-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Sunday, September 9, 2012

Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25



MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bunyi dentuman guruh dan kilat yang sabung-menyabung pada malam itu. Dengan perlahan-lahan dia mencapai lengan Irfan dan dipeluknya erat. Trauma dia dirogol kerap hadir ketika ketakutan mendengar bunyi dentuman guruh. Itulah yang membuatkan Najwa resah.
Irfan membuka matanya yang terasa berat. Lengannya seperti ditarik, sebab itulah dia terjaga. Berderau darahnya melihat wajah Najwa yang begitu hampir dengan wajahnya ketika ini. Isterinya itu kelihatan takut dan menggigil. Dada Irfan mulai dilanda debaran yang menggila. Mana tidaknya, Najwa sendiri sedang memeluknya sekarang. Itulah yang membuatkan nalurinya sebagai suami terasa berkocak. Ir, sabar! Kau kena sabar! Jangan takutkan dia.
Najwa semakin merapat ke tubuh suaminya. Sejak dia hilang penglihatan, jika ada bunyi guruh begini, dia tentu akan menjerit-jerit memanggil Tinie. Sahabatnya itulah yang akan menemaninya tidur. Air liur ditelan berkali-kali, dia mencuba sedaya-upayanya agar tidak mengejutkan Irfan dari tidur. Tapi…
“Sayang? Kenapa ni?” soal Irfan lembut. Tangannya segera mengusap rambut Najwa yang lurus itu. Sebolehnya dia ingin cuba menyalurkan seberapa banyak mungkin kasih sayang untuk Najwa.
Terkedu seketika Najwa mendengar suara lembut suaminya, lantas terus membungkam sendirian memikirkan sesuatu. Perasaan aneh hadir. Entah mengapa dia berasa lain macam pula mendengar suara itu.
“Jawablah, kenapa ni? Hmm?” desak Irfan dengan prihatin. Dia sedikit risau melihat tubuh isterinya itu yang masih menggigil. Segera dia menarik Najwa sehingga rapat ke dalam dakapannya.
Namun pantas saja tangan Najwa menolak pelukan itu. Entah mengapa dia terbayang semula kisah hitam itu. Pelukan tadi dirasakan sama seperti pelukan si durjana itu. Dia teringat kembali bagaimana tubuhnya tega dikasari selama berjam-jam kerana kerakusan nafsu lelaki itu! Najwa terasa air mata yang mulai menitis ke pipinya.
Irfan yang terkejut dengan tolakan isterinya, kini berubah panik melihat air mata gadis itu yang mulai menitis. Semerta rasa tidak sedap hati menerjah ke lubuk hatinya. “Kenapa menangis pulak ni, sayang? Saya kan ada ni?” pujuk Irfan. Cuba menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan semula.
Najwa bagai berada di dalam dunianya sendiri. Wajah lelaki tidak berguna yang pernah merosakkan hidupnya dulu kembali bergentayangan di dalam mindanya. “Lepaskan.. Lepas!” tidak tahulah mengapa perkataan-perkataan itu terkeluar.
Mata Irfan membesar tidak percaya. Apa kena dengan isterinya malam ini? Dia melepaskan Najwa. Gadis itu nampaknya masih menggigil dan ketakutan. “Najwa?” panggil Irfan lagi.
Sedang Najwa menggigil, Irfan mengambil peluang itu untuk memeluk gadis itu sekali lagi dengan seerat yang mungkin. “Najwa! Calm down a bit. Please? Tell me, what is wrong with you?”
Sebaik terasa tubuhnya dipeluk, bayangan dia dirogol kembali hadir kuat di ruangan benaknya. Pelukan itu begitu sama dengan pelukan lelaki dayus itu. Irfan yang jahat itu! Terus sahaja Najwa menggelupur dan bibirnya berkumat-kamit memohon supaya dirinya dilepaskan. Air mata merembes laju dari tubir matanya.
Irfan segera melepaskan semula pelukan. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Ini mesti kerana gadis itu trauma mengingatkan kisah dia dirogol. Sampai begitu sekali Najwa trauma. Dan semua penderitaan yang dialami gadis itu adalah kerana dia. Ya Allah, berdosanya aku pada Najwa.. Kedua-dua telapak tangannya dilekapkan ke pipi. Wajahnya diraup lagi sekali dan kemudian pandangannya jatuh semula ke arah Najwa yang sedang menangis.
“Maafkan saya.. I am truly sorry.. I didn’t mean to..” kata-kata Irfan terhenti. Kelu bicaranya setiap kali dia berniat untuk menceritakan perkara sebenar kepada Najwa.
Najwa tersedar lantas membesarkan matanya. Apa yang telah berlaku tadi? Najwa meraup mukanya beserta ucapan istighfar berkali-kali. Teringat keterlanjurannya menolak pelukan suaminya dengan kasar. Dia sudah terlalu jauh hanyut ke dalam bayangan hitam itu sehingga tidak sedar yang dia baru menolak kasih sayang si suami. Rasa bersalah terasa membuak-buak. “Tak. Saya yang patut minta maaf.. Sorry, saya takut bunyi guruh. Sebab tu saya selalu macam ni..” Najwa juga masih tidak mampu berterus-terang walhal dia tahu yang dia patut memberitahu suaminya tentang kisah hitam itu.
“Tapi, kenapa awak sampai mintak dilepaskan macam tadi? Awak ada mimpi buruk ke?” tanya Irfan prihatin. Dia sengaja ingin mengorek cerita itu dari Najwa supaya dia juga mampu berterus-terang selepas gadis itu mula membuka cerita.
Najwa terdiam. Peluh dingin terasa merenik di dahinya. Selimut ditarik naik sehingga ke paras dada. Hujung selimut digenggam erat dengan kedua-dua belah tangannya. Hatinya mulai berdebar tidak keruan. “Takde apa-apalah, awak. Saya.. Saya okey!” suara Najwa bergetar.
Irfan mengeluh hampa. Dia juga seperti Najwa, terlalu bimbang untuk berterus-terang. Tetapi dia perlu menguatkan hati. Air liur ditelannya sebelum dia bersuara. “Awak, kalau awak okey, baguslah. Hmm, tapi saya nak cerita sesuatu pada awak. Dan saya harap awak akan faham dengan apa yang saya nak ceritakan ni..”
“Tentang?” soal Najwa cepat-cepat. Dia lega kerana Irfan tidak bertanya banyak pasal tadi.
Irfan menarik nafas panjang dan dilepaskan. Dia sungguh berdebar ingin membuka cerita mengenai siapa dirinya yang sebenar dan juga mengapa dia menipu Najwa supaya berkahwin dengannya. Dia bimbang gadis itu akan salah faham dengan niat baiknya.
“Hmm.. Kenapa diam? Awak dah tertidur ke?” tanya Najwa, hairan. Sangkanya, Irfan sudah tertidur. Tapi tak logik pula sekejap sangat dah tertidur.
Irfan berdeham kecil dan kembali membuang pandang pada wajah Najwa. Lama dia memandang wajah itu sebelum mengeluh besar. Jantungnya sudah berdegup-degup bagai tiada hentinya. “Saya.. Sebenarnya kalau awak nak tahu, saya ni....”
Tidak sempat Irfan menghabiskan kata-katanya, guruh berdentum kuat dengan tiba-tiba. Spontan Irfan terasa lengannya dipeluk erat oleh seseorang. Najwa kelihatan menggigil semula. Irfan mengeluh kecil. Tangannya cuba diletakkan pada bahu gadis itu dengan harapan agar Najwa tidak menolak lagi. Dengan perlahan-lahan dia menarik tubuh Najwa ke dalam pelukan apabila yakin yang isterinya itu takkan menolak lagi.
Najwa terdiam setelah dipeluk Irfan. Entah mengapa, perasaannya menjadi tenang merasai usapan jemari lelaki itu pada rambutnya. Kasih sayang Irfan sungguh terasa, itu yang menjadikan Najwa tenang. Tanpa sedar, air matanya terbit. Rasa terharu dengan layanan si suami. Patutkah dia bercerita tentang kisah hitam itu?
“Sayang.. Jangan takut, saya ada dengan awak ni. Don’t worry! I will protect you. Selalu akan melindungi awak, sayang..” bisik Irfan dengan sepenuh hati. Air matanya juga bergenang di dalam kelopak mata. Entah mengapa perasaannya terasa menggebu buat Najwa. Adakah ini perasaan cinta yang baru lahir? Sebu cukup terasa di dalam hatinya ketika memeluk si isteri. Entah apakah perasaan ini yang mengundang getaran di dalam dadanya.
“Hmm..” Najwa terharu.
Ketulusan Irfan terserlah. Itu yang menjadikan dia semakin bimbang. Semakin dia mengenali Irfan, semakin dia tidak mahu lelaki itu berfikir yang bukan-bukan selepas mengetahui tentang masa silamnya. Lelaki itu terlalu baik terhadapnya. Mana mungkin dia mampu mengecewakan hati lelaki bergelar suaminya itu.
Mukanya disembamkan ke dada suaminya yang berombak tenang. Namun dia dapat mendengar degupan jantung lelaki itu sedang berdenyut laju. “Hmm.. Awak..”
“Ye, saya..” Irfan mencium dahi Najwa.
“Adakah saya ni isteri yang baik pada awak? Saya...”
“Shhh.. Of course you are a good wife to me. Awak tak pernah pun bantah apa yang saya nak..” cepat-cepat Irfan menjawab. Jari telunjuknya sudah berada di bibir Najwa.
Najwa terkedu. Rasa terharu datang lagi. “Tapi, saya masih tak jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri awak. Awak pun tahu....”
“Ya, saya tahu. Dan saya faham.. Saya tak suka memaksa. Bila awak dah ready, baru saya pun bersedia. So, saya akan tunggu sampai awak ready. Okay, dear?”
“Tapi, sanggup ke awak tunggu saya? Saya dah cakap awal-awal pada awak, sejak sebelum kita kahwin lagi. Saya tak cintakan awak.. Dan saya tak layak untuk awak..”
“Jangan cakap macam tu. Awak layak untuk jadi isteri saya. Pasal cinta tu, kalau awak masih tak boleh cintakan saya, then I’ll make you love me. Saya akan jadikan awak cintakan saya sepenuh hati awak. Sebab saya pun dah mulai bukakan hati saya untuk mencintai awak. Awak pun kena tiru macam saya. Cuba bukakan hati awak untuk menerima saya.. Tak kisahlah berapa lama pun. Saya tunggu. Saya kan suami awak.. Dan saya sendiri dah janji yang saya akan jaga awak, lindungi awak seumur hidup saya..” pujuk Irfan dengan sesungguh hati. Dia menarik tangan kanan Najwa lalu dilekapkan ke dadanya.
“Tapi...” Najwa menjadi kelu setiap kali dia ingin berterus-terang tentang kisah pahitnya. Agaknya kalau orang lain di tempat dia pun, tentu orang itu akan merahsiakan juga perkara begini. Perkara yang boleh menjatuhkan sisa-sisa maruah yang masih ada.
“Cubalah cintai saya. Just try me!” ujar Irfan sambil mengucup jemari runcing Najwa. Dipandang wajah gusar gadis ayu itu.
“Tapi, awak tak tahu pasal masa silam saya!” air mata Najwa kembali menitis. Dia tidak mahu Irfan terus memberikan kasih sayang kepada dirinya yang memang tidak berhak menerimanya. Perempuan yang sudah tidak suci sepertinya memang tidak layak menerima ketulusan lelaki sebaik Irfan Naufal.
“Apa maksud awak?” sengaja Irfan bertanya walaupun dia sudah tahu apakah yang sedang bermain di minda Najwa. Air liur ditelannya perlahan-lahan menanti Najwa meneruskan bicara.
“Kalau awak nak tahu, saya ni memang tak layak untuk awak. Saya ni..” tidak sempat habis bercakap, guruh berdentum lagi. Kali ini lebih kuat dari sebelumnya. Tangan Najwa bergerak secara automatik memeluk Irfan.
Kali ini pelukannya terlalu erat, membuatkan Irfan tergamam. Sesekali bibir gadis itu terkena pada pipinya, hampir mengenai bibirnya. Mata Irfan terus dihalakan ke wajah Najwa dan juga bibir merah gadis cantik itu. Memang menawan! Gelora di jiwa Irfan sudah menggoncang naluri kelelakiannya sebagai seorang suami sah Najwa.
“Dahlah, jom sambung tidur. Biarkan saya peluk awak ya? Kalau tak, mesti awak yang takut nanti. Meh sini.. Saya peluk, ya sayang?” ujar Irfan, menahan gelora perasaannya.
Dia tidak mahu menakutkan isterinya yang masih trauma itu. Kalaulah dia bertindak yang bukan-bukan, tentu Najwa meronta-ronta lagi. Irfan nekad ingin memenangi hati gadis itu terlebih dahulu dengan berbekalkan ketulusan hatinya.
Perlahan-lahan dia membalas pelukan Najwa. Tubuh isterinya terus kaku di dalam pelukannya. Walaupun kaku, Irfan gembira kerana Najwa sudah tidak menolak seperti awal tadi. Kening isterinya dicium lembut dan sepenuh perasaan.
Ya Allah, bila agaknya masa yang sesuai untuk aku berterus-terang? Najwa mengeluh hampa. Namun dia masih tidak putus-putus memohon kekuatan dari Allah SWT supaya dia boleh berterus-terang suatu hari nanti.
Pelukan Irfan terasa mendamaikan jiwanya. Tanpa disedarinya, sebuah senyuman terbit. Adakah dia sedang berbahagia sekarang?


“HESY! Abang ni dah kenapa? Dah ada bini pun, masih nak tanya pasal perempuan lain? Itu pun perempuan yang abang sendiri buang dari hidup abang..” marah Alida bersungguh-sungguh.
“Abang cuma risaukan Rissa. Dah lama abang tak dengar khabar dia.. Lida ada beritahu dia pasal perkahwinan abang? Abang dah pernah pesan supaya Lida tak beritahu dia kan? Hope sangat yang family dia juga rahsiakan dari Rissa seperti yang mereka cakapkan. I just.. hope so,” Irfan lebih risaukan penerimaan Arissa sebenarnya. Kalaulah gadis itu mendapat tahu yang dia telah mengahwini Najwa, tentu segala rahsianya akan terbongkar.
“Kenapa abang tak tanya dia sendiri atau pergi je jumpa family dia dan tanya dia orang?” soal Alida geram.
Irfan mengeluh kecil. Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab oleh adiknya. “Lida.. Takkanlah abang berani lagi pergi merisik khabar Rissa? Tolong jangan tanya abang macam tu lagi..”
“Hmm, tahu pun takut? Tahu pun malu.. Tahu pun abang gelabah?” kata Alida sinis.
Irfan berkerut dahi dengan tiba-tiba. “Did you by any chance, dah terbagitau Rissa pasal abang kahwin dengan orang lain? Hmm, abang bukannya apa, Lida.. Abang tak nak hati dia bertambah luka..” keluh Irfan lagi. Memang dia tidak mahu melukakan hati Arissa dengan berita perkahwinannya. Satu lagi sebab yang juga adalah sebab paling utama ialah dia tidak mahu Arissa tahu siapa yang telah dia kahwini.
“Lida pun masih ada perasaan simpati dekat orang. Takkan Lida nak beritahu kalau perkara tu boleh buatkan dia tambah bersedih? Family Kak Rissa pun dah setuju nak rahsiakan perkahwinan abang dengan Kak Najwa. Nasiblah dia orang tak cekik-cekik abang sebab buat macam tu dekat Kak Rissa. Siapa suruh abang tu ego sangat? Ego yang selalu mencalari hati orang lain!”
Irfan menarik nafas panjang tanda lega. Tidak dihiraukan langsung leteran Alida tentang egonya. “Lida tahu Rissa pergi mana? Abang dengar dari kawan abang, Rissa tak ada kat Malaysia sejak sebelum abang nikah dengan Najwa lagi. Betul?”
“Oh, abang ambil berat jugak pasal dia ya? Ingat dah tak nak tahu lagi apa-apa pun pasal Kak Rissa. Hmm.. Dia further studies kat luar negara. Lagipun, duduk kat Malaysia ni buat sakit hati dia je kan?” perli Alida.
“Hmm.. Memang abang tahu yang semua ni salah abang..” ujar Irfan kesal. Dia memandang wajah Alida yang mulai berubah cemberut.
“Kenapa abang buat Kak Rissa macam tu? Kesian Lida tengok dia tau.. Sedih je selalu. Lida pun sokong keputusan dia bawa diri ke luar negara. Biar dia rawat luka di hati dia.. Lida pun segan dengan dia sebab abang, tau? Agaknya kalau dia tahu abang dah kahwin dengan perempuan lain, mesti dia tak boleh terima. Lida pun tak sanggup nak tipu dia lama-lama,” getus Alida dengan wajah berkerut-kerut.
“You won’t understand. Ini hal peribadi kami, so abang harap Lida takkan masuk campur. Lida tak perlu tahu sebabnya. Hanya abang dan Rissa je tahu cukup la.. Hmm, abang tahu macam mana nak beritahu dia bila dah tiba masa yang sesuai nanti,” jelas Irfan serius.
“Eleh, macam mana kalau dia tahu sendiri nanti? Ye, memang Lida takkan masuk campur lagi. Tapi mana la tahu, kawan-kawan abang atau sesiapa je yang terbagitau dia..”
“Lida, abang tahu tu. Abang tahu apa yang abang patut buat bila waktu tu tiba, so jangan risau. Abang takkan biarkan hati dia terluka lagi. Asalkan buat masa sekarang ni dia masih tak tahu pasal ni..” getus Irfan dengan helaan nafas yang lemah.
“Yelah, bang. Buat la apa yang abang rasa terbaik untuk diri Kak Rissa agar dia tak sedih-sedih bila tahu abang dah kahwin. Lida tak nak abang lukakan hati dia lagi okey! Hmm, mana Kak Najwa?” Alida cuba merendahkan darjah kemarahannya tadi.
Entah mengapa dia berasa sejuk hati setiap kali memikirkan kakak iparnya. Bagai tidak puas dia menatap wajah comel Najwa dan mengusik isteri abangnya itu. Bertuah Irfan kerana memiliki gadis secomel Adnin Najwa biarpun gadis itu buta.
“Dia ada dekat bilik tadi. Tidur.. Semalam dia tak boleh tidur sebab takut bunyi guruh..” terang Irfan dengan jujur.
Wajah Alida terus berubah seperti kerang busuk. “Oh, dah tu semalam buat apa dengan dia? Main carom eh?” Alida berkias pula, membuatkan Irfan pelik. Berkerut-kerut dahinya sekarang.
“Takde buat apa-apalah. Bagi dia tidur je. Why?” soal Irfan bertambah pelik melihat sengihan Alida. Tapi... Dia kenal gaya sengih Alida itu. Sengih hendak mengusik!
“Ohh.. Okey!” Alida tersengih lagi, lebih lebar.
“Lida! Jangan nak fikir bukan-bukan pulak! Tu apahal muka macam tu? Tadi bukan main masam muka bila cakap pasal Rissa. Tapi sekarang ni dah terbalik pulak!” gerutu Irfan. Dia mencubit pipi Alida.
“Ish! Sakit tau. Jangan cubit-cubit lagi. Lida takde fikir bukan-bukan pun. Abang ni, agak-agak la.. Perasan je lebih!” rungut Alida dengan muncung sedepa.
“Yelah, tuan puteri! Sekarang ni, janji dengan abang. Antara Rissa dengan Lida, tolong jangan mention apa-apa pasal perkahwinan abang. Dan antara Lida dengan Najwa, tolong jangan mention jugak pasal Rissa. Abang tak nak dia salah faham.. Kalau boleh, abang nak jaga hati dia orang berdua..” getus Irfan sambil merenung tepat ke dalam anak mata Alida.
“Tapi, kenapa pulak? Why?” soal Alida pantas. Memang dia pelik dengan janji yang abangnya suruh ikut itu.
“Kan abang dah cakap, abang tak nak lukakan hati sesiapa pun lagi lepas ni. Abang nak berubah jadi seorang yang lebih considerate. Please?”
“Okeylah. Lida faham.. Baguslah abang dah berubah. Be more considerate lepas ni okey? Jangan nak ego je sampai tak tahu nak jaga hati orang. Kesian Kak Najwa tu nanti!” sempat lagi Alida berleter.
Irfan menarik nafas lega. Nasiblah Alida tidak bertanya banyak tentang janji yang dibuatnya itu. Kepalanya tergeleng-geleng memerhatikan gelagat Alida yang masih tidak berhenti mengomel. Dah macam mak nenek pun ada jugak. Bila membebel, Alida memang lucu. Akhirnya Irfan tersengih.


IRFAN tersengih panjang memerhatikan pemandangan di hadapannya. Najwa di sebelah hanya berpeluk tubuh, menggigil kesejukan. Mereka kini di balkoni di sebuah bilik hotel. Rancangan bulan madu mereka terlaksana juga setelah 2 bulan mereka mendirikan rumah tangga. Kenduri kahwin yang dilangsungkan sebulan selepas Irfan dan Najwa diijab kabulkan ternyata meriah walaupun hanya dibuat secara sederhana. Hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat serta jiran-jiran sahaja yang dijemput hadir. Itulah cara Tan Sri Haji Zainal.
“Kenapa tu?” Irfan membuka mulut terlebih dahulu. Dia tahu Najwa sedang kesejukan tetapi dia sengaja juga bertanya. Manalah tahu, nanti Najwa suruh peluk ke kan? Irfan sengih sorang-sorang.
“Takde apa-apa, sejuk sikit. Tak sangka ya, Cameron Highlands sejuk jugak sekarang ni. Dulu waktu saya datang ke sini, takdelah sejuk macam ni. Dan pemandangannya... cantik sangat..” di akhir ayat, suara Najwa kedengaran semakin lemah. Dia rindukan semua pemandangan indah di situ kerana semuanya mempunyai memori yang sangat berharga buatnya.
Dulu dia pernah datang ke sini bersama ahli keluarganya semasa awal tahun sewaktu dia masih di tingkatan lima. Masih terbayang wajah ceria ayah dan ibunya. Begitu juga wajah gembira adik-beradiknya. Kini, mereka semua sudah tiada. Semuanya sudah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Apa yang tinggal padanya kini hanyalah Irfan dan keluarga lelaki itu. Jauh di sudut hati Najwa, dia begitu bersyukur kerana Allah telah takdirkan dia hidup bersama keluarga yang sungguh baik itu. Sekurang-kurangnya, sifat keibuan Puan Sri Hajjah Zairiah, sifat nakal dan keanak-anakan Alida serta bapa mertuanya yang sungguh lembut dalam berbicara membuatkan kerinduan Najwa terhadap keluarganya terubat.
“Mungkin sebab ada sedikit perubahan cuaca atau hari nak hujan ke..” Irfan mengeluh kecil, kecewa kerana dia tidak dipelawa memeluk gadis itu. Ishhh.. Apa yang aku fikir ni? Kenapalah aku ni gatal sangat sekarang ni? Huh, penangan Adnin Najwa ni memang kuat. Sampai dah angau nak peluk dia je selalu. Hesyy, kau ni Ir... Sejak bila jadi jiwang dan manja terlampau ni?
“Mungkinlah..” Najwa mengesat air mata yang hampir menitis. Lamunannya tadi terhenti serta-merta.
“Oh, my God. Awak menangis? Kenapa?” tanya Irfan selepas ternampak Najwa mengesat air mata. Sesekali akan terdengar Najwa teresak kecil. Tangan Irfan mulai merayap ke bahu Najwa, ingin menarik tubuh itu rapat ke tubuhnya. Namun Najwa mengelak dan tersenyum malu.
“Sorry, takde apa-apa sebenarnya. Saya teringatkan arwah ahli keluarga saya je. Dulu, saya pernah datang ke sini dengan dia orang. So, that’s why saya sedikit emosi. Teringatkan senyuman dia orang.. Masa tu, kami happy sangat. Dan, itulah last trip kita orang. Lepas saya SPM, dia orang meninggal serentak sebab terlibat dalam kemalangan. Sekelip mata aje saya jadi anak yatim piatu dan sebatang kara. So, Cameron Highlands ni..” jemari Najwa berkait dan digenggam sesama sendiri. Bibirnya bergetar mengenangkan ahli keluarganya. Sayu, cukup sayu.
Irfan memandang Najwa dan membungkam. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Hatinya juga terasa sayu dan pedih melihat wajah gadis itu berubah suram. Perlahan-lahan dia meletakkan tangan semula ke bahu Najwa. Ditarik tubuh itu cepat-cepat ke dalam pelukannya. Rasa simpati terasa membuak-buak. Sampai hati betul aku menambahkan episod duka dalam hidup Najwa.. Sudahlah gadis itu yatim piatu dan sebatang kara, selepas itu pula diragut kesucian tanpa rasa belas kasihan.
“Shh.. sudahlah. Jangan sedih dan nangis. Nanti arwah ibu, ayah dan adik-beradik awak akan rasa sakit dan turut sedih. Kalau teringatkan mereka, kita bacakan al-Fatihah dulu, lepas solat maghrib nanti kita bacakan surah Yaasin. Kebetulan malam ni Khamis malam Jumaat,” pujuk Irfan seraya turut mengesat air mata yang mengalir. Suaranya dikawal supaya tidak kedengaran seperti sedang mengalirkan air mata. Kesian Najwa. Aku memang kejam! Jantan tak berguna..
Najwa mengelap air mata terakhir. Wajahnya dilekapkan rapat ke dada si suami. Rasa tenang hadir lalu kepalanya terangguk kecil. Dia setuju dengan cadangan Irfan agar mereka membaca surah Yaasin bersama-sama nanti. Bibirnya bergerak, membaca al-Fatihah buat arwah ahli keluarganya. “Terima kasih awak.. Sebab cuba menjadi suami terbaik untuk saya. Sedangkan saya ni masih lagi bukan isteri yang terbaik untuk awak..”
“Ishh, takpelahh.. saya dah cakap, takpe, takpe, takpeeee! Penat dah nak cakap takpe tu. Karang saya cium baru awak dah tak cakap macam ni lagi kut?” Irfan mengugut. Pelukan dilonggarkan untuk memudahkan dia mencari wajah Najwa yang disembunyikan di dadanya. Gadis itu terus kaku mendengar perkataan ‘cium’.
Irfan tarik sengih apabila ternampak wajah malu-malu Najwa. Comel sungguh. Sebab malu-malu comel si Najwa nilah yang buatkan aku angau agaknya. Ish, kau ni Ir. Ke situ pulak.. Sahlah kau ni dah berubah jadi ala-ala manja lepas dah kahwin ni. “Kenapa diam?”
Pertanyaan Irfan menjadikan Najwa tersentak. Badannya segera dijauhkan dari Irfan. “Tak ada apa-apa. Saya nak ambil wuduk.. Dah nak masuk maghrib. Nanti nak baca surah Yaasin lagi kan?”
Irfan mengeluh dan menggeleng bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir. Haiii la Najwaaaa.. Kau memang mengancam. Aku dah terancam ni oleh kecomelan kau. Angau terlebih.. Oucchh! Irfan membontoti Najwa memasuki bilik mereka. “Ir oh Ir! Jangan menggatal sangat. Karang lari bini kau..” Irfan berbisik sendiri bersama sebuah senyum halus.
Tanpa disedari Irfan, Najwa juga sebenarnya sedang senyum malu-malu di dalam bilik air. Eh, angau ke aku ni? Ishh.. Najwa! Kau tak boleh jatuh cinta selagi kau tak berterus-terang dekat dia. Kalau betul dia sayangkan kau, dia akan sanggup terima apa jua kekurangan kau. Tapi kalau dia tak sanggup.. Macam mana? Berpisah? Hmm.. Najwa menggigit bibir bawahnya. Hatinya begitu runtun memikirkan perpisahan yang bakal terjadi sekiranya Irfan tidak boleh menerima kekurangan dia.


IRFAN membawa Najwa ke salah sebuah ladang strawberi di Cameron Highlands itu. Kawasan ladang itu tidak jauh dari Brinchang, tempat hotel penginapan mereka. Big Red Strawberry Farm menjadi pilihan Irfan. Najwa hanya menurut memandangkan Irfan sahaja yang boleh melihat. Sepanjang berjalan, Najwa terpaksa menyilangkan tangannya ke tangan Irfan kerana lelaki itu tidak membenarkan dia membawa tongkat.
“Sayang nak strawberi yang besar atau sederhana atau kecik-kecik?” tanya Irfan. Jemarinya mengelus lembut bahu Najwa.
“Nak.. yang.. yang besar-besar la. Baru best makan,” jawab Najwa perlahan. Di dalam hatinya, dia begitu teruja ingin menyentuh strawberi-strawberi itu walaupun sudah tidak boleh melihat betapa cantiknya salah satu buah-buahan ciptaan Allah SWT itu.
“Eh, mana boleh macam tu..” protes Irfan. Suspen je.
Najwa berkerut dahi. Tadi tanya aku nak yang besar atau kecik. Bila aku cakap nak yang besar, dia pula cakap gitu? Huh.. Najwa memuncungkan mulutnya sedikit. “Kenapa pulak? Awak yang suruh pilih tadi..”
Irfan tertawa kecil. Geram melihat muka cemberut Najwa. Nampaknya gadis itu sudah semakin selesa berada di sampingnya. “Tak boleh sebab.. Bibir awak ni, sayang.. Kecil molek.. Cantik dan comel.. Nak buka mulut tu luas-luas macam mana kalau mulut tu kecil je? Mana muat buah besar tu nak masuk mulut awak!” usik Irfan dengan suara nakal.
Najwa terkedu. Pantas tangannya meraba-raba mencari pinggang Irfan. Dicubit pinggang lelaki itu sehingga terjerit-jerit kepedihan. Sebuah senyuman halus terukir di bibir Najwa, puas hati. “Haa, padan muka awak!”
Irfan tergelak. Dia mengusap pinggangnya bekas dicubit Najwa tadi. Tangannya merayau naik ke hidung isterinya. Dicuit hidung itu dengan lembut. “Terima kasih, sayang..” bisik Irfan.
“Terima kasih untuk apa pulak? Kan awak kena cubit!”
“Terima kasih sebab awak dah tak kekok dengan saya,” ucap Irfan penuh makna. Dia menilik wajah Najwa yang berubah merah padam. Pipi gebu itu bertukar sedikit kemerah-merahan.
Najwa menarik nafas panjang dan dilepaskan. Sebuah senyuman muncul, senyuman yang entah dia sendiri tidak pasti maksudnya. “Kita akan hidup lama lagi sebagai suami isteri. So, awak juga yang cakap suruh biasakan diri. Saya tengah cuba biasakan diri la ni..” terang Najwa. Senyumannya masih di bibir.
Irfan tersenyum lalu memegang tangan Najwa. Jemarinya dikaitkan bersama jemari runcing gadis itu. “Biasakan diri macam ni bila berjalan dengan saya.. Okey?” genggaman dieratkan.
Najwa berdebar-debar. Jari jemari Irfan terasa selesa berkait di celah-celah jemarinya. “Not so fast!” Najwa tersenyum sambil menarik tangannya namun tidak berjaya. Tangan Irfan lebih dahulu menarik tangannya semula.
Najwa menarik nafas yang terasa tersekat. Jemari Irfan terasa lebih kemas terselit di jemarinya. Genggaman juga semakin erat dari awal tadi. Aduh, Najwa!! Rileks aje.. Jangan gelabah! This is nothing. Hanya berpegangan tangan aje. Anggap je ini tangan Tinie. Eh, boleh ke anggap gitu? Tangan ni, tangan lelaki laa.. besar dan sedikit kasar! Najwa sudah menjadi tidak menentu.
“Jom, saya bawakan ke tempat strawberi yang besar seperti yang awak nak, sayang..” suara Irfan semakin lembut dan sungguh halus. Seperti mahu menggoda Najwa.
Najwa terdiam serta malu-malu. Tangannya terasa ditarik, mungkin ke arah kawasan yang dimaksudkan Irfan. Tiba-tiba Irfan berhenti lalu melepaskan seketika tangan Najwa. “Kenapa?” soal Najwa.
“Dah sampai! Awak kutiplah.. Now feel it,” getus Irfan ceria. Ditarik dan diletakkan tangan Najwa ke buah-buah strawberi yang bergantungan.
Najwa teruja selepas menyentuh strawberi yang besar-besar itu. Montok dan gemuk-gemuk belaka. Suka Najwa mengutip strawberi-strawberi tersebut lalu dimasukkan ke dalam bakul.
Irfan tersenyum angau melihat wajah Najwa yang tersenyum gembira itu. Tangan gadis itu meraba-raba strawberi sebelum mengutipnya. Sudah separuh bakul strawberi dikutip Najwa. Irfan terus merenung. Bagai tidak puas rasanya dia memandang wajah itu. Adnin Najwa yang putih gebu dan jelita. Padanlah aku tak dapat kawal perasaan sampai tergamak rogol dia waktu dulu tu. Ya Allah.. Irfan beristighfar dan rasa bersalah kembali bersarang.
“Awak tak kutip ke?” Najwa pelik kerana Irfan langsung tidak bersuara.
Irfan kembali ke dunia nyata. Dia memandang Najwa yang masih rancak mengutip strawberi. Namun Najwa terhenti menunggu jawapannya. Irfan melepaskan keluhan kecil. “Tak.. Saya ushar je boleh? Saya memang suka ushar perempuan cantik. Tambah-tambah lagi, kecantikan perempuan tu bergabung dengan kecantikan buah strawberi ciptaan Allah tu. Lagilah bertambah-tambah cantik. Kedua-duanya ciptaan Allah juga.. Jadi, saya sedang mengagumi ciptaan Allah la ni.. Dapat pahala free jugak kalau macam ni!” Irfan sendiri bingung, sejak bila dia bertukar jadi mat bunga yang jiwang? Dia baru saja mengucapkan kata-kata jiwang tanpa dia sedari.
Najwa tersipu-sipu dibuat Irfan. Hampir-hampir cair! Nak pengsan pun ada.. Suara lembut Irfan memang mampu membunuhnya. “Emm, sedap kan strawberi ni! Cubalah rasa..” Najwa tidak sedar sejak bila dia mengambil sebiji strawberi lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Masam-masam aje rasanya. Manisnya sikit aje.. Sedap? Memang sedap. Dia suka strawberi!
“A’ah, sedap strawberi ni.. Nantilah saya makan kat bilik.. Awak apasal muka merah menyala macam tu?” tanya Irfan. Dah tahu kenapa, tapi saja nak tanya. Mengusiklah konon.
“Err.. Panas sikit. Entahlah pasaipa panas pulak ni..” tudiaa.. loghat utara macam Tinie dah terkeluar. Najwa melopong seketika apabila Irfan menyentuh pipinya.
“Cantik.. Pipi awak bila merah macam ni.. Dan bibir merah awak tu, comel bila mengunyah macam tu..” ayat Irfan lagi tanpa sedar. Dia tersenyum apabila Najwa terkebil-kebil serta mula menggelabah mahu sembunyikan wajah. Gadis itu mendiamkan diri.
“Dah, kutip banyak-banyak strawberi tu. Nanti nak bagi abah, umi dengan si Lida jugak. Tak cukup sebakul tu, tau? Si Lida tu hantu strawberi kalau sayang nak tahu. Abang selalu.. Ehemm.. Saya selalu beli sikit aje and then kena marah sebab tak beli banyak-banyak..” Irfan tersasul bahasakan dirinya ‘abang’.
Najwa hanya mengangguk. Dia tidak betah berkata-kata lagi. Tentu ada saja idea Irfan untuk cairkan hati dia nanti. Irfan memang bahaya. Suara lelaki itu memang sangat bahaya. Mampu buatkan Najwa rasa nak pitam. Tambah-tambah lagi, bila berbicara romantis begitu. Memang boleh bawa maut! Kalau terus layan ni, mesti ‘jalan’ la aku nanti! Bisik Najwa sendiri.

p/s : jika ada sebarang ketidakfahaman jalan cerita, tolong tegur saya ek..sebab dah lama tinggalkn manuskrip ni. takut ada clash atau tertinggal apa-apa...huhuhuhu enjoy reading and comment.. :)
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 9/09/2012 09:35:00 AM
Labels: Kurelakan Kasihmu

24 comments:

  1. tie tinieSunday, September 9, 2012 at 10:16:00 AM GMT+8

    Sweet nya ir...
    Hope ir berjaya dgn misinya untuk berterus terang..
    Ir... U have to do that... Jgn tangguh2....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. MariamessiSunday, September 9, 2012 at 10:21:00 AM GMT+8

    Akhirnya...dah ada entry baru....suka...suka..suka....n tak sabar la nak baca next entry....aza...aza...fighting Auni....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. atHia MaRdihaHSunday, September 9, 2012 at 10:27:00 AM GMT+8

    wahhh..suke2...sis auni..kasi romantik manyak2 tau..hehhee..

    *cik intan erma norsafira*

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. NurAtiZaSunday, September 9, 2012 at 11:09:00 AM GMT+8

    Best...
    Akhirnya setelah berbulan menunggu ada juga entry baru...#^_^
    Ir semakin romantik dan Najwa dah mula membuka hati untuk terima Ir...
    Harap Ir dapat terus terang pada Najwa hal sebenar...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. AnonymousSunday, September 9, 2012 at 12:07:00 PM GMT+8

    best sangat. gud job

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. AnonymousSunday, September 9, 2012 at 2:09:00 PM GMT+8

    kalau bilateral loss of vision (buta kedua2 mata) antara differential diagnosisnya ialah:
    1.bilateral cataract (bole treat dgn surgery)
    2.sympathitic opthalmitis (sbb accident kan haritu?
    3. glaucoma -yg ni utk usia tua dan cedera akibat accident. -tapi tak bole dapat vision balik.

    -nnt kalau najwa dapat vision balik, hope penulis tak kata yg ada orang derma mata kat dia sbb itu adalah sangat2 tak betul. kalau kes derma kornea ada lah. itu pun patient tu tak la complete loss of vision macam najwa ni.

    point i am saying this is so that cik penulis buat homework betul2 treatment yg najwa ni undergo in case if u nak buat najwa ni bole nampak balik. i think traumatic cataract is the best suit diagnosis in this case. tapi dia kena implant IOL (intra ocular lens) la.

    sekian.

    -kak dang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ღAuni_AmauniღSunday, September 9, 2012 at 2:23:00 PM GMT+8

      thanks utk info berguna ni.. insyaAllah akan diguna pakai sebaiknya.. :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  7. AnonymousSunday, September 9, 2012 at 2:30:00 PM GMT+8

    akhirnya.. ade gak entry bru.. best..
    kk, penantian suatu penyeksaan.. hehe.. just kidding, jgn marah k..?
    i think, lg better ir bg thu najwa hal sebenar cepat2.. t klau rissa balik, xthu plak cmne nk hadap benda nie.. byknye problem si irfan nie kn.. brani cari pasal lg..
    story nie byk konflik ea.. cepat update ea..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. vclSunday, September 9, 2012 at 2:49:00 PM GMT+8

    Fuh~ Panjang n3 kali ni..suka2!! Hehehe..thank u 4 this n3 kak..rnduuu sgt2 kat dorng ni..hehehe..seram pulak fkirkn klau Adnin dah tau sape rogol die..huhu..konflik yg plg besar rsenye..ape2 pn..chayo2 ya kak..teruskn sambung citer ni..hehehe.. =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. Eppy SafriSunday, September 9, 2012 at 3:33:00 PM GMT+8

    N3 yang di tunggu 2...
    Sungguh sweet Ir nie, x sabo nk tau selanjutnya...
    Adakh najwa akn menerima Ir lps tau cerita sebenarnya....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. Eppy SafriSunday, September 9, 2012 at 3:34:00 PM GMT+8

    Fuhhhhh Cair ngan Ir ni

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. AnonymousSunday, September 9, 2012 at 7:50:00 PM GMT+8

    best gile lah akak!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. Ria NatsumiMonday, September 10, 2012 at 11:58:00 AM GMT+8

    panjang dan sgt puas hati hihihi..nak tunggu next bab...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. Dont know Monday, September 10, 2012 at 5:19:00 PM GMT+8

    best nyer

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. AnonymousMonday, September 10, 2012 at 5:20:00 PM GMT+8

    best sangat cita hari ni.....sweet sngat...good job kak!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. AnonymousMonday, September 10, 2012 at 10:49:00 PM GMT+8

    wow! best! makaseh cik writer bab wat entry yg panjang n best nie.. :-)

    aja aja fighting, cik writer!

    ~Miss Peace~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. AnonymousTuesday, September 11, 2012 at 7:10:00 AM GMT+8

    ishh ishhhh,,sweet lahhh Ir. like! =)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. FazlynaaTuesday, September 11, 2012 at 8:08:00 AM GMT+8

    mekasey sudi kunjungi blog saya ye ^^.
    u have lot of fans. all da best ya.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. UnknownTuesday, September 11, 2012 at 8:11:00 PM GMT+8

    salam... best la cita ni wlaupon bru bca... thniah ek kak auni...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. MisS_SyaWednesday, September 12, 2012 at 9:26:00 PM GMT+8

    oh my God!terlewat bace n3 sis! =(
    IR SO SWEET la sis!1000x THUMBS UP for u!
    sya plak yg angaukan Ir ni sis! =P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. MisS_SyaWednesday, September 12, 2012 at 9:26:00 PM GMT+8

    oh my God!terlewat bace n3 sis! =(
    IR SO SWEET la sis!1000x THUMBS UP for u!
    sya plak yg angaukan Ir ni sis! =P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. AnonymousWednesday, September 12, 2012 at 9:28:00 PM GMT+8

    so cuwittt..kipidappp pnulis. tahniah ya..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. AnonymousThursday, September 13, 2012 at 11:52:00 PM GMT+8

    thanks auni. rindu kat diorg ni.
    -jaja-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. UnknownMonday, September 17, 2012 at 6:03:00 PM GMT+8

    best sangt,teruskan ......

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu