-->
skip to main | skip to sidebar
ღAuni Amauniღ :: I Lurve My Lurve~
  • Home
  • E-Novels
  • Published Novels
  • Sudut Cerpenku
  • Facebook
  • Contact Me

Sunday, November 11, 2012

Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35




IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu masih terlena diulit mimpi. Sebuah keluhan kecil dilepaskan. Dia buntu. Apa yang aku dah buat ni? Semalam sepatutnya aku confess, bukan menggatal. Dah jadi macam ni, macam mana nak handle ni? Situasi macam ni sesuai ke nak confess? Ya Allah, kenapa aku lemah sangat? Berikanlah aku kekuatan, ya Allah. Ada air mata yang mengalir di tubir mata Irfan sebaik sahaja dia mengeluh lagi sekali.
Tanpa membuang masa lagi, Irfan mengalihkan tangan Najwa lalu bangun. Dia memakai tuala mandi dan terus berjalan memasuki bilik air. Hatinya sangat buntu, fikirannya berserabut! Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Sekarang ini akibatnya, jiwanya semakin mahu gila memikirkan reaksi Najwa selepas dia berterus-terang nanti. Dahlah mereka sudah bersama buat pertama kali sebagai suami isteri semalam. Nanti mesti Najwa lebih marahkan aku. Ya Tuhan, apa yang aku dah buat ni?
Air pancuran dari shower langsung tidak dapat melegakan gelodak hati Irfan. Malah, dia semakin resah di dalam bilik mandi itu. Tidak lekang dari fikirannya membayangkan apa yang bakal terjadi nanti. Patut ke aku berterus-terang sekarang? Susah jugak ni. Hmm, bahagia memanglah aku bahagia semalam. Tapi akibatnya... aku sendiri pula yang resah sekarang. Mampu ke aku menanggung rasa sakit di dalam hati bila semuanya sudah diketahui Najwa? Dia pula, tentu terluka disebabkan hal ini.
Usai mandi, Irfan segera memakai tuala dan keluar dari bilik air. Matanya membesar melihat Najwa yang sudah duduk di birai katil. Senyuman Najwa ketika itu amat mempesonakan. Irfan tahu Najwa sangat bahagia ketika ini. Mungkinkah aku bakal meragut segala kebahagiaan yang terpancar dari wajah ayu itu jika aku berterus-terang? Aku dah bersumpah untuk membahagiakan hidup Najwa. Takkan aku tega pula nak mematahkan hati perempuan kesayangan aku tu..? Irfan sangat buntu! Memang dia telah membuat kesilapan besar semalam dengan meniduri Najwa. Patut ke ni? Atau tak patut terus-terang?
“Hai sayang.. Baru bangun ke?” Irfan menegur Najwa seperti biasa.
“Tak la baru sangat. Lama jugak... Bila dengar bunyi air dalam bilik air tadi, terus terjaga..” balas Najwa sambil tersenyum gembira. Dia bahagia dapat mendengar suara Irfan. Kebahagiaan yang selama ini diimpi-impikan bersama Irfan. Ketakutan dan trauma peristiwa hitam itu terus lenyap selepas Irfan menerima dirinya dengan sebulat hati semalam.
Irfan terdiam seketika. Langkahnya diatur perlahan menghampiri Najwa lantas turut melabuhkan punggung di sebelah Najwa. Tangannya naik ke rambut ikal Najwa. Diusap-usap rambut itu penuh kasih. “Sayang, tahu kan yang abang tersangat sayangkan sayang? Tahu kan yang abang hanya nakkan bahagia untuk sayang?” suaranya lembut separuh berbisik ke telinga Najwa.
Najwa mengangguk kecil. Dia faham apa yang ingin disampaikan oleh Irfan. Dia memang bahagia kerana Irfan selalu berikan kebahagiaan kepadanya. “Tahu, bang..”
Najwa melentokkan kepalanya selesa ke bahu Irfan. Lengan lelaki itu dipeluk sayang. Sebuah senyuman terbit lagi dan air mata penuh keharuan terasa bergenang di ruang matanya.
Irfan mengusap pipi Najwa. Bahu isterinya itu dipeluk erat. Sedikit sebanyak melenyapkan rasa gundah yang begitu beraja di hatinya seketika tadi. “I’m glad knowing the fact that you’re mine. I’m always glad to think that you’re my wife.. forever..”
“And thank you sebab terima Najwa seadanya. Najwa sangat takut yang abang...”
“Shhh.. Jangan sebut lagi. Kita bina hidup baru ya? Abang akan sayangkan sayang sampailah ke hujung nyawa abang.. Abang akan doakan yang hubungan kita ni kekal sampai ke syurga!”
Air mata Najwa terasa luruh. Dia mencium bahu Irfan. Getar di dalam dadanya terasa tenang. “Abang tak nak ke bidadari yang cantik sebagai isteri abang dekat syurga nanti? Najwa ni tak sempurna tau..”
“Sayanglah bidadari abang tu. So, dekat dunia ni dan sampai ke syurga pun sayang akan jadi bidadari abang tau!” kata Irfan dengan penuh yakin. Dahi Najwa dicium sepenuh hati.
Najwa tersengih. Dia sangat sukakan suara Irfan yang romantik itu. Agaknya rupa dia macam mana la ye? Aku teringin sangat nak tengok wajah suami tercinta aku ni. Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk melihat wajah lelaki ini sebelum aku mati. Aminn..
“Eh, apa borak-borak lagi ni? Waktu subuh dah nak masuk ni. Sayang pergi mandi cepat. Atau... nak abang mandikan? Abang okey je kalau nak mandi lagi sekali ni..” usik Irfan, sempat lagi tu.
Najwa tertawa kecil. Wajahnya sudah merah padam. Malu. “Tak payah. Nanti jadi lagi lama kat dalam tu. Tolong Najwa ke bilik air kejap.. Okey?”
Irfan turut tertawa. Pantas dia bangun berdiri. Lengan Najwa dipimpinnya penuh kasih yang menggebu. “Okey!”
Selepas Najwa masuk ke bilik air, Irfan kembali duduk di birai katil. Baju t-shirt dan kain pelikat yang tergantung di tempat penyidai kain di sebelah katil dicapai. Sambil memakai pakaian, Irfan mengeluh besar. Masalah besar pula dah berlaku disebabkan kegatalan aku yang tahap maksima semalam. Adesss.. Ir, kau ni pun satu. Takkanlah goda sikit macam tu je pun dah kecundang? Tak faham, tak faham. Irfan mengeluh lagi. Nak buat macam mana lagi. Nasi dah pun jadi bubur. Apa nak jadi lepas ni, kenalah terima seadanya...


FIZUL menggamit Irfan dari kejauhan. Kedai kopi Starbucks menjadi tempat perjumpaan mereka kali ini. Entah apalah yang dirunsingkan oleh Irfan sehinggakan mereka terpaksa berjumpa secara mengejut begini. Dahlah aku busy hari ni. Dia pun tau aku ni busy man, diajak jugak berjumpa dekat sini. Urgent sangat katanya. Urgent apa agaknya? Fizul berbicara sendiri di dalam hatinya.
“Hoi, apa yang urgent sangat tu hah? Aku flight dua jam dari sekarang ni tau. Nak ke KLIA tu bukan senang. So, apa hal ni? Kau kena cepat, sebab aku takde masa ni.. terhad ni masa untuk kau..” bebel Fizul sebaik sahaja Irfan duduk.
Irfan mengeluh. “Alaa.. kau cancel la flight tu..”
Fizul menjegilkan matanya. “Kau gila ke apa? Aku ada urgent meeting dekat Kuching. Karang bos aku mengamuk, kau nak jawab ke?”
Irfan mengeluh lagi dan mencebik. “Tapi, cerita aku ni panjang tau..”
“Pendekkan cerita. Takkan kau tak belajar buat rumusan kut waktu sekolah dulu-dulu..” Fizul tergelak. Dia rasa kelakar pula tengok wajah mencebik si Irfan itu.
Irfan menarik tali leher yang terasa merimaskan. Wajah Fizul yang bingung dan menanti ceritanya itu dipandang dengan sebuah lagi keluhan. Macam mana nak pendekkan cerita ni? Aduhh..
Fizul mulai terasa aura serius dari air muka Irfan. Tentu kawannya itu sedang bermasalah besar. Kalau tak, takkanlah sampai mengeluh sana mengeluh sini. “Kau ni dah kenapa? Nampak macam masalah besar je?”
“Memang besar pun. Pasal Najwa tu..”
“Hah, apahal dengan dia? Wait, wait.. Sebut pasal dia, kau dah terus-terang atau belum ni pasal tu? You know what I mean,” Fizul memandang tepat ke wajah Irfan. Daripada wajah serba-salah itu, hanya satu sahaja jawapan yang dapat diteka oleh Fizul. Mesti belum terus-terang lagilah tu.
“Belum,” jawab Irfan sepatah. Tidak tahu bagaimana harus dia memendekkan lagi ceritanya selepas ini.
Fizul berkerut dahi. “Kau ni dah gila ke apa?”
“Yeah, right. Aku dah nak naik gila. Abah aku pun cakap dialog macam kau jugak. Cakap aku dah gila sebab tak terus-terang lagi..” gumam Irfan dengan perasaan berbaur. Kalaulah mereka tahu yang bukan senang untuk aku berterus-terang, barulah mereka akan faham apa yang aku rasakan. Orang gila sahaja yang tahu berterus-terang tanpa memikirkan segala perasaan lain yang bersarang di dalam hati.
Fizul menyedut Mocha Ice Blended yang sudah lama terbiar sejak tadi. Dia tidak percaya dengan jawapan Irfan walaupun dia sudah dapat mengagak jawapan itu. “What is wrong with you, Ir? Come onlah, she deserves to know. Kau dah buat hidup dia jadi macam tu, kau tak nak bertanggungjawab pulak? Kau jugak yang cakap yang kau nak bahagiakan dia?”
Irfan jadi bingung. Sahlah Fizul tak faham apa yang dia rasai. “Kau takkan faham, Zul.. takkan faham!”
“Aku memang tak faham dengan kau. Takkan faham pun walaupun aku cuba nak faham!”
“The truth is... I’ve already fallen in love with her. So, do you get it now? Dah faham kenapa aku susah nak bagitau? Aku terlalu sayangkan dia. Dia pun dah bahagia dengan aku. Takkanlah aku nak ragut semula senyuman dia yang dah kembali mekar tu? Kalau dia tahu, lagilah dia akan merana. Lagi bertambah trauma dia nanti! Aku takut dengan segala kemungkinan yang akan berlaku, Zul!” jelas Irfan dengan serius. Ayat ‘I’ve already fallen in love with her’ ditekankan sedikit keras supaya Fizul lebih faham apa yang dia rasai.
Fizul ternganga. Baru beberapa bulan aje, cinta dah beralih arah. Sangka Fizul, Arissa tetap akan bertahta di hati Irfan untuk jangka masa yang agak lama. Tetapi telahannya ternyata silap. Penangan Adnin Najwa lebih memukau rupanya. Fizul tidak hairan juga kerana Najwa memang seorang perempuan yang mampu membuatkan ramai lelaki meleleh air liur ketika melihatnya. Tetapi, layanan Irfan terhadap Arissa dulu tak adalah istimewa macam Irfan melayan Najwa sekarang. Agaknya memang betul Irfan dah berubah jadi mat jiwang karat. Fizul berdeham.
“Kau.. what? Dah jatuh hati? Secepat ni?” Fizul pula yang menekan ayatnya. Masih kurang percaya sebenarnya walaupun dia yakin apa yang dicakapkan Irfan itu semuanya benar belaka.
“Yes! Now, do you get it?” sahut Irfan lemah. Dia pun tidak sangka sebenarnya yang cinta terhadap Arissa mudah pudar dan beralih arah terhadap Najwa pula.
Fizul tertawa kecil, mengusik. “Okey, faham. Tapi, aku tetap tak setuju dengan tindakan kau. Seolah-olah kau lebih pentingkan diri kau. Actually, kau yang takut hati kau akan terluka dan terseksa kan? Kau takut dia akan benci kau seumur hidup dia. Itu sebenarnya yang kau takutkan!”
Mata Irfan membesar. “Mengarutlah. Aku tentu akan pentingkan lagi perasaan Najwa. Kau takkan faham apa yang aku rasakan..”
“Okay, alright.. memang aku takkan faham seratus-peratus. Tapi, aku sebagai kawan dan pendengar setia kau sekarang ni tetap ada hak untuk memberikan pendapat kan? Kau fikirlah apa yang terbaik untuk isteri kau tu. Kalau pun kau sembunyikan perkara tu sekarang ni, lambat laun dia akan tahu jugak. Kau nak ke dia lebih terluka waktu tu? Aku dah penat sebenarnya nak nasihatkan kau. Kau tu tak sedar yang diri kau masih ada ego yang tersimpan. Kau tak rasa yang kau tu ego sangat ke sampai tak nak pakai pendapat bapak kau dan kawan baik kau ni? Fikir kau je yang betul!” leter Fizul dengan senyum sinis. Dia menggeleng pula selepas itu. Geram dengan Irfan.
“Ego? No, bukanlah Zul. Aku sebenarnya..”
“Yes, you are. Kau tu kan memang terkenal dengan ego kau. Manalah kau nak dengar sangat pendapat orang..”
“Hesy, kau ni Zul. Aku pelangkung jugak karang. Aku dah cakap yang aku tak nak lukai hati Najwa. Bukan ego tak nak pakai nasihat abah aku dan juga kau. Kalau kau di tempat aku, kau pun akan buat perkara yang sama tau!” terang Irfan dalam gundah. Ternyata nasihat Fizul juga sama seperti abahnya. Langsung tidak membantu.
“Habis tu? Apa planning kau?” Fizul bertanya malas selepas melepaskan nafas yang panjang dan dalam.
Irfan mengeluh lagi. “Aku pun tak tahulah, Zul. Buat masa sekarang ni, apa yang aku tahu.. aku nak bahagiakan dia je. Aku tak nak buat dia sedih. Dia dah mampu senyum macam tu.. Aku rasa bersyukur sangat. Aku sangat sayangkan dia sampaikan tak boleh lagi dah tengok dia bersedih..”
“Seriously?” Fizul tergeleng-geleng. Dah tak ada gunanya lagi dia menghabiskan tenaga untuk menasihati. Biar jelah..
“Of course..” jawab Irfan separuh yakin. Dia tahu hatinya masih terseksa disebabkan perasaan resah. Dan sudah tentu resahkan perkara yang dirahsiakan dari Najwa itu.
“Suka hati kaulah, dol. Malas lagi aku nak nasihatkan kau. Eh, habis tu apa fungsi aku datang jumpa kau kat sini ni? Nasihat aku pun kau tak nak pakai!” Fizul membuat muka tidak berpuas hati.
Irfan tersengih. “Sebab.. aku rindulah dekat kau, dol.. Lama tak jumpa dan lepak dengan kau. Kan kau tu busy giler..”
“Hello! Aku tak buat kerja-kerja gila macam gay, okey? Aku normal dan aku tak rindu kau sikit pun,” Fizul tergelak.
Irfan turut tergelak. Puas ketawa, dia mulai tersenyum kepada Fizul. Sedikit sebanyak dia berasa lega kerana dapat melepaskan luahan hatinya kepada Fizul. “Thanks, weh.. Walaupun nasihat kau aku tak pakai, at least beban dalam hati aku ni rasa dah ringan sikit. Kau memang sahabat terbaik aku dunia akhirat!”
“Yelah, aku dah agak dah. Kau akan cakap macam tu.. No biggie, buddy. We’re friends, aren’t we?” Fizul tersenyum ikhlas.
“Yes, we are.. Thank you..” sengih Irfan.


“GOOD new or bad new?” suara Najwa kedengaran teruja. Ternanti-nanti jawapan Tinie. Mesti good new ni. Kalau tak, Tinie takkan gembira sampai macam ni sekali.
“Good one!” teriak Tinie dari hujung talian telefon.
Najwa bertambah teruja. “What is it?”
“Guess what... I am pregnant, my dear. Dua bulan dah... Alhamdulillah!”
“What? Wah, tahniah sangat Tie! Aku harap kau akan bahagia sampai ke anak cucu!” ucap Najwa gembira. Namun di dalam gembira, dia teringatkan anak yang pernah dikandungnya dahulu. Rasa sayu sesekali menggigit jiwa. Dia terlalu sayangkan kandungannya itu walaupun anak yang dikandung adalah anak luar nikah hasil perbuatan kejam Irfan Naufal tak guna itu.
“Thanks! Aku harap hang pun bahagia jugak kat sana..” ujar Tinie dengan ikhlas.
Namun Najwa hanya membungkam. Lama.
“Wawa? Awat pulak hang diam ni?” Tinie mulai berasa risau. Takkan Najwa tak bahagia dengan Irfan kut? Rasa tidak sedap hati pula dia.
“Err.. Nothing. Aku cuma rindukan kau.. bilalah agaknya kita dapat jumpa dan lepak lagi?” Najwa cuba berselindung. Tapi, rindu tu memanglah dia terlalu rindukan Tinie. Rasa macam dah bertahun tak jumpa walaupun baru beberapa bulan mereka membawa haluan sendiri selepas masing-masing berkahwin.
“Eh, ye ke ni? Aku tak silap dengar ke ni? Ye, eh?? You miss me? You should be glad because I miss you too!” Tinie sengaja bertukar ke loghat selatan. Atau lebih dikenali ramai sebagai dialek orang-orang KL!
Najwa tertawa. Rasa lucu pula dengar Tinie yang tak pernah lekang dari bercakap dalam dialek utara itu kini sedang berdialek selatan dengannya. “Janganlah kau cakap macam tu lagi Tie. Lawak pulak aku rasa. Kan aku dah ketawa ni!”
“Huh, sampai hati hang gelak kat aku noh. Aku sekeh kepala hang nanti baru tau!”
“Tak takut pun..” Najwa mengejek Tinie. Bergurau manja.
“Oh, tunggulah aku turun Keyel nanti. Habislah hang aku kerjakan!” Tinie berkata geram. Geram pun, geram-geram manja aje. Sebuah sengihan terbit. Entah mengapa dia rasa lain macam bila dengar suara Najwa pada hari ini. Ceria sangat! Tinie yakin dan pasti yang Najwa sedang berbahagia. Nampaknya tak salah la dia pilihkan Irfan Naufal sebagai suami Najwa.
Lama mereka tertawa. Tiba-tiba Tinie terdiam. Namun sejaring senyuman tetap terukir. “Hang bahagia?” tanya Tinie secara spontan.
Najwa tersenyum mendengar pertanyaan Tinie. Jantungnya tiba-tiba berdebar tatkala segala layanan Irfan terhadapnya selama ini muncul di ingatan. Paling tak boleh tahan, suara romantis lelaki itu! Wajah Najwa berubah seperti wajah orang angau tanpa disedari. “Kau rasa?” duga Najwa.
“Aku rasa... hang bahagia! Sebab ceria sangat ni,” teka Tinie.
Najwa melebarkan senyuman. Tekaan Tinie memang ternyata tepat. “Kau memanglah kawan aku yang paling faham aku..”
Tinie turut melebarkan senyuman. Bersyukur yang Najwa memang benar-benar bahagia. “Alhamdulillah, Wawa.. memang itu pun yang aku harapkan. Akhirnya hang bahagia jugak kan. Encik Irfan tu memang lelaki yang terbaik untuk hang. Tak sia-sia aku suruh hang terima dia hari tu..”
“Thanks la Tie. Dan semua ini berkat dari rahmat Allah jugak. Tak sia-sia kesabaran aku selama ni..” balas Najwa dalam sendu. Dia terharu.
Tinie mengelap air mata yang tiba-tiba luruh setitis ke pipi. “Alhamdulillah. Jadi, hang bila lagi?”
“Bila lagi apa?” Najwa buat muka dungu. Memang dia tak tahu apa maksud Tinie.
“Bila lagi hang nak berisi?”
Najwa tersenyum malu-malu. “InsyaAllah kalau ada rezeki yang Allah bagi nanti, tak lama lagi ada la, Tie..”
“Baguslah. Aku pun akan doakan untuk itu. Moga hang sentiasa bahagia ke anak cucu... sampai ke syurgalah!”
“Thanks, Tie. Eh, Tie.. kau jangan lupa pulak yang minggu depan aku nak balik Perlis. Nak jenguk butik kejap.. kau cakap hari tu, kau dah pindah balik Perlis kan sebab suami kau dapat tukar kerja sana!”
“Serius?”
Najwa tersengih. “Serius, beb! Jumpa nanti ek.. Kau jangan tak datang pulak tau! Aku sekeh kepala hang karang!”
“Sure aku datanglah! Don’t worry..”


IRFAN memandang lama seraut wajah Najwa yang sedang tersenyum menghirup udara segar di balkoni bilik. Walaupun bilik itu di tingkat bawah, sebuah balkoni tetap dibina bagi tujuan bersantai. Irfan tidak jemu merenung. Senyuman yang sungguh menawan seperti itu tidak pernah diukir oleh Najwa sebelum ini. Sejak semalam, isteri kesayangannya itu tidak lekang dengan senyuman. Memang bahagia betul Najwa sekarang. Irfan tertunduk. Jari jemarinya dikaitkan dan digenggam kuat. Hatinya menjadi gelisah lagi.
Desah nafas Irfan yang agak kuat dapat didengari oleh Najwa. Terus kepalanya dipusingkan ke arah bunyi itu. “Abang?”
Irfan tercengang mendengar panggilan Najwa. Langkah kakinya terus dihayun menghampiri isterinya. Dia memeluk bahu Najwa yang tidak beralas. Waktu beginilah isterinya akan pakai baju yang agak ‘seksi’. Tan Sri Haji Zainal dan keluarga yang lain pun tak ada di rumah. Mereka ke kenduri di rumah Dato’ Shahidan.
“Ye..” jawab Irfan lembut.
“Abang kenapa mengeluh kuat macam tadi? Ada masalah ke?” soal Najwa penuh prihatin.
“Tak ada apa-apalah, sayang...” ucapan Irfan yang seolah-olah tenang itu bagaimana pun mengundang resah di dalam hati. Hendak diluah mati mak, hendak ditelan pula mati bapa. Tapi, takkanlah dia begitu pengecut dan terus berahsia?
“Helo, encik hubby. Jangan terlalu berahsia. Saya tahu awak ada problem. Just tell me what it is! Najwa akan menjadi pendengar setia abang mulai hari ini,” getus Najwa separuh berbisik. Lengan Irfan dipeluk erat.
Irfan bertambah gelisah. Peluh dingin sudah merenik di dahi. Tiada kata yang mampu terucap saat ini. Lidahnya kelu. Lama membisu, Irfan melepaskan pelukan di bahu Najwa. “Abang ke bilik air sekejap. Tunggu ek!”
“Okey, bang. Najwa tunggu dekat kerusi sini ye. Abang jangan lama-lama, Najwa ‘sejuk’.. karang takde orang nak peluk!”
Irfan tergamam. Pandai pula isterinya bermanja sekarang. Menggoda pun boleh dikatakan nombor satu. Irfan mengusap lembut rambut Najwa. Kasihnya begitu menggebu buat perempuan kesayangannya itu. “Okey, sayang. Jangan sampai sesak nafas pulak nanti.. abang ni memang suka peluk sayang pun..” seloroh Irfan.
Najwa tertawa kecil. Tergamam Irfan mendengar tawa manja si isteri yang sungguh memikat. Tidak pernah Najwa tertawa begitu sebelum ini. Adakah aku bakal kehilangan semua ini jika kebenaran itu terbongkar?
“Don’t worry. Najwa pun memang suka berada dalam pelukan abang. It feel warm.. warmth from your body and warmth from your heart,” ujar Najwa lembut. Pipinya kemerahan menahan perasaan malu. Tidak pernah lagi dia ‘berpujangga’ seperti ini.
Irfan tidak terkata apa-apa. Terus dia mencium dahi Najwa sepenuh hati. Air jernih berlinangan di pipinya. Sebuah keluhan kecil dilepaskan sebelum dia mengangkat kaki. “Terima kasih, sayang... abang ke bilik air dulu..” suara dikawal sebaik mungkin supaya kedengaran normal.


SABRINA menunggu Irfan di ruang meletak kenderaan syarikat Tan Sri Haji Zainal. Dia tersenyum memerhatikan kelibat Irfan yang sedang berjalan menghampiri sebuah kereta BMW. Dengan cepat langkah kakinya dihayun ke arah lelaki itu. Irfan nampak Sabrina datang. Dia ingin cepat-cepat memasuki perut kereta namun langkah gadis itu ternyata lebih laju.
“Hai, Encik Irfan!” sapa Sabrina dengan sejaring senyuman penuh makna.
“Assalamualaikum,” ucap Irfan acuh tidak acuh. Malas hendak melayan sebenarnya jenis perempuan gedik macam Sabrina itu.
Air muka Sabrina berubah. Amboi, tunjuk baik konon. Padahal hati macam iblis! Baik sangat ke kalau pernah rogol perempuan? Sabrina berdeham kecil. Kelu tekaknya dengan ucapan salam Irfan. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan kata.
“Walaikumsalam!” jawab Sabrina ringkas.
Irfan tergelak kecil sebelum menegur Sabrina. “Bukan walaikumsalam, tapi waalaikumussalam..”
“Yelah.. emm, Encik Irfan ada masa tak? Boleh kita keluar minum sama-sama?”
“I am so sorry. I’m afraid that I’ve got to go now. Isteri saya tengah tunggu di rumah. Lagipun, kita baru kenal kan. Saya ni pemalu sikit dengan orang yang saya baru kenal. Terutamanya perempuan macam awak.. emm, apa nama awak? Saya cuma ingat yang awak ni anak saudara Encik Borhan je,” balas Irfan. Sengaja dia menekankan perkataan ‘isteri’ itu. Dan sengaja dia berpura-pura tidak ingat nama Sabrina. Dipandang wajah Sabrina yang berubah merah padam. Lucu pulak. Irfan menahan tawa.
“Okay, I do understand.. but..”
“Baguslah awak faham. Saya balik dulu, ye?”
Sabrina mendengus. Geram serta sakit hati Irfan asyik menolaknya. Lepas itu, asyik nak menyindir. Berlagak betul jantan ni! Aku kena ajar dia! Okay, fine. Aku takkan mengurat kau tapi aku akan pastikan kau dengar cakap aku! Dipandang wajah Irfan yang selamba. Lelaki itu menaikkan tangan dan melambai-lambai mengucapkan selamat tinggal.
“Wait! Encik Irfan nak isteri Encik Irfan tahu yang Encik Irfan adalah orang yang merogol dia dulu?” Sabrina seakan ingin menjerit tetapi suaranya dikawal supaya tidak meninggi.
Berderau darah Irfan mendengar kata-kata ugutan Sabrina. Mana pula minah ni tahu pasal perkara tu? Takkan abah beritahu? Fizul? Tak mungkin! Apa kaitan si Sabrina ni dalam hal ni? Mana ada orang lain yang tahu lagi pasal ni. Irfan keresahan.
“Why? Sekarang dah rasa nak pergi minum-minum dulu ke? Dah mula rasa dahaga? Don’t worry saya ni jenis yang peramah walaupun dengan orang yang saya baru kenal,” sindir Sabrina pula memulangkan paku buah keras. Senyumannya melebar.
Irfan menutup kembali pintu kereta yang baru dibuka seketika tadi. Wajah polos Sabrina yang bermekap tebal itu dipandang dengan jelingan maut. “Hei, perempuan! Apa yang kau merepek ni, hah?!” tengking Irfan.
Hampir terlompat Sabrina mendengar jeritan Irfan. Jangankan kata dia, jantungnya pun terasa bagai ingin terloncat keluar dari tubuh. Sesekali dia berasa gementar melihat wajah serius Irfan. Menakutkan! Air liur ditelan, perlahan-lahan dia mengundur beberapa tapak ke belakang. Sedikit sebanyak dia berasa lega apabila ternampak pondok pengawal yang berada di hujung jalan keluar dari tempat meletak kenderaan itu.
“Saya tak merepek.. and you know that it’s all true. Apa yang saya baru cakapkan tadi tu, semuanya betul. So, how are you going to deal with this? Memang fakta tu takkan berubah. Awak yang rogol Najwa isteri awak yang buta tukan? Mentang-mentanglah dia buta...”
“Diamlah kau, perempuan!! Sekali lagi kau sebut, aku ganyang muka kau tu!” potong Irfan dengan tegas. Matanya dijegilkan kepada Sabrina, ingin menakut-nakutkan gadis itu.
Sabrina berundur lagi setapak. Air liur ditelan lagi. “Encik Irfan, itu kan memang fakta. Awak boleh ubah ke?”
Irfan terasa berdebar. Resah dan gelisah dengan kata-kata Sabrina yang sudah terlalu banyak mengetahui tentang peristiwa hitam itu. “Apa yang kau nak, hah?!” Irfan terjegil lagi pada Sabrina.
Semerta sekuntum senyuman terbit pada wajah Sabrina. Sinis. “Akhirnya... mengalah jugak..”
“Hei, kau jangan cuba nak beritahu sesiapa pasal ni. Aku tak tahu dari mana kau dapat tahu semua ni tapi kau kena tutup mulut kau. Faham?”
“Ada price kan untuk tutup mulut saya?” senyuman Sabrina kian melebar.
Irfan memandang tepat muka selamba Sabrina. Geram sangat dia dengan gadis itu. “Hei, aku kenal kau pun tak sebelum ni. Tapi sekarang ni baru aku kenal kau. Mata duitan rupanya. Menggunakan kelemahan orang lain sebagai senjata untuk mendapatkan wang ringgit!”
“What ever... asalkan saya dapat apa yang saya nak. So, rasanya 1 juta cukup kut?”
Irfan membesarkan matanya. “Apa? Kau dah gila ke, perempuan?!”
Serentak itu, tawa sinis Sabrina terburai. “Haiii.. takkanlah orang kaya takde duit sebanyak tu kut? Atau.. kedekut? Setakat 1 juta tu rasanya tak luak langsung dengan pendapatan tahunan syarikat ni kan?”
Rengusan Irfan kedengaran kuat. Manalah perempuan ni dapat tahu? “Hei, kau dapat tahu semua ni dari mana?”
“Aik? Bukan ke Tan Sri sendiri yang beritahu hari tu.. cara dia tu, kalau boleh nak satu hospital tahu pasal benda ni. Nasiblah saya je yang tahu, tau? Kalau tak, papa kedana nanti awak bila semua orang buat cara macam saya ni.. itulah orang cakap, kalau nak cakap sesuatu tu kenalah pandang-pandang. Kalau terlepas pandang, buruk padahnya!” Sabrina ketawa lagi. Puas hati melihat Irfan yang berlagak kini sudah menggelabah.
Irfan mengerutkan dahi. Cuba memproses apa yang baru disampaikan oleh Sabrina. Tiba-tiba sahaja dia dapat menangkap sesuatu dari maksud Sabrina itu. Tentu Sabrina ada terdengar perbualan aku dengan abah dekat hospital hari tu. Abah tertinggikan suara pada aku waktu tu. Sah, memang waktu tu! Irfan menggigit bibir bawahnya.
“Dah ingat?” soal Sabrina meneka. Keningnya terangkat sebelah bersama senyuman yang masih tidak lekang dari bibir.
“Diam!” bentak Irfan geram. Matanya mencerlung memandang Sabrina yang semakin berani berkata-kata.
“Kalau dah buat keputusan, just call me. This is my card...” ujar Sabrina menyuakan sekeping kad nama pada Irfan. Apabila Irfan buat tidak tahu, Sabrina terus memasukkkan sahaja kad itu ke dalam poket baju kemeja Irfan. “I know that we’ll meet again, darling. I hope so.. don’t worry I will keep your little secret for now! Assalamualaikum!” getus Sabrina separuh berbisik seraya berjalan pergi dari situ. Tawanya sinis.
Irfan terjerit kecil dan mengepal penumbuknya. “Argghhhhh!! Sial!!” bentak Irfan sendirian.


IRFAN duduk berteleku di sofa ofisnya. Ketukan di pintu biliknya membuatkan dia tersentak dari lamunan. Namun perasaan runsing dengan kata-kata Sabrina kelmarin masih terasa segar. Sampaikan semalam sewaktu di rumah, dia berpura-pura hendak tidur awal apabila Najwa ingin berborak dengannya. Padahal sebenarnya semalam dia langsung tidak dapat tidur semalaman. Hanya menatap seraut wajah Najwa yang lena dibuai mimpi di dalam pelukannya. Wajah itu sungguh tenang. Irfan sungguh menyayangi Najwa sehinggakan ketakutannya berganda apabila membayangkan saat di mana segala rahsianya terbongkar suatu hari nanti.
“Masuk!” laung Irfan kuat. Seorang pemuda kelihatan masuk. Dia memang menantikan kedatangan pemuda itu sejak tadi lagi.
“Duduk depan ni,” arah Irfan ringkas. Wajah pemuda itu dipandang tepat.
Sebaik sahaja pemuda itu melabuhkan punggung, Irfan menekan butang interkom menyuruh Mimi membuatkan dua cawan kopi untuk mereka berdua.
“So, nama you Adham? Private investigator yang agak terkenal tukan?” soal Irfan tenang.
Adham mengangguk-angguk. Tangan dihulur ke arah Irfan sebagai isyarat untuk berjabat tangan. “Yup, and it is nice to meet you Encik Irfan. Apa yang saya boleh bantu encik?”
Irfan menyambut huluran Adham. Mereka berjabat tangan. “Nice to meet you too. Emm, Actually I need you to look for some information. Pasal seorang gadis. Nama dia Sabrina. Dia anak saudara kepada salah seorang staf syarikat ni, Encik Borhan. Saya nak awak siasat latar belakang dia dan segala-galanya pasal diri dia. I want to know every single thing, okay?”
“Okey, Encik Irfan. Encik ada details lagi tak pasal perempuan ni? Kalau ada, encik boleh bagi pada saya untuk dijadikan bahan rujukan saya nanti,” soal Adham bersungguh-sungguh dan komited.
“Takde. Sebab tulah saya suruh awak tolong siasat. Sebab saya tak tahu apa-apa pasal dia. So, from now on, you can start investigating. Saya mengharapkan info-info ‘menarik’ pasal perempuan tu,” Irfan menjawab dengan kepala yang tergeleng-geleng dan kemudian terangguk-angguk pula.
“Baiklah, Encik Irfan. InsyaAllah saya akan cuba sedaya-upaya untuk memuaskan hati encik. Itu memang visi saya pun, memuaskan hati pelanggan. Jadi, kalau takde apa-apa lagi saya keluar dululah. Gembira dapat bekerjasama dengan Encik Irfan. It is an honour..”
“Ya, saya pun..” balas Irfan dengan senyuman. Tangan yang dihulur Adham, sekali lagi disambut. Mereka bersalaman sebelum Adham bergegas keluar dari situ. Komited sungguh Adham, sampai dah tak sabar-sabar hendak memulakan tugas.


SUASANA pada malam itu agak meriah dengan gelak tawa ahli keluarga Tan Sri Haji Zainal. Mereka sedang berbabeku di laman belakang rumah berdekatan dengan kolam renang. Tan Sri Haji Zainal yang beria-ia hendak membuat barbeku. Lagipun, memang keluarga mereka suka mengadakan aktiviti kekeluargaan seperti ini. Sebab itulah ikatan kekeluargaan mereka semua memang sungguh akrab. Walaupun menguruskan syarikat besar yang selalu mendapat projek berbilion ringgit, Tan Sri Haji Zainal tidak akan sesekali mengabaikan keluarganya. Itulah sifat yang paling dikagumi oleh Irfan dan ahli keluarga yang lain. Rasanya abahnya itu memang menjadi idola setiap lelaki untuk dijadikan contoh lelaki, suami dan bapa yang berjaya.
“Sayang makan banyak-banyak ye. Kasi gemuk-gemuk.. baru best peluk..” bisik Irfan seraya memasukkan beberapa ketul ayam panggang dan sosej ke dalam pinggan Najwa.
Darah terasa menyerbu ke wajah Najwa. Adakah patut Irfan bisik yang bukan-bukan macam itu di depan semua ahli keluarga. Kan dah merah muka aku ni. Kalau semua nampak riak wajah aku ni, mesti dia orang akan fikir bukan-bukan! Najwa lantas memprotes. “Abang! Oh, kira sekarang ni abang tak sukalah nak peluk Najwa sebab tak gemuk? Gitu?” Najwa menjauhkan tangannya dari digenggam oleh Irfan.
Suara ketawa Irfan kedengaran. “Amboi, dah pandai merajuk pulak isteri abang ni. Just kidding laaaa.. itu pun nak merajuk ke..” tangan Najwa kembali digenggam.
“Siapa isteri yang tak merajuk bila dengar ayat macam abang cakap tadi tu?” Najwa tarik muncung.
“Tapi betul apa. Kalau berisi sikit, lagi sedap peluk tau. Kenapa nak merajuk pulak. Abang bagi cadangan je!” usik Irfan.
“Abang ni kan...” bibir Najwa sudah terjuih-juih pulak. Najwa rasa macam nak cubit-cubit Irfan tetapi tak dapat. Kedua-dua belah tangannya dipegang erat-erat oleh suaminya itu. Nak meronta, takut diperasan oleh semua ahli keluarga pula.
“Takdelah, sayang macam ni pun dah okey. Abang bergurau saja, sayang. Janganlah muncung macam tu..”
“Kenapa kalau muncung macam ni pun?” duga Najwa.
“Abang tak boleh tengok..”
“Kenapa tak boleh pulak?”
“Sebab... abang jadi geram. Nanti abang terus angkat sayang ke bilik. Lepas tu, abang akan ‘kerjakan’ bibir sayang tu..” suara Irfan berubah nakal namun nada suaranya masih berbisik.
Najwa menelan liur. “Abang.. ini bukan masa nak menggatal!”
“Kenapa? Bila masa abang menggatal?”
“Tu.. tadi cakap apa?” rengek Najwa separuh berbisik. Manja betul.
“Cakap apa? Pasal nak ‘kerjakan’ mulut sayang?” duga Irfan dengan senyum nakal yang semakin melebar.
Najwa sekadar mengangguk perlahan. Pipinya terasa membahang.
“Maksud abang ‘kerjakan’ tu ialah... nak tolong..”
“Tolong apa?”
“Tolong disiplinkan mulut sayang tu dengan cili padi.. baru lain kali tak muncung macam tadi dah. Mana part yang ‘menggatal’ tu, sayang?” seloroh Irfan lalu ketawa besar.
Najwa menggetap gigi, geram. “Abang ni!” marah Nadia dengan bibir yang semakin memuncung.
Terasa suhu kepanasan wajahnya kian meningkat dari saat ke saat. Alamak! Parah ni. Mana nak sorok muka ni?? Menggelabah Najwa apabila mengenangkan yang mungkin semua ahli keluarga yang lain dah dengar tawa besar Irfan yang sedang meledak. Nanti mesti perhatian mereka akan beralih pada Najwa dan Irfan.
“Wahhh, wahh.. ada orang kena usik. Muka merah menyala.. Oh, patutlah tadi ajak Kak Najwa duduk jauh sikit dari kami. Rupa-rupanya nak mengusik isteri dia!” Alida tersengih.
Tan Sri Haji Zainal dan Puan Sri Hajjah Zairiah juga turut tertawa. Lucu melihat Najwa yang sudah seperti cacing kepanasan. Tertunduk dan membisu dengan muka merah menyala. Sesekali sebuah senyum kecil terbit. Entah kenapa, dia berasa bahagia mendengar gelak tawa semua ahli keluarga itu. Hatinya berbunga-bunga walaupun masih geram dengan Irfan yang mengusiknya.
Irfan turut tersengih. Suka pula dia mendengar usikan Alida. Najwa pula tertunduk. Geramnya pada Irfan masih bersisa. Nasiblah mereka masih di situ. Kalau tak, dah lama Irfan kena cubit dekat perut.
“Dah, makanlah.. jangan mengusik si Najwa tu lagi. Kesian dia.. Najwa sayang, ke sinilah sebelah umi. Ir takkan berani mengusik lagi kalau Najwa ke sini..” Puan Sri Hajjah Zairiah bangun dan memimpin perlahan tangan Najwa. Sampai di tempat duduknya tadi, Najwa turut melabuhkan punggung di sebelah. Bahu Najwa dipeluk erat. Sayang betul dia pada menantunya itu, sayang sangat-sangat! Macam sayangkan anak-anak sendiri.
“Ala, umi. Mana boleh ‘rampas’ isteri Ir macam tu...” Irfan sengaja merengek macam kanak-kanak ribena.
Semua tertawa lagi dengan riang. Kebahagiaan mereka sekeluarga memang sungguh jelas terpampang pada sesiapa sahaja yang sudah lama atau baru mengenali keluarga mereka. Kerana kasih sayang mereka adalah berkat kasih sayang dari Allah SWT. Kerana mereka saling menyayangi kerana Allah SWT. Lillahi..


BEBERAPA hari berlalu..
Irfan menilik jam di tangan. Sudah hampir pukul 7 malam. Kerja-kerjanya sudah disiapkan tepat pada masanya kerana pada malam ini dia mempunyai janji temu dengan isterinya. Dia akan membawa Najwa ke sebuah restoran untuk makan malam pada pukul 8 malam nanti.
Usai mengemaskan meja kerja, dia berjalan keluar dari bilik berdinding kaca itu. Mimi yang juga masih belum pulang, kelihatan tersenyum ke arahnya. Tentu kerja gadis itu masih berlambak. Irfan kenal benar dengan abahnya yang tegas. Tambahan lagi, sekarang sudah akhir bulan. Sudah menjadi rutin Mimi pada hujung setiap bulan untuk membuat kerja lebih masa menyemak semula penyata yang diserahkan oleh jabatan pemasaran dan kewangan sebelum diserahkan pada Tan Sri Haji Zainal keesokan harinya.
“Mimi, banyak lagi kerja awak ke? Kesian..” soal Irfan dengan sebuah senyum mesra.
Mimi mengangguk. “Yelah, Encik Irfan. Tan Sri nak tandatangan besok lepas check semua ni. Kenalah buat jugak. Dah memang kerja saya untuk semak dulu sebelum bagi Tan Sri semak kali kedua dan tandatangan..”
“Oh, jangan lewat sangat. Bahaya dunia sekarang ni. Kalau dah lewat, ajak la sesiapa yang masih belum balik kat tingkat bawah tu.. balik sama-sama..” pesan Irfan prihatin.
“Baiklah, Encik Irfan. Jangan risaulah. Saya dah biasa.. lagipun, kalau lewat sangat balik nanti saya akan call housemate datang ambil depan ofis. Nasiblah dapat housemate yang sporting macam tu, encik..” ujar Mimi sekadar memberikan alasan.
Padahal dia segan hendak menyebut pasal tunangnya yang selalu datang mengambilnya jika dia terpaksa kerja sehingga lewat malam. Arif memang sangat mengambil berat dan pandai menjaganya. Sebab itulah dia setuju bertunang dengan lelaki itu. Dan Mimi sangat bersetuju untuk menjadikan lelaki itu sebagai suaminya nanti.
“Okeylah kalau macam tu. Saya balik dulu! Assalamualaikum. Take care, okay?” ucap Irfan sebelum berlalu. Dia singgah di surau dahulu untuk menunaikan solat maghrib.
Selesai solat, Irfan bergegas ke tempat meletak kenderaan. Tidak sempat dia hendak membuka pintu kereta, bahunya terasa dicuit seseorang. Irfan menoleh. Wajah Sabrina memenuhi ruang matanya dan bau minyak wangi gadis itu yang kuat terasa menyesakkan nafasnya.
“Hai! Jumpa lagi..” ucap Sabrina. Pandangan sinis dihadiahkan kepada Irfan.
Irfan juga tidak kurangnya, turut membuat muka sinis. Matanya tajam mencerlung merenung Sabrina yang gila itu. Mana tak gilanya, hampir setiap hari Irfan diganggu panggilan telefon gadis itu. Bila tidak dilayan, berani datang sekali lagi ke sini semata-mata hendak bertemu Irfan.
“Kau nak apa lagi ni?!” bentak Irfan kuat.
“Helo, awak dah lupa perjanjian kita? Mana dia duit yang saya nak tu?” Sabrina memetik jari di depan batang hidung Irfan.
Irfan masih bersabar kerana Sabrina adalah seorang perempuan. Kalau lelaki, dia sudah lanyang-lanyang muka sampai jadi macam rupa bangunan tak siap. “Aku takde janji apa-apa dengan kaulah perempuan gila!”
Sabrina menjegilkan matanya. “Hei, awak nak panggil saya gila ke apa ke, silakan. Asalkan awak bayar jumlah yang saya minta tu! Atau nanti, jangan sampai saya hilang sabar.. awak betul-betul nak isteri awak tahu siapa diri awak ke?!” giliran Sabrina yang menjerkah.
“Hei, betina. Opss.. sorry. Perempuan! Kau ingat aku ni bodoh ke nak bagi kau wang sebanyak tu? Kau ingat aku ni apa? Aku takde duit sebanyak tu dan aku takkan bagi walau sesen pun untuk kau walaupun aku ada duit..”
Bertambah besar bukaan mata Sabrina. “Nampaknya, kau memang tak nak bagilah ni?” akibat terlalu sakit hati, Sabrina juga menggunakan ‘aku-kau’ dengan Irfan.
Entah macam manalah Najwa boleh hidup dengan lelaki seangkuh ini? Tak ada lagi lelaki yang berani berkasar dengan aku kecuali mamat ni. Semua lelaki yang kenal dengan aku, semuanya akan cair dan mendengar cakap. Bukan macam mamat sombong dan berlagak ini! Sabrina menggumam bibirnya. Geram giler dia dengan Irfan!
“Kau jangan haraplah..”
“Kau tak takut aku beritahu isteri kau ke? Kau nak sangat dia tahu?!” ugut Sabrina keras.
“Kau nak cakap? Cakaplah dekat dia. Aku baru je cakap dekat dia dua hari lepas. Memang dia marah, memang dia merajuk. Tapi aku akan cuba pujuk hati dia. Kau nak beritahu apa lagi? Buang masa kau aje..” Irfan cakap lepas tanpa berfikir panjang. Hanya itu sahaja cara untuk menutup mulut gadis yang bermata duitan seperti Sabrina itu.
Sabrina menggetap gigi memandang kakinya. Kedua belah tangannya dikepal-kepal kemas. Geram dan sakit hati. Tergamam pun ada juga. Takkanlah Irfan begitu berani sampaikan boleh pula berterus-terang pasal perkara itu? Tak mungkinlah! Sabrina memandang semula ke wajah Irfan.
“Kau tipu, kan? Kau sengaja nak buat aku terus tutup mulut aku? Hei, kau jangan ingat aku ni bodoh sangatlah!” bentak Sabrina.
Terasa berderau darah Irfan namun dia tetap cuba mengawal riak wajah supaya tidak ketara perasaan gelisah di dalam hatinya. “Buat apa aku nak tipu pulak? Kalau kau nak sangat, kau pergilah beritahu. Dah tak ada gunanya.. lagipun, kau berani ke sini sorang-sorang jumpa aku? Aku ni lelaki.. kau tu perempuan. Sekali je aku hentam muka kau, pecah tau!”
“Kau dayus? Isteri kau pun kau pernah rogol, jadi aku tak hairan kalau kau dayus sampai nak pukul aku pulak. Kau cuba apa-apakan aku, aku jerit kuat-kuat. Nanti guard dengar, habis kau!” kata Sabrina dengan berani. Walaupun dia sedikit kecut dengan ugutan Irfan, dia tetap cuba untuk memberanikan diri.
Irfan tertawa besar. Sabrina bingung dengan tawa Irfan yang sinis itu. Lebih kepada ketawa mengejek. Apahal pula mamat ni? Janganlah dia kotakan apa yang dia nak buat tadi tu! Sabrina menelan air liur. Kecut perut.
“Hello, miss. Syarikat ni siapa yang punya? Kau ke? Nak ke guard tu percayakan kau? Sekali aku panggil je, dia orang boleh seret kau keluar dari sini tau?” ejek Irfan.
Sabrina menggelabah. Memang benar apa yang baru sahaja Irfan cakapkan. Ini bukan tempat parking awam tapi tempat parking para pekerja syarikat ini. Dia pula hanyalah orang luar yang mencuri masuk atas alasan hendak berjumpa dengan pak ciknya Encik Borhan.
“Okey, takpe. Hari ni hari kau. Kau tunggu hari aku pulak! We’ll see siapa yang akan menang. Kau atau aku!” cabar Sabrina dengan perasaan sakit hati. Dia terus berlalu dari situ. Wajahnya sangat masam, boleh menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat. Tetapi wajah itu langsung tidak menggerunkan hati Irfan. Sikit pun tidak!
Irfan menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia boleh melengah-lengahkan Sabrina sebelum Adham melaporkan mengenai latar belakang serta maklumat tentang Sabrina pada keesokan hari. Tentu ada sesuatu yang boleh digunakan untuk mengugut gadis itu pula.
Tanpa membuang masa, Irfan terus memasuki perut kereta. Bimbang nanti terlambat pula hendak keluar makan malam dengan Najwa. Sebenarnya Irfan nekad hendak memberitahu Najwa pada malam ini. Dia ingin menceritakan segala-galanya. Dia berharap untuk memulakan hubungan berdasarkan kejujuran dengan Najwa. Bukan penipuan begini.


IRFAN terpegun sebaik sahaja Najwa keluar dari bilik. Sejak tadi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik. Alida begitu berkeras hendak mekapkan Najwa dan memilih baju yang sesuai. Hasilnya, penampilan Najwa kini sememangnya nampak begitu anggun dan jelita. Pandai Alida mengenakan mekap pada wajah Najwa kerana seraut wajah itu tetap nampak semulajadi cantik. Macam tak pakai mekap pun ada juga. Baju jubah labuh berwarna hitam manik-manik halus itu dibeli khas oleh Puan Sri Hajjah Zairiah sendiri sebagai hadiah kepada menantu kesayangannya itu beberapa hari yang lepas. Tudung bawal bercorak bunga-bunga kecil dan besar berwarna hitam putih itu pula dibeli Alida kelmarin. Kena time pula dengan dinner ini.
“Sudah-sudahlah tu bukak mulut, bang. Nanti masuk lalat!” seloroh Alida. Bahu abangnya ditepuk perlahan.
Irfan tersentak dari rasa terpukau tadi. Dengan cepat dia mencubit pipi Alida. “Apa yang Lida merepek ni?”
“Aduh! Alaa, Abang Ir ni.. lepaskanlah pipi Lida ni... Lida tolong mekapkan isteri abang ni dah kira kena belanja makan tau lain kali. Lagipun, betul apa tadi abang sampai ternganga. Hampir nak meleleh air liur tu!”
Alida tertawa dan berlari menyelamatkan dirinya. Selebihnya, dia mahu meninggalkan Irfan dan Najwa berdua-duaan di saat istimewa seperti sekarang. Romantik juga abangnya itu. Alida bersyukur kerana Irfan tidak bersikap seperti dulu. Layanan Irfan pada Arissa dulu memang selalu menyakitkan hati Alida yang melihat.
“Hmm, dah blah pun Lida..” getus Irfan dengan tawa kecil.
Najwa masih membungkam. Pipinya merah sejak tadi, tetapi bukan disebabkan pemerah pipi. Dia berasa segan membayangkan yang dia kini sedang direnung oleh Irfan dengan mekap seperti itu. Agaknya apalah komen Irfan kerana dia sendiri pun tak boleh nak komen sebab tak boleh tengok sendiri wajahnya di cermin.
“Sayang.. You look beautiful,” puji Irfan ikhlas, separuh berbisik. Pipi Najwa disentuh lembut dan dielus-elus. Memang mekap yang nipis sahaja. Comel sangat Najwa bila bereaksi tergamam dengan tiba-tiba.
“Err.. betul ke ni? Emm, tak puas hati sebenarnya sebab tak dapat tengok sendiri. Rasa macam tak patut je Najwa kenakan mekap macam ni, kan?” tiba-tiba Najwa seperti menggelabah. Malu barangkali kerana selama ini dia tidak pernah mekapkan wajahnya.
Sewaktu berkahwin pun, dia tak nak wajahnya dikenakan mekap. Nasiblah tiada sesiapa yang memaksa. Sebelum-sebelum ini pun, Najwa sekadar memakai bedak baby powder dan lip balm sahaja. Itu pun sudah terasa cukup baginya. Kali ini, Alida yang beria-ia memaksa hendak mekapkan dia. Itu yang membuatkan Najwa mengalah.
Irfan memegang tangan Najwa yang sudah hampir mengelap segala mekap yang tercalit pada wajahnya. “No.. you look gorgeous, sayang. Bila tak mekap pun lawa.. bila mekap pun lawa. Lagipun, mekap ni tak tebal. Don’t worry. Lida tahu yang sayang ni tak payah nak kenakan mekap tebal-tebal pun takpe sebab dah memang sayang ni semulajadi cantik sangat dah, sayang..”
Najwa tersenyum sendiri. Suka mendengar pujian si suami. Bertambah-tambah perasaan sayangnya pada lelaki yang sudi menerima segala kekurangan dirinya itu. Kekalkanlah hubungan ini hingga ke hujung nyawa kami, ya Allah.
“Thanks abang.. for your kind heart..” ucap Najwa terharu.
Irfan tersentap mendengar ucapan itu. Terasa diri sangat palsu bila dikatakan ‘baik hati’ oleh Najwa. Kalaulah Najwa tahu aku yang merogol dia, apa agaknya ucapan yang akan aku terima? Tentu maki hamun sahaja... Irfan tertunduk.
“Jomlah, sayang. Dah lambat ni..” panggil Irfan seraya memeluk erat pinggang Najwa. Isterinya itu sekadar tersenyum dan mengangguk. Irfan mengeluh kecil seraya menjeling senyuman Najwa yang nampak bahagia. Lalu Irfan juga tersenyum.. hambar.


SEBUAH restoran eksklusif menjadi tempat Irfan menempah pakej makan malam romantik. Walaupun Najwa tidak dapat melihat suasana ruang bilik makan peribadi mereka sekarang, Irfan sudah memberitahu pengurus restoran berkenaan supaya buatkan bilik itu berbau harum. Haruman yang boleh memberikan kesan romantik di dalam hati serta muzik yang boleh membuai-buai jiwa seorang wanita.
“Emm, wangilah bilik ni..” ujar Najwa sebaik sahaja duduk di kerusi.
“Sayang suka tak?” Irfan tersengih lalu turut melabuhkan punggung di kerusi sebelah Najwa. Dia kena duduk di situ bagi memudahkan dia membantu Najwa sekiranya isterinya itu perlukan apa-apa.
“Suka sangat, bang. Kalaulah Najwa dapat melihat, mesti dah dapat tengok bilik ni. Cantik hiasannya, bang?”
“Ye, sayang.. emm, bilik ni bertemakan ‘secret garden’. Kita duduk kat tengah-tengah ni, kat sekeliling ni ada air. Macam ‘mini pond’.. romantik kan dinner ‘atas air’.. kat tepi sana, ada bermacam jenis pokok bunga dan pagola mini. Mungkin tempat bersantai lepas dinner nanti. Warna lampu agak gelap, warna kuning nak oren. Tapi cukup cerah jugak.. macam hari nak hampir ke senja tu warna dia..” terang Irfan panjang lebar, cuba memberikan gambaran tentang bilik tersebut. Sesekali dia terasa sayu kerana Najwa tidak dapat melihat semua ini.
“Wah.. cantiknya, bang. Tapi, buat apa abang tempah bilik macam ni? Bukan Najwa dapat tengok pun. Mesti mahal kan? Buat rugi je, bang..” getus Najwa perlahan. Sebenarnya di dalam hati, dia berasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat melihat keindahan bilik ini. Yang paling dia terkilan, dia tidak dapat melihat keindahan wajah insan di sebelahnya ini. Insan yang bergelar suami. Yang teramat dia hormati dan cintai.. dah takdir Allah SWT dia cacat penglihatan begini. Najwa redha walaupun terasa sedih..
“Abang tak nak layan sayang macam sayang ni berbeza dari orang lain. Kalau ada perbezaan pun sayang dengan orang lain, perbezaannya ialah sayang adalah orang teristimewa dalam hidup abang dan orang lain tak istimewa langsung. Maksud abang, orang-orang lain yang tak rapat dengan abang la. So, layanan istimewa ni adalah untuk insan teristimewa dalam hidup abang.. Adnin Najwa, my wife.. the love of my life! Lagipun, sekali sekala aje kita makan-makan macam ni. Ingat abang suka makan kat tempat macam ni sangat ke? Selalu abang makan kat kedai nasi kandar je tau,” suara romantis Irfan membuatkan Najwa tersentuh hati. Rasa sesak dadanya dengan perasaan bahagia dan juga terharu.
“Terima kasih, abang. Jangan tinggalkan Najwa, bang. Najwa hanya ada abang dan juga family abang je sekarang ni dalam hidup Najwa. Hanya dengan abang.. Najwa rasa selamat..” tangan Irfan yang menggenggam tangannya, digenggam kembali dengan seerat yang mungkin. Tidak mungkin dia boleh hidup tanpa lelaki ini.
“I love you, sayang..” ucap Irfan seraya mengucup dahi Najwa.
“I love you too... so much!” balas Najwa dengan sebuah linangan air mata. Terasa air matanya dikesat oleh jemari kasar Irfan.
“Shh.. dah, jangan menangis. Nanti comot mekap sayang tu. Selama ni tak mekap, takpelah nak nangis pun. Ini dah ada mekap. Nanti malu abang nak keluar dari sini berjalan dengan perempuan comot,” usik Irfan dengan sebuah cuitan di batang hidung Najwa. Ditarik dan dipicit sedikit hidung mancung itu sehingga kemerahan. Comel! Irfan tersengih.
“Abang!” Najwa buat-buat marah. Hidungnya diusap-usap lembut. Agak pedih juga dipicit Irfan tadi.
Tiba-tiba pintu bilik makan itu diketuk beberapa kali oleh pelayan khas yang ingin menghantar makanan. Pelayan itu adalah pelayan khas yang diupah hanya untuk melayan mereka sahaja. Kebanyakan orang memanggil pelayan begitu sebagai butler.
Selepas makanan sampai, mereka makan dengan penuh berselera. Irfan banyak menyuapkan Najwa makan. Najwa nak makan sendiri pun tidak dibenarkan. Katanya, nak memanjakan isteri. Najwa tersenyum gembira dengan layanan Irfan. Sangat first class!


NAJWA memandang telefon bimbitnya dengan perasaan gembira yang teramat sangat. Perbualan dengan Tinie tadi membuatkan hatinya berasa sungguh bahagia dan dia sudah tidak sabar-sabar lagi hendak memberitahu Irfan. Bagaimanalah agaknya reaksi lelaki itu nanti? Perbualan dengan Tinie tadi sekejap sahaja, tetapi kesannya sampai sekarang ni masih melonjak-lonjak rasa di hati.
Tinie memberitahu bahawa Najwa sudah mempunyai penderma untuk menjalani pembedahan mata. Tidak lama lagi, jika diizinkan Allah tentu Najwa dapat melihat wajah Irfan. Hanya itulah yang selama ini didoakan oleh Najwa dan kini Allah telah memperkenankan doanya. Najwa sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT lalu bersujud syukur seketika tadi.
Sebaik sahaja Najwa mendengar pintu bilik terkuak dari luar, Najwa terus terbangun dari duduknya. Dia tersenyum-senyum seraya mengalirkan air mata kesyukuran. “Abang?”
“Ye, sayang. Kenapa tiba-tiba berdiri mengejut macam tu? Kalau jatuh nanti, macam mana?” rungut Irfan dengan perasaan risau.
“Abang..” panggil Najwa lagi dengan wajah girang. Dia sudah kematian kata. Tidak tahu bagaimana hendak memulakan ayat. Macam nilah jadinya kalau dah terlalu gembira.
“Sayang.. I have something to tell you,” ujar Irfan penuh nekad. Dia hendak memberitahu segala-galanya pada Najwa pada malam ini juga seperti yang sudah dirancangnya. Giginya diketap, ingin menahan perasaan berdebar dan keresahan.
“Me too. Najwa pun ada sesuatu nak beritahu abang. Tapi, abang cakap dululah. Okey?” getus Najwa. Tangan Irfan yang mulai kemas memeluk bahunya, dikucup. Mereka duduk di birai katil bersama-sama.
Irfan membungkam seketika. Hmm, ada baiknya jika aku yang cakap dulu. Sebab aku tak nak bertangguh lagi perkara ni. Aku dah tak mampu nak menipu Najwa.. Irfan tunduk sambil menarik nafas yang panjang. Tangan Najwa dipegang. Kemudian dia memeluk lama tubuh Najwa. Dia sangat takut sekiranya dia sudah tidak boleh memeluk tubuh itu lagi selepas ini.
“Kenapa ni, bang?” Najwa berasa tidak sedap hati. Bagai ada sesuatu yang tak kena. “Abang nak beritahu sesuatu yang buruk ke?”
Irfan menelan liur. Dicium pipi Najwa. “Ye, sayang..” ada air mata yang jatuh. Dia sudah dapat membayangkan Najwa yang patah hati selepas dia memberitahu segala-galanya nanti.
“Kenapa ni? Buruk sangat ke berita abang?”
Irfan diam. Air matanya masih laju. Rasa sebak membuatkan dia berhenti bercakap buat seketika. Tidak mahu Najwa tahu yang dia sedang menangis. Selepas berasa sedikit tenang, Irfan mulai menarik nafas dan dilepaskan. “Sayang.. do you trust me?”
“Of course.. kenapa, bang?”
“Sayang akan terus percayakan abang, kan? Walaupun apa yang abang akan cakap lepas ni.. sayang akan terus percayakan abang, kan?” duga Irfan. Dia sungguh takut! Ngeri apabila membayangkan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas ini.
“Kenapa ni, bang? Ada yang tak kena ke sampai abang cakap macam ni dengan Najwa?” Najwa sudah tidak senang duduk. Bagai ada sesuatu yang tidak kena pada nada suara suaminya. Macam sedang menahan tangis.
“Just answer my question. Adakah sayang akan terus percayakan abang?”
Najwa terdiam. Matanya dibesarkan sedikit. “Abang, Najwa memang percayakan abang dan akan terus percaya. Kenapa, bang? Abang menangis ke?” digenggam tangan Irfan. Lelaki itu kembali memeluk Najwa.
“Apa yang abang bakal beritahu ni, abang nak sayang percaya yang abang langsung tak berniat. Abang ikhlas dengan sayang selama kita berkahwin ni, sayang. Abang harap sangat yang sayang akan maafkan abang dan terus percayakan abang. Can you?” pinta Irfan dengan penuh berharap. Dia mengelap air mata di pipinya yang kian membanjiri.
Najwa menelan liur. Semua yang baru dicakapkan oleh Irfan membuatkan hatinya berasa tidak sedap. Bagai ada sesuatu yang buruk yang akan berlaku pada hubungan mereka. Takkanlah...
“Abang nak bernikah lagi satu ke? Kalau yang tu.. Najwa redha, bang. Andai boleh membahagiakan abang. Najwa ni buta dan tak boleh nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin. Jadi, Najwa rela dimadukan.. Najwa percaya, abang seorang yang adil..” ucap Najwa lemah. Terasa hendak pengsan dia mengeluarkan perkataan-perkataan beracun itu yang paling digeruni oleh semua wanita.
Irfan menepuk dahi. Sampai ke situ pula Najwa ni berfikir. “Taklah, sayang.. bukan itu yang abang nak cakapkan..”
“Habis tu? Apa? Abang buat Najwa rasa berdebar-debar ni tau tak.. rasa nak pengsan tadi bila Najwa beri keizinan abang kahwin lagi satu!” seloroh Najwa, cuba membangkitkan suasana suram di antara mereka.
“Eh, dia yang beri keizinan.. dia pulak yang nak pengsan? Kira tadi tu tak ikhlas la bagi abang kahwin lagi satu? Baru nak plan tadi,” duga Irfan. Dia pun cuba untuk membuatkan hatinya berasa sedikit tenang.
“Abang!” protes Najwa keras. Dicubit pinggang Irfan sehingga lelaki itu terjerit kecil. Tawa kecil diledakkan.
Irfan menarik nafas lagi. Wajah Najwa dipandang sayang. Entah bila lagi dia dapat melihat wajah manja itu selepas ini? Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang tahu betapa aku sayangkan isteri aku ni... Irfan mengelap air mata yang mengalir lagi di tubir matanya.
“Sayang.. I am so sorry. Tapi abang kena juga beritahu semua ni. Sebab sayang dah jujur dengan abang. Dan abang pun patut jujur dengan sayang.. Biar pun selepas ni rumah tangga kita bakal dilanda badai, abang rela. Asalkan kita hidup bersama berlandaskan kejujuran..”
“Maksud abang?” Najwa kembali berasa tidak senang hati.
“Abanglah orangnya... orang yang sama yang pernah merogol sayang dulu. Abanglah orang yang dah pernah meragut segala-galanya milik sayang... takdir Allah, mempertemukan kita kembali. Tapi kita dipertemukan dalam sebuah kemalangan. Kemalangan yang menyebabkan sayang hilang penglihatan. Agaknya, inilah balasan Allah pada lelaki dayus macam abang ni! Tolonglah percayakan perasaan abang ni. Abang ikhlas terhadap sayang. Ikhlas mencintai sayang.. tolonglah jangan membenci abang... maafkanlah abang, sayang. Abang sayangkan sayang sangat-sangat..” tangis Irfan. Kali ini esakannya bergema. Dia sudah tidak mampu hendak menahan tangisannya dari terhambur.
Dilihat wajah Najwa yang mulai berubah. Wajah itu tidak seceria tadi lagi. Hilang terus sinar bahagia dari mata isterinya itu. Lama-kelamaan, Irfan perasan ada air mata yang meleleh dengan banyak di pipi Najwa. Sayang... maafkan abanggg..

p/s : sorry late update... 
Ditulis oleh ღAuni_Amauniღ pada 11/11/2012 01:17:00 PM
Labels: Kurelakan Kasihmu

30 comments:

  1. AnonymousSunday, November 11, 2012 at 2:09:00 PM GMT+8

    apa akan tjadi lepas ni?apa tindakan najwa eyh?dh la tinie ckp dh ada penderma mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. masturaMonday, November 26, 2012 at 4:46:00 PM GMT+8

      boleh ke najwa terima kenyataan. eee sedihnya.

      agak2 bile ek nak sambung bab lain. tak sabar laaa

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  2. AnonymousSunday, November 11, 2012 at 3:22:00 PM GMT+8

    najwa.. please jangan tinggalkan irfan.
    thanks auni.

    -jaja-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. sharizaSunday, November 11, 2012 at 8:02:00 PM GMT+8

    Bezz..suspens je nk tau pe najwa jwb..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. UnknownSunday, November 11, 2012 at 8:43:00 PM GMT+8

    aduhai....mcm mna ya penerimaan Najwa? kak Auni..... nnti cept2 update erk? nasib baik sy xlupa lg bab yg leps. hihi

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. kak idaSunday, November 11, 2012 at 8:58:00 PM GMT+8

    salam dik..
    E3 yg membuat kita terharu..marah..dan mengharap..

    Terharu melihat bagaimana Ir telah berubah dan menyayangi Najwa sepenuh jiwa dan raganya..perasaan bersalah akan peristiwa silam yg dia buat pada Najwa menghantui dirinya..

    Perasaan marah pada sabrina..macam nak jetus jetus kepalanya.. nasib baik ir..tidak terpengaruh dengan ugutan minah sengal tu..akak harap adham dapat menyelongkar rahsia hitam wanita ni..agar dia dapat menggunakan rahsia itu utk menutup mulut dan sekaligus menghindarkan wanita itu dari mengugut dirinya dan mengkhabarkan cerita itu pada akhbar dan menjadikan dia berita sensai yg akan menyebabkan business familinya terjejas..
    Pergh..betapa sedihnya akak rasa ..untuk najwa menelan berita yg mengejutkan dari suaminya yg disayangi sepenuh hatinya..tidak disangka hubbynya org yg tleh merosakkan masa depannya..tapi akak berharap agar najwa dapat memaafkan Ir akan kesalahan yg dilakukan kepada dirinya kerana jejaka itu telah menunjukkan keihlasannya semenjak berkawen dengannya..sebagaimana Ir dapat menerima kekurangan dirinya akak berharap agar Najwa dapat memaafkan khilaf suaminya dan move on with their marriage life..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. Eppy SafriSunday, November 11, 2012 at 10:08:00 PM GMT+8

    Adui.. adakah najwa akn meninggalkn Ir..
    X mo lh sedey2 lg sian najwa asyik sedey..
    Bglh kegembiraan buat najwa..huhuhuu
    Akhirnya ir menjujurkn diri dia...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. AnonymousMonday, November 12, 2012 at 2:16:00 AM GMT+8

    cedihnye..rsa takut la konflik nk dtg nie...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. arzalifMonday, November 12, 2012 at 12:02:00 PM GMT+8

    Akhirnya irfan ckp jg,mcm mn reaksi najwa jgn dia tgalkn irfan sudahlah.br nk senyum bahagia,mesti najwa sedey sgt kan huhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  9. arzalifMonday, November 12, 2012 at 12:05:00 PM GMT+8

    Alahai ciannnya kat najwa,br nk senyum bahagia dpt pula berita sedey.cmnerla agaknya,mesti dia benci kat irfan lps ni kan.nak2 pula dia dh dpt pnderma mata.jgn dia tgalkn irfan udahla...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  10. nursyaMonday, November 12, 2012 at 2:25:00 PM GMT+8

    Alahai...sedey la plak..huhuhu...
    Ape reaksi najwa pasni..dia bgtau kat ir ke pasal mata tu??!
    Xsbr tggu n3 br..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  11. Hafia HanaMonday, November 12, 2012 at 4:06:00 PM GMT+8

    jgn la sedey2...
    biarlah najwa terima dgn redha.
    lgpun ir dh brubah kn.
    give him 2nd chance la beb

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  12. AnonymousMonday, November 12, 2012 at 6:30:00 PM GMT+8

    ni yg tmbah berdebar ni sis!!

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  13. AnonymousMonday, November 12, 2012 at 9:25:00 PM GMT+8

    kak, please jgn buat mcm enovel lain.. ade konflik skit, nk lari ar, cerailar.. please2.. klise sgt story mcm tu.. setiap org berhak dpt peluang kedua...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  14. zooraMonday, November 12, 2012 at 10:42:00 PM GMT+8

    phheewww!!! finally he confessed!!! semput tunggu ir buka mulut...geram pon ada...najwa nak wat apa cik auni????

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  15. AnonymousTuesday, November 13, 2012 at 9:29:00 AM GMT+8

    sedih pulak.. :(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  16. AnonymousTuesday, November 13, 2012 at 1:47:00 PM GMT+8

    fuhhhh.... lega cose finally Ir dh confess.. tapi sedih & kesian kt Najwa plak.. huhuhu..

    cik Auni, t tulis smbgan yg saspens cket... bg Najwa tu majuk lama & tinggalkan Ir for a while ker... hihi... cadangan je ye..

    aja-aja fighting, cik writer!

    ~Miss Peace~

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  17. AnonymousTuesday, November 13, 2012 at 4:56:00 PM GMT+8

    confess jugk akhirnya..
    mst najwa tkejut pstu tingglkn Ir...
    x jd kabo dia dpt penderma..wuaa..
    sedeynyeee..
    xsbr nk tau entry strsnya cpt smbng...

    ara

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  18. iezzluckyTuesday, November 13, 2012 at 9:25:00 PM GMT+8

    best.... memang terbaek la cite ni... akhirnya irfan mengaku jgk kesilapan diri sendiri.. hope najwa tetap menerima ifran sebagai suami...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  19. fatin.aurelyThursday, November 15, 2012 at 10:18:00 AM GMT+8

    akak,cpt2 smbung..sedih nie kak fikirkn najwa..plis2 jgn diorg berpisah... =(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  20. MisS_SyaFriday, November 16, 2012 at 4:26:00 AM GMT+8

    aisemen..saat yg dinantikn sumer dh datang tp sedeyh plak. harap najwa x lari.. :(

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  21. AnonymousFriday, November 16, 2012 at 4:27:00 AM GMT+8

    besh!! :))

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  22. farisyah imanFriday, November 16, 2012 at 8:06:00 PM GMT+8

    huh lga akir y Ir dh bgtau najwa ...
    tp sdh y ble najwa tggalkan Ir ...
    plezz write jgn wt cter sdih cgt , lebam mata sy ble bce cter nie ...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  23. AnonymousMonday, November 19, 2012 at 11:18:00 AM GMT+8

    Ya Allah! Nape lah citer ni best giler2 sangt!! Tak sabar2 nak tahu apa yg jadi nanti. Harap2 perempuan gedik sabrina tu ada rahsia yg dpt irfan kenakan dia balik.haha alahai irfan, memang lah awak ni lelaki sejati. Cuma buat silap sikit je dulu.. Harap2 lah najwa dapat maafkan dia. Saya pulak yg terlebih2 berdebar and sesak nafas..huhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  24. AnonymousThursday, November 29, 2012 at 11:08:00 PM GMT+8

    hoho,hai kak auni^^
    saye bru je abis marathon...jd nk komen semuanyer la ni..hehehe
    intro yg best.perjalanan cerita pon menarik.buat rase mcm x sabo nk tau pe jd setrusnye. stress gile mase tunggu irfan nk bgtau hal yg sebena n at last die dah bgtau..
    ape la respon najwa....mesti die sedih sgt..huhuhu..lg satu,sibuk je sabrina ni...g jauh2 sane..ehhehe...ok.cite ni mmg awesome+comel+sweet..next entry please~ ^^V
    -e.la-

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  25. AnonymousFriday, November 30, 2012 at 8:55:00 AM GMT+8

    bila nak sambung ni...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  26. AnonymousSaturday, December 1, 2012 at 6:25:00 PM GMT+8

    tolong laa sambung cept cik writer..<">

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  27. AnonymousWednesday, December 19, 2012 at 9:43:00 PM GMT+8

    sobbbss sobbsss,,, sdeyhnyerrr.. :( Najwa,, pliss maafkan Irfan... <3 <3 <3 sy ske ctew akak... chaiyok2 kak !

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  28. AnonymousFriday, December 21, 2012 at 4:41:00 PM GMT+8

    bagi suspen jer....cpt la upload entry baru

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  29. mirMonday, April 1, 2019 at 2:49:00 AM GMT+8

    RASA MACAM IRFAN TU PENDERMA MATA UNTUK NAJWA JE

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Kata2 anda semua amatlah bermakna untuk titik peluh menaip sehingga berjam-jam~ :)

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

My Dear Readers~

My Status Now


I'm here. I will update soon~ ^^
♥ ct ♥ ct ♥ ♥ ♥ ct ct ct ♥ ct ct ct ct ct ♥ ♥ ct ♥ ct ♥ ct ♥

[1st Novel] Entah Bila Bersemi a.k.a Entah Bila Cinta Bersemi


Di pasaran SEKARANG!
Sejauh mana engkau berlari, sejauh itu akan kukejar..
ISBN 978-967-365-061-3
Sem. Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00

KLIK di sini untuk sinopsis
KLIK di sini untuk order dari FP

[2nd Novel] Mampu Mencintaimu (Romance)


Di pasaran SEKARANG!
Hulurkan rasa cinta dan sayangmu.. Agar dirimu mampu mencintaiku seadanya..
ISBN 978-967-0448-00-8
Sem. Malaysia RM20.00
Ahli KN: 16.00
Sabah/Sarawak RM23.00
Ahli KN: 19.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[3rd Novel] Hanya Milikmu


Di pasaran SEKARANG!
Walaupun beribu rintangan yang mendatang,aku tetap milikmu...selamanya..
ISBN 978-967-11882-1-7
Sem. Malaysia RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

[4th Novel] Kurelakan Kasihmu


Di pasaran SEKARANG!
Dengan rela aku menyayangimu setulus kasihku, setinggi sayangku, dan sedalam cintaku..
ISBN 978-967-0657-06-6
Sem. Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00

KLIK di sini untuk SINOPSIS
KLIK untuk ORDER

(NEW!) Mr. Selfish, Mrs. Selfie [Romantic Comedy]


"Kau ingat kau cute sangat berselfie?"
"Kau jealous sebab aku cute?

[1, 2, 3, 4, 5, 6][7, 8, 9][10, 11, 12]

Peraturan yang Simple :)

  • Jika 100 pelawat, wajib tinggalkan 10 komen. Begitulah seterusnya, 200 pelawat, 20 komen dan seterusnya lagi.. err..berat sangat tak syarat ni haha :)
  • Jangan terlalu memaksa untuk entry baru, kerana saya masih ada kerja lain yg perlu dibuat. Takut jalan cerita jadi tunggang-langgang. Saya perlukan ketenangan utk menulis entry yg takkan mengecewakan pembaca semua.
  • Jangan kecewa apabila mendapat entry yang pendek kerana hanya setakat itu sahaja yg saya mampu tulis berdasarkan idea yg ada.. Betul, saya tak sengaja. Kalau boleh memang saya nak buat entry yg panjang2 selalu untuk korang enjoy baca & puas hati. Fahamilah kadang2 kalau idea bnyak, maka panjang la n3. Kalau idea kurang, maka n3 pun pendek.. Maafkan saya!
  • Perlu tahu & fahami risiko membaca E-Novel di blog kerana ianya mungkin akan menarik minat penerbit untuk menerbitkan karya tersebut..so, jangan kecewa bila saya announce pasal E-Novel saya yg bakal dinilai oleh pihak penerbit..sebaliknya, sokonglah saya jika anda benar2 peminat setia karya2 saya dan bantulah saya kerana itulah sumber rezeki saya yg tak seberapa....
  • Harap boleh menunggu dengan sabar dan dalam masa yg sama teruskan menyokong saya.. Terima kasih! :)


JOIN US@FB GROUP


[Klik pada imej]

Group ini ditubuhkan untuk penggemar-penggemar karya Auni Amauni sahaja. Entry terbaru blog HANYA DIUPDATE PALING AWAL di group ini dan juga info-info lain juga ada di sini. TEASER pun ada kat sini. TQ! :)

Facebook Fanpage

Counter


Kurelakan Kasihmu (Romance)


Dengan rela aku menyayangimu..

Poll : Kurelakan Kasihmu

Hanya Milikmu (Drama, Conflict, Religious & Romance)


Andai dialah yang memang tercipta buatku, aku hanya akan menjadi miliknya buat selama-lamanya..

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)

Virus Vs Shuji (Comedy & Romance)
Dari atas : Virus, Ikmal dan Shuji

Shuji memeluk Virus..^^

Poll : Virus vs. Shuji

Lepak-Lepak

Group ini dicipta untuk para penulis novel online dan pembacanya. Tak lupa untuk penulis novel dan pembaca. Klik imej untuk sertai.

Awards! Grab it here~

[Cute Blogger Award]

[Loyalty Award]

[Best Writer Award from The Twinnie]

You're Guest Number :


free counter

Popular Posts

  • Kurelakan Kasihmu 23, 24, 25
    MENGGIGIL rasanya tubuh Najwa ketika ini. Walaupun Irfan ada di sebelahnya sedang tidur lena, dia tetap berasa gerun mendengar bun...
  • Kurelakan Kasihmu 32, 33, 34 & 35
    IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu...
  • Kurelakan Kasihmu 30, 31
    TANGAN Irfan yang kemas memeluk tubuh Najwa, kian longgar dan akhirnya pelukan itu terlerai. Dia tidak percaya yang Najwa sanggup m...
  • Kurelakan Kasihmu ( Versi Cetak )
    SINOPSIS : Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di seba...
  • E-Novel
    ON-GOING E-NOVELS JANJI CINTA SETIA "Janjiku setia mencintaimu.."   COMPLETED E-NOVEL VIRUS VS SHUJI ...

My Bookmarks

  • [ Little Square Home ]
    Poker Online Indonesia 7 Fakta Menarik Poker
    6 years ago
  • ::meLiHatLah deNgaN mAta Hati::
    Best Ways To Treat Tooth Pain
    6 years ago
  • d! HaT! aDa C!nTa
    ICE teaser #PDT
    9 years ago
  • ~T~M~I~
    9 years ago
  • Luahan Dari Otak Kecil
    Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!
    9 years ago
  • MENITI IMPIAN
    GRAND OPENING ROSE MUSLIMAHWEAR BLOG!
    10 years ago
  • Manisnya Kenangan
    Novel
    11 years ago
  • ~haTikEraSbUkAnbAtU~
    Sambungan cerita lama...
    13 years ago
  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 years ago
  • ~The Twins~
    bab 17
    14 years ago
  • et cetera
    noob!
    14 years ago
  • Karya Misaki
    Panahan Cinta 3
    15 years ago
  • Damya Hanna :::...
  • silamku yang kutahu