USAI berpakaian, Adnin Najwa bergerak ke ruang dapur
dengan dibantu oleh Alida. Adik iparnya itu memang sungguh baik hati. Sejak dia
tinggal di rumah itu, sudah banyak pertolongan Alida terhadapnya.
“Lid, terima kasih tau. Sebab selalu tolong akak,”
ucap Adnin Najwa tersenyum kecil. Panggilan ‘Lid’ digunakan atas permintaan
Alida. Katanya, kawan-kawannya di kolej selalu panggilnya Lid kerana lebih
moden panggil begitu. Dekat rumah aje abah, umi dan abangnya suka memanggilnya
Lida.
“Yelah,
kak. Takpe.. Lid suka tolong akak
sebab suka tengok muka comel akak. Macam tak puas je tengok,” usik Alida
membuatkan pipi Adnin Najwa merona merah.
“Hesy, Lid ni. Lain kali jangan cakap macam tu lagi.
Mengusik akak je tau,” protes Adnin Najwa seraya menundukkan wajah. Dia segan
kerana selalu dipuji comel oleh Alida dan yang paling tak tahannya, Irfan
Naufal juga selalu sahaja memujinya comel serta cantik. Adik dan abang sama
saja. Adnin Najwa tersenyum kecil.
“Eleh, malu-malu pulak akak ni. Jomlah kita ke meja
makan.. Duduk kat situ je tunggu Mak cik Timah buatkan makan malam,” ujar Alida
ringkas. Tawa kecil yang tercetus, lebih membuatkan Adnin Najwa segan.
“Eh, takkan nak duduk aje kut? Akak nak tolong dia
la, boleh?” pinta Adnin Najwa penuh mengharap.
Alida serba-salah. Bukannya dia tak nak bagi Adnin
Najwa pergi menolong Mak cik Timah, tapi kan kakak iparnya itu buta. “Err..
Akak duduk sini je. Lid pergi tolong dia ek. Duduk sini tau! Jangan pergi
mana-mana pun.”
“Eh, akak nak tolonglah, Lid. Bagi la akak ikut
sekali…”
“Takpe!
Lid boleh tolong. Lagipun memang selama ni Lid selalu tolong dia,” beritahu
Alida jujur. Memang dia suka membantu Mak cik Timah memasak pun. Jangan
terkejut pula dengan kemahiran memasaknya kerana Mak cik Timah sudah banyak
mengajarnya resepi-resepi rahsia orang tua itu.
“Tapi…”
“Takde
tapi-tapi lagi! Haa, itu pun Abang Ir. Abang Ir! Sinilah.. Temankan isteri
tersayang. Baru kahwin kenalah berkepit je selalu.. Lida nak ke dapur tolong
Mak cik Timah ni,” Alida menggamit Irfan Naufal dari kejauhan. Lelaki itu
datang menghampiri dengan sebuah senyum simpul. Dia teringat kejadian panas tadi
di dalam bilik. Masih terbayang muka malu-malu Adnin Najwa yang kemerahan.
Berderau darah Adnin Najwa. Dia juga teringatkan
pelukan hangat yang berlaku di dalam bilik tadi. Segalanya sungguh pantas dan
spontan. Wajah Adnin Najwa terasa pucat lesi apabila tangan seseorang merayap
ke bahunya. Dia tahu orang itu adalah Irfan Naufal kerana bau haruman lelaki
itu begitu menusuk hidungnya.
“Hai, sayang,” sapa Irfan Naufal lembut. Berdetak
rasanya jantung Adnin Najwa setiap kali lelaki itu memanggilnya ‘sayang’.
Menurut persetujuan mereka, cuma di hadapan keluarga Irfan Naufal sahaja dia
perlu memanggil lelaki itu ‘abang’ dan lelaki itu memanggilnya Najwa atau
‘sayang’. Tetapi apabila mereka berduaan, panggilan ‘saya’ dan ‘awak’ tetap
digunakan.
Irfan Naufal tarik sengih melihat muka merah
isterinya. Kening isterinya itu dicium sebaik sahaja Alida membuka langkah
hendak ke dapur. Tetapi adiknya itu tiba-tiba menoleh dan ternampak adegan dia
mencium isterinya. Duhh! Malu giler..
Adnin Najwa pula kelihatan terkejut menerima ciumannya.
“Ek eleh! Action lebih pulak kat sini Abang Ir ni.
Kalau ye pun, tunggulah Lida ke dapur dulu. Tak malu!” Alida pula yang merah
muka menyaksikan kemesraan Irfan Naufal terhadap isterinya. Segan pula kerana
dia tertoleh ke belakang dan ternampak Irfan Naufal mencuri cium dahi Adnin
Najwa.
Adnin Najwa terasa hendak ketawa walaupun dia
sedikit tergamam dicium Irfan Naufal tadi. Terasa seperti jantungnya mahu
melompat-lompat tercabut dari kedudukan asal.
“Dahlah, Lida pergilah ke dapur tu. Jangan kacau
kami nak bermanja..” Irfan Naufal bersuara selamba untuk menutup rasa malunya.
Alida tergelak suka. “Kalau ye pun, tunggulah dalam
bilik.. Dah nak malam pun, kan?”
Menyerbu rasanya darah naik ke wajah Irfan Naufal
dan juga Adnin Najwa. Erkk?! Si adik mereka ni memang dah pandai nak mengusik.
Itu pun mengusik macam tu? Irfan Naufal menelan liur. Dia melepaskan pautan di
bahu Adnin Najwa. Mukanya merah.
“Lida jangan nak mengarut! Pergilah tolong Mak cik
Timah!” tukas Irfan Naufal kalut. Dia menelan liur. Wajah Adnin Najwa yang
masih kemerahan ditatapnya. Sejak tadi gadis itu hanya terdiam tanpa sebarang
kata-kata. Mestilah malu diusik tanpa henti oleh Alida.
“Okey, Lida gerak dulu. Happy manja-manja, ye?” kening Alida terangkat sebelah.
“Lida!”
Alida tergelak lagi. Dia terus berlalu selepas
meminta diri.
“Sorrylah.
Adik saya memang nakal sikit. Eh, bukan sikit. Nakal banyak..” Irfan Naufal
meminta maaf. Dia rasa bersalah melihat muka Adnin Najwa yang merah menyala
itu. Dia bimbang gadis itu berasa tidak selesa diusik sakan oleh Alida tadi.
“Takpe,
saya dah tahu dia memang macam tu. Dah lama jugak saya tinggal sini sebelum
kita kahwin, kan? So, it’s okay!”
ujar Adnin Najwa ikhlas. Dia tersenyum kecil.
Irfan Naufal menarik nafas lega. Dia merenung jauh
ke wajah Adnin Najwa yang cantik bertudung itu. Berlainan benar dengan Adnin
Najwa semasa menjadi tomboy dulu. Perasaan bersalahnya kembali menebal apabila
teringat kejadian yang berlaku di hotel dulu sehingga kesucian gadis itu diragutnya
tanpa belas kasihan.
“Haa, dekat sini rupanya anak dengan menantu abah
ni. Jenuh abah mencari tadi..” Tan Sri Haji Zainal muncul entah dari mana. Dia
tersengih melihat Irfan Naufal dan Adnin Najwa. Rasa sedap hatinya memandang
pasangan secocok itu. Punggungnya dilabuhkan di kerusi berhadapan anak dan
menantunya.
“Abah,” getus Irfan Naufal perlahan. Dia membalas
senyuman lebar abahnya. Segan juga dia melihat senyuman penuh makna abahnya
itu.
“Ir kat sini temankan Najwa. Baru ingat nak ke bilik
tadi. Nak mandi.. Belum sempat mandi tadi. Tapi si Lida tu panggil suruh
temankan Najwa. Tak jadilah nak balik ke bilik,” terang Irfan Naufal tanpa
dipinta abahnya.
“Saya nak ke dapur la tolong Mak cik Timah. Boleh
tak?” pinta Adnin Najwa tiba-tiba. Dia segan berada bersama Irfan Naufal.
Tambahan lagi, Tan Sri Haji Zainal juga berada di situ.
“Eh, tak payah. Lida dah tolong tu. Najwa duduk sini
sembang dengan abah.. Kau Ir, kau pergilah mandi dulu,” arah Tan Sri Haji
Zainal menjadikan Adnin Najwa terdiam. Irfan Naufal mengangguk-angguk.
“Abang mandi kejap ya? Nanti abang datang semula.
Boraklah dengan abah dulu. Bukan senang tau abah nak ada masa kat rumah
bersantai macam ni. Dia selalu workaholic
je,” usik Irfan Naufal. Tan Sri Haji Zainal membesarkan matanya dan berdeham
kecil tanda protes.
Adnin Najwa tersenyum dan mengangguk. Dia tahu Irfan
Naufal belum sempat mandi tadi kerana disuruh keluar cepat-cepat ketika dia
hendak berpakaian. Malu punya pasal, suaminya itu terpaksa menunggu giliran
untuk mandi di luar bilik.
“Pergilah
mandi. Kejap lagi dah nak masuk maghrib,” ujar Tan Sri Haji Zainal. Keluarga
mereka memang selalu makan malam selepas waktu maghrib jika makan malam di
rumah.
“Okey, abah. Hmm, sayang duduk kat sini. Borak
dengan abah dulu..” lembut tutur bicara Irfan Naufal. Entah mengapa, hati Adnin
Najwa semakin lama semakin berasa tersentuh mendengar perkataan ‘sayang’ itu.
Mana tidaknya. Sekarang ini, jika mereka tidak
berhadapan dengan keluarga Irfan Naufal pun suaminya itu suka membiasakan diri
memanggilnya ‘sayang’. Memang lelaki itu tidak pernah makan saman. Sampai naik
lali rasanya Adnin Najwa apabila tegahannya agar Irfan Naufal tidak
memanggilnya ‘sayang’ bertukar menjadi kesukaan lelaki itu pula. Selalu sangat
Adnin Najwa dipanggilnya sayang walaupun ketika mereka berdua-duaan.
“Okey..” jawab Adnin Najwa malu-malu.
Jauh di dasar hati, dia dapat merasai ketulusan hati
Irfan Naufal yang ingin menyayangi dirinya. Tetapi hatinya sendiri dalam
penasaran sama ada dia patut membalas ketulusan Irfan Naufal itu atau tidak.
Dia cukup bimbangkan keadaan dirinya yang difikirkan tidak layak untuk Irfan
Naufal yang terlalu baik terhadapnya itu. Isteri yang sudah tiada apa-apa
keistimewaan untuk diberikan kepada si suami.
“KAK Najwa, butik akak macam mana? Jauh tu, di
Perlis..” soal Alida ketika mereka berada di ruang tamu selepas selesai makan
malam. Tan Sri Haji Zainal sudah ke bilik bacaannya manakala Puan Sri Hajjah
Zairiah sudah memasuki bilik tidur.
Alida tahu, selepas solat isyak tentu uminya itu
akan membaca al-Quran dan terus tidur. Begitulah rutin uminya yang sudah biasa
tidur awal. Abahnya pula tentu sibuk di bilik bacaan, membaca kertas kerja yang
bertimbun. Biasalah, abahnya memang seorang yang kuat bekerja. Tidak cukup di
pejabat, kerja-kerjanya dibawa balik pula ke rumah. Tetapi abahnya itu tidaklah
sampai melupakan keluarga. Ada juga masa yang diluangkan bersama-sama keluarga.
Adnin Najwa terdiam mendengar soalan cepu mas Alida.
Dia memikirkan jawapan yang sesuai sebelum terperanjat apabila seseorang
tiba-tiba mengusap lembut pipinya. Bau minyak wangi Irfan Naufal terasa
menyerbu masuk ke dalam hidungnya.
“Yup,
abang pun nak tahu juga pasal butik sayang tu. How? Nak terus bisnes kat sana atau nak buka di KL je?” Irfan
Naufal tiba-tiba datang duduk di sebelah Adnin Najwa. Dipautnya bahu gadis itu
dengan mesra. Terkejut Adnin Najwa dibuatnya. Yelah, tiba-tiba sahaja datang entah dari mana. Setahu dia, Alida
saja yang berada di situ dengannya.
“Err.. Butik tu akak ingat nak bagi staf akak
uruskan je kat sana. Tiap-tiap bulan akak akan pantau bisnes dari sini je. Insya-Allah
kalau ada rezeki, maju sikit nanti memang akak ada perancangan nak buka
cawangan kat KL ni,” jawab Adnin Najwa spontan.
Entah dari manalah idea itu timbul, dia sudah tidak
peduli. Asalkan soalan itu berjawab. Yang sebenarnya, dia tiada niat langsung
hendak membuka cawangan di Kuala Lumpur ini kerana kisah hitamnya itu. Jawapan
itu hanya sekadar memenuhi persoalan mereka tadi. Rancangan Adnin Najwa
sekarang, dia tidak mahu keluar langsung ke bandar. Dia sungguh risau jika
terserempak dengan si durjana yang meragut kesuciannya dulu. Dan dia juga tidak
mahu terserempak dengan Arissa.
“Hesy! Akak percaya ke dengan staf akak tu? Dahlah
jauh, kak..” kata Alida sedikit risau.
“Insya-Allah, dia orang tu okey. Akak dah kenal cara
dia orang bekerja.. Memang komited dan boleh dipercayai!” Adnin Najwa memang
meyakini pekerja-pekerjanya itu.
“That’s my
girl! Sentiasa baik dengan orang sekeliling dia. Macam nilah isteri abang.
Tak salah abang pilih sayang jadi isteri abang,” ucap Irfan Naufal bagaikan
menganggap Alida tidak wujud di situ.
“Ehem!” suara Alida berdeham terus menjadikan Adnin
Najwa kelam-kabut.
Tadi dia bagai sudah hanyut dibuai kata-kata indah
suaminya. Irfan Naufal di sebelah Adnin Najwa pula cuba mengawal mimik muka
supaya kelihatan selamba. Namun dia tiba-tiba berasa panik melihat wajah nakal
yang mulai terbentuk di muka Alida. “Apa ehem-ehem? Lida jangan mula nak buat
muka macam tu. Abang mengamuk karang, baru tau!”
“Lida rasa macam ada assignment yang belum Lida siapkan. So, please excuse me. Lida nak masuk bilik dulu..” kata Alida dengan
kening terangkat-angkat mengusik abangnya. Dia tergelak-gelak nakal melihat
Irfan Naufal membuat muka bengang.
“Hmmm.. Saya minta maaf sekali lagi. Adik saya tu..”
“Ye, takpe!
Saya faham..”
“Kalau awak faham, baguslah.. Jom, kita..” Irfan
Naufal gagap untuk mengajak Adnin Najwa balik ke bilik. Jantungnya
berdegup-degup tidak normal.
“Ir!” suara Tan Sri Haji Zainal bergema dari jauh.
Kepala orang tua itu dipanjangkan untuk melihat Irfan Naufal.
Terkejut beruk Irfan Naufal dibuat abahnya. Adnin
Najwa juga terperanjat. Terasa jantungnya seakan terhenti buat seketika. “Ya,
abah?” sahut Irfan Naufal.
“Kejap lagi datang ke bilik bacaan abah. Nak bincang
sesuatu regarding your work. Najwa,
abah pinjam Ir kejap, ya?”
“Pinjam lama pun takpe, abah..” seloroh Adnin Najwa. Terdengar suara Tan Sri Haji
Zainal tertawa halus.
“Malam ni tak boleh pinjam lama-lama kut..” bisik
Irfan Naufal ke telinga Adnin Najwa.
Terasa meremang bulu tengkuk Adnin Najwa ketika
mendengar bisikan itu. “Apa yang awak merepek ni?” gerutu Adnin Najwa juga
berbisik. Namun soalannya itu hanya dibalas dengan tawa kecil.
“Jom, abang hantar ke bilik dulu,” getus Irfan
Naufal.
Adnin Najwa hanya diam. Dia menurut tanpa banyak
soal kerana dia sedar yang mungkin Tan Sri Haji Zainal masih memerhatikan mereka.
Adnin Najwa terus dibawa balik ke bilik. Sentuhan
lelaki itu di tubuhnya terasa sungguh mendebarkan hati Adnin Najwa. Kenapa ya?
Adnin Najwa kalut dengan perasaannya sendiri.
“Sayang, tunggu saya dalam bilik je. Saya ke bilik
bacaan abah kejap, nak bincang pasal kerja. Awak tunggu tau! I’ll be back,” pesan Irfan Naufal
lembut. Pipi Adnin Najwa diusap perlahan.
“Hmm..” Adnin Najwa panik. Perkataan ‘tunggu’ itulah
yang paling ditakutinya. Tunggu untuk apa ni? Mata Adnin Najwa terasa membesar
selepas otaknya mula mencerna maksud di sebalik kata-kata suaminya itu. Malam
ni kan adalah malam.. err.. Jantungnya berdetak tidak keruan. Beberapa kali
juga Adnin Najwa menelan liur.
“Don’t worry.
Abang datang kejap lagi!”
Mata Adnin Najwa terasa membulat sekali lagi. Dia
betul-betul panik sekarang. Mana dia hendak larikan diri? Mana boleh dia
menolak jika Irfan Naufal meminta haknya sebagai suami nanti. Berdosa hukumnya
isteri yang menolak kemahuan suami. “Err.. Errrr..”
“Shhh.. I’ll
be back!” bisik Irfan Naufal lagi. Nada bisikan itu sungguh romantis. Dia
mengusap sekali lagi pipi Adnin Najwa dan terus membuka langkah ke bilik bacaan
abahnya. Kulit pipi yang halus itu sungguh menawan hati Irfan Naufal. Ada
senyuman halus yang terukir di bibir Irfan Naufal.
Adnin Najwa hanya mampu menggigit bibirnya menahan
perasaan berdebar. Terasa masa begitu pantas pula berlalu ketika ini. Setiap
saat dan ketika masa berlalu, hati Adnin Najwa terus berdebar dan dia menggigil
menantikan kedatangan si suami. Ya Allah! Apa yang harus aku lakukan? Bagaimana
lagi harusku sembunyikan rahsia hitam hidupku?
“HELLO, Tie.. Rindu kau sangat-sangat!” teriak Adnin
Najwa teruja sebaik sahaja menjawab panggilan Tinie. Baru sahaja dia selesai
berwuduk untuk menunaikan solat isyak tadi. Tetapi, tidak sempat dia
bertelekung telefon bimbitnya pula tiba-tiba berbunyi dari dalam kocek bajunya.
Dia tahu, Tinie yang menelefon kerana sahabatnya itu sahaja yang selalu
menelefonnya sejak dia tinggal di rumah Tan Sri Haji Zainal.
“Assalamualaikum! Kalau ya pun rindu aku, takkan
hang sampai lupa nak bagi salam kut? Lagipun, baru ja kita jumpa pagi tadi kan?”
usik Tinie. Adnin Najwa menepuk dahi dan tertawa kecil.
“Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh! Aduh,
terlupa beri salam. Excited sangat!
Astaghfirullahal’azim..” jawab Adnin Najwa seraya meneruskan istighfar.
Tinie tergelak kecil. “So, how’s your big day? Tadi bukan main happy aku tengok Encik Irfan tu lepas dah lafazkan akad nikah. Aku
harap hang boleh happy juga bila dah
hidup dengan dia nanti. Dia ikhlas tau,” pesan Tinie entah untuk kali ke
berapa. Lali sudah Adnin Najwa yang mendengar.
“Hmm, I will
try. Yang pastinya, aku pun tak tahulah apa yang patut aku lakukan lepas
ni..”
Tinie mengeluh. Degil lagi rupanya Adnin Najwa.
Apalah yang susah sangat nak berbaik dengan Irfan Naufal yang dah memang baik
hati itu? “Hang ni. Degil tahap susah dibawa berbincang jugak kan? Sampai kena
paksa dengan aku, barulah hang tu sudi terima lamaran dia. Cuba hang cakap kat
aku, apalah yang susah sangat nak berbaik dengan Encik Irfan tu?”
Adnin Najwa terdiam. Kalaulah Tinie tahu apa yang
ada di dalam hatinya, tentu Tinie takkan suruh dia berkahwin dengan Irfan
Naufal. “Kau takkan faham, Tie..”
“Adess..
Memang aku tak faham la dengan hang. Cuma aku harap, hang akan faham niat baik
dia dan aku. Aku hanya fikirkan yang terbaik untuk hang memandangkan hang takda sesiapa lagi dalam dunia ni. I love you, you know?” lontaran
kata-kata Tinie itu kedengaran mengendur. Tinie malas hendak memaksa lagi.
Biarlah Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Yang penting, dia sudah
berusaha untuk memberikan kehidupan terbaik buat Adnin Najwa.
Terharu Adnin Najwa mendengar ucapan Tinie. “Terima
kasih, Tie. Kau memang kawan baik aku yang baik sangat! I love you too, Tie. Hmm, apa yang aku boleh jamin is.. Aku akan cuba terima dia,” ucap
Adnin Najwa lirih. Dia tahu Tinie agak kecewa dengan pendiriannya ini.
“Sama-sama. Hmm, tak kisahlah faham atau tak faham
pun, yang pasti malam ni hang kena faham jugak apa yang bakal berlaku!”
tiba-tiba sahaja suara Tinie berubah nada nakal. Tak lain dan tak bukan, hendak
mengusiklah tu.
Adnin Najwa tidak faham dengan ayat Tinie tadi. Dia
terkerut-kerut memikirkan kata-kata kawan baiknya itu. “Hesy! Apa yang kau
merepek ni, Tie?”
“Malam ni, hang jangan lari-lari tau. Duduk
diam-diam ja, okey!” seloroh Tinie dengan suara nakal. Tawa kecilnya meletus.
Suka hatinya dapat mengenakan Adnin Najwa yang agak innocent itu.
“Kau ni dah kenapa, Tie? Merepek, merapu, meraban
macam ni? Aku nak solat isyak ni, dah masuk waktu..” rungut Adnin Najwa. Dia
segera mencapai telekung yang tersangkut di hujung katil.
“Aku cuma nak beri hang petua je. Itu pun tak mau?”
“Petua apa pulak dah, Tie?”
“Hesy! Hang ni memang innocent atau buat-buat innocent
ni?” Tinie sudah tergaru-garu kepala. Tidak menyangka yang Adnin Najwa masih
tak tahu maksud kata-katanya sejak tadi.
“Dah kau merapu macam ikan kerapu. Ada ke aku nak
faham? Cubalah kau cakap jelas sikit..” selamba sahaja pertanyaan Adnin Najwa.
Tinie sudah tekanan. Dia pula yang berasa segan untuk meneruskan kata-kata.
“Takda
apa-apalah, Wawa oii..” Tinie menepuk dahinya. “Hang pi la solat isyak dulu.
Kan dah masuk waktu..”
“Oh, okey. Aku solat la dulu.. Ada masa lagi, kau
telefon la..” kata Adnin Najwa seraya meraba-raba kain telekung yang hendak
disarungkan.
“Aku takda
masa dah malam ni. Besok-besok pulak la.. Laki aku dah jeling-jeling tu,”
beritahu Tinie dalam tawa kecil.
“Okeylah, kau take
care tau!”
“Hang tu yang kena take care! Jaga suami hang elok-elok. Bagi dia peluang untuk beri
hang kasih sayang. Faham?” sempat lagi Tinie berpesan.
Adnin Najwa sudah mengeluh kecil. “Yelah, assalamualaikum. Tata!”
Selesai bertelefon, telefon bimbitnya diletakkan ke
atas katil berdekatan bantal. Dia segera menyarung telekung. Dengan penuh rasa
rendah diri, Adnin Najwa mulai melangkah ke atas sejadah yang sedia terhampar
sejak dia mula-mula tinggal di dalam bilik itu lagi iaitu sebelum berkahwin
dengan Irfan Naufal. Dia tidak mahu melipat sejadah itu kerana bimbang jika dia
sendiri yang menghampar nanti, sejadah itu tidak terhala ke arah kiblat pula.
Adnin Najwa menunaikan solat isyak dengan penuh
khusyuk dan tawaduk. Dirinya dirasakan sungguh kerdil di hadapan Allah SWT.
Hanya Dia yang Maha Mengetahui kisah pahit hidup Adnin Najwa selama ini.
Irfan Naufal baru sahaja datang menghampiri
biliknya. Pintu bilik tidak ditutup rapat. Mungkin Adnin Najwa terlupa hendak
mengunci pintu bilik. Langkahnya dipercepatkan. Manalah tahu kalau-kalau
isterinya itu perlukan apa-apa. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik itu, Irfan
Naufal ternampak Adnin Najwa sedang lengkap bertelekung. Terus terpegun Irfan
Naufal melihat kecantikan gadis itu di dalam telekung. Wajah itu kelihatan
sungguh berseri.
Gadis itu sedang memberikan salam selepas tahiyat
akhir. Perlahan-lahan Irfan Naufal memasuki bilik dan duduk agak jauh dari
Adnin Najwa tanpa diketahui gadis itu. Adnin Najwa mengangkat kedua belah tangan
untuk berdoa setelah selesai berzikir pendek.
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengasihani hamba-hambaMu. Aku bermohon perlindungan-Mu dari syaitan yang
direjam. Jauhkanlah aku dari azab api neraka-Mu.. Jadikanlah keimananku tetap
kepada-Mu sepanjang hayatku, ya Allah. Tabahkanlah hatiku di dalam menempuhi
dugaan-dugaan hidup yang telah Engkau berikan. Janganlah biarkan aku
keseorangan dalam menghadapi segala-galanya, ya Allah.. Ya Tuhan yang Maha
Mengetahui, sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu betapa aku menderita
selama ini di atas perbuatan lelaki durjana itu. Kini, aku sudah bersuami dan
aku percaya, suamiku adalah sebaik-baik lelaki yang telah Engkau takdirkan
sebagai jodohku.
Tetapi ya Allah, aku amat takut jika suamiku tahu
mengenai kisah hitam itu. Aku tidak punyai kudrat mahu melawan kehendak suamiku
kerana aku takutkan kemurkaan-Mu. Sesungguhnya aku sudah tiada apa-apa lagi keistimewaan
untuk ku berikan kepada suamiku yang sangat-sangat baik hati itu. Bagaimana
jika dia kecewa selepas mendapat tahu tentang aku yang sudah tidak suci lagi?”
Mata Irfan Naufal membesar. Matanya terasa digenangi
air jernih. Dia mulai memahami perasaan Adnin Najwa dengan lebih mendalam
ketika ini.
Adnin Najwa menahan esakan dan menyambung. Air
matanya deras. “Ya Tuhan, aku tidak sanggup untuk mematahkan hati lelaki itu.
Peliharalah dia dari kekecewaan itu.. Peliharalah dia kerana dia adalah lelaki
yang terlalu baik, keluarga dia pun semuanya baik-baik. Jadi ya Allah, aku
bermohon supaya Engkau peliharalah dia dan keluarganya.. Aminn..ya Rabbal
‘Alamin..” menangis-nangis Adnin Najwa menuturkan bait-bait doa itu.
Perlahan-lahan dia menyapu mukanya yang kuyup dengan
air mata itu. Walaupun selepas berdoa, dia masih teresak-esak mengenangkan
keadaan dirinya yang tersepit itu. Dia tidak kisah menanggung semua ini seorang
diri. Oleh sebab itulah, dia tidak mahu melibatkan Irfan Naufal dan mematahkan
hati lelaki itu kerana menganggap bahawa lelaki itu terlalu baik.
Irfan Naufal menahan sebak. Andainya Adnin Najwa
tahu bahawa dia adalah orang yang sama bergelar lelaki durjana itu, apa agaknya
reaksi gadis itu terhadapnya? Irfan Naufal begitu menyesali perbuatannya kini.
Sampai begitu sekali Adnin Najwa terseksa kerana perbuatan khianatnya dulu.
Barulah Irfan Naufal faham kenapa Adnin Najwa begitu susah mahu menerima
lamarannya tempoh hari. Rupa-rupanya gadis itu bimbang jika si suami tahu
bahawa dia sudah tidak suci lagi.
ADNIN Najwa berbaring di katil dalam debaran. Dia
sedang berpura-pura tidur. Dia tahu Irfan Naufal akan selesai bersolat sebentar
lagi. Tadi tidak lama selepas dia solat isyak, lelaki itu mengetuk pintu bilik.
Selepas pintu bilik dibuka, lelaki itu terus ke bilik air dan menunaikan solat
isyak. Adnin Najwa dapat mendengar dan seterusnya mengagak semua itu.
Mata Adnin Najwa dipejamkan rapat-rapat apabila
terasa katil itu sedikit bergoyang. Tahulah dia bahawa suaminya sudah
melabuhkan punggung ke atas katil. Badannya terasa ditarik supaya melurus
setetusnya dibawa ke dalam pelukan lelaki itu. Berdetuk-detak rasanya hati
Adnin Najwa.
“Sayang, I
know that trick. Saya tahu awak belum tidur lagi, kan?” ucap Irfan Naufal
tersenyum ceria melihat Adnin Najwa yang sudah panik akibat tertangkap.
Bibir gadis itu kelihatan sedikit bergetar. Tubuhnya
agak menggigil di dalam pelukan Irfan Naufal. “Awak..”
“Hmm?” lembut sahaja suara Irfan Naufal menyahut.
“Awak nak buat apa ni?”
“Takde
buat apa-apa pun. Kenapa?” ujar Irfan Naufal ringkas. Dia tersenyum dan mencium
mesra dahi Adnin Najwa. Terus berderau darah gadis itu.
“Ni.. Lepaskan boleh?” Adnin Najwa mengisyaratkan
pelukan Irfan Naufal di tubuhnya itu. “Err.. Bukannya apa, saya just nak sedikit keselesaan.. Kan nak
berborak ni?”
“Hmmm, siapa cakap kita nak berborak? Biasalah ni,
suami peluk isteri.” duga Irfan Naufal. Pelukan dieratkan.
“Errr.. Hmm..” jantung Adnin Najwa sudah ditahap
mahu terloncat keluar dari tubuhnya ketika ini. Debarannya menggila!
“Joking!”
getus Irfan Naufal lalu tertawa kecil. Dia melepaskan pelukan di tubuh Adnin
Najwa. Kedengaran suara keluhan gadis itu bernada lega.
“Saya tahu awak masih belum bersedia untuk
menunaikan tanggungjawab awak sebagai seorang isteri sepenuhnya lagi sekarang
ni kan.” Getus Irfan Naufal. Adnin Najwa terperanjat. Bukanlah niatnya untuk
menolak keinginan suaminya. Belum sempat dia berkata apa-apa, Irfan Naufal
menyambung. “So, saya faham dan reda
dengan tindakan awak. Kita berkenalan dulu.. Orang cakap, tak kenal maka tak
cinta, kan? Mulakan dengan umur saya ye. I
am 28 years old, handsome, bergaya, comel dan menjadi rebutan gadis. Awak?”
Irfan Naufal cuba berseloroh untuk membuatkan Adnin Najwa berasa selesa
berborak dengannya di atas katil itu.
“Hmm.. I am..”
“25 years old,
a good charming girl, beautiful.. Comel, anggun, ayu, jelita dan
segala-galanya untuk saya sekarang.. My
wife,” Irfan Naufal yang berkata-kata bagi pihak Adnin Najwa.
Gadis itu terdiam. Matanya digenangi air kerana
terharu. Rasa segan juga kerana lelaki itu memujinya begitu banyak. Tawa
kecilnya kedengaran seiring dengan air jernih yang mulai menitis setitis ke
pipinya. Ternyata Allah mendengar doanya tadi. Syukur! “Maafkan saya.. Saya..”
“Shh.. Takpe.
Awak tak perlu paksa diri. Cuma awak kena belajar menerima saya, okey? Malam
ni, no excuses. Awak kena biasakan
diri tidur dalam pelukan saya. That’s it.
Saya janji takkan lebih-lebih..” bisik Irfan Naufal lembut. Dia menarik semula
tubuh Adnin Najwa ke dalam pelukannya.
“Saya..”
“Dah. Diammm.. Atau awak nak saya buat lebih-lebih?”
“Okey, okey.. Saya diam..” laju sahaja Adnin Najwa
menjawab. Peluh dingin memercik di dahinya tanda dia sedang gelisah. Mana tidaknya,
jantung Adnin Najwa sudah macam nak terkeluar dah ni.
“Ingat tau. Sayalah orang yang akan lindungi awak selalu.
Saya akan sayangi awak.. Cuba berikan cinta saya untuk awak seorang je.. And I’ll always love you forever..”
Bisikan Irfan Naufal itu ibarat nyanyian indah yang terus
membuai jiwa Adnin Najwa. Pelukan lelaki itu bertambah erat dan terasa hangat. Hati
Adnin Najwa yang gelisah tadi bertukar tenang. Akhirnya dia terlelap dalam pelukan
suaminya.. Ya Allah, benarkah aku mampu teruskan hidupku bersama dia? Relakah dia
mengasihiku seadanya jika dia tahu tentang itu?
p/s : bersambunggg.. :)
p/s : bersambunggg.. :)
suka3!!!
ReplyDeletelme dah tggu,,
akhirnya bru ad en3 bru skrg,,,
wahhhhhhhhh..terlepas rindu ngan irfan..mlm ni tido mimpi irfanla..huhuhu
ReplyDeleteSweetnye diaorg dua nie.. hehehe.. harap2 la najwa tu dpt menerima irfan dgn hati terbuka.. n harap2 jg la si irfan tu x sia-siakan si najwa , x gitu, cik auni? ;-p
ReplyDeleteapa2pun, entry kali nie mmg best la! content nye simple yet sweet to read.. ;-) keep on writing ya, cik writer!
aja aja fighting!
~Miss Peace~
Thank auni. Romantik abis si Irfan Naufal ni. Untung Najwa. Luv u auni.
ReplyDelete-Jaja-
akakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk best gilerrrr nak lagiiiiiiiiiiii....aaaaaaaaaaaa irfannnnnn i'm meltingggg =P
ReplyDeleteOwh~ Best2!! Romantik jg eh Irfan ni..hihi..entah mcm mne la nti klau Adnin tau sape llki durjana tue..my guess that would be their biggest conflict..iye kot?? Debar2 pulak fkir psl tue..ape2 pn thnk u 4 another new n3 yer kak..teruskan mnulis yer kak..chayo2.. =)
ReplyDeletebaru je nak sembur si irfan mengada puji diri sendiri, tetiba feelin balik bila dia puji adnin mcm tu.. :heart:
ReplyDeletethanks utk yg sudi meninggalkn komen dan juga yg sudi membaca di blog saya ni..
ReplyDeletesangat2 terharu dengan sokongan korang :)
Love you guys so much! Good night, Auni tidur dlu ek :)
selamat membaca kepada yang baru nak membaca n3 ni ^^
kak,mimpi irfan la nmpknya kami mlm nie!!
ReplyDeleteNice n3.. Rindu betoi n wawa & ir.
ReplyDeleteWahhh romantik de amour inche ir.. Melting ai.
Harap2 ir memang chenta mati dgn wawa.
Gud job auni :)
Nice n3.. Rindu betoi n wawa & ir.
ReplyDeleteWahhh romantik de amour inche ir.. Melting ai.
Harap2 ir memang chenta mati dgn wawa.
Gud job auni :)
ala baru nak berangan lebih2 pas kena peluk.. hehehehehheh.... caiyok caiyok..... luff irfan..
ReplyDeleteaiiiseyman.. baru nak berangan lebih udah kuar bersambung.. tak pe sabar itu 1 kebaikan.. caiyok caiyok.. luff irfan so muachhhhhhh....
ReplyDeleteso sweet... hehe...
ReplyDeleteBest & sweet sangat -sangat ....#^_^
ReplyDeletebessssssssssttttttttttttttttttttttt
ReplyDeletesangat sweett gitu lorh..hehehe nak nak lagi
ReplyDeletesis, mmang best sesgt laaa. lma dh sya tggu n3 KK nie..lepas dh jap rindu kat diorg nie!TQ!
ReplyDeletecpat2 update next n3 tau!seram bila fikir pe reaksi wawa kalau die tau irfan tu lelaki durjana yg rgol dia dlu OMG!
NEXTTTT!! :)
woaa..bestlah!
ReplyDeletebest2..cpat3 smbng yer..hehhe
ReplyDeletebest lah kisah dia ni...
ReplyDeletelama tak singgah sini... makin best cerita diorang ni... sweet! hihihi... senyum aje dah ni... thanks kak Auni ^^
ReplyDeleteaww..sgt suke dgn kapel nie sis!thumbs up!nexxttttt!! ^_____^
ReplyDeletebest sbb ceta ni lain dr yg lain..heroin bute pstu si hero ni awl2 dh nk jd bek sbb sdr diri dh lggar larangn Allah,wat dosa bsar rogol pmpuan.hero xreti tipu ibubape wlupn wat dosa bsr.skrg dh jd suami istri pn..and sweet sgt2.nk lg bleh?
ReplyDeleteBesttttttt :)
ReplyDeleteSambung lagiiiiiii
ReplyDeleteplz being my fwens to make sure that i easy to read your karya...plz...tq...
ReplyDeletekalau dijadikan novel best nie. kalau keluar sure beli. Dua dua buku sebelum nie dah ada ....
ReplyDeleteterubat dh rindu..br hari ni berkesempatan nk jenguk blog ni..rupa2nya ada n3 br..so sweet jer...
ReplyDeleteBestnya... sambung lagi.....
ReplyDeletefirst time msk blog ni..mmg TERBAIK lh smua karya kt cni..sy suka
ReplyDeleteFirst time masuk blog ni..smua karya kt cni mmg TERBAIK..teruskan..sy suka bc
ReplyDeletebestt..name adik die pon same dgn saye.... :P
ReplyDeleteOhsemmmm kak Auni ! Best gila la cerita ni. Saya dah jatuh cinta lah dekat Si Irfan tu. Apa-apa pun chaiyok lah kak Auni.
ReplyDeleteyuhuuuuu .. bile nak sambung n3 ni... rindu la nak ngadap si irfan ni... nyet nyet.....
ReplyDeletebile nak sambung dear n3 ni... rindu sesangat kart irfan ni...
ReplyDeletehailaaaa~ i pingsan~ romantiknyer ir...hailaaa~~
ReplyDelete