IRFAN meletakkan lengannya ke dahi. Dipandang wajah Najwa
yang berada di sebelahnya, masih memeluk kemas pinggangnya. Isterinya itu masih
terlena diulit mimpi. Sebuah keluhan kecil dilepaskan. Dia buntu. Apa yang aku
dah buat ni? Semalam sepatutnya aku confess,
bukan menggatal. Dah jadi macam ni, macam mana nak handle ni? Situasi macam ni sesuai ke nak confess? Ya Allah, kenapa aku lemah sangat? Berikanlah aku
kekuatan, ya Allah. Ada air mata yang mengalir di tubir mata Irfan sebaik
sahaja dia mengeluh lagi sekali.
Tanpa membuang masa lagi, Irfan mengalihkan tangan Najwa
lalu bangun. Dia memakai tuala mandi dan terus berjalan memasuki bilik air.
Hatinya sangat buntu, fikirannya berserabut! Lain yang dirancang, lain pula
yang jadi. Sekarang ini akibatnya, jiwanya semakin mahu gila memikirkan reaksi
Najwa selepas dia berterus-terang nanti. Dahlah mereka sudah bersama buat
pertama kali sebagai suami isteri semalam. Nanti mesti Najwa lebih marahkan aku.
Ya Tuhan, apa yang aku dah buat ni?
Air pancuran dari shower
langsung tidak dapat melegakan gelodak hati Irfan. Malah, dia semakin resah di
dalam bilik mandi itu. Tidak lekang dari fikirannya membayangkan apa yang bakal
terjadi nanti. Patut ke aku berterus-terang sekarang? Susah jugak ni. Hmm,
bahagia memanglah aku bahagia semalam. Tapi akibatnya... aku sendiri pula yang
resah sekarang. Mampu ke aku menanggung rasa sakit di dalam hati bila semuanya
sudah diketahui Najwa? Dia pula, tentu terluka disebabkan hal ini.
Usai mandi, Irfan segera memakai tuala dan keluar dari
bilik air. Matanya membesar melihat Najwa yang sudah duduk di birai katil.
Senyuman Najwa ketika itu amat mempesonakan. Irfan tahu Najwa sangat bahagia
ketika ini. Mungkinkah aku bakal meragut segala kebahagiaan yang terpancar dari
wajah ayu itu jika aku berterus-terang? Aku dah bersumpah untuk membahagiakan
hidup Najwa. Takkan aku tega pula nak mematahkan hati perempuan kesayangan aku
tu..? Irfan sangat buntu! Memang dia telah membuat kesilapan besar semalam
dengan meniduri Najwa. Patut ke ni? Atau tak patut terus-terang?
“Hai sayang.. Baru bangun ke?” Irfan menegur Najwa seperti
biasa.
“Tak la baru sangat. Lama jugak... Bila dengar bunyi air
dalam bilik air tadi, terus terjaga..” balas Najwa sambil tersenyum gembira.
Dia bahagia dapat mendengar suara Irfan. Kebahagiaan yang selama ini
diimpi-impikan bersama Irfan. Ketakutan dan trauma peristiwa hitam itu terus
lenyap selepas Irfan menerima dirinya dengan sebulat hati semalam.
Irfan terdiam seketika. Langkahnya diatur perlahan
menghampiri Najwa lantas turut melabuhkan punggung di sebelah Najwa. Tangannya
naik ke rambut ikal Najwa. Diusap-usap rambut itu penuh kasih. “Sayang, tahu
kan yang abang tersangat sayangkan sayang? Tahu kan yang abang hanya nakkan
bahagia untuk sayang?” suaranya lembut separuh berbisik ke telinga Najwa.
Najwa mengangguk kecil. Dia faham apa yang ingin disampaikan
oleh Irfan. Dia memang bahagia kerana Irfan selalu berikan kebahagiaan
kepadanya. “Tahu, bang..”
Najwa melentokkan kepalanya selesa ke bahu Irfan. Lengan
lelaki itu dipeluk sayang. Sebuah senyuman terbit lagi dan air mata penuh
keharuan terasa bergenang di ruang matanya.
Irfan mengusap pipi Najwa. Bahu isterinya itu dipeluk
erat. Sedikit sebanyak melenyapkan rasa gundah yang begitu beraja di hatinya
seketika tadi. “I’m glad knowing the fact
that you’re mine. I’m always glad to think that you’re my wife.. forever..”
“And thank you
sebab terima Najwa seadanya. Najwa sangat takut yang abang...”
“Shhh.. Jangan sebut lagi. Kita bina hidup baru ya? Abang
akan sayangkan sayang sampailah ke hujung nyawa abang.. Abang akan doakan yang
hubungan kita ni kekal sampai ke syurga!”
Air mata Najwa terasa luruh. Dia mencium bahu Irfan.
Getar di dalam dadanya terasa tenang. “Abang tak nak ke bidadari yang cantik
sebagai isteri abang dekat syurga nanti? Najwa ni tak sempurna tau..”
“Sayanglah bidadari abang tu. So, dekat dunia ni dan sampai ke syurga pun sayang akan jadi
bidadari abang tau!” kata Irfan dengan penuh yakin. Dahi Najwa dicium sepenuh
hati.
Najwa tersengih. Dia sangat sukakan suara Irfan yang
romantik itu. Agaknya rupa dia macam mana la ye? Aku teringin sangat nak tengok
wajah suami tercinta aku ni. Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk melihat
wajah lelaki ini sebelum aku mati. Aminn..
“Eh, apa borak-borak lagi ni? Waktu subuh dah nak masuk
ni. Sayang pergi mandi cepat. Atau... nak abang mandikan? Abang okey je kalau
nak mandi lagi sekali ni..” usik Irfan, sempat lagi tu.
Najwa tertawa kecil. Wajahnya sudah merah padam. Malu.
“Tak payah. Nanti jadi lagi lama kat dalam tu. Tolong Najwa ke bilik air
kejap.. Okey?”
Irfan turut tertawa. Pantas dia bangun berdiri. Lengan
Najwa dipimpinnya penuh kasih yang menggebu. “Okey!”
Selepas Najwa masuk ke bilik air, Irfan kembali duduk di
birai katil. Baju t-shirt dan kain pelikat yang tergantung di tempat penyidai
kain di sebelah katil dicapai. Sambil memakai pakaian, Irfan mengeluh besar.
Masalah besar pula dah berlaku disebabkan kegatalan aku yang tahap maksima
semalam. Adesss.. Ir, kau ni pun
satu. Takkanlah goda sikit macam tu je pun dah kecundang? Tak faham, tak faham.
Irfan mengeluh lagi. Nak buat macam mana lagi. Nasi dah pun jadi bubur. Apa nak
jadi lepas ni, kenalah terima seadanya...
FIZUL menggamit Irfan dari kejauhan. Kedai kopi Starbucks
menjadi tempat perjumpaan mereka kali ini. Entah apalah yang dirunsingkan oleh
Irfan sehinggakan mereka terpaksa berjumpa secara mengejut begini. Dahlah aku busy hari ni. Dia pun tau aku ni busy man, diajak jugak berjumpa dekat
sini. Urgent sangat katanya. Urgent apa agaknya? Fizul berbicara
sendiri di dalam hatinya.
“Hoi, apa yang urgent
sangat tu hah? Aku flight dua jam
dari sekarang ni tau. Nak ke KLIA tu bukan senang. So, apa hal ni? Kau kena cepat, sebab aku takde masa ni.. terhad ni masa untuk kau..” bebel Fizul sebaik sahaja
Irfan duduk.
Irfan mengeluh. “Alaa.. kau cancel la flight tu..”
Fizul menjegilkan matanya. “Kau gila ke apa? Aku ada urgent meeting dekat Kuching. Karang bos
aku mengamuk, kau nak jawab ke?”
Irfan mengeluh lagi dan mencebik. “Tapi, cerita aku ni
panjang tau..”
“Pendekkan cerita. Takkan kau tak belajar buat rumusan
kut waktu sekolah dulu-dulu..” Fizul tergelak. Dia rasa kelakar pula tengok
wajah mencebik si Irfan itu.
Irfan menarik tali leher yang terasa merimaskan. Wajah
Fizul yang bingung dan menanti ceritanya itu dipandang dengan sebuah lagi
keluhan. Macam mana nak pendekkan cerita ni? Aduhh..
Fizul mulai terasa aura serius dari air muka Irfan. Tentu
kawannya itu sedang bermasalah besar. Kalau tak, takkanlah sampai mengeluh sana
mengeluh sini. “Kau ni dah kenapa? Nampak macam masalah besar je?”
“Memang besar pun. Pasal Najwa tu..”
“Hah, apahal dengan dia? Wait, wait.. Sebut pasal dia, kau dah terus-terang atau belum ni
pasal tu? You know what I mean,”
Fizul memandang tepat ke wajah Irfan. Daripada wajah serba-salah itu, hanya
satu sahaja jawapan yang dapat diteka oleh Fizul. Mesti belum terus-terang lagilah
tu.
“Belum,” jawab Irfan sepatah. Tidak tahu bagaimana harus
dia memendekkan lagi ceritanya selepas ini.
Fizul berkerut dahi. “Kau ni dah gila ke apa?”
“Yeah, right.
Aku dah nak naik gila. Abah aku pun cakap dialog macam kau jugak. Cakap aku dah
gila sebab tak terus-terang lagi..” gumam Irfan dengan perasaan berbaur.
Kalaulah mereka tahu yang bukan senang untuk aku berterus-terang, barulah
mereka akan faham apa yang aku rasakan. Orang gila sahaja yang tahu
berterus-terang tanpa memikirkan segala perasaan lain yang bersarang di dalam
hati.
Fizul menyedut Mocha Ice Blended yang sudah lama terbiar
sejak tadi. Dia tidak percaya dengan jawapan Irfan walaupun dia sudah dapat
mengagak jawapan itu. “What is wrong with
you, Ir? Come onlah, she deserves to know. Kau dah buat
hidup dia jadi macam tu, kau tak nak bertanggungjawab pulak? Kau jugak yang
cakap yang kau nak bahagiakan dia?”
Irfan jadi bingung. Sahlah Fizul tak faham apa yang dia
rasai. “Kau takkan faham, Zul.. takkan faham!”
“Aku memang tak faham dengan kau. Takkan faham pun
walaupun aku cuba nak faham!”
“The truth is...
I’ve already fallen in love with her. So, do you get it now? Dah faham kenapa
aku susah nak bagitau? Aku terlalu sayangkan dia. Dia pun dah bahagia dengan
aku. Takkanlah aku nak ragut semula senyuman dia yang dah kembali mekar tu?
Kalau dia tahu, lagilah dia akan merana. Lagi bertambah trauma dia nanti! Aku
takut dengan segala kemungkinan yang akan berlaku, Zul!” jelas Irfan dengan
serius. Ayat ‘I’ve already fallen in love with her’ ditekankan sedikit keras supaya Fizul lebih faham apa yang dia
rasai.
Fizul ternganga. Baru beberapa bulan aje, cinta dah
beralih arah. Sangka Fizul, Arissa tetap akan bertahta di hati Irfan untuk
jangka masa yang agak lama. Tetapi telahannya ternyata silap. Penangan Adnin
Najwa lebih memukau rupanya. Fizul tidak hairan juga kerana Najwa memang
seorang perempuan yang mampu membuatkan ramai lelaki meleleh air liur ketika
melihatnya. Tetapi, layanan Irfan terhadap Arissa dulu tak adalah istimewa
macam Irfan melayan Najwa sekarang. Agaknya memang betul Irfan dah berubah jadi
mat jiwang karat. Fizul berdeham.
“Kau.. what?
Dah jatuh hati? Secepat ni?” Fizul pula yang menekan ayatnya. Masih kurang
percaya sebenarnya walaupun dia yakin apa yang dicakapkan Irfan itu semuanya benar
belaka.
“Yes! Now, do you get it?” sahut Irfan lemah.
Dia pun tidak sangka sebenarnya yang cinta terhadap Arissa mudah pudar dan
beralih arah terhadap Najwa pula.
Fizul tertawa kecil, mengusik. “Okey, faham. Tapi, aku
tetap tak setuju dengan tindakan kau. Seolah-olah kau lebih pentingkan diri
kau. Actually, kau yang takut hati
kau akan terluka dan terseksa kan? Kau takut dia akan benci kau seumur hidup
dia. Itu sebenarnya yang kau takutkan!”
Mata Irfan membesar. “Mengarutlah. Aku tentu akan
pentingkan lagi perasaan Najwa. Kau takkan faham apa yang aku rasakan..”
“Okay, alright..
memang aku takkan faham seratus-peratus. Tapi, aku sebagai kawan dan pendengar
setia kau sekarang ni tetap ada hak untuk memberikan pendapat kan? Kau fikirlah
apa yang terbaik untuk isteri kau tu. Kalau pun kau sembunyikan perkara tu sekarang
ni, lambat laun dia akan tahu jugak. Kau nak ke dia lebih terluka waktu tu? Aku
dah penat sebenarnya nak nasihatkan kau. Kau tu tak sedar yang diri kau masih
ada ego yang tersimpan. Kau tak rasa yang kau tu ego sangat ke sampai tak nak
pakai pendapat bapak kau dan kawan baik kau ni? Fikir kau je yang betul!” leter
Fizul dengan senyum sinis. Dia menggeleng pula selepas itu. Geram dengan Irfan.
“Ego? No,
bukanlah Zul. Aku sebenarnya..”
“Yes, you are.
Kau tu kan memang terkenal dengan ego kau. Manalah kau nak dengar sangat
pendapat orang..”
“Hesy, kau ni Zul. Aku pelangkung jugak karang. Aku dah
cakap yang aku tak nak lukai hati Najwa. Bukan ego tak nak pakai nasihat abah
aku dan juga kau. Kalau kau di tempat aku, kau pun akan buat perkara yang sama
tau!” terang Irfan dalam gundah. Ternyata nasihat Fizul juga sama seperti
abahnya. Langsung tidak membantu.
“Habis tu? Apa planning
kau?” Fizul bertanya malas selepas melepaskan nafas yang panjang dan dalam.
Irfan mengeluh lagi. “Aku pun tak tahulah, Zul. Buat masa
sekarang ni, apa yang aku tahu.. aku nak bahagiakan dia je. Aku tak nak buat
dia sedih. Dia dah mampu senyum macam tu.. Aku rasa bersyukur sangat. Aku
sangat sayangkan dia sampaikan tak boleh lagi dah tengok dia bersedih..”
“Seriously?”
Fizul tergeleng-geleng. Dah tak ada gunanya lagi dia menghabiskan tenaga untuk
menasihati. Biar jelah..
“Of course..”
jawab Irfan separuh yakin. Dia tahu hatinya masih terseksa disebabkan perasaan
resah. Dan sudah tentu resahkan perkara yang dirahsiakan dari Najwa itu.
“Suka hati kaulah, dol.
Malas lagi aku nak nasihatkan kau. Eh, habis tu apa fungsi aku datang jumpa kau
kat sini ni? Nasihat aku pun kau tak nak pakai!” Fizul membuat muka tidak
berpuas hati.
Irfan tersengih. “Sebab.. aku rindulah dekat kau, dol.. Lama tak jumpa dan lepak dengan kau.
Kan kau tu busy giler..”
“Hello! Aku tak buat kerja-kerja gila macam gay, okey?
Aku normal dan aku tak rindu kau sikit pun,” Fizul tergelak.
Irfan turut tergelak. Puas ketawa, dia mulai tersenyum
kepada Fizul. Sedikit sebanyak dia berasa lega kerana dapat melepaskan luahan
hatinya kepada Fizul. “Thanks, weh.. Walaupun
nasihat kau aku tak pakai, at least
beban dalam hati aku ni rasa dah ringan sikit. Kau memang sahabat terbaik aku
dunia akhirat!”
“Yelah, aku dah
agak dah. Kau akan cakap macam tu.. No
biggie, buddy. We’re friends, aren’t we?” Fizul tersenyum ikhlas.
“Yes, we are..
Thank you..” sengih Irfan.
“GOOD new or bad
new?” suara Najwa kedengaran teruja. Ternanti-nanti jawapan Tinie. Mesti good new ni. Kalau tak, Tinie takkan
gembira sampai macam ni sekali.
“Good one!”
teriak Tinie dari hujung talian telefon.
Najwa bertambah teruja. “What is it?”
“Guess what... I am
pregnant, my dear. Dua bulan dah... Alhamdulillah!”
“What? Wah,
tahniah sangat Tie! Aku harap kau akan bahagia sampai ke anak cucu!” ucap Najwa
gembira. Namun di dalam gembira, dia teringatkan anak yang pernah dikandungnya
dahulu. Rasa sayu sesekali menggigit jiwa. Dia terlalu sayangkan kandungannya
itu walaupun anak yang dikandung adalah anak luar nikah hasil perbuatan kejam
Irfan Naufal tak guna itu.
“Thanks! Aku
harap hang pun bahagia jugak kat sana..” ujar Tinie dengan ikhlas.
Namun Najwa hanya membungkam. Lama.
“Wawa? Awat pulak hang diam ni?” Tinie mulai berasa
risau. Takkan Najwa tak bahagia dengan Irfan kut? Rasa tidak sedap hati pula
dia.
“Err.. Nothing.
Aku cuma rindukan kau.. bilalah agaknya kita dapat jumpa dan lepak lagi?” Najwa
cuba berselindung. Tapi, rindu tu memanglah dia terlalu rindukan Tinie. Rasa
macam dah bertahun tak jumpa walaupun baru beberapa bulan mereka membawa haluan
sendiri selepas masing-masing berkahwin.
“Eh, ye ke ni? Aku tak silap dengar ke ni? Ye, eh?? You miss me? You should be glad because I miss you too!” Tinie sengaja bertukar
ke loghat selatan. Atau lebih dikenali ramai sebagai dialek orang-orang KL!
Najwa tertawa. Rasa lucu pula dengar Tinie yang tak
pernah lekang dari bercakap dalam dialek utara itu kini sedang berdialek
selatan dengannya. “Janganlah kau cakap macam tu lagi Tie. Lawak pulak aku
rasa. Kan aku dah ketawa ni!”
“Huh, sampai hati hang gelak kat aku noh. Aku sekeh
kepala hang nanti baru tau!”
“Tak takut pun..” Najwa mengejek Tinie. Bergurau manja.
“Oh, tunggulah aku turun Keyel nanti. Habislah hang aku kerjakan!” Tinie berkata geram.
Geram pun, geram-geram manja aje. Sebuah sengihan terbit. Entah mengapa dia
rasa lain macam bila dengar suara Najwa pada hari ini. Ceria sangat! Tinie yakin
dan pasti yang Najwa sedang berbahagia. Nampaknya tak salah la dia pilihkan
Irfan Naufal sebagai suami Najwa.
Lama mereka tertawa. Tiba-tiba Tinie terdiam. Namun sejaring
senyuman tetap terukir. “Hang bahagia?” tanya Tinie secara spontan.
Najwa tersenyum mendengar pertanyaan Tinie. Jantungnya
tiba-tiba berdebar tatkala segala layanan Irfan terhadapnya selama ini muncul
di ingatan. Paling tak boleh tahan, suara romantis lelaki itu! Wajah Najwa
berubah seperti wajah orang angau tanpa disedari. “Kau rasa?” duga Najwa.
“Aku rasa... hang bahagia! Sebab ceria sangat ni,” teka
Tinie.
Najwa melebarkan senyuman. Tekaan Tinie memang ternyata
tepat. “Kau memanglah kawan aku yang paling faham aku..”
Tinie turut melebarkan senyuman. Bersyukur yang Najwa
memang benar-benar bahagia. “Alhamdulillah, Wawa.. memang itu pun yang aku
harapkan. Akhirnya hang bahagia jugak kan. Encik Irfan tu memang lelaki yang
terbaik untuk hang. Tak sia-sia aku suruh hang terima dia hari tu..”
“Thanks la Tie.
Dan semua ini berkat dari rahmat Allah jugak. Tak sia-sia kesabaran aku selama
ni..” balas Najwa dalam sendu. Dia terharu.
Tinie mengelap air mata yang tiba-tiba luruh setitis ke
pipi. “Alhamdulillah. Jadi, hang bila lagi?”
“Bila lagi apa?” Najwa buat muka dungu. Memang dia tak
tahu apa maksud Tinie.
“Bila lagi hang nak berisi?”
Najwa tersenyum malu-malu. “InsyaAllah kalau ada rezeki
yang Allah bagi nanti, tak lama lagi ada la, Tie..”
“Baguslah. Aku pun akan doakan untuk itu. Moga hang
sentiasa bahagia ke anak cucu... sampai ke syurgalah!”
“Thanks, Tie.
Eh, Tie.. kau jangan lupa pulak yang minggu depan aku nak balik Perlis. Nak
jenguk butik kejap.. kau cakap hari tu, kau dah pindah balik Perlis kan sebab
suami kau dapat tukar kerja sana!”
“Serius?”
Najwa tersengih. “Serius, beb! Jumpa nanti ek.. Kau
jangan tak datang pulak tau! Aku sekeh kepala hang karang!”
“Sure aku
datanglah! Don’t worry..”
IRFAN memandang lama seraut wajah Najwa yang sedang
tersenyum menghirup udara segar di balkoni bilik. Walaupun bilik itu di tingkat
bawah, sebuah balkoni tetap dibina bagi tujuan bersantai. Irfan tidak jemu
merenung. Senyuman yang sungguh menawan seperti itu tidak pernah diukir oleh
Najwa sebelum ini. Sejak semalam, isteri kesayangannya itu tidak lekang dengan
senyuman. Memang bahagia betul Najwa sekarang. Irfan tertunduk. Jari jemarinya
dikaitkan dan digenggam kuat. Hatinya menjadi gelisah lagi.
Desah nafas Irfan yang agak kuat dapat didengari oleh
Najwa. Terus kepalanya dipusingkan ke arah bunyi itu. “Abang?”
Irfan tercengang mendengar panggilan Najwa. Langkah
kakinya terus dihayun menghampiri isterinya. Dia memeluk bahu Najwa yang tidak
beralas. Waktu beginilah isterinya akan pakai baju yang agak ‘seksi’. Tan Sri
Haji Zainal dan keluarga yang lain pun tak ada di rumah. Mereka ke kenduri di
rumah Dato’ Shahidan.
“Ye..” jawab Irfan lembut.
“Abang kenapa mengeluh kuat macam tadi? Ada masalah ke?”
soal Najwa penuh prihatin.
“Tak ada apa-apalah, sayang...” ucapan Irfan yang
seolah-olah tenang itu bagaimana pun mengundang resah di dalam hati. Hendak
diluah mati mak, hendak ditelan pula mati bapa. Tapi, takkanlah dia begitu
pengecut dan terus berahsia?
“Helo, encik hubby.
Jangan terlalu berahsia. Saya tahu awak ada problem.
Just tell me what it is! Najwa akan menjadi pendengar setia abang mulai
hari ini,” getus Najwa separuh berbisik. Lengan Irfan dipeluk erat.
Irfan bertambah gelisah. Peluh dingin sudah merenik di
dahi. Tiada kata yang mampu terucap saat ini. Lidahnya kelu. Lama membisu,
Irfan melepaskan pelukan di bahu Najwa. “Abang ke bilik air sekejap. Tunggu ek!”
“Okey, bang. Najwa tunggu dekat kerusi sini ye. Abang jangan lama-lama, Najwa
‘sejuk’.. karang takde orang nak
peluk!”
Irfan tergamam. Pandai pula isterinya bermanja sekarang.
Menggoda pun boleh dikatakan nombor satu. Irfan mengusap lembut rambut Najwa.
Kasihnya begitu menggebu buat perempuan kesayangannya itu. “Okey, sayang.
Jangan sampai sesak nafas pulak nanti.. abang ni memang suka peluk sayang
pun..” seloroh Irfan.
Najwa tertawa kecil. Tergamam Irfan mendengar tawa manja
si isteri yang sungguh memikat. Tidak pernah Najwa tertawa begitu sebelum ini.
Adakah aku bakal kehilangan semua ini jika kebenaran itu terbongkar?
“Don’t worry.
Najwa pun memang suka berada dalam pelukan abang. It feel warm.. warmth from your body and warmth from your heart,”
ujar Najwa lembut. Pipinya kemerahan menahan perasaan malu. Tidak pernah lagi
dia ‘berpujangga’ seperti ini.
Irfan tidak terkata apa-apa. Terus dia mencium dahi Najwa
sepenuh hati. Air jernih berlinangan di pipinya. Sebuah keluhan kecil
dilepaskan sebelum dia mengangkat kaki. “Terima kasih, sayang... abang ke bilik
air dulu..” suara dikawal sebaik mungkin supaya kedengaran normal.
SABRINA menunggu Irfan di ruang meletak kenderaan
syarikat Tan Sri Haji Zainal. Dia tersenyum memerhatikan kelibat Irfan yang
sedang berjalan menghampiri sebuah kereta BMW. Dengan cepat langkah kakinya
dihayun ke arah lelaki itu. Irfan nampak Sabrina datang. Dia ingin cepat-cepat
memasuki perut kereta namun langkah gadis itu ternyata lebih laju.
“Hai, Encik Irfan!” sapa Sabrina dengan sejaring senyuman
penuh makna.
“Assalamualaikum,” ucap Irfan acuh tidak acuh. Malas
hendak melayan sebenarnya jenis perempuan gedik macam Sabrina itu.
Air muka Sabrina berubah. Amboi, tunjuk baik konon.
Padahal hati macam iblis! Baik sangat ke kalau pernah rogol perempuan? Sabrina
berdeham kecil. Kelu tekaknya dengan ucapan salam Irfan. Dia tidak tahu
bagaimana untuk memulakan kata.
“Walaikumsalam!” jawab Sabrina ringkas.
Irfan tergelak kecil sebelum menegur Sabrina. “Bukan
walaikumsalam, tapi waalaikumussalam..”
“Yelah.. emm,
Encik Irfan ada masa tak? Boleh kita keluar minum sama-sama?”
“I am so sorry. I’m
afraid that I’ve got to go now. Isteri saya tengah tunggu di rumah.
Lagipun, kita baru kenal kan. Saya ni pemalu sikit dengan orang yang saya baru
kenal. Terutamanya perempuan macam awak.. emm, apa nama awak? Saya cuma ingat
yang awak ni anak saudara Encik Borhan je,” balas Irfan. Sengaja dia menekankan
perkataan ‘isteri’ itu. Dan sengaja dia berpura-pura tidak ingat nama Sabrina. Dipandang
wajah Sabrina yang berubah merah padam. Lucu pulak. Irfan menahan tawa.
“Okay, I do
understand.. but..”
“Baguslah awak faham. Saya balik dulu, ye?”
Sabrina mendengus. Geram serta sakit hati Irfan asyik
menolaknya. Lepas itu, asyik nak menyindir. Berlagak betul jantan ni! Aku kena
ajar dia! Okay, fine. Aku takkan
mengurat kau tapi aku akan pastikan kau dengar cakap aku! Dipandang wajah Irfan
yang selamba. Lelaki itu menaikkan tangan dan melambai-lambai mengucapkan
selamat tinggal.
“Wait! Encik
Irfan nak isteri Encik Irfan tahu yang Encik Irfan adalah orang yang merogol
dia dulu?” Sabrina seakan ingin menjerit tetapi suaranya dikawal supaya tidak
meninggi.
Berderau darah Irfan mendengar kata-kata ugutan Sabrina.
Mana pula minah ni tahu pasal perkara tu? Takkan abah beritahu? Fizul? Tak
mungkin! Apa kaitan si Sabrina ni dalam hal ni? Mana ada orang lain yang tahu
lagi pasal ni. Irfan keresahan.
“Why? Sekarang
dah rasa nak pergi minum-minum dulu ke? Dah mula rasa dahaga? Don’t worry saya ni jenis yang peramah
walaupun dengan orang yang saya baru kenal,” sindir Sabrina pula memulangkan
paku buah keras. Senyumannya melebar.
Irfan menutup kembali pintu kereta yang baru dibuka
seketika tadi. Wajah polos Sabrina yang bermekap tebal itu dipandang dengan
jelingan maut. “Hei, perempuan! Apa yang kau merepek ni, hah?!” tengking Irfan.
Hampir terlompat Sabrina mendengar jeritan Irfan.
Jangankan kata dia, jantungnya pun terasa bagai ingin terloncat keluar dari
tubuh. Sesekali dia berasa gementar melihat wajah serius Irfan. Menakutkan! Air
liur ditelan, perlahan-lahan dia mengundur beberapa tapak ke belakang. Sedikit
sebanyak dia berasa lega apabila ternampak pondok pengawal yang berada di
hujung jalan keluar dari tempat meletak kenderaan itu.
“Saya tak merepek.. and
you know that it’s all true. Apa yang saya baru cakapkan tadi tu, semuanya
betul. So, how are you going to deal with
this? Memang fakta tu takkan berubah. Awak yang rogol Najwa isteri awak yang
buta tukan? Mentang-mentanglah dia buta...”
“Diamlah kau, perempuan!! Sekali lagi kau sebut, aku
ganyang muka kau tu!” potong Irfan dengan tegas. Matanya dijegilkan kepada
Sabrina, ingin menakut-nakutkan gadis itu.
Sabrina berundur lagi setapak. Air liur ditelan lagi.
“Encik Irfan, itu kan memang fakta. Awak boleh ubah ke?”
Irfan terasa berdebar. Resah dan gelisah dengan kata-kata
Sabrina yang sudah terlalu banyak mengetahui tentang peristiwa hitam itu. “Apa
yang kau nak, hah?!” Irfan terjegil lagi pada Sabrina.
Semerta sekuntum senyuman terbit pada wajah Sabrina.
Sinis. “Akhirnya... mengalah jugak..”
“Hei, kau jangan cuba nak beritahu sesiapa pasal ni. Aku
tak tahu dari mana kau dapat tahu semua ni tapi kau kena tutup mulut kau.
Faham?”
“Ada price kan
untuk tutup mulut saya?” senyuman Sabrina kian melebar.
Irfan memandang tepat muka selamba Sabrina. Geram sangat
dia dengan gadis itu. “Hei, aku kenal kau pun tak sebelum ni. Tapi sekarang ni
baru aku kenal kau. Mata duitan rupanya. Menggunakan kelemahan orang lain
sebagai senjata untuk mendapatkan wang ringgit!”
“What ever...
asalkan saya dapat apa yang saya nak. So,
rasanya 1 juta cukup kut?”
Irfan membesarkan matanya. “Apa? Kau dah gila ke,
perempuan?!”
Serentak itu, tawa sinis Sabrina terburai. “Haiii..
takkanlah orang kaya takde duit
sebanyak tu kut? Atau.. kedekut? Setakat 1 juta tu rasanya tak luak langsung
dengan pendapatan tahunan syarikat ni kan?”
Rengusan Irfan kedengaran kuat. Manalah perempuan ni
dapat tahu? “Hei, kau dapat tahu semua ni dari mana?”
“Aik? Bukan ke Tan Sri sendiri yang beritahu hari tu..
cara dia tu, kalau boleh nak satu hospital tahu pasal benda ni. Nasiblah saya
je yang tahu, tau? Kalau tak, papa kedana nanti awak bila semua orang buat cara
macam saya ni.. itulah orang cakap, kalau nak cakap sesuatu tu kenalah
pandang-pandang. Kalau terlepas pandang, buruk padahnya!” Sabrina ketawa lagi.
Puas hati melihat Irfan yang berlagak kini sudah menggelabah.
Irfan mengerutkan dahi. Cuba memproses apa yang baru
disampaikan oleh Sabrina. Tiba-tiba sahaja dia dapat menangkap sesuatu dari
maksud Sabrina itu. Tentu Sabrina ada terdengar perbualan aku dengan abah dekat
hospital hari tu. Abah tertinggikan suara pada aku waktu tu. Sah, memang waktu
tu! Irfan menggigit bibir bawahnya.
“Dah ingat?” soal Sabrina meneka. Keningnya terangkat
sebelah bersama senyuman yang masih tidak lekang dari bibir.
“Diam!” bentak Irfan geram. Matanya mencerlung memandang
Sabrina yang semakin berani berkata-kata.
“Kalau dah buat keputusan, just call me. This is my card...” ujar Sabrina menyuakan sekeping
kad nama pada Irfan. Apabila Irfan buat tidak tahu, Sabrina terus memasukkkan
sahaja kad itu ke dalam poket baju kemeja Irfan. “I know that we’ll meet again, darling. I hope so.. don’t worry I will
keep your little secret for now! Assalamualaikum!” getus Sabrina separuh
berbisik seraya berjalan pergi dari situ. Tawanya sinis.
Irfan terjerit kecil dan mengepal penumbuknya. “Argghhhhh!!
Sial!!” bentak Irfan sendirian.
IRFAN duduk berteleku di sofa ofisnya. Ketukan di pintu
biliknya membuatkan dia tersentak dari lamunan. Namun perasaan runsing dengan
kata-kata Sabrina kelmarin masih terasa segar. Sampaikan semalam sewaktu di rumah,
dia berpura-pura hendak tidur awal apabila Najwa ingin berborak dengannya.
Padahal sebenarnya semalam dia langsung tidak dapat tidur semalaman. Hanya
menatap seraut wajah Najwa yang lena dibuai mimpi di dalam pelukannya. Wajah
itu sungguh tenang. Irfan sungguh menyayangi Najwa sehinggakan ketakutannya
berganda apabila membayangkan saat di mana segala rahsianya terbongkar suatu
hari nanti.
“Masuk!” laung Irfan kuat. Seorang pemuda kelihatan
masuk. Dia memang menantikan kedatangan pemuda itu sejak tadi lagi.
“Duduk depan ni,” arah Irfan ringkas. Wajah pemuda itu
dipandang tepat.
Sebaik sahaja pemuda itu melabuhkan punggung, Irfan
menekan butang interkom menyuruh Mimi membuatkan dua cawan kopi untuk mereka
berdua.
“So, nama you
Adham? Private investigator yang agak
terkenal tukan?” soal Irfan tenang.
Adham mengangguk-angguk. Tangan dihulur ke arah Irfan
sebagai isyarat untuk berjabat tangan. “Yup,
and it is nice to meet you Encik Irfan. Apa yang saya boleh bantu encik?”
Irfan menyambut huluran Adham. Mereka berjabat tangan. “Nice to meet you too. Emm, Actually I need you to look for some
information. Pasal seorang gadis. Nama dia Sabrina. Dia anak saudara kepada
salah seorang staf syarikat ni, Encik Borhan. Saya nak awak siasat latar
belakang dia dan segala-galanya pasal diri dia. I want to know every single thing, okay?”
“Okey, Encik Irfan. Encik ada details lagi tak pasal perempuan ni? Kalau ada, encik boleh bagi
pada saya untuk dijadikan bahan rujukan saya nanti,” soal Adham
bersungguh-sungguh dan komited.
“Takde. Sebab
tulah saya suruh awak tolong siasat. Sebab saya tak tahu apa-apa pasal dia. So, from now on, you can start investigating.
Saya mengharapkan info-info ‘menarik’ pasal perempuan tu,” Irfan menjawab
dengan kepala yang tergeleng-geleng dan kemudian terangguk-angguk pula.
“Baiklah, Encik Irfan. InsyaAllah saya akan cuba
sedaya-upaya untuk memuaskan hati encik. Itu memang visi saya pun, memuaskan
hati pelanggan. Jadi, kalau takde
apa-apa lagi saya keluar dululah. Gembira dapat bekerjasama dengan Encik Irfan.
It is an honour..”
“Ya, saya pun..” balas Irfan dengan senyuman. Tangan yang
dihulur Adham, sekali lagi disambut. Mereka bersalaman sebelum Adham bergegas
keluar dari situ. Komited sungguh Adham, sampai dah tak sabar-sabar hendak
memulakan tugas.
SUASANA pada malam itu agak meriah dengan gelak tawa ahli
keluarga Tan Sri Haji Zainal. Mereka sedang berbabeku di laman belakang rumah
berdekatan dengan kolam renang. Tan Sri Haji Zainal yang beria-ia hendak
membuat barbeku. Lagipun, memang keluarga mereka suka mengadakan aktiviti
kekeluargaan seperti ini. Sebab itulah ikatan kekeluargaan mereka semua memang
sungguh akrab. Walaupun menguruskan syarikat besar yang selalu mendapat projek
berbilion ringgit, Tan Sri Haji Zainal tidak akan sesekali mengabaikan
keluarganya. Itulah sifat yang paling dikagumi oleh Irfan dan ahli keluarga
yang lain. Rasanya abahnya itu memang menjadi idola setiap lelaki untuk
dijadikan contoh lelaki, suami dan bapa yang berjaya.
“Sayang makan banyak-banyak ye. Kasi gemuk-gemuk.. baru best
peluk..” bisik Irfan seraya memasukkan beberapa ketul ayam panggang dan sosej
ke dalam pinggan Najwa.
Darah terasa menyerbu ke wajah Najwa. Adakah patut Irfan
bisik yang bukan-bukan macam itu di depan semua ahli keluarga. Kan dah merah
muka aku ni. Kalau semua nampak riak wajah aku ni, mesti dia orang akan fikir
bukan-bukan! Najwa lantas memprotes. “Abang! Oh, kira sekarang ni abang tak
sukalah nak peluk Najwa sebab tak gemuk? Gitu?” Najwa menjauhkan tangannya dari
digenggam oleh Irfan.
Suara ketawa Irfan kedengaran. “Amboi, dah pandai merajuk
pulak isteri abang ni. Just kidding
laaaa.. itu pun nak merajuk ke..” tangan Najwa kembali digenggam.
“Siapa isteri yang tak merajuk bila dengar ayat macam
abang cakap tadi tu?” Najwa tarik muncung.
“Tapi betul apa. Kalau berisi sikit, lagi sedap peluk
tau. Kenapa nak merajuk pulak. Abang bagi cadangan je!” usik Irfan.
“Abang ni kan...” bibir Najwa sudah terjuih-juih pulak.
Najwa rasa macam nak cubit-cubit Irfan tetapi tak dapat. Kedua-dua belah
tangannya dipegang erat-erat oleh suaminya itu. Nak meronta, takut diperasan
oleh semua ahli keluarga pula.
“Takdelah, sayang macam ni pun dah okey. Abang bergurau
saja, sayang. Janganlah muncung macam tu..”
“Kenapa kalau muncung macam ni pun?” duga Najwa.
“Abang tak boleh tengok..”
“Kenapa tak boleh pulak?”
“Sebab... abang jadi geram. Nanti abang terus angkat
sayang ke bilik. Lepas tu, abang akan ‘kerjakan’ bibir sayang tu..” suara Irfan
berubah nakal namun nada suaranya masih berbisik.
Najwa menelan liur. “Abang.. ini bukan masa nak
menggatal!”
“Kenapa? Bila masa abang menggatal?”
“Tu.. tadi cakap apa?” rengek Najwa separuh berbisik.
Manja betul.
“Cakap apa? Pasal nak ‘kerjakan’ mulut sayang?” duga
Irfan dengan senyum nakal yang semakin melebar.
Najwa sekadar mengangguk perlahan. Pipinya terasa
membahang.
“Maksud abang ‘kerjakan’ tu ialah... nak tolong..”
“Tolong apa?”
“Tolong disiplinkan mulut sayang tu dengan cili padi..
baru lain kali tak muncung macam tadi dah. Mana part yang ‘menggatal’ tu, sayang?” seloroh Irfan lalu ketawa besar.
Najwa menggetap gigi, geram. “Abang ni!” marah Nadia
dengan bibir yang semakin memuncung.
Terasa suhu kepanasan wajahnya kian meningkat dari saat
ke saat. Alamak! Parah ni. Mana nak sorok muka ni?? Menggelabah Najwa apabila
mengenangkan yang mungkin semua ahli keluarga yang lain dah dengar tawa besar
Irfan yang sedang meledak. Nanti mesti perhatian mereka akan beralih pada Najwa
dan Irfan.
“Wahhh, wahh.. ada orang kena usik. Muka merah menyala..
Oh, patutlah tadi ajak Kak Najwa duduk jauh sikit dari kami. Rupa-rupanya nak
mengusik isteri dia!” Alida tersengih.
Tan Sri Haji Zainal dan Puan Sri Hajjah Zairiah juga
turut tertawa. Lucu melihat Najwa yang sudah seperti cacing kepanasan.
Tertunduk dan membisu dengan muka merah menyala. Sesekali sebuah senyum kecil
terbit. Entah kenapa, dia berasa bahagia mendengar gelak tawa semua ahli
keluarga itu. Hatinya berbunga-bunga walaupun masih geram dengan Irfan yang
mengusiknya.
Irfan turut tersengih. Suka pula dia mendengar usikan
Alida. Najwa pula tertunduk. Geramnya pada Irfan masih bersisa. Nasiblah mereka
masih di situ. Kalau tak, dah lama Irfan kena cubit dekat perut.
“Dah, makanlah.. jangan mengusik si Najwa tu lagi. Kesian
dia.. Najwa sayang, ke sinilah sebelah umi. Ir takkan berani mengusik lagi
kalau Najwa ke sini..” Puan Sri Hajjah Zairiah bangun dan memimpin perlahan
tangan Najwa. Sampai di tempat duduknya tadi, Najwa turut melabuhkan punggung
di sebelah. Bahu Najwa dipeluk erat. Sayang betul dia pada menantunya itu,
sayang sangat-sangat! Macam sayangkan anak-anak sendiri.
“Ala, umi. Mana boleh ‘rampas’ isteri Ir macam tu...”
Irfan sengaja merengek macam kanak-kanak ribena.
Semua tertawa lagi dengan riang. Kebahagiaan mereka
sekeluarga memang sungguh jelas terpampang pada sesiapa sahaja yang sudah lama atau
baru mengenali keluarga mereka. Kerana kasih sayang mereka adalah berkat kasih
sayang dari Allah SWT. Kerana mereka saling menyayangi kerana Allah SWT. Lillahi..
BEBERAPA hari berlalu..
Irfan menilik jam di tangan. Sudah hampir pukul 7 malam.
Kerja-kerjanya sudah disiapkan tepat pada masanya kerana pada malam ini dia
mempunyai janji temu dengan isterinya. Dia akan membawa Najwa ke sebuah
restoran untuk makan malam pada pukul 8 malam nanti.
Usai mengemaskan meja kerja, dia berjalan keluar dari
bilik berdinding kaca itu. Mimi yang juga masih belum pulang, kelihatan
tersenyum ke arahnya. Tentu kerja gadis itu masih berlambak. Irfan kenal benar
dengan abahnya yang tegas. Tambahan lagi, sekarang sudah akhir bulan. Sudah
menjadi rutin Mimi pada hujung setiap bulan untuk membuat kerja lebih masa
menyemak semula penyata yang diserahkan oleh jabatan pemasaran dan kewangan
sebelum diserahkan pada Tan Sri Haji Zainal keesokan harinya.
“Mimi, banyak lagi kerja awak ke? Kesian..” soal Irfan
dengan sebuah senyum mesra.
Mimi mengangguk. “Yelah, Encik Irfan. Tan Sri nak
tandatangan besok lepas check semua
ni. Kenalah buat jugak. Dah memang kerja saya untuk semak dulu sebelum bagi Tan
Sri semak kali kedua dan tandatangan..”
“Oh, jangan lewat sangat. Bahaya dunia sekarang ni. Kalau
dah lewat, ajak la sesiapa yang masih belum balik kat tingkat bawah tu.. balik
sama-sama..” pesan Irfan prihatin.
“Baiklah, Encik Irfan. Jangan risaulah. Saya dah biasa..
lagipun, kalau lewat sangat balik nanti saya akan call housemate datang ambil depan ofis. Nasiblah dapat housemate yang sporting macam tu, encik..” ujar Mimi sekadar memberikan alasan.
Padahal dia segan hendak menyebut pasal tunangnya yang
selalu datang mengambilnya jika dia terpaksa kerja sehingga lewat malam. Arif
memang sangat mengambil berat dan pandai menjaganya. Sebab itulah dia setuju
bertunang dengan lelaki itu. Dan Mimi sangat bersetuju untuk menjadikan lelaki
itu sebagai suaminya nanti.
“Okeylah kalau macam tu. Saya balik dulu!
Assalamualaikum. Take care, okay?”
ucap Irfan sebelum berlalu. Dia singgah di surau dahulu untuk menunaikan solat
maghrib.
Selesai solat, Irfan bergegas ke tempat meletak
kenderaan. Tidak sempat dia hendak membuka pintu kereta, bahunya terasa dicuit
seseorang. Irfan menoleh. Wajah Sabrina memenuhi ruang matanya dan bau minyak
wangi gadis itu yang kuat terasa menyesakkan nafasnya.
“Hai! Jumpa lagi..” ucap Sabrina. Pandangan sinis
dihadiahkan kepada Irfan.
Irfan juga tidak kurangnya, turut membuat muka sinis.
Matanya tajam mencerlung merenung Sabrina yang gila itu. Mana tak gilanya,
hampir setiap hari Irfan diganggu panggilan telefon gadis itu. Bila tidak
dilayan, berani datang sekali lagi ke sini semata-mata hendak bertemu Irfan.
“Kau nak apa lagi ni?!” bentak Irfan kuat.
“Helo, awak dah lupa perjanjian kita? Mana dia duit yang
saya nak tu?” Sabrina memetik jari di depan batang hidung Irfan.
Irfan masih bersabar kerana Sabrina adalah seorang
perempuan. Kalau lelaki, dia sudah lanyang-lanyang muka sampai jadi macam rupa bangunan
tak siap. “Aku takde janji apa-apa
dengan kaulah perempuan gila!”
Sabrina menjegilkan matanya. “Hei, awak nak panggil saya
gila ke apa ke, silakan. Asalkan awak bayar jumlah yang saya minta tu! Atau
nanti, jangan sampai saya hilang sabar.. awak betul-betul nak isteri awak tahu
siapa diri awak ke?!” giliran Sabrina yang menjerkah.
“Hei, betina. Opss.. sorry.
Perempuan! Kau ingat aku ni bodoh ke nak bagi kau wang sebanyak tu? Kau ingat
aku ni apa? Aku takde duit sebanyak
tu dan aku takkan bagi walau sesen pun untuk kau walaupun aku ada duit..”
Bertambah besar bukaan mata Sabrina. “Nampaknya, kau
memang tak nak bagilah ni?” akibat terlalu sakit hati, Sabrina juga menggunakan
‘aku-kau’ dengan Irfan.
Entah macam manalah Najwa boleh hidup dengan lelaki
seangkuh ini? Tak ada lagi lelaki yang berani berkasar dengan aku kecuali mamat
ni. Semua lelaki yang kenal dengan aku, semuanya akan cair dan mendengar cakap.
Bukan macam mamat sombong dan berlagak ini! Sabrina menggumam bibirnya. Geram giler dia dengan Irfan!
“Kau jangan haraplah..”
“Kau tak takut aku beritahu isteri kau ke? Kau nak sangat
dia tahu?!” ugut Sabrina keras.
“Kau nak cakap? Cakaplah dekat dia. Aku baru je cakap
dekat dia dua hari lepas. Memang dia marah, memang dia merajuk. Tapi aku akan
cuba pujuk hati dia. Kau nak beritahu apa lagi? Buang masa kau aje..” Irfan
cakap lepas tanpa berfikir panjang. Hanya itu sahaja cara untuk menutup mulut
gadis yang bermata duitan seperti Sabrina itu.
Sabrina menggetap gigi memandang kakinya. Kedua belah
tangannya dikepal-kepal kemas. Geram dan sakit hati. Tergamam pun ada juga.
Takkanlah Irfan begitu berani sampaikan boleh pula berterus-terang pasal
perkara itu? Tak mungkinlah! Sabrina memandang semula ke wajah Irfan.
“Kau tipu, kan? Kau sengaja nak buat aku terus tutup
mulut aku? Hei, kau jangan ingat aku ni bodoh sangatlah!” bentak Sabrina.
Terasa berderau darah Irfan namun dia tetap cuba mengawal
riak wajah supaya tidak ketara perasaan gelisah di dalam hatinya. “Buat apa aku
nak tipu pulak? Kalau kau nak sangat, kau pergilah beritahu. Dah tak ada
gunanya.. lagipun, kau berani ke sini sorang-sorang jumpa aku? Aku ni lelaki..
kau tu perempuan. Sekali je aku hentam muka kau, pecah tau!”
“Kau dayus? Isteri kau pun kau pernah rogol, jadi aku tak
hairan kalau kau dayus sampai nak pukul aku pulak. Kau cuba apa-apakan aku, aku
jerit kuat-kuat. Nanti guard dengar,
habis kau!” kata Sabrina dengan berani. Walaupun dia sedikit kecut dengan
ugutan Irfan, dia tetap cuba untuk memberanikan diri.
Irfan tertawa besar. Sabrina bingung dengan tawa Irfan
yang sinis itu. Lebih kepada ketawa mengejek. Apahal pula mamat ni? Janganlah
dia kotakan apa yang dia nak buat tadi tu! Sabrina menelan air liur. Kecut
perut.
“Hello, miss.
Syarikat ni siapa yang punya? Kau ke? Nak ke guard tu percayakan kau? Sekali aku panggil je, dia orang boleh
seret kau keluar dari sini tau?” ejek Irfan.
Sabrina menggelabah. Memang benar apa yang baru sahaja
Irfan cakapkan. Ini bukan tempat parking awam tapi tempat parking para pekerja
syarikat ini. Dia pula hanyalah orang luar yang mencuri masuk atas alasan
hendak berjumpa dengan pak ciknya Encik Borhan.
“Okey, takpe. Hari
ni hari kau. Kau tunggu hari aku pulak! We’ll
see siapa yang akan menang. Kau atau aku!” cabar Sabrina dengan perasaan
sakit hati. Dia terus berlalu dari situ. Wajahnya sangat masam, boleh
menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat. Tetapi wajah itu langsung tidak
menggerunkan hati Irfan. Sikit pun tidak!
Irfan menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia boleh
melengah-lengahkan Sabrina sebelum Adham melaporkan mengenai latar belakang
serta maklumat tentang Sabrina pada keesokan hari. Tentu ada sesuatu yang boleh
digunakan untuk mengugut gadis itu pula.
Tanpa membuang masa, Irfan terus memasuki perut kereta.
Bimbang nanti terlambat pula hendak keluar makan malam dengan Najwa. Sebenarnya
Irfan nekad hendak memberitahu Najwa pada malam ini. Dia ingin menceritakan
segala-galanya. Dia berharap untuk memulakan hubungan berdasarkan kejujuran
dengan Najwa. Bukan penipuan begini.
IRFAN terpegun sebaik sahaja Najwa keluar dari bilik.
Sejak tadi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik. Alida begitu berkeras
hendak mekapkan Najwa dan memilih baju yang sesuai. Hasilnya, penampilan Najwa
kini sememangnya nampak begitu anggun dan jelita. Pandai Alida mengenakan mekap
pada wajah Najwa kerana seraut wajah itu tetap nampak semulajadi cantik. Macam
tak pakai mekap pun ada juga. Baju jubah labuh berwarna hitam manik-manik halus
itu dibeli khas oleh Puan Sri Hajjah Zairiah sendiri sebagai hadiah kepada
menantu kesayangannya itu beberapa hari yang lepas. Tudung bawal bercorak
bunga-bunga kecil dan besar berwarna hitam putih itu pula dibeli Alida
kelmarin. Kena time pula dengan dinner ini.
“Sudah-sudahlah tu bukak mulut, bang. Nanti masuk lalat!”
seloroh Alida. Bahu abangnya ditepuk perlahan.
Irfan tersentak dari rasa terpukau tadi. Dengan cepat dia
mencubit pipi Alida. “Apa yang Lida merepek ni?”
“Aduh! Alaa, Abang Ir ni.. lepaskanlah pipi Lida ni...
Lida tolong mekapkan isteri abang ni dah kira kena belanja makan tau lain kali.
Lagipun, betul apa tadi abang sampai ternganga. Hampir nak meleleh air liur
tu!”
Alida tertawa dan berlari menyelamatkan dirinya.
Selebihnya, dia mahu meninggalkan Irfan dan Najwa berdua-duaan di saat istimewa
seperti sekarang. Romantik juga abangnya itu. Alida bersyukur kerana Irfan
tidak bersikap seperti dulu. Layanan Irfan pada Arissa dulu memang selalu
menyakitkan hati Alida yang melihat.
“Hmm, dah blah
pun Lida..” getus Irfan dengan tawa kecil.
Najwa masih membungkam. Pipinya merah sejak tadi, tetapi
bukan disebabkan pemerah pipi. Dia berasa segan membayangkan yang dia kini
sedang direnung oleh Irfan dengan mekap seperti itu. Agaknya apalah komen Irfan
kerana dia sendiri pun tak boleh nak komen sebab tak boleh tengok sendiri wajahnya
di cermin.
“Sayang.. You look
beautiful,” puji Irfan ikhlas, separuh berbisik. Pipi Najwa disentuh lembut
dan dielus-elus. Memang mekap yang nipis sahaja. Comel sangat Najwa bila
bereaksi tergamam dengan tiba-tiba.
“Err.. betul ke ni? Emm, tak puas hati sebenarnya sebab
tak dapat tengok sendiri. Rasa macam tak patut je Najwa kenakan mekap macam ni,
kan?” tiba-tiba Najwa seperti menggelabah. Malu barangkali kerana selama ini
dia tidak pernah mekapkan wajahnya.
Sewaktu berkahwin pun, dia tak nak wajahnya dikenakan
mekap. Nasiblah tiada sesiapa yang memaksa. Sebelum-sebelum ini pun, Najwa sekadar
memakai bedak baby powder dan lip balm sahaja. Itu pun sudah terasa
cukup baginya. Kali ini, Alida yang beria-ia memaksa hendak mekapkan dia. Itu
yang membuatkan Najwa mengalah.
Irfan memegang tangan Najwa yang sudah hampir mengelap
segala mekap yang tercalit pada wajahnya. “No..
you look gorgeous, sayang. Bila tak mekap pun lawa.. bila mekap pun lawa.
Lagipun, mekap ni tak tebal. Don’t worry.
Lida tahu yang sayang ni tak payah nak kenakan mekap tebal-tebal pun takpe sebab dah memang sayang ni semulajadi
cantik sangat dah, sayang..”
Najwa tersenyum sendiri. Suka mendengar pujian si suami.
Bertambah-tambah perasaan sayangnya pada lelaki yang sudi menerima segala
kekurangan dirinya itu. Kekalkanlah hubungan ini hingga ke hujung nyawa kami,
ya Allah.
“Thanks abang..
for your kind heart..” ucap Najwa
terharu.
Irfan tersentap mendengar ucapan itu. Terasa diri sangat
palsu bila dikatakan ‘baik hati’ oleh Najwa. Kalaulah Najwa tahu aku yang
merogol dia, apa agaknya ucapan yang akan aku terima? Tentu maki hamun
sahaja... Irfan tertunduk.
“Jomlah, sayang. Dah lambat ni..” panggil Irfan seraya
memeluk erat pinggang Najwa. Isterinya itu sekadar tersenyum dan mengangguk.
Irfan mengeluh kecil seraya menjeling senyuman Najwa yang nampak bahagia. Lalu
Irfan juga tersenyum.. hambar.
SEBUAH restoran eksklusif menjadi tempat Irfan menempah
pakej makan malam romantik. Walaupun Najwa tidak dapat melihat suasana ruang
bilik makan peribadi mereka sekarang, Irfan sudah memberitahu pengurus restoran
berkenaan supaya buatkan bilik itu berbau harum. Haruman yang boleh memberikan
kesan romantik di dalam hati serta muzik yang boleh membuai-buai jiwa seorang
wanita.
“Emm, wangilah bilik ni..” ujar Najwa sebaik sahaja duduk
di kerusi.
“Sayang suka tak?” Irfan tersengih lalu turut melabuhkan
punggung di kerusi sebelah Najwa. Dia kena duduk di situ bagi memudahkan dia
membantu Najwa sekiranya isterinya itu perlukan apa-apa.
“Suka sangat, bang. Kalaulah Najwa dapat melihat, mesti
dah dapat tengok bilik ni. Cantik hiasannya, bang?”
“Ye, sayang.. emm, bilik ni bertemakan ‘secret garden’.
Kita duduk kat tengah-tengah ni, kat sekeliling ni ada air. Macam ‘mini pond’.. romantik kan dinner ‘atas air’.. kat tepi sana, ada
bermacam jenis pokok bunga dan pagola mini. Mungkin tempat bersantai lepas dinner nanti. Warna lampu agak gelap,
warna kuning nak oren. Tapi cukup cerah jugak.. macam hari nak hampir ke senja
tu warna dia..” terang Irfan panjang lebar, cuba memberikan gambaran tentang bilik
tersebut. Sesekali dia terasa sayu kerana Najwa tidak dapat melihat semua ini.
“Wah.. cantiknya, bang. Tapi, buat apa abang tempah bilik
macam ni? Bukan Najwa dapat tengok pun. Mesti mahal kan? Buat rugi je, bang..”
getus Najwa perlahan. Sebenarnya di dalam hati, dia berasa sedih dan terkilan kerana
tidak dapat melihat keindahan bilik ini. Yang paling dia terkilan, dia tidak
dapat melihat keindahan wajah insan di sebelahnya ini. Insan yang bergelar
suami. Yang teramat dia hormati dan cintai.. dah takdir Allah SWT dia cacat
penglihatan begini. Najwa redha walaupun terasa sedih..
“Abang tak nak layan sayang macam sayang ni berbeza dari orang
lain. Kalau ada perbezaan pun sayang dengan orang lain, perbezaannya ialah sayang
adalah orang teristimewa dalam hidup abang dan orang lain tak istimewa langsung.
Maksud abang, orang-orang lain yang tak rapat dengan abang la. So, layanan istimewa ni adalah untuk insan
teristimewa dalam hidup abang.. Adnin Najwa, my wife.. the love of my life! Lagipun, sekali sekala aje kita makan-makan
macam ni. Ingat abang suka makan kat tempat macam ni sangat ke? Selalu abang makan
kat kedai nasi kandar je tau,” suara romantis Irfan membuatkan Najwa tersentuh hati.
Rasa sesak dadanya dengan perasaan bahagia dan juga terharu.
“Terima kasih, abang. Jangan tinggalkan Najwa, bang. Najwa
hanya ada abang dan juga family abang je sekarang ni dalam hidup Najwa. Hanya dengan
abang.. Najwa rasa selamat..” tangan Irfan yang menggenggam tangannya, digenggam
kembali dengan seerat yang mungkin. Tidak mungkin dia boleh hidup tanpa lelaki ini.
“I love you, sayang..”
ucap Irfan seraya mengucup dahi Najwa.
“I love you too... so
much!” balas Najwa dengan sebuah linangan air mata. Terasa air matanya dikesat
oleh jemari kasar Irfan.
“Shh.. dah, jangan menangis. Nanti comot mekap sayang tu.
Selama ni tak mekap, takpelah nak nangis
pun. Ini dah ada mekap. Nanti malu abang nak keluar dari sini berjalan dengan perempuan
comot,” usik Irfan dengan sebuah cuitan di batang hidung Najwa. Ditarik dan dipicit
sedikit hidung mancung itu sehingga kemerahan. Comel! Irfan tersengih.
“Abang!” Najwa buat-buat marah. Hidungnya diusap-usap lembut.
Agak pedih juga dipicit Irfan tadi.
Tiba-tiba pintu bilik makan itu diketuk beberapa kali oleh
pelayan khas yang ingin menghantar makanan. Pelayan itu adalah pelayan khas yang
diupah hanya untuk melayan mereka sahaja. Kebanyakan orang memanggil pelayan begitu
sebagai butler.
Selepas makanan sampai, mereka makan dengan penuh berselera.
Irfan banyak menyuapkan Najwa makan. Najwa nak makan sendiri pun tidak dibenarkan.
Katanya, nak memanjakan isteri. Najwa tersenyum gembira dengan layanan Irfan. Sangat
first class!
NAJWA memandang telefon bimbitnya dengan perasaan gembira
yang teramat sangat. Perbualan dengan Tinie tadi membuatkan hatinya berasa sungguh
bahagia dan dia sudah tidak sabar-sabar lagi hendak memberitahu Irfan. Bagaimanalah
agaknya reaksi lelaki itu nanti? Perbualan dengan Tinie tadi sekejap sahaja, tetapi
kesannya sampai sekarang ni masih melonjak-lonjak rasa di hati.
Tinie memberitahu bahawa Najwa sudah mempunyai penderma untuk
menjalani pembedahan mata. Tidak lama lagi, jika diizinkan Allah tentu Najwa dapat
melihat wajah Irfan. Hanya itulah yang selama ini didoakan oleh Najwa dan kini Allah
telah memperkenankan doanya. Najwa sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT lalu bersujud
syukur seketika tadi.
Sebaik sahaja Najwa mendengar pintu bilik terkuak dari luar,
Najwa terus terbangun dari duduknya. Dia tersenyum-senyum seraya mengalirkan air
mata kesyukuran. “Abang?”
“Ye, sayang. Kenapa
tiba-tiba berdiri mengejut macam tu? Kalau jatuh nanti, macam mana?” rungut Irfan
dengan perasaan risau.
“Abang..” panggil Najwa lagi dengan wajah girang. Dia sudah
kematian kata. Tidak tahu bagaimana hendak memulakan ayat. Macam nilah jadinya kalau
dah terlalu gembira.
“Sayang.. I have something
to tell you,” ujar Irfan penuh nekad. Dia hendak memberitahu segala-galanya
pada Najwa pada malam ini juga seperti yang sudah dirancangnya. Giginya diketap,
ingin menahan perasaan berdebar dan keresahan.
“Me too. Najwa pun
ada sesuatu nak beritahu abang. Tapi, abang cakap dululah. Okey?” getus Najwa. Tangan
Irfan yang mulai kemas memeluk bahunya, dikucup. Mereka duduk di birai katil bersama-sama.
Irfan membungkam seketika. Hmm, ada baiknya jika aku yang
cakap dulu. Sebab aku tak nak bertangguh lagi perkara ni. Aku dah tak mampu nak
menipu Najwa.. Irfan tunduk sambil menarik nafas yang panjang. Tangan Najwa dipegang.
Kemudian dia memeluk lama tubuh Najwa. Dia sangat takut sekiranya dia sudah tidak
boleh memeluk tubuh itu lagi selepas ini.
“Kenapa ni, bang?” Najwa berasa tidak sedap hati. Bagai ada
sesuatu yang tak kena. “Abang nak beritahu sesuatu yang buruk ke?”
Irfan menelan liur. Dicium pipi Najwa. “Ye, sayang..” ada
air mata yang jatuh. Dia sudah dapat membayangkan Najwa yang patah hati selepas
dia memberitahu segala-galanya nanti.
“Kenapa ni? Buruk sangat ke berita abang?”
Irfan diam. Air matanya masih laju. Rasa sebak membuatkan
dia berhenti bercakap buat seketika. Tidak mahu Najwa tahu yang dia sedang menangis.
Selepas berasa sedikit tenang, Irfan mulai menarik nafas dan dilepaskan. “Sayang..
do you trust me?”
“Of course.. kenapa,
bang?”
“Sayang akan terus percayakan abang, kan? Walaupun apa yang
abang akan cakap lepas ni.. sayang akan terus percayakan abang, kan?” duga Irfan.
Dia sungguh takut! Ngeri apabila membayangkan segala kemungkinan yang mungkin berlaku
selepas ini.
“Kenapa ni, bang? Ada yang tak kena ke sampai abang cakap
macam ni dengan Najwa?” Najwa sudah tidak senang duduk. Bagai ada sesuatu yang tidak
kena pada nada suara suaminya. Macam sedang menahan tangis.
“Just answer my question.
Adakah sayang akan terus percayakan abang?”
Najwa terdiam. Matanya dibesarkan sedikit. “Abang, Najwa memang
percayakan abang dan akan terus percaya. Kenapa, bang? Abang menangis ke?” digenggam
tangan Irfan. Lelaki itu kembali memeluk Najwa.
“Apa yang abang bakal beritahu ni, abang nak sayang percaya
yang abang langsung tak berniat. Abang ikhlas dengan sayang selama kita berkahwin
ni, sayang. Abang harap sangat yang sayang akan maafkan abang dan terus percayakan
abang. Can you?” pinta Irfan dengan penuh
berharap. Dia mengelap air mata di pipinya yang kian membanjiri.
Najwa menelan liur. Semua yang baru dicakapkan oleh Irfan
membuatkan hatinya berasa tidak sedap. Bagai ada sesuatu yang buruk yang akan berlaku
pada hubungan mereka. Takkanlah...
“Abang nak bernikah lagi satu ke? Kalau yang tu.. Najwa redha,
bang. Andai boleh membahagiakan abang. Najwa ni buta dan tak boleh nak jalankan
tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin. Jadi, Najwa rela dimadukan.. Najwa
percaya, abang seorang yang adil..” ucap Najwa lemah. Terasa hendak pengsan dia
mengeluarkan perkataan-perkataan beracun itu yang paling digeruni oleh semua wanita.
Irfan menepuk dahi. Sampai ke situ pula Najwa ni berfikir.
“Taklah, sayang.. bukan itu yang abang nak cakapkan..”
“Habis tu? Apa? Abang buat Najwa rasa berdebar-debar ni tau
tak.. rasa nak pengsan tadi bila Najwa beri keizinan abang kahwin lagi satu!” seloroh
Najwa, cuba membangkitkan suasana suram di antara mereka.
“Eh, dia yang beri keizinan.. dia pulak yang nak pengsan?
Kira tadi tu tak ikhlas la bagi abang kahwin lagi satu? Baru nak plan tadi,” duga Irfan. Dia pun cuba untuk
membuatkan hatinya berasa sedikit tenang.
“Abang!” protes Najwa keras. Dicubit pinggang Irfan sehingga
lelaki itu terjerit kecil. Tawa kecil diledakkan.
Irfan menarik nafas lagi. Wajah Najwa dipandang sayang. Entah
bila lagi dia dapat melihat wajah manja itu selepas ini? Ya Allah, hanya Engkau
sahaja yang tahu betapa aku sayangkan isteri aku ni... Irfan mengelap air mata yang
mengalir lagi di tubir matanya.
“Sayang.. I am so sorry.
Tapi abang kena juga beritahu semua ni. Sebab sayang dah jujur dengan abang. Dan
abang pun patut jujur dengan sayang.. Biar pun selepas ni rumah tangga kita bakal
dilanda badai, abang rela. Asalkan kita hidup bersama berlandaskan kejujuran..”
“Maksud abang?” Najwa kembali berasa tidak senang hati.
“Abanglah orangnya... orang yang sama yang pernah merogol
sayang dulu. Abanglah orang yang dah pernah meragut segala-galanya milik sayang...
takdir Allah, mempertemukan kita kembali. Tapi kita dipertemukan dalam sebuah kemalangan.
Kemalangan yang menyebabkan sayang hilang penglihatan. Agaknya, inilah balasan Allah
pada lelaki dayus macam abang ni! Tolonglah percayakan perasaan abang ni. Abang
ikhlas terhadap sayang. Ikhlas mencintai sayang.. tolonglah jangan membenci abang...
maafkanlah abang, sayang. Abang sayangkan sayang sangat-sangat..” tangis Irfan.
Kali ini esakannya bergema. Dia sudah tidak mampu hendak menahan tangisannya dari
terhambur.
Dilihat wajah Najwa yang mulai berubah. Wajah itu tidak seceria
tadi lagi. Hilang terus sinar bahagia dari mata isterinya itu. Lama-kelamaan, Irfan
perasan ada air mata yang meleleh dengan banyak di pipi Najwa. Sayang... maafkan
abanggg..
p/s : sorry late update...
p/s : sorry late update...
apa akan tjadi lepas ni?apa tindakan najwa eyh?dh la tinie ckp dh ada penderma mata
ReplyDeleteboleh ke najwa terima kenyataan. eee sedihnya.
Deleteagak2 bile ek nak sambung bab lain. tak sabar laaa
najwa.. please jangan tinggalkan irfan.
ReplyDeletethanks auni.
-jaja-
Bezz..suspens je nk tau pe najwa jwb..
ReplyDeleteaduhai....mcm mna ya penerimaan Najwa? kak Auni..... nnti cept2 update erk? nasib baik sy xlupa lg bab yg leps. hihi
ReplyDeletesalam dik..
ReplyDeleteE3 yg membuat kita terharu..marah..dan mengharap..
Terharu melihat bagaimana Ir telah berubah dan menyayangi Najwa sepenuh jiwa dan raganya..perasaan bersalah akan peristiwa silam yg dia buat pada Najwa menghantui dirinya..
Perasaan marah pada sabrina..macam nak jetus jetus kepalanya.. nasib baik ir..tidak terpengaruh dengan ugutan minah sengal tu..akak harap adham dapat menyelongkar rahsia hitam wanita ni..agar dia dapat menggunakan rahsia itu utk menutup mulut dan sekaligus menghindarkan wanita itu dari mengugut dirinya dan mengkhabarkan cerita itu pada akhbar dan menjadikan dia berita sensai yg akan menyebabkan business familinya terjejas..
Pergh..betapa sedihnya akak rasa ..untuk najwa menelan berita yg mengejutkan dari suaminya yg disayangi sepenuh hatinya..tidak disangka hubbynya org yg tleh merosakkan masa depannya..tapi akak berharap agar najwa dapat memaafkan Ir akan kesalahan yg dilakukan kepada dirinya kerana jejaka itu telah menunjukkan keihlasannya semenjak berkawen dengannya..sebagaimana Ir dapat menerima kekurangan dirinya akak berharap agar Najwa dapat memaafkan khilaf suaminya dan move on with their marriage life..
Adui.. adakah najwa akn meninggalkn Ir..
ReplyDeleteX mo lh sedey2 lg sian najwa asyik sedey..
Bglh kegembiraan buat najwa..huhuhuu
Akhirnya ir menjujurkn diri dia...
cedihnye..rsa takut la konflik nk dtg nie...
ReplyDeleteAkhirnya irfan ckp jg,mcm mn reaksi najwa jgn dia tgalkn irfan sudahlah.br nk senyum bahagia,mesti najwa sedey sgt kan huhu
ReplyDeleteAlahai ciannnya kat najwa,br nk senyum bahagia dpt pula berita sedey.cmnerla agaknya,mesti dia benci kat irfan lps ni kan.nak2 pula dia dh dpt pnderma mata.jgn dia tgalkn irfan udahla...
ReplyDeleteAlahai...sedey la plak..huhuhu...
ReplyDeleteApe reaksi najwa pasni..dia bgtau kat ir ke pasal mata tu??!
Xsbr tggu n3 br..
jgn la sedey2...
ReplyDeletebiarlah najwa terima dgn redha.
lgpun ir dh brubah kn.
give him 2nd chance la beb
ni yg tmbah berdebar ni sis!!
ReplyDeletekak, please jgn buat mcm enovel lain.. ade konflik skit, nk lari ar, cerailar.. please2.. klise sgt story mcm tu.. setiap org berhak dpt peluang kedua...
ReplyDeletephheewww!!! finally he confessed!!! semput tunggu ir buka mulut...geram pon ada...najwa nak wat apa cik auni????
ReplyDeletesedih pulak.. :(
ReplyDeletefuhhhh.... lega cose finally Ir dh confess.. tapi sedih & kesian kt Najwa plak.. huhuhu..
ReplyDeletecik Auni, t tulis smbgan yg saspens cket... bg Najwa tu majuk lama & tinggalkan Ir for a while ker... hihi... cadangan je ye..
aja-aja fighting, cik writer!
~Miss Peace~
confess jugk akhirnya..
ReplyDeletemst najwa tkejut pstu tingglkn Ir...
x jd kabo dia dpt penderma..wuaa..
sedeynyeee..
xsbr nk tau entry strsnya cpt smbng...
ara
best.... memang terbaek la cite ni... akhirnya irfan mengaku jgk kesilapan diri sendiri.. hope najwa tetap menerima ifran sebagai suami...
ReplyDeleteakak,cpt2 smbung..sedih nie kak fikirkn najwa..plis2 jgn diorg berpisah... =(
ReplyDeleteaisemen..saat yg dinantikn sumer dh datang tp sedeyh plak. harap najwa x lari.. :(
ReplyDeletebesh!! :))
ReplyDeletehuh lga akir y Ir dh bgtau najwa ...
ReplyDeletetp sdh y ble najwa tggalkan Ir ...
plezz write jgn wt cter sdih cgt , lebam mata sy ble bce cter nie ...
Ya Allah! Nape lah citer ni best giler2 sangt!! Tak sabar2 nak tahu apa yg jadi nanti. Harap2 perempuan gedik sabrina tu ada rahsia yg dpt irfan kenakan dia balik.haha alahai irfan, memang lah awak ni lelaki sejati. Cuma buat silap sikit je dulu.. Harap2 lah najwa dapat maafkan dia. Saya pulak yg terlebih2 berdebar and sesak nafas..huhu
ReplyDeletehoho,hai kak auni^^
ReplyDeletesaye bru je abis marathon...jd nk komen semuanyer la ni..hehehe
intro yg best.perjalanan cerita pon menarik.buat rase mcm x sabo nk tau pe jd setrusnye. stress gile mase tunggu irfan nk bgtau hal yg sebena n at last die dah bgtau..
ape la respon najwa....mesti die sedih sgt..huhuhu..lg satu,sibuk je sabrina ni...g jauh2 sane..ehhehe...ok.cite ni mmg awesome+comel+sweet..next entry please~ ^^V
-e.la-
bila nak sambung ni...
ReplyDeletetolong laa sambung cept cik writer..<">
ReplyDeletesobbbss sobbsss,,, sdeyhnyerrr.. :( Najwa,, pliss maafkan Irfan... <3 <3 <3 sy ske ctew akak... chaiyok2 kak !
ReplyDeletebagi suspen jer....cpt la upload entry baru
ReplyDeleteRASA MACAM IRFAN TU PENDERMA MATA UNTUK NAJWA JE
ReplyDelete