-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Sunday, April 29, 2012

Kurelakan Kasihmu 11, 12, 13, 14



TAN Sri Haji Zainal berkerut dahi. Dia melekapkan telefon pejabatnya itu lebih rapat ke telinga. Manalah tahu dia tersalah dengar ke? Matanya sedikit membesar. “Betul ke ni, Ir?”
“Betullah abah.. Takkan Ir nak buat main-main pulak dengan abah..” balas Irfan Naufal separuh teruja sahaja kerana perasaan kecewa ditolak oleh Adnin Najwa masih terasa.
“Betul kau dah jumpa Najwa? Serius?” tanya Tan Sri Haji Zainal lagi seperti tidak percaya.
“Betul, abah.. Minggu lepas lagi Ir jumpa dia. Tapi, pertemuan semula kami ni tak seperti yang Ir jangkakan..” Irfan Naufal tunduk. Bagaimana agaknya penerimaan abahnya jika dia memberitahu mengenai kemalangan yang menyebabkan Adnin Najwa cacat penglihatan.
“Minggu lepas? Kenapa sekarang ni baru bagitau abah? Apa maksud kau dengan pertemuan yang tak dijangka tu?” bertalu-talu soalan Tan Sri Haji Zainal. Dia pula yang teruja mengalahkan Irfan Naufal sendiri.
“Ir call abah minggu lepas tapi Mimi cakap abah busy dengan projek. Encik Borhan tolong handle bagi pihak Ir ke?”
“Ha’ah.. Dia tolong kau. Tapi kenapa kau tak call sekali lagi lepas tu?” soal Tan Sri Haji Zainal lagi.
“Alah.. Ir malaslah nak kacau abah. Bukannya Ir tak kenal abah tu kalau buat kerja memang serius.. Tak boleh orang kacau sikit..” usik Irfan Naufal, sempat lagi tu.
Tan Sri Haji Zainal merengus kecil. Sempat pula anak lelakinya itu mengkritik cara dia bekerja. “Ahh, itu alasan kau aje.. So, macam mana dengan Najwa? Dia okey? Dia tak marah bila nampak Ir?”
“Hmmm.. Ituuu… Pasal Cik Najwa tulah yang Ir nak cerita ni, bah..” keluh Irfan Naufal. Dua melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang empuk di dalam bilik hotel itu.
“Kau ni jangan buat suspen, Ir. Abah lesing karang hah..” gertak Tan Sri Haji Zainal.
Amboih abah ni. Siap nak lesing-lesing pulak. Dah macam pendekar bujang lapok gayanya. Irfan Naufal terasa nak ketawa pula dengan imaginasinya sendiri. “Err.. Ir.. Ir eksiden dengan Cik Najwa, abah..” balas Irfan Naufal dalam suara yang sedikit merendah.
Tan Sri Haji Zainal semakin tidak sabar hendak tahu perkara selanjutnya. Hatinya kerisauan. Dia mulai memusingkan kerusinya ke arah belakang. Ingin menatap pemandangan kotaraya Kuala Lumpur yang sesak dengan kenderaan dari cermin bilik pejabatnya itu. “Astaghfirullahal’azimm.. Teruk ke kau eksiden dengan dia? Ir okey ke tu? Takde luka teruk kan? Dia pulak apa cerita?” soal Tan Sri Haji Zainal lagi dengan risau. Keningnya sudah bersatu. Bimbang sungguh dia jika terjadi apa-apa pada Irfan Naufal.
“Teruk jugak.. Tapi Ir okey aje, abah. Cik Najwa yang teruk..”
“Teruk, means?” laju sahaja pertanyaan Tan Sri Haji Zainal itu. Risau juga jika apa-apa terjadi pada Adnin Najwa.
“Teruk tu, means, dia sekarang ni dah buta..” jawab Irfan Naufal lambat-lambat. Sebuah keluhan lagi dilepaskan dengan berat.
“What??! Masya-Allah! Apa yang jadi, Ir? Sampai budak Najwa tu buta?” Tan Sri Haji Zainal memicit dahinya. Dia sudah mulai runsing. Bertambah kerutan di dahinya ketika ini.
Irfan Naufal mengeluh kecil. “Ir yang langgar kereta dia malam tu sebab masa tu lampu jalan takde kat jalan tu. Kereta dia pun kebetulan termati lampu.. So, Ir sempat keluar lepas perlanggaran tu. Lepas tu kereta Ir meletup. Serpihan-serpihan kaca masuk dalam mata Cik Najwa.. Dan, sekarang ni dia dah buta..” terang Irfan Naufal dengan wajah kesal.
“Ya Allah..” ucap Tan Sri Haji Zainal dengan wajah tergamam. “Allahuakhbar..”
Irfan Naufal terdiam tanpa kata. Dia hanya mampu menunggu kata-kata seterusnya dari abahnya yang jelas sedang beristighfar berkali-kali. Sekejap abahnya mengeluh, sekejap pula merengus kecil. Tentu orang tua itu sudah faham keadaan Irfan Naufal ketika ini.
“So, what’s your plan now? Perkara ni memang perkara besar.. Tak boleh dibuat main-main. Dia tahu ke Ir yang langgar dia?”
“Dia tak tahu, bah. Ir berlakon macam tak kenal dia..”
“Apa?! Kenapa Ir buat macam tu pulak? Kenapa Ir bu…” kata-kata Tan Sri Haji Zainal terhenti apabila terdengar suara Irfan Naufal yang tiba-tiba memotong percakapannya.
“Abah, please dengar dulu penjelasan Ir..” kata Irfan Naufal laju. Setelah yakin yang abahnya sudah memberikan dia ruang untuk bercakap, Irfan Naufal kembali menyambung berkata-kata. “Ir tak cakap Ir adalah Ir yang sama yang pernah buat onar kat dia dulu. Kalaulah Ir cakap, mesti dia takkan jumpa Ir lagi. Sekarang ni, ini aje jalan untuk Ir kahwin dengan dia.. Lepas kahwin nanti, Ir akan jaga dia sampailah kami tua.. Insya-Allah sampai ke hujung nyawa..”
Tan Sri Haji Zainal mengeluh lagi. Kalau itulah caranya untuk Irfan Naufal berkahwin dengan Adnin Najwa, dia tidak boleh berkata apa-apa lagi. Tapi, dengan cara menipu gadis itu? Hanya itu sahaja yang membuatkan Tan Sri Haji Zainal sedikit tidak menyetujui tindakan Irfan Naufal. Kerana dia tahu, lambat-laun identiti sebenar anak lelakinya itu akan terbongkar juga dan dia takut bila tiba masanya, Adnin Najwa takkan dapat memaafkan Irfan Naufal lagi buat selama-lamanya. “Tapi, macam mana kalau suatu hari nanti dia tahu yang kau adalah orang yang sama pernah hancurkan hidup dia dulu? Ir jangan buat main-main.. Jangan permainkan hati gadis tak bersalah tu!” protes Tan Sri Haji Zainal.
“Ir akan cuba cari masa yang sesuai untuk berterus-terang. Of course Ir takkan sembunyikan identiti Ir buat selama-lamanya..”
“Betul? Ir janji akan terangkan dekat dia bila sampai waktu yang sesuai?” tanya Tan Sri Haji Zainal ingin memastikan.
“Janji, abah..” balas Irfan Naufal dengan senyuman pahit. Dia takut menanti waktu itu. Waktu di mana Adnin Najwa tahu tentang kisah silam mereka yang ingin dilupakan oleh gadis itu. Entah apalah agaknya penerimaan Adnin Najwa?
“Okey, kau buatlah apa yang patut.. Best of luck! Abah tunggu Ir bawa Najwa sebagai menantu abah..” ucap Tan Sri Haji Zainal sedikit lega.
“One more thing, abah…”
“Apa lagi?”
“Boleh Ir mintak cuti lagi dua minggu? Bukan senang nak pujuk Cik Najwa tu, bah..” pinta Irfan Naufal dengan penuh harapan.
Tan Sri Haji Zainal tersenyum. Syukurlah anak lelakinya itu begitu komited untuk bertanggungjawab. “Okey, tapi kena pastikan bawa budak Najwa tu balik ya..”
“Yes, sir!” jawab Irfan Naufal. Selepas memberi salam dan mematikan talian, Irfan Naufal mulai mengurut dahinya. Okay, Ir. What next? How are you gonna make her yours? Think, Ir… Think harder.. Irfan Naufal terus berfikir sementara menunggu kedatangan mentornya iaitu Fizul. Kan sahabatnya itu sudah berjanji untuk membantunya memikat hati Adnin Najwa..




DUA hari berlalu..
ADNIN Najwa sudah dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor. Dia dan Tinie berjalan perlahan-lahan memasuki pagar rumah sewa mereka. Tinie memandang wajah sugul Adnin Najwa. Mungkin gadis itu masih tidak biasa hidup dalam kegelapan begitu. Tentu rutin harian hidup Adnin Najwa akan bertambah sukar selepas ini. Sudahlah Adnin Najwa itu sebatang kara, kini pula buta. Tinie sungguh bimbangkan masa depan Adnin Najwa. Lelaki seperti Irfan Naufal adalah lelaki yang terbaik untuk sahabatnya itu.
“Eh, Wawa.. Hang tahu dak.. Tadi ada orang bagi hang bungaaa.. Cantik sangat! Bunga ros. Aku lupa nak bagitau hang tadi..” beritahu Tinie dengan teruja sekali. Dia masih teringat pakatannya bersama Fizul dan juga Irfan Naufal. Pakatan untuk membuatkan Adnin Najwa bersetuju kahwin dengan Irfan Naufal.
“Bunga ros? Siapa pulak yang baik hati bagikan aku bunga tu? Mesti kau kann…” duga Adnin Najwa tersenyum riang. Dia sudah mengagak, tentu Tinie yang bagi bunga itu.
“Ehh… Mana ada! Bukan akulah.. Ada ka pulak aku.. Hang ni pun..” gerutu Tinie sambil menolong mendudukkan Adnin Najwa ke atas sofa di ruang tamu.
Kening Adnin Najwa berkerut. Kalau bukan Tinie, siapa pulak dah? Adnin Najwa terasa hairan seketika. “Habis tu? Siapa pulak yang bagi kalau bukan kau?” soal Adnin Najwa kehairanan. Dia tahu, kalaulah betul tekaannya bahawa Tinie yang memberi bunga tersebut, tentu terlonjak-lonjak suka gadis itu mengakuinya. Ini tidak, Tinie siap menafikan dengan bersungguh-sungguh.
“Haaaa… Kalau hang nak tau, aku pun tak tau siapa yang bagi bunga tu kat hang. Dia takda tulis namalah..” balas Tinie berpura-pura tidak tahu gerangan yang memberikan Adnin Najwa bunga. Padahal dia tahu siapa yang beri. Tidak lain dan tidak bukan, Irfan Naufal la. Tinie mengeluarkan bunga ros dari dalam beg kertas berdekatannya lalu diberikan kepada Adnin Najwa. “Nahh.. It’s yours..”
Mata Adnin Najwa yang sudah tidak dibalut itu kelihatan seperti terkebil-kebil. Dia meraba-raba bunga ros yang diberikan oleh Tinie itu. Kelopaknya sungguh lembut sekali dan baunya sangat harum! Adnin Najwa tersenyum sendiri membayangkan keindahan bunga ros tersebut. Alangkah bahagianya jika dia dapat melihat semula. “Wanginya, Tie..” puji Adnin Najwa seraya mengukir senyuman manis.
“Cantik dan harum bunga tu, Wawa.. Siapalah yang baik hati tukan? Dia ada hati dengan hang kut?” usik Tinie, menyempat lagi tu.
“Hesy! Siapalah yang nakkan aku ni, Tie? Dahlah buta.. Lepas tu, yatim piatu pulak.. Aku tak layak untuk mana-mana lelaki pun..”
“Shh! Janganlah cakap macam tu lagi, Wawa.. Hang tau kan yang aku tak suka hang cakap macam tu? Kenapalah hang suka nak sedihkan diri sendiri.. Please, chill out. Jangan fikir yang hang tu keseorangan dalam dunia ni. Apa gunanya kawan hang ni? Mesti ada lelaki yang ikhlas dengan hang.. Aku tau, Allah itu Maha Adil.. Hang kena tabah ja, Wawa.. Please, demi aku?” Tinie berpeluk tubuh. Wajahnya penuh harapan walaupun dia tahu Adnin Najwa tidak dapat melihat. Wajah Adnin Najwa yang berubah suram itu dipandang dengan perasaan simpati. Dia faham, bukan senang Adnin Najwa mahu lupakan segala-galanya.
“Sorrylah, Tie. Aku janji, aku akan cuba untuk lupakan kesedihan aku ni. Demi kau.. Aku sanggup buat apa aje..” balas Adnin Najwa dengan senyuman pahit. Dia terpaksa memaniskan wajahnya walaupun hatinya pedih dan masih luka berdarah.
“Baguslah kalau macam tu. Sekarang ni, berbalik pada topik awai kitaaa… Hang agak-agaklah, siapa yang bagi hang bunga ros ni?” soal Tinie, kembali teruja. Wajah Adnin Najwa yang seperti memikirkan sesuatu itu dipandang dengan sengihan.
“Hmm.. Aku rasa..” Adnin Najwa mulai bersuara perlahan. Keningnya masih berkerut.
“Haa.. Apa, apa?” Tinie sudah tidak sabar lagi.
“Aku rasa, aku pun tak tahu jugak.. Sesiapa pun yang bagi bunga ni, memang baik hati sangat!. Besar pulak tu.. I like it!”sambung Adnin Najwa sambil terus menghidu bau harum bunga ros yang masih berada dalam pelukannya.
Tinie sudah tergeleng-geleng kepala. Sedikit pun Adnin Najwa tidak mempunyai klu mengenai Irfan Naufal. Takkanlah dia sudah lupa bahawa lelaki itu pernah melamarnya dan berjanji untuk membuatkannya jatuh hati? Wawa… Wawa.. Keluh Tinie di dalam hati sambil menepuk dahi.




KEESOKAN harinya, Irfan Naufal menunggu awal di hadapan rumah sewa Adnin Najwa. Ada rancangan yang dia sudah aturkan, rancangan yang diajar oleh mentornya yang tidak lain dan tidak bukan, Fizul. Tinie juga tahu tentang ini.
“Wawa! Wawa.. Tunggu sat.. Ni, aku nak habaq kat hang.. Aku dah panggil teksi untuk bawak hang ke butik hang. Mulai hari ni, tunang aku yang nak hantaq dan ambik aku dari kerja. Sebab tulah aku tak boleh selalu hantaq hang pi butik. Lagipun, lebih selamat hang naik teksi.. Tak payah hang nak jalan jauh-jauh, bahaya tau..” terang Tinie sambil mengenyitkan matanya pada Irfan Naufal yang sudah menunggu bersama teksi di hadapannya. Lelaki itu tersenyum membalas. Nasiblah Tinie mahu berpakat dengannya. Kalau tidak, susah juga dia mahu mendekati Adnin Najwa.
“Ehh, mahal la naik teksi. Tak naklah.. Aku ni bukannya kaya sangat..” protes Adnin Najwa sambil tergeleng-geleng.
“Alaa.. Aku dah deal dengan pak cik teksi tu. Dia nak ambik suku harga ja dengan hang.. Aku dah kenai lama dah dengan pak cik tu. Dia okey ja..” balas Tinie berbohong sunat. Padahal, Irfan Naufal yang nanti akan bayarkan baki selebihnya dari tambang teksi berkenaan.
“Eh, betul ke ni? Thanks, Tie. I knew it, you’re the best in this whole wide world!” ujar Adnin Najwa keriangan. Dia memeluk Tinie erat. Tinie tersenyum lebar. Nampaknya, rancangan mereka akan menjadi!
“Dah, dah.. Aku tahu, aku memang kawan hang yang paling bagus sekali..” Tinie memuji dirinya. “Jomlah.. Aku pimpin hang. Satgi tunang aku sampai, siapa nak pimpin hang?” getus Tinie lagi sambil tergelak kecil. Tangan Adnin Najwa dicapainya lalu mereka bergerak menghampiri teksi tadi.
Pak Cik Seman iaitu pak cik teksi itu keluar dari teksi lalu ingin menolong membukakan pintu kereta bahagian belakang untuk Adnin Najwa tetapi Irfan Naufal pantas menghalangnya. Dia mengisyaratkan bahawa dia yang akan bukakan untuk Adnin Najwa. Pak Cik Seman tersengih lalu mengangguk faham. “Silakan, cik..” hanya suara Pak Cik Seman sahaja yang kedengaran, padahal yang membukakan pintu untuk Adnin Najwa adalah Irfan Naufal.
“Terima kasih, pak cik. Terima kasih sangat-sangat tau! Tuhan je boleh balas budi pak cik yang baik hati ni..” ucap Adnin Najwa apabila dia sudah berada di dalam perut teksi. Pak Cik Seman juga sudah berada di dalam perut teksi di bahagian hadapan ketika itu.
“Takpa, cik.. Bukannya apa-apa pun ni, nak oii..” jawab Pak Cik Seman dengan wajah serba-salah.
Kalaulah gadis itu tahu bahawa sebenarnya Irfan Naufal yang membayar selebihnya, tentu gadis itu takkan berterima kasih begitu kepadanya. Biasalah, pemandu teksi pun perlu mencari rezeki. Bukan boleh tumpangkan orang dengan tambang suku harga dari harga asal. Tiap-tiap hari pulak tu. Kalau betul-betul, memang dia takkan buat. Dia juga masih punyai anak-anak dan isteri di bawah tanggungannya.
Sementara itu, Irfan Naufal segera menaiki keretanya. Dia memandu mengikuti teksi yang dinaiki oleh Adnin Najwa. Dia ingin menjadi pelindung gadis itu. Dia takkan benarkan Adnin Najwa menderita lagi. Apa pun dia sanggup lakukan untuk Adnin Najwa kini.




TEKSI berhenti betul-betul di hadapan butik milik Adnin Najwa. Adnin Najwa masih teringat kata-kata semangat yang diberikan oleh pekerja-pekerjanya yang datang melawatnya di hospital tempoh hari. Agaknya, butik tiada apa-apa masalah di bawah jagaan pekerja-pekerjanya itu. Dia memang percayakan salah seorang dari pekerjanya iaitu Saleha. Adnin Najwa turun dari teksi.
Pengalaman baru menjadi seorang yang cacat penglihatan memang amat menyukarkan kehidupannya. Tambahan lagi, dia sudah tidak boleh mereka pakaian lagi. Apa lagi yang dia boleh lakukan? Tutup butik itu atau mengupah seorang pereka khas? Adnin Najwa tertunduk sayu. Dia amat meminati bidang rekaan fesyen ini. Dan sekarang, dia sudah tidak boleh meneruskan minatnya itu.
Irfan Naufal juga turun dari keretanya yang diparkir agak jauh dari tempat teksi dinaiki Adnin Najwa tadi berhenti. Dia memandang wajah sugul Adnin Najwa yang nampak begitu sayu. Tentu sukar hidup di dalam kegelapan. Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk menjaga gadis itu sehingga ke akhir hayatku..
Adnin Najwa meneruskan perjalanannya menuju ke butik. Tongkatnya yang berwarna putih dilayang-layangkan untuk mengetahui apa yang berada di hadapannya. Tiba-tiba Adnin Najwa tersepak batu dan tergelincir. Hampir-hampir dia terjatuh sebelum Irfan Naufal memegang lengannya dengan pantas. “Are you okay?”
“Sorry, and thanks for helping me..” balas Adnin Najwa cukup berterima kasih. Dia memang ingat yang dia akan terjatuh tadi. Betapa gayatnya dia rasakan tadi. Maklumlah ke mana-mana sahaja pandangannya sekarang, semuanya gelap belaka. Bau minyak wangi lelaki itu sungguh harum mencucuk ke lubang hidung Adnin Najwa.
“Sama-sama. Hmm.. Cik Najwa nak ke mana ni?” soal Irfan Naufal selepas melepaskan lengan Adnin Najwa yang dipautnya tadi.
Adnin Najwa terpanar seketika. Lelaki ni kenal aku? Tak lain dan tak bukan, ini mesti Irfan Naufal! Adnin Najwa hairan bagaimana lelaki itu boleh tersesat sampai ke sini. “Encik Irfan?” tanya Adnin Najwa separuh yakin.
“Ya, saya..” jawab Irfan Naufal tenang.
“Awak buat apa kat sini?”
“Oh, saya lalu kat kawasan ni tadi. Tiba-tiba nampak awak.. Biasalah Kangar ni kan kecik je. Ingat nak tegur.. Tengok-tengok awak hampir terjatuh pulak tadi. Sempat tolong la dulu.. Dan baru tegur ni..” bohong Irfan Naufal lancar. Alah, ini bohong sunat je!
“Oh, ye ke? I see..” getus Adnin Najwa perlahan. “So, saya pergi dululah.. Terima kasih ye sebab tolong saya tadi..”
“Eh, nak pergi mana? Jomlah saya temankan lebih selamat..” pelawa Irfan Naufal.
“Tak perlu pun, Encik Irfan. Rasanya depan tu aje butik saya..” balas Adnin Najwa sedikit kekok. Tidak suka lelaki itu terlalu baik terhadapnya.
Irfan Naufal memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Adnin Najwa. Butik kat tengah-tengah jalan tu? Kemudian Irfan Naufal menoleh ke arah belakangnya pula. Dekat situ barulah ada butik. Serta-merta sebuah keluhan terbit. Adesss.. Kau ni pun satu Ir, dia kan buta.. Manalah dia nampak kat mana butik dia..
“Oh, butik? Cik Najwa ada butik ya? Rasanya tu kut.. Butik Najwa? Memang sah yang tulah, sebab itu kan nama awak..” kata Irfan Naufal lagi bersama tawa kecil. Entah apalah yang menyebabkan dia tertawa. Adnin Najwa juga pelik dengan lelaki ini. Tak lawak pun?
“Ya, memang itu butik saya. Tapi dah dekat pun. So, tak perlu awak hantar saya.. Lagipun, saya masih ada tongkat saya ni. Tak perlu awak nak simpati dengan saya..” sahut Adnin Najwa sedikit tidak senang dengan kebaikan Irfan Naufal. Dia memang tidak berapa sukakan lelaki kerana dia sentiasa trauma dengan kehadiran lelaki-lelaki dalam hidupnya. Sudah ramai lelaki yang ingin berbaik-baik dengannya selama dia berada di Perlis ini. Seorang pun dia tidak melayan.
Irfan Naufal mengeluh kecewa. Dia hanya menghantar langkah Adnin Najwa dengan ekor matanya sahaja. Gadis itu sungguh cantik berbaju kurung rona merah hati. Corak bunga-bunga hitam yang terhias di baju kurung gadis itu cukup menyerlahkan dirinya. Kulit putih melepak Adnin Najwa nampak jelas selepas terkena cahaya matahari yang terang menyuluh. Ada suatu perasaan aneh yang timbul dengan tiba-tiba di dalam hati Irfan Naufal.
Bibir merah merekah tanpa secalit gincu yang dimiliki Adnin Najwa kini lebih menarik perhatiannya. Bibir itulah yang pernah dikasari olehnya hampir tiga bulan yang lepas. Astaghfirullahal’azimm.. Ucap Irfan Naufal sendirian. Beristighfar kerana dia sudah terlalu jauh terpesona dengan bibir gadis bukan mahramnya itu. Sampai berfikir mengenai sesuatu yang pernah dibuatnya yang ternyata berdosa besar. Hesyy.. Apa kena dengan aku ni? Kenapa ni, Ir? Kau dah insaf lepas kejadian tukan. Jangan buat hal lagi! Hmm.. Irfan Naufal mengeluh.
“Tolong! Pencuri!!” jerit Adnin Najwa tiba-tiba. Terus kepala Irfan Naufal terdongak dan terpaku pada wajah cemas Adnin Najwa yang jatuh terduduk dengan tongkatnya yang sudah terpelanting agak jauh. Tangan gadis itu meraba-raba sekelilingnya mencari tongkat.
Irfan Naufal sempat memberikan tongkat Adnin Najwa sebelum berlari mengejar peragut yang meragut beg tangan Adnin Najwa.
Adnin Najwa terasa badannya kini menggigil. Bibirnya terketar-ketar. Rasa sakit di pinggangnya terasa menyengat. Tadi pinggangnya terkena sebuah batu besar yang kebetulan berada berhampiran tempat dia terjatuh itu. Tidak habis-habis, lelaki juga yang hendak menyakitinya! Adnin Najwa menggigit bibir sambil menangis mengenangkan nasib dirinya.
“Cik Najwa! Cik okey?” panggil pekerjanya Saleha yang tiba-tiba datang selepas ternampak kejadian yang baru berlaku. Dia turut sama duduk untuk menenangkan Adnin Najwa yang jelas masih terkejut. Majikannya itu menangis. “Jangan risau, ada orang dah kejar peragut tu untuk Cik Najwa..”
“Ya Allah, awat ni Leha? Awat dengan Cik Najwa ni?” Syiha pula yang datang. Wajah Adnin Najwa yang kuyup dengan air mata dipandang penuh tanda tanya. Dia tidak tahu apa yang berlaku, hanya Saleha yang tahu kerana dia ternampak kejadian tadi. Syiha turut duduk di sebelah Adnin Najwa.
“Ada orang ragut Cik Najwa tadi.. Dan dah ada orang tolong pi kejar peragut tu..” terang Saleha.
“Hah?? Kurang asam jawa betui! Dayus!” kutuk Syiha bertalu-talu sambil mencebik bibir. Tangannya mengusapi belakang Adnin Najwa, ingin menenangkan gadis itu yang mungkin terkejut sakan sehingga menangis begini.
Tidak lama kemudian, Irfan Naufal datang semula dengan beg tangan Adnin Najwa yang sudah berjaya dirampasnya semula. Peragut tadi sudah diberikan kepada orang ramai untuk diserahkan kepada pihak polis. Lama juga dia mengejar dan bergelut dengan peragut itu. Mujurlah dia handal taekwondo. Akibatnya, peragut itu berdarah-darah ditumbuknya ketika peragut itu melawan serta berkeras tidak mahu memulangkan beg tangan Adnin Najwa.
Irfan Naufal memandang Adnin Najwa yang sedang menangis di tepi jalan dengan ditemani dua orang gadis yang tidak dikenali Irfan Naufal. Mungkin Adnin Najwa masih terkejut dengan apa yang baru berlaku. Irfan Naufal berjalan menghampiri Adnin Najwa. “Beg tangan awak.. Cik Najwa..” lembut suara Irfan Naufal menutur kata. Bimbang tersilap cakap.
Adnin Najwa tersentak. Dia mengelap pipinya yang basah dengan air mata. “Encik Irfan?” tanya Adnin Najwa.
“Ya, saya. Saya dah serahkan peragut tu pada orang ramai untuk dibawa ke balai polis.. Ni beg awak..” jelas Irfan Naufal seraya menyerahkan beg tangan milik Adnin Najwa.
Saleha dan Syiha sudah berbisik-bisik sesama mereka. Irfan Naufal yang sungguh kacak itu begitu menarik perhatian mereka berdua. Kini mereka sudah tertanya-tanya siapakah lelaki itu kepada Adnin Najwa. Kawan? Bakal kekasih? Atau bakal suami? Wah, bertuahlah Adnin Najwa kalau Irfan Naufal itu menaruh hati terhadapnya. Lagipun, tidak mustahil Irfan Naufal akan sukakan Adnin Najwa kerana memang Adnin Najwa merupakan seorang gadis yang sungguh jelita.
“Terima kasih sekali lagi, Encik Irfan.. Sebab tolong saya lagi..” entah mengapa dia terasa lebih selesa kini berbicara dengan lelaki itu berbanding sebelum ini. Ada suatu perasaan halus yang hadir. Adnin Najwa berasa selamat jika lelaki itu ada bersamanya. Itulah yang dirasai Adnin Najwa ketika ini.
“Don’t mention it. Saya betul-betul ikhlas tolong awak.. Not more than that. So, don’t worry too much, okay? Rehat je bila dah berada kat butik nanti..” getus Irfan Naufal perlahan. Senyumannya sudah mencairkan hati Saleha dan Syiha yang sejak tadi tidak lepas-lepas memandang ke wajah kacak Irfan Naufal.
“Awak berdua, jaga Cik Najwa bagi pihak saya.. Boleh, kan?” pesan Irfan Naufal kepada Saleha dan Syiha yang masih tercegat. Adnin Najwa tergamam mendengar. Saleha dan Syiha berpandangan sesama mereka.
Mereka terus tersedar dari perasaan berbunga-bunga tadi. Yalah, siapa yang tidak berbunga-bunga dalam hati sebaik terpandangkan ciptaan Allah SWT yang hampir sempurna itu. Lelaki sekacak Irfan Naufal dan gadis sejelita Adnin Najwa memang akan menjadi pasangan secocok yang akan dicemburui ramai. Tetapi, takkanlah pula mereka berdua hendak cemburukan Adnin Najwa.. Sebab majikan mereka itu memang terlalu baik hati. Mana mungkin mereka cemburukan kebahagiaan Adnin Najwa. Sesuailah Irfan Naufal bergandingan dengan Adnin Najwa. Semerta senyuman penuh makna terbit dari bibir Saleha dan Syiha. Lamunan mereka rupanya masih belum tamat!
“Boleh ja, kan Syiha?!” tersengih-sengih Saleha memandang ke arah Syiha yang juga sedang tersengih lebar. Bahunya menolak bahu Syiha yang berada berdekatan bahunya.
“Boleh aja dong!” balas Syiha teruja. Kepalanya terangguk-angguk. “Bertuahlah, Cik Najwa.. Ada orang suruh kami tengok-tengokkan Cik Najwa. Maknanya dia risaukan Cik Najwa tu..” usik Syiha pula.
Darah terasa menyerbu naik ke wajah Adnin Najwa. Mukanya terasa membahang. Memang ayat Irfan Naufal tadi menandakan seolah-olah lelaki itu risaukannya dan mengambil berat tentangnya. Kerana itulah Adnin Najwa berasa segan dengan Saleha dan Syiha yang menjadi saksi kejadian. “Jomlah, kita balik ke butik..” ujar Adnin Najwa selamba. Tidak mahu mempedulikan kata-kata Syiha tadi. Dia bangun dengan dibantu oleh Saleha. Kakinya mula dihayun perlahan.
“Cik Najwa..” panggil Irfan Naufal. Langkah Adnin Najwa terhenti seketika. “Take care, okay? Do not fall again. Or else, I’ll be your eyes, legs and hands.. I mean it..” sambung Irfan Naufal dengan suara yang cukup lembut dan kedengaran agak romantis.
Terasa hendak pengsan pun ada Saleha dan Syiha selepas mendengar ayat-ayat Irfan Naufal itu yang penuh dengan perasaan mengambil berat tentang Adnin Najwa. Bertuahlah Cik Najwa.. Handsome tu! Kalau aku, dah lama aku cair.. Walaupun memang dah cair ni. Mak aii.. Sempat lagi Saleha berangan.
Terus Adnin Najwa menjadi tidak menentu selepas mendengar kata-kata Irfan Naufal itu. Air liur ditelan berkali-kali lalu kakinya dipaksa melangkah ke arah butik dengan dipimpin oleh Saleha dan Syiha.




“HULAMAKKK!! Biar benar? Encik Irfan?” teriak Tinie teruja. Kuat betul suara Tinie sehinggakan mampu memecahkan corong telefon pejabat Adnin Najwa. Adnin Najwa terangguk-angguk sendirian walaupun Tinie tiada di situ.
“Betul, Tie.. Tadi dia tolong aku dua kali..” cerita Adnin Najwa dengan jujur. Entah bagaimana tadi dia terbuka cerita pasal Irfan Naufal kepada Tinie. Apa lagi, teruslah si Tinie tu berasa teruja. Sejak hari tu lagi kan Tinie yang memberi cadangan supaya dia dan Irfan Naufal berkahwin.
“Wah! Kan aku dah cakap, dia memang syok kat hang. Hang tak perasan ka? Bapak segala innocent la hang ni!” usik Tinie dengan tawa halus.
“Aiseymen.. Kau ni, janganlah cakap macam tu. Aku sebenarnya malaslah nak fikir pasal lelaki ni, Tie..” sahut Adnin Najwa seraya mengeluh berat. Hatinya seakan menidakkan pernyataan yang baru terucap dari mulutnya. Entah mengapa, bila saja kata-kata dan suara Irfan Naufal terlintas di fikirannya, hati Adnin Najwa akan menjadi resah. Adnin Najwa dapat merasai kejujuran serta keikhlasan dalam tutur kata serta perbuatan Irfan Naufal. Apa ni, Wawa? Baru sikit tu je Encik Irfan tolong kau, yang kau tergedik-gedik ni apahal? Keluh Adnin Najwa sendirian.
“Malas atau hang tu sebenarnya dah jatuh hati? Dia tu baik la Wawa.. Dan aku tau dia ikhlas terhadap hang....” kata Tinie menyokong kata hati Adnin Najwa tadi bahawa Irfan Naufal memang ikhlas.
“Tapi, Tie..”
“Wawa.. Hang jangan ingat semua lelaki dalam dunia ni tak bagus tau. Aku sendiri nampak keikhlasan dalam renungan mata dia bila dia pandang hang..” beritahu Tinie bersungguh-sungguh. Nampak gayanya, hati Adnin Najwa sudah sedikit goyah.
“Tie, aku nak pergi toilet ni. Nanti aku jumpa kau dekat rumah aje okey? Bye!” dengan pantas Adnin Najwa meletakkan gagang telefon, sekaligus mematikan talian. Dia rimas untuk mendengar celoteh Tinie lagi. Bukannya makan saman Si Tinie tu.
Sudah pukul 8 malam menandakan waktu tamat operasi butik tersebut. Syiha dan Saleha baru sahaja pulang. Mereka ingin menemani Adnin Najwa tetapi disuruh balik pula. Alasan Adnin Najwa, Tinie sudah menempah teksi untuk mengambil serta menghantarnya pulang ke rumah. Taharah pula kini yang menawarkan untuk menemani Adnin Najwa. Tetapi disuruh balik juga dengan alasan yang sama. Adnin Najwa duduk di tepi jalan, menanti Pak Cik Seman sampai.
Lama dia menunggu, tiba-tiba dia terasa wajahnya bagai ditimpa manik-manik kecil. Hujan? Ya Allah! Mana aku nak lari sembunyi ni? Payung pun aku tak bawak.. Adnin Najwa sudah kelam-kabut. Semakin lama, hujan semakin menggila. Daripada renyai-renyai, kini sudah semakin lebat. Dengan perlahan dan penuh berhati-hati, Adnin Najwa cuba mencari tempat untuk berteduh.
Irfan Naufal tersentak dari tidurnya. Dia memandang ke luar keretanya. Rupanya hujan lebat! Bunyi hujan itulah yang membuatkan Irfan Naufal terjaga. Sejak habis bersolat maghrib lagi tadi, dia menunggu Adnin Najwa di dalam kereta. Matanya samar-samar menangkap kelibat butik Adnin Najwa yang nampak sudah tidak bercahaya. Ya Allah! Mana dia? Irfan Naufal sudah kalut. Dia mencapai payung lalu keluar dengan segera dari dalam perut kereta. Bimbang sungguh dia jika apa-apa terjadi pada Adnin Najwa. Kata Tinie, Pak Cik Seman akan terlewat sampai sikit sebab jalan licin kerana hujan lebat.
Irfan Naufal mencari Adnin Najwa di sekeliling kawasan berkenaan namun tidak berjumpa. Dia memanjangkan lehernya, meneliti ke segenap sudut tempat berkenaan. Dari jauh, dia dapat melihat kelibat seorang gadis yang sudah basah kuyup di dalam hujan. Walaupun pandangannya hanya samar-samar kerana hujan yang semakin lebat, dia yakin itu adalah Adnin Najwa kerana tongkat putih milik gadis itu memang jelas kelihatan. Adnin Najwa sedang duduk bercangkung di tepi jalan di bawah sepohon pokok yang agak rendang. Mungkin ingin berteduh dari terkena hujan. Gadis itu nampak seperti sedang menahan kesejukan.
Dengan penuh kerisauan, Irfan Naufal segera menghampiri Adnin Najwa. Payung yang dipegangnya segera dialihkan ke atas kepala Adnin Najwa. Selendang putih gadis itu sudah basah lenjun. Irfan Naufal membiarkan dirinya pula yang basah kuyup. “Cik Najwa..” sapa Irfan Naufal perlahan.
Adnin Najwa baru perasan yang dia sudah terlindung dari ditimpa air hujan. Dan suara lelaki yang baru didengarinya itu memang amat dikenali. Irfan Naufal? “Hmm.. Encik Irfan ke?”
“Ya, saya. Cik Najwa, kenapa awak biarkan diri awak basah dalam hujan ni?” soal Irfan Naufal agak keras. Dia memang risau ketika ini. Bagaimana jika Adnin Najwa demam?
“Hmm.. Mana saya tahu nak hujan.. Saya tunggu kat luar butik dah tadi lepas tutup butik tu. Tapi, tiba-tiba pulak hujan turun. Saya jadi panik sebab tak tahu kat mana tempat untuk saya berteduh sementara tunggu teksi sampai.. And, I’m ended up here.. Nak pergi ke arah butik pun tak tahu arah mana..” jawab Adnin Najwa dalam suara yang terketar-ketar kesejukan.
Irfan Naufal terasa simpati mendengar cerita Adnin Najwa. Dialah yang menyebabkan Adnin Najwa buta dan sekaligus menyukarkan hidup gadis itu. Keluhan kecil dilepaskan lantas dia segera berdehem. “I see. So, sekarang ni.. Kita tunggu teksi sampailah ya? Saya temankan awak, okey?”
“Macam mana awak ada kat sini? Pada masa ni jugak. Takkanlah kebetulan lagi?” soalan cepu mas Adnin Najwa itu menyebabkan Irfan Naufal terkedu. Apa pula alasannya kali ini?
“Err.. Hmmm.. Kan tadi tu awak asyik nak terjatuh je. Dan dah kena ragut.. So, saya risau.. And then, I ended up waiting for you here up until now..” balas Irfan Naufal, berterus-terang sahaja.
Adnin Najwa sedikit tergamam. Dia tertunduk dan lidahnya terus kelu. Suara Irfan Naufal memang kedengaran sungguh jujur dan ikhlas. Dan lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan terhadapnya. Tambahan pula, lelaki itu begitu mengambil berat tentang dirinya. Mana lagi kau nak cari lelaki baik macam ni, Wawa? Hmm.. Tapi.. Tapi, layakkah kau untuk dia? Apa keistimewaan yang kau ada untuk beri pada dia? Kau tu bukannya ada dara lagi! Kau tu dah macam buah kena tebuk tupai. Siapalah yang nakkan perempuan rosak macam kau ni? Syaitan terus menghasut.
“Hmm.. Encik Irfan, awak jangan terlalu baik pada saya.. Please?” pinta Adnin Najwa dengan mata yang sudah terasa berair. Penderitaan hatinya kembali menyengat. Kisah hitam dia dirogol kembali bergentayangan. Kerana itulah dia tidak boleh lagi menerima lelaki walaupun lelaki itu adalah lelaki yang baik.
“Kenapa pulak? Kan manusia ni, kena berbuat baik sesama manusia? Lagipun, awak memang memerlukan seseorang tengok-tengokkan awak waktu ni dan saya kebetulan ada, tengah tunggu awak sebab risaukan awak..”
“Awak tak perlu risaukan perempuan macam saya ni!” bentak Adnin Najwa semakin beremosi. Dia sudah mula mengalirkan air mata.
“Sebabnya?” soal Irfan Naufal, tidak mengerti akan maksud Adnin Najwa.
“Sebab..” belum pun sempat Adnin Najwa berterus-terang tentang kisah dia dirogol, bunyi hon tiba-tiba mengejutkannya. Adnin Najwa segera mengesat air matanya sebelum ada sesiapa ternampak.
Irfan Naufal juga terkejut dengan bunyi hon tadi namun kini suspen untuk mendengar sebab yang hendak diceritakan oleh Adnin Najwa tadi.
Rupa-rupanya teksi sudah sampai. Pak Cik Seman segera membuka payung dan datang menghampiri Adnin Najwa yang sudah terbangun. “Maaflah, cik. Lambat sikit.. Jalan licin tadi, kena bawa teksi slow-slow..” beritahu Pak Cik Seman dengan wajah bersalah kerana terlewat.
Matanya menyorot Irfan Naufal yang sudah basah kuyup dengan air hujan. Tangan lelaki muda itu masih menyuakan payung untuk melindungi Adnin Najwa dari terkena hujan. Pak Cik Seman sungguh kagum dengan sifat pelindung yang dimiliki oleh Irfan Naufal. Dahlah tambang teksi gadis itu hari-hari pun dia sanggup nak bayar, lepas tu sanggup pulak tunggu berjam-jam depan butik Adnin Najwa dan bila hujan macam ni, sanggup pula membiarkan diri basah semata-mata kerana inginkan Adnin Najwa terlindung dari hujan. Anak orang kaya ni agaknya memang dah tak ada kerja kut?
“Takpe, pak cik.. Jom hantarkan saya balik ke rumah.. Hmm, Encik Irfan.. Thanks so much for everything..” getus Adnin Najwa lalu berjalan beriringan dengan Pak Cik Seman. Lelaki tua itu memegang lengannya sedikit. Adnin Najwa kini sudah bertukar payung dengan berkongsi payung bersama Pak Cik Seman.
Irfan Naufal menarik semula payung supaya dirinya tidak terkena hujan lagi. Bayangan Adnin Najwa yang memasuki perut teksi direnungnya dengan sebuah perasaan kecewa. Apa agaknya yang hendak diberitahu oleh Adnin Najwa tadi? Irfan Naufal berfikir-fikir sendirian. Tiba-tiba.. Dia mulai bersin. “Haaacchuuuu!!” Irfan Naufal tahu dia akan terkena demam jika berlama-lama dibasahi air hujan itu. Dia perlu balik ke hotel untuk membersihkan diri.




LIMA hari berlalu..
ADNIN Najwa melepak bersama Tinie di ruang tamu. Ada bunga ros lagi yang sampai pada hari ini. Malah, setiap hari selama lima hari ini, Adnin Najwa akan menerima bunga ros yang berlainan warna. Tinielah yang bercerita tentang warna-warna bunga ros itu. Adnin Najwa hanya mampu tersenyum sambil membayangkan kecantikan bunga berkenaan. Masuk kali ini, sudah hampir seminggu juga Adnin Najwa menerima bunga ros. Hairan juga Adnin Najwa. Siapalah yang baik hati sangat tu?
“Haiii.. Bertuahlah hang, Wawa.. Ada jugak orang yang bagi hang bunga. Kalau aku ni, haremmm la nak dapat walaupun sekuntum. Kalau dia nak bagi pun, dia pi kutip bunga tahi ayam yang tumbuh meliar dekat tepi jalan rumah dia.. Apa kelas beb!” rungut Tinie namun dengan nada mengusik Adnin Najwa.
Adnin Najwa tertawa kecil. Lucu pula dengan nada suara yang dibuat Tinie. Mujurlah kawannya itu bercuti pada hari ini. Dia pun sengaja bercuti pada hari ini untuk melepak bersama Tinie. Saleha, Taharah dan Syiha memang sudah cekap membuat kerja. Sebab itulah Adnin Najwa tidak teragak-agak untuk meninggalkan bisnes di bawah jagaan mereka bertiga.
“Kau ni, ke situ pulak! Aku pun tak tahu siapa yang bagi bunga ni.. So, aku layan ajelah bunga-bunga yang dia bagi ni. Rugi kalau buang macam tu aje.. Dia tu macam tahu-tahu aje yang aku ni minat sangat dengan bunga ros.. Kau tu, walaupun si dia bagi bunga tahi ayam sekali pun, bermakna tau. Sebab orang tu sayangkan kau dan kau pun sayangkan orang tu.. Kau lebih bertuah walaupun dapat bunga tahi ayam je..” jawab Adnin Najwa dengan pendapatnya tersendiri.
Tinie tersedak-sedak seketika. Akulah yang beritahu Encik Irfan bahawa Wawa suka sangat dekat bunga ros.. Hehehe.. Ehem, ehem.. Tinie tersengih seorang diri pula. “Bunga tahi ayam tak wangilah, Wawa. Aku nak bunga ros.. Cantik macam hang.. Aku rasalah, orang tu tahu hang sukakan bunga ros sebab hang pun dia tengok cantik macam bunga ros kut?” usik Tinie lagi, mengubah topik yang dibangkitkan oleh Adnin Najwa tadi.
Adnin Najwa tergelak lucu. Ada pulak Tinie buat alasan tidak masuk akal begitu.. “Hesy! Kau puji-puji ni, aku takde hadiah nak kasi kau tau..”
Mereka tertawa bersama buat seketika. Namun lama selepas itu Tinie terdiam. “Emm.. Wawa.. Aku rasalah kan..”
“Hmm? Apa pulaknya?”
“Aku rasalah, yang bagi bunga dekat hang semua ni.. Encik Irfan la..” ujar Tinie lambat-lambat. Dia sudah berpakat dengan Irfan Naufal dan Fizul yang hari ini mereka mesti mendedahkan segala-galanya tentang bunga ros itu dan tambang teksi yang selama ini ditanggung oleh Irfan Naufal. Konon-kononnya Tinie baru tahulah pasal semua ini.
Sebenarnya bukanlah niat Irfan Naufal untuk riak dengan segala yang dilakukan itu. Ini hanya separuh dari rancangan mereka untuk membuatkan Adnin Najwa terharu lalu terus menerima Irfan Naufal menjadi suaminya. Sudah tiada cara lain lagi untuk memenangi hati gadis itu. Hari ini, Tinie akan cuba memujuk Adnin Najwa sehabis-habisnya.
“Hesy! Kau ni.. Banyaklah kau punya Encik Irfan..” wajah Adnin Najwa terasa sedikit membahang apabila suara Irfan Naufal datang berbisik-bisik di telinganya. Entah mengapa suara itu memang mampu mengganggu tidur malamnya selama beberapa hari ini. Sejak dia bertemu Irfan Naufal di dalam hujan tempoh hari, lelaki itu tidak pernah lagi datang ke butiknya. Mungkinkah lelaki itu sudah berputus asa apabila berkali-kali ditolak olehnya?
“Aku dah lama dah agak benda ni. Malah, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri.. Dialah yang curi-curi bagi bunga ni dekat hang.. Dia jugak yang berpakat dengan pak cik teksi tu sebenarnya supaya suruh hang bayaq suku ja dari harga betui. Aku tanya Pak Cik Seman tu pun, dia mengaku.. Aku memang duk cari masa ja nak bagitau hang..” terang Tinie berhati-hati. Bimbang tersilap ayat pula. Apa agaknya yang bakal diperkatakan oleh Adnin Najwa? Ahh, gamble saja laaa… Wajah Tinie sudah berubah sedikit gelisah melihat wajah Adnin Najwa seperti tidak beriak apa-apa itu.
“Hmmm.. For sure?” Adnin Najwa meminta kepastian. Keningnya berkerut. Mana mungkin Tinie menipunya. Dia kenal Tinie bukan jenis yang suka menipu orang. Cuma sengaja dia ingin meminta sedikit lagi kepastian dari Tinie.
“Yes, bebeh! I’m so sure!” sahut Tinie dengan penuh bersemangat waja. “Walaupun dia demam, dia tetap datang curi-curi bagi hang bunga..” tambah Tinie lagi. Dia perlu memaklumkan kepada Adnin Najwa supaya gadis itu tahu yang Irfan Naufal demam adalah kerana hujan tempoh hari.
Adnin Najwa tambah tergamam. Dia demam? De.. Demam? Sebab apa? Adnin Najwa mulai risau entah mengapa. “Kenapa pulak dia tiba-tiba boleh demam?”
“Hang kan pernah cerita kat aku hari tu.. Waktu hujan dia bawakan hang payung, kan? Tapi, sebenarnya payung tu satu ja.. So, hanglah yang dia payung, dia pulak biarkan diri dia kena hujannnn… Yang aku tahu ni pun, sebab terjumpa dengan kawan Encik Irfan. Mungkin hang dah tak ingat atau tak perasan dia kat hospital dulu. Kawan dia cakap, dia demam.. Sebab kena hujan..” jelas Tinie lagi.
Cewahh.. Macam berlakon drama pulak! Tapi pasal Irfan Naufal demam tu, memang betul pun okey.. Itu memang tiada dalam rancangan.. Tapi okeylah jugak, sebab mungkin ini tambahan cerita yang boleh buatkan Adnin Najwa lebih terharu.. Tinie tersengih lebar melihat wajah Adnin Najwa yang penuh kebimbangan itu. Sah, Wawa memang ada hati dekat Encik Irfan tapi tak nak mengaku tu!
Adnin Najwa berasa sungguh bersalah kerana telah menyebabkan Irfan Naufal demam. Dia teringin sangat pergi melawat Irfan Naufal dan mengucapkan terima kasih kerana telah banyak membantunya selama mereka berkenalan. Ternyata lelaki itu memang benar-benar ikhlas terhadapnya.
“Baik hang terima ja lamaran Encik Irfan tu, Wawa.. At least, ada seseorang yang boleh jaga hang lepas aku dah kahwin dan tak boleh dah nak jaga hang.. Dia memang baik sangat.. Manalah hang nak cari lelaki baik macam tu lagi dalam dunia ni? Susah tau nak jumpa spesis lelaki macam Encik Irfan tu! Sanggup korbankan apa aje untuk melindungi orang yang dia sayang. Baik lagi kita bersama dengan orang yang sayangkan kita sebab kita tau hanya dialah yang boleh lindungi kita selalu.. Cinta hang terhadap dia tu boleh dipupuk. Insya-Allah, Allah itu Maha Mengetahui. Percaya ja pada Allah dan serahkan semuanya kepada-Nya. So, please marry him. Do it for me, please dear? Aku risau sangat dengan hidup hang lepas aku dah kahwin nanti..” panjang lebar nasihat yang diberikan oleh Tinie untuk terus memujuk hati Adnin Najwa. Tiba-tiba sahaja Tinie menjadi serius, entah mengapa.
Adnin Najwa terus terkedu. Kata-kata Tinie memang banyak benarnya. Patutkah dia memberikan Irfan Naufal peluang? Tapi.. Bagaimana jika suatu hari nanti, lelaki itu tahu kisah hitamnya di sebalik dia yang sudah ketiadaan dara? Tentu Irfan Naufal akan berasa jijik dengan dirinya. Lelaki itu tentu takkan mahu lagi menyentuhnya mahupun menyayanginya. Adnin Najwa tergeleng-geleng.
“Aku.. Aku tak mampu nak jadi seorang isteri yang sempurna untuk dia, Tie..” ayat-ayat itu terkeluar dari bibir Adnin Najwa tanpa sedar.
“Hang kena cuba, Wawa.. I know, he’s the right man for you!” pujuk Tinie lagi. “Hang kena fikirkan masa depan hang. Fikir siapa yang boleh lindungi hang.. Please, Wawa.. Aku takkan tenang kalau hang tak kahwin dengan dia. Okey, macam nilah. Sekarang ni, hang pilih salah satu. Hang kahwin dengan dia atau pun jangan haraplah aku nak kahwin selagi hang tak kahwin dengan dia! Biar aku batalkan perkahwinan aku pada tarikh yang dah ditetapkan iaitu minggu depan.. Aku memang tak boleh biarkan hang tinggal sorang-sorang dalam keadaan hang tak berdaya macam ni.. Hang baru ja hilang penglihatan. Takkanlah aku nak biarkan hang? Jawapannya memang tidak..” bertambah panjang berjela-jela pula kata-kata Tinie, siap dengan ugutan lagi.
Air liur Adnin Najwa terasa bagai tersekat di kerongkongnya ketika ini. Dia tersepit. Antara berkahwin dengan Irfan Naufal atau pun Tinie tidak berkahwin kerananya? Adnin Najwa terus memegang kepalanya. Dia sungguh risaukan masa depannya tetapi dalam masa yang sama dia tidak boleh memusnahkan masa depan Tinie hanya kerana terlalu mementingkan dirinya serta masa depannya sendiri. “Ya Allah.. Kenapa sampai jadi macam ni..? Sukarnya untuk aku buat keputusan..” bisik Adnin Najwa kepada dirinya sendiri.
“Baiklah, Tie… Aku setuju.. Nanti aku beritahu dia..” akhirnya Adnin Najwa bersuara lemah. Memang dia terpaksa bersetuju demi masa depan Tinie.
Tinie menarik nafas lega. Misi berjaya juga akhirnya. Dia terpaksa buat begini demi menjamin kehidupan yang lebih bermakna buat Adnin Najwa. Dia memang yakin sangat yang Irfan Naufal memang lelaki terbaik yang telah ditakdirkan untuk hidup bersama Adnin Najwa. Ya Allah.. Berikanlah sahabatku ini kebahagiaan setelah banyak dugaan yang Kau berikan padanya.. Aminn.. Terasa ada air mata kesyukuran yang terbit dari tubir mata Tinie..


p/s : sorry lambat update..busy dengan order buku MM.. :) ni dah update, komen banyak2 tauu.. ^^

Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 4/29/2012 01:14:00 AM
Labels: Kurelakan Kasihmu

27 comments:

  1. keSENGALan teserlah..Sunday, April 29, 2012 at 1:29:00 AM GMT+8

    ehem ehemmm
    bila nak kahwin ni?
    ke langsung sekali dengan tinie?
    hahahaa
    next2

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Zananis AliSunday, April 29, 2012 at 1:38:00 AM GMT+8

    yes2! that's it terima ja irfan tu adnin... lepastu kau dera dia teruk2! haha

    jahat gila sy.. best3... nak lagi kak auni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. ShadSunday, April 29, 2012 at 1:39:00 AM GMT+8

    terbaik lah.. pandai jugak tini ni kelentong sunat.. hihi.. tak saba tgu diorg kawen.. lalalala...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousSunday, April 29, 2012 at 3:44:00 AM GMT+8

    waa.. dah nk kawen.. suka3..

    fiqa

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. milaSunday, April 29, 2012 at 8:01:00 AM GMT+8

    suka irfan..cian wawa...selamat pengantin baru. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. NurAtiZaSunday, April 29, 2012 at 8:49:00 AM GMT+8

    Wah Adnin Najwa dah terima lamaran Irfan Naufal...
    x sabar nak tunggu next entry...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. M.TSunday, April 29, 2012 at 9:00:00 AM GMT+8

    waaaah!!!!!!! terbaekkkkk!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. AnonymousSunday, April 29, 2012 at 10:29:00 AM GMT+8

    bestnye sis nk lagiii =) mabeless =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. AnonymousSunday, April 29, 2012 at 10:38:00 AM GMT+8

    amalina said : wah3333..best33...bila next en3 kak?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. Atikah MunirahSunday, April 29, 2012 at 10:42:00 AM GMT+8

    BEST!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. mahanum abu bakarSunday, April 29, 2012 at 11:01:00 AM GMT+8

    best nk lgi he3......smogA berbahagia..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. UnknownSunday, April 29, 2012 at 11:48:00 AM GMT+8

    thumbs up for cik Auni >.<

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. AnonymousSunday, April 29, 2012 at 12:12:00 PM GMT+8

    tahniah...jlan ceta yg len dr yg lenn..
    all ur karya,,i really like them..so thumbs up.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. AnonymousSunday, April 29, 2012 at 1:32:00 PM GMT+8

    Update cepat lah.. Boleh tak??? Hehehehe aku sangat cerita ne!!!

    -from Brunei-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. ღAuni_AmauniღSunday, April 29, 2012 at 1:53:00 PM GMT+8

    terima kasih utk yg sudi mengirimkan komen...

    thanks a lot for ur support!

    saya masih berusaha mengolah plot seterusnya :)

    to all : LOVE YOUUUUUUUU~ :) <3

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. MisS_SyaSunday, April 29, 2012 at 2:22:00 PM GMT+8

    wahh..suke sgt dgn watak irfan..wawa ni je yg degil sikit..haizz..tp xpelah, dah setuju pun wawa nk kawen dgn irfan! thanks to Tinie lah kannn? hehehe selamat pengantin baru utk Irfan Naufal & Adnin Najwa :) nexttt...best sgt2 :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. AnonymousSunday, April 29, 2012 at 2:22:00 PM GMT+8

    giler best lahhh... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. AnonymousSunday, April 29, 2012 at 2:47:00 PM GMT+8

    Sporting aaa bapak irfan naufal. Kawin la cpt2 sket.
    -jaja-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. syazriniSunday, April 29, 2012 at 7:35:00 PM GMT+8

    terbaekkk =))

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. Eppy SafriMonday, April 30, 2012 at 12:14:00 AM GMT+8

    Meme terbaekkk.....
    Bapa irfan yg baek, kawan yg seia sekata..
    Nk agi...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. Dont know Monday, April 30, 2012 at 5:59:00 PM GMT+8

    best nyer x sabar nak tau sambungan...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. AnonymousTuesday, May 1, 2012 at 8:37:00 PM GMT+8

    wah sweetnyeh care nk ngorat.hahahahahh. hope pape jadi pon diaorg can face it maah. cecepat smbg ek. makasih

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. QasehSuciThursday, May 3, 2012 at 4:09:00 PM GMT+8

    alolo...lelaki idaman malaya betullah...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. Ayu dzulkarnainSunday, May 6, 2012 at 9:28:00 PM GMT+8

    wahhh..tak sabar nak tau reaksi irfan.. kawen cepat2 la..hehheheheee

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. Eyla SulaimanSaturday, June 16, 2012 at 9:32:00 PM GMT+8

    Wah.... dah makin menarik nieh.. sis auni.... update story nie laju2 sket... teruja nieh.. hehehehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. AnonymousTuesday, January 22, 2013 at 6:12:00 PM GMT+8

    Wah nama saya pon ada dalam ni...hehehehe...
    Taharah...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. kelly cielTuesday, January 29, 2013 at 5:36:00 PM GMT+8

    best sangat cerita ni :) thumbs up!!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu