IRFAN
Naufal menggeletar. Badannya menggigil melihat Adnin Najwa yang sudah pengsan.
Wajah gadis itu kelihatan sungguh pucat, tubuhnya nampak lemah. Kini Irfan
Naufal sudah sedarkan diri. Apa yang aku dah buat ni? Aku rogol dia? Irfan
Naufal meraup wajahnya berkali-kali lalu memakai semula baju kemeja dan seluar
panjangnya. Dia tidak menyangka yang dia tewas kepada hasutan nafsu dan juga
syaitan.
Inilah
kali pertama dia bersama perempuan dan dengan cara merogol begini? Niatku hanya
untuk menggertak dia dan menyedarkan dia bahawa dia tu adalah perempuan! Tapi,
macam mana aku boleh lupa diri sampai sanggup merogol tomboy ni? Irfan Naufal
terduduk di birai katil.
“Jantan
tak guna.. Kau.. Kau rogol aku..” suara Adnin Najwa kedengaran terketar-ketar.
Gadis itu baru terjaga dari pengsan. Dia menatap tubuhnya yang terdedah itu.
Tangannya terkapai-kapai ingin mencapai selimut bagi menutup tubuhnya itu yang
sudah tiada harga lagi.
Irfan
Naufal cuba bertenang. Dia tidak boleh biarkan Adnin Najwa membuat laporan
polis atau memberitahu sesiapa pasal perkara ini, termasuklah Arissa. Irfan
Naufal segera bangun mencapai telefon bimbitnya. Dengan pantas dia mengambil
gambar Adnin Najwa yang masih tidak memakai apa-apa itu.
“Kau
buat apa lagi tu?! Jangan ambil gambar aku.. Tolonglah, aku merayu.. Jangan..
Cukuplah kau rogol aku..” rayu Adnin Najwa dengan lemah. Dia gagahi diri
mencapai selimut lalu tubuhnya segera dibalut dengan selimut itu.
“Ini
sebagai jaminan yang kau takkan buat laporan polis atau beritahu sesiapa
termasuk Rissa. Kalaulah kau bukak mulut, aku takkan teragak-agak sebarkan
gambar-gambar bogel kau ni di internet..” ugut Irfan Naufal dengan wajah
serba-salah. Dia tidak mahu mengugut Adnin Najwa begini selepas meragut
kesucian gadis itu, tetapi demi menyelamatkan diri serta maruah keluarganya,
dia sanggup berbuat apa sahaja.
“Sial!
Jantan keparat! Dayus! Tak guna! Sampah masyarakat!!” caci Adnin Najwa dengan
tangisan yang bergema. Dia terasa api kebenciannya begitu meluap-luap terhadap
Irfan Naufal ketika ini. Sakitnya hati dia sudah tidak dapat dibendung lagi.
“Nah,
duit ganti rugi.. Sorry, aku kena
pergi dulu. Ingat, kau jangan pandai-pandai nak beritahu sesiapa. Kalau aku
dapat tahu kau beritahu orang, aku akan cemarkan maruah kau yang dah memang
tercemar tu.. Dan ambil kot aku tu sebab t-shirt kau dah terkoyak semalam
tukan.. Ingat ye, jangan bertindak yang bukan-bukan lepas ni?” gertak Irfan
Naufal lagi. Dia mencampakkan beberapa not seratus ringgit ke arah Adnin Najwa
yang kini meraung-raung bagai orang yang sudah kehilangan akal.
“Sial!
Aku tak inginkan duit kau! Aku tak ingin!!!!” bentak Adnin Najwa sambil
menangis teresak-esak. Dia merasakan dirinya seperti seorang pelacur apabila diperlakukan
begini. Sesudah tubuhnya dijamah, lelaki itu menabur wang pula. Ibarat dia
sedang menjual diri dalam terpaksa.
“Habis
tu, kau nak apa? Kau nak kahwin dengan aku? Hei, Rissa aje yang layak jadi
isteri aku. Kau tak layak langsung! Ikut suka kaulah nak ambil atau buang duit
tu. Bukannya berapa sangat tu, lima ratus ringgit aje pun.. Aku pergi dulu..”
pamit Irfan Naufal dengan lirikan sinis. Entah kenapalah dia perlu bercakap begitu
dengan Adnin Najwa, dia pun tidak tahu. Egonya lebih menguasai ketika ini.
Adnin
Najwa hanya tahu menangis. Dia terbayang kembali wajah-wajah lelaki yang ingin
merogolnya 7 tahun lepas. Dia telah diculik dan dibawa masuk jauh ke ladang
sawit.ketika dalam perjalanan hendak pulang ke rumahnya. Kerana tiada sesiapa
yang boleh melindunginya lagi, dirinya kerap diganggu oleh lelaki-lelaki tak
berguna itu.
Dulu,
ayah dan juga adik-adik lelakinya selalu menjadi pelindung. Tetapi, selepas
dirinya sebatang kara, lelaki-lelaki itu semakin berani sehingga sanggup
menculik dan ingin merogolnya bergilir-gilir. Mujurlah ketika itu ada pihak polis
yang membuat rondaan di sekitar kawasan ladang sawit berkenaan bagi mengesan
serta memberkas penagih-penagih dadah yang berleluasa. Pihak polis terdengar
jeritan Adnin Najwa dan terus bergegas menyelamatkannya. Kesemua lelaki yang
menculiknya berjaya diberkas pihak berkuasa.
Adnin
Najwa sangat bersyukur, namun dia terlalu trauma. Dia bertekad mengubah
penampilan dirinya menjadi seperti lelaki dan berpindah ke tempat yang sesiapa
pun takkan mengenalinya. Suatu tempat di mana orang-orang di situ menganggapnya
sebagai lelaki. Bersusah-payah dia hidup berdikari dengan penampilan diri
begini tanpa ada gangguan lagi dari lelaki jahat, dia berjumpa juga dengan lelaki
seperti Irfan Naufal yang kuat ego dan juga jahat ini.
“Hoi!
Kau mengelamun apa lagi tu? Aku pergi dulu! Bye..
Ambil duit tu, rugi jugak kalau kau
buang..” Irfan Naufal terus berlalu dari situ.
Adnin
Najwa terjerit-jerit sendirian melihat kelibat Irfan Naufal yang sudah
menghilang dari sebalik pintu bilik itu. Ya Allah, ampunilah aku.. Kerana telah
melanggar hukum-Mu. Aku pasti, inilah balasan untuk dosaku tidak bertudung dan
berpakaian seperti lelaki. Apa yang Engkau telah nyatakan haram, aku telah menghalalkannya.
Agaknya inilah pengajaran yang aku dapat. Walau bagaimanapun aku mengubah
penampilan diri, aku tetap adalah seorang perempuan.
Adnin
Najwa membiarkan air matanya deras ke pipi. Wajah Irfan Naufal datang
berselang-seli dengan wajah-wajah lelaki yang pernah cuba merogolnya suatu masa
dahulu. Adnin Najwa menggigit bibirnya, dia meraung lagi dengan suara esakan
yang menjadi-jadi. Rambutnya yang kusut masai dipegang dan ditarik-tarik dengan
sepenuh perasaan tertekan. Dia menjatuhkan pandangan ke tubuhnya yang
kemerah-merahan akibat dikasari oleh Irfan Naufal. Air matanya meleleh lagi.
“Jantan
sial!!” jerit Adnin Najwa lagi berkali-kali. Hanya itu sahaja yang dia boleh
lakukan. Memaki hamun Irfan Naufal dan menangis semahu-mahunya mengenangkan
nasib dirinya yang malang ini.
Tangan
Adnin Najwa menggenggam selimut dengan erat lalu ditarik-tarik membaluti
tubuhnya. Berlapis-lapis sudah rasanya dia membalut tubuhnya itu.
IRFAN
Naufal keresahan. Dia baru sahaja sampai ke rumah. Sepanjang perjalanannya tadi,
dia langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada pemanduan. Mujurlah tidak
kemalangan. Dengan cepat, dia mengatur langkah untuk ke biliknya. Dia tidak
mahu terserempak dengan abahnya. Bimbang orang tua itu akan banyak soal. Dan
dia pasti takkan dapat menipu abahnya itu walau sekecil-kecil penipuan. Sejak
kecil dia memang diasuh dengan baik oleh umminya supaya tidak menipu. Dan
memang sejak kecil dia tidak biasa menipu kedua-dua orang tuanya itu.
“Assalamualaikum,
Ir.. Dah pukul berapa ni baru balik rumah?” kedengaran suara Tan Sri Haji
Zainal menegur Irfan Naufal sebelum sempat dia naik ke tingkat atas.
Habis
berderau darah Irfan Naufal mendengar suara garau abahnya itu. Jantungnya sudah
berdenyut-denyut tidak normal. Wajahnya dipalingkan menghadap abahnya yang
sudah berada di sebelahnya. Orang tua itu masih berkopiah, barangkali baru
selesai membaca al-Quran. Itulah rutin abahnya hampir setiap malam. “Waalaikumussalam,
bah. Hari ni Ir ada hal sikit. Ala, tak lewat pun ni, baru pukul 11 malam,
abah..”
“Lewatlah
tu. Selalu kau tu balik awal.. Pukul 8 dah ada kat rumah, makan malam dengan
abah dan ummi. Tapi hari ni, tak ada pulak. Dah makan ke ni?” Tan Sri Haji
Zainal sudah memulakan soalannya.
“Dah
makan tadi, abah. Ir masuk bilik dulu, nak mandi. Badan rasa melekit-lekit dah
ni. Jumpa abah esok masa sarapan pagi, okey?” ujar Irfan Naufal, ingin segera
meminta diri.
“Haii..
Lain macam aje kau hari ni, Ir? Ada apa-apa ke? Selalu, kau berborak dengan
abah dulu sebelum masuk tidur.. Hari ni, adik kau si Alida tu aje yang temankan
abah dengan ummi kau berborak. Dahlah dia tu sibuk tahun akhir kat kolej dia
tu, kena pulak layan abah dengan ummi bercerita..” rungut Tan Sri Haji Zainal
sambil tergeleng-geleng kepala.
“Hisy,
abah ni. Sekali-sekala Alida yang temankan abah dengan ummi, okey apa tu. Sorrylah, esok Ir berborak dengan abah
dan ummi. Ir janji! Goodnight, abah..
Ucapkan pada ummi jugak, mesti dia dah tidur kan?” teka Irfan Naufal. Dia tahu,
Puan Sri Hajjah Zairiah itu memang suka tidur awal. Kadang-kadang, pukul 9
malam sudah terlena dibuai mimpi selepas menunaikan solat Isyak berjemaah
bersama abahnya.
“Betul
tu. Ummi kau dah lama dah tidur.. Lepas kami solat Isyak lagi tadi.. Hmm,
okey.. Jumpa esok..” balas Tan Sri Haji Zainal perlahan. Dia pelik melihat
sikap anak lelakinya itu yang tampak kelam kabut serta sedikit resah. Mungkin
Irfan Naufal masih memikirkan tentang Arissa? “Pasal hal Rissa tu, betul kau
nak putuskan pertunangan kau orang? Cadangan ummi kau, esok atau lusa kami akan
ke rumah keluarga Rissa pulangkan cincin pertunangan tu. Tapi, ummi kau
berharap sangat yang kau takkan putus tunang dengan Rissa. Kami malu jugak nak
berdepan dengan keluarga Rissa tu nanti..”
Irfan
Naufal menelan liur. Mana mungkin dia mampu berhadapan dengan Arissa lagi selepas
apa yang berlaku tadi. Irfan Naufal menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan
dengan berat. Dia sungguh sayangkan Arissa, tetapi rasanya sekarang dia sudah
tidak layak lagi untuk gadis itu kerana dia sudah mengotorkan dirinya selepas
bersama gadis lain. “Ir serius, abah.. Ir rasa, inilah jalan terbaik untuk
kami. Kami dah bincang petang tadi.. Ir dah bagi balik cincin tu, dia pun
sama.. Jadi, abah dengan ummi cuma pergi bercakap aje dengan keluarga Rissa
pasal kami nak putus ni.. Maafkan Ir, memang Ir dah tak boleh lagi dengan
Rissa..”
“Apa
masalah kau orang ni? Cuba beritahu abah, mungkin abah boleh tolong bagi
pendapat dan pandangan?”
“Tak
payahlah, abah. Rissa tak ada salah apa-apa pun. Cuma Ir ni aje yang dah tak
boleh bersama dia..” kias Irfan Naufal dengan wajah sugul. Hatinya sungguh
berat untuk melepaskan Arissa pergi dari hidupnya namun dia terpaksa juga demi
rasa malu dan bersalahnya terhadap Adnin Najwa. Irfan Naufal sungguh keliru
tentang apa yang perlu dibuat olehnya ketika ini. Dia buntu, sangat buntu.
Tan
Sri Haji Zainal berkerut dahi. Salah Irfan Naufal ke sampaikan hubungan Irfan
Naufal dan Arissa terputus di tengah jalan? Dia cuba mencari sinar dari wajah
anak lelakinya yang nampak semakin gelisah itu. “Salah Ir ke hubungan Ir dengan
Rissa putus tu? Apa yang Ir dah buat pada Rissa?” korek Tan Sri Haji Zainal.
“Nothing, abah. Janganlah risau. Mungkin
kami tak ada jodoh. Ir naik dulu bersihkan diri. Nak solat Isyak lagi.. Ir
belum solat, abah..” pamit Irfan Naufal dengan wajah serba-salah. Janganlah
abahnya itu terlalu memaksa sehinggakan dia terpaksa menceritakan perkara yang
baru terjadi tadi.
“Belum
solat? Oh, okey.. Cepat-cepat solat, dah lewat pun ni.. Orang solat awal waktu,
kau solat dah dekat tengah-tengah waktu..” leter Tan Sri Haji Zainal sambil
menggeleng-gelengkan kepala.
Irfan
Naufal menarik nafas lega lalu segera berlari naik ke biliknya. Namun jauh di
sudut hatinya, perasaan bersalah begitu menebal mengenangkan Adnin Najwa yang
ditinggalkan begitu saja selepas dia puas meragut kesucian gadis itu. Ya Allah,
kenapalah aku boleh lupa diri tadi? Kenapa aku boleh termakan dengan hasutan
iblis dan nafsu? Why do I lose myself?
Tak cukup merogol dia, aku ambil gambar dia dan ugut dia lagi? Ya Allah,
ampunilah aku..
Benarlah,
jangan berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram. Dah tentu syaitan akan
mengambil kesempatan menghasut serta menggoda dengan penuh bersungguh-sungguh
kerana itu adalah peluang untuk menyesatkan anak-anak Adam. Irfan Naufal bangun
berdiri selepas duduk. Dia mundar-mandir pula di sekeliling biliknya yang luas
itu.
Kerana
ego yang menggunung dan rasa tercabar si tomboy memorak perandakan hubungannya
dengan Arissa, dia sanggup butakan hati memerangkap Adnin Najwa ke bilik hotel
itu berdua-duaan dengannya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh lupa
diri selepas ternampak bahu dan dada putih gebu Adnin Najwa tadi padahal
niatnya hanya ingin menggertak dan menyedarkan Adnin Najwa tentang fitrah gadis
itu diciptakan sebagai perempuan.
Dia
langsung tidak terfikirkan caranya yang memang nyata salah itu. Akibat terlalu
mengikut kata hati yang ego dan tercabar, disertakan pula nafsu yang
mengiringi, syaitan yang bersorak-sorak gembira kerana berjaya menghasutnya
habis-habisan, dia sanggup memilih jalan yang tidak elok begini.
Sejahat-jahat
dia, dia tidak pernah berzina dengan perempuan sebelum ini. Sejahat-jahat dia,
hanya mulutnya sahaja yang jahat. Dia akui dia memang ego serta tidak suka
mengalah kecuali mengalah dengan kedua orang tuanya. Arissa sahaja yang
memahami dia selama ini. Tetapi kerana Adnin Najwa, Arissa berubah. Itulah yang
membuatkan Irfan Naufal rasa tercabar. Seorang tomboy sahaja sudah berjaya
merubah Arissa? Namun Irfal Naufal menyesal kini dengan perbuatannya ke atas
Adnin Najwa. Dia tidak tahu apa yang patut dibuat olehnya. Dia buntu walaupun
berasa sungguh bersalah selepas menyedari dirinya telah merogol seorang gadis.
Irfan
Naufal mencapai tuala mandi. Dia ke bilik air membersihkan diri walaupun dia
yakin yang dirinya takkan bersih lagi kini selepas apa yang telah dia lakukan.
Ya Allah, patutkah aku menikahi Adnin Najwa? Irfan Naufal menggigit bibirnya. Tanpa
sedar, dinding bilik air itu ditumbuknya berkali-kali. Dan air matanya mengalir
seiring dengan pancuran air yang sedang membasahi seluruh tubuhnya.
“Kau
tak payahlah kahwin dengan budak tomboy tu.. Kau tak bersalah pun, kau dah ajar
dia jadi perempuan. Kira okeylah tu.. Membimbing dia balik ke fitrah dia
sendiri..” bisikan suara halus kedengaran di cuping telinga Irfan Naufal.
Syaitanlah yang berbisik dengan tujuan untuk menghasut Irfan Naufal dari
membuat perkara kebaikan. Sekali Irfan Naufal berjaya disesatkan, berkali-kali
lagi syaitan ingin terus menyesatkan Irfan Naufal.
Tapi,
aku dah rogol dia! Aku berdosa! Teriak hati Irfan Naufal.
Kau
bukan rogol dia.. Tapi kau ajar dia.. Bisik syaitan lagi, cuba menghasut
seboleh-bolehnya.
Tak!
Takkk.. Aku rogol dia! Aku dah rogol tomboy tu! Irfan Naufal menutup kedua
belah telinganya. Dia terus menangis dan terduduk di atas lantai. Pancuran air
dibiarkan terus membasahi badannya..
ADNIN
Najwa berjalan lemah menuju ke keretanya. Sakit masih terasa di bawah
ari-arinya. Semua mata yang memandang ke arahnya seolah tertanya-tanya apakah
yang sedang dia alami ketika ini kerana tangisan masih setia menemaninya. Kesakitan
masih terasa menggigit-gigit setiap inci tubuhnya yang dikasari selama
berjam-jam tadi. Dia hanya dapat melihat kerakusan lelaki itu sambil
mengalirkan air mata tanpa dapat berbuat apa-apa kerana dia terlalu lemah.
Rambutnya
dibetul-betulkan sebaik sahaja dia memasuki kereta. Namun selepas itu, dia
menggosok-gosok pula kepalanya sehingga rambutnya kembali menjadi tidak
terurus. Dengan sepenuh perasaan, dia menangis teresak-esak di tempat duduk
pemandu itu. Bangunan hotel yang tersergam indah di hadapan matanya kini
dipandang dengan pandangan penuh rasa benci. Benci kerana di hotel itulah dia
diperangkap dan dirogol tanpa belas kasihan.
Adnin
Najwa menarik nafas dalam-dalam. Dia mula menghidupkan enjin kereta, memandu ke
sebuah tebing tinggi. Sebaik sampai, dia turun dari kereta dan menghampiri tepi
tebing itu. Cahaya lampu jalan menerangi tempatnya berdiri. Pandangannya
dihalakan ke bawah. Di bawah tebing tu terdapat cenuram-cenuram yang amat menggerunkan.
Adnin Najwa meletakkan tangannya ke penghadang di tepi tebing itu. Penghadang
yang dibina oleh kerajaan bagi mengelakkan kemalangan.
Adnin
Najwa cuba berdiri dengan teguh walaupun dia masih terasa sakit. Dengan sekuat
hatinya, dia menjerit dan meraung-raung melepaskan perasaan tertekannya.
Sesudah puas menjerit dan meraung, Adnin Najwa menangis semula. Dia memandang
pemandangan kotaraya Kuala Lumpur yang sungguh indah dari tebing tinggi itu. Ya
Allah, tabahkanlah hatiku ini.. Ampunilah segala dosa-dosaku.. Aku bermohon
dari-Mu, tabahkanlah hatiku.. Bantulah hamba-Mu yang sungguh lemah ini.. Adnin
Najwa berdoa dengan sepenuh hati. Air mata usah dikata lagi, memang sentiasa
menghiasi mukanya sejak tadi lagi.
“KENAPA
ni, Ad? Kau okey ke?” tanya Arissa sebaik sahaja Adnin Najwa meluru ke arahnya
lalu memeluk tubuhnya dengan agak kuat. Tangisan halus kedengaran dan bahu
Arissa terasa basah dengan air mata Adnin Najwa.
“Rissa,
kenapa aku call kau tak dapat-dapat?”
soal Adnin Najwa dengan suara tangisan yang sungguh memilukan.
“Laa..
Habis tu kau menangis ni sebab tak dapat call
aku aje? Rindu sangat ke ni?” Arissa tersenyum kecil sambil mengusap-usap
belakang Adnin Najwa dengan lembut. “Handphone
aku hilang. Tak tahu letak kat mana.. Jadi, aku bercadang hari ni aku nak pergi
beli handphone baru. Kau nak follow tak? Bagus jugak aku guna handphone baru dengan nombor telefon
baru, tak payah lagi risau kalau-kalau si Irfan tu akan call aku lagi. Manalah tahu, nanti dia cari aku balik..” terang
Arissa bersama sebuah keluhan kecil.
Adnin
Najwa yang mendengar nama Irfan Naufal disebutkan oleh Arissa, terus berubah
wajah. Hatinya sakit, jiwanya bagai dihiris-hiris. Tanpa dipinta, air matanya
mengalir lagi. Dia sebak apabila peristiwa dua malam yang lepas kembali
berputar dalam benaknya. Kerakusan Irfan Naufal masih terlayar di ruangan
matanya yang dipenuhi oleh air jernih.
“Hey, what’s wrong with you today? Baru
dua hari tak jumpa aku, kau dah rindu sangat macam ni ke?” usik Arissa dengan
tujuan untuk menceriakan suasana.
Adnin
Najwa melonggarkan pelukan. Dia bertatapan dengan Arissa lalu mengesat air mata
di pipinya. Dia tidak terkata apa-apa, hanya mampu mendiamkan diri. Dia masih
teringat ugutan Irfan Naufal supaya tidak mendedahkan peristiwa itu kepada
sesiapa terutamanya Arissa. Lagipun, jika dia menceritakan kepada Arissa
tentang perbuatan jahat Irfan Naufal, tentu Arissa akan bersedih. Adnin Najwa
sudah tidak tahu bagaimana lagi untuk menyembunyikan rasa kesedihannya ini.
“Yes, I’ve been missing you a lot, honey..
Sebab tulah aku menangis ni. Sebab terlalu rindukan kau..” ujar Adnin Najwa
bersama sebuah senyuman pahit. Memang dia amat memerlukan Arissa bagi
melepaskan perasaan sedih yang terbuku di hatinya ini. Biarlah walaupun Arissa
tidak tahu tentang penderitaannya, asalkan dia berasa sedikit bahagia dapat bersama
Arissa yang sudah seperti adiknya sendiri itu.
Arissa
tersengih lebar. Jemari halusnya meniti di bawah mata Adnin Najwa yang sembab.
Pelik juga Arissa, takkanlah Adnin Najwa menangis berhari-hari kut kerana
rindukan dia? Kesan sembab pada mata Adnin Najwa itu memang agak teruk. Tentu
Adnin Najwa menangis tanpa henti ni. Tapi, sebab apa? Tak logik juga dia
menangis sebab rindukan aku.. Arissa mulai terasa pelik dan bersimpati melihat
wajah murung sahabatnya itu. Senyumannya tadi terus mati.
“Kenapa
mata kau sembab sangat ni? Kau menangis sebab ada masalah, kan? Bukan sebab
rindukan aku sangat tu..” teka Arissa dengan tiba-tiba.
Adnin
Najwa tergeleng-geleng. Memanglah sembab sebab dah dua hari dua malam dia
menangis bila saja ada peluang dan sebaik terjaga dari tidur. Adnin Najwa cuba
tersenyum lagi. Namun senyumannya tetap senyuman pahit. Tanpa sedar, air
matanya keluar lagi apabila sebak kembali memenuhi ruang dadanya. “Tak ada
apa-apalah, Rissa. Aku teringat sangat dekat keluarga aku sejak kebelakangan ni.
Kau aje yang aku ada.. Aku dah anggap kau macam adik aku, Rissa. Bila dengan
kau, aku rasa selesa sangat. Macam bersama dengan keluarga aku..” dan air mata
kembali membanjiri wajah Adnin Najwa. Ada sebab lain lagi dia menangis begini
dan Arissa takkan tahu sebabnya.
“Shh..
Sabarlah, Ad.. Jangan terlalu menangisi orang-orang yang dah tiada ni.. Nanti
kau ganggu ketenangan roh mereka di alam sana.. Nanti mesti roh ahli keluarga
kau terseksa dek air mata kau ni.. Shh.. Sudahlah, lagipun dah lama pun kemalangan
tu. Kau sabarlah..” getus Arissa, kembali memeluk Adnin Najwa dengan penuh
perasaan simpati. Kasihan Adnin Najwa hidup sebatang kara selepas kehilangan
keluarga tersayang. Syukurlah aku masih punyai keluarga serta ibu dan ayah..
Alhamdulillah.. Arissa turut terasa sayu.
Adnin
Najwa terangguk-angguk. Bahu Arissa kembali basah lenjun dengan air mata Adnin
Najwa yang bagaikan tidak mahu berhenti itu. Ya Allah, sesungguhnya aku
sebatang kara dan anak yatim piatu. Hanya kepada-Mu aku bermohon perlindungan serta
kasih sayang. Hanya kepada-Mu, ya Allah… Sesungguhnya dugaan-Mu ini terlalu
besar untukku hadapi. Kuatkanlah hatiku, tabahkanlah diriku dalam menempuhi
sisa-sisa hidupku yang masih panjang ini. Doa Adnin Najwa penuh tawaduk di
dalam hati.
“Rissa..”
panggil Adnin Najwa lalu melepaskan tubuh Arissa. Sahabatnya itu memandang
wajahnya sambil terangguk-angguk. “Temankan aku shopping. Aku nak beli pakaian.. Aku nak jadi perempuan balik..
Ajar aku pakai tudung balik, dah lupa dah macam mana..”
Arissa
sedikit terkejut mendengar kata-kata Adnin Najwa itu namun selepas itu dia
tersenyum penuh kesyukuran. Alhamdulillah.. “Okey.. Eloklah tu, aku pun nak
beli handphone baru ni..
Alhamdulillah, Wawa.. Kau dah kembali kepada diri kau yang asal.. Wawa yang
pernah aku kenal dulu memang sangat manis berbaju kurung dan bertudung litup..”
“Janganlah
puji sangat, kembang pulak aku nanti..” Adnin Najwa cuba berseloroh. Mereka
berdua tertawa bersama selepas itu. Namun wajah Adnin Najwa berubah serius
semula selepas tawa mereka berdua reda. “Alhamdulillah, aku sedar dah sekarang
siapa diri aku yang sebenarnya. Allah sentiasa memberikan petunjuk.. Lumrah
manusia, bila dah dalam kesusahan, barulah mereka akan sedar dan selalu
ingatkan Allah..”
Arissa
memeluk lagi badan Adnin Najwa walaupun kurang mengerti akan maksud kata-kata
Adnin Najwa tadi. Dia hanya mampu berharap, Adnin Najwa tidak bersedih lagi. Ya
Allah, Engkau lindungilah anak yatin piatu ini. Bahagiakanlah dia selalu..
Amin..
SEMINGGU
berlalu..
IRFAN
Naufal terasa mahu gila kini. Setiap hari dia dihantui rasa bersalah. Wajah
Adnin Najwa kerap kali muncul dalam mimpi dan angan-anganannya. Walaupun ketika
berjaga begini, Adnin Najwa juga yang memenuhi ruang kotak fikirannya.
Kerja-kerjanya banyak yang terbengkalai kerana dia tidak mampu menumpukan
perhatian. Irfan Naufal memandang kosong kertas kerja yang berselerakan di atas
meja kerjanya.
Bunyi
interkom mengejutkan Irfan Naufal. “Encik Irfan, Tan Sri nak jumpa..” suara
Mimi iaitu setiausahanya kedengaran jelas.
“Okay.. Thanks for the info..” sahut Irfan Naufal dengan lemah. Tentu
abahnya ingin bertanya pasal kertas kerja yang disiapkan olehnya baru-baru ini
yang mempunyai banyak kesilapan.
Irfan
Naufal melangkah perlahan menghampiri bilik Tan Sri Haji Zainal. Selepas mengetuk
pintu, dia masuk lalu duduk di kerusi berhadapan abahnya. “Abah panggil Ir?”
“Abah
nak tanya ni. Kenapa banyak sangat kesilapan dalam kertas kerta usahasama
dengan Jaya Holdings ni? Kau tahu tak, projek ni bernilai ratusan juta ringgit?
Jangan buat main-main! Kau sebagai Pengarah Urusan sepatutnya menunjukkan
contoh yang baik. Apa dah jadi dengan kau sejak kebelakangan ni? Sebelum ni,
kerja-kerja kau semua tak ada masalah. Tapi beberapa hari ni.. Macam-macam hal
timbul! Mana lagi kertas kerja untuk projek lain yang abah suruh kau kaji dan
buat? Esok kau dah kena bentangkan dalam meeting,
tahu??” tegur Tan Sri Haji Zainal dengan tegas.
Irfan
Naufal menarik nafas panjang. Dia langsung tidak boleh memandang wajah abahnya
yang sedang marah itu. Hatinya gundah-gulana. Banyak perkara yang berada di
dalam fikirannya. Terutamanya perkara mengenai Adnin Najwa. “Abah.. Maafkan
Ir.. Nanti Ir siapkan..”
“Just tell me, why are you acting like this?
Sejak kebelakangan ni, abah tengok Ir macam ada problem. Nampak kau macam tertekan sangat. Tak boleh beritahu abah problem kau tu ke?” soal Tan Sri Haji
Zainal. Sudah lama dia ingin bertanya Irfan Naufal tentang sebab perubahan
sikap anak lelakinya yang sungguh mendadak sejak kebelakangan ini.
“Tak
ada apa-apa, bah..” balas Irfan Naufal, mulai terasa menggigil. Bimbang abahnya
bertanya lebih lanjut. Peluh sudah kelihatan merenik kecil di dahinya walaupun
penghawa dingin begitu kuat.
“Something must be wrong somewhere. Every
time you made that face, I can feel that you’re hiding something from me.
Pasal Rissa ke ni?” desak Tan Sri Haji Zainal lagi dengan gasakan soalannya.
Wajahnya mulai berkerut memandang wajah Irfan Naufal yang kegelisahan.
“Bukan,
abah. Bukan pasal Rissa..” dalih Irfan Naufal.
“Habis
tu? Sebab apa? Jangan main-main atau tak tumpukan perhatian bila bekerja!
Lagipun, abah ada hak untuk tahu masalah anak-anak abah sebab abah adalah bapak
kau orang, faham?” marah Tan Sri Haji Zainal lagi.
“Fa..
Faham, abah..”
“Kalau
faham, bagitau abah sekarang ni jugak! Apa masalah kau yang kau runsingkan
sangat tu? Ingat abah tak perasan gelagat kau yang selalu resah dan gelisah?
Kau ada buat salah kat sesiapa ke?” teka Tan Sri Haji Zainal dengan lancar
sekali. Nada ketegasan kedengaran begitu nyata.
Irfan
Naufal mulai panik. Apa yang perlu diperkatakan sekarang? Sudahlah dia tidak
mampu untuk bercakap bohong pada abah dan umminya. Apatah lagi untuk
menghancurkan hati kedua orang tuanya itu. Jika dia berbohong, hatinya yang
semakin tidak senang nanti. Jika dia bercakap benar pula, tentu hati abah dan
umminya hancur lebur selepas tahu bahawa dia telah merogol seorang gadis
gara-gara sakit hati dan ego. Bibir Irfan Naufal sudah terketar-ketar. “Abah,
Ir.. Ir..”
“Apa?”
soal Tan Sri Haji Zainal dengan lantang. Dia bagai dapat menghidu sesuatu yang
tidak baik daripada nada suara anak lelakinya itu. Pernah sewaktu anak
lelakinya itu masih kecil, Irfan Naufal berkelakuan begini semasa memecahkan
pasu bunga Puan Sri Hajjah Zairiah. Selepas ditanya berkali-kali barulah Irfan
Naufal membuka mulut.
“Abah
tolong bertenang dulu.. Ir.. Ir dah buat..” kata-kata Irfan Naufal terhenti
seketika. Badannya semakin menggigil, bibirnya terketar-ketar. Aura abahnya
yang sedang menunggu pengakuannya itu sedikit sebanyak membuatkan dia kecut
perut.
“Kau
buat apa sampai berkelakuan macam ni?” desak Tan Sri Haji Zainal lagi. Dia cuba
bertenang dengan beritighfar panjang.
“Ir..
Ir dah.. Ir dah rogol orang, bah..” akui Irfan Naufal dengan hati yang berat.
Dia memejamkan matanya sambil menahan sebak. Air mata terasa memenuhi kelopak
matanya ketika ini. Pipinya terasa panas apabila air mata itu tumpah.
Tan
Sri Haji Zainal terdiam dan tergamam. Matanya membulat selepas mendengar
pengakuan Irfan Naufal. Bagaikan tak percaya, dia terduduk di kerusinya sambil
terus beristighfar tanpa henti. Ya Allah! Benarkah anak yang telah aku didik
dengan didikan secukupnya ini telah melakukan maksiat seperti itu? Merogol
gadis? Ya Allah! Air mata seorang ayah kini mengalir menangisi perbuatan
terkutuk anaknya sendiri.
“Ir..
Ir.. Abah tak sangka Ir jadi macam ni. Tak cukup lagikah abah dengan ummi didik
Ir selama ni? Apa yang dah jadi pada kau, nak? Kenapa kau hancurkan hati abah
macam ni? Tahu tak dosa merogol tu terlalu besar? Secara tak langsung, kau dah
menganiayai gadis tu.. Kau ragut permata dia, nak.. Kenapa kau buat macam tu?!”
tangis Tan Sri Haji Zainal dengan penuh perasaan kecewa.
Irfan
Naufal juga turut menangis teresak-esak. Inilah kali pertama dia melihat air
mata meniti di pipi abahnya. Tidak pernah sekali pun abahnya itu menangis walau
sebesar mana pun dugaan yang menimpa. Abahnya seorang yang sungguh tabah dan
bersabar. Kali ini, air matanya tumpah kerana aku? Ya Allah, dosaku bertambah
kerana telah membuat bapaku menangis begini. Ampunilah aku.. Irfan Naufal terus
menangis. “Abah, maafkanlah Ir. Ir pun tak tahu apa yang jadi malam tu.. Ir
lupa siapa diri Ir, abah. Tak tahu kenapa Ir boleh bertindak kejam macam tu..”
“Tak
payah mintak maaf dengan abah! Mintak maaf dengan Allah dan juga gadis yang kau
dah aniayai tu.. Abah nak kau kahwin dengan dia! Kau kena cari dia sampai
dapat! Kau kena kahwin hanya dengan gadis tu! Apalah salah dia sampai kau
sanggup rogol dia?” tegas Tan Sri Haji Zainal sambil mengelap air mata
terakhir. Mujurlah isterinya tidak mendengar pengakuan Irfan Naufal tadi. Jika
tidak, tentu wanita itu akan berasa sungguh sedih dan malu. Malu kerana anak
lelaki yang mereka didik sebaik mungkin itu telah melakukan perkara terkutuk.
Irfan
Naufal terkedu dalam tangisan. Betul juga apa yang Tan Sri Haji Zainal katakan
itu. Apalah sangat salah Adnin Najwa sehingga dia boleh menghukum gadis itu
seperti itu? Masih terngiang-ngiang rayuan Adnin Najwa yang meminta supaya
dirinya dilepaskan. Namun entah apalah yang sudah merasuk hati Irfan Naufal
ketika itu? Jangankan kata rayuan, tolakan gadis itu juga dibalasnya dengan
kekasaran. Yang penting dia dapat memuaskan nafsunya yang begitu memuncak
ketika itu. Irfan Naufal terdiam tanpa sebarang kata-kata…
ARISSA
membuka sampul surat merah hati yang ditinggalkan oleh Adnin Najwa kepadanya.
Dengan esakan kecil, dia membaca surat yang ditulis sahabatnya itu. Arissa
tidak menyangka yang Adnin Najwa telah berpindah lagi serta pergi begitu sahaja
tanpa memberitahu sesiapa. Butik perniagaan milik gadis itu juga telah dijual
kepada orang lain. Arissa sebak lalu menangis.
Assalamualaikum..
Rissa.. Kau janganlah sedih. Aku
perlu pindah atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Aku tahu kau sedih,
tapi janganlah sedih.. Kau tetap sahabat baik aku dunia akhirat, adik aku yang
amat aku sayangi..
Insya-Allah, kalau ada jodoh nanti,
kita jumpa lagi.. Aku pasti, kita mesti akan jumpa lagi jika diizinkan oleh
Allah SWT.. Kau jaga diri baik-baik.. Jangan lupakan aku, tau? Bila kau dah
jumpa aku balik nanti, sure kau terkejut punya sebab aku dah jadi betul-betul
macam aku yang lemah-lembut dulu. Aku takkan brutal lagi macam Ad yang kau baru
kenal hari tu.. Aku akan jadi Wawa buat selama-lamanya, sampailah aku mati..
Salam sayang dari aku.. Adnin
Najwa.
Arissa
mengelap air matanya. Wajah Adnin Najwa yang manis bertudung kelmarin sewaktu
mereka makan tengah hari bersama kembali terbayang-bayang. Senyuman manis gadis
jelita itu memang terlalu indah. Ada cahaya yang terbit dari wajah yang
tersenyum itu. Namun di sebalik senyuman Adnin Najwa, Arissa tahu ada duka yang
tersimpan di dalam hati gadis itu.
Arissa
terpaksa pasrah menerima kejutan kali kedua Adnin Najwa ini. Dulu, kejutan
pertama ialah sewaktu Adnin Najwa berpindah mengejut dari kampung mereka. Kini,
entah ke mana pula kawannya itu berpindah. Ya Allah, walau di mana dia berada,
Engkau lindungilah dia.. Sesungguhnya dia keseorangan dalam dunia yang penuh
cabaran ni.. Aminn.. Arissa mengelap lagi air mata terakhir yang tumpah. Selepas
itu dia melipat surat berkenaan dengan kemas.
p/s : maaf terlewat..janji malam tadi..tapi saya tertidur..huhu..maaf ek.. :)
owh..nnt bile irfan jumpe wawa mesti irfan ajak kawen..kan?
ReplyDeletepadan muke ngan irfan ni..buat anaiya kt adin..kan dh kna kahwin..huh
ReplyDeletehabuk mne la mai msuk mata cheq ni..huhu..sedey..hope adnin tabah..kak auni..cpt2 smbung..hehe..ag stu ble novel kak auni mampu mencintaimu nk release..xsabar nk bce ending dia..chayok2 kak auni
ReplyDeletehuhu sedih ek? sabar2..bahagia pasti menanti setiap insan yg dilanda dugaan macam adnin najwa tu :)
DeleteMM mungkin keluar paling awal la bulan 3 nnti..paling lambat bulan 4 atau 5.. :)
la....wawa dah pergi??? kesian sgt2 nasib wawa. runsing la tu irfan nak cari wawa,abah dia suruh kawin wawa dah pergi.....nasib la kau irfan cari wawa sampai dpat jgn sampai pgi luar negara sudah....writer next n3 plizzz
ReplyDeletemane agaknye wawa bwk diri?
ReplyDeletebest3..smbung lg..
ReplyDeletetq semua yg sudi baca & tinggalkan komen.. :)
ReplyDeleteomg!!!! best sangat sangat!! suke dah dengan watak irfan naufal!! begitulah baru dikatakan lelaki yang bertanggung jawab. tapi beri dia sedikit pelajaran atas perbuatan kejinya. sungguh! kalau di negara arab, kepalanya boleh dipancung dowh! jangan main-main dengan rogol!!
ReplyDeletemenarik. :)
ReplyDeleteada kelainan bila irfan tu berterus terang.
hope ifran dpt cari adnin smpai jumpa =)
Auni... kenapa wawa lariiiii... mesti irfan x dapat cari wawa lepas nie,...
ReplyDeletekesian ngan irfan... confirm kena marah ngan bapak dia... kesian nya...
hahahahahha
bestttttt sgt...
ReplyDeletesian ngan nasib si wawa...
adakah irfan akn jumpa wawa n berkahwin ngan dia...
adakah wawa sanggup n terima irfan..
aduhhhh nk jawapan nyerrrr sis...
sambung lg n cpt2 yer...:)
best.. semoga Irfan dpt tebus kesalahannya nti dan berjumpa dgn wawa semula.. huhu.. smbg cepat ya writer.. ;)
ReplyDeletecian sgt ngan wawa....biar irfan kawen ngan wawa...
ReplyDeleteKalau seorang lelaki rogol 2 org gadis, kena kahwin dua2? kalau 2 gadis tu adik-beradik macam mana?
ReplyDeleterasanya tindakan yg betul gi serah diri ke balai polis.
hmmm.....
asalkan Adnin tu jgn senang2 nak maafkan Irfan sudah... bagi Irfan stress byk2.
ReplyDeletehuhuhu..sedih la..kesian kat adnin najwa...
ReplyDeleteKesian dekat adnin najwa...sebab satu salah faham die yg jadi mangsa...
ReplyDeletewaa...dh lama tak komen kat sini... =) new novel nie bestlah...
ReplyDeletennt adnin mengandung ek? irfan kena cari adnin lepas nie... jahat irfan ni.. =(
sian wawa..mesti irfan nyesal, dan susah nak cr wawa dah pasni...bagus tindakan wawa bawa diri tempat lain..
ReplyDeletehuaaggghhhh..... menangis baca...huhu....
ReplyDeletekesian kat wawa, kesian kat irfan. mintak2 irfan akan jumpa wawa dan wawa akan terima irfan.
ReplyDeletesambung kak smbung... x sbrnye :)
ReplyDeletehuahuahua... cedihnye.. smbung la lg kak... syiokk ah... xD
ReplyDeletelaaa...cdeh la plakkkk...
ReplyDeletebtw cpt2 la smbng ye...
hehehe
terbaik..sweetnya citer nie.. cpat2 smbung ya kak..
ReplyDeleteAlhamdulillah...mmg nk si Irfan tu bertanggungjwb pun..bgs lah..
ReplyDeletebestlah auni..x sambar nk tggu sambungan..
thanks ya kepada semua yg sudi meninggalkan sepatah dua kata..
ReplyDeletesaya amat menghargainye..huhu tunggu sambungannya nanti.. :)
love u guys.. ^^
best gilos la sis..seb bek tak gilos lagi nie..huahuahuahuaa.. :D
ReplyDeletehurm2..nanges sya dgan nasib adnin ni sis :'(
ReplyDeletethank you utk sbuah lagi karya yg sgt best, sis.
pasti daboom mcm novel2 sis yg lain =)
sedih citer ni...uhuhuhu
ReplyDeletesian kat adnin..sampai hati Irfan wat mcm tu..padan muka kna kahwin..
ReplyDeletesedehnyer..hukhuk
ReplyDeletebest cte nih...keep it up cik writer...tp nk request ley? heheh...nk wawa jd eroin ek...
ReplyDeletecepatlah sambung.... kesian ad.
ReplyDeleteBest sgt2. Semua karya auni tak mengecewakan. Tumb up. 10 bintang.
ReplyDelete-jaja-
sedih!!!
ReplyDelete