Thursday, April 19, 2012

Berita baik..MM di PBAKL~ :)


ISBN:- 978-967-0448-00-8
SEMENANJUNG: RM 20.00 AHLI KN: 16.00
SABAH/SARAWAK: RM 23.00 AHLI KN: 19.00


Alhamdulillah... novel ke-2 saya bertajuk "Mampu Mencintaimu" bakal menemui anda di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, 27 April - 6 Mei 2012 ini... korang da boleh start order melalui KN mulai hari ni.. :)


Dan saya akan berada di booth KN pada 5 & 6 Mei 2012 pada jam 11.30 pagi - 12.30 tgh hari..so, kalau ada sesape yg pegi mase tarikh tu,singgah2 la eh..bleh jumpa :)


Terima kasih utk pembaca2 semua yg tersayang sbb sudi menyokong karya2 saya sehingga ke hari ini.. jasa korang teramatlah saya hargai... :')


Akhir kata, terimalah salam sayang saya buat semua pembaca E-Novel saya yang tersayanggggg.. Love u olsss!! :) :)


THANKS A LOT! :')




Sinopsis :



Kerana sebuah janji, Sarah Humaira terpenjara di luar sangkar angan-angannya. Angan-angannya untuk mengejar cita-cita dalam bidang binaan bangunan. Tidak terduga, dia disuruh berkahwin pada saat dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Semuanya hanya kerana janji itu, yang membuatkan ibu dan ayahnya memaksanya berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak dia kenali.

Selepas selamat diijab kabulkan, Sarah Humaira lari dari kehidupan perkahwinannya kerana perasaan bencinya pada lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Perasaan benci yang sudah lama terpupuk sejak sebelum mereka bernikah lagi. Dia lari meninggalkan lelaki itu yang sudah sah menjadi suaminya lalu ke luar negara melanjutkan pelajarannya.

Lima tahun berlalu, hadirnya Kamal Ikhwan menambat hati wanita Sarah Humaira. Sifat lelaki itu yang penyayang dan berlembut hati banyak membuatkan dirinya terasa bahagia serta dimanjai. Namun Sarah Humaira masih penasaran, adakah dia masih dalam ikatan perkahwinan kerana dia tidak pernah sekali pun merisik mengenai ‘bekas’ suaminya. Dan siapakah pula Haris Safwan yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya? Lelaki itu sungguh membencikan kerana suka sangat menyakat serta menyeksa perasaannya. Dirinya kerap dibuli oleh Haris Safwan menjadikan perasaan bencinya semakin menebal. Namun benarkah ianya benci? Sarah Humaira sendiri keliru.

Apakah janji yang telah tersimpul mati itu yang membuatkan ayah dan ibu Sarah Humaira menjadikan anak-anak mereka korban perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga?

Apa pula nasib yang menimpa suami Sarah Humaira yang sudah lama ditinggalkan?


13 comments:

  1. ok auni...skung jugak Qaseh beli kat KN...heheh..

    ReplyDelete
  2. OMg!! excited nieh... :D congrats sis.. cantik cover novel nie. Kompem saya beli wlupun x leh g pbkl...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sgt2 yer.. kalo bleh datang lagi best..bleh sis jumpa awk..kita borak2. :)

      Delete
  3. Assalamualaikum Auni...
    Qaseh dah terima penghantaran buku novel MM tu pagi tadi...and now dah tamat dah pun...alhamdulillah...

    seronok baca kisah Sarah Umairah dan Haris Safwan...good job yunk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih Qaseh sbb sudi memiliki MM...thanks ye sbb menyokong :)

      Delete
  4. hai Auni..akak ni yg jumpa kat Rumah kak Limah aritu.. dah abis baca MM ..and mmg besttt sesangaaat..mmg u berbakat la.. keep it up ok... suka sgt ngan watak Haris Safwan... alahai.. sguh dah jatuh ati ngan Haris Safwan.. ( gatal kan?) hahahaha.. see u Auni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tq akak ye sesgt..happy sgt kalo pembaca berpuas hati :) thanks ye atas layanan di SP aritu ^^ will be forever in my heart <3

      Delete
  5. nak beli, tapi bajet xde. mungkin lambat, tapi insya Allah akan beli jugak.
    cuma satu, happy ending kan? hehehe. ;)

    ReplyDelete

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)