, dia menangis teresak-esak di tempat duduk pemandu itu. Bangunan hotel yang tersergam indah di hadapan matanya kini dipandang dengan pandangan penuh rasa benci. Benci kerana di hotel itulah dia diperangkap dan dirogol tanpa belas kasihan.
Adnin Najwa menarik nafas dalam-dalam. Dia mula menghidupkan enjin kereta, memandu ke sebuah tebing tinggi. Sebaik sampai, dia turun dari kereta dan menghampiri tepi tebing itu. Cahaya lampu jalan menerangi tempatnya berdiri. Pandangannya dihalakan ke bawah. Di bawah tebing tu terdapat cenuram-cenuram yang amat menggerunkan. Adnin Najwa meletakkan tangannya ke penghadang di tepi tebing itu. Penghadang yang dibina oleh kerajaan bagi mengelakkan kemalangan.
Adnin Najwa cuba berdiri dengan teguh walaupun dia masih terasa sakit. Dengan sekuat hatinya, dia menjerit dan meraung-raung melepaskan perasaan tertekannya. Sesudah puas menjerit dan meraung, Adnin Najwa menangis semula. Dia memandang pemandangan kotaraya Kuala Lumpur yang sungguh indah dari tebing tinggi itu. Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini.. Ampunilah segala dosa-dosaku.. Aku bermohon dari-Mu, tabahkanlah hatiku.. Bantulah hamba-Mu yang sungguh lemah ini.. Adnin Najwa berdoa dengan sepenuh hati. Air mata usah dikata lagi, memang sentiasa menghiasi mukanya sejak tadi lagi.




“KENAPA ni, Ad? Kau okey ke?” tanya Arissa sebaik sahaja Adnin Najwa meluru ke arahnya lalu memeluk tubuhnya dengan agak kuat. Tangisan halus kedengaran dan bahu Arissa terasa basah dengan air mata Adnin Najwa.
“Rissa, kenapa aku call kau tak dapat-dapat?” soal Adnin Najwa dengan suara tangisan yang sungguh memilukan.
“Laa.. Habis tu kau menangis ni sebab tak dapat call aku aje? Rindu sangat ke ni?” Arissa tersenyum kecil sambil mengusap-usap belakang Adnin Najwa dengan lembut. “Handphone aku hilang. Tak tahu letak kat mana.. Jadi, aku bercadang hari ni aku nak pergi beli handphone baru. Kau nak follow tak? Bagus jugak aku guna handphone baru dengan nombor telefon baru, tak payah lagi risau kalau-kalau si Irfan tu akan call aku lagi. Manalah tahu, nanti dia cari aku balik..” terang Arissa bersama sebuah keluhan kecil.
Adnin Najwa yang mendengar nama Irfan Naufal disebutkan oleh Arissa, terus berubah wajah. Hatinya sakit, jiwanya bagai dihiris-hiris. Tanpa dipinta, air matanya mengalir lagi. Dia sebak apabila peristiwa dua malam yang lepas kembali berputar dalam benaknya. Kerakusan Irfan Naufal masih terlayar di ruangan matanya yang dipenuhi oleh air jernih.
“Hey, what’s wrong with you today? Baru dua hari tak jumpa aku, kau dah rindu sangat macam ni ke?” usik Arissa dengan tujuan untuk menceriakan suasana.
Adnin Najwa melonggarkan pelukan. Dia bertatapan dengan Arissa lalu mengesat air mata di pipinya. Dia tidak terkata apa-apa, hanya mampu mendiamkan diri. Dia masih teringat ugutan Irfan Naufal supaya tidak mendedahkan peristiwa itu kepada sesiapa terutamanya Arissa. Lagipun, jika dia menceritakan kepada Arissa tentang perbuatan jahat Irfan Naufal, tentu Arissa akan bersedih. Adnin Najwa sudah tidak tahu bagaimana lagi untuk menyembunyikan rasa kesedihannya ini.
“Yes, I’ve been missing you a lot, honey.. Sebab tulah aku menangis ni. Sebab terlalu rindukan kau..” ujar Adnin Najwa bersama sebuah senyuman pahit. Memang dia amat memerlukan Arissa bagi melepaskan perasaan sedih yang terbuku di hatinya ini. Biarlah walaupun Arissa tidak tahu tentang penderitaannya, asalkan dia berasa sedikit bahagia dapat bersama Arissa yang sudah seperti adiknya sendiri itu.
Arissa tersengih lebar. Jemari halusnya meniti di bawah mata Adnin Najwa yang sembab. Pelik juga Arissa, takkanlah Adnin Najwa menangis berhari-hari kut kerana rindukan dia? Kesan sembab pada mata Adnin Najwa itu memang agak teruk. Tentu Adnin Najwa menangis tanpa henti ni. Tapi, sebab apa? Tak logik juga dia menangis sebab rindukan aku.. Arissa mulai terasa pelik dan bersimpati melihat wajah murung sahabatnya itu. Senyumannya tadi terus mati.
“Kenapa mata kau sembab sangat ni? Kau menangis sebab ada masalah, kan? Bukan sebab rindukan aku sangat tu..” teka Arissa dengan tiba-tiba.
Adnin Najwa tergeleng-geleng. Memanglah sembab sebab dah dua hari dua malam dia menangis bila saja ada peluang dan sebaik terjaga dari tidur. Adnin Najwa cuba tersenyum lagi. Namun senyumannya tetap senyuman pahit. Tanpa sedar, air matanya keluar lagi apabila sebak kembali memenuhi ruang dadanya. “Tak ada apa-apalah, Rissa. Aku teringat sangat dekat keluarga aku sejak kebelakangan ni. Kau aje yang aku ada.. Aku dah anggap kau macam adik aku, Rissa. Bila dengan kau, aku rasa selesa sangat. Macam bersama dengan keluarga aku..” dan air mata kembali membanjiri wajah Adnin Najwa. Ada sebab lain lagi dia menangis begini dan Arissa takkan tahu sebabnya.
“Shh.. Sabarlah, Ad.. Jangan terlalu menangisi orang-orang yang dah tiada ni.. Nanti kau ganggu ketenangan roh mereka di alam sana.. Nanti mesti roh ahli keluarga kau terseksa dek air mata kau ni.. Shh.. Sudahlah, lagipun dah lama pun kemalangan tu. Kau sabarlah..” getus Arissa, kembali memeluk Adnin Najwa dengan penuh perasaan simpati. Kasihan Adnin Najwa hidup sebatang kara selepas kehilangan keluarga tersayang. Syukurlah aku masih punyai keluarga serta ibu dan ayah.. Alhamdulillah.. Arissa turut terasa sayu.
Adnin Najwa terangguk-angguk. Bahu Arissa kembali basah lenjun dengan air mata Adnin Najwa yang bagaikan tidak mahu berhenti itu. Ya Allah, sesungguhnya aku sebatang kara dan anak yatim piatu. Hanya kepada-Mu aku bermohon perlindungan serta kasih sayang. Hanya kepada-Mu, ya Allah… Sesungguhnya dugaan-Mu ini terlalu besar untukku hadapi. Kuatkanlah hatiku, tabahkanlah diriku dalam menempuhi sisa-sisa hidupku yang masih panjang ini. Doa Adnin Najwa penuh tawaduk di dalam hati.
“Rissa..” panggil Adnin Najwa lalu melepaskan tubuh Arissa. Sahabatnya itu memandang wajahnya sambil terangguk-angguk. “Temankan aku shopping. Aku nak beli pakaian.. Aku nak jadi perempuan balik.. Ajar aku pakai tudung balik, dah lupa dah macam mana..”
Arissa sedikit terkejut mendengar kata-kata Adnin Najwa itu namun selepas itu dia tersenyum penuh kesyukuran. Alhamdulillah.. “Okey.. Eloklah tu, aku pun nak beli handphone baru ni.. Alhamdulillah, Wawa.. Kau dah kembali kepada diri kau yang asal.. Wawa yang pernah aku kenal dulu memang sangat manis berbaju kurung dan bertudung litup..”
“Janganlah puji sangat, kembang pulak aku nanti..” Adnin Najwa cuba berseloroh. Mereka berdua tertawa bersama selepas itu. Namun wajah Adnin Najwa berubah serius semula selepas tawa mereka berdua reda. “Alhamdulillah, aku sedar dah sekarang siapa diri aku yang sebenarnya. Allah sentiasa memberikan petunjuk.. Lumrah manusia, bila dah dalam kesusahan, barulah mereka akan sedar dan selalu ingatkan Allah..”
Arissa memeluk lagi badan Adnin Najwa walaupun kurang mengerti akan maksud kata-kata Adnin Najwa tadi. Dia hanya mampu berharap, Adnin Najwa tidak bersedih lagi. Ya Allah, Engkau lindungilah anak yatin piatu ini. Bahagiakanlah dia selalu.. Amin..




SEMINGGU berlalu..
IRFAN Naufal terasa mahu gila kini. Setiap hari dia dihantui rasa bersalah. Wajah Adnin Najwa kerap kali muncul dalam mimpi dan angan-anganannya. Walaupun ketika berjaga begini, Adnin Najwa juga yang memenuhi ruang kotak fikirannya. Kerja-kerjanya banyak yang terbengkalai kerana dia tidak mampu menumpukan perhatian. Irfan Naufal memandang kosong kertas kerja yang berselerakan di atas meja kerjanya.
Bunyi interkom mengejutkan Irfan Naufal. “Encik Irfan, Tan Sri nak jumpa..” suara Mimi iaitu setiausahanya kedengaran jelas.
“Okay.. Thanks for the info..” sahut Irfan Naufal dengan lemah. Tentu abahnya ingin bertanya pasal kertas kerja yang disiapkan olehnya baru-baru ini yang mempunyai banyak kesilapan.
Irfan Naufal melangkah perlahan menghampiri bilik Tan Sri Haji Zainal. Selepas mengetuk pintu, dia masuk lalu duduk di kerusi berhadapan abahnya. “Abah panggil Ir?”
“Abah nak tanya ni. Kenapa banyak sangat kesilapan dalam kertas kerta usahasama dengan Jaya Holdings ni? Kau tahu tak, projek ni bernilai ratusan juta ringgit? Jangan buat main-main! Kau sebagai Pengarah Urusan sepatutnya menunjukkan contoh yang baik. Apa dah jadi dengan kau sejak kebelakangan ni? Sebelum ni, kerja-kerja kau semua tak ada masalah. Tapi beberapa hari ni.. Macam-macam hal timbul! Mana lagi kertas kerja untuk projek lain yang abah suruh kau kaji dan buat? Esok kau dah kena bentangkan dalam meeting, tahu??” tegur Tan Sri Haji Zainal dengan tegas.
Irfan Naufal menarik nafas panjang. Dia langsung tidak boleh memandang wajah abahnya yang sedang marah itu. Hatinya gundah-gulana. Banyak perkara yang berada di dalam fikirannya. Terutamanya perkara mengenai Adnin Najwa. “Abah.. Maafkan Ir.. Nanti Ir siapkan..”
“Just tell me, why are you acting like this? Sejak kebelakangan ni, abah tengok Ir macam ada problem. Nampak kau macam tertekan sangat. Tak boleh beritahu abah problem kau tu ke?” soal Tan Sri Haji Zainal. Sudah lama dia ingin bertanya Irfan Naufal tentang sebab perubahan sikap anak lelakinya yang sungguh mendadak sejak kebelakangan ini.
“Tak ada apa-apa, bah..” balas Irfan Naufal, mulai terasa menggigil. Bimbang abahnya bertanya lebih lanjut. Peluh sudah kelihatan merenik kecil di dahinya walaupun penghawa dingin begitu kuat.
“Something must be wrong somewhere. Every time you made that face, I can feel that you’re hiding something from me. Pasal Rissa ke ni?” desak Tan Sri Haji Zainal lagi dengan gasakan soalannya. Wajahnya mulai berkerut memandang wajah Irfan Naufal yang kegelisahan.
“Bukan, abah. Bukan pasal Rissa..” dalih Irfan Naufal.
“Habis tu? Sebab apa? Jangan main-main atau tak tumpukan perhatian bila bekerja! Lagipun, abah ada hak untuk tahu masalah anak-anak abah sebab abah adalah bapak kau orang, faham?” marah Tan Sri Haji Zainal lagi.
“Fa.. Faham, abah..”
“Kalau faham, bagitau abah sekarang ni jugak! Apa masalah kau yang kau runsingkan sangat tu? Ingat abah tak perasan gelagat kau yang selalu resah dan gelisah? Kau ada buat salah kat sesiapa ke?” teka Tan Sri Haji Zainal dengan lancar sekali. Nada ketegasan kedengaran begitu nyata.
Irfan Naufal mulai panik. Apa yang perlu diperkatakan sekarang? Sudahlah dia tidak mampu untuk bercakap bohong pada abah dan umminya. Apatah lagi untuk menghancurkan hati kedua orang tuanya itu. Jika dia berbohong, hatinya yang semakin tidak senang nanti. Jika dia bercakap benar pula, tentu hati abah dan umminya hancur lebur selepas tahu bahawa dia telah merogol seorang gadis gara-gara sakit hati dan ego. Bibir Irfan Naufal sudah terketar-ketar. “Abah, Ir.. Ir..”
“Apa?” soal Tan Sri Haji Zainal dengan lantang. Dia bagai dapat menghidu sesuatu yang tidak baik daripada nada suara anak lelakinya itu. Pernah sewaktu anak lelakinya itu masih kecil, Irfan Naufal berkelakuan begini semasa memecahkan pasu bunga Puan Sri Hajjah Zairiah. Selepas ditanya berkali-kali barulah Irfan Naufal membuka mulut.
“Abah tolong bertenang dulu.. Ir.. Ir dah buat..” kata-kata Irfan Naufal terhenti seketika. Badannya semakin menggigil, bibirnya terketar-ketar. Aura abahnya yang sedang menunggu pengakuannya itu sedikit sebanyak membuatkan dia kecut perut.
“Kau buat apa sampai berkelakuan macam ni?” desak Tan Sri Haji Zainal lagi. Dia cuba bertenang dengan beritighfar panjang.
“Ir.. Ir dah.. Ir dah rogol orang, bah..” akui Irfan Naufal dengan hati yang berat. Dia memejamkan matanya sambil menahan sebak. Air mata terasa memenuhi kelopak matanya ketika ini. Pipinya terasa panas apabila air mata itu tumpah.
Tan Sri Haji Zainal terdiam dan tergamam. Matanya membulat selepas mendengar pengakuan Irfan Naufal. Bagaikan tak percaya, dia terduduk di kerusinya sambil terus beristighfar tanpa henti. Ya Allah! Benarkah anak yang telah aku didik dengan didikan secukupnya ini telah melakukan maksiat seperti itu? Merogol gadis? Ya Allah! Air mata seorang ayah kini mengalir menangisi perbuatan terkutuk anaknya sendiri.
“Ir.. Ir.. Abah tak sangka Ir jadi macam ni. Tak cukup lagikah abah dengan ummi didik Ir selama ni? Apa yang dah jadi pada kau, nak? Kenapa kau hancurkan hati abah macam ni? Tahu tak dosa merogol tu terlalu besar? Secara tak langsung, kau dah menganiayai gadis tu.. Kau ragut permata dia, nak.. Kenapa kau buat macam tu?!” tangis Tan Sri Haji Zainal dengan penuh perasaan kecewa.
Irfan Naufal juga turut menangis teresak-esak. Inilah kali pertama dia melihat air mata meniti di pipi abahnya. Tidak pernah sekali pun abahnya itu menangis walau sebesar mana pun dugaan yang menimpa. Abahnya seorang yang sungguh tabah dan bersabar. Kali ini, air matanya tumpah kerana aku? Ya Allah, dosaku bertambah kerana telah membuat bapaku menangis begini. Ampunilah aku.. Irfan Naufal terus menangis. “Abah, maafkanlah Ir. Ir pun tak tahu apa yang jadi malam tu.. Ir lupa siapa diri Ir, abah. Tak tahu kenapa Ir boleh bertindak kejam macam tu..”
“Tak payah mintak maaf dengan abah! Mintak maaf dengan Allah dan juga gadis yang kau dah aniayai tu.. Abah nak kau kahwin dengan dia! Kau kena cari dia sampai dapat! Kau kena kahwin hanya dengan gadis tu! Apalah salah dia sampai kau sanggup rogol dia?” tegas Tan Sri Haji Zainal sambil mengelap air mata terakhir. Mujurlah isterinya tidak mendengar pengakuan Irfan Naufal tadi. Jika tidak, tentu wanita itu akan berasa sungguh sedih dan malu. Malu kerana anak lelaki yang mereka didik sebaik mungkin itu telah melakukan perkara terkutuk.
Irfan Naufal terkedu dalam tangisan. Betul juga apa yang Tan Sri Haji Zainal katakan itu. Apalah sangat salah Adnin Najwa sehingga dia boleh menghukum gadis itu seperti itu? Masih terngiang-ngiang rayuan Adnin Najwa yang meminta supaya dirinya dilepaskan. Namun entah apalah yang sudah merasuk hati Irfan Naufal ketika itu? Jangankan kata rayuan, tolakan gadis itu juga dibalasnya dengan kekasaran. Yang penting dia dapat memuaskan nafsunya yang begitu memuncak ketika itu. Irfan Naufal terdiam tanpa sebarang kata-kata…




ARISSA membuka sampul surat merah hati yang ditinggalkan oleh Adnin Najwa kepadanya. Dengan esakan kecil, dia membaca surat yang ditulis sahabatnya itu. Arissa tidak menyangka yang Adnin Najwa telah berpindah lagi serta pergi begitu sahaja tanpa memberitahu sesiapa. Butik perniagaan milik gadis itu juga telah dijual kepada orang lain. Arissa sebak lalu menangis.

Assalamualaikum..
Rissa.. Kau janganlah sedih. Aku perlu pindah atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Aku tahu kau sedih, tapi janganlah sedih.. Kau tetap sahabat baik aku dunia akhirat, adik aku yang amat aku sayangi..
Insya-Allah, kalau ada jodoh nanti, kita jumpa lagi.. Aku pasti, kita mesti akan jumpa lagi jika diizinkan oleh Allah SWT.. Kau jaga diri baik-baik.. Jangan lupakan aku, tau? Bila kau dah jumpa aku balik nanti, sure kau terkejut punya sebab aku dah jadi betul-betul macam aku yang lemah-lembut dulu. Aku takkan brutal lagi macam Ad yang kau baru kenal hari tu.. Aku akan jadi Wawa buat selama-lamanya, sampailah aku mati..
Salam sayang dari aku.. Adnin Najwa.

Arissa mengelap air matanya. Wajah Adnin Najwa yang manis bertudung kelmarin sewaktu mereka makan tengah hari bersama kembali terbayang-bayang. Senyuman manis gadis jelita itu memang terlalu indah. Ada cahaya yang terbit dari wajah yang tersenyum itu. Namun di sebalik senyuman Adnin Najwa, Arissa tahu ada duka yang tersimpan di dalam hati gadis itu.
Arissa terpaksa pasrah menerima kejutan kali kedua Adnin Najwa ini. Dulu, kejutan pertama ialah sewaktu Adnin Najwa berpindah mengejut dari kampung mereka. Kini, entah ke mana pula kawannya itu berpindah. Ya Allah, walau di mana dia berada, Engkau lindungilah dia.. Sesungguhnya dia keseorangan dalam dunia yang penuh cabaran ni.. Aminn.. Arissa mengelap lagi air mata terakhir yang tumpah. Selepas itu dia melipat surat berkenaan dengan kemas.

p/s : maaf terlewat..janji malam tadi..tapi saya tertidur..huhu..maaf ek.. :)

Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 2/01/2012 10:59:00 AM
Labels: Kurelakan Kasihmu

37 comments:

  1. AnonymousWednesday, February 1, 2012 at 11:25:00 AM GMT+8

    owh..nnt bile irfan jumpe wawa mesti irfan ajak kawen..kan?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. AnonymousWednesday, February 1, 2012 at 11:30:00 AM GMT+8

    padan muke ngan irfan ni..buat anaiya kt adin..kan dh kna kahwin..huh

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousWednesday, February 1, 2012 at 11:34:00 AM GMT+8

    habuk mne la mai msuk mata cheq ni..huhu..sedey..hope adnin tabah..kak auni..cpt2 smbung..hehe..ag stu ble novel kak auni mampu mencintaimu nk release..xsabar nk bce ending dia..chayok2 kak auni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღWednesday, February 1, 2012 at 11:50:00 AM GMT+8

      huhu sedih ek? sabar2..bahagia pasti menanti setiap insan yg dilanda dugaan macam adnin najwa tu :)

      MM mungkin keluar paling awal la bulan 3 nnti..paling lambat bulan 4 atau 5.. :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  4. AnonymousWednesday, February 1, 2012 at 11:34:00 AM GMT+8

    la....wawa dah pergi??? kesian sgt2 nasib wawa. runsing la tu irfan nak cari wawa,abah dia suruh kawin wawa dah pergi.....nasib la kau irfan cari wawa sampai dpat jgn sampai pgi luar negara sudah....writer next n3 plizzz

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. nuraWednesday, February 1, 2012 at 11:37:00 AM GMT+8

    mane agaknye wawa bwk diri?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. nur afieyfaWednesday, February 1, 2012 at 11:44:00 AM GMT+8

    best3..smbung lg..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. ღAuni_AmauniღWednesday, February 1, 2012 at 11:51:00 AM GMT+8

    tq semua yg sudi baca & tinggalkan komen.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. ZassWednesday, February 1, 2012 at 12:11:00 PM GMT+8

    omg!!!! best sangat sangat!! suke dah dengan watak irfan naufal!! begitulah baru dikatakan lelaki yang bertanggung jawab. tapi beri dia sedikit pelajaran atas perbuatan kejinya. sungguh! kalau di negara arab, kepalanya boleh dipancung dowh! jangan main-main dengan rogol!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. umi kalsomWednesday, February 1, 2012 at 12:25:00 PM GMT+8

    menarik. :)
    ada kelainan bila irfan tu berterus terang.
    hope ifran dpt cari adnin smpai jumpa =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. Tie TinieWednesday, February 1, 2012 at 12:53:00 PM GMT+8

    Auni... kenapa wawa lariiiii... mesti irfan x dapat cari wawa lepas nie,...
    kesian ngan irfan... confirm kena marah ngan bapak dia... kesian nya...
    hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. UnknownWednesday, February 1, 2012 at 12:54:00 PM GMT+8

    bestttttt sgt...
    sian ngan nasib si wawa...
    adakah irfan akn jumpa wawa n berkahwin ngan dia...
    adakah wawa sanggup n terima irfan..
    aduhhhh nk jawapan nyerrrr sis...
    sambung lg n cpt2 yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. AnonymousWednesday, February 1, 2012 at 1:09:00 PM GMT+8

    best.. semoga Irfan dpt tebus kesalahannya nti dan berjumpa dgn wawa semula.. huhu.. smbg cepat ya writer.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. nhD-chanWednesday, February 1, 2012 at 1:31:00 PM GMT+8

    cian sgt ngan wawa....biar irfan kawen ngan wawa...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. AnonymousWednesday, February 1, 2012 at 3:21:00 PM GMT+8

    Kalau seorang lelaki rogol 2 org gadis, kena kahwin dua2? kalau 2 gadis tu adik-beradik macam mana?
    rasanya tindakan yg betul gi serah diri ke balai polis.
    hmmm.....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. intanWednesday, February 1, 2012 at 3:22:00 PM GMT+8

    asalkan Adnin tu jgn senang2 nak maafkan Irfan sudah... bagi Irfan stress byk2.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. AnonymousWednesday, February 1, 2012 at 4:53:00 PM GMT+8

    huhuhu..sedih la..kesian kat adnin najwa...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. NurAtiZaWednesday, February 1, 2012 at 5:19:00 PM GMT+8

    Kesian dekat adnin najwa...sebab satu salah faham die yg jadi mangsa...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. zanaWednesday, February 1, 2012 at 5:25:00 PM GMT+8

    waa...dh lama tak komen kat sini... =) new novel nie bestlah...

    nnt adnin mengandung ek? irfan kena cari adnin lepas nie... jahat irfan ni.. =(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. blinkallthedayWednesday, February 1, 2012 at 5:56:00 PM GMT+8

    sian wawa..mesti irfan nyesal, dan susah nak cr wawa dah pasni...bagus tindakan wawa bawa diri tempat lain..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. NurfazzyWednesday, February 1, 2012 at 7:10:00 PM GMT+8

    huaaggghhhh..... menangis baca...huhu....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. UnknownWednesday, February 1, 2012 at 7:22:00 PM GMT+8

    kesian kat wawa, kesian kat irfan. mintak2 irfan akan jumpa wawa dan wawa akan terima irfan.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. Najwa MFWednesday, February 1, 2012 at 7:28:00 PM GMT+8

    sambung kak smbung... x sbrnye :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. Najwa MFWednesday, February 1, 2012 at 7:29:00 PM GMT+8

    huahuahua... cedihnye.. smbung la lg kak... syiokk ah... xD

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. Aida NadiaWednesday, February 1, 2012 at 9:09:00 PM GMT+8

    laaa...cdeh la plakkkk...
    btw cpt2 la smbng ye...
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. ShadWednesday, February 1, 2012 at 9:22:00 PM GMT+8

    terbaik..sweetnya citer nie.. cpat2 smbung ya kak..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. QasehSuciWednesday, February 1, 2012 at 10:42:00 PM GMT+8

    Alhamdulillah...mmg nk si Irfan tu bertanggungjwb pun..bgs lah..

    bestlah auni..x sambar nk tggu sambungan..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. ღAuni_AmauniღThursday, February 2, 2012 at 12:25:00 PM GMT+8

    thanks ya kepada semua yg sudi meninggalkan sepatah dua kata..

    saya amat menghargainye..huhu tunggu sambungannya nanti.. :)

    love u guys.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  28. AnonymousFriday, February 3, 2012 at 11:07:00 AM GMT+8

    best gilos la sis..seb bek tak gilos lagi nie..huahuahuahuaa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  29. MisS_SyaFriday, February 3, 2012 at 11:11:00 AM GMT+8

    hurm2..nanges sya dgan nasib adnin ni sis :'(

    thank you utk sbuah lagi karya yg sgt best, sis.

    pasti daboom mcm novel2 sis yg lain =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  30. AnonymousFriday, February 3, 2012 at 11:59:00 AM GMT+8

    sedih citer ni...uhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  31. Hana NorisaSaturday, February 4, 2012 at 12:20:00 AM GMT+8

    sian kat adnin..sampai hati Irfan wat mcm tu..padan muka kna kahwin..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  32. syazriniSaturday, February 4, 2012 at 8:42:00 AM GMT+8

    sedehnyer..hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  33. cleoMonday, February 6, 2012 at 12:58:00 PM GMT+8

    best cte nih...keep it up cik writer...tp nk request ley? heheh...nk wawa jd eroin ek...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  34. Ain SabrinaMonday, February 6, 2012 at 1:21:00 PM GMT+8

    cepatlah sambung.... kesian ad.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  35. AnonymousSunday, April 22, 2012 at 2:22:00 AM GMT+8

    Best sgt2. Semua karya auni tak mengecewakan. Tumb up. 10 bintang.
    -jaja-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  36. Ayu dzulkarnainSunday, May 6, 2012 at 7:58:00 PM GMT+8

    sedih!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu