Assalamualaikum semua.. sihat? Hope sihat2 belaka.. :)
Entry kali ni, auni macam tergerak hati nak buat entry pasal komen2 pembaca tentang MM.. hehe :)
Ada yang cakap best... thanks so much kepada yg cakap best tu.. alhamdulillah anda suka.. auni pun suka kalau pembaca sukakan karya-karya auni... rasa lega sebab dapat memuaskan hati org2 yg membeli MM.. yela, orang dah spend duit kan..mesti nak rasa berbaloi beli :)
Tapi, dalam ada yg suka dan cakap best tu.. ada yang cakap tak best..hehe takpelah kan, citarasa masing-masing tak sama.. Ada yg kritik, alhamdulillah kritikan tu buat auni sedar kesilapan auni dan auni akan cuba lagi supaya next novel takkan ada kesilapan macam tu lagi. So, nak kritik pun silakan. Auni terima je sebarang kritikan SELAGI KRITIKAN ITU MEMBINA. BUKAN MENGUTUK! eh, terrrr caps lock~ sowie2.. T_T
contoh kritikan2 membina adalah... mungkin pasal penggunaan ayat ker... pasal cara kembangkan watak2 atau cara auni buat jalan cerita ker... pasal bahasa Inggeris yg tak sesuai ker...itulah kritikan membina.. tegur elok2~ ^_^
kalau mengutuk pulak, camnih contohnya.. "citer tu tak bestlah, rugi giler beli. ayat macam budak2 sekolah tadika..ayat2 yg buat orang rasa mood ke laut...english pun tunggang-langgang macam budak2 gred 1 jer grammar..kalau tauuuuu..... memang TAKNAK BELI! dan kepada yg belum beli, JANGAN BELI ok? tak best & tak berbaloi!" >>> amboih, sakan mengutuks... sampai kacau periuk nasi saya pulak gi suruh orang lain jangan beli..hehehe cik kak /cik adik, kalau tak nak menyesal beli, SEARCH NAMA BLOG SAYA "Auni Amauni" & BOLEH BUKA BLOG SAYA DULU BACA SIKIT N3 sebelum gi beli... kalau rasa ayat2 tu tak kena dengan jiwa atau rasa tak berbaloi beli, takyah la beli.. senang kan? thanks! :)
lagi satu, awak takde hak nak suruh orang lain beli atau tak sebab CITARASA orang ni lain-lain. Macam makanan jugak la, kau suka laksa..dia tak suka.. Dia suka cekodok, kau tak minat.. so, biar la dia judge sendiri best atau x~ suruh dia bukak blog saya dulu baca, baru tau masuk dengan jiwa dia atau x.. TQ! :)
ada yang komen2 juga pasal kandungan MM yg bagi dia tak logik. hahh, dia cakap "ada plak Sarah sampai tak kenal suami sendiri? berubah sampai macam manalah tu smpai xkenal langsung suami dia sendiri? tak logik giler laaa...."
Ha'ahh, mungkin salah saya sebab xpandai nak menggarapkan lagi cerita supaya orang faham dengan jelas dan teliti. Maafkan saya.. Memang bila difikir-fikir balik, semua salah saya! So, officially saya mintak maaf k....saya budak baru belajar.. so, mana yg xbetul tu, tegur la cara elok dan berdepan.. jangan cakap2 di belakang saya.. sedih bila dapat tau~ tapi happy jugak sebab dapat pahala bila orang kutuk2 & mengata saya! hehehe :)
Actually, apa yang saya nak sampaikan waktu di situasi Sarah tidak mengenali Haris adalah "Bila kita bencikan orang tu atau meluat dekat dia, muka dia pun kita malas nak pandang betul2... nak ingat pun tak nak. So, logik kan Sarah tak kenal Haris masa kahwin dengan Haris yg jongang & xhensem langsung tu, lelaki paling dia benci & meluat dalam hidup dia..logik kan?" taktau la bagi orang lain logik atau tak. tapi bagi saya, memang saya macam tu.. saya kalau xsuka orang tu... saya memang tak ingat sangat pun muka dia macam mana..sebab tu saya tulis citer cmtuh.. :)
Ada yang cakap "Lucahnya novel MM tu... jangan beli la.. lucah2.."... ehhh, saya takde tulis benda2 lucah pun...tau tak apa maknanya lucah tu ye? Berat tau perkataan tu. Ish, ishh, ishh~ Sila faham, apa yg saya tulis, cuma part2 romantik...emm mungkin ayat2 saya tu, bagi dia lucah kot.. dia mmang jenis yg jiwanya xmasuk dengan novel2 romantik giler sampai sesak nafas ni kot...huhu tu la saya cakap, kalau tak nak menyesal beli, buka la blog saya ni.. ada je 24/7 dalam internet... :)
Akhir kata, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yg DAH BELI novel buah tangan ke-2 saya "MAMPU MENCINTAIMU".... kepada yang aritu cakap suka baca MM & dah baca berulang2 kali tanpa jemu, THANKS A LOT!!! Love u..... :')
Kepada Haters, Thanks jugak kerana membeli MM~ Hihihi~ Lain kali, baca dulu kt blog2 penulis yg ada blog k... baru la beli lepas dah baca sikit tu.. baru la BERBALOI beli kan? :) Kalau tak puas hati jugak, nak suruh penulis dengan penerbit buat apa lagi? Memanglah manusia macam saya mahupun anda sendiri pun tak mampu nak puaskan hati semua orang. Maaflah, saya cuma nak hamburkan sekali ni jer apa yg terbuku dalam hati saya sebab saya pun seorang insan biasa jugak kan? So, sorry ye.. takde maksud pun nak serang balas. Cuma hati dah terlalu sarat dah nie.. huhu no offense, just amik kata2 saya sebagai teguran k..anda kutuk saya macam saya ni takde perasaan, so, saya tegur balik dengan berperasaan.. :) Lain kali, jangan buat lagi ok?
Thanks! And oh, lupa nak gitaw pembaca2 saya..INFO UTK PEMBACA2 SETIA SAYA JE NI, BUKAN UTK HATERS k.. hehe tak lama lagi dah "Hanya Milikmu" akan keluar versi cetak under Kaki Novel.. Manuskrip dalam editing pihak editor... menanti masa untuk muncul ke versi cetak. Mungkin hujung tahun atau awal tahun depan..Thanks utk semua supporter saya... Lots lots lots lotssss of love for u guys... hehe thanks Mimi Syafiqah, Kak Alida Jusoh, Kak Tie Tinie dan ramai lagi yg tak jemu2 menyokong saya... dan KN! I LOVE KN~ :')
Thanks... <3>3>
Lots of LOVE,
Auni Amauni.