TAN Sri Haji Zainal berkerut dahi. Dia melekapkan
telefon pejabatnya itu lebih rapat ke telinga. Manalah tahu dia tersalah dengar
ke? Matanya sedikit membesar. “Betul ke ni, Ir?”
“Betullah abah.. Takkan Ir nak buat main-main pulak
dengan abah..” balas Irfan Naufal separuh teruja sahaja kerana perasaan kecewa
ditolak oleh Adnin Najwa masih terasa.
“Betul kau dah jumpa Najwa? Serius?” tanya Tan Sri
Haji Zainal lagi seperti tidak percaya.
“Betul, abah.. Minggu lepas lagi Ir jumpa dia. Tapi,
pertemuan semula kami ni tak seperti yang Ir jangkakan..” Irfan Naufal tunduk.
Bagaimana agaknya penerimaan abahnya jika dia memberitahu mengenai kemalangan
yang menyebabkan Adnin Najwa cacat penglihatan.
“Minggu lepas? Kenapa sekarang ni baru bagitau abah?
Apa maksud kau dengan pertemuan yang tak dijangka tu?” bertalu-talu soalan Tan
Sri Haji Zainal. Dia pula yang teruja mengalahkan Irfan Naufal sendiri.
“Ir call
abah minggu lepas tapi Mimi cakap abah busy
dengan projek. Encik Borhan tolong handle
bagi pihak Ir ke?”
“Ha’ah.. Dia tolong kau. Tapi kenapa kau tak call sekali lagi lepas tu?” soal Tan Sri
Haji Zainal lagi.
“Alah.. Ir malaslah nak kacau abah. Bukannya Ir tak
kenal abah tu kalau buat kerja memang serius.. Tak boleh orang kacau sikit..”
usik Irfan Naufal, sempat lagi tu.
Tan Sri Haji Zainal merengus kecil. Sempat pula anak
lelakinya itu mengkritik cara dia bekerja. “Ahh, itu alasan kau aje.. So, macam mana dengan Najwa? Dia okey?
Dia tak marah bila nampak Ir?”
“Hmmm.. Ituuu… Pasal Cik Najwa tulah yang Ir nak
cerita ni, bah..” keluh Irfan Naufal. Dua melabuhkan punggungnya ke atas sofa
yang empuk di dalam bilik hotel itu.
“Kau ni jangan buat suspen, Ir. Abah lesing karang
hah..” gertak Tan Sri Haji Zainal.
Amboih abah ni. Siap nak lesing-lesing pulak. Dah
macam pendekar bujang lapok gayanya. Irfan Naufal terasa nak ketawa pula dengan
imaginasinya sendiri. “Err.. Ir.. Ir eksiden dengan Cik Najwa, abah..” balas
Irfan Naufal dalam suara yang sedikit merendah.
Tan Sri Haji Zainal semakin tidak sabar hendak tahu
perkara selanjutnya. Hatinya kerisauan. Dia mulai memusingkan kerusinya ke arah
belakang. Ingin menatap pemandangan kotaraya Kuala Lumpur yang sesak dengan
kenderaan dari cermin bilik pejabatnya itu. “Astaghfirullahal’azimm.. Teruk ke
kau eksiden dengan dia? Ir okey ke tu? Takde
luka teruk kan? Dia pulak apa cerita?” soal Tan Sri Haji Zainal lagi dengan
risau. Keningnya sudah bersatu. Bimbang sungguh dia jika terjadi apa-apa pada
Irfan Naufal.
“Teruk jugak.. Tapi Ir okey aje, abah. Cik Najwa
yang teruk..”
“Teruk, means?”
laju sahaja pertanyaan Tan Sri Haji Zainal itu. Risau juga jika apa-apa terjadi
pada Adnin Najwa.
“Teruk tu, means,
dia sekarang ni dah buta..” jawab Irfan Naufal lambat-lambat. Sebuah keluhan
lagi dilepaskan dengan berat.
“What??!
Masya-Allah! Apa yang jadi, Ir? Sampai budak Najwa tu buta?” Tan Sri Haji
Zainal memicit dahinya. Dia sudah mulai runsing. Bertambah kerutan di dahinya
ketika ini.
Irfan Naufal mengeluh kecil. “Ir yang langgar kereta
dia malam tu sebab masa tu lampu jalan takde
kat jalan tu. Kereta dia pun kebetulan termati lampu.. So, Ir sempat keluar lepas perlanggaran tu. Lepas tu kereta Ir
meletup. Serpihan-serpihan kaca masuk dalam mata Cik Najwa.. Dan, sekarang ni
dia dah buta..” terang Irfan Naufal dengan wajah kesal.
“Ya Allah..” ucap Tan Sri Haji Zainal dengan wajah
tergamam. “Allahuakhbar..”
Irfan Naufal terdiam tanpa kata. Dia hanya mampu
menunggu kata-kata seterusnya dari abahnya yang jelas sedang beristighfar
berkali-kali. Sekejap abahnya mengeluh, sekejap pula merengus kecil. Tentu orang
tua itu sudah faham keadaan Irfan Naufal ketika ini.
“So, what’s
your plan now? Perkara ni memang perkara besar.. Tak boleh dibuat
main-main. Dia tahu ke Ir yang langgar dia?”
“Dia tak tahu, bah. Ir berlakon macam tak kenal
dia..”
“Apa?! Kenapa Ir buat macam tu pulak? Kenapa Ir bu…”
kata-kata Tan Sri Haji Zainal terhenti apabila terdengar suara Irfan Naufal
yang tiba-tiba memotong percakapannya.
“Abah, please
dengar dulu penjelasan Ir..” kata Irfan Naufal laju. Setelah yakin yang abahnya
sudah memberikan dia ruang untuk bercakap, Irfan Naufal kembali menyambung berkata-kata.
“Ir tak cakap Ir adalah Ir yang sama yang pernah buat onar kat dia dulu.
Kalaulah Ir cakap, mesti dia takkan jumpa Ir lagi. Sekarang ni, ini aje jalan
untuk Ir kahwin dengan dia.. Lepas kahwin nanti, Ir akan jaga dia sampailah
kami tua.. Insya-Allah sampai ke hujung nyawa..”
Tan Sri Haji Zainal mengeluh lagi. Kalau itulah
caranya untuk Irfan Naufal berkahwin dengan Adnin Najwa, dia tidak boleh
berkata apa-apa lagi. Tapi, dengan cara menipu gadis itu? Hanya itu sahaja yang
membuatkan Tan Sri Haji Zainal sedikit tidak menyetujui tindakan Irfan Naufal.
Kerana dia tahu, lambat-laun identiti sebenar anak lelakinya itu akan
terbongkar juga dan dia takut bila tiba masanya, Adnin Najwa takkan dapat
memaafkan Irfan Naufal lagi buat selama-lamanya. “Tapi, macam mana kalau suatu
hari nanti dia tahu yang kau adalah orang yang sama pernah hancurkan hidup dia
dulu? Ir jangan buat main-main.. Jangan permainkan hati gadis tak bersalah tu!”
protes Tan Sri Haji Zainal.
“Ir akan cuba cari masa yang sesuai untuk
berterus-terang. Of course Ir takkan
sembunyikan identiti Ir buat selama-lamanya..”
“Betul? Ir janji akan terangkan dekat dia bila
sampai waktu yang sesuai?” tanya Tan Sri Haji Zainal ingin memastikan.
“Janji, abah..” balas Irfan Naufal dengan senyuman
pahit. Dia takut menanti waktu itu. Waktu di mana Adnin Najwa tahu tentang
kisah silam mereka yang ingin dilupakan oleh gadis itu. Entah apalah agaknya
penerimaan Adnin Najwa?
“Okey, kau buatlah apa yang patut.. Best of luck! Abah tunggu Ir bawa Najwa
sebagai menantu abah..” ucap Tan Sri Haji Zainal sedikit lega.
“One more
thing, abah…”
“Apa lagi?”
“Boleh Ir mintak cuti lagi dua minggu? Bukan senang
nak pujuk Cik Najwa tu, bah..” pinta Irfan Naufal dengan penuh harapan.
Tan Sri Haji Zainal tersenyum. Syukurlah anak
lelakinya itu begitu komited untuk bertanggungjawab. “Okey, tapi kena pastikan
bawa budak Najwa tu balik ya..”
“Yes, sir!”
jawab Irfan Naufal. Selepas memberi salam dan mematikan talian, Irfan Naufal
mulai mengurut dahinya. Okay, Ir. What
next? How are you gonna make her yours? Think, Ir… Think harder.. Irfan
Naufal terus berfikir sementara menunggu kedatangan mentornya iaitu Fizul. Kan
sahabatnya itu sudah berjanji untuk membantunya memikat hati Adnin Najwa..
DUA hari berlalu..
ADNIN Najwa sudah dibenarkan pulang ke rumah oleh
doktor. Dia dan Tinie berjalan perlahan-lahan memasuki pagar rumah sewa mereka.
Tinie memandang wajah sugul Adnin Najwa. Mungkin gadis itu masih tidak biasa
hidup dalam kegelapan begitu. Tentu rutin harian hidup Adnin Najwa akan
bertambah sukar selepas ini. Sudahlah Adnin Najwa itu sebatang kara, kini pula
buta. Tinie sungguh bimbangkan masa depan Adnin Najwa. Lelaki seperti Irfan
Naufal adalah lelaki yang terbaik untuk sahabatnya itu.
“Eh, Wawa.. Hang tahu dak.. Tadi ada orang bagi hang
bungaaa.. Cantik sangat! Bunga ros. Aku lupa nak bagitau hang tadi..” beritahu
Tinie dengan teruja sekali. Dia masih teringat pakatannya bersama Fizul dan
juga Irfan Naufal. Pakatan untuk membuatkan Adnin Najwa bersetuju kahwin dengan
Irfan Naufal.
“Bunga ros? Siapa pulak yang baik hati bagikan aku
bunga tu? Mesti kau kann…” duga Adnin Najwa tersenyum riang. Dia sudah
mengagak, tentu Tinie yang bagi bunga itu.
“Ehh… Mana ada! Bukan akulah.. Ada ka pulak aku..
Hang ni pun..” gerutu Tinie sambil menolong mendudukkan Adnin Najwa ke atas
sofa di ruang tamu.
Kening Adnin Najwa berkerut. Kalau bukan Tinie,
siapa pulak dah? Adnin Najwa terasa hairan seketika. “Habis tu? Siapa pulak
yang bagi kalau bukan kau?” soal Adnin Najwa kehairanan. Dia tahu, kalaulah
betul tekaannya bahawa Tinie yang memberi bunga tersebut, tentu
terlonjak-lonjak suka gadis itu mengakuinya. Ini tidak, Tinie siap menafikan
dengan bersungguh-sungguh.
“Haaaa… Kalau hang nak tau, aku pun tak tau siapa
yang bagi bunga tu kat hang. Dia takda
tulis namalah..” balas Tinie berpura-pura tidak tahu gerangan yang memberikan
Adnin Najwa bunga. Padahal dia tahu siapa yang beri. Tidak lain dan tidak
bukan, Irfan Naufal la. Tinie mengeluarkan bunga ros dari dalam beg kertas
berdekatannya lalu diberikan kepada Adnin Najwa. “Nahh.. It’s yours..”
Mata Adnin Najwa yang sudah tidak dibalut itu
kelihatan seperti terkebil-kebil. Dia meraba-raba bunga ros yang diberikan oleh
Tinie itu. Kelopaknya sungguh lembut sekali dan baunya sangat harum! Adnin
Najwa tersenyum sendiri membayangkan keindahan bunga ros tersebut. Alangkah
bahagianya jika dia dapat melihat semula. “Wanginya, Tie..” puji Adnin Najwa
seraya mengukir senyuman manis.
“Cantik dan harum bunga tu, Wawa.. Siapalah yang
baik hati tukan? Dia ada hati dengan hang kut?” usik Tinie, menyempat lagi tu.
“Hesy! Siapalah yang nakkan aku ni, Tie? Dahlah
buta.. Lepas tu, yatim piatu pulak.. Aku tak layak untuk mana-mana lelaki pun..”
“Shh! Janganlah cakap macam tu lagi, Wawa.. Hang tau
kan yang aku tak suka hang cakap macam tu? Kenapalah hang suka nak sedihkan
diri sendiri.. Please, chill out.
Jangan fikir yang hang tu keseorangan dalam dunia ni. Apa gunanya kawan hang
ni? Mesti ada lelaki yang ikhlas dengan hang.. Aku tau, Allah itu Maha Adil..
Hang kena tabah ja, Wawa.. Please,
demi aku?” Tinie berpeluk tubuh. Wajahnya penuh harapan walaupun dia tahu Adnin
Najwa tidak dapat melihat. Wajah Adnin Najwa yang berubah suram itu dipandang
dengan perasaan simpati. Dia faham, bukan senang Adnin Najwa mahu lupakan
segala-galanya.
“Sorrylah,
Tie. Aku janji, aku akan cuba untuk lupakan kesedihan aku ni. Demi kau.. Aku
sanggup buat apa aje..” balas Adnin Najwa dengan senyuman pahit. Dia terpaksa
memaniskan wajahnya walaupun hatinya pedih dan masih luka berdarah.
“Baguslah kalau macam tu. Sekarang ni, berbalik pada
topik awai kitaaa… Hang agak-agaklah, siapa yang bagi hang bunga ros ni?” soal
Tinie, kembali teruja. Wajah Adnin Najwa yang seperti memikirkan sesuatu itu dipandang
dengan sengihan.
“Hmm.. Aku rasa..” Adnin Najwa mulai bersuara
perlahan. Keningnya masih berkerut.
“Haa.. Apa, apa?” Tinie sudah tidak sabar lagi.
“Aku rasa, aku pun tak tahu jugak.. Sesiapa pun yang
bagi bunga ni, memang baik hati sangat!. Besar pulak tu.. I like it!”sambung Adnin Najwa sambil terus menghidu bau harum
bunga ros yang masih berada dalam pelukannya.
Tinie sudah tergeleng-geleng kepala. Sedikit pun
Adnin Najwa tidak mempunyai klu mengenai Irfan Naufal. Takkanlah dia sudah lupa
bahawa lelaki itu pernah melamarnya dan berjanji untuk membuatkannya jatuh
hati? Wawa… Wawa.. Keluh Tinie di dalam hati sambil menepuk dahi.
KEESOKAN harinya, Irfan Naufal menunggu awal di
hadapan rumah sewa Adnin Najwa. Ada rancangan yang dia sudah aturkan, rancangan
yang diajar oleh mentornya yang tidak lain dan tidak bukan, Fizul. Tinie juga
tahu tentang ini.
“Wawa! Wawa.. Tunggu sat.. Ni, aku nak habaq kat
hang.. Aku dah panggil teksi untuk bawak hang ke butik hang. Mulai hari ni,
tunang aku yang nak hantaq dan ambik aku dari kerja. Sebab tulah aku tak boleh
selalu hantaq hang pi butik. Lagipun, lebih selamat hang naik teksi.. Tak payah
hang nak jalan jauh-jauh, bahaya tau..” terang Tinie sambil mengenyitkan
matanya pada Irfan Naufal yang sudah menunggu bersama teksi di hadapannya.
Lelaki itu tersenyum membalas. Nasiblah Tinie mahu berpakat dengannya. Kalau
tidak, susah juga dia mahu mendekati Adnin Najwa.
“Ehh, mahal la naik teksi. Tak naklah.. Aku ni
bukannya kaya sangat..” protes Adnin Najwa sambil tergeleng-geleng.
“Alaa.. Aku dah deal
dengan pak cik teksi tu. Dia nak ambik suku harga ja dengan hang.. Aku dah
kenai lama dah dengan pak cik tu. Dia okey ja..” balas Tinie berbohong sunat.
Padahal, Irfan Naufal yang nanti akan bayarkan baki selebihnya dari tambang
teksi berkenaan.
“Eh, betul ke ni? Thanks, Tie. I knew it, you’re the best in this whole wide world!”
ujar Adnin Najwa keriangan. Dia memeluk Tinie erat. Tinie tersenyum lebar.
Nampaknya, rancangan mereka akan menjadi!
“Dah, dah.. Aku tahu, aku memang kawan hang yang
paling bagus sekali..” Tinie memuji dirinya. “Jomlah.. Aku pimpin hang. Satgi
tunang aku sampai, siapa nak pimpin hang?” getus Tinie lagi sambil tergelak
kecil. Tangan Adnin Najwa dicapainya lalu mereka bergerak menghampiri teksi
tadi.
Pak Cik Seman iaitu pak cik teksi itu keluar dari
teksi lalu ingin menolong membukakan pintu kereta bahagian belakang untuk Adnin
Najwa tetapi Irfan Naufal pantas menghalangnya. Dia mengisyaratkan bahawa dia
yang akan bukakan untuk Adnin Najwa. Pak Cik Seman tersengih lalu mengangguk
faham. “Silakan, cik..” hanya suara Pak Cik Seman sahaja yang kedengaran, padahal
yang membukakan pintu untuk Adnin Najwa adalah Irfan Naufal.
“Terima kasih, pak cik. Terima kasih sangat-sangat
tau! Tuhan je boleh balas budi pak cik yang baik hati ni..” ucap Adnin Najwa
apabila dia sudah berada di dalam perut teksi. Pak Cik Seman juga sudah berada
di dalam perut teksi di bahagian hadapan ketika itu.
“Takpa, cik.. Bukannya apa-apa pun ni, nak oii..”
jawab Pak Cik Seman dengan wajah serba-salah.
Kalaulah gadis itu tahu bahawa sebenarnya Irfan
Naufal yang membayar selebihnya, tentu gadis itu takkan berterima kasih begitu kepadanya.
Biasalah, pemandu teksi pun perlu mencari rezeki. Bukan boleh tumpangkan orang
dengan tambang suku harga dari harga asal. Tiap-tiap hari pulak tu. Kalau
betul-betul, memang dia takkan buat. Dia juga masih punyai anak-anak dan isteri
di bawah tanggungannya.
Sementara itu, Irfan Naufal segera menaiki
keretanya. Dia memandu mengikuti teksi yang dinaiki oleh Adnin Najwa. Dia ingin
menjadi pelindung gadis itu. Dia takkan benarkan Adnin Najwa menderita lagi.
Apa pun dia sanggup lakukan untuk Adnin Najwa kini.
TEKSI berhenti betul-betul di hadapan butik milik
Adnin Najwa. Adnin Najwa masih teringat kata-kata semangat yang diberikan oleh
pekerja-pekerjanya yang datang melawatnya di hospital tempoh hari. Agaknya,
butik tiada apa-apa masalah di bawah jagaan pekerja-pekerjanya itu. Dia memang
percayakan salah seorang dari pekerjanya iaitu Saleha. Adnin Najwa turun dari
teksi.
Pengalaman baru menjadi seorang yang cacat
penglihatan memang amat menyukarkan kehidupannya. Tambahan lagi, dia sudah
tidak boleh mereka pakaian lagi. Apa lagi yang dia boleh lakukan? Tutup butik
itu atau mengupah seorang pereka khas? Adnin Najwa tertunduk sayu. Dia amat
meminati bidang rekaan fesyen ini. Dan sekarang, dia sudah tidak boleh
meneruskan minatnya itu.
Irfan Naufal juga turun dari keretanya yang diparkir
agak jauh dari tempat teksi dinaiki Adnin Najwa tadi berhenti. Dia memandang
wajah sugul Adnin Najwa yang nampak begitu sayu. Tentu sukar hidup di dalam
kegelapan. Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk menjaga gadis itu sehingga ke
akhir hayatku..
Adnin Najwa meneruskan perjalanannya menuju ke
butik. Tongkatnya yang berwarna putih dilayang-layangkan untuk mengetahui apa
yang berada di hadapannya. Tiba-tiba Adnin Najwa tersepak batu dan tergelincir.
Hampir-hampir dia terjatuh sebelum Irfan Naufal memegang lengannya dengan
pantas. “Are you okay?”
“Sorry, and
thanks for helping me..” balas Adnin Najwa cukup berterima kasih. Dia
memang ingat yang dia akan terjatuh tadi. Betapa gayatnya dia rasakan tadi.
Maklumlah ke mana-mana sahaja pandangannya sekarang, semuanya gelap belaka. Bau
minyak wangi lelaki itu sungguh harum mencucuk ke lubang hidung Adnin Najwa.
“Sama-sama. Hmm.. Cik Najwa nak ke mana ni?” soal
Irfan Naufal selepas melepaskan lengan Adnin Najwa yang dipautnya tadi.
Adnin Najwa terpanar seketika. Lelaki ni kenal aku?
Tak lain dan tak bukan, ini mesti Irfan Naufal! Adnin Najwa hairan bagaimana
lelaki itu boleh tersesat sampai ke sini. “Encik Irfan?” tanya Adnin Najwa
separuh yakin.
“Ya, saya..” jawab Irfan Naufal tenang.
“Awak buat apa kat sini?”
“Oh, saya lalu kat kawasan ni tadi. Tiba-tiba nampak
awak.. Biasalah Kangar ni kan kecik je. Ingat nak tegur.. Tengok-tengok awak
hampir terjatuh pulak tadi. Sempat tolong la dulu.. Dan baru tegur ni..” bohong
Irfan Naufal lancar. Alah, ini bohong sunat je!
“Oh, ye ke? I
see..” getus Adnin Najwa perlahan. “So,
saya pergi dululah.. Terima kasih ye sebab tolong saya tadi..”
“Eh, nak pergi mana? Jomlah saya temankan lebih
selamat..” pelawa Irfan Naufal.
“Tak perlu pun, Encik Irfan. Rasanya depan tu aje
butik saya..” balas Adnin Najwa sedikit kekok. Tidak suka lelaki itu terlalu
baik terhadapnya.
Irfan Naufal memandang ke arah yang ditunjukkan oleh
Adnin Najwa. Butik kat tengah-tengah jalan tu? Kemudian Irfan Naufal menoleh ke
arah belakangnya pula. Dekat situ barulah ada butik. Serta-merta sebuah keluhan
terbit. Adesss.. Kau ni pun satu Ir,
dia kan buta.. Manalah dia nampak kat mana butik dia..
“Oh, butik? Cik Najwa ada butik ya? Rasanya tu kut..
Butik Najwa? Memang sah yang tulah, sebab itu kan nama awak..” kata Irfan
Naufal lagi bersama tawa kecil. Entah apalah yang menyebabkan dia tertawa. Adnin
Najwa juga pelik dengan lelaki ini. Tak lawak pun?
“Ya, memang itu butik saya. Tapi dah dekat pun. So, tak perlu awak hantar saya..
Lagipun, saya masih ada tongkat saya ni. Tak perlu awak nak simpati dengan
saya..” sahut Adnin Najwa sedikit tidak senang dengan kebaikan Irfan Naufal.
Dia memang tidak berapa sukakan lelaki kerana dia sentiasa trauma dengan
kehadiran lelaki-lelaki dalam hidupnya. Sudah ramai lelaki yang ingin
berbaik-baik dengannya selama dia berada di Perlis ini. Seorang pun dia tidak
melayan.
Irfan Naufal mengeluh kecewa. Dia hanya menghantar
langkah Adnin Najwa dengan ekor matanya sahaja. Gadis itu sungguh cantik
berbaju kurung rona merah hati. Corak bunga-bunga hitam yang terhias di baju
kurung gadis itu cukup menyerlahkan dirinya. Kulit putih melepak Adnin Najwa
nampak jelas selepas terkena cahaya matahari yang terang menyuluh. Ada suatu
perasaan aneh yang timbul dengan tiba-tiba di dalam hati Irfan Naufal.
Bibir merah merekah tanpa secalit gincu yang
dimiliki Adnin Najwa kini lebih menarik perhatiannya. Bibir itulah yang pernah
dikasari olehnya hampir tiga bulan yang lepas. Astaghfirullahal’azimm.. Ucap
Irfan Naufal sendirian. Beristighfar kerana dia sudah terlalu jauh terpesona
dengan bibir gadis bukan mahramnya itu. Sampai berfikir mengenai sesuatu yang pernah
dibuatnya yang ternyata berdosa besar. Hesyy.. Apa kena dengan aku ni? Kenapa
ni, Ir? Kau dah insaf lepas kejadian tukan. Jangan buat hal lagi! Hmm.. Irfan
Naufal mengeluh.
“Tolong! Pencuri!!” jerit Adnin Najwa tiba-tiba.
Terus kepala Irfan Naufal terdongak dan terpaku pada wajah cemas Adnin Najwa
yang jatuh terduduk dengan tongkatnya yang sudah terpelanting agak jauh. Tangan
gadis itu meraba-raba sekelilingnya mencari tongkat.
Irfan Naufal sempat memberikan tongkat Adnin Najwa
sebelum berlari mengejar peragut yang meragut beg tangan Adnin Najwa.
Adnin Najwa terasa badannya kini menggigil. Bibirnya
terketar-ketar. Rasa sakit di pinggangnya terasa menyengat. Tadi pinggangnya
terkena sebuah batu besar yang kebetulan berada berhampiran tempat dia terjatuh
itu. Tidak habis-habis, lelaki juga yang hendak menyakitinya! Adnin Najwa
menggigit bibir sambil menangis mengenangkan nasib dirinya.
“Cik Najwa! Cik okey?” panggil pekerjanya Saleha
yang tiba-tiba datang selepas ternampak kejadian yang baru berlaku. Dia turut
sama duduk untuk menenangkan Adnin Najwa yang jelas masih terkejut. Majikannya
itu menangis. “Jangan risau, ada orang dah kejar peragut tu untuk Cik Najwa..”
“Ya Allah, awat ni Leha? Awat dengan Cik Najwa ni?”
Syiha pula yang datang. Wajah Adnin Najwa yang kuyup dengan air mata dipandang
penuh tanda tanya. Dia tidak tahu apa yang berlaku, hanya Saleha yang tahu
kerana dia ternampak kejadian tadi. Syiha turut duduk di sebelah Adnin Najwa.
“Ada orang ragut Cik Najwa tadi.. Dan dah ada orang
tolong pi kejar peragut tu..” terang Saleha.
“Hah?? Kurang asam jawa betui! Dayus!” kutuk Syiha
bertalu-talu sambil mencebik bibir. Tangannya mengusapi belakang Adnin Najwa,
ingin menenangkan gadis itu yang mungkin terkejut sakan sehingga menangis
begini.
Tidak lama kemudian, Irfan Naufal datang semula
dengan beg tangan Adnin Najwa yang sudah berjaya dirampasnya semula. Peragut
tadi sudah diberikan kepada orang ramai untuk diserahkan kepada pihak polis.
Lama juga dia mengejar dan bergelut dengan peragut itu. Mujurlah dia handal
taekwondo. Akibatnya, peragut itu berdarah-darah ditumbuknya ketika peragut itu
melawan serta berkeras tidak mahu memulangkan beg tangan Adnin Najwa.
Irfan Naufal memandang Adnin Najwa yang sedang
menangis di tepi jalan dengan ditemani dua orang gadis yang tidak dikenali
Irfan Naufal. Mungkin Adnin Najwa masih terkejut dengan apa yang baru berlaku.
Irfan Naufal berjalan menghampiri Adnin Najwa. “Beg tangan awak.. Cik Najwa..”
lembut suara Irfan Naufal menutur kata. Bimbang tersilap cakap.
Adnin Najwa tersentak. Dia mengelap pipinya yang
basah dengan air mata. “Encik Irfan?” tanya Adnin Najwa.
“Ya, saya. Saya dah serahkan peragut tu pada orang
ramai untuk dibawa ke balai polis.. Ni beg awak..” jelas Irfan Naufal seraya
menyerahkan beg tangan milik Adnin Najwa.
Saleha dan Syiha sudah berbisik-bisik sesama mereka.
Irfan Naufal yang sungguh kacak itu begitu menarik perhatian mereka berdua.
Kini mereka sudah tertanya-tanya siapakah lelaki itu kepada Adnin Najwa. Kawan?
Bakal kekasih? Atau bakal suami? Wah, bertuahlah Adnin Najwa kalau Irfan Naufal
itu menaruh hati terhadapnya. Lagipun, tidak mustahil Irfan Naufal akan sukakan
Adnin Najwa kerana memang Adnin Najwa merupakan seorang gadis yang sungguh
jelita.
“Terima kasih sekali lagi, Encik Irfan.. Sebab
tolong saya lagi..” entah mengapa dia terasa lebih selesa kini berbicara dengan
lelaki itu berbanding sebelum ini. Ada suatu perasaan halus yang hadir. Adnin
Najwa berasa selamat jika lelaki itu ada bersamanya. Itulah yang dirasai Adnin
Najwa ketika ini.
“Don’t mention
it. Saya betul-betul ikhlas tolong awak.. Not more than that. So, don’t worry too much, okay? Rehat je bila
dah berada kat butik nanti..” getus Irfan Naufal perlahan. Senyumannya sudah
mencairkan hati Saleha dan Syiha yang sejak tadi tidak lepas-lepas memandang ke
wajah kacak Irfan Naufal.
“Awak berdua, jaga Cik Najwa bagi pihak saya..
Boleh, kan?” pesan Irfan Naufal kepada Saleha dan Syiha yang masih tercegat. Adnin
Najwa tergamam mendengar. Saleha dan Syiha berpandangan sesama mereka.
Mereka terus tersedar dari perasaan berbunga-bunga
tadi. Yalah, siapa yang tidak berbunga-bunga dalam hati sebaik terpandangkan
ciptaan Allah SWT yang hampir sempurna itu. Lelaki sekacak Irfan Naufal dan
gadis sejelita Adnin Najwa memang akan menjadi pasangan secocok yang akan
dicemburui ramai. Tetapi, takkanlah pula mereka berdua hendak cemburukan Adnin
Najwa.. Sebab majikan mereka itu memang terlalu baik hati. Mana mungkin mereka
cemburukan kebahagiaan Adnin Najwa. Sesuailah Irfan Naufal bergandingan dengan
Adnin Najwa. Semerta senyuman penuh makna terbit dari bibir Saleha dan Syiha.
Lamunan mereka rupanya masih belum tamat!
“Boleh ja, kan Syiha?!” tersengih-sengih Saleha
memandang ke arah Syiha yang juga sedang tersengih lebar. Bahunya menolak bahu
Syiha yang berada berdekatan bahunya.
“Boleh aja dong!” balas Syiha teruja. Kepalanya
terangguk-angguk. “Bertuahlah, Cik Najwa.. Ada orang suruh kami
tengok-tengokkan Cik Najwa. Maknanya dia risaukan Cik Najwa tu..” usik Syiha
pula.
Darah terasa menyerbu naik ke wajah Adnin Najwa.
Mukanya terasa membahang. Memang ayat Irfan Naufal tadi menandakan seolah-olah
lelaki itu risaukannya dan mengambil berat tentangnya. Kerana itulah Adnin
Najwa berasa segan dengan Saleha dan Syiha yang menjadi saksi kejadian.
“Jomlah, kita balik ke butik..” ujar Adnin Najwa selamba. Tidak mahu
mempedulikan kata-kata Syiha tadi. Dia bangun dengan dibantu oleh Saleha.
Kakinya mula dihayun perlahan.
“Cik Najwa..” panggil Irfan Naufal. Langkah Adnin
Najwa terhenti seketika. “Take care,
okay? Do not fall again. Or else, I’ll be your eyes, legs and hands.. I mean it..”
sambung Irfan Naufal dengan suara yang cukup lembut dan kedengaran agak
romantis.
Terasa hendak pengsan pun ada Saleha dan Syiha
selepas mendengar ayat-ayat Irfan Naufal itu yang penuh dengan perasaan
mengambil berat tentang Adnin Najwa. Bertuahlah Cik Najwa.. Handsome tu! Kalau aku, dah lama aku
cair.. Walaupun memang dah cair ni. Mak aii.. Sempat lagi Saleha berangan.
Terus Adnin Najwa menjadi tidak menentu selepas
mendengar kata-kata Irfan Naufal itu. Air liur ditelan berkali-kali lalu
kakinya dipaksa melangkah ke arah butik dengan dipimpin oleh Saleha dan Syiha.
“HULAMAKKK!! Biar benar? Encik Irfan?” teriak Tinie
teruja. Kuat betul suara Tinie sehinggakan mampu memecahkan corong telefon
pejabat Adnin Najwa. Adnin Najwa terangguk-angguk sendirian walaupun Tinie
tiada di situ.
“Betul, Tie.. Tadi dia tolong aku dua kali..” cerita
Adnin Najwa dengan jujur. Entah bagaimana tadi dia terbuka cerita pasal Irfan
Naufal kepada Tinie. Apa lagi, teruslah si Tinie tu berasa teruja. Sejak hari
tu lagi kan Tinie yang memberi cadangan supaya dia dan Irfan Naufal berkahwin.
“Wah! Kan aku dah cakap, dia memang syok kat hang.
Hang tak perasan ka? Bapak segala innocent
la hang ni!” usik Tinie dengan tawa halus.
“Aiseymen..
Kau ni, janganlah cakap macam tu. Aku sebenarnya malaslah nak fikir pasal
lelaki ni, Tie..” sahut Adnin Najwa seraya mengeluh berat. Hatinya seakan menidakkan
pernyataan yang baru terucap dari mulutnya. Entah mengapa, bila saja kata-kata
dan suara Irfan Naufal terlintas di fikirannya, hati Adnin Najwa akan menjadi
resah. Adnin Najwa dapat merasai kejujuran serta keikhlasan dalam tutur kata
serta perbuatan Irfan Naufal. Apa ni, Wawa? Baru sikit tu je Encik Irfan tolong
kau, yang kau tergedik-gedik ni apahal? Keluh Adnin Najwa sendirian.
“Malas atau hang tu sebenarnya dah jatuh hati? Dia
tu baik la Wawa.. Dan aku tau dia ikhlas terhadap hang....” kata Tinie
menyokong kata hati Adnin Najwa tadi bahawa Irfan Naufal memang ikhlas.
“Tapi, Tie..”
“Wawa.. Hang jangan ingat semua lelaki dalam dunia
ni tak bagus tau. Aku sendiri nampak keikhlasan dalam renungan mata dia bila
dia pandang hang..” beritahu Tinie bersungguh-sungguh. Nampak gayanya, hati
Adnin Najwa sudah sedikit goyah.
“Tie, aku nak pergi toilet ni. Nanti aku jumpa kau dekat rumah aje okey? Bye!” dengan pantas Adnin Najwa meletakkan
gagang telefon, sekaligus mematikan talian. Dia rimas untuk mendengar celoteh
Tinie lagi. Bukannya makan saman Si Tinie tu.
Sudah pukul 8 malam menandakan waktu tamat operasi
butik tersebut. Syiha dan Saleha baru sahaja pulang. Mereka ingin menemani
Adnin Najwa tetapi disuruh balik pula. Alasan Adnin Najwa, Tinie sudah menempah
teksi untuk mengambil serta menghantarnya pulang ke rumah. Taharah pula kini
yang menawarkan untuk menemani Adnin Najwa. Tetapi disuruh balik juga dengan
alasan yang sama. Adnin Najwa duduk di tepi jalan, menanti Pak Cik Seman
sampai.
Lama dia menunggu, tiba-tiba dia terasa wajahnya
bagai ditimpa manik-manik kecil. Hujan? Ya Allah! Mana aku nak lari sembunyi
ni? Payung pun aku tak bawak.. Adnin Najwa sudah kelam-kabut. Semakin lama,
hujan semakin menggila. Daripada renyai-renyai, kini sudah semakin lebat.
Dengan perlahan dan penuh berhati-hati, Adnin Najwa cuba mencari tempat untuk
berteduh.
Irfan Naufal tersentak dari tidurnya. Dia memandang
ke luar keretanya. Rupanya hujan lebat! Bunyi hujan itulah yang membuatkan
Irfan Naufal terjaga. Sejak habis bersolat maghrib lagi tadi, dia menunggu
Adnin Najwa di dalam kereta. Matanya samar-samar menangkap kelibat butik Adnin
Najwa yang nampak sudah tidak bercahaya. Ya Allah! Mana dia? Irfan Naufal sudah
kalut. Dia mencapai payung lalu keluar dengan segera dari dalam perut kereta.
Bimbang sungguh dia jika apa-apa terjadi pada Adnin Najwa. Kata Tinie, Pak Cik
Seman akan terlewat sampai sikit sebab jalan licin kerana hujan lebat.
Irfan Naufal mencari Adnin Najwa di sekeliling
kawasan berkenaan namun tidak berjumpa. Dia memanjangkan lehernya, meneliti ke
segenap sudut tempat berkenaan. Dari jauh, dia dapat melihat kelibat seorang
gadis yang sudah basah kuyup di dalam hujan. Walaupun pandangannya hanya
samar-samar kerana hujan yang semakin lebat, dia yakin itu adalah Adnin Najwa
kerana tongkat putih milik gadis itu memang jelas kelihatan. Adnin Najwa sedang
duduk bercangkung di tepi jalan di bawah sepohon pokok yang agak rendang.
Mungkin ingin berteduh dari terkena hujan. Gadis itu nampak seperti sedang menahan
kesejukan.
Dengan penuh kerisauan, Irfan Naufal segera
menghampiri Adnin Najwa. Payung yang dipegangnya segera dialihkan ke atas
kepala Adnin Najwa. Selendang putih gadis itu sudah basah lenjun. Irfan Naufal
membiarkan dirinya pula yang basah kuyup. “Cik Najwa..” sapa Irfan Naufal
perlahan.
Adnin Najwa baru perasan yang dia sudah terlindung
dari ditimpa air hujan. Dan suara lelaki yang baru didengarinya itu memang amat
dikenali. Irfan Naufal? “Hmm.. Encik Irfan ke?”
“Ya, saya. Cik Najwa, kenapa awak biarkan diri awak
basah dalam hujan ni?” soal Irfan Naufal agak keras. Dia memang risau ketika
ini. Bagaimana jika Adnin Najwa demam?
“Hmm.. Mana saya tahu nak hujan.. Saya tunggu kat
luar butik dah tadi lepas tutup butik tu. Tapi, tiba-tiba pulak hujan turun.
Saya jadi panik sebab tak tahu kat mana tempat untuk saya berteduh sementara tunggu
teksi sampai.. And, I’m ended up here..
Nak pergi ke arah butik pun tak tahu arah mana..” jawab Adnin Najwa dalam suara
yang terketar-ketar kesejukan.
Irfan Naufal terasa simpati mendengar cerita Adnin
Najwa. Dialah yang menyebabkan Adnin Najwa buta dan sekaligus menyukarkan hidup
gadis itu. Keluhan kecil dilepaskan lantas dia segera berdehem. “I see. So, sekarang ni.. Kita tunggu
teksi sampailah ya? Saya temankan awak, okey?”
“Macam mana awak ada kat sini? Pada masa ni jugak.
Takkanlah kebetulan lagi?” soalan cepu mas Adnin Najwa itu menyebabkan Irfan
Naufal terkedu. Apa pula alasannya kali ini?
“Err.. Hmmm.. Kan tadi tu awak asyik nak terjatuh
je. Dan dah kena ragut.. So, saya
risau.. And then, I ended up waiting for
you here up until now..” balas Irfan Naufal, berterus-terang sahaja.
Adnin Najwa sedikit tergamam. Dia tertunduk dan
lidahnya terus kelu. Suara Irfan Naufal memang kedengaran sungguh jujur dan
ikhlas. Dan lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan terhadapnya. Tambahan
pula, lelaki itu begitu mengambil berat tentang dirinya. Mana lagi kau nak cari
lelaki baik macam ni, Wawa? Hmm.. Tapi.. Tapi, layakkah kau untuk dia? Apa
keistimewaan yang kau ada untuk beri pada dia? Kau tu bukannya ada dara lagi!
Kau tu dah macam buah kena tebuk tupai. Siapalah yang nakkan perempuan rosak
macam kau ni? Syaitan terus menghasut.
“Hmm.. Encik Irfan, awak jangan terlalu baik pada
saya.. Please?” pinta Adnin Najwa
dengan mata yang sudah terasa berair. Penderitaan hatinya kembali menyengat.
Kisah hitam dia dirogol kembali bergentayangan. Kerana itulah dia tidak boleh
lagi menerima lelaki walaupun lelaki itu adalah lelaki yang baik.
“Kenapa pulak? Kan manusia ni, kena berbuat baik
sesama manusia? Lagipun, awak memang memerlukan seseorang tengok-tengokkan awak
waktu ni dan saya kebetulan ada, tengah tunggu awak sebab risaukan awak..”
“Awak tak perlu risaukan perempuan macam saya ni!”
bentak Adnin Najwa semakin beremosi. Dia sudah mula mengalirkan air mata.
“Sebabnya?” soal Irfan Naufal, tidak mengerti akan
maksud Adnin Najwa.
“Sebab..” belum pun sempat Adnin Najwa
berterus-terang tentang kisah dia dirogol, bunyi hon tiba-tiba mengejutkannya. Adnin
Najwa segera mengesat air matanya sebelum ada sesiapa ternampak.
Irfan Naufal juga terkejut dengan bunyi hon tadi namun
kini suspen untuk mendengar sebab yang hendak diceritakan oleh Adnin Najwa
tadi.
Rupa-rupanya teksi sudah sampai. Pak Cik Seman
segera membuka payung dan datang menghampiri Adnin Najwa yang sudah terbangun.
“Maaflah, cik. Lambat sikit.. Jalan licin tadi, kena bawa teksi slow-slow..” beritahu Pak Cik Seman
dengan wajah bersalah kerana terlewat.
Matanya menyorot Irfan Naufal yang sudah basah kuyup
dengan air hujan. Tangan lelaki muda itu masih menyuakan payung untuk melindungi
Adnin Najwa dari terkena hujan. Pak Cik Seman sungguh kagum dengan sifat
pelindung yang dimiliki oleh Irfan Naufal. Dahlah tambang teksi gadis itu
hari-hari pun dia sanggup nak bayar, lepas tu sanggup pulak tunggu berjam-jam
depan butik Adnin Najwa dan bila hujan macam ni, sanggup pula membiarkan diri
basah semata-mata kerana inginkan Adnin Najwa terlindung dari hujan. Anak orang
kaya ni agaknya memang dah tak ada kerja kut?
“Takpe,
pak cik.. Jom hantarkan saya balik ke rumah.. Hmm, Encik Irfan.. Thanks so much for everything..” getus Adnin
Najwa lalu berjalan beriringan dengan Pak Cik Seman. Lelaki tua itu memegang
lengannya sedikit. Adnin Najwa kini sudah bertukar payung dengan berkongsi
payung bersama Pak Cik Seman.
Irfan Naufal menarik semula payung supaya dirinya
tidak terkena hujan lagi. Bayangan Adnin Najwa yang memasuki perut teksi
direnungnya dengan sebuah perasaan kecewa. Apa agaknya yang hendak diberitahu
oleh Adnin Najwa tadi? Irfan Naufal berfikir-fikir sendirian. Tiba-tiba.. Dia
mulai bersin. “Haaacchuuuu!!” Irfan Naufal tahu dia akan terkena demam jika
berlama-lama dibasahi air hujan itu. Dia perlu balik ke hotel untuk
membersihkan diri.
LIMA hari berlalu..
ADNIN Najwa melepak bersama Tinie di ruang tamu. Ada
bunga ros lagi yang sampai pada hari ini. Malah, setiap hari selama lima hari
ini, Adnin Najwa akan menerima bunga ros yang berlainan warna. Tinielah yang
bercerita tentang warna-warna bunga ros itu. Adnin Najwa hanya mampu tersenyum
sambil membayangkan kecantikan bunga berkenaan. Masuk kali ini, sudah hampir
seminggu juga Adnin Najwa menerima bunga ros. Hairan juga Adnin Najwa. Siapalah
yang baik hati sangat tu?
“Haiii.. Bertuahlah hang, Wawa.. Ada jugak orang
yang bagi hang bunga. Kalau aku ni, haremmm
la nak dapat walaupun sekuntum. Kalau dia nak bagi pun, dia pi kutip bunga tahi
ayam yang tumbuh meliar dekat tepi jalan rumah dia.. Apa kelas beb!” rungut
Tinie namun dengan nada mengusik Adnin Najwa.
Adnin Najwa tertawa kecil. Lucu pula dengan nada
suara yang dibuat Tinie. Mujurlah kawannya itu bercuti pada hari ini. Dia pun
sengaja bercuti pada hari ini untuk melepak bersama Tinie. Saleha, Taharah dan
Syiha memang sudah cekap membuat kerja. Sebab itulah Adnin Najwa tidak
teragak-agak untuk meninggalkan bisnes di bawah jagaan mereka bertiga.
“Kau ni, ke situ pulak! Aku pun tak tahu siapa yang
bagi bunga ni.. So, aku layan ajelah
bunga-bunga yang dia bagi ni. Rugi kalau buang macam tu aje.. Dia tu macam
tahu-tahu aje yang aku ni minat sangat dengan bunga ros.. Kau tu, walaupun si
dia bagi bunga tahi ayam sekali pun, bermakna tau. Sebab orang tu sayangkan kau
dan kau pun sayangkan orang tu.. Kau lebih bertuah walaupun dapat bunga tahi
ayam je..” jawab Adnin Najwa dengan pendapatnya tersendiri.
Tinie tersedak-sedak seketika. Akulah yang beritahu
Encik Irfan bahawa Wawa suka sangat dekat bunga ros.. Hehehe.. Ehem, ehem..
Tinie tersengih seorang diri pula. “Bunga tahi ayam tak wangilah, Wawa. Aku nak
bunga ros.. Cantik macam hang.. Aku rasalah, orang tu tahu hang sukakan bunga
ros sebab hang pun dia tengok cantik macam bunga ros kut?” usik Tinie lagi,
mengubah topik yang dibangkitkan oleh Adnin Najwa tadi.
Adnin Najwa tergelak lucu. Ada pulak Tinie buat
alasan tidak masuk akal begitu.. “Hesy! Kau puji-puji ni, aku takde hadiah nak kasi kau tau..”
Mereka tertawa bersama buat seketika. Namun lama
selepas itu Tinie terdiam. “Emm.. Wawa.. Aku rasalah kan..”
“Hmm? Apa pulaknya?”
“Aku rasalah, yang bagi bunga dekat hang semua ni..
Encik Irfan la..” ujar Tinie lambat-lambat. Dia sudah berpakat dengan Irfan
Naufal dan Fizul yang hari ini mereka mesti mendedahkan segala-galanya tentang
bunga ros itu dan tambang teksi yang selama ini ditanggung oleh Irfan Naufal.
Konon-kononnya Tinie baru tahulah pasal semua ini.
Sebenarnya bukanlah niat Irfan Naufal untuk riak
dengan segala yang dilakukan itu. Ini hanya separuh dari rancangan mereka untuk
membuatkan Adnin Najwa terharu lalu terus menerima Irfan Naufal menjadi
suaminya. Sudah tiada cara lain lagi untuk memenangi hati gadis itu. Hari ini,
Tinie akan cuba memujuk Adnin Najwa sehabis-habisnya.
“Hesy! Kau ni.. Banyaklah kau punya Encik Irfan..”
wajah Adnin Najwa terasa sedikit membahang apabila suara Irfan Naufal datang
berbisik-bisik di telinganya. Entah mengapa suara itu memang mampu mengganggu
tidur malamnya selama beberapa hari ini. Sejak dia bertemu Irfan Naufal di
dalam hujan tempoh hari, lelaki itu tidak pernah lagi datang ke butiknya.
Mungkinkah lelaki itu sudah berputus asa apabila berkali-kali ditolak olehnya?
“Aku dah lama dah agak benda ni. Malah, aku nampak
dengan mata kepala aku sendiri.. Dialah yang curi-curi bagi bunga ni dekat
hang.. Dia jugak yang berpakat dengan pak cik teksi tu sebenarnya supaya suruh
hang bayaq suku ja dari harga betui. Aku tanya Pak Cik Seman tu pun, dia mengaku..
Aku memang duk cari masa ja nak bagitau hang..” terang Tinie berhati-hati. Bimbang
tersilap ayat pula. Apa agaknya yang bakal diperkatakan oleh Adnin Najwa? Ahh, gamble saja laaa… Wajah Tinie sudah berubah
sedikit gelisah melihat wajah Adnin Najwa seperti tidak beriak apa-apa itu.
“Hmmm.. For sure?”
Adnin Najwa meminta kepastian. Keningnya berkerut. Mana mungkin Tinie menipunya.
Dia kenal Tinie bukan jenis yang suka menipu orang. Cuma sengaja dia ingin meminta
sedikit lagi kepastian dari Tinie.
“Yes, bebeh! I’m
so sure!” sahut Tinie dengan penuh bersemangat waja. “Walaupun dia demam, dia
tetap datang curi-curi bagi hang bunga..” tambah Tinie lagi. Dia perlu memaklumkan
kepada Adnin Najwa supaya gadis itu tahu yang Irfan Naufal demam adalah kerana hujan
tempoh hari.
Adnin Najwa tambah tergamam. Dia demam? De.. Demam? Sebab
apa? Adnin Najwa mulai risau entah mengapa. “Kenapa pulak dia tiba-tiba boleh demam?”
“Hang kan pernah cerita kat aku hari tu.. Waktu hujan
dia bawakan hang payung, kan? Tapi, sebenarnya payung tu satu ja.. So, hanglah yang dia payung, dia pulak biarkan
diri dia kena hujannnn… Yang aku tahu ni pun, sebab terjumpa dengan kawan Encik
Irfan. Mungkin hang dah tak ingat atau tak perasan dia kat hospital dulu. Kawan
dia cakap, dia demam.. Sebab kena hujan..” jelas Tinie lagi.
Cewahh.. Macam berlakon drama pulak! Tapi pasal Irfan
Naufal demam tu, memang betul pun okey.. Itu memang tiada dalam rancangan.. Tapi
okeylah jugak, sebab mungkin ini tambahan cerita yang boleh buatkan Adnin Najwa
lebih terharu.. Tinie tersengih lebar melihat wajah Adnin Najwa yang penuh kebimbangan
itu. Sah, Wawa memang ada hati dekat Encik Irfan tapi tak nak mengaku tu!
Adnin Najwa berasa sungguh bersalah kerana telah menyebabkan
Irfan Naufal demam. Dia teringin sangat pergi melawat Irfan Naufal dan mengucapkan
terima kasih kerana telah banyak membantunya selama mereka berkenalan. Ternyata
lelaki itu memang benar-benar ikhlas terhadapnya.
“Baik hang terima ja lamaran Encik Irfan tu, Wawa.. At least, ada seseorang yang boleh jaga hang
lepas aku dah kahwin dan tak boleh dah nak jaga hang.. Dia memang baik sangat..
Manalah hang nak cari lelaki baik macam tu lagi dalam dunia ni? Susah tau nak jumpa
spesis lelaki macam Encik Irfan tu! Sanggup korbankan apa aje untuk melindungi orang
yang dia sayang. Baik lagi kita bersama dengan orang yang sayangkan kita sebab kita
tau hanya dialah yang boleh lindungi kita selalu.. Cinta hang terhadap dia tu boleh
dipupuk. Insya-Allah, Allah itu Maha Mengetahui. Percaya ja pada Allah dan serahkan
semuanya kepada-Nya. So, please marry him.
Do it for me, please dear? Aku risau sangat dengan hidup hang lepas aku dah
kahwin nanti..” panjang lebar nasihat yang diberikan oleh Tinie untuk terus memujuk
hati Adnin Najwa. Tiba-tiba sahaja Tinie menjadi serius, entah mengapa.
Adnin Najwa terus terkedu. Kata-kata Tinie memang banyak
benarnya. Patutkah dia memberikan Irfan Naufal peluang? Tapi.. Bagaimana jika suatu
hari nanti, lelaki itu tahu kisah hitamnya di sebalik dia yang sudah ketiadaan dara?
Tentu Irfan Naufal akan berasa jijik dengan dirinya. Lelaki itu tentu takkan mahu
lagi menyentuhnya mahupun menyayanginya. Adnin Najwa tergeleng-geleng.
“Aku.. Aku tak mampu nak jadi seorang isteri yang sempurna
untuk dia, Tie..” ayat-ayat itu terkeluar dari bibir Adnin Najwa tanpa sedar.
“Hang kena cuba, Wawa.. I know, he’s the right man for you!” pujuk Tinie lagi. “Hang kena fikirkan
masa depan hang. Fikir siapa yang boleh lindungi hang.. Please, Wawa.. Aku takkan tenang kalau hang tak kahwin dengan dia. Okey,
macam nilah. Sekarang ni, hang pilih salah satu. Hang kahwin dengan dia atau pun
jangan haraplah aku nak kahwin selagi hang tak kahwin dengan dia! Biar aku batalkan
perkahwinan aku pada tarikh yang dah ditetapkan iaitu minggu depan.. Aku memang
tak boleh biarkan hang tinggal sorang-sorang dalam keadaan hang tak berdaya macam
ni.. Hang baru ja hilang penglihatan. Takkanlah aku nak biarkan hang? Jawapannya
memang tidak..” bertambah panjang berjela-jela pula kata-kata Tinie, siap dengan
ugutan lagi.
Air liur Adnin Najwa terasa bagai tersekat di kerongkongnya
ketika ini. Dia tersepit. Antara berkahwin dengan Irfan Naufal atau pun Tinie tidak
berkahwin kerananya? Adnin Najwa terus memegang kepalanya. Dia sungguh risaukan
masa depannya tetapi dalam masa yang sama dia tidak boleh memusnahkan masa depan
Tinie hanya kerana terlalu mementingkan dirinya serta masa depannya sendiri. “Ya
Allah.. Kenapa sampai jadi macam ni..? Sukarnya untuk aku buat keputusan..” bisik
Adnin Najwa kepada dirinya sendiri.
“Baiklah, Tie… Aku setuju.. Nanti aku beritahu dia..”
akhirnya Adnin Najwa bersuara lemah. Memang dia terpaksa bersetuju demi masa depan
Tinie.
Tinie menarik nafas lega. Misi berjaya juga akhirnya.
Dia terpaksa buat begini demi menjamin kehidupan yang lebih bermakna buat Adnin
Najwa. Dia memang yakin sangat yang Irfan Naufal memang lelaki terbaik yang telah
ditakdirkan untuk hidup bersama Adnin Najwa. Ya Allah.. Berikanlah sahabatku ini
kebahagiaan setelah banyak dugaan yang Kau berikan padanya.. Aminn.. Terasa ada
air mata kesyukuran yang terbit dari tubir mata Tinie..
p/s : sorry lambat update..busy dengan order buku MM.. :) ni dah update, komen banyak2 tauu.. ^^
ehem ehemmm
ReplyDeletebila nak kahwin ni?
ke langsung sekali dengan tinie?
hahahaa
next2
yes2! that's it terima ja irfan tu adnin... lepastu kau dera dia teruk2! haha
ReplyDeletejahat gila sy.. best3... nak lagi kak auni.. :)
terbaik lah.. pandai jugak tini ni kelentong sunat.. hihi.. tak saba tgu diorg kawen.. lalalala...
ReplyDeletewaa.. dah nk kawen.. suka3..
ReplyDeletefiqa
suka irfan..cian wawa...selamat pengantin baru. hehehe
ReplyDeleteWah Adnin Najwa dah terima lamaran Irfan Naufal...
ReplyDeletex sabar nak tunggu next entry...
waaaah!!!!!!! terbaekkkkk!!!!!
ReplyDeletebestnye sis nk lagiii =) mabeless =)
ReplyDeleteamalina said : wah3333..best33...bila next en3 kak?
ReplyDeleteBEST!!!!!
ReplyDeletebest nk lgi he3......smogA berbahagia..
ReplyDeletethumbs up for cik Auni >.<
ReplyDeletetahniah...jlan ceta yg len dr yg lenn..
ReplyDeleteall ur karya,,i really like them..so thumbs up.
Update cepat lah.. Boleh tak??? Hehehehe aku sangat cerita ne!!!
ReplyDelete-from Brunei-
terima kasih utk yg sudi mengirimkan komen...
ReplyDeletethanks a lot for ur support!
saya masih berusaha mengolah plot seterusnya :)
to all : LOVE YOUUUUUUUU~ :) <3
wahh..suke sgt dgn watak irfan..wawa ni je yg degil sikit..haizz..tp xpelah, dah setuju pun wawa nk kawen dgn irfan! thanks to Tinie lah kannn? hehehe selamat pengantin baru utk Irfan Naufal & Adnin Najwa :) nexttt...best sgt2 :)
ReplyDeletegiler best lahhh... ^_^
ReplyDeleteSporting aaa bapak irfan naufal. Kawin la cpt2 sket.
ReplyDelete-jaja-
terbaekkk =))
ReplyDeleteMeme terbaekkk.....
ReplyDeleteBapa irfan yg baek, kawan yg seia sekata..
Nk agi...
best nyer x sabar nak tau sambungan...
ReplyDeletewah sweetnyeh care nk ngorat.hahahahahh. hope pape jadi pon diaorg can face it maah. cecepat smbg ek. makasih
ReplyDeletealolo...lelaki idaman malaya betullah...heheh...
ReplyDeletewahhh..tak sabar nak tau reaksi irfan.. kawen cepat2 la..hehheheheee
ReplyDeleteWah.... dah makin menarik nieh.. sis auni.... update story nie laju2 sket... teruja nieh.. hehehehehe :D
ReplyDeleteWah nama saya pon ada dalam ni...hehehehe...
ReplyDeleteTaharah...
best sangat cerita ni :) thumbs up!!!
ReplyDelete