-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Monday, June 18, 2012

Kurelakan Kasihmu 18, 19, 20



USAI berpakaian, Adnin Najwa bergerak ke ruang dapur dengan dibantu oleh Alida. Adik iparnya itu memang sungguh baik hati. Sejak dia tinggal di rumah itu, sudah banyak pertolongan Alida terhadapnya.
“Lid, terima kasih tau. Sebab selalu tolong akak,” ucap Adnin Najwa tersenyum kecil. Panggilan ‘Lid’ digunakan atas permintaan Alida. Katanya, kawan-kawannya di kolej selalu panggilnya Lid kerana lebih moden panggil begitu. Dekat rumah aje abah, umi dan abangnya suka memanggilnya Lida.
“Yelah, kak. Takpe.. Lid suka tolong akak sebab suka tengok muka comel akak. Macam tak puas je tengok,” usik Alida membuatkan pipi Adnin Najwa merona merah.
“Hesy, Lid ni. Lain kali jangan cakap macam tu lagi. Mengusik akak je tau,” protes Adnin Najwa seraya menundukkan wajah. Dia segan kerana selalu dipuji comel oleh Alida dan yang paling tak tahannya, Irfan Naufal juga selalu sahaja memujinya comel serta cantik. Adik dan abang sama saja. Adnin Najwa tersenyum kecil.
“Eleh, malu-malu pulak akak ni. Jomlah kita ke meja makan.. Duduk kat situ je tunggu Mak cik Timah buatkan makan malam,” ujar Alida ringkas. Tawa kecil yang tercetus, lebih membuatkan Adnin Najwa segan.
“Eh, takkan nak duduk aje kut? Akak nak tolong dia la, boleh?” pinta Adnin Najwa penuh mengharap.
Alida serba-salah. Bukannya dia tak nak bagi Adnin Najwa pergi menolong Mak cik Timah, tapi kan kakak iparnya itu buta. “Err.. Akak duduk sini je. Lid pergi tolong dia ek. Duduk sini tau! Jangan pergi mana-mana pun.”
“Eh, akak nak tolonglah, Lid. Bagi la akak ikut sekali…”
“Takpe! Lid boleh tolong. Lagipun memang selama ni Lid selalu tolong dia,” beritahu Alida jujur. Memang dia suka membantu Mak cik Timah memasak pun. Jangan terkejut pula dengan kemahiran memasaknya kerana Mak cik Timah sudah banyak mengajarnya resepi-resepi rahsia orang tua itu.
“Tapi…”
“Takde tapi-tapi lagi! Haa, itu pun Abang Ir. Abang Ir! Sinilah.. Temankan isteri tersayang. Baru kahwin kenalah berkepit je selalu.. Lida nak ke dapur tolong Mak cik Timah ni,” Alida menggamit Irfan Naufal dari kejauhan. Lelaki itu datang menghampiri dengan sebuah senyum simpul. Dia teringat kejadian panas tadi di dalam bilik. Masih terbayang muka malu-malu Adnin Najwa yang kemerahan.
Berderau darah Adnin Najwa. Dia juga teringatkan pelukan hangat yang berlaku di dalam bilik tadi. Segalanya sungguh pantas dan spontan. Wajah Adnin Najwa terasa pucat lesi apabila tangan seseorang merayap ke bahunya. Dia tahu orang itu adalah Irfan Naufal kerana bau haruman lelaki itu begitu menusuk hidungnya.
“Hai, sayang,” sapa Irfan Naufal lembut. Berdetak rasanya jantung Adnin Najwa setiap kali lelaki itu memanggilnya ‘sayang’. Menurut persetujuan mereka, cuma di hadapan keluarga Irfan Naufal sahaja dia perlu memanggil lelaki itu ‘abang’ dan lelaki itu memanggilnya Najwa atau ‘sayang’. Tetapi apabila mereka berduaan, panggilan ‘saya’ dan ‘awak’ tetap digunakan.
Irfan Naufal tarik sengih melihat muka merah isterinya. Kening isterinya itu dicium sebaik sahaja Alida membuka langkah hendak ke dapur. Tetapi adiknya itu tiba-tiba menoleh dan ternampak adegan dia mencium isterinya. Duhh! Malu giler.. Adnin Najwa pula kelihatan terkejut menerima ciumannya.
 “Ek eleh! Action lebih pulak kat sini Abang Ir ni. Kalau ye pun, tunggulah Lida ke dapur dulu. Tak malu!” Alida pula yang merah muka menyaksikan kemesraan Irfan Naufal terhadap isterinya. Segan pula kerana dia tertoleh ke belakang dan ternampak Irfan Naufal mencuri cium dahi Adnin Najwa.
Adnin Najwa terasa hendak ketawa walaupun dia sedikit tergamam dicium Irfan Naufal tadi. Terasa seperti jantungnya mahu melompat-lompat tercabut dari kedudukan asal.
“Dahlah, Lida pergilah ke dapur tu. Jangan kacau kami nak bermanja..” Irfan Naufal bersuara selamba untuk menutup rasa malunya.
Alida tergelak suka. “Kalau ye pun, tunggulah dalam bilik.. Dah nak malam pun, kan?”
Menyerbu rasanya darah naik ke wajah Irfan Naufal dan juga Adnin Najwa. Erkk?! Si adik mereka ni memang dah pandai nak mengusik. Itu pun mengusik macam tu? Irfan Naufal menelan liur. Dia melepaskan pautan di bahu Adnin Najwa. Mukanya merah.
“Lida jangan nak mengarut! Pergilah tolong Mak cik Timah!” tukas Irfan Naufal kalut. Dia menelan liur. Wajah Adnin Najwa yang masih kemerahan ditatapnya. Sejak tadi gadis itu hanya terdiam tanpa sebarang kata-kata. Mestilah malu diusik tanpa henti oleh Alida.
“Okey, Lida gerak dulu. Happy manja-manja, ye?” kening Alida terangkat sebelah.
“Lida!”
Alida tergelak lagi. Dia terus berlalu selepas meminta diri.
“Sorrylah. Adik saya memang nakal sikit. Eh, bukan sikit. Nakal banyak..” Irfan Naufal meminta maaf. Dia rasa bersalah melihat muka Adnin Najwa yang merah menyala itu. Dia bimbang gadis itu berasa tidak selesa diusik sakan oleh Alida tadi.
“Takpe, saya dah tahu dia memang macam tu. Dah lama jugak saya tinggal sini sebelum kita kahwin, kan? So, it’s okay!” ujar Adnin Najwa ikhlas. Dia tersenyum kecil.
Irfan Naufal menarik nafas lega. Dia merenung jauh ke wajah Adnin Najwa yang cantik bertudung itu. Berlainan benar dengan Adnin Najwa semasa menjadi tomboy dulu. Perasaan bersalahnya kembali menebal apabila teringat kejadian yang berlaku di hotel dulu sehingga kesucian gadis itu diragutnya tanpa belas kasihan.
“Haa, dekat sini rupanya anak dengan menantu abah ni. Jenuh abah mencari tadi..” Tan Sri Haji Zainal muncul entah dari mana. Dia tersengih melihat Irfan Naufal dan Adnin Najwa. Rasa sedap hatinya memandang pasangan secocok itu. Punggungnya dilabuhkan di kerusi berhadapan anak dan menantunya.
“Abah,” getus Irfan Naufal perlahan. Dia membalas senyuman lebar abahnya. Segan juga dia melihat senyuman penuh makna abahnya itu.
“Ir kat sini temankan Najwa. Baru ingat nak ke bilik tadi. Nak mandi.. Belum sempat mandi tadi. Tapi si Lida tu panggil suruh temankan Najwa. Tak jadilah nak balik ke bilik,” terang Irfan Naufal tanpa dipinta abahnya.
“Saya nak ke dapur la tolong Mak cik Timah. Boleh tak?” pinta Adnin Najwa tiba-tiba. Dia segan berada bersama Irfan Naufal. Tambahan lagi, Tan Sri Haji Zainal juga berada di situ.
“Eh, tak payah. Lida dah tolong tu. Najwa duduk sini sembang dengan abah.. Kau Ir, kau pergilah mandi dulu,” arah Tan Sri Haji Zainal menjadikan Adnin Najwa terdiam. Irfan Naufal mengangguk-angguk.
“Abang mandi kejap ya? Nanti abang datang semula. Boraklah dengan abah dulu. Bukan senang tau abah nak ada masa kat rumah bersantai macam ni. Dia selalu workaholic je,” usik Irfan Naufal. Tan Sri Haji Zainal membesarkan matanya dan berdeham kecil tanda protes.
Adnin Najwa tersenyum dan mengangguk. Dia tahu Irfan Naufal belum sempat mandi tadi kerana disuruh keluar cepat-cepat ketika dia hendak berpakaian. Malu punya pasal, suaminya itu terpaksa menunggu giliran untuk mandi di luar bilik.
 “Pergilah mandi. Kejap lagi dah nak masuk maghrib,” ujar Tan Sri Haji Zainal. Keluarga mereka memang selalu makan malam selepas waktu maghrib jika makan malam di rumah.
“Okey, abah. Hmm, sayang duduk kat sini. Borak dengan abah dulu..” lembut tutur bicara Irfan Naufal. Entah mengapa, hati Adnin Najwa semakin lama semakin berasa tersentuh mendengar perkataan ‘sayang’ itu.
Mana tidaknya. Sekarang ini, jika mereka tidak berhadapan dengan keluarga Irfan Naufal pun suaminya itu suka membiasakan diri memanggilnya ‘sayang’. Memang lelaki itu tidak pernah makan saman. Sampai naik lali rasanya Adnin Najwa apabila tegahannya agar Irfan Naufal tidak memanggilnya ‘sayang’ bertukar menjadi kesukaan lelaki itu pula. Selalu sangat Adnin Najwa dipanggilnya sayang walaupun ketika mereka berdua-duaan.
“Okey..” jawab Adnin Najwa malu-malu.
Jauh di dasar hati, dia dapat merasai ketulusan hati Irfan Naufal yang ingin menyayangi dirinya. Tetapi hatinya sendiri dalam penasaran sama ada dia patut membalas ketulusan Irfan Naufal itu atau tidak. Dia cukup bimbangkan keadaan dirinya yang difikirkan tidak layak untuk Irfan Naufal yang terlalu baik terhadapnya itu. Isteri yang sudah tiada apa-apa keistimewaan untuk diberikan kepada si suami.




“KAK Najwa, butik akak macam mana? Jauh tu, di Perlis..” soal Alida ketika mereka berada di ruang tamu selepas selesai makan malam. Tan Sri Haji Zainal sudah ke bilik bacaannya manakala Puan Sri Hajjah Zairiah sudah memasuki bilik tidur.
Alida tahu, selepas solat isyak tentu uminya itu akan membaca al-Quran dan terus tidur. Begitulah rutin uminya yang sudah biasa tidur awal. Abahnya pula tentu sibuk di bilik bacaan, membaca kertas kerja yang bertimbun. Biasalah, abahnya memang seorang yang kuat bekerja. Tidak cukup di pejabat, kerja-kerjanya dibawa balik pula ke rumah. Tetapi abahnya itu tidaklah sampai melupakan keluarga. Ada juga masa yang diluangkan bersama-sama keluarga.
Adnin Najwa terdiam mendengar soalan cepu mas Alida. Dia memikirkan jawapan yang sesuai sebelum terperanjat apabila seseorang tiba-tiba mengusap lembut pipinya. Bau minyak wangi Irfan Naufal terasa menyerbu masuk ke dalam hidungnya.
“Yup, abang pun nak tahu juga pasal butik sayang tu. How? Nak terus bisnes kat sana atau nak buka di KL je?” Irfan Naufal tiba-tiba datang duduk di sebelah Adnin Najwa. Dipautnya bahu gadis itu dengan mesra. Terkejut Adnin Najwa dibuatnya. Yelah, tiba-tiba sahaja datang entah dari mana. Setahu dia, Alida saja yang berada di situ dengannya.
“Err.. Butik tu akak ingat nak bagi staf akak uruskan je kat sana. Tiap-tiap bulan akak akan pantau bisnes dari sini je. Insya-Allah kalau ada rezeki, maju sikit nanti memang akak ada perancangan nak buka cawangan kat KL ni,” jawab Adnin Najwa spontan.
Entah dari manalah idea itu timbul, dia sudah tidak peduli. Asalkan soalan itu berjawab. Yang sebenarnya, dia tiada niat langsung hendak membuka cawangan di Kuala Lumpur ini kerana kisah hitamnya itu. Jawapan itu hanya sekadar memenuhi persoalan mereka tadi. Rancangan Adnin Najwa sekarang, dia tidak mahu keluar langsung ke bandar. Dia sungguh risau jika terserempak dengan si durjana yang meragut kesuciannya dulu. Dan dia juga tidak mahu terserempak dengan Arissa.
“Hesy! Akak percaya ke dengan staf akak tu? Dahlah jauh, kak..” kata Alida sedikit risau.
“Insya-Allah, dia orang tu okey. Akak dah kenal cara dia orang bekerja.. Memang komited dan boleh dipercayai!” Adnin Najwa memang meyakini pekerja-pekerjanya itu.
“That’s my girl! Sentiasa baik dengan orang sekeliling dia. Macam nilah isteri abang. Tak salah abang pilih sayang jadi isteri abang,” ucap Irfan Naufal bagaikan menganggap Alida tidak wujud di situ.
“Ehem!” suara Alida berdeham terus menjadikan Adnin Najwa kelam-kabut.
Tadi dia bagai sudah hanyut dibuai kata-kata indah suaminya. Irfan Naufal di sebelah Adnin Najwa pula cuba mengawal mimik muka supaya kelihatan selamba. Namun dia tiba-tiba berasa panik melihat wajah nakal yang mulai terbentuk di muka Alida. “Apa ehem-ehem? Lida jangan mula nak buat muka macam tu. Abang mengamuk karang, baru tau!”
“Lida rasa macam ada assignment yang belum Lida siapkan. So, please excuse me. Lida nak masuk bilik dulu..” kata Alida dengan kening terangkat-angkat mengusik abangnya. Dia tergelak-gelak nakal melihat Irfan Naufal membuat muka bengang.
“Hmmm.. Saya minta maaf sekali lagi. Adik saya tu..”
“Ye, takpe! Saya faham..”
“Kalau awak faham, baguslah.. Jom, kita..” Irfan Naufal gagap untuk mengajak Adnin Najwa balik ke bilik. Jantungnya berdegup-degup tidak normal.
“Ir!” suara Tan Sri Haji Zainal bergema dari jauh. Kepala orang tua itu dipanjangkan untuk melihat Irfan Naufal.
Terkejut beruk Irfan Naufal dibuat abahnya. Adnin Najwa juga terperanjat. Terasa jantungnya seakan terhenti buat seketika. “Ya, abah?” sahut Irfan Naufal.
“Kejap lagi datang ke bilik bacaan abah. Nak bincang sesuatu regarding your work. Najwa, abah pinjam Ir kejap, ya?”
“Pinjam lama pun takpe, abah..” seloroh Adnin Najwa. Terdengar suara Tan Sri Haji Zainal tertawa halus.
“Malam ni tak boleh pinjam lama-lama kut..” bisik Irfan Naufal ke telinga Adnin Najwa.
Terasa meremang bulu tengkuk Adnin Najwa ketika mendengar bisikan itu. “Apa yang awak merepek ni?” gerutu Adnin Najwa juga berbisik. Namun soalannya itu hanya dibalas dengan tawa kecil.
“Jom, abang hantar ke bilik dulu,” getus Irfan Naufal.
Adnin Najwa hanya diam. Dia menurut tanpa banyak soal kerana dia sedar yang mungkin Tan Sri Haji Zainal masih memerhatikan mereka.
Adnin Najwa terus dibawa balik ke bilik. Sentuhan lelaki itu di tubuhnya terasa sungguh mendebarkan hati Adnin Najwa. Kenapa ya? Adnin Najwa kalut dengan perasaannya sendiri.
“Sayang, tunggu saya dalam bilik je. Saya ke bilik bacaan abah kejap, nak bincang pasal kerja. Awak tunggu tau! I’ll be back,” pesan Irfan Naufal lembut. Pipi Adnin Najwa diusap perlahan.
“Hmm..” Adnin Najwa panik. Perkataan ‘tunggu’ itulah yang paling ditakutinya. Tunggu untuk apa ni? Mata Adnin Najwa terasa membesar selepas otaknya mula mencerna maksud di sebalik kata-kata suaminya itu. Malam ni kan adalah malam.. err.. Jantungnya berdetak tidak keruan. Beberapa kali juga Adnin Najwa menelan liur.
“Don’t worry. Abang datang kejap lagi!”
Mata Adnin Najwa terasa membulat sekali lagi. Dia betul-betul panik sekarang. Mana dia hendak larikan diri? Mana boleh dia menolak jika Irfan Naufal meminta haknya sebagai suami nanti. Berdosa hukumnya isteri yang menolak kemahuan suami. “Err.. Errrr..”
“Shhh.. I’ll be back!” bisik Irfan Naufal lagi. Nada bisikan itu sungguh romantis. Dia mengusap sekali lagi pipi Adnin Najwa dan terus membuka langkah ke bilik bacaan abahnya. Kulit pipi yang halus itu sungguh menawan hati Irfan Naufal. Ada senyuman halus yang terukir di bibir Irfan Naufal.
Adnin Najwa hanya mampu menggigit bibirnya menahan perasaan berdebar. Terasa masa begitu pantas pula berlalu ketika ini. Setiap saat dan ketika masa berlalu, hati Adnin Najwa terus berdebar dan dia menggigil menantikan kedatangan si suami. Ya Allah! Apa yang harus aku lakukan? Bagaimana lagi harusku sembunyikan rahsia hitam hidupku?




“HELLO, Tie.. Rindu kau sangat-sangat!” teriak Adnin Najwa teruja sebaik sahaja menjawab panggilan Tinie. Baru sahaja dia selesai berwuduk untuk menunaikan solat isyak tadi. Tetapi, tidak sempat dia bertelekung telefon bimbitnya pula tiba-tiba berbunyi dari dalam kocek bajunya. Dia tahu, Tinie yang menelefon kerana sahabatnya itu sahaja yang selalu menelefonnya sejak dia tinggal di rumah Tan Sri Haji Zainal.
“Assalamualaikum! Kalau ya pun rindu aku, takkan hang sampai lupa nak bagi salam kut? Lagipun, baru ja kita jumpa pagi tadi kan?” usik Tinie. Adnin Najwa menepuk dahi dan tertawa kecil.
“Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh! Aduh, terlupa beri salam. Excited sangat! Astaghfirullahal’azim..” jawab Adnin Najwa seraya meneruskan istighfar.
Tinie tergelak kecil. “So, how’s your big day? Tadi bukan main happy aku tengok Encik Irfan tu lepas dah lafazkan akad nikah. Aku harap hang boleh happy juga bila dah hidup dengan dia nanti. Dia ikhlas tau,” pesan Tinie entah untuk kali ke berapa. Lali sudah Adnin Najwa yang mendengar.
“Hmm, I will try. Yang pastinya, aku pun tak tahulah apa yang patut aku lakukan lepas ni..”
Tinie mengeluh. Degil lagi rupanya Adnin Najwa. Apalah yang susah sangat nak berbaik dengan Irfan Naufal yang dah memang baik hati itu? “Hang ni. Degil tahap susah dibawa berbincang jugak kan? Sampai kena paksa dengan aku, barulah hang tu sudi terima lamaran dia. Cuba hang cakap kat aku, apalah yang susah sangat nak berbaik dengan Encik Irfan tu?”
Adnin Najwa terdiam. Kalaulah Tinie tahu apa yang ada di dalam hatinya, tentu Tinie takkan suruh dia berkahwin dengan Irfan Naufal. “Kau takkan faham, Tie..”
“Adess.. Memang aku tak faham la dengan hang. Cuma aku harap, hang akan faham niat baik dia dan aku. Aku hanya fikirkan yang terbaik untuk hang memandangkan hang takda sesiapa lagi dalam dunia ni. I love you, you know?” lontaran kata-kata Tinie itu kedengaran mengendur. Tinie malas hendak memaksa lagi. Biarlah Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Yang penting, dia sudah berusaha untuk memberikan kehidupan terbaik buat Adnin Najwa.
Terharu Adnin Najwa mendengar ucapan Tinie. “Terima kasih, Tie. Kau memang kawan baik aku yang baik sangat! I love you too, Tie. Hmm, apa yang aku boleh jamin is.. Aku akan cuba terima dia,” ucap Adnin Najwa lirih. Dia tahu Tinie agak kecewa dengan pendiriannya ini.
“Sama-sama. Hmm, tak kisahlah faham atau tak faham pun, yang pasti malam ni hang kena faham jugak apa yang bakal berlaku!” tiba-tiba sahaja suara Tinie berubah nada nakal. Tak lain dan tak bukan, hendak mengusiklah tu.
Adnin Najwa tidak faham dengan ayat Tinie tadi. Dia terkerut-kerut memikirkan kata-kata kawan baiknya itu. “Hesy! Apa yang kau merepek ni, Tie?”
“Malam ni, hang jangan lari-lari tau. Duduk diam-diam ja, okey!” seloroh Tinie dengan suara nakal. Tawa kecilnya meletus. Suka hatinya dapat mengenakan Adnin Najwa yang agak innocent itu.
“Kau ni dah kenapa, Tie? Merepek, merapu, meraban macam ni? Aku nak solat isyak ni, dah masuk waktu..” rungut Adnin Najwa. Dia segera mencapai telekung yang tersangkut di hujung katil.
“Aku cuma nak beri hang petua je. Itu pun tak mau?”
“Petua apa pulak dah, Tie?”
“Hesy! Hang ni memang innocent atau buat-buat innocent ni?” Tinie sudah tergaru-garu kepala. Tidak menyangka yang Adnin Najwa masih tak tahu maksud kata-katanya sejak tadi.
“Dah kau merapu macam ikan kerapu. Ada ke aku nak faham? Cubalah kau cakap jelas sikit..” selamba sahaja pertanyaan Adnin Najwa. Tinie sudah tekanan. Dia pula yang berasa segan untuk meneruskan kata-kata.
“Takda apa-apalah, Wawa oii..” Tinie menepuk dahinya. “Hang pi la solat isyak dulu. Kan dah masuk waktu..”
“Oh, okey. Aku solat la dulu.. Ada masa lagi, kau telefon la..” kata Adnin Najwa seraya meraba-raba kain telekung yang hendak disarungkan.
“Aku takda masa dah malam ni. Besok-besok pulak la.. Laki aku dah jeling-jeling tu,” beritahu Tinie dalam tawa kecil.
“Okeylah, kau take care tau!”
“Hang tu yang kena take care! Jaga suami hang elok-elok. Bagi dia peluang untuk beri hang kasih sayang. Faham?” sempat lagi Tinie berpesan.
Adnin Najwa sudah mengeluh kecil. “Yelah, assalamualaikum. Tata!”
Selesai bertelefon, telefon bimbitnya diletakkan ke atas katil berdekatan bantal. Dia segera menyarung telekung. Dengan penuh rasa rendah diri, Adnin Najwa mulai melangkah ke atas sejadah yang sedia terhampar sejak dia mula-mula tinggal di dalam bilik itu lagi iaitu sebelum berkahwin dengan Irfan Naufal. Dia tidak mahu melipat sejadah itu kerana bimbang jika dia sendiri yang menghampar nanti, sejadah itu tidak terhala ke arah kiblat pula.
Adnin Najwa menunaikan solat isyak dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Dirinya dirasakan sungguh kerdil di hadapan Allah SWT. Hanya Dia yang Maha Mengetahui kisah pahit hidup Adnin Najwa selama ini.
Irfan Naufal baru sahaja datang menghampiri biliknya. Pintu bilik tidak ditutup rapat. Mungkin Adnin Najwa terlupa hendak mengunci pintu bilik. Langkahnya dipercepatkan. Manalah tahu kalau-kalau isterinya itu perlukan apa-apa. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik itu, Irfan Naufal ternampak Adnin Najwa sedang lengkap bertelekung. Terus terpegun Irfan Naufal melihat kecantikan gadis itu di dalam telekung. Wajah itu kelihatan sungguh berseri.
Gadis itu sedang memberikan salam selepas tahiyat akhir. Perlahan-lahan Irfan Naufal memasuki bilik dan duduk agak jauh dari Adnin Najwa tanpa diketahui gadis itu. Adnin Najwa mengangkat kedua belah tangan untuk berdoa setelah selesai berzikir pendek.
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani hamba-hambaMu. Aku bermohon perlindungan-Mu dari syaitan yang direjam. Jauhkanlah aku dari azab api neraka-Mu.. Jadikanlah keimananku tetap kepada-Mu sepanjang hayatku, ya Allah. Tabahkanlah hatiku di dalam menempuhi dugaan-dugaan hidup yang telah Engkau berikan. Janganlah biarkan aku keseorangan dalam menghadapi segala-galanya, ya Allah.. Ya Tuhan yang Maha Mengetahui, sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang tahu betapa aku menderita selama ini di atas perbuatan lelaki durjana itu. Kini, aku sudah bersuami dan aku percaya, suamiku adalah sebaik-baik lelaki yang telah Engkau takdirkan sebagai jodohku.
Tetapi ya Allah, aku amat takut jika suamiku tahu mengenai kisah hitam itu. Aku tidak punyai kudrat mahu melawan kehendak suamiku kerana aku takutkan kemurkaan-Mu. Sesungguhnya aku sudah tiada apa-apa lagi keistimewaan untuk ku berikan kepada suamiku yang sangat-sangat baik hati itu. Bagaimana jika dia kecewa selepas mendapat tahu tentang aku yang sudah tidak suci lagi?”
Mata Irfan Naufal membesar. Matanya terasa digenangi air jernih. Dia mulai memahami perasaan Adnin Najwa dengan lebih mendalam ketika ini.
Adnin Najwa menahan esakan dan menyambung. Air matanya deras. “Ya Tuhan, aku tidak sanggup untuk mematahkan hati lelaki itu. Peliharalah dia dari kekecewaan itu.. Peliharalah dia kerana dia adalah lelaki yang terlalu baik, keluarga dia pun semuanya baik-baik. Jadi ya Allah, aku bermohon supaya Engkau peliharalah dia dan keluarganya.. Aminn..ya Rabbal ‘Alamin..” menangis-nangis Adnin Najwa menuturkan bait-bait doa itu.
Perlahan-lahan dia menyapu mukanya yang kuyup dengan air mata itu. Walaupun selepas berdoa, dia masih teresak-esak mengenangkan keadaan dirinya yang tersepit itu. Dia tidak kisah menanggung semua ini seorang diri. Oleh sebab itulah, dia tidak mahu melibatkan Irfan Naufal dan mematahkan hati lelaki itu kerana menganggap bahawa lelaki itu terlalu baik.
Irfan Naufal menahan sebak. Andainya Adnin Najwa tahu bahawa dia adalah orang yang sama bergelar lelaki durjana itu, apa agaknya reaksi gadis itu terhadapnya? Irfan Naufal begitu menyesali perbuatannya kini. Sampai begitu sekali Adnin Najwa terseksa kerana perbuatan khianatnya dulu. Barulah Irfan Naufal faham kenapa Adnin Najwa begitu susah mahu menerima lamarannya tempoh hari. Rupa-rupanya gadis itu bimbang jika si suami tahu bahawa dia sudah tidak suci lagi.




ADNIN Najwa berbaring di katil dalam debaran. Dia sedang berpura-pura tidur. Dia tahu Irfan Naufal akan selesai bersolat sebentar lagi. Tadi tidak lama selepas dia solat isyak, lelaki itu mengetuk pintu bilik. Selepas pintu bilik dibuka, lelaki itu terus ke bilik air dan menunaikan solat isyak. Adnin Najwa dapat mendengar dan seterusnya mengagak semua itu.
Mata Adnin Najwa dipejamkan rapat-rapat apabila terasa katil itu sedikit bergoyang. Tahulah dia bahawa suaminya sudah melabuhkan punggung ke atas katil. Badannya terasa ditarik supaya melurus setetusnya dibawa ke dalam pelukan lelaki itu. Berdetuk-detak rasanya hati Adnin Najwa.
“Sayang, I know that trick. Saya tahu awak belum tidur lagi, kan?” ucap Irfan Naufal tersenyum ceria melihat Adnin Najwa yang sudah panik akibat tertangkap.
Bibir gadis itu kelihatan sedikit bergetar. Tubuhnya agak menggigil di dalam pelukan Irfan Naufal. “Awak..”
“Hmm?” lembut sahaja suara Irfan Naufal menyahut.
“Awak nak buat apa ni?”
“Takde buat apa-apa pun. Kenapa?” ujar Irfan Naufal ringkas. Dia tersenyum dan mencium mesra dahi Adnin Najwa. Terus berderau darah gadis itu.
“Ni.. Lepaskan boleh?” Adnin Najwa mengisyaratkan pelukan Irfan Naufal di tubuhnya itu. “Err.. Bukannya apa, saya just nak sedikit keselesaan.. Kan nak berborak ni?”
“Hmmm, siapa cakap kita nak berborak? Biasalah ni, suami peluk isteri.” duga Irfan Naufal. Pelukan dieratkan.
“Errr.. Hmm..” jantung Adnin Najwa sudah ditahap mahu terloncat keluar dari tubuhnya ketika ini. Debarannya menggila!
“Joking!” getus Irfan Naufal lalu tertawa kecil. Dia melepaskan pelukan di tubuh Adnin Najwa. Kedengaran suara keluhan gadis itu bernada lega.
“Saya tahu awak masih belum bersedia untuk menunaikan tanggungjawab awak sebagai seorang isteri sepenuhnya lagi sekarang ni kan.” Getus Irfan Naufal. Adnin Najwa terperanjat. Bukanlah niatnya untuk menolak keinginan suaminya. Belum sempat dia berkata apa-apa, Irfan Naufal menyambung. “So, saya faham dan reda dengan tindakan awak. Kita berkenalan dulu.. Orang cakap, tak kenal maka tak cinta, kan? Mulakan dengan umur saya ye. I am 28 years old, handsome, bergaya, comel dan menjadi rebutan gadis. Awak?” Irfan Naufal cuba berseloroh untuk membuatkan Adnin Najwa berasa selesa berborak dengannya di atas katil itu.
“Hmm.. I am..”
“25 years old, a good charming girl, beautiful.. Comel, anggun, ayu, jelita dan segala-galanya untuk saya sekarang.. My wife,” Irfan Naufal yang berkata-kata bagi pihak Adnin Najwa.
Gadis itu terdiam. Matanya digenangi air kerana terharu. Rasa segan juga kerana lelaki itu memujinya begitu banyak. Tawa kecilnya kedengaran seiring dengan air jernih yang mulai menitis setitis ke pipinya. Ternyata Allah mendengar doanya tadi. Syukur! “Maafkan saya.. Saya..”
“Shh.. Takpe. Awak tak perlu paksa diri. Cuma awak kena belajar menerima saya, okey? Malam ni, no excuses. Awak kena biasakan diri tidur dalam pelukan saya. That’s it. Saya janji takkan lebih-lebih..” bisik Irfan Naufal lembut. Dia menarik semula tubuh Adnin Najwa ke dalam pelukannya.
“Saya..”
“Dah. Diammm.. Atau awak nak saya buat lebih-lebih?”
“Okey, okey.. Saya diam..” laju sahaja Adnin Najwa menjawab. Peluh dingin memercik di dahinya tanda dia sedang gelisah. Mana tidaknya, jantung Adnin Najwa sudah macam nak terkeluar dah ni.
“Ingat tau. Sayalah orang yang akan lindungi awak selalu. Saya akan sayangi awak.. Cuba berikan cinta saya untuk awak seorang je.. And I’ll always love you forever..”
Bisikan Irfan Naufal itu ibarat nyanyian indah yang terus membuai jiwa Adnin Najwa. Pelukan lelaki itu bertambah erat dan terasa hangat. Hati Adnin Najwa yang gelisah tadi bertukar tenang. Akhirnya dia terlelap dalam pelukan suaminya.. Ya Allah, benarkah aku mampu teruskan hidupku bersama dia? Relakah dia mengasihiku seadanya jika dia tahu tentang itu?


p/s : bersambunggg.. :)


Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 6/18/2012 11:51:00 PM
Labels: Kurelakan Kasihmu

37 comments:

  1. Ain HanimTuesday, June 19, 2012 at 12:19:00 AM GMT+8

    suka3!!!
    lme dah tggu,,
    akhirnya bru ad en3 bru skrg,,,

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. liedaTuesday, June 19, 2012 at 12:21:00 AM GMT+8

    wahhhhhhhhh..terlepas rindu ngan irfan..mlm ni tido mimpi irfanla..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. AnonymousTuesday, June 19, 2012 at 12:25:00 AM GMT+8

    Sweetnye diaorg dua nie.. hehehe.. harap2 la najwa tu dpt menerima irfan dgn hati terbuka.. n harap2 jg la si irfan tu x sia-siakan si najwa , x gitu, cik auni? ;-p

    apa2pun, entry kali nie mmg best la! content nye simple yet sweet to read.. ;-) keep on writing ya, cik writer!
    aja aja fighting!

    ~Miss Peace~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. AnonymousTuesday, June 19, 2012 at 12:33:00 AM GMT+8

    Thank auni. Romantik abis si Irfan Naufal ni. Untung Najwa. Luv u auni.
    -Jaja-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousTuesday, June 19, 2012 at 12:41:00 AM GMT+8

    akakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk best gilerrrr nak lagiiiiiiiiiiii....aaaaaaaaaaaa irfannnnnn i'm meltingggg =P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. vclTuesday, June 19, 2012 at 12:43:00 AM GMT+8

    Owh~ Best2!! Romantik jg eh Irfan ni..hihi..entah mcm mne la nti klau Adnin tau sape llki durjana tue..my guess that would be their biggest conflict..iye kot?? Debar2 pulak fkir psl tue..ape2 pn thnk u 4 another new n3 yer kak..teruskan mnulis yer kak..chayo2.. =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. RinsyaRycTuesday, June 19, 2012 at 12:51:00 AM GMT+8

    baru je nak sembur si irfan mengada puji diri sendiri, tetiba feelin balik bila dia puji adnin mcm tu.. :heart:

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. ღAuni_AmauniღTuesday, June 19, 2012 at 1:28:00 AM GMT+8

    thanks utk yg sudi meninggalkn komen dan juga yg sudi membaca di blog saya ni..

    sangat2 terharu dengan sokongan korang :)

    Love you guys so much! Good night, Auni tidur dlu ek :)

    selamat membaca kepada yang baru nak membaca n3 ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. AnonymousTuesday, June 19, 2012 at 1:30:00 AM GMT+8

    kak,mimpi irfan la nmpknya kami mlm nie!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. Ayu dzulkarnainTuesday, June 19, 2012 at 8:44:00 AM GMT+8

    Nice n3.. Rindu betoi n wawa & ir.
    Wahhh romantik de amour inche ir.. Melting ai.
    Harap2 ir memang chenta mati dgn wawa.

    Gud job auni :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. Ayu dzulkarnainTuesday, June 19, 2012 at 8:44:00 AM GMT+8

    Nice n3.. Rindu betoi n wawa & ir.
    Wahhh romantik de amour inche ir.. Melting ai.
    Harap2 ir memang chenta mati dgn wawa.

    Gud job auni :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. liey2310Tuesday, June 19, 2012 at 8:57:00 AM GMT+8

    ala baru nak berangan lebih2 pas kena peluk.. hehehehehheh.... caiyok caiyok..... luff irfan..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. liey2310Tuesday, June 19, 2012 at 8:59:00 AM GMT+8

    aiiiseyman.. baru nak berangan lebih udah kuar bersambung.. tak pe sabar itu 1 kebaikan.. caiyok caiyok.. luff irfan so muachhhhhhh....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. ShadTuesday, June 19, 2012 at 9:05:00 AM GMT+8

    so sweet... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. NurAtiZaTuesday, June 19, 2012 at 2:44:00 PM GMT+8

    Best & sweet sangat -sangat ....#^_^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. Dont know Tuesday, June 19, 2012 at 4:10:00 PM GMT+8

    bessssssssssttttttttttttttttttttttt

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. AnonymousTuesday, June 19, 2012 at 4:11:00 PM GMT+8

    sangat sweett gitu lorh..hehehe nak nak lagi

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. MisS_SyaTuesday, June 19, 2012 at 4:25:00 PM GMT+8

    sis, mmang best sesgt laaa. lma dh sya tggu n3 KK nie..lepas dh jap rindu kat diorg nie!TQ!
    cpat2 update next n3 tau!seram bila fikir pe reaksi wawa kalau die tau irfan tu lelaki durjana yg rgol dia dlu OMG!

    NEXTTTT!! :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. AnonymousTuesday, June 19, 2012 at 4:32:00 PM GMT+8

    woaa..bestlah!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. aR_aD (nAbA)Tuesday, June 19, 2012 at 9:08:00 PM GMT+8

    best2..cpat3 smbng yer..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. AnonymousWednesday, June 20, 2012 at 1:16:00 PM GMT+8

    best lah kisah dia ni...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. Afifah YusofWednesday, June 20, 2012 at 8:58:00 PM GMT+8

    lama tak singgah sini... makin best cerita diorang ni... sweet! hihihi... senyum aje dah ni... thanks kak Auni ^^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. syazriniThursday, June 21, 2012 at 11:02:00 AM GMT+8

    aww..sgt suke dgn kapel nie sis!thumbs up!nexxttttt!! ^_____^

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. AnonymousThursday, June 21, 2012 at 12:53:00 PM GMT+8

    best sbb ceta ni lain dr yg lain..heroin bute pstu si hero ni awl2 dh nk jd bek sbb sdr diri dh lggar larangn Allah,wat dosa bsar rogol pmpuan.hero xreti tipu ibubape wlupn wat dosa bsr.skrg dh jd suami istri pn..and sweet sgt2.nk lg bleh?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. AnonymousThursday, June 21, 2012 at 4:30:00 PM GMT+8

    Besttttttt :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. AnonymousThursday, June 21, 2012 at 4:31:00 PM GMT+8

    Sambung lagiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. ieda asrieda is iAThursday, June 21, 2012 at 4:43:00 PM GMT+8

    plz being my fwens to make sure that i easy to read your karya...plz...tq...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  28. AnonymousFriday, June 22, 2012 at 6:52:00 PM GMT+8

    kalau dijadikan novel best nie. kalau keluar sure beli. Dua dua buku sebelum nie dah ada ....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  29. HUDAPISSunday, June 24, 2012 at 8:49:00 AM GMT+8

    terubat dh rindu..br hari ni berkesempatan nk jenguk blog ni..rupa2nya ada n3 br..so sweet jer...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  30. Zety IsmailSunday, June 24, 2012 at 3:26:00 PM GMT+8

    Bestnya... sambung lagi.....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  31. azfarinaTuesday, June 26, 2012 at 2:17:00 AM GMT+8

    first time msk blog ni..mmg TERBAIK lh smua karya kt cni..sy suka

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  32. azfarinaTuesday, June 26, 2012 at 2:20:00 AM GMT+8

    First time masuk blog ni..smua karya kt cni mmg TERBAIK..teruskan..sy suka bc

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  33. nur alidaTuesday, June 26, 2012 at 11:45:00 AM GMT+8

    bestt..name adik die pon same dgn saye.... :P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  34. AnonymousSunday, July 22, 2012 at 6:08:00 AM GMT+8

    Ohsemmmm kak Auni ! Best gila la cerita ni. Saya dah jatuh cinta lah dekat Si Irfan tu. Apa-apa pun chaiyok lah kak Auni.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  35. liey2310Sunday, July 29, 2012 at 7:10:00 PM GMT+8

    yuhuuuuu .. bile nak sambung n3 ni... rindu la nak ngadap si irfan ni... nyet nyet.....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  36. liey2310Sunday, July 29, 2012 at 7:11:00 PM GMT+8

    bile nak sambung dear n3 ni... rindu sesangat kart irfan ni...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  37. AnonymousWednesday, September 26, 2012 at 11:19:00 AM GMT+8

    hailaaaa~ i pingsan~ romantiknyer ir...hailaaa~~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu