MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan
ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bunyi
dentuman guruh dan kilat yang sabung-menyabung pada malam itu. Dengan
perlahan-lahan dia mencapai lengan Irfan dan dipeluknya erat. Trauma dia
dirogol kerap hadir ketika ketakutan mendengar bunyi dentuman guruh. Itulah
yang membuatkan Najwa resah.
Irfan membuka matanya yang terasa berat. Lengannya
seperti ditarik, sebab itulah dia terjaga. Berderau darahnya melihat wajah Najwa
yang begitu hampir dengan wajahnya ketika ini. Isterinya itu kelihatan takut
dan menggigil. Dada Irfan mulai dilanda debaran yang menggila. Mana tidaknya, Najwa
sendiri sedang memeluknya sekarang. Itulah yang membuatkan nalurinya sebagai
suami terasa berkocak. Ir, sabar! Kau kena sabar! Jangan takutkan dia.
Najwa semakin merapat ke tubuh suaminya. Sejak dia hilang
penglihatan, jika ada bunyi guruh begini, dia tentu akan menjerit-jerit
memanggil Tinie. Sahabatnya itulah yang akan menemaninya tidur. Air liur
ditelan berkali-kali, dia mencuba sedaya-upayanya agar tidak mengejutkan Irfan
dari tidur. Tapi…
“Sayang? Kenapa ni?” soal Irfan lembut. Tangannya segera
mengusap rambut Najwa yang lurus itu. Sebolehnya dia ingin cuba menyalurkan
seberapa banyak mungkin kasih sayang untuk Najwa.
Terkedu seketika Najwa mendengar suara lembut suaminya,
lantas terus membungkam sendirian memikirkan sesuatu. Perasaan aneh hadir. Entah
mengapa dia berasa lain macam pula mendengar suara itu.
“Jawablah, kenapa ni? Hmm?” desak Irfan dengan prihatin.
Dia sedikit risau melihat tubuh isterinya itu yang masih menggigil. Segera dia
menarik Najwa sehingga rapat ke dalam dakapannya.
Namun pantas saja tangan Najwa menolak pelukan itu. Entah
mengapa dia terbayang semula kisah hitam itu. Pelukan tadi dirasakan sama
seperti pelukan si durjana itu. Dia teringat kembali bagaimana tubuhnya tega
dikasari selama berjam-jam kerana kerakusan nafsu lelaki itu! Najwa terasa air
mata yang mulai menitis ke pipinya.
Irfan yang terkejut dengan tolakan isterinya, kini berubah
panik melihat air mata gadis itu yang mulai menitis. Semerta rasa tidak sedap
hati menerjah ke lubuk hatinya. “Kenapa menangis pulak ni, sayang? Saya kan ada
ni?” pujuk Irfan. Cuba menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan semula.
Najwa bagai berada di dalam dunianya sendiri. Wajah
lelaki tidak berguna yang pernah merosakkan hidupnya dulu kembali
bergentayangan di dalam mindanya. “Lepaskan.. Lepas!” tidak tahulah mengapa
perkataan-perkataan itu terkeluar.
Mata Irfan membesar tidak percaya. Apa kena dengan
isterinya malam ini? Dia melepaskan Najwa. Gadis itu nampaknya masih menggigil
dan ketakutan. “Najwa?” panggil Irfan lagi.
Sedang Najwa menggigil, Irfan mengambil peluang itu untuk
memeluk gadis itu sekali lagi dengan seerat yang mungkin. “Najwa! Calm down a bit. Please? Tell me, what is wrong
with you?”
Sebaik terasa tubuhnya dipeluk, bayangan dia dirogol kembali
hadir kuat di ruangan benaknya. Pelukan itu begitu sama dengan pelukan lelaki
dayus itu. Irfan yang jahat itu! Terus sahaja Najwa menggelupur dan bibirnya
berkumat-kamit memohon supaya dirinya dilepaskan. Air mata merembes laju dari
tubir matanya.
Irfan segera melepaskan semula pelukan. Dia meraup
wajahnya berkali-kali. Ini mesti kerana gadis itu trauma mengingatkan kisah dia
dirogol. Sampai begitu sekali Najwa trauma. Dan semua penderitaan yang dialami
gadis itu adalah kerana dia. Ya Allah, berdosanya aku pada Najwa.. Kedua-dua
telapak tangannya dilekapkan ke pipi. Wajahnya diraup lagi sekali dan kemudian
pandangannya jatuh semula ke arah Najwa yang sedang menangis.
“Maafkan saya.. I
am truly sorry.. I didn’t mean to..” kata-kata Irfan terhenti. Kelu
bicaranya setiap kali dia berniat untuk menceritakan perkara sebenar kepada Najwa.
Najwa tersedar lantas membesarkan matanya. Apa yang telah
berlaku tadi? Najwa meraup mukanya beserta ucapan istighfar berkali-kali.
Teringat keterlanjurannya menolak pelukan suaminya dengan kasar. Dia sudah
terlalu jauh hanyut ke dalam bayangan hitam itu sehingga tidak sedar yang dia
baru menolak kasih sayang si suami. Rasa bersalah terasa membuak-buak. “Tak.
Saya yang patut minta maaf.. Sorry,
saya takut bunyi guruh. Sebab tu saya selalu macam ni..” Najwa juga masih tidak
mampu berterus-terang walhal dia tahu yang dia patut memberitahu suaminya
tentang kisah hitam itu.
“Tapi, kenapa awak sampai mintak dilepaskan macam tadi?
Awak ada mimpi buruk ke?” tanya Irfan prihatin. Dia sengaja ingin mengorek
cerita itu dari Najwa supaya dia juga mampu berterus-terang selepas gadis itu
mula membuka cerita.
Najwa terdiam. Peluh dingin terasa merenik di dahinya.
Selimut ditarik naik sehingga ke paras dada. Hujung selimut digenggam erat
dengan kedua-dua belah tangannya. Hatinya mulai berdebar tidak keruan. “Takde apa-apalah, awak. Saya.. Saya okey!”
suara Najwa bergetar.
Irfan mengeluh hampa. Dia juga seperti Najwa, terlalu bimbang
untuk berterus-terang. Tetapi dia perlu menguatkan hati. Air liur ditelannya
sebelum dia bersuara. “Awak, kalau awak okey, baguslah. Hmm, tapi saya nak
cerita sesuatu pada awak. Dan saya harap awak akan faham dengan apa yang saya
nak ceritakan ni..”
“Tentang?” soal Najwa cepat-cepat. Dia lega kerana Irfan
tidak bertanya banyak pasal tadi.
Irfan menarik nafas panjang dan dilepaskan. Dia sungguh
berdebar ingin membuka cerita mengenai siapa dirinya yang sebenar dan juga
mengapa dia menipu Najwa supaya berkahwin dengannya. Dia bimbang gadis itu akan
salah faham dengan niat baiknya.
“Hmm.. Kenapa diam? Awak dah tertidur ke?” tanya Najwa,
hairan. Sangkanya, Irfan sudah tertidur. Tapi tak logik pula sekejap sangat dah
tertidur.
Irfan berdeham kecil dan kembali membuang pandang pada
wajah Najwa. Lama dia memandang wajah itu sebelum mengeluh besar. Jantungnya
sudah berdegup-degup bagai tiada hentinya. “Saya.. Sebenarnya kalau awak nak
tahu, saya ni....”
Tidak sempat Irfan menghabiskan kata-katanya, guruh berdentum
kuat dengan tiba-tiba. Spontan Irfan terasa lengannya dipeluk erat oleh
seseorang. Najwa kelihatan menggigil semula. Irfan mengeluh kecil. Tangannya
cuba diletakkan pada bahu gadis itu dengan harapan agar Najwa tidak menolak
lagi. Dengan perlahan-lahan dia menarik tubuh Najwa ke dalam pelukan apabila
yakin yang isterinya itu takkan menolak lagi.
Najwa terdiam setelah dipeluk Irfan. Entah mengapa,
perasaannya menjadi tenang merasai usapan jemari lelaki itu pada rambutnya.
Kasih sayang Irfan sungguh terasa, itu yang menjadikan Najwa tenang. Tanpa
sedar, air matanya terbit. Rasa terharu dengan layanan si suami. Patutkah dia
bercerita tentang kisah hitam itu?
“Sayang.. Jangan takut, saya ada dengan awak ni. Don’t worry! I will protect you. Selalu akan melindungi awak, sayang..” bisik
Irfan dengan sepenuh hati. Air matanya juga bergenang di dalam kelopak mata.
Entah mengapa perasaannya terasa menggebu buat Najwa. Adakah ini perasaan cinta
yang baru lahir? Sebu cukup terasa di dalam hatinya ketika memeluk si isteri.
Entah apakah perasaan ini yang mengundang getaran di dalam dadanya.
“Hmm..” Najwa terharu.
Ketulusan Irfan terserlah. Itu yang menjadikan dia semakin
bimbang. Semakin dia mengenali Irfan, semakin dia tidak mahu lelaki itu
berfikir yang bukan-bukan selepas mengetahui tentang masa silamnya. Lelaki itu
terlalu baik terhadapnya. Mana mungkin dia mampu mengecewakan hati lelaki
bergelar suaminya itu.
Mukanya disembamkan ke dada suaminya yang berombak
tenang. Namun dia dapat mendengar degupan jantung lelaki itu sedang berdenyut
laju. “Hmm.. Awak..”
“Ye, saya..” Irfan mencium dahi Najwa.
“Adakah saya ni isteri yang baik pada awak? Saya...”
“Shhh.. Of course
you are a good wife to me. Awak tak pernah pun bantah apa yang saya nak..”
cepat-cepat Irfan menjawab. Jari telunjuknya sudah berada di bibir Najwa.
Najwa terkedu. Rasa terharu datang lagi. “Tapi, saya
masih tak jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri awak. Awak pun tahu....”
“Ya, saya tahu. Dan saya faham.. Saya tak suka memaksa.
Bila awak dah ready, baru saya pun
bersedia. So, saya akan tunggu sampai
awak ready. Okay, dear?”
“Tapi, sanggup ke awak tunggu saya? Saya dah cakap
awal-awal pada awak, sejak sebelum kita kahwin lagi. Saya tak cintakan awak..
Dan saya tak layak untuk awak..”
“Jangan cakap macam tu. Awak layak untuk jadi isteri
saya. Pasal cinta tu, kalau awak masih tak boleh cintakan saya, then I’ll make you love me. Saya akan
jadikan awak cintakan saya sepenuh hati awak. Sebab saya pun dah mulai bukakan
hati saya untuk mencintai awak. Awak pun kena tiru macam saya. Cuba bukakan
hati awak untuk menerima saya.. Tak kisahlah berapa lama pun. Saya tunggu. Saya
kan suami awak.. Dan saya sendiri dah janji yang saya akan jaga awak, lindungi
awak seumur hidup saya..” pujuk Irfan dengan sesungguh hati. Dia menarik tangan
kanan Najwa lalu dilekapkan ke dadanya.
“Tapi...” Najwa menjadi kelu setiap kali dia ingin
berterus-terang tentang kisah pahitnya. Agaknya kalau orang lain di tempat dia
pun, tentu orang itu akan merahsiakan juga perkara begini. Perkara yang boleh
menjatuhkan sisa-sisa maruah yang masih ada.
“Cubalah cintai saya. Just
try me!” ujar Irfan sambil mengucup jemari runcing Najwa. Dipandang wajah
gusar gadis ayu itu.
“Tapi, awak tak tahu pasal masa silam saya!” air mata
Najwa kembali menitis. Dia tidak mahu Irfan terus memberikan kasih sayang
kepada dirinya yang memang tidak berhak menerimanya. Perempuan yang sudah tidak
suci sepertinya memang tidak layak menerima ketulusan lelaki sebaik Irfan
Naufal.
“Apa maksud awak?” sengaja Irfan bertanya walaupun dia
sudah tahu apakah yang sedang bermain di minda Najwa. Air liur ditelannya
perlahan-lahan menanti Najwa meneruskan bicara.
“Kalau awak nak tahu, saya ni memang tak layak untuk
awak. Saya ni..” tidak sempat habis bercakap, guruh berdentum lagi. Kali ini
lebih kuat dari sebelumnya. Tangan Najwa bergerak secara automatik memeluk
Irfan.
Kali ini pelukannya terlalu erat, membuatkan Irfan
tergamam. Sesekali bibir gadis itu terkena pada pipinya, hampir mengenai
bibirnya. Mata Irfan terus dihalakan ke wajah Najwa dan juga bibir merah gadis
cantik itu. Memang menawan! Gelora di jiwa Irfan sudah menggoncang naluri
kelelakiannya sebagai seorang suami sah Najwa.
“Dahlah, jom sambung tidur. Biarkan saya peluk awak ya?
Kalau tak, mesti awak yang takut nanti. Meh
sini.. Saya peluk, ya sayang?” ujar Irfan, menahan gelora perasaannya.
Dia tidak mahu menakutkan isterinya yang masih trauma
itu. Kalaulah dia bertindak yang bukan-bukan, tentu Najwa meronta-ronta lagi.
Irfan nekad ingin memenangi hati gadis itu terlebih dahulu dengan berbekalkan
ketulusan hatinya.
Perlahan-lahan dia membalas pelukan Najwa. Tubuh isterinya
terus kaku di dalam pelukannya. Walaupun kaku, Irfan gembira kerana Najwa sudah
tidak menolak seperti awal tadi. Kening isterinya dicium lembut dan sepenuh
perasaan.
Ya Allah, bila agaknya masa yang sesuai untuk aku
berterus-terang? Najwa mengeluh hampa. Namun dia masih tidak putus-putus
memohon kekuatan dari Allah SWT supaya dia boleh berterus-terang suatu hari
nanti.
Pelukan Irfan terasa mendamaikan jiwanya. Tanpa
disedarinya, sebuah senyuman terbit. Adakah dia sedang berbahagia sekarang?
“HESY! Abang ni dah kenapa? Dah ada bini pun, masih nak
tanya pasal perempuan lain? Itu pun perempuan yang abang sendiri buang dari
hidup abang..” marah Alida bersungguh-sungguh.
“Abang cuma risaukan Rissa. Dah lama abang tak dengar
khabar dia.. Lida ada beritahu dia pasal perkahwinan abang? Abang dah pernah
pesan supaya Lida tak beritahu dia kan? Hope
sangat yang family dia juga rahsiakan
dari Rissa seperti yang mereka cakapkan. I
just.. hope so,” Irfan lebih risaukan penerimaan Arissa sebenarnya.
Kalaulah gadis itu mendapat tahu yang dia telah mengahwini Najwa, tentu segala
rahsianya akan terbongkar.
“Kenapa abang tak tanya dia sendiri atau pergi je jumpa family dia dan tanya dia orang?” soal
Alida geram.
Irfan mengeluh kecil. Lain yang ditanya, lain pula yang
dijawab oleh adiknya. “Lida.. Takkanlah abang berani lagi pergi merisik khabar
Rissa? Tolong jangan tanya abang macam tu lagi..”
“Hmm, tahu pun takut? Tahu pun malu.. Tahu pun abang
gelabah?” kata Alida sinis.
Irfan berkerut dahi dengan tiba-tiba. “Did you by any chance, dah terbagitau Rissa pasal abang kahwin dengan
orang lain? Hmm, abang bukannya apa, Lida.. Abang tak nak hati dia bertambah
luka..” keluh Irfan lagi. Memang dia tidak mahu melukakan hati Arissa dengan
berita perkahwinannya. Satu lagi sebab yang juga adalah sebab paling utama
ialah dia tidak mahu Arissa tahu siapa yang telah dia kahwini.
“Lida pun masih ada perasaan simpati dekat orang. Takkan
Lida nak beritahu kalau perkara tu boleh buatkan dia tambah bersedih? Family Kak Rissa pun dah setuju nak
rahsiakan perkahwinan abang dengan Kak Najwa. Nasiblah dia orang tak
cekik-cekik abang sebab buat macam tu dekat Kak Rissa. Siapa suruh abang tu ego
sangat? Ego yang selalu mencalari hati orang lain!”
Irfan menarik nafas panjang tanda lega. Tidak dihiraukan
langsung leteran Alida tentang egonya. “Lida tahu Rissa pergi mana? Abang
dengar dari kawan abang, Rissa tak ada kat Malaysia sejak sebelum abang nikah
dengan Najwa lagi. Betul?”
“Oh, abang ambil berat jugak pasal dia ya? Ingat dah tak
nak tahu lagi apa-apa pun pasal Kak Rissa. Hmm.. Dia further studies kat luar negara. Lagipun, duduk kat Malaysia ni
buat sakit hati dia je kan?” perli Alida.
“Hmm.. Memang abang tahu yang semua ni salah abang..”
ujar Irfan kesal. Dia memandang wajah Alida yang mulai berubah cemberut.
“Kenapa abang buat Kak Rissa macam tu? Kesian Lida tengok
dia tau.. Sedih je selalu. Lida pun sokong keputusan dia bawa diri ke luar
negara. Biar dia rawat luka di hati dia.. Lida pun segan dengan dia sebab
abang, tau? Agaknya kalau dia tahu abang dah kahwin dengan perempuan lain,
mesti dia tak boleh terima. Lida pun tak sanggup nak tipu dia lama-lama,” getus
Alida dengan wajah berkerut-kerut.
“You won’t
understand. Ini hal peribadi kami, so
abang harap Lida takkan masuk campur. Lida tak perlu tahu sebabnya. Hanya abang
dan Rissa je tahu cukup la.. Hmm, abang tahu macam mana nak beritahu dia bila
dah tiba masa yang sesuai nanti,” jelas Irfan serius.
“Eleh, macam mana kalau dia tahu sendiri nanti? Ye, memang Lida takkan masuk campur
lagi. Tapi mana la tahu, kawan-kawan abang atau sesiapa je yang terbagitau
dia..”
“Lida, abang tahu tu. Abang tahu apa yang abang patut
buat bila waktu tu tiba, so jangan
risau. Abang takkan biarkan hati dia terluka lagi. Asalkan buat masa sekarang
ni dia masih tak tahu pasal ni..” getus Irfan dengan helaan nafas yang lemah.
“Yelah, bang. Buat la apa yang abang rasa terbaik untuk
diri Kak Rissa agar dia tak sedih-sedih bila tahu abang dah kahwin. Lida tak
nak abang lukakan hati dia lagi okey! Hmm, mana Kak Najwa?” Alida cuba
merendahkan darjah kemarahannya tadi.
Entah mengapa dia berasa sejuk hati setiap kali
memikirkan kakak iparnya. Bagai tidak puas dia menatap wajah comel Najwa dan
mengusik isteri abangnya itu. Bertuah Irfan kerana memiliki gadis secomel Adnin
Najwa biarpun gadis itu buta.
“Dia ada dekat bilik tadi. Tidur.. Semalam dia tak boleh
tidur sebab takut bunyi guruh..” terang Irfan dengan jujur.
Wajah Alida terus berubah seperti kerang busuk. “Oh, dah
tu semalam buat apa dengan dia? Main carom eh?” Alida berkias pula, membuatkan
Irfan pelik. Berkerut-kerut dahinya sekarang.
“Takde buat
apa-apalah. Bagi dia tidur je. Why?”
soal Irfan bertambah pelik melihat sengihan Alida. Tapi... Dia kenal gaya
sengih Alida itu. Sengih hendak mengusik!
“Ohh.. Okey!” Alida tersengih lagi, lebih lebar.
“Lida! Jangan nak fikir bukan-bukan pulak! Tu apahal muka
macam tu? Tadi bukan main masam muka bila cakap pasal Rissa. Tapi sekarang ni
dah terbalik pulak!” gerutu Irfan. Dia mencubit pipi Alida.
“Ish! Sakit tau. Jangan cubit-cubit lagi. Lida takde fikir bukan-bukan pun. Abang ni,
agak-agak la.. Perasan je lebih!” rungut Alida dengan muncung sedepa.
“Yelah, tuan
puteri! Sekarang ni, janji dengan abang. Antara Rissa dengan Lida, tolong
jangan mention apa-apa pasal
perkahwinan abang. Dan antara Lida dengan Najwa, tolong jangan mention jugak pasal Rissa. Abang tak nak
dia salah faham.. Kalau boleh, abang nak jaga hati dia orang berdua..” getus
Irfan sambil merenung tepat ke dalam anak mata Alida.
“Tapi, kenapa pulak? Why?”
soal Alida pantas. Memang dia pelik dengan janji yang abangnya suruh ikut itu.
“Kan abang dah cakap, abang tak nak lukakan hati sesiapa
pun lagi lepas ni. Abang nak berubah jadi seorang yang lebih considerate. Please?”
“Okeylah. Lida faham.. Baguslah abang dah berubah. Be more considerate lepas ni okey?
Jangan nak ego je sampai tak tahu nak jaga hati orang. Kesian Kak Najwa tu
nanti!” sempat lagi Alida berleter.
Irfan menarik nafas lega. Nasiblah Alida tidak bertanya
banyak tentang janji yang dibuatnya itu. Kepalanya tergeleng-geleng
memerhatikan gelagat Alida yang masih tidak berhenti mengomel. Dah macam mak
nenek pun ada jugak. Bila membebel, Alida memang lucu. Akhirnya Irfan
tersengih.
IRFAN tersengih panjang memerhatikan pemandangan di
hadapannya. Najwa di sebelah hanya berpeluk tubuh, menggigil kesejukan. Mereka
kini di balkoni di sebuah bilik hotel. Rancangan bulan madu mereka terlaksana
juga setelah 2 bulan mereka mendirikan rumah tangga. Kenduri kahwin yang dilangsungkan
sebulan selepas Irfan dan Najwa diijab kabulkan ternyata meriah walaupun hanya
dibuat secara sederhana. Hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat serta
jiran-jiran sahaja yang dijemput hadir. Itulah cara Tan Sri Haji Zainal.
“Kenapa tu?” Irfan membuka mulut terlebih dahulu. Dia
tahu Najwa sedang kesejukan tetapi dia sengaja juga bertanya. Manalah tahu,
nanti Najwa suruh peluk ke kan? Irfan sengih sorang-sorang.
“Takde apa-apa,
sejuk sikit. Tak sangka ya, Cameron Highlands sejuk jugak sekarang ni. Dulu
waktu saya datang ke sini, takdelah
sejuk macam ni. Dan pemandangannya... cantik sangat..” di akhir ayat, suara
Najwa kedengaran semakin lemah. Dia rindukan semua pemandangan indah di situ
kerana semuanya mempunyai memori yang sangat berharga buatnya.
Dulu dia pernah datang ke sini bersama ahli keluarganya
semasa awal tahun sewaktu dia masih di tingkatan lima. Masih terbayang wajah
ceria ayah dan ibunya. Begitu juga wajah gembira adik-beradiknya. Kini, mereka
semua sudah tiada. Semuanya sudah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Apa yang tinggal padanya kini hanyalah Irfan dan keluarga lelaki itu. Jauh di
sudut hati Najwa, dia begitu bersyukur kerana Allah telah takdirkan dia hidup bersama
keluarga yang sungguh baik itu. Sekurang-kurangnya, sifat keibuan Puan Sri Hajjah
Zairiah, sifat nakal dan keanak-anakan Alida serta bapa mertuanya yang sungguh
lembut dalam berbicara membuatkan kerinduan Najwa terhadap keluarganya terubat.
“Mungkin sebab ada sedikit perubahan cuaca atau hari nak
hujan ke..” Irfan mengeluh kecil, kecewa kerana dia tidak dipelawa memeluk
gadis itu. Ishhh.. Apa yang aku fikir ni? Kenapalah aku ni gatal sangat
sekarang ni? Huh, penangan Adnin Najwa ni memang kuat. Sampai dah angau nak
peluk dia je selalu. Hesyy, kau ni Ir... Sejak bila jadi jiwang dan manja
terlampau ni?
“Mungkinlah..” Najwa mengesat air mata yang hampir
menitis. Lamunannya tadi terhenti serta-merta.
“Oh, my God.
Awak menangis? Kenapa?” tanya Irfan selepas ternampak Najwa mengesat air mata.
Sesekali akan terdengar Najwa teresak kecil. Tangan Irfan mulai merayap ke bahu
Najwa, ingin menarik tubuh itu rapat ke tubuhnya. Namun Najwa mengelak dan
tersenyum malu.
“Sorry, takde apa-apa sebenarnya. Saya teringatkan
arwah ahli keluarga saya je. Dulu, saya pernah datang ke sini dengan dia orang.
So, that’s why saya sedikit emosi.
Teringatkan senyuman dia orang.. Masa tu, kami happy sangat. Dan, itulah last
trip kita orang. Lepas saya SPM, dia orang meninggal serentak sebab terlibat
dalam kemalangan. Sekelip mata aje saya jadi anak yatim piatu dan sebatang
kara. So, Cameron Highlands ni..”
jemari Najwa berkait dan digenggam sesama sendiri. Bibirnya bergetar
mengenangkan ahli keluarganya. Sayu, cukup sayu.
Irfan memandang Najwa dan membungkam. Tidak tahu apa yang
harus diperkatakan. Hatinya juga terasa sayu dan pedih melihat wajah gadis itu
berubah suram. Perlahan-lahan dia meletakkan tangan semula ke bahu Najwa.
Ditarik tubuh itu cepat-cepat ke dalam pelukannya. Rasa simpati terasa
membuak-buak. Sampai hati betul aku menambahkan episod duka dalam hidup Najwa..
Sudahlah gadis itu yatim piatu dan sebatang kara, selepas itu pula diragut
kesucian tanpa rasa belas kasihan.
“Shh.. sudahlah. Jangan sedih dan nangis. Nanti arwah
ibu, ayah dan adik-beradik awak akan rasa sakit dan turut sedih. Kalau
teringatkan mereka, kita bacakan al-Fatihah dulu, lepas solat maghrib nanti
kita bacakan surah Yaasin. Kebetulan malam ni Khamis malam Jumaat,” pujuk Irfan
seraya turut mengesat air mata yang mengalir. Suaranya dikawal supaya tidak
kedengaran seperti sedang mengalirkan air mata. Kesian Najwa. Aku memang kejam!
Jantan tak berguna..
Najwa mengelap air mata terakhir. Wajahnya dilekapkan
rapat ke dada si suami. Rasa tenang hadir lalu kepalanya terangguk kecil. Dia
setuju dengan cadangan Irfan agar mereka membaca surah Yaasin bersama-sama
nanti. Bibirnya bergerak, membaca al-Fatihah buat arwah ahli keluarganya.
“Terima kasih awak.. Sebab cuba menjadi suami terbaik untuk saya. Sedangkan
saya ni masih lagi bukan isteri yang terbaik untuk awak..”
“Ishh, takpelahh..
saya dah cakap, takpe, takpe, takpeeee! Penat dah nak cakap takpe
tu. Karang saya cium baru awak dah tak cakap macam ni lagi kut?” Irfan
mengugut. Pelukan dilonggarkan untuk memudahkan dia mencari wajah Najwa yang
disembunyikan di dadanya. Gadis itu terus kaku mendengar perkataan ‘cium’.
Irfan tarik sengih apabila ternampak wajah malu-malu
Najwa. Comel sungguh. Sebab malu-malu comel si Najwa nilah yang buatkan aku
angau agaknya. Ish, kau ni Ir. Ke situ pulak.. Sahlah kau ni dah berubah jadi ala-ala
manja lepas dah kahwin ni. “Kenapa diam?”
Pertanyaan Irfan menjadikan Najwa tersentak. Badannya
segera dijauhkan dari Irfan. “Tak ada apa-apa. Saya nak ambil wuduk.. Dah nak
masuk maghrib. Nanti nak baca surah Yaasin lagi kan?”
Irfan mengeluh dan menggeleng bersama senyuman yang tidak
lekang dari bibir. Haiii la Najwaaaa.. Kau memang mengancam. Aku dah terancam
ni oleh kecomelan kau. Angau terlebih.. Oucchh! Irfan membontoti Najwa memasuki
bilik mereka. “Ir oh Ir! Jangan menggatal sangat. Karang lari bini kau..” Irfan
berbisik sendiri bersama sebuah senyum halus.
Tanpa disedari Irfan, Najwa juga sebenarnya sedang senyum
malu-malu di dalam bilik air. Eh, angau ke aku ni? Ishh.. Najwa! Kau tak boleh
jatuh cinta selagi kau tak berterus-terang dekat dia. Kalau betul dia sayangkan
kau, dia akan sanggup terima apa jua kekurangan kau. Tapi kalau dia tak
sanggup.. Macam mana? Berpisah? Hmm.. Najwa menggigit bibir bawahnya. Hatinya
begitu runtun memikirkan perpisahan yang bakal terjadi sekiranya Irfan tidak
boleh menerima kekurangan dia.
IRFAN membawa Najwa ke salah sebuah ladang strawberi di
Cameron Highlands itu. Kawasan ladang itu tidak jauh dari Brinchang, tempat
hotel penginapan mereka. Big Red Strawberry Farm menjadi pilihan Irfan. Najwa
hanya menurut memandangkan Irfan sahaja yang boleh melihat. Sepanjang berjalan,
Najwa terpaksa menyilangkan tangannya ke tangan Irfan kerana lelaki itu tidak
membenarkan dia membawa tongkat.
“Sayang nak strawberi yang besar atau sederhana atau
kecik-kecik?” tanya Irfan. Jemarinya mengelus lembut bahu Najwa.
“Nak.. yang.. yang besar-besar la. Baru best makan,” jawab Najwa perlahan. Di dalam
hatinya, dia begitu teruja ingin menyentuh strawberi-strawberi itu walaupun sudah
tidak boleh melihat betapa cantiknya salah satu buah-buahan ciptaan Allah SWT itu.
“Eh, mana boleh macam tu..” protes Irfan. Suspen je.
Najwa berkerut dahi. Tadi tanya aku nak yang besar atau kecik.
Bila aku cakap nak yang besar, dia pula cakap gitu? Huh.. Najwa memuncungkan mulutnya
sedikit. “Kenapa pulak? Awak yang suruh pilih tadi..”
Irfan tertawa kecil. Geram melihat muka cemberut Najwa. Nampaknya
gadis itu sudah semakin selesa berada di sampingnya. “Tak boleh sebab.. Bibir awak
ni, sayang.. Kecil molek.. Cantik dan comel.. Nak buka mulut tu luas-luas macam
mana kalau mulut tu kecil je? Mana muat buah besar tu nak masuk mulut awak!” usik
Irfan dengan suara nakal.
Najwa terkedu. Pantas tangannya meraba-raba mencari pinggang
Irfan. Dicubit pinggang lelaki itu sehingga terjerit-jerit kepedihan. Sebuah senyuman
halus terukir di bibir Najwa, puas hati. “Haa, padan muka awak!”
Irfan tergelak. Dia mengusap pinggangnya bekas dicubit Najwa
tadi. Tangannya merayau naik ke hidung isterinya. Dicuit hidung itu dengan lembut.
“Terima kasih, sayang..” bisik Irfan.
“Terima kasih untuk apa pulak? Kan awak kena cubit!”
“Terima kasih sebab awak dah tak kekok dengan saya,” ucap
Irfan penuh makna. Dia menilik wajah Najwa yang berubah merah padam. Pipi gebu itu
bertukar sedikit kemerah-merahan.
Najwa menarik nafas panjang dan dilepaskan. Sebuah senyuman
muncul, senyuman yang entah dia sendiri tidak pasti maksudnya. “Kita akan hidup
lama lagi sebagai suami isteri. So, awak
juga yang cakap suruh biasakan diri. Saya tengah cuba biasakan diri la ni..” terang
Najwa. Senyumannya masih di bibir.
Irfan tersenyum lalu memegang tangan Najwa. Jemarinya dikaitkan
bersama jemari runcing gadis itu. “Biasakan diri macam ni bila berjalan dengan saya..
Okey?” genggaman dieratkan.
Najwa berdebar-debar. Jari jemari Irfan terasa selesa berkait
di celah-celah jemarinya. “Not so fast!”
Najwa tersenyum sambil menarik tangannya namun tidak berjaya. Tangan Irfan lebih
dahulu menarik tangannya semula.
Najwa menarik nafas yang terasa tersekat. Jemari Irfan terasa
lebih kemas terselit di jemarinya. Genggaman juga semakin erat dari awal tadi. Aduh,
Najwa!! Rileks aje.. Jangan gelabah! This
is nothing. Hanya berpegangan tangan aje. Anggap je ini tangan Tinie. Eh, boleh
ke anggap gitu? Tangan ni, tangan lelaki laa.. besar dan sedikit kasar! Najwa sudah
menjadi tidak menentu.
“Jom, saya bawakan ke tempat strawberi yang besar seperti
yang awak nak, sayang..” suara Irfan semakin lembut dan sungguh halus. Seperti mahu
menggoda Najwa.
Najwa terdiam serta malu-malu. Tangannya terasa ditarik, mungkin
ke arah kawasan yang dimaksudkan Irfan. Tiba-tiba Irfan berhenti lalu melepaskan
seketika tangan Najwa. “Kenapa?” soal Najwa.
“Dah sampai! Awak kutiplah.. Now feel it,” getus Irfan ceria. Ditarik dan diletakkan tangan Najwa
ke buah-buah strawberi yang bergantungan.
Najwa teruja selepas menyentuh strawberi yang besar-besar
itu. Montok dan gemuk-gemuk belaka. Suka Najwa mengutip strawberi-strawberi tersebut
lalu dimasukkan ke dalam bakul.
Irfan tersenyum angau melihat wajah Najwa yang tersenyum gembira
itu. Tangan gadis itu meraba-raba strawberi sebelum mengutipnya. Sudah separuh bakul
strawberi dikutip Najwa. Irfan terus merenung. Bagai tidak puas rasanya dia memandang
wajah itu. Adnin Najwa yang putih gebu dan jelita. Padanlah aku tak dapat kawal
perasaan sampai tergamak rogol dia waktu dulu tu. Ya Allah.. Irfan beristighfar
dan rasa bersalah kembali bersarang.
“Awak tak kutip ke?” Najwa pelik kerana Irfan langsung tidak
bersuara.
Irfan kembali ke dunia nyata. Dia memandang Najwa yang masih
rancak mengutip strawberi. Namun Najwa terhenti menunggu jawapannya. Irfan melepaskan
keluhan kecil. “Tak.. Saya ushar je boleh? Saya memang suka ushar perempuan cantik.
Tambah-tambah lagi, kecantikan perempuan tu bergabung dengan kecantikan buah strawberi
ciptaan Allah tu. Lagilah bertambah-tambah cantik. Kedua-duanya ciptaan Allah juga..
Jadi, saya sedang mengagumi ciptaan Allah la ni.. Dapat pahala free jugak kalau macam ni!” Irfan sendiri
bingung, sejak bila dia bertukar jadi mat bunga yang jiwang? Dia baru saja mengucapkan
kata-kata jiwang tanpa dia sedari.
Najwa tersipu-sipu dibuat Irfan. Hampir-hampir cair! Nak pengsan
pun ada.. Suara lembut Irfan memang mampu membunuhnya. “Emm, sedap kan strawberi
ni! Cubalah rasa..” Najwa tidak sedar sejak bila dia mengambil sebiji strawberi
lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Masam-masam aje rasanya. Manisnya sikit aje..
Sedap? Memang sedap. Dia suka strawberi!
“A’ah, sedap strawberi ni.. Nantilah saya makan kat bilik..
Awak apasal muka merah menyala macam tu?” tanya Irfan. Dah tahu kenapa, tapi saja
nak tanya. Mengusiklah konon.
“Err.. Panas sikit. Entahlah pasaipa panas pulak ni..” tudiaa.. loghat utara macam Tinie dah terkeluar.
Najwa melopong seketika apabila Irfan menyentuh pipinya.
“Cantik.. Pipi awak bila merah macam ni.. Dan bibir merah
awak tu, comel bila mengunyah macam tu..” ayat Irfan lagi tanpa sedar. Dia tersenyum
apabila Najwa terkebil-kebil serta mula menggelabah mahu sembunyikan wajah. Gadis
itu mendiamkan diri.
“Dah, kutip banyak-banyak strawberi tu. Nanti nak bagi abah,
umi dengan si Lida jugak. Tak cukup sebakul tu, tau? Si Lida tu hantu strawberi
kalau sayang nak tahu. Abang selalu.. Ehemm.. Saya selalu beli sikit aje and then kena marah sebab tak beli banyak-banyak..”
Irfan tersasul bahasakan dirinya ‘abang’.
Najwa hanya mengangguk. Dia tidak betah berkata-kata lagi.
Tentu ada saja idea Irfan untuk cairkan hati dia nanti. Irfan memang bahaya. Suara
lelaki itu memang sangat bahaya. Mampu buatkan Najwa rasa nak pitam. Tambah-tambah
lagi, bila berbicara romantis begitu. Memang boleh bawa maut! Kalau terus layan
ni, mesti ‘jalan’ la aku nanti! Bisik Najwa sendiri.
p/s : jika ada sebarang ketidakfahaman jalan cerita, tolong tegur saya ek..sebab dah lama tinggalkn manuskrip ni. takut ada clash atau tertinggal apa-apa...huhuhuhu enjoy reading and comment.. :)
Sweet nya ir...
ReplyDeleteHope ir berjaya dgn misinya untuk berterus terang..
Ir... U have to do that... Jgn tangguh2....
Akhirnya...dah ada entry baru....suka...suka..suka....n tak sabar la nak baca next entry....aza...aza...fighting Auni....
ReplyDeletewahhh..suke2...sis auni..kasi romantik manyak2 tau..hehhee..
ReplyDelete*cik intan erma norsafira*
Best...
ReplyDeleteAkhirnya setelah berbulan menunggu ada juga entry baru...#^_^
Ir semakin romantik dan Najwa dah mula membuka hati untuk terima Ir...
Harap Ir dapat terus terang pada Najwa hal sebenar...
best sangat. gud job
ReplyDeletekalau bilateral loss of vision (buta kedua2 mata) antara differential diagnosisnya ialah:
ReplyDelete1.bilateral cataract (bole treat dgn surgery)
2.sympathitic opthalmitis (sbb accident kan haritu?
3. glaucoma -yg ni utk usia tua dan cedera akibat accident. -tapi tak bole dapat vision balik.
-nnt kalau najwa dapat vision balik, hope penulis tak kata yg ada orang derma mata kat dia sbb itu adalah sangat2 tak betul. kalau kes derma kornea ada lah. itu pun patient tu tak la complete loss of vision macam najwa ni.
point i am saying this is so that cik penulis buat homework betul2 treatment yg najwa ni undergo in case if u nak buat najwa ni bole nampak balik. i think traumatic cataract is the best suit diagnosis in this case. tapi dia kena implant IOL (intra ocular lens) la.
sekian.
-kak dang
thanks utk info berguna ni.. insyaAllah akan diguna pakai sebaiknya.. :)
Deleteakhirnya.. ade gak entry bru.. best..
ReplyDeletekk, penantian suatu penyeksaan.. hehe.. just kidding, jgn marah k..?
i think, lg better ir bg thu najwa hal sebenar cepat2.. t klau rissa balik, xthu plak cmne nk hadap benda nie.. byknye problem si irfan nie kn.. brani cari pasal lg..
story nie byk konflik ea.. cepat update ea..
Fuh~ Panjang n3 kali ni..suka2!! Hehehe..thank u 4 this n3 kak..rnduuu sgt2 kat dorng ni..hehehe..seram pulak fkirkn klau Adnin dah tau sape rogol die..huhu..konflik yg plg besar rsenye..ape2 pn..chayo2 ya kak..teruskn sambung citer ni..hehehe.. =)
ReplyDeleteN3 yang di tunggu 2...
ReplyDeleteSungguh sweet Ir nie, x sabo nk tau selanjutnya...
Adakh najwa akn menerima Ir lps tau cerita sebenarnya....
Fuhhhhh Cair ngan Ir ni
ReplyDeletebest gile lah akak!
ReplyDeletepanjang dan sgt puas hati hihihi..nak tunggu next bab...hihihi
ReplyDeletebest nyer
ReplyDeletebest sangat cita hari ni.....sweet sngat...good job kak!
ReplyDeletewow! best! makaseh cik writer bab wat entry yg panjang n best nie.. :-)
ReplyDeleteaja aja fighting, cik writer!
~Miss Peace~
ishh ishhhh,,sweet lahhh Ir. like! =)
ReplyDeletemekasey sudi kunjungi blog saya ye ^^.
ReplyDeleteu have lot of fans. all da best ya.
salam... best la cita ni wlaupon bru bca... thniah ek kak auni...
ReplyDeleteoh my God!terlewat bace n3 sis! =(
ReplyDeleteIR SO SWEET la sis!1000x THUMBS UP for u!
sya plak yg angaukan Ir ni sis! =P
oh my God!terlewat bace n3 sis! =(
ReplyDeleteIR SO SWEET la sis!1000x THUMBS UP for u!
sya plak yg angaukan Ir ni sis! =P
so cuwittt..kipidappp pnulis. tahniah ya..
ReplyDeletethanks auni. rindu kat diorg ni.
ReplyDelete-jaja-
best sangt,teruskan ......
ReplyDelete